KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Cg Narzuki Online meneruskan usaha mengumpulkan soalan-soalan percubaan setiap negeri bagi tahun 2011. Kejayaan pada tahun lepas menyediakan KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2010 amat memberangsangkan, Cg Narzuki Online ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan2 guru yang telah sudi bekerjasama menyumbangkan soalan percubaan masing2 untuk dikongsikan bersama. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun2 seterusnya.

Emailkan kepada : narzuki@gmail.com

~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~ 

Koleksi Trial Prinsip Perakaunan SPM 2011

[dm]89[/dm][dm]90[/dm][dm]95[/dm][dm]114[/dm][dm]115[/dm][dm]118[/dm][dm]119[/dm]

[dm]124[/dm][dm]125[/dm][dm]126[/dm][dm]128[/dm][dm]129[/dm][dm]134[/dm][dm]135[/dm][dm]136[/dm] 

Koleksi Trial Perakaunan STPM 2011

[dm]117[/dm][dm]120[/dm][dm]121[/dm][dm]122[/dm][dm]123[/dm][dm]127[/dm][dm]137[/dm][dm]138[/dm]

 

 

Posted on August 21, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 260 Comments.

  1. Assalamualaikum.
    boleh saya tahu bagaimana hendak menjadi ahli blog ini.

  2. Eleayany, waalaikumussalam.

    Isikan email di MAKLUMAT PENDAFTARAN disebelah —–>

  3. terima kasih en narzuki sbb tahun nie skali lagi mengumpul soalan-soalan trial spm 2011….semoga allah membalas usaha murni cikgu…

  4. Zackzarif,

    Sama2.. semoga pada tahun ini, rakan2 guru sudi menyumbangkan soalan negeri masing2 secepat mungkin… demi kabaikan bersama.

  5. ucapkan sekali lagi terima kasih kerana berkongsi soalan koleksi 2011 dgn begitu cepat ……

  6. Salam cg, soalan negeri Kedah ni x blh dibuka la. Gna Mozilla x blh gna IE pn x blh. knape ya

  7. Fazidah,

    Mungkin berlaku kerosakan semasa proses muat turun fail tersebut, cuba muat turun sekali lagi.

  8. ckgu,boleh tak perbanyakkan soalan2 trial di kawsan2 lain….

  9. abc,

    InsyaAllah, dalam proses pengumpulan.

  10. cikgu, takde lagi ke soalan trial yg lain :(

  11. Fara,

    Sila rujuk Tarikh Peperiksaan Percubaan SPM 2011, kebanyakan negeri masih belum menjalankan peperiksaan tersebut lagi.

  12. Selamat Sejahtera Cikgu, Ingin tumpang tanya semak jawapan bagi Kedah Trial 2011 K2 . Soalan 5(A)
    Buku tunai baki h/b sebelah kredit
    tunai – 1650
    bank 3162

    Terima kasih cikgu!

  13. Darren Lee,

    Pada pandangan saya, nilai BAKI H/B 1650 (Tunai) 3162 (Bank) … sudah BETUL, cuma nilai JUMLAH bagi lajur BANK sepatutnya RM10,381.

  14. cikgu ada soalan percubaan utk kertas selangor2011?

  15. Dada,

    Peperiksaan Percubaan Prinsip Perakaunan Selangor dijalankan pada 27 September 2011. Bila sampai masanya, InsyaAllah soalan tersebut akan dapat Cg kumpulkan.

  16. salam cikgu….soalan 4 trial kedah…baki awal akaun semasa dewi dan adam tu ada kesilapan kan?kesilapan kat soalan atau skema jawapan?

  17. Cikguzai,

    Ya, ada kesilapan dalam skema jawapan. Tetapi saya cadangkan diperbetulkan pada SOALANYA supaya skema yang ada boleh digunakan tanpa perlu dilakukan banyak perubahan/pembetulan.

  18. Salam. kenapa bila saya download fail pdf drp cg narzuki, saya tak boleh save walaupun dia kata done download. Tak boleh trace dimana dia disimpan.

  19. Azzah,

    Itu masalah setting pada komputer anda, cuba buka setting dan lihat ianya disimpan dalam FOLDER mana…. sila rujuk guru ICT. Kadang2 kita boleh klik saja pada kotak masej tesebut..

  20. Assalamualaikum.

    Adakah soalan Anchor item sudah tidak ada lagi dalam SPM 2011. Bagi soalan Bahagian A kertas 2, adakah tajuk2 yang sudah dikhususkan atau meliputi semua tajuk?

    Terima kasih atas koleksi SPM 2011.Sudah beberapa tahun usaha murni ini cikgu lakukan. Moga Allah s.w.t sahaja membalasnya. Ia benar2 membantu semua pelajar dan guru2 P perakaunan. terima kasih sekali lagi.

  21. Misah1966, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Sebagai langkah permulaan ke arah pelaksanaan Format Pentaksiran SPM2011,
    Format SPM 2008, 2009 dan 2010 hanya memperkenalkan 2 soalan dengan gaya soalan LCCI iaitu Soalan 2 dan 3. … yang mana dikenali sebagai “ANCHOR ITEM”. Dengan perlaksanaan Format Pentaksiran SPM 2011 ini, SEMUA soalan akan menggunakan format dan gaya penyoalan ala LCCI, maka Anchor Item tidak wujud lagi.

    Tiada sebarang pengkhususan ditetapkan, di mana setiap topik boleh dikemukakan dalam mana-mana bahagaian A ataupun B.
    Cuma pandangan peribadi saya, soalan yang dikehendaki menyediakan PP dan KKK (sama ada topik milikan tunggal, Perkongsian, Kelab dan Persatuan atau Rekod tak lengkap) akan dikemukan dalam Bahagian A ( Soalan 2 atau Soalan 3) kerana peruntukkan markahnya 25 markah setiap satu.

  22. jazakallah..

  23. As salam.. cikgu boleh tak saya dapatkan maklumat berkenaan soalan2 perdagangan.. saya cari tapi tak lengkap ada yg tak der skema

  24. SALAM CIKGU..
    SOALAN TRIAL KEDAH TAK BOLEH DIBUKA LAH.KENAPA YER

  25. Hazfaliza,

    Cuba muat turun sekali lagi, mungkin berlaku kerosakan semasa proses muat turun….. sudah ratusan guru muat turun tanpa masalah.

  26. bila boleh dapatkan soalan percubaan???

  27. Salam cg Narzuki,
    Apakah tajuk-tajuk yang cg target utk SPM 2011 nanti ?
    Boleh kongsi ?

    Tq
    cgKay

  28. Salam cg, kenapa sya x dpat download soalan trganu ?
    Bila click open file, mesej cant find the file.
    tq
    cgKay

  29. Cg Kay,

    Cuba muat turun lagi sekali … mungkin rosak semasa proses muat turun.
    Maaf, saya tak galakkan target topik, pastikan pelajar kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Dan pastikan pelajar jawab semua soalan dari Koleksi Trial 2011…. ataupun sediakan analisis topik berdasarkan Koleksi Trial 2011 tersebut.

  30. Cg,

    Saya nak tanya, bolehkah saya guna jurnal untuk sediakan jawapan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira. Cikgu tusiyen saya mengajar dgn menggunakan kertas jurnal dlm menyediakan jawapan PP dan KKK kerana ianya dapat menjimatkan masa. Dan Buku Tunai digunakan untuk Akaun Semasa Pekongsi. Perkataan Jurnal dan Buku Tunai perlu dipotong apabila kami menggunakan kertas Jurnal dan Buku Tunai.

    TETAPI, Cikgu sekolah kami mengatakan bahawa kertas jurnal dan BT tidak boleh digunakan utk menyediakan jawapan PP, KKK dan Akaun Semasa. Beliau memberitahu bhw kami kena guna test pad sahaja utk jawapan sedemikian.

    Adakah markah kami akan terjejas jika kertas Jurnal dan Buku Tunai digunakan utk membuat PP,KKK dan Akaun Semasa?

    Tolong beri komen…..TQ

  31. Salman,

    Pada pandangan Cg, tidak menjadi masalah jika gunakan kertas2 tersebut untuk sediakan PP, KKK atau Ak Semasa dan sebagainya.. asalkan FORMAT jawapannya betul … dan TAJUK “Jurnal” ” Buku Tunai” boleh dipotong ataupun … gunakan pada halaman belakang yang tiada ditulis tajuk. Cara tersebut lebih menjimatkan masa semasa menjawab peperiksaan nanti…. dan selagi jawapan kita betul, calon akan mendapat markah

  32. Cgu

    Saya suda isikan e-mail saya di sebelah….napa belum jadi ahli???

  33. Percubaaan akaun pahang : kertas 1 14/9/2011 , kertas 2 15/9/2011

  34. Phang,

    Terima kasih atas maklumat tersebut.

  35. Maaf cgu

    saya dah isikan email saya dan saya telah pun hantar….kenpa belum jadi ahli???

    TQ

  36. cikgu saya dah jd ahli cikgu tp kenapa sy tk boleh download soalan2 trial negeri lain. arahan kata saya perlu registered dulu. maca, mana ya apa yang perlu saya buat?

