Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

KUIZ : Dokumen sebagai Sumber Maklumat

Congratulations - you have completed KUIZ : Dokumen sebagai Sumber Maklumat. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Apakah fungsi dokumen perniagaan ?
A
sebagai dokumen sokongan
B
sebagai alat perancangan dan kawalan
C
sebagai bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku
D
sebagai rujukan semasa penyediaan penyata kewangan
Question 2
Antara dokumen berikut, manakah yang tidak dihantar oleh penjual kepada pembeli?
A
Invois
B
Nota debit
C
Nota serahan
D
Makluman kredit
Question 3
Antara berikut, dokumen manakah berfungsi sebagai satu peringatan kepada pembeli untuk menjelaskan hutangnya?
A
Memo
B
Nota debit
C
Penyata akaun
D
Baucar pembayaran
Question 4
Antara berikut, dokumen manakah berfungsi sebagai invois tambahan?
A
Makluman kredit
B
Makluman debit
C
Nota kredit
D
Nota debit
Question 5
Bilakah Penyata Akaun di hantar kepada penghutang?
A
Awal bulan
B
Akhir bulan
C
Selepas jualan dibuat
D
Apabila diminta oleh penghutang
Question 6
Antara berikut, pihak manakah akan menyimpan salinan Bil Tunai dan Slip Daftar Tunai?
A
Penjual
B
Pembeli
C
Pemiutang
D
Penghutang
Question 7
Perkataan ‘Kegunaan pejabat’ yang digunakan dalam dokumen keratan cek merujuk kepada
A
catatan bergu
B
catatan majmuk
C
catatan kontra
D
catatan tunggal
Question 8
Antara berikut, pilih keadaan di mana nota debit tidak sesuai digunakan.
A
Invois aset terkurang caj
B
Catatan tertinggal dalam invois
C
Invois barang niaga terkurang caj
D
Pemulangan bekas seperti tin atau botol oleh pembeli
Question 9
Antara berikut, manakah tidak menerangkan tentang diskaun niaga?
A
Diskaun niaga menggalakkan pembeli membayar dengan segera
B
Diskaun niaga merupakan potongan harga daripada harga senarai
C
Diskaun niaga menggalakkan pembeli membeli secara pukal
D
Diskaun niaga diberi semasa pembelian dibuat
Question 10
Apakah maksud syarat serahan “Angkutan dibayar” di dalam invois?
A
Pembeli perlu menanggung kos pengangkutan.
B
Kos pengangkutan adalah dibayar kemudian.
C
Penjual akan menanggung kos pengangkutan.
D
Kos pengangkutan dibayar semasa serahan.
Question 11
Apakah dokumen yang akan dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli apabila mengenakan kos pengangkutan yang tertinggal di dalam invois?
A
Nota debit
B
Nota kredit
C
Makluman debit
D
Makluman kredit
Question 12
R = Invois

S = Nota Kredit

T = Resit Rasmi

Q = Nota serahan

Berdasarkan maklumat di atas yang manakah menunjukkan aliran dokumen urus niaga kredit ?
A
R, Q, S, T
B
Q, S, R, T
C
R, S, Q, T
D
Q, R, S, T
Question 13
Encik Fadhly telah memberitahu pembekal bahawa jumlah dalam invois yang diterimanya telah terlebih caj.

Dokumen apakah yang perlu dihantar oleh pembekal tersebut kepada Encik Fadhly?
A
Memo
B
Invois
C
Nota debit
D
Nota kredit
Question 14
Perkataan ‘Angkutan dibayar’ yang tercatat dalam invois bermaksud
A
pembekal menanggung kos angkutan
B
pembeli perlu membayar kos angkutan
C
harga belian barang termasuk kos angkutan
D
kos angkutan dibayar setelah barang diterima
Question 15
Seorang pelanggan Kedai Runcit Johan memulangkan barang yang tersalah jenama.

