Modul 10 : Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan

Standard Kandungan
10.1 Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi.
Standard Prestasi

TP1 Menyenarai jenis nisbah.


TP2 Menerangkan tujuan Analisis Penyata Kewangan.


TP3 Mengira semua nisbah berdasarkan maklumat yang diberikan.


TP4 Mentafsir semua nisbah berdasarkan dapatan hitungan


TP5 Menilai prestasi perniagaan mengikut jangka masa atau antara perniagaan dalam industri yang sama dengan menghubung kait prestasi yang hendak diukur berdasarkan kes


TP6 Merumus dapatan analisis prestasi perniagaan untuk mencadangkan peningkatan prestasi dan memilih perniagaan untuk tujuan pelaburan.

  1. Cikgu,
    Tingkatan 5 modul 1,prestasi perniagaan adalah rujuk margin,tokokan atau pulangan atas modal?pelaburan adalah rujuk pulangan atas modal ke?

    Terima kasih

  2. Hoon,

    Prestasi & pelaburan… lebih sesuai merujuk kepada Pulangan atas Modal.

  3. cikgu, mcam mana nak cari inventori akhir?

  4. Syuhada,

    Bergantung kepada maklumat yang diberi dalam soalan.

  5. Cikgu,
    Untuk KSSM batch tahun ni, buku rujukan sudah terdapat di pasaran ke belum ya?

  6. Irfan,

    Buku rujukan.. tidak pasti.. tetapi buku latihan sudah ada dipasaran..

  7. 1) Kalau tokokan 11.12 , then nak ambil 11 atau 11.12 atau 12?

    2) kadar pusing ganti inventori 10.56 so ambil 11 atau 10 atau .56?

  8. Goh,

    Sebaik2nya jawapan bundar kepada 2 tempat perpuluhan.

  9. Cikgu, soalan spm 2014
    Pengiraan Nisbah semasa perlu tak mengambil kira pinjaman matang 1 april 2015 ?

    Jawapan buku 3.5:1

  10. Maksud modal tetap?

  11. Kalai,

    1. Kenal pasti tempoh matang Pinjaman tersebut… jika kurang setahun –> LS –> Nisbah Semasa

    2. Kena rujuk kepada situasi penyataan “modal tetap” itu digunakan… baru boleh tentukan maksudnya dengan tepat.

  12. Macam kadar pusing ganti inventori nak ambil 2 tempat perpuluhan?

  13. Goh,

    Ya.. tunjukkan jawapan dalam 2 t.p terlebih dahulu… kemudian baru bundarkan.

  14. Kalau kadar pusing ganti inventori
    Ambil formula Ialah kos Jualan/inventori purata

    Macam ini kalau Ada inventori akhir tiada inventori awal so macam mana

    Contoh 1:

    Kos Jualan 10000
    Inventori akhir 2000

    Macam 2017 trial paper Johor set 1

  15. Goh,

    Kira Inventori Purata seperti biasa… ambil Inventori awal = 0

  16. Hi Cikgu,

    Saya nak tanya pasal jawapan Nisbah semasa yg diberi dalam buku teks. Kalau ikutkan m/s 6 nisbah semasa yang paling ideal adalah 2:1. Tetapi contoh pengiraan dalam m/s 22 menyatakan perniagaan Norish Enterprise adalah lebih baik berbanding Anjum Enterprise walaupun Nisbah Semasa Norish ialah lebih tinggi daripada yang ideal.
    Tolong beri pencerahan cikgu….
    Terima Kasih.

  17. Iman.

    Merujuk m/s 22… dari segi kemampuan bayar LS.. memang Norish Ent. lebih baik berbanding Arjun Ent.

    Manakala dari segi pengurusan kecairan yang lebih baik –> baru kita rujuk nisbah semasa ideal 2:1

  18. Kalau tempoh pembayaran hutang Ialah 9.34,macam ambil berapa hari?

  19. Goh,

    Tunjukkan jawapan 9.34 hari terlebih dahulu.. kemudian baru bundarkan kepada 10 hari.

  20. macam mana nak cari untung bersih

  21. Fitri,

    UB = UK + Hasil – Belanja

  22. cikgu, macam mana nk buat perbandingan prestasi pernigaan kalau maklumat yang diberi tk cukup .

  23. Fathin,

    Hanya bandingkan berdasarkan maklumat yang diberi sahaja.

  24. Cg ape maksud BELIAN TUNAI dan JUALAN TUNAI ? Cg sy tk terang pun , tpi dlm buku latihan yg sy beli ade . Tlg terangkan kpd sy cg please . TQ .