  37. Su Koop,

    Sila LOGIN terlebih dahulu, kemudian baru boleh muat turun…

  38. Cgu

    saya dah isikan email saya di ruangan maklumat pendaftaran…….kenapa belum jadi ahli???

    TQ

  39. Robby Lim,

    Sila baca email MAKLUMAT PENDAFTARAN yang telah dihantar.

  40. Salam cg,
    1. Alamat email sya yg dipaparkan salah : yang betulnya
    azkam23061994 ……………….bukannya 1944
    2. Sya masih x dpt download soalan trial Trgu ?

    tq
    cgKay

  41. CgKay,

    1. Ok alamat email sudah diperbetulkan dalam rekod pendaftaran.
    2. Cuba muat turun lagi, kerana sudah 650 orang muat turun dengan jayanya.

  42. saya ahli berdaftar. tp masih blm boleh download trial 2011

  43. Marlini,

    Sila LOGIN terlebih dahulu, kemudian baru muat turun.

  44. kawan dah emel soalan pahang kat cgnarzuki..

  45. Cg Am,

    Terima kasih, cuma Kertas 1 tertinggal muka surat 9.

  46. Risau… murid2 saya jenis cepat lupa… tak berapa nak minat akaun. Soalan trial boleh dikatakan semua ada iras2nya antara satu sama lain. Kadang2 tu LPM keluarkan tajuk yang langsung tidak dijangka…. Nak suruh murid belajar semua tajuk… tu lah masalahnya… pelupa dan malas ulang kaji… Hanya doa saja untuk mereka agar diterangkan hati dan mudah jawab soalan. Amin!

  47. Tcrain,

    Tidak dinafikan akan ada satu atau dua soalan yang diluar jangkaan. Cadangan saya kita pastikan pelajar jawab semua soalan trial tersebut, disamping kita sediakan soalan bagi topik2 yang lain. Mana-mana cikgu kebanyakkannya menghadapi masalah yang sama, apa yang boleh kita buat, buat suatu PERANCANGAN dan laksanakannya sebaik mungkin. serta diiringi dengan DOA, semoga mereka berjaya.

  48. nak jadi ahli, just isi emel aje. Nak buat bayaran pulak mcm mana?

  49. Azizah,

    Maklumat pendaftaran akan dihantar ke alamat email tersebut.

  50. terima kasih cikgu………

  51. Salam cg Nazuki, sya dah download byk kali soalan Trg, Phg dan Johor tp sampai sekarang tak dpat, asyik keluar mesej “Application not found”

    tq
    cgKay

  52. Cg Kay,

    Tiada masalah dengan fail tersebut, ramai (melebihi 250 orang) yang telah muat turun dengan jayanya …..cuba buat “troubleshooting” terhadap perisian muat turun yang digunakan … cuba muat turun bahan2 lain, ataupun muat turan sekali lagi bahan yang berjaya sebelum ini…

  53. cg,
    sorry cg.saya sudah emailkan percubaan STPM Pahang kertas 2 kepada cg, adakah cg terima??

  54. Phang,

    Masih belum terima. Boleh emailken sekali lagi.. tq.

  55. cg,
    sudah hantar sekali lagi . minta semak ..kerana email saya ada sedikit masalah ..thank you

  56. Phang,

    Ok telah selamat terima soalan tersebut……. terima kasih.

  57. bagus ler laman web ni n cikgu saya nak mintak soalan2 spot untuk spm 2011

  58. Smkani,

    Muat turun sahaja Koleksi Trial 2011 dan jawab soalannya………. kerana itu semua adalah soalan “spot” untuk SPM 2011.

  59. cg narzuki sy ada sedikit kemusykilan tentang permarkahan..

    dari segi permarkahan kita perlu ambik kertas 1 = 40% dan kertas 2=60%

    atau

    (markah pelajar)/140% x 100%

    terima kasih atas tunjuk ajar cg

  60. cg ,pmbayaran yg perlu dibuat cuma rm10 shj ye ?tak perlu byaran yg lain ?

  61. Aishah,

    YA.

  62. cg,
    jika soalan minta buat Akaun perdagangan,Akaun pendapatan & perbelanjaan…… jawapan adalah dalam bentuk T-akaun atau penyata…… jawapan skema ada yg format T, ada yg penyata

  63. Belbel,

    Kedua-dua diterima, cuma cadangan Cg, adalah lebih baik disediakan dalam bentuk PENYATA.

  64. salam..
    Terima kasih byk2 kpd cikgu narzuki kerana membekalkan soalan trial dr negeri lain2. sy berjaya download semua soalan cuma soalan dr negeri pahang ada masalah,sy xdpt download.bolehkan cg membantu sy.

  65. Idayu,

    Cuba sekali lagi, mungkin gangguan line atau line sibuk pada masa itu. InsyaAllah dapat.

  66. cikgu, perak percubaan yg didapati adalah kabur, selepas print langsung tak dapat lihat, bolehkah cikgu papar lagi satu yg lebih jelas…..ribuan terima kasih

  67. Ms Wong,

    Ok terima kasih, nanti saya edit fail tersebut.. supaya lebih jelas.

  68. miss wong ,
    miss wong email saya ke? saya tak terima..krn email add saya ada masalah .sorry ya!

  69. Cikgu Phang, saya mendapati sedikita keraguan dgn soalan dan skema dlm percubaan pahang P1, nak minta tunjuk ajar, boleh saya email sekali?……

  70. salam cg…macam mana cra pengiraan markah yang betul?adakah k1=40% k2 = 60% @ K1+k2/140 x 100? dan ada juga yang kata k3 perlu diambil kira…saya dah confius..terima kasih atas pertolongan cikgu…

  71. Cikgu Zai,

    Format Pentaksiran SPM : K1=20%, K2=60%, K3=20%
    Isunya… adakah nak ambil kira markah Kerja Kursus Ting 5 (Kertas 3) =20% ataupun tidak ?

    1. Jika nak ambil kira K3, maka ikut Format Pentalsiran SPM,
    2. Jika tidak amblkira K3, maka ……….suatu penyelarasan perlu dibuat diperingkat negeri masing2. bagi menetapkan kaedah mana perlu digunakan supaya ianya selaras.

    Saya cadangkan rujuk JU negeri masing2 bagi penetapan tersebut.

  72. miss wong ,
    memang skema yang diberi tu ada kesilapan .. soalan 2 ?

  73. Salam cikgu, merujuk kpd Percubaan Ng Perak 2011 soalan ke-4 (persamaan prinsip perakaunan)
    Maklumat Tambahan
    (iii) Raju memulangkan 15% daripada nilai jualan.
    Persoalan saya
    Adakah stok direkod pada harga kos asalkan nilai kosnya dapat dikira dengan merujuk maklumat tambahan (i).
    Atau
    Nilai jualan?

  74. Wong,

    Pada pandangan saya,
    (iii) merupakan Pulangan Jualan dairpada Penghutang Raju bernilai RM375 (iaitu 15%x2500), nilai tersebut BUKAN NILAI KOS, … STOK sepatutnya dinilai pada nilai kos… seperti mana maklumat (i), apabila dijual dengan harga RM2500 (Hg Pasaran), STOK akan dikurangkan pada nilai kos RM2100… memandang TIADA sebarang maklumat % TOKOKAN / NILAI KOS yang diberikan, maka kita tidak dapat menentukan NILAI KOS stok yang dipulangkan itu.

    Maka cadangan saya, oleh kerana PULANGAN JUALAN merupakan item PENGURANGAN HASIL, maka kesannya kita terus TOLAK pada UNTUNG BERSIH. …. Iaitu :
    Penghutang (-) RM375 dan Untung bersih (-) RM375

    Dan satu lagi, ianya merupakan BARANG ROSAK, maka tidak sesuai DITAMBAH pada STOK, iaitu barang niaga untuk dijual kepada pelanggan…. jadi adalah sesuai ianya DIHAPUSKIRA dengan TOLAK di Untung Bersih (seolah-olah BELANJA @ suatu KERUGIAN kepada perniagaan).

  75. Salam,
    Tahniah Cg Narzuki, saya dah download ke semua soalan yang ada setakat ini. Terima kasih atas kewujudan laman web ini. Kat sekolah saya cikgu subjek lain cemburu sebab saya dah dapat banyak soalan “trail” negeri-negeri. Saya bagi kredit kat cikgu. Allah jua yang dapat membalas jasa cikgu.
    Tengah menunggu soalan baki negeri-negeri lain. Terima Kasih.

  76. Cikgu Hangtuah,

    Terima kasih, ini semua adalah hasil kerjasama rakan2 guru yang menyumbang soalan negeri masing2 utnuk saya kumpul dan edarkan kepada semua.

  77. Salam cg, saya dah penat download tp tak dapt juga, asyik keluar mesej “Application not found” so nak minta tolong cg emailkan pada saya soalan trial perak, melaka dan kelantan…..itupun jika tak menyusahkan cikgu

    Tq
    cgKay

  78. Cg Kay,

    Pada pandangan saya, itu adalah masalah komputer, cuba guna komputer lain untuk muat turun soalan2 tersebut.

