Penyata Penyesuaian Bank

KUIZ : Penyata Penyesuaian Bank

Congratulations - you have completed KUIZ : Penyata Penyesuaian Bank. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Butir manakah wujud dalam Buku Tunai tetapi tiada dalam Penyata Bank?
A
Caj bank
B
Cek tak laku
C
Cek belum dikreditkan
D
Faedah simpanan tetap
Question 2
Berikut ialah butir-butir yang menyebabkan baki Buku Tunai berbeza dengan baki Penyata Bank pada akhir bulan

I Cek tak layan

II Kesilapan angka di Buku Tunai

III Cek bulan lepas di Penyata Bank

IV Cek belum dikemukakan untuk pembayaran

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 3
Butiran Q telah dicatat di sebelah debit Penyata Bank tetapi belum direkodkan di Buku Tunai. Nyatakan butiran Q.
A
Dividen
B
Caj bank
C
Cek belum dikemukakan
D
Deposit belum dikreditkan
Question 4
Apakah kepentingan sistem kawalan tunai bagi sesebuah perniagaan?
A
Untuk mengelakkan risiko kecurian
B
Untuk memastikan untung yang lebih tinggi
C
Untuk memudahkan urus niaga jual beli tunai
D
Untuk mengelakkan berlakunya hutang lapuk
Question 5
Antara urus niaga berikut, yang manakah menyebabkan baki Buku Tunai kurang daripada baki Penyata Bank?
A
Bayaran buku cek
B
Bayaran bank atas perintah sedia ada
C
Deposit yang belum dikreditkan oleh bank
D
Cek yang dikeluarkan kepada pemiutang belum ditunaikan
Question 6
Penyata bank Syarikat Umi menunjukkan baki kredit RM21 500. Baki ini berbeza dengan Buku Tunai disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Cek-cek berjumlah RM2 800 masih belum dikreditkan oleh pihak bank

Dividen atas pelaburan RM380 belum direkodkan dalam Buku Tunai

Berapakah baki Buku Tunai?
A
RM18 320
B
RM23 920
C
RM24 050
D
RM24 680
Question 7
Encik Ahmad mendapati baki buku tunai berbeza dengan baki penyata bank- Apakah yang menyebabkan perbezaan baki tersebut ?

I Caj bank

II Cek yang belum diguna

III Dividen yang dikreditkan ke bank

IV Cek yang belum dikemukakan
A
I, II dan III
B
I. II dan IV
C
I, III dan IV
D
II. Ill dan IV
Question 8
Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 282 - Soalan 23 SPM 2008

A
Merekodkan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank
B
Menyelaras baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank
C
Mengawal penerimaan dan pembayaran wang dengan cek
D
Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang
Question 9
Berikut merupakan situasi dalam Perniagaan Encik Daud.

“Encik Daud menggaji dua orang kerani, seorang ditugaskan untuk merekod Buku Tunai dan seorang lagi untuk mengendalikan tunai”

Apakah tujuan Encik Daud berbuat demikian?

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 280 - Soalan 24 SPM 2005

A
Mengelak berlaku pembaziran
B
Mengelak penyalahgunaan tunai
C
Memastikan tunai tidak dipegang terlalu banyak
D
Memastikan perniagaan mempunyai tunai mencukupi
Question 10
Apakah yang menyebabkan baki akhir Buku Tunai berbeza dengan baki Penyata Bank?

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 282, 283, 284 - Soalan 26 SPM 2006

A
Penghutang membayar terus ke akaun peniaga di bank
B
Peniaga mendebitkan dividen yang diterima di ruangan bank
C
Penerimaan cek-cek daripada pelanggan telah dikreditkan oleh pihak bank
D
Pembayaran menggunakan cek kepada pemiutang telah didebitkan oleh pihak bank
Question 11
    Maklumat berikut menunjukkan buku tunai (ruangan bank sahaja) dan penyata bank Puan Salmah bagi bulan Januari 2004. ppb002 Perbezaan antara baki buku tunai dan baki penyata bank adalah disebabkan oleh

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 284, 286 - Soalan 25 SPM 2004

 
A
cek tak layan
B
kesilapan di buku tunai
C
cek yang belum dikreditkan
D
cek yang belum dikemukakan
Question 12
ppb7 Jumlah angkutan telah tersalah catat dalam buku tunai. Apakah catatan yang perlu dilakukan dalam buku tunai untuk membetulkan kesilapan itu?

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 283 - Soalan 25 SPM 2005

A
Debit RM50
B
Kredit RM50
C
Debit RM222
D
Kredit RM222
Question 13
Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 282 - Soalan 22 SPM 2009

A
Merekod semua wang masuk dan wang keluar perniagaan
B
Mengawal penerimaan dan pembayaran wang dengan cek
C
Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang
D
Menyelaras baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank
Question 14
ppb10

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 288, 289 - Soalan 24 SPM 2008

A
Debit RM160
B
Debit RM450
C
Kredit RM450
D
Kredit RM610
Question 15
Apakah yang menyebabkan baki di Buku Tunai terkurang daripada baki di Penyata Bank?

