Kaedah Analisis

Standard Kandungan

11.3 Kaedah Analisis
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan sebab rekod perniagaan tidak lengkap


TP2 Menjelaskan implikasi Rekod Tak Lengkap ke atas Penyata Kewangan.


TP3 Mengklasifikasi maklumat untuk menentukan untung atau rugi perniagaan bagi Kaedah Perbandingan dan Kaedah Analisis.


TP4 Menganalisis aset dan liabiliti dan menyediakan Penyata Mengira Modal Awal dan Modal Akhir.


TP5 Mentaksir jumlah sebenar jualan, belian, belanja, hasil, peruntukan hutang ragu, susut nilai.


TP6 Menghasilkan Penyata Kewangan menggunakan Kaedah Analisis.

  1. Perabot dinilaikan sebanyak rm 2600
    Ape maksudnye?

  2. Ain,

    Maksudnya nilai baki akhir Perabot RM2600.
    Daripada maklumat tersebut.. kita boleh kira SN kaedah penilaian semula.
    SN = Baki awal – Baki akhir

  3. Invois pemiutang bernilai RM2 300 belum lagi diambil kira dalam jumlah
    pemiutang

    so tolak atau tambah pemiutang?

  4. Goh,

    Jika kes Kaedah Analisis.. ikut catatan bergu biasa.
    Dt Belian Kt Pemiutang/ABB
    Belian –> +
    ABB/pemiutang –> +

  5. cikgu,

    kadar bayaran prabayar .. aset atau liabiliti ?
    upah belum bayar aset atau liabiliti ?

  6. Fathin,

    Prabayar –> AS
    Belum Bayar –> LS

  7. Cikgu,
    Soalan ni diambil dari buku teks T5 yg terbaru m/s.68 (Soalan dari kolum CABARAN ABAD KE-21)

    Diberi:
    Pinjaman 1 Jan 2017 – 16500
    Pinjaman 31 Dis 2017 – 15000
    (pinjaman matang pada 31 Dis 2027)
    Ansuran pinjaman yg telah dibayar – 1500
    Faedah atas pinjaman – 8% setahun
    Faedah atas pinjaman yg telah dibayar – 650

    Soalan:
    1. Apa kesan ansuran pinjaman yg telah dibayar dalam penyata kedudukan kewangan?
    Adakah amaun 1500 itu diambil kira sbg aset semasa (belanja terdahulu)?
    2. Bagaimana pula dgn amaun pinjaman di bawah liabiliti bukan semasa? Adakah amaun yg perlu ditulis 16500 atau 15000?

    Saya telah cuba membuat penyata kedudukan kewangan tapi tidak mendapat jawapan yg sama dengan jawapan yg diberi dalam buku.
    Harap cikgu boleh menjelaskan kemusykilan ini.

    Terima kasih.

  8. Mika,

    1. RM1,500 telahpun diambilkira.. Baki awal RM16,500 —> baki akhir RM15,000 (Pembayaran RM1,500 telah dibuat dan direkodkan).

    2. Dalam PKK.. jumlah pinjaman masih RM15,000. Oleh kerana bayaran balik setahun RM1,500 –> maka RM1,500 daripada RM15,000 perlu dikelaskan sebagai LS.. manakala bakinya (15000-1500) = RM13,500 sebagai LBS.

    PKK:
    LS:
    Pinjaman RM1,500

    LBS:
    Pinjaman RM13,500

  9. Oh, maksudnya bayaran balik pinjaman tu tetap dianggap sebagai liabiliti semasa dan tiada kena mengena dengan tempoh matang? Saya agak keliru tentang kesan tempoh matang pinjaman terhadap PKK. Boleh Cikgu jelaskan?
    Satu lagi, adakah bayaran balik pinjaman itu diambil kira dalam akaun untung rugi sebagai belanja?

  10. Mika,

    1. Bayaran tahun semasa yang telah dibayar RM1500.. dan telahpun direkodkan –> maka tiada apa yang perlu diselaraskan lagi. Dan bayaran balik tersebut –> BUKAN belanja… ianya hanya mengurangkan jumlah Pinjaman.. dimana catatan bergunya Dt Pinjaman 1500 Kt Bank/Tunai 1500.

