KOLEKSI PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2017

UNTUK AHLI BERDAFTAR SAHAJA

 

Posted on July 30, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 123 Comments.

  1. KEDAH K1 8/08/2017
    K2 10/08/2017

  2. Ok. Tq.

  3. NOOR PAEZAH DERIS

    Salam Cg Narzuki,
    Saya terlupa password. Kenapa sukar untuk dapat password baru ya?

  4. Noor Paezah,

    Sila rujuk email..

  5. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK CG..

  6. MRSM 24/8/2017

  7. PAHANG 17 Ogos 2017

  8. Terima kasih.

  9. PERAK- daerah kinta 7 ogos 2017

  10. Suraya sulaiman

    Penang soalan tak seragam tahun ni. Tp kebanyakn sekolh mula awal sept. Daerah SPT 19 SEPT

  11. Suraya,

    Terima kasih…untuk info tersebut.

  12. Negeri Selangor 12/9/2017

    bagaimana nak share kertas Trial SPM Negeri Selangor di sini?

  13. Pua77030,

    Email set lengkap Kertas 1, Kertas 2 dan Skema ke email narzuki@gmail.com

  14. Percubaan johor tidak setara, mula pada pertengahan ogos

  15. Wong,

    Terima kasih. Soalan setara PPD pun kita cuba kumpulkan.

  16. perak,kedah ,kelantan,pahang ,terima kasih cikgu

  17. Johor 7 – k1 10/8/2017
    K2- 20/8/2017

  18. Eliza,

    Terima kasih.

  19. Selangor trial 12/9/17 k1 Dan k2

  20. Cikgu dh dpt ke soalan trial kedah?
    Klu nk htr, dlm bentuk pdf lh ye?

  21. Fida2far,

    Ya, dah dapat. Sebagai langkah berjaga2… elak sebarang kebocoran…buat masa ini soalan tersebut tidak akan diupload lagi.

  22. Bila boleh download ?

  23. norizan bt awang hamat

    moga ada soalan trial satu dua negeri utk minggu ni.. utk bekal pelajar dalam cuti seminggu ni.. tq cg ki.. moga sentiasa dlm rahmat Allah taala.

  24. Shamsol Kahar Shafie

    Perak ( Kerian ) last skolah 24/8

    Saya akan email soalan Percubaan nanti.

    Terima kasih

  25. Goh,
    Buat masa sekarang.. saya belum dapat lampu hijau daripada JU negeri masing2 lagi… bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.. saya terpaksa akur.

    Norizan,
    Aamiin, InsyaAllah pada hari Rabu terdekat saya uploadkan soalan Kelantan dan Kedah.

    Shamsol,
    Alhamdulillah, terima kasih atas kesudian menyumbangkan set soalan tersebut.

  26. Bila boleh dapat lagi soalan trial 2017 yang lain? Thks

  27. Pchin,

    Apabila dapat dikumpulkan dan pastikan semua sekolah telah menduduki peperiksaan tersebut.. baru CNO upload set soalan tersebut.

  28. cikgu saya nithiya.
    cikgu kenapa saya tak boleh buka soalan tersebut?

  29. saya nk download semua soalan percubaan setiap negeri untuk buat latihan,atas permintaan cikgu.tp tk leh download lg

  30. Salam cikgu,boleh saya tahu soalan spot tahun ni?

  31. Nur,

    Maaf, Cg takda soalan spot. Nasihat Cg, sediakan senarai semak.. cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Semakin banyak topik yang dikuasai.. maka semakin hampir dengan A+.

  32. Cikgu,
    Soalan 4 SBP dirujuk, Mengapakah 4(a) sewa RM800 telah di masuk dalam penerimaan dalam bulan Mac, tetapi 4(b) varian, sewa dianggap sebagai penerimaan pada bulan Febuari? terima kasih

  33. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    4(a) Sewa RM800 –> terima pada bulan Feb.

  34. Cikgu, kertas kelantan soalan 3.
    Pulangan brg niaga kpd pembekal belum direkod dlm mana akaun.
    Tolak pemuitang 375 dan stok ke?

    Membeli almari pameran RM2500 susutnilai ikut bulan ke?

  35. Kalai.

    1. Pulangan belian (+), Pemiutang (-)
    2. Sepatutnya SN untuk RM2500 perlu ambilkira tempoh ikut bulan dibeli.

  36. Cikgu, angkutan Belian itu ape?perlu tak tambah dengan Belian apabila cari Kos Jualan?

  37. Yiqing,

    Angkutan belian = Angkutan masuk

  38. bagaimana nk share soalan di sini dr johor

  39. Eiza,

    Terima kasih.. 2 set trial johor telah ada dalam simpanan.. cuma tidak diupload lagi…. sebab saya dimaklumkan tarikh peperiksaannya tidak selaras.. jadi adalah lebih baik simpan dahulu bagi mengelakkan kebocoran.

