Modul 6 : Imbangan Duga

Standard Kandungan
6.1 Imbangan Duga.
6.2 Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan.
Standard Prestasi
TP1 Menyatakan fungsi Imbangan Duga.
TP2 Menerangkan maksud inventori, sistem inventori berkala dan sistem inventori berterusan.
TP3 Menyediakan kad inventori.
TP4 Menentukan dan merekod inventori akhir dalam Jurnal Am dan lejar.
Menyatakan hubungan Imbangan Duga dan inventori akhir dalam penyediaan Penyata Kewangan.
TP5 Menyediakan Imbangan Duga dengan memindahkan baki Buku Tunai, Buku Tunai Runcit dan lejar secara manual.
Menerangkan keperluan dalam menentukan nilai inventori akhir untuk penyediaan Penyata Pendapatan.
TP6 Menyediakan Imbangan Duga mengikut proses Kitaran Perakaunan bermula daripada Dokumen Sumber menggunakan aplikasi TMK.
Memberikan contoh situasi kesilapan yang mana Imbangan Duga masih seimbang.
  1. assalam cikgu. nak tanya, ambilan kena masukkan dalam akaun modal tak?

  2. Ain, waalaikumussalam.

    Rujuk kepada kehendak soalan.
    Jika ingin menyediakan ID.. maka tidak perlu tutup Ambilan ke Ak Modal.

  3. Cikgu mcm Mana nak mengenal pasti
    1) angkutan masuk Dan keluar
    2) pulangan jualan Dan belian
    3) diskaun diterima Dan diberi
    4) penghutang Dan pemiutang
    5) jualan Dan belian
    Dalam imbangan duga..

  4. Nur zarina,

    Salah satu cara ialah kita kenalpasti kedudukan baki asas sesuatu akaun.
    ASET & BELANJA –> DEBIT
    LIABILITI, EKUITI & HASIL –> KREDIT
    # kecuali item kontra –> terbalik.. cth: Jualan –> Hasil –> Kredit
    Pulangan jualan –> kontra –> Debit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.