Modul 4 : Buku Catatan Pertama

Standard Kandungan
4.1 Buku Catatan Pertama
4.2 Jurnal Am
4.3 Jurnal Khas
4.4 Buku Tunai
4.5 Buku Tunai Runcit
Standard Prestasi
TP1 Menyenaraikan Buku Catatan Pertama.


TP2 Menerangkan tujuan penyediaan Buku Catatan Pertama


TP3 Melakar format Buku Catatan Pertama dan menerangkan aturan merekod urus niaga


TP4 Mengenal pasti dan memadankan urus niaga bagi setiap Buku Catatan Pertama.


TP5 Merekod urus niaga berdasarkan penyataan urus niaga dan dokumen sumber dalam Buku Catatan Pertama termasuk menulis keterangan ringkas dalam Jurnal Am secara manual.
Menutup Jurnal Khas, menjumlah lajur-lajur diskaun dan mengimbangkan lajur Tunai dan Bank dalam Buku Tunai dan memjumlah lajur analisis, mengimbang Buku Tunai Runcit serta merekod rekupmen.


TP6 Menghasilkan Buku Catatan Pertama dengan merekod urus niaga berdasarkan penyataan urus niaga dan dokumen sumber menggunakan aplikasi TMK.

  1. Ammar,

    Google di youtube.. akan jumpa cara2 postkan BCP ke lejar..

  2. Cikgu,jika soalan tulis
    Penerimaan tunai daripada ketua juruwang
    Di buku tunai runcit,butir saya nak tulis tunai atau bank?

  3. Jika soalan(buku tunai runcit)x ada tulis nak menunjukkan lajur pelbagai,kita pun nak tunjukkan lajur pelbagai ataupun x perlu tunjuk?

  4. Stella,

    Tunai.

  5. Cikgu,soalan kedua itu macam mana?

  6. Cikgu,derma kira belanja am atau pelbagai?di buku tunai runcit.

  7. Dakwat komputer kira belanja pejabat atau alat tulis?

  8. Majalah kira belanja pejabat atau alat tulis?

  9. Stella,

    Jika tidak diminta buka lajur PELBAGAI… maka tidak perlu buka. Kita buka apa yang diminta sahaja.

    Derma… lihat kepada kesesuaian lajur yang ada.. jika ada lajur Belanja Am dan Pelbagai… Pelbagai lebih sesuai, kerana item2 dalam lajur pelbagai akan diposkan ke Akaun Item tersebut..

    Dakwat komputer –> Alat Tulis.
    Majalah –> Belanja Pejabat.

  10. Terima kasih cikgu

  11. Cikgu,jika beli sampul surat pos laju kira belanja pejabat atau belanja pos?

  12. Stella,

    Sampul surat –> Alat tulis
    Sampul surat pos laju –> Belanja Pos

  13. ok terima kasih cikgu

  14. Saya nak tanya kalau soalan dia menunjukkan dia memulakan perniagaan dan perlu dicatat di jurnal am. Macam mana nak imbangkan antara debit dan kredit dan macam mana nak tahu berapa modal dia?

  15. Azlina,

    Konsepnya ikut persamaan perakaunan A = L + Modal
    Kita catatkan ASET sebelah debit, LIABILITI sebelah kredit… kira beza jumlah Debit dan Kredit –> itulah MODAL.

    ASET……. 100
    LIABILITI…………70
    MODAL……………. ?
    …………100 …..100

  16. assalamuaikum cikgu..apa beza memulakan dan manyambung perniagaan..

  17. Mohd Imran, waalaikumussalam.

    Memulakan perniagaan –> kita baru tubuh perniagaan.. baru nak mula berniaga.. rekod perakaunanpun baru nak buat.

    Meneruskan/menyambung perniagaan –> kita lama berniaga.. rekod perakaunan sudahpun disediakan sebelum ini… maka kita hanya sambung rekod perakaunan yang sedia ada.

  18. Assalam cg.

    sebenarnya saya agak pening untuk tentukan yang mana satu debit dan kredit.

    Bole tolong jelaskan. Terima kasih.

  19. Uzair Ali, waalaikumussalam.

    1. Kuasai kemahiran klasifikasi akaun yang betul.
    2. Fahami asas pertambahan/kedudukan baki akaun. Aset & Belanja –> Debit
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> Kredit.
    # jika berkurang –> sebaliknya.

  20. hafizahkamaruddin91

    Assalamualaikum Cg,

    Saya keliru sedikit berkaitan dengan urusniaga yang direkodkan di dalam Jurnal Am iaitu:

    -Modal tambahan selain tunai dan bank

    Contoh soalan:
    Pemilik telah membayar insurans kedai sebanyak Rm360 dengan tunai peribadi

    Berdasarkan soalan di atas
    1)Perlu rekod dimana cg?
    2)Sekiranya rekod di Jurnal Am saya mahu
    tahu kenapa kerana ianya melibatkan
    tunai sedangkan sudah dinyatakan bahawa
    modal tambahan yang direkod di jurnal Am
    mesti selain tunai dan bank.

    Sekian.

  21. Hafizah, waalaikumussalam.

    TUNAI / BANK dalam rekod perniagaan adalah merujuk kepada wang tunai dan wang di bank bagi perniagaan tersebut.. Wang pemilik tidak terlibat Ak Tunai perniagaan. Maka dalam soalan ini, Ak TUNAI tidak terlibat.

    Bayar Insurans perniagaan –> merupakan BELANJA bagi perniagaan tersebut –> Ak INSURANS terlibat.
    Pemilik BAWA MASUK –> merupakan modal tambahan –> Ak MODAL terlibat.

    Dt: INSURANS …. (Belanja berbaki DEBIT)
    Kt: MODAL ……. (Ekuiti Pemilik berbaki KREDIT)

  22. assalamualaikum,saya confius,belian barang -barang secara kredit kita masuk dlm jurnal mana?

  23. Assalam cikgu. Maaf, boleh jelaskan beza jurnal penerimaan, pembayaran tunai dengan buku tunai? adakah fungsi buku tunai telah menggantikan jurnal penerimaan dan pembayaran tunai?

  24. Cikgu Najigha, waalaikumussalam.

    Fungsinya sama sebagai BCP.. yang merekodkan semua urus niaga tunai perniagaan. Ianya bergantung kepada amalan perniagaan sama ada menggunakan BT atau JTT dan JBT. Jika guna JTT dan JBT… Ak Tunai dan Ak Bank perlu disediakan untuk mengetahui baki akhir Tunai dan Bank.

  25. Cg,
    Pulangan sebuah perabot kepada Kedai Lee kerana tersalah model.
    Apakah dokumen yang digunakan ?

    Apakah catatan buku pertama yang digunakan untuk merekod?

  26. Chee,

    Cuba berikan jawapannya… kemudian saya komen jawapan tersebut..

  27. Jawapan saya ialah:

    Dokumen sumber- Nota kredit

    Jurnal Am digunakan untuk merekod kerana Pulangan aset dan bukan Pulangan Barang Niaga.

    betulkah, Cg

  28. Chee,

    Nota kredit –> betul.
    Jika barang niaga –> JPB
    Jika bukan barang niaga –> JA

  29. Terima Kasih Cg

  30. Cikgu ,ikut silibus lama,lajur folio dalam jurnal x payah tulis kerana x beri markah,sekarang silibus baru ni perlu tulis lajur folio x?(Dalam jurnal dan lejar)lajur folio ni ada kira markah?

  31. Stella Lai,

    Jangan samakan tujuan PdPc dan Pentaksiran (pemarkahan).
    PdPc –> ajarkan apa yang dinyatakan dalam DSKP dan buku teks.
    Pemarkahan –> berubah2 mengikut apa yang hendak diuji oleh panel penggubal pada tahun tersebut.
    Walaupun sebelum ini tiada markah untuk folio… kita tetap kena ajarkan kepada pelajar.. manalah tahu pada tahun ini perkara tersebut diberikan markah.

  32. Ok terima kasih

  33. Assalamualaikum ckg..

    Utk soaln ?,kat bhagian mne kite kene letak dlam buku tunai?

    Soalannya=Jual barang kpd Subha & terima tunai rm800.Sebanyak rm500 dibankkan.Bakinya dsimpan di pejabat.

  34. Maisarah, waalaikumussalam.

    BT –> Dt Jualan 300(Tunai), 500(Bank)

  35. Ckg,tlong cek sye punye jwapan utk buku tunai..

    1) kluarkn cek utk kgunaan kdai rm 500.

    Bhgian kredit
    Butiran=blanja
    (Bank,rm500)

    2)pindahkn tunai pjabat rm300 ke akaun bank.

    Bhagian debit Bhagian kredit
    Butirn=bank Butirn=tunai
    (Tunai,rm300) (bank,rm300)

    3)mmbyar upah dgn tunai rm90.

    Bhagian kredit
    Butirn=upah
    (tunai,rm90)

    4)byar deposit air dan elektrik dgn tunai rm200

    Bhagian kredit
    Butirn=deposit
    (Tunai,rm200)

    5)mmbwa msuk tunai pribadi rm3000 ke dlam akaun bank prniagaan

    Bhagian debit
    Butirn=modal
    (Bank,rm3000)

  36. Maisarah,

    1. Catatan kontra. Bank–>Tunai
    Dt Butir: Bank 500(Tunai)
    kt Butir: Tunai 500(Bank)

    2. Catatan kontra.. Tunai–>Bank
    Dt butir: Tunai 300(Bank)
    Kt butir: Bank 300 (Tunai)

    3. Betul

    4. Butir: Deposit kadar bayaran

    5. Betul.

  37. Assalamualaikum cikgu,

    Sy ada soalan nak minta bantuan cikgu.

    Catatan dalam jurnal am.

    Bayar bil air RM120 dgn cek, Kadar bayaran debit, bank kredit
    Derma ke rumah anak yatim RM100 dengan cek, Derma debit, bank kredit
    Byr premium insuran RM240 dengan cek
    Insuran debit, bank kredit.

    Betul tak jwpn saya, cikgu. Terima kasih.

  38. Satu soalan lagi, cikgu

    Ambilan barang dari stok untuk kegunaan keluarga.

    Jurnal Am: Ambilan – Debit, Modal – Kredit

    Betul tak, cikgu. Terima kasih.

  39. Ali, waalaikumussalam.

    Ya. Semua betul… kecuali yang akhir.
    Dt Ambilan Kt Belian

  40. Terima kasih, cikgu

  41. Assalam, nak tnya. Belanja am dan pelbagai dlm buku tunai runcit tu digunakan untuk apa?

  42. Nana,

    Lajur analisis belanja selepas lajur pembayaran –> bertujuan mengkelaskan belanja2 kecil/runcit kepada suatu akaun belanja tertentu…
    Contoh : beli pen.. pencil… buku resit… kita tidak perlu buka Ak Pen.. Ak Pencil.. Ak Buku Resit… sebaliknya kita kelaskan sebagai Ak Alat Tulis… begitu juga dengan lajur2 yang lain seperti Tambang, Belanja Am, Belanja Pos.

  43. Cikgu,

    Kalau dalam soalan Buku tunai runcit diberi satu nilai lebih dari RM120, manakala item lain adalah nilai kurang dr RM100. Maka perlukah kita mengambil nilai RM120 sebagai satu item Pembayaran? TERIMA KASIH Cg.

  44. Chrr,

    Konsep BTR –> hanya untuk belanja yang kecil2 sahaja…
    Dalam soalan akan ada item2 yang tidak sepatutnya masuk… jadi kita perlu pandai menilainya… contoh peruntukkan Tunai Runcit RM100 setiap bulan… maka belanja yang melebihi RN100 sudah tentu tidak layak. Contoh2 lain.. bayar gaji kerani, beli aset bukan semasa.

  45. Cikgu,
    Bagaimana pula jika peruntukan tunai RM300 Dan Dlm urusniaga Ada membayar sewa Lori RM150. Bolehker baki BTR melebihi jumlah peruntukan asal? Bagaimana jika saya rekodkan ia sbgi blnj sewa kenderaan Dlm B.Tunai. Agak keliru sedikit.

  46. Jj,

    Baki akhir tidak mungkin melebih jumlah peruntukan awal. Kerana duit RM300 tersebut yang digunakan untuk belanja –> maka semakin berkurang.
    Boleh masuk sewa lori RM150 kerana kurang RM300…BTR: analisis belanja –> lajur PELBAGAI.

  47. Jika masuk item Rm150, jumlah pembayaran memang akan melebihi jumlah peruntukan awal. Bolehker Dlm situasi ini sewa Lori masuk buku tunai atau mmg kena masuk BTR. Maksud saya jika tidak lebih baharu masuk BTR jika lebih masuk BT

  48. Jj,

    Samaada masuk BT @ BTR…Rujuk kepada soalan… jika tiada lajur Pelbagai dan tidak cukup wang untuk bayar belanja tersebut (jumlah belanja > peruntukan)… maka –> BT.

