Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan

Standard Kandungan
2.1 Komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan
2.2 Item setiap komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan
2.3 Persamaan Perakaunan
2.4 Catatan Kontra dan Carta Akaun
Standard Prestasi
TP1 Menulis rumus Persamaan Perakaunan.


TP2 Menjelaskan maksud hasil, belanja, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik


TP3 Menyediakan jadual Carta Akaun.


TP4 Mengenal pasti komponen Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan.
Membezakan item hasil operasi, hasil bukan operasi, belanja operasi dan belanja bukan operasi antara perniagaan yang berorientasikan barang dan perkhidmatan.


TP5 Menentukan sebab sesuatu Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dan Liabiliti Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Liabiliti Semasa.
Menentukan dan menunjukkan kesan setiap urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja.
Membincangkan kesan sekiranya tidak dibuat Catatan Kontra terhadap akaun yang berkaitan.


TP6 Menyediakan Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan dalam bentuk “T” dan format penyata berdasarkan item yang diberikan.
Merumuskan dan menunjukkan kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilik terhadap Persamaan Perakaunan.

  1. Komisen diterima, sewa diterima dan dividen dianggap sebagai hasil operasi atau hasil bukan operasi?

  2. jadi, sewa diterima, faedah diterima dan dividen dianggap sebagai hasil operasi atau bukan operasi?

  3. Hoong,

    Hasil Operasi.
    Maksud Hasil Kendalian (buku teks lama) tidak sama dengan Hasil Operasi (buku teks baru).

    Hasil Bukan Operasi..secara mudahnya ialah hasil yang diperolehi daripada bukan aktiviti biasa perniagaan dan ianya urus niaga yang diluar kawalan peniaga.. contohnya.. Hutang lapuk terpulih, Untung atas pelupusan ABS.

    Konsepnya sama antara Belanja Operasi dan Belanja Bukan Operasi.

  4. adakah diskaun diberi merupakan akaun kontra? mengikut buku teks lama, diskaun diberi merupakan akaun kontra dan akan ditolak dengan jualan. tapi, menurut buku teks baru, ia dikatagori sebagai belanja di bahagian akaun untung rugi.

  5. Jason,

    Untuk sukatan KSSM kita ikut Buku Teks baru… Diskaun dilaporkan sebagai item Hasil dan Belanja dalam Penyata Pendapatan / Ak Untung Rugi.

  6. terima kasih

  7. Nurhuda,

    Tujuan soalan terarah kepada AMBILAN… tetapi penyataan yang digunakan tidak tepat kerana pengarah tidak semestinya pemilik.

  8. apa yg boleh di masukkan dalam ruang tambah hasil selain diskaun diterima dan komisen?

  9. Naim,

    Sewa diterima
    Faedah atas simpanan
    Hutang lapuk terpulih
    Dividen diterima

  10. menerima pinjaman bank RM 10 000.Wang sebanyak RM2000 telah digunakan untuk membeli perabot dan bakinya dibankkan.So untk soalan ni tmbh 10k untk pinjaman bank dan tmbh 2k dekat aset perabot kan ? baki tu tambah dekat bank ?

  11. komisen diterima sebanyak 480 telah digunakan untuk perbelanjaan keluarganya.komisen tu nk letak dekat mana dlm persamaan akaun ?

  12. Alep,

    1. Ya.. betul
    2. Hasil –> + Untung Bersih, kegunaan keluarga –> Ambilan

  13. cikgu apakah kesan sekiranya tidak membuat catatan kontra

  14. Vummesh,

    Cuba fahami tujuan catatan kontra tersebut dibuat terlebih… apabila sudah faham, baru anda dapat nyatakan kesannya jika perkara tersebut tidak dilakukan.

  15. salam cikgu.. ada tak nota yang dah ditukar kepada istilah-istilah baru ?

  16. Asyikin,

    Buat masa ini… sebaik2nya rujuk Buku Teks.

  17. Cg,
    Merujuk kepada buke teks m/s 40,

    diberi contoh hasil operasi ialah komisen diterima dan dividen diterima
    tetapi
    di bawah Hasil bukan operasi, juga diberi contoh
    Dividen daripada palaburan dan keuntugan jualan ABS

    Keliru?? Dividen dianggap sebagai Hasil Operasi atau Bukan Operasi?

    terima kasih

  18. Chee,

    Dividen diterima … lebih kepada Hasil Bukan Operasi… sebagaimana Dividen daripada pelaburan, dimana kadar dividen atau dividen yang diperolehi diluar kawalan kita. Kecualilah dividen saham keutamaan, kerana kita dapat mengetahuinya dengan tepat berapa dividen yang bakal diperolehi setiap tahun.

  19. Cikgu,
    Komisen diterima juga diluar kawalan Kita jadi adakah itu hasil bukan kendalian juga? Bagaimana pula dengan cukai import?

  20. Jj,

    Pertama kita berpegang kepada aktiviti utama dan aktiviti biasa perniagaan… kemudian baru rujuk dalam kawalan atau bukan.. komisen diterima adalah aktiviti biasa perniagaan dan kadar komisennya telah ditetapkan dari awal contohnya 3% atas seunit… selepas kita bersetuju dengan kadar tersebut.. barulah kita mangambil tugasan tersebut, jika tidak setuju, kita boleh tolak awal2-> hasil operasi.

  21. Cg,
    bagaimana dengan faedah atas simpanan tetap?
    Kadar dalam jangkaan kita

  22. Chee,

    Ianya adalah aktiviti biasa sesebuah perniagaan dan kadar faedah Simpanan Tetap telah ditetapkan dari awal bagi setiap tempoh matang simpanan tersebut.

  23. Cg,
    Sebagai kesimpulan

    1)Faedah atas simpanan tetap- Hasil operasi

    2)Sewa Diterima- Hasil operasi

    3)Dividen- Hasil Bukan operasi

    Betul, cikgu?

  24. Salam nak tanya, untuk soalan muka surat 66 no 7 , apa maksud buat penyata diluar penyata ya ?

  25. Pika,

    Maksudnya … sediakan jadual persamaan seperti dalam soalan 6 sebagai langkah kerja… baki akhir dari jadual tersebut digunakan untuk menyediakan Penyata Kedudukan Kewangan.

  26. Cg,
    Secara kesimpulan,

    Dividen-hasil bukan operasi
    Faedah simpanan tetap-hasil operasi
    Sewa Diterima- hasil operasi
    Betul cg

  27. Chee,

    Ya.. berdasarkan kefahaman saya daripada apa yang disampaikan dalam buku teks tersebut.

  28. Terima kasih ,Cg

  29. Kalau pulangan jualan rm380 nak letak dimana?

  30. Alya,

    Barang niaga (Inventori) (+)
    ABT (-)

  31. CG,

    apakah maksud persamaan perakaunan dan macam mana buat persamaan perakaunan???

  32. Cg,

    apakah maksud barang niaga dan barang niaga perlu letak di mana?
    seperti:
    Pada 3 Mac 2013, belian barang niaga berjumlah RM3500 daripada Pembekal Setia.

  33. Pada 10 Mac 2013 , Kedai Buku Bestari membayar hutang Pembekal Setia dengan cek bernilai RM2000.

    Kenapa pemiutang berkurang dan bukan pemiutang bertambah ke?

  34. apakah maksud modal?

  35. Hehe,

    1. Maksud persamaan perakaunan dan cara menyediakannya –> boleh rujuk contoh2 dalam buku teks.

    2. Barang niaga –> barang2 yang kita jual, ianya dipanggil INVENTORI/STOK.
    Bila beli secara kredit–> Inventori (+). ABB/Pemiutang (+).

    3. Bila kita bayar hutang… adakah jumlah hutang kita akan bertambah @ berkurang ?

  36. Assalam cg,sya nak tnya apa bezanya akaun belum terima dgn akaun belum bayar?

  37. Thiana, waalaikumussalam.

    ABT –> kita jual kepada pelanggan secara kredit… dia berhutang dengan kita, maka kita BELUM TERIMA bayaran. –> Aset Semasa

    ABB –> kita beli secara kredit daripada pembekal, kita BELUM BAYAR –> Liabiliti Semasa.

  38. Hi, may i confirm with you whether the form 4 students of 2017, still need to do their folio as well?

  39. Cathryn Chong,

    Mulai tingkatan 4 tahun 2017.. tugasan kerja kursus hanya 1 sahaja… iaitu semasa di tingkatan 5 (2018).

  40. ASSALAMUALAIKUM, saya nak tanya… apa persamaan akaun utk soalan mcm ni membayar dengan cek untuk menjelaskan hutang rm 4450 dan menerima diskaun rm150. diskaun tu kena masukkan dlm akaun modal ke atau untung bersih??

  41. Aqilah, waalaikumussalam.

    ABB -4450
    Bank – 4300
    UB +150 … sebaik2nya kita asingkan Modal dan UB.

  42. Cikgu, saya komfius nak buat penyata pendapatan . Bole cikgu bagi tips tak cemana nk mudh faham

  43. Apa maksud invois cikgu

  44. Kira,

    Fahami format penyata pendapatan… tahu klasifikasi akaun.

    Invois ialah dokumen yang dikeluarkan apabila berlaku urus niaga secara kredit (secara hutang)

  45. asalamualaikum cikgu kos jualan tu macam mana ye

  46. Nailah, waalaikumussalam.

    Kos Jualan = Stok awal + Kos Belian – Stok akhir
    Kos Belian = Belian – Pulangan belian + Angkutan masuk + Duti import + Upah atas belian + Insurans atas belian

  47. assalamualaikum cgu narzuki,merujuk soalan buku teks kssm ting 4 m/s 66 topik persamaan perakaunan:

    soalan : sebuah alat penyaman udara RM2000 telah dibeli secara kredit pada 31 Januari 2017 tetapi akan dipasang di kedai pada bulan Februari 2017.

    *boleh tak jelaskan maksud ayat di atas dan kesan dia ke atas persamaan perakaunan

  48. Afizah, waalaikumussalam.

    Beli alat penyaman udara –> kelengkapan + 2000
    Secara kredit –> ABB (bukan dagangan) + 2000

  49. Cg.. Klau cek daripada Akaun Belum Terima tidak dilayan oleh bank.. Saya kena msukkan dlm bhgian ape bg persamaan perakaunan

  50. Aieshaa
    Bank -,Akaun belum terima +

  51. tak ada nota ke?cikgu

  52. Ngazuwen,

    Maaf.. tiada nota. Prinsip Perakaunan adalah ilmu kemahiran… tidak memadai baca nota… yang penting FAHAMI konsep2nya…banyakkan LATIHAN.. terus BERTANYA apabila ada masalah… penguasaan kemahiran sedikit demi sedikit.. dapatkan BIMBINGAN BERTERUSAN daripada guru sekolah.

  53. cikgu,
    apa perbezaan diantara format Kunci kira-kira yang lama dengan format penyata kedudukan kewangan yang terdapat dalam syllabus baru ini?

  54. Sinjuku,

    Formatnya sama sahaja.

  55. Assalamualaikum ckg narzuki..saye nk tanya,apa prsmaan prakaunan utk:

    1) Menjual 10% drpd inventori scara kredit pda harga rm13200.

    2)Pulangan belian rm560

  56. Inventorinya rm51600

  57. Nur, waalaikumussalam.

    1) Inventori (-), ABT (+), UB (+)
    2) Inventori (-), ABB (-)

  58. terima kasih cikgu

  59. Assalamualaikum ckg. Kalau menjual satu per tiga stok kpd Shanti dgn harga Rm2140 ..ini mcm mnei ye?

  60. Cidot,waalaikumussalam.

    1. Kira nilai stok yang dijual.. 1/3 × nilai inventori yang ada.. Inventori (-)
    2. ABT (+) 2140
    3. UB (+)

  61. Cek tak laku perlu ke masuk ke dalam perasamaan perakaunan?

  62. cg bole ajar saya tentang persamaan perakaunan ?

  63. Assalamualaikum ckg,ape prsmaan perakaunan bagi;

    1)mengubah suai premis dengan tunai peribadi berjumlah rm27000

    2)terima cek drpd ABT rm8700 dan beri
    diskaun rm900

    3)menjual satu perlima drpd inventori scara kredit pda hrga rm34800. [inventori=rm138900]

    4)terima sewa dgn cek rm1200

  64. Maisarah, waalaikumussalam.

    Cuba jawab dahulu.. kemudian Cg semak dan betulkan jawapan tersebut.

  65. Cikgu apa itu kos overhed ,acc semasa, dis.tunai dan dis.niaga?

  66. Assalamualaikum ckg..bleh semak jwapan saye ni?;
    1)Belian kredit barang niaga bernilai
    rm1800
    Jwapan=inventori(+),ABB(+)

    2)Mngeluarkn tunai dri bank rm1600 utk kgunaan prniagaan
    Jwapan=Bank(-),Modal(+)

    3)Seorang pnghutang,Encik Raja,tlah diisytiharkn muflis & hutangnya yg brjumlah rm1040 dhapuskn sbagai hutang lapuk
    Jwapan=ABT(-),UB(-)

    4)Pmilik mmbawa msuk prabot kpunyaan sndiri rm4800 ke dlm prniagaan
    Jwapan=Perabot(+),Modal(+)

    5)Bayar ABB dgn cek rm2000 & terima diskaun rm150
    Jwapan=Bank(-2000),ABB(-2000),UB(+150)

  67. Nadhrah, waalaikumussalam.

    1. Betul
    2. Salah. Tunai(+), Bank(-)
    3. Betul
    4. Betul
    5. Salah.. ABB (-)2150

  68. Ok ckg..Ni jwapan sye utk soalan tdi,btul x?

    1)Premis(+),Tunai(-)

    2)ABT(-9600),Bank(+8700),UB(+900)

    3)Invntori(-27780),ABB(+34800),UB(+7020)

    4)Bank(+),UB(+)

  69. Maisarah,

    1. Tunai salah –> Modal(+)
    2. UB salah –> UB(-900)
    3. ABB salah –> ABT(+34800)
    4. Betul

  70. Cikgu,jika mengambil inventori untuk kegunaan peribadi,di jadual persamaan perakaunan ada modal dan untung bersih,nak tolak untung bersih dan inventori atau tolak modal dan inventori?

  71. Stella,

    Inventori (-)
    Modal (-)… ambilan mengurangkan modal/ekuiti pemilik.

    UB –> hanya melibatkan HASIL & BELANJA

  72. Nik Noraini Abdul Rahman:
    Cikgu mana cara yg betul yer..utk soalan jadual persamaan dengan penyata kedudukan kewangan.

    Utk ruangan bank..katakan jumlah baki akhir nnt dpt (3000)

    Dlm pkk di masukkan bawah bank dan letak (3000)

    @ letak dlm liabiliti semasa
    Sbg overdraf bank 3000

  73. Nik,

    Oleh kerana pelajar diajar tentang klasifikasi akaun… maka kita ajar ikut klasifikasi tersebut… Overdraf bank –> Liabiliti Semasa, maka dalam PPK dipersembahkan sebagai Liabiliti Semasa.

    Walaubagaimanapun, dari segi format pelaporan.. kedua-dua cara boleh digunakan. Jika kita menggunakan sistem perakaunan berkomputer.. overdraf bank dilaporkan sebagai Aset Semasa dengan tanda (3000).

