KSSM MULAI 2017
- DSKP MPEI PPA KSSM 2017
- Modul 1 : Pengenalan Kepada Perakaunan
- Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
- Modul 3 : Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat
- Modul 4 : Buku Catatan Pertama
- Modul 5 : Lejar
- Modul 6 : Imbangan Duga
- Modul 7 : Penyata Kewangan Milikan Tunggal Tanpa Pelarasan
- Modul 8 : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
- Modul 9 : Pembetulan Kesilapan
- Modul 10 : Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan
- Modul 11: Rekod Tak Lengkap
- Modul 12: Perakaunan Untuk Kawalan Dalaman
- Modul 13: Perakaunan Untuk Perkongsian
- Modul 14: Perakaunan Untuk Syarikat
- Modul 15: Perakaunan Untuk Kelab dan Persatuan
- Modul 16: Perakaunan Kos
KBSM 2011-2017
- Pengenalan Kepada Perakaunan
- Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan
- Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat
- Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
- Penyata Kewangan
- Akaun Kawalan
- Pembetulan Kesilapan
- Penyata Penyesuaian Bank
- Belanjawan Tunai & Varian
- Perakaunan Untuk Penggajian
- Perkongsian – Pengasingan U/Rugi
- Perkongsian – Pembubaran
- Syarikat Berhad
- Kelab dan Persatuan
- Rekod Tak Lengkap
- Akaun Pengeluaran
- Analisis Kos Volum Untung
- Tafsiran Penyata Kewangan
- PERAKAUNAN STPM
- LUAR SUKATAN SPM
A-Info Perakaunan
B-Muat Turun Bahan
D-Blog Prinsip Perakaunan
E-Link Perakaunan
F-Sumber Rujukan Bidang Perakaunan
G-Link Pendidikan
I-Maklumat ICT
J-Sumber Soalan
K-Motivasi & Kemahiran Belajar
L-Link Lain-lain
USER LOGIN
PENDAFTARAN BARU
;.
March 11, 2024;.
February 27, 2024;.
February 20, 2024;.
February 8, 2024;.
February 7, 2024;.
January 16, 2024;.
January 4, 2024;.
January 4, 2024;.
January 3, 2024;.
December 29, 2023SOAL-JAWAB AKAUN
Cg Narzuki on Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan Nadia on Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan Cg Narzuki on Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan Nadia on Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan Cg Narzuki on Belanjawan Tunai frhnbhh on Belanjawan Tunai Cg Narzuki on Belanjawan Tunai frhnbhh on Belanjawan Tunai Cg Narzuki on Modul 4 : Buku Catatan Pertama John on Modul 4 : Buku Catatan Pertama Cg Narzuki on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2022 : PRINSIP PERAKAUNAN Chee on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2022 : PRINSIP PERAKAUNAN Chee on KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2022 : PRINSIP PERAKAUNAN Cg Narzuki on Modul 6 : Imbangan Duga Fatin on Modul 6 : Imbangan Duga Cg Narzuki on BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI - SPM 2012 Nora on BORANG PERMOHONAN SIJIL LCCI - SPM 2012 Cg Narzuki on CALON PERSENDIRIAN : KERTAS 4 aidiel on CALON PERSENDIRIAN : KERTAS 4 Cg Narzuki on Modul 9 : Pembetulan Kesilapan frhnbhh on Modul 9 : Pembetulan Kesilapan Cg Narzuki on Modul 4 : Buku Catatan Pertama frhnbhh on Modul 4 : Buku Catatan Pertama Cg Narzuki on JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2022 NURUL AINI BINTI ROSLI on JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2022 Cg Narzuki on Modul 8 : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal frhnbhh on Modul 8 : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal Cg Narzuki on Modul 8 : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal frhnbhh on Modul 8 : Pelarasan Pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal Cg Narzuki on CALON PERSENDIRIAN : KERTAS 4
POST TERDAHULU
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2023 : PRINSIP PERAKAUNAN
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2023
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2022
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2022 : PRINSIP PERAKAUNAN
- TAKWIN PENTAKSIRAN 3756/3 KERJA KURSUS SPM 2022
- PEPERIKSAAN SPM 2021 SESI KEDUA
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2021 : PRINSIP PERAKAUNAN
- JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2021 (PINDAAN 11/12/2021)
- DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM 2.0
- KOLEKSI KUIZ 3756-1 PERCUBAAN SPM 2020
- KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2020 : PRINSIP PERAKAUNAN
- JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2020
- KOLEKSI BAHAN PEMBELAJARAN SECARA ONLINE SEMASA PKP
- DRAF JADUAL PEPERIKSAAN SPM 2020
- TUGASAN KERJA KURSUS 3756/3 PRINSIP PERAKAUNAN SPM2020
- KOLEKSI PERCUBAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2019
- SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1440H
- Perisian Kemasukkan Markah ePBS3756 Versi 7.0 (SPM 2019)
- LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN SPM 2018
- JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2019
Cikgu, untuk DISKAUN, dicatat dalam Ak Perdagangan atau Ak Untung Rugi ? Mengapa silibus KSSM dicatat dlm Ak Untung Rugi ?
Untuk Belanja-belanja Belian ? utk yang KSSM, adakah hanya ada item Angkutan Masuk seperti yang dicatat dalam buku Teks KSSM Ting 4?
Terima kasih
Joseph Teoh,
KSSM… Diskaun –> Ak Untung Rugi.
Item belanja belian… masih sama… bukan angkutan masuk sahaja.
Cikgu kadar bayaran terakru tu debit ke kredit?
Athirah,
Kadar bayaran terakru –> Liabiliti Semasa –> Kredit
Apa maksud prabayar?
Goh,
Prabayar = Belanja Terdahulu
Cikgu ,saya nak Daftar ahli 2017 ,tapi saya tak dapat borang
Hi Cikgu, Selamat Petang.
Nak tak pasal Akaun PHR (soalan SPM 2014).
Soalan suruh kita sediakan Akaun PHR bagi tahun 2013 dan 2014. Adakah Akaun PHR itu disediakan dalam SATU akaun atau 2 Akaun yg berasingan mengikut tahun?
Terima Kasih Cikgu.
Cklee,
Satu akaun sahaja –> untuk 2 tahun.. buat untuk 2013 dahulu baki hb 2013 –> sambung Baki bb 2014… baki hb 2014.
Terima Kasih utk reply Cikgu.
kalau saya buat 2 Akaun salahkah Cikgu.
Cklee,
Sepatutnya SATU yang sama.. cuma bersambung… Baki hb 2013 –> Baki bb 2014.
Jika 2 akaun –> seolah2 ada 2 akaun yang berbeza.
Cikgu ,
1) apa maksud belum terperoleh?
2)macam mana jelas asas tunai/asas akruan?
3)Peruntukan hurang ragu boleh tulis hutang ragu?
4)kssm bab8 dengan lama Ada apa beza?
Thanks
Lemon,
1. Belum terperoleh –> Hasil Terdahulu.
2. Asas tunai –> kita iktiraf
Hasil & Belanja berdasar nilai wang yang terima @ bayar.
Asas akruan –> kita iktiraf berdasar apa yang sebenarnya kita patut terima @ bayar (–> itu sebabnya wujud pelarasan terakru dan terdahulu)
3. Tidak sama.
PHR –> AS (Penghutang – PHR)
HR –> pertambahan / pengurangan PHR –> Hasil / Belanja dalam PP.
4. Tiada perbezaan ketara.
Salam Cikgu,
Nak pasal Bab 8 Pelarasan selepas tarikh imbangan. Utk format KKK dlm Buku teks yg baru ianya menunjukkan SNT ditolak dgn kos secara mendatar. Adakah ianya perlu ditolak sedemikian atau kaedah lama masih diterima?
Terima Kasih Cikgu
Syafirah,
Kedua2 cara boleh digunakan… itu hanya format pelaporan sahaja.
Salam ckgu..belanja hutang lapuk dgn belanja hutang ragu benda yg sama atau lain?
HL tidak sama HR.
HL –> Belanja
HR –> pertambahan/pengurangan PHR
Jika pertambahan –> Belanja (baki Dt)
Jika pengurangan –> Hasil (baki Kt)
Jadi kalau maklumat peruntukan hutang lapuk ialah 6% atas baki ABT. Dt apa Kt apa ckgu?
Kira beza PHR baru – PHR dahulu… kenal pasti semakin bertambah @ semakin berkurang.
1. Jika berkurang : Dt PHR Kt HR
2. Jika bertambah : Dt HR Kt PHR
8.2
pelarasan Ak nominal
-Tajuk ini buka Akaun belanja/Ak hasil
-Ak untung rugi
-penyata kedudukan kewangam
Lain nak focus?
Lemon,
Fokus itu sahaja, cuma soalan yang dikemukakan boleh dikemukakan dalam pelbagai cara… yang penting kita faham.
Cikgu ,kalau soalan bagi
Insurans prabayar. 120(1/1/17). 240(31/12/17)
Buku tunai bagi 600
Macam mana buka Akaun insurans ?
Goh,
Sila rujuk contoh dalam buku teks.
Tapi cikgu saya takfaham insurans prabayar awal dan akhir nak letak mana?
Goh,
Tempatnya …. seperti di Baki b/b –> awal dan Baki b/b –> akhir
Disebelah Debit sebab Aset.
Cikgu,apakah implikasi terhadap penyata kewangan apabila konsep akruan tidak diaplikasikan???
Cikgu, nak tanya apa kesan yang akan berlaku terhadap penyata kewangan sekiranya konsep akruan tidak diaplikasikan? Thank
Cikgu ,apakah kesan berlaku terhadap penyata kewangan apabila konsep akruan tidak diaplikasikan??????TQ
Shahron, Soo, Oon,
Cuba FAHAMI konsep akruan terlebih dahulu… apabila betul2 FAHAM maka kita dapat kenal pasti dengan mudah apakah KESAN jika konsep tersebut tidak diaplikasi.
Cikgu,
Dlm PHR, Perlu tak wajib buka Akaun Pertambahan PHR atau Akaun Pengurangan PHR. Atau Akaun PHR itu sudah memadai…. Tolong bagi pandangan Cikgu.
Terima Kasih.
Sofia,
Setiap pelarasan mesti 2 akaun terlibat.
1. Akaun PHR
2. Akaun HUTANG RAGU (Pertambahan/Pengurangan PHR)
Assalam cikgu..jika ada baki phr tahun sebelumnya..bakinya adalah disebelah kt..ada kemungkinan tak..baki phr disebelah dt..
Baki phr akan sentiasa sblh kredit kerana dia adalah kontra bg aset..betulkan saya jika saya salah
Hanna, waalaikumussalam.
Ya betul PHR –> sentiasa sebelah Kredit.
Hanya Hutang Ragu –> boleh berbaki Debit (pertambahan PHR) & berbaki Kredit (pengurangan PHR)
Tq cikgu
Cikgu, dalam bab 8 pelarasan untung akaun perdagangan. Kenapa ambilan barang untuk promosi ditambah pada untung kasar. Saya tak faham tapi saya tahu ialah dt akaun promosi kt akaun belian.
Yixian,
Memang betul akaun yang sepatutnya Dt Promosi (+) dan Kt Belian (-)
Sekiranya soalan tiada AK BELIAN, iaitu terus diberikan Untung Kasar, maka UK tersebut yang perlu diselaraskan bagi item BELIAN.
BELIAN berkadar songsang dengan UK…. jika Belian BERKURANG, maka UK perlu TAMBAH.
cikgu boleh tolong selesaikan masalah saya?
trial balance as at ……
Provisions for doubtful Ct 350
addtional information:
one of the debtors is unable to pay RM200
penghutang dengan peratusan hutang ragu tak diberi jadi saya tak faham nak buat macam mana
saya nak tahu dalam profit and loss dengan balance sheet ken tulis apa yer?
Azmil,
Untuk merekod hutang lapuk.. ada 2 kaedah:
1. Direct write-off method –> SPM
2. Allowance method.
Penerangan yang sesuai dengan sukatan anda, boleh rujuk disini:
https://www.accountingcoach.com/blog/what-is-bad-debts-expense
maaf cikgu saya masih tak faham.
saya cuba kasi jhawapan saya boleh cikgu semak tak?
trial balance as at 31 dec 2016
receivable account dt 6600
provisions for doubtful debts cr 350
additional infomation:
one of the debtors is unable to pay Rm200
jawapan saya:
Profit and loss
Belanja -> Bad debt 200
-> provisions for doubtful debts
350
Balance sheet
Current Asset
Receivable account – Bad debt
(6600 – 200 = 6400)net receivable account
betul tak cikgu?
Azmil,
1. Sedang belajar dimana ?
2. Diajar guna kaedah 1 @ kaedah 2 ?
.. ini kerana. Kaedah yang berbeza –> jawapan juga berbeza.
Saya belajar dekat politeknik metro kuantan
Sem nie belajar basic akaun jer
Lect suruh buat exercise nie
Dalam note takde ajar yg mcm nie
Boleh saya email full soalan dekat cikgu tak?
Azmil,
Berdasarkan nota politeknik (modul lama) yang Cg ada..ianya menggunakan kaedah 1 sahaja.
Dt Hutang Lapuk 200
Kt Penghutang 200
Maka,
P&L:
Bad debt 200 –> Belanja
Balance Sheet:
Current Asset
Receivable account (6600-200) 6400
(–) provisions for doubtful debts 350
# biasanya ada maklumat tambahan lain untuk penyelarasan “provisions for doubtful debts”
Salam cikgu
Jawapan balance sheet saya dah balance
Thanks cikgu sbb tolong
Selamat petang,
Saya merujuk kepada Contoh 17 dalam buku teks Tingkatan 4 (m/s 275).
Maklumat tambahan Item (iii) Komisen belum terperoleh RM 2000.
Daripada fahaman saya, Hasil belum terperoleh sepatutnya liabiliti semasa. Tetapi dalam penyelesaian ianya ditunjukkan sebagai Aset semasa.
saya keliru. Bolehkah cikgu tolong memberi penjelasan. terima kasih.
Mietchu,
Komisen belum terperoleh –> Liabiliti Semasa.
Thank you for the reply.
Ini bermaksud penyelesaian contoh 17 dalam buku teks tersalah?
terima kasih penerangan cikgu tempohari pada 20 August.
cikgu,
kalau tiada akaun jualan, pelarasan item jualan seperti pulangan jualan pula perlu ditolak pada untung kasar? DT a/k Pulangan Jualan Kt a/k Jualan
sorry salah.. sepatutnya dt a/k pulangan Jualan .. kt a/k belum bayar.
Yixan,
Ya.. kita selaraskan di UK.
Pulangan jualan –> Dt
Manakala UK –> Kt
Maka pelarasannya UK perlu di TOLAK.
tq cikgu.
Cikgu, pelajar perlu belajar kaedah satu dan dua bagi pelarasan atau hanya satu cara jaja seperti dallas buku tek baru? Ada sesetengah guru dan buck rujukan mash mengajar 2 kaeadah. terma kasih
Ecocokht,
Penekanan KSSM hanya kepada asas perakaunan.. sesuai dengan namanya “Prinsip Perakaunan”. Asas utama yang perlu ditekankan adalah mengikut sistem catatan bergu.. iaitu hanya kaedah langsung sahaja seperti mana dalam buku teks.
Kita buka penyata kewangan
Hasil/belanja boleh tulis peruntukan hutang ragu atau tulis hutang ragu
Goh,
Dari segi rekod perakaunan…kedua2 boleh digunakan (kaedah langsung @ keadah tidak langsung).. cuma untuk KSSM penekanan kepada kaedah langsung serta ikut kitaran perakaunan… daripada Ak PHR –> Ak HR –> IDT –> AUR
Cikgu,apa maksud pelarasan,item pelarasan dan imbangan duga terselaras.
Hang,
Rujuk Kitaran Perakaunan dalam Modul 1…. baru kita mudah faham maksud.. hubungan dan kaitan antara satu sama lain.
Selamat pagi,
Boleh tolong kongsi satu contoh soalan dan penyelesaian Imbangan Duga Terselaras dan Penyata Kewangan (yang antaranya mengandungi komisen terperoleh). Saya masih keliru dengan jawapan buku teks.
Thank you.
Mletchu,
Komisen belum terperoleh –> Liabiliti Semasa.
Assalamualaikum cikgu,
Soalan bagi, Kenderaan 78000. Lepas saya kira Susut Nilai dan Susut Nilai Terkumpul Kenderaan, perlu tak 78000 tolak SN/SNT?
Terima kasih
Amalia, waalaikumussalam.
AUR
SN kenderaan xxx
PKK
ABS:
Kenderaan 78000
(-) SNT xx
Selamat pagi,
Saya pernah dengar bahawa Imbangan Duga Terselaras tidak akan diuji dalam SPM berpandukan sukatan semasa.
Adakah ini benar juga untuk sukatan terbaru(KSSM)iaitu SPM 2018?
Sekiranya Komisen Terperoleh diberi sebagai maklumat tambahan, bagaimanakah ianya diselaras dalam Imbangan Duga (terselaras)?
Thank you.
Mietchu,
Imbangan Duga Terselaras.. masih dalam sukatan dan boleh ditanya dalam SPM.
Pelarasan Komisen Belum Terperoleh sama seperti pelarasan Komisen diterima terdahulu dalam sukatan lama.
cek tk laku dh direkod tetapi pembatalan diskaun diberi belum direkodkan . apa pelarasannya ?
Nuraziah,
Pelarasan terhadap diskaun diberi dibatalkan –>
Dt ABT Kt Diskaun diberi
Susut nilai
Pemilik telah membeli kenderaan drpd perniagaan Ali bernilaiRm10000
Macam ini saya buka Akaun kenderaan debit side letak bank atau nama perniagaan ? Terima kasih
Goh,
Tidak dinyatakan beli secara tunai/bayar cek –> maka dianggap sebagai beli secara kredit.
Dt Kenderaan
Kt Perniagaan Ali
Salam cikgu , saya nak tanya .. cikgu ad contoh tak untuk merumuskan implikasi terhadap penyata kewangan sekiranya konsep akruan tidak diaplikasikan dan peruntukan hutang ragu tidak diwujudkan walaupun terdapat utus niaga jualan kredit ? Saya perlukan contoh untuk membuat PBS .
Nuranishanni,
Jika konsep akruan tidak diaplikasikan –> untung atau rugi yang diperoleh tidak melambangkan untung atau rugi yang sebenar kerana tidak mengambilkira hasil dan belanja sebenarnya terlibat dalam tempoh perakaunan tersebut. Manakala Penyata Kedudukan Kewangan juga tidak akan melambangkan nilai aset dan liabiliti yang sebenar pada akhir tempoh perakaunan sesebuah perniagaan tersebut.
salam,
soalan bagi, Stok alat tulis 1 Jan 2016 RM130,Belian alat tulis RM300, Stok alat tulis 31 Dis 2016 RM90.
jadi macam mana saya nak catat dalam Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira? Pastu kenapa alat tulis dikira sebagai belanja dalam PP dan bukan aset?Terima kasih
Nik,
Belanja Alat tulis ialah alat tulis yang telah digunakan –> Stok awal + Belian – Stok akhir = 130 + 300 – 90 = 340 –> PP
Stok akhir alat tulis 90 –> Aset Semasa kerana ianya masih tidak digunakan dan masih boleh dijual / bernilai.
Selamat pagi,
Dalam keadaan dimana barang niaga bukan alat tulis dan terdapat alat tulis sebagai belanja (dalam ID)soalan.
Dalam maklumat tambahan pula, nilai nilai inventori barang niaga dan alat tulis diberi secara berasingan.
Bagaimanakah alat tulis perlu dicatat dalam ID Terselaras, PP dan PPK.
Thank you.
Letchumanan,
Alat tulis–>Dt(IDT)-> Belanja (PP)
Inventori alat tulis–>Dt(IDT)-> Aset Semasa (PKK)
Thank you for the reply.
Untuk lebih memahami saya perlukan satu contoh.
Sekiranya dalam ID (soalan), Nilai atas tulis = RM1 000.
Dalam maklumat tambahan pula, inventori alat tulis akhir berjumlah RM350.
Dalam contoh di atas, apakah amaun-amaun yang perlu dicatat dalam IDT, PP dan PKK.
Thank you.
Letchumanan,
Alat tulis (1000-350) 650 –> belanja
Inventori alat tulis 350 –> AS
Thank you.
Ini juga bermaksud: tidak perlu buat pelarasan dalam IDT, cuma belanja (RM650 dalam PP) dan aset semasa (RM350 dalam AS).
Betul tak pemahaman saya seperti di atas betul?
Thanks.
Lecthumanan,
Perlarasan terhadap Alat tulis.. yang baki asalnya.
Dt Alat tulis 1000.
Pelarasan:
Dt Inventori alat tulis 350
Kt Alat tulis 350
Salam cikgu ,
Pada 1 Januari 2016 , Syarikat Kaira membeli sebuah van terpakai pada harga RM10000. Van tersebut disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas kos . Tempoh perakaunan berakhir pada setiap 31 Disember
Sediakan akaun berikut bagi tahun 2016%2017
a) Akaun kenderaan
b) Akaun susut nilai kenderaan
c) Akaun susut nilai terkumpul kenderaan
Bagaimanakah cara untuk menyediakan akaun – akaun tersebut ? Saya masih tidak memahami bagaimana untuk menyediakan akaun – akaun tersebut
Terima kasih
Yin,
Boleh rujuk contoh dalam buku teks.
assalam cikgu,
apa maksud pelarasan?
Irdina, waalaikumussalam.
Perlarasan dilakukan bagi memenuhi Prinsip Pengiktirafan Hasil dan Belanja.(rujuk buku teks Modul 1).
Secara mudahnya –> pelarasan dilakukan bagi mendapatkan nilai hasil dan belanja yang sebenarnya berlaku dalam sesuatu tempoh perakaunan.
Assalam cikgu,
Belanja berikut dibayar oleh Marzukah Enterprise bagi tahun berakhir 31 Oktober 20X7.
Insurans – 4800
Sewa – 7000
Premium insurans adalah utk setahun brmula 1 januari 20X7 mnakala sewa tahunan ialah rm7800.
Sediakan:
Akaun Insurans
Akaun Sewa
Sya tak fhm mcm mne nak buat,sya dah rujuk buku rujukqn dn teks tpi tetap tak faham mcm mne nak buat.
Nina,
Perakaunan adalah ilmu kemahiran –> ilmunya ada dalam buku tetapi kemahirannya ada pada guru. Adalah penting untuk kita sentiasa bertanyakan guru dan dapatkan tunjukajar secara bersekemuka daripada beliau.
Untuk jawab soalan tersebut:
1. Kenal pasti pelarasan satu per satu.
2. Apakah 2 akaun yang terlibat.
3. Tentukan catatan bergunya – akaun yang didebitkan dan yang dikreditkan.
4. Buka akaun Insuran & Akaun Sewa –> masukkan baki b/b (rujuk ID)
5. Poskan item pelarasan tadi ke lejar masing2.
cikgu,jika ada makulumat tambahan tulis
“sewa kedai lot untuk menyimpan barang niaga RM 12000 sebulan”
apakah akauan yg terlibat ya?
Sie,
1. Sewa (12000×12)
2. Sewa belum bayar @ Sewa prabayar –> rujuk amaun dalam ID (=yang telah bayar)
Selamat pagi,
Soalan ini berkaitan dengan Ak.HR dan Ak.PHR.
Dalam buku Teks (T4-2017):
1. Wujudkan hutang: HR (Dt), PHR (Kt)
2. Pertambahan HR: Pertambahan HR(Dt)
PHR (Kt)
3. Pengurangan HR: PHR (Kt)
Pengurangan HR (Kt)
Tetapi dalam KBSM, perkataan-perkataan “Pertambahan HR” dan “Pengurangan HR” tidak digunakan, cuma Ak.HR & Ak. PHR.
Bolehkah pelajar-pelajar Tng. 4 (2017) masih boleh menggunakan cara lama (KBSM) sebab saya mendapati banyak buku di pasaran (bertujuan untuk T4-2017) tidak menggunakan perkatan “pertambahan HR” & “pergurangan HR”.
Ataupun kedua-cara cara boleh diterima?
Thank you.
Mletchu,
Ajar ikut seperti mana yang ditaklimat semasa Taklimat DSKP KSSM.
Selamat petang,
Soalan saya berkaitan Pelupusan Aset Bukan Semasa.
Sekiranya aset bukan semasa dilupuskan, untung atau rugi akan dipindah ke Ak. Untung/Rugi.
Bagaimana pula dengan susut nilai aset bukan semasa tersebut? Adalah ianya perlu dipinda ke Ak. Untung Rugi walaupun telah dilupuskan pada tempoh perakauanan semasa?
Thank you.
Mletchu,
Susut nilai –> Belanja –> AUR
Untung/Rugi pelupusan –> AUR
Thank you.
Saya merujuk kepada Aset Semasa yang sama.
Sekiranya suatu aset dilupus, perlukah kedua-dua pelarasan (susut nilai & Untung/Rugi pelupusan) dibuat dalam AUR untuk aset tersebut?
Untung/rugi pelupusan telah pun mengambil kira susut nilai aset tersebut.
Thank you.
Mietchu,
Ya.. kedua2 masuk… kerana ianya 2 perkara yang berbeza.
Salam cikgu,
1. nak tanya knp dalam syllabus baru diskaun diterima dimasukkan dalam akaun untung rugi sebelah kt. kalau syllabus lama di masukkan dalam belian (akaun perdagangan).
2. sama juga kepada diskaun diberi?
3. macam mana nak tutup akaun lejer diskaun diberi/diterima kene masuk akaun perdagangan atau untung rugi?
Lily,
Untuk Ting 4 2017 –> ikut KSSM.
Diskaun –> AUR (supaya selaras dengan apa yang akan dipelajari peringkat lepasan SPM nanti)
salam cikgu,kenapa belanja prabayar ialah aset semasa dalam penyata kedudukan kewangan?
Sofia,
Contoh sewa prabayar…. maksudnya kita telah bayar untuk bulan november.. tapi sekarang baru bulan oktober… wang tersebut masih hak milik kita lagi… kita boleh dapatkan balik wang tersebut.. jika kita tidak jadi sewa untuk bulan hadapan… –> Aset kepada kita.
dlm imbangan duga simpanan tetap 10000 sebelah dt
dalam maklumat tambahan:
faedah simpanan tetap 6% setahun
macam mana kiraanya
jika ada maklumat tambahan tulis
‘gaji sebulan rm550’
‘hutang lapuk rm350’
macam mana kiraanya cikgu
Muhazib,
1. Faedah simpanan tetap = 6% × 10000= 600
Faedah simpanan terakru = 600 – nilai dlm ID (jika ada)
2. Gaji –> Gaji & Gaji terakru/terdahulu (rujuk ID)
Hutang Lapuk (+) … Phtg (-)
1.faedah simpanan tetap hasil ke
2.faedah simpan terakru letak dlm PKK atau PP
Muhazib,
1. Ya Hasil
2. As –> PKK
selamat petang,apakah perbezaan dengan hutang ragu dan peruntukan hutang ragu?
Sofia,
Hutang Ragu –> PP
PHR –> PKK (ABT – PHR)
1.dlm maklumat tambahan:gaji sebulan rm550
2.dlm ID gaji rm5800
macam mana kiraanya saya tak faham
Muhazib,
Gaji = 550 x 12 = 6600 –> Belanja
ID –> baru bayar 5800
Gaji belum bayar = 6600-5800=800 –> LS
dlm maklumat tambahan:
1.hutang lapuk rm350 2.PHR diselaraskan 5% atas ak.belum terima
hutang lapuk ID rm700
ak.belum terima ID rm5100
PHR dlm ID rm300
mcm mana kiraanya
Muhazib,
1. HL & ABT
2. PHR & HR
apa beza hutang lapuk dengan hutang lapuk terpulih
Muhazib,
HL –> Belanja
HLT –> Hasil
Assalamualaikum cikgu, jalan kira pelarasan kena tunjuk tak dalam kertas jawapan?
t.kasih
Amalia, waalaikumussalam.
Ya.. mesti tunjukkan jalan kerja bagi membantu anda dapat markah 1OF.
teacher
untuk KSSM, saya kena tulis insurans prabayar atau insurans terdahulu dalam penyata kedudukan kewangan? kenapa ada cikgu ajar insurans terdahulu tetapi ada yang ajar insurans prabayar..sama dengan pelarasan lain seperti belum terima atau terakru?
dalam akaun untung rugi, kenapa bukan tulis PHR tetapi kena tukar kepada hutnag ragu untuk KSSM? bolehkan saya tulis PHR dalam akaun untung rugi
Yuohl,
Insurans Prabayar –> ikut KSSM.
Hutang ragu –> AUR
PHR –> PKK
HR & PHR -> 2 item yang berbeza.
salam cikgu,kenapa susut nilai terkumpul dikreditkan ke imbangan duga?
Sofia,
Sebab ianya berbaki kredit. ID ialah senarai baki2 akaun dalam lejar.. jika berbaki Dt –> ID Dt dan sebaliknya.
akaun penamat, kita cuma belajar satu format sahaja dalam KSSM iaitu bentuk penyata?