    Pembelian aset –> mesti BT.. perlukan kelulusan pihak atasan.

  49. aslm cg,
    MEMULAKAN BUKU TUNAI RUNCIT

    pd Dis. 1-menerima cek 100 drpd ketua juruwang

    pd Dis. 27- dia menerima tunai drpd Angela sebagai bayaran balik pinjaman sebanyak RM15

    pd Dis.31- dia menerima gantian wang runcit untuk membayar balik belanja tunai runcit
    —-
    kirenye tunai yg diterima patut diletakkan dlm penerimaan (debit) kan?
    jadi bole ke klau baki h/b lebih drpd cek yg diterima pd Dis.1?

    ATAU

    tunai yg diterimanya xpatut diletakkan dalam buku tunai runcit?

    saya x faham ‘menerima gantian wang runcit’

  50. Ain,

    Jumlah gantian pada 31hb.. adalah merujuk kepada jumlah kredit (belanja) – RM15 (pinjaman)
    Nanti baki hb = 100

    # kita ganti balik jumlah yang dibelanjakan sahaja… pinjaman yang diberi telah dibayar balik –> tidak perlu diambilkira lagi.

  51. terima kasih cg 🙂

    ada soalan lagi,
    bolehke buku tunai runcit diposkan ke dalam lejar?

  52. Ain,

    Sememangnya BCP (termasuk BTR) –> poskan ke Lejar.

  53. cikgu…tolong lihat dalam buku teks yang baru tu 2017…ms 141 macam mana nak buat tu…soalan nombor 4 & 5

  54. Shasha,

    Maaf, Cg berkursus sekarang dan tiada buku teks… sila rujuk guru akaun sekolah.

  55. Cikgu, membeli kertas karbon dan reben mesin taip seharusnya letak dalam ketegori apa? Belanja Am atau Alat Tulis?

  56. Voon Fook Shin,

    –> Alat Tulis.

  57. Cikgu kalau soalan mintak record information into Book Prime Entry
    Maksud nyer yg terlibat journal dan buku tunai kan?

  58. Azmil,

    Ya, Jurnal dan Buku Tunai (Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai)

  59. cikgu mintak tolong semak jawapan saya

    cash sales Rm175 paid direct into the bank

    Dt Sales(c) 175(bank)
    Cr Bank(c) 175(tunai)

    Cash drawing rm105

    Cr Drawing 105(cash)

  60. Azmil,

    1. Dt Bank 175 Cr Saled 175
    2. Dt Drawing 105 Cr Cash 105

  61. Cikgu saya masih tak faham nak letak ke buku tunai tulis mcm mana?

    Catatan kontra
    Dt butiran: bank 175(tunai)
    Ct butiran: sales 175(bank)

    Catatan kontra
    Dt butiran: drawing 105(tunai)
    Cr butiran: cash. 105(tunai)

    macam nie ker cikgu?

  62. Azmil.

    Jualan tunai dibankkan:
    BT –> Debit : Jualan (bank)

    Ambilan tunai:
    BT –> Kredit : Ambilan (Tunai)

  63. Cikgu, kalau dia ckp membeli telefon bimbit utk kgunaan anak, dlm buku tunai nak tulis apa eahh?

  64. Aqilah,

    Jika untuk kegunaan peribadi pemilik –> AMBILAN.

  65. cikgu saya tak faham transaksi nie nak pos ke buku tunai

    Jan. 7 -Received cheque amounted RM560 from Gaya Hebat to settle the total payment of 600

    BT-> Debit: Gaya Hebat(Bank)560

    Jan. 17- Dishonored cheque RM560

    BT-> Credit: Gaya Hebat(Bank)560

  66. Azmil,

    RM560 from Gaya Hebat to settle the total payment of 600

    BT-> Debit: Gaya Hebat (Discount)
    40 (Bank)560

    Jan. 17- Dishonored cheque RM560
    BT-> Credit: Gaya Hebat(Bank)560

  67. Record the above information into Book of Prime Entry ( a special journal is not required)

    maksud dia apa cikgu
    Sbb kena buat buku tunai dan general journal sahaja ker?
    Sbb transaksi tu ada utk special journal

  68. Aznil,

    Jawab dalam jurnal am tanpa sediakan jurnal khas. Contoh belian barang niaga secara kredit daripada pembekal A.
    Dt belian. kt Pembekal A

  69. cikgu kalau transaksi
    The owner of mini market fresh contributed cash in hand rm 30000 as a capital.

    Dalam buku tunai
    Dt-> Mini Market Fresh(Cash)

  70. Azmil,

    Dt Modal (Tunai)

  71. cikgu tolong semak jawapan saya pos ke Cash Book

    1. Received cheque from Salman for RM 3840 in full settlement of his debt RM 3900

    Dt: Salman – Bank 3840
    – Discount 60

    2. Received bank interest RM 410

    Dt: Interest- Bank 410

    3. Paid bank overdraft interest RM154

    Cr: Overdraft- Bank 154

    4. Issued a cheque to Jannah Enterprise for owner’s car repair service worth RM 520

    Cr: Jannah Enterprise- Bank 520

    5. Salman’s cheque returned and dishonored

    Cr: Dishonored cheque -Bank 3840
    -Discount 60

    6. Paid hanis using cash RM 650 and cheque RM 450 in full settlement for her debts RM 1200

    Cr: Hanis – Cash 650
    – Bank 450
    – Discount 100

  72. Azmil,

    3, 4, 5 –> salah butir.

  73. 3. Interest- Bank 154

    4. Drawing la kan cikgu?
    sbb guna duit perniagaan?

    5. Salman – Bank 3840
    (yg nie xde discount kan? sbb cek tendang)

  74. Azmil,

    Ketiga2 Betul..

  75. Cikgu tolong semak jawapan saya

    1. Paid shop rental of RM 600 cash and deposited RM 30000 cash into bank.

    Cr Rent(cash) 600
    Deposit(bank) 30000

    2. Purchased equipment for business worth RM 10000 cash.

    Cr Equipment(cash) 10000

    3. Purchased lorry RM 30000. 10% of the lorry price is paid in cash and difference by loan from DRB Ltd

    Cr Lorry cash 3000
    Bank 27000

    4. Withdraw RM 1000 cash from ATM for personal use.

    Cr Drawing(bank) 1000

  76. Azmil,

    1. Deposit X –> sepatut kontra Dt cash (bank) Cr Bank (cash)

    3. X…. rekod yang bayar saja.
    Loan rekod dlm jurnal am.

  77. Maksudnya no 3
    Lorry(cash) 3000 jer la cikgu?
    Yg loan abaikan?

  78. Azmil.

    Ya.. sebab diminta sediakan cash book saja.

  79. cikgu kalau dekat transaction petty cash ada keluar mcm nie..

    june 28 : Received amount from chief cashier to bring petty cash balance up to the original amount

    apa yg kita kena buat?

  80. Azmil,

    Kira akan ganti balik jumlah yang telah dibelanjakan… supaya baki awal berikutnya menyamai jumlah yang diperuntukkan setiap bulan.

  81. Cikgu kalau istilah deposit cash into bank, dengan transfer cash into bank

    Sama je ker kontra?

  82. Azmil,

    Lain,
    Deposit –> simpan wang tunai ke bank.
    Transfer –> pindahan wang dari akaun bank kita ke akaun bank pihak lain

  83. Maksudnya cikgu

    Kalau
    Transfered cash into bank RM1200

    CB: Cash(bank) 1200

  84. Azmil,

    Kontra…. masuk kedua2.. Cash dan Bank
    Dt cash (bank) 1200 Kt bank (cash) 1200

  85. Ok cikgu terima kasih banyak- banyak
    Doakan saya dan kawan saya dpt jawab final akaun untuk esok
    kami selalu rujuk dengan cikgu kalau ada masalah dengan akaun
    Smeoga cikgu murah rezeki dan segala urusan dipernudahkan oleh Allah Swt
    Amin…

  86. Azmil,

    Aamiin..
    Cgu juga doakan semoga Azmil dan rakan2 diberikan ketenangan semasa menjawab, mengingati apa yang telah dibaca dan dipelajari.. memahami kehendak soalan.. dan dapat menjawab dengan baik dan betul… seterusnya beroleh keputusan yang cemerlang..insyaAllah.

  87. Salamun A’laik..

    Thanks for every basic account note yg cikgu provide here.Its help me to recap esply term2 accountng in bahasa.
    Semoga semua adik2 brjaya dlm xm nanti.Basic acctg knwldge ni mmg sgt penting smpai in workng evrmnt pun still guna.

  88. Perniagaan Perabot Jaya telah menghantar nota debit kpd Kedai Runcit Tan. Dlm buku catatan pertama manakah kerani akaun Perniagaan Perabot Jaya merekodkan urusniaga tersebut? Jawapan saya Jurnal Jualan. Adakah betul?

  89. Mika,

    Ianya bergantung kepada tujuan nota debit tersebut dikeluarkan…
    Jika berkaitan dengan barang niaga terkurang caj –> Jurnal Jualan.
    Jika berkaitan caj angkutan –> Jurnal Am

  90. As salam cikgu,
    kalau soalan membawa kereta sendiri bernilai 90,000 untuk kegunaan perniagaan. dalam jurnal am tulis apa ye? Kenderaan? dan bahagian debit? Betul ke cikgu?

  91. Biha, waalaikumussalam.

    Dt Kenderaan –> Betul
    Kt Modal

  92. Assalamualaikum cikgu,

    Dis 1 – Memulakan perniagaan perkhidmatan perancangan kewangan dengan melaburkan tunai RM50,000 dan peralatan pejabat RM10,000
    Dt Tunai RM50,000, Alatan Pejabat RM10,000
    Kt Modal RM60,000

    Dis 2 – membeli peralatan pejabat RM 5,000 dan bekalan pejabat RM 2,000 secara kredit
    Dt alatan pejabat RM5,000, bekalan pejabat RM2,000
    Kt pemiutang RM7,000

    Soalan saya, apa beza alatan dan bekalan pejabat dalam syarikat ni? Saya terfikir ada belian barang niaga ke untuk syarikat perkhidmatan? Dan betul ke butir untuk jurnal diatas?

    Terima kasih cikgu.

  93. Adda, waalaikumussalam.

    1 dis –> Betul
    2 dis –> Betul

    Beza: Alatan pejabat -> barang tidak habis bila digunakan cth: Komputer, Mesin Fotostat dll.
    Bekalan pejabat –> barang yang digunakan untuk urusan pejabat dan ianya akan habis Cth: Alat tulis, Fail2, Kertas A4 dll.

  94. Cikgu.. Assalamualaikun.. Nak tanya.. Bila kita memulakan perniagaan dengan modal sendiri sebanyak rm10 tunai dan membeli aset seperyi van, generator ds..

    Soalan
    Adakah pembelian aset tu harus direkod d buku tunai atau d jurnal am?

    Soalan 2
    Modal tunai tu harus drekod d mane?
    Confius cikgu

  95. Allon, waalaikumussalam.

    Penyataan yang diberi tidak jelas.

    1. Jika pemilik bawa masuk Tunai, kenderaan, mesin bagi memulakan perniagaan..–> JA:
    Dt tunai
    Dt kenderaan
    Dt mesin
    Kt modal
    Dan Tunai –> sekali lagi masuk dalam BT.
    2. Jika pemilik bawa masuk tunai sahaja..–> boleh terus masuk BT.
    Kemudian baru beli kenderaan –> masuk BT sebelah Kt (wang keluar)

  96. Cikgu,

    Cuba tanya

    Jurnal penerimaan tunai, jurnal pembayaran tunai dan buku tunai also dikelaskan sebagai jurnal khas?

    Terima kasih

  97. Swee Kung,

    Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai –> Jurnal Khas

  98. Cikgu,

    Kalau jawapan kita tidak letak lajur untuk folio, bolehtak?

    Terima kasih

  99. Swee Kung,

    Jawapan yang lengkap perlu ada folio.

  100. Cikgu,

    1. Tidak kisah sama ada soalan ada provide infor untuk kita isi dalam folio, masih perlu letak lajur untuk folio, betul?

    2. Cuba tanya kalau invois itu ialah beli kipas siling, so jawapan kita ialah lekapan, betul?

    Terima kasih

  101. Swee Kung,

    1. Untuk tujuan PdPc –> lengkapkan folio supaya pelajar faham maksud & penggunaannya.
    2. Ya betul.

  102. Cikgu,

    cuba tanya soalan seperti:
    Membeli 30pasang kasut sukan secara kredit daripada Kent Trading pada harga senarai RM50 sepasang, tolak diskaun niaga 10%.

    Menyediakan jurnal belian.

    So, kita perlu tunjuk diskaun niaga di dalam jurnal belian tak? Ataupun terus kira berapa belian dan terus tulis amaun selepas diskaun?