    2. Pada akhir tempoh perakaunan baki akhir Pinjaman tetap RM15,000. Cuma RM1500 daripada RM15,000 akan matang/mesti dijelaskan dalam tahun hadapan .. maka ianya perlu dilaporkan sebagai LS.. manakala RM13,500 yang matangnya lebih setahun –> LBS.

    Pengasingan ini hanya dalam pelaporan di PKK sahaja tidak melibat pelarasan/catatan bergu. Ianya hanya dicatat dalam Nota Kepada Akaun dalam laporan Penyata Kewangan. Ini bertujuan supaya PKK melaporkan kedudukan sebenar LS.

    Salah satu kesannya.. kita boleh lihat pada analisis Nisbah Semasa = AS / LS… jika sebahagian pinjaman RM1500 tidak dikelaskan sebagai LS –> maka Nisbah Semasa tidak akan mengambarkan keadaan sebenar.

  11. Cikgu,
    Saya ada 1 lagi soalan dari buku teks yg sama m/s67 soalan 7.

    Diberi baki2 pada 31 Dis 2016
    Kenderaan – 12200
    Perabot – 3000
    Inventori – 1840
    Ak Blm Terima – 6370
    Bank – 2850
    Modal – 20000
    Ak Blm Byr – 5860
    Kdr Bayaran Blm Byr – 400

    Maklumat drpd Ak Bank
    Dt:
    Jualan – 25450
    Ak Blm Terima – 5730
    Komisen diterima – 1000

    Kt:
    Ak Blm Byr – 8360
    Gaji – 2100
    Kdr Bayaran – 1300
    Ambilan – 220
    Belian – 10800

    Maklumat tambahan:
    1) Inventori akhir 2490
    2) Kadar susut nilai kenderaan 10% setahun atas kos
    3) Belian kredit 70% drpd jumlah belian tunai
    4) Baki Ak Blm Terima pd 31 Dis hendaklah dihapuskan sebagai hutang lapuk
    5) Pemilik telah mengambil barang niaga bernilai RM300
    6) Perabot pd 31 Dis dinilaikan sbyk RM2600
    7) Gaji belum bayar pd 31 Dis RM500

    Cikgu, tolong semak samada pelarasan saya berikut adalah betul atau salah
    *Susut nilai kenderaan = 1220
    *Susut nilai perabot = 400
    *Belian kredit = 70% x 10800 = 7560
    *Jumalah ambilan = 220 + 300 = 520
    *Gaji dlm Ak Untung Rugi = 2100 + 500 = 2600
    Soalan:
    Bagaimana mahu mengira hutang lapuk?

  12. Mika,

    Semua pengiraan sudah betul.
    HL –> Belanja
    ABT – HL
    # Sediakan ABT.. masukan Baki awal, Bank dan Baki akhir –> beza@ angka imbangan tersebut dihapuskan sebagai HL.

  13. Oh begitu. Terima kasih cikgu atas pertolongan yang diberikan!

  14. Bagaimana pula dgn hutang lapuk? Bagaimana hendak mengira baki h/b akaun kawalan belum bayar sedangkan hanya baki b/b diketahui dan amaun jualan kt tidak diketahui?

  15. Saya terlupa hendak beritahu baki2 31 Dis 2016 adalah baki2 awal. Baki akhir tidak dinyatakan.
    Baki awal ABT – 6370
    Penerimaan bank utk ABT – 5730
    Hanya ini shj maklumat yang ada

  16. Mika,

    Hanya guna Baki awal dan Bank sahaja… angka imbangan = baki akhir yang dihapuskan sebagai HL. (Secara mudahnya HL = Baki awal – Bank)

    Jualan kredit –> tiada, maksudnya tiada lagi urus niaga jualan kredit. Hutang adapun masih tak bayar… takkan nak bagi hutang lagi.