  79. salam cg…sy mncri soalan tentang perakaunan koperasi…..sy arap cg boleh tolg sya….=)

  80. Ashikin,

    Maaf, Cg pun tak jumpa.. cuba cari di laman IPT anda belajar.

  81. cikgu : saya nak tanya tentang soalan percubaan Perak soalan ke-3 Belanjawaan Tunai , maklumat (iii) Insurans kedai RM 6000 setahun. Premium insurans harus dibayar setiap suku tahun. soalan tidak tunjuk dibayar awal suku tahun atau akhir suku tahun ? kalau buat pembayaran insurans pada bulan Januari adakah salah ? (rujuk kepada sekema adalah insurans dibayar pada bulan Mac)
    dan satu soalan lagi juga tentang soalan percubaan Peraka soalan ke -2 Perabot di susut nilai 15% kaedah ansuran tetap (soalan tidak tunjuk susut nilai 15% setahun ) , peniaga ada bawa masuk perabot Rm 3000 pada 1 Feb 2010 (perabot hanya diguna 8 bulan sahaja) , so semasa kira susut nilai ialah ambil RM 3000 x 15% = RM 450 , atau RM 3000 x 15% = 450 x 8/12 = 300 ?

  82. YMC,

    Pada pandangan saya,
    Memang ada kekeliruan pada maklumat (iii) kerana tidak dinyatakan dengan jelas bayaran dibuat pada awal / akhir suku tahun, Cuma pada kebiasaannya Insurans dibayar TERDAHULU iaitu pada AWAL…. Jadi berdasarkan soalan tersebut, sekiranya pelajar buat bayaran pada bulan JANUARI, saya akan terima.

    Memang kelazimannya susut nilai dinyatakan dalam kadar SETAHUN, maka 15% kaedah ansuran tetap tersebut merujuk setahun, maka
    Susut nilai = 15% x RM3000 X 8/12 = RM300. Cuma pada pandangan saya, sebaik2nya soalan nyatakan dengan jelas 15% setahun bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

  83. terima kasih cikgu , dan satu soalan lagi juga tentang soalan percubaan Perak soalan ke -2 , gaji pekongsi setahun adalah RM 8400, dalam I/Duga gaji yang telah dibayar kepada pekongsi adalah RM 10000 , ini bermakna gaji pekongsi dibayar terdahulu RM 1600, ikut jawapan yang dibagi gaji terdahulu pekongsi dicatat dalam (Dt) – Akaun semasa , sekiranya gaji pekongsi terdahulu dicatat sebagai Aset Semasa dalam Kunci Kira-Kira , boleh diterima tak ?

  84. Yee,

    TIDAK TERIMA,…………. mana-mana urus niaga yang melibatkan PEKONGSI perlu direkod dalam AKAUN SEMASA PEKONGSI.

  85. salam cgu,sy ad pertanyaan pasal soaln trial mrsm..objektif no 15..kenape ak rosli kene dt rm 2650 ..knape bkan rm 2600??sy masih konfius.

  86. Smkani,

    Jumlah hutang Rosli RM2650, beliau telah bayar dengan cek RM2600 dan diberi diskaun RM50. maka Ak Rosli direkodkan seperti berikut:

    …………………………Ak Rosli
    Dt: Baki RM2650……… Kt: Bank …….RM2600
    ……………………………Kt: diskaun diberi RM50
    ……………….RM2650…………………………..rm2650

    Tiada baki, semua hutang dikira JELAS.

    Tetapi cek tersebut merupakan CEK TAK LAYAN (cek tidak laku).. maka Jumlah bayaran serta diskaun yang telah diberikan akan dibatalkan… dan JUMLAH HUTANG kembali kepada jumlah asal iaitu RM2650. Mak Ak Rosli perlu di Dt: Bank RM2600 dan Dt: Diskaun diberi RM50.

    ………………………………Ak Rosli
    Dt: Baki RM2650………….. Kt: Bank ……..RM2600
    …………………………………Kt: diskaun diberi RM50
    Dt: Bank RM2600
    Dt: Diskaun diberi RM50
    … Kt: Baki h/b RM2650
    ………………………RM5300…………………………..rm5300
    Dt: Baki b/b RM2650

    Secara catatan bergunya:
    Dt: Rosli 2650
    Kt: Bank 2600
    Kt: Diskaun diberi 50

  87. cikgu ada x soalan PA yang susah??? di mana saya boleg dapatkan soalan PA yang susah tu???

  88. cikk kaka,

    Cuba jawab soalan2 percubaan daripada Koleksi Trial 2011.

  89. assalamualaikum..

    Cikgu narzuki…saya tak boleh dapat download soalan percubaan daripada negeri perak, Melaka dan MRSM..negeri lain saya boleh download kecuali 3 negeri ini…tulis di situ, ada error..

    Cikgu Huda..

  90. Nurulhuda, waalaikumussalam.

    Cuba download lagi, kerana sudah melebihi 700 orang muat turun soalan2 tersebut dengan jayanya….. kemungkinan disebab oleh line sibuk.

  91. Cikgu, apakah pendapat Cikgu tentang jawapan bagi Percubaan SPM Selangor bagi perkara berikut berkenaan dengan Soalan 3:

    1. Mengapa diskaun diterima tidak diambil kira sebagai akaun kontra terhadap belian bahan langsung?

    2. Bolehkah alat kecil itu dianggap sebagai “belanja susut nilai alat kecil”?

    3. Mengapakah “Kerja dalam proses awal bahan langsung” tidak dicatat di bawah stok awal bahan langsung seperti yang ditunjukkan dalam buku teks?

    Harap cikgu boleh jelaskan. Terima kasih.

  92. Martina,

    Pada pandangan saya,
    1. Berdasar sukatan baru, sepatutnya kita catatkan Diskaun diterima sebagai Akaun Kontra kepada Belian bahan langsung. Cadangan saya, bagi mengelakkan kekeliruan… kita TUKARKAN Diskaun diterima dalam soalan kepada DISKAUN DIBERI, maka skema yang sedia ada dapat digunakan tanpa sebarang perubahan.

    2. “SUSUT NILAI” lebih sesuai digunakan untuk ASET BUKAN SEMASA, manakala ALAT-ALAT KECIL sepertimana ALAT TULIS sifatnya, dikelaskan sebagai ASET SEMASA sahaja. Maka “Belanja Susut Nilai Alat2 Kecil”, tidak berapa sesuai digunakan.

    3. Cara penulisan KDP awal dan KDP akhir dalam Kos Bahan Langsung… boleh menggunakan kedua2 cara tersebut, sama ada disatukan dengan Stok Awal dan Stok Akhir (seperti buku teks) ataupun dicampur dan ditolak selepas Stok Akhir (seperti dalam skema).

  93. Slm. Nk tya, simpanan tetap item ABS @ AS? Sbb skema johor letak di AS. TQ.

  94. Cikgu1999,

    SIMPANAN TETAP dikelaskan sebagai Aset Semasa.

  95. cikgu boleh tolong jelaskan
    i. Trial SPM Melaka K2 soalan no 3(a) Kenapa sewa terdahulu kena tambah dalam penyata untung rugi bukannya tolak?
    ii. Trial Terangganu K2 soalan no 4 kadar bayaran terakru didebitkan dalam ak realisasi sedangkan ianya liabiliti semasa

  96. Lailanor,

    Kes 1 :
    Penyata Untung Rugi … disediakan bagi menyelaraskan NILIA SEBENAR UNTUNG BERSIH tersebut, maka setiap pelarasan kita lihat kepada Akaun HASIL dan BELANJA… dan KESANNYA ke atas UNTUNG BERSIH.

    Sewa terdahulu RM250…… (sepatutnya “sewa dibayar terdahulu”…. supaya tidak keliru)… pelarasannya
    Ak SEWA perlu TOLAK RM250…. maka KESANNYA kepada UB, jika BELANJA KURANG RM250, maka UB akan BERTAMBAH RM250.

    Kes 2:
    Kadar bayaran terakru (liabiliti semasa) …… masih BELUM direkodkan dalam mana2 buku, maka akaun tersebut BELUM WUJUD. Pada hari pembubaran perkara tersebut dijumpai… maka PEMBAYARAN perlu dibuat, … Kredit : BANK RM280, dan Debitkan Ak KADAR BAYARAN, tetapi dalam proses pembubaran SEMUA akaun2 telah ditutup kecuali Ak Bank, AK Modal…. dan semua urus niaga berkaitan HASIL dan BELANJA akan direkodkan dalam AK REALISASI.. sama seperti merekod BELANJA REALISASI dan DISKAUN DITERIMA. Maka catatn bergunya:

    Dt: AK Realisasi…. Kt: Bank…… seperti mana skema.

  97. cikgu
    i. bentuk lajur sama dengan bentuk beruangan ke ? kalau tak ikut format kena tolak markah ke?
    ii. kalau soalan tu kata penyata pendapatan termasuk pengasingan untung rugi tetapi kita asingkan boleh tak?

  98. Lailanordin,

    Pada pandangan saya,
    i. Bentuk berlajur dan beruangan … sama saja, sekarang ini TIADA lagi penolakan markah.
    ii. Boleh, tidak menjadi kesalahan dari segi rekod perakaunan, asalkan dalam format yang betul..