    Terima kasih.

  103. Swee Kung,

    Kita terus rekod jumlah hutang (selepas tolak diskaun niaga).

  104. Cikgu,

    Cuba tanya sekarang syllabus tidak ada lagi jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai?

    Terim kasih.

  105. Swee Kung,

    Masih ada…. sila rujuk DSKP Tingkatan 4

  106. Cikgu,

    cuba tanya kita mesti masuk lajur “folio” di lajur analisis bayaran dalam buku tunai runcit ?

    terima kasih

  107. Sherine,

    Lajur folio masih perlu cuma untuk catatan tertentu : seperti terima wang daripada ketua juruwang –> BT1
    Jika ada lajur PERBAGAI cth: Pinjaman LAx Derma LAx
    Manakala untuk catatan belanja kecil2 tidak perlu. Tetapi kita tulis dibawah jumlah bagi setiap Lajur Analisis cth: Alat Tulis (LAx) Tambang (LAx)
    –> folio ini merujuk kepada lejar / akaun yang akan diposkan.

  108. Cikgu,

    1. Cuba tanya boleh tak kita tulis F untuk folio semasa pemeriksaan?

    2. Cikgu cuba tanya apakah aplikasi TMK?

    Terima kasih.

  109. Swee Kung,

    1. Sebaik2nya tulis penuh.
    2. TMK = ICT –> aplikasi Ms Word.. Ms Excel.. dll.

  110. Urusniaga berlaku dalam Perniagaan ABC

    Terima tunai daripada Ali RM 740. Beri diskaun tunai RM 60.

    Rekod dalam jurnal penerimaan tunai atau jurnal pembayaran tunai.

    Jawapan :

    a. Catat dalam Jurnal penerimaan tunai

    Column : Penghutang = RM 740
    Tunai = RM 740
    Diskaun diberi = RM 60

    ATAU

    b. Column : Penghutang = RM 800
    Tunai = RM 800
    Diskaun diberi = RM 60

    Mana satu jawapan yang betul cikgu ? A atau B?

  111. Mohd Hanafi,

    A. 740 –> nilai selepas tolak diskaun

  112. Cikgu,

    Cuba tanya satu soalan:
    Apakah butir yangdirekod dalam buku tunai?
    I. AMBILAN TUNAI
    II. BAYARAN BELANJA AM
    III. BELI STOK SECARA KREDIT
    IV. pulangan barang niaga

    Jawapan: I.

    Betul?

    Terima kasih

  113. Cikgu,

    cuba tanya semasa kita rekod catatan pembukaan di jurnal am, di lajur debit dan kredit perlu tulis satu jumlah tak ?

    Terima kasih

  114. Swee kung,

    1. Mana2 yang melibatkan wang tunai/cek keluar @ masuk.

    2. Senaraikan akaun2 sebelah Debit dan kredit.

  115. Cikgu,

    Cuba tanya senaraikan akaun2 sebelah debit dan kredit sahaja kan, tak payah jumlahkan debit ada beraa dan kredit ada berapa, betul?

    Terima kasih.

  116. Swee Kung,

    Untuk catatan pembukaan.. kita perlu jumlahkan bagi memastikan ianya seimbang antara debit dan kredit.

  117. Cikgu,

    Cuba tanya:
    1. Cek tak laku, seams buat buku tunai, kita perlu tulis apa butir untuk cek tak laku? Nama syarikat atau”cek tak laku”?

    2. Buku tunai runcit. Kalau soalan tidak ada akaun pelbagai, kita perlu masuk lajur pelbagai tak?

    Terima kasih.

  118. Swee Kung,

    1. Nama Syarikat
    2. Akaun Pelbagai –> memang tiada.. untuk lajur pelbagai kita buka akaun item itu sendiri.. cth: pinjaman –> Ak Pinjaman

  119. Cikgy,

    1.cuba tanya kalau soalan tiada pinjaman, kita perlu masuk lajur Pelbagai tak?

    2. Sampul surat ialah belanja alat tulis, betul? Kalau soalan tidak minta kita masuk lajur belanja alat tulis, cuma ada lajur pos, so sampul surat letak sebagai pos. Betul?

    3. Kalau sampul surat dan setem, ialah belanja pos. Betul?

    Terima kasih.

  120. Swee Kung,

    1. Lajur perbagai digunakan bagi urus niaga mempunyai akaunnya sendiri.. cth lain selain pinjaman –> Derma, Belian, Upah.
    2. Kita pilih lajur yang paling sesuai .
    3. Ya… jelas untuk tujuan pos… sebab ada setem.

  121. assalamualaikum Cikgu.macam mana nak imbangkan buku tunai
    CTH: debit tunai lebih banyak dari kredit tunai
    Dan
    kredit bank lebih bnyak dari debit bank

  122. Syw, waalaikumussalam.

    Imbang secara berasingan.. Tunai dan Bank.
    Tunai:
    Kt Baki h/b
    Dt Baki b/b
    Bank
    Dt Baki h/b
    Kt Baki b/b

  123. Cikgu,

    Cuba tanya kalau dalam buku tunai runcit ada derma, ia ialah letak dalam lajur pelbagai atau belanja am?

    Terima kasih.

  124. Swee kung,

    Pelbagai… lebih sesuai

  125. Cikgu,

    1. Cuba tanya masih ada guna “baki b/h” sekarang?

    2. Cuba tanya perlu tulis nama syarikat kita di atas semua jurnal dan buku tunai semasa jawab soalan?

    Terima kasih.

  126. Swee kung,

    1. Ya .. imbangkan dengan Baku h/b dan Baki b/b
    2. Tidak perlu

  127. cigu, kalau soalan latihan buku tunai , dia bilang ‘membeli pelbagai jenis barang niaga secara kredit daripada syarikat tut pada harga senarai 50 , kurang diskaun niaga 10% ‘

    tia paya kasi masuk dalam buku tunai kan? means kita hanya abaikan sebab ayat ini untuk jurnal khas .. betulka tu?

  128. Beyya,

    Beli barang niaga secara kredit –> Jurnal Belian.
    # Bukan BT

  129. Cikgu, berikut merupakan dokumen perniagaan :

    Memo: (12Mei2000)
    – Rekodkan belian kredit sebuah kenderaan terpakai RM10000 daripada Delta Bhd untuk kegunaan perniagaan. Uruskan cek pembayarannya pada akhir bulan ini.

    Baucer Pembayaran: (31Mei2000)
    – Bayaran harga kenderaan RM12000

    Cikgu, tumpang tanya, macam mana rekod maklumat di atas dalam buku catatan pertama dan lejar ?

  130. Wong,

    12 Mei –> Jurnal Am –> Lejar
    31 Mei –> Buku Tunai–> Lejar

  131. Tapi cikgu, kenapa documen pertama 10k tapi 12k pada document terakhir ?

  132. Wong,

    Itu masalah soalan..

  133. cikgu, dalam buku tunai 3 kolum, katakan mula2 syarikat terima cek 1200 dan memberikan diskaun 120. catatan ini akan dimasukkan di sebelah debit. Seandainya cek didapati tak laku dan dipulangkan oleh bank dan diskaun dibatalkan, mengapakah jawapan dimasukkan di sebelah kredit 1200 untuk kolum bank sahaja? diskaun tidak dicatatkan? Jawapan tidak mengambilkira diskaun sedangkan dlm ayat ada menyatakan diskaun dibatalkan.
    Rujuk buku teks form 4.

  134. Nurzarina,

    Dalam BT:
    Dt –> Diskaun Diberi
    Kt –> Disksun Diterima
    # dua akaun yang berbeza.

    Cek dibatalkan –> BT Bank : kt
    Diskaun diberi dibatalkan –> kita rekod dalam JURNAL AM :
    Dt ABT Kt Diskaun diberi

  135. Cikgu,

    Itu baki b/h stand for baki bawa ke hadapan. Ada ini lagi tak? Saya ingat ini ialah syllabus lama, kan?

    Terima kasih.

  136. Swee Kung,

    Baki h/b & Baki b/b

  137. cikgu,kenapa debit ambilan ,kredit belian,bukan kredit inventori?terima kasih cikgu..

  138. cikgu,saya tak faham sistem panjar

  139. Ryann,

    1. Inventori dan Belian adalah merujuk kepada barang niaga yang sama…
    Inventori –> barang niaga yang tidak habis dijual pada akhir tempoh perakaunan –> jadi baki awal tempoh berikutnya.
    Belian –> barang niaga yang dibeli dalam tempoh perakaunan semasa.
    AMBILAN barang niaga –> urus niaga SEMASA –> kita rekodkan di Ak Belian

    2. Sistem panjar –> secara mudahnya : GANTI BALIK jumlah yang telah dibelanjakan.
    Cth: Tunai Runcit ada RM100… telah dibelanjakan RM70…baki tinggal RM30 –> maka ikut sistem panjar wang RM70 akan digantikan semula untuk kegunaan bulan hadapan pula.

  140. Cikgu, pemilik membayar sewa kediaman RM500 dengan wang perniagaan, maka, catatan Dt Ambilan Kt Sewa, betul keh?

  141. Ds

    Salah

  142. salam cikgu, cuba tanya apa tu bayaran balik tunai?

  143. cikgu, berapa amaun yg tak masuk buku tunai runcit?

  144. Chanfatt,

    1. Duit yang telah dibelanjakan akan digantikan balik ikut sistem panjar untuk kegunaan belanja tunai runcit bulan berikutnya.

    2. Tidak betgantung kepada amaun semata2… kita lihat item belanja itu sendiri.

  145. salam cikgu, nak tanya beza buku tunai dengan jurnal penerimaan/pembayaran tunai?

  146. Joanne,

    Fungsinya sama sahaja –> merekodkan urus niaga tunai.
    Ianya disediakan hanya salah satu sahaja –> tidak boleh kedua2 serentak.
    Bezanya:
    1. Jika buka Jurnal –> mesti buka Ak Tunai & Ak Bank dalam Lejar.
    2. Jika buka BT –> Ak Tunai & Ak Bank TIDAK perlu dibuka lagi

  147. Cikgu,kalau modal kena catat dekat jurnal penerimaan tunai ke?

  148. Din,

    Biasa modal –> JA catatan pembukaan.
    Jika diberi Aset dan Liabiliti –> Modal = Aset – Liabiliti

  149. Emma Farisyah

    Cikgu nak tanya…

    • modal tambahan *secara tunai* kan kena masuk buku tunai, butiran kena tulis apa?
    • dalam lejar kena buka akaun apa?

  150. Emma,

    Butirnya –> MODAL
    –> Ak Modal

  151. Emma Farisyah

    Terima kasih…

    Simpanan tetap di bank, dalam jurnal am perlu tulis butiran ape ye?

  152. Emma,

    Simpanan Tetap

  153. Cikgu, kalau soalan seperti ini “membeli bahan langsung daripada Pembekal X secara kredit” masuk jurnal am atau jurnal belian? Walaupun soalan itu memberi invois asal?

  154. Cikgu, nama perniagan pembeli atau penjual yg berada di *kepada:* dalam penyata invois asal mengikut soalan yg diberikn “jualan barang niaga secara kredit kepada perniagaan amy” ??

  155. Azie,

    1. Jurnal Belian…. asal –> belian
    2. Kepala –> Nama Penjual

  156. salam sejahtera. cikgu. mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) apakah maksud belanja am @ belanja pejabat dari sudut perakaunan?

    b) kenapa dakwat komputer tidak boleh direkodkan dlm belanja pejabat sebaliknya direkodkan dlm alat tulis?

    terima kasih

  157. Ricky,

    Belanja am & Belanja Pejabat –> fungsinya hampir sama sahaja.. merekod belanja kecil2 pengurusan pejabat. Buasanya hanya buka salah satu akaun tersebut.

    Manakala belanja2 berkaitan alat2 tulis seperti… pen.. stapler.. kertas fotostat.. dakwat printer.. sampul surat -> Alat Tulis.

  158. Cikgu belanja terdahulu dalam english apa ya??

  159. Jane

    Boleh rujuk DISINI (klik).

  160. perlukah kami catat baki b/b tunai dan bank dalam jurnal am?

  161. Assalamualaikum cikgu, nak tanya…
    Kalau beli alat tulis guna tunai buku tunai runcit, kene tulis di jurnal ke? Dan kalau kena, akaun ape debit dan akaun ape kredit?
    Terima kasih

  162. Liz, waalaikumussalam.

    Ikut kitaran perakaunan.. urus niaga –> BCP –> Lejar –>
    Tunai / Bank –> boleh terus rekod ke BT @ BTR.
    Walau bagaimanapun, jika soalan minta sediakan JA.. maka Dt Alat Tulis Kt BTR

  163. Assalam cg..nk tnye…bku ltihan akaun ape(nama pngluar) yg sesuai untuk digunakan?

  164. Shaa, Waalaikumussalam.

    Mana2 buku sesuai digunakan… asalkan terbitan 2018 .. ikut KSSM.

