Pengenalan kepada Perakaunan

KUIZ : Pengenalan

Congratulations - you have completed KUIZ : Pengenalan. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Apakah komponen Penyata Pendapatan ?
A
Aset dan Hasil
B
Aset dan Liabiliti
C
Hasil dan Belanja
D
Belanja dan Liabiliti
Question 2
Pengguna penyata kewangan terdiri daripada pengguna dalaman dan pengguna luaran. Antara berikut, manakah pengguna luaran ?
A
Pihak bank, Pemiutang, Pelabur
B
Pihak bank, Pemiutang, Pemilik perniagaan
C
Pihak bank, Pelabur, Pemilik perniagaan
D
Pemiutang, Pelabur, Pemilik Perniagaan
Question 3
Maklumat di bawah ini menerangkan ciri-ciri bagi sejenis milikan perniagaan:

- Bilangan ahli 2 hingga 20 orang

- Liabilitinya tidak terhad

- Modal perniagaan sederhana besar

- Penubuhannya di bawah Akta Perkongsian 1961
A
Putri Enterprise
B
Gigitron Teknologi Berhad
C
Syarikat Mila Sendirian Berhad
D
Firma Guaman AMir dan Alex
Question 4
Simpan kira ialah suatu proses .............
A
mentaksir maklumat kewangan.
B
menyediakan buku-buku rekod perakaunan.
C
merekodkan urus niaga perniagaan secara sistematik.
D
melaporkan prestasi kewangan bagi sesebuah perniagaan pada tahun semasa.
Question 5
Pemilik Butik Amalina telah mengeluarkan wang simpanannya dari bank untuk memperbesar rumah kediamannya. Beliau tidak merekodkan urus niaga ini dalam buku perakaunan perniagaan. Amalan ini mematuhi konsep ......
A
meterialiti.
B
ketekalan.
C
entiti berasingan.
D
usaha yang berterusan.
Question 6
Badan yang bertanggungjawab mengubal piawaian perakaunan di Malaysia ialah ...
A
MASB.
B
MIA.
C
MICPA.
D
CIMA.
Question 7
Pernyataan di bawah ini berkaitan dengan satu konsep perakaunan. "Sewa dibayar perlu diselaraskan dengan sewa terakru untuk sesuatu tempoh perakaunan sebelum dipindahkan ke Akaun Untung Rugi.
A
Kos sejarah
B
Tempoh perakaunan
C
Wang sebagai ukuran
D
Asas perakaunan akruan
Question 8
Prestasi kewangan sesebuah perniagaan yang dinilai dari semasa ke semasa bertepatan dengan konsep .....
A
meterialiti.
B
kos sejarah.
C
ketekalan.
D
tempoh perakaunan.
Question 9
Konsep Entiti Berasingan menerangkan....
A
Aset pemilik dan aset perniagaan diuruskan bersama.
B
Setiap entiti tidak boleh memiliki aset dan menanggung liabiliti.
C
Modal perniagaan terdiri daripada aset perniagaan dan aset peribadi pemilik.
D
Rekod perniagaan dengan rekod peribadi pemilik diuruskan secara berasingan.
Question 10
Susut nilai aset bukan semasa perlu dikira dari tarikh aset itu dibeli hingga akhir tempoh perakaunan setiap tahun. Apakah konsep yang terlibat dengan pernyataan di atas ?
A
Konsep Ketekalan
B
Konsep Materialiti
C
Konsep Pemadanan
D
Konsep Wang Sebagai Ukuran
Question 11
Apakah maksud liabiliti tidak terhad dalam perniagaan milikan tunggal ?
A
Pemiutang berhak menuntut aset peribadi pemilik bagi menjelaskan hutang perniagaan
B
Pemilik akan menanggung segala hutang peribadinya dengan wang perniagaan
C
Semua aset perniagaan dan aset peribadi adalah dimiliki oleh pemilik
D
Aset bukan semasa akan dijual untuk menjelaskan hutang perniagaan
Question 12
Perbezaan di antara perakaunan dan simpan kira ialah

I Perakaunan adalah lebih luas daripada simpan kira

II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

III Perakaunan hanya digunakan di dalam perniagaan kecil-kecilan

IV Perakaunan melibatkan proses melapor dan mentafsir maklumat kewangan

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 13
Pada 6 April 2005, En.Shahruddin, pemilik Kedai Fotostat Shah telah membeli dua rim kertas pendua bernilai RM25.00 untuk kegunaan perniagaan dengan menggunakan wang peribadinya. Beliau telah merekodkan urus niaga tersebut di dua akaun yang berasingan dalam buku perniagaan.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah konsep dan prinsip perakaunan yang terlibat?

