Modul 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan

Standard Kandungan

1.1 Perakaunan, sub bidang perakaunan, kerjaya dan badan profesional .
1.2 Sejarah  perakaunan dan perkembangannya.
1.3 Penyata Kewangan
1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan
1.5 Entiti perniagaan
Standard Prestasi

TP1 Menyatakan dan menyenaraikan bentuk dan ciri-ciri setiap entiti perniagaan
TP2 Menerangkan maksud perakaunan dan sub bidang perakaunan
TP3 Melengkapkan Kitaran Perakaunan.
TP4 Menganalisis penyata kewangan dari pelbagai sumber dan membanding beza item-item yang terdapat di dalamnya.
TP5 Menentukan Andaian, Prinsip dan Batasan dalam perakaunan yang dapat dikaitkan dengan sesuatu kes.
TP6 Menghasilkan jadual perbandingan ciri-ciri dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti setiap entiti perniagaan.

  1. Kos Tanah yang dicatat di dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 2009 bernilai RM1,000,000.
    Syarikat telah membuat penilaian pada 2015 dan harga pasaran adalah RM2,500,000
    Apakah harga tanah yang patut dicatat dalam Penyata Kedudukan Kewangan?
    Apakah konsep yang digunakan?

  2. Chee,

    Ikut Prinsip Kos….. direkodkan sebagai RM1,000,000.

  3. Cg,
    Pelaporan berasaskan nilai saksama TIDAK lagi dipatuhi?

  4. Chee,

    Masih dipatuthi sebab dalam PPK kita kemukakan nilai buku semasa sesuatu aset bukan semasa… cth;

    Kenderaan 50,000 (nilau kos)
    (-) SNT 5,000 ..
    Nilai buku 45,000 .. nilai saksama

  5. Cg,
    Biasanya tanah Tidak disusutnilaikan kerana harga meningkat mengikut masa.

    Haruskah kita masih mematuhi Prisip Kos?

  6. Chee,

    Ya.. masih guna Prinsip Kos.
    Prinsip kos … kita rekod berdasarkan nilai masa ianya diperoleh.

    Penilaian semula… iaitu ikut nilai semasa/nilai saksama hanya apabila tanah tersebut hendak dijual.

  7. Cikgu,apa maksud ciri kualitatif tetingkat?

  8. Stella lai,

    Secara mudahnya:
    Kualitatif asas (Fundamental Characteristics).
    Kualitatif tetingkat (Enhancing Characteristics) : melengkapkan lagi ciri2 asas.

    Ciri2 asasnya… mesti releven n perwakilan benar….

    Manakala bagi memastikan Penyata Kewangan yg disediakan mempunyai tahap kualitatif lebih tinggi.. maka ciri2 “tetingkat” perlu dipatuhi… seperti kebolehbandingan.. kebolehfahaman.. kebolehsahan.. dan pemasaan.

  9. cikgu boleh senaraikan komponan-komponen bagi semua akaun perdagangan,akaun untung rugi dan penyata kedudukan kewangan

    saye ade sikit kekeliruan di bahagian ni..terima kasih cikgu

    selain itu,saye nak tahu tahap penguasaan pagi modul 1,2 dan 3
    terima kasih cikgu terima kasih
    saye hargai segala bantuan cikgu

  10. Faeq.

    Item2 dalam setiap komponen tersebut boleh rujuk formatnya dalam buku teks (modul 8)… atau mana2 buku rujukan.

    Tahap penguasaan… boleh rujuk dalam DSKP yang telah saya sediakan untuk di muat turun… DISINI.

  11. Assalamualaikum, cikgu.

    Boleh saya tahu,kenapa terdapat perniagaan yang menyediakan penyata kewangan pada hujung setiap suku tahun, setengah tahun, dan satu tahun?

  12. Amirul, waalaikumussalam.

    Untuk mengetahuinya.. cuba Amirul kaji dahulu apakah tujuan Penyata Kewangan disediakan….daripada situ baru Amirul akan faham kenapa terdapat pelbagai tempoh perakaunan.

  13. asslamualaikum cg,apakah maksud sub bidang perakaunan?

  14. Puteri, waalaikumussalam.

    Secara mudahnya… pecahan kepada bidang perakaunan.

  15. assalamualaikum,maaf bertanya lagi cg,mengapa sesuatu aset bukan semasa boleh dikategorikan sebagai aset semasa?

  16. hi,
    aset merupakan salah satu komponen utama.
    dalam aset boleh dibahagikan kepada 2 iaitu aset bukan semasa (untuk jangka masa panjang) dan aset semasa (untuk jangka pendek). ckg, jika salah tolong betulkan. terima kasih

  17. Sinjuku,

    Ya.. betul.

  18. salam..sy kurang faham mengenai kos manfaat..boleh cikgu tolong jelaskan..tq

  19. Fatin,

    Kita bandingkan antara KOS dan MANFAAT bagi sesuatu tindakan/rancangan –> kemudian baru buat keputusan yang menguntungkan perniagaan.
    Cth
    Projek A:
    Kos RM300 Hasil RM400 –> Utg RM100
    Projek B:
    Kos RM700 Hasil RM900 –> Utg RM200

    Maka kita akan pilih Projek B.. walaupun kosnya lebih tinggi , tetapi pulangannya juga lebih tinggi RM200 berbanding Projek A walaupun kosnya lebih rendah.

  20. Puteri, waalaikumussalam.

    Beli barang niaga secara kredit –> Jurnal Belian

  21. Assalam .. Adakah konsep materiliti sama dgn kos manfaat? Tq.

  22. Fatin, waalaikumussalam.

    Tidak sama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.