Youhl,
Kedua2 format bentuk T dan bentuk Penyata.
Rujukan utama ialah DSKP.
Bukan ke susut nilai terkumpul ialah belanja?
Sofia,
Susut nilai –> Belanja –> Debit
SN Terkumpul –> Kontra kepada ABS –> Kredit
PKK
ABS —-> Debit
(-) SNT —-> Kredit
bab 8 cuma satu format di tekbbok iaitu penyata format. jadi saya kena jawab soalan dengan penyata format saja untuk bab 8?
Yuohl,
Kedua-dua Format perlu diajar kepada pelajar bentuk T dan bentuk Penyata.
Ajar mesti ikut DSKP… buku teks tidak dapat sampaikan kesemua kandungan DSKP kerana kekangan halaman muka surat bagi setiap modul telah ditetapkan.
Apakah maksud item pelarasan dan imbangan duga terlaras
Daniel,
Sila rujuk buku teks…
Cikgu, apakah kesannya jika pelajar menjawab format penyata, tetapi kehendak soalan adalah akaun perdagangan & ur
Hanida,
Format tiada masalah…. kemahiran perakaunan yang hendah diuji.
cikgu,simpanan tetap letak dalam aset bukan semasa atau aset semasa
Nadzir,
ST –> Aset Semasa
trial balance as at 31 Dec 2014
insurance -> dt 960
additional information:
The insurance paid was for a year starting from 1st August 2014
Answer:
960/12=80
80×4=320
so dalam income statement insurance 320 kan cikgu?
Azmil,
1 Ogos –> 31 Disember = 5 bulan
Salam sejahtera cg,
Kalau terima invois untuk promosi, ia dianggap bayaran dibuat atau belum? Jawapan yang diberi adalah bayaran telah dibuat sedangkan tujuan invois adalah untuk urus niaga secara kredit.
Wsy,
Invois sepatutnya belum bayar… walau bagaimana kena rujuk penyataan dalam soalan untuk tentukan pelarasannya.
Cikgu, sewa terakru tu maksud dia apa kalau dalam silibus baru? Saya still lagi confused
Nayra,
Sewa dibayar terakru –> Sewa belum bayar
Sewa diterima terakru –> Sewa belum terima
Trial balance as at 31 dec 2016
Insurance 180
Electircity bill 360
Addtional information:
1. Accrued insurance was RM60
2. Unpaid electricity bill was RM210
ANSWER:
1. Insurance 180+60=250 ->Belanja
Accrued insurance 60 ->BS CL
2. Electricity bill 360+210=570 -> Belanja
Accrued electricity bill 210 -> BS CL
Azmil,
Ya.. betul.
Trial balance as at 31 Disember 2013
Vehicle. 16000
Utilities 540
Rental expense 3260
Addtional information
1. Prepaid utilities is RM 315
Solution: utilities 540+135=675 (PL)
Prepaid utitilities 135 (BS)
2. Accrued rental expense of RM724 is for the month of december 2013
Solution:
Rental expense 3260+724=3984 (PL)
Accrued rental 724 (BS)
3. The depriciation on vehicle is 10% per year using Straight Line Method
Solution;
Depriciation 16000×10%=1600 (PL)
Vehicle 16000-1600=14400 (BS FA)
Cikgu mintak tolong semak jawapan saya
Faris,
Cuba semak no 3…. Susut nilai catatan bergu debgan susut nilai terkumpul –> bukan tolak di aset.
Dalam imbangan duga takde peruntukan susut nilai
Macam mana nk kira susut nilau catatan bergu cikgu?
Bukan vehicle 16000 tolak provision of depriciation 1600 ker cikgu?
Faris,
Jika PSN.. tiada dalam ID… kita buka akaunnya..
Dt SN Kt PSN
soalannya
1.pinjaman berkadar faedah 4% akan tamat
tempoh matangnya pada 30 jun 2014
2.pemilik mengambil alat tulis rm55 untuk
kegunaan sendiri, tetapi belum direkod dlm
mana-mana buku
macam mana nk kira cikgu!
Nadzir,
Pelarasannya:
1. Faedah pinjaman = 4% x pinjaman
Faedah pinjaman belum bayar –> LS
2. Ambilan (+)
Alat tulis/Belian (-)
# jika alat tulis ialah barang niaga –> Belian (-)
Soalan :
1.Tempoh perakaunan bermula pada 1 jan 20X7,manakala Tempoh akhir perakaunan ialah 30 sept 20X7,diberi gaji pekerja=RM 9 900
Maklumat tambahan:
a)Gaji pekerja pada bulan sept belum dibayar..
~Cikgu macam mana mahu merekod maklumat ini dalam Akaun perdagangan dan untung rugi serta penyata kedudukan kewangan bagi soalan ini ?
Man,
Item pelarasannya ialah GAJI dan GAJI BELUM BAYAR.
Kira gaji SEBULAN = RM9900 / 9 bulan = RM1100
1. GAJI BELUM BAYAR RM1100 —> Liabiliti Semasa (PKK)
2. GAJI = 9900 – 1100 = RM8800 –> Belanja (APUR)
cikgu macam mna saya nak tahu maklumat dlm standart prestasi tu
boleh tak bagi jawapan TP5?
Muhammad & Ying,
Standart Prestasi adalah merujuk kepada penilaian guru sejauhmana pelajar telah menguasai Standart Pembelajaran yang disampaikan oleh beliau.
salam cikgu,
kalau dalam soalan tu inventori awal dan inventori alat tulis diberi secara berasingan, perlu ke saya tambah kedua2nya utk inventori awal?
dan perlu ke saya tolak inventori alat tulis dgn alat tulis utk cari belanja?
Fizah, waalaikumusalam.
Asingkan.
Ya.. daripada maklumat inventori awal dan akhir serta belian alat tulis tersebut.. kita boleh tentukan belanja Alat Tulis.
Salam Cikgu.. TP1 tukan?? Jawapan dia Cikgu Ada up X?? Sbb Sya mcm X paham sgt tentang TP yg Cikgu maksudkan.. tlglah sy Cikgu ?
Adam,
Tujuannya untuk pastikan kita faham apa tujuan pelarasan dibuat dan kesannya ke atas Penyata Kewangan.
Dan sebelum itu kita kena faham dahulu tujuan PK itu disediakan.
Cikgu macam mana buat soalan ini?
sewa RM2600
1.sewa dibayar setiap suku tahun.Sewa dibayar termasuk RM600 bagi suku tahun berakhir 30JUN2014.
Puoyoke,
1. Suku tahun = 3 bulan –> RM600
Maka kita boleh tahu sebulan = RM200
2. Kita cuba kenalpasti bayaran sewa tersebut… Belum Bayar @ Prabayar –> berdasarkan tempoh perakaunan (rujuk tarikg ID) dengan tempoh bayaran tersebut berakhir 30 jun 2014.
3. Kemudian kenalpasti berapa bulan yg Belum Bayar @ Prabayar…. x RM200 = A.
4. Seteruskan kita buat pelarasan terhadap Sewa RM2600:
Jika Belum Bayar –> 2600 + A
Jika Prabayar –> 2600 – A
5. Akhir sekali;
Jika Sewa Belum Bayar = A –> LS
Jika Sewa Prabayar = A –> AS
Cikgu,komisen belum terima sama ke dgn komisen belum terperoleh?
Shahira,
Kedua2nya berbeza..
Komisen Belum Terima –> AS
Komusen Belum Terperoleh –> LS
Imbangan suga menjual barangan runcit pada 30 Jun 2017.
Di imbangan duga,ditulis sewa RM 3600.
Sewa kedai RM500 sebulan dan mula dibayar untuk setahun pada 1 oktober 2016.
Macam mana nak Kira pelarasan ni?
Masy,
1. Kenalpasti 1 tahun jika bermula 1 Oktober 2016 –> 30 September 2017
2. Kenalpasti berapa bulan TERDAHULU/PRABAYAR ?
3. SEWA PRABAYAR = bulan X RM500 = A –> Aset Semasa
4. SEWA = 3600 – A = B –> Belanja
maklumat tambahan:
-inventori alat tulis pada 30 jun 2018 RM150
dlm imbangan duga diberi:
inventori alat tulis RM450(dt)
belian alat tulis RM1300(dt)
macam mana nak kira pelarasan ni?
Nadzirah,
Sama seperti kira Kos Jualan : Inventori awal + Belian – Inventori akhir
Alat Tulis (belanja) = 450 + 1300 – 150 = ?
cikgu boleh bagi tajuk penting yg sering keluar dalam peperiksaan
Nadzirah,
SEMUA tajuk adalah penting dan ada kemungkinan keluar dalam soalan SPM.
Cikugu, selamat sejahtera.
Dengan melalui sukatan baru,jika buka Akaun Hasil Atau Akaun Belanja, butiran Hasil belum terima awal atau Belanja prabayar awal kita nak tulis apa? Bolehkah kita tulis baki b/b?
Viki,
Butirnya Hasil Belum Terima @ Belanja Prabayar…. konsepnya kita ikut catatan bergu.
Baki awal HBT dipindahkan ke Ak Hasil.. kemudian wujud HBT akhir daripada Ak Hasil.–> butirnya ikut catatan bergu. (Sama dengan konsep Ak Inventori awal dan Inventori akhir dalam Ak Inventori).
soalannya:
imbangan duga perniagaan mohan pada 30 jun 2017 adalah seperti berikut:
dt kt
belanja kenderaan 2564
kenderaan(kos) 50000
SNT kenderaan 24000
pusat kenderaan eason 14840
maklumat tambahan:
Bayaran kpd pusat kenderaan eason adalah utk:
-kenderaan baharu dibeli pd 1 januari 2017
dng harga RM14600
-kenderaan disusutnilaikan 30% mengikut
kaedah baki berkurangan
mcm mana nk kira saya tak faham
Pengiraan SN Kenderaan:
1. [50000 – 24000] x 30% = A
2. 14600 x 30% x 6/12 = B
–> SN = A + B = C –> Belanja
–> SNT = 24000 + C = D –> KKK
Cikgu,
Diberi baki2 berikut pd 31 Dis 2015
Penghutang 25000
PHR 600
HL 250
Maklumat tambh:
1) Seorang penghutang yg jum hutangnya 150 dihapuskan sbg hutang lapuk
2) PHR 2% ke atas penghutang bersih
Soalan:
Yg manakah betul mengira PHR?
PHR = (25000 – 150) x 2% atau
PHR = (25000 – (250+150)) x 2%
Dan bolehkah Cikgu jelaskan mengapa?
Mika,
PHR = (25000 – 150) x 2%
HL 250.. telahpun direkodkan sebelum ini.. Dt HL Kt Penghutang –> maka baki akhir 25000 sudah ambilkira HL 250. Manakala HL 150 baru berlaku maka perlu diselaraskan dengan baki penghutang 25000 sebelum kira PHR
Ok, faham. Terima kasih.
Cikgu,
Diberi baki pd 30 Sep 2017 (tempoh perakuanan 1/10/16-30/9/17)
Kenderaan – 85000
SNT Kenderaan – 26000
Maklumat tamb:
1)Kenderaan disusutnilai 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
2)Sebuah kenderaan bernilai 12000 yg dibeli pd 1/10/15 dijual pd 30/9/17. Cek bernilai 7000 diterima.
Soalan:
Bagaimana mengira SNT bg kenderaan yg dilupuskan?
Adakah pengiraan berikut salah?
1/10/15-30/9/16 SN=12000 x 20% = 2400
1/10/16-30/9/17 SN=(12000 – 2400)x20% = 1920
SNT=2400+1920=4320
Mika,
Ya.. betul.
Tapi mengapa jawapan skema SNT kenderaan yg dilupuskan adalah 5856?
Adakah saya tertinggal sesuatu?
Mika,
Skema silap kira untuk 3 tahun.. sepatutnya 2 tahun shj.
Oh, ok, saya faham. Terima kasih Cikgu.
Pada 30 April 2017
Kenderaan (kos) 50000
Susut nilai terkumpul kenderaan 24000
Maklumat tambahan:
Kenderaan Baru dibeli pd 1 Nov 2016 rm 14500
,kenderaan disusut nilai sebanyak 20%
mengikut baki berkurangan setahun.
-Kira susut nilai terkumpul kenderaan .
??
Eveline,
Sila kira dan tunjukkan jawapan.. baru Cg semak betul @ salah.
Kira SN ikut tempoh penggunaan masing2:
1. (50000 – 14500) –> 1 tahun
2. 14500 –> 6 bulan
Cikgu,
Diberi petikan ID pd 30/6/17
Kenderaan – 60000
SNT kenderaan – 3000
SN kenderaan diperuntukkan dgn kadar 20% setahun atas kos
Soalan: Berapakah jumlah belanja SN kenderaan bg thn berakhir 30 Jun 2017?
A. 11400 B. 12000 C. 12600 D. 15000
Mika,
SN = 20% x 60000
Cikgu,
Diberi
Stok awal 10250
Stok akhir 9870
Jualan 45120
Angkutan keluar 260
Belian 35170
Pul. belian 540
Soalan: Berapakah kos brg utk dijual?
35170 – 540 + 10250 – 9870
Adakah pengiraan ini betul?
Mika,
Salah.
Kos barang untuk dijual TIDAK SAMA Kos Jualan
Jadi, apakah pengiraan yg betul?
Mika,
KBUJ = Inventori awal + Kos Belian
Cikgu ,bagi soalan yg saya Tanya tu ,saya tak faham apa yg cikgu tulis,adakah perlu buat macam ni??
(50000-14500)x20%=7100
14500×20%=2900
Jawapan: SN =8100 ,SNT =32100
Cg,
Saya buat begini ,betul tak???
1. (50000-24000)x20%=5200—setahun
2.14500×20%=2900—6 bln
SN=5200+2900
=8100
SNT=8100+2400=32100
Atau
SN=(14500+50000-24000)x20%=8100
Eveline,
1. SN = ((50000 – 14500) – 24000) × 20% = A
2. SN = 14500 × 20% × 6/12 = B
Jumlah SN = A + B = C
SNT = 24000 + C
Cg,Tp Kalau buat mcm tu,x dpt jawapan
dalam imbangan duga , kadar bayaran dia rm 3840 . dalam maklumat tambahan , dia ada tulis kadar bayaran prabayr berjumlah rm 280 . macam mana nak rekodkan dalam akaun perdagangan dan untung rugi ?
Qistina,
Kadar bayaran = (3840 – 280) –> APUR
# Kadar bayaran = K/b – K/b Prabayar akhir
cikgu , kalau rekod dalam penyata kedudukan kewangan pun kadar bayaran tu kena tolak ?
Qistina,
Kadar bayaran prabayar 280 –> AS
Aslm ckg. Pinjaman kn liabiliti bkn semasa. So, if ada faedah pinjaman, ia dikira sbg belanja kn, jd prlu direkod dlm akaun prdagangan untung rugi. rekod di liabiliti bkn semasa utk pinjaman akn brtambah ke ckg? bagaimana utk menyelesaikannya
Aliff, waalaikumussalam.
Pinjaman tidak bertambah disebabkan faedah pinjaman.
Item pelarasan faedah pinjaman ialah Ak Faedah pinjaman dan Ak Faedah pinjaman belum bayar.
Pinjaman –> LBS / LS
cikgu pulangan masuk tu apa eh??
Ika,
Pulangan masuk = Pulangan Jualan
Cikgu,
Diberi baki penghutang b/b -720
Cek drpd PH -10800
Jum. jualan kt -15280
Jum. pul. masuk -1050
Diskaun diberi -4%
Soalan: Bagaimana mahu mengira amaun diskaun diberi?
Adakah 4% x 15280?
Cikgu kalau soalan tanya baki berkurangan ataupun baki garis lurus dalam maklumat tambahan nak jawab macam mana ye ?
Darsenee,
Kira SN berdasarkan kaedah yang dinyatakan.
Dt SN
Kt SNT
Selamat pagi,
Soalan berkaitan PKK.
1. Sekiranya baki awal pinjaman RM10 000. Bayaran ansuran balik dibuat setiap bulan (termasuk faedah).
Dalam keadaan ini nilai apa yang patut diletak di bahagian LBS dalam PKK? adalah jumlah prinsipal (RM10 000) atau RM10000-bayaran balik?
2. Apakah nama akaun bayaran balik? Adakah Ak. Bayaran Balik Pinjaman atau Ansuran Pinjaman?
Terima kasih.
Mlecthcu,
1. LBS nilai yang tempohnya perlu dijelaskan lebih setahun. LS nilai dalam masa setahun (boleh rujuk nilai bayaran balik)
2. Hanya guna Ak Pinjaman –> bayar balik –> Dt Pinjaman Kt Bank.
Bayar faedah –> Dt Faedah
Terima kasih.
Sekiranya tempoh bayaran balik melebihi setahun, adakah amaun diletak dalam PKK (di bawah LBS) amaun prinsipal atau amaun prinsipal ditolak ansuran bayaran?
Thank you.
Mletchu,
Katakan baki pada 31/12/2018 RM100,000
Bayaran balik setiap tahun RM10,000.
Maka dalam PKK pada 31/12/2018
LS:
Pinjaman RM10,000
LBS:
Pinjaman RM90,000
Saya faham. Terima kasih.
Cikgu, pulangan kepada pembekal 600 belum direkod dalam mana mana buku.bagaimana buat di akauan perdagangan dan untung rugi
Jiahui,
Pulangan belian (+)
ABB (-)
Assalamualaikum cikgu…
Slps sy buat p&l dan sy masukkan item2 dlm kunci kira2….sy dapati kunci kira2 tak balance iaitu bhgn liabili kurang 1000 dr aset….mcm mn sy nak cek balik dimana berlaku kesilapan
Iwan, waalaikumussalam.
Cuba semak balik catatan bagi item yang bernilai RM1000… jika tidak jumpa.. cuba semak pula dengan item2 yang bernilai RM500
Cikgu,
Bagaimana kalo dapat perpuluhan semasa mengira?
Jin,
Bundarkan kepada ringgit yang hampir.
Cg klw soalan itu begini “sewa dibayar setiap suku tahun. Sewa dibyr termsuk RM600 Bagi suku tahun berakhir 31 Ogos 20X7” mcm mn lh tu
Fara,
Suku tahun = 3 bulan –> RM600
Sewa sebulan = 600/3 = RM200
Kemudian rujuk tarikh tempoh perakaunan bagi tentukan berapa bulan prabayar…. x RM200
Salam cg,
antara item pelarasan pada tarikh imbangan adalah stok bekalan iaitu stok yang tidak habis digunakan pada tarikh imbangan. contoh yang paling popular adalah alat tulis.
saya ada jumpa nota dalam internet berkaitan perkara nh.
didalam nota tersebut, ditulis:
“Bayaran yang sudah dibuat untuk barang yang belum habis digunakan pada tarikh imbangan dianggap sebagai belanja terdahulu (aset semasa)”
saya mohon pencerahan dari cg ttg perkara ini, kerana biasanya kalau saya jumpa soalan yg ada alat tulis, saya akan guna formula ini.
belanja alat tulis: inv awal + belian – inv akhir
belanja alat tulis masuk dlm apur sbg belanja
inv akhir alat tulis masuk dalam pkk sbg aset semasa
persoalan saya, adakah dalam keadaan yang tertentu alat tulis akan diklasifikasikan sbg belanja terdahulu ?
saya dahulukan ribuan terima kasih atas pencerahan dari cg ttg perkara ini
Atiqah,
Pada pangangan Saya:
Belanja Alat Tulis –> tidak seperti belanja yang lain.. ianya bersifat Aset. Jika tidak habis digunakan –> dikelaskan sebagai inventori.. kerana ianya boleh dijual untuk dapatkan tunai.
“Alat Tulis Terdahulu” –> pada saya tidak sesuai digunakan.
Salam cg,
Terima kasih atas pandangan cg
Cg ada cth situasi stok bekalan yg bole jadi belanja terdahulu ?
Ataupun, apa yg cg maksudkan diatas adalah semua stok bekalan akan bersifat aset?
Atiqah,
Pada saya.. buat masa ini.. semua stok/inventori bersifat ASET NYATA… yang zahir secara fizikal… tidak seperti AS : Belanja Terdahulu.
# tak jumpa lagi kes tersebut, jika jumpa saya maklumkan kemudian.
Salam cg,
betul tak pelarasan unutk dokumen dibawah
nota debit (asal) ABB + Belian +
nota debit (salinan) ABT + Jualan +
nota kredit (asal) ABB – Belian –
nota kredit (salinan) ABT – Jualan –
terima kasih cg
Atiqah,
NOTA DEBIT –> Jika melibatkan BARANG NIAGA terkurang caj –> Jawapan YA.
Jika Nota Debit (asal) –> caj angkutan dikenakan –> ABB & Angkutan Masuk
NOTA KREDIT –> SALAH…sepatutnya PULANGAN JUALAN & PULANGAN BELIAN… bukan Jualan & Belian
ABT (-) Pulangan Jualan (+)
ABB (-) Pulangan Belian (+)
Salam cg,
utk pengiraan PHR ada 2 situasi:
1. PHR baru wujud
2. PHR bg tempoh perakaunan seterusnya
DT KT utk 2 situasi ini adalah:
1. Dt HR Kt PHR
2. a) PHR bertambah -> Dt Pertambahan PHR Kt PHR
b) PHR berkurangan -> Dt PHR Kt Pengurangan PHR
kesannya di APUR PKK:
1. hutang ragu -> Belanja
PHR -> ABT Bersih – PHR
2. a) pertambahan PHR -> Belanja
PHR baru -> ABT Bersih – PHR
b) pengurangan PHR -> Hasil
PHR baru -> ABT Bersih – PHR
**betul tak kefahaman saya ttg PHR cg?
terima kasih cg
Atiqah,
Betul.. cuma akaun untuk “Pertambahan/Pengurangan PHR” –> hanya guna “Hutang Ragu” sahaja… sama ada uanya sebagai Hasil / Belanja
salam cg,
oh. baiklah.saya faham.
saya hanya perlu guna akaun HR dan akaun PHR.
tapi,
1. klu di APUR saya masih bole tulis “pertambahan/pengurangan PHR” ?
2. klu utk PHR baru wujud mmg kena tulis HR di APUR, xbole PHR la kn..
terima kasih cg
Atiqah,
1. Guna HR… ikut akaun yang digunakan.
2. HR juga…. ikut catatan bergu.
cikgu
Bagaimana boleh dapat 2017 SPM akaun exam papers? Sekaraang kertas sebenar tidak lagi dijual di buku kedai.
Terima kasih
Martina,
Cuba bertanyakan guru akaun disekolah berdekatan..
salam cg,
jalan kerja perlu ditunjukkan dalam kertas jawapan kan.
kalau sya himpunkan semua jalan kerja utk pelarasan dalam maklumat tambahan pada muka surat hadapan kemudian baru buat APUR dan PKK bole tak cg?
nanti pemeriksa akan tgk ke cg?
terima kasih
Salam cg,
Saya nk bertanya ttg susut nilai.
Saya rujuk pada post soalan dari pelajar @ 17 Jan 18 cikgu tak guna tempoh penggunaan utk kira SN walaupun aset baru diguna utk 6bulan
Manakala utk post soalan dari eveline @ 9 Feb 18 cikgu kira tempoh penggunaan.
Maklumat apa yang perlu saya rujuk utk tahu bila saya perlu kira tempoh penggunaan dan bila tidak perlu?
Terima kasih cg
Atiqah,
1. Ya.. mesti ditunjukkan jalan kerja (ada arahan pada halaman hadapan kertas soalan).
2. Sebaik2.. jalan kerja susun selepas jawapan bagi setiap soalan.
3. Rujuk kepada tempoh perakaunan berakhir.. untuk tentukan berapa bulan perlu dikira SN sesuatu ABS
# maaf…jawapan bagi post. 17 Jan 2018 juga perlu x 6/12 (saya terlepas pandang tempoh perakaunan berakhir).
Cg, nak tanya, apa maksud maklumat di bwh ni?
Sewa dibayar setiap suku tahun. Sewa dibayar termasuk RM600 bagi suku tahun berakhir 31 Ogos 20X7
Sewa (dlm Imbangan Duga) = 2600
Tarikh Imbangan Duga = 31 Julai 20X7
Izzah,
Maksudnya.. RM600 telah dibayar utk bulan Jun, Julai & Ogos
Akaun berakhir 31 Julai –> Ogos PRABAYAR (600/3=200)
Maka Sewa Prabayar 200 –> AS
Sewa 2600 – 200 = 2400 –> Belanja
salam cikgu.soalan berkaitan alat tulis.
Maklumat di ID
Alat tulis RM280
Ambilan RM1400
Maklumat tambahan pada 31 Mac
1. Penilaian
Inventori (harga kos) RM29200
Inventori (harga pasaran) RM28200
ALat tulis RM80
2. Pemilik mengambil alat tulis RM100 untuk kegunaan peribadi. Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.
Penyelesaian:
Belanja Alat tulis: 280-80-100:100
Ambilan:1400+100:1500
betul ke jawapan saya cikgu. saya kurang jelas bahagian alat tulis.
terima kasih
Atira,
Ya.. Betul.
cikgu,
saya ingin tanya,andainya pelarasan berikan soalan seperti ini:Deposit sewa RM340 termasuk dalam sewa diterima RM3340.Dimanakah saya perlu catatkan pelarasan tersebut??
mohon pencerahan,terima kasih
Aliff,
Deposit sewa (+) 340 –> kredit
Sewa diterima(-) 340 –> debit
salam cikgu, soalan berkaitan pelupusan ABS.
semasa buka Akaun Pelupusan ABS.
kita akan dapat sama ada Untung atas Pelupusan atau Rugi atas Pelupusan.
Di dalam buku teks T4 kita akan tutup Akaun Pelupusan ABS dengan Untung atas Pelupusan atau Rugi atas Pelupusan barulah kita buka akaun itu sendiri dan tutup dengan Akaun Untung Rugi.
Persoalan saya,ada sesetengah skema jawapan percubaan 2016/7 kita tutup Akaun Pelupusan ABS terus dgn Akaun Untung Rugi.
Mana satu jwpn yg betul cikgu ?
Mana satu yg betul2 pasti dapat markah?
Begitu juga dengan Akaun Susut Nilai Terkumpul ABS.perlu tutup dengan Akaun Untung Rugi atau SN ABS ?
terima kasih
Atiqah,
Kedua2 cara boleh digunakan… iaitu kaedah langsung dan kaedah tidak langsung. Maka bila nsk menjawab soalan…. rujuk kehendak soalan akaun apa yang diminta.
Peruntukkan hutang ragu diselaraskan kpd 2% atas akaun Belum Terima
—hutang lapuk 680 (tambah hutang lapuk dihapuskan ialah 720)
—akaun Belum terima 49720
—peruntukkan hutang ragu 576
Cikgu, macam mana nk dpt jwp ini?
Silap Cikgu, hutang lapuk adalah 684
Min,
1. Selaraskan HL yang baru dengan ABT
2. Kira PHR x ABT selepas diselaras
3. Kira Hutang Ragu –> tentukan hasil / belanja
31Mac 20×9
-Perabot 31560
-Susut Nilai terkumpul Perabot 7890
Maklumat tambahan :Perabot yg dibeli pada 1okt 20×8 disusutnilaikan 10% atas kos Pada akhir tahun perakaunan.
assalamualaikum cg..dalam bk teks m/s284 macam mana nak buat imbngan duga terselaras dia…saya dapat yg imbngan duga dah and seimbng tapi dkt imbngan dg terselaras x seimbng.. cg boleh tolong dak macam mana nak buat
Aiman, waalaikumussalam.
Cuba semak setiap item pelarasan… mungkin ada yang tersilap..
1. Amaun
2. Operasi + @ –
Salam Cikgu,
Nak tanya Kalau soalan imbangan duga tarikh tersebut ia 30 Jun 2012
Dalam imbangan duga ,(pinjaman berkadar faedah 4%-RM15000)
Tapi,maklumat tambahan bagi iaitu : pinjaman berkadar faedah 4% akan tamat tempoh matangnya pada 30 Jun2014.
cikgu macam mana nk Kira ini, saye memang tk faham ^…^
Zaitun,
Pengiraannya hanya untuk Faedah atas pinjaman untuk tahun semasa sahaja –> 4% x 15000 = ….
Tempoh matang hanya untuk tentukan Pinjaman tersebut LS @ LBS ?
salam cg…(petikan Dari imbngan duga)
Akaun belum bayar – RM 6300
dalam maklumat tambhan:
ii- satu nota credit yg diterima drpd Akaun belum bayar bernilai rm 220 terlupa rekod.
~ jawapan dia betui dk cam ni:
pulangan masuk rm220
Abb ( rm 6300- rm 220 )= rm 6080
betui dak..!!
And dlm butir pulngn masuk rm 1200
so, rm 1200+ rm 220= rm 1420..
soalan lain
butiran dlm imbngan duga pada 30 November 20×1
insurans rm 1080
mklumt tambhan: insurans tahunan yg dibayar akan berakhir pada 31disember 20×1 macam mana?
