KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2015

KOLEKSI TRIAL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2015
[dm]354[/dm][dm]358[/dm][dm]359[/dm][dm]360[/dm][DM]361[/DM][dm]362[/dm][dm]364[/dm][dm]365[/dm][dm]366[/dm][dm]367[/dm][dm]369[/dm][dm]370[/dm][dm]371[/dm][DM]372[/DM][dm]373[/dm][DM]375[/DM][DM]374[/DM][dm]378[/dm][dm]377[/dm][dm]376[/dm]

KOLEKSI TRIAL 2007 – 2014 

Posted on August 6, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 136 Comments.

  1. Pahang 24 Ogos 2015

  2. Cg Am,

    Ok, terima kasih.

  3. Kedah start 23 Ogos

  4. Cg Anna.

    Terima kasih.

  5. PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN – 1/9/2005

  6. Rozilawati,

    Terima kasih.

  7. SPMRSM mula 24/8/2015
    akaun 3/9/2015

  8. As salam. Percubaan SPM Melaka mula 17.08.15

  9. Cg Azrean & Cg Norazizah,

    Terima kasih.

  10. NAZAIRO BINTI MAMAT

    DIHARAP EN NARZUKI SUDI SEKIRANYA DAPAT EMAIL KERTAS PERCUBAAN 2015

  11. selangor kat smk taman selayang
    24-08-2015

  12. SMK Taman Connaught 17/08/2015
    01/09/2015

  13. Kellytam.

    Terima kasih. Sumbangan set soalan tersebut amat dialau-alukan untuk dikumpul dan dikongsikan bersama rakan guru yang lain.

  14. SMK merotai besar, tawau sabah 24/8/2015

  15. Cg Hamieafzani,

    Terima kasih, Jika tidak keberatan, mohon emailkan kepada saya satu set soalan dan skema untuk dikumpul dan dikongsikan kepada rakan2 guru yang lain.

  16. Cikgu,

    Saya ingin nak pastikan semula tentang SPM 2014 Soalan 4(c), bagi pelarasan nombor (4) bukankah hutang lapuk RM350 patut ditolak daripada penghutang RM2415? Contoh jawapan yang diberikan tidak buat apa-apa pelarasan langsung.
    Apakah pendapat cikgu?
    Terima kasih.

  17. Cikgu,
    Saya sedang mencari contoh/item soalan LCCI yang dikeluarkan pada tahun 2006. Boleh Cikgu beritahu bagaimanakah saya boleh dapatnya?
    Terima kasih.

  18. Martina,

    Ya,saya setuju Penghutang perlu ditolak dengan RM350.

    Maaf, tiada dalam simpanan saya… soalan LCCI 2006. Buku Set soalan LCCI tahun2 lepas ada dijual di Pejabat LCCI.

  19. Terima kasih cikgu!

  20. as salam cikgu narzuki, sdah saya email soalan percubaan spm 2015.

  21. Hamieafzani, waalaikumussalam.

    Terima kasih atas sumbangan, nanti saya emailkan set soalan yang ada dalam simpanan terlebih dahulu.

  22. salam cikgu. saya nk tanya soalan mcamana kita nak kenal pasti susut nilai terkumpul awal jika di soalan hanya bagi susut nilai terkumpul akhir dan soalan takbagi nilai susut nilai? mcmana ya? soalan ni saya jumpa di tajuk kelab dan persatuan.

  23. Siti Sarah,

    SNT akhir – SNT awal = Susut nilai
    Jika SNT awal tiada.. maksudnya = 0
    maka SN = SNT

    Yang perlu dicari ialah SN.

  24. macamana jika dia hanya beri susut nilai terkumpul kenderaan akhir. tetapi soalan tanya susut nilai terkumpul kenderaan awal? dalam soalan hanya beritahu menggunakan kaedah garis lurus. dan nilai untuk kederaan pada awal dan akhir tahun sama. adakah bermaksud susut nilai terkumpul kenderaan pada awal tahun sama dengan susut nilai terkumpul kenderaan akhir tahun? terimakasih cg.

  25. saya ada satu lagi soalan cikgu. tentang susut nilai juga. bagaimana kita nak cari susut nilai jika soalan ada dua lengkapan, 1 dibeli pada 2009 dan satu lagi pada 1 januari 2012. lengkapan disusutnilai dgn kaedah baki berkurangan. kemudian penyata pendapatan pada 2015. terlalu banyak perbezaan tahun. mcamana ya cara nak cari susut nilai lengkapan itu? terimakasih cg.