  74. Jadi utk peringkat spm ni…jika baki akhir bank negatif perlu dimasukkan dlm pkk sbg overdrafkan…

  75. Ya… overdraf bank –> Liabiliti Semasa.

  76. Assalamualaikum cikgu.

    Mengambil inventori untuk kegunaan sendiri.
    Cikgu sy kata…
    (-) Inventori
    (-) Untung bersih
    Betul ke, cikgu?

  77. Ali, waalaikumussalam.

    (-) UB –> X
    Ada 2 cara :
    1. (-) Modal…. atau
    2. Ambilan.

  78. maaf,nak tanya kalau soalan tanya terima cek daripada penghutang ? nak letak kat colum mana saya masih keliru. explain kan boleh ?

  79. Fazirah,

    “Cek” –> BANK
    Terima cek –> Bank (+)
    Bayar cek –> Bank (-)

    Penghutang –> ABT
    Dia bayar –> hutangnya berkurang (-)ABT
    Kita jual secara kredit –> hutangnya bertambah (+)ABT

  80. Asalamualaikum,cikgu sy nk tnya apa persamaan perakaunan utk soalan ni.

    :Membawa masuk tunai peribadi RM 10500 ke dalam perniagaan. Sebanyak RM 10000 dibankkan. Bakinya disimpan di pejabat.

  81. Amirul, waalaikumussalam.

    Cuba bagi jawapan Amirul… kemudian baru Cg bagi komen betul atau tidak dan dimana silapnya..

  82. Tunai(+500)
    Bank(+10000)

  83. Amirul..

    Apabila ada 2 nilai dalam soalan… maka mesti ada 3 akaun yang terlibat… baru jadi seimbang.
    BAWA MASUK –> mesti melibatkan MODAL (+)
    Dibankkan –> BANK (+)
    Baki disimpan di pejabat –> TUNAI (+)

    Ok.. cuba tentukan nilai2nya.

  84. saya ada soalan Cg..
    kolum Liabiliti (Gaji blum byr RM1100)&(overdraf bank)

    soalannya mcm ni..

    Gaji Belum Bayar telah dibayar dengan cek

  85. ada lagi..

    Membawa masuk tunai perbadi RM10500 ke dlm perniagaan.Sebanyak RM10000 dibankkan.Bakinya disimpan di pejabat.

    dlm situasi ini.. overdraf bank

  86. Firdaus,

    Cadangan saya. Overdaraf bank… letak BANK bawah ASET dan nilainya negatif… ini kerana tiada “Ak Overdraf Bank”.. ianya adalah “Ak Bank” yang berbaki kredit.

    Gaji belum bayar (-)
    Bank (-)

    Soalan 2.. sila rujuk perbincangan sebelum ini.

  87. Assalamualaikum cikgu, terima kasih atas jwpn cikgu untuk soalan sy sebelum ini. Sy ada satu soalan lagi nak tanya cikgu.

    Kedai runcit A memulangkan 10% barang yang dibeli kerana rosak.

    Betul tak cikgu kalau sy buat
    ABT (-); Modal (-)

    Terima kasih, cikgu

  88. Ali, waalaikumussalam.

    Apabila barang niaga dipulangkan –> Inventori akan bertambah.
    Maka, Inventori (+) ABT (-)

  89. Terima kasih, cikgu. Saya tak tambah dalam inventori sebab ingat barang tu rosak.. 🙂

  90. Assalamualaikum cikgu. Apa yang melibatkan ABB selain daripada beli secara kredit.

  91. Ikhmal,

    Belian kredit –> ABB (+)
    Terima bayaran drp ABB –> ABB (-)
    Pulangan belian –> ABB (-)

  92. Salam cg.

    Soalan 3 m/s 54 dlm buku teks;

    i. perabot+2800 bank-2800
    ii. abt-1969 bank+1960
    iii. abt+410 bank-410
    iv. bank-600 ambilan+600
    v. bank-800 abb-800
    vi. inventori+780 abb+780
    vii. inventori-1050 bank+2050. UB+1000

    Cg,btl ke apa yg saya jawab?

  93. Siti,

    Tahniah.. semua betul.

  94. terima kasih cg.

  95. Assalamualaikum cikgu,
    alatan pejabat, perabut dan kelengkapan pejabat apa bezanya, cikgu. Contohnya komputer, alat penyaman udara.. boleh tak masuk di bawah perabut?

  96. Sambungan soalan: Dalam soalan, penyata kedudukan kewangan ada ‘perabut’ sahaja, jadi saya letakkan komputer dibawah ‘perabut’. Boleh tak, cikgu? t.ksh.

  97. Ali, waalaikumussalam.

    Cuba fahaminya melalui contoh2 itemnya… rujuk buku teks m/s 43.

  98. Cikgu saye nak tanya.
    Jualan kredit sebanyak 1600(kos 960)
    Nak letak kat item mane yerr dlm prsmaan akaun

  99. Sayetak faham soalan ttg
    Jualan kredit sbnyak 1600(kos960)
    Macm mane nak selesaikan??

  100. Syah,

    Jualan kredit –> ABT (+)
    Barang niaga dijual –> Inventori (-)
    Beza jualan – kos = untung –> UB (+)

  101. Cikgu,
    Soalan 5 SPM 2015 dirujuk. (v) Menerima cek bernilai RM1900 daripada penghutang untuk menjelaskan semua hutangnya.Adakah ini merujuk kepada semua hutang sebelum ini RM2000+RM1520 dan memberi diskaun sebanyak RM1620?

  102. Fatimah,

    (v) Penghutang (-)2000, Bank (+)1900, Diskaun diberi (+)100

    Maklumat (ii) tidak melibatkan penghutang.

  103. Cikgu,
    Mengapa maklumat (ii) tak diambil Kira. Soalan tidak nyatakan, sedangkan bayaran dibayar setelah urusniaga tersebut?

  104. Fatimah,

    Urus niaga tunai… tidak terlibat dengan penghutang.

  105. Cikgu,
    Untuk soalan spm 2015, Baki awal sudah ada penghutang RM2000. dalam maklumat (ii) menjual barang niaga berkos RM1270 dengan harga harga RM1520(bukan urusniaga tunai), bermaksud penghutang sudah menjadi RM3520. dalam maklumat (v) menerima cek bernilai RM1900 daripada penghutang untuk menjelaskan semua hutangnya, Semua hutang bukankah merujuk kepada RM3520 yang terkini?

  106. Fatimah,

    Maklumat (ii) adalah urusniaga secara tunai…. bukan secara kredit.
    # baca betul2.. tiada disebut secara kredit / penghutang.

  107. Cikgu,
    Urusniaga (ii) bukankah secara kredit sebab soalan tidak sebut cek atau tunai? Maka kita akan tolak stok rm1270, tambah penghutang rm1520 dan tambah untung bersih rm250? Kalau dalam lejar soalan katakan menjual barang kepada Ali rm500 dan soalan tak nyatakan cek atau tunai maka kita anggap secara kredit, debit Ali dan kredit jualan.

  108. Fatimah,

    Jika soalan tidak sebut “secara kredit” / “nama penghutang” –> urus niaga tersebut dikira urus niaga tunai.
    Contoh yang diberi.. ada disebut ALI sebagai PENGHUTANG.

  109. Cikgu,
    Jadi soalan spm 2015, rm1520 dimasukkan dalam bank?

  110. Fatimah,

    Ya.

  111. Cikgu,
    Terima kasih

  112. Cikgu,silibus baru:jika dalam jadual persamaan perakaunan dia x ada tulis untung bersih tapi ada tulis hasil dan belanja,jika membayar gaji pekerja nak tambah belanja atau tolak belanja?

  113. Stella Lai,

    Ikut buku teks –> (+) di lajur BELANJA

  114. Cikgu,buku teks baru muka surat berapa?saya x dapat cari

  115. Buku teks pg66
    Akaun belum terima:olleary 1300

    Olleary membayar cek rm1200 utk menjelaskan kesemua hutangnya.

    Kadar bayaran rm 150 dibayar dgn cek

    Terima komisen jualan rm400 dengan cek

    Nak macam mana letak?

  116. Qiqi,

    Cuba jawab dulu.. kemudian Cg semak dan betulkan..

  117. Dah cuba tetapi tak tau buat

  118. Qiqi,

    Maksudnya.. kemahiran asaspun xda.. maka sila jumpa guru sekolah –> untuk tunjukajar satu persatu.

  119. cikgu, bagaimana mengisi “membayaar hutang pernigaan RMx kepada pemiutang dengan cek.” dalam persamaan perakaunan?

  120. Elizabeth,

    Bank (-)… ABB (-)

  121. Apakah maklumat berguna yang sedia ada daripada tiga item (aset, liabiliti dan ekuiti) ini tetapi tidak ditunjukkan secara langsung di dalam persamaan perakaunan

  122. Nessa,

    Maklumat sedia ada daripada PKK atau dalam bentuk senarai ID. Dimasukkan sebagai Baki awal dalam jadual persamaan bagi setiap item tersebut.

  123. Cikgu,sewa diterima,dividen diterima,komisen diterima,faedah atas simpanan,hutang lapuk terpulih ialah hasil operasi atau hasil bukan operasi?

  124. Stella lai,

    Pada pandangan saya,
    Jangan samakan Hasil Kendalian (BT lama) dengan Hasil Operasi (BT baru).
    HO – dijana daripada aktiviti harian perniagaan / berkaitan secara langsung. : sewa, komisen, faedah
    HBO – dijana daripada aktiviti tidak langsung. : HLT

  125. assalamualaikum cikgu, saya nak bertanya adakah silibus tingkatan 4 2017 bertukar kepada silibus baru. adakah silibus baru ada dimasukkan pengiraan gst?

  126. Tasha, waalaikumussalam.

    Ya, tingkatan 4 sekarang menggunakan DSKP. Tiada dinyatakan tentang pengiraan GST.

  127. Cikgu, Selamat Petang.
    Tolong minta penjelasan tentang Bab 2.

    1.Kalau soalan suruh sediakan Kunci Kira-kira TANPA menyatakan kaedah mana. Boleh tak saya buat Bentuk Penyata?
    2. Dalam soalan sekiranya tiada item Untung Bersih, boleh tak saya masukkan semua hasil dan belanja dalam ruangan Modal.

    Minta pandangan Cikgu.

    Terima Kasih.

  128. Syarifah,

    1. Format pelaporan tidak menjadi masalah.. sama ada bentuk T @ Penyata.. untuk jawab peperiksaan saya cadangkan sediakan dalam bentuk PENYATA kerana ada Modal Kerja.

    2. Untung Bersih.. biasanya tidak diberikan… kerana ianya bukan baki daripada akaun dalam lejar.. maka tiada dalam ID. Maka perlu kira @ sediakan Ak Untung Rugi untuk mendapatkan UB. Menyenaraikan semua item hasil dan belanja dalam PKK adalah tidak sesuai.

  129. Selamat petang cikgu. Saya sangat lemah dalam prinsip perakaunan. Mohon penjelasan untuk soalan ini. Bolehkah sekiranya saya menulis format akaun untung rugi dengan belanja di sebelah kanan dan pendapatan di sebelah kiri?adakah format ini diterima sekiranya saya menulisnya semasa peperiksaan?ini disebabkan saya sering gagal untuk mengingat format yang betul.

    Minta penjelasan daripada cikgu. Terima kasih.

  130. Fiza,

    Format mesti TEPAT… sama ada guna format penyata @ bentuk T.
    Kedudukannya adalah mengikut asas catatan bergu.
    Debit –> Belanja & Aset
    Kredit –> Hasil, Luabiliti & Ekuiti.

  131. Sewa terakru (Aset atau liabiliti cg

  132. Izzat,

    Pertama –> kenal pasti.. SEWA tersebut HASIL @ BELANJA –> baru boleh kita kenal pasti ianya AS @ LS

    Sewa diterima terakru –> AS
    Sewa dibayar terakru –> LS

  133. assalamualaikum cg,

    saya nk tnya, kalau die ckp

    “sekeping cek drpd ABT brnilai RM410 tidak dilyn oleh bank” ?

  134. nk taruk dlm columm mna ?

  135. Zuri

    ABT (+)
    Bank (-)

  136. Assalamualaikum,
    Bayar belanja membaiki kenderaan 450 dgn cek.

    Akaun yg terlibat,blnja mmbaiki dan bank kan?ke ade kne mngena dgn akaun kenderaan?

  137. Husna, waalaikumussalam.

    Ya betul…. dan kenderaan tidak terlibat.

  138. soalannya:
    1.pemilik membeli mesin daftar tunai rm400
    untuk perniagaan dng menggunakan wang
    peribadinya
    2.seorang penghutang disahkan muflis dan
    baki hutangnya rm136 dihapuskira sebagai
    hutang lapuk

    cikgu klau ia tanya macam ni nk letak columm mana

  139. Nadzir,

    Cuba nyatakan 2 akaun yang terlibat bagi setiap urusniaga tersebut.. kemudian baru boleh kita tentukan lajur mana yang terlibat.

  140. Ambilan dalam prsamaan perakaunan debit atau kredit ?

  141. Iqbal,

    Ambilan berbaki debit.

  142. bayaran yuran pengajian anak pengarah. rekod macamana ya?

  143. Nurhuda,

    Tujuan soalan terarah kepada AMBILAN… tetapi penyataan yang digunakan tidak tepat kerana pengarah tidak semestinya pemilik.

  144. Salam cikgu, bagaimana pemarkahan persamaan perakaunan? markah akan diberi untuk butiran atau baki h/b jika soalan itu tidak meminta untuk membuat KKK

  145. Lin,

    Butiran dan juga Baki akhir.

  146. assalamualaikum..cg apa persamaan penyata kewangan akaun perdagangan dan penyata kedudukan kewangan dan persamaanya jgk..saya konfiuss sikit

  147. Nursyahira, waalaikumussalam.

    Cuba fahami struktur Penyata Kewangan terlebih dahulu serta kaitan dengan klasifikasi akaun (A,L,E,H & B).

    Penyata Kewangan:
    1. Ak Perdagangan & UR (dikenali juga sebagai Penyata Pendapatan)
    2. Penyata Kedudukan Kewangan

    H & B –> Ak P & UR –> Utg Bersih–> Ekuiti
    A, L & E –> PKK

    Cuba kaji.. hubungan tersebut.

  148. pelaburan tambahan oleh pemilik
    Ialah aset atau ekuiti pemilik

  149. Goh,

    Pelaburan –> Aset

    Jika pemilik buat pelaburan tambahan perniagaan dengan wang peribadi..
    Pelaburan -> Aset (+) & Modal (+)

  150. Cikgu, cuba tanya sewa prabayar adalah aset semasa, betul?

  151. Swee kung,

    Ya. Betul.

  152. cikgu saya nak tanya soalan buku teks tingkatan 4 mpei m/s66

    MJ Berhad membayar tunai RM 2000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM2100

  153. Norhidayah,

    ABB –> (-)2100
    Tunai –> (-)2000
    Beza = 100 –> Diskaun diterima –> Hasil –> (+)UB

  154. cikgu kalau syarikat Mei mempamerkan Penyata Kedudukan Kewangan

    selepas itu syarikat Super Daily membayar tunai RM3000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM 3200

    penyata kedudukan kewangan sayrikat Mei:
    ABT-RM4150
    tunai-150
    ABB-4450

  155. Norhidayah,

    ABT (-)3200
    Tunai (+)3000
    Diskaun diberi –> UB (-)200

  156. Cikgu, bagaimana hendak membezakan hasil/belanja operasi dan bukan operasi antara perniagaan yang berorientasikan barang dan perkhidmatan?

