Modul 3 : Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat

Standard Kandungan
3.1 Dokumen Perniagaan
3.2 Dokumen Sumber
3.3 Dokumen Bukan Sumber
Standard Prestasi
TP1 Menyatakan maksud dan kepentingan dokumen perniagaan dan dokumen bukan sumber perniagaan
Menyenaraikan dokumen sumber dan jenis diskaun.


TP2 Menerangkan fungsi dokumen sumber, dokumen bukan sumber, diskaun niaga dan diskaun tunai serta maksud Penyata Akaun dan Penyata Bank.


TP3 Menghitung diskaun niaga dan diskaun tunai.
Melengkapkan maklumat penting dalam dokumen sumber perniagaan


TP4 Membanding beza Penyata Akaun dan Penyata Bank
Mengenal pasti maklumat penting dalam dokumen sumber


TP5 Memadankan dokumen sumber dengan urus niaga.
Menghubung kaitkan aliran dokumen perniagaan bagi urus niaga secara tunai dan secara kredit.


TP6 Mereka bentuk aliran dokumen antara pembeli dan penjual mengikut urutan yang betul.

Jenis dan Fungsi Dokumen dalam Perniagaan

Borang Pesanan
• Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk membuat pesanan
• Tidak dicatat dalam mana-mana buku perakaunan

Invois
• Dokumen digunakan dalam urusniaga jualan dan belian kredit
• Direkodkan dalam Jurnal Belian dan Jurnal Jualan
• Terdapat butiran penting termasuk :
i. Angkutan dibayar – penjual menanggung kos pengangkutan
ii. Diskaun niaga – potongan diberi dalam harga senarai jika belian dalam kuantiti yang banyak
iii. Diskaun tunai – potongan daripada jumlah bayaran jika dibuat dalam tempoh tertentu (segera)
iv. K.& K.diK – sebarang kesilapan dan ketinggalan hanya boleh dibetulkan oleh penjual melalui nota debit dan nota kredit.

Nota Debit
• dokumen dihantar penjual kepada pembeli
• menambah bayaran yang terkurang caj dalam invois asal
• invois tambahan yang akan menambahkan hutang pembeli kepada penjual
• Sebab-sebab invois terkurang caj:
i. Catatan tertinggal dalam invois spt caj angkutan, belanja pos, caj peti barang
ii. Invois terkurang caj kerana kesilapan pengiraan
iii. Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran
iv. Caj tambahan akibat pertukaran barang
• Direkod dalam Jurnal Jualan jika nota debit salinan atau Jurnal Belian jika nota debit salinan

Nota Kredit
• Dokumen yang dihantar penjual kepada pembeli
• Mengurangkan jumlah hutang dibayar disebabkan:
i. pembeli memulangkan bekas kosong yang dicaj dalam invois
ii. pembeli memulangkan barang rosak, salah jenama
iii. berlaku pengiraan dalam invois yang terlebih kira
vi. Elaun atau komisen diberikan kepada pembeli
• Dicetak berwarna merah
• Nota Kredit asal direkodkan dalam Jurnal Pulangan Belian manakala Nota Kredit salinan direkodkan dalam Jurnal Pulangan Jualan

Penyata Akaun
• Senarai semakan untuk mengingatkan penghutang tentang bayaran hutangnya
• Menunjukkan urusniaga yang berlaku antara pembeli dan penjual bagi bulan berkenaan

Cek
• Kaedah pembayaran yang selamat kerana risiko kecurian dan penyelewengan dapat diatasi
• Direkod dalam Jurnal Pembayaran tunai / Buku Tunai

Keratan Cek
• Dokumen rujukan menunjukkan bayaran dibuat dengan cek
• Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran tunai

Resit
• Dikeluarkan sebagai bukti akuan penerimaan tunai/cek
• Resit asal menunjukkan peniaga telah membuat pembayaran manakala resit rasmi salinan adalah bukti peniaga menerima bayaran
• Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai

Slip Bank
• Bukti peniaga membuat penyimpanan wang tunai / cek
• Slip asal adalah simpanan bank manakala salinan adalah untuk peniaga sebagai maklumat untuk direkodkan
• Direkod dalam buku tunai / Jurnal Penerimaan Tunai