  26. Shasha,

    Konsep asasnya : SNT awal + SN = SNT akhir
    Jika diberi SNT akhir dan soalan minta cari SNT awal, maka SNT awal = SNT akhir – SN
    Dalam kes ini kena cari SN terlebih dahulu berdasarkan maklumat yang ada. Cuba nyatakan apakah lagi maklumat berkaitan dengan Kenderaan yang diberikan.
    Adalah mustahil SNT awal = SNT akhir

    Jika soalan sedemikian, kita tunjukkan pengiraan SN bagi Lengkapan 1 dan Lengkapan 2 bagi setiap tahun sehingga 2015 dalam bentuk jadual.. ini bertujuan memudahkan kita mengira SNT pada setiap tahun… sehingalah ke tahun 2015.

  27. hm. mcamana ya cikgu. saya masih belum dapat penyelesaian utk soalan tu. kerana dalam soalan hanya bagitahu nilai kos utk lengkapan pada awal (1 Mac 2013) dan akhir tahun (30 Feb 2015) = RM10000. kemudian dia suruh cari SNT awal dan hanya beri SNT akhir RM3000. Soalan hanya beritahu lengkapan dibeli pada 1 Mac 2012 dan disusutnilaikan guna kaedah garis lurus.

  28. Shasha,

    Ok.. Cg dah dapat caranya.. cuma Cg rasa ada silap Tahun yang diberikan… cuba semak adakah betul tarikh awal 1 Mac 2013… tarikh akhir 30 Feb 2015 ? … itu sudah 2 tahun. sila betulkan tahun tersebut terlebih dahulu.. baru Cg dapat tunjukkan caranya.

  29. yaya saya silap tulis. hehe. tarikh akhir 28 feb 2014

  30. Shasha,

    1 mac 2012 – 28 Feb 2014 = 2 tahun
    SNT pada 28 Feb 2014 = RM3000
    Maka SN = 3000 / 2 = RM1500
    SNT awal 1 Mac 2013 = RM1500

  31. terima kasih banyak cikgu. akhirnya baru faham T.T

  32. As salam Cikgu Narzuki,
    Saya tak dapat buka fail yang ada.

    Ia dibuka dalam format Excel dengan tulisan yang didak difahami.

    Mohon bagitahu jika ada cara lain.

  33. Rizaly, waalaikumussalam.

    Fail tersebut dalam format ZIP.. sila guna program WinZip @ WinRar utk unzip fail tersebut…. kebiasaannya Komputer ada program tersebut… caranya letakkan cursor atas fail tersebut.. klik kanan… keluar menu.. cari program untuk unzip fail tersebut.

  34. AlhamdulilLAH.. Terima kasih Cikgu Narzuki.

  35. Mudah menggumpul soalan-soalan percubaan spm pelbagai negeri. Tq.

  36. Cikgu,bolehkah kongsikan dengan kita soalan sbp prinsip perakaunan 2015? Terima kasih cikgu

  37. JL,

    Sekarang dalam proses pengumpulan, apabila semua set soalan negeri dapat dikumpulkan, maka SEMUANYA akan diupload disini untuk dikongsikan kepada AHLI BERDAFTAR CNO 2015…. secepat mungkin.

    Buat masa ini perkongsian sesama PENYUMBANG soalan sahaja dilakukan… sesiapa yang menyumbangkan set soalan masing2 akan dapat SEMUA koleksi yang telah berjaya dikumpulkan.

  38. Assalamualaikum… sy x dpt buka fail soalan trial 2015… knpe ye…

  39. Nor Fauziah, waalaikumussalam.

    Fail tersebut dalam format ZIP.. sila guna program WinZip @ WinRar utk unzip fail tersebut…. kebiasaannya Komputer ada program tersebut… caranya letakkan cursor atas fail tersebut.. klik kanan… keluar menu.. cari program untuk unzip fail tersebut.

  40. Hi Cikgu,

    Yuran lapuk yg dinyatakan di maklumat tambahan kena rekod di mana?

    i) Akaun Yuran
    ii)Penyata Pendapatan & Perbelanjaan – sbg Perbelanjaan Hasil

    Tolong beri panduan.

    Terima Kasih Cikgu.

  41. Sevaraman,

    YURAN LAPUK.. dicatatkan di Ak Yuran di sebelah kredit…. dan ianya juga merupakan BELANJA dalan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan.