  157. Good morning… Dividen ialah hasil operasi atau bukan operasi?? Saya rasa ia bukan operasi tapi dalam buku teks ianya hasil operasi….

  158. Cikgu,

    Cuba tanya mengapakah faedah atas simpanan tetap adalah hasil operasi? Fixed deposit tidak sangkut dengan activiti harian kan?

    Cuba tanya, sekarang tidak ada kunci kira-kira. So, macam mana kita tahu bila buat bentuk T, bila buat bentuk lajur?

    Terima kasih.

  159. James,
    Secara mudah.. OPERASI – hasil/belanja tersebut dalam kawalan kita. Manakala BUKAN OPERASI – diluar kawalan kita.

    Henamaya,
    Dividen ada 2 situasi.. 1. Dividen yang telah ditetapkan kadar dividen.. dan perniagaan menjadikannya salah satu sumber hasil… seperti Dividen koperasi. –> HASIL OPERASI
    2. Dividen daripada pelaburan yang belum tentu kadar % nya bergantung kepada untung/rugi syarikat tersebut ataupun pasaran saham –> BUKAN OPERASI.

    SweeKung,
    1. Faedah simpanan tetap – kadar faedah sudah ditetapkan awal.. bergantung kepada kita nak simpan untuk tempoh 3 bln, 6 bln, 1 thn… dengan kadar yang telah ditetapkan.–> OPERASI.
    2. KKK masih ada.. cuma namanya ditukarkan kepada Penyata Kedudukan Kewangan… dari segi format T @ penyata tetap sama.

  160. cg,apakah klasiikasi antara hasil operasi,hasil bukan operasi,belanja operasi dan belanja bukan operasi?

  161. Assalam cikgu
    Utk soalan persamaan perakaunan
    Diberi penyata kedudukan kewangan

    Perniagaan abc
    Penyata kedudukan kewangan pada 30 jun 2017

    Diberi nilai nilai aset..liabiliti..dan modal

    Berikut merupakan urusniaga sepanjang bulan jun 2017
    Cth..membeli barang niaga rm3000 secara tunai

    Soalan saya adakah penyata 30 jun 2017 tu merujuk baki awal dlm kotak persamaan atau baki akhir…

    Sebab setahu saya semua yg diberi adalah baki awal…cuma sbb tarikh 30 jun saya confius..kalu dia bagi tarikh 31 mei 2017 tahu baki awal

  162. Hanna, waalaikumussalam.

    Soalan daripada mana? Apa kehendak soalan ?
    Jika berdasarkan TARIKH yang diberi.. ianya merujuk baki akhir selepas urus niaga tersebut..
    Adakah soalan minta sediakan PKK pada 31 Mei 2017 ?
    Jika diminta sediakan PKK 30 Jun 2017 –> maksudnya ada kesilapan pada tarikh tersebut.

  163. Salam…cg..ada x jawapan lengkap UTK buku teks pp tingkatan 4?

  164. Norzia,

    Maaf, tiada jawapan lengkap disediakan oleh penerbit buku teks.
    # Cuba rujuk rakan guru prinsip perakaunan di kawasan masing2.
    # Tidak sesuai untuk dedahkan jawapan disini.

  165. merujuk buku teks prinsip perakaunan tingkatan 4 m/s 54, soalan no 1, boleh terangkan macam mana nk buat?

    ni soalan:

    pada 30 april 2016, baki aset perniagaan zaleha adalah sebanyak rm12450. liabiliti rm7800. ambilan rm4000 dan mengalami rugi bersih rm1500. hitung baki modal pada tarikh ini

  166. Shaaa,

    Guna rumus persamaan perakaunan..
    Aset = Liabiliti + Modal – Ambilan – Rugi Bersih

  167. nak tanya apa kesan sekiranya tdk dibuat catatan kontra terhadap akaun

  168. apakah kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilik terhadap persamaan perakaunan

  169. Assalamualaikum cg , saya nak tanya kalau soalan macamni
    (membayar belanja am dengam tunai 180) lorong mana eh ?

  170. Hadah,
    1. Fahami dahulu maksud dan tujuan catatan kontra tersebut.. kemudian baru dapat tentukan kesan jika tidak buat catatan kontra.
    2. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat bagi setiap ambilan tersebut. —> jenal pasti apa yang akan berkurang.

    Faeah, waalaikumussalam.
    Hasil dan Belanja kesannya keatas Untung Bersih.

  171. “Membeli barang rm560 secara kredit”
    invetori (+) abb (+)
    betul ke cg ?

  172. Farah,

    Ya.. betul.

  173. Assalam cg klau dia kata tunai di bank dan dia bagi baki sebanyak 5100 so nnti dlm persamaan akaun saya nak msukkn dlm bank atau tunai?

  174. Siti, waalaikumussalam.

    Tunai di bank –> BANK

  175. Cg,

    Duti atas import hasil operasi atau belanja atas operasi

  176. Izzah,

    Duti import –> Belanja…. bukannya Hasil.

  177. Good evening
    Nak tanya
    Mengapakah sesuatu aset bukan semasa boleh dikategorikan sebagai aset semasa?

  178. Lagi satu
    Kalau sesuatu cek daripada a/k belum terima tak laku.
    Ini perlu masukkan dlm jadual persamaan akaun ke ??

  179. One more
    How to differentiate perniagaan berorientasikan brg &
    Perniagaan berorientasikan perkhitmatan..

  180. Tharsini,

    1. Cuba bandingkan Perabot bagi kedai runcit… dan perabot bagi kedai perabot.
    2. Cek tak laku –> masuk persamaan.
    3. Cuba bandingkan kedai runcit dan klinik.

  181. Cikgu,

    cuba tanya soalan ini,

    membayar hutang kepada Pembekal Buku Suria RM6800 dengan cek dan menerima diskaun RM200.

    Jawapan ialah Aset berkurang RM6800, Liabiliti berkurang RM7000, Hasil Bertambah RM200

    betul?

    terima kasih.

  182. Sherine,

    Ya.. betul

  183. Cikgu,

    cuba tanya kalau soalan bagi overdraf bank, kita mesti letak overdraft bank di sebelah liabiliti dalam jadual persamaan perakaunan dan dalam bentuk “+”?

    so kalau membayar sewa dengan cek RM1000, kita perlu “+ RM1000”, betul? sebab kita masih owe bank. betul?

    terima kasih.

  184. Sherine,

    Bank –> Masuk bawah ASET
    Jika OVERDRAF… nilai -ve.

  185. Cikgu,

    maksudnya kalau overdraf bank, saya masih masuk bawah aset dengan nilai -ve, other transaction still do the same way, betul>?

    terima kasih.

  186. Sherine,

    Ya.. betul.
    Tidak wujud “Ak Overdraf Bank”.
    Overdaraf maksudnya “Ak Bank” berbaki kredit @ nilai -ve.

  187. Cikgu,

    cuba tanya, “mengubah suai premis dengan tunai peribadi berjumlah RM27000”

    urus niaga ini ialah +RM27000 di bawah premis, mengapa?
    sebab ia berkos tinggi?

    terima kasih.

  188. Sheeine,

    Sebab kos tersebut akan menaikkan nilai premis tersebut..
    Cth:
    Beli premis 100,000
    Ubah suai 27,000
    Maka nilai premis tersebut 127,000… jika kita nak jual nanti mesti rujuk nilai kos tersebut.

    Berbeza dengan belanja membaiki premis –> baiki kerosakan premis sedia ada..tidak menaikkan nilai premis tersebut –> dikelaskan sebagai BELANJA.

  189. Cikgu,

    cuba tanya:

    (1) penerimaan wang daripada pelanggan – item ini ialah aset

    (2) komputer persendirian dibawa masuk untuk kegunaan pejabat – item ini ialah ekuiti pemilik

    betul?

    terima kasih.

  190. Cikgu,

    cuba tanya “menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai RM250”

    kesan urus niaga ialah:
    -inventori RM250, -Ak Belum Bayar RM250

    Betul?

  191. Cikgu,

    cuba tanya:

    Situasi A:
    tempoh matang pinjaman – 30/11/2021
    Tempoh perakaunan: 1/7/16 – 30/6/17

    Ini ialah LBS

    Situasi B:
    Tempoh matang pinjaman – 30/11/2017
    Tempoh perakaunan: 1/7/16 – 30/6/17

    ini ialah LS

    betul?

  192. Sherine,

    Ya.. betul.

  193. Adakah belanja kenderaan dianggap belanja?
    Apa perbezaan gaji dan upah?adakah keduanya belanja?
    Simpanan tetap merupakan aset semasa ker?
    Jika inventori akhir dinilaikan pada harga kos rm10,000 dan harga pasaran rm11,600.nilai yang mana satu patut digunakan dalam inventori akhir?

  194. Izzah,

    Ya
    Ya
    Ya
    Nilai yang terendah.

  195. Saya ada dapat soalan akaun tetapi bila saya kira semula bahagian aset nilai yang saya dapat dengan soalan berbeza?adakah ini bermaksud soalannya yang sala

  196. Izzah,

    Kadang2.. jawapan PKK untuk bentuk T… tetapi anda jawab bentuk penyata @ sebaliknya –> maka sudah tentu nilainya tidak sama.

  197. Tetapi cg soalan diberi dlm bentuk T imbangan duga

  198. Izzah,

    Cg kena lihat soalan lengkap dan jawapan anda… baru boleh komen dimana silapnya… jawapan daripada soalan @ jawapan anda.

  199. Cg blh x berurusan melalui Whatsapp .senang untuk saya menghantar gambar soalan

  200. Izzah,

    Cg sudah tambah kemudahaan untuk upload gambar bersama2 komen anda.

  201. ini soalannya cg.

  202. Izzah,

    Sila sediakan Penyata Pendapatan dan PKK… baru boleh tentukan betul atau tidak…. tidak boleh hanya kira jumlah aset begitu sahaja… mesti jawab ikut format yang betul.

  203. Saya sudah buat cg,Tp tidak seimbang

  204. Izzah,

    Sila semak semula:
    1. Kedudukan item dalam komponen yang betul.. termasuk item kontranya.
    2. Operasi + dan – adalah tepat.
    3. Semak nilai yang dipindahkan dari ID adalah tepat.

  205. Cikgu,

    cuba tanya:

    Soalan 1:
    (a) penerimaan wang daripada pelangan –
    item ini ialah aset

    (b) komputer persendirian dibawa masuk untuk kegunaan pejabat – item ini ialah ekuiti pemilik

    betul?

    Soalan 2:
    “menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai RM250”

    kesan urus niaga ialah:
    -inventori RM250, – ak belum bayar RM250

    betul?

    terima kasih.

  206. Sherine,

    Soalan 1 – betul
    Soalan 2 – betul

  207. cikgu,kalau discount,kena letak kat mana ye? bahgian untung bersih ke?

  208. cikgu,

    soalannya:
    bayar akaun belum bayar dengan cek RM5200 dan terima diskaun RM400 jadinya,

    bank=(5200)
    akaun belum bayar=?
    untung bersih=RM400

    betul ke cikgu?

  209. Reiko,

    1. Hasil (+) dan Belanja (-) –> Untung Bersih

    2. ABB (5600)

  210. cikgu,

    soalnnya;
    perniaga meminjam daripadabank sebanyak RM15000.wang tersebut dimasukkan dalam Akaun Bank Prniagaan,jadinya?

  211. Reiko,

    Apa jawapan reiko ?

  212. jawapan saya;

    bank=+15000
    pinjaman=+15000

  213. Reiko,

    Ya, betul

  214. Cg contoh untuk liabiliti bukan semasa selain pinjaman bank apa yer?

  215. Faedah dibayar dan komisen dibayar nk letak dimana?

  216. Izzah,

    1. LbS –> Gadai Janji
    2. “Dibayar” –> Belanja

  217. cikgu,
    3 buah alat penyaman udara bernilai RM7500 telah dibeli di kedai fat seacra kredit tetapi belum lgi dipasang di dalam premis

    jadinya
    RM7500 darab 3
    inventori betambah hasil nombor yg telah didarab
    ABB turut bertambah dengan hasil nombor yg telah didarab?

    betul ke cikgu?

  218. cikgu,

    kalau;bayar dgn cek untuk jelaskan hutang RM4450 dan terima diskaun RM150 jadinya,,

    bank;(4450)
    untung bersih;+150

    betul ke cikgu?

  219. Reiko,

    1. RM7500 –> utk 3 buah. Tidak perlu lagi X 3.
    Alat penyaman –> bukan barang niaga … Inventori tidak terlibat. –> ABS yang bertambah, ABB juga bertambah.

    2. ABB (4450).. UB +150… kira BANK ( ? )

  220. Cikgu,

    cuba tanya soalan minta kita hasilkan peta buih berganda seperti berikut dan bentangkan kerja anda di dalam kelas.

    antara penyata akaun dan penyata bank

    apa soalan minta?

    terima kasih.

  221. Sherine,

    Kenal pasti persamaan dan perbezaan antara Penyata Bank dan Ak Bank.. kemudian sediakan dalam bentuk peta pemikiran buih berganda.

    Rujuk nota dan contoh dibawah :

  222. Cikgu,

    Cuba tanya kalau soalan tanya
    “Penerimaan wang daripada pelanggan” sama ada aset atau hasil.
    Bolehtak jawab hasil?sebab hasil maksud wang yang diterima. Kan?

    Terima kasih

  223. Swee Kung,

    Jika Hasil –> mesti jelas hasil apa.. hasil jualan… hasil sewa.. hasil komisen .. dan sebagainya.

  224. Deposit Telefon Ialah hasil atau aset semasa?

  225. Goh,

    Aset Semasa

  226. Cikgu,apa maksud premis?

  227. Alia,

    Secara mudahnya –> ruang kedai perniagaan..

  228. Cikgu kalau soalan persamaan perakaunan

    Membayar gaji pekerja 1600 dengan cek

    Nak buat cam ne ye?

  229. Zaza,

    1. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat.
    2. Kenalpasti ianya bertambah @ berkurang.
    3. Bagi item Aset, Liabiliti & Ekuiti –> boleh terus +/- diakaun tersebut.
    4. Bagi akaun HASIL –> (+) UB, BELANJA –> (-) UB

  230. Cikgu,

    Soalannya:
    Pemilik membawa masuk tunai rm10,000 sebagai modal tambahan perniagaan.

    Klu sya buat- tunai (-10,000)
    Modal (+ 10,000)

    Betul ke?

  231. Annisa,

    Bila bawa masuk tunai –> TUNAI +10000
    MODAL + 10000

    Tunai pemilik yang berkurang .. tapi tunai perniagaan bertambah…kita rekod untuk perniagaan.

  232. cikgu jika pemilik memasukkan tunai ke dalam bank sebanyak rm6000 sebagai modal tambahan jadi dalam jadual kita kena tulis +rm6000 dekat bank dan modal ke cikgu?