  165. Hi teacher
    How to.solve this question…pls.help
    Rm 6000 of business bank transferred to business cash machine

  166. For journal.entries and ledger entries

  167. Cikgu, kenapa diskaun diberi kt manakala diskaun di terima dt ?

  168. 2. Apabila peniaga memulakan perniagaan dengan tunai RM10000, jadi perkara ini perlu direkod dalam jurnal penerimaan tunai ?

  169. 1. Salah tu..
    Diskaun diberi –> Belanja –> Dt
    Diskaun diterima –> Hasil –> Kt

    2. Ada beberapa pilihan… Jurnal Penerimaan, Buku Tunai @ Jurnal Am

  170. Terima kasih cikgu, bagi ABT kt. ABB dt. Betulkah?

  171. ABT –> Aset –> Dt
    ABB –> Liabiliti –> Kt
    Tetapi catatan Dalam :
    J.Penerimaan Tunai ABT –> Kt
    # Dt Tunai Kt ABT
    J.Pembayaran Tunai ABB –> Dt
    # Dt ABB Kt Tunai

  172. Terima kasih cikgu. Saya faham dah

  173. Soalan lagi, pindahan jurnal penerimaan tunai ke dalam lejar bank / tunai , butir tulis pelbagai penerimaan atau list kan satu per satu ?

  174. Jumlahnya yang kita pindahkan.. maka butirnya “Pelbagai penerimaan”

  175. soalannya ialah memulakan perniagaan dengan bank RM10000, jadi dalam jurnal penerimaan tunai perlu rekod modal RM10000 atau tidak perlu ? Sebab baki b/b tidak perlu direkod dalam jurnal penerimaan tunai , tapi modal perlu?

  176. Konsepnya mudah… item penerimaan @ terima wang –> masuk jurnal penerimaan.
    Manakala BAKI B/B –> BUKAN item penerimaan.. ianya wang yang sediaada.

  177. assalammualaikum cikgu
    sye nak apa beza belanja dengan belanja pelbagai??

  178. Waalaikumussalam.

    Belanja … umum dan terdapat Akaun belanja yang khusus .. cth: Kadar bayaran.. Sewa.. Gaji dll

    Belanja pelbagai … Akaun yang dibuka khas untuk belanja2 yang tidak khusus… biasanya bernilai kecil dan pelbagai jenis belanja yang jarang2 berlaku.. cth: baiki pintu pejabat.. bilik air.. baiki printer dll

  179. Apa item2 untuk buku tunai runcit ?

  180. Item belanja yang kecil2.. yang tidak memerlukan kelulusan pihak atasan untuk membayarnya memadai kelulusan Ketua Kerani.. seperti belanja miniman, setem, pos dll.

  181. Cikgu, Kalau menerima invois membaiki premis drp Hong Renovation. (mana yg akan dt atau kredit?)
    Dan juga menerima bil air drp Syabas (mana dt/kt?)

  182. 1. Dt Belanja membaiki premis
    Kt Hong Renovation

    2. Jika terima bil tetapi belum bayar..
    Dt Kadar bayaran
    Kt Kadar bayaran belum bayar

  183. cikgu mcm mane nk buat TP6 tu?

  184. Diran,

    Pelajar sediakan jawapan menggunakan komputer .. saya cadangkan guna Ms Excel.

  185. Dalam jurnal penerimaan tunai , perlu catat bank RM 20000 bagi memulakan perniagaan ?

  186. Jonathan,

    Asalkan TERIMA DUIT pada tarikh tersebut –> perlu direkodkan.
    Jika baki2 bulan lepas … tidak perlu rekod kerana telah direkod dalam Ak Tunai @ Ak Bank.

  187. Jadi memulakan perniagaan dengan bank 20000 dikira sebagai TERIMA DUIT ?

  188. Jonathan,

    Ya.. terima pada tarikh tersebut.

  189. Cikgu, ambilan dalam persamaan perakaunan perlu buat kurungan ( ) ?

  190. Jonathan,

    JANGAN… sebab ambilan tidak akan berkurang sentiasa bertambah… dan kedudukan Ak ambilan disebelah debit.

  191. Ok thx .nota kredit diterima kerana Aset bukan semasa terlebih caj direkodkan dalam jurnal am atau jurnal pulangan belian ?

  192. Dalam Akaun pengeluaran , soalan bagi inventori awal dan akhir barang siap , belian barang siap , apa guna belian barang siap ?

  193. Jonathan,

    1. Jurnal khas hanya untuk BARANG NIAGA sahaja.

    2. Kemukakan soalan ikut TOPIK masing2.

  194. Soalan 3 : buku tunai runcit
    Sampul Surat – alat tulis
    Sampul Surat berdaftar – pos
    Setem – pos
    Setem dan sampul Surat – ??
    Tempat letak kereta – belanja perjalanan / belanja pejabat ??

  195. Derma – belanja pejabat atau pelbagai ?

  196. Jurnal penerimaan dan pembayaran tunai terkini ikut buku teks form 4 ?

  197. Ubahsuai bangunan perlu tambah nilai bangunan ?

  198. Jonathan,

    1. Setem dan sampul Surat –> Pos
    Tempat letak kereta –-> belanja perjalanan
    2. Derma –> Pelbagai
    3. Ikut buku teks

  199. nota kredit diterima kerana Aset bukan semasa terlebih caj direkodkan dalam jurnal am atau jurnal pulangan belian ?

    JADI INI CATAT DALAM JURNAL AM …?

    Ubahsuai bangunan perlu tambah nilai bangunan ?
    Pembesaran bangunan perlu tambah nilai bangunan ?

  200. Jonathan,

    Ya.. JA
    Ya
    Ya

  201. Salam cikgu,

    Soalan:
    1.Menjual brg niaga dgn hrga rm1000, kos brgan tsbt adalah rm700.

    2. En.A memulangkn brgan rosak bnilai rm300, kos brg tsbt adlah rm120.

    ** mcm mna jurnal tuk 2 soalan diatas?Tq

  202. Azlan, waalaikumussalam.

    Ianya bergantung kaedah mana yang digunakan : 1. Inventori berkala
    2. Inventori berterusan

    Jika kaedah 1: (sukatan SPM)
    Dt Bank/Tunai 1000
    Kt Jualan 1000

    Dt Pulangan jualan 300
    Kt ABT : A 300

  203. Cikgu, mengeluarkan cek untuk kegunaan peribadi perlu ditulis dlm buku tunai kan. Butir di belah kredit ambilan ker?. Itu sahaja atau perlu ditulis di tempat lain.

  204. Izzah,

    Ya.. betul..

  205. Beli komputer daripada ezy computer. Di butir tulis nama syrkt/komputer?

  206. Izzah,

    Kita guna NAMA apabila melibatkan urusniga secara kredit (samada ABB @ ABT).
    Cuba fikir.. apa yang bertambah ?

  207. Cikgu,

    Zamri telah mengambil brg niaga utk didermakan kpd rumah kebajikan berjumlah 3500. Apakah catatan bergu utk urus niaga di atas?

    Jawapan saya: Dt Derma, Kt Belian
    Jawapan skema: Dt Belian, Kt Ambilan

    Adakah jawapan saya betul?

  208. Mika,

    Kedua-dua jawapan anda adalah lebih tepat.

  209. salam,cg

    nyatakan dokumen sumber dan buku catatan pertama yg terlibat bagi uruniaga berikut

    1.kedai perabut nur membeli sebuah komputer secara kredit
    2.membeli perabot secara kredit daripada kilang perabot mido
    3.membeli barang niaga secara kredit daripada pembekal alimin
    4.jualan barang secara tunai

  210. Nurabiha,

    Sila kemukakan jawapan anda.. kemudian cgu semak dan komen mana silapnya.

  211. cg narzuki,

    1. invois – jurnal am
    2,invois – jurnal am
    3. invois – jurnal belian
    4.bil tunai – buku tunai

  212. Nurabiha,

    Tahniah… semua betul.

  213. Salam Cikgu,

    Bagaimana nak rekod Jurnal ni?

    Perniagaan: Kedai Salon Rambut

    Beli syampu RM950 secara kredit dari Perniagaan Shampoo Wangi untuk servis salon.

    Dt. Apa? (Inventori ke? atau Belanja?)
    Kt. ABB Perniagaan Shampoo Wangi

    Kami confuse pada Debit tu

    Inventori _ macam xbetul sebab dia bukan jual syampu tu tapi dia pakai syampu tu semasa dia bagi servis

    Belanja _ macam xbetul sebab nanti takde catat pada Kos Jualan pula.

    Mohon jasa baik cikgu2. Terima kasih.

  214. Amy,

    Dalam catatan bergu.. kita tidak libatkan Ak Inventori.
    Bergantung kepada jenis perniagaan tersebut… jika hanya menjalankan khidmat salon semata-mata –> ianya dicatat sebagai belanja bekalan.
    Manakala jika ada menjalankan urusan jual beli samypu tersebut… maka ianya melibatkan barang nuaga –> maka kita catat sebagai Belian

  215. cg saya nak tanya soalan tentang buku tunai runcit
    jika soalan memberi tunai(RM80),bank(RM250) dan dikehendaki mencari bayaran balik oleh ketua juruwang?
    bagaimana hendak menyelesaikan soalan ini?
    tq~

  216. Aina,

    Cuba cari perkara berikut daripada soalan :
    1. kita kena tahu berapakah peruntukan setiap bulan.
    2. Berapa yang telah dibelanjakan..
    –> baru boleh kita tentukan berapa yang perlu dibayar balik oleh ketua juruwang.

  217. cikgu,saya nak tanya….kalau lajur tunai lebih banyak di sebelah kredit macam mana nak imbangkan

  218. Nur Amalina,

    Ak Tunai –> TIDAK MUNGKIN berbaki kredit.. ini menunjukkan ada catatan anda yang salah.
    Ak Bank –> boleh berbaki debit @ berbaki kredit.

  219. AZMIL AMIN BIN MOHD HAMSAN

    cash book

    cash sales and cheque were received Rm 1450

    dt sales (cash 725) (bank 725)

  220. AZMIL AMIN BIN MOHD HAMSAN

    Cikgu boleh selesaikan soalan yang saya berikan tak?

    Saya sudah sertakan dengan jawapan

  221. AZMIL AMIN BIN MOHD HAMSAN

    Ini jawapan saya

  222. Azmil

    1. CASH BOOK
    Dt Sales 1450 (Bank)

    2.
    1hb Dt Capital 600 (cash) 2123 (bank)
    8hb Dt sales 1450 (bank)
    Yang lain .. dsh betul

  223. kalau soalan mcm ni
    1)belian barang rm40 dengan tunai runcit.
    dikira jualan belian ke bukan?

  224. kalau soalan mcm ni
    1.jualan tunai rm760 dibankkan
    2.jualan barang dan menerima tunai rm440.tunai dibankkan
    kedua ii ni jurnal jualan ke bukan,cikgu?

  225. Anna,

    1. Jika beli barang niaga –> Belian.
    2. Jika melibatkan TUNAI, CEK/BANK –> mesti BUKU TUNAI

    # JJ –> hanya untuk urus niaga jualan BARANG NIAGA secara KREDIT sahaja.

  226. AZMIL AMIN BIN MOHD HAMSAN

    Cikgu,

    Rahim started his business with RM 20000 cash in hand, RM 30000 cash in bank and RM 13000 motor vehicle.

    Dt Capital (Cash) 20000
    (Bank) 30000

  227. Azmil.

    Dt Tunai 20000
    Dt bank 30000
    Dt kenderaan 13000
    Kt modal ……………. 63000

  228. AZMIL AMIN BIN MOHD HAMSAN

    Maaf cikgu transaksi yang saya tanya tu, untuk masuk ke dalam buku tunai.
    Jadi saya kena tulis macam mana yer?

    Kenderaan tu tak perlu masuk ke dalam buku tunai kan?

  229. Azmil,

    BT
    Dt. Modal 20000(tunai) 30000 (bank)

  230. Nur Anis Nadhirah

    bagaimana hendak mengimbangkan buku tunai sekiranya jumlah bank di bahagian kredit melebihi jumlah di bahagian debit ?

  231. Nur,

    Imbangkan seperti akaun biasa.
    Dt baki h/b
    ………………..Kt Baki b/b

  232. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:

    a) sekiranya terima nota debit drpd pembekal dimana butirannya menyatakan Caj dikenakan ke atas bekas kosong yg tidak dipulangkan oleh pembeli. jd, urusniaga ini perlu direkodkan dlm J.am atau J.belian.? sekiranya J.am, apakah akaun yg perlu didebitkan?

    terima kasih cikgu

  233. Ricky,

    Caj tersebut berkaitan dengan kos belian barang niaga.. kesan ke atas belian –> Jurnal belian.
    Jika dikenakan caj angkutan –> baru JA

  234. kenapa caj angkutan masuk direkodkan dlm jA dan bukannya JB? bknkah ia merupakan sebahagian drpd kos bg mendptkan brg niaga?

    terima kasih cikgu

  235. Ricky,

    JB hanya kos yang memberi kesan atas nilai kos barang niaga iaitu BELIAN…. manakala caj angkutan memberi kesan atas KOS BELIAN seperti Upah atas belian, insurans atas belian dan duti import.