Aiman,
1. Ya betul.
2. Insurans Prabayar –> 1 bulan
jawapan dia still rm 1080 ka
Aiman,
Insurans prabayar 90
Insurans 1080 – 90
Cikgu,
cuba tanya:
1. saya belajar buku rujukan dan nampak ini,
“Sekiranya tiada PHR, untung bersih perniagaan akan berkurang akibat berlakunya hutang lapuk.
& Sekiranya akaun belum terima tidak berbaki, PHR yang sedia ada adalah kekal”
saya tak faham mengapa. bolehtak cikgu terang?
2. Cikgu, cuba tanya untung atau rugi atas pelupusan ABS akan mengakibatkan nilai ABS akan berkurang. betul?
terima kasih.
Assalamualaikum cg…
Saya nak tanya soalan…
-Petikan drpd imbngan duga pada 31 did 20×1.
kadar bayaran rm 2150
Komisen diterima Rm 3200
Soalan 1:
– belanja belum bayar dan hasil blm terima:
Kadar bayaran rm 400
Komisen diterima rm 280
Jawapan…- kadar bayaran (rm 2150- rm 400) = rm 1750
– komisen (rm 3200-rm 280)= rm 2920…
Soalan kedua…
Insurans sebanyak rm 120 masih belum tamat tempohnya…( dalam imbngn duga insurans sebnyk rm 720)
Jawapan…- insurans akan jadi belanja belum bayar..(rm 720- rm 120)= rm 600
Means…dalam imbngan duga terselaras:
Insurans rm 600
Insurans belum bayar rm 120… Betui dak
Soalan ketiga
Pinjaman bank telah dibuat pada 1 okt 20×1 dengan kadar faedah 10% setahun.. (DLM imbngan duga bank didapati jadi overdraft sebnyak rm 1650)
Jawapan … Saya x tahu mcm mana 🙁
Soalan keempat
Belanja am yg dibayar termasuk rm 50 utk hal peribadi ( DLM ID belanja am RM 470)
Jawapan..- (rm 470+rm50)= rm520..betui ka
Soalan kelima
-Seorang penghutang telah muflis.hapuskan hutangnya rm800 sbagai hutang lapuk.. ( dalam ID …Akaun belum terima RM 5800 dan hutang lapuk sbnyak rm 560)
Jawapan:-
-dalam IDpelarsan:
Akaun belum terima. RM 5800-RM 800=RM 5000
Hutang lapuk. Rm 560+RM 800= RM 1360.. Betui la
Soalan Keenan
Baki Abt RM 5000
Soalan- phr diselarskan kepada 5% atas baki abt
Jawapan= 5%× RM 5000= RM 250
DLM ID pruntukn hutng ragu RM 300
Means..berlaku pengurangn phr(rm250-rm300)=rm50
– dalam ID terselaras pengurngn phr RM 50
Hutang ragu RM 250… Betui ka
Soalan last
Dlm ID: perabot rm19000
Susut nilai perbot rm3000
SoaLan- perabot hndklah disust nilaikan kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurngn
Jawapan:10% x RM (19000-3000)= RM 1600
Dalam ID terselaras susut nilai terkumpul perabot ialah (RM 3000+RM 1600)= RM 4600..
Betuidak semua jawapan yg saya buat kecuali soalan tiga saya x tau…thanks 🙂
Soalan ketiga silap..
Soalan sebenar..:
-pinjaman bank dibuat pads 1 okt 20×1 dgn kadar faedah 10%,setahun…( dalam ID.. Pinjaman bank 1 okt 20×1 RM 20000)
Jawapan.. 10% X 20000 X 12/12= RM2000
Betui dakk
cikgu,
masih boleh saya download 2017 kertas percubaan dari blog sini?
Cikgu, bagaimanakah mengira susut nilai dalam penyata kedudukan kewangan
aiman,
1.kadar bayaran = 2150+400, komisen diterima = 3200+280
2. belum tamat tempoh = prabayar, insurans = 720-120
3. faedah pinjaman bank = kadar faedah x pinjaman bank x tempoh
4. belanja am -50, ambilan +50
5.betul
6.betul
7.betul
Razri,
dalam penyata kedudukan kewangan adalah susut nilai terkumpul.
Cikgu, perabot yg dibeli pada 1 Jan 2017,dijangka akan digunakan selama 5 tahun dgn berbaki RM 3000 pada tahun kelima. Susut nilai nya ditetapkan mengikut kaedah ansuran tetap. Apa maksud nya?
Soalan diberi perabot berkos RM 8600
Akuan ditutup pada 31Mac 2017.
Cg,
Diberi kad inventori 1,2 dan 3.
Kira total harga kos dan pasaran baru pilih yg terendah ke pilih yg terendah dulu baru totalkan
Nota debit daripada pembekal berjumlah rm 300 belum dicatat dlm mana-mana buku.
Macam mana nk buat?
Izzah,
Pilih yg terendah setiap Kad.. baru totalkan.
Belian (+).. ABB (+)
Belian + maksudnya belanja bertambah dkt akaun perdagangan. Itemnya apa?
Izzah,
Item BELIAN
Cikgu,
Cuba tanya:
1. saya belajar buku rujukan dan nampak ini,
“Sekiranya tiada PHR, Untung bersih perniagaan akan berkurang akibatnya berlakunya HL. & Sekiranya akaun belum terima tidak berbaki, PHR yang sedia ada adalah kekal.”
saya tak faham mengapa. boleh tak cikgu terang?
2. soalan ke-2, cuba tanya untung atas pelupusan dan rugi atas pelupusan ABS akan mengakibatkan nilai ABS berkurang. betul?
3. soalan ke-3, semasa kita buat PHR, kalau ada pengurangan atau pertambahan PHR, kita tulis “PHR” di belanja / hasil, betul? ataupun tulis “hutang ragu” di belanja / hasil?
terima kasih.
Sewa bulan adalah berjumlah rm150 (sewa di bhgn kredit berjumlah rm 1950)
1. Penyataan tersebut tidak tepat.
2. Pelupusan maksudnya kita JUAL ABS tersebut.. maka sudah tentu nilai ABS yg tinggal akan berkurangan.
3. Saya cadangan “Hutang Ragu”
Tentukan sendiri wujudnya Sewa Belum Terima @ Sewa Belum Terperoleh… sebagai pelarasan.
Belanja membaiki kenderaan rm 1000 telh direkod dlm akaun kenderaan.
Maksudnya belanja baiki kenderaan 1000
Kenderaan berkurg ke bertambah
Itu berlaku kesilapan catatan belanja baiki tapi tersalah rekod dalam Ak Kenderaan.. maka pelarasan pembetulan kesilapan perlu dibuat..
Dt Belanja membaiki kenderaan –> (+) 1000
Kt Kenderaan –> (-) 1000
Kadar byrn 1960.maklumat tambahan:kadar byrn bulan mac2017 rm220 blum dijelaskan. *imbangan duga pda 31mac2017
Tentukan dahulu 2 item pelarasan
1. Kadar bayaran
2. Kadar bayaran belum bayar @ Kadar bayaran prabayar ?
Kemudian baru boleh tentukan kadar bayaran perlu (+) @ (-).
Cikgu apa maksud nilai buku
Nilai Buku = nilai selepas KOS – SNT
Kenderaan (kos) 100,000
(-) SNT 10,000
Nilai buku 90,000
Cg..kalau maklumat tambahan bgi ambilan barang niaga sepanjang tahun berjumlah 150 sebulan..nk buat mcm mane..nk kene tambah dgn belian ke..?
Ambilan (+) 150×12
Belian (-) 150×12
Cikgu, Kalau insurance Masih Belum tamat tempohnya .yang akan tambah ape?
Looi,
Akaun yang terlibat… Insurans & Insurans Prabayar
Cikgu, bolehkah cikgu tolong menyelesaikan soalan ini untuk saya?Terima kasih yah.
James,
Awak selessikan.. nanti saya semak.
Saya telah buat,tetapi jawapannya tidak tepat.Harap cikgu dapat memberi tunjuk ajar kepada saya.Ini ialah Akaun Perdagangan and Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2017.
James,
Saya petlu lihat jalan kerja satu persatu.. baru boleh saya semak.
Cuba semak pada skema jawapan… item pelarasan mana yang berbeza amaunnya
Saya tiada skema jawapannya.Tetapi saya ada buat jalan kerja untuk maklumat tambahannya.
Salam cikgu,
Saya nak tanya, lepas kita tolak aset dengan susut nilai semua tu, nilai mana yang patut saya letak di kunci kira kira?
Amir,
Pelarasan SN…. 2 akaun terlibat:
1. SN (yg kita kira) = A –> Belanja
2. SNT (ID + A) = B –> PKK
PKK:
Kenderaan ..xxx
(-) SNT B
Cikgu,macam mama dengan Akaun Perdagangan Dan Untung Rugi saya?
James,
Sila dapatkan tunjukajar daripada guru sekolah… ada beberapa kesilapan pelarasan yang dibuat:
1. Belian
2. Faedah pinjaman
3. Insurans
4. Sewa
5. Kedua2 SN
Baiklah,cikgu.Terima kasih untuk nasihat cikgu.
Cikgu,
cuba tanya:
1. saya belajar buku rujukan dan nampak sentence ini: “sekiranya tiada PHR, untung bersih perniagaan akan berkurang akibatnya berlakunya HL. & sekiranya akaun belum terima tidak berbaki, PHR yang sedia ada adalah kekal.”
Saya tak faham mengapakah sekiranya akaun belum terima tidak berbaki, PHR yang sedia ada adalah kekal? boleh cikgu tolong terangkan?
2. Question 2: semasa soalan ada perkurangan atau pertambahan PHR, maka kita perlu guna apa term di Akaun UR?
Contoh – Pertambahan PHR (belanja):
Dt Untung Rugi
Kt PHR
So, kita perlu guna term “hutang ragu” atau “Peruntukan Hutang Ragu” dalam Akaun UR?
3. Question 3: untung atas pelupusan dan rugi atas pelupusan ABS akan mengakibatkan nilai ABS berkurang. betul?
Terima kasih.
Sherine,
1. Saya kena lihat penyataan penuh.. nak tentukan kaedah perekodan HL dan PHR yang mana digunakan… SPM hanya diajar satu kaedah sahaja.
2. Hutang Ragu
3. ABS akan berkurang kerana telah dilupus/dijual.
cikgu, bagaimanakah pengiraannya untuk soalan ini?
Imbangan Duga menunjukkan:
Pinjaman usahawan – RM25000
(Tarikh pinjaan : 1 Januari 2018, Jumlah: RM30000)
Maklumat Tambahan:
Kadar faedah bagi pinjaman usahawan adalah 6% setahun dan bayaran balik secara ansuran bulanan selama 48 bulan mulai bulan Januari 2018.
Tempoh perakaunan: 1 Jul 2017-30 Jun 2018
Wendy,
2 perkara perlu diberikan perhatian:
1. Faedah atas pinjaman
2. Pinjaman perlu diagihkan antara LS dsn LBS
Cikgu, bolehkah cikgu terangkan agihan antara LS dan LBS? Apakah maksud imbangan duga yang menunjukkan RM25000 dan RM30000?
Wendy,
Boleh rujuk contoh dalam buku teks.
Cth : Pinjaman 40000… bayaran balik setiap tahun 5,000.
Maka 5000 –> LS
Bakinya 35000 –> LBS
Cikgu,
cuba tanya:
1. kalau PHR ialah pengurangan PHR, maka kita perlu tulis “hutang ragu” di hasil.
betul?
2. syllabus kini, untuk penyata kedudukan kewangan, semasa kita state Aset Bukan Semasa, perlu ada 3 coloum tunjuk “kos”, “SNT”, dan “nilai buku”, betul?
terima kasih.
Sheire,
1. Ya
2. Kedua2 cara boleh digunakan.
Cikgu,
Cuba tanya satu soalan:
Imbangan duga:
Hutang lapuk RM85
Akaun Belum Terima RM4320
PHR RM160
Maklumat tambahan:
1. Seorang Akaun Belum Terima telah memulangkan barang rosak bernilai RM320. Perkara ini terlupa rekod.
2. Selaraskan PHR kepada 3% atas Akaun Belum Terima Bersih.
Jawapan:
Akaun Belum Terima RM4320-RM320 = RM4000
PHR = RM4000 x 3% = RM120
Hutang Lapuk = ada lagi tak?
Swee Kung,
Hutang lapuk 85 –> Belanja : Ak UR
PHR 120 –> Aset Semasa : PKK
Hutang Ragu = 160 – 120 = 40 –> Hasil : Ak UR
Cikgu,
Soalan:
1/9/17-sewa blm bayar 696
31/8/18-sewa blm bayar 744
sewa tlh dibyr (dipetik dr ak. bank) 5760
Sediakan ak.sewa
Jwpn saya: (rujuk gambar)
Kemusykilan:
1) Mengapa skema jwpn meletakkan sewa blm byr 696 di sebelah dt?
2) Mengikut silibus terbaru, adakah kita tidak dibenarkan sama sekali menggantikan item blm byr/prabayar/blm terima/blm terperoleh sbg baki b/b atau baki h/b dlm lejar?
Mika,
KSSM…. menekankan asas perakaunan catatan bergu.
Rujuk soalan… telah wujud Ak Sewa Belum Bayar…. baki2 awal & akhir akaun tersebut dipindahkan ke Ak Sewa…. apakah butir bagi catatan bergu tersebut..?
Ok, maksudnya saya kena ikut apa yg ditulis. Tp, bagaimana dgn sewa blm bayar 696 tu? Bukankah ia patut ditulis di sebelah kredit krn ia x termasuk dlm tempoh perakaunan sms?
Mika,
Sewa belum bayar 696 adalah baki pada awal tempoh perakaunan semasa… perlu masuk Ak Sewa
Cikgu,
Saya masih keliru. Yg saya faham selama ni baki sewa blm bayar pd tempoh awal perakaunan semasa merujuk kpd sewa utk tahun perakaunan terdahulu yg masih belum dibayar hingga skrg. Jadi, amaun tersebut bukan ke sepatutnya diletakkan kredit ak. sewa, dan bukannya di sblh debit? Saya x faham kenapa ia harus diletakkan di sebelah debit.
Mika,
Ya..sepatutnya disebelah kredit… kerana ianya liabiliti… jika ikut catatan bergupun mesti sebelah kredit.
Cikgu,
Cuba tanya upah ialah belanja atau kos belian? Perlu letak di kos jualan atau belanja?
Swee kung,
Upah –> Belanja
Upah atas belian –> Kos Belian
Cikgu,
Cuba tanya:
Soalan bagi Imbangan Duga panda 30 Nov 2017:
Pulangan jualan RM2471
Inventori Akhir RM23000
Akaun belum Terima RM29600
Maklumat tambahan:
Pada 29 Nov 2017, pulangan jualan RM230 telah diterima tetapi Nota Kredit hanya dikeluarkan pada 1 Dec 2017. Pulangan ini belum direkodkan dalam mana-mana buku dan belum diambil kira dalam penilaian inventori. Barang niaga ini telah dijual pada harga kos + 100% tokokan.
Cikgi, saya tengok jawapan ialah:
1. Pulangan jualan = 2471 + 230 = 2701
Akaun belum terima = 29600 – 230
** cikgu, nota kredit dapat pada 1disember 2017, mengapakah perlu rekod di 30Nov 2017?
2. Inventori akhir = 23000+ (230/2) = 23115
** mengapakah barang niaga kos tambah di inventori akhir?
Terima kasih.
Swee kung,
1. Urusniaga berlaku dalam tempoh perakaunan semasa.. cuma dokumen dikeluarkan lewat.
2. Apabila pulangan jualan… inventori dalam kedai akan bertambah… tapi mesti penilaian inventori mesti pada nilai kos.
cg. keadai tu ialah pembekal pakaian harian. soalan
inventori bagi alatt tulis pasa 31/12/2016 ialah RM175.
– alat tulis RM850
– inventori awal rm45700
– inventori akhir rm 21250
– belian rm 74000
jadi nak buat pelarasanya macam mana?
sekeping nota kredit dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah rm1800 belum direkod kedalam mana man buku.
nak buat pelarasan macam mana ni cg?
Nurabiha,
1. Selaraskan belanja Alat Tulis = 850 – 175
2. Selaraskan Pulangan Jualan dan ABT
tapi cg tak ada pulangan jualan .
jualan ialah rm155000
Nurabiha,
Jika tiada… wujudkan Ak Pulangan Jualan baru
duti atas belian rm 4300 termasuk caj angkutan yang dikenakan semasa menghantar barang niaga berjumlah rm300
– angkutan masuk rm1150
– duti atas belian rm4300
4300-300?
macam mana nak rekodkan dalam jurnal am?
Nurabiha,
Duti atas belian (-) 300
Angkutan masuk (+) 300
Dt Angkutan masuk 300
Kt Duti atas belian 300
cg selaraskan abt dengan pulangan jualan tu macam mana?
hehehe…
maaf
Nurabiha,
Dt Pulangan jualan
Kt ABT
cg,
sebuah kedai pembekal pakaian.
soalan
– inventori bagi alat tulis pada 31/12/2016 ialah rm175
– alat tulis ialah rm 850
cg kata selaraskan belanja alat tulis = 850 – 175
saya dapat 675
bila masuk dalam imbangan duga terselaras
alat tulis – 675 – dt/belanja
175 apa ? belanja am?
Nurabina,
Dt Inventori alat tulis 175 –> Aset semasa
assalamualaikum cikgu..
saya nak tanya pasal
id pd30 sept 2000
dt=insurans 960
maklumat tambahan
insurans yg diambil utk tempoh setahun berakhir 28 feb 2001
Cikgu,
Maklumat tambahan
Cik atiqah telah menerima Wang tunai rm4800 daripada seorang pelanggan yang membeli barang niaga secara tunai pada 18 April. Beliau telah menggunakan Wang tersebut sebanyak rm2600 UNTUK membaiki kenderaan perniagaan dan bakinya digunakan untuk perbelanjaan keluarga.
Ena, waalaikumussalam.
Kira berapa bulan insurans prabayar –> bulan 10 – bulan 2 = 5 bulan
Maka Insurans Prabayar = 960 x 5/12 = 400 –> AS
Insurans = 960 – 400 = 560 –> Belanja
Amanda
Kenalpasti 3 akaun yang terlibat dengan pelarasan tersebut
assalamualaikum cikgu, mohon bantuan
tempoh perakaunan bermula 1jun 2017 dan berakhir 31mei 2018.
baki akaun pada 31mei 2018 adalah:
pinjaman bank rm127600.
maklumat tambahan yang belum direkodkan adalah:
a)kadar faedah pinjaman bank 10% setahun.pinjman bank telah di tandatangan pada 1nov2017.
soalanya:
sediakan catatan pelarasan bagi urusniaga diatas.
mohon bantuan cikgu berkaitan maklumat yang perlu saya catat dalam catatan pelarasan.
Waalaikumussalam..
Faedah pinjaman = 10% x 127600 x 7/12 = A
Oleh kerana sebarang pembataran faedah.. maka semuanya belun bayar.
Dt faedah atas pinjaman A
Kt faedah pinjaman belum bayar A
Cikgu,
Cuba tanya pelupusan melalui tukar beli masih ada dalam syllabus?
Swee kung,
Telah dikeluarkan… hanya pelupusan secara tunai sahaja.
Assalamualaikum cikgu..
Adakah bentuk soalan utk spm thn nh adalah sama seperti tahun2 sebelum ?
Bole saya tahu bab apa yg selalu ditanya utk bahagian B kertas 2
Terima kasih
Tira, waalaikumussalam.
Format pentaksirannya masih sama seperti tahun lepas..
Semua bab /modul boleh dimasukkan di Bahagian B.
Cikgu,
Pinjaman dibuat pada 1 Julai 2016 sebanyak RM 60000 dan bayar ansuran bulanan selama 5 tahun. Bagi PKK pada 30 Jun 2017. Pinjaman masuk LS sebanyak RM12000. LBS pinjaman RM48000 atau RM36000?
Fatimah,
Pada 30 Jun 2017.. Pinjaman = 48000
Drp 48000 –> 12000 perlu dibayar untuk tempoh berikutnya.. maka baki 36000 –> LBS
Cikgu,
Ada beberapa soalan pelarasan nak minta tolong cikgu.
1. Dalam akaun hutang lapuk, angka dari imbangan nak pindah dalam akaun hutang lapuk sebagai ABT atau baki b/b? Kalau ada hutang lapuk baru Ali trading, dalam akaun hutang lapuk nak tulis ABT atau Ali Trading?
2. Dalam Akaun PHR, SNT, pelajar masih lagi boleh Guna kaedah langsung iaitu tulis untung rugi bagi tahun semasa?
3. Dalam akaun belanja dan hasil, masih lagi boleh guna kaedah langsung iaitu baki b/b, h/b dan tak tulis prabayar atau belum bayar?
4. Dalam kaedah lgsg, dalam akaun belanja nak tulis untung rugi saja atau akaun utg rugi seperti buku teks.
5. Kalau soalan minta sediakan akaun alat tulis, bagaimana formatnya?
Terima kasih
Fatimah,
1. Cuba fikir ikut kitaran perakaunan… lejar – ID – pelarasan -IDT …
Apabila ID diberi maksudnya semua lejar telah ditutup dengan baki hb & baki bb.
Jika ada item pelarasan baru… kita rujuk akaun yg wujud dalam ID… samada guna “Ali Trading” @ ABT ? …. supaya pelajar nampak sistem catatan bergunya.
2. Bergantung kepada soalan.. jika diminta sediakan AUR… maka kita tunjukkan catatan bergunya… “AUR” @ “UR”.
3. Ikut catatan bergu…. belanja belum bayar.. belanja prabayar..
4. UR @ AUR…. diterima.
5. Seperti akaun biasa… boleh rujuk Ak Inventori
Cikgu,
Maksudnya semua baki yg dibawa dari imbangan duga tulis baki b/b walaupun akaun nominal?
Fatimah,
Pelarasan dilakukan selapas semua akaun2 tersebut ditutup.
candicetan0404@gmail.com
cikgu soalannya ialah alat tulis dalam imabangan duga (Dt.) sebanyak RM720.Maklumat tamabahan ialah membeli alat tulis secara kredit RM21O dan belum direkodkan.Stok alat tulis pada akhir tahuan bernilai RM150.
Kenapa dalam jurnal am tercatat Alat Tulis Prabayar-RM150?
Candice,
Penggunaan “Alat tulis prabayar”.. adalah tidak sesuai.
Assalamualaikum,
Jika untuk PHR yang sudah wujud:
Polisi 5% setahun.Baki PHR 2014 ialah RM500.
ABT 2015=RM12000
ABT 2016=RM8000
ABT 2017=RM8000
Tahun 2015: 5% X RM12000 =RM600 Penambahan RM100,
(DT)HR RM100 (KT)PHR RM100
=Penyata UR:Belanja RM100
=Penyata KK:Aset-PHR(RM12000-RM600)
Tahun 2016: 5% X RM8000 =RM400 Penurunan RM200,
(DT)PHR RM200 (KT)HR RM200
=Penyata UR:Hasil RM200
=Penyata KK:Aset-PHR(RM8000-RM400)
Tahun 2017: 5% X RM8000 =RM400
Tiada perbezaan bagi tahun 2017 dan 2016.
=Penyata UR=?
=Penyata KK:Aset-PHR(RM8000-RM400)
Soalan saya, jika tiada perbezaan bagi tahun 2017 dan 2016 seperti contoh diatas, adakah HR tidak wujud di Akaun Untung Rugi? atau saya perlu letak RM400 bagi HR di belanja?
Cik Fsy, waalaikumussalam.
Tahun 2017.. tidak wujudnya Hutang Ragu dalam Penyata UR.. Manakala dalam PKK: ABT 8000 – PHR 400
imbangan duga pada 31 dis 2017
sewa RM1000
premis RM190000
maklumat tamb.
1. sebahagian premis disewakan mulai 1 jul 2017.kadar sewa ialah rm200 sebulan
SOALAN NI MCM MANA
-ambilan barang niaga rm80 belum direkod dlm mana2 buku
-barang hiasan dapur rm800 digunakan untuk bilik pameran kedai dan perkara ini blm rekod
Nazirah,
1. Selaras Sewa diterima… 6 bln x RM200 = RM1200 –> Sewa Belum Terima = 200
2. Ambilan (+), Belian (-)
cikgu, adakah inventori awal dimasukkan dalam imbangan duga?
Hongg,
Ya.
Cg,
Liabiliti or aset
1)komisen belum bayar
2)insurans prabayar
3)kadar bayaran belum bayar
4)komisen belum terperoleh
5)dividen belum terima
6)komisen belum terperoleh
Terima kasih cg 🙂
Fatini,
Jawab dahulu… baru Cg komen betul @ salah..
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:
a) belanja pengangkutan yg terdapat dlm imbangan duga merujuk kpd ang.masuk @ ang.keluar?? atau membawa maksud yg lain??
terima kasih
Ricky,
Belanja dalam AUR… sebab tidak dinyatakan dengan jelas sebagai angkutan masuk.
Cikgu,
Sekiranya kita diminta menyediakan ak. bg ekuiti, adakah itu bermaksud menyediakan ak. modal? Butirannya termasuklah baki b/b (diambil dr ID), merekod modal tambahan serta mengimbangkannya utk mdpt baki b/b terbaru?
Mika,
Ya.. Ak Modal yang lengkap…. baki awal.. modal tambahan (jika ada).. untung bersih dan ambilan.
Cikgu,
Diberi modal awal 128824
UB 26289 (berdasarkan penyata kwgn)
Ambilan 1040
Maklumat tamb.
-Pemilik mbw masuk kenderaan 48000 utk kegunaan perniagaan pd 1 Jan 2018.
-Brg niaga dibeli 3980 menggunakan cek peribadi pd 30 Jun 2018.
Jadi, bolehkah saya buat Ak. Modal begini?
Adakah butirannya betul?
Mika,
Ya.. betul.
1.komisen belom terperoleh perlu masuk dalam akaun untung rugi ke?
2.apa nak buat dengan susut nilai terkumpul?
Hanan,
1. Komisen belum terperoleh –> PKK : LS
2. PKK –> ABS : Kenderaan – SNT kenderaan
Cikgu boleh saya tau telefon dan pos di bahagian mana
Dekat aset bukan semasa atau bahagian belanja
Nur,
Belanja.
Cuba kenalpasti apa maksud Belanja dan Aset… dari situ kita akan dapat bezakan kedua2nya.
Terima kasih cikgu
Cikgu contoh kita buat akaun perdagangan dan untung rugi kan
Yang perdagangan untung kasar tapi yang untung dan rugi tu rugi kasar boleh ke
Thanks
* rugi bersih
Dan satu lagi nak tanya ada ke mesin prabayar
Sorry banyak tanya
Nur,
Ak Perdagangan :
Jualan
(-) Kos Jualan
= Untung Kasar
Ak Untung Rugi
Untung Kasar
(+) Hasil
(-) Belanja
= Untung Bersih
# “Mesin Prabayar” …. tak wujud.
Hanya item BELANJA sahaja wujud PRABAYAR dan BELUM BAYAR.
Mankala item HASIL –> BELUM TERIMA dan BELUM TERPEROLEH
Tapi cikgu saya dapat rugi bersih kat akaun untung rugi.macam mana tu?
Cikgu soalan ni macam mana
1. Peruntukan susut nilai mesin hendaklah dibuat dengan kadar 10% setahun.mesin bernilai 25500 itu termasuk 3600 yang dibeli pada 31 desimber 20×6.
30 april 20×7
Mesin. 25500
Snt mesin. 7650
* soalan ni saya x faham
Terima kasih cikgu
Mungkin soalan itu untung rugi saya salah ker
Nur,
Tiada masalah dapat Untung / Rugi Bersih…
Bergantung kepada maklumat dalam soalan.
Pengiraan SN.. berdasarkan tempoh penggunaan aset tersebut. Dalam kes ini kita asing Mesin lama dan mesin baru.
1. Mesin lama = 25500 – 3600 = 21900
SN = 10% x 21900 = 2190
2. Mesin baru = 3600
Guna : 31/12/x6 — 30/4/x7 = 4 bulan
SN = 10% x 3600 x 4/12 = 120
Maka SN mesin = 2190 + 120 = 2310
Dan SNT mesin = 7650 + 2310
Cikgu betul x ni.
1 menjelaskan semua hutang dengan xi zian pada 1 januari dengan membayar cek 1485 kepadanya dan menerima diskaun tunai 165.
* ni macam mana
2 mengeluarkan cek 150 untuk kegunaan pejabat
Debit : bank 150
Kredit: modal 150
3 menerima cek 300 daripada zakaria kerana menjelaskan gutangnya pada 1 januari.memberinya diskaun tunai 28
* soalan ini saya pun x faham.
4 menerima komisen 238 dengan tunai
Debit: tunai
Kredit: komisen
5 memindah tunai dari pejabat ke bank 1000
Debit ?
Kredit ?