  233. cikgu gaji belum bayar nak letak kat aset atau ekuiti+liabiliti kat dalam jadual persamaan perakaunan

  234. Harith,

    1. Ya betul
    2. Gaji belum bayar –> Liabiliti Semasa

  235. assalamualaikum.. cg , kalau pulangan belian letak dlm akaun mana ya ?

  236. Waalaikumussalam.

    Inventori (-)
    ABB (-)

  237. Assalam cikgu

    macam mana nak cari modal dalam persamaan perakaunan?

  238. Atiqah, waalaikumussalam.

    Ekuiti Pemilik = Aset – Liabiliti

  239. Cikgu
    Kalau soalan dia macam ni sekeping cek daripada akaun belum terima bernilai 410 tidak dilayan oleh Bank
    Camna tuu ?

  240. Ainnizam,

    Cek tak layan:
    ABT (+)
    Bank (-)

  241. cikgu
    kalau pekerja buat pinjaman dari syarikat, pinjaman tu nak masuk mana ye?

  242. cikgu.
    mcm mana nak buat penyata penyesuaian bank?

  243. Aina,

    1. Pinjaman pekerja –> Aset
    2. Penyata Penyesuaian Bank –> rujuk formatnya dalam buku teks T5 Modul 3.

  244. Cikgu,

    Cuba tanya macam mana bezakan perabot, alatan pejabat, lengkapan dan lekapan?

    boleh tak juga beri contoh?

    terima kasih

  245. Sherine,

    Perabot –> Kerusi, Meja, Almari dll.
    Lengkapan –> Perabot, Rak dll
    # hampir sama, cuma lengkapan skopnya lebih luas berbanding perabot.
    Lekapan –> Kipas, Lampu, Penghawa Dingin dll.
    Alatan pejabat –> Komputer, Mesin Fax, Mesin Fotostat.

  246. Salam cg, saya nk tnye, Kelengkapan Kedai kategori apa ya.. Aset bukan semasa / Belanja?

  247. Omey,

    ABS

  248. cikgu,
    kalau belanja penyelenggaraan bangunan
    RM 134 600 termasuk mengubah suai bangunan RM 85000…
    Kesannya adalah
    1. Belanja penyelenggaraan kenderaan RM134600 – RM85000= RM49600
    2. Bangunan = + 85 000
    Betul ke ?

  249. Omey,

    Ya betul..

  250. salam sejahtera cikgu, minta penjelasan ttg soalan dibawah:

    a)adakah setiap urusniaga melibatkan ambilan perlu letaktanda kurungan atau hanya letak tanda kurungan pada bhgn jumlah sahaja?

    b)soalan mengkehendaki kita melakukan persamaan perakaunan bg bln apr 2017 dan pkk pd 31 mac 2017 disediakan. persoalannya nilai modal yg mana satu perlu diambil apabila melakuakn persamaan perakaunan bg bln apr 2017.nilai modalakhir pada 31 mac 2017 atau nilai modal awal yg tdpt dlmpkk pada 31 mac 2017??

    terima kasih cikgu

  251. Ricky,

    a. Ada 2 situasi:
    # Jika TIADA lajur Ambilan –> dalam lajur MODAL : ambilan –> ( )
    # Jika ADA lajur Ambilan –> dalam lajur AMBILAN : ambilan +ve –> dalam PKK nanti (-)

    b. Persamaan kita buat hanya untuk sebulan sahaja.. BUKANNYA untuk TEMPOH PERAKAUNAN baru –> pada 1 April –> masukkan Modal, Ambilan dan Untung Bersih (jika ada).

  252. Selamat pagi,

    Sekiranya Belian = belanja
    Jualan = Hasil

    Bagaimana pula dengan Pulangan Belian dan Pulangan belian? Adakah pulangan belian = hasil & Pulangan Jualan =belanja?

    Thank you.

  253. Letchumanan,

    Dikenali sebagai kontra.
    Pulangan jualan –> pengurangan Hasil
    Pulangan belian –> pengurangan Belanja

  254. salam cikgu,saya tak faham apa tu tarikh matang pinjaman ….saya tak tau macam mana bezakan liabilti semasa dan liabiliti bukan semasa….

  255. cikgu,kenapa penyata kedudukan kewangan tu ,dalam column aset bukan semasa dan aset semasa, ada contoh yang bagi dua baris RM dan ada cth yang bagi satu shj?

  256. cikgu, kalau soalan hanya tulis menjual 10% dps inventori kpd Lam Trading dgn hargaRM 18000, nak rekod dalam akaun belum terima atau tunai?

  257. cikgu , jika akaun belum terima dah dijelaskan semua ,baki akhirnya tulis 0 atau –

  258. Huiyi,

    1. Tempoh matang pinjaman –> tempoh pinjaman habis dibayar.
    LS –> 1 tahun @ kurang
    LBS –> lebih 1 tahun

    2. Itu hanya format pelaporan –> bergantung kepada item2 yang ada… cuba fahami cara penggunaan lajur tersebut.

    3. Itu maksudnya jual secara kredit –> ABT, Inventori & UB

    4. Tiada baki –> hanya jumlahkan kedua2 belah.

  259. salam cikgu,saya tak faham apa tu angkutan masuk?

  260. cikgu,bagaimana rekod dlm jadual aset,ekuiti ,liabiliti jika saya memulangkan barang niaga berharga RM 100,betulke kurangkan inventori dan akaun belum bayar?

  261. Zurah,

    1. Bayar tambang / kos penggankutan untuk bawa barang niaga dari kedai pembekal ke kedai peniaga (kita)
    2. Ya..Betul

  262. terima kasih cikgu

  263. cikgu,saya tak faham buku teks halaman 45..liabiliti bukan semasa dikategorikan sbg liabiliti semasa?bolehkah cikgu terangkan dgn jelas terima kasih cikgu

  264. Chanfatt,

    LBS –> perlu dijelaskan lebih 1 tahun
    LS –> perlu dijelaskan kurang 1 tahun
    Katakan Pinjaman RM50000 utk tempoh 5 tahun.
    Maka 10000 –> perlu dijelaskan 1 tahun pertama. –> LS
    Manakala 40000 –> LBS

  265. Cikgu saya masih tk faham mcmana nk bezalan belanja dan hasil . Deti dan kredit . Mcm mne nk bezakan cikgu

  266. Fathin,

    Belanja –> kita keluarkan wang untuk BAYAR.. cth: bayar Sewa dibayar, Kadar bayaran, Gaji.. dll.
    Hasil –> kita TERIMA wang.. cth: komisen diterima, Sewa diterima.. dll

    Debit –> Aset & Belanja
    Kredit –> Liabiliti, Ekuiti & Hasil.

  267. Cikgu,

    Cuba tanya sewa diterima dan hutang lapuk terpulih ialah hasil bukan operasi. Betul tak? Terima kasih

  268. Swee Kung,

    Sewa diterima –> hasil operasi
    HLT –> hasil bukan operasi

  269. Cikgu,kadar bayaran prabayar dan belum bayar mana satu kredit dan debit

  270. Alif,

    Hasil belum terperoleh –> LS –> Kt
    Hasil belum terima –> AS –> Dt
    Belanja belum bayar –> LS –> Kt
    Belanja prabayar –> AS –> Dt

  271. salam cikgu,

    mohon penerangan lebih lanjut tentang belanja/hasil operasi dan bukan operasi.

    terima kasih

  272. Atiqah,

    Secara ringkas..
    Hasil/Belanja operasi –> merujuk operasi biasa sesebuah perniagaan dan hasil/belanja tersebut dalam nilai dalam kawalan peniaga.

    Hasil operasi –> jualan, sewa diterima, komisen diterima.
    Hasil bukan operasi –> untung pelupusan, hutang lapuk terpulih.

    Belanja operasi –> belian, sewa dibayar, gaji
    Belanja bukan operasi –> hutang lapuk, rugi pelupusan

  273. Salam cikgu,

    urus niaga dlm soalan persamaan perakaunan:

    En Ali telah mengeluarkan barang niaga bernilai RM300. ¾ dihantar ke rumah anaknya. Bakinya disumbangkan kpd mangsa bencana

    kesan
    Inventori (-300)
    Ambilan (-225)
    Untung (-75)

    apa yg saya fhm knp untung berkurang 75 adalah kerana sumbangan kpd mangsa bencana dianggap belanja perniagaan. kira mcm CSR la.

    tapi apa yg buat saya ragu2 adalah En Ali sbg pemilik bole jugak buat sumbangan atas nama beliau sendiri.

    soalan tak cakap sumbangan atas nama perniagaan atau pemilik.

    mohon pencerahan dari cikgu.

    terima kasih

  274. Atiqah,

    Ya. Betul.
    Berdasarkan penyataan tersebut jelas 3/4 –> kegunaan peribadi (Ambilan)
    1/4 –> didermakan atas nama perniagaan (belanja)

  275. Assalamualaikum cgnarzuki,

    Mohon semak jawapan dan jalan kira saya

    Soalan buku teks m/s 54

    1. Modal : Aset – Liabiliti
    : 280,500 + 57,930 + 2,400 + 1,250 – 800 – 8,900
    : RM 332, 380

    2. Modal : Aset – Liabiliti + Ambilan + Rugi bersih
    : 12,450 – 7,800 + 400 + 1,500
    : RM 6,550

    Kalau saya jawab macam nh dlm peperiksaan sebenar bole ke cg?

    Terima kasih cg.

  276. Iera, waalaikumussalam.

    Rumus sudah betul.
    Boleh jawab dalam peperiksaan sebenar.
    1. Tulis rumus
    2. Ganti nilai2
    3. Jawapan akhir.

  277. salam cg,

    merujuk post cg pada mar 28.

    apabila ambilan mempunyai lajur sendiri dlm persamaan perakaunan, ambilan adalah (+ve).

    dalam buku teks T4 m/s 53 juga letakkan ambilan dlm nilai (+ve).

    saya mohon lagi kepastian kerana apabila saya buat soalan peperiksaan percubaan lepas apabila melibatkan ambilan.

    kesan dlm urusniaga itu sendiri nilai ambilan adalah (-ve). manakala pada hujung bulan ataupun nilai jumlah persamaan perakaunan baru diletakkan ambilan dlm nilai (+ve).

    adakah cara jawab seperti peperiksaan thn lepas masih boleh digunapakai utk thn ini?

    mohon pencerahan dari cg

    terima kasih

  278. Atiqah,

    Konsep Ambilan –> ianya berbaki DEBIT.. sama dengan kedudukan Aset… dan Ak Ambilan sentiasa BERTAMBAH.. tidak wujud Ambilan BERKURANG… cuma bila penyediaan PKK… Ambilan kita kelompokkan dalam komponen Ekuiti Pemilik –> Modal (-) Ambilan

    Manakala jika tiada lajur Ambilan –> maka kita terus (-) di Modal.. kerana ianya mengurangkan Modal.

  279. salam cg,

    merujuk soalan percubaan 2017 perlis no 6(a).

    iii. Menjual alatan pejabat lama yang mempunyai nilai buku RM1 500 dengan
    harga RM850.

    skema jwpn:
    alatan pejabat -1500
    bank +850
    untung bersih -650

    mengikut kefahaman saya,abt yg bertambah +850 bukan bank sbb soalan tidak sebut cek atau bank.

    bole cikgu bagi pencerahan ttg urusniaga ini.

    terima kasih

  280. Atiqah,

    Tidak dinyatakan secara KREDIT –> maka ABB tidak terlibat.
    Sebaliknya dikira sebagai urusniaga TUNAI.

  281. Cikgu kalau cthnya Ali menjalankan perniagaan yg menawarkan servis penghantaran (seperti PosLaju &Gdex) setiap kali dia terima tunai dari pelanggan kerana memberi perkhidmatan, jadi catatan bergunya debit tunai kredit jualan ke? Satu lagi kalau Ali beli gas untuk van penghantaran jadi gas diklasifikasi sebagai belanja ke? 3. Kalau setiap kali dia bayar sesuatu tapi soalan tak nyatakan sama ada bayar secara tunai atau cek, kita anggap dia bayar secara tunai kan?

  282. Wani,

    1. Jika perniagaan jenis perkhidmatan… “jualan” tidak sesuai digunakan.. biasanya guna “Hasil Perkhidmatan”.
    Dt Tunai
    Kt Hasil Perkhidmatan

    2. Ya.. belanja.

    3. Kita anggap cek.. kerana amalan biasa perniagaan setiap bayaran menggunakan cek.

  283. salam cikgu,cuba tanya jika bayar gaji dengan cek,kenapa dt gaji(belanja) dan kredit bank ? dt belanja bukan maksud belanja bertambah ?

  284. amanda,
    debit gaji maksud belanja gaji bertambah,kredit bank maksud aset berkurang

  285. terima kasih cyc,tapi bayar gaji bukan belanja berkurang ke?

  286. Amanda,
    Bayar gaji = belanja bertambah

  287. Cikgu mana satu yang betul membayar ABB dngn cek 2750 dan trima diskaun 230
    :-tolak bank 2520,tmbah untng brsih 230,tolak ABB 2750
    ATAU
    :-tolak bank 2520,tmbh untung brsih 230,tolak ABB 2980
    Mohan penerangan… Trima kasih ckgu

  288. Holahup,
    Bank – 2750,untung bersih + 230,ABB – 2980

  289. Salam,cikgu ada tak nota untk akaun tingkatan 4 yg baru punya.kalau ada tlong kongsi

  290. Loli,

    Nota yang lengkap ialah Buku Teks.

  291. Assalammualaikum cg…
    Kerts 4 mcmmane soalan die??
    Mcm kerts 2 ke?..

  292. Waalaikumussalam.
    Kertas 4 – Projek Mini
    3 Soalan –> jawab menggunakan komputer sepenuhnya.

    Kemungkinan besar seperti Soalan kertas 2 tetapi diubahsuai sedikit seperti soalan tugasan kerja kursus.

  293. Trima kasih cg..

  294. Assalamualaikum cikgu..
    1)Adakah belanja penyelenggaraan premis perlu dimasukkan ke dalam akaun untung rugi?
    2)cikgu.. tunai dan bank yg hendak direkodkan ke dalam pkk perlu ada di belah kt atau dt ?

  295. Waalaikumussalam.

    1. Ya
    2. Rujuk baki akhir Buku Tunai… @ kedudukan dalam ID : Tunai (mesti Dt Aset) manakala Bank Dt (Aset) @ Kt (Liabiliti)

  296. Salam cikgu. Apa beza akaun peruntukan hutang ragu dengan akaun hutang ragu? Kalau ade belanja hutang lapuk kena letak dalam akaun PHR ke

  297. PHR –> item kontra kepada ABT dalam PKK
    ABT (-) PHR

    Manakala Hutang Ragu adalah perbezaan antara PHR akhir (yang baru kira) dengan PHR awal (baki dalam ID). Dimana dahulunya dikenali sebagai Pertambahan/Pengurangan PHR

    Untuk sukatan SPM… Hutang Lapuk tidak masuk dalam Ak PHR.
    # sistem perekodan HL ada 2.. iaitu diselaraskan kepada ABT (SPM)… dan diselaraskan kepada PHR

  298. Assamualaikum,
    Soalan dlm persammaan perakaunan
    Terima cek RM1710 drpd pelanggan Dan diskaun tunai diberi RM90

    Macamane nk selesaikan?