  99. utk blnjwn tunai, kalau tempoh pmbyrn kpd pemiutang @ tempoh kutipan dari pghtg adalah sebulan, jadi belian @ jualan dalam bulan Jan akan dibayar @ dikutip pada bulan Jan @ Feb?

  100. salam cikgu.. adakah soalan minta buat penyata pendapatan dan kunci kira2 tu soalan wajib utk spm krtas 2..??

  101. Cikgu1999,
    Kita asingkan kedua2 jenis penerimaan / pembayaraan tersebut:

    Jualan……………(Jan)
    Penghutang ……………..(Feb)

    Belian …………..(Jan)
    Pemiutang ……………….(Feb)

    Kita rekod berdasarkan BILA wang itu diterima / dibayar.. dan Butirnya adalah sebab pembayaran / penerimaan dibuat.

    Najihah,
    Penyediaan Penyata Perdapatan dan KKK .. boleh dikatakan sebagai KEMAHIRAN ASAS yang perlu dikuasai oleh pelajar perakaunan, jadi kemungkinan besar akan ditanya dalam SPM nanti, sama ada dalam topik Milikan Tunggal, Perkongsian, Kelab dan Persatuan atau Rekod Tak Lengkap… dan boleh juga Syarikat Berhad.

  102. Adakah pljr akan hilang markah jika buat P.Pndptn spt berikut:
    Belian xx
    – Pul Belian xx
    —–
    xx
    – Diskaun diterima xx
    ——
    xx

    Dlm B.Teks, pul belian & diskaun diterima diletak dlm lajur sblm lajur belian.

  103. Cikgu1999,

    Pada pandangan saya, hilang atau tidak markah bergantung kepada skema yang disediakan, di mana markahnya diperuntukan. Cuma nasihat saya, adalah lebih baik ikut format sukatan baru sepertimana dalam buku teks… itu lebih selamat bagi pelajar… Pada saya, kita perlu terus dedahkan format baru kepada pelajar tingkatan 4, supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan pelajar.

  104. cikgu, soalan wilayah KL dan putrajaya xde ke?

  105. Suhaili,

    Kedua2nya guna soalan selaras yang sama, iaitu Soalan Percubaan JPN Wilayah Persekutuan. .. seperti yang telah disediakan di atas.

  106. Utk bljwn tunai, belian Alatan Pejabat RM5000 pada bln Jan dibyr pndhuluan RM2000 dan baki RM3000 dibyr ansuran sebanyak RM500 sebulan. Pada bulan Jan, kt rekod Alatan Pejabat RM2000, byrn ansuran utk Feb dan seterusnya harus direkod sbg pemiutang atau Alatan Pejabat?

  107. Cikgu1999,

    Ada 2 cara :
    1. Alatan pejabat ………2000……500….500
    2. Pendahuluan alatan pejabat …….2000
    Ansuran alatan pejabat………………………….500….500
    Saya lebih kepada cara kedua, kerana ianya mengambarkan tujuan sebenar pembayaran itu dibuat. PEMIUTANG adalah salah jika digunakan.

  108. salam. cikgu saya nak tanya adakah cikgu juga mmenyediakan koleksi soalan2 subjek lain selain perakaunan

  109. Su Koop,

    Maaf, tidak…… blog ini KHAS untuk Prinsip Perakaunan SPM sahaja.

  110. Cikgu, sila ambil perhatian bahawa kertas percubaan STPM negeri kedah, penang dan perak tidak dapat di muat turunkan.

  111. kadang-kadang susah juga nak download soalan, saya try banyak kali betul, tapi masih belum berjaya.kalau bole copy terus kan lagi baik……

  112. cg,
    dalam belanjawan tunai ..balik balik pinjaman dengan faedah perlu tuliskan dalam 1 jumlah ke asingkan ?maksudnya bayar balik pinjaman 1 jumlah , faedah atas pinjaman 1 jumlah ( 2 perkara yang berasingan ) ?

  113. Phang,

    Bagi mengambarkan keadaan sebenar, adalah lebih baik diasingkan kedua-duanya….. lagipun dari segi rekod perakaunan kedua2nya dicatat dalam 2 akaun yang berbeza.

  114. cikgu, sekiranya jalan kira yang ditunjukkan dalam kertas lain dan hantar sekali adakan mendapat 1 OF jika jawapan saya adalah salah?

  115. Edwin,

    Sekiranya disediakan pada kertas lain, maka pastikan dinyatakan rujukan jalan kerja tersebut, contohnya :

    Jualan (JK1) RM12300

    Pengiraan :
    JK1 : Jualan = 120000+3000=123000.

  116. Cgu

    Boleh beritahu sya apa jawapan bagi kol pengeluaran soalan 3……di KOLEKSI TRIAL TERENGGANU..

    TQ

  117. Robby lim,

    Skema jawapan : Kos pengeluaran = RM347730.

  118. Salam cikgu

    Boleh bagi skema jawapan soalan terengganu ….soalan 2 dan angka imbang akaun bank di soalan 4….terima kasih bnyk2…saya tak ada skema itu

  119. Cikgu, ada tak soalan bagi Sabah & Sarawak juga?

  120. Saya dtg dari Sabah….saya cuma mahu tahu jawapan terengganu ….soalan 2 dan 4( baki akaun bank )

  121. Robby,

    2. Lebihan=RM32845,
    4. Akaun Bank TIADA BAKI……. jumlah=RM45442.

    JUMLAH yang betul tetapi BUTIR yang digunakan tidak tepat, maka ianya juga dikira SALAH.

  122. ok….terima kasih…….angka imbang dlam kunci kira2 saya ialah RM 132040….SOALAN 2…adakah ia tepat???

  123. Robby,

    YA. tepat.

  124. cg,
    saya nak tanya soalan objektif ( kertas 1 ) MRSM…no.33. kelab dan persatuan ..ada tak soalan tu wujud yuran lapuk?macam mana dengan yuran tertunggak tahun lepas yang tak dapat diterima ?adakah ia dimasukkan ke dalam yuran tertunggak tahun semasa ?

    untuk syarikat berhad…kiraan dividen saham biasa..dalam soalan kata o.o5 sen sesyer,jadi terus ambil unit saham biasa yang diterbit darab RM0.05 sahaja betul tak ?

    thank you !

  125. Phang,

    Kita tidak boleh anggap RM20 (190-170) sebagai YURAN LAPUK, kerana ianya TIDAK nyatakan bahawa baki yang belum dijelaskan itu diHAPUSKIRA sebagai YURAN LAPUK….. maka ianya dimasukkan sebagai yuran tertunggak tahun semasa.

    YA…. Dividen = unit syer X RM0.05.

  126. cg,
    thank you ,cg.

    jadi yuran tertunggak akhir yang telah diberikan dalam soalan sudah termasuk yuran tertunggak tahun lepas ( RM 20 ) ?andaikan sudah masuk atau perlu ditambahkan lagi RM 20 tu ??

  127. Phang,

    Yuran tertunggak akhir telah mengambilkira jumlah tersebut, KECUALI ada dinyatakan ianya MASIH BELUM diambilkira.

  128. cg,
    Kenapa saya tak dpt buka semua fail zip yg didownload (soalan trial) ? Kalau fail pdf , boleh.

  129. NisahSMKLB,

    Sila install perisian WINZIP terlebih dahulu sekiranya komputer masih belum ada. Kemudian baru boleh UNZIP fail2 tersebut.

  130. Cgu

    soalan terengganu 3 b) jawapan saya….1 MARGIN = RM 40
    2 TPM = RM 240 000 3 UNIT KELUARAN = 2 000 UNIT..betul ke tak??

  131. Robby,

    YA, semua betul.

  132. Cgu.apa nama keseluruhan bagi 1OF yang seringkali muncul di skema prinsip akaun?? I tahu meaningnya tapi ingin ketahui nama panjangnya juga….

  133. Eva,

    OF = Own Figure

  134. saya da bayar melalui maybank2u tapi masih x blh download

  135. Asyikin,

    Sila hantar maklumat yang diminta untuk tujuan pendafaran…

  136. Cgu, untuk bahan download soalan trial spm terengganu yg diberi oleh cikgu ada termasuk skema juga ke???boleh email untuk saya ke???susah sgat nak cari lah skema jawapannya….

  137. 1OF maksudnya pelarasan ke???

  138. ckgu cy da msukkn duit pndaftaran melalui maybank tp mcmmna nk isi mklumat sterusnya???

  139. Eva,
    Set soalan lengkap… K1, K2 dan skema.

    e-la,
    Balas email Cg berserta dengan maklumat pendaftaran yang diminta.

  140. cy blom dpt email ckgu lg….ckgu anta blek email ckgu dgn mklumat pndaftaran brikutnya….

  141. ckgu,cy blum dpt user name dan password untk login koleksi trial prinsip perakaunan????dah bank inn da duit rm10….

  142. e-la,

    Sila semak email anda, dan ikut LANGKAH 2 seperti yang dinyatakan dlam eail terebut.