  40. Cikgu mana boleh dpt Ekonomi trial?

  41. Lemon,

    Cuba rujuk dengan cikgu2 ekonomi.

  42. Cikgu Ada Kenal cikgu Ekonomi /atau blog cikgu ekonomi

  43. Lemon,

    Maaf, tidak kenal… cuba google.

  44. Cikgu, soalan 5 Kelantan dirujuk. Dalam soalan rekod tak lengkap ini, simpanan tetap RM5000 belum direkod, rm5000 ini perlukah tolak bank sebab Wang tersebut telah dikeluarkan utk simpanan tetap? Terima kasih.

  45. Fatimah,

    Simpanan tetap telah direkod.. rujuk senarai baki akhir. Yang belum direkodkan adalah faedah atas simpanan tetap tersebut.

  46. Cikgu,
    Jika simpanan tetap belum direkod, perlukah kita tolak bank dalam soalan ini?

  47. Fatimah,

    Tidak perlu.. kerana baki akhir bank adalah nilai yang diambil daripada penyata bank. Semua urus niaga berkaitan dengan bank telah diambilkira.

  48. Pulau pinang ?

  49. Syazwina,

    Saya dimaklumkan soalannya tidak selaras.. sekolah masing2 yang sediakan.

  50. Cg, soalan sbp no3, klau dia xbgi baki akhir pemiutang, mcm mna kita nk cri belian kt

  51. Piqahdillah,

    Masih boleh cari belian kredit…
    Tiada baki akhir –> semua hutang telah dijelaskan –> Baki akhir = 0

  52. cikgu, di sini boleh dapat contoh set soalan lengkap kertas 1 dan kertas 2 tingkatan 4 2017?

  53. Pua,

    Maaf, saya tidak kumpulkan set soalan tingkatan 4.

  54. Cg..Soalan negeri2 de ke skema jawapan?

  55. Set soalan lengkap.. K1, K2 dan Jawapan

  56. cg narzuki, bila ya soalan johor, melaka, selangor dan perak kinta, perak tgh bleh di upload. terima kasih

  57. Afizah,

    Melaka dan Johor … insyaAllah minggu depan, selepas saya pastikan semua sekolah sudah menduduki peperiksaan tersebut.
    Perak – Kinta & Tengah –> tiada guru yang sudi sumbangkan soalan.
    Selangor –> fail saya terima tidak sesuai diupload (saiz terlalu besar & tidak berapa jelas)

  58. Cg. faedah overdraf terakru aset ke liabiliti ? nk buat pelarasan cam mane?

  59. Mizan,

    Liabiliti Semasa.
    Dt Faedah overdraf
    Kt Faedah overdraf terakru

  60. Cg, saya sangat confuse dengan bab rekod tak lengkap, harapkan cg boleh tolong saya.
    Jika soalan Ada bagi nilai baki awal dan baki akhir penghutang, adakah nilai hutang lapuk di maklumat tambahan perlu tolak dekat baki akhir penghutang?

    Contoh:
    Baki penghutang 1/1/2016 : RM 2000
    Baki penghutang 31/12/2016 : RM 3000
    Maklumat tambahan:
    i) seorang penghutang telah muflis, hutangnya sebanyak RM 400 dihapuskan sebagai lapuk

    Adakah nilai RM400 perlu ditolak pada baki akhir penghutang?
    madam mana nak pasti amaun di maklumat tambahan perlu tolak pada baki akhir?

  61. Bl,

    Sila kemukakan soalan ikut topik yang telah disediakan.. soalan tersebut telahpun dijawab disini.
    http://cgnarzuki.com/perakaunan/rekod-tak-lengkap/#comment-157131

  62. Tlg postkan skema jawapan untuk trial selangor..

  63. Cikgu soalan selangor bhg A soalan pinjaman
    Liabiliti bukan semasa mengapa 36000?
    Kita baru jelaskan setahun

  64. Kalai,

    Bayaran balik setaip tahun = 60000/5 = 12000.
    1 jul 2016 – 30 jun 2017 –> sudah bayar 12000 –> baki pinjaman = 60000 – 12000 = 48000
    Pada 30 jun 2017 : sejumlah 12000 perlu dibayar utk tempoh 1 jul 17 – 30 jun 2018 –> jumlah tersebut dikelaskan sebagai LS.
    Manakala bakinya 36000 –> LBS

    # skema tersebut menggunakan pendekatan seperti dalam buku teks ting 4 KSSM.

  65. cg narzuki, terima kasih atas perkongsian soalan2 trial. skema jawapan bg kertas 1 negeri selangor mmg tidak disertakan ya…sbb ada skema kertas 2 sahaja…

  66. Afizah,

    Sama2.. jawapan K1 tidak disertakan kerana fail yang saya terima tidak dapat dibuka.