  299. Irdiinaa, waalaikumussalam.

    Tips : jika ada 2 nilai dalam soalan –> mesti 3 akaun terlibat.
    Bank (+) 1710 ABT (-) (1710+90) UB (-)90

  300. Bayar belanja membaiki kenderaan RM650 dengan tunai.

    Tolong saya cikgu.

  301. Arinah,

    Apa masalahnya ?
    Kenalpasti 2 akaun yang terlibat terlebih dahulu..

  302. salam sejahtera cikgu, soalan menyatakan perniagaan menerima sekeping cek bernilai RM8700 daripada pelanggan untuk menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM9300..maka kesan urusniaga diatas terhadap ekuiti pemilik ialah ekuiti pemilik (u.bersih) berkurang sebanyak RM600..am i right? thanks..

  303. Ricky,

    Ya.. betul

  304. Salam cikgu. Sy spm student thn ni. Kalau i dah buat dan hantar projek acc, tapi tak hadir utk kertas 1&2 p.akaun spm, slip keputusan spm takkan wujud subjek akaun dan markahnya atau akan ditulis G sebab ada markah projek shj?

  305. Shelly,

    Jika tidak hadir –> dikira TIDAK HADIR.. walaupun ada markah kerja kursus.

  306. Akan ditulis TH dlm slip SPM?

  307. Shelly,

    Dalam slip –> dia tulis “X”
    Dalam sijil sebenar nanti -> Takda.

  308. Sijil sebenar tu apa? Sijil keputusan SPM?

  309. Shelly,

    Pada bulan Mac nanti hanya dikeluarkan Slip Keputusan Peperiksaan SPM shj.
    Manakala Sijil SPM sebenar akan dikeluarkan biasanya pada bulan Disember / Januari nanti.

  310. membuat pinjaman rm50000 pada kadar faedah 12 peratus. Akaun ape yang terlibat?
    Adakah merekod penerimaan yuran daripada pelanggan melibatkan urusniaga? Akaun tunai dan hasil?

  311. Iesya,

    1. Bank (+)…Pinjaman (+)
    2. Tunai/Bank (+) … Hasil/UB (+)

  312. cikgu
    Faedah simpanan ialah hasil operasi atau hasil bukan operasi?

  313. Yap,

    Hasil Operasi.

  314. cikgu bagaimana untuk mengelaskan dividen diterima dengan dividen pelaburan?

  315. Yap,

    Dividen simpanan tetap… kita telah ketahui kadar dividen yang bakal diterima –> Hasil Operasi

    Dividen pelaburan –> kadar dividen tidak tentu… mungkin dapat… mungkin tidak

  316. Cikgu,dividen pelaburan apakah dikelaskan dengan hasil bukan operasi?

  317. Yap,

    Ya… diluar kawalan kita.. belum tentu pelaburan tersebut menguntungkan @ tidak.
    Sama juga seperti pelupusan ABS.. belum tentu dapat untung @ rugi daripada pelupusan tersebut..

  318. asslamualaikum cg,
    saya nak tnya maklumat tmbahan:
    Kalau pemilik tu dia membaiki premis guna simpan peribadi dia , membaiki premis (+) dan modal (+)sama kah?

  319. Tyrah,

    Membaiki premis –> Belanja –> UB(-) Modal(+)

  320. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Almari boleh masuk dalam akaun lengkapan dan lekapan?

  321. Fatimah,

    Boleh.

  322. Selamat tengahari cikgu.
    Apakah akaun kontra bagi Akaun Perdagangan dan akaun kontra bagi Penyata Kedudukan Kewangan?

  323. Lagi satu soalan, cikgu.
    Sekiranya soalan adalah “Dokumen yang digunakan apabila penjual terkurang cah atas jualan tersebut”, apakah jawapannya?
    Saya letak jawapan Nota Debit tetapi telah dipangkah oleh cikgu saya.

  324. Saezen,

    1. Cari dalam format kedua2nya item yang DITOLAK.
    2. NOTA DEBIT.

  325. Cikgu,

    1. Maaf, saya tak faham.
    2. Maksudnya saya menjawab dengan betul? Terima kasih cikgu

  326. Saezan,

    1. Cari item yg ditolak.. cth: Pulangan jualan.
    2. Ya dah betul.

  327. Okay, terima kasih cikgu. Cikgu telah banyak membantu.

  328. 1)cg kalau jual barang niaga secara kredit RM3500 pada harga RM4200 ?

    2) terima cek drpda akaun belum terima sebanyak RM2500 dan beri diskaun RM150 ?

    harap direspon **

  329. cikgu kalau nk kira modal untuk letak kat persamaan perakaunan kena kira termasuk yang maklumat tambahan ke tak cikgu ?

  330. Persamaan Perakaunan:

    1. Inventori (-)3500, ABT (+)4200, UB (+)700
    2. Bank (+)2500, UB (-)150, ABT (-)2650

    Modal Awal –> hanya rujuk Aset awal – Liabiliti awal

  331. Cg kalau nak kira modal macamana? Soalan 1 ms 54

  332. Safiyyah,

    Guna persamaan perakaunan..
    Aset – Liabiliti = modal – ambilan – rugi bersih
    # tukar tajuk rumus :
    Modal = ……..

  333. Cikgu kalau pemilik membawa masuk komputer peribadi bernilai 2300 untuk kegunaan peribadi …..kena letak dalam item mana

  334. Khairul,

    Cuba semak balik soalan… ada yang tidak betul dengan soalan tersebut.

  335. Assalamualaikum cikgu, macammana nak cari modal bagi soalan m/s 66 soalan 7 .. Saya dah Cuba tapi takdapat jawapan
    Maaf cikgu salah gmbr

  336. Syira,

    Formula asas cari modal awal..
    Modal = Aset – Liabiliti

  337. Terima kasih cikgu, Btw jawapan dalam buku teks untuk soalan no 7 salah.. Sebab itu saya takjumpa jawapan?

  338. Salam cikgu,soalan yg mcm ni ape persamaan perakaunan ya:

    1.bekalan pejabat yang tidak digunakan bernilai RM 1100

  339. Salam cikgu nk tanya ape beza:

    1.account payable dgn notes payable dlm liability

    2.account payable dgn notes payable dlm asset

  340. Nabihah,

    1. Inventori bekalan pejabat (Aset) (+)
    Belanja bekalan (UB) (-)

    2. account payable dgn notes payable TIADA dalam asset

  341. Cg kalau dlm liability ape beza account payable dgn notes payable ye?

  342. Maaaf cg yg dlm asset tu ialah account Receivable dgn notes Receivable, apa beza keduanya2 ia cg?

  343. Nabihah,

    Sila rujuk nota ABB & Nota BB dibawah..
    # ABT & Nota BT .. sebaliknya.

    ABB & NOTA BELUM BAYAR (KLIK)

  344. Terima kasih cikgu

  345. Cg belanja terakru di persamaan perakaunan ltk di liabiliti dibawah belanja terakru dan nak letak di bahagian mana lagi?

  346. Nabihah,

    Liabiliti –> belanja terakru
    UB –> belanja (-)

  347. Cg,
    Apakah kasifikasi bagi :
    Pelaburan oleh pemilik

    – adakah ini bermaksud pelaburan dibuat oleh pemilik ke dalam perniagaan sendiri?

  348. Chee,

    Penyataannya tidah jelas… pelaburan dalam perniagaan atau pelaburan peribadi pemilik.
    Cuma Cgu percaya maksud penulis buku tersebut merujuk kepada pemilik melabur dalam perniagaan sendiri… cuma penyataannya tidak jelas.

  349. terima kasih

  350. salam cg,

    barang niaga yang berharga 32.50 dipulangkan kerana rosak

    kesan:
    inventori +
    akaun belum bayar –

    betul ke macam ni?

  351. Anna,

    Siapa pulangkan kepada siapa ?
    Kita yang pulangkan kepada pembekal …. atau … pelanggan pulangkan kepada kita

  352. pelanggan pulangkan kepada kita

  353. Anna,

    Itu maksudnya pulangan jualan..
    Inventori (+)
    ABT (-)

  354. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam soalan persamaan perakaunan, buku teks lama guna tanda positif dan negatif, buku teks baru guna kurungan dan tanpa kurungan. Dalam peperiksaan SPM nanti, cikgu rasa kaedah mana lebih mudah utk pelajar fahami. Terima Kasih

  355. Fatimah,

    Kedua2 cara boleh digunakan… cuma guna tanda “( )”.. pelajar lebih jelas berbanding guna “+/-“.

  356. Menjual satu perlima daripada inventori secara kredit pada harga RM34800?

  357. Wawa,

    3 akaun terlibat:
    1. Inventori (-) …..
    2. ABT (+) …..
    3. Untung (+) ……

    # cuba cari nilai2nya..

  358. Macam mana nak cari gaji pekerja yang tidak dinyatakan?

  359. Wawa,

    Topik apa ?
    Rujuk maklumat yang diberi dalam soalan.

  360. assalamualaikum cikgu, nk tanya
    1. pemilik byr bil rumah guna tunai pej rm150
    Ambilan (+150) pastu nk letak kt column ape utk seimbangkan?

    2. ape je jenis urus niaga yg melibatkan column modal?

    tq cikgu

  361. Chizu, waalaikumussalam.

    Tunai berkurang…(-)150

  362. Assalamualaikum cg nk tnya

    1)pemilik memasukkan almari peribadi sebanyak rm 5200 ke dalam perniagaan dan rm1300 ke dalam akaun semasa di bank perniagaan
    2)separuh daripada inventori dijual secara kredit pada kai xin dengan harga rm1200
    3)membeli kenderaan bernilai rm 40000 dengan bayaran pendahuluan 20% dengan cek dan bakinya menerusi pinjaman bank
    4)pemilik menjual perabot peribadinya dengan tunai RM800. Separuh daripada wang tersebut dibawa masuk ke dalam perniagaan.

  363. Tcg tlg jwbb ape jepn nye

  364. Alieya, waalaikumussalam.

    Sila kemukakan jawapan anda… nanti Cg komen dan betulkan mana2 yang silap.

  365. Tq?..
    1.sekeping cek daripada akaun belum terima bernilai rm410 tidak dilayan oleh bank?

  366. Wawa,

    1. Cuba kenalpasti 2 akaun yang terlibat..
    2. Tentukan akaun2 tersebut bertambah @ berkurang

  367. Cg saya x fhm soalan ni

    Pemilik membayar bil elektrik kediamannya menggunakan tunai pejabat 150

  368. Ada brape kesan
    Bank k tunai berkurang
    Akaun blum byr + k

    Btul x jwpn

  369. Alieya,

    Jika melibatkan 1 nilai –> 2 akaun terlibat
    Jika ada 2 nilai –> 3 akaun yang terlibat.

    Ambil tunai –> TUNAI (-)150
    Kegunaan peribadi –> AMBILAN (+)150

  370. Terima kasih cg

  371. Boleh x cek jwpn cg

  372. 1)alatan pjbt +5000
    Overdraf bank +1600
    Modal +6600
    2)inventori -2650
    Akaun blum terima +3200
    Untung bersih -550
    3)kenderaan +30000
    Overdraf bank +6000
    Pinjaman +24000
    4)tunai -150
    Ambilan +150
    5)inventori +600
    Akaun blum byr +600
    6)tunai +500
    Akaun blum terima -470
    Untung bersih +30
    Cg tlg semak jwpn saya

  373. Alieya,

    2. UB (+)
    3. Bank (-)
    6. Bank (+).. UB (-).. ABT(-)

  374. Assalamualaikum Cikgu
    untuk calon pensendirian spm kertas 4 mana boleh dapatkan contoh contoh soalan untuk latihan ? Apakah persediaan yang paling wajar untuk calon kertas 4 ini.tq

  375. Dyan, waalaikumussalam.

    Apa yang saya tahu…
    Tiada contoh soalan (soalan tertutup)… ianya berbentuk mini projek… jawab 3 soalan menggunakan komputer.

    Kemungkinan soalannya seperti… sediakan Ak Perdagangan dan UR serta PKK seperti biasa.. cuma jawab menggunakan komputer.

  376. ook .terima kasih byk2 cikgu.

  377. Cikgu , Ada sebarang group Whatsapp tak untuk memudahkan pertanyaan mengenai akaun ?

  378. Saya masih keliru bagaimana nak cari modal ..

  379. Chahyani,

    Cg dapati ada beberapa group Whatsaps untuk prinsip perakunan … cuba tanya kawan2 yg lain.

    Asas cari modal.. rujuk persamaan perakaunan.
    Modal = Aset – Liabiliti

  380. 1) MJ Berhad membayar tunai RM2000 untuk menjelaskan penuh hutangnya sebanyak RM2100
    Tunai (-)
    Modal(+)
    ABB(-)

    2) Membayar dngn cek utk menjelaskan hutang RM4450 Dan menerima diskaun RM150
    Tunai(+)
    Modal(-)

  381. Aina,

    Hasil & Belanja.. biasanya guna Untung Bersih.
    1. Siapa MJ Berhad ? … Peniaga, Pembekal @ pelanggan
    2. Bank (-)4300, ABB (-)4450, UB (+)150

  382. Assalamualaikum cikgu, nak tanya membayar belanja ubah suai premis kepada “nama syarikat” dengan RM15000 dengan cek ni, apa yang debit apa yang kredit?

  383. Syameera, waalaikumussalam.

    Bila bayar cek –> BANK kredit
    Bayar utk ubah suai premis –> nilai premis bertambah –> PREMIS debit.

  384. salam sejahtera, mohon penjelasan ttg soalan berikut:

    a) sekiranya dalam soalan tidak menyediakan lajur ambilan tetapi dalam maklumat tambahan terdapat urusniaga berkaitan dengan ambilan jadi adakah kita perlu menyediakan lajur ambilan atau tolak terus daripada lajur modal?

    terima kasih

  385. Ricky,

    Ada 2 pilihan… jika jadual yang disediakan tiada lajur AMBILAN –> tolak di lajur MODAL.
    Jika jadual dibuat sendiri –> tambah lajur AMBILAN

  386. Assalamualaikum cikgu,

    Saya tak berapa faham,macam mana nak tau akaun belum bayar dengan akaun belum terima??

  387. Hanis, waalaikumussalam.

    Ianya melibatkan urus niaga secara kredit/hutang..

    Jual secara kredit kepada pelanggan –> dia hutang dengan kita –> Akaun Belum Terima. (Aset Semasa)

    Beli secara kredit daripada pembekal –> kita hutang dengan dia –> Akaun Belum Bayar.(Liabiliti Semasa)

  388. Klasifikasi akaun untuk item item ini.

    1) cek tak layan
    2) untung terkumpul
    3) saham tersenarai
    4) stok
    5) pinjaman kakitangan

    Sama ada aset, hasil, liabiliti atau belanja?

  389. assalamualaikum cg, saya hendak bertanya tentang persamaan perakaunan..

    i) pemilik telah mengeluarkan RM800 untuk bayar sewa kediamannya

    jawapan:
    bank(800)
    premis(800)
    betulkah cg?

  390. assalamualaikum cg,
    bolehkah untung bersih negatif?

  391. Ariza, waalaikumussalam.

    Salah…. bukan premis.