  25. Darsenee,

    Belian Tunai –> beli barang niaga dibayar secara tunai (tunai dan cek)
    Jualan Tunai –> kita jual barang niaga secara tunai … pelanggan bayar dengan TUNAI @ CEK.
    Manakala Belian/Jualan Kredit –> urus niaga secara KREDIT (secara berhutang .. iaitu bayar kemudian)

  26. Oh begitu rupanya thanks cg , klau sy tk faham lgi sy tnya .

  27. tapi cikgu saya dh cuba masukkan . tk dpt jawapan sebenar.

  28. Fathin ,

    cuba bagitahu ape yg kau x faham , klau boleh bagitahu soalan tu . klau sy tahu sy terangkan kpd awk . sbb tdi sy buat latihan pun xde maklumat yg lengkap jgak . Dy ade caranya sendiri utk jwb sbb tu aq tnya kau , aq dh bleh buat dh . aq just cuma nk tlg kau .

  29. darsenee,

    sokay terima kasih. sbb tdi kt sklh dh bincang ngn cikgu hehe.

  30. cikgu,
    pulangan masuk sama dengan apa yee.. pulangan jualan atau pulangan belian .

  31. Fathin,

    Pulangan Masuk = Pulangan Jualan
    Pulangan Keluar = Pulangan Belian

  32. cgu sya mau tanya mcm mana untuk menguasai modul 2 tingkatan 4 berkaitan klasifikasi akaun? sebab sya belum faham mcm mna untuk mengisi akaun tersebut.

  33. Afira,

    Cuba fahami satu persatu … apa itu Aset.. Liabiliti.. Ekuiti.. Hasil & Belanja.. baru mudah untuk kita klasifikasikan sesuatu akaun.

  34. terima kasih ckgu..

  35. ckgu,

    apa beza antara margin untung kasar dan margin untung bersih?..

  36. Afira,

    Cuba bandingkan formula dan tafsiran bagi kedua2nya..

  37. Salam cikgu, boleh bagi cadangan buku latihan untuk tingkatan 4 dan 5 yang terkini?

  38. Ina,

    Mana2 bukupun sesuai asalkan ikut KSSM.
    Saya tidak hanya guna satu buku sahaja untuk latihan..
    Saya guna buku teks.. buku latihan.. soalan trial & spm tahun2 lepas (kena tukar istilah baru).. pilih mana yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar.

  39. Cikgu,
    Adakah nisbah semasa 2:1 boleh diguna pakai utk semua jenis perniagaan??

  40. Eveline,

    Ya.. boleh… itu nisbah yang ideal.

  41. Assalam Cikgu..Apa maksud Gearing Ratio in Bahasa Melayu..tq

  42. Masnida,

    Maaf, tak pasti istilah dalam BM.
    https://www.tutor2u.net/business/reference/gearing-ratio

  43. Cg says nk nota …?

  44. Imran,

    Nota yang lengkap –> Buku Teks.

  45. Hai cikgu! Sy nak tanye apa implikasi pusing ganti inventori yang terlalu rendah dan tinggi terhadap pelanggan? Cikgu boleh tolong jelaskan. ?

  46. Encik sulaiman menerima gaji pokok RM1500 dan elaun2 berikut utk bulan januari 2011

    Bantuan sara diri. RM120
    Elaun perumahan. RM100
    Elaun lebih masa. RM200

    Maklumat tambahan:

    Kadar caruman KWSP bahagian majikan ialah 12 %

    Kirakan caruman KWSP bahagian majikan bagi encik sulaiman utk bulan januari 2011.

    Boleh cg terangkan soalan ni saya kurang faham ia nk apa

  47. Topik PENGGAJIAN sudah dikeluarkan daripada sukatan baru KSSM.

    Soalan minta kira caruman kwsp bahagian majikan 12%

  48. salam cikgu, jika soalan tak minta ,kita nak buat dlm bentuk t atau format penyata?terima kasih cikgu

  49. cikgu,satu soalan lagi,jika saya perlu tiga lajur utk buat penyata pendapatan …saya perlu tambah lajur dalam jurnal kan??garis yang tambah tuguna pensel atau pen?

  50. Amanda,

    1. Saya galakkan jawab dalam bentuk penyata.. kerana ruangnya lebih luas.
    2. Untuk garisan..Kedua2 boleh digunakan… tetapi untuk jawapan pastikan guna PEN.

  51. terima kasih cikgu,jika nak buat akaun semasa dlm lejar ,mana tambah garisan ?

  52. Amanda,

    Samaa da tambah garis @ guna kertas Buku Tunai.

