Modul 7 : Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan

Standard Kandungan
7.1 Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. (bentuk “T” dan format penyata).
7.2 Penyata Kedudukan Kewangan.
7.3 Penutupan akaun hasil, akaun belanja dan akaun inventori pada akhir tempoh kewangan.
Standard Prestasi
TP1 Menyatakan tujuan penyediaan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan.
TP2 Menerangkan keperluan dan tata cara penutupan akaun hasil dan belanja dengan betul.
TP3 Menutup akaun hasil dan akaun belanja untuk dipindahkan ke Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi.
TP4 Menerangkan sebab-sebab akaun nyata tidak ditutup pada akhir tempoh perakaunan.
Menutup Akaun Inventori dengan menghubung kaitkan dengan Sistem Catatan Bergu pada akhir tempoh kewangan.
TP5 Menyediakan Penyata Kewangan dalam bentuk ‘T’ dan format penyata secara manual dan Akaun Modal dengan mengambil kira ambilan dan untung bersih atau rugi bersih serta bahagian ekuiti pemilik dengan menunjukkan modal akhir.
TP6 Menghasilkan Penyata Kewangan dalam bentuk ‘T’ dan format penyata dengan menggunakan aplikasi TMK.
  1. MACAM MANA NK FAHAM KIRA-KIRA DLM PENYATA PENDAPATAN ????SAYA KADANG-KADANG TAK FAHAM APA CIKGU AJAR DAN ITU MEMBUATKAN SAYA PENING …MACAM MANA ..BOLEH BANTU SAYA TAK???

  2. Nurasyikin,

    Cadangan Cg,
    1. Cuba buat beberapa soalan bersama/dihadapan seorang kawan yang telah menguasai topik tersebut. Jika ada sebarang masalah SEMASA menjawab terus BERTANYA.
    2. Terus berjumpa dengan guru sekolah minta beliau terangkan satu2 persatu langkah2 penyediaan penyata tersebut.

  3. cikgu , diskaun diterima mesti masuk dlm hasil ke? dlm format baharu.

  4. Thines,

    Ya… ikut DSKP
    Diskaun diberi –> Belanja
    Diskaun diterima –> Hasil

  5. Cikgu, kalau dapat rugi kasar, adakah kita perlu menolak hasil dan menambah belanja? Kurungan x boleh digunakan kan?

  6. Amira,

    Salah cara tersebut. Ikut format biasa.
    UK / RK
    (+) Hasil
    (-) Belanja

    # kurungan boleh digunakan.

  7. Cikgu,jika soalan suruh menyediakan akaun perdagangan dan untung rugi dan penyata kedudukan kewangan tapi dia x tulis nak menyediakan format t atau penyata,kita nak buat bentuk t atau penyata?atau dua dua pun boleh?

  8. Stella Lai,

    Format tidak menjadi masalah..kedua2 boleh digunakan.. cuma saya galakkan guna bentuk penyata.

  9. Ok thanks u cikgu

  10. Cikgu . sy ingin bertanya soalan pp & kk milikan tunggal .
    Sewa dibayar – RM4950
    Maklumat tambahan yang diberikan :
    ii) sewa untuk bulan mei masih belum dijelaskan .
    bagaimana ingin selesaikan?

  11. Aishah,

    Soalan yang diberi tidak lengjap.. maka cgu andaikan tempoh perakaunan berakhir 31 mei XXXX.
    Cari sewa bulanan… 4950/11 = 450
    Maka sewa belum bayar bulan mei RM450

    Catatan pelarasan :
    Dt sewa dibayar 450
    Kt sewa dibayar twrakru 450

  12. Hello cg, saya igin bertanya d imbangan duga terdapat overdraf bank sebanyak rm3500. Lalu di maklumat tmbhan ada, (faedah atas overdraf bank sebanyak 10% yang dikenakan belum dibayar lagi). Bagaimana untuk selesaikan soalan trsbut ? Adakah 3500 × 10% = rm350. Lalu rm350 tersebut adakah dikira sebagai faedah atas OB lalu dimasukkn ke bahagian belanja. Dan lagi 1 dibahagiaan liabliti semasa ?

    Soalan kedua saya ialan, dibahgian maklumat + (jualan kredit pada 31 ogos 2014 sebanyak rm1060 yang dijual kpd pelanggsn xdirekodkan, dan wang ini dgnakan o pemilik utk mmbyar cukai jalan sediri) d imbagan duga terdapat;
    Tunai rm1293
    ambilan rm3303
    penghutang rm11260
    jualan rm61888,
    pelbagai belanja rm2650.
    Manakah yg terlibat cg ? Mohon bantuan dri cg utk tunjuk ajar 🙂 terima kasih.

  13. Maaf saya teritinggal stok akhir pada 31 ogos 2014 sebnayak rm8372 untuk soalan ke dua. Saya harap cg dapat bantu saya.

  14. Itsme,

    1. Faedah atas OB 350 –> Belanja
    Feadah atas OB Terakru/Belum Bayar –> LS.

    2. Ada yang tidak kena dengan soalan tersebut…. jualan kredit –> TIDAK terima duit.. macam mana duit tersebut boleh digunakan. ==> Cuba semak balik soalan.

    # jika jualan tunai –> baru munasabah. Dan catatan pelarasannya.. Dt Ambilan Kt Jualan

  15. Soalan sperti begitu cg. Terima kasih cg kerna membantu saya. Saya sgt berterima kasih. ?????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.