    Nota:
    Perniagaan –> Pemilik ==> AMBILAN
    Pemilik –> Perniagaan ==> MODAL

    UB –> negatif = Rugi Bersih

  392. cikgu,
    dokumen untuk belanja ubah suai premis kepada pembekal x dngn cek apa yer?

  393. Ainul,

    Beberapa dokumen boleh digunakan untuk bayaran dengan cek : Resit rasmi, Keratan cek, Baucar Bayaran.

  394. jelaskan cek kepada pembekal bernilai RM2600 dan terima diskaun RM200?

    kenapa akaun belum bayar RM(2800)??
    tolong explainkan saya tidak faham.

  395. Pak Cop,

    Kita bayar dengan cek RM2600
    Kita dapat diskaun/potongan RM200
    Berapakah jumlah hutangnya ?

    Cth mudah :
    Kita bayar harga baju RM50
    Telah diberi diskaun RN10
    Berapakah Harga Asal baju tersebut ?

  396. Yg haritu cg

  397. Inventori -1300
    Untung +200
    Satu lgi akaun ape cg yg +1500

  398. Menjual barang niaga 5500 secara kredit.HArga kos barang tersebut ialah
    3750..

    Akaun apa yg terlibat ni cg

  399. Lieya,

    Terima cek –> Bank +1500

    Jual secara kredit:
    ABT (+)
    Inventori (-)
    Untung bersih (+)

  400. Contoh item lengkapan dan kelengkapan

  401. Naiemah,

    Lengkapan dan Lekapan :
    –> Perabot.. rak.. almari.. meja… sofa.. kipas.. lampu …penghawa dingin.. dll

    Lengkapan = Kelengkapan

  402. lengkapan…merangkumi alatan pejabat dan perabot…

    jika dlm exam pelajar tulis mesin daftar tunai…sbg lengkapan sbg butir..betul tak cikgu?… ini utk soalan penyata penyesuaian bank

  403. Nuur,

    Alatan Pejabat..TIDAK dikelaskan sebagai Lengkapan.
    Salah… BUTIR… dikira SALAH.

    Jika butir ALATAN PEJABAT –> diterima.

  404. Assalamualaikum. Saya nak tnya …
    1. Membeli sebuah van kecil berhrga 6200 melalui pinjaman sbanyk 5000. Bakinya dbyr dng cek.

    Kenderaan (+6200) pinjaman (+5000) bank (-1200)
    2. Menjual brg berkos 780 pd harga 1000 scra kredit
    Inventori (-780) abt(+1000) ub (+220)

    3. Mmbyr cek 1630 kpd ABB untuk mnjelaskan hutang sbnyk 1730
    ABB (-1730) Bank (-1630) ub (100)

    4. Jual van yg telah dibeli pda no(1) kerana selalu rosak dan menerima cek 5280
    Kenderaan (-6200) bank (+5280) ub (+920)

    5. Mmbyr balik pinjaman bnk dng cek
    Pinjman (+10000) bank (-10000)

    6. Menerima cek drpd abt bernilai 950 untuk mnjelaskan hutang bgi brg yg di beli pd no(2)
    Bank (+950) abt (-220) ub (+730)

    Betul ke cg??

  405. Amirah,

    1, 2, 3 –> Betul
    4. UB (-920)
    5. Pinjaman (-10000)
    6. ABT (-1000) UB (-50)

  406. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Apakah perbezaan antara akaun kelengkapan, lekapan Dan lengkapan, perabot, lengkapan, alatan kedai, alatan pejabat?

  407. Fatimah,

    Sebenarnya “Kelengkapan” tiada dalam istilah perakaunan.
    Lengkapan –> perabot, rak, sofa, kerusi, almari.
    Lekapan –> lampu, kipas siling, penghawa dingin..
    Alatan kedai/pejabat –> komputer, mesin fotostat, ptinter, mesin daftar tunai..

  408. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Alatan kedai adakah sama dgn alatan pejabat? Rak pameran kedai kasut dan rak pameran kedai kek nak masuk mana?

  409. Fatimah,

    Jika barang2 tersebut berada di kedai –> Alatan Kedai.
    Jika di pejabat –> Alatan Pejabat
    Rak –> Lengkapan

  410. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Rak pameran kek yg ada lampu dan cermin nak masuk alatan kedai atau lengkapan?

  411. Fatimah,

    Secara mudah… mana2 yang melibat penggunaan elektrik –> Alatan

  412. Cikgu, apa yg akan berlaku kalau perniagaan kita tk patuh pada prinsip-prinsip akaun?

  413. Yuuya,

    Cuba rujuk buku teks… ada menerangkan kesan /tujuan prinsip2 tersebut.
    Maka jika tidak mematuhinya kesannya akan jafi sebaliknya.

  414. Cikgu. nak tanya .
    1.pinjaman (matang pd 29 februari 2020)
    2.pinjaman berkadar 8% (mulai 1 februari
    2018?
    dua ayat ni ada apa perbezaan ?dan mcm mana perekodannya ? terima kasih cikgu.

  415. Lin,

    Wawa,

    Isu berkaitan pinjaman ada 2 :
    1. Faedah atas pinjaman belum bayar
    2. Pengkelasan baki Pinjaman sebagai LS dan LBS.

  416. Assalamualaikum cgu.
    Sekiranya baki bank negatif?

    Jumlah bank perlu ditolak atau tambah utk item bwh aset semasa?

  417. Mohd Asraf, waalaikumussalam.

    Bank –> negatif = OVERDRAF BANK –> catat sebagai item LIABILITI SEMASA.

  418. Belanja runcit masuk dekat akaun apa?? Buku tunai runcit or akaun pedagangan n untung rugi

  419. Nur Syuhada,

    Setaip urusniaga –> 2 akaun terlibat (sistem catatan bergu)
    Bila belanja runcit :
    Dt Belanja Runcit —> Ak Perd & Untung Rugi
    Kt Tunai/Tunai Runcit —> PKK

  420. Assalam cikgu

    ..utk tajuk persamaan perakaunan
    , Penyata kedudukan kewangan bentuk T…adakah wajib tulis

    Modal awal
    +Untung bersih
    – ambilan
    ………….
    Modal akhir

    Adakah wajib tulis perkataan modal akhir..jika tidak tulis nilai betul..adakah dpt markah

  421. Hanna,

    Bergantung kepada skema… kadang2 ada .. kadang2 tiada markah untuk Modal Akhir… maka adalah lebih baik tulis “MODAL AKHIR”

  422. Cikgu kalau bank dalam imbangan duga Dia duduk sebelah kredit
    So dalam Kunci Kira Kira

    Duduk belah mana ?
    Dan nak tulis apa overdraf bank ke?

  423. Kevin

    Bank berbaki kredit –> Overdraf Bank –> LS
    Butirnya “BANK”….. butir merujuk kapada nama Akaun.

  424. Assalamualaikum ..cikgu apa beza lengkapan, lekapan Dan kelengkapan

    – utk aircond, kipas , lampu itu apa?
    – lengkapan adalah termasuk perabot Dan alatan pejabat , betul Tak cikgu?

  425. Hanna, waalaikumussalam.

    Lekapan –> benda2 yang melekat : aircord, kipas, lampu dll.
    Alatan Pejabat –> BUKAN LENGKAPAN
    Lengkapan –> perabot, rak pemeran, sofa, kerusi meja dll.

    “Kelengkapan” –> sebenarnya TIADA dalan istilah perakaunan.

  426. Cikgu apa yng kesalahan berlaku jikalau
    Dalam jadual persamaan perakaunan
    Jumlah saya tidak seimbang

    Tetapi bila Saya buat pkk Jumlah imbang saya mendapat Sama

  427. Khusa,

    Jumlah sebelah Ekuiti & Liabiliti
    = modal (+) UB (-) Ambilan (+) Liabiliti

  428. Kerana cikgu sebelum Urus niaga berlaku dia ada beri Jumlah modal untung bersih dan sebagainya

    Tetapi bila Saya buat jadual persamaan perakaunan Jumlah nya tidak imbang

    Adakah ini kerana jadual persamaan perakaunan

    Saya Pergi buka di sebelah kredit

    Modal, UB, Ambilan

  429. Khusa,

    Ambilan disebelah kredit, dah betul… cuma bila kira jumlah sebelah kredit tersebut.. AMBILAN hendaklah (-)

  430. Jadi cikgu, apabila kita isi amaun ambilan dalam jadual persamaan perakaunan
    Kita kena letak amaun tu dalam kurungan kan?

  431. Khusa,

    Dalam lajur Ambilan…. masukkan nilai +ve.. TANPA ( )… cuma bila nak jumlahkan kita TOLAK.. sebab Ambilan sentiasa bertambah dan sebenarnya ianya berbaki DEBIT… apabila kita letak disebelah kredit.. maka opersinya jadi TOLAK.

  432. 1.Jadi cikgu kalau nak buat jadual persamaan perakaunan tu

    Ambilan nak letak di sekolah debit atau kredit

    2.Sebenarnya cikgu ambilan ini dia memberi kesan ape kepada E.P

    3.Dan Kenapa bila ID ambilan terletak
    Di sebelah debit

    Bukankah ID sebelah debit belanja Dan aset?

  433. Khusa,

    Boleh letak sebalah Ekuiti (kredit).. cuma semasa jumlah … kena (-) Ambilan.

    Ambilan –> berbaki Debit … sebab ianya KONTRA kepada MODAL –> maka kena TOLAK

    EKUITI PEMILIK:
    Modal
    (+) UB
    (-) Ambilan

    DEBIT –> Aset, Belanja & item kontra (Ambilan, Pulangan Jualan)
    KREDIT –> EP, Liabiliti, Hasil & item kontra (Pulangan Belian, PHR, SNT)

  434. Cikgu hendak ku Tanya Kenapa
    Jadi Mcm ini

    Soalan beri Urus niaga
    Soalan Minta

    1. Buat jadual persamaan perakaunan
    2. Buat PKK

    saya telah buat jadual persamaan perakaunan tersebut Dan saya semak dengan jawapan di belakang

    Betul Jawapannnya

    Tetapi cikgu ketika Saya buat pkk
    Jawapan Saya dapat 43878 ( imbang)
    Format Saya guna pkk yng Ada modal kerja

    Tetapi jawapan belakang buku ialah 60020
    Sama seperti Jumlah imbang jadual persamaan perakaunan

    Tetapi Cara format buku telah menggunakan bentuk T ( TANPA MODAL KERJA)

    KENAPA JADI BEGINI CIKGU?

    APA PATUT SAYA BUAT PADA MASA DEPAN AGAR TIDAK MENGULANGI KESILAPAN INI

  435. Ooi,

    Kedua2 Format adalah BETUL..asalkan SEIMBANG
    Jumlah tidak sama disebabkan oleh kedudukan item LS sahaja.

    Bentuk T :
    ABS + AS = EP + LBS + LS
    10 + 5 = 7 + 5 + 3
    15 = 15

    Bentuk Penyata :
    ABS + AS – LS = EP + LBS
    10 + 5 – 3 = 7 + 5
    12 = 12

  436. belanja membaiki premis 6000
    maklumat tambahan
    1/3 belanja membaiki premis dianggap sebagai perbelanjaan modal

  437. Jj,

    Perbelanjaan modal (1/3×6000) –> Tambah di Ak Premis

  438. Cikgu,
    Dalam persamaan perakaunan. Ali memulangkan barang yg rosak RM500. Nak rekod macam mana?

  439. Fatimah,

    ABT (-)… Inventori (+)

    # nanti pada akhir tahun.. SEMASA penilaian inventori akhir akan ambilkira inventori yang rosak.

  440. Cikgu,
    Bolehkah tolak ABT tolak untung bersih sebab inventori sudah rosak?

  441. Fatimah,

    Inventori rosak –> Bukan Belanja.
    Apabila inventori dipulangkan –> Inventori (+).
    Pada akhir tahun nanti akan dibuat penilaian inventori akhir… pada masa tersebut baru dikeluarkan inventori yang rosak.

  442. Cikgu ada Urus niaga berlaku
    Syarikat Pearl enterprise

    Perniagaan Tiara memulangkan barang niaga 576 kerana rosak. Barang niaga tersebut berkos 480

    Dalam Jadual persamaan perakaunan

    Inventori (+) 480
    ABT (-) 576

    Lepas tu cikgu
    96 nak tambah di UB atau Modal

  443. Khusa,

    ABT(-)576 Inv (+)480 … UB (-)96

    Cuba lihat dari sudut matematik..
    (-)576 (+)480 = (-)96

  444. Cikgu apa beza Catatan kontra dengan kontra

    Dan Apakah Maksud diatas tersebut

  445. Azril,

    Catatan kontra… contohnya dalam buku tunai.. masukkan Tunai ke Bank.. maka kita catat Dt Bank Kt Tunai kedua2nta dalam BT.

    Akaun Kontra… merujuk kepada sifatnya yang mengurangkan akaun induknya.. contoh Jualan –> akaun kontranya Pulangan Jualan.

  446. Kenapa kita tidak tolak Dari modal cikgu
    Bukankah UB berkaitan Dgn hasil Dan belanja?

  447. Khusa,

    Bukankan Jualan.. Pulangan jualan –> berkaitan dengan hasil –> maka kesannya keatas UB

    Modal –> hanya melibatkan urus niaga dengan PEMILIK sahaja. Cth: pemilik bawa masuk.. duit peribadinya kedalam perniagaan.

  448. Salam..cgu…bolehkah penghawa dingin dikategorikan sbagai lengkapan@alatan pejabat?adakah salah jika saya meletakkan penghawa dingin sebagai lengkapan@alatan pejabat?

  449. John,

    Penghawa dingin –> LEKAPAN
    LENGKAPAN @ ALATAN PEJABAT –> SALAH

  450. cikgu , macam mane nak buat persamaan perakaunan hasil dan belanja dalam bentuk jadual ?

  451. Nuril,

    Ada 2 cara:
    1. Buka lajur HASIL.. BELANJA
    2. hanya buka lajur UNTUNG BERSIH –> jika hasil (+).. jika belanja (-)

  452. soalannya begini cikgu .

    Encik Aris telah memulakan perniagaan menjual perabot dgn memasukkan modal rm30000 ke dalam Akaun Bank perniagaan sebagai modal pada 1 Januari 20×7.

    Dia mintak kita buat persamaan perakaunan hasil dan belanja .

  453. sambungan soalan ,

    i) beli alatan dan lengkapan kedai berharga rm8000 dengan cek.
    ii) beli perabot untuk tujuan jualan bernilai rm7000 drpd Pembekal Chan secara kredit.
    iii) Keluarkan wang drpd bank sebanyak rm100 secara tunai.
    iv) bayar belanja am sebanyak rm100 secara tunai .

    banyak lagi soalannya , tapi saye pendekkan bnyk tu shj .

  454. Nuril,

    Guna seperti dalam Buku Teks… untuk hasil dan belanja –> lajur Untung Bersih.

    Ini kerana daripada jadual persamaan tersebut.. akan diminta sediakan PKK.. dimana dalam PKK… hanya tunjukkan UB

    Maka untuk urusniaga pertama:
    Bank (+)30000.. Modal (+)30000..