    # Ok, sekarang saya sudah upload skema jawapan Kertas 1.

  67. ok terima kasih

  68. Assalamualaikum Cikgu , bagaimana caranya utk saya mendaftarkan diri ? Saya perlukan bantuan dri bahan pembelajaran cikgu utk mengulangkaji

  69. Adam, waalaikumussalam.

    Klik pada LANGKAH PENDAFTARAN disebelah –>

  70. assalamualaikum cikgu narzuki.

    mohon tunjuk ajar dari cikgu. soalan mrsm soalan rekod tak lengkap. ada satu nota kredit diterima daripada pembekal. soalan suruh buat a/k kawalan pemiutang. saya berpandangan baki h/b pemiutang yang diberi perlu ditolak kerana baki tersebut belum dikemaskini, tapi dalam skema baki tersebut masih dikekalkan. mohon pendapat cikgu. terima kasih.

  71. Sarah, Waalaikumussalam.

    Asasnya mudah sahaja… ikut kitaran perakaunan.
    –> Lejar (Ak Kawalan) –> ID –> Pelarasan –>
    Jika BELUM REKOD, maksudnya tidak rekod/wujud dalam Ak Kawalan… maka Pulangan belian tersebut tidak perlu masukkan dalam Ak Kawalan.
    Oleh kerana ianya baru dikesan –> maka perkara tersebut jadi item PELARASAN… dimana akan diselaraskan selepas ID (bukannya dibetulkan dalam Ak Kawalan)
    Jurnal Am pelarasannya
    Dt Pemiutang Kt Pulangan belian… seterusnya catat dalam PP & KKK.

  72. Cikgu nak tanya nanti dalam Perperiksaan sebenar adakah kami diberi buku jawapan termasuk jurnal, lejer dan buku tunai secara berasingan? Atau kami kena lukis sendiri? Terima Kasih Cikgu.

  73. Daniel,

    Buku jawapan tidak diberi berasingan seperti subjek lain. Hanya diberi kertas soalan sahaja.

    Dimana kertas untuk jawapan seperti kertas jurnal, lejar, buku tunai, buku tunai runcit, kertas graf, garis 2, kertas kosong.. telah sedia ada pada kertas soalan tersebut dan ianya boleh dicerai apabila hendah digunakan..

  74. Cg Narzuki
    Sekiranya kehendak soalan ialah – menyediakan akaun perdagangan dan untung rugi bagi rekod tak lengkap, bolehkan murid menjawab dalam bentuk penyata ?

  75. Saras,

    Boleh..

  76. cg narzuki, nak tny ada lagi tak soalan trial yang tidak diupload? sbb kalo dah takde sy nk binding dah soalan2 trial ni… terima kasih atas usaha murni cgu mengumpul soalan2 trial ni…cuma tahun ni soalan dr Penang tak ada…

  77. Afizah,

    Rasanya… itu sahaja yang berjaya dikumpulkan… yang lain2 tidak dapat .. disebabkan soalannya tidak selaras peringkat negeri… sekolah masing2 yang sediakan.

  78. merujuk soalan trial kelantan, bagi soalan belanjawan tunai ada sedikit kekeliruan ayat memulakan perniagaan dengan meneruskan perniagaan.

    kalo memulakan perniagaan biasanya kita akan letak di bhgn penerimaan sebagai modal utk tunai di tgn dan tunai dibank.
    tapi dlm skema ditulis sbg baki awal. mohon pencerahan

  79. Afizah,

    .. “memulakan perniagaan di Rantau Panjang”… bukannya bermaksud memulakan perniagaan pada tarikh 1 Januari.

    … “Baki tunai”… –> jelas BAKI.. bukannya membawa masuk tunai dan bank.

  80. Hi Cikgu, nak tanya pasal soalan Belanjawan dlm MRSM.

    Perlu kita menyambut kira carunam kswp bhg pekerja? Dan merekodnya dlm Belanjawan Tunai.

  81. Daniel,

    Konsepnya… 11% daripada gaji pekerja dan 12% daripada majikan akan dibayar kepada pihak KWSP… manakala gaji bersih (selepas tolak potongan) sahaja dibayar kepada pekerja.
    # cuba rujuk catatan dalam Ak Caruman KWSP… ianya termasuk bahagian pekerja dan majikan.

