KURSUS ORIENTASI KURIKULUM SEMAK SEMULA PRINSIP PERAKAUNAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

TARIKH : 11 HINGGA 13 OGOS 2009
TEMPAT : HOTEL YT MIDTOWN, KUALA TERENGGANU

30, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Terengganu 20100
09-6235288

YT MIDTOWN HOTEL
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan tentang Sukatan Semak Semula Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM kepada semua guru Prinsip Perakaunan seluruh negeri Kelantan. Disamping itu, kursus ini juga akan diisi dengan satu Taklimat Pentaksiran yang akan disampaikan oleh Pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

~~~~~~~~~~~

11 OGOS 2009 (SELASA)

2.00 ptg – Pendaftaran

3.00 ptg – Taklimat Kursus

~ SELAMAT BERKURSUS ~

Posted on July 29, 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 13 Comments.

  1. semua guru Pakaun di kelantan wajib hadir ke? setakat ini surat belum dapat lagi

  2. Setiap sekolah yang menawarkan subjek prinsip perakaunan dikehendaki menghantar seorang wakil sahaja. Surat mungkin dalam proses penghantaran ke sekolah2 yang berkenaan.

  3. Lokasi HOTEL YT MIDTOWN,
    30, Jalan Tok Lam Kuala Terengganu, Terengganu 20100
    09-6235288

  4. Diharapkan input2 yang diperolehi semasa kursus dapat dimanafaatkan sebaik mungkin, demi kejayaan anak didik sekalian.

  5. Ada apa-apa perkembangan terbaru yang boleh dikongsikan? Bagaimana dengan Format Baharu SPM 2011?

  6. Patrick,

    Format baru yang dikeluarkan untuk SPM 2009 telah diubah terutamanya Kertas 2 bagi tujuan pemantapan dan sekarang dalam proses mendapatkan kelulusan pihak2 atasan untuk digunapakai pada SPM 2011 nanti. Sehingga ianya diluluskan dan diwartakan maka tiada apa yang boleh saya nyatakan disini, sama-samalah kita tunggu.

  7. salam..mengenai nota baru bagi sukatan pelajaran terutama untuk tingkatan 4 thn hadapan…adakah modul tersebut bg tajuk baru akan diedarkan kepada guruguru seluruh malaysia…saya minta agar cikgu tanya kan mengenai modul nota baru jadi senang guru2 spt kami membuat persediaan pada tahun depan.

  8. Daripada maklumat yang saya terima semasa kursus di KL, modul tersebut hanya mengandungi topik2 baru yang tidak terdapat dalam buku teks sahaja. Modul tersebut akan diedarkan ke sekolah2 melalui JPN masing2.

  9. saya ingin bertanya…mengenai kewujudan hutang ragu.apabiler kami berkursus, j.u kami mengatakan bahawa bahagian belanja dalam penyata pendapatan , kami tidak boleh mengunakan hutang ragu. Kami sepatutnya menggunakan peruntukan Hutang ragu. Masalahnya saya mengajar mengikut Buku Teks yang dibekalkan. Jadi mintak kepastian dari pihak tuan, adakah benar pernyataan hutang ragu dalam belanja tidak lagi digunakan di ruangan belanja/hasil untuk penyata pendapatan? mintak makluman segera. sekian terima kasih.

  10. Apa-apa yang terdapat dalam buku teks, maka ianya akan diterima dalam skema pemarkahan nanti. Bagi mencatat kewujudan Peruntukan Hutang Ragu, BUTIR yang diterima dicatat dalam Penyata Pendapatan ialah :
    1. Peruntukan Hutang Ragu, atau
    2. Hutang Ragu, atau
    3. Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu.

  11. terima kasih kerana ramai guru ngah binggung pasal bende nih biler ceramah diberi…kalau gitu kami ikut buku teks jer lah sebab budak senang nampak pasal hutang ragu …hilang kaminyer konfius…

  12. Sekiranya budak kami menjawab soalan dalam bentuk akaun untung rugi, dr segi nama butiran seperti yang cg mentionkan tadi seperti di atas, boleh guna dalam akaun untung rugi ker cg?

  13. Butirnya tetap diterima samada format penyata atau “T”. Tetapi penggunaan format PENYATA adalah sangat digalakkan pada masa ini dan akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.