[Percubaan SPM Johor 2011]

A
Cek tak laku
B
Insurans didebitkan dalam Penyata Bank
C
Deposit belum dikreditkan dalam Penyata Bank
D
Bayaran daripada penghutang yang dikreditkan dalam Penyata Bank
Question 16
Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Nilam pada 31 Mei 2011 menunjukkan baki kredit RM1 190, manakala Buku Tunainya berbaki debit RM780. Apakah sebab perbezaan baki ini?

[Percubaan SPM Kelantan 2011]

A
Arahan tetap RM410
B
Cek tak Iayan RM410
C
Cek belum dikreditkan RM410
D
Cek belum dikemukakan RM410
Question 17
Penyata bank bagi bulan Mei 2011 Perniagaan Delaila menunjukkan baki kredit sebanyak RM3 183. Baki buku tunai pada 31 Mei untuk akaun bank menunjukkan baki debit RM5 688. Baki ini berbeza disebabkan perkara-perkara berikut:  I. Bayaran buku cek RM30. II. Dividen sebanyak RM560 dikreditkan terus ke akaun bank. III. Cek tak laku berjumlah RM890 dipulangkan oleh pihak bank. Hitung baki akaun bank dalam Buku Tunai selepas dikemaskini.

[Percubaan SPM Kedah 2011]

A
RM6 278
B
RM6 218
C
RM5 328
D
RM4 268
Question 18
Manakah antara berikut bukan tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

[Percubaan SPM Kelantan 2011]

A
Mengemaskini Buku Tunai
B
Mengemaskini Penyata Bank
C
Menentukan jumlah tunai sebenar dalam akaun semasa
D
Memastikan ketepatan dan kesahan rekod dalam Buku Tunai
Question 19
Petikan Penyata Bank dan Buku Tunai berikut diperolehi daripada buku Zali Enterprise. ppb011   Jumlah belian telah tersalah catat dalam Buku Tunai. Apakah catatan yang perlu dilakukan dalam buku tunai untuk membetulkan kesilapan itu?

[Percubaan SPM Melaka 2011]

A
Debit RM168
B
Debit RM450
C
Kredit RM450
D
Kredit RM618
Question 20
Apakah item yang perlu dicatat dalam Buku Tunai yang dikemaskini? I      Caj bank II     Deposit belum dikreditkan III    Cek belum dikemukakan IV    Dividen

[Percubaan SPM Melaka 2011]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 21
Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Cempaka Berhad

 Baki Buku Tunai (overdraf)  RM14 900

Cek tak laku                          RM2 120

Deposit belum dikreditkan   RM800

Berapakah baki akhir Penyata Bank?

[Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011]

A
RM11 980
B
RM17 820
C
RM(11 980)
D
RM(17 820)
Question 22
Cek yang dikeluarkan oleh firma tetapi belum direkodkan dalam penyata bank dinamakan
A
cek tak layan
B
cek lewat tarikh
C
cek belum dikreditkan
D
cek belum dikemukakan
Question 23
Petikan Penyata Bank dan Buku Tunai berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Ann dan Lynn. ppb012   Bagaimanakah kesilapan di atas dibetulkan dalam Penyata Penyesuaian Bank?

[Percubaan SPM Perak 2011]

A
Tolak RM18
B
Tolak RM346
C
Tambah RM18
D
Tambah RM364
Question 24
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Ceeka. Sekeping cek bernilai RM300 yang diterima daripada Perniagaan Ria tidak dilayan oleh bank. Apakah pelarasan yang perlu dibuat dalam Buku Tunai Perniagaan Ceeka?

[Percubaan SPM Perak 2011]

A
Debit RM300
B
Kredit RM300
C
Debit RM600
D
Kredit RM600
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 24 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
21222324End
Return
  1. ni prinsip perakaunan yg silibus baru ke kuiz bg PA

  2. Hide,

    Ya, soalan ikut sukatan baru.

  3. Cikgu saya Ade masalah nk buat penyata penyesuaian bank.saya dah kemaskini buku tunai. Baki b/b saya disebelah kredit.bagaimana kita nk bust penyata penyesuaian ikut bermula dengan baki buku tunai?

  4. As salam cikgu,saya nak minta penjelasan mengenai soalan kuiz penyata penyesuai bank soalan no.2.kenapa jawapan dia A.I,II, dan III bukan B.I,II, dan IV. Saya keliru dengan cek bulan lepas di Penyata Bank kenapa dia ambil kira?

  5. Iffah,

    Ya.. jawapannya B… terima kasih.

  6. assalamualaikum cg…sy ada nk bertanya berkaitan masalah akaun bank ngo…bagaimana boleh sy hubungi cg untuk bertanya lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.