  53. Cikgu,

    Soalan: Apakah kesan sekiranya kadar pusing ganti inventori sesuatu perniagaan adalah rendah?
    I Brg yg dijual terlalu laris.
    II Perniagaan itu menyimpan terlalu byk inventori
    III Brg yg dijual tidak laris
    IV Aset semasa tidak terikat dlm inventori

    Jawapan skema: B I dan IV

    Boleh cikgu jelaskan mengapa jwpnnya I dan IV?

  54. Mika,

    Cadangan saya.
    Jawapannya II dan III

  55. Saya sependapat dgn Cikgu. Terima kasih.
    Skema jawapan dlm buku mengelirukan saya. Buat pengetahuan cikgu, kbykn soalan yg saya tanya hari ini dtg dr buku ini: Skor A+ Kertas Model SPM terbitan Pelangi, cetakan 2018.

  56. Cikgu , dalam penyata pendapatan bagi jualan ( kos+50%) apa maksudnya ?

  57. Jonathan,

    Maksudnya…. kos 100%… untung 50%
    Jika jualan RM150…. Kos jualan RM100 UK RM50

  58. Cikgu, jualan ( kos + 50%) boleh menganggap kos itu juga 50% – jualan kredit ( ABT) ?

  59. Jonathan,

    Kos 100%
    UK 50%
    Jualan (kos + uk) 150%

  60. Assalaumualaikum cikgu,

    Soalan:
    Inventori awal 8120
    Inventori akhir 6730
    Jualan 77980
    Pulangan jualan 760
    Kadang pusing ganti inventori 8 kali

    Hitungkan nilai tokokan

    Cikgu macam mana cara nak kira ye. Saya kira x dapat jawapannya 30%

  61. Izzati, waalaikumussalam.

    1. Guna KPGI = 8 –> untuk cari Kos Jualan
    2. Jualan bersih – Kos Jualan = UK
    3. Tokokan = UK/KJ x 100%

  62. Assalammualaikum cikgu,

    soalan: apa yang dimaksudkan dengan modal kerja bersih? dan apa yang akan berlaku jika nilai modal kerja bersih berkurang setiap tahun?
    etc: (2017) RM1,709,790.00
    (2018) RM1,560,380.00

  63. Epa, waalaikumussalam.

    Aset Semasa
    (-) Liabiliti Semasa
    = Modal Kerja

    Jika MK semakin BERKURANG.. maksudnya AS yang ada semakin kecil berbanding dengan LS yang ada… dimana keupayaan untuk menjelaskan LS semakin lemah.

  64. cikgu,

    tafsiran nisbah

    contoh soalan

    perniagaan manakah mempunyai prestasi lebih baik?mengapa? (2 markah)

    cikgu, kita berikan alasannya nak tunjukkan peratus atau tidak

    jawapan :Akif Enterprise mempunyai prestasi yang lebih baik kerana pulangan atas modalnya adalah lebih tinggi berbanding imran Enterprise

    atau

    Akif Enterprise mempunyai prestasi yang lebih baik kerana pulangan atas modalnya adalah lebih tinggi iaitu 22.22% berbanding imran Enterprise yang hanya 20% sahaja

    tq ~ cikgu ^^

  65. Siew Ling,

    Nyatakan nilai % –> adalah lebih baik.

  66. okok, terima kasih cikgu^^

  67. Cikgu,

    Ini mengenai soalan SPM 2019 K2 no. 6(a)
    Diberi pinjaman bank matang pd 31 Mei 2020. Tarikhnya genap setahun dari tarikh ID semasa. Jadi, adakah pinjaman tersebut masih dianggap sbg liabiliti bkn semasa?

  68. Mika,

    Cukup 1 tahun –> LS

  69. Assalamualaikum cg…saya nak tnya no 3 roman ….saya dah buat dah dan mengikut formula tpi stay x dapat
    Jwpn nye 0.52 kali
    Boleh cg trgkn mcm mne nak buat

  70. Liya,

    Ikut formula ja..
    Kos Jualan = Jualan – UK = 1500
    Inventori purata = 2900

  71. Fatimahbtahmad

    Cikgu,
    Jika soalan diberi akaun perdagangan jualan tolak pulangan jualan. Soalan minta cari nisbah kutipan hutang, 4o% daripada jualan adalah secara kredit. Jualan kredit ini perlu guna 40% darab dgn nilai jualan sebelum tolak pulangan jualan atau selepas tolak pulangan jualan?