Apakah dokumen yang perlu dihantar oleh Kedai Runcit Johan kepada pelanggan tersebut?
A
Memo
B
Nota kredit
C
Penyata akaun
D
Makluman debit
Question 16
Berikut ialah dialog antara seorang peniaga dengan pekerjanya.

Johan: Siti, invois yang kita keluarkan kepada Kedai Hatta telah terlebih caj, sila betulkan kesilapan itu.

Siti : Baiklah, tuan.

Apakah dokumen yang perlu dihantar kepada Kedai Hatta ?
A
Memo
B
Invois
C
Nota Debit
D
Nota Kredit
Question 17
Maklumat berikut diambil dari buku Perniagaan Sam. Pada 6 Januari 2010, peniaga membeli barang niaga dengan harga RM8 000. Syarat diskaun niaga dan diskaun tunai adalah seperti berikut: Diskaun niaga 20% Diskaun tunai 10% 10 hari ; 5% 15 hari   Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika hutang dijelaskan pada 14 Februari 2010?
A
RM4 800
B
RM5 760
C
RM6 080
D
RM6 400
Question 18
Apakah tujuan diskaun niaga diberikan ?   [SPM2011]
A
Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai
B
Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal
C
Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan
D
Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan
Question 19
Urus niaga berikut berlaku antara Kedai Azaz dengan Pemborong Teguh.

"Pemborong Teguh menerima cek daripada Kedai Azaz berjumlah RM 1,250 atas stok yang dibekalkan tempoh hari."

Apakah dokumen yang dihantar oleh Pemborong Teguh kepada Kedai Azaz sebagai bukti pembayaran?
A
Bil tunai
B
Nota debit
C
Resit rasmi
D
Keratan cek
Question 20
Pada 4 Jun 2005, Kedai Ramada telah membeli barang RM 2,400 secara kredit. Pembekal telah menetapkan syarat-syarat berikut:

Diskaun niaga: 20%

Diskaun tunai: 10% 10 hari, 5% 20 hari

Jika Kedai Ramada membuat bayaran pada 18 Jun 2005, jumlah yang perlu dibayar ialah...
A
RM 1,824
B
RM 1,920
C
RM 2,280
D
RM 1,728
Question 21
dok001

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 98 - Soalan 8 SPM 2004]

A
X = Nota Kredit, Y = Invois, Z = Nota Kredit
B
X = Nota Kredit, Y = Baucer, Z = Nota Debit
C
X = Nota Debit, Y = Baucer, Z = Nota Kredit
D
X = Nota Kredit, Y = Invois, Z = Nota Debit
Question 22
Apakah tujuan diskaun niaga?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 92 - Soalan 9 SPM 2004]

A
Menarik lebih ramai pelanggan
B
Mengelakkan berlakunya hutang lapuk
C
Menggalakkan pembeli membayar segera
D
Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak
Question 23

Jumlah jualan dalam invois yang dikirim kepada Encik Kassim pada 3 Februari 2004 ialah RM450. Syarat diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh sebulan. Hitungkan jumlah yang harus dibayar oleh Encik Kassim jika beliau membuat bayaran pada 8 Mac 2004.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 94 - Soalan 12 SPM 2004]

A
RM45
B
RM405
C
RM450
D
RM495
Question 24
Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 80 - Soalan 6 SPM 2005]

A
Invois
B
Baucar
C
Nota Debit
D
Penyata Akaun
Question 25
dok002  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 89 - Soalan 11 SPM 2004]

A
Jurnal Pulangan Masuk
B
Jurnal Pulangan Keluar
C
Jurnal Belian
D
Jurnal Am
Question 26
Dokumen 1 ialah invois yang diperoleh daripada Kedai Perabot Sin Hong. dok003   Namakan Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Kedai Perabot Sin Hong untuk merekod urus niaga tersebut.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 86 - Soalan 8 SPM 2005]

A
Jurnal Am
B
Buku Tunai
C
Jurnal Jualan
D
Jurnal Belian
Question 27
Dokumen 2 dihantar oleh Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim kepada pelanggannya. dok004  