  143. cg,
    bagi persamaan perakaunan wajib ke tunjukkan untung bersih ? kalau jawapan pelajar terus berikan modal akhir ,boleh tak diterima?jawapan dalam skema ada untung bersih dan modal tambahan..

    thank you

  144. cg boleh ke kalau soalan suruh kite buat Ak perdagangan tapi kita buat gune format penyata pendapatan

  145. Phang,
    Pada pandangan saya,
    Soalan minta sediakan KKK, maka sebaik2nya sediakan jawapan dalam format KKK yang lengkap.

    Sophie,
    BOLEH, sekarang ini adalah digalakkan penyediaan dalam bentuk penyata.

  146. Cikgu, ada pertanyaan…
    SPM Trial Negeri Sembilan

    No 1 (b) (iii) Skema tulis INVOIS BELIAN, ada tolak markah tak jika hanya tulis INVOIS?

    No 5: Maklumat (ix) tulis bahawa upah pekerja sebenar ialah RM3100 tetapi di maklumat (x) tulis upah pekerja sebenar sama dengan anggaran iaitu setiap bulan RM1000 dan jumlahnya sebanyak RM3000…Macam mana catat?

    No 5 (b) Mengapakah di skema, bahagian pembayaran ada butiran BELIAN TUNAI sebanyak RM1850?

  147. Oliver Chan,

    Pada pandangan saya,
    1 (b) (iii) INVOIS sahaja boleh diterima, kerana itulah nama DOKUMEN tersebut. Manakala “Invois belian / Invois jualan” hanyalah nama panggilan sahaja.

    5. Upah pekerja pada maklumat (x) kemungkinan tersilap taip, kerana nilai sebenar telahpun diberikan RM3100. Maklumat (i) – (viii) merujuk kepadan BELANJAWAN TUNAI, manakala maklumat (ix) – (x) merujuk kepada Penyata Varian.

    5(b) BELIAN TUNAI RM1850 dalam skema hendaklah dipotong / dibatalkan………. tersilap.

  148. cikgu, sekiranya sesuatu item seperti angkutan masuk tidak ada dlm imbangan duga, tetapi sekiranya kita menulisnya dalam penyata pendapatan, di bawah belian bersih, adakah markah akan ditolak…..ini kerana cikgu sekolah memberitahu saya untuk tulis angkutan masuk dalam penyata pendapatan walaupun ia tidak ada dalam imbangan duga….

  149. Devi,

    Penyata Pendapatan disediakan berdasarkan Imbangan Duga, sekiranya tiada dalam Imbangan Duga, maka item tersebut TIDAk boleh dimasukkan dalam Penyata…. jika dimasukkan juga kemungkinan akan HILANG markah,….. bukan TOLAK markah.

  150. salam,ckgu narzuki panel penggubal soalan akaun dr negeri mane

  151. Nurhamirajidin,

    Salam, saya hanya seorang guru biasa saja.

  152. Cgu

    Boleh cikgu beritahu apa topik soalan yg besar kemungkinan akan disoal SPM nanti….TQ

  153. Robby,

    SEMUA topik ada kemungkinan besar disoal dalam SPM nanti, gunakan masa yang seadanya ini untuk menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

    Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+.

    #Jangan terperangkap dengan Analisis Soalan2 Percubaan 2011.

  154. Mengapa ‘Jangan terperangkap dengan Analisis Soalan2 Percubaan 2011’? Apakah maksud tersiratnya, cikgu?

  155. Oliver,

    Topik-topik2 yang popular soalan percubaan tidak semestinya akan keluar dalam SPM nanti…. kemungkinan hanya 1 atau 2 soalan saja yang keluar, selebihnya keluar topik2 yang tidak popular / diluar jangkaan…..

    Buktinya, cuba buat analisis percubaan 2010 dan bandingkan dengan soalan SPM2010. Di mana beberapa topik popular tidak keluar, kurang popular (ikut ranking) seperti Syarikat berhad, – keluar dalam SPM2010. Manakala topik yang tidak keluar dalam mana2 soalan negeri seperti buku Tunai runcit tetapi dikeluarkan dalam SPM2010.

    Jangan tumpukan kepada soalan popular sahaja. Sebaliknya cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, sediakan senarai semak bagi tujuan ulangkaji topik2 yang ada.

  156. ok ok….saya akan cuba

  157. Cikgu,nak tanya trial spm terengganu

    Apa jawapan soalan no.2(d)&(e) Dan. no.6(a)??

  158. Eve,

    Berdasarkan skema :
    2(d) LEBIHAN=RM32845
    2(e) KKK=RM132040
    6(a) ID=RM60463

  159. cg,
    tolong semak soalan percubaan perlis,kertas 2..saya nak tanya soalan 3 ( perkongsian ) ..untuk maklumat tambahan ( iii ) bawa masuk aset – tunai perlu tak tambah dengan nilai yang diberikan diatasnya..tapi ia tidak kata perkara tu belum dicatat/diambilkira.saya kurang pasti harap dapatkan tunjuk ajar,thank you !

  160. Phang,

    Sila rujuk soalan:
    Modal pada 1 januari 2010

    Manakala Salleh membawa masuk perabot RM3 000 pada 1 Mac 2010 dan Salehah membawa masuk tunai RM6 000 pada 1 Mei 2010 untuk kegunaan perniagaan’

    JELAS menunjukkan MODAL yang diberi BELUM mengambilkira modal tambahan tersebut.

  161. Cikgu, Komnisen Jualan perlu diambil kira semasa caruman KWSP?

  162. Oliver,

    YA.

  163. cg,
    modal pekongsi saya memang tambahkan modal tambahan .tapi baki tunai perkongsian perlu ditambahkan nilai RM 6,000 ?
    thank you !

  164. Phang,

    Pada pandangan saya,
    Oleh kerana MODAL TAMBAHAN tersebut BELUM direkodkan lagi, maka TUNAI dan PERABOT juga belum direkodkan. Ianya tidak sama dengan topik Rekod Tak Lengkap, di mana TUNAI, BANK dan STOK tidak perlu diselaraskan lagi kerana nilai yang diperolehi telahpun mengambilkira perkara tersebut.

  165. cg ,
    terima kasih …cg , 1 ada 1 soalan lagi nak tanya . Soalan percubaan Perlis kertas 2..soalan 5. soalan berikan buku tunai ,sediakan baki aset dan modal termasuk belanja terakru/terdahulu ,sewa terakru/terdahulu .. minta sediakan akaun kawalan pemiutang/penghutang , kirakan sewa dibayar dan sediakan penyata untung rugi..ini gabungan kaedah analisis dan kaedah bandingan( rekod tak lengkap )??mula-mula saya ingat nak sediakan akaun perdagangn dan untung rugi ..tapi memang penyata untung ruginya ( skema ) buat bandingan modal awal , modal akhir..

  166. Phang,

    Pada pandangan saya,
    Kaedah mana yang perlu digunakan bergantung kepada sejauh mana maklumat / rekod perakaunan yang ada. Sekiranya terdapat baki-baki awal dan akhir aset dan liabiliti serta maklumat tambahan, maka KAEDAH PERBANDINGAN perlu digunakan. Manakala sekiranya terdapat rekod BUKU TUNAI, maka KAEDAH ANALISIS lebih baik digunakan. Dalam dunia perniagaan sebenar salah kaedah sahaja yang akan digunakan … bergantung sejauhmana maklumat yang ada.

    Merujuk kepada soalan tersebut, sepatutnya Penyata Pendapatan dapat disediakan berdasarkan maklumat yang diberikan dalam soalan…. menggunakan Kaedah Analisis… kerana ianya adalah lebih sesuai/tepat berbanding Kaedah Perbandingan.

  167. Mengapakah Komisen Jualan perlu dicarumkan KWSP? Bukankah elaun tetap saja yang perlu dicarumkan? Komisen Jualan ialah elaun tetap?

  168. Bayaran Yang Tertakluk Pada Caruman KWSP

    Umumnya, semua saraan yang dibayar kepada pekerja sebagai UPAH adalah tertakluk pada caruman KWSP. Contoh-contoh bayaran tersebut seperti berikut:
    • Gaji;
    • Bayaran untuk cuti tahunan yang tidak digunakan;
    • Bonus;
    • Elaun;
    • Komisen;
    • Tunggakan gaji;
    • Gaji yang diterima semasa cuti bersalin;
    • Gaji yang diterima semasa cuti belajar;
    • Gaji untuk cuti separuh hari; dan
    • Gaji pengarah (sebagai pekerja).
    Senarai di atas adalah tidak terhad.

    Sumber : KWSP

  169. Rupa-rupanya…Terima Kasih cikgu…Buku teks tidak begitu detail…Dia hanya tulis yang tak tertakluk kepada caruman sahaja…

  170. Cikgu,
    soalan percubaan negeri perak soalan 6 (b) dirujuk. Mengapa skema untuk membayar sewa pada tahun 2009 untuk Mei 1 ialah RM560. Berdasarkan kehendak soalan sewa perlu di bayar terdahulu setiap awal 3 bulan…bukankah sepatutnya bayar pada mei 1 RM840, Ogos 1 RM840 dan Nov 1 RM870 (sebab Jan depan sewa telah naik ke RM310 sebulan). pindah ke utg rugi RM2240 dan RM310 adalah sewa terdahulu…minta tolong cikgu tolong semak, terima kasih.

