Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja dan Akaun Kontra.

KUIZ : Klasifikasi Akaun

Congratulations - you have completed KUIZ : Klasifikasi Akaun. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Kumpulan manakah yang dikelaskan sebagai ASET SEMASA ?
A
A. Bank, Tunai, Penghutang
B
B. Modal, Pemiutang, Perabot
C
C. Kenderaan, Penghutang, Stok
D
D. Penghutang, Pemiutang, Premis
Question 2
LIABILITI BUKAN SEMASA sebuah perniagaan ialah .......
A
Overdraf bank
B
Pinjaman bercagar
C
Faedah atas pinjaman
D
Kadar bayaran terakru
Question 3
Antara berikut yang manakah akan mengurangkan modal sebuah perniagaan ?
A
Untung bersih
B
Ambilan oleh pemilik
C
Wang tunai dibawa masuk oleh pemilik
D
Pemilik membawa masuk aset bukan semasa
Question 4
Pemilik Kedai Buku dan Alat tulis Farahan, mengambil alat tulis bernilai RM 120 dari stok untuk kegunaan perniagaan.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah catatan bergu untuk urus niaga tersebut ?
A
Debit Akaun Ambilan, kredit Akaun Alat tulis
B
Debit Akaun Ambilan, kredit Akaun Belian
C
Debit Akaun Alat tulis, kredit Akaun Belian
D
Debit Akaun Alat tulis, kredit Akaun Stok
Question 5
Berdasarkan butiran berikut, manakah belanja kendalian ?

I Insurans

II Duti Belian

III Angkutan Keluar

IV Susut nilai perabot
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 6
Antara yang berikut, yang manakah akan menambahkan dan mengurangkan aset?
A
Bayar hutang pembekal dengan cek
B
Ambilan stok untuk kegunaan peribadi
C
Jual perabot terpakai kepada Encik Amran secara kredit
D
Tunai dibawa masuk sebagai modal tambahan
Question 7
Puan Judy, pemilik Gedung Fesyen Anggun, menjelaskan pinjaman bank sebanyak RM20 000 dengan cek.

Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas Kunci Kira-Kira?
A
Aset dan liabiliti bertambah
B
Aset dan liabiliti berkurang
C
Aset bertambah dan liabiliti berkurang
D
Aset berkurang dan liabiliti bertambah
Question 8
Antara berikut, yang manakah hasil kendalian bagi sebuah perniagaan menjual alat ganti jentera?
A
Jualan alat ganti
B
Komisen jurujual
C
Dividen pelaburan
D
Susut nilai kenderaan
Question 9
Antara berikut manakah liabiliti?
A
Stok alat tulis
B
Gaji terdahulu
C
Sewa diterima terdahulu
D
Pinjaman kepada pekerja
Question 10
Antara berikut, manakah Akaun Nominal?

I Gaji

II Bank

III Gadai janji

IV Kadar bayaran
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 11
Butiran manakah yang merupakan belanja kendalian perniagaan ?  [SPM2011]
A
Rugi atas jualan aset bukan semasa
B
Faedah pinjaman bank
C
Insurans peribadi
D
Promosi
Question 12
Situasi di bawah merujuk kepada satu konsep perakaunan:

"Encik Darus, seorang peruncit, tidak merekodkan bayaran bil elektrik rumah kediamannya di dalam buku-buku perakaunan perniagaannya."

Nyatakan konsep perakaunan yang berkaitan dengannya.
A
Badan berterusan
B
Tempoh perakaunan
C
Wang sebagai ukuran
D
Entiti berasingan
Question 13
Antara berikut, yang manakah merupakan Liabiliti Bukan Semasa bagi sesebuah perniagaan?
A
Pemiutang
B
Gaji belum dibayar
C
Pinjaman bercagar
D
Overdraf bank
Question 14
Maklumat di bawah ialah urus niaga Perniagaan Suria:

"Beli komputer berharga RM 4,200 daripada Syarikat Komputer Prima Berhad secara kredit."

Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan liabiliti?
A
Aset berkurang Liabiliti bertambah
B
Aset bertambah Liabiliti bertambah
C
Aset bertambah Liabiliti berkurang
D
Aset berkurang Liabiliti berkurang
Question 15
Aset  -  Liabiliti = ?
A
Overdraft
B
Aset tetap
C
Ekuiti pemilik
D
Pendapatan tertahan
Question 16
Antara berikut aset semasa yang manakah mempunyai kecairan yang paling rendah?
A
Tunai
B
Stok
C
Penghutang
D
Bank
Question 17
Azman membeli kenderaan secara kredit untuk kegunaan sendiri. Apakah kesan tindakan Azman itu pada catatan perakaunannya?
A
Akaun Kenderaan dan Pemiutang meningkat
B
Akaun Ambilan dan Pemiutang meningkat.
C
Akaun Kenderaan dan Penghutang meningkat.
D
Akaun Ambilan dan Penghutang meningkat.
Question 18
Antara transaksi perakaunan berikut, yang manakah TIADA kesan ke atas Ekuiti Pemilik?
A
Penghutang membayar RM3,400 untuk menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM3,600.
B
Membeli lengkapan secara kredit.
C
Membayar sewa untuk kediaman sendiri.
D
Menjelaskan hutang RM5,500 kepada pemiutang. Diskaun diterima RM200.
Question 19
Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset? I Tunai, Penghutang II Overdraf Bank, Modal III Pemiutang, Pinjaman IV Kenderaan, Stok

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 5 SPM 2004]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
Question 20
ALEHB1

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 - Soalan 6 SPM 2004]

A
RM28 830
B
RM34 270
C
RM34 370
D
RM35 170
Question 21
Aset Bukan Semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali 

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 4 SPM 2005]

A
dimiliki bukan bertujuan untuk dijual
B
sukar ditukar menjadi tunai
C
boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang
D
boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek
Question 22
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang peraturan merekod urus niaga ke dalam lejar?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 62 - Soalan 3 SPM 2006]

A
Aset didebitkan apabila berkurang
B
Hasil dikreditkan apabila bertambah
C
Liabiliti didebitkan apabila bertambah
D
Ekuiti Pemilik dikreditkan apabila berkurang
Question 23
Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa?

I Gaji terdahulu

II Overdraf bank

III Insurans terakru

IV Sewa diterima terdahulu

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 43 - Soalan 5 SPM 2005]

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 24
ALEHB002    

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 – 46 - Soalan 2 SPM 2006]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 25
ALEHB003

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 4 SPM 2006]

A
Tunai, Stok dan Kenderaan
B
Stok, Pemiutang dan Tunai
C
Stok, Overdraf Bank dan Tunai
D
Tunai, Penghutang dan Hasil Terakru
Question 26
Kumpulan item yang manakah aset bukan semasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 3 SPM 2007]

A
Sewa premis terdahulu, gaji terdahulu, lengkapan
B
Bangunan, tanah, sewa diterima terakru
C
Perabot, tunai, penghutang
D
Mesin, kenderaan, premis
Question 27
Antara yang berikut, yang manakah rumus persamaan perakaunan yang betul?

I Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

II Aset = Liabiliti - Ekuiti Pemilik

III Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

IV Aset = Liabiliti - Modal - Hasil + Belanja

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 & 59 - Soalan 8 SPM 2006]

A
I dan III
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
Question 28

Pada akhir tempoh perakaunan, buku Perniagaan Ikram Enterprise menunjukkan baki-baki berikut:

Aset       RM50 000 Liabiliti   RM17 590 Berapakah modal awal perniagaan jika Perniagaan Ikram Enterprise mengalami kerugian sebanyak RM5 950?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 44 & 54 - Soalan 4 SPM 2007]

A
RM23 540
B
RM26 460
C
RM32 410
D
RM38 360
Question 29
ALEHB004

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 58 - Soalan 6 SPM 2007]

A
Berkurang - Berkurang - Tiada kesan
B
Bertambah - Bertambah - Tiada kesan
C
Berkurang - Tiada kesan - Berkurang
D
Bertambah - Tiada kesan - Bertambah
Question 30
Manakah merupakan aset semasa perniagaan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 3 SPM 2008]

A
Sewa dibayar terakru
B
Insurans terdahulu
C
Kadar bayaran terakru
D
Komisen diterima terdahulu
Question 31
Stok pada harga kos RM2 560 dijual secara kredit sebanyak RM5 460. Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas aset dan ekuiti pemilik? ALEHB005

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 60 - Soalan 6 SPM 2008]