Soalan lain betul x cikgu
Terima kasih
Nur,
1. Dt ABB Xi Zian (1485+165) 1650
Kt bank 1485
Kt diskaun diterima 165
2. Dt Tunai 150
Kt bank 150
3. Dt Bank 300
Dt diskaun diberi 28
Kt ABT Zakaria 328
4. Dt tunai 238
Kt Komisen diterima 238
5. Dt Bank 1000
Kt Tunai 1000
# cuba fahami satu persatu.
Cikgu kenapa soalan mengeluarkan cek 150 untuk kegunaan pejabat
Dt tunai
Kt bank
Cikgu soalan yang mesin tadi saya rasa cikgu salah faham agaknya.
Soalannya:
Imbangan duga pada 30 april 20×7
Mesin(kos) 25500
Susut nilai terkumpul mesin. 7650
Maklumat tambahan:
1. Peruntukan susut nilai mesin hendaklah dibuat dengan kadar 10% setahun atas kos.Mesin bernilai 25500 itu termasuk 3600 yang dibeli pada 31 disember 20×6.
Terima kasih
Nur,
1. Keluarkan duit daripada bank… bank keluar… duit tersebut simpan dalam pejabat.. maka Tunai bertambah.
2. SN mesin tu dah betul…. cuba faham betul2… kita asingkan mesin yang dibeli lama dengan yang baru dibeli… kerana SN 10% setahun…. yang lama cukup setahun…x10%.. manakala mesin yang baru.. baru 4 bulan guna.. maka SN utk 4 bulan… 10% x 4/12
#bukan Cgu yang salah faham.. tapi Nur yang tak faham soalan.
Cikgu satu lagi nak tanya
Jawapan yang cikgu bagi yang ini
Dt bank 300
Dt diskaun diberi28
Kt zakaria
Yang ni kalau nak buat lejar
Pasangan bagi bank,diskaun diberidan zakaria apa cikgu
Contoh:
Ak bank
Jan 3 ?
Nur
Ak Bank
Dt ABT Zakaria 300
Ak Diskaun Diberi
Dt ABT Zakaria 28
Ak ABT Zakaria
Kt Bank 300
Kt Diskaun diberi 28
Terima kasih banyak banyak cikgu saya akan cuba memahami soalan dan jawapan yang cikgu bagi kat saya.
Assalamualaikum cg,
Insurans = 960 ( imbangan duga pada 31 mac 2018)
Insurans telah diperbaharui untuk tempoh setahun pada 1 jun 2017.
Mcm mana nk kira???
Syifaa’, waalaikumussalam.
ID berakhir 31 Mac 2018.
Insurans dibayar untuk tempoh setahun:
(1 jun 2017 —> 31 mac 18 —> 31 Mei 2018)
Maka kita telah bayar terdahulu @ prabayar (1 April –> 31 Mei 2018… iaitu 2 bulan
Maka pelarasan perlu dilakukan untuk INSURANS PRABAYAR tersebut.
1. Insurans Prabayar = 960 x 2/12 = 160 (AS)
2. Insurans = 960 – 160 = 800 (Belanja)
Terima kasih cg
Cg,sewa kediaman hasil atau belanja??
Syifaa’
Konsepnya mudah saja…
Hasil –> kita terima wang.
Belanja –> kita yang bayar.
Assalamualaikum cg,
Imbangan Duga 31 Dis 2017
Insurans = 720
Premis = 56000
ABT = 20800
Pinjaman = 14000
1) Insurans RM300 dibayar utk setengah tahun berakhir 30 April 2018
2) Sebahagian premis telah disewa dengan kadar RM500 sebulan mulai 30 April 2017.
3) Pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31 Disember 2018
Macam mana nak Kira???
Terima kasih cg…
Nurul, waalaikumussalam.
1. Cuba kira berapa bulan insurans prabayar 31/12/17 – 30/4/18
2. Kira berapa bulan sewa yg patut terima 30/4/17 – 31/12/17
3. Hanya untuk kenalpasti pinjaman tersebut LS @ LBS.
Membayar cek 405 kepada gopal.menerima diskaun tunai 45
Kt bank 405
Dt gopal 360
Kt diskaun Diterima 45
Cikgu betul x ni
Nur,
Cuba lihat jumlah debit dan kredit seimbang atau tidak ?
Cikgu contoh diberi
Syarikat k
Inventori. 285
Soalan
Membeli barang 100 secara kredit daripada xi zian
Dt belian
Kt xi zian
* so kalau keterangan Ada inventori
Tapi soalan tu dt belian kan bukan inventori kan cikgu
Nur,
Ya.. betul.
Nilai inventori.. kita hitung secara manual berapa nilai barang niaga yang tinggal pada akhir tempoh perakaunan nanti… baru kita rekod dalam Ak Inventori.
membayar cek 405 kepada gopal meneirma diskaun tunai 45
kt bank 405
dt gopal 450
kt dskaun diiterima 45
ckgu betul x tu
terima kasih
Nur,
Ya betul… cuma susunan catatan bergu..tak tepat
Dt Gopal 450
Kt Bank 405
Kt Diskaun diterima 45
Assalammualaikum cg
Lengkapan (kos) -rm12000
Susut nilai terkumpul lengkapan -rm 4260
Soalan:
Lengkapan disusutnilaikan 20% atas nilai buku pada awal tahun.
Boleh cg jelaskan tak?
Terima kasih cg
Nur, waalaikumussalam.
Kaedah pengiraan SN :
1. Kaedah garis lurus / atas kos / ansuran tetap.
2. Keadah baki berkurangan / atas nilai buku
3. Kaedah penilaian semula
# setiap satu ada formula masing2.
Tetapi catatan bergunya tetap sama iaitu
Dt SN
Kt SNT
Ok.. cuba Nur cari ketiga2 formula tersebut terlebih dahulu.
Kaedah garis lurus:
Susut nilai=% susut nilai ABS × kos ABS
Susut nilai=20%× rm12000
=rm 2400
Kaedah baki berkurangan:
Susut nilai=% susut nilai × (kos asal –
Susut nilai terkumpul)
Susut nilai=20% × (rm12000-rm4260)
20% × rm 7740
Rm 1548
Kaedah penilaian semula=
Nilai aset bukan semasa awal – nilai aset bukan semasa akhir
Rm 12000-rm 4260
Rm 7740
Betulke cg ?
Nur,
Ya.. betul untuk kaedah 1 & 2. (Formula dan pengiraan)
Tetapi Kaedah 3: SN = Baki awal ABS + Belian ABS – Jualan ABS – Baki akhir ABS.
Bagi soslan tersebut kaedah ini tidak dapat digunakan kerana tiada maklumat yang diperlukan.
Maka berdasarkan kehendah soalan tersebut..(Kaedah 2)
SN = 1548
Dan SNT = 4260 + 1548
cikgu apa maksud soalan
imbangkan semua akaun pada 31 januari 20×7
*soalan ni suruh buat imbangan duga atau imbangkan akaun lejar je
Nur,
Imbangkan semua akaun2 dalam lejar dengan Baki h/b dan Baki b/b.
Maksud nya x yah buat imbangan duga lah cikgu kan
Tq
Nur,
Ya..
salam cikgu
boleh x cikgu cek kan jawapan saya ni
1 belian barang dengan cek 875
dt belian
kredit bank
2 jualan tunai hingga hari ini 1550. wang tidak dibankkan
dt tunai
kt jualan
3 membeli barang 237 secara kredit daripada zizi
dt belian
kt zizi
4 membayar belanja runcit 56 dengan tunai
dt belanja runcit
kt tunai
5 memulangkan barang rosak 67 kepada zizi
dt zizi
kt pulangan belian
6 membayar premium insurans dengan cek 200
dt premium insurans
kt bank
7 menjual barang 125 secara kredit kepada mia
dt mia
kt jualan
8 mengambil barang 251 untuk kegunaan sendiri
dt ambilan
kt belian
9 membeli barang 230 secara kredit dari gopal
dt belian
kt gopal
10 jualan tunai dibankkan 121
dt bank
kt jualan
11 mia memulangkan barang 20 kerana rosak
dt pulangan jualan
kt mia
12 mengambil tunai 230 untuk kegunaan sendiri
dt ambilan
kt tunai
13 menjual barang 334 secara kredit kepada ali
dt ali
kt jualan
14 menerima cek 250 daripada mia kerana menjelaskan hutangnya
dt bank
kt mia
15 membayar sewa 489 dan gaji 1000 dengan cek
dt gaji dan sewa
kt bank
terima kasih
Nur,
Ya semua betul.. Cuma cara tulis…
6. Dt Insurans
Kt Bank
15. Dt gaji
Dt sewa
Kt bank
Cikgu maksudnya nanti buat lejar buka acc insurans kan cikgu bukan premium insurans
Terima kasih cikgu.
Cikgu satu lagi cikgu ada kata tentang acc inventori nanti kira lain
Kalau ada soalan berkaitan belian
Macam mana eh cikgu
Nur,
Ya.. Ak Insurans
Semua urus niaga jual @ beli barang niaga kita catat di Ak Jualan @ Ak Belian..
Nilai yang dicatat dalam Ak Inventori… dinilai pada akhir tempoh perakaunan.. samada pada nilai kos atau nilai pasaran (kita akan pilih nilai yang terendah)
Contoh nilai jualan akhir 2560
Nilai belian akhir 4591
Jadi ambil nilai akhir jualan kan cikgu
Dan nanti nak tulis apa kat acc inventori
Dan akaun jualan dan belian tetap kena buat ke?
Tq
Nur,
Ak Inventori.. tak perlu buat apa-apa.. lagi.
Nanti bila belajar CATATAN PENUTUP.. baru diminta buka Ak Inventori.
Buat masa ini… biar boleh kenal pasti nilai INVENTORI AWAL dan INVENTORI AKHIR sahaja dahulu.
Inventori awal –> rujuk nilai dalam ID
Inventori akhir –> rujuk dalam maklumat tambahan berkaitan penilaian inventori
Tapi cikgu soalan ada tulis
Syarikat anggerik
Tunai 200
Bank 500
Inventori 230
Ni memang ada dalam soalan soalan kata buka acc yang berkenaan
Jadi macam mana
Tq
Nur,
Buka saja…
Ak Inventori
Dt 1hb Baki bb 230
Kemudian tutup pada akhir tempoh perakaunan … dengan Baki hb 230 dan Baki bb 230.
Tiada sebarang urusniaga lain.
Ok tq cikgu
Boleh cikgu narzuki…buat atau update format terbaru untuk akaun perdagangan Dan untung rugi…sebab saya duduk utk SPM 2019..Dan banyak soalan Yang saya buat Ada format Yang berbeza…Dan untung kasar Dan untung bersih nya dah tak Sama….saya harap cikgu dapat buat satu laman untuk APUR
Thehotness,
Terima kasih atas cadangan….
Formatnya boleh rujuk buku teks terbitan terbaru KSSM…. jangan rujuk buku rujukan @ jawapan buku latihan dipasaran.
Ok terima kasih cikgu
cg,
dokumen sumber apakah yg digunakan apabila membayar gaji pekerja secara tunai.
maaf kerana tanya soalan lari tajuk.
Nurabina,
Gaji.. biasanya kita guna Bsucar Bayaran
cg,
maaf sekali lagi tanya soalan xtak kena dengan tahuk
macam mana nak rekod delam jurnal am kau urus niaga dia
membawa masuk perabut sebagai modal tambahan
Nurabiha,
1. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat –> perabot & modal
2. Cuba kenalpasti akaun mana yang didebitkan dan dikreditkan.
cg,
soalan 1
kenderaan – 14000
nilai skrap- 4000
usia guna – 10 tahun
hitung susut nilai kenderaan tersebut
soalan 2
perabot – 8000
usia guna- 4 tahun
hitung susut nilai tahunan berikut.
saya nak tahu macam mana jalan kira dan penjelasan.
terima kasih,cg
Nurabiha,
Guna formula SN kaedah garis lurus berikut :
SN = (kos – nilai skrap)/usia guna
Cikgu, kalau soalan pelarasan tu tanya, Barang niaga dibeli RM 3980 dengan menggunakan cek peribadinya pada 30 Jun 2018. Apa kesan dia terhadap penyata kedudukan kewangan & akaun perdagangan + akaun untung rugi?
Adakah nilai RM 3980 tu akan ditambah dengan inventori awal ataupun inventori akhir ataupun atas Belian dalam akaun perdagangan?
Lucky,
Belian (+) –> Ak Perdagangan
Modal (+) –> PKK
Cgu, kalau kita buat PKK, tapi kenderaan dan perabut ada susut nilai peratus masing masing.. perlu ka kita buat dekat aset bukan semasa kenderaan – susut nilai , perabot – susut nilai?
Muhd Aqil,
Perlarasan SN… 2 akaun terlibat:
1. SN –> belanja dalam APUR
2. SNT –> ABS : Aset – SNT dlm PKK
cikgu kalau membayar insurans kedai dgn cek RM1650 bank (-) lepastu apa lagi cikgu ? soalan persamaan akaun
zainam mngambil kelengkapan yg tidak digunakan bernilai RM 970 utk kegunaan peribadi . jadi cikgu kelengkapan (-) , ambilan (+) ??
Fela,
1. Bank (-)… UB (-)
2. Ya.. betul
cikgu kalau zainal membawa masuk kenderaan bernilai RM5290 untuk kegunaan kedai jadi cikgu kenderaan (+) modal (-) ataupun kenderaan (+) untung bersih (-) ?
Fela,
Kebderaan (+)
Modal (+)
# hanya Hasil & Belanja kesan kepada UB.
Cikgu,
Untuk soalan milikan tunggal, pemilik membayar gaji pekerja dengan wang peribadi rm500. dalam pkk, boleh campur terus dalam modal atau perlu tunjuk modal awal tambah modal tambahan 500?
Fatimah,
Terus tambah di Ak Modal… kerana tidak wujud “Ak Modal Tambahan”
Cg, maklumat tambahan bagi soalan ini …..
I)’ inventori Alat tulis pada 31disember 20×1 bernilai Rm80′ … Dlm imbangan duga bagi inventori awal Rm4500 , alat tulis rm 410 dan stok akhir dkt maklumat tambahan bagi Rm8020
So mcm mana nk selesaikan??
Arman,
Selaraskan Alat tulis :
Belanja Alat tulis = inventori awal alat tulis + Belian alat tulis – inventori akhir alat tulis.
Cg,inventori awal alat tulis tu yg mana??inventori awal ke??
Inventori awal = inventori awal alat tulis?? Samakah??
Arman,
Inventori awal alat tulis –> dalam ID (jika ada)….. jika tiada dalam ID –> Invetori awal alat tulis = 0
Hi cikgu, Dekat mana kita boleh mendapatkan jawapan buku teks Prinsip Perakauanan?
Ezack,
Cuba rujuk dengan guru sekolah.. mungkin beliau ada.
Kalau akaun insurans prabayar de akan masuk belah debit / kredit akaun insurans mohon penjelasan cg
Qhai,
Ak Insurans
Kt insuran prabayar xxx
Ak Insurans Prabayar
Dt Insurans xxx
Hi Cikgu,
Maklumat tambahan :sepanjang tahun pemilik telah mengambil alat tulisRM240 utk kegunaan peribadi. Perkara ini direkodkan sebagai belanja am. Bagaimana pelarasan ini diselaraskan dlm akaun untung rugi?
Kad inventori harga brg direkodkan mengikut harga senarai atau selepas diskaun Niaga?
Kalai,
1. Catatan pembetulan kesilapan.
Dt Ambilan Kt Belanja Am
2. Ikut harga senarai
Sewa belum terperoleh do bahagian Mana apur atau pkk?
Nikki,
Liabiliti semasa –> PPK
cg nak tanya buat macam mana nak cari susutnilai kalau soalan maklumat tambahan mcm ni
1)kadar susutnilai kenderaan adalah 20% setahun atas kos
maklumat dalam imbangan duga;
belanja kenderaan 1249(dt)
kenderaan 15400(dt)
susutnilai terkumpul kenderaan 5240(kt)
saya buat ikut formula kaedah garis lurus
susutnilai kenderaan = 20% x 15400 = 3080
betul ke macam ni?
Anna,
Ya.. betul
macam mana dengan susutnilai terkumpul kenderaan?
sye dah dapat susutnilai kenderaan macam mana sye nak cari susutnilai terkumpul kenderaan? atau ambil je yang diberi 5240?
Anna,
SN = 3080
SNT = 5240 + 3080 = …..
Boleh tak cikgu tolong saya pasal akaun bab 8, tingkatan 4 kerana saya kurang faham
1. Sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah rm1800 belum direkodkan dalam mana-mana buku.. (CG MACAM MANA NAK KIRA)
2.sewa untuk toga bulan masih belum di bayar ( CG KALAU SEWA DIBAYAR RM 18000 MACAM MANA NAK BUAT NAK KENA TOLAK KE?)
CAN’T YOU HELPME?
Najihahuda,
1. Nota kredit dikeluarkan –> Pulangan Jualan (+1800) & ABT (-1800)
2. Sewa belum bayar —> Ak Sewa –> (+)
Cikgu soalan ini ;
Ii) insurans sebanyak rm120 masih belum tamat tempohnya
iii)hasil belum terima : komisen diterima
280
Insurans dlm imbangan duga 720
komisen diterima pula 200
Cara nya cikgu ?
Syam,
1. Daripada 720 –> 120 Insurans Prabayar
2. Kenalpasti Komisen yang belum terima… sepatutnya terima 280.. tetapi baru terima 200
sye nk tnye betul atau tidak
maklumat tambahan;
1)sewa dibayar setiap suku tahun.sewa dibayar termasuk rm600 bagi suku tahun berakhir 30jun 2012
dalam imbangan duga sewa 2600(dt)
jalan kerja;
2600-600=2000~sewa(akaun perdagangan dan untung rugi)
600~sewa prabayar(akaun pkk)
2)kadar bayaran terakru rm340
dalam imbangan duga kadar bayaran 1654
jalan kerja:
1654+340=1994~kadar bayaran(akaun perdagangan dan untung rugi)
340~kadar bayaran belum bayar(akaun pkk)
3)hutang sebanyak rm664 dihapuskan sebagai hutang lapuk
dalam imbangan duga abt 27584(dt) hutang lapuk 384(dt)
jalan kerja :
27584-664=26920~abt(akaun pkk)
384+664=1048~hutang lapuk(akaun perdagangan dan untung rugi)
4)sepanjang tahun kewangan,barang niaga telah diambil untuk tujuan berikut;
promosi rm750
kegunaan peribadi rm500
dalam imbangan duga promosi rm2460(dt) ambilan rm6000(dt)
jalan kerja:
2460+750=3210~promosi(akaun perdagangan dan untung rugi)
6000+500=6500~ambilan(akaun pkk)
kalau salah tolong tunjuk cara kira yang betul cikgi
Anna,
1. Salah…. daripada 600 untuk suku tahun (3 bulan) –> tentukan sewa prabayar.
2. Betul.
3. Betul.
4. Belian juga kena (-) 1250
soalan nom 1 600 x 3 la kiranya? kenapa darab 3?
soalan nom 4 belian selepas ditolak bru boleh letak dalam akaun perdagangan?
Anna,
600 –> 3 bulan –> sebulan = 600/3 = 200
Rujuk tarikh perakaunan berakhir untuk tentukan berapa bulan PRABAYAR.
Belian selepas pelarasan –> Ak Perdagangan
terima kasih cikgu
Imbangan Duga pada 30 Jun 2018
Pinjaman RM25000
( Tarikh Pinjaman 1 Jan 2018 RM30000)
Faedah atas pinjaman RM1200
Maklumat tambahan
Kadar faedah pinjaman 6 % setahun dan bayaran balik pinjaman selama 48 bulan mulai Jan 2018
Jalan kerja?
Mag,
1. Kira faedah atas pinjaman (untuk 6 bulan)….
2. Tentukan faedah pibjaman belum bayar… dengan banding faedah yang telzh dibayar RM1200..
3. Kenal pasti bayaran balik setiap tahun —> 30000 / 4 tahun …… (48/12=4 tahun)…
Nilai ini dikelas sebagai LS daripada jumlah pinjaman 25000… selebihnya –> LBS
Assalamualaikum cg, apa yang dimaksudkan pinjaman diperoleh pada 1 januari 20X9?
Soalan diberi. Pada 1 julai 20×8, encik .. meneruskan perniagaan . Faedah atas pinjaman pada ID -320 (dt)
Amirah, waalaukumussalam.
Tengok tempoh pinjalan untuk kira faedah atas pinjaman.
Tempoh perakaunan : 1 Julai 20×8 – 30 Jun 20×9
Pinjaman dibuat pada 1 jan 20×9 –> 30 Jun 20×9 = 6 bulan…. laka kira faedah ubtuk 6 bulan sahaja… kemudian kenalpasti berapa faedah pinjaman belum bayar….(bandibgkan dengan faedah dalam ID.
Ni soalan lain cg.
ID pd 31 Mac 20×9
gaji – 13750 dt , sewa -18000 kt.
Maklumat tambahan :
i) gaji sebulan masih belum dibayar kepada pembantu kedai.
ii ) sewa diterima pada awal setiap suku tahun mulai 1 Jun 20×8
Penyelesaian:
i) saya kena bahagikan 1370 tu kpda 12 untuk dptkan jumlah sebulan. Betul ke salah?
ii) saya tak fhm dan tk tau mcm mna nak selesaikan
Amirah,
1. Salah….Gaji sebulan = 13750 / 11
2. Suku tahun = 3 bulan… kenalpasti setiap suku tersebut.. untuk kita tentukan telah terlebih terima (belum terperoleh) berapa bulan.
1/6/x8 – 31/8/x8
1/9/x8 – 30/11/x8
1/12×8 – 28/2/x9
1/3/x9 – 31/5/x9 –> 2 bulan belum terperoleh
Cikgu,
Soalan sediakan imbangan duga yang ada akaun belum terima RM3000, hutang lapuk RM 500 Dan sewa RM1000. Maklumat tambahan. Hutang lapuk baru RM200 dan sewa prabayar RM300. Semasa sediakan Akaun Hutang lapuk baki dari imbangan duga rm500 nak pindah dalam hutang lapuk butir nak tulis baki b/b atau ABT dan Akaun sewa pula nak tulis baki b/b atau bank?
Fatimah,
Jika nak ikut buku teks… butirnya ABT dan Bank.
Cikgu,
Kalau nak tulis baki b/b, Masih boleh?
Fatimah,
Saya sarangkan ikut buku teks.
Assalamualaikum cikgu. Saya nak tanya jika di maklumat tambahan ditulis begini :
1) Sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah rm 1800 belum direkodkan dalam mana2 buku
Bagaimana mahu rekodkan ye cikgu? Akaun ape je yang terlibat
Izzati, waalaikumussalam.
Pulangan Jualan & ABT
Cikgu,
Utk soalan sediakan akaun sewa.diberi sewa belum bayar awal 50 dan akhir 30. Manakala sewa prabayar awal 20 dan akhir 10.Adakah kita boleh sediakan akaun sewa caranya seperti akaun yuran dimana tulis sewa belum bayar awal di sebelah kredit akaun sewa Dan sewa prabayar awal di sebelah debit akaun sewa dan seterusnya?
Fatilah,
Ya.. ikut catatan bergu..
Pindahkan Sewa belum bayar (awal) –> Ak Sewa… (ini dipanggil catatan pembalikan).
Daripada Ak Sewa –> Pindahkan Sewa belum bayar (akhir) ke Ak Sewa Bekum Bayar
# sama juga dengan sewa prabayar.
Cikgu,
Dalam akaun sewa, baki awal sewa belum bayar Dan sewa prabayar boleh guna kaedah langsung tulis
baki b/b sahaja?
Fatimah..
Ak Sewa Belum Bayar & Ak Sewa Prabayar –> TELAH WUJUD…. kenapa tiba2 jadi “Baki b/b”… cuba fikirkan catatan bergunya.
Penggunaan Baki b/b… hanya apabila daripada AWAL lagi AK Sewa ditutup dengan Baki h/b & Baki b/b .. TANPA menwujudkan Ak Sewa Belum Bayar & Ak Sewa Prabayar.
cikgu,
bad 8
imbangan duga pada 30 jun 2017
pinjaman12%(matang pada 1Januari 2037)-rm80000
maklumat tambahan?pinjaman12% dibuat pada 1January 2017
ini macam mana gira
Tai,
Kira faedah pinjaman seperti biasa.. oleh kerana tidak cukup setahun –> maka perlu X tempoh pinjaman tersebut…. 6/12
cikgu
imbangan duga pada 30 jun 2018
Maklumat tambahan?
barang niaga dibeli rm3980dengan menggunakan cek peribadinya pada
30 jun 2018
yang ini macam mana gira
cikgu,
akuan bagi ekuiti Arfa pada 30jun 2018
macam mana buat
Tai,
2 akaun yang terlibat :
1. Belian —> (+)…. Dt
2. Modal —> (+)…. Kt
cikgu,
akaun bagi ekuiti
apa maksud ini
nak buat akauan apa
Tai,
Ekuiti Pemilik –> Modal & Ambilan
cikgu, saya sedang buat pelarasan bagi tahun berakhir 31 Dis 2016.
a) pemilik telah beri pendahuluan gaji bln Jan 2017 rm1000 utk bantu pekerja.
-first tambah di ak gaji lepas tu?
b) PHR dia dpt point.. bundar atau ignore?
Ana,
a) gaji yang telah dibayar (nilai ID) teleh termasuk gaji bulan januari..
–> Gaji ID (-)1000, Gaji prabayar 1000
b) bundarkan.
ok terima kasih cikgu
sorry ganggu cikgu, tapi saya punya tak imbang tolong saya
perabot (ID) Rm136000
a) pemilik beli perabot rm2400 pada 1 dis 2016 dgn hasil jualan tunai. terlupa rekod.
b) sn perabot 20% atas kos
c) sekeping invois rm4000 diterima dan blm rekod
Ana,
a. Perabot (+)… Jualan (+)
b. Kira SN ikut tempoh masing2.. kemudian jumlahkan … SNT (+)
c. Belian (+).. ABB (+)
assalam cikgu
soalan pat jpn selangor 2018
dlm imbangan duga
pinjaman TEKUN (matang pd 31 jan 2020) 5750
maklumat tambahan
pinjaman tekun dibuat pada 1 jan 2018. bayaran balik pinjaman tekun adalah sebanyak rm230 sebulan belum dijelaskan
jawapan saya
ansuran pinjaman belum bayar 2760
pinjaman Ls 2760
pinjaman lbs 2990
macam ada keliru sikit bahagian LS dan LBS
Hanna,
Tidak wujud “Ak Ansuran Pinjaman belum bayar”..
Daripada baki akhir pinjaman… kita asingkan jumlah yang perlu dijelaskan dalam tempoh setahun (LS) –> rujuk jumlah bayaran balik setahun. Manakala selebihnya akan dijelaskan lebih setahun –> (LBS)
jadi yg dia sebut ansuran pinjaman belum bayarar tu..maksudnya pinjaman tahun 2018 yg belum dibayar ..jadi ia adalah LS..
Cikgu kenapa yg a) soalan saya tadi (+) jualan? kenapa tak (-)?
Ana,
Bila jual barang niaga –> JUALAN (+).. TUNAI (+)…
Tunai tersebut digunakan untuk beli perabot –> PERABOT (+).. TUNAI (-)
Maka kesannya : Jualan (+).. Perabot (+)
macam mana nak cari modal awal dalam imbangan duga terselaran jika tidak dinyatakan dan dipindahkan ke akaun kedududkan kewangan
Tiqa,
MODAL AWAL = jumlah DEBIT – jumlah KREDIT
Assalamualaikum cikgu,
macam mana nak kira susut nilai kaedah ansuran tetap?tapi dia ada sertakan sekali nilai skrap.perlu ambil kira sekali ke nilai skrap tu.
contoh :-
kenderaan(kos)=48000
snt kenderaan=29600
kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap RM 10000 mengikut kaedah ansuran tetap.
Nur Asyaqirien, waalaikumussalam.
Kaedah Ansuran Tetap = Kaedah Garis Lurus = Kaedah atas kos.
SN = (Kos – nilai skrap) x 10%
cikgu, mcm mana nk selesaikan
i) seorang penghutang yg hutangnya dihapuskan RM400, telah menjelaskan semua hutangnya dgn tunai. wang itu guna utk keperluan keluarga pemilik
ii) inv. alat tulis RM_ : (-) alat tulis, (+) AS inv alat tulis kan cg?
iii) salinan nota kerdit dikeluarkan kpd xx blm direkodkan, maknanya (+)Pulangan jualan (-)ABT kan?
Ria,
1. 3 akaun terlibat :
Dt Ambilan….. A – 300
Dt Hutang lapuk 300
Kt ABT……….. A
2. Ya
3. Ya
kalau dkt ak. perdagangan saya buat (+) belanja hutang lapuk terpulih, pkk (+) ambilan betul tak
Ria,
Ya. Betul.