I Materialiti

II Badan Berterusan

III Sistem Catatan Bergu

IV Wang Sebagai Ukuran
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 14
Pemilik Kedai Kain Jingga tidak merekodkan insurans nyawa isterinya dalam buku perniagaan.

Nyatakan konsep perakaunan yang dipatuhi oleh pemilik Kedai Kain Jingga.
A
Materialiti
B
Kos sejarah
C
Pemadanan
D
Entiti Berasingan
Question 15
Pernyataan di bawah menunjukkan ciri-ciri sebuah perniagaan.

Liabiliti pemilik terhad

Bilangan ahli 2 – 50 orang

Saham tidak disenaraikan di Bursa Saham

Penyata kewangan tidak perlu didedahkan kepada orang ramai

Manakah perniagaan yang menepati ciri-ciri di atas?
A
Manan Berhad
B
Manan Trading
C
Manan Sdn. Bhd.
D
Manan dan Co Trading
Question 16
Pernyataan di bawah berkaitan dengan satu konsep perakaunan.

Insurans perlu diselaraskan dengan insurans terdahulu untuk satu tempoh perakaunan sebelum dipindahkan ke Akaun Untung Rugi

Nyatakan konsep perakaunan tersebut.
A
Berterusan
B
Pemadanan
C
Kos sejarah
D
Tempoh perakaunan
Question 17
Berikut adalah dua jenis perniagaan.

Pasar Mini Jaya

Bengkel Motor Salim

Manakah yang benar bagi kedua-dua jenis perniagaan di atas?
A
Diuruskan oleh rakan kongsi
B
Dikawal oleh Lembaga Pengarah
C
Liabiliti perniagaan adalah terhad
D
Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
Question 18
Rajah berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.

Buku Catatan Pertama ---> X ----> Imbangan Duga

Apakah butiran X ?
A
Lejar
B
Pelarasan
C
Dokumen Sumber
D
Penyata Kewangan
Question 19
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal ?  [SPM2011]
A
Liabiliti pemilik terhad
B
Modal disumbangkan oleh pemilik
C
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
D
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Question 20
Antara yang berikut, butir manakah terdapat dalam Penyata Pendapatan? [Trial Johor 2011]
A
Jualan, belian dan stok akhir
B
Hasil, belanja, stok alat tulis
C
Jualan, pulangan jualan dan sewa terakru
D
Belian, pulangan belian dan pemiutang
Question 21
Syarikat Perkasa Berhad telah menetapkan susut nilai 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan ke atas kenderaan perniagaannya. Tempoh perakaunannya berakhir 31 Disember setiap tahun.

Apakah prinsip perakaunan yang menerangkan pernyataan di atas? [Trial Johor 2011]

I Tempoh perakaunan

II Materialiti

III Konservatisme

IV Ketekalan

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
Ill dan IV
Question 22
Berikut adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan [Trial Johor 2011]

-----> Lejar ----> Q -----> Pelarasan

Apakah Q?

A
Jurnal
B
Dokumen
C
Buku tunai
D
Imbangan duga
Question 23
Menurut konsep ini, nilai atau angka yang dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaraskan semula pada nilai pasaran sekiranya nilai asal, iaitu kos sejarah tersebut tidak lagi memberi gambaran terkini.

Apakah konsep yang dimaksudkan di atas? [Trial Kedah 2011]

A
Relevan
B
Kebolehpercayaan
C
Asas Perakaunan Akruan
D
Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
Question 24
Penyata kewangan mesti bebas daripada sebarang kesalahan nyata, fakta didedahkan dengan bukti, serta tidak berat sebelah.

Apakah ciri kualitatif yang dimaksudkan? [Trial Kedah 2011]

A
Relevan
B
Kebolehpercayaan
C
Kebolehbandingan
D
Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama
Question 25
Encik Ahmad ialah seorang pegawai akaun sebuah syarikat telah menyediakan penyata kewangan mengikut proses urutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan.

Apakah proses tersebut? [Trial Kelantan 2011]

A
Konsep perakaunan
B
Kitaran perakaunan
C
Prinsip perakaunan
D
Sistem perakaunan
Question 26
Pemilik Kedai Farmasi Ayu telah membeli insurans nyawa isterinya dan merekod urus niaga tersebut ke dalam buku perniagaan.

Nyatakan konsep yang tidak dipatuhi oleh beliau. [Trial Melaka 2011]

A
Materialiti
B
Pemadanan
C
Konservatisme
D
Entiti Berasingan
Question 27
Pada 1 Januari 2009, Zuri Enterprise membeli sebuah van bernilai RM45 000. Harga pasaran mesin pada 31 Disember 2010 adalah RM37 000. Dalam buku perakaunan, mesin dicatat pada nilai RM45 000. Kadar susut nilai ditetapkan sebanyak 10% setahun mengikut garis lurus.