  82. Cikgu bolehkah minta jawaban bagi prinsip perakaunan Melaka?

  83. Assalamualaikum cikgu, kalau dalam imbangan duga pada 31 Dis 2016 untuk insurans = rm7008 dan maklumat tambahannya kata bayaran insurans untuk tempoh berakhir 1 Jan 2017, macam mana nak kira dalam penyata pendapatan saya tak faham.

  84. Mai, waalaikumussalam.

    Maksudnya tiada insurans terdahulu..
    Maka Insurans RM7008 –> PP

  85. Assalamualaikum cikgu
    trial johor (set1) soalan no.2
    Kenapa alatan pejabat tak kena tolak dengan susut nilai Rm528 dalam KKK?

  86. Nurul, waalaikumussalam.

    SN kaedah penilaian semula… baki akhir Alatan Pejabat adalah nilai buku selepas ditolak SNT.

  87. Assalamualaikum cikgu, trial johor set 2 maklumat tambahannya ada pulangan jualan = rm260 , pulangan belian = rm130, diskaun terima = rm 370 dan hutang lapuk = rm500

    dalam kunci kira-kira perlukah saya tolak semua butiran tu daripada penghutang dan pemiutang?

  88. Sarah, waalaikumussalam.

    Tidak perlu… Baki akhir penghutang dan pemiutang yang diberi telahpun ambil kira perkara tersebut.

  89. Assalamualaikum cikgu
    Trial johor(set1) no.4
    Macam mana nak dapat baki b/b 69570 (jun)
    And macam mana nak kira belian sebab saya tak faham maklumat tambahan yg (ii)

  90. Nurul, waalaikumussalam.

    Baki (Bank + Tunai) 31 mei –> Baki b/b 1 Jun

  91. Cikgu boleh jelaskan cara nak kira belian dalam belanjawan tunai set 1 johor
    Saya tak faham maklumat tambahan (ii)

  92. Nurul,

    1. Kira jumlah belian –> Jun, Julai, Ogos
    2. Agihkan antara belian tunai (30%) dan belian kredit @ pemiutang (70%)
    3. Belian tunai (30%) –> bulan semasa
    Pemiutang (70%) –> bayar bulan berikutnya. Mei–> Jun, Jun–> Julai, Julai –> Ogos.

  93. Hi cikgu
    Set soalan kedah no.2
    1. Macam mana nak kira PHR sebab soalan bagi Hutang lapuk and hutang lapuk terpulih?
    2. Kenapa alat tulis rm1438 kena tolak dengan stok alat tulis rm125?
    3. Maklumat tambahan (v) tulis SEWA TAHUNAN RM14400. macam mana saya nak tau tu sewa diterima or dibayar?

  94. Nurul,

    1. Kira PHR = % x penghutang bersih
    # penghutang selepas pelarasan HL di maklumat tambahan.
    2. Nak cari belanja alat tulis (alat tulis yang habis digunakan) kita TOLAK alat tulis yang tidak digunakan (stok alat tulis)
    3. Sewa dalam ID berbaki kredit –> HASIL

  95. Cikgu apa maksud insurans RM149 belum tamat tempoh

  96. Jun,

    Insurans terdahulu.

  97. macam mana nak register

  98. Farhan,

    Klik pada LANGKAH PENDAFTARAN —->

  99. Salam cikgu.Bilakah cikgu akan upload soalan percubaan percubaan prinsip perakaunan tahun ini bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.Terima kasih.

  100. Haliza,

    Maaf, tiada rakan guru yang sudi sumbangkan soalan…. kemungkinan soalan mereka tidak selaras.. sekolah masing2 yang sediakan soalan.

  101. Cg bole saya dapatkan skema jawapan trial 2017?

  102. Cikgu,
    Soalan 2 kedah dirujuk, dalam maklumat tambahan, invois program promosi diterima 3 bulan sehingga bulan Nov berjumlah RM750. Invois diterima maksud belum bayar termasuk bulan disember, promosi terakru sepatutnya RM1000, mengapa jawapan promosi terakru RM250?

  103. Fatimah,

    Pada pandangan saya, penyataan ..”3 bulan berakhir 30 Nov 2016″ perlu ditukarkan kepada.. “3 bulan pada 30 Nov 2016″.
    Maksudnya invois tersebut diterima pada Nov untuk program promosi bulan Dis, Jan dan Feb.
    Rasionalnya bagi sesuatu urus niaga dokumen Invois dikeluarkan dahulu.
    Maka bulan Disember –> terakru 1 bulan RM250.