Dt Ambilan 300
Kt Hutang lapuk terpulih 300
# maaf tadi Cg tersilap faham soalan..
di imbangan duga insurans tulis 480
maklumat tambahan tulis “insurans prabayar 2 bulan”
soalan saya: adakah kita perlu bahagi 480 dengan 12 kemudian darab dengan 2 untuk dapatkan belanja prabayar ?
Zarif,
Ya
Selamat sejahtera Cikgu, soalan saya ialah
Penyata kedudukan kewangan pada 31 Dis 2011 di sebelah debit: komisen belum terperoleh RM1,500
Baki akaun pada 31 Dis 2012 adalah seperti yg berikut:
Komisen belum diterima RM2,500
Bagaimana nak cari hasil (komisen diterima)dalam penyata untung rugi?
Jawapan di buku ialah rm2500-rm1500=rm1000
Tapi saya kurang faham tentang jwp ni
Greace,
Caranya –> buka Ak Komisen Diterima… masukkan komisen belum terperoleh awal dan komisen belum terima akhir –> angka imbangan –> AUR
SOALAN – Encik Wong telah memenangi peraduan “Teka & menang” yg berjumlah rm10,000. Beliau telah memasukkan semua wang kemenangannya ke dlm akaun bank perniagaan.
soalan saya ialah bagi PKK, sebelah ASET SEMASA- BANK kenapa tidak perlu tambah rm10,000?
Jawapan yg diberi hanya masuk ke EP-MODAL TAMBAHAN
Grace,
Ini soalan RTL.. itu sebabnya adalah penting untuk kemukakan soalan ikut modul yang betul.. supaya tidak timbul kekeliruan.. kepada orang lain.
Ok..tq cg, tolong check jwp saya
Komisen belum teperoleh awal masuk sebelah kredit dan Komisen belum terima akhir juga masuk sebelah kredit, jadi komisen diterima sebenar ialah RM4,000 ?
Ohh..ok maaf cikgu
Grace,
Ya.. betul
Imbangan duga pada 31 Dis 2013:
Debit Kredit
RM RM
Sewa prabayar 3,520
Belanja sewa 6,160
Maklumat tambahan :
Belanja sewa utk tahun 2013 adalah sebanyak RM8,160
Dikehendaki sediakan catatan pelarasan.
saya confuse ttg soalan ni , minta bantuan cg ?
Grace,
Sewa belum bayar = 8160 – 6160
Tapi buku jawapan yg diberi ialah
Dt Belanja sewa RM2,000
Kt Sewa prabayar RM2,000
Adakah pemilik perniagaan itu guna prabayar untuk cover dia punya sewa yg belum bayar? Atau buku jawapan yg diberi salah?
Grace,
Sewa sepatutnya 8160
Sewa yang telah dibayar hanya 6160.
Maka mesti pekarasannya SEWA BELUM BAYAR
Ok terima kasih cikgu
Cikgu, jika pinjaman dicatat pada akhir tempoh perakaunan adalah 64000 di imbangan duga. Tetapi maklumat tambahan berkata pinjaman itu adalah dibuat setengah tahun sebelum akhir tempoh perakaunan. Adakah ia melibatkan pinjaman belum terperoleh? Jika tidak, tolong beritahu akaun yang terlibat Dan amaunnya.
Berjamin,
Tidak….. pengiraan faedah atas pinjaman.. hanya untuk 6 bulan sahaja.. 64000 x % x 6/12
Ohhtq cikgu
Assalam cikgu..
Cikgu,utk bahagian ekuiti pemilik dlm penyata kedudukan kewangan
Boleh ker jika tulis
Modal awal
-ambilan
..,……
– rugi bersih
Sebab dua dua di atas adalah tolak
Hanna, waalaikumussalam.
Boleh..
Jika untung bersih
Bolehker
Modal awal
– ambilan
+ Untung bersih
Hanna,
Asasnya.. (+) –> (-).
# Tidak salah… cuma saya tidak galakkan.
Ok cikgu tq…bagaimana Pula jika
Simbol tambah tolak itu salah contoh
Sepatutnya
– ambilan 1000
Tetapi ditulis
+ ambilan 1000……
nilAi betul tetapi simbol didepan salah..
Hanna,
Pentaksiran & Pengajaran –> 2 perkara yang berbeza…
Untuk pengajaran –> kita ajar apa yang BETUL.
Tidak semua ilmu pentaksiran SESUAI disampaikan semasa Pengajaran.
Ok terima kasih cikgu
Cikgu dalam imbangan duga upah disebelah debit ialah 3600
Maklumat tambahan :
2/3 upah adalah penyediaan barang di gudang
Saya tidak faham dengan soalan tersebut.
Kelvin,
Ini melibatkan Ak Pengeluaran.. yang akan dipelajari di tingkatan 5 nanti.
Daripada Upah 3600 :
1/3 Upah –> Ak Perdagangan & UR
2/3 Upah —> Ak Pengeluaran
Upa
Assalamualaikum cg ..
Ni soalannya…
Anda dikehendaki menyediakan akaun sewa dibayar..
Cg tlg semak jwpn saya btul k x
Ni jwpnya
Liya, waalaiiumussalam..
Ya.. dah betul.
salam,
cikgu pulangan kepada pembekal RM340 belum direkodkan.
kena tambah kat pulangan jualan ke pulangan belian.
Fatini,
PEMBEKAL –> Kita beli
Bila pulang –> PULANGAN BELIAN
Assalamualaikum cg bleh x semak jwpn saya
.
,
Lpstu nk tnya yg pkk tu letak nme ape
Liya, waalaikumussalam.
Belanja am prabayar… BUKAN “Prabayar” –> AS
Kadar bayaran belum bayar … BUKAN “Belum Bayar” –> LS
Jadi dkt pkk belanja am prabayar ape cg aset semasa k
AS dgn LS ape cg saya x fhm
AS –> Aset Semasa (PKK)
LS –> Liabiliti Semasa (PKK)
Tq cg
Cikgu,
Soalan kelantan dirujuk. Soalan milikan tunggal. Jika faedah atas pinjaman tidak nyatakan faedah atas nilai asal pinjaman. Perlukah kita hanya darab 4% x RM36000 iaitu faedah atas baki pinjaman pada tahun itu utk penyata kewangan semasa?
Fatimah,
Pada masa dahulu… bank hanya memperkanalkan faedah atas nilai pokok sahaja…. maka soalan2 terdahulu tidak menyatakan kaedah mana yang digunakan.. bila diberi k%… kita terus X nilai pokok.
Tetapi sekarang bank telah memperkenalkan satu lagi kaedah pengiraan faedah atas baki pinjaman… maka telah wujud 2 KAEDAH… oleh itu soalan sekarang MESTI menyatakan dengan JELAS kaedah mana yang perlu digunakan… jika TIDAK dinyatakan maka kita tidak boleh tentukan sesuka hati.. nak guna kaedah mana.
Cikgu,
Jika soalan bentuk kelantan tetapi hanya sebut faedah atas pinjaman 4%. Bagaimana kita nak kira?
Fatimah,
Tidak boleh kira… sebab tidak tahu kaedah mana digunakan.
# Jika soalan tersebut diambil daripada soalan beberapa tahun lepas… ianya merujuk kepada atas pokok.. (sebelum kaedah atas baki pinjaman diperkenalkan).
Sama kes dengan kira SN.. jika tidak dinyatakan kaedah mana digunakan… boleh tak kita kira SN ?
Cikgu,
Soalan kelantan, pinjaman dibuat pada tahun 2015, sehingga tahu 2019 sepatutnya sudah bayar 4 tahun dan baki dalam imbangan duga sepatutnya 24000, mengapa masih 36000?
Fatimah,
Untuk kes Pinjaman… pelajar perlu fokus kepada baki akhir daripada ID RM36000… berapa yang perlu dikelaskan sebagai LS & LBS
–> LS : rujuk bayaran balik setahun
# Tarikh pinjaman tu ada ralat 1 Julai 2016
Assalamualaikum cg..saya x fhm soaln ni …boleh tlg jelaskan
Liya, waalaikumussalam.
Buka kedua2 akaun yang diminta.
Ak Hutang Lapuk –> masukkan catatan HL 900 & tutup akaun.
Ak PHR –> catat Baki b/b (awal) & Pertambahan/pengurangan PHR..kemudian tutup akaun.
Cg boleh tlg semak jwpn saya yg A) btul x
Liya,
Dah betul…. cuma perlu BUANG perjataan “Perniagaan Bestari”
Diberi UB sebelum pelarasan ialah RM58416.
Pembetulan kesilapan:
Lengkapan Yang diberi pada harga RM 1450 tersilap debit ke Akaun Belanja Membaiki Peralatan.
Soalan: Menghitung untung atau rugi bersih tahun semasa selepas mengambil kira pembetulan.
Cikgu Narzuki, belanja membaiki peralatan kena Tolak atau Tambah dalam untung bersih sebelum pelarasan?
Gigish,
Ak Belanja –> salah TERLEBIH rekod –> kena TOLAK.
Maka.. cuba fikirkan KESAN keatas UB (perlu + / -)…. apabila BELANJA BERKURANG.
HASIL
(-) BELANJA
= UNTUNG
Knpe x ltk perniagaan bestari cg sdgkn kt soaln dia perniagaan bestari
Liya.
ABT…. orang/pelanggan berhutang dengan kita…
Jika tulis “ABT : Perniagaan Bestari”… maksudnya kita berhutang dengan kita sendiri
Cikgu,
Dalam SPM, sediakan penyata kewangan, jika peruntukan hutang ragu dapat 356.3. no perpuluhan perlukah bundarkan?
Fatimah,
Untuk PHR.. saya cadang dibundarkan..
Cg tlg semak jwpn yg b)
Liya,
“Pertambahan PHR” —> tukar kepada AUR
Yg lain btul dah k cg….lpstu pertambahan or pengurangan kena ltk k x
Liya,
Ya dah betul.. cuma ganti butir “pertambahan phr” dengan “Akaun Untung Rugi”
Knpa x ltk pertambahan phr sdkn ni kan akaun phr
Liya..
Sebanarnya TIDAK WUJUD “Ak Pertambahan/ pengurangan PHR”…. sepatutnya “Ak Hutang Ragu”.
Ak Hutang Ragu —> boleh jadi Hasil / Belanja berdasarkan ianya pertambahan / pengurangan phr.
Ak Hutang Ragu –> akan dipindahkan ke Ak Untung Rugi.
Jadi ada 2 pilihan BUTIRNYA nak guna “AUR @ Hutang Ragu”
Cikgu,
Berdasarkan komen di atas, dalam buku teks baru muka surat 263 sudah ada akaun pertambahan peruntukan hutang ragu tetapi buku teks lama tidak ada. Kita nak ikut buku teks baru atau lama?
Fatimah,
Guna “Hutang Ragu”
Cikgu,
Saya sudah mengajar pelajar saya guna buku teks baru dengan membuka akaun pertambahan peruntukan hutang ragu, adakah ini tidak diterima dalam SPM nanti dan perlukah saya membuat pembetulan ikut buku teks lama?
Fatimah,
Dari segi Pentaksiran… ianya masih diterima sebab pelajar diajar sedemikian.
Pls help with this question cikgu
2nd page
Dania,
1. Kenalpasti item2 pelarasan –> maklumat tambahan. –> kuasai setiap item pelarasan
2. Sediakan Ak P&UR
3. Sediakan PHK.
Assalamualaikum,cikgu…saya nak tanya…barang niaga dibeli RM3980 dengan menggunakan cek peribadi…item apa yang bertambah dan berkurang?
Nur Amalina, waalaikumussalam.
Belian (+)
Modal (+)
Cikgu saya nak tanya ,saya tidak faham akan soalan tersebut
Serta urus niaganya
No. 5.6.7
Cara pengiraan dan apa perlu (+) dan (-)
Ini soalannya cikgu
Khusa,
5. Pinjaman +10000, Perabot +2000, Bank +8000
6. Inventori +, ABB +
7. Kenderaan -, Ambilan +
Cikgu yang n0.8 mcm mana pulak
Cikgu makluman tambahan no 5 tu
Bank tambah 8000
So Dia kena tambah dalam overdraf bank ke
And cikgu perlukah kita buat jadual persamaan perakaunan Untuk soalan ini
Khusa,
5. Bank = (2980) + 8000
8. UB (+), Ambilan (+)
# Buat jadual lebih mudah intuk kita buat semakan.
Cikgu kalau nak buat jadual tu
Belah kredit kena Ada item apa Selain daripada
ABB
MODAL
UB
Cikgu nak tanya lagi satu
Mcm mana nak tahu Urus niaga tersebut
Mengurangkan UB atau menambahkan UB?
Khusa,
1. Rujuk kepada item Liabiliti dalam senarai baki & senarai urusniaga dalam soalan.. jika ada.
2. Hasil –> UB (+)…. Belanja –> UB (-)
Cikgu pinjaman tersebut 10000 itu masuk Liabiliti semasa atau Bukan semasa
Khusa,
Pinjaman –> LBS
Cikgu soalan inii telah diberi oleh Guru Saya tetapi beliau masih Belum mengajarnya
Cikgu itu suruh Buat dahulu soalan ini
Saya hendak Minta pertolongan cikgu
Saya tidak faham akan maklumatnya serta tidak tahu akan Cara pengiraan tersebut
Ini aoallnya
Ooi Eu Keong,
Jika cikgu belum ajar… saya cadangkan cuba fahami contoh2 dan cara penyelesaiannya yang ditunjukkan dalam buku teks… modul Pembetulan Kesilapan.
OK cikgu tapi Saya tak faham akan maklumat no 2,3,6
Cikgu no 2 itu kena tambah Kat jualan ke?
Ooi,
Ada yang tidak kena dengan soalan tersebut…. Perabot & Lengkapan adalah kelas aset yang sama. Manakala alat hawa dingin dikelaskan sebagai Lekapan. Tetapi tiada dalam senarai baki.
Saya tidak faham akan apa yng cikgu ingin sampaikan
Ooi,
Ada kesilapan dalam soalan tersebut.
# minta cikgu sekolah betulkan dahulu soalan tersebut.
Soalan ini cikgu, cikgu Saya pun tak dapat Cari jawapan
Tapi dalam buku, yng cikgu saaya bagi soalan ni
Jawapannnya 42180
Cuba cikgu buat, Bolehka cikgu mendapat Jawapannnya
Atau pun Cikgu Beritahu Saya
Dia punya setiap maklumat
Apa yng tambah atau tolak
Ooi,
Jawapan dakam buku.. kadang2 ada juga yang silap… yang penting pastikan anda cuba fahami setiap urusniaga satu persatu.
Ooi buat jawapannya.. nanti Cg semak jawapan tersebut … bukannya Cg yang buat.
Ini saya betulkan kesilapan, cikgu
Dan ini imbangan duga selepas pembetulan kesilapam
Ooi,
Setiap catatan pembetulan kesilapan.. MESTI melibatkan sekurang2nya 2 akaun.. secara catatan bergu.
Jika betulkan pada 1 akaun sahaja –> sudah tentu ID tidak seimbang.
Jadi cikgu dimanakah Saya salah boleh cikgu tunjuk ajar
Ooi,
Setaip satu pembetulan kesilapan…. mesti 2 akaun terlibat.
Cth:
(i) Belian (-)250 & ABB (-)250
# Perabot dalam ID –> TUKARKAN kepada LEKAPAN.
(ii) Jualan (-)800 & Lekapan (-)800
Kenapa kena tukar kepada perabot kepada lekapan cikgu
Bukan Alat hawa dingin masuk lengkapan cikgu
Lagi satu cikgu itu sahaja ke kesalahan yng telah sya buat atau Ada lagi?
Ooi..
Alat hawa dingin –> LEKAPAN
Perabot —> Lengkapan
Semuanya silap –> sebab hanya buat pembetulan pada satu akaun sahaja.. sepatutnya 2 akaun
Terima kasih cikgu, tapi cikgu imbangan duga selesai imbang di sebelah debit selepas betulkan kesilapan tersebut
Saya dapat 42180
Kerana lekapan itu
Dan belian (-) 250
Tetapi cikgu kalau sebelah debit nak dapatkan amaun yng Sama
ABB tidak perlu tolak 250 jikalau tidak, tidak akan dapat jawapannya
Betul ke cikgu?
Ooi,
Betulkan soalan dahulu..
Perabot 3000 –> LEKAPAN 3080
Jumlah kedua2 ID 43030
Pembetulan –> MESTI sekurang2nya 2 akaun terlibat.
Lekapan Kenapa jadi 3080 Cikgu?
Ooi..
Betulkan supaya ID dlm soalan seimbang…. jika soalan sudah TIDAK seimbang.. maka jawapan sudah tentu tidak seimbang.
Lagipun dalam maklumat tambahan tiada jenis kesilapan ketara (iaitu silap hanya 1 akaun sahaja)
Tapi cikgu Saya Kata perabot tu 3000
Bukan 3080 cikgu
Ooi.
Jika 3000…. cuba kira adakah Jumlah Debit & Kredit ID dalam soalan seimbang ?.. kot2 saya yang silap kira… dlm HP gambarnya xclear sangat.
Cikgu bukakah ini kesilapan ketara
Jadi maksud cikgu kita kena perbetulkan imbang debit dan kredit tersebut ke?
Baru sambung dengan membetulkan kesilapan
Kalau begitu kenapa cikgu memilih untuk
Untuk tambah 80 di lekapan
Lagi satu cikgu ABT dalam imbangan duga tiada
Tapi tak dapat seimbang cikgu
Cikgu saya kata bahawa perabot( lekapan)
Itu amaun dia 3000
Dan jawapan imbangan duga selepas membrtulkan kesilapan ialaj
42180
Saya tak dapat cikgu:?
Ooi,
Saya sudah bagitau.. ada kesilapan dalam soalan tersebut… minta cikgu sekolah betulkan terlebih dahulu.
Jika kesilapan ketara.. mesti ada satu maklumat yang berkaitan dengan kesilapan ketara untuk dibetulkan.. tetapi tiada dalam soalan.
Jika cikgu sekolah tidak tahu nak betulkan soalan tersebut … maka cari soalan yang lain untuk latihan.
Pada 1 mac 2016perkongsian puteh telah membayar premium insurans tahunan 840..tempoh perakaunan syarikat tersebut berakhir pada 31disember 2016.hitung belanja insurans prabayar bagi tahun 2016.
A 700
B 280
C 140
D 560
Jwpn saya c
Adakah btul cg
Liya,
Ya.. betul
1)tahun perakaunan perniagaan mesra berakhir 31 disember.pada 1 jan 2015,perniagaan membeli sebuah mesin berharga 10000.mesin tersebut disusut nilai 20% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.berapakah susut nilai terkumpul mesin untuk tahun perakuanan berakhir 31 disember 2016?
A 4000
B 3600
C 2000
D 1600
Jwpn saya A
2)penghutang 9400
Phr. 320
Perniagaan membuat phr lima peratus atas penghutang.berapakah phr dalam apur bagi tahun berakhir 31 julai 2017?
A 150
B 320
C 470
D 790
Jwpn saya D
3) amirul ialah penghutang dalam perniagaan teguh bina ,telah dikenal pasti tidak dapat menjelaskan hutangnya sebanyak 650.oleh itu perniagaan memutuskan untuk menghapuskan baki hutangya sebagai hutang lapuk .apakh catatan bergu bagi merekod urus niaga tersebut?
Debit. Kredit
A amirul,hutg lpuk
B teguh bina,hutang lapuk
C hutang lapuk,amirul
D hutg lapuk,teguh bina
Jwpn saya D
Cg tlg semak jwpn saya
Liya,
SEMUA salah.
Cikgu apa beza premium insurans
Dengan insuran
Khusa,
SAMA
Knpe salah tlg perjelaskan cg
Soaln 1 jwpn dia 2000 k cg
Soalan 2 150 k
Liya,
1. Masih salah –> sila guna kaedah baki berkurangan.
2. 150 Betul
3. Siapa penghutang/ ABT ?
3 A k cg
No 1 saya dah buat tpi x dpt
Liya,
1. SNT = SN 2015 + SN 2016
# kaedah baki berkurangan
3. Salah –> TERBALIK.
Jwpn 1 3600 kn cg
Liya,
Ya.. betul.
1)mesin (kos) 12000
Usia guna 5 tahun
Nilai skrap 2500
Brpakah susut nilai mesin setahun
A 1900
B 2400
C 2900
D 9500
Soalan ini guna kaedah ape cg
2) imbangan duga pada 30 sep 2017
Debit. Kredit
Mesin 55000
Snt mesin. 5500
Mesin disusut nilaikan dengan kadar 10% setahun mengikut kaedah berkurangan .berapakah nilai buku bagi tahun berakhir 30sep 2017?
A 50050
B.49500
C 44550
D 44000
Yg ni saya dah buat dah tpi x dpt boleh cg perkelaskan lagi
No 2 mesin 55000(D)
Snt mesin 5500(K)
Liya,
1. Kaedah garis lurus: SN = (kos – nilai skrap)/ usia guna
2. Kira SN –> SNT…
Nilai buku = Kos – SNT
No 1 A
No 2 saya x dpt…saya dpt 4950
10% drb(55000-5500)
Dkt mne salah cg
Liya,
1. A –> betul
2. SN = 4950
SNT = 5500 + 4950 = 10450
Mesin 55000
(-) SNT 10450
= Nilai Buku ….
Cikgu masih Ingat lagi soalan Saya yng diatas ini
Ada satu pasal Pembetulan kesilapan ID
Harini cikgu Saya buat soalan ini
Tetapi cikgu ,cikgu Saya Kata perabot dengan lengkapan Dua akaun berbeza
So Dia tidak mengubah nya
Bagaimana jadi sebegini cikgu
Ooi,
Dia yang silap faham..
Ianya seumpama begini…
Ak Kenderaan dan Ak Kereta –> memang dua akaun yang berbeza tetapi… apabila kita sudah buka Ak Kenderaan.. maka Ak Kereta TIDAK akan dibuka lagi .. dimana semua urusniaga KERETA akan direkodkan dalam Ak KENDERAAN.
Tidak boleh kedua2nya dibuka SERENTAK.
Cikgu baru baru ni cikgu Saya beri soalan Percubaan negeri johor SPM 2019
Dalam imbangan duga Dia
Pinjaman(faedah 4%)
RM 18000 di sebelah kredit
Dalam maklumat tambahan pula cikgu
Pinjaman diperoleh pada 1 April 2018 berjumlah 24000.Pinjaman akan dijelaskan sepenuhnya pada 31 MAC 2022
Faedah atas pinjaman adalah 4% atas nilai asal pinjaman
Jadi cikgu bila hendak buat pkk
Saya telah buat seperti haritu cikgu ajar saya Iaitu Cari amaun pinjaman Untuk bayaran balik setahun
Jadi cikgu Saya membuat 24000/4(tahun)=6000 Untuk Bayaran balik setahun (LS)
Jadi cikgu dalam LBS amaun dia macam mana
Kenapa dalam imbangan duga Dia telah memberi 18000 pinjaman
Jadi cikgu untuk LBS saya pulak ambil 24000-600 ke?
Tolong ajar saya cikgu
Kelvin,
Baki Pinjaman selepas dia bayar setahun (24000 – 6000) ialah 18000.. ianya perlu dilaporkan dalam PKK.
Daripada 18000 tersebut sebahagian perlu dibayar dalam tempoh setahun (iaitu nilai bayaran balik setahun).. selebihnya dibayar > 1 tahun.
Maka
LS : Pinjaman 6000
LBS: Pinjaman (18000 – 6000) = 12000
Saya masih tak faham akan bayaran untuk selebihnya setahun
Kelvin,
Pinjaman 18000
30 mac 2020 2021 2012
—-> 6000 6000 6000 –> bayar setaip tahun
—–> LS — LBS — LBS
Cikgu hasil Belum terperoleh Mcm mana
Saya tidak faham akan Situasi jika mempunyai hasil Belum terperoleh
Boleh cikgu memberi situasinya Dan definisi soalan tersebut
Azril..
Hasil Belum Terperoleh = Hasil Terdahulu.
Contoh.. kita telah terima Hasil Sewa untuk bulan November RM200.
Maka Sewa Belum Terperoleh RM200 –> LS
Dimana kita telah terima RM200.. tetapi BELUM jadi hakmilik kita lagi… sekiranya beliau tidak jadi sewa untuk bulan November.. kita kena bayar balik.
Contoh soalan :
Peniaga telah terima Sewa RM1000 termasuk sewa untuk bulan November RM200… Akaun berakhir 31 Oktober 2019
Maka pelarasannya :
Sewa diterima (1000 – 200) 800 –> Hasil
Sewa belum terperoleh 200 –> LS
Pada 1 julai 2016, Syarikat Pengangkutan Mas Ayu telah membeli dua buah van 12 penumpang dengan harga RM80 000 sebuah secara kredit daripada Syarikat Totayo Sdn.Bhd .
Pada 31 Mac 2018, sebuah van dijual kepada Syarikat Kereta Terpakai Lim pd harga RM 65000 dng cek kerana mereka ingin membeli sebuah bas pd suatu tempoh terdekat. Kenderaan disusutnilaikan pd kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
Tahun kewangan syarikat ini beralhir pd 30 Jun setiap tahun.
*dikehendaki mnyediakan akaun2 berikut bgi tmpoh perakaunan 1 julai 2017 hingga 30 jun 2018. *akaun snt kenderaan * akaun pelupusan kenderaan.
Assalamualaikum. Cg bole tak tolong terangkan bgai mna nak selesaikan soalan ni. saya masih kabur2 untuk mnyelesaikannya.
Amirah, waalaikumussalam.
1. Kira SN & SNT untuk kedua2 Van tersebut secara berasingan.
Van 1 :
1 Julai 2016 –> 30 Jun 2017
1 Julai 2017 –> 30 Jun 2018
Van 2 :
1 julai 2016 –> 30 Jun 2017
1 Julai 2017 –> 31 Mac 2018 (Lupus)
2. Baki awal SNT pada 1 Julai 2017 (1 tahun)
SN = SNT = 160000 x 10% = 16000.
3. Buka Ak SNT
Debit :
–> Pelupusan (SNT Van2)
Kredit:
—> Baki bb (Van 1 + Van 2) 16000
–> SN (Van 1, Van2)
==> tutup akaun baki hb.. baki bb
4. Buka Ak Pelupusan
Debit:
Kenderaan 80000 (van 2 yg lupus)
Kredit:
SNT (van 2) ….
Bank ………..
==> imbangkan –> untung / rugi pelupusan
Peruntukan hutang ragu diselaraskan pada kadar 6% atas ABT
ABT 43000
PHR 1350
Jadi cikgu berapa Nilai PHR
MT : inventori alat tulis 31disember
berjumlah 175
Alat tulis 850
Jadi nk cari nilai alat tulis mcm mn?
Syu,
1. Phr = 6% x 43000
2. Alat tulis (850 – 175) –> Belanja
Inventori alat tulis 175 —> AS
Cikgu apakah perbezaan diantara overdraf bank dengan pinjaman
Saya nak tahu definisi Dia Dan penerangan lebih lanjut kalau cikgu ada contoh juga Boleh terangkan
Akaun mana Dua item ini masuk saya tahu
Tapi Saya nak definisi Dia
Azril,
Cuba rujuk maksud Overdraf Bank disini:
https://www.comparehero.my/banking-finance/articles/apa-itu-kemudahan-overdraf
Masih tidak faham ,Kenapa bila bank di sebelah kredit jadi overdraf
Setengah orang kata sebab baki duit bank dia Dah negatif
Azril,
Rujuk Ak Bank..
Katakan masuk/simpan RM1000 –> Dt
Keluar/bayar dgn cek RM1200 –> Kt
Sebelah kredit lebih besar –> akan berbaki kredit..
Maksudnya kita keluar duit LEBIH daripada duit yang kita ada dalam bank… kita telah TERHUTANG dengan Bank –> itu yang dipanggil Overdraf Bank.
Assalamualaikum cg
Boleh x semak jwpn saya btul k x
.
Yaa,
Maaf… cuba semak jawapan dengan guru sekolah..
# cikgu akan bantu mana2 yang tidak faham..
Assalam cg mcm mna nk bt akaun peruntukkan hutang ragu jika ad 2 tahun
Wawa, waalaikumussalam.
Terus sambung… baki h/b tahun 1 –> Baki b/b untuk Tahun 2
Soalan dia mcmni
Wawa..
Ini contohnya.. Ak PHR untuk 2 tahun
salam cikgu,
insurans 3600 di dalam imbangan duga pada 31 mei 2018
maklumat tambahan
insurans rm1800 dibayar untuk setengah tahun berakhir 31 ogos 2018
apakah catatan yang perlu buat
Hassin,
Kira Insurans prabayar untuk Jun –> Ogos
Kemudian Insurans (3600 – prabayar)
Catatan bergunta:
Dt Insurans Prabayar xx
Kt Insurans xx
SALAM CIKGU,
SIMPANAN TETAP (3%) 20000 DICATAT DALAM IMBANGAN DUGA PADA 31 MEI 2018
MAKLUMAT TAMBAHAN: SIMPANAN TETAP TELAH DI BUAT PADA 1 MAC 2018
BERAPAKAH FAEDAH ATAS SIMPANAN TETAP ?