Apakah konsep perakaunan yang digunakan merujuk pernyataan di atas. [Trial Kelantan 2011]

I Ketekalan

II Kos sejarah

III Badan berterusan

IV Tempoh perakaunan

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 28

Simpan kira merupakan proses

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 19 - Soalan 1 SPM 2004]

A
merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
B
mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan
C
merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu
D
menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan
Question 29
Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan. pgnln1 Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 18 - Soalan 2 SPM 2004]

A
Khalid Enterprise
B
Klinik Khalid dan Tan
C
Khalid Tan Sendirian Berhad
D
Khalid Tan Berhad
Question 30
Antara berikut, yang manakah bukan tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 24 - Soalan 3 SPM 2004]

A
Menentukan kod etika professional
B
Menentukan taraf kelayakan professional
C
Menyediakan amalan yang standard dalam pelaporan
D
Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan
Question 31
Pada 1 Januari 1996, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2003, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 4 SPM 2004 ]

A
pemadanan
B
kos sejarah
C
tempoh perakaunan
D
wang sebagai ukuran
Question 32
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad.

Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2005. Tempoh perakaunan perniagaannya berakhir setiap enam bulan.

Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?
A
1 Mac 2005 hingga 1 Ogos 2005
B
1 Mac 2005 hingga 31 Ogos 2005
C
1 Mac 2005 hingga 1 September 2005
D
1 Mac 2005 hingga 30 September 2005
Question 33
Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 33 - Soalan 2 SPM 2005]

A
Sistem perakaunan
B
Konsep perakaunan
C
Kitaran perakaunan
D
Prinsip perakaunan
Question 34
Sebidang tanah telah dibeli oleh Maju Enterprise pada 1 Julai 2002 dengan harga RM 35 000. Pada tahun 2005, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan kepada RM 54 000 selepas penilaian dibuat. Berapakah nilai tanah yang akan direkod dalam penyata kewangan tahun 2005?  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 3 SPM 2005]

A
RM19 000
B
RM35 000
C
RM54 000
D
RM89 000
Question 35

Syarikat Cendana Motors yang mempunyai aset bukan semasa sebanyak RM10 juta, menganggap bahawa belanja alat tulis RM20 tidak akan memberi kesan kepada perniagaan. Pernyataan di atas merujuk kepada konsep

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 27 - Soalan 1 SPM 2006]

A
ketekalan
B
berterusan
C
materialiti
D
entiti berasingan
Question 36

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Encik Johan.

‘Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.’

Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 26 - Soalan 2 SPM 2008]

A
Materialiti
B
Pemadanan / Akruan
C
Entiti berasingan
D
Wang sebagai ukuran
Question 37
Urus niaga yang berikut berlaku dalam perniagaan Aii Lee Book Store.

Pemilik telah mengambil barang niaga untuk kegunaan sendiri.

Urus niaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 26 - Soalan 1 SPM 2007]

A
Materialiti
B
Ketekalan
C
Tempoh perakaunan
D
Entiti berasingan
Question 38
pgnln002  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 33 - Soalan 2 SPM 2007]

A
Lejar
B
Jurnal
C
Buku Tunai
D
Imbangan Duga
Question 39
pgnln003

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 18 - Soalan 1 SPM 2008]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 40
pgnln004

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 33 - Soalan 2 SPM 2009]

A
Pelarasan
B
Imbangan Duga
C
Penyata Kewangan
D
Imbangan Duga Terlaras
Question 41
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800. Apakah konsep perakaunan yang terlibat?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 1 SPM 2010]

A
Ketekalan
B
Kos sejarah
C
Tempoh perakaunan
D
Wang sebagai ukuran
Question 42
pgnln005

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 29 - Soalan 1 SPM 2011]

A
Berterusan
B
Pemadanan
C
Catatan bergu
D
Kos sejarah
Question 43
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 18 - Soalan 2 SPM 2011]

A
Liabiliti pemilik terhad
B
Modal disumbangkan oleh pemilik
C
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
D
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Question 44
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 4 - Soalan 1 SPM 2012]

A
Bank
B
Pemiutang
C
Pengurusan
D
Pesaing perniagaan
Question 45
Seorang peniaga telah merekodkan belian premis bernilai RM50 000 sebagai aset dalam penyata kewangan tetapi belian sekotak pensel bernilai RM5 tidak direkodkan sebagai aset dalam penyata tersebut.