Kerani akaun Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim hendaklah merekodkan butiran dokumen itu ke dalam

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 88 - Soalan 9 SPM 2005]

A
Jurnal Jualan
B
Jurnal Belian
C
Jurnal Pulangan Jualan
D
Jurnal Pulangan Belian
Question 28
Chae Har ialah seorang peniaga. Invois yang diterima oleh Chae Har terlebih nilai. Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 89 - Soalan 9 SPM 2006]

A
Nota Debit
B
Nota Kredit
C
Makluman Debit
D
Makluman Kredit
Question 29

Antara yang berikut, yang manakah fungsi dokumen perniagaan?

I Sumber maklumat perakaunan

II Rujukan kepada pemegang-pemegang saham

III Memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga

IV Mengingatkan peniaga tentang hutang urus niaga

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 99 - Soalan 10 SPM 2006]

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 30
‘K dan K di K’ bermaksud sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois boleh dibetulkan melalui

I Makluman Debit

II Nota Kredit

III Nota Debit

IV Resit

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 88, 89 - Soalan 11 SPM 2006]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 31
Apakah tujuan diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 93 - Soalan 12 SPM 2006]

A
Menarik lebih ramai pelanggan
B
Mengelakkan pelanggan berhutang
C
Mempengaruhi pelanggan membeli secara pukal
D
Menggalakkan pelanggan menjelaskan hutang dengan segera
Question 32

Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan yang berlaku dalam invois?

I Makluman Debit

II Nota Kredit

III Nota Debit

IV Resit

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 88, 89 - Soalan 7 SPM 2007]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 33
Dialog berikut berlaku di antara Cik Judy dengan Puan Azura mengenai dokumen perniagaan. Judy : Puan Azura, invois yang syarikat kami hantar semalam telah tertinggal caj angkutan. Azura: Ya ke? Cik Judy nak betulkan dalam invois itu ke? Judy : Tak perlu. Kami akan hantar satu dokumen untuk menambahkan jumlah bayaran yang terkurang caj dalam invois itu. Apakah dokumen yang akan dihantar oleh Cik Judy?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 87, 88 - Soalan 8 SPM 2008]

A
Makluman debit
B
Makluman kredit
C
Nota debit
D
Nota kredit
Question 34
dok005  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 98 - Soalan 7 SPM 2010]

A
Memo
B
Resit
C
Keratan cek
D
Penyata akaun
Question 35

Pada 30 Julai 2011, Puan Sue membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit dengan syarat 15% 10 hari; 10% 15 hari.

Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 10 Ogos 2011?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 94 - Soalan 6 SPM 2011]

A
RM450
B
RM510
C
RM540
D
RM600
Question 36
Apakah tujuan diskaun niaga diberikan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 92 - Soalan 8 SPM 2011]

A
Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai
B
Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal
C
Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan
D
Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan
Question 37
Dokumen 1 diterima oleh Puan Mahani. dok006 Berapakah diskaun tunai yang diperoleh sekiranya pembayaran dibuat pada 12 Mei 2012?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 94 - Soalan 5 SPM 2012]

A
RM188
B
RM282
C
RM470
D
RM658
Question 38
Petikan Buku Tunai berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan. dok007   Dokumen manakah yang digunakan sebagai sumber catatan bagi urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 79 - Soalan 11 SPM 2012]

A
Slip daftar tunai
B
Keratan cek
C
Bil tunai
D
Resit
Question 39
Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Amin Enterprise.

Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan.

