Pelarasan Pada Tarikh Imbangan

KUIZ : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan

Congratulations - you have completed KUIZ : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Antara berikut, yang manakah bukan sebab berlakunya hutang lapuk ?
A
Penghutang melarikan diri.
B
Penghutang meninggal dunia.
C
Penghutang diistiharkan muflis.
D
Penghutang lewat membayar hutang.
Question 2
Antara berikut, yang manakah menerangkan pelupusan aset?
A
Aset yang rosak
B
Aset yang dijual
C
Aset yang dibeli
D
Aset yang dibaiki
Question 3
Antara berikut, akaun manakah tidak terlibat dalam proses pelupusan aset?
A
Akaun Perdagangan
B
Akaun Untung rugi
C
Akaun Pelupusan Aset
D
Akaun Susut nilai terkumpul Aset
Question 4
Berikut adalah sebab berlakunya hutang lapuk kecuali..
A
Penghutang tidak mampu membayar hutang
B
Penghutang telah diisytiharkan muflis
C
Perniagaan mengalami keuntungan besar
D
Penghutang telah menutup kedainya
Question 5
Antara berikut, yang manakah menerangkan konsep hutang lapuk?
A
Hutang penghutang yang telah lama
B
Hutang penghutang yang mungkin tidak dapat dikutip
C
Hutang penghutang yang pasti tidak dapat dikutip
D
Hutang penghutang yang dapat dikutip semula
Question 6
Hutang lapuk terpulih merupakan
A
Hasil kendalian perniagaan
B
Belanja kendalian perniagaan
C
Hasil bukan kendalian perniagaan
D
Belanja bukan kendalian perniagaan
Question 7
Antara berikut, pilih cara bagaimana untung pelupusan diperolehi.
A
Jual aset melebihi nilai buku aset
B
Jual aset kurang daripada nilai buku aset
C
Jual aset sama dengan nilai buku aset
D
Jual aset selepas disusut nilai
Question 8
Pada 1 Julai 2002, Kedai Hafizie telah membeli sebuah komputer berharga RM 5 000. Komputer tersebut disusutnilaikan sebanyak 20% setahun dengan kaedah baki berkurangan. Tempoh perakaunan berakhir pada 31 Disember.

Berdasarkan pernyataan di atas hitungkan peruntukan susut nilai komputer sehingga 31 Disember 2003.
A
RM 500
B
RM 1 000
C
RM 1 400
D
RM 2 000
Question 9
Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada Perniagaan Kedai Runcit Balqis bagi tahun berakhir 31 Disember 2004

Kos Aset Kenderaan : RM30 000

Tarikh dibeli : 1 April 2004

Kadar Susut nilai : 10% setahun

Kaedah Susut nilai : Baki berkurangan

Hitungkan belanja susut nilai bagi tahun berakhir 31 Disember 2004
A
RM 2 025
B
RM 2 250
C
RM 2 700
D
RM 3 000
Question 10
Syarikat Limah Bhd. menerima sewa RM4 900 bagi tahun berakhir 31 Julai 2005. Kadar sewa bulanan yang diterima ialah RM350. Hitungkan jumlah sewa yang direkod di Kunci Kira-kira pada tahun tersebut.
A
RM 350
B
RM 700
C
RM 4 200
D
RM 4 550
Question 11
Kedai Lim telah membayar sewa berjumlah RM4 900 bagi suatu tempoh perakaunan selama setahun.Jika sewa bulanan ialah RM350, hitung sewa dibayar terdahulu.
A
RM4 900
B
RM4 200
C
RM700
D
RM350
Question 12
Pada 31 Mac 2005, Syarikat Cergas Maju telah membayar premium insurans RM420 untuk tempoh setahun. Tempoh perakaunan syarikat tersebut berakhir pada 31 Disember 2005.

Hitungkan belanja insurans bagi tahun 2005.
A
RM140
B
RM315
C
RM350
D
RM420
Question 13
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Mahsuri :

Tarikh beli Kelengkapan : 1 Julai 2004

Harga (kos) : RM 35 000

Kadar Susut Nilai : 10% setahun

Kaedah Susut Nilai :Baki Berkurangan

Tahun kewangan perniagaan Mahsuri berakhir 31 Disember setiap tahun.

Hitungkan susut nilai terkumpul pada 31 Disember 2005.
A
RM5 075
B
RM5 250
C
RM6 650
D
RM7 000
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 13 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
111213End
Return
  1. salam,boleh saya tahu apa itu untung pelupusan diperolehi??
    dan boleh tak tolong terjemahkan ke english..terima kasih 😀

  2. Hamiza,

    Untung atas jualan aset bukan semasa. Katakan Kenderaan RM50000, Susut nilai terkumpul RM20000, maka nilai bukunya RM30000. Kemudian diual dengan harga RM35000. Untung pelupusan RM35000-RM30000= RM5000.

    Kalau tak silap …profit on disposal. atau Gain on Sale of Truck

    Maklumat lanjut boleh rujuk DISINI (klik)

  3. X ada soalan lagi ke? Syok buat!!

  4. cikgu ada X soalan PP dan KKK online utk jwb ke???

  5. Pinjaman bank Kenapa perlu kira sampling 31 Dec walaupun akaun ditutup padang 30 sept

  6. YY,

    Tempoh matang pinjaman tersebut hanya untuk mennetukan ianya dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa atau Liabliti Bukan Semasa sahaja.
    Manakala pengiraan Faedah atas pinjaman dikira sehingga tempoh akhir perakaunan iaitu 30 Septemeber.

  7. Tetap cikgu latihan berk ialah 4%seTahun. …tetapI akaun itu tutup pada 30 September. ..tetap jawapan punya kira sebagai satu tahun

  8. YY,

    Tempoh perakaunan (1 tahun) tidak semestinya berakhir 31 Disember….
    Dalam soalan tersebut tempoh perakaunan 1 Oktober – 30 September (1 tahun).. maka faedahnya ianya untuk setahun.

  9. Cikgu alat-alat kecil dalam rekod tak lengkap dikira sebagai aset semasa?

  10. Yy,

    Alat-alat kecil… belanja
    Stok alat-alat kecil … aset semasa

  11. Cikgu, macam mana nak kira kalau soalan dia Sewa diterima setiap suku tahun. swea diterima termasuk RM sekian sekian bagi suku tahun berakhir

  12. Fatin,

    Untuk soalan tersebut.. kira kira nilai sewa terdahulu untuk diselaraskan dengan nilai sewa yang dibayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.