A
Berkurang - Bertambah - Bertambah
B
Berkurang - Bertambah - Berkurang
C
Bertambah - Berkurang - Berkurang
D
Bertambah - Bertambah - Berkurang
Question 32
Berikut adalah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik bagi Perniagan Sri Medan pada 31 Disember 2007. ALEHB006 Berapakah aset bukan semasa bagi perniagaan tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 4 SPM 2008]

A
RM7 600
B
RM8 400
C
RM23 000
D
RM30 600
Question 33
Pada 1 Jun 2007, Karina Lim telah memulakan perniagaan runcit dengan memasukkan tunai ke bank sebanyak RM18 000. Apakah catatan bergu bagi urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 63 - Soalan 7 SPM 2008]

A
Debit : Akaun Tunai - Kredit :Akaun Modal
B
Debit : Akaun Bank - Kredit : Akaun Modal
C
Debit : Akaun Bank - Kredit : Akaun Tunai
D
Debit : Akaun Modal - Kredit : Akaun Bank
Question 34
Puan Rohani pemilik Kedai Buku Jaya telah memulangkan enam buah buku matematik kepada pembekal kerana rosak. Apakah kesan urus niaga ke atas aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan Puan Rohani? Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 – 58 - Soalan 5 SPM 2009]

A
Aset : Bertambah, Liabiliti : Bertambah, Ekuiti : Tiada kesan
B
Aset : Berkurang, Liabiliti : Berkurang, Ekuiti : Tiada kesan
C
Aset : Bertambah, Liabiliti : Tiada kesan, Ekuiti : Bertambah
D
Aset : Berkurang, Liabiliti : Tiada kesan, Ekuiti : Berkurang
Question 35

Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 2 SPM 2010]

A
Komisen diterima terdahulu, stok, tunai
B
Kadar bayaran terakru, bank, penghutang
C
Sewa diterima terakru, pemiutang, gaji terdahulu
D
Insurans terdahulu, penghutang, komisen diterima terakru
Question 36
Maklumat berikut diperoleh daripada buku sebuah perniagaan. Kedai Perabot Ceria menjual almari bernilai RM2 800 dengan harga RM3 500 secara kredit kepada pelanggan. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan? ALEHB007  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 60 - Soalan 6 SPM 2009]

A
A
B
B
C
c
D
D
Question 37
Apakah hasil kendalian bagi sebuah kedai menjual perabot?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 45 - Soalan 3 SPM 2010]

A
Faedah atas simpanan
B
Penerimaan wang sewa ruang niaga
C
Untung jualan alat pendingin hawa
D
Jualan set bilik tidur pengantin
Question 38
Urus niaga berikut telah berlaku dalam perniagaan Kedai Buku Amal. Encik Amal membayar kepada Pembekal Buku Nikmat RM8 500 dengan cek. Beliau menerima diskaun tunai sebanyak RM200. Apakah kesan urus niaga tersebut terhadap persamaan perakaunan? ALEHB008

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 57, 60 - Soalan 5 SPM 2010]

A
A
B
B
C
C
D
D
Question 39
Pernyataan manakah yang menunjukkan ciri aset bukan semasa?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42 - Soalan 6 SPM 2010]

A
Mudah ditukar menjadi tunai
B
Dimiliki untuk tujuan dijual semula
C
Boleh digunakan untuk jangka masa panjang
D
Boleh digunakan untuk tempoh masa yang pendek
Question 40
Butiran manakah yang merupakan belanja kendalian perniagaan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 46 - Soalan 5 SPM 2011]

A
Rugi atas jualan aset bukan semasa
B
Faedah pinjaman bank
C
Insurans peribadi
D
Promosi
Question 41
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Kerisik. ALEHB009 Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 - Soalan 3 SPM 2011]

A
RM10 400
B
RM11 560
C
RM22 400
D
RM23 560
Question 42
Tahun kewangan Kedai Runcit Amiruddin berakhir pada 31 Mei 2011. Data berikut diperoleh daripada buku perniagaannya. ALEHB010 Berapakah modal pada tarikh 31 Mei 2011?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 54 - Soalan 4 SPM 2011]

A
RM16 250
B
RM19 250
C
RM19 750
D
RM22 750
Question 43
ALEHB011
A
A
B
B
C
C
D
D
Question 44
Urus niaga berikut berlaku dalam perniagaan kepunyaan Encik Ali.

Encik Ali mengambil barang niaga bernilai RM100 daripada perniagaannya untuk kegunaan peribadi.