Hassin,
Faedah simpanan tetap = kira untuk Mac -> Mei (3/12 × 3% x ST)
Cikgu apa Maksud kurang diskaun niaga
Atau diskaun Tunai
Boleh cikgu bagi Contoh Dan explanation
Lepas tu dengan diskaun Tunai dibenarkan atau diskaun niaga
Khusa,
Maksudnya selepas TOLAK diskaun niaga/tunai.
Diskaun niaga boleh rujuk dalam dokumen Invois @ Bil Tunai.
Diskaun tunai boleh rujuk resit rasmi @ buku tunai.
Kira Kita tidak perlu Kira Dah la cikgu
Walaupun Dia Beritahu 15% diskaun niaga dibenarkan……..
Khusa,
Kena rujuk kepada penyataan dalam soalan tersebut.. menunjukkan telah ambil kira atau tidak.
Kalau tidak dinyatakan cikgu?
Khusa,
Kena rujuk kepada soalan… kadang2 ada maklumat diberi dalam soalan… cuma kita yang tidak faham @ tidak dapat tafsir maklumat tersebut.
Cikgu, Kos kenderaan di PKK pada 31 Dis 2009 ialah RM817,000 betul ke?
Cara pengiraan saya ialah 880,000 – 14,000 – 35,000 + 56,000 – 70,000 = 817,000
Grace
Ya.. betul
Insurans belum bayar RM550 telah dicatat sebagai Insurans prabayar dan dipindah sebagai catatan penutup dalam Akaun Insurans dan Imbagan Duga.
Soalan minta buat jurnal utk betulkan kesilapan, saya tak faham ayat yg akhir tu ,cg boleh tlg terang x
Jawapan diberi:
Dt.Akaun Insurans 1100
Kt.Insurans belum bayar 550
Kt.Insurans prabayar 550
Grece,
Cara mudah faham kita buat satu persatu… kemudian baru gabungkan.
1. BATALKAN catatan yang silap.
Dt Insurans 550
Kt Insurans Prabayar 550
2. Buat catatan yang sepatutnya.
Dt Insurans 550
Kt Insurans belum bayar 550
Kemudian digabungkan:
Dt Insurans 1100
Kt Insurans Prabayar 550
Kt Insurans Belum Bayar 550
Cikgu belanja am tu Mcm mana?
Ooi,
Belanja am = Belanja pejabat –> beli alas meja, upah baiki printer… dll.
Ohh ok dah faham, terima kasih cg
cikgu,
gaji dan upah apa perbezaannya?
Ada jawapan mendebit upah dalam kos belian.
jika gaji dan upah digabung dalam satu akaun dalam belanja, adakah salahnya
Gaji –> bayar tetap setiap bulan
Upah –> bayar ikut kadar : hari kerja, jam kerja, kuantiti kerja dll.
Hanya UPAH ATAS BELIAN sahaja –> KOS BELIAN.. iaitu bayaran upah SEMASA proses pembelian BARANG NIAGA.
Upah2 lain boleh digabungkan dalan Ak Gaji dan Upah…. cuma adalah lebih baik kita asingkan.
kalua soalan hanya tulis upah. kita anggap ia sebagai upah atas belian?
Upah .. sahaja.. adalah UMUM.. boleh jadi upah membaiki @ upah2 lain… TIDAK boleh andaikan sebagai “Upah atas Belian”…. rekod perakaunan mesti jelas urusniaga baru kita rekod.. bukan berdasarkan andaian.
cikgu, apa maksud hutang lapuk dihapuskan?
Maksudnya –> sebahagian daripada hutang dihapuskan sebagai HUTANG LAPUK.
Dt Hutang Lapuk
Kt Akaun Belum Terima
Imbangan Duga pada 31 Mac 2009 adalah spt berikut:
Dt Perabot dan peralatan pejabat RM15,900
Kt SNT perabot dan peralatan pejabat RM8,700
Maklumat tambahan:
(1)perabot dan peralatan pejabat yang dibeli dengan harga RM7000 pada 1 April 2003 telah dijual dengan harga RM3000 pada 1 Januari 2009. Perolehan daripada jumlah berkenaan telah dikreditkan ke akaun perabot dan peralatan pejabat serta didebitkan ke akaun tunai.
(2) SN untuk tahun kewangan semasa belum diambilkira. Polisi syarikat memperuntukkan belanja SN sepenuhnya pada tahun aset dibeli dan tidak membuat sebarang peruntukan ketika aset dijual. Kadar SN bagi perabot dan peralatan pejabat ialah 20% setahun atas kos.
Dikehendaki:
Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan pelarasan yang tersebut di atas.
Cg soalan ini bagaimana buat pelarasan
Grace,
Selesaikan satu persatu..
1. Rekod pelupusan aset tersebut
# kira SNT aset yg dilupus.
Dt Ak Pelupusan
Kt Ak Perabot & Peralatan
Dt Ak SNT
Kt Ak Pelupusan
Dt Bank
Kt Ak Pelupusan
Dt Ak Perdagangan (Rugi Pelupusan)
Kt Ak Pelupusan
2. Kira dan rekod SN tahun semasa
Dt SN
Kt SNT
Cg , pada tarikh jualan SNT ialah rm7000 ,maksudnya NB= 0, ttp dia masih dapat menjualkan perabot dengan harga rm3000, jadi dia dapat untung pelupusan rm3000 betul ke
belanja SN = (15900-7000) x 20% ?
Cg pengiraan saya betul tak?
perabot yg dijual berkos rm7000 tak perlu ambil kira betul ke? kerana SN setahun 20% , jadi boleh SN lima tahun shj, selepas lima tahun(1 apr 2018 )NB=0
Grace,
1. Jika NB = 0… maka dapat Untung Pelupusan.
Dt Pelupusan
Kt Ak Perdagangan.
2. Ya..Kira SN bagi aset yang tinggal.
Cikgu nak tanya
Dalam imbangan duga 31/12/2018
Iklan (Dt) (9750)
1.Maklumat tambahan : Kos pengiklanan adalah Untuk tempoh sehingga 31 Mac 2019
Sewa Permis (Kt) (12150)
2.Maklumat tambahan : Perniagaan menyewakan sebahagian daripada Premis Perniagaan dengan bayaran RM 1350 .Bayaran terakhir yng diterima adalah pada October 2018.
Jadi cikgu Bagaimana maklumat tambahan no 1&2 nak buat pelarasannya
Ooi,
1. Iklan Prabayar
2. Sewa Belum Terima
Tapi Bagaimana cikgu Kira iklan prabayar?
Dengan sewa tu Bagaimana cikgu
1350×10=13500 ( utk 10 Bulan)
So, sewa Belum Terima 13500-12150
Atau nak kena kira Untuk 12 Bulan
1350×12=16200
16200-12150
Ooi,
Iklan dibayar RM9750 untuk 1 Jan 2018 –> 31 Mac 2019 = 15 bulan…. maka Iklan Prabayar = 3/15 × 9750 = ….
Sewa diterima hingga Oktober… 3 bulan lagi yang belum terima.. 1350 x 3 = …
Cikgu dalam imbangan duga 31/12/18
Sebelah kredit
:PINJAMAN BERKADAR FAEDAH 8% SETAHUN
(RM 180000)
Maklumat tambahan
:Pinjaman telah diperoleh pada 1julai 2018 Dan akan matang pada 30 Jun 2022
Sebelah Debit pula
Faedah Atas Pinjaman
RM 6000
So cikgu, Faedah tu Belum bayar kan, sebab
Total faedah Dia 14400
Dia bayar 6000
Jadi Belum bayar RM 8400
Betul ka cikgu?
Lagi satu cikgu
LS pinjaman 45000
LBS pinjaman 135000
Betul tAk cikgu?
Ooi,
FAP = 8% x 180000 x 6/12 = 7200
FBB = 7200 – 6000
Bayaran balik tahunan = 180000 / 4 = 45000 –> LS
Tunggakan bayaran balik .. 1 julai – 31 Dis = 6 bulan = 45000/2 = 22400 –> LS
Maka:
LS = 22500 + 45000 = 67500
LBS = 180000 – 67500 = ….
Cikgu
Pada 2/9/19 Ali telah mengambil Wang simpanannya sebanyak RM 3500 Untuk membayar belanja baiki kenderaan
Kalau rekod dalam Jurnal am
Debit : Belanja baiki……
Kredit 😕
Kredit apa cikgu?
Gurbir Singh,
Jika membaiki kenderaan perniagaan.. maka
Kt MODAL
Cikgu apakah maksud premium saham ? Ia dikelaskan sbg hasil /belanja/aset ?
Grace,
Saham … adalah suatu pelaburan –> Aset
Cikgu Kenapa faedah atas pinjaman Kena kira 6/12 Setiap 6 Bulan tidak kira 12/12
Mcm 180000×8%×6/12
Bukan
180000×8%×12/12
Ooi..
Rujuk tarikh pinjaman dibuat :
1 Julai 2018 – 31 Dis 2018 –> 6 bulan
Maka FAP perlu kira untuk 6 bulan sahaja.
Tarikh pinjaman
Kalau dia kata cikgu pinjaman bermula 1 April 2016 Dan tamat 31 Mei 2020
Imbangan duga sampai November 31
Jadi cikgu 2016
Amuan RM 250000
Pinjaman berkadar 10% setahun
Jadi cikgu 250000 × 10% × 4/12
Betul Tak cikgu?
Ooi,
FAP.. kita kira untuk tempoh perakaunan SEMASA.
Jika mula pinjam 1 April 2016… dan akaun berakhir 30 Nov 2016 –> 8 bulan –> X 8/12
Salam cg,
Soalan 3 SPM 2019
Imbangan Duga pada 30 September 2019
Jualan 198500
Maklumat tambahan
(iv) Jualan termasuk RM3480 termasuk kerja-kerja yang akan dilakukan pada bulan Oktober 2019.
Jualan 198500-3480
Jualan belum terperoleh 3480 (LS)
Cg, boleh tak kalau jawab begini?
Sanyin,
Ya.. boleh.
Assalamualaikum cg.
Soaln SPM 2019, no.3, maklumat (iii),
Insurans yg dibyr termasuk insurans atas bangunan utk 12 bulan sehingga 31 dis 2019 sebyk rm660.
Bagaimana ya nak masuk dlm ak. Utg rugi dan pkk?
Tq, cg.
Saya juga nak tanya pasal soalan SPM 2019 no.3.
Insurans dgn insurans atas bangunan perlu diasingkankah, Cikgu?
Insurans: 1930 -660=1270
Insurans atas bangunan prabayar: 3/12 x 660 =165
Insurans atas bangunan: 660-165 = 495
Seperti ini?
Cikgu,
Bagi item (vi) dlm maklumat tambahan, wujudnya hutang lapuk terpulih. Maka,
Hutang lapuk terpulih 1650
Tunai 1650+250 = 1900
Betulkah, Cikgu?
Rose, waalaikumussalam.
Mika,
Tidak perlu asing.. buat pelarasan Insuran prabayar seperti biasa.
HLT –> ya… betul
Cikgu,
Soalan 3 spm 2019 dirujuk, Dalam PKK bolehkah hartanah, loji dan mesin hanya tunjuk nilai buku RM230300 dalam ABS dan tidak tunjukkan susut nilai terkumpul sebab kaedah penilaian semula?
Dalam PKK, lebih baik guna 3 lajur iaitu kos, susutnilai terkumpul dan nilai buku sahaja atau seperti buku teks 4 lajur?
Dalam belanja, Insurans itu bolehkah asing kepada insurans dan insurans atas bangunan atau tidak perlu? atau hanya tunjukkan insurans prabayar RM165 dan insurans RM1765?
Fatimh,
Kaedah penilaian semula.. sememangnya tidak dibuka Ak SNT. –> Terus nilai buku.
Cikgu,
Soalan 3 spm 2019 juga, tambang teksi masuk dalam pengangkutan atau buka satu akaun baru tambang? dalam PKK modal tambahan perlu tunjuk atau campur tulis dalam akaun modal sahaja?
Fatimah,
1. Merujuk kepada perkara yang sama “Pengangkutan”.
2. Tidak wujud “Ak Modal Tambahan”.. maka pada saya dalan PKK pun tidak sepatutnya ada… terus masukkan dalam Ak Modal..
Kecuali soalan RTL (kaedah perbandingan).. diminta sediakan Penyata kira UB…. boleh diterima kerana ianya hanya jalan pengiraan untuk mendapat UB sahaja.
Cikgu,
Soalan 3 some 2019, insurans atas bangunan perlukah diasingkan daripada Akaun Insurans?
Fatimah,
Tidak perlu… hanya buat pelarasan insurans prabayar seperti biasa sahaja.
# Konsepnya sama bagi kes KADAR BAYARAN (Bil telefon, bil elektrik, bil air, bil internet)..
Jika ada maklumat tambahan menyatakan bil telefon bulan Disember belum bayar..
Perlu tak kita asingkan Bil Telefon daripada Ak Kadar bayaran ?
Cikgu,
Apakah maksud Lain lain Akaun Belum terima dan lain lain Akaun belum bayar?
Fatimah,
Merujuk kepada ABT @ ABB… bukan dagangan/barang niaga..
Cth: jualan Aset secara kredit –> Lain2 ABT
Cikgu, kalau kt imbangan duga pada 30 jun 2015 tulis kenderaan(kos).50000
Pstu dkt mklumat tmbhan tulis kenderaan baharu dibeli pada 1 januari 2015 dgn hrga 14600
Fatin,
Kesannya pada pengiraan Susut Nilai.
Daripada Kenderaan 50000:
14600 –> kira SN untuk 6 bulan
(50000-14600) –> kira SN untuk setahun
Kemudian jumlahkan SN –> SNT
dalam imbamgan duga terdapat butir pelaburan jadi ia diklasifikasikan sebagai apa ya
Wardina,
ABS
Catatan bergu untuk faedah atas pinjaman. Debit faedah kredit ?
Imran,
Bagi pelarasan faedah pinhaman belum bayar
Dt Faedah atas pinjaman
Kt Faedah pinjaman belum bayar
cg,
apakah kesan sekiranya Peruntukan Hutang Ragu tidak diwujudkan walaupun terdapat urus niaga jualan kredit?
Keshove,
Salah satu kesannya.. kita boleh lihat kepada Aset Semasa.. tidak mengambarkan nilai yang sebenar.. kerana ABT tidak dapat lari daripada risiko hutang lapuk.
Seterusnya, kesan keatas Modal Kerja.. serta analisis nisbah yang berkaitan dengannya.
Antara soalan-soalan saya;
1. Mengapa hasil belum terperoleh dimasukkan ke dalam liabilit semasa?
2. Separuh daripada alat tulis telah digunakan.
=Maksudnya,ada prabyar ke cikgu?
Emil,
1. kita terima dahulu duit untuk bulan depan….masih BELUM jadi milik kita lagi…dio boleh ambil balik –> LS
2. untu Alat Tulis –> tidak wujud “Alat Tulis Prabayar”.
–> separuh digunakan –> BELANJA Alat Tulis.
–> separuh lagi –> Inventori Alat Tulis –> AS
Cikgu, kalau, penyata bank 30 April 2015 menunjukkan cek tak laku RM 450. Faedah Atas Overdraf adalah RM 27. Dalam ID, bank sebelah cr 1333.
Jawapan saya,
DR Faedah Atas Overdraf = 27
CR Bank = 477
Lagi satu, Faedah atas Overdraf ialah hasil eh?
Qistina,
1. Cek tak laku :
Dt ABT 450
Kt Bank 450
2. Faedah atas overdraf –> Belanja
kita yang kena bayar faedah kepada pihak bank.
Kalau pelarasan, boleh ke terlibat 3 akaun ? Contohnya, macam soalan tadi, saya check dgn kawan saya balik, dia punya Pelarasan ialah
DR ABT 450
Faedah Atas Overdraf 27
CR Bank 477
Mana satu ni cikgu? Sebab lagi satu ialah, dua2 jawapan dalam IDT seimbang.
Qustina,
Ada 2 cara :
1. Selaras satu persatu :
Dt ABT 450
kt Bank 450
Dt Faedah overdraf 27
kt Bank 27
2. Terus gabungkan:
Dt ABT 450
Dt Faedah overdraf 27
Kt Bank 477
Salam Cikgu,
SOALAN TRIAL PP MELAKA 2019 SET 2
id :
Pinjaman Bank Industri – Kredit RM64 000
Maklumat tambahan :
Perjanjian pinjaman RM96 000 telah ditandatangani pada tarikh 1/4/2016 dan tamat pada 1/3/2022. Kadar Faedah 4% setahun dikenakan ke atas nilai asal pinjaman.
Soalan saya, dalam skema jawapan. Liabiliti semasa ada catatn RM16 000 dengan butiran Pinjaman (8%)
Macam mana pengiraan ini boleh ada? Dari mana wujudnya 8%?
Amy,
Berdasarkan maklumat yang diberi.. kita boleh tentukan berapakah bayaran balik SETIAP TAHUN = RM96000/6 tahun = RM16000
Maka dalam pelaporan di PKK… jumlah Pinjaman RM96000… boleh dikelas kepada :
LS : Pinjaman RM16000 (akan dibayar dlm tempoh setahun)
LBS : Pinjaman RM80000 (akan dibayar dlm tempoh > setahun)
# ( %)… hanya catatan kadar faedah atas pinjaman tersebut.. rujuk % dalam soalan… sepatutnya 4%.
# tidak tulis “(..%)” pun tidak mengapa.. ianya hanya nota.
Salam sejahtera cikgu.. Komisen atas jualan dianggap sbg hasil atau belanja? Terima kasih..
Ricky, salam sejahtera.
Cuba kita fikirkan…
apabila kita menjual barang niaga .. adakah akan terima komisen daripada pihak lain @ kita yang akan berikan komisen kepada pihak lain seperti jurujual..
Salam sejahtera cikgu, berdasarkan penjelasan cikgu diatas.. Komisen atas jualan lebih menjurus kepada belanja.. Tp dlm keadaan tertentu ia juga blh dianggap sbg hasil right? Cthnya Ali menjalankan perniagaan kedai runcit dan Mak Leha yg menjual kerepek meninggalkan kerepeknya di kedai runcit Ali utk dijual.. Sbg balasan Ali akn dibyr komisen ats bil.bungkusan yg tlh dijual.. Maka komisen yg diterima oleh Ali dianggap sbg hasil right.. Terima kasih..
Ricky, salam sejahtera.
Ya.. betul ianya bergantung kepada tujuan komisen tersebut… boleh jadi HASIL dan juga BELANJA.
Pada pandangan saya, penggunaan “Komisen Jualan” @ “Komisen Belian” tidak sesuai digunakan dalam soalan… kerana ianya bergantung kepada situasi urusniaga tersebut. Item yang paling sesuai ialah “Komisen Diberi” dan “Komisen Diterima”.
Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berikut:
A) invois berjumlah RM 1800 utk sewa adalah bg tempoh 3 bln sehingga 31 ogos 2019..( thn kwgn berakhir pd 30 jun 2019) apakah maksud ayat diatas? Kenapa 1200 drpd 1800 dianggap sbg Sewa prabyr? Terima kasih cikgu..
Ricky, salam sejahtera.
Ini adalah soalan SPM 2016, telah dibincangkan.. dalam dunia perniagaan sebenar, invois yang diterima akan dibayar dalam masa yang terdekat (bukan tunggu akhir 3 bulan baru bayar sewa).. itu sebab wujudnya SEWA PRABAYAR.
Pada pandangan saya, bagi mengelakkan pelajar terkeliru, saya cadangkan tukar “INVOIS” tersebut kepada “RESIT RASMI” sebelum diedarkan soalan tersebut kepada pelajar.
salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan spm 2017 (soalan no 3) yg berkaitan dgn item pinjaman 12 %..persoalannya kenapa nilai pinjaman tidak diasingkan kepada liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa ketika penyediaaan PKK ? sedangkan dlm soalan memberitahu pinjaman dibuat pd 1 january 2017 dan akn matang pada 1 january 2037, maka tempoh bayaran blk pinjaman adlh 20 thn, jd 80000/20 maka byran blk pinjaman dlm setahun ialah RM4000. jd 4000 drpd 80000 diletakkan di aset semasa manakala bakinya RM76k diletakkan di liabiliti semasa.. tetapi skema jwpn terus rekodkan RM80k di liabiliti bkn semasa
terima kasih cikgu
Ricky,
Sukatan lama KBSM… pinjaman tidak diasingkan.
Sukatan baru KSSM… baru pinjaman diasingkan LS & LBS.
Oh..fhm..ok..terima kasih..jd Kalau sy jwb soalan ini berlandaskan sukatan kssm,maka 4000 drpd 80000 perlu direkodkan sbg a.semasa..am I right..thanks again..much appreciated
Ricky,
Ya.. betul.
Cikgu, kalau hutang lapuk terpulih di dalam imbangan duga, dalam penyata kedudukan kewangan nak letak butir ape ye?
Hutang Lapuk Terpulih – RM 790
Bank(Overdraft) – RM 6213
Fatihah,
HLT –> Hasil dalam AUR
Cikgu,
Mengapa soalan 2 Penang alat alat kecil masuk dalam Aset bukan semasa tetapi bukan Aset semasa?
Fatimah,.
Alat-alat kecil.. dibeli untuk kegunaan tahun semasa.. cuma bila ada lebihan.. dibawa ke tahun depan.. maka ianya direkod sabagai inventori alat-alat kecil–> Aset Semasa.
Konsepnya sama dengan inventori alat tulis.
Cikgu,
Sewa diterima pada awal setiap suku tahun. (RM3200). Sewa yang diterima termasuk RM900 yang diterima pada 1 Disember 20×7.
Cammane nak cari sewa ni cikgu? Ak berakhir pada 31 Dis 20×7
TF Tan,
Sewa RM900 diterima utk Dis, Jan & Feb…. maka 2 bulan adalah Sewa Belum Terperoleh = 900 x 2/3 = 600
Sewa diterima = 3200 – 600
Terima Kasih byk2 Cikgu! 😀
Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg perkara berikut:
a) Dlm ID terdapat butir upah.. Persoalannya upah yg dimaksudkan itu perlu direkodkan di u/rugi atau ak perdagangan sbg upah atas belian? Terima kasih cikgu
Ricky,
UPAH sahaja adalah umum… boleh jadi upah membaiki dan sebagainya… tidak semestinya upah atas belian.. walaupun telah ada item gaji dalam ID.
Salam sejahtera cikgu
Saya nak tanya, soalannya 30% dari keluasan premis adalah rumah kediaman
Sewa premis = Rm 4800
Perlu buat apa cikgu
Sweden,
Kita asing Sewa premis perniagaan dan sewa premis untuk kediaman… kira sediakan rekod untuk perniagaan.
Sewa premis = 70% X RM4800 –> BELANJA
Assalamualaikum cikgu,
bagaimana saya nak rekod nota kredit berjumlah RM1800 pada imbangan duga terselaras? Dan rekodkannya di debit/kredit?
Serta apa butirannya?
Maaf cikgu,
nampaknya cikgu dah jawab soalan sebegini, saya sudah rujuk dari komen2 di atas. Maaf mengambil masa cikgu
Han Hakim membuat pinjaman berjumlah RM15,000 dari YAN BANK. Bulanan
ansuran adalah RM800, perlu dibayar pada hari ke-4 bulan berikutnya selama 3 tahun.
cikgu ansuran bulanan perlu rekod ker?
f,
Ya.. Dalam Ak Pinjaman.. bayaran balik perlu rekod.. supaya akhir tempoh perakaunan akan dapat nilai baki akhir Pinjaman –> ID.
Dan nilai BAKI AKHIR tersebut.. perlu dilaporkan dalam PKK sebagai LS & LBS.
Salam Sejahtera cikgu.. Maaf menganggu, bg menghitung nilai sebenar faedah atas pinjaman yg sepatutnya dibyr bg sesuatu tempoh perakaunan. Kita akan kira dr tarikh pinjaman tersebut diperolehi sehingga tarikh akhir tempoh perakaunan.. Am i right?
Terima kasih
Ricky,
Ya.. kira untuk tempoh perakaunan semasa.
cikgu kalau dkt imbangan duga pada 31 December 2015 tulis:
4% Pinjaman dari Union Bank 75 000
dekat bahagian pelarasan tulis:
Pinjaman bank diberikan pada 1 Mac 2015 dan tidak ada catatan mengenai bunga yang dikenakan
perlu rekod macam mana ya cikgu?
Ainaa,
4% Pinjaman –> kadar faedahnya ialah 4% setahun.
Kira faedah untuk bulan Mac –> Disember.
apakah kesan ke atas peruntukan hutang ragu sedia ada sekiranya tiada baki dalam akaun belum terima ?
cg boleh ka Jwb kunci Kira kira jika dlm imbangan duga tiada ambilan sbb format kena tolak ambilan?
Sakinah,
Jika tiada.. tidak perlu masukkan Ambilan.
EKuiti Pemilik:
Modal
(+) UB
assalamualaikum cikgu, saya nak tanya lagi.saya dikehendaki membuat perakaunan bulan januari februari dan mac.
jadi di maklumat tambahan ada ‘part of the rental paid is for november and december’
Ema, waalaikumussalam.
Maaf, Cg tidak jelas kehendak soalan tersebut.
Cg, Melaka Trial 2020 Soalan 6(b)
(a) A/k Sewa ,
Terdapat sewa prabayar pada 1/1/2020 RM900
jika tempoh 6 bulan dengan sewa RM900 sebulan ,
Jumlah yang dibayar ialah RM900*5 =RM4500 sebab ada sewa prabayar RM900 pada 1/1/2020
Betul CG
Chee,
Ya.. Bank RM4500
Salam cikgu,
Maklumat tambahan:
(1) Nota debit daripada pembekal RM600 belum direkod dalam mana2 buku.
(2) Nota kredit kepada pelanggan RM200
belum direkod dalam mana2 buku
Cikgu,apakah kesan maklumat tambahan tersebut pada Imbangan Duga?
Nad,
Cuba kenal pasti apa kegunaan Nota Debit & Nota Kredit serta apakah akaun yang boleh dikaitkan dengan pembekal dan pelanggan..
Daripada situ kita boleh kenalpasti 2 akaun yang terlibat bagi setiap urusniaga tersebut.
2018 2019
5% Pinjaman (matang 5 tahun)30000 27000
Faedah atas pinjaman RM1500 setahun
Bayaran balik : RM6000 setahun
FAP sudah bayar R1125
Cg, bagaimanakah kita klasifikasi pinjaman dalam LS dan LBS ?
LS : Faedah belum bayar RM375
Pinjaman 1 tahun RM6000
Betulkah saya?
Merujuk soalan di atas :
LS
Pinjaman kurang 1 tahun RM6000
LBS
Pinjamna lebih 1 tahun RM21000
Chee,
Ya.. betul
Cikgu,
Soalan diberi Imbangan Duga debit akaun belem Terima 5000 dan hutang lapuk 300. Maklumat tambahan hutang lapuk 500 baru dapat dikesan. Semasa sediakan akaun hutang lapuk baki dari Imbangan Duga 300 itu nak tulis baki b/b atau akaun belum terima?
Cikgu,
Pinjaman RM50000 5 tahun dibuat pada 1 Jan 2018,pada tahun 2020, pinjaman tinggal RM30000 sebab sudah bayar 2 tahun ansuran. Bagi tahun 2020, faedah pinjaman nak kira atas 50000 atau 30000?
Terima kasih.
Fatimah,
1. Saya sarankan guna ABT.
2. Faedah atas pinjaman dikira atas baki awal.
# Faedah atas pinjaman ada 2 kaedah.. kaedah tetap – atas nilai pokok @ kaedah berubah – atas baki pinjaman… sepatutnya dalam soalan perlu nyatakan perkara tersebut.
Selamat Pagi cikgu, saya nak tanya apakah maksud kadar bayaran terdahulu?
Jika mengira untung bersih kadar bayaran terdahulu ini kena ditambah atau ditolak?
Wei,
Kadar bayaran Terdahulu = Kadar bayaran Prabayar.
Pelarasannya :
Kadar bayaran kena TOLAK, maka kesan keatas UNTUNG BERSIH kena TAMBAH.
Rasionalnya… BELANJA berkurang –> UNTUNG bertambah
salam cg,
macam mana nak jawab soalan tentang hasil sewa ni
hasil sewa dalam ID RM3200 pd tarikh Dis 20X9
maklumat tambahan :
Sewa diterima pada awal setiap suku tahun. Sewa diterima termasuk RM900 yang diterima pada 1 November 20X9.
Hafsah,
SUKU TAHUN = 3 bulan.