  17. Ok, baiklah. Saya faham, Cikgu. Terima kasih.

  18. Cikgu,
    Saya cuba buat Ak Perdagangan dan Untung Rugi utk soalan di atas tapi tak dapat nilai untung bersih yg sama dengan jawapan buku. Bolehkah Cikgu tolong semak jawapan saya dan tandakan mana yg silap. Saya buat menggunakan excel dan saya telah menghantar salinannya kpd alamat emel Cikgu.

    Terima kasih.

  19. Mika,

    Silapnya di BELIAN.

    Belian = Belian tunai + Belian kredit

  20. Saya dah ubah tapi masih tak dapat untung bersih yg sama dgn buku, jawapan saya kurang RM300.

  21. Mika,

    Ambilan barang niaga –> Belian (-) 300

  22. Oooh… patutlah. Terima kasih, Cikgu!

  23. Kadar bayaran =
    Kadar bayaran + kadar bayaran belum bayar (31 dis. 2017) – kadar bayaran belum bayar (1 januari 2017)
    Soalan:
    -knp nk carik jumlah kadar bayaran mesti tolak kadar bayaran belum bayar pada 1 januari?

  24. Ain,

    Kadar bayaran awal –> adalah kadar bayaran yang sepatutnya dibayar pada tahun lepas 2016… kita nak kira kadar bayaran tahun 2017.

  25. Assalamualaikum cg
    Sy ada soalan..jika baki awal aset bertambah pd baki akhir aset,mcmn kta nk ttpkn snt ye cg…tq cg

  26. Hazrul, waalaikumussalam..

    SN = baki awal + beli – baki akhir

  27. 1.Baki 1 JAN AKAUN BELUM TERIMA RM50000
    2.BAKI 1 JAN AKAUN BELUM BAYAR RM35000
    3.BAYARAN CEK KEPADA AKAUN BELUM BAYAR RM15000
    4.HUTANG YANG DIHAPUSKAN DRPD AKAUN BLM TERIMA RM5000
    5.PENERIMAAN CEK DRPD AKAUN BLM TERIMA RM10000
    6.DISKAUN DIBERI RM800
    7.DISKAUN DITERIMA RM500
    8.BAKI 31 DIS AKAUN BLM TERIMA RM9500
    10.BAKI 31 DIS AKAUN BELUM BAYAR RM 40000

    SEDIAKAN AKAUN KAWALAN BELUM TERIMA DAN BELUM BAYAR

    CIKGU TOLONG SAYA DENGAN SOALAN INI!

  28. Hafesz,

    Boleh rujuk format dan item2 dalam Ak Kawalan serta contoh dalam buku teks.

  29. Cikgu nak mintak tolong nie , asal cikgu xnak letak latihan akauns format baharu .

  30. Darsenee,

    Maaf.. sekarang Cg agak sibuk sedikit… nanti bila ada ruang masa Cg cuba sediakan soalan2 tersebut.
    Buat masa ini cuba jawab semua soalan dalam buku teks.

  31. Assalamualaikum cikgu, minta tolong cikgu,ini latihan Cabaran abad ke 21 dari buku teks (m/s 68)
    *Hasil – diskaun diterima 980
    Dekat Hasil Tiada kaitan dengan hutang ragu?

    *Belanja
    -susut nilai perabot 430
    -kadar Bayaran 1530
    -Belanja am 840
    -gaji 7000
    -insurans 1200
    -Alat tulis 400
    -faedah pinjaman 650
    Total Belanja =12050?
    Masih tidak dapat jawapan seperti yg dinyatakan

  32. Nur, waalaikumussalam

    Terdapat beberapa kesalahan.
    1. HR –> Belanja
    2. Alat tulis –> 400X –> 425
    3. SN perabot X –> 1025
    4. SN kenderaan

    Jum belanja = 18800

  33. Cg,
    inventori alat tulis awal dan inventori alat tulis akhir macam mane catat ?

  34. Jin.

    Daripada maklumat inventori alat tulis awal.. akhir dan belian alat tulis –> kita boleh tentukan belanja alat tulis sebenar untuk tempoh perakaunan tersebut.
    Belanja alat tulis = inv awal + belian alat tulis – inv akhir.
    Manakala inv akhir –> Aset Semasa.