Apakah catatan bergu yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 47, 62 - Soalan 12 SPM 2011]

A
Debit Akaun Tunai Kredit Akaun Stok
B
Debit Akaun Ambilan Kredit Akaun Belian
C
Debit Akaun Ambilan Kredit Akaun Tunai
D
Debit Akaun Tunai Kredit Akaun Belian
Question 45
Pasangan manakah yang betul bagi pengelasan aset dan liabiliti?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 42, 43 - Soalan 3 SPM 2012 ]

A
Aset : Hasil terakru Liabiliti : Hasil terdahulu
B
Aset : Belanja terakru Liabiliti : Belanja terdahulu
C
Aset : Hasil terdahulu Liabiliti : Belanja terdahulu
D
Aset : Belanja terakru Liabiliti : Hasil terakru
Question 46
Urus niaga manakah yang akan menambahkan jumlah ekuiti pemilik?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 44, 60 - Soalan 4 SPM 2012]

A
Menerima diskaun RM400
B
Membayar sewa kedai RM700
C
Membeli perabot secara kredit RM500
D
Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga RM150
Question 47
Padanan manakah yang betul?

Akaun Kontra ---> Akaun Induk

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 47 - Soalan 2 SPM 2013]

A
Peruntukan Hutang Ragu --- >Pemiutang
B
Diskaun Diterima ---> Jualan
C
Diskaun Diberi ---> Belian
D
Ambilan ---> Modal
Question 48
ALEHB012
A
A
B
B
C
C
D
D
Question 49
Kedai Runcit Maju membeli perabot secara tunai daripada Kedai Perabot Jaya untuk kegunaan perniagaan.  Catatan manakah yang betul?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 62 - Soalan 8 SPM 2013]

A
Debit Akaun Belian Kredit Akaun Tunai
B
Debit Akaun Perabot Kredit Akaun Tunai
C
Debit Akaun Belian Kredit Kedai Perabot Jaya
D
Debit Akaun Perabot Kredit Kedai Perabot Jaya
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 49 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
3132333435
3637383940
4142434445
46474849End
Return
  1. terima kasih byk cikgu,sye dpt ulang kaji di sini.ngan ni sye dpt sedarkan kesalahan sye jugak.

  2. terima kasih cg,saya dpt ulangkaji dgn cepat tanpa stres…tq again

  3. Aishu,

    Semoga Berjaya dengan Cemerlang….

  4. thank you sir,saya dapat belajar banyak mengenai akaun.

  5. cikgu,kalau soalan bagi macam itu…

    Kedai Buku Bestari membeli 400 naskah Buku Rujukan Prinsip Perakaunan daripada Penerbit Cahaya.Harga yang dinyatakan dalam senarai harga ialah RM12000.Diskaun niaga ialah 15%.

    (i) Hitung diskaun niaga yang diberikan oleh Penerbit Cahaya.

    (ii) Berapakah harga bersih yang perlu dibayar oleh Kedai Buku Bestari?

  6. Eunjae,

    Sila kemukakan jawapan anda, kemudian baru Cg betulkan jika ada kesilapan.

  7. ok…

    cikgu,jawapan pertama saya ialah RM1800.

    kedua ialah RM10200.

    cikgu betul keh???

  8. Eunjae,

    Ya, Cg setuju dengan jawapan tersebut.

  9. ya…amat berterima kasih kepada cikgu…:)

  10. bolehkah cikgu jelaskan soalan 5 dalam kuiz cikgu dalam bab ini ?
    saya tak berapa faham dengan jawapan yang diberi

    terima kasih

  11. Gary,

    Belanja Kendalian : belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan (dalam kawalan peniaga).

    Manakala Susut nilai perabot …. terjadi diluar kawalan peniaga, tidak seperti belanja2 yang lain…

  12. salam..
    cg bgus jg kuiz cg ni..tp sye bnyk salah sbb baru bljr..tq cg..

  13. Mimi,

    Tidak mengapa, cuba lagi… kita juga boleh belajar daripada kesilapan yang lalu.

  14. salam cikgu,
    soalan 16.kecairan bermaksud mudah ditukar ke bentuk tunai kan?bukankah tunai mempunyai kecairan yang tinggi?

  15. Bella,

    Ya, saya setuju dengan jawapan anda, bahawa TUNAI mempunyai kecairan yang paling tinggi. Jawapan yang sepatutnya ialah STOK.