Terima RM900 pada 1 Nov untuk (Nov, Dis & Jan)
Maka Sewa Diterima Terdahulu = Sewa Belum Terperoleh.. RM300 (utk bulan Jan)
Pelarasannya:
Sewa diterima = 3200 – 300 –> Hasil
Sewa belum terperoleh = 300 –> LS
salam, cikgu
imbangan duga:
simpanan tetap 2400
maklumat tambahan: faedah atas simpanan 4% setahun.
so 2400×0.04=rm96
faedah atas simpanan 96 (kt)
cikgu, macam mana rekod supaya imbangan duga imbang ye?
chan,
setiap urusniaga mesti ada Dt & Kt
Dt Faedah simpanan belum terima 96
Kt Faedah atas simpanan 96
Aslm cikgu…saya nak tanya berkenaan dengan faedah pinjaman. selalu pening pasal ni.
Baki berikut diambil dari buku Kelana Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2019.
Pinjaman 8% – Credit RM24,750
Faedah pinjaman – Debit RM 750
Maklumat tambahan:
Pinjaman tersebut diambil pada 1 April 2019 dengan pinjaman faedah 8%
boleh cikgu terangkan macam mana nak selesaikan?
dekat penyata untung/rugi dan penyata kedudukan kewangan nak letak apa?
saya nak semak sama ada jawapan saya betul atau tidak. sebab saya rasa mcm salah je hihi.
assalamualaikum, cikgu.
Saya ada soalan.
Bab 8 pelarasan
Perniagaan loius
Imbangan duga pada 31 disember 2018
(DEBIT)
Pengiklanan = RM 720
soalan maklumat tambahan :
ix) perniagaan menyertai kempen pengiklanan yang berterusan dengan kos RM350 setiap bulan. Invois terakhir yang diterima adalah bagi bulan Oktober 2018.
saya harap cikgu dapat memberi tunjuk ajar kepada saya. ?
nurul, waalaikumussalam.
Kenalpasti bulan yang BELUM BAYAR/BELUM REKOD (Nov & Dis)..= RM700.
Maka pelarasannya:
1. Pengiklanan =720+700 –> Belanja
2. Pengiklanan belim bayar 700 –> LS
Boleh tolong saya cg, tentang bagaimana cara pengiraan peratus?
Cg, faedah simpanan tetap dengan faedah atas simpanan tetap adakah sama ? Atau berbeza cg ?
Cg boleh tolong saya untuk maklumat tambahan cg ?
Balqis,
Faedah tu Sama sahaja..
Maklumat tambahan ada banyak item pelarasan… cuba fahamai satu persatu.. setiap item pelarasan tersebut
Hai cikgu
Saya ada soalan
Bab 8 pelarasan
Sewa sebulan rm600 dibayar setiap suku tahun sekali bermula 1 jan sehingga 31 dis
Adakah ia terakru atau terdahulu?
Molly,
Rujuk kepada tempoh perakaunan berakhir bila..
SUKU TAHUN = 3 bulan sekali bayar.
Jan – Mac
Apr – Jun
Jul – Sept
Okt – Dis
Jika bayar pada awal bulan… maka pelarasannya –> terdahulu
Hai cg
Saya ad soalan
Belanja terdahulu ad formula ka?
Kalau ad apakah formula bagi belanja terdahulu?
Molly
Belanja – Belanja terdahulu
Belanja + Belanja terakru
maaf cg, tadi soal dlm laman yg salah
susutnilai kenderaan lama+susutnilai kenderaan baharu (6bln)
= dt susutnilai kenderaan
kt snt kenderaan
dt insurans kenderaan prabayar 120
kt pusat kenderaan ali 120
cg, mcm ni betul ke?
Lee,
1. selaraskan Pusat Kenderaan Ali:
13500 –> Kenderaan 50000+13500
240 —> Insuran (+120) & Insuran prabayar 120
2 pelarasan SN kenderaan..
SN atas 50000 + SN atas 13500
Salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg soalan berikut:
a) soalan no 3-percubaan pulau pinang(2020) dimana salah satu maklumat yg disediakan berbunyi salah seorg ABT tidak dpt dikesan dan hutangnya RM 600 dihapuskan sbg hutang lapuk.. Berdasarkan skema jwpn yg disediakan oleh cikgu menunjukkan baki akhir ABT tidak ditolak dgnn RM600..kenapa ya cikgu??? Bkn kah ia merupakan item pelarasan.. Dan jika baki akhir tidak ditolak dgn RM 600 bkn kah nilai jualan kredit yg diperolehi melalui ak kawalan ABT akn terlebih nyata.. Kerana menurut pemahaman sy jualan kredit yg diperolehi melalui ak kawalan ABT menunjukkan nilai jualan kredit yg berlaku dlm tempoh kewangan semasa.. Dan hutang yg dihapuskan sbg hutang lapuk bkn berlaku dlm tempoh kewangan semasa.jd jika baki akhir tidak ditolak dgn RM600 maka nilai jualan kredit yg diperolehi akn terlebih nyata RM600..selain itu menurut pemahaman sy bkn kah baki akhir ABT sama dgn jumlah ABT dlm lejar jualan.. Jd jika baki akhir ABT tidak ditolak dgn RM600 maka baki akhit ABT akn berbeza dgn jumlah ABT dlm lejar jualan??
Terima kasih cikgu..
Ricky,
Pada pandangan saya, soalan tersebut lebih kepada RTL Kaedah analisis.. dan maklumat yang diberi tidak menyatakan BELUM DIREKOD/DIAMBIL KIRA…. maka ianya hanya makluman terdapatnya item2 tersebut .. HL.. Diskaun diterima.. dalam Ak Kawakan yang perlu disediakan..dimana baki akhir yang diberi telahpun mengambilkira perkara tersebut.
Berbeza dengan soalan Penyata Kewangan Milikan tunggal… apa2 maklumat tambahan yang dikemukakan adalah item pelarasan.
Assalamualaikum cikgu
Saya keliru sikit macam mana kita nak tentukan pinjaman itu LBS atau LS
Contoh
Tempoh perakaunan berakhir pada 31 disember 2020
Dalam imbangan duga
Diberikan nilai
Pinjaman (matang 31 mac 2021)
Soalan minta buat penyata kewangan tahun 2020.
Jadi pinjamam ni LS atau LBS
Muiz, waalaikumussalam.
Panduannya pada TEMPOH MATANG.
Jika matang pada 31 Mac 2021.. maka pada 31 Disember 2020.. hanya tinggal 3 bulan sahaja pinjaman tersebut perlu dijelaskan –> KURANG DRP SETAHUN –> LIABILITI SEMASA.
Cikgu apakah maksud sebenar tempoh matang..adakah tempoh pinjaman perlu dijelaskan…?
Muiz,
Ya.. betul.
Berikut adalah baki2 yg diperoleh daripada buku perniagaan XX Enterprise pada 31 Disember 2018
Dt
Lengkapan RM18000
Kenderaan. RM32000
Maklumat tambahan
1) lengkapan disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus. Lengkapkan dibeli pada 1 Januari 2017
2) lengkapan disusutnilaikan 20% setahun atas nilai buku
3) lengkapan disusutnilaikan 5% setahun mengikut kaedah garis lurus . Sebuah lengkapan dibeli pada 31 Disember 2018
Soalan
Tunjukkan pelarasan dalam
(a)Akaun perdagangan dan untung rugi bagi tahun berakhir 31 disember2018
(b)penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2018
Saya nak tanya macam mana nak kira susut nilai bagi soalan di atas… Saya tak tahu macam mana nak kira sebab banyak maklumat tambahan berkenaan susutnilai…
Soalan yg pernah saya buat cuma beri satu maklumat tambahan berkenaan susut nilai yg perlu dikira…
Mohon penjelasan dari Cikgu Narzuki…
Terima kasih
Raihan,
Pada pandangan saya.. ada 3 soalan berdasarkan baki aset yang sama.
1) maklumat 1 –> tunjukkan pelasaran dalam Ak PUR & PKK
2) maklumat 2 –> tunjukkan pelasaran dalam Ak PUR & PKK
3) maklumat 3 –> tunjukkan pelasaran dalam Ak PUR & PKK
Assalamualaikum cikgu
Soalan pinjaman telah dibuat pada tahun 1 Jan 2018.
Tempoh perakaunan tamat pada 31 disember 2020.
Pinjaman telah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh perakaunan semasa…
Adakah pinjaman ini dikelaskan sebagai Liabiliti semasa?
Muiz, waalaikumussalam.
Jika telah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh perakaunan… maka tidak wujud lagi Pinjaman pada akhir tempoh perakaunan tersebut.
Assalamualaikum cikgu, nak tanya,dalam bahagian pelarasan untuk jurnal pelarasan,
Bekalan alat tulis di tangan pada akhir Disember mempunyai kos sebanyak RM1,900.
Maksudnya debit bekalan alat tulis RM1900, kredit modal RM1900? Betul tak cikgu?
Anis, waalaikumussalam.
Pandangan cgu,
Dt Inventori Alat Tulis 1900
Kt Alat Tulis 1900
aslm cg,
stock count as at 31.12.2021 showed that RM1000 inventory was still in hand. stocktake on 31.12.2020 was RM800.
soalan ini berkaitan dengan adjustment journal entries.
Dr. stock expense 200
cr. stock 200
betul ke saya buat? saya tak fhm stock awal kan RM800. stock yang tinggal RM1000. ia bertambah RM200. maknanya mcm ni ke
Dr. Stock 200
Cr. stock expense 200
yang mana betul cg? yg first or second?
Nazeera,
Ini adalah catatan penutupan akaun stok.
Dt Ak Perdagangan 800
Kt Ak Stok 800
Dt Ak Stok 1000
Kt Ak Perdagangan 1000
Asslm cg,
Soalan: Ali has no other assets declared under Cekal Enterprise. He has truck, which he claimed a belongings of Cekal Enterprise. Upon your investigation, the truck was registered under Ali. The truck cost was RM100,000. It was purchased 2 years ago and has remaining useful life of 8 years.
Soalan nak kira macam mana?
100,000/8 ke?
Dr perbelanjaan susut nilai 12500
Cr susut nilai terkumpul 12500
Betul ke cg?
Nazeera,
Jika soalan minta kira SN.. dah betul guna kaedah garis lurus 100000/8 ..
Dt Belanja SN kenderaan
Kt SNT kenderaan
Assalamulaikum Cikgu Narzuki, saya nak tanya soalan ini macm mana nak kire pinjaman tu cikgu?
Di imbangan duga pada akhir 30 November 2020
Pinjaman 40,000
Cikgu???
Ammar, waalaikumussalam.
Bayaran balik setiap tahun = 60000 / 6 tahun = 10000 –> LS
Pinjaman 40000 :
LS : Pinjaman 10000
LBS : Pinjaman 40000 – 10000
Baik cikgu terima kasih cikgu…
Assalamulaikum Cikgu, saya nak tanya dalam lejar akaun pelupusan tu ada apa cikgu?
Macam kalau akaun susut nilai tu dia ada di debit akaun kenderaan butir pelupusan… Kalau akaun lain cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Ak Pelupusan dibuka untuk kira berapa untung/rugi daripada pelupusan aset (jual aset).
Cth.. kita nak jual Kenderaan… maka akaun2 yang terlibat dengan kenderaan tersebut perlu ditutup dan dipindahkan ke Ak Pelupusan.
Katakan Kenderaan RM40000… SNT Kenderaan RM10000.
Ak Kenderaan
Dt Baki bb 40000 ..Kt Pelupusan 4000
–> maka dah jadi 0.. sbb kita dah jual.
Ak SNT Kenderaan
Kt Baki bb 10000
kita Dt Pelupusan 10000
–> tiada lg baki .
Ak Pelupusan
Dt Kenderasn 40000.. Kt SNT 10000
bila kita jual dgn harga 35000.
–> Kt Bank 35000
imbangkan.. BEZA = Utg/Rugi Pelupusan.
40000…….. 10000
………… 35000
Utg 5000
45000…….. 45000
Oooo…baik cikgu… terima kasih cikgu
Assalamulaikum Cikgu, cikgu maklumat tambahan nombor ii tu macm mana cikgu? Saya tak faham cikgu macam mana Dan apa maksudnya cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Pelarasan :
Insurans Prabayar –> 1/4 –> 31/3 = setahun
Tempoh perakaunan 31/12
maka Prabayar –> 1/1 –> 31/3 = 3 bulan. = RM1200 x 3/12 = RM300 –> AS
Insurans = 1200 – 300 = 900 –> Belanja
Maaf cikgu… maklumat tambahan yang nombor 2 cikgu…yang insurans tu iv cikgu bukan ii cikgu
Oop, maaf.
Dt Belian 300 (Belian +300)
Kt ABB 300 (ABB +300)
Oo…sbb nota debit tu menambahkan hutang dengan pembekal… Kalau nota kredit tu menambahkan hutang dengan pelanggan ke cikgu?
Cikgu kalau soalan yg maklumat tambahan tu cikgu yg v tu macm mana cikgu? Sbb Hutang pelanggan cuma 2000 ja tapi bayar 2900 cikgu…macm mana cikgu?
Ammar,
Nota Debit –> Tambah Hutang ABB/ABT
Nota Kredit –> Kurang Hutang ABB/ABT
Assalamulaikum Cikgu… cikgu soalan ini susah cikgu…macam mana cikgu saya tak faham cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Soalan ni topik RTL Kaedah Perbandingan.
Formatnya:
Modal akhir
+ Ambilan
– Modal awal
– Modal Tambahan
= Untung/Rugi Bersih
Assalamulaikum Cikgu , cikgu saya nak tanya kenapa pinjaman dekat liabiliti semasa kena tambah 625 dekat 7500? ( Soalan Trial Mrsm 2021)
Sambungan soalan cikgu yg pinjaman ini
Ammar,
Bayaran balik setahun (1 Feb 2021 – 31 Mac 2022) RM7000 –> LS
Pada bulan Feb 2021 tiada bayaran dibuat (moratorium), maka masih terhutang 1 bulan = 7500/12 = 625 –> LS
Ooo.. alhamdulillah… faham cikgu terima kasih cikgu
cikgu,
MAKLUMAT TAMBAHAN:
kadar sewa kedai ialah rm 600 sebulan.
(sewa kedai = 6750)
boleh tahu apa yang akan berubah nanti? dalam pkk atau apur
lagi satu,
pinjaman bank dibuat pada 1 september 2019 dengan kadar faedah 6% setahun yang dikira berdasarkan bulan.
(pinjaman bank = 10 000)
(faedah pinjaman = 415)
mira,
1. Sewa kedai = 600 x 12 = 7200 –> Belanja –> AUR
Sewa belum bayar = 7200 – 6750 –> LS –> PKK.
2. Kira Faedah pinjaman = 6% x 10000 x bulan/12 = A –> Belanja
Faedah pinjaman belum bayar = (A – 415) –> LS
# bulan .. kira 1 Sept –> tarikh akhir tempoh perakaunan.
cikgu,
kadar bayaran termasuk bayaran bil elektrik rumah pemilik sebanyak rm 160
maksudnya tolak kadar bayaran 160 ke? dan 160 dikira ambilan?
mira
Kadar bayaran – 160
Ambilan + 160
Assalamulaikum Cikgu… cikgu soalan yg maklumat tambahan pinjaman tu macm mana nak kira cikgu?….tak faham saya
Ammar, waalaikumussalam.
Pinjaman perlu dikelas kepada
LS … utk 10 bulan 1/8 – 31/5 (30000/5 tahun x 10/12) = A
LBS = 30000 – A
Faedah pinjaman utk tempoh perakaunan semasa.. tiada… sebab 1/8 tahun depan baru bayar
Cikgu , kalau soalan macm ini kena kira satu2 ke cikgu mengikut jawapan yg diberi atau ada cara lain untuk dapatkan jawapan dia cikgu?
Ammar,
SNT utk 2 tahun = 7000 – 5600 = 1400… maka setaip tahun 700.. 700.. bersamaa 10% atas kos.
maka dia guna Kaedah Garis Lurus/Ansuran Tetap/Atas kos.
# 3 nama tersebut merujuk kepada kaedah yang SAMA
Assalamulaikum Cikgu,
Apa maksud Konsep moratorium cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Ditangguhkan bayaran dan dilanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman.
Cth : Tempoh asal bayaran balik Pinjaman bermula 1 Januari 2022 –> 31 Disember 2022.
Kemudian diberi moratorium 3 bulan.. maka bayaran balik akan bermula 1 April 2022 –> 31 Mac 2023.
Assalamulaikum Cikgu,
Cikgu macam mana nak buat akaun susut nilai terkumpul mesin tu Cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Boleh rujuk cara2nya dalam buku teks Ting 4.. m/s 272 – 274.
Assalamualaikum cikgu,
Cikgu ada koleksi soalan perniagaan milikan tunggal n penyata kewangan tunggal ?…kalau Ada boleh cikgu kongsikan?… terima kasih cikgu
Assalamualaikum cikgu… cikgu
Apa berlaku maklumat tambahan no i dan ii tu cikgu?…tak faham saya cikgu
Cikgu,
Pindahan kontra Tu maksudnya apa cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
maklumat i, ii, iii –> item2 yang perlu masuk dakam Ak Kawalan.
Sila rujuk format Ak Kawalan
Ooo… cikgu ,
Bila dapat jualan kredit dan belian kredit, jawapan itu ke cikgu yg akan dimasukkan dalm akaun pedagangan?
Ammar,
Ya.. jika ada jualan tunai & belian tunai…dapatkan jumlahnya terlebih dahulu… baru masuk Ak Perdagangan
JUALAN = Jualan Tunai + Jualan Kredit
BELIAN = Belian Tunai + Belian Kredit
Oo.. cikgu,
Jualan= 37680 itu jualan tunai ke cikgu?
Kemudian macm mana nak cari akaun belum terima dan kadar bayaran belum bayar akhir cikgu?
Cikgu ,
Yang di maklumat tambahan Tu ada yg masuk apur dan pkk kan cikgu?… maksudnya di akaun kawalan pun ada kan cikgu?
Ammar,
Ya.. jualan tunai.
Akaun Belum Terima –> Ak Kawalan Belum Terima –> Kredit butirnya BANK.
Baki awal Kadar bayaran belum bayar buat pelarasan dengan KADAR BAYARAN dalam Pembayaran.
Hasil & Belanja –> AP&UR
Aset, Liabiliti & Ekuiti –> PKK
Ooo…
Cikgu,
Maksudnya , bila dapat jualan kredit Tu , tulis bank kredit di akaun belum terima akhir ke cikgu?
Kemudian yg Kadar bayaran tu mcm ini ke cikgu kiraannya?
2680-88?
Cikgu,
Akaun insurance tu mcm mn nk buka cikgu?
Apa yg perlu ada cikgu?
Kemudian, nilai insurance tu akan diambil daripada Baki b/b di akaun insurance ke cikgu utk masuk di Apur?
Ammar,
Jualan kredit lain (angka imbangan yg kita cari).. Bank lain..(daripada penerimaan dlm buku tunai)
KT BANK 18500 dlm Ak Kawalan BT
ya kadar bayaran.
insurans (840 +120 -180) —> Belanja APUR
Oo…baik cikgu.. faham cikgu
Cikgu,
Macam mana nk Kira susut nilai lengkapan tu cikgu?
Dia guna rumus apa cikgu?
Saya tak faham cikgu
Cikgu,
Apa maksud cukai belian?
Dan kenapa ditambah Di Kos jualan?
Maaf cikgu, saya banyak soalan
Ammar,
SN Lengkapan guna Kaedah Penilaian Semula.
SN = baki awal + beli – baki akhir
Cukai belian –> AUDI
# Cukai = Duti
Baik cikgu… Terima kasih cikgu….
Cikgu,
Saya nak tanya, kenapa pinjaman tu jadi liabiliti bukan semasa?
Sbb kan pinjaman tu buat 2020, kenapa jadi liabiliti bukan semasa cikgu?
Ammar,
Soalan sepatutnya menyatakan tempoh matang… baru kita boleh tentukan ianya LS @ LBS.
Ooo….
Cikgu,
Maaf ganggu cikgu,
Saya nak tanya, memang kena tutup dengan akhir baki b/b ke cikgu?…. maksudnya kalau tidak, tak ada markah ke cikgu?
Contoh mcm akaun insurance ini cikgu…
Memang kena tutup dengan akhir baki b/ b ke cikgu?… maksudnya kalau tidak, tak ada markah ke cikgu?
Cikgu, satu lagi,saya nak tanya…
Setiap akaun tu kena tutup dengan akhir baki b/b ke ada ja yg boleh tutup sampai angka imbang?
Ammar,
Baki dalam akaun mesti lengkap sepasang.
Baki h/b & Baki b/b
Ooo..baik cikgu, terima kasih cikgu…
Cikgu soalan ini macm mana cikgu?….yg kaedah ansuran tetap…
Sbb dia bagi nilai skrap cikgu…saya tak faham cikgu?
Ammar,
Kaedah Ansuran tetap = atas kos = haris lurus..
Asasnya ada 2 formula :
1. diberi %
SN = k% X Nilai Kos
2. diberi Nilai Skrap dan usia guna.
SN = (Nilai kos – Nilai skrap)/usia guna
Cuma soalan ini diberi % dan nilai skrap.. maka
SN = % X (Nilai kos – Nilai skrap)
Ooo.. maksudnya dia boleh gabung ke cikgu?…
Cikgu, kalau soalan Tu gabung kaedah baki berkurangan dgn nilai skrap mcm mn cikgu?…ada tak cikgu contoh lain dan boleh cikgu bagi formula tu?
Terima kasih cikgu
Ammar,
Ya.. dia gabung… sama2 kaedah ansuran tetap.
Nilai skrap tidak sesuai digabungkan dengan kaedah baki berkurangan..
Soalan ini cikgu, saya tak faham cikgu
Ammar,
Kos 25000
SNT 5000
SN = 10% x 25000 x 6/12 = 1250
maka SNT = 5000+1250= 6250
Nilai buku = 25000 – 6250 = 18750
Untung = 2000
maka Harga jual = 18750 + 2000 = 20750
Ooo..baik cikgu… terima kasih cikgu.
Cikgu kalau soalan itu rugi pelupusan bermaksud 18750-2000=16750 kan cikgu?
Bermaksud hanya di situ saja kan cikgu berubah yg lain sama kan cikgu ?
Ammar,
Ya. betul.. jika rugi.. harga jual < nilai buku.
Assalamualaikum cikgu,
Minta maaf ganggu cikgu,
Cikgu yg pinjaman tu macam mana nk kira cikgu? Sya tak faham cikgu…
Sambungan cikgu
Ammar, waalaikumussalam
1. Kira faedah = k% x pinjaman x tempoh.
2. Kenalpasti Faedah Belum Bayar … dengan cara bandingkan nilai faedah yang sedia ada dalam ID.
Ooo… cikgu, yg pinjaman tu liabiliti bukan semasa 100,000 Kan cikgu? Sbb lebih drpd satu thn
Ammar.
Pinjaman 100000 .. matang dlm tempoh 10 tahun… maka kita boleh tentukan bayaran setahun = 100000/10 = 10000 –> LS
90000 –> LBS
Assalamualaikum cikgu,
Saya nak tanya Yang VI dan IX mcm mana cikgu? Tak faham saya cikgu?… boleh cikgu jelaskan?
Ammar, waalaikumussalam.
item pelarasannya :
vi –> Pulangan Belian & ABB
ix –> Sewa diterima & Sewa Belum Terima
Assalamualaikum cikgu,
saya nak tanya deposit kadar bayaran tu aset semasa kan cikgu?
Fazilah, waalaikumussalam.
Ya.. AS.
Assalamualaikum cikgu,
Cikgu maaf ganggu cikgu,
Soalan ini nak kena buat macm mana cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
kena buka ketiga2 akaun yang diminta.. boleh rujuk contoh dalam buku teks m/s 272
Cikgu,
Kalau soalan minta sediakan akaun hutang lapuk 3 tahun, bolehkah kita buka satu Tajuk akaun hutang lapuk sahaja utk 3 tahun? Terima kasih
Fatimah,
Ya. boleh.
Cikgu,
Belanja terakru:
Faedah pinjaman untuk setahun RM 4110
(dlm imbangan duga tak mention faedah pinjaman, cuma ada pinjaman dari bank dan bank overdraft. So faedah pinjaman ini effect pinjaman dari bank/bank overdraft atau ianya benda yg berlainan)
Belanja terdahulu
Gaji dan upah RM 2700
(dlm imbangan ada gaji sahaja so upah tu termasuk sekali dgn gaji ke?
mcm mana nak rekod 2 maklumat tu dalam imbangan duga terlaras?
Stok akhir boleh masukkan dlm imbangan duga terlaras ke?
tlg cikgu
Vk,
1. Faedah pinjaman 4110
Faedah pinjaman terakru 4110
2. sepatutnya dalam ID Gaji dan Upah.. dan dlm maklumat tambahan gaji/upah terdahulu.. maka gaji sahaja boleh catat dalam Ak Gsji dan Upah.
3. Stok akhir… tidak perlu masuk dalam ID… hanya catat Stok awal sahaja
Assalamualaikum cikgu,
kenapa pkk perlu ambil ABT kat akaun kawalan belum terima cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Ak Kawalan BT & ABT merujuk kepada akaun yang sama.
Hello sir,
adakah Premis(kos)pada imbangan duga perlu di tambah dengan Pengubahsuaian Premis pada Maklumat tambahan
Ya.. pengubahsuaian.. akan menambahkan nilai Kos Premis… ianya tidak dianggap belanja.. sepertimana belanja membaiki premis.
Cikgu,
Jika soalan minta a) sediakan Ak pur b) Ak modal c) pkk. Dalam pkk ekuiti pemilik, perlu kita ambil baki modal akhir dari akaun modal sahaja atau perlu tunjuk modal awal +utg bersih – ambilan? Jika pelajar masih tunjuk modal awal +utg bersih – ambilan, masihkah diterima? Terima kasih.
Fatimah,
Kedua2 masih boleh diterima..
Assalamualaikum Cikgu,
Nk tanya,ada cikgu ada tak koleksi soalan pelarasan?.. kalau ada saya nak cikgu
Fazilah, waalaikumussalam.
Boleh cuba cari dalam Telegram.. ramai cikgu kongsi bahan masing2..
Assalamualaikum cikgu,
Yang nota kredit tu abb akan berkurang dan wujudkan pul.belian kan cikgu?
Kemudian kalau kadar bayaran tu, maksudnya kadar bayaran berkurang…ambilan yg bertambah kan cikgu?
Ini soalan die cikgu:
1. Nota kredit drpd pembekal berjumlah rm 300 blm di catat mna2 buku.
2. Kadar bayaran termasuk bayaran bil eletrik rumah pemilik sebanyak rm 160
Fazilah, waalaikumussalam.
1. betul
2. betul
Assalamualaikum cikgu,
Yg pinjaman ini macam mana cikgu?
LS dan LBS ka cikgu?
Maksudnya LS 5000÷ 24( Bulan – ogos 2020- julai 2023)
Selebihnya LBS
Macam tu ka cikgu?
Ammar, waalaikumussalam..
Konsepnya mudah sahaja… jumlah yg perlu dibayar dalam tempoh setahun –> LS… maka yang selebihnya > 1 thn -> LBS.
Cth : Pinjanan RM30,000 dlm tempoh 3 tahun.
maka setiap tahun kena bayar RM10,000.
LS : Pinjaman 10000
LBS : Pinjaman 20000
Assalamualaikum cikgu,
Maaf ganggu cikgu
Cikgu, kalau penyata Kedudukan Kewangan = penyata pendapatan kan cikgu?
Kalau akaun perdagangan untung rugi sama dengan apa cikgu? …ada lagi ka cikgu istilah selain drpda itu?… terima kasih cikgu
Ammar, waalaikumussalam.
Penyata Pendapatan –> Ak Perdagangan dan Untung Rugi
Penyata Kedudukan Kewangan –> Kunci Kira-kira
Assalamualaikum cikgu, Cikgu saya tak faham jawapan soalan pinjaman ini cikgu.
LS
25000/5 = 5000
LBS
20000 – 5000 = 15000
Bukankah jawapannya sepatutnya
LS 25000/5 = 5000
LBS
25000- 5000 = 20000 ?
Sebab saya keliru dgn jawapan cikgu sya?
Ammar, waalaikukussalam.
Pinjaman oada 1 Okt 2020 RM25000.. selama 5 thn .. maka bayaran setiap tahun RM5000.
Maka baki pinjaman pada 31 Sept 2021 yg bernilai RM20000… perlu dikelaskan sebagai LS RN5000… dan bakinya LBS RM15000
cikgu,
bakinya tinggal 20,000 untuk 4 tahun lagi kan cikgu? kenapa jadi 15000 cikgu?
Ammar,
Daripada 20000….
5000… perlu dibayar dlm tempoh SETAHUN –> LS
15000.. perlu dibayar dlm tempoh 2 – 4 tahun lagi. –> LBS
Cikgu,
Jumlah keseluruhan pinjaman tu Kan
25000
Kemudian 1 tahun kita bayar 5000
Jadi baki lagi 20000 kan cikgu?
Jadi baki tersebut akan dibayar pada tahun akan datang…ini apa yg saya faham cikgu?..
Ammar,
25000 dah bayar 5000.. tinggal baki pinjaman TETAP 20000.. cuma 5000 perlu dibayar pada tahun hadapan –> maka dikelaskan LS.