Makluman Debit
• Dokumen / penyata yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan kepada peniaga bahawa akaunnya telah didebit atau dikurangkan sejumlah tertentu dan sebabnya
• Peniaga mungkin dikenakan caj terhadap cek tak laku , bayaran buku cek, faedah atas overdraf atau bank membuat pembayaran bagi pihak peniaga (perintah sedia ada) spt premium insurans, yuran kelab, ansuran pinjaman, cukai Hasil Dalam Negeri
• Direkodkan dalam Buku Tunai/ Jurnal Pembayaran Tunai

Makluman Kredit 
• Dokumen yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan kepada peniaga bahawa akaunnya dikreditkan atau ditambahkan sejumlah tertentu dan sebabnya
• Peniaga mungkin menerima dividen pelaburan, faedah simpanan atau menerima bayaran dari penghutang melalui akaun bank ( pindahan kredit)
• Direkodkan dalanm buku tunai / Jurnal Penerimaan Tunai

Bil Tunai 
• Apabila peniaga membeli secara tunai beli, beliau diberi bil tunai asal manakala jika beliau menjual secara tunai, bil tunai salinan adalah dokumen buktinya
• Direkodkan dalam buku tunai atau Jurnal Penerimaan dan Pembayaran tunai

Slip Daftar Tunai
• Slip dikeluarkan melalui mesin daftar tunai penjual apabila pembeli membayar secara tunai
• Tiada nama pembeli
• Direkod dalam Jurnal Penerimaan Tunai (salinan penjual) dan Jurnal Pembayaran Tunai (slip asal)

Baucer Pembayaran
• Dokumen sokongan bahawa pembayaran telah dibuat samada bayar belanja perniagaan, bayaran hutang atau sebagainya
• Direkodkan dalam buku tunai / Jurnal Pembayaran Tunai

Memo
• Dokumen sokongan / dalaman bagi urusniaga berlaku antara pemilik dengan perniagaannya
• Digunakan apabila peniaga membuat ambilan wang, barangniaga , membawa masuk aset sebagai modal tambahan
• Direkodkan dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai (bagi ambilan tunai), lain-lain urusniaga direkod dalam Jurnal Am

Penyata Gaji
• Dokumen disediakan oleh majikan kepada pekerja
• Bukti bayaran gaji telah dibuat (melibatkan pembayaran gaji terus keakaun bank melalui pindahan kredit)
• Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran Tunai

Folio Pelanggan 
• Penyata yang menunjukkan rekod bayaran satu caj perkhidmatan seperti sektor perhotelan
• Berfungsi sebagai resit penerimaan wang daripada pelanggan
• Salinan asal diberi kepada pelanggan dan salinan disimpan oleh peniaga
• Direkodkan dalam Buku Tunai, Jurnal Penerimaan/Pembayaran Tunai

Bil bayaran
• Bil dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan
• Bil telefon, air, letrik, ASTRO, internet dlll
• Dijelaskan dengan cek/tunai dan keratan bil akan dikembalikan kepada peniaga untuk tujuan rekod
• Dikepilkan bersama baucer bayaran
• Direkodkan dalam Buku Tunai/ Jurnal Pembayaran tunai

Slip pindahan wang
• Kemudahan bank kepada pelanggan untuk memindahkan wang peniaga kepada pihak ketiga secara elektronik
• Perkhidmatan ditawarkan ialah Pindahan elektronik dan pindahan telegraf
• Isi borang, serah kepada kerani dan wang dipindah secara automatik dalam dan luar negara.

  1. as salam sesiapa ada tapak utk buat dokumen…boleh share x?

  2. Hamieafzani, waalaikumussalam.

    Cuba muat turun DIATAS.. perisian yang saya bina beberapa tahun yang lepas.

  3. apa maksud slip pindaan wang dan slip transaksi perbankan elektronik?

  4. Aiman,

    Slip pindahan wang –> kita berurusan dikaunter bank.. isi borang pindahan wang.

    Slip transaksi perbankkan elektronik –> kita berurusan di mesin ATM

  5. Apakah kepentingan dokumen sumber?

  6. Ezz,

    Sila rujuk dalam buku teks.

  7. Assalamualaikum cg,boleh tak terangkan secara ringkas tentang aliran dokumen bagi urus niaga secara kredit

  8. Aniisa, waalaikumussalam.

    Cg cadangkan rujuk buku teks… ada diterangkan dan disertakan dengan illustrasinya. –> lebih mudah faham.