    # yang lain2 cuba jawab dahulu.. kemudian baru Cg semak dan betulkan mana2 yg salah.

  455. Salam, Cg

    Soalan macam ni.
    Menerima cek daripada ABT RM900 dan beri diskaun 120

    Jawapan sy
    Abt -900
    Bank 780
    Untung bersih -120

  456. Nur..

    Tidak tepat

    Terima Cek –> Bank +900
    Dis diberi —> UB -120
    Jumlah hutang –> ABT -1020

  457. Salam, Cg

    Soalan: Jual 20% drpd inventori secara kredit bernilai RM 6100 (Inventori diberi: RM 18400)

    jwpn:
    Inventori -3680
    ABT +6100
    Untung Bersih +2420

    betul ke?

  458. Qistina,

    Ya.. betul

  459. Cg, mcm mana nak sediakan Carta Akaun?

  460. Fathin,

    Cara menentukan kod.. bebas asalkan dapat bezakan ikut klasifikasi akaun tersebut.

  461. selamat sejahtera cikgu

    cikgu ,ambilan berlaku dalam jadual persamaan perakaunan nak catat tolak atau tambah ?

    ambilan dalam skema jawapan pada tahun 2015 dicatatkan tolak dalam jadual persamaan perakauanan manakala pada tahun 2017 pula dicatatkan tambah

  462. Siew ling,

    TAMBAH.. sebab Ambilan adalah berbaki DEBIT bersama2 ASET dan ianya sentiasa BERTAMBAH…. cuma bila nak kira JUMLAH EKUITI PEMILIK..Modal + UB – Ambilan

  463. Assalamualaikum cg.

    1. Jual 1/4 daripada barang niaga secara kredit kpd Kedai Runcit Kamil pada harga RM 4550.
    2. Sebuah komputer lama bernilai RM 2200 telah dijual dengan harga RM 1720. Wang yang diterima telah digunakan untuk menjelaskan sewa kedai RM 1300 dan bakinya dibankkan.

  464. Nik, waalaikumussalam..

    Apa masalahnya.. ?
    Cuba jawab… nanti cgu semak dimana silapnya..

  465. Soalan

    1) Kadar bayaran RM150 dibayar dgn cek

    Jwp : Bank – , ABB –

    Jwpn sy btl tak cikgu?

  466. Rosmiah,

    Hasil & Belanja –> kesannya pada UB
    BANK (-)
    UB (-) …… belanja

  467. Ok terima kasih..

    Lg satu soalan :-

    Sebuah alat penyaman udara RM2000 tlh dibeli secara kredit pd 31 Jan tp akn dipasang di kedai pd bulan Feb

    Jwpn :- Bank – , Premis +

  468. Rosmiah.

    Maaf.. salah.
    Secara Kredit –> tidak melibatkan Bank.
    Alat Penyaman Udara–> tidak melibatkan Ak Premis

  469. Cikgu Saya nak tnya persamaan perakaunan
    Ni buat macm mna

    Menjual perabot lama yng mempunyai nilai buku 540 pada harga 400 . Hasil jualan dibankkan

    Debit dia apa cikgu and kredit Dia apa

  470. Haikal..

    Perabot (-)540 —> Kt
    Bank (+) 400 —-> Dt
    UB (-) 140 ——> Dt

  471. pemilik memasukkan almari sendiri sebanyak RM5200 ke dalam perniagaan dan RM1300 ke dalam akaun semasa di bank perniagaan

    jwp: modal +3900,overdraf bank -1300,perabot -5200

    betul tak cikgu..

  472. Kuan,

    Salah.
    Modal +(5200+1300)
    Perabot + 5200
    Bank + 1300

  473. belian kredit daripada pembekal shannon berjumlah RM800

    jwp: tunai + RM800, akaun belum bayar + RM800

    betul??

  474. satu cek berjumlah RM1200 dibayar kepada seorang pembekal kredit untuk menyelesaikan hutang. cek itu telah diterima seorang pelanggan kredit

    jwp:akaun belum terima -RM1200, bank +RM1200???

  475. Kuan,

    1. Salah.
    2. Salah.

  476. 1.inventori +800, ABB +800
    2.ABT -1200, ABB -1200

    ?????

  477. Kuan,

    1. Betul
    2. Betul

  478. terima kasih cikgu

  479. cikgu,ketika membuat persamaan perakaunan adakah kolum nilai belanja boleh menjadi negatif?

  480. Damia.

    Belanja –> tidak mungkin negatif..
    Tuliskan nilainya positif…cuma bila kira jumlah keseimbangan –> modal + hasil – belanja – ambilan.

  481. assalam cikgu, saya nak tanya betul ke saya buat ni?

  482. Sofia,

    Cg tidak dapat semak sepenuhnya.. sebab tiada soalan.
    Walau bagaimanapun daripada jawapan tersebut ada beberapa yang jelas salah…. dimana item HASIL dan BELANJA … kesannya keatas UNTUNG BERSIH, dalam persamaan perakaunan,, tiada wujud HASIL dan BELANJA… seperti dalam jawapan Sofia.. ada DISKAUN DIBERI, BIL ELEKTRIK

  483. Cikgu komisen belum terima dan insurans prabayar adalah jenis apa?Adakah aset semasa atau liabiliti semasa?

  484. Amanda,

    Tips :
    BELANJA BELUM BAYAR —> LS
    BELANJA PRABAYAR –> AS
    HASIL BELUM TERIMA –> AS
    HASIL BELUM TERPEROLEH –> LS

  485. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) membayar kpd ABB berjumlah RM560 dgn cek. menerima diskaun tunai sbyk RM 40

    b) membayar kpd ABB dgn cek berjumlah RM560. menerima diskaun tunai sbyk RM40.

    persoalannya, adakah ayat di atas membawa maksud yg sama?

    adakah jwpn bg (a) dan (b) seperti berikut:

    a) dt ABB RM560
    kt Bank 520
    disk diterima 40

    b) dt ABB 600
    kt Bank 560
    disk diterima 40

    adakah pemahaman sy ttg soalan diatas btl? terima kasih cikgu

  486. Ricky,

    Maaf.. jawapan (a).. saya tidak setuju..
    Bila sebut MEMBAYAR… mesti dengan CEK/TUNAI.
    Maka RM560.. adalah nilai CEK tersebut.

    Jika soalan : MENJELASKAN hutang ABB sebanyak RM560 dengan cek dan terima diskaun RM40.. baru saya setuju dgn jawapan anda.

  487. menerima invois 1800 daripada pembekal , apakah kesan nya , 1) abb 1800
    2) ? Kurang pasti

  488. Dini,

    Untuk Persamaan peraksunan… urusniaga yang berkaitan barang niaga… kita + / – di INVENTORI.

    Jika rekod Catatan Bergu… kita guna JUALAN / BELIAN

  489. Assalamualaikum cikgu,
    Soalan dia macam ni.
    Terima cek daripada seorang pelanggan berjumlah 2000 dan beri diskaun rm220

    Adakah ABT(-)Rm2000,Bank(+)1780?

    Mohon penjelasan cikgu

  490. Cikgu,adakah istilah penguhatang itu sama dengan ABT?

  491. Nik, waalaikumussalam.

    1. cek –> Bank +2000, ABT -2220, UB -220 (diskaun diberi=belanja)

    2. Penghutang = ABT
    Pemiutang = ABB

  492. Cikgu..kalau simpanan tetap..dia under abs ke?

  493. Julia,

    Aset Semasa… kita boleh keluarkan pada bila2 masa.

  494. NURFA HAZLIANI BINTI KHAIRUL

    Adakah wajib bagi Penyata Kedudukan Kewangan untuk baki yang seimbang antara aset dan liabiliti + ekuiti pemilik?

  495. Nurfa,

    Ya.. mesti SEIMBANG, jika tidak seimbang menunjukkan berlakunya kesilapan dalam catatan bergu.

  496. Syazwina Aleeya

    Assalamualaikum cikgu, kalau column aset tu ada tiga kotak je, kena buat tiga je ke atau boleh tambah kotak baru?

  497. Syazwina, waalaikumussalam.

    Jika perlu.. boleh tambah.

  498. Assalamualaikum cg, klau dividen diterima dibankkan catatan bergu dia ape

  499. Athirah, waalaikumussalam.

    Catatan bergunya:
    Dt Bank
    Kt Dividen diterima

  500. Pinjaman bercagar
    Kelas apa cikgu?

  501. Irfan,

    Seperti pinjaman biasa juga –> asasnya Liabiliti Bukan Semasa.

  502. Kalau faedah gadai janji di letak dekat belanja ke hasil??

  503. Lia,

    kita yang kena bayar faedah tersebut…

  504. apakah contoh urusniaga yang tiada catatan?

  505. Aida,
    Antaranya :
    Kita menghantar pesanan belian barang niaga kepada Syarikat A.

  506. Cg,
    1)menerima cek bernilai rm1000 drpd ani,seorg pelanggan menerima diskaun rm30

    2)membeli mesin fans dr syarikat Panasonic bernilai rm1500 dan bakinya dibayar kemudian

    3)menjual 1/3 dr jumlah inventori kpd shila scara kredit berjumlah rm3600

    Mcm mn nk buat ni??

  507. Siti,

    1. kenalpasti akaun2 yang terlibat.
    2. kenalpasti akaun2 tersebut perlu ditambah @ ditolak.

    # Siti kemukakan jawapan .. nanti Cg semak.

  508. cikgu apa terjadi kepada persamaan perakaunan jika kita menerima nota kredit

  509. Alia,

    Nota Kredit –> merujuk kepada PULANGAN…
    TERIMA —> kita sebagai PENBELI.

    Maka terima Nota Kt –> PULANGAN BELIAN
    Kesan keatas Persamaan Perakaunan :
    1. INVENTORI
    2. ABB

  510. Assalamualaikum cikgu,

    Kalau statement ‘menghapuskan ABT RM 1450 sebagai hutang lapuk’ nk masuk kat column mne ye cikgu

  511. Marsya, waalaikumussalam,

    HUTANG LAPUK –> BELANJA —> (-) UNTUNG BERSIH
    ABT —-> (-)ABT

  512. Salam Cikgu,
    Pengubahsuian kedai bernilai RM6,000 dan telah membayar sebanyak RM2,000 kepada Syk KK dengan mengunakan cek dan selebihnya akan di bayar pada bulan hadapan

    Bangunan(+)6000 Modal(-)2000 ABB(-)4000

    btl ke jwpn sy

  513. Daus,

    Bangunan (+) 6000
    Bank (-) 2000
    ABB (+)4000

  514. Salam sejahtera cikgu,

    Jika hasil jualan disimpan dalam mesin daftar tunai…Ia mesti masuk ke dalam butir apa?

  515. Aishvernas, salam sejahtera.

    –> Tunai & Jualan

  516. ??Jika saya nak menyediakan akaun perdagangan untung dan rugi…..dengan PKK

  517. Aishverna,

    Jualan –> Ak Perdagangan
    Tunai –> AS : PKK

  518. Terima Kasih cikgu….

  519. Cikgu sila tgk jumlah saya betul ke?

  520. Assalamualaikum Cikgu, nak tanya komisen belum bayar masuk mana ye? Aset atau Liabiliti?

  521. Rosmiah, waalaikumussalam.

    Kita yang BELUM BAYAR kepada pihak lain… kita TERHUTANG.. TANGGUNGAN bagi kita –> LIABILITI

  522. Cikgu, catatan kontra bagi akaun Perdagangan dan penyata Kedudukan Kewangan ape ye?

  523. Najla,

    Secara mudah, akaun2 yang DITOLAK

    APUR:
    Pulangan Jualan, Pulangan Belian

    PKK:
    SNT, PHR, Ambilan

  524. Cikgu,
    Terdapat urus niaga membeli abs secara kredit tapi belum lagi dipasang di dalam kedai. Bagaimana ia memberi kesan kpd persamaan perakaunan?
    Adakah sama sj spt biasa? ABB bertambah, aset pun bertambah?

  525. Apai,

    Kita dah beli –> rekod seperti biasa.

  526. CG,
    cek yang diterima dari seorang pelanggan tidak dilayan oleh bank, mana boleh saya simpan? akaun kawalan belum terima atau akaun kawalan belum bayar. harus saya simpan di liabiliti semasa?

  527. jeni,

    Sebelun ini kita telah terima cek daripada ABT katakan RM300.
    maka kita telah rekod
    Bank (+)300 ABT (-)300

    apabila dimaklumkan cek tersebut tidak dilayan, maka kita akan batalkan semula catatan sebelum ini dengan..
    Bank (-)300 ABT (+)300

  528. salam cg,

    kalau pemilik membayar bil elektrik kediamannya menggunakan tunai pejabat rm150 ni nak letak dekat column mana ye??

  529. Nad,

    1. TUNAI
    2. AMBILAN (jika tiada guna MODAL)

  530. Salam sejahtera cikgu,

    Mohon kepastian ttg perkara berikut:

    a) adakah disk.diberi merupakan belanja yg x melibatkan wang dan disk.diterima merupakan hasil yg x melibatkan wang?

    Terima kasih

  531. Ricky,

    Ya.. diskaun diberi.. ada potongan daripada jumlah yang sepatutnya dibayar… bukannya kita keluarkan duit bagi kepada pembeli.

  532. kalau soalan dia tanya menghantar invois kepada Mutiara kerana perkhidmatan yang diberikan..kena letak di mana ya dalam persamaan perakaunan?

  533. anis,

    1. hasil perkhidmatan –> (+) Untung Bersih
    2. (+) ABT

  534. Cikgu nak minta tolong chek kan jawapan saya betul atau salah boleh ??

  535. Izanarif,

    Sebaik2nya sentiasa berhubung dengan cikgu sekolah.. minta beliau semak hasil kerja anda.. barulah beliau mengetahui sejauh mana kefahaman anda.. maka akan memudahkan beliau membantu anda dalam menguasai topik2 yang dipelajari.

  536. Cikgu kalau bankin cash tu source document dia cheque ke? atau official receipt?

  537. Zesfer,

    Slip Wang Masuk

  538. cikgu,
    kabinet besi bolehkah dimasukkan dalam akaun perabot sebab ia di buat daripada besi? Apakah beza perabot, lengkapan, kelengkapan, lekapan? terima kasih.

  539. Fatimah,

    Lengkapan = Kelengkapan
    –> lebih umum, dan perabot salah satu daripada itemnya.
    Lekapan –> aset yang melekat seperti Lampu, kipas, penghawa dingin.

    Dalam menjawab soalan jika telah ada Ak Perabot, maka tidak perlu lagi dibuka Ak Lengkapan… guna salah satu.