Apakah dokumen tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 87, 88 - Soalan 4 SPM 2013]

A
Nota debit
B
Nota kredit
C
Makluman debit
D
Makluman kredit
Question 40
Bajrai Enterprise menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Melor. Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 97, 98 - Soalan 5 SPM 2013 ]

A
Katalog ---► Invois ---► Borang Pesanan ---► Resit
B
Borang Pesanan ---► Invois ---► Katalog ---► Resit
C
Borang Pesanan ---► Katalog ---► Resit ---► Invois
D
Katalog ---► Borang Pesanan ---► Invois ---► Resit
Question 41
Encik Sunni, pemilik perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan. <p></p> Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 85 - Soalan 6 SPM 2013]

A
Cek
B
Resit
C
Invois
D
Bil tunai
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 41 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
3132333435
3637383940
41End
Return
  1. salam..nk tanya soalan kuiz no 17,yg bab dokumen sebagai sumber maklumat…
    mengapakah kita mesti ambil kira diskaun tunai walaupun kita bayar pada tarikh yg telah tamat tempoh?

  2. Sitinur,

    Terima kasih atas maklumat yang diberikan, kesilapan tersebut telah diperbetulkan.

  3. maksudnya diskaun tu tidak dikira kn cegu?
    jadi dia akan bayar nilai sebenar..btol tak.?

  4. Jumlah selepas tolak diskaun niaga perlu dibayar, manakala diskaun tunai tidak layak diterima kerana telah melebihi syarat pembayaran yang ditetapkan.

  5. Saya kurang faham kuiz solan no 4 .

  6. Fatin,

    INVOIS TAMBAHAN bermaksud dokumen yang dikeluarkan bagi menambahkan nilai INVOIS sebelum ini… mungkin disebabkan Invois sebelum ini telah TERKURANG NILAI.

  7. cikgu ,
    saya nak tnya saya kurang faham soalan no2 . manakah yang tidak dihantar oleh penjual kepada pembeli . boleh cikgu tolong terangkan .

  8. Fatin,

    Sila rujuk aliran dokumen antara Penjual dan Pembeli dalam buku teks.
    Dan juga rujuk dokumen Maklumat Kredit, siapa yang mengeluarkan dokumen tersebut ?

  9. Cikgu Narzuki, saya tidak memahami soalan 17. Tolong jelaskan soalan 17 untuk saya berserta dengan penyelesaian soalan itu.

  10. Pui Wen Hang,

    Beliau hanya dapat diskaun niaga sahaja.. 20% = RM1600.
    Maka jumlah yang perlu dijelaskan RM6,400

    Diskaun tunai tidak dapat kerana bayaran dibuat melebih 15 hari.

  11. Cikgu Narzuki, maksudnya, jika dia membayar hutangnya tepat pada hari ke-10, dia akan mendapat diskaun tunai 10%; jikalau dia menjelaskan hutangnya pada hari ke-15, dia akan memperoleh 5%. Diskaun niaga pula pasti didapatnya kerana ini diskaun belian, tidak berkaitan dengan hal menjelaskan hutang. Betulkah tafsir saya?

  12. Ya.. betul… tepat atau kurang daripada tempoh yang ditetapkan.

  13. Cikgu Narzuki, bagaimanakah dengan soalan 20? Kedai Ramada membeli barang pada 4 Jun 2005 secara kredit dan menjelaskan hutang pada 18 Jun 2005. Panjang tempoh dari 4 Jun 2005 hingga 18 Jun 2005 14 hari. Diberikan syarat dalam masa 10 hari, ada diskaun tunai 10%; dalam tempoh 20 hari, ada diskaun tunai 5%. Namun, Kedai Ramada membayar hutang pada hari ke-14. Jadi, layak diterimakah diskaun tunai 10% (kerana dia telah melepasi 10 hari, iaitu 14 hari.)

  14. 10 hari, 10% …. 20 hari 5%
    maksudnya.. jika bayar dalam tempoh 1 – 10 hari dapat diskaun 10%.
    manakala jika bayar 11 – 20 hari dapat 5%.
    jika lebih 20 hari… tidak dapat diskaun tetsebut.

  15. salam..cikgu..mcmmane nak mahir dlm subj perakaunan ni?

  16. Suraya,

    Semua subjek sama sahaja… kuasai KEMAHIRAN BELAJAR (klik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.