  42. SALAM…merujuk kepada soalan ulangkaji afterschool no.3, kenapa pulangan jualan tak dikreditkan pada akaun kawalan penghutang ye?

  43. Majidahramlee,

    Dalam soalan jelas menyatakan “Pulangan jualan terlupa rekod dalam mana2 buku”… buku disitu merujuk kepada Ak Pulangan Jualan dan Ak Penghutang. Oleh kerana ianya TIDAK DIREKODKAN.. maka sudah tentu TIADA catatan dalam Ak Penghutang & Ak Pulangan Jualan. Maka perkara tersebut akan diselaraskan… dimana BAKI AKHIR PENGHUTANG akan DITOLAK dan PULANGAN JUALAN akan DITAMBAH dalam PELARASAN nanti… bukannya dalam AK Kawalan Penghutang.

  44. Noraslina bt Abu Hassan

    Assalam.nak Tanya apa maksud Fasa 1 & fasa 2 utk koleksi soalan2 percubaan ni?
    Yang fasa 2 tu x boleh dpt ke soalan2 yg dlm grup fasa 1?
    kami pun register jd ahli..

  45. Noraslina, waalaikumussalam.

    Semua ahli akan dapat SEMUA Koleksi tersebut, cuma belum sampai masanya.
    Sepatutnya Fasa 2, pun saya tak upload lagi sehinggalah semua set soalan terkumpul dijangkakan awal OKTOBER. Memandang ramai cikgu memerlukanya, maka saya upload dahulu sebahagian secara berperingkat-peringkat.
    Saya terpaksa mengutamakan PENYUMBANG dahulu kemudian baru AHLI… jika saya tidak berbuat demikian maka usaha saya untuk mengumpul secepat mungkin set soalan akan mengambil masa yang lebih lama.

  46. hishamismail_1967

    tahun ini sumbangan dari Johor macam sunyi sepi shj…. knp ye????

  47. Hisham,

    Saya dimaklumkan masih ada negeri2 yang belum periksa kertas prinsip perakaunan lagi.. termasuk Johor.. N9.
    InsyaAllah selepas ini akan ada rakan guru yang sudi sumbangkan soalan negeri/sekolah masing2 untuk dikongsikan bersama rakan guru yang lain.

  48. ya Allah.. payah sungguh nak download.. pakai RAR atau Zip mcm tak boleh.. atau mmg saya yang x pandai nak download fail..

  49. ada cara lain yang mesra pengguna ke? yang keluar Wordpad.. hampeh

  50. Hannaz,

    Itulah cara mudah.. nak download hanya klik atas fail tersebut.
    Format fail zip @ rar digunakan untuk menggabung beberapa fail dalam hanya satu fail zip..
    cara nak unzip… selepas download ke komputer… klik kanan atas fail zip tersebut.. akan keluar menu… pilih unzip.
    Cuba belajar dengan rakan guru yang biasa dengan format zip.
    Dalam beribu orang yang telah download.. hanya seorang sahaja yang luahkan “sangat payah”…. fikir2lah siapa yang hampeh.

  51. Salam Cg Narzuki
    1. Terima kasih atas Koleksi Trial SPM
    2. Saya ingin bertanya, kenapakah folder Trial Perlis Kertas 2, ada file Kertas 2 tetapi tiada soalannya?
    3. Saya juga sangat berharap supaya pihak-pihak yang ingin bertanya atau memberi pendapat, agar menggunakan bahasa yang sopan. Hormatilah dan hargailah sumbangan yang telah dibuat oleh Cg Narzuki.

    Terima kasih

  52. Sufifaez,

    Terima kasih atas sokongan.
    Berhubung Soalan Perlis.. nanti saya sudah upload PERLIS KERTAS 2 diatas.

  53. Assalammualaikum cg, saya cuba download soalan trial 2015 tetapi keluar file conversion dan tidak boleh dibaca. Berlaku pada file soalan kelantan, SBP, terengganu Mohon pencerahan, T.kash

  54. Terima kasih Tn Narzuki atas usaha yang telah dijalankan..Hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya…Setakat ni tidak ada masalah mendownload bahan dari trial exam 2015, tuan. Teruskan usaha murni ini tuan…Semoga terus cemerlang.
    From:
    Mohammad b Said
    (https://myhemsmti.blogspot.com)

  55. salam.cg narzuki soalan percubaan spm 2015 dah ada ke.

