Belanjawan Tunai

Standard Kandungan

12.3 Belanjawan Tunai
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan tujuan dan kaedah kawalan tunai


TP2 Memberi contoh butiran penerimaan dan pembayaran.


TP3 Menyediakan Belanjawan Tunai dengan memasukkan baki awal, penerimaan dan pembayaran.


TP4 Mengenal pasti Lebihan atau Kurangan dalam Belanjawan Tunai


TP5 Menilai Lebihan atau Kurangan dan Baki akhir dengan menyediakan Belanjawan Tunai secara manual.


TP6 Menghasilkan Belanjawan Tunai menggunakan aplikasi TMK.

  1. Cikgu,
    Yang manakah antara item berikut tidak termasuk dalam belanjawan tunai?
    Susut nilai
    Hutang lapuk
    PHR
    Angkutan masuk
    Angkutan keluar
    Duti atas belian

  2. Mika,

    Mana2 item yang TIDAK melibatkan wang tunai keluar/bayar atau masuk/terima –> TIDAK MASUK dalam Belanjawan Tunai.

  3. Maksudnya susut nilai, hutang lapuk dan PHR?

  4. Mika..

    Ya.. item2 tersebut tidak melibatkan wang keluar –> tidak memberi kesan kepada baki wang tunai ditangan.

  5. Salam cikgu.. adakah baki tunai di tangan berbeza mengikut soalan?
    Kalau pemilik membawa masuk modal tunai di bank RM400 —>pnerimaan modal
    Kalau tunai di bank RM 400 —> baki b/b
    Btul kn cikgu

  6. Omey,

    Ya..betul

  7. Tq cikgu..
    Jwpn buku teks m/s 103 btul x cikgu..

  8. Omey,

    Maaf, Cg belum buat lagi soalan tersebut.

  9. Fatimah Bt Ahmad

    Cikgu,
    Dalam bab belanjawan tunai, bayaran balik pinjaman perlu diasingkan kepada ansuran pinjaman dan faedah pinjaman atau gabung sekali saja dalam bayaran balik pinjaman, begitu juga dengan pembelian alatan kedai perlukah diasingkan pendahuluan alatan kedai dan ansuran alatan kedai atau gabung sekali jadi alatan kedai?
    terima kasih

  10. Fatimah,

    Kedua2 cara boleh digunakan… asingkan @ satukan sahaja… ikut mana2 yang lebih mudah berdasarkan pernyataan maklumat dalam soalan tersebut.

  11. Salam

    Baki tunai, baki bank, baki perabot kena total kan n masuk ke baki bb Ke?

    Faedah atas pinjaman 5% setahun
    seelama 4 tAhun?

  12. Sha,

    Baki tunai –> merujuk kepada wang yang ada ditangan @ dibank.

    Katakan:
    Tunai RM500
    Bank RM1000
    Perabot RM4000
    Berapakah BAKI TUNAI yang ada ?

    Belanjawan tunai merekod penerimaan dan pembayaran tunai… di mana faedah pinjaman –> pembayaran.
    Cuma perlu kira berapakan bayaran pada SETIAP bulan.

  13. Assalam cikgu, minta tolong cikgu, buku teks m/s 102 nom 4
    JUN
    Baki b/b 52110
    Penerimaan
    Sewa 10912
    Modal tambahan 16000
    Jumlah penerimaam 26912
    Pembayaran
    Upah 3600
    Kadar Bayaran 520
    Belanja Baiki kerusi meja 2000
    Kenderaan ? ( adakan 30000 atau 60000 bagi 2 tahun)

    Adakan belanjawan tunai JUN betul? Sebab saya masih tidak dapat jawapan seperti dinyatakan. Minta tolong cikgu terangkan pasal kenderaan.

  14. Nur, waalaikumussalam.

    Cuba semak : Sewa –>12672 , Upah –>3200 ,
    Kederaan… bayaran pendahuluan 10000 –> April… ansuran 2500 –> Jun

  15. Pada setiap awal suku tahun dan pada suku tahun Ada apa beza?

  16. Goh,

    Suku tahun –> 3 bulan.
    Awal suku tahun –> bayaran/terima pada bulan pertama bagi 3 bulan tersebut.

    Katakan sewa dibayar setiap AWAL suku tahun .. Jan, Feb, Mac –> bayaran untuk 3 bulan tersebut dibayar pada bulan JAN.

    Manakala jika sewa dibayar setiap AKHIR suku tahun .. Jan, Feb, Mac –> bayaran untuk 3 bulan tersebut dibayar pada bulan MAC.

  17. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam belanjawan tunai, butir mesin fotostat nak tulis alatan pejabat atau mesin fotostat?
    Terima kasih.

  18. Fatimah,

    Saya cadangkan Mesin Fotostat.

  19. Cikgu ,kalau soalan tulis insurans dibayar pada setiap suku tahun ,
    So kata soalan Ialah Jan feb Mac
    Letak mana satu

  20. Goh,

    Jika tidak dinyatakan bila ianya dibayar awal @ akhir –> cuba kita fikir secara rasional… bila kita akan bayar awal @ akhir ?
    Jika bayar akhir –> maksudnya bayaran akan sentiasa tertunggak untuk 2 bulan.
    Maka secara rasionalnya kita akan bayar pada bulan awal…. terdahulu untuk 2 bulan.

  21. cikgu mcm mne nk cari (i)

  22. dekat soalan 5 tu, butir-butir tu ad kne mengena dgn baki b/b ke cikgu, klau ad, nk amik salah satu or yg ad kne mengena je ?

  23. Fathin,

    1. Kira:
    jualan tunai 30% x Sept 30% x Okt 30% x Nov
    ABT (jualan kredit) –> bayar sebulan kemudian.
    ABT Ogos 70% x Sept 70% x Okt

    2. Butir merujuk kepada penerimaan daripada mana.. Cth Jualan , ABT.
    Serta pembayaran untuk apa.. cth Belian, ABB.. dll

  24. cikgu , saya dh cuba tpi tk dpt utk cri (i)

  25. Fathin,

    Cgu sudah tunjukkan pengiraannya..

  26. Assalamualaikum cikgu,
    Sye ada masalah nk jwb soalan ini. Boleh cikgu bantu selesaikan? Dngn cara mengira skali.

  27. Wawa, waalaikumussalam.

    Jawab dahulu.. Cg hanya semak dan bimbing sahaja.

  28. soalan dlm buku teks m/s 102

    soalan no 4
    vii) pada bulan jun, pemilik telah membawa masuk tunai sebanyak rm16000 untuk kegunaan pejabat

    macam mana nak buat saya kurang faham soalan ni

  29. Nadzirah,

    Duit masuk Jun –> ITEM PENERIMAAN –> Modal 16000

  30. soalannya:

    -kenderaan yg dibawa masuk pd 1/1/17 disusutnilaikan 10% setahun atas kos
    -PHR diselaraskan 3% atas baki ABT

    soalan tu kena rekod dok dlm belanjawan tunai

  31. Nazirah,

    Tidak melinatkan WANG TUNAI KELUAR –> tidak masuk Belanjawan.

  32. cikgu nk contoh belanjawan tunai Tingkt 5 perniagaan (kerja khusus)

  33. Matt li,

    Rujuk buku teks Prinsip Perakaunan.. ada cara2 dan contohnya.
    # ada lebih baik rujuk guru perniagaan.. sebab Cg tiada soalan kerja kursus tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.