  9. cikgu,

    Saya nak minta pencerahan mengenai diskaun niaga. Dipetik daripada buku fokus:

    Jika terdapat diskaun niaga semasa membeli barang,diskaun niaga hendaklah ditolak daripada harga senarai apabila barang dipulangkan. (err. bukankah ditambah balik kerana bila kita beli barang kita dapat harga bersih setelah tolak diskaun niaga?)

  10. Cikgu,

    Fakta ini juga dipetik dari buku fokus.. harap cigu dapat menjelaskan. saya kurang faham…Jika terdapat diskaun niaga semasa menjual barang,diskaun niaga ini perlu ditolak daripada harga senarai apabila pelanggan memulangkan barang. sekian terima kasih

  11. Yixan,

    Konsepnya mudah sahaja..
    Jika kita beli dengan harga diskaun… maka apabila dipulangkan mesti ikut harga diskaun juga.

    Contoh: harga senarai RM100.. diskaun niaga 10%.. maka harga beli RM90.
    Jika kita pulangkan balik barang tersebut.. mesti ikut harga RM90.. bukan ikut harga senarai RM100.

  12. Cikgu,adakah dskaun diberi ialah belanja?
    Dan
    adakah diskaun diterima itu hasil ?

  13. Ina,

    Ya.. betul.

  14. Assalammualaikum cikgu, boleh tunjukkan pengiraan hari untuk diskaun tunaj. Contohnya soalan di mukasurat 86 di bahagian “daya fikir”

  15. Syakila, waalaikumussalam.

    Cth : Syarat pembayaran : 10% 5 hari, 5% 15 hari.
    Sekiranya dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh urus niaga..dapat diskaun 10%… jika bayar dalam tempoh 15 hari dapat diskaun 5%… dan jika bayar lebih daripada 15 hari.. maka tiada sebarang diskaun diberikan –> kena bayar penuh jumlah hutang.

  16. Maaf cikgu…bukan itu maksud soalan saya. Soalan saya adlh mengenai pengiraan hari. Cthnya tarikh invois 12hb kemudian pembayaran dibuat 20hb. Adakah dikira sebagai 8hari atau 9hari?

  17. Syakila,

    Ok.. saya bagi contoh yang mudah, cuba fikirkan… katakan tempoh kredit 1 HARI. Jika kita beli pada 1 Ogos… adakah mesti dibayar pada 1 Ogos @ boleh pada 2 Ogos ?

  18. Mengikut kefahaman saya jika beli 1 ogos, tempoh kredit 1 hari maka pembayaran adalah pada 2 ogos…terima kasih…saya cuma nak pastikan betul kefahaman dan saya ajar pada yg lain

  19. Syakila,

    Itu yang sepatutnya.. tetapi ramai juga yang kira bermula 1 Ogos.

  20. Cikgu,dinyatakan (membyr invois berjumlah rm1800 dgn cek yg bernombr 215,dan menerima diskaun sbyk 3%) jd berapakah nilai penghutang sbnrnya ?? Terima kasih

  21. Nuraisyah,

    Nilai penghutang…apa yang tercatat dalam invois.

  22. So ape yg dia byr di bank adalah sbyk RM1746 itu ke cikgu ??

  23. Nuraisyah,

    Jumlah yang dibayar… ialah nilai selepas tolak diskaun 3%.

  24. Cikgu,boleh bagi satu contoh jawapan aliran dokumen antara pembeli dan penjual mengikut urutan yang betul.

  25. Eusebius Lau,

    Boleh rujuk buku teks @ buku rujukan … ada 2 jenis aliran :
    1. Urus niaga tunai
    2. Urus niaga kredit

  26. Assalamualaikum cikgu,,
    Boleh cikgu terangkan maksud maklumat penting dalam dokumen sumber
    Saya tak faham cikgu
    Terima kasih

  27. Aina, waalaikumussalam.

    1. Cuba fahami Kitaran Perakaunan terlebih dahulu.
    2. Apa kaitan Dokumen dan Buku Catatan Pertama.
    3. Kenalpasti apa yang perlu dicatat dalam BCP.
    ==? daripada situ kita boleh kenalpasti apakah MAKLUMAT yang diperlukan dalam sesuatu DOKUMEN untuk membolehkan ianya direkodkan dalam BCP.

