Pembubaran Perkongsian

Standard Kandungan

13.4 Pembubaran Perkongsian
Standard Prestasi

TP1 Menerangkan tujuan perniagaan perkongsian ditubuhkan dan sebab berlaku pembubaran perkongsian.


TP4 Merekod pembubaran perkongsian dalam Jurnal Am.


TP5 Mentaksir untung atau rugi realisasi


TP6 Menyediakan Akaun Realisasi, Akaun Bank, Akaun Modal pekongsi dan akaun-akaun berkaitan serta merumuskan penyelesaian bagi akaun modal pekongsi berbaki debit di akhir proses pembubaran.

  1. Cikgu kalau buat akaun realisasi kena ambil nilai yg asal ke ataupun kena tolak dengan susut nilai dulu

  2. Syaza,

    Baki akhir selepas semua pelarasan.. ditutup dan dipindahkan ke Ak Realisasi.
    Jika ada Perabot dan SNT–> tutup kedua2 dan pibdahkan ke Ak Realisasi.
    1. Dt Realisasi Kt Perabot
    2. Dt SNT perabot Kt Realisasi

  3. Cikgu ,dalam Imbangan duga:

    Pelaburan:500000
    Kenderaan (3 buah):45000
    Penghutang:59700
    Pemiutang:26600

    Maklumat tambahan:
    (1)aset yang diambil alih oleh Naina dan Julia:

    Naina Julia
    Kenderaan (1 buah) 16000 14000
    Penghutang 59250

    Sebuah kenderaan telah dijual pada harga 13000.
    Naina bertanggungjawab menjelaskan semua Pemiutang pada nilai buku.
    pelaburan telah dijual pada harga75000.
    Akaun modal perkongsian dijelaskan dengan cek.

    Cikut,bagaimana buat dalam akuan realisasi,akaun modal,akaun bank

  4. Jiahui,

    1. Ambil alih:
    Dt Modal pekongsi Kt Realisasi

    2. Jual aset:
    Dt Bank Kt Realisasi

    3. Pekongsi ambil alih pemiutang:
    Dt Pemiutang Kt Modal pekongsi

    4. Pelaburan dijual:
    Dt Bank Kt Realisasi.

    5. Modal pekongsi dijelaskan:
    Dt Modal Pekongsi Kt Bank

  5. Maklumat tambahan : sewa belum bayar dijelaskan sepenuhnya.Di pkk ada sewa belum bayar rm1200. Dimana saya nak rekod?

  6. Hazim,

    Bank –> Kt Sewa belum bayar

  7. Selamat petang,

    Saya keliru dengan item liabiti (belum bayar). Selepas meneliti contoh2 buku saya dapati ada 2 cara merekod item belum bayar. Berikut adalah pemahaman saya:

    1. Sekiranya ada sesuatu item belum bayar dlm PKK (soalan): Dt Item Belum Bayar tersebut & Kredit Bank.

    2. Sekiranya ada item belum bayar dlm maklumat tambahan (baru dijumpai): Dt Realisasi & Kredit Bank.

    Betulkah pemahaman saya seperti di atas, cikgu?

    Sekiranya betul, mengapa ianya berbeza?

    Thank you.

  8. Letchumanan,

    Ya.. betul.
    1. Ak Belanja Belum Bayar –> TELAH WUJUD… maka bila bayar : Dt Belanja BB Kt Bank.

    2. Ak tersebut BELUM WUJUD…semasa proses PEMBUBARAN..kita tidak akan BUKA AKAUN baru.. kerana SEMUA AKAUN yang SEDIA ADA perlu DITUTUP.
    Maka mana2 item BARU yang melibat HASIL & BELANJA.. kita akan Dt @ Kt di Ak REALISASI… ini kerana item Hasil & Belanja –> beri kesan kepada UNTUNG @ RUGI REALISASI.

  9. Terima kasih.

    Sekarang saya faham dengan jelas.

    Thank you.

  10. Cg,
    Premis telah di ambil alih oleh Arman dengan nilai 100,000.dia bersetuju memasukkan wang tunai untuk menampung kurangan dalam akaun modalnya. Apa maksudnya?
    Dan,
    Dalam soalan ada sediakan pkk dan butir itu ada tunai, saya kena letak dalam akaun realisasi je ke?

  11. Ain,

    Katakan modal arman hanya 80000… dia ambil alih premis 100000…maka kurang 20000… arman perlu bayar kepada perniagaan.

    Tunai –> Ak Bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.