  56. Eta, waalaikumussalam.
    Selepas berjaya download…. letak cursor atas fail tersebut.. klik kanan (tetikus).. akan keluar MENU… cari EXTRACT. Sila cuba cara tersebut.

    Cg Mohammad Said,
    Terima kasih atas sokongan, saya sekadar membantu rakan guru dan pelajar setakat mana boleh.

    Noralizam,
    YA, soalan2nya sudah sedia untuk dimuat turun oleh ahli … rujuk DIATAS.

  57. Ass…lam cg Nazuki…
    saya tak dapat download soalan trial negeri Kelantan, Terengganu dan SBP…..saya dah cuba byk kali….mesej yg sama keluar..maybe data corupt disebbkan sent by email….
    Tkasih

  58. CgKay,

    Mesej sedemikian keluar biasanya disebabkan proses download tidak sempurna… mungkin disebabkan gangguan line internet semasa proses tersebut… cuba download sekali lagi.. jika tidak dapat juga sila maklumkan.. nanti saya ikhtiarkan.

  59. Assalammualaikum cg, maaf sy dah cuba klik pada fail yang telah di down load tapi tiada icon menu dan extract yg cg katakan. maaf atas kesulitan.

  60. masalah saya sama dengan cgKay.Minta cg narzuki membantu.

  61. Eta, waalaikumussalam.

    BUKAN klik ATAS fail tersebut… letakkan cursor atas fail … klik tetikus sebelah KANAN… akan keluarkan satu MENU.. kemudian baru klik pada EXTRACT.

  62. Assalamualaikum cg,saya dah klik tapi tiada extract, sy cuba klik pada fail lain yang tiada masalah, memang ada icon extract tu. Maaf cg, saya rasa fail ni problem sebab sy tak dapat download fail tertentu saja iaitu kelantan, SBP, terengganu dan perlis

  63. kalau klik open fail, dia keluar word tapi tak boleh baca, keluar file conversion. dan tak boleh baca. pada nama fail ada. rar.

  64. Minta tolong cg emailkan saya trial yang saya maklumkan tadi. t.kasih

  65. Eta,waalaikumussalam.

    Fail2 tersebut tiada masalah kerana sudah beratus orang download, kemungkinan proses download tak sempurna atau masalah komputer cikgu tak support fail RAR.
    Ok nanti saya tukar fail2 tersebut ke format ZIP… kemudian sila download yang baru.

  66. Cikgu nk tanya soalan percubaan spm 2015 set seperti pahang, johor dan melaka dan juga negeri lain bila kita boleh download ?sebab murid sedang sibuk membuat ulangkaji. Terima kasih

  67. Alex Mok,

    Ada yang masih belum periksa.. dan ada yang saya belum terima… inilah kesannya apabila saya upload awal kepada AHLI.. susah untuk dapat penyumbang soalan kerana mereka telah dapat semua solan negeri lain.

  68. Salam Cg Narzuki
    Saya Xdpt buka soalan Tawau dan Perlis

  69. Soriana,

    Cuba download lagi… mungkin proses download tidak sempurna.

  70. Cg, nak tanya tentang skema menjawab sykt berhad. Soalan tanya tentang modal dibenarkan, adakah saya perlu atau mesti tulis
    Modal dibenarkan =shm keutammaan + shm biasa ? Atau
    Madal dibenarkan = (10000×rm1 ) +(50000×0.50)
    Adakah kita mesti tunjuk formula sebelum jawab ? Formula diberi markah ?

  71. Wong,

    Sebaik2nya.. tunjukkan formula… ganti nilai… jawapan.
    Sekiranya jawapan akhir salah… jalan kerja akan dipertimbangan untuk diberi markah… jika salah juga.. maka formula akan dipertimbangan untuk diberi markah.

  72. Assalammualaikum cg, alhamdulillah saya dah berjaya download soalan, t.kasih kepada cg kerana membantu upload semula, mungkin betul kata cg yang komputer saya tak support fail RAR. Saya minta akan datang upload fail ZIP. Insyaallah saya akan upload soalan n.sembilan yang akan berlangsung pada 28hb, tarikh sebelum ini ditunda kerana jerebu. T.kasih cg

  73. Cg Eta, waalaikumussalam.

    Alhamdulillah, InsyaAllah lain kali saya hanya guna format ZIP bagi memastikan masalah tersebut tidak berulang.
    Sumbangan bahan / soalan daripada cikgu amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

  74. cg komputer saya takdpt buka fail perlis kerana tak dpt support RAR.