  28. assalamualaikum cikgu

    kalau dokumen perniagaan , borang wang masuk .. kita perlu letak dalam jurnal am atau buku tunai? Jika jurnal am.. apa yang perlu didebitkan dan dikreditkan.. jika buku tunai ape butirannya

    Terima Kasih

  29. Anas, waalaikumussalam.

    Asalkan urus niaga melibatkan TUNAI @ BANK/CEK –> Buku Tunai.
    Wang Tunai –> masuk Bank
    Ini dipanggil catatan kontra
    Tunai keluar –> Kt butir “Bank”
    Bank masuk –> Dt butir “Tunai”

  30. TERIMA KASIHH CIKGUUUUU

  31. apa maksud penyata bank cikgu

  32. Ariff,

    PENYATA BANK
    # Penyata yang menerangkan setiap
    urusniaga pembayaran dan penerimaan
    tunai.
    # Disediakan oleh bank bagi pemegang
    akaun semasa.
    # Dihantar oleh bank kepada pemegang
    akaun setiap bulan.

  33. Menerima cek drpd rose enterprise rm4000

    Dokumen ?
    Buku catatan pertama ?

  34. Goh,

    1. Cuba kenalpasti dokumen2 yang melibatkan penggunaan cek.. kemudian baru pilih yang paling sesuai dengan urus niaga tersebut.

    2. Cuba kenalpasti setiap fungsi BCP.. kemudian baru kita dapat tentukan BCP yang mana terlibat.

  35. Jawapan Ialah bil tunai atau resit ,soalan keluar di 2 markah

  36. Cikgu,

    cuba tanya beberapa soalan:

    1. Mengeluarkan wang dari bank untuk kegunaan pejabat – keratan cek/slip bank

    2. bayaran terus yang telah dibuat oleh pihak bank – nota makluman debit

    3. pembayaran wang – resit (asal) / keratan cek

    4. angkutan masuk – nota debit (asal)

    5. pembayaran wang runcit kepada juruwang runcit – slip bayaran tunai.

    soalan di atas betul tak>?

    6. Antara berikut, yang manakah sebab makluman debit dikeluarkan?
    I. Pindahan kredit
    II. Caj terhadap cek tak laku
    III. Duti Setem
    IV. Hibah

    Jawapan: II & III

    7. Cikgu, aliran dokumen sumber untuk urus niaga tunai:

    ialah pesanan belian –> tunai –> bil tunai

    atau

    pesanan belian –> bil tunai –> tunai?

    terima kasih.
    Ini betul?

  37. Sherine,

    Sila semak jawapan no 4 dan 5.
    No 6.. betul
    No 7.. ii betul.

  38. Cikgu,

    Soalan 4 ialah invois(asal)
    Soalan 5 ialah baucar tunai runcit

    Betul?

    Soalan 7 jawapan ialah kedua, betul?

    Terima kasih

  39. Cikgu,

    Cuba tanya menggapakah dokumen Sumner untuk catatan pembukaan ialah memo?

  40. Swee Kung,

    Angkutan masuk sahaja terlalu umum.. samaada :
    1. Bayar angkutan masuk dengan tunai/cek
    2. Angkutan masuk dikenakan oleh pembekal
    –> kedua2nya menggunakan dokumen yang berlainan.

    7… cara 2 betul

    Catatan pembukaan hanyalah makluman kepada kerani akaun…. tidak melibatkan pihak luar.

  41. Cikgu,

    Soalan 5 betul?

    Terima kasih.

  42. Swee Kung,

    Boleh diterima.

  43. Cikgu,

    cuba tanya baucar bayaran runcit cuma digunakan oleh business untuk kedai runcit sahaja, betul?

    terima kasih

  44. Sherine,

    Semua jenis perniagaan.. boleh guna bagi merekodkan bayaran belanja2 runcit..

    “Runcit” –> merujuk belanja2 yang kecil..

  45. Cikgu,
    Terdapat dokumen berikut:

    Resit rasmi (asal)
    Perniagaan Suria

    Diterima: Perniagaan Aktif
    RM: 350
    Bayaran: Komisen diterima

    Soalan: Jika saya mewakili Perniagaan Aktif, adakah ini resit pembayaran atau penerimaan? Saya keliru. Minta penjelasan.