  35. baik terima kasih cg.

  36. Cg,
    peruntukan hutang ragu tidak perlu diletak dalam akaun kawalan belum terima,tetapi adakah peruntukan hutang ragu akan mengurangkan nilai baki h/b dalam akaun kawalan hutang ragu?

  37. dan inventori alat tulis awal dan akhir kena tambah ke dalam inventori awal dan akhir x?

  38. Jin,

    1. Tak masuk dan tidak mengurangkan baki akaun..cuma ditunjukkan dalam AS :
    ABT
    (-) PHR

    2. Inventori alat tulis perlu asingkan dengan Inventori (barang niaga)
    AS:
    Inventori xxx
    Inventori alat tulis xxx

  39. Terima kasih cg.:-)

  40. assalamualaikum cikgu , kalau nak sediakan akaun perdagangan tapi inventori awal tidak diberi di buku tunai mahupun maklumat tambahan , perlukah kita tidak meletakkan inventori awal itu dlam akaun perdagangan atau ada cara lain untuk cari inventori awal tersebut?

  41. Iq,

    Maksudnya tiada inventori awal (= 0) kerana perniagaan baru mula.
    Boleh masuk Inventori sebagai 0 @ tidak masukkan terus Inventori awal.

  42. Cikgu, kalau xde bagitahu apa2?
    Maksudnya lbs la kan…

  43. Lin,

    Jika tiada apa2 maklumat.. kita ikut asas sesuatu pinjaman kebiasaan lebih 1 tahun –> LBS.

  44. Cikgu,
    Diberi maklumat berukut:
    Pinjaman – 10000
    Pinjaman bank berkadar faedah 6% dibuat pd 1 Feb 2016.
    (Tempoh perakaunan 1/11/15-31/10/16)

    Soalan:
    Faedah pinjaman = 6% x 10000 x 10/12 = 500
    Adakah betul pengiraan saya? Kerana jawapan skema ialah 450.

  45. Maaf Cikgu, saya tersilap kira.
    Feb-Oct: 9 bln
    Faedah pinjaman = 6% x 10000 x 9/12 = 450

  46. Cikgu ,
    untuk penyediaan ak belanja , sekiranya ada belanja belum bayar awal tahun, adakah cara catatan butir baki B/B di sebelah kredit akaun belanja diterima atau mesti tulis buitr sebagai belanja belum bayar di sebelah kredit ?

  47. Angie,

    Ikut buku teks.
    Sukatan baru KSSM tekankan asas perakaunan –> ikut sistem catatan bergu.

  48. Assalamualaikum cikgu,

    Soalan buku teks m/s 68.

    Sy dah baca komen2 soalan ini. Tp sy nak kepastian semula drpd cikgu :

    Pinjaman 1 Januari 2017 RM 16500
    Pinjaman 31 Disember 2017 RM 15000

    BUKU TUNAI(pembayaran) Faedah pinjaman RM650

    MAKLUMAT TAMBAHAN :

    Faedah pinjaman ialah 8 % setahun.

    _______________________________________

    Jawapan :

    Faedah pinjaman = 8% x RM15000 = RM 1200 ~~~ Belanja

    Faedah pinjaman Belum Bayar = RM 550 ~~~LS

    Pinjaman Jgka masa Pnjg RM13500 ~~ LBS

    Pinjaman Jgka masa Pendek RM1500 ~~ LS

  49. Betul ke cikgu?

  50. Midiha, waalaikumussalam.

    Faedah atas pinjaman = 8% x 16500 = 1320 –> Belanja
    Faedah pinjaman belum bayar = 1320 – 650 = 670 –> LS

    # pinjaman dah betul.

  51. SOALAN :

    Kenapa faedah pinjaman kena darab dengan pinjaman 1 Januari RM16500?

    Adakah faedah pinjaman mcm Susut nilai?