  171. Fatimah,

    Cadangan saya,
    ………………..Ak Sewa……………………………………..
    1/5/09 bank 840
    1/8/09 bank 840……….31/12/09 AUR 2240
    1/11/09 bank 870,,,,,,31/12/09 baki h/b 310 (terdahulu)
    (280+280+310)

    1/1/10 baki 310
    1/2/10 bank 930
    1/5/10 bank 930
    1/8/10 bank 930….31/12/10 AUR 3720
    1/11/10 bank 930..31/12/10 baki h/b 310,,,,terdahulu

    1/1/11 baki b/b 310

  172. cg, mcm mana PHR boleh termasuk dalam HASIL

  173. Sophie,

    PHR yang dimasukkan dalam Penyata Pendapatan sebenarnya merujuk kepada Pertambahan PHR (Belanja) atau Pengurangan PHR (Hasil).. setengah2 buku menggunakan Hutang Ragu.

  174. cikgu,
    Bukankah 1/11/09 sama dengan bank RM870 iaitu (280+280+310)?

  175. Ooop, maaf silap kira.. sebenarnya RM870….. (telah diperbetulkan)

  176. cikgu, biasanya baki b/b a/k semasa akan berada di sebalah dt atau kt mengikut imbangan duga. tetapi mengapa dalam soalan percubaan negeri sembilan 2011 walaupun baki b/b a/k semasa berada di sebelah kt di imbangan duga, mengapakah dalam a/k semasa baki b/b tersebut dicatat di sebelah debit?

  177. Devi,

    Ak Semasa dan Ak Modal dikelaskan sebagai Ekuiti Pemilik, iaitu asasnya berbaki KREDIT. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu, Ak Semasa boleh juga berbaki DEBIT. ID adalah senarai baki2 akaun… jika DEBIT dalam ID, maka dalam akaunnya mestilah berbaki DEBIT juga.

  178. salam…cg..soalan trial sabah n sarawak xde ke?
    tq

  179. Cikgu Zai,

    Kalau tak silap, mereka tiada soalan selaras peringkat negeri, soalan dibut oleh sekolah masing2.

  180. Cikgu,
    Agak semua jawapan skema dalam percubaan spm negeri menunjukkan jalan kerja dalam jawapan, dan bukannya di luar jawapan. Contohnya, dalam penyata pendapatan didapati:

    Insurans (1000-100) 900

    Apakah pendapat cikgu jika dibandingkan jalan kerja dibuat di luar dan hanya menunjukkan dalam jawapan seperti berikut:
    Insurans (N1) 900

    (N1) Insurans = 1000 -100 =900

    Cara yang manakah cikgu galakkan?

  181. Cikgu, Sabah ada peperiksaan selaras, namanya ‘EXCEL’…

  182. Hello Oliver,
    Saya baru sahaja cari “Sabah EXCEL”. Tak jumpa pun? Bolehkah ajar macam mana nak cari? Terima kasih.

  183. Martina,
    Pada pandangan saya,
    Kedua2 cara boleh digunakan, cuma untuk tujuan peperiksaan… jalan kerja dalam jawapan lebih menjimatkan masa serta dapat mengelakkan kesilapan pindahan nilai… TETAPI pastikan jalan kerja tersebut ditunjukkan DALAM KURUNGAN.

    Oliver Chan,
    Terima kasih atas maklumat tersebut. Sekiranya sudi sumbangkan set soalan tersebut untuk dikongsikan bersama rakan2 guru yang lain, sila emailkan ke narzuki@gmail.com ….. Berdasarkan Jadual Peperiksaan EXCEL yang dikeluarkan, Prinsip Perakaunan tidak disenaraikan..

  184. Terima kasih cikgu. Dua perkara lagi, cikgu.
    1. Apakah maksud sebenarnya “1+1OF” dalam skema?
    2. “Angka asing” merujuk kepada item yang berkelas asing ataupun apa sahaja item asing yang di masukkan dalam jawapan? Contohnya, adakah pulangan keluar yang salah anggap sebagai pulangan masuk dalam ak perdagangan itu satu angka asing?

    Bolehkah cikgu berikan contoh yang lebih spesifik?
    Terima kasih.

  185. Martina,

    Pada pandangan saya,
    1. Jika jawapan SAMA seperti skema, terus dapat 2 markah. Jika TIDAK SAMA, kemungkinan dapat diberi 1 markah (1OF) sekiranya memenuhi syarat2 yang dinyatakan dalam skema untuk melayakkan dapat 1OF.
    2. Secara mudahnya, apa2 item yang dimasukkan dalam jawapan selain daripada apa yang dinyatakan dalam skema, maka dianggap ASING.

  186. Terima kasih cikgu.
    Jadi, jika terdapat satu angka asing dalam jawapan (seperti contoh tadi pul belian salah anggap sebagai pul masuk itu), markah “OF” pada untung kasar tidak akan diberikan. Tetapi, bagaimanakah dengan untung bersih yang turut terjejas? Adakah markah “OF” diberikan?

  187. Martina,

    Pada pandangan saya, kesilapan tersebut telahpun didenda di UK, maka penilaian terhadap UB adalah bermula UK (+) Hasil (-) Belanja.. SATU kesilapan tidak akan didenda sebanyak 2 KALI.

  188. Okok…faham. Setuju! Terima kasih banyak-banyak cikgu.

    Cikgu, ini tentang jalan kerja (JK) pula. Ada pelajar comment bahawa JK ini memakan masa yang banyak. Ada juga kata tak nak buat JK walaupun saya beritahu bahawa JK itu penting dari segi semakan sendiri dan juga berkemungkinan memperoleh markah jika jawapan sendiri adalah salah.

    Sebagai seorang guru, saya memang sokong JK dibuat oleh pelajar. Tetapi saya juga terasa ia memakan masa.

    Pada pendapat cikgu, adakah cikgu galakkan JK diabaikan asalkan pelajar boleh menjawab soalan dengan tepat?

  189. Martina,

    Pada pandangan saya,
    JK sangat2 PENTING dan membantu pelajar dapat markah, sekiranya tiada JK, maka peluang untuk dapat 1OF akan hilang begitu saja jika jawapan pelajar salah. Itu sebabnya saya cadangkan adalah lebih baik tunjukkan JK dalan jawapan terus bukan sebagai nota dibawah… supaya lebih cepat. JANGAN sekali2 abaikan JK tersebut…. kerana dalam exam pelajar tidk tahu sama ada jawapan mereka tepat atau tidak.

  190. Ya, saya setuju! Itulah saya selalu kata JK mesti dibuat dengan apa sahaja cara pun.
    Terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu, cikgu.

  191. salam cikgu..saya ingin bertanya, sekiranya sesebuah soalan tidak menyatakan sama ada menyediakan penyata atau bentuk T, bentuk manakah yang harus dijawab oleh pelajar? penyata atau bentuk T?

  192. Moon_sence,

    Bentuk Penyata adalah digalakkan.

  193. Selamat sejahtera cikgu.
    Maafkan saya kerana tidak tahu tempat mana yang sesuai untuk poskan soalan saya. Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk poskan soalan tersebut di sini.

    Cikgu, bolehkah cikgu tolong semak jawapan untuk Prinsip Perakaunan After School 2011 – Soalan 2 (a) Penyata mengira Dana Terkumpul pada 1 Julai 2009.
    Di mana masalah saya ialah sama ada baki tunai dan baki bank wujud untuk 1 Julai 2009? Terima kasih

  194. Tan,

    Adakah soalan TIMES yang dimaksudkan ?.. Jika Ya…. BAKI TUNAI dan BANK AWAL daripada Akaun Penerimaan dan Pembayaran juga merupakan salah satu BAKI AWAL ASET yang peru diamblkira dalam pengiraan DANA TERKUMPUL AWAL.

  195. Cgu

    Pinjaman dari Ruhaida( MATANG PADA 3 DISEMBER 2009 )
    ….RM 9 000
    maksudnya???

  196. Robby Lim,

    Maksud soalan tersebut.. minta pelajar tentukan klasifikasi akaun Pinjaman tersebut.. sama ada sebagai LS atau LBS.

  197. cgu…x dpt buka trial n9 dan kelantan….yg lain ok….

  198. Eva,

    Cuba muat turun sekali lagi, mungkin fail tersebut rosak semasa proses muat turun.

  199. Salam cikgu,

    Manakah yg terbaik didahulukan untuk latihan pelajar bagi kertas 1 dan kertas 2 sebelum spm 2011.Membuat latihan soalan2 koleksi trial 2011 atau soalan spm sebenar 5 tahun yg lepas? kerana ada beberapa bab sudah berubah mulai SPM tahun ini.Terima kasih.

  200. Mahliwd,

    Pada pandangan saya, latihan Kertas 1 dan Kertas 2 perlu dibuat seiringan. Manakala bagi kertas 2, sediakan SENARAI SEMAK untuk cover SEMUA topik, dan menggunakan soalan2 daripada koleksi trial 2011, SPM 2008-2010 (terutamanya soalan 2 dan 3) sebagai soalan latihan.