  46. Mika,

    Cuba baca begini:
    Perniagaan Suria… Terima daripada Perniagaan Aktif.
    –> siapa yang terima, siapa yang bayar.

  47. Kalau begitu, Perniagaan Aktif yang bayar kepada Perniagaan Suria. Maka P. Aktif kena rekod dlm Jurnal Pembayaran Tunai. Betulkah?

  48. Butirannya ialah komisen diberi?

  49. Mika,

    Ya.. betul..

  50. Cikgu,

    Baucar bayaran biasa guna untuk gaji, sewa,

    So baucar bayaran runcit, contoh ialah beli alat-alat tulis, beli makanan, dll, betul?

  51. Swee Kung,

    Ya.. belanja kecil2 bagi perniagaan.

  52. Cikgu,

    Nota makluman ialah nota makluman kredit dan nota makluman debit?

  53. Cikgu,

    Cuba tanya mengapakah cek tak laku kena caj di bank akaun kita?

  54. Swee Kung,

    1. Ya.
    2. Cek tak laku –> kena tolak Ak Bank.
    Masa terima cek –> Dt Bank
    Bila CTL –> keluarkan semula Kt Bank

  55. cikgu ada tutorial cara nak buat dokumen sumber kat microsoft excel tak?

  56. Cikgu,

    Cuba tanya soalan ini:
    Perniagaan John bayar hutang Berjaya sdn Bhd sepenuhnya dengan cek.

    Document sumber ialah keratan cek.

    Betul?

    Terima kasih.

  57. Swee kung,

    Keratan cek, Resit Rasmi.

  58. Assalam cikgu,

    Tahap penguasaan tu, kepentingan dokumen sumber dan dokumen bukan sumber dia akan terima ke kalau kita buat kedua-duanya sekali dalam satu kepentingan?

  59. Nurul, waalaikumussalam.

    Asingkan..kerana ada sedikit kelainan kepentingannya.

  60. Assalamualaikum cikgu. Boleh tak cikgu terangkan maksud slip transaksi perbankan elektronik dan maklumat debit? Terima kasih

  61. Miza, waalailumussalam.

    Apabila kita menggunakan mesin ATM untuk keluarkan wang atau pindahkan ke akaum orang lain –> mesin ATM akan keluarkan slip transasi tersebut.

    Makluman debit (bukan maklumat debit) –> pihak bank memaklumkan kepada kita sejumlah wang telah dipotong dari akaun kita dibank atas sesuatu sebab.

  62. salam cikgu, cuba tanya apa beza bil tunai dan resit ?

  63. Ryann,

    Resit –> bayaran secara tunai/cek
    Bil tunai –> beli / jual secara tunai
    Invois –> beli / jual secara kedit

  64. Cikgu,

    Cuba tanya dokumen manakah memberitahu pembeli bahawa hutangnya telah berkurang?

    Ialah nota kredit atau penyata akaun?

    Terima kasih.

  65. Swee Kung,

    Nota Kredit.

  66. Cikgu boleh bagi x perbezaan antara penyata akaun dan penyata bank

  67. Wendy,
    Untuk catatan pembukaan 1hb… mesti masukkan semua baki akaun yang ada pada tarikh tersebut.

    Amira,
    Cuba google… lihat sendiri format penyata akaun dan penyata bank… kenalpasti siapa yang mengeluarnya.. apa tujuan penyata2 twrsebut dikeluarkan.

  68. CIKGU saya tak faham tentang nota debit dan nota kredit.Tak dapat analisis mana satu

  69. Candine,

    Boleh rujuk buku teks.
    Nota Debit –> tambah jumlah hutang. Cthnya: caj sngkutan dikenakan… nilai dalam invois terkurang nilai… dll

    Nota kredit –> kurangkan jumlah hutang. Cthnya: pulangan barang niaga.. invois terlebih nilai.. dll.

  70. Cg,

    Butiran dalam memo ketika ingin memulakan perniagaan:

    Pemilik telah membawa masuk modal sebanyak rm 60 000 daripada setiap pekongsi kedalam perniagaan untuk memulakan perniagaan.

    Betul ke ayat saya cg? Kalau salah tolong betulkan.

  71. Nabihah,

    Penyataan dalam MEMO… bebas asalkan menyatakan apa urus niaga yang berlaku..

