Analisis Titik Pulang Modal

Standard Kandungan

16.3 Analisis Titik Pulang Modal
Standard Prestasi

TP2 Mentafsir Kos Tetap, Kos Berubah dan Margin Caruman


TP3 Menggunakan maklumat Kos Tetap dan Margin Caruman untuk mengira Titik Pulang Modal dan melakar graf Titik Pulang Modal


TP4 Menganalisis graf Titik Pulang Modal yang dilakar dan melorek kawasan untung dan rugi serta menandakan Titik Pulang Modal dalam unit dan ringgit


TP5 Mentaksir Titik Pulang Modal dengan mengambil kira perubahan pada salah satu komponen kos atau harga jualan


TP6 Menjana keuntungan berdasarkan kuantiti yang disasarkan dengan menggunakan Kaedah Margin Caruman dan Kaedah Graf.

  1. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan TPM 2009 dirujuk, utk cari TPM , Kos tetap bahagi margin caruman seunit. Mengapa mesin pembancuh RM5000 dianggap sebagai Kos tetap, bukankan susutnilai mesin saja overhed dianggap sebagai Kos tetap. Mesin pembancuh itu adalah aset bukan semasa?

  2. Fatimah,

    Jika tidak dinyatakan adanya susut nilai serta nilai yang kecil –> maka ianya dianggap tempoh gunanya setahun sahaja –> kos tetap.

  3. Assalam cikgu, jika diberikan susut nilai mesin dan juga mesin , kos tetap kedua² nya tambah or tolak?

  4. Anis, waalaikumussalam.

    SN –> kos tetap

  5. assalam cikgu,
    Kenapa kos tetap ataupun kos berubah meningkat,TPM juga akan meningkat.Tapi,
    apabila harga jualan seunit meningkat maka TPM akan menurun?

  6. Sofia, waalaikumussalam.

    Rujuk pada formula TPM.. kita boleh lihat perhubungannya.
    TPM = Kos Tetap / (HJS – KBS)
    KT naik –> TPM naik
    HJ naik –> HJS –> naik –> TPM turun

  7. Eusebius Lau

    Cikgu , mesin dan peralatan perlu dikira sebagai kos tetap?

  8. Eusebius Lau,

    Dalam soalan tersebut … tidak dinyatakan SN mesin & peralatan… maka mesin & peralatan dalam soalan tersebut telah dinyatakan sebagai KOS yang dijangka —> maka boleh dikelas sebagai Kos Tetap.
    Sebaliknya jika ada SN –> SN = Kos Tetap

  9. Eusebius Lau

    terima kasih cikgu

  10. Eusebius Lau

    Cikgu , jika situati ini berlaku dalam soalan yang perlu buka Akaun pengeluaran , mesin dan peralatan boleh disenaraikan dlm kos overhed? I think tidak boleh betulkah ?

  11. Eusebius Lau,

    Jika soalan minta sediakan Ak Pengeluaran…. maklumat yang diberi dalam soalan ialah senarai baki2 akaun @ ID –> iaitu baki Ak Mesin dan Peralatan .. merujuk kepada ABS.

    Dalam soalan TPM yg dibincangkan maklumat yang diberi jelas menyatakan senarai KOS yang terlibat dengan pengeluaran.. spt: kos sewa mesin & peralatan dan sebagainya…. Bukannya senarai baki Ak Mesin & Peralatan

  12. Eusebius Lau

    ok thx

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.