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh peniaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 27 - Soalan 1 SPM 2013]

A
Ketekalan
B
Materialiti
C
Pemadanan
D
Kos sejarah
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 45 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
3132333435
3637383940
4142434445
End
Return
  1. can i get free notes and exersice via this website

  2. salam, cikgu . saya nak tny ni . apakah maksud pemadanan ? . terimakasih . :)

  3. Sofia,

    KONSEP PEMADANAN adalah salah satu daripada Konsep dan Prinsip Perakauan yang Diterima Umum. ianya berkaitan rapat dengan ASAS PERAKAUNAN AKRUAN sepertimana dalam Buku Teks (m/s28). Pemadanan disini, boleh dikatakan merujuk kepada pemadanan antara HASIL TAHUN SEMASA dengan BELANJA TAHUN SEMASA bagi memperolehi UNTUNG TAHUN SEMASA. Di mana hasil / belanja tahun semasa diperolehi dengan mengambil kira perkara TERDAHULU / TERAKRU…….. Selepas belajar topik PELARASAN nanti baru perkara lebih mudah untuk difahami.

  4. ape perbezaan antara falsafah kos sejarah dgn falsafah nilai saksama?

  5. Aimi,

    Pada pandangan Cg, Kedua-dua falsafah tersebut adalah merujuk kepada merekod nilai sesuatu aset bukan semasa. KOS SEJARAH merujuk kepada NILAI SEBENAR / KOS semasa ianya diperolehi / dibeli. Manakala NILAI SAKSAMA adalah merujuk kepada NILAI SEMASA aset tersebut.

    Katakan Kenderaan dibeli pada 1/1/2010 = RM50,000 ….. Nilai Kos Sejarah
    Kenderaan tersebut mengalami susut nilai = RM1000 setiap tahun,
    maka pada 31/12/2011, Susut Nilai Terkumpul = RM1000 + RM1000 = RM2000
    Oleh itu Nilai Saksama / Nilai Buku Semasa = RM50,000 – RM2000 = RM48,000.

    Dalam pelaporan di KKK ianya dicatatkan seperti berikut :

    Aset Bukan Semasa :
    Kenderaan …………………. RM50,000 (Nilai Kos Sejarah)
    (-) Susutnilai Terkumpul….. RM2,000 …. RM48,000 (Nilai Saksama)

  6. Salam, nash begitu obses terhadap dunia “perakaunan”… bercita-cita nk jadi “akauntan” berjaya suatu hari nanti….
    harapan dan doa dari ibu…. dengan adanya cgnarzuki akan dapat membimbing nash agar tidak “tergelincir” dari landasan..demi merelisasikan cita-citanya.. tq cgnarzuki.

  7. Nash,

    Tahniah atas semangat dan cita-cita Nash untuk menjadi Akauntan yang Berjaya. Cg doakan agar apa yang dihajati dan dicita-citakan akan terkabul, InsyaAllah.

  8. Salam,cikgu saya nak pening tentang bab 14 /bab 15
    dan terang dengan jalan kira sekali……..

  9. Sam,

    Sila baca komen2 sebelum ini dalam post2 di bawah, semoga dapat membantu untuk lebih memahaminya.:
    Analisis Kos Volum Untung (klik)
    Titik Pulang Modal (klik)
    Tafsiran Penyata Kewangan (klik)

  10. salam cg .. saya nak tanye kenapa jumlah kredit dan debit sama? saya nak huraian yang lengkqap

  11. Yuni,

    Jawapannya terletak pada Sistem Catatan Bergu.

  12. salam cg….ape beza kos sejarah dgn ketekalan?sye kurang faham

  13. Husna,

    Kos Sejarah.. kita rekod berdasarkan nilai masa BELI.
    Ketekalan .. kita guna kaedah yang SAMA setiap tahun.

  14. Saya Fail!!! Mcm Mana Ni!!!??

  15. Tinneswari Singara Velo

    This questions really help me to ready for the exam as well…

  16. bagus la soalan ckgu ni

    thanks ckgu!!

  17. Cg…aku mahu Tanya ba.Aku pelajar form 4 ba.
    Kalau aku ambil perakaunan,tapi drop addmath.
    Apa effek smpaingannya?
    Dan pekerjaan apa yg boleh aku dptkan tnpa addmath?

  18. Cg…
    Saya pelajar peraukanan …
    Slps spm,peringkat2 pengajian apa slps spm sehingga yg pling tinggi?

  19. May,

    Sila ke post Kerjaya Bidang Perakaunan (klik)

    Jika drop matematik tambahan.. kesannya hanya tidak dapat mohon Matrikulasi sahaja.

  20. Terima kasih cikgu!
    Kuiz cikgu memang membantu saya utk ready for exam :)

  21. Aufa,

    Semoga berjaya dengan cemerlang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.