    Apabila kita catat di JA –> nanti akan wujud Ak Angkutan Masuk –> Ak Perdagangan.

    Jika catat di JB –> maka tidak akan wujud Ak Angkutan Masuk dan Jumlah JB tidak lagi mengambarkan jumlah BELIAN KREDIT kerana telah termasuk kos angkutan amsuk.

  236. Kalau memulangkan barang niaga kerana rosak

  237. Cikgu kalau kutipan hasil di buku catatan pertama yang mana

  238. Raffandy,

    1. Jurnal Pulangan Belian
    2. Tunai/cek –> Buku Tunai

  239. Ok terima kasih

  240. Cikgu,

    Soalan : 1) Pd Ogos 1, sebuah bangunan pasang siap dibeli dgn kos RM 47500.Tunai sebanyak RM13500 telah dibyr dan nota belum byr dikeluarkan utk bakinya yg akan dibyr dlm tempoh 1 tahun dengan faedah 6%

    2) Pd Ogos 31 , faedah direkod

    bagaimana nak rekod dalam jurnal am ?

  241. Hzl,

    1. Dt Bangunan 47500
    Kt Tunai 13500
    Kt Nota Belum Bayar 34000

    2. Dt Faedah (34000 x 6% x 1/12) = 170
    Kt Faedah belum bayar 170

  242. Cikgu, kalau memo dia bagi “pemilik telah membayar insurans kedai RM1000 dengan Wang peribadi” tu macam mana nak tulis kat JURNAL AM ? Dan kemudian dipindahkan ke LEJAR ?, Terima kasih..

  243. Aisya,

    Dt Insurans Kt Modal
    –> pindahkan seperti biasa.
    Ak Insurans
    Dt Modal xxx

    Ak Modal
    Kt insurans xxx

  244. Assalamualaikum cg..
    Berkaitan dgn buku tunai:
    Terima cek pinjaman dari bank SME intuk kegunaan perniagaan=ni catatan kontra k atau masuk belah debit or kredit

    Lpstu masukkan tunai perniagaan ke dalam bank= ni catatan kontra kena masukkan nombor dua² belah
    Tpi belah debit tunai belah kredit bank (dekat butir) betul ke cg

    Tlg semak jwpn cg btul k x

  245. Lieya, waalaikumussalam.

    1. Dt Pinjaman bank (bank) … duit masuk… bukan kontra.
    2. Kontra : Dt tunai (lajur bank) Kt bank (lajur tunai)

  246. Salam sekiranya “debtor pay by cheque” apa catatan jurnal nya?

  247. Nabihah,

    Dt Bank
    Kt ABT

  248. Cikgu , kalau menjual barang niaga RM3200 secara tunai kepada kedai ABX dan memberi diskaun RM160 , jadi rekod dlm buku tunai
    Bahagian tunai merekod RM3200 atau RM3200-RM160 ?

  249. Nene,

    Rekod nilai wang yang kita TERIMA.

  250. Adakah belian kredit dan jualan kredit akan memberi kesan kepada modal pemilik?

  251. Diskaun bagi jualan tunai perlu catat dalam akaun bank?

  252. Nene,
    1. Tidak
    2. Tidak

  253. 1. Bukankah belian kredit/jualan kredit akan menjejaskan untung kasar dan untung bersih , jadi kenapa tidak memberi kesan kepada modal ?

  254. Nene,

    Maaf, saya silap faham.. sebab soalan tersebut ditanya di Modul BCP.. ingatkan nak lihat kesan catatan bergu.. sama ada melibatkan Ak Modal atau tidak.

  255. Jadi maksud cikgu ialah akan menjejaskan?

  256. Nene,

    Kesan kepada Modal… kita rujuk kepada item2 di EKUITI PEMILIK –> Modal awal (+) Untung Bersih (-) Ambilan = Modal Akhir.
    Maka mana item yang melibat UB dan Ambilan akan memberikan kesan keatas Modal akhir.
    UB = Hasil – Belanja –> maka mana2 item yang melibatkan Hasil & Belanja –> kesannya keatas UB –> seterusnya Modal akhir.

  257. Jualan menambahkan ekuiti pemilik dan belian mengurangkan ekuiti pemilik . Betul?

  258. Nene,

    Ya

  259. cikgu kalau masukjan tunai peribadi ke akaun bank perniagaan rm20 000 dalam jurnal penerimaan tunai la kan?

  260. apa perbezaan antara jurnal penerimaan/pembayaran tunai dengan buku tunai kerana kedua-dua adalah penerimaan dan pembayaran secara tunai atau cek

  261. Ramli,

    1. Ya.. butirnya Modal
    2. Fungsi SAMA… boleh guna SALAH SATU sahaja.

  262. Assalamualaikum cg boleh tlg semak jwpn saya

  263. Liya, waalaikumussalam.

    Semua betul.. kecuali
    21hb… kita terima cek –> DT (Bank)

  264. Terima kasih cg

  265. 23hb butir dia kna tulis komisen atau mega letrik

  266. Knpe 21 hb debit cg

  267. Liya,

    Ya.. komisen
    Kita yang terima cek daripada Suhaimi….. bank bertambah –> Dt

  268. Assalamualaikum cikgu,
    Soalan:

    Sold goods to
    -kemboja $2500 paid by cheque and been given a trade discount of 5%.
    – rose $5000 paid by cash and another half on credit.

    Cikgu, macam mana nk transfer dalam ledger?
    Discount perlu kira dahulu atau tidak?
    Peratus diskaun perlu ditulis dalam ledger ke?
    Untuk soalan kedua, kita perlu tulis cash ataupun account receivable?
    Terima kasih cikgu.

  269. Leeya, waalaikumussalam.

    1. Diskaun niaga tidak perlu rekod.
    2. Tulis kedua2.. dengan nilai masing2.

  270. 1.maksudnya saya perlu tulis $2500 atau $2375 utk soalan 1

  271. Leeya,

    Terima cek RM2500 –> rekod RM2500…. itu nilai dibayar selepas ditolak diskaun.

  272. Baik cikgu, terima kasih

  273. Assalamualaikum cg,
    Byr prmium insuran trltak dkat jurnal mana ya?
    2)derma rmah kbjikan dltk dkat jurnal mana cg?

    Upah pekerja jurnal mana cg?

  274. Muhammad, waalaikumussalam.

    Asalkan melibatkan BAYAR @ TERIMA tunai/cek –> mesti Buku Tunai @ Jurnal Penerimaan Tunai & Jurnal Pembayaran Tunai.

  275. Terima kasih cikgu

  276. cikgu utk bcp invois asl ngn nota kredit asl ape

  277. Ahmad,

    ASAL –> BELI.
    Invois –> BELIAN
    Nota kredit –> PULANGAN BELIAN

  278. Assalam cikgu
    Soalan buku catatan pertama

    Dlm catatan pembukaan diberi
    lengkapan rm15000

    Diberi invois asal:membeli rak pameran secara kredit drpd pembekal A

    Skema jawapan -dt lengkapan kt pembekal A

    Cikgu..jika saya jawab
    DT perabot kt pembekal A adakah salah…sbb Rak pameran itu adalah perabot

  279. Hanna, waalaikumussalam.

    Ak Lengkapan –> sudah termasuk perabot, rak pameran, kerusi, meja, soda dll.

    Kecuali.. sebelum ini BELUM buka sebarang akaun.. maka kita boleh buka Ak Perabot @ Ak Lengkapan.

  280. Assalamualaikum cg knpe saya x bleh nk ambik gmbr

  281. Yaa, waalaikumussalam.

    Mungkin failnya terlalu besar.

  282. Cikgu Saya masih tak faham akan dokumen dokumen tersebut

    1.Invois(asal)
    (salinan)

    2.Nota Debit(asal)
    (salinan)

    3.Nota Kredit (asal)
    (salinan)

    Lepas tu cikgu dalam buku Tunai Untuk Setiap dokumen kan kena tulis butir

    Butir tu Saya taktahu nak tulis apa untuk dokumen yng diberi

    Boleh cikgu Beritahu butir yng perlu ditulis yng Untuk Buku Tunai bagi dokumen dokumen yng masuk dalam buku Tunai

    Lepas tu cikgu Mcm mana nak tahu benda itu kontra Selain daripada slip bank

  283. Khusa,

    Kita PENJUAL –> Salinan (Jualan, PJ & ABT)
    Kita PEMBELI –> Asal (Belian, PB & ABB)

    BUTIR –> merujuk DT: TERIMA untuk apa KT : BAYAR untuk apa.
    Butir –> merujuk kepada NAMA AKAUN : ikut catatan bergu.

    CATATAN KONTRA:
    1. Simpan Tunai ke Bank –> Slip Bank
    2. Keluar duit Bank utk Tunai –> Keratan cek

  284. 1.Cikgu ada dokumen dia beri
    Butiran Dia tulis dalam dokumen itu ialah
    Menjelaskan sebahagian invois 112BVlC
    Atau Menjelaskan invois 3665HG

    Yngni butir nak tulis apa

    2.Lepastu cikgu Mcm mana nak kenal pasti Dia Terima diskaun atau dia beri diskaun
    Dalam buku Tunai

    3.Setengah dokumen Dia tulis diskaun Tunai Untuk dokumen tersebut

    Tapi setengah Dia Tak tulis, tapi jika semak jawapan balik akan Ada diskaun Untuk dokumen itu

  285. Kelvin,

    1. Jelas sebahagian –> maksudnya tiada diskaun.
    Jelas sepenuhnya –> kena kira diskaun (harga dalam invois – jumlah bayar)

    2. Diskaun –> jumlah bayar kurang drp jumlah dalam invois.

    3. Jika tidak tulis –> rujuk jawapan 1 dan 2 di atas.

  286. Cikgu kalau dalam jurnal am kalau ada diakaun niaga atau diskaun Tunai

    Yang mana perlu dicatat, diskaun Tunai atau niaga

  287. Cikgu kalau jurnal am dia beri Urus niaga
    Kita perlu catat dalam jurnal am

    Mcm mana nak tahu apa yng debit Dan kredit dalam urus Niaga itu

  288. Kelvin,

    1. Diskaun Tunai…. tiada sebarang perekodan untuk Diskaun Niaga.

    2. Daripada URUSNIAGA:
    # kenal pasti AKAUN2 yang terlibat dahulu.
    # kedudukan Dt @ Kt boleh rujuk dibawah.

    DEBIT –> Aset, Belanja & item kontra (Ambilan, Pulangan Jualan)
    KREDIT –> Modal, Liabiliti, Hasil & item kontra (Pulangan Belian, PHR, SNT)

  289. Berikut ialah petikan sebelah kredit buku tunai perniagaan naim yang menjalankan perniagaan perabot.

    Buku tunai
    2017
    Jun 11 kedai perabot wiyah bank(2500)K

    Urus niaga manakh yg menerangkan catatan tersebut?
    A membeli perabot secara kredit daripada kedai perabot wiyah
    B membeli perabot secara tunai daripada kedai perabot wiyah
    C menjelaskan hutang kepada kedai perabot wiyah
    D kedai perabot wiyah membayar hutang kepada perniagaan naim

    Jwpn saya C
    Cg tlg semak jwapn saya

  290. Jawapan saya A/C

  291. Liya,

    A –> Jika beli kredit –> tidak rekod dalam BT.
    C –> betul

  292. Cikgu kalau buku Tunai runcit
    Belanja Pejabat

    Selalunya yng Ada butir pasal belanja Kat belakang kan?
    Mcm Mrmbaiki Pintu pejabat
    Atau apa apa belakang Dia pejabat

    Betul tAk cikgu?

    Lagi satu cikgu
    Buku Tunai runcit tu dia punya analisis bayaran nak tahu Mcm mana yng Patut Ada

    Ataupun dalam maklumat yang diasuruh sediakan itu sahaja?

  293. Ooi,

    Tidak semestinya juga… cara mudahnya kita bandingkan analisis bayaran mana yang paling sesuai dengan bayaran tersebut.

    Lajur analisis bayaran akan dinyatakan dalam soalan.

  294. Cikgu apa Maksud sistem panjar

    Dan cikgu nilai sistem panjar ialah 400

    Okt 1. Bayaran balik oleh ketua juruwang ialah X

    Jadi cikgu dalam butir
    Okt 1 nak tulis baki bb atau bank?