  72. Cikgu,boleh tanya slip transaksi perbankan elektronik nak letak di debit atau kredit dalam buku tunai

  73. Kaylyn,

    Jika bayar kepada pihak lain –> wang keluar –> kredit
    Jika pihak lain yang masukkan ke akaun kita –> wang masuk –> debit

  74. Cikgu,kalau saya punya maklumat memang sama ngan kawan saya boleh ke?

  75. Surayya,

    Maklumat apa ?
    Jika persoalan berkaitan Kerja Kursus.. kemukakan soalan dipost kerja kursus.
    https://cgnarzuki.com/tugasan-projek-37653-spm-2019/

    Sebaik2nya berbeza dengan kawan.. jika sama –> Pentaksir boleh taksir adanya unsur meniru.

  76. assalamualaikum cg. kalau dbgi borang simpanan salinan. nak drekodkan dlm buku tunai sblh debit/kredit?

  77. Amirah, waalaikumussalam.

    Borang simpanan…. maksudnya kita simpan wang tunai ke bank –> Kontra .. catat dikedua2 Dt & Kt
    Dt Bank …. Kt Tunai

    BUKU TUNAI
    Dt Tunai xxx (bank) Kt Bank xxx (Tunai)

  78. Cg, kalau resit rasmi asal.. Dkt situ dia tu bayrn untuk menjelaskan invois. Maksudnya dkt buku tunai (kt).. Butir tulis syarikt selain syrikt kita la kan?

  79. Amirah,

    Ya.. betul.

  80. cikgu , nota kredit masuk akaun perdagangan dengan penyata kedudukan kewangan kee ? minta penjelasan

  81. Syafiqah,

    Nota Kredit … biasanya merujuk kepada Pulangan Jualan & ABT
    @ Pulangan Belian & ABB

  82. Assalamualaikum. Nak tanya ada tak gambar serta penerrangan untuk baucar pembayaran dan baucar tunai runcit? Sebab, saya bila try search baucar tunai runcit, dia keluar sekali baucar pembayaran. Terima kasih cikgu untuk penjelasannya.

  83. Fara, waalaikumussalam.

    Pada asasnya format Baucer..sama sahaja… cuma yang membezanya ialah jenis bayaran yang dibuat… jika untuk bayaran belanja yg kecil2 –> direkod dalam BTR.

  84. cikgu?adakah cek tak laku dicatatkan di sebelah debit buku tunai

  85. Amir,

    Jika kita dapati cek tersebut tak layan… awal2 lagi kita tidak rekod dalam BT.

    Jika kita telah rekod dalam BT Debit… maka baru didapati cek tersebut tak layan.. maka kita akan batalkan penerimaan tersebut dengan catatkan disebelah kredit BT

  86. Easy to remember the sentence

  87. asalamualaikum cg,

    mcm mna nak tahu dokumen tu tunai atau kredit?

  88. Qis,

    Jika ada perkataan TUNAI/CEK –> BT
    Urusniaga KREDIT… hanya Invois, Nota Debit, Nota Kredit.

  89. Cg apa fungsi bil bayaran, slip deposit cek dan slip transaksi perbankan elektronik?

  90. Fiyah,

    Dokumen yang membukti bayaran telah dibuat.

  91. salam cg,

    apa perbezaan antara diskaun niaga dan diskaun tunai ? dan macam mana kita nak tahu yg soalan tu utk diskaun niaga atau
    diskaun tunai ?

  92. Zai,

    Diskaun niaga – bila beli banyak @ masa promosi.

    Diskaun tunai – diberi bila bayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

  93. assalam cg narzuki,

    catatan untuk Buku Catatan Pertama:

    Exora Management menjalankan perniagaan khidmat kewangan.

    Urus niaga perniagaan:
    Membeli peralatan pejabat secara tunai

    soalan saya,urus niaga perlu rekod dalam JA atau BT?

  94. Zaila, waalaikumussalam.

    Asalkan urusniaga melibatkan tunai @ cek/bank –> Buku Tunai

  95. terima kasih atas respon cg sebelum ni.

    Soalan saya, terima tunai RM10000 atas perkhidmatan yang akan diberikan pada tahun hadapan.

    bagaimana catatan dalam lejar?
    adakah melibatkan caj perkhidmatan terdahulu?

  96. Zalia,

    Ya.. betul..