  72. Fatimah,

    Bila kata jualan…. maka kita akaun rujuk Ak Jualan

  73. Cikgu,

    Demi mengira tempoh pembayaran hutang, perlukah tolak angka pulangan belian sebelum membuat pengiraan? Andaikan semua belian dilakukan secara kredit.
    Kalau soalan tanya terdapat ambilan barang niaga belum direkodkan, maka ambilan tersebut perlu ditolak daripada belian sebelum membuat pengiraan Tempoh Pembayaran Hutang?

  74. Joanne,

    BELIAN KREDIT –> kita terus rujuk Jumlah Jurnal Belian.
    Pengiraan analisis berdasarkan baki akhir selepas pelarasan.

    ID –> Pelarasan –> IDT –> Penyata Kewangan

  75. Baki akhir selepas pelarasan? Jadi kena tolak dengan ambilan barang niaga yang belum direkod?

  76. Joanne,

    Ya.. lakukan pelarasan terlebih dahulu..

  77. Cikgu,
    Soalan nisbah 2019 dirujuk, tempoh perakaunan 31 mei 2019. Pinjaman matang 31 mei 2020. Bukankah sudah setahun sehari, masuk Lbs?

  78. Fatimah,

    Bila berakhir 31 Mei 2019.. maka tempoh perakaunan berikutnya bermula 1 Jun 2019 – 31 Mei 2020 = 1 tahun.

  79. Cikgu,
    Kalau kadar pusing ganti Inventori 8.23 kali, kita perlu bundar kepada 8 atau 9?

  80. Fatimah,

    9

  81. Cikgu,
    Bagaimana dengan tempoh kutip hutang 123.23 hari dan tokokan 23.23%

  82. Fatimah,

    Jika melibatkan hari/kali –> kita genapkan.. 3.3 hari/kali –> 4 hari/kali
    jika peratus bundarkan seperti matematik biasa.

  83. Cikgu,
    Bagaimana pula dengan titik pulang modal? Kalau TPM 234.23unit, perlukah bundarkan kepada depan 235 unit?

  84. Fatimah,

    Ya.. kuantiti keluaran,

  85. Assalamualaikum cikgu untuk mengira tempoh kutipan hutang..akaun belum terima kita rujuk dlm PKK..selepas tolak PHR atau sebelum tolak PHR.

  86. Muiz, waalaikumussalam.

    Rujuk baki ABT

  87. Maksudnya ABT -PHR
    Terima kasih cikgu

  88. muiz,

    Hanya rujuk baki ABT…. tidak perlu tolak PHR.

  89. Cikgu,
    Dalam pengiraan tempoh KUTIPAN hutang, Jualan kredit diambil dari jurnal jualan perlu tolak jurnal Pulangan jualan?

  90. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Ikut sahaja formula… / JUALAN KREDIT

  91. Assalamulaikum Cikgu,
    Cikgu Kenapa jawapan dia B cikgu?…saya tak faham cikgu

  92. Ammar, waalaikumussalam.

    Rujuk Tafsiran –> “dengan segera”

  93. cikgu

    saya nak tanya tentang rumus nisbah kecairan. contohnya
    tokokan = (untung kasar/kos jualan)x 100% (ikut buku teks)

    tetapi cikgu sekolah saya kata jangan ikut buku teks, kena tulis rumus

    tokokan = UK/KJ x100 sahaja

    jangan adanya %, SPM akan tolak markah kalau rumus ada tunjuk x 100%

    Jadi, saya mesti ikut buku teks atau cikgu sekolah

  94. lili,

    Ikut cikgu sekolah anda.

  95. assalammualaikum cikguu

    cikgu ada formula untuk menghitung belian kredit tak? dalam soalan yang saya tengah buat tak menyatakan belian kreditnya…

  96. Waalaikumussalam.

    Bergantung kepada maklumat dalam soalan..
    Antaranya:
    1. Belian kredit = Belian – Belian Tunai
    2. Sediakan Ak Belum Bayar –> angka imbangan = Belian Kredit

  97. Cikgu,
    Nak dapat kepastian sekali lagi, jika kadar pusing ganti inventori dapat jawapqn 6.23 kali. Perlu bagi jawapan 6.23 kali atau 6 kali atau 7 kali? Terima kasih.

  98. cara jawab :
    = 6.23
    = 7 kali.

  99. Assalamualaikum cikgu, boleh cikgu jelaskan macam mana hendak cari kos jualan?

    inv purata: 142700

    Saya cuba isi nilai dalam rumus KPGI tapi saya tidak faham

    TQ Cikgu 🙂

  100. Waalaikumussalam..
    Mesti guna maklumat drp tahun 2016.
    Yang diberi dlm maklumat..
    margin UK = 30%
    UK/JB × 100% = 30%
    JB diberi… maka boleh cari UK
    KJ = JB – UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.