    SN : % x Aset Bukan Semasa(Kos)

    Faedah pinjmn : % x Pinjaman(Asal)

    TerimaKasih Cikgu

  52. Cikgu,
    Diberi maklumat berikut
    Pemiutang 1/7/16 – 6800
    Pemiutang 30/6/17- 5990
    Bayaran kpd pemiutang – 10200

    Maklumat tamb:
    Nota kt (asal) masih belum direkod – 960

    Soalan:
    Berdasarkan nota kt td,
    Pul. bel (kt)-960, PM (dt)-960
    Maksudnya pul. belian kena masukkan dlm Ak Kaw. Pemiutang.
    Tapi, adakah saya perlu menolakkan baki akhir PM dgn 960? (5990-960)?
    Boleh cikgu jelaskan sekali sebabnya?

  53. Mika,

    Rujuk kitaran perakaunan.
    –> Lejar (Ak Kawalan) –> ID –> Pelarasan –> ID Terselaras –>
    Jika BELUM REKOD, maksudnya TIADA dalam Ak Kawalan.
    Ianya jadi item PELARASAN Dt Pemiutang Kt Pulangan @ Pulangan Belian (+) & Pemitang (-) –> dalam Penyata Kewangan.

  54. Jadi, maksudnya dalam Ak. Kawalan Pemiutang, kita patut tulis begini?

    Dt Kt
    Bank 10200 Baki b/b 6800
    Pul belian 960 Belian 9390
    Baki h/b 5030 (5990-960)

  55. Mika,

    Pulangan –> TIDAK REKOD, macam mana boleh ada dalam Ak Kawalan. Ak Kawalan disediakan sebelum ini lagi… dah ada baki akhirpun… cuma baki tersebut perlu diselaraskan.. sebagai item PELARASAN.. Bukannya kita ubah balik Ak Kawalan yang sudah siap.

  56. Tapi, dlm kes ini peniaga tidak menyimpan rekod perniagaan yg lengkap dan kita disuruh utk menyediakan ak.kawalan pemiutang?

  57. Satu lg soalan, bolehkah sy anggap pelarasan bermaksud membetulkan baki ID berdasarkan maklumat tamb yg diberi (samada perlu ditambah atau ditolak) tanpa perlu mengubah lejar2 berkaitan?

  58. Mika,

    Dalam kes kaedah analisis… rekodnya bukan tidak lengkap sepenuhnya.
    Ianya perlu diselaraskan … Pulangan belian (+) Pemiutang (-) dlm Penyata Kewangan.

    Rujuk kitaran perakaunan.
    ID –> Pelarasan –> IDT

  59. Cikgu,
    Berikut petikan ID pd 30/4/17
    Penghutang 2000
    PHR 250
    Kenderaan 20000
    SNT Kend 1000
    Untung bersih 32020

    Maklumat tamb:
    -Cek yg diterima drpd penghutang 200 tidak dilayan oleh pihak bank dan hutang tersebut dihapuskan sebagai hutang lapuk.
    -PHR diselaraskan pd kadar 5% atas penghutang bersih
    -Kenderaan baru bernilai RM40000 dibeli pd 31/10/16 dan urusniaga ini belum direkodkan. Kenderaan disusutnilai 10% atas kos.

    Soalan:
    1) Adakah maklumat tentang hutang lapuk itu bermaksud ia telah diambil kira dlm penyediaan lejar (Ak Kaw Penghutang)? Adakah itu sebabnya mengapa skema jawapan mengira PHR tanpa menolakkan baki PH dgn HL? (PHR=5% x 2000)
    Bagaimana mahu membezakan samada HL itu telah atau belum dikira utk pengiraan PHR?

    2) Adakah maklumat tamb mengenai SN kend bermaksud SN perlu diselaraskan bg KEDUA_DUA jenis kend baru dan lama?