  295. Cikgu sampul Surat

    Alat tulis kan

  296. Ooi,

    Sintem Panjar –> wang yang diperuntukan untuk tempoh tertentu sebulan, seminggu (ikut ketetapan organisasi masing2).

    Ketua juru wang ambil duit dari Banh –> Tunai Runcit –> butirnya BANK.

    Sampul surat –> Alat Tulis
    Sampul & setem –> Pos

  297. Cikgu kalau alas meja

  298. Ooi,

    –> Belanja Pejabat.
    # rujuk analisis bayaran yang bersesuai Belanja Pejabat (rujuk iten belanja yang bersesuaian)

  299. Cikgu kalau setem Dan Sampul Surat masuk mana

    Alat tulis atau belanja pejabat atau Pelbagai

  300. Ooi,

    Sepatutnya… POS.

  301. Cikgu ada soalan nak tanya
    Perniagaan…..
    Sistem panjar diA 400
    Baki b/b 40

    Jadi cikgu penerimaan Wang Tunai
    X

    Mcm mana nak tahu X TU APA CIKGU
    SOALAN DIAMBIL DARI BUKU TEKS TINGKATAN 4
    BUKU TUNAI RUNCIT

  302. Silap cikgu bayaran balik oleh ketua juruwang ialah X

    X tu nak Cari amaun Mcm mana

  303. Azril,

    Wang panjar RM400 sebulan… Baki bb 40… maka RM360 lagi akan diterima daripada Ketua Juruwang.. supaya setiap awal bulan ada wang ditangan RM400… untuk belanja2 runcit.

  304. Cikgu,
    Kedai kek Amalin menghantar nota debit kepada pasar mini Amalina berjumlah RM175 bagi caj angkutan yang dikenakan. Apakah buku catatan pertama yang sesuai bagi kek Amalin merekodkan urus niaga tersebut? Jawapan jurnal am atau jurnal jualan? Kalau jurnal am, apa yang patut debit dan kredit?

  305. Fatimah,

    Jika guna kenderaan perniagaan.
    Jurnal Am
    Dt ABT
    Kt Hasil khidmat/caj penghantaran

  306. Cikgu,
    Kalau bukan kenderaan sendiri? Bolehkah masuk dalam Jurnal jualan?

  307. Fatimah,

    Tetap tidak boleh… sebab ianya tidak melibatkan Ak Jualan..

    JUALAN –> hanya untuk JUAL BARANG NIAGA sahaja.

  308. Cikgu,

    Apa maksud bagi perkataan ‘rujuk penyuruh bayar’

  309. Siti,

    Maksudnya –> Cek tak laku

  310. Cikgu nama nama akaun dalam Catatan beregu Mcm mana

    Lepastu cikgu Mcm nak tahu butir yng perlu ditulis dalam buku Tunai
    Jika diberi dokumen tertentu

  311. Azril,

    Nama akaun –> rujuk kepada akaun2 yang terlibat dalam urusniaga tersebut.

    Butir dalam BT –> merujuk kepada akaun yang terlibat.

  312. Cikgu,ada soalan akaun akhir tahun tingkatan 4 tak,bersama jawapan?
    Esok saya periksa akaun

  313. Ooi Eu Keong,

    Maaf.. tiada.
    Good luck.

  314. Cikgu Wang Tunai runcit dalam lejar perlu buka tak
    Lepastu cikgu kalau ye
    Catatan pembukaan Wang Tunai runcit tulis baki bb
    Yng dalam buku Tunai tulis bank atau Tunai

    Kalau Catatan dalam Tunai runcit perlu dibawa masuk Tak?

  315. Kelvin,

    Buku Tunai Runcit dan Buku Tunai –> juga mdruoakan lejar… maka TIDAK perlu buka Ak Tunai Runcit.. Ak Tunai @ Ak Bank.

    Catatan Pembukaan ada 2 situasi:
    1. Baru memulakan perniagaan –> Butirnya ialah MODAL
    2. Meneruskan perniagaan –> Butirnya BAKI B/B

    BTR : hanya poskan ke Lejar.. jumlah lajur Analisis Belanja sahaja.

  316. Cikgu kita tulis nama syarikat orang lain kalau apa?

    Dalam buku tunai
    Dan jurnal am

  317. Khusa,

    Semua catatan kita rekod NAMA SYARIKAT ORANG LAIN…. sama ada ianya ABB @ ABT.
    Dalam rekod perakaunan kita… tidak sekali-kali kita buka Ak NAMA KEDAI KITA sendiri.

  318. Maksudnya cikgu dalam buku Tunai runcit Ada pinjaman

    So kita perlu buka akaun pinjaman ka, jadi cikgu Dia item dalam buku Tunai runcit semua belanja kan

    Pinjaman Pembayaran RM 10

    Lepas tu akhir Bulan dia bayar balik pinjaman tersebut

    Jadi Mcm mana Cikgu?

  319. Kelvin,

    Pinjaman pekerja —> BUKAN Belanja (ianya Aset) masuk bawah lajur PELBAGAI.
    Poskan ke Ak Pinjaman Pekerja..sebelah Dt.. apabila bayar balik… Ak Pinjaman Pekerja.. sebelah Kt…. BTR disebelah Dt.

  320. Cikgu dalam imbangan duga Alat tulis 490
    Maklumat tambahan : Alat tulis yng habis guna 404

    Jadi cikgu Bagaimana pelarasan dalam APUR DAN PKK

  321. Azril,

    Inventori Alat Tulis (490-404) 86 –> AS(PKK)
    Alat tulis 404 –> Belanja (APUR)

  322. aslm cikgu , kalau soalan dalam buku tunai macam ni ;
    baki dibawa ke hadapan : tunai di tangan rm255 dan overdraf bank rm1289 . maksudnya dalam buku tunai kene letak pada bahagian debit lah kan ?

  323. soalan kedua pulak , dalam buku tunai jugak ;
    pemilik memasukkan modal tambahan ke dalam bank sebanyak rm5000 . jadi kene diletakkan di bahagian mane dan ape butirannya cikgu ?

  324. soalan yg ketiga pulak , masih dalam buku tunai cikgu ;
    tunai sebanyak rm400 dikeluarkan dari bank untuk kegunaan perniagaan . jadi , kite mesti letak belah kredit kan ? tapi , ape butiran yg perlu saye letakkan cikgu ?

  325. soalan keempat , masih dalam buku tunai ;
    kalau ambilan tunai dari bank perlu diletakkan di belah mane dan ape butiran yg perlu saye letakkan ?

  326. soalan terakhir , masih dalam buku tunai jugak cikgu ;
    memasukkan semua wang tunai yg ada di tangan ke dalam bank kecuali sebanyak rm50 yang ditinggalkan di dalam tabung wang tunai . jadi kat belah mane yg perlu saye letakkan dan ape butiran yg perlu saye tulis cikgu ?

    maaf saye banyak tanye cikgu . saye asik keliru dgn soalan buku tunai ni .

  327. Nuril, waalaikumussalam.

    1. Tunai –> Dt Baki bb
    Bank —> Kt Baki bb

    2. Bank –> Dt Modal 5000

    3. Kontra.. Tunai -> Dt Bank
    Bank –> Kt Tunai

    4. Bank –> Kt Ambilan.

    5. Kontra.. Tunai –> Kt Bank
    Bank –> Dt Tunai

    Konsepnya mudah sahaja..
    Jika WANG MASUK –> Dt
    Jika WANG KELUAR —> Kt
    Butirnya –> untuk tujuan apa.

  328. kalau memasukkan wang tunai sebanyak rm500 ke dalam bank tu belah debit kan pastu lajur bank . apakah butir yg perlu saye letakkan ?

  329. dalam buku tunai juga ;
    Akaun Belum Terima berikut membayar dgn cek dan setiap bayaran ditolak 5% diskaun tunai . Sidek rm120,Wei Jin rm480,Ganesh rm760 dan Aquids rm320 . Bagaimana saye ingin kira dan letakkan di dalam buku tunai ?

  330. Nuril,

    1. Kontra.. butir dalam lajur Bank butirnya Tunai dan lajur Tunai butirnya Bank.
    2. BT sebelah Dt –> sebab terima cek & diskaun diberi
    Dt Sidek lajur Diskaun 5%… lajur bank 95%
    Sama juga dengan ABT yang lain.

  331. tapi akaun belum terima tu dye bayar dgn cek , bukannya dye terima cek cikgu . mohon penjelasan cikgu ??

  332. Nuril.

    CEK –> lajur BANK
    ABT –> Bayar… KITA –> TERIMA –> Debit

  333. kalau soalannya macam ni :-
    Membayar akaun akaun yg berikut ditolak 5% diskaun tunai daripada setiap akaun ; dengan cek Lekha rm520 , Hussein rm660 ; secara tunai Aaron rm140 , Kean Hon rm80 . Kalau soalannya macam ni sama jugak ke kene letak kat bahagian debit ?

  334. soalan seterusnya cikgu ;
    terima invois daripada Syarikat Koko kerana membeli barang niaga berjumlah rm3860 , tolak 10% diskaun niaga . Syarikat Koko tu merupakan Akaun Belum Bayar dalam soalan .

  335. soalan ketiga cikgu ;
    Jan 17 Terima invois drpd Syarikat Jumana kerana membeli barang niaga berjumlah rm680 . Jadi , mestilah masuk jurnal belian kan ?

    Jan 24 Membayar Syarikat Jumana dgn cek rm612 dan terima 10% diskaun tunai . Adakah ianya masuk buku tunai ?

    cikgu tolong terangkan . terima kasih .

  336. Nuril,

    1. Jika KITA BAYAR (wang keluar) –> Kt
    Jika KITA TERIMA (wang masuk) –> Dt

    2&3. Urusniaga KREDIT & berkaitan BARANG NIAGA –> JURNAL KHAS.
    Terima Invois –> kita beli –> JB
    Keluar Invois –> kita jual –> JJ
    Urusniaga TUNAI (tunai @ cek) –> BUKU TUNAI

  337. Hi cikgu
    Saya akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Saya Amat gembira apabila menemui laman web ini kerana segala bantuan yang saya dapat memperoleh untuk subjek ini amatlah bermakna. Mohon jasa baik cikgu untuk memberi saya akses untuk mendapat nota Serta latihan yang disediakan. Terima kasih.

  338. Thrisha,

    Maaf.. saya tidak sediakan nota..
    Manakala soalan latihan yang berbentuk kuiz.. sesiapa saja boleh aksess.

  339. Hi Cikgu,

    Macam mn nak rekod klau soalan dia mcm ni…

    Membeli sebuah kereta untuk kegunaan sendiri yang bernilai RM 112,000.00 dengan membayar Tunai (wang syarikat) sebanyak RM12,000.00 dan menandatangi nota belum bayar untuk baki selebihnya.

    adakah dlm journal am atau belian?
    adakah mcm ini?
    Dt Ambilan RM 12,000.00
    Kt Tunai RM 12,000.00

    Dt Kenderaan RM 100,000.00
    Kt Nota Belum bayar RM 100,000.00

    Mohon bantu…

  340. Barry,

    1. Jurnal am..

    2. Tidak melibatkan Ak Kenderaan.
    Dt Ambilan 112000
    Kt Tunai 12000
    Kt Nota Belum Bayar 100000

  341. aslm cikgu,

    Menerima invois membaiki van serahan daripada Perniagaan Bryan bernilai RM180

    saya perlu masukkan dlm jurnal am atau jurnal khas yang ini?

  342. Miya,

    Jurnal Khas .. mesti memenuhi 2 syarat:
    1. Barang niaga
    2. Secara kredit.

  343. 1. menjual barang secara tunai berjumlah rm 1,000, kos barang dijual adalah 40% dari harga jualan.

    untuk soalan ini catatan yang perlu dibuat dalam jurnal penerimaan tunai betul tak cikgu?

    dalam jurnal penerimaan tunai tersebut berapa amaun yang perlu diletakkan sama ada 1,000 atau 600?

  344. Membayar kos penganagkutan bagi belian 19hb berjumlah rm450.

    catatan jurnal manakah yang terlibat?

  345. Membayar balik pinjaman bank sebanyak rm5000 termasuk 500 faedah atas pinjaman.

    catatan jurnal mnakah yang terlibat?

  346. Alam,

    1. Ya betul.. masukan Amaun yang DITERIMA.
    2. MEMBAYAR —> ?
    3. MEMBAYAR —> ?

  347. cikgu,

    memo
    ambilan barang niaga bernilai rm2000 untuk membina rak menyimpan cat di stor perniagaan

    debit-perabot
    kredit-belian

    betal tak?

  348. Lee,

    Ya betul

  349. terima kasih cikgu ^^

  350. Assalam cikgu..utk soalan jurnal penerimaan tunai…..macam mana cara merekod tunai dibankkan rm3000

    Cadangan jawapan saya …dlm jurnal pembayaran saya akan rekod dlm ruang tunai dan butirnya bank…dan dlm jurnal penerimaan tunai saya rekod dlm ruanh bank dan butirnya tunai….