  97. Assalamulaikum cikgu… cikgu apa maksud slip wang masuk cikgu?

  98. Ammar, waalaikumussalam..

    Borang yang perlu diisi semasa kita simpan duit tunai ke akaun bank melalui kaunter.

  99. Ooo… baik cikgu terima kasih cikgu

  100. Assalamulaikum Cikgu… cikgu saya tak faham cikgu… kenapa jawapan No.9 tu D cikgu?

  101. Ammar, waalaikumussalam.

    Dia simpan melalui mesin deposit tunai…. maka D jawapannya.

  102. aslm cikgu nak tanya mcm mne soalan ii)
    jualan= 198500+4000
    ABT = 32800+4000
    betul ke macam ni

  103. Syirah,

    mana soalannya… ?
    jika berkaitan urusniaga jualan kredit.. jualan (+) …. ABT (+)

  104. Assalamualaikum cikgu , cikgu yg 24 hrbln tu,mcm mne nak kira utk masuk jurnal belian cikgu?

  105. Ammar, waalaikumussalam..

    Ambil nilai selepas tolak Diskaun Niaga 5%.

    Cuba rujuk dalam dokumen invois.. dimana kedudukan Diskaun niaga… dan Syarat Diskaun tunai.

  106. Assalamulaikum Cikgu… cikgu saya nak tanya kenapa nombor 6 tu D jawapan dia cikgu?…saya tak faham cikgu?… maaf cikgu

  107. Cikgu nombor 8 pun saya pening cikgu … jawapan dia kenapa A cikgu?

  108. Ammar, waalaikumussalam.

    6. Memang itu ciri2 Baucer Pembayaran.. cthnya.. kita bayar gaji kepada pekerja.. kita bagi duit dan minta dia tandatangan baucer.. sebagai bukti dia telah terima duit gaji tersebut.

    8. Terkurang caj.. maka dihantar Nota Debit… untuk TAMBAH nilai buku yang telah DIBELI SECARA KREDIT sebelum ini… maka ini akan menambahkan nilai BELIAN & ABB –> JURNAL BELIAN

  109. Assalamualaikum cikgu,
    Apa maksud nilai panjar Dan sistem panjar cikgu?

  110. Ammar,

    Ianya berkaitan Buku Tunai Runcit.
    Secara mudahnya… GANTI balik jumlah yang telah dibelanjakan.
    Katakan peruntukan sebulan RM200.
    Telah dibelanjakan RM150..
    Tinggal baki akhir RM50.
    maka bulan berikutnya :
    Baki awal RM50
    BANK RM150 –> nilai panjar untuk ganti jumlah yg telah dibelanjakan bulan sebelumnya..

  111. Ooo..baik cikgu terima kasih cikgu

  112. Assalamualaikum cikgu,
    Cikgu , Kalau soalan tu kata dia ambik 2 pendingin hawa harga 1100 tu jawapan dia kan memo? . adakah sebab dia dah beli dan pasang benda tu ?

  113. Fazilah, waalaikumussalam.

    Apabila pemilik ambil barang niaga untuk kegunaan sendiri.. maka dokumen MEMO akan digunakan ubtuk maklumkan kepada kerani akaun untuk merekodkan urus niaga tersebut.

  114. Cikgu, apa maksud resit rasmi?… Dan apa kegunaannya cikgu?

  115. Fadzilah,

    Resit Rasmi adalah dokumen yang dikeluarkan sebagai bukti sesuatu pembayaran telah dibuat.

    Contohnya.. awak bayar yiran sekolah kepada guru kelas.. beliau akan keluarkan Resit sebagai Bukti bayaran telah dibuat dan veliau telah terima bayaran tersebut.

  116. Ooo…apa beza resit rasmi dengan resit cikgu?

  117. Fazilah,

    SAMA sahaja..

  118. Ooo… Terima kasih cikgu..
    Cikgu, boleh tak cikgu bagi contoh makluman kredit dan makluman debit ni macam mana cikgu?

  119. Baik cikgu,
    Cikgu,
    Saya nak tanya apa maksud pesanan belian dan apa maksud galakan pembelian calm Kuantiti banyak?