  60. Mika,

    1. HL –> kenalpasti ianya item PELARASAN atau hanya MAKLUMAN sahaja.
    Jika pelarasan –> perlu diselaraskan dengan baki akhir ABT (HL +, ABT -).. dan ianya TIDAK wujud dlm Ak Kawalan (kerana Ak Kawalan disediakan sebelum PELARASAN dalam kitaran perakaunan)
    Jika makluman –> masukkan dalam Ak Kawalan tanpa selaras baki akhir ABT.
    Cth maklunan :
    HL 300
    PJ 100

    2 Ya. Kedua2 perlu diselaraskan SN masing2.. kemudian baru jumlahkan.

  61. Cikgu, saya agak keliru dgn hutang lapuk.. Kalau soalan yang Ada hutang lapuk dlm maklumat tambahan perlu kita tolak nilai itu dgn nilai akhir ABT sebelum masukkan ke dalam akaun kawalan Kan?
    Cth. Baki akhir ialah RM3201
    Maklumat tambahan hutang lapuk RM200.
    Maka AK kawalan ABT baki akhir adakah 3201 stay 3001??

  62. Kalai,

    Cuba fahami komen2 saya sebelum ini.. berkaitan perkara tersebut.

  63. Cikgu, harap maaf
    Saya faham semua komen yang diberi oleh Cikgu.. Masalahnya kebanyakkan buku kerja menyediakan jawapan tanpa tolak hutang lapuk. Mereka Menggunakan nilai akhir yang sama tanpa mengubahsuai nilai akhir… Yang betul???

  64. Kalai,

    Jika HL sebagai item pelarasan.. maka sepatutnya nilai ABT akan berkurang.

  65. Cikgu, macam mana rekod maklumat tambahan ini dalam AK Kawalan Belum Bayar ? ( Rekod tak lengkap )

    – Satu invois bernilai RM2480 yang diterima daripada pembekal belum direkod dalam buku perakaunan.
    Kena letak di bahagian debit atau kredit ? Kenapa ?

    Terima kasih, cikgu.

  66. EnHong,

    Item pelarasan, diselaraskan kemudian.. tidak tercatat dalam Ak Kawalan.

  67. Assalam cikgu utk soalan buku teks ms 68
    Soalan penyata kedudukan kewangan..110 385
    Utk bahagia atas ..aset bukan semasa +modal kerja jawapan sama dengan buku teks…tp bahagian ekuiti pemilik salah…

    Modal awal 99485
    -rugi bersih 6800
    -ambilan 800

    LBS
    Pinjaman 15000

    Jawapan106885
    Tidak imbang

  68. Hanna, waalaikumussalam.

    Modal awal + 5000

    LBS
    Pinjaman (15000-1500)

  69. Ok tq cikgu

  70. Saya kurang faham kenapa 15000 mesti tolak dengan 1500….bkn ker itu baki akhir pinjaman..awal tahun pinjam 16500..hujung tahun tinggal 15000..jadi 1500 bayar dlm tempoh kurang setahun..so LS…yg 15000 jd LBS sbb lebih setahun…kenapa kena tolak 1500 sekali lg.

  71. Hanna,

    Bayaran balik tahun semasa 1500 telahpun dibayar.. itu sebabnya baki awal 16500 … baki akhir tinggal 15000.

    Daripada situ kita boleh kenalpasti bahawa 1500 daripada 15000 pada akhir tempoh tersebut mesti dijelaskan dalam tempoh 1 tahun pada tahun hadapan… itu yang perlu dikelaskan sebagai LS.. manakala bakinya 13500 perlu dijelaskan lebih daripada 1 tahun –> LBS.

    Jumlah pinjaman akhir tahun tetap sama RM15000.. cuma dari segi pelaporan dalam PKK dikelaskan ikut tempoh matang masing2.

    LS:
    Pinjaman 1500
    LBS
    Pinjaman 13500

    Ini supaya PKK melaporkan kedudukan nilai LS yang sebenarnya.