    Adakah betul cara tersebut

  351. Hanna, waalaikumussalam.

    Ya betul… caranya seperti catatan kontra dalam Buku Tunai

  352. Assalam cikgu, bolehkah saya menyambung pengajian yang lebih tinggi dalam bidang perakaunan sekiranya saya tidak mengambil matematik tambahan?….mohon penjelasan

  353. Nish, waalaikumussalam.

    Peluang masih terbuka luas… SPM –> Diploma –> Degree –> Master

  354. selamat sejahtera cikgu,

    cikgu, dalam buku tunai runcit

    soalan ~Bayaran balik pinjaman (Encik Muhsin)~ penerimaan

    dalam lajur butir, nak tulis “pinjaman Encik Muhsin” atau “bayaran balik pinjaman”

  355. Siew Ling,

    Kedua2.. boleh diterima.

  356. Cikgu, kalau di buku tunai.. pada 1 haribulan, dia beri TUNAI RM200 , BANK RM300, ABB RM100 dan ABT RM 150.
    untuk tunai dan bank, saya dah catat di bhgian debit dgn butir (baki b/b)
    apa patut saya catat untuk abt dan abb? Di bahagian kredit atau debit?

  357. Syahheera,

    Ya.. betul.
    BT.. hanya merekod urusniaga yang melibatkan Tunai dan Bank/cek sahaja.

  358. Damia’ Uzma

    Cikgu

    Memo

    Mengambil 2 biji kek lapis (barang niaga) berjumlah RM108 untuk tujuan promosi

    Saya kena tulis apa dalam butiran ye cikgu?

  359. Damia,

    Jurnal Am…. 2 akaun terlibat 1. PROMOSI 2. BELIAN
    sila tentukan yang mana Dt & Kt

  360. Assalam cikgu, saya nak tanya.

    Kalau soalannya menerima cek dari Pn. Kay rm940 dan diberi diskaun rm60

    Jadi jawapannya,

    DT.Bank
    KT.Penghutang
    KT. Diskaun diberi

    betul ke

  361. Sofia, waalaikumussalam.

    Salah…. yang sebetulnya :

    Dt Bank 940
    Dt Diskaun diberi 60
    Kt Penghutang/ABT 1000

  362. Hi, kalau soalan tanya catatan dalam Buku Catatan Pertama (Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai tidak diterima).Apakah jurnal yang kena buat?

  363. Jivitthra..

    Maksudnya sediakan JA, JJ, JPJ, JB, JPB dan BT.

  364. ckg,kalau jurnal am yang banyak urusniaga bersama dgn baki-baki aset dengan liabiliti..
    catatan pembukaan kena buat dekat atas sekali atau bwh sekali???
    sebab cikgu saya kata letak semua atas sekali tapi dlm video youtube dia buat bwh urusniaga masing-masing…

  365. Catatan pembukaan.. 1 hb… dicatat atas sekali dalan Jurnal Am.

  366. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berikut:

    a) membayar hutang kepada syarikat Rani sebanyak RM800 dgn cek, kurang 5% diskaun tunai..maka buku tunai lajur bank (kt) RM800 dan lajur disk diterima catat RM42. am i right?

    b) susan membayar hutangnya sebanyak RM2480 dgn cek,kurang 10% diskaun tunai.. maka buku tunai lajur bank (dt) RM2480 dan lajur disk diberi catat RM276. am i right?

    c) membayar hutang berikut dgn cek dan diberi diskaun 5%
    i) arif RM 240
    ii) syikin RM 680
    iii) abu RM 520
    persoalannya,RM240,RM680 dan RM520 adalh nilai cek ataupun nilai yg dijelaskan?

    mohon penjelasan cikgu.terima kasih..

  367. Ricky, salam sejahtera.

    Penyataan2 sedemikian boleh mengelirukan pelajar.
    Apa yang perlu pelajar kenalpasti ialah.. sama ada NILAI yang diberi merujuk kepada NILAI PADA CEK atau NILAI JUMLAH HUTANG yang mahu dijelaskan.

    Pada pandangan saya,
    a) RM800 –> nilai CEK (BANK)
    b) RM2480 –> nilai HUTANG
    c) –> nilai HUTANG

  368. salam sejahtera cikgu.

    Saya nak tanya urus niaga berikut:

    Pemilik menggunakan tunai peribadi berjumlah RM 5000 untuk membeli barang niaga.

    Adakah urus niaga ini perlu direkodkan dalam jurnal am (Dt belian,kt modal)?

    Sebab skema jawapan saya tak ada rekod ini…

  369. lel,

    ya.. boleh terus rekod di JA
    Dt Belian
    Kt Modal

  370. Cikgu,
    Dalam buku tunai runcit, kalau duit dalam tangan kita masih ada rm150, kalau beli aset rak pameran RM80, Bolehkah kita masuk dalam buku tunai runcit?

  371. Fatimah,

    Tunai Runcit … tidak boleh guna untuk membeli sebarang bentuk Aset.

  372. Cikgu, saya nak tanya,
    dalam akaun perdagangan dan untung rugi, belanja pejabat perlu rekod dalam belanja ke atau tak perlu rekod?
    terima kasih 🙂

  373. Syaza,

    Ya, perlu.

  374. NUR AIN BINTI TAJUDDIN .

    Hi cikgu. Kalau credit lebih besar dari debit dalam cashbook maksudnya dia rugi ke??? Tapi hanya bank sahaja yg terlebih

  375. Nur,

    Bukan RUGI..
    Ianya bermaksud wang yang keluar lebih daripada wang masuk.. ianya dipanggil OVERDRAF… kita terhutang dengan pihak bank.

  376. salam, cikgu. saya nak tanya. kalau kita buka jurnal belian pada januari. perlu ke kita bawa jumlah tu ke jurnal belian pada bulan februari sebagai baki awal bulan tersebut. jurnal belian ada baki b/b ke?

  377. Nana,

    Jurnal tiada baki.. jumlahnya akan diposkan ke Ak Belian.

  378. Cikgu, nak tanya sama ada cek x laku perlu dicatat dalam jurnal pembayaran tunai ke?

  379. Otwang,

    Boleh catat dalam Jurnal Am.
    Jurnal Pembayaran Tunai… tidak sesuai sebab kita tidak mengeluarkan TUNAI.

  380. Salam sejahtera cikgu.. Apakah itu maksud lajur memorandum?

    Terima kasih cikgu..

  381. Ricky,

    Memorandum bermaksud Catatan @ peringatan

  382. Minta tanya cikgu,tempahan logo perniagaan kena rekod di mana?

  383. Lena,

    Boleh rekod sebagai belanja Promosi

  384. Asalam maaf mengganggu cg, kalau dlm soalan tulis membayar upah pemilik, apakah butir yang sesuai utk ditulis di dalam jurnal pembayaran tunai?
    Patutkah saya mncatat butir upah ataupon gaji?

  385. Sy nk tanya juga ttg sumbangan, apakah butir sesuai yg perlu ditulis di jurnal pembayaran? Adakah kita patut tulis
    butir sumbangan sahaja?

  386. Liyaa, waalaikumussalam.

    1. Oleh kerana soalan guna perkataan UPAH… maka gunakan UPAH tersebut.
    2. Bergantung kepada soalan tersebut.. sumbangan apa ?

  387. Sumbangan kepada sekolah cikgu… Maksudnya, kita tulis sumbangan sekolah ye cikgu?

  388. Liyaa,

    ok.. boleh gunakan Ak Sumbangan

  389. asslm cikgu, dalam soalan dia bagi: mac 1 tunai di tangan 600, overdraf bank 1800..dua2 ni mcm mana letak dlm jurnal am eh..?

  390. loona,

    dt tunai 600
    kt bank 1800

  391. assalamualaikum cikgu , cikgu kalau soalan buku tunai runcit dia ada bagi butir yuran pibg untuk anak , kita akan masukkan butir tersebut dalam buku tunai runcit ke ?

  392. Afiqah, waalaikumussalam.

    Boleh masuk juga sebagai AMBILAN –> Lajur Pelbagai.

  393. Assalamulaikum Cikgu… cikgu 13 Dan 15 tu DT KT yang mana cikgu? Masuk jurnal mana cikgu?

  394. Ammar, waalaikumussalam..

    13hb
    Dt Bank 3800
    Dt Diskaun diberi 200
    Kt ABT 4000

    15hb
    Dt ABT 50
    Kt Jualan 50

  395. Assalamualaikum cikgu, cikgu Ada Salah dak cikgu saya punya?

  396. Ammar, waalaikumussalam.

    Ada yg salah.. ada yang tulis 2 jawapan..

  397. Assalamualaikum cikgu,
    Cg nk tnya mcm mne nk buat bcp ke lejar cikgu?

  398. Ammar, waalaikumussalam..

    Google di youtube.. akan jumpa cara2 postkan BCP ke lejar..

  399. Cg nk tnye klu kite wak dh jurnal2 n buku tunai dia suruh buat lejar plk mcm mne y

  400. Ammar,

    Postksn setiap BCP ke Lejar..
    setiap satu ada caranya yang tesendiri..
    Google shj di Youtube… antaranya:
    https://youtu.be/8Xcps9qs9gI

  401. Baik cikgu terima kasih cikgu

  402. Assalamualaikum cikgu …saya nk tanya..pelaburan dia dibawah akaun apa cikgu?..belanja ke cikgu?

  403. Ammar, waalaikumussalam.

    Memahami maksud Pelaburan
    https://www.principal.com.my/ms/memahami-pelaburan

  404. Hi cikgu…

    Mendapat pinjaman dari Bank Islam Bhd sebanyak RM150,000 untuk kegunaan perniagaan

    PINJAMAN BANK TU LIABILITI… KEGUNAAN PERNIAGAAN JADI MODAL… BAGAIMANA CATAT DALAM JURNAL, CIKGU?

  405. Priya,

    Dt Bank 150000
    Kt Pinjaman bank 150000

  406. Hi cikgu,

    “Membeli peralatan pejabat bernilai rm7000 secara pindahan tunai.”

    Urusniaga ni maksud membeli secara tunai atau membeli secara bank transfer?

    DT. PERALATAN PEJABAT
    KT. TUNAI

    ATAU

    DT. PERALATAN PEJABAT
    KT. BANK

    I confuse maksud pindahan tunai ni.

  407. Hi cikgu,

    Kalau tunai di buku tunai baki b/b jadi kredit, adakah kita kena masuk di belah Liabiliti semasa pada Kunci Kira-kira? Kena tulis overdraf tunai ke cikgu?

  408. Priya,

    1. Pada saya.. lebih kepada transfer bank… Kt Bank

    2. Tunai.. tidak mungkin berbaki kredit… jika dapat kredit.. sila semak.. ada silap dimana2..

  409. Hi cikgu…

    Urusniaga : MEMBELI SEBUAH VAN BERHARGA RM58200 SECARA KREDIT DARI SYARIKAT AUTO SDN BHD DAN BAYARAN BULANAN IALAH RM693 YANG DIBAYAR PADA 30 HARIBULAN SETIAP BULAN.

    DT: KENDERAAN
    KT: SYRIKAT AUTO SDN BHD

    Kalau mau post dalam lejer tu macam mana? Sebab dia ada bayaran bulanan yang akan dibayar hujung bulan….

    Aku pening cikgu…

  410. Priya,

    Kita rekod ikut tarikh urusniaga berlaku.. kata 1hb beli.. maka
    Dt Kenderaan 58200
    Kt Syarikat Auto Sdn Bhd 58200

    pada 31hb
    Dt Syarikat Auto Sdn Bhd 693
    Kt Tunai/Bank 693

  411. Hi cikgu,

    Insuran premium RM2000 dibayar untuk 5 bulan.

    urusniaga ini maksud kita kena masuk 2000 dalam imbangan duga sebagai insuran sahaja atau kena buat insuran terdahulu 1600 dan 400 untuk belanja insuran.

  412. Priya,

    Bergantung kepada soalan..
    jika minta rekod dalam buku catatan pertama.. kita rekod ikut tarikh.
    1. masa bayar.. rekod insurans 2000 Dt Insurans Kt Bank
    2. masa akhir.. buat catatkan pelarasan… Dt Insurans prabayar/Terdahulu 1600
    kt insurans 1600

    Jika soalan topik pelarasan..
    Insurans… 400 –> Belanja
    Insurans Terdahulu 1600 –> AS

    # sila kemukakan soalan ikut topik yang betul..

  413. Cikgu….

    Soalan dia begini… Memulakan perniagaan sebuah kedai emas pada 1hb Jan 2021…

    Sediakan jurnal bagi urusniaga, lejer dan imbangan duga pada 31 Jan 2021..
    Dia minta Penyata pendapatan dan kkk juga….