  75. Alex Mok,

    Sila download yang baru dalam format ZIP yang telah disediakan DIATAS.

  76. 2015 Trial Perlis punya kertas tak boleh buka itu file, bolehkah saya tau apa masalah ah?

  77. Catherine,

    Mungkin masalah download tidak sempurna akibat ada gangguan / line slow semasa proses tersebut…. cuba download sekali lagi.

  78. Good day Sir,

    Saya cuba download Kertas Percubahaan Perlis 2015, tetapi winzip filenya ada error.
    “Cannot open file, it does not appear to be a valid archive”.

    Saya sudah cuba download file itu more than 2 times, tetapi errornya adalah sama.

    Please advise.

    Thank you and
    Selamat Hari Raya Aidilhadha.

  79. maaf tak dapat download Paper negeri perlis

  80. Kumar & Sltan,

    Fail tersebut tiada masalah.. mungkin masalah timbul semasa download… cuba download dengan komputer yang lain.. jika masih bermasalah.. maklumkan kepada saya.

  81. Maklumat pada 31 Disember 2013

    Kenderaan(kos) RM 38000
    Susut nilai terkumpul kenderaan RM 13680

    Pada 30 Sep 2014, kenderaan tersebut ditukarbeli dengan sebuah kenderaan baru berharga RM 65000. Kenderaan lama dinilai RM 19000. Baki harga kenderaan akan dibayar secara ansuran kepada Eidel Motor.

    Maklumat tambahan:
    Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 20% setahun atas baki berkurangan.

    Cikgu, apakah cara untuk membuat catatan lejar bagi tukar beli aset?

  82. Sim98,

    Caranya boleh rujuk jawapan yang diberikan..
    Cuma cadangan saya betulkan dalam Ak PELUPUSAN KENDERAAN : Eidel Motor RM19,000 (bukan RM15,000) dan Rugi pelupusan RM1,672 (bukan RM5,672).

  83. assalamualaikum ckgu narzuki…

    terdapat beberapa fail soalan percubaan 2015 tidak boleh dibuka

  84. Cg Zul, waalaikumussalam.

    Mungkin fail format RAR yang dimuatturun peringkat awal dahulu… cuba download yang dalam format ZIP.. DIATAS.

  85. cikgu, percubaan perlis takdpt buka. saya sudah guna komputer lain pun hadapi masaalah yang sama.

  86. Alex Mok,

    Ok nanti bila saya lapang… saya upload fail trial Perlis yang baru.

  87. tolong laa bagi negeri terengganu pada saya.. 1 aje

  88. Cikgu ada skema jawapan untuk kertas SBP?

  89. salam cg. boleh cg lihat soalan kedah trial 2015 di soalan 2. mcmana nak cari susut nilai kenderaan dan faedah atas pinjaman?

  90. Pemiutang diambil alih oleh aqisha dgn nilai 17000 terima diskaun 380. Dalam akaun realisasi diskaun diterima perlu dicatat atau tidak?

  91. Dame,

    Kt Realisasi 380
    Kt Modal Aqisha 17000

  92. mcmana nak cari susut nilai ni cikgu.

    -Perniagaan membeli dua buah kenderaan, sebuah dibeli pada tahun 2010 dan sebuah lagi dibeli pada 1 Januari 2013. Semua kenderaan disusutnilaikan pada kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    *angka pada imbangan duga pada 31 Mac 2015
    -kenderaan RM40000
    -Susut nilau terkumpul kenderaan RM5280

  93. Sarah,

    SN = 10% (40,000 – 5,280)

  94. salam cg. sy tidak boleh dwld soalan ni. perlu register dulu ya ? sbb saya on dkt ipad

  95. skema jawapan soalan 3 percubaan kelantan sewa diterima terakru x perlu rekod ke akaun realisasi?minta pandangan cikgu..

  96. Cyc,

    Sewa diterima terakru.. merupakan ASET, maka perlu dipindahkan ke Ak REALISASI sebelah DEBIT sepertimana aset2 yang lain.

    Maklumat (vii) “Penyewa telah menjelaskan sewa terakru”
    Maka Dt BANK Kt REALISASI

  97. saya nak tanya soalan trial sbp 2015 kertas 2 soalan no 2.