  72. Ohhh paham2..terima kasih cikgu

  73. Cikgu kalau ambilan barang niaga perlu atau tidak perlu tolak inventori awal??

  74. Lagi 1 soalan cikgu .Peruntukan hutang mau kira dalam pkk atau untung rugi tak ??

  75. Jun,

    1. Tidak perlu.
    2. Kedua2… HR -> AUR… PHR–> PKK

  76. Kalau soalan bagi terlupa rekod ambilan barang niaga .saya nak tolak inventori kah?

  77. Tapi ada beberapa soalan tulis ambil barang niaga soalan itu ada tolak inventori.

  78. Macam soalan dalam text book soalan struktur no.6 (v) ambil barang niaga mau tolak belian atau tak nak?

  79. Minta maaf cikgu saya sudah bagi soalan yang salah . Saya nak tanya ambil brg niaga nak tolak belian tak?

  80. Jun,

    Ya.. itu baru betul.. bila ambil barang niaga…
    Ambilan (+)
    Belian (-)

  81. Cikgu kalau kira itu faedah atas pinjaman mesti guna pinjaman awal atau akhir ?

  82. Jun,

    Kira atas Pinjaman Awal

  83. Cikgu, macam mana rekod maklumat ini dalam soalan AK Tak Lengkap ?

    -Pemilik mengeluarkan barang niaga bernilai RM400 untuk keguaan peribadi.

    Tiada maklumat tentang belian di mana-mana dokumen, cuma ada AK Belum Bayar.

  84. EnHong,

    Daripada ABB kita boleh tentukan Belian secara kredit.
    BELIAN = Belian tunai + Beluan kredit
    Jika tiada belian tunai –> BELIAN = Belian kredit.

    Ambilan +400
    Beluan -400

  85. Cikgu, yang mana satu kita harus letak di belanja / hasil akaun perdagangan jika maklumat tersebut berada di 1 jan 20×3 ,30 dis 20×3 dan penyata bank contohnya seperti

    1.gaji belum bayar 1jan 3000 , 30 dis 6800 dan di akaun bank iaitu gaji berjumlah 17200

    2. pinjaman (kadar faedah 8% setahun) , 1jan 15000 30 dis 15000 dan di akaun bank iaitu faedah atas pinjaman sebanyak 800

    3.perabot 1jan 22600 , 30 dis 20400 dan di akun bank perabot 900

    thx

  86. Iq40,

    1. Gaji = bank – Gaji BB awal + Gaji BB akhir
    2. Faedah pinjaman = 8% x 15000 –> Belanja
    Faedah pinjaman BB –> LS
    3. SN perabot = Bank + Baki awal – Baki akhir

  87. Cikgu kalau buku tunai ada keluar wang untuk beli perabot kena tambah perabot and ini sebagai modal tambahan atau bukan?

  88. Then cikgu kira susut nilai nak guna awal atau akhir kira ??

  89. Jun,

    Bukan..modal tambahan.
    Maklumat tersebut boleh digunakan unatuk cari SN perabot

    SN perabot = Bank + Baki awal – Baki akhir

  90. Ini soalan yang lain kalau buku tunai keluar wang untuk kenderaan mau kira modal tambahan dlm pkk tak??

  91. cikgu boleh terangkan tak kenapa gaji = bank – gaji bb awal + gaji bb akhir and susut nilai tu saya kurang faham

  92. Jun,
    Modal tambahan –> PEMILIK membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan (jadi hak milik perniagaan).
    Jika beli kenderaan menggunakan wang perniagaan –> beli aset.

    Iq40,
    Untuk kira Gaji sebenar = Gaji yang telah dibayar (Ak Bank) – Gaji belum bayar awal + Gaji belum bayar akhir.
    # untuk lebih jelas.. cuba buka Ak Gaji dan lihat camna nak dapatkan AUR.

  93. So guna wang perniagaan beli kenderaan ialah beli aset
    Guna wang sendiri beli kenderaan untuk syarikat ialah modal tambahan
    InI betul kah cikgu?

  94. Cikgu macam mana kira pelupusan dalam kaedah analisis

  95. Jun,

    1. Ya betul.
    2. Pelupusan ABS –> kira seperti biasa..
    ABS – SNT = Nilai Buku
    Untung/Rugi pelupusan = Nilai buku – Nilai Jual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.