  120. Fazilah,

    1. Pesanan Belian… dokumen yang kita guna untuk pesan barang2 yang kita nak beli dari sesebuah kedai..
    2. Jika kita beli dalam kuantiti banyak @ beli secara borong.. biasanya pembekal akan beri dalam harga yang lebih murah.. Cth
    harga 1 pasang baju RM50.
    jika beli 10 pasang harga RM45 sepasang… RM5 ialah diskaun niaga. Maka secara tidak langsung akan menarik pelanggan untuk beli banyak… kerana harga akan lebih murah.

  121. Ooo.. Baik cikgu… faham cikgu… terima kasih cikgu

  122. Cikgu ,
    Kalau macam borang pesanan ni maksudnya macam kita (pembeli) ambil borang pesanan kepada penjual ke cikgu?

  123. Fazilah,

    kita pembeli.. kita akan hantar borang pesanan kepada pembekal.. yang kita nak order barang2 tertentu daripada kedai pembekal tersebut.

  124. Ooo… Baik cikgu, faham cikgu…
    Cikgu,
    Saya nak tanya, invois tu macam ini ka cikgu?

    kalau kredit.. Dia bagi invois sbb belum bayar.. Bila dah jelaskan… Dia bagi resit sebagai bukti pembayaran?

  125. Fazilah,

    Ya.. betul.

  126. Assalamualaikum cikgu,
    Cikgu bil tunai ni macam mana cikgu?… Kat buku teks dia kata urus niaga jualan dan belian dengan menggunakan tunai atau cek.. Tapi kat maksud dia… Cuma secara tunai.. Jadi cek tu mcm mana cikgu?

  127. Apa maksud pada glosari tu cikgu?

  128. Fazilah, waalaikumussalam.

    SECARA TUNAI –> bayar SEMASA beli sama ada bayar dengan Wang Tunai @ bayar dengan cek.

    SECARA KEEDIT –> hutang.. akan bayar kemudian.

  129. Assalamualaikum Cikgu

    1. Belian & Jualan brg niaga dengn tunai @ cek
    Dokumen :bil tunai

    Betul tak cikgu?

  130. Waalaikumussalam.

    Ya.. betul.

  131. Assalamualaikum Cikgu,
    Maaf ganggu cikgu
    saya nak tanya kalau kita menjelaskan hutang kepada pembekal melalui perbankan dalam talian, dokumen perniagaan apa yang terlibat ?… terima kasih cikgu

  132. Waalaikumussalam.

    Slip Perbankan Atas Talian

  133. MUHAMMAD 'AMMAR SHAFI BIN ROSLEE

    Assalamualaikum Cikgu,

    Saya nak tanya, apa maksud nota serahan, nota belian dan sebut harga cikgu?

  134. Waalaikumussalam.

    Ketiga2 dokumen tersebut dikelaskan sebagai Dokumen Bukan Sumber.
    Nota Serahan – bila driver lori hantar barang yang kita beli drp pembekal.. beliau serahan barang2 tersebut.. serta diberi kpd kita Nota Serahanutk ditandatangani.. sebagai bukti barang2 tersebut telah diserahkan kepada kita.
    Nota Belian/Pesanan – Kita keluarkan nota @ senarai barang2 yg kita nak beli kepada pembekal.
    Sebutharga – Senarai harga bagi setiap barang2 yg dijual oleh pembekal.

  135. Assalamualaikum Cikgu,
    Apa maksud overdraft bank cikgu? Tak faham cikgu… terima kasih cikgu

  136. Ammar, Waalaikumussalam.

    OVERDRAF BANK adalah merujuk kepada AKAUN BANK yang berbaki KREDIT.

    Jika Ak Bank berbaki debit –> Aset Semasa.
    Jika Ak Bank berbaki kredit (pengeluaran > duit yang ada.. kita terhutang dgn pihak bank) –> Liabiliti Semasa.

  137. ooo…baik cikgu, cikgu apa beza pinjaman dan overdraft bank cikgu?

  138. Pinjaman –> kita buat permohonan untuk pinjam sejumlah wang.. dan kita akan bayar secaran ansuran bulanan untuk suatu tempoh tetentu.. cth: 6 tahun.. 10 tahun.

    Overdraf bank… adalah kemudahan yang disediakan oleh pihak bank bagi pemegang akaun semasa (guna cek)… dimana kita boleh mengeluarkan wang lebih drp wang yang kita ada.. tetapi jumlahnya tidaklah byk sgt dan perlu dibayar balik dlm tempoh yang singkat.. cth dalam 1, 2 minggu shj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.