  104. Cg , kenapa saya x dapat buka file itu ?

  105. Zard,

    Fail tersebut dalam format ZIP… yang mengandungi 3 fail pdf. Sila UNZIP @ EXTRACT fail tersebut terlebih dahulu.

  106. Cg, soaln slangor no. 3, pinjaman amin LS ke LBS?

  107. Soaln selngor. Mcm mana nk kira kadar byaran yg terakru cg?

  108. Kadar bayaran 700 sehingga bulan Feb… 2 bulan lagi terakru.
    700 untuk 10 bulan –> sebulan 700/10=70
    Maka terakru 2 bulan = 140

    Pinjaman pekongsi –> Liabiliti semasa

  109. Ok trima kasih cg. Yg pinjamin amin tu LS ke LBS cg?

  110. Cg boleh terangkan x yg (vi) mengenai kenderaan bru tu. Saya kurang fham lr cg. (Soaln slngor)

  111. Piqahdillah,

    Pinjaman Amen (Pekongsi) –> LS

    Kenderaan (20000 + 40000)
    Kemudian Kira SN 20000 –> cukup setahun
    40000 –> 6 bulan

  112. Cikgu, dirujuk soalan 3 Kedah, M.T ( ii ) Insurans 600 dibayar utk suku tahun berakhir 28 Feb 2017… Maksudnya , terdahulu adalah 2 bulan je kut ? jadi ,

    600÷6 = 100
    Terdahulu = 100×2=200 ?

    Kenape jawapan tulis terdahulu 400?

  113. Gautham,

    RM600 –> suku tahun = 3 bulan
    Sebulan = 600/3 = 200
    Insurans terdahulu = 2 bulan x rm200 = rm400

  114. Cikgu kertas selangor soalan 2 pulangan belian tin kosong Dan diskaun diterima perlu tak kita tolak pada pemuitang akhir?

  115. Cikgu,Saya agar keliru dgn maklumat tambahan seperti diskaun, pulangan Dan lapuk. Bila kita perlu tolak dgn penghutang dan pemiutang? Tolong jelaskan

  116. Kalai,

    Jika perkara tersebut BELUM diambilkira/direkodkan –> item pelarasan –> baki pemiutang perlu diselaraskan.
    Jika hanya MAKLUMAN perkara berikut TELAH berlaku –> baki akhir pemiutang telahpun diambulkira –> tidak perlu selaras lagi.

  117. Aslm cg..(kos pengiklanan yang dibayar adalah termasuk bayaran untuk bulan julai sebayak rm1490)=mt pada 30 jun 2017….DLM ID iklan sebanyak rm 5960 nk letak DLM pp brape…soalan PAT form 4(cawangan kelantan)

  118. Aidil,

    Iklan prabayar 1490 –> AS dalam PKK
    Iklan (5960 – 1490) –> Belanja dalam PP

  119. Cikgu,
    soalan 2 percubaan melaka di rujuk, Syarikat telah melabur saham pada 1 julai, pada 31 disember syarikat tersebut telah mengisytiharkan dividen 8 sen. Mengapa jawapan dividen darab dengan 6 bulan, sepatutnya dia layak dapat setahun. contohya kalau kita beli saham Telekom pada 1 Julai, jika syarikat bagi dividen 8 sen pada disember, kita layak dapat 8 sen. terima kasih

  120. Cikgu,
    soalan percubaan kelantan rekod tak lengkap dirujuk, mengapa membeli almari pada 31 disember 2016 dan akaun berakhir 31 Julai 2017, mengapa susutnilai lengkapan tak kira 6 bulan sahaja bagi almari yg tak cukup setahun? terima kasih.

  121. Fatimah,

    1. Dividen –> tidak bergantung kepada TEMPOH MASA..kerana kadarnya 8 sen sesaham –> 8 sen x modal berbayar.
    Begitu juga jika kadar dalam %… % atas modal berbayar.
    Berbeza dengan kadar SN @ Pinjaman dimana kadar untuk SETAHUN –> maka perlU ambilkira TEMPOH jika tidak cukup setahun.

    2. Ya.. sepatutnya SN = (10%×3700) + (10%×2500×6/12)

  122. Salam Sejatera Semua, ingin download soalan percubaan-percubaan ini perlu berdaftar jadi ahli dahulu….

    apa langkahnya utk supaya sy berdaftar jadi ahli…

    terima kasih tuan Narzuki…

  123. Albert Tai,

    Sila klik LANGKAH PENDAFTARAN disebelah —->

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.