    Kalau untuk 1 bulan je kena buat pelarasan ke cikgu? Sebab soalan ni tak minta pelarasan yang asing ..

  414. Priya,

    Apabila diminta sediakan PP & KKK.. maka mesti ambilkira pelarasan.. walaupun sebulan.

    Rujuk kitaran perakaunan.
    Urusniaga –> Dokumen –> BCP –> Lejar –> ID –> Pelarasan –> IDT –> Penyata Kewangan.

  415. Assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu
    Saya nak tanya, selain daripada merekod aset bukan semasa, apa lagi fungsi jurnal am cikgu?

  416. Ammar, waalaikumussalam.

    Boleh rujuk Fungsi JA dalam buku teks T4 m/s 97.

  417. Assalamualaikum cikgu…
    Cikgu apa maksud, BTTB dan TBBT tu cikgu?

  418. Ammar, waalaikumussalam.

    Kena rujuk Cg Hadi.. maksud disebaliknya.

  419. Assalamualaikum cikgu

    1. memulakan perniagaan dengan tunai di bank sebagai modal
    DT.__bank__
    KT._modal___
    2. Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri.
    DT.__ambilan__
    KT._belain ___
    Kan cikgu?

  420. Ammar, waalaikumussalam.

    Ya.. betul.

  421. Assalamualaikum Cikgu,
    Kalau Ada maklumat tambahan ade mention brg niaga dan ambilan jadi ambilan dan belian je kan yg terlibat cikgu?

  422. cikgu ,
    Maaf ganggu cikgu,
    Saya nak tanya apa maksud dividen ye dan dia debit ke kredit cikgu?

  423. Ammar, waalaikumussalam.

    1. Ya.
    2. Dividen diterima –> Hasil –> Kredit

    maksud Dividen
    https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Dividen

  424. assalmualaikum cikgu,
    maaf ganggu cikgu,
    saya nak tanya , Hutang lapuk dihapuskan sbgi hutang lapuk.
    dt. hutang lapuk , kt. Dany tu kenapa cikgu? saya tak faham cikgu

  425. Maaf cikgu,
    Soalan dia tu macam ini cikgu,
    Hutang Danny telah dihapuskan sebagai hutang lapuk

  426. Waalaikumussalam,

    Danny –> ABT –> berbaki Debit.
    maka bila dihapuskan –> ianya perlu dikreditkan.
    Baki hutang tersebut dihapuskan sebagai hutang lapuk –>
    Dt Hutang Lapuk.
    Kt Danny

  427. Assalamualaikum Cikgu,
    Maaf ganggu cikgu
    Saya nak tanya,
    Memulangkan barang rosak kepada pembekal Y.
    DT. Pulangan belian
    KT. Pembekal Y
    Betul tak cikgu? Sbb saya kurang faham ayat tu cikgu … terima kasih cikgu

  428. Waalailumussalam..

    Belian –> Belanja –> DT
    Pulangan Belian –> kontra –> KT

    maka
    Dt Pembekal Y
    Kt Pulangan Belian

  429. Assalamualaikum Cikgu,
    Maaf ganggu cikgu,
    Saya nak tanya ,
    Apa maksudnya cikgu?
    Kedua-dua jawapan tu cikgu, saya tak faham cikgu … selamat hari raya cikgu

  430. Waalaikumussalam.. selamat hari raya.

    Kedua2 catatan pelarasan..
    1. Sewa belum bayar –> LS –> Kt
    2. Kadar bayarann prabayar –> AS –> Dt

  431. Assalamualaikum Cikgu

    Cikgu saya nk tanya…
    Kalau invois terkurang caj,nama ejen ke nama kita kat atas dlm dokumen nota debit asal cikgu?

  432. Waalaikumussalam.

    Nama Atas –> Penjual
    Nama Bawah –> Pembeli

    Penjual yang mengeluarkan Dokumen..

  433. Assalamualaikum Cikgu,
    Maaf ganggu cikgu,
    Saya nak tanya
    1. Diskaun diterima daripada syarikat Amir
    DT. Diskaun diterima
    KT. Syarikat Amir / pembekal
    2.diskaun diberi kepada kedai May dibatalkan.
    DT. Diskaun diberi
    KT.kedai May
    Kalau Salah mohon cikgu terangkan kpda saya sbb saya tak faham sangat cikgu?
    Kemudian saya nak tanya , contoh jawapan tu kalau saya letak pembekal/ pelanggan di DT/KT tu adakah jawapan tu diterima walaupun nama pembekal/pelanggan dah dinyatakan dalam soalan cikgu?… maaf banyak soalan cikgu… terima kasih cikgu

  434. Waalaikumussalam.

    1. Diskaun diterima –> hasil –> Kt.. maka
    Dt Syarikat Amir
    Kt Diskaun diterima

    2. Diskaun diberi –> Belanja –> Dt… tetapi bila DIBATALKAN –> Kt.. maka.
    Dt Kedai May
    Kt Diskaun diberi.

    # butir mesti merujuk kepada NAMA KEDAI.
    Pelanggan/Pembekal –> X

  435. Oooo… Baik cikgu, faham cikgu… terima kasih cikgu.

    Cikgu che ainie terima wang tunai RM8000 daripada pelanggan yang membeli barang niaga secara tunai pada 1 Mac 2022

    Beliau menggunakan wang tersebut sebanyak RM3000 untuk membayar sewa kediamannya dan bakinya digunakan untuk pembelian barang niaga. Perkara ini belum direkodkan dalam mana2 buku.

    Akaun apakah yang terlibat
    Debit? Kredit?
    Jawapan saya ,
    DT. Sewa kediaman
    KT.belian
    Betul tak cikgu jawapan saya?… kalau salah boleh cikgu terangkan kpda saya? Terima kasih cikgu

  436. Dt Ambilan 3000 –>sewa kediaman
    Dt Belian 5000
    Kt Jualan 8000

  437. Ooo baik cikgu,
    1.Yang Jualan tu sebab Jual Kepada pelanggan ka cikgu?
    2.Pulangan Jualan daripada Kedai Ammar
    Maksudnya cikgu, pelanggan tu pulangkan balik barang niaga kepada kita kan cikgu?
    DT. Pulangan Jualan
    KT. Kedai Ammar
    3.Pulangan Belian kepada syarikat Afif
    Maksudnya kita pulangkan balik barang niaga kepada pembekal kan cikgu?
    DT.syarikat Afif
    KT. Pulangan Belian.
    Betul tak cikgu?.. terima kasih cikgu

  438. 1. Ya
    2. Ya
    3. Ya

  439. Alhamdulillah… terima kasih cikgu
    Cikgu,

    Kita yg menerima nota kredit
    Atau
    Kita yang mengeluarkan nota kredit
    Apa bezanya cikgu?
    Kalau Dalam debit dan kredit cikgu

  440. Kita terima dokumen –> kita adalah pembeli –> Pulangan Belian

    Kita keluar dokumen –> kita adalah penjual –> Pulangan Jualan

  441. Assalamualaikum Cikgu,
    Cikgu, kalau nota debit pula,
    Kita terima dokumen -> kita adalah pembeli-> pulangan belian
    Kita keluar dokumen -> kita adalah penjual -> pulangan Jualan
    Maksudnya sama ja kan cikgu?

  442. Waalaikumussalam.

    Hanya NOTA KREDIT –> Pulangan Jualan @ Pulangan Belian

    NOTA DEBIT –> bergantung kepada urus niaga berkaitan dengan apa..
    1. Jika berkaitan BARANG NIAGA terkurang nilai –> Jualan @ Belian
    2. Caj angkutan dikenakan –> Angkutan Masuk / Keluar

    # cuba fahami fungsi setiap dokumen.

  443. Assalamualaikum Cikgu,
    saya nak tanya betul tak jawapan saya cikgu?
    1. terima sewa daripada Niran dengan Cek
    Dt. NIran
    Kt. Sewa
    2. Beli alat pendingin hawa daripada Priya Trading dengan cek
    dt. Alat pendingin hawa
    kt. bank
    3. beli barang secara kredit daripada syarikat melur
    dt. belian
    kt.syarikat melur
    4. jual barang secara kredit kepada kedai firdaus
    dt. Jualan
    kt. kedai firdaus
    cikgu, kalau saya salah mohon cikgu terangkan kenapa salah cikgu….terima kasih cikgu

  444. Waalaikumussalam.

    1. Dt Bank
    Kt Sewa

    2. Dt Lekapan
    Kt Bank

    3. Betul

    4. Dt Kedai Firdaus
    Kt Jualan

  445. Cikgu, kenapa tak tulis DT Priya trading cikgu sebab Kan kita beli kepada dia cikgu?
    2. Kenapa Jualan kredit? Sbb kan bila kita jual, Jualan brg kita akan berkurang cikgu?… terima kasih cikgu

  446. jika beli dibayar dengan cek.. maka Kt Bank… hanya urusniaga secara kredit sahaja melibatkan nama perniagaan..

    Jualan –> Hasil –> Kt

    # nampaknya masih kurang memahami asas perakaunan –> AB LEH

  447. Cikgu, saya nak tanya kalau bagi urusniaga seperti: Keluarkan wang dari bank untuk membuka Akaun Simpanan Tetap RM 5000.
    Macam mana nak catatkan urusniaga itu ke dalam Buku tunai? Apakah butir yang perlu ditulis di sebelah debit dan kredit?

  448. Kt dalam Buku Tunai.. lajur Bank.. butir Simpanan Tetap

  449. Assalamualaikum cikgu

    19 Membawa masuk tunai peribadi RM3000 ke dalam akaun bank perniagaan.

    Adakah ini kontra atau saya hanya perlu isikan bahagian debit sahaja. Disebabkan ini adalah soalan modul 4 buku catatan pertama. Saya tidak pasti sama ada ia perlu diletakkan dalam buku tunai atau buku lain.

    Tq

  450. waalaikumussalam..

    Dt Bank Kt Modal

    Dalam BT –> Dt lajur Bank –> butir Modal

  451. Salam sejahtera cikgu, minta bantuan cikgu ttg soalan SPM 2020( Kertas 2) soalan no 5b(ii). Bknkah kita perlu tolak pulangan belian pd tarikh 17 julai apabila kita menghitung jumlah yg perlu dijelaskan kpd ABB..jawapan yg diperolehi ada perpuluhan..tetapi bknkah jawapan bg soalan SPM biasanya tiada perpuluhan..minta penjelasan cikgu..terima kasih

  452. Soalan tersebut hanya menguji pemberian Disksun tunai berdasarkan syarat yang ditetapkan dalam invois tersebut sahaja.

  453. Cikgu, soalan saya berdasarkan soalan percubaan Johor,Batu Pahat 2022 No. 4aiii.
    Soalan minta kira dividen akhir syer keutamaan .
    Mengikut skema jawapan, dividen akhir untuk terbitan kedua diberi seperti berikut :
    1000500 unit x RM1 x8% x 4/12
    Soalan : Mengapa 4/12 dan bukan 5/12 sebab Ogos hingga Dis ialah 5 bulan. Tarikh tutup permohonan ialah 11 Ogos.
    Dalam jawapan 4aii untuk pengiraan dividen interim syer keutamaan pengiraan berdasarkan tempoh 4 bulan , iaitu dari Mac hingga Jun. Semua syer dilanggan dan dibayar pada 10 Mac. Bulan Mac dikira, mengapa 4aiii tak kira bulan Ogos

  454. Pada pandangan saya.. x 5/12.. termasuk bulan Ogos.

  455. Jadi, skema jawapan yang diberi tak betul? Saya pun akan kira …x5/12.

  456. Menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar barang niaga.

    adakah ini melibatkan pemilik dan perniagaan?
    Apakah catatan bergu di JA

  457. Tidak melibatkan sebarang urusniaga…tiada catatan bergu.. kerana tiada pengeluaran wang @ perubahan hakmilik..

    kecuali.. bawa masuk kenderaan peribadi untuk kegunaan perniagaan.. baru perlu direkodkan.
    Dt Kenderaan
    Kt Modal

  458. Cg,
    Menjelaskan hutang kepada Perniagaan Jamal dengan wang peribadi.

    Catatan bergu : JA
    Dt Perniagaan jamal
    Kt Modal ?

  459. Ya..betul.

  460. Assalamualaikum cg, soalan tarikh 25 julai ni maksudnya kene rekod di jurnal jualan sebanyak RM 45 000 ATAU (RM 45 000 X 3)
    RM 135 000? saya konfius sikit ayat untuk soalan ini…

  461. Waalaikumussalam.

    3 unit bernilai RM45000.. jumlah utk 3 unit.

    jika ayatnya bernilai RM45000 SEUNIT.. baru 45000 x 3

  462. Salam..cgu..rubber stamp dalam buku tunai runcit sesuai dikelaskan sebagai ape yer?belanja pejabat atau alat tulis?

  463. Alat Tulis lebih sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.