    Kenapa sewa RM4000

  98. Adriana,

    ID : Sewa dibayar RM20,000
    MT: vi) Sewa untuk dua bulan masih belum dibayar.

    Maka RM20,000 yang telah dibayat adalah untuk 10 BULAN, sewa sebulan = 20,000/10=RM2000
    Seterusnya SEWA TERAKRU = (2 x 2000) = RM4,000….

  99. salam. rujuk soalan mrsm k1 no 22.
    saya nak tanya mcm mn boleh dapat jwp b.

  100. rujuk soalan mrsm k2 no 3.sekiranya tidak diberi nilai bank utk 31/12/2013 kita perlu ambil baki b/b a/k penerimaan dan pembayaran ?

  101. Yati.

    Ak Penerimaan dan Pembayaran = Ak Bank

  102. Apa khabar tuan
    Boleh saya tanya tentang mrsm prinsip perakaunan kertas 2 no 2 maklumat tambahan no 2 punya soalan
    Terima kasih

  103. Alen au,

    ok.. apa masalahnya ?

  104. Cikgu, macam mana saya nak download set trial spm? bila saya download, dia jadi lain. yang zip apa semua tu saya tak faham sangat

  105. Adrnqstna,

    Fail tersebut dalam format ZIP, anda perlu UNZIP terlebih dahulu menggunakan perisian UNZIP… ataupun ikut arahan dibawah:

    LETAKKAN cursor atas fail … klik tetikus sebelah KANAN… akan keluarkan satu MENU.. kemudian baru klik pada EXTRACT.

  106. Salam. Rujuk soalan mrsm k1 no 22. Ada 3 mesin yg dibeli 3 april 2012 kemudian dijual sebuah pd 31 dis 2014. Ms nak kira s/n bg mn.

  107. Yati,

    Mesin dibeli 3 buah RM80,000 sebuah.
    Kemudian 1 buah dijual pada 31/12/2014.
    Soalan minta kita kira berapa HARJA JUALAN mesin tersebut.
    Untuk kes ini, kita kita SN untuk pelupusan 1 mesin tersebut sahaja.
    Kita SN pada 31/12/2012…. SN pada 31/12/2013…. SN pada 31/12/2014… guna kaedah baki berkurangan.
    Kemudian kita akan dapat NILAI BUKU (iaitu Kos – SNT) mesin tersebut.
    Setelah dijual dengan harga RM5600… dapat RUGI PELUPUSAN.
    Maka HARGA JUALAN = NILAI BUKU – RM5600 = RM54,340

  108. Cikgu,
    Ini berkenaan dengan pelarasan hutang lapuk dalam soalan rekod tak lengkap. Dalam kedua-dua Percubaan PERLIS (soalan 2) dan TAWAU (soalan 3), hutang lapuk TIDAK ditolakkan daripada baki penghutang. Saya sangat keliru, dalam keadaan macam manakah kita tidak buat/buat?

  109. Cikgu,
    Sorry satu soalan lagi, dalam PERLIS paper, soalan 2, perkara (vi), baki pemiutang tidak ditolak sedangkan soalan nyatakan “…belum direkodkan dalam mana-mana buku”.
    Ini pasti satu kesilapan? Betulkah Cikgu?
    Terima kasih

  110. Martina,

    Dalam maklumat kedua2 soalan tersebut hanya memaklumkan bahawa adanya HUTANG LAPUK dan perkara tersebut TELAHPUN direkodkan sebelum ini, ini bermaksud BAKI AKHIR PENGHUTANG sudahpun mengambilkira perkara tersebut. KECUALI dalam soalan menyatakan “perkara tersebut BELUM DICATAT dalam mana2 buku”.. barulah ianya perlu dilakukan PELARASAN.

    Bagi kes Pulangan belian RM520 belum direkodkan dalam mana-mana buku…. maksudnya TIDAK DICATAT dalam AK KAWALAN PEMIUTANG, maka perkara tersebut perlu DISELARASKAN …dimana Pulangan Belian +520 dan Pemiutang -520 nanti.

  111. Rujuk soalan mrsm k1 no 22. Saya cb buat tp tak dpt.susut nilai
    2012 80000×10%×9/12=6000
    2013 (80000-6000)×10%=7400
    2014 (80000-7400)×10%=7260
    SNT=20660
    80000-20660-5600=53740
    SAYA TAK FPT PUN 54340
    Mohon pencerahan ckg….