  201. Cgu…nak tanya kalau soaln minta sediakn akaun kos pengeluaran tapi i buat dalam bntuk penyata…boleh diterima????sebab cikgu i di sekolh kata 0markah jika buat demikian….jadi spm boleh buat begitu ke??? Saya ingin mendpt kepastian…thx

  202. Eva,

    Sekarang ini jawapan adalah digalakkan disediakan dalam bentuk PENYATA, walaupun soalan minta sediakan AKAUN. tidk menjadi msalah dan markah akan diberikan.

  203. Cikgu,
    perlis k1 soalan 21: kombinasi yang manakah dibawah ini di ambil kira dalam pembayaran gaji.
    I Gaji pokok II Elaun perumahan III Elaun lebih masa IV KWSP, Mengapa jawapan I, II dan IV? Elaun lebih masa tidak diambil kira dalam pembayaran gaji? Bukankah Bagi pekerja swasta elaun lebih masa ada masuk dalam slip gaji cuma tidak diambil dalam pengiraan KWSP?
    terima kasih

  204. Fatimah,

    Cadangan saya, jawapannya A : I, II dan III, kerana ketiga2 item tersebut merupakan item bayaran yang dibuat oleh majikan kepada pekerja, manakala KWSP adalah item Potongan.

  205. Cgu nak tanya trial melaka….sgat susah la…soalan 5(b) sediakan graf…mcm mana nak mula lakar tu ..rujukan titik pulang modal???…1.plot x dan y.. Langkah seterusnya pla???

  206. Eva,

    Caranya sama dengan cara matematik… plotkan graf berdasarkan data2 daripaa JADUAL yang telah disediakan dalam 5(a).. serta gunakan skala yang telah ditetapkan di 5(b). Kemudian labelkan selengkapnya graf tersebut.

  207. Ckg, ingin tanya berkaitan dengan topik kos pengeluaran. Sekiranya terdapat diskaun diterima maka ia perlu ditolak selepas tolak pulangan belian bahan mentah? Terima kasih…

  208. Joycely,

    Pada pandangan saya,
    Sekiranya diskaun diterima tersebut merujuk kepada belian bahan mentah, maka ikut format baru .. ditolak daripada belian bahan mentah dalam Penyata Kos Pengeluaran.

  209. TERIMA KASIH CIKGU KERANA SUDI BERKONGSI SEMUA BAHAN PA

  210. cikgu,
    jika kita jawab soalan bahagian B semua soalan, adakah pemeriksa akan memeriksa semaua soalan atau soalan pertama dan kedua sahaja dan mengabaikan soalan 3?

  211. Edvin,

    Sama dengan subjek2 lain, pemeriksa akan periksa ketiga-tiga jawapan, kemudian akan pilih 2 yang terbaik.

  212. cgu.i dah cuba 3 kali download trial n9,penang,selangor guna pc berlainan.semua x dpt..adakah file cgu bermasalah??mcm mana nak selesai???i perlukan soalan tersebut

  213. oya.nak tanya…knpa cgu x upload soalan trial dari sabah n sarawak???x kena provide???

  214. Eva,

    Nak dikatakan fail2 tersebut ada masalah…… sudah melebihi 1500 kali fail tersebut telah dimuat turun. Soalan Sabah dan Sarawak tiada guru yang menyumbang, kemungkinan besar tiada soalan selaras peringkat negeri tersebut.

  215. Jdi mcm mana??blh cgu email trs kpd i??n9 , penang , selangor shja.blh help??

  216. Sory cg.dah dpt buka dah…semua xda masalah

  217. Salam cikgu, fail trial terengganu tak dpt download. Dalam report kata file damaged.

  218. Kaksu,

    Fail yang dimuat turun itu yang ROSAK semasa proses muat turun.. fail yang tersimpan diserver tiada masalah. Cuba muat turun sekali lagi. InsyaAllah dapat.

  219. Cikgu, Percubaan Pahang 2011:
    Mengapakan jawapan Soalan 29 ialah D dan bukan B?

    2000000 X RM1.10 X 20%= RM440000

  220. Oliver,

    Ya, saya setuju jawapannya ialah B: RM440,000

  221. assalamualaikum
    saya ingin bertanya
    1. Bilakah status pinjaman (LBS) bertukar menjadi LS – soalan WP no 2.
    2. Bolehkan jawapan bg soalan (a) pengiraan belanjawan tunai dan (b) pengiraan varian disekalikan( 6 colum) untuk menjimatkan masa
    -terima kasih

  222. Hanuni, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,

    1, Merujuk kepada soalan tersebut:
    Maklumat tambahan : (iv) Pinjaman Suraya akan dibayar habis pada 31 Dis 2011.
    Manakala tempoh perakaunan berakhir pada 30 Jun 2011. Maka pada tarikh 30 Jun 2011 …. jangka masa Pinjaman tersebut matang / habis dibayar hanya tinggal 6 BULAN …. maka ianya dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.

    2. Penyata Belanjawan Tunai (…. bukan pengiraan Belanjawan Tunai) .. mempunyai FORMATnya tersendiri, manakala penyata varian .. lebih kepada tujuan analisis pencapaian SEBENAR berbanding BELANJAWAN… bagi membantu pembuatan keputusan.. Merujuk kepada dunia perniagaan sebenar, maka adalah TIDAK WAJAR kedua2 perkara tersebut yang mempunyai tujuan yang tersendiri DIGABUNGKAN.

  223. cikgu, saya ingin tahu, jika soalan prinsip akaun bahagian B saya jawab semua, adakah 3 markah yg tertinggi akan diambil kira atau sebaliknya?

  224. Edvin,

    Pada pandangan Cg,
    Bahagian B … ada 3 Soalan dan pelajar PILIH 2, jika jawab kesemua soalan tersebut, maka 2 JAWAPAN yang mendapat markah tertinggi akan dipilih.

  225. Cikgu,
    Percubaan Prinsip Perakaunan SPM Selangor

    Soalan 18:
    Nilai bagi Susut nilai terkumpul perabot telah ‘hilang’, tak dapat buat…

    Soalan 8:
    Saya tak jelas apa yang gambar rajah tersebut ingin sampaikan…Sila cikgu tunjuk ajar…

    Soalan 3:
    Jawapannya ialah B (AKAUNTAN dan PENGURUS KEWANGAN) …Tetapi saya semak buku teks, PENGURUS AKAUN pun ada peranan dan tanggungjawab dalam penyediaan Penyata Kewangan…Cikgu, macam mana?

    Terima Kasih…….

  226. Oliver,

    Merujuk kepada soalan tersebut :
    Soalan 18 : Susut nilai terkumpul perabot = RM650.

    Soalan 8 : “Tulis saja dalam buku” .. itu bermaksud masuk dalam BUKU HUTANG .. maka urusniaganya ialah beli secara kredit = INVOIS.

    Soalan 3 : Saya setuju, Pengurus Akaun juga ada peranan dalam penyediaan Penyata Kewangan.

  227. apa beza format penyata pengeluaran dengan akaun pengeluaran???terangkan lbh jelas

  228. kalau soalan tanya akaun pengeluaran kita kena buat dlm bentuk penyata atau ‘T’?kerana soalan MRSM susruh buat akaun pengeluaran tapi skema jawapan dlm bentuk penyata,yang mnakah betul?????

  229. Kedah2011,

    Formatnya boleh rujuk buku teks / buku rujukan ….. hanpir sama sahaja… cuba bentuk AKAUN disebelah kreditnya ada BUTIR “KOS PENGELUARAN” iaitu angka imbangan… manakala bentuk penyata, JUMLAH AKHIR adalah merupakan nilai KOS PENGELUARAN.

    Sekarang ini bentuk format jawapan tidak menjadi masalah…. tiada penolakan markah seperti tahun2 sebelum ini…. malah bentuk PENYATA adalah digalakkan, walaupun soalan minta sediakan “AKAUN PENGELUARAN”….. bukan topik ini sahaja, malah topik2 lain juga sama.

  230. Cikgu, jika Kelab dan Persatuan, soalan ada
    butir ‘kutipan pertandingan’ dan ‘hadiah pertandingan’,
    saya harus hitung untung/rugi pertandingan atau terus masuk kedua-dua butir tersebut dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan?

    Terima Kasih…

  231. Oliver,

    Pada pandangan Cg,
    Jika soalan minta hitung untung / rugi daripada pertandingan tersebut, maka jelas ianya perlu dihitung terlebih dahulu dan hanya masukkan UNTUNG / RUGI PERTANDINGAN dalam P&P.

    Manakala jika soalan tidak minta hitung, maka ianya agak terbuka, sama ada hitung ataupun tidak. Cuma Cg lebih kepada HITUNG untung/rugi daripada sesuatu aktiviti berkala seperti anjuran pertandingan, kemudian masukkan dalam P&P.

  232. Cikgu, kalau Pinjaman Bank, sudah pasti ialah Liabiliti Bukan Semasa tanpa mengira berapa banyak nilainya?

    Terima Kasih…

  233. Oliver,

    Pinjaman bank pada asas dikelaskan sebagai LBS, walau bagaimanapun sekiranya ada dinyatakan TEMPOH MATANG pinjaman tersebut, maka tempoh tersebut perlulah diambil kira sama ada LEBIH 1 TAHUN – LBS atau KURANG 1 TAHUN – LS

  234. Jika soalan tanya:
    Sediakan Akaun Semasa pekongsi / Akaun Modal pekongsi, kita perlu buat secara format T atau secara beruangan?