  16. salam. rasanya soalan 15 ada silap, kan?

  17. Kalis,

    Ok. terima kasih atas makluman tersebut… soalan tersebut akan diperbetulkan.

  18. cg,
    bagi persamaan perakaunan , dalam kunci kira-kira bahagian ekuiti pemilik perlu tak kita tunjukkan modal awal + modal tambahan + untung bersih – ambilan??ke terus catatkan modal akhir??
    terima kasih..

  19. cikgu, ada x soalan untuk budak-budak matrikulasi yang tidak ada asas dalam perakaunan? Boleh tak bagi link kalu cikgu tahu mana-mana link?

  20. Hairil,

    Cadangan Cg, adalah lebih baik jadikan buku2 rujukan dan set2 soalan SPM sebagai rujukkan berkaitan asas2 dalam perakaunan… kerana ianya lebih lengkap dan menyeluruh berbanding bahan2 di internet.

  21. saya tidak pham pasal susutnilai . bole tak cg terangkan ?

  22. Mieyra,

    SUSUTNILAI
    Definisi
    Susutnilai ditakrifkan sebagai ukuran bagi kesusutan, penggunaan atau kehilangan bagi sesuatu aset, sama ada berpunca daripada penggunaan, perubahan masa atau keusangan teknologi dan perubahan pesanan.
    Faktor-faktor berlakunya susutnilai:
    • Aset tetap yang digunakan mengalami penurunan dari segi kecekapan akibat daripada penggunaan yang lasak dan kerap.
    • Aset tetap mempunyai usia yang terhad dan sentiasa mengalami kehausan dan kereputan fizikal seperti karat atau reput.
    • Faktor keusangan sesuatu aset tetap akibat daripada perubahan teknologi.
    • Peredaran masa akan menyebabkan aset tetap mengalami keusangan dan dianggap lapuk 
    Kaedah-kaedah pengiraan susutnilai
    Terdapat dua kaedah utama dalam mengira susutnilai iaitu kaedah Garis lurus dan Kaedah Baki berkurangan. Pemilihan kaedah pengiraan susutnilai bergantung kepada corak penggunaan aset dan manfaat yang akan diperolehi. Kaedah pengiraan susutnilai yang dipilih haruslah tekal supaya pebandingan antara tempoh-tempoh dan antara syarikat-syarikat dapat dilakukan. 

  23. assalamualaikum ckgu. disina saya ada dua soalan:
    1. belia ink printer dikategorikan sebagai apa?
    2. belian pendrive or apa sahaja barangan kegunaan untuk pejabat yg nilainya kecil, blhkn dikategorikan sebagai aset?

  24. Zamhizatul, waalaikumussalam.

    1. Alatan Pelabat
    2. Alat tulis

  25. kecairan yg paling rendah tu ape?

  26. Qis,

    Kecairan … maksudnya paling mudah ditukarkan wang tunai.

  27. Assalamualaikum cikgu,
    apakah yg dimaksudkan dgn “kecairan” yg paling rendah/tinggi?
    Saya kurang faham. TQ 🙂

  28. Aufa, waalaikumussalam.

    Aset-aset yang mempunyai kecairan yang tinggi adalah merupakan aset-aset yang boleh ditunaikan atau ditukar dalam bentuk tunai dalam jangkamasa yang singkat. Sebagai contoh, wang tunai ditangan dianggap mempunyai mempunyai tahap kecairan yang paling tinggi, diikuti dengan wang tunai yang disimpan di dalam bank , saham , stok dan aset-aset yang lain.

  29. ASLMULAIKM CKGU,

    PEMBETULAN KESILAPAN HASIL KOMISEN RM1000 TELAH DIKREDITKAN KE AKAUN SEWA

  30. CAMMNA TU CKGU ,SYA KURANG PAHAM

  31. Rizal..

    Kenal pasti jenis kesilapan terlebih dahulu…. baru mudah untuk kita tentukan catatan pembetulannya.

  32. assalamualaikum cikgu, saya nak tanya kalau ‘bank charged rm25 for a service rendered’ akaun apa yang terlibat?

  33. Ema, waalaikumussalam,

    Dt Caj bank
    Kt Bank

  34. assalamualaikum cikgu, apa itu part of the sales received is for march. revenue ke tu?

  35. lily, waalaikumussalam.

    Hasil Terdahulu –> Liabiliti Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.