  540. Assalamulaikum Cikgu, saya nak tanya kenapa jawapan dia A cikgu?

  541. 17 ni saya tak faham cikgu…saya pun tak faham cikgu Kenapa jawapan dia D cikgu?… maaf banyak bertanya cikgu

  542. Ammar, waalaikumussalam.

    2. Sistem Inventori Berkala… kita kita stok dalam kedai setiap hujung tempoh perakaunan secara MANUAL… kira kuantiti setiap barang yang ada dalam kedai kemudian didarab dengan harga beli barang tersebut… kemudian jumlahkan untuk dapat NILAI INVENTORI AKHIR –> APUR & PKK

    17. Kira SNT untuk 2 tahun 6 bulan (1/7/18 – 31/12/20) = A
    Nilai buku kenderaan = 75000 – A = B

    oleh kerana dapat UNTUNG RM6000… bermaksud dia jual dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai buku (B) = B + 6000

    # SN setahun = 20% x 75000 = 15000
    SN 6 bulan = 7500
    maka SNT = 15000+15000+7500 = 37500

  543. Cikgu, harga jualan kenderaan tu macam mana nak cari cikgu?…no.17 tu cikgu
    SNT keseluhuran 37500
    Maksudnya harga jualan kenderaan tu macam mana nak dapat cikgu?…saya tak faham cikgu

  544. Ammar,

    Cth Kenderaan (kos) 10000
    SNT 6000
    maka Nilai buku = 10000 – 6000 = 4000… = nilai aset masa tu.

    jika dapat UNTUNG 1000… berapa harga jual .. ?

  545. 11000 ke cikgu harga jual tu?

  546. Tapi dalam soalan 17 ni susah cikgu….saya tak dapat harga jual kereta tu berapa cikgu?… boleh cikgu terangkan?

  547. Ammar,

    Cth
    jika nilai buku 4000
    dapat untung 1000
    maka harga jual = 4000 + 1000 = 5000

    # nilai buku = kos – SNT

  548. Oo… maksudnya cikgu, 75000 -37500= 37500
    37500+ 6000 = 43500 ke cikgu?

    Maksudnya cikgu kena ambil nilai buku baru tambah untung kan cikgu?….
    Kalau rugi kita tolak ke cikgu?

  549. Ammar,

    Ya.. betul..

  550. Hi cikgu,

    Terima komisen jualan RM400 dengan cek

    (+) Bank, (+) Untung Bersih

    ini betul tak?

  551. Dom.

    Ya betul..

  552. Assalammualaikum cg, urusniaga berikut hanya sebulan

    Pengubahsuian kedai bernilai RM46 000 dan telah membayar sebanyak RM20 000 kepada Syk Kayu Kayan dengan mengunakan cek dan selebihnya akan di bayar pada bulan hadapan

    Debit Premis 46 000
    Kredit Syk Kayu 20 000

    Selebihnya perlu rekod dalam akaun belum bayar ke cg?

  553. Izzah, waalaikumussalam.

    Dt Premis 46000
    Kt Bank 20000
    Kt Sykt Kayu Kayan 26000

  554. Assalamualaikum cikgu…”mengambil barang niaga berkos250 untuk tujuan kempen promosi”

    Inventori = (250)
    Yg lagi satu apa ye cikgu?

  555. Maisarah, waalaikumussalam.

    Inventori (200)
    Untung bersih (200)

    # promosi –> belanja –> (-)UB

  556. mengapakah sesuatu Aset Bukan Semasa boleh dikategorikan sebagai Aset Semasa dalam perniagaan yang berbeza

  557. Yaaya,

    Kita ambil contoh PERABOT.
    Bagi kedai runcit –> Perabot dikelaskan sebagai ABS.
    Manakala bagi Kedai Perabot –> Perabot merupakan BARANG NIAGA –> dikelaskan sebagai INVENTORI –> AS

  558. Cikgu, nak tanya

    i)Bayar bil elektrik & air dengan tunai RM 1200

    ii) Terima cek daripada ABT RM8700 dan beri diskaun RM 900

    Jawapan:

    i) Tunai (1200) Untung bersih (1200)

    ii) Bank 8700 Untung bersih (900) ABT (9600)

    Betul tak cikgu

  559. Aisyah,

    Ya kedua2 betul..

  560. Macam mana but…Merumuskan dan menunjukkan kesan ambilan barang niaga dan ambilan aset oleh pemilih terhadap Persamaan Perakaunan…

  561. Ashu,

    1. ambil barang niaga : Inventori (-)… Ambilan (+)

    2. anbil aset : aset tersebut (-).. Ambilan (+)

  562. Cikgu, kalau:

    Pemilik menjual perabot peribadinya dengan tunai RM800. Separuh daripada wang tersebut dibawa masuk ke dalam perniagaan.

    Tunai +400
    Modal +400

    Betulkah? TQ

  563. Ayif,

    Ya.. betul.

  564. Assalamualaikum cikgu,
    Cikgu, overdraft bank tu maksudnya apa cikgu? Overdraft tu cikgu… terima kasih cikgu

  565. Fazilah,

    Ak Bank berbaki kredit…. kita telah keluarkan cek RM1000.. tapi duit yang ada dalam bank hanya RM500… mska kita TERHUTANG dengan bank RM500… –> Overdraf Bank… –> Liabiliti Semasa

  566. assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu
    Saya nak tanya, apa kesan urus niaga dalam persamaan perakaunan kalau dia kata inventori akhir terlebih nilai 1400?

  567. Waalaikumussalam..

    Inventori (-)
    Untung bersih (-)

  568. Assalamualaikum cikgu. Utk soalan 6. Persamaan perakaunan. Urusniaga yang mengurangkan aset dan ekuiti pemilik. A dan B adalah betul kan?
    Ambilan brg niaga
    Inventori (aset) berkurang
    Ambilan (EP) berkurang
    Bayar kadar bayaran
    Bank (aset) berkurang
    Kadar bayaran (EP-belanja) berkurang

  569. Waalaikumussalam.

    Tiada “Persamaan Perakaunan” dinyatakan salam soalan.
    Cuba lihat dari sudut Catatan Bergu.. 2 akaun yang terlibat.
    A Dt Ambilan Kt Belian
    B Dt Kadar bayaran Kt Tunai

  570. Belanja runcit dya masuk akaun perdagangan untung rugi ke

  571. Tunai runcti dya aset ke belanja

  572. Aset Semasa

  573. Faedah overdraf liabiliti ke

  574. Faedah overdraf –> Belanja
    Faedah belum bayar –> Liabiliti Semasa

  575. Apa yg slh dlm dua2 tu

  576. dua2 tu betul..

  577. assalamualaikum cikgu, maaf ganggu cikgu

    maklumat di imbangan duga:

    Pinjaman Bank Industri = RM64000
    Faedah atas pinjaman = RM2240

    soalannya :

    Perjanjian pinjaman bernilai RM96000 ditanda tangani pada 1 April 2016 dan matang pada 31 Mac 2022.Bank Industri menawarkan kadar faedah serendah 4% setahun atas nilai asal pinjaman.

    jadi dia akan ganggu dekat mana cg ? dan kalau tak keberatan boleh cikgu terangkan tentang istilah matang tu ?

  578. Waalaikumussalam..
    Tidak ganggu sesiapapun..

    2 perkara yang perlu dipertimbangkan :
    1. Pinjaman –> perlu dikelaskan antara LS & LBS
    2. Faedah atas pinjaman –> kenalpasti Faedah Pinhamsn Belum Bayar.

    Kes 1.
    Pinjaman RM96000 –> matang = habis bayar balik 31 Mac 2022 = selama 6 tahun.
    Maka.. bayaran balik setiap tahun = 96000/6 = RM16000.

    Oleh itu baki Pinjaman 64000 boleh dikelaskan dalam PKK :
    Pinjaman 16000 sebagai LS
    Pinjaman (64000-16000) = 48000 (LBS)

    Kes 2 :
    Faedah atas pinjaman = 4% x 96000 = 3840 –> Belanja
    Maka Faedah Pinjaman Belum Bayar =3840 – 2240 = 1600 –> LS

  579. cikgu?boleh tolong saya check jawapan saya ada kesalahan tak?kenapa tak dapat imbang…

  580. cikgu boleh tolong saya semak jawapan saya tak… kenapa tak dapat imbang..

  581. bila xseimbang.. sudah pasti ada silap dimana2.. cuba kira berapa beza yg xseimbang… kemudian cari urusniaga mana yang terkurang / terlebih nilai tersebut.

    jika soalan persamaan perakaunan.. sila semak setiap baris urusniaga.. mesti seimbang.

  582. saya dah semak beberapa kali?masih tak dapat cari mana yang salah..

  583. semak setiap baris… mesti seimbang..

    cuba lihat 4 hb
    (550) = 550 –> ximbang

  584. Cikgu help me…… ?

  585. Cikgu adakah jawapan saya betul?

  586. jawapan D

    P = 46090 + 1500 – 38000

  587. Assalamualaikum Cikgu.. maaf ganggu cikgu.. saya nak tanya, yg ii,iii,iv,vii tu kalau nak rekod dlm persamaan perakaunan mcm mana cikgu?

  588. Waalaikumussalam

    Ammar cuba jawab dahulu.. kemudian Cg semak jawapan tersebut.

  589. Baik cikgu, betul tak jawapan saya cikgu?

  590. Jawapan saya cikgu

  591. Cuba kira semula MODAL pada 1hb.
    Modal = Aset – Liabiliti – UB

    ii. mesti 2 akaun terlibat –> Peralatan & SN –> UB

    iii. Inventori (-)… ABB (-) … UB (+)

    iv. Pulangan Jualan –> ABT & UB

    v. mesti 2 akaun terlibat.
    Hasil & Belanja –> UB

  592. cikgu,

    kalau menerima cek bernilai RM 2500 daripada Akaun Belum Terima dan memberi diskaun RM 250. kenapa:

    1. Akaun Belum Terima -2750
    2. Untung Bersih -250

    terima kasih cikgu

  593. Bank + 2500
    Diskaun diberi 250 –> belanja –> UB (-)

    Jumlah hutang = 2500 + 250 = 2750 –> ABT (- 2750)

  594. salam sejahtera cikgu , cikgu boleh tolong terangkan kenapa menerima cek RM800 untuk komisen modal(bertambah) dan untung bersih(berkurang) ?

  595. sila kemukakan ayat yang lengkap daripada soalan..

    Modal terlibat apabila melibatkan wang peribadi pemilik.. UB jika melibatkan Hasil @ Belanja

  596. maaf cikgu , ini soalan lengkapnya

  597. Jika terima cek untuk komisen.

    Bank (+)
    Komisen –> Hasil –> UB (+)

  598. Assalamualaikum cikgu, boleh bantu ??

    Peralatan RM37000

    i) Peralatan dinilai semula pada 30 April dengan nilai RM36880
    ii) Menjual perabot peribadi RM8000, RM3000 dimasukkan ke dalam bank perniagaan

    Jawapan saya:

    i) Peralatan -120
    ii) Bank +3000, Modal +3000

    Tq

  599. Waalaikumussalam.

    i. Peralatan -120… UB -120 (Susut nilai –> Belanja)
    ii. Betul

  600. 'AMMAR SHAFI BIN ROSLEE

    Assalamualaikum Cikgu,
    Sekeping cek RM1 250 yang diterima daripada Akaun Belum Terima telah
    dipulangkan oleh bank ditanda “Baki tidak mencukupi”
    .
    Baki tdk mencukupi tu apa maksud?

  601. Waalaikumussalam..

    Baki dalam bank pembayar hanya ada RM1000… tetapi dio nak keluarkan RM1250…. maka cek tersebut dikira CEK TAK LAKU… kerana tidak cukup duit.

    setengah2 soalan menggunakan “Rujuk Penyuruh Bayar”… maksudnya sama…

    maka catatannya :
    Bank (1250)
    ABT 1250

  602. assalamualaikum cikgu.

    saya tak faham dengan soalan ni..
    1.Menerima nota kredit daripada pembekal untuk barang yang dipulangkan bernilai rm120.

  603. Waalaikumussalam..

    Terima Nota Kredit –> Pulangan Belian.
    1. ABB (-)
    2. Inventori (-)

  604. Salam cikgu.
    Saya takdapat jawapan kepada soalan ni. Jawapan dekat belakang buku kata 20k lebih. Tapi saya dapat jawapan modal dia amount RM 153,440. Mohon bantuan cikgu.

    Pada 31 Disember 20×2, buku perniagaan Abu menunjukkan baki-baki yang berikut:

    Aset RM 200,000
    Liabiliti RM 70,360

    Berapakah modal perniagaan pada 1 Januari 20X2 jika perniagaan Abu mengalami kerugian sebanyak RM 23,800?

    Terima kasih cikgu.

  605. Waalaiimussalam.

    Aset = Lianiliti + Ekuiti Pemilik
    Aset = Liabiliti + Modal – Rugi bersih
    maka,
    Modal = Aset – Liabiliti + Rugi bersih

  606. Tapi saya masih takdapat jawapan seperti dalam ruangan jawapan belakang buku,

    Modal = 200,000 – 70,360 + 23,800
    Modal = 153,440

    Ada kemungkinan ada kesilapan pada jawapan buku iaitu 20k ke? Ataupun, ada yang perlu dibahagi 12? Sebab data yang diberi akhir tahun, tetapi soalan nak modal awal tahun? Hehe saya pun dah pening, mohon bantuan cikgu huhu terima kasihh cikguu

  607. Sudah betul Modal diperolehi itu.. RM153440.. merupakan modal Awal.

    Modal Akhir = Modal awal + UB / – RB – Ambilan

  608. Cikgu,
    Soalan spm 2015 persamaan perakaunan dirujuk.(i) Pemilik membayar sewa, termasuk sewa terakru dengan cek bernilai RM3000. Soalan ini tidak sebut pemilik menggunakan wang sendiri atau syarikat. Maka nak tolak bank atau tambah modal?

  609. Pada pandangan saya, oleh kerana soalan tidak dinyatakan guna wang peribadi pemilik… maka dikira bayar dengan wang perniagaan.

  610. Assalamualaikum cikgu..
    nak tanya interest overdraft dalam klasifikasi liabiliti kan. boleh kah dikira sebagai belanja terakru? atau perlu akaun specific atas nama interest overdraft di dalam liabiliti?

  611. Waalaikumussalam.

    Overdraf bank –> Liabiliti Semasa
    Faedah atas overdraf –> Belanja.

    Faedah overdraf belum bayar –> Liabiliti Semasa

  612. menghantar sekeping nota kredit rm300 kepada penghutang letak dekat mane ye

  613. ABT —> tolak
    Pulangan Jualan –> UB tolak

  614. cg ada ke soalan persamaan perakaunan yang tidak sediakan lajur ambilan ? dan jika ada, ambilan tersebut perlu letak dimana ? dan apa akan jadi di pkk ?

  615. Damia,

    Jika tiada lajur AMBILAN disediakan, maka kita catat pada lajur MODAL… Ambilan KONTRA kepada MODAL.
    Maka kita catat sebagai (xxx) dalam lajur MODAL

    Dalam PKK terus :
    MODAL
    (+) Untung Bersih

  616. Assalamualaikum Cikgu,
    Adakah pajakan boleh diklasifikasi sebagai aset?Mohon sedikit penerangan drpd cikgu. terima kasih.

  617. Waalaikumussalam.

    Maksud pajakan adalah urusniaga antara tuan tanah (pemberi pajak) dan pihak yang nak menyewa (penerima pajakan) yang memberikan beberapa kepentingan penggunaan tanah kepada penyewa bagi tanah beri milik.

    Bergantung kepada siapa kita …

  618. kalau kita di pihak penerima pajak dan memajak tanah..bagaimana catatan utk merekod pajakan?

  619. jika kita tuan tanah –> Aset
    Wang pajakan yg diterima –> Hasil

    jika kita pajak tanah orang –> Liabiliti
    bayaran pajakan –> Belanja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.