  235. Oliver,

    Bentuk beruangan adalah digalakkan…. lebih menjimatkan masa.

  236. Salam cikgu…..,

    1 .sampai skrg saya masih keliru….FAEDAH ATAS PINJAMAN itu hasil atau belanja ???

    2. Soalan SPM tahun 2009 ….Soalan 2 kertas 2…..maklumat tambahan pertama : TOKOKAN DITAMBAH ( + ) 100 %..kenapa skema jwpan 100/200 x 250…?? Sila tolong saya cikgu…

    TQ

  237. Robby lim,

    1. Faedah atas PINJAMAN ….. kena bayar kepada pihak bank … maka BELANJA.
    Faedah atas SIMPANAN … pihak bank bayar kepada kita,…. maka HASIL

    2. Perkara tersebut telah Cg bincangkan di post DIBAWAH

    http://cgnarzuki.com/?p=266#comment-3727

    http://cgnarzuki.com/?p=266#comment-3755

  238. Cikgu, dalam Perkongsian (Pembubaran),

    Pekongsi menjelaskan semua pemiutang pada nilai buku,
    macam mana catat maklumat ini?

    Terima kasih…

  239. Oliver,

    Maksudnya seolah-olah Pekongsi ambilalih pemiutang tersebut, maka Kredit Ak Modal Pekongsi.

  240. Cikgu,
    Percubaan Perlis Kertas 2 Soalan 2:
    Terdapat salah satu butir ialah PERUNTUKAN SUSUT NILAI KENDERAAN.

    Saya harus ikut nama butir tersebut atau tulis SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN?

    Terima Kasih…

  241. Oliver,

    Pada pandangan Cg, kedua-dua boleh digunakan.. tidak salah dari segi prinsipnya. Jika nak elakkan ketinggalan atau kekeliruan adalah lebih baik ikut sahaja apa yang digunakan dalam soalan…. bagi memudahkan anda buat semakan semasa menjawab.

  242. Cikgu…apakah apakah topik atau bab yang pasti akan keluar di bahagian B SPM???penyata pengeluaran mesti keluar ke???

  243. Eve,

    Semua topik ada kemungkinan dikeluarkan dalam SPM nanti, tiada topik2 yang tertentu / khas …. atau yang pasti keluar sama ada pada Bahagian A atau B. Nasihat Cg, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada…. semakin banyak topik dikuasai, maka semakin hampir dengan A+.

  244. Cgu untuk trial johor…soaln 5.belanjawan tunai…ada butiran penghutang,pemiutang dan bayaran balik pinjaman…mcm mana nak kira tu??blh tunjukan langkah kiraan???

  245. Eve,

    Jumlah Jualan (BELUM BAYAR) : April = 10,000, Mei = 115%x10000=11,500, Jun =115%x11500= 13225
    Jualan (tunai 80%) Apr = 80%x10000=8,000, Mei = 80%x11500=9200, Jun = 80%x13225=10580
    Penghutang (20%) Apr = -, Mei = 20%x10000=2000, Jun = 20%x11500=2300

    Jumlah Belian (BELUM BAYAR): April = 12000…. Jun = 90%x12000=10800
    Belian tunai (70%): April = 70%x12000= 8400….. Jun= 70%x10800=7560
    Pemiutang (305) April = – ………………………Jun= 30%x12000=3600

    Pinjaman RM5000
    Faedah = 4% x 5000 x 2 tahun = RM5400
    Bayaran ansuran = RM5400/24 = RM225

  246. cikgu, bagi soalan 3 peperiksaan spm sebenar yang berkaitan dengan hutang lapuk. adakah jumlah penghutang itu ialah jumlah penghutang bersih ? adakah kita perlu menolak jumlah hutang lapuk itu dari jumlah penghutang itu lagi ?

  247. Lily,

    Merujuk kepada SOALAN 3 SPM 2010

    Sial perhatikan soalan itu betul2, maklumat dalam jadual yang diberikan adalah ringkasan maklumat berkenaan penghutang, hutang lapuk dihapuskan, hutang lapuk terpulih dan % PHR ….. di mana perkara2 tersebut membawa maksud ianya belum diambilkira lagi dan perlu diselaraskan.

    TETAPI sekiranya soalan mengemukakan Penghutang, Hutang Lapuk dalam bentuk senarai BAKI2 AKAUN ataupun petikan daripada Imbangan Duga…. itu membawa maksud ianya TELAHPUN diambilkira dan tidak perlu diselaraskan lagi, melainkan ada maklumat tambahan yang menyatakan ada HL (baru) yang perlu dihapuskirakan, baru baki penghutang tersebut perlu diselaraskan.

  248. cikgu, soalan 4 negeri perak,butir iii) adakah kita merekodkan jumlah sebanyak RM 375 atau RM 315 ke dalam persamaan akaun itu kerana jumlah pulangan jualan itu iaitu RM 375 merangkumi tokokan bagi stok yang dijual

  249. Lily,

    YA, pulangan jualan tersebut sepatutnya pada NILAI KOS iaitu RM315… bukannya NILAI JUALAN RM375.

  250. Cikgu, Percubaan Melaka Kertas 1 Soalan 7:
    Jawapannya A: Beli alatan pejabat secara tunai RM3400

    Pilihan ini memang betul kalau kita lihat dari sudut PASAR MINI SUKARAMAI ,
    tetapi jika kita lihat dari sudut MAYA KOMPUTER ENTERPRISE pula ,
    pilihan D : Jual barang niaga secara tunai RM3400 pun boleh diterimakan?

  251. Cikgu, Percubaan Melaka Kertas 1 Soalan 24:

    Kiraan saya dapat jawapan C:
    Varian bagi gaji -> – 9.40%
    Varian bagi sewa -> + 7.89%

    Tetapi jawapan bagi A:
    Varian bagi gaji -> + 9.40%
    Varian bagi sewa -> – 7.89%

    Cikgu, sila jelaskan…Terima Kasih…

  252. Oliver,

    Pada pandangan saya ,Merujuk Soalan 7 (K1):
    YA saya setuju, sepatutnya soalan dinyatakan dengan JELAS urus niaga tersebut dilihat dari sudut SIAPA ?.

    Merujuk Soalan 24 (K1):
    Kekeliruan timbul daripada penggunaan tanda “+” dan “-“. Jawapan skema adalah merujuk kepada NILAI OPERASI berdasarkan formula varian (%), TIDAK merujuk kepada RUMUSAN ANALISIS “+” = Memuaskan , “-” = Kurang Memuaskan … di ruangan CATATAN.

    Varian (%) = (Sebenar – Belanjawan) / Belanjawan x 100%
    Maka, bagi GAJI = (25600 – 23400) / 23400 x 100% = +9.40%
    Manakala SEWA = (17500 – 19000) / 19000 x 100% = – 7.89%

  253. cikgu, adakah kita patut membuat nota pengiraan dalam jawapan kita ? adakah nota pengiraan ini membawa markah ?

  254. Lily,

    JALAN KERJA adalah sangat penting, ini kerana jika JAWAPAN yang diberikan SALAH, maka JALAN KERJA akan dinilai, sekiranya JK betul / sebahagiannya betul… kemungkinan akan diberikan markah untuk jalan kerja. Tetapi jika TIDAK ditunjukkan JK, maka terus HILANG markah.

  255. Cikgu, Percubaan Pahang Kertas 2 Soalan 3:

    Mengapakah Susut Nilai Kenderaan tidak dimasukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran sebagai kos overhed? Banyak soalan yang saya buat, ada memasukkan susut nilai kenderaan…

  256. Oliver,

    Kenderaan kebiasaanya untuk kegunaan PERNIAGAAN / KEDAI, kecuali dinyatakan kenderaan tersebut digunakan untuk kegunaan KILANG …. manakala JENTERA dan MESIN adalah khas untuk kegunaan KILANG.

    Jika kegunaan PERNIAGAAN / KEDAI, maka susut nilainya dimasukan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan.
    Jika kegunaan KILANG, maka susut nilainya dikelaskan sebagai KOS OVERHED dalam Penyata Kos Pengeluaran.

  257. Cikgu

    Boleh bagi jawapan SOALAN 4 & SOALAN 6 kertas 2 MELAKA ?

    TQ

  258. Salam cikgu,,,

    Soalan trial melaka ….soalan 4…maklumat tambahan 2 …boleh beri penerangan ??

    TQ

  259. Robby,

    Berdasarkan Skema:
    Jawapan No 4 : Baki akhir 18,340 – 13,880 – 20,840
    Jawapan No 6 : (a) Jualan kredit = 58,127; (b) Belian kredit = 48,337; (c) 69,857; 54,107

    Merujuk kepada Soalan 4 , maklumat (ii) :
    Feb : 20%x6000= 1200….. bayaran deposit
    Mac : 960 …… bayaran ansuran bulanan mulai Mac.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.