  112. Yati.

    SN2014 = (80000 – 6000 – 7400) x 10%

  113. Terima kasih. Saya dah dpt jwpn

  114. Hi Cikgu,
    Terima kasih atas penjelasan di atas. Tapi, bagaimana dengan SPM sebenar 2014 soalan 2 dan 4(c), patutkah hutang lapuk ditolak daripada penghutang?

  115. Martina,

    Ya, hutang lapuk tersebut perlu DITOLAK daripada PENGHUTANG.
    # Jawapan dalam Buku Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar SPM 2008-2014 merupakan cadangan jawapan oleh penulis bukan daripada LPM.

  116. cikgu bagi soalan SPB, kelab dan persatuan . bagaimana hendak cari yuran terdahulu bagi dana terkumpul awal? tolong jelaskan. terima kasih

  117. Kalai,

    Yuran terdahulu awal merujuk kepada bayaran yuran ahli utk 10 tahun.
    2011 (2014-2020) = 7 tahun
    2012 (2014-2021) = 8 tahun
    2013 (2014-2022) = 9 tahun

    maka Yuran terdahulu
    2011 : 1200x20x7/10 =
    2012 : 1200x30x8/10 =
    2013 : 1200x20x9/10 =

  118. Ass..llam cg Narzuki..

    SPM 2015 cg target apa soalan 2 penyata perkongsian atau milikan tunggal atau kelab dan persatuan….

    Tkasih
    CgKay

  119. CgKay, waalaikumussalam.

    Maaf, saya tidak target pada topik tertentu sahaja… saya cuba cover sebanyak mungkin topik yang ada.

  120. Cikgu,yang itu perlis kertas 2,pulangan belian adalah BELUM DIREKOD,tetapi skema jawapan itu kawalan pemiutang sebelah debit ada pulangan belian dan pemiutang hb itu kekal pada RM4118..lagupun di kkk pemiutangnya juga RM4118 tanpa tolak pulangan belian RM520…ini tidak sama dengan apa yang cikgu saya ajar…cikgu saya ajar kerana ialah belum direkod..maka kawalan pemiutang tak boleh masuk pulangan belian..jadi belian kredit saya ialah RM21288..lepas itu baru buat pelarasan di pp dan kkk iaitu di pp tolak 520 dan kkk tolak 520…akhirnya saya dapat imbang dengan RM41075..adakah saya salah atau jawapan salah?

  121. Kiki,

    Ikut seperti yang cikgu anda ajar, jangan ikut skema tersebut.

  122. Ok terima kasih cikgu ^^

  123. cikgu bagaimana hitung nilai skrap dan nilai buku?

  124. Patrikwong,

    Biasanya perkara2 tersebut diberi dalam soalan.. kita hanya kura susut nilai.

  125. Cg.. saya nak tanya soalan kelab persatuan trial trengganu 2015 ada pembetulan ke sebab skemanya lain sangat?

  126. Laila,

    Kadar bayaran terakru 170 tukarkan kepada “Stok alat tulis”.
    Dan betul tarikh (c) dana terkumpul pada 1 Julai 2014.

  127. Cikgu, Saya benci subjek pa? Bagaimana saya nak mengatasi masalah itu?

  128. Amier,

    Cuba baca Kerjaya di Bidang Perakaunan (klik)

  129. Cikgu..itu shj ke pembetulannya sebab jawapan baki akhir tunai di bank saya dpt tak sama dgn skema.Lagi satu dlm skema di KK bhgn Dana Terkumpul ada angka RM 25138, angka tersebut mewakili butiran yg mana?

  130. Laila,

    Dana terkumpul awal 233 880
    (+) Lebihan………………17 504
    ……………………………..251 384……….. hasil tambah

  131. Cikgu ada formula tak untuk menghafal penyata pendapatan dan kunci kira-kira

  132. Amier,

    PP
    JB
    – KJ
    =UK
    +H
    -B
    =UB

    KKK
    ABS
    AS
    -LS
    =MK
    EP
    LBS

  133. cikgu ada skema jawapan tak untuk spm kertas 1 dan 2?

  134. macam mana kalau saya nak sign up untuk nak download koleksi trial ni ?

  135. salam ckgu. sy nk tanya lah macam mana nk download soalan2 dalam ni ye?

  136. Afiqah,

    Hanya ahli berdaftar sahaja dibenarkan muat turun koleksi tersebut. Pendaftaran setahun sekali… ahli berdaftar tahun 2015 akan tamat pada 31/12/2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.