LS:
Pinjaman… 5000
LBS:
Pinjaman 15000
Jumlah Pinjaman tetap 20000… cuma dilaporkan 5000 mesti dibayar tahun hadapan.. 15000 perlu bayar lambat lagi..
Assalamualaikum cikgu
Maaf ganggu cikgu
Saya nak tanya, cikgu Ada tips tak nk jawab soalan yg macm ni? Yg perabot tu macm mana cikgu nak dapat cikgu?
Pastu saya nak tanya kalau susut nilai tu dia letak tanda soal yg akhir (Bulan) macm mana nk cari cikgu?… terima kasih cikgu
Ammar, waalaikumussalam.
SN Perabot = Baki awal + Beli – Baki akhir
# kaedah penilaian semula
Ooo.. cikgu, yang perabot tu rm 50 ka cikgu? Abs?
Kemudian cikgu, minta maaf saya banyak bertanya cikgu,
Saya nak tanya
Saya ada soalan nk tanya.. dlm maklumat tambahan
Pinjaman telah dibuat pada 1 Jan 2020 utk tempoh lima tahun.
Kemudian, perakaunan berakhir 31 Mac 2020
Adakah perlu kira pinjaman di Liabiliti semasa?.
Maksudnya hanya jumlah × 3/12 ja cikgu kan cikgu?
Ammar,
SN perabot = 6000 + 4500 – 9700
Pinjaman –> kira berapa yang kena bayar setiap tahun –> itulah nilai yang dikelaskan sebagai LS… bakinya –> LBS
Cikgu, jika tidak dinyatakan bila dibuat pembayaran macam mana cikgu?
Ammar,
Jika tiada sebarang maklumat yang membolehkan kita kenalpasti bayar setiap tahun.. maka kita kelaskan sebagai LBS sahaja.
Ooo… baik cikgu… terima kasih cikgu… cikgu kalau soalan tu letak perabot 15000 …akhir 16000 … maksudnya apa cikgu?… kemudian yang mana angka yg perlu di guna cikgu?
Cikgu, maaf banyak bertanya cikgu,
Cikgu ,
2. Kalau pinjaman Di awal Bulan 16000 … kemudian Di pembayaran tu rm 8000… maksudnya kita telah membuat pembayaran sebanyak rm 8000 kan cikgu? …jadinya Di pkk 16000-8000 kan cikgu?
Ammar,
1. PKK kita sediakan pada akhir tempoh perakaunan.. maka ambil nilai akhir.
2. Ya.. nilai selepas pelarasan.
Assalamualaikum cikgu,
Maaf ganggu cikgu
Cikgu yg soalan tadi tu, derma adalah untuk tabung membina rumah kelab tu pendapatan modal kan cikgu?
Ammar, waalaikumussalam.
Ya.. duit tersebut tidak boleh guna untuk tujuan lain… khas untuk bina rumah kelab.
Assalamualaikum cikgu,
Maaf ganggu cikgu.
Cikgu macam mana nak cari Jualan tunai cikgu? Sekiranya soalan suruh cari Jualan tunai cikgu
Ammar, waalaikumussalam.
Bergantung kepada maklumat dalam soalan.
Pada asasnya.. Jumlah Jualan = Jualan tunai + Juslan kredit.
Jika diberi Jumlah Jualan & Jualan kredit.. maka dapat cari Jualan Tunai
Assalamualaikum Cikgu,
Maklumat tambahan:
Alatan pejabat yang dibeli pada 20 jun 2021 termasuk belanja membaiki alatan pejabat RM 150
Tempoh perkaunan -> 30 Jun 2021( tarikh tutup akaun)
Maksudnya macam mana cikgu?
Waalaikumussalam.
Alatan pejabat (-) 150
Belanja Membaiki (+) 150
cikgu,
jualan barang niaga secara kredit kepada kelab futsal bersatu.
maksudnya cikgu,
dt. kelab futsal bersatu
kt. jualan kan cikgu?
Ya.
Assalamualaikum Cikgu,
1.Ambil barang RM 200 utk kegunaan rumah kediaman terlupa direkod di mana mana buku.
DT. Ambilan
KT. Belian
2. Pinjaman RM 15000 telah diperolehi pada 1 jan 2021.
Tempoh bayar balik adalah 5 tahun. Faedah atas pinjman adalah 8% setahun.
Maksudnya cikgu,
15000 ÷ (5 thn × 12 bln) = 250 ( 1 bln)
LS > 250×6= 1500
LBS> 15000 -1500= 13500
Faedah atas pinjman > 1500 × 8%× 6/12= 60
Betul tak cikgu?
Soalan yg semalam cikgu …yang 4 julai saya hantar tu cikgu?…
Tempoh perkaunan berakhir 30 Jun 2021.. terima kasih cikgu
Waalaikumussalam.
1.Betul
2. Salah.
bayaran balik setiap tahun = 15000/5 = 3000.
Baki Pinjaman 13500.
maka drp 13500.. nilai yg perlu dibayar dlm tempoh setahun 3000.
LS: Pinjaman 3000
LBS: Pinjaman (13500-3000) 10500
Oooo… cikgu,
Maksudnya
1.pinjaman yang Di imbangan duga tu adalah yg kita dah bayar kan cikgu?
2. Di imbangan duga maksudnya , baki Yang kita dah bayar untuk belanja , hasil yang kita dah terima kan cikgu?..betul tak cikgu pemahaman saya?
Ya.. betul
Cikgu,
Cikgu, kalau
Penerimaan tunai hutang pelanggan sebanyak RM 400 yang telah dihapus kira sebagai hutang lapuk pada tahun 2019.
Maksudnya cikgu,
Hutang pelanggan jadi hutang lapuk …
Jadinya,
DT. Hutang lapuk
KT.tunai
Kan cikgu? Tunai akan berkurang kan cikgu?
Kalau salah boleh cikgu terangkan kpda saya cikgu…saya kurang faham ayat tu cikgu
Kemudian cikgu,
saya nak tanye apa beza antara lengkapan Dan lekapan cikgu?
Dt Hutang Lapuk
Kt Akaun Belum Terima
# sebahagian drp ABT sudah pasti tidak akan terima… maka kita keluarkan jumlah tersebut drp ABT.
Lengkapan –> seperti perabot, kabinet, Almari dll
Lekapan –> Kipas, lampu, penghawa dingin .. dll
Assalamualaikum Cikgu,
Cikgu kenapa bila saya tengok skema dia tulis hutang lapuk Terpulih 400
Tunai + 400
Kenapa cikgu?
Sbb jawapan yang cikgu bagi tu
DT hutang lapuk
KT ABT..
Soalan yg 4 dan 5julai cikgu
Waalaikumussalam.
Ya betul.. maaf cg yg tersilap faham soalan.
HL… dibayar semula –> HLT –> Hasil –> Kt.
Dt Tunai –> kita terima wang (+)
Kt HLT –> hasil (+)
# cg pun keliru.. email yang sama guna 2 nama.
Ooo baik cikgu,minta maaf cikgu sbb nama tu saya tertukar cikgu.. maafkan saya cikgu… terima kasih cikgu
Assalamualaikum Cikgu.
Cikgu, saya nak tanya apa maksud Modal kerja cikgu? … terima kasih cikgu
Waalaikumussalam.
Aset Semasa – Liabiliti Semasa = Modal Kerja.
# Boleh rujuk Penyata Kedudukan Kewangan
oooo….baik cikgu
cikgu apa tujuan kita cari modal kerja cikgu?
Boleh rujuk disini..
https://www.economiafinanzas.com/ms/modal-kerja/
Cikgu,
Soalan 2 Percubaan 2021 MRSM: Diberi pinjaman 8% (matang 31 Jan 2031) berjumlah 75000 & perniagaan memilih pakej moratorium, maka pinjaman & faedah mula dibayar pd Mac 2021.
Faedah atas pinjaman = 75000 x 8% x 1/12 =500
Ansuran pinjaman setahun (liabiliti sms)
= 75000/10 = 7500
Ansuran pinjaman sebulan = 7500/12 = 625
Bukankah ansuran pinjaman hanya 625 utk tempoh sebulan (Mac) tapi kenapa skema jawapan tulis ansuran pinjaman = 625 + 7500 = 8125? Boleh cikgu tolong terangkan?
Pada pandangan saya,
LS :
Pinjamanan 7500 sahaja.
Nilai 625 untuk bulan Feb tidak perlu dicampur… kerana bayaran balik bermula Mac.
Faedah overdraf masuk kat pkk ke akaun perdagangan & untung rugi
Faedah overdraf –> Belanja –> APUR
Nak tanya kalau susut nilai terkumpul dalam imbangan duga tu kna letak ke dalam akaun untung rugi.peruntukan hutang ragu pun kna jgk ke.
SNT –> PKK : ABS
Kenderaan KOS -SNT Nilai Buku
Aset Semasa:
ABT
(-) PHR
selamat petang cikgu…
Bolehkah saya tanya bagaimana nak selesai soalan vi?vii?viii dan ix…?
Inventori akhir… pilih nilai rendah antara nilai kos atau nilai pasaran bagi setiap produk –> kemudian baru jumlahkan.
xi) betul.
xii) betul.
xiii) jualan belum terperoleh 2600 & jualan (-) 2600
ix) periklanan belum bayar –> utk 2 bulan
selamat petang cikgu…
bagaimana nak selesai ni…
sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah RM1800 belum direkodkan dalam mana-mana buku
Nota kredit dikeluarkan –> Pulangan Jualan & ABT
Cikgu, saya tidak dapat selesaikan kiraan untuk soalan-soalan ini. Bantuan cikgu dalam perkara ini amat dihargai.
Cadangan Cg,
2021 & 2022
SN Kenderaan = 10% x Kos
SN Alatan Pejabat = 10% x ( Kos – SNT)
pinjaman tekun RM5750
pinjaman tekun dibuat pada 1 januari 2018.bayaran balik pinjaman TEKUN sebanyak RM230 sebulan belum dijelaskan
cikgu?bagaimana selesai ni?
cikgu?jualan tunai sebanyak RM225 diterima telah digunakan untuk membayar sewa kediaman pemilik.
jawapannya ambilan +225 ?tunai-225 ke?
1. Asingkan Pinjaman -> LS & LBS
LS = yg belum bayar + bayaran balik tahunan
LBS = Jumlah pinjaman – LS
2. Ambilan +225 Jualan +225
cek yang diterima daripada koperasi kelab rakan setia pada 14 april telah dipulangkan oleh bank dengan bertanda rujuk penyuruh bayar?diskaun diberi dibatalkan
cikgu?soalan ni bank ?-??Abt?-??untung bersih perlu juga perlu tolak tak?
cikgu?saya tak faham mengapa soalan berkaitan jualan tunai itu?jualan perlu tambah ?bukan tolak ke…
1. Bank (-) Diskaun diberi (-) ABT (+)
2. hasil jualan.. kita belum rekod.. terus diambil wang tersebut…
selamat pagi cikgu?jawapan bagi soalan ini betul tak?
Betul..
selamat petang cikgu
jawapan bagi soalan ini betul tak?
Ak SNT ada yang silap..
Kt Baki b/b …
Kt SN …..
selamat petang cikgu
Tempahan baucar untuk promos RM300 belum dibayar kepada syarikat percetakan.
jawapannya ialah promosi+300 abb+300 promosi belum bayar 300 ke?
Promosi & Promosi Belum Bayar
Cg, soalan tentang kalsifikasi pinjaman
Imbangan Duga pada 31 Disember 2017
Pinjaman dalam ID RM 108000
Tarikh mula pinjaman 1 Julai 2017
Tarikh matang pinjaman 30 Jun 2022
Amaun Pinjaman RM 120,000
Bayaran dalam tempoh kewangan RM12,000
Cg,
Saya kira seperti berikut :
Tempoh pinjaman 5 tahun dengan bayaran balik RM 24000 setahun
Bagi Pinjaman in LS
adakah kita kira Tunggakan ( RM12000 dari 1/1/2018-30/6/2018) dan
1/7/2018-31/12/2018 RM12000
Total : RM24000 di LS
RM84000 (108000-24000) di LBS
1/7/18 – 31/12/18 –> itu BUKAN tunggakan…
Pada 31/12/17… Pinjaman yang perlu dijelaskan dlm tempoh setahun = RM24000 –> LS
maka LBS = 108000 – 24000
selamat malam cikgu
jawapan soalan ?i?ialah faedah gadai janji dan faedah gadai janji belum bayar ialah RM1200
dan berapa amaun gadai janji yang perlu letak di PKK ?
Oleh kerana tiada sebarang bayaran awal… maka nilai kedua2nya SAMA.
Faedah gadai janji –> Belanja (APUR)
Faedah gadai janji belum bayar –> LS (PKK)
Assalamualaikum Cikgu , maaf menggangu,
Nilai inventori akhir iaitu RM23000 kena campur dgn pulangan Jualan kan Cikgu sebab inventori dalam kedai mesti akan bertambah , so kiranya jumlah akhir bagi inventori akhir
RM 23000 + RM 250 = RM 23 250
Betul x Cikgu ?
Waalaikumussalam.
Caranya sudah betul… cuma nilainya tidak tepat.
Ada 2 pelarasan yang perlu dilakukan.
1. Pulangan Jualan +250
ABT -250
2. Penilaian inventori akhir.
Harga jual 250… 100% tokokan bermaksud.
nilai kos 175
nilai tokokan 175
maka Inventori akhir 23000 + 175
terima kasih cikgu.
Cikgu , selalunya dalam soalan penyata Kewangan saya x pernah jumpa soalan yg macam ni maklumat tambahan sampai 16 + butiran diulang sebanyak Dua Kali tetapi jumlah berbeza.
Contoh saya ambil nombor 8 ( insurans dibayar untuk tempoh setahun sehingga 31 Julai 2019 )
Insurans 1080 – 630 = 450
Insurans Prabayar = 630
Untuk nombor 9 , ( insurans dibayar untuk tempoh setahun bermula 1 Oktober 2019 )
Cikgu , jadi kita kena ambil balik jumlah asal iaitu 1080 untuk cari jumlah atau kena ambil jumlah 630 ?
x sure sama ada soalan salah atau memang ada soalan macam ni sebab ni first time saya jumpa maklumat tambahan banyak…
terima kasih cikgu !
Ini bukan format soalan SPM.. ianya sekadar soalan latihan untuk pendedahan kepada pelbagai jenis pelarasan yang boleh ditanya dalam sesuatu soalan..
Terima kasih cikgu . Tolong check jawapan saya betul x
9. Insurans dibayar untuk tempoh setahun bermula 1 Oktober 2019
Insurans 1080 – 1080
Insurans Prabayar 1080
11. Simpanan tetap dibuat pada 31 Julai 2018
Faedah Atas Simpanan Tetap 200 + 0
Faedah Atas Simpanan Tetap Belum Terima 200
12. Sewa diterima untuk setengah tahun berakhir 30 April 2019
Sewa 3000 – 2000 = 1000
Sewa Prabayar 2000
13. Insurans RM1200 dibayar untuk suku tahun bermula disember 2018
Insurans 1080 + 1200 = 2280 – 800 = 1480
Insurans Prabayar 800
14. Bil elektrik berjumlah RM325 belum dijelaskan.
Kadar Bayaran 2084 + 325 = 2409
Kadar Bayaran Belum Bayar 325
15.Faedah atas pinjaman 5% setahun
Faedah Atas pinjaman 250 + 750 = 1000
Faedah Atas pinjaman belum Bayar 750
16. bil elektrik rm300 dijumpai tercicir , Dan belum dibuat pembayaran lagi.
Kadar Bayaran 2084 + 300 = 2384
Kadar Bayaran Belum Bayar 300
Terima kasih cikgu !
Assalamualaikum Cikgu…. maaf ganggu cikgu saya nak tanya yang V tu apa yang berlaku cikgu? Kemudian deposit tu kena letak mana cikgu?
Waalaikumussalam..
Maaf cg tak jumpa soalan mana yang dirujuk..
Maaf cikgu, saya lupa nak hantar cikgu… soalan ini cikgu
Kadar bayaran –> (-)
Deposit Telefon –> (+) –> Aset Semasa
Assalamualaikum Cikgu.. maaf ganggu cikgu
Cikgu, jawapan saya tak imbag cikgu, saya salah dimana cikgu?
Ini jawapan saya cikgu
Ini pkk sya cikgu
Perabot –> Kos – SNT = Nilai Buku
… bukannya Tambah
Assalamualaikum Cikgu, cikgu macam mana nk kira pinjaman tu cikgu?
Waalaikumussalam..
Pinjaman kena lakukan 2 petkara :
1. Pinjaman –> diagihkan antara LS & LBS
2. Faedah pinjaman & faedah pinjaman blm bayar.
Kes 1:
Pinjaman 60000 utk tempoh 10 tahun.. maka bayaran balik setahun = 60000/10 = 6000 –> LS
Daripada Baki pinjaman 57000
LS Pinjaman 6000
LBS Pinjaman (57000-6000) 51000
Kes 2
Faedah pinjaman = 5% x 60000 = 3000 –> Belanja
Faedah pinjaman belum bayar = 3000 – 1250 –> LS
cikgu , yang 57000 di imbangan duga tu maksudnya apa cikgu?
Baki pinjaman pada tarikh tersebut.. drp jumlah tersebut.. 6000 perlu dibayar dlm tempoh setahun –> LS
selebihnya (57000-6000) perlu dibayar tahun2 berikutnya –> LBS
Pinjaman asal 60000… dlm tempoh 6 bulan telah dibayar 3000.. maka baki pada akhir tempoh perakaunan tinggal 57000.
Assalamualaikum cikgu, cikgu Ada tips tak cikgu untuk soalan A tu cikgu? Sbb saya tak tahu nak buka akaun mesin dan snt tu cikgu
Waalaikumussalam.
Sila rujuk buku teks T4 m/s 272 – 274.. ada ditunjukkan contoh & langkah2 penyelesaian dengan jelas.
Cg…klau ye kata mcm ni
Barang niaga berharga RM 4 320 dibeli dengan menggunakan cek peribadi pada 31 mei 2020.
Jdi kt APUR
+Belian
-Bank
Ye jdi – bank ke….sbb kt Imbangan duga tiade bank…hanya ade overdraf bank shja..mcm mne ye
Belian (+)
Modal (+) –> wang peribadi
Overdraf bank –> ada ak Bank yg bernilai -ve
Salam sejahtera cikgu: nak tanya sekiranya dlm imbangan duga terdapat butir ABT and lain-lain ABT..Maka semasa menghitung PHR..kita cuma ambil nilai ABT atau tambah kedua- duanya( Abt + lain-lain ABT)..terima kasih
ABT barang niaga sahaja..
Assalamualaikum cg…nak tanye
macam mane ye nak buat soalan (iii),(iv),(v).
klau yg no (iii) tu…jdi INSURANS PRABAYAR RM 300 ke
sy org yg sama tanya soalan kt atas tu..
jadi klau soalan (iv) tu kan ye suruh guna kaedah penilaian semula..
Baki Hartanah,loji,peralatan pada 1/11/2019- 325 490
tambah BELIAN sepanjang tahun-
tolak Baki Hartanah,loji,peralatan pada 31/10/2020- 314 200
jdi belian sepanjang tahun tu ambil BELIAN yg RM 47 000 ke
betul ke?
jdi kiraan ye
325 490+ 47 000= 372 490-314 200= 58 290(susut nilai)
betul ke cg?
Waalaikumussalam
iii) Insuran Prabayar … utk 2 bulan
iv) SN = baki awal + belian – baki akhir
v) Jualan belum terperoleh
okay terima kasih banyak2 cg
cg sorry ganggu..sy kurang fhm soalan v) tu..
kalau jualan belum terperoleh tu kan dekat PKK jadi LIABILITI SEMASA..
pastu kalau belum terperoleh tu kan ye akan mengurangan hasil..
macam mane nak kira ..RM 7280 tu kene tolak dgn jualan ke
Jualan (-) 7280
Jualan belum terperoleh –> LS
Assalamualaikum cikgu
Jika di id:
Pinjaman bank (1 Oktober 2011)-RM 20000
Faedah pinjaman-RM 300
Maklumat tambahan:
1.pinjaman bank telah dibuat pada 1 Oktober dengan kadar faedah 10% setahun.
Sediakan APUR dan PKK pada 31 Disember 2011
Adakah pengiraannya begitu:
Rm 20000×10%
=RM 2000 (UR,Belanja)
RM2000-RM300
=RM 1700 (PKK,Libiliti semasa)
Tq
Waalaikumussalam.
Faedah = 10% x 20000 x 3/12
cg,catatan akaun untung rugi tu mcm mana format dia
ciba bagi soalan lengkap… sama ada soalan minta catatan dalam akaun lejar pindah ke Ak Untung Rugi…. atau catatan dalam Ak Untung Rugi..
Cikgu, ruangan hadapan kedai telah disewakan dengan kadar rm100 sebulan kepada encik zaidin yang menjual jagung manis. Soalan ini macam mana nak jawab cikgu?
Pelarasan terhadap item HASIL:
1. Sewa Belum Terima
2. Sewa Belum Terperoleh
bagi menentukannya… kira berapa sewa setahun = RM100 x 12 = RM1200.. kemudian banding dengan Sewa yang TELAH diterima –> rujuk nilai dalam ID.
Cth 1 : Sewa diterima RM1000 –> Sewa Belum Terima RM200 –> AS
Cth 2 : Sewa diterima RM1300 –> Sewa Belum Terperoleh RM100 –> LS
cikgu, nak tanya nyatakan keperluan mengambil kira pelarasan dalam penyediaan penyata kewangan itu jawapan apa ? terima kasih cikgu…
Ada dinyatakan dalam buku teks T4.. m/s 249
Cuba fahami apa itu pelarasan terlebih dahulu.. baru mudah memahami keperluannya dalam penyediaan Penyata Kewangan
hi cikgu.dalam soalan PKK dan APUR,maklumat tambahan menulis”separuh daripada alat tulis telah digunakan”……ada apa kesan?soalan xkata perniagaan tersebut adalah kedai alat tulis
Pelarasan terhadap Alat Tulis.
1/2 –> Alat Tulis (Belanja–> APUR)
1/2 –> tidak digunakan –> Inventori Alat Tulis –> Aset Semasa –> PKK
salam cikgu.. nak tanye
yang dekat imbangan duga tu..pinjaman bank (matang pada 2026)…maksudnya ape ye…pastu macam mane nak kaitkan dengan maklumat tambahan (iv)
terima kasih:)
1. matang 2026.. bermaksud pinjaman tersebut perlu dibayar balik dalam tempoh 2021 –> 2026 = 5 tahun… maka boleh tentukan bataran balik setiap tahun 20000/5 = RM4000…. akan dikelaskan sebagai LS.
2. tentukan Faedah atas pinjaman = 10% x 20000 x 6/12…. dan Faedah Pinjaman belum bayar–> LS
Terima kasih cg faham dah??
Salam cg nak tanye yg pelarasan (iv) tu macam mane ye nak jawab?
Thank you:)
*Sambungan soalan
Pelarasan PHR.
1. kira PHR akhir = 3% x ABT = A
2. Hutang Ragu = A – 115
# jika nilai +ve –> Belanja
# jika nilai -ve –> Hasil
Pembetulan cg bukan (iv)…
Yg (vi)
Q- pemilik telah membuat pinjaman berjumlah RM 80 000 mulai 1 november 2019 dgn kdr faedah 8%setahun
Pastu nak tanya juga cg….macam mane nak kaitkan pinjaman(matang 2024) dekat ID sbb sy confius…terima kasih cg:)
Sama seperti sebelum ini.
1. Pinjaman 32000 –> LS & LBS
LS… jumlah yg perlu bayar dlm tempoh setahun…. ?
Pinham 80000… tempoh 5 tahun
maka bayaran setahun 80000/5=16000 –> LS.
LS
Pinjaman.. 16000
LBS
Pinhamab (32000-16000)… 16000
2 Kira Faedah atas pinjaman & Faedah pinjaman belum bayar
Cikgu,
Soalan batu pahat 2022 milikan tunggal dirujuk. Perniagaaan Pizza Joanna telah menerima rm1600 wang melalui perbankkan dalam talian pada 31 Disember 2022 bagi tempahan pizza daripada pelanggan untuk jamuan 10 jan 2023 nanti. (tempoh perakaunan berakhir 31 Disember 2022). Soalan ini perlu buat pelarasan tambah bank rm1600 dan tambah jualan belum terperoleh rm1600 atau tolak jualan rm1600 tambah jualan belum terperoleh rm1600?
Jualan –
Jualan belum terperoleh +
sebabnya.. masa terima wang.. kita telah rekod
Dt Bank Kt Jualan… maka pada akhir tempoh kita buat pelarasan terhadap nilai jualan tersebut..
Cikgu,
Tetapi soalan tidak jelas buku bank sudah direkod. Mungkin bank terima wang tetapi belum direkod dalam buku maksudnya urus niaga tersebut belum direkod maka kita perlu tambah bank dan tambah jualan belum terperoleh?
penyataan telah terima (peniaga sudah maklum) dan duit sudahpun masuk dalam akaun bank… sudah tentu ianya terus rekodkan penerimaan tersebut… kemudian di akhir tempoh perakaunan baru buat pelarasan terhadap jualan..
Contoh lain… Insuran bila dibayar.. kita akan terus rekodkan dalam Dt Insurans Kt Bank.. terlebih dahulu… diakhir tempoh perakaunan.. baru dibuat pelarasan Insuran Prabayar…. bukannya masa bayar terus buat pelarasan insurans prabayar.
Salam cg ni nak buat macam mane ye
1. buka ketiga2 akaun tersebut.
2. masukan baki awal bagi Ak Jentera & Ak SNT Jentera.
3. rekod pembelian jentera baru –> Dt Ak Jentera
3. kira SN jentera lama 240000 dan jentera baru 180000 –> kreditkan dlm Ak SNT Jentera
4. Pindahkan jentera lama yg dijual ke Ak Pelupusan –> Dt Pelupusan Kt Jentera.
5. Pindahkan SNT jentera kama ke Ak Pelupusan –> Dt SNT Kt Pelupusan
6. Rekod penjualan jentera lama –> Kt Ak Pelupusan.
7. Tutup Ak Pelupusan… imbangkan –> nilai beza = Untung/Rugi Pelupusan. Jika Dt –> Untung pelupusan, Jika Kt –> Rugi pelupusan
Salam cg…boleh tgk yg mane sy Salah ni…Baki b/b Dan Baki h/b ni
Wassalam.
Bank 25140 –> Kredit
Hi Cikgu…
Jualan tunai terlupa direkodkan RM250. Tunai digunakan untuk menbayar sewa rumah kediaman.
Debit : Ambilan
Kredit : Tunai
Betul ke cikgu? Dekat Jualan kena tambah jugak ke cikgu?
Dt Ambilan
Kt Jualan
Salam cg nak tanye.
Ape maksud tenpoh kredit satu bulan dlm belanjawan tunai
Mia,
tempoh kredit 1 bulan –> jualan kredit (ABT) @ belian kredit (ABB) bulan Jan akan terima/bayar pada bulan Feb. Feb –> Mac.
Pastu kalau tempoh faedah ats ambilan nk kte mcm mane ..tempoh berakhir 31 disember 2021
Ambilan kamil(8mei2021)- 7 bln 24 hari???
Ambilan kamaludin(20 ogos 2021)- 4 bln 12??
Betul ke cg
Jdi mcm mane nk kire tempoh tuu boleh cg beritahu
Kamil
3000× 5%× ???
Kamaludin
4800× 5% × ???
Terima kasihhhhh
Asasnya jika > 15 hari –> dikira sebulan.
8 Mei –> 31 Dis = 8 bulan
20 Ogos –> 31 Dis = 4 bulan
Cikgu..
Yg mklumat tmbhn no 2 tu(ii) nok buat mcmane cg…ye modal tmbhn kn jadi ye mempengaruhi faedah ats modal
Faedah ats modal
Kamal
40000×10%×12/12= 4000
5000×10%×6/12= 250
Jdi jmlah faedah ats modal= 4250
Kamil=4000
Kamaludin=8000
Jadi macam mane nak kira nisbah untung/rugi tu cg??
4250: 4000 : 8000
? : ? : ?
Pstu soalan terakhir sy?
Lengkapan tu bertambah ke tak??
Mcm klu nk kira SNT lengkapan kene tmbh tak
Sorry cg yg ats tu salah upload
Mia,
Pengiraan Faedah atas modal Kamal –> Betul RM4250
Nisbah ataa baki MODAL AWAL
40000 : 40000 : 80000
1 : 1 : 2
= 1/4 1/4 2/4
Pengiraan SN Lengkapan.. guna cara sama pengiraan faedah atas modal Kamal..
15000 x 10% = 1500
5000 x 10% x 6/12 = 250
SN lengkapan = 1750
maka SNT lengkapan = 3000 + 1750
Cikgu,
Di dalam buku teks, semua penyata kedudukan kewangan dalam format penyata adalah dalam format 4 lajur. Bolehkah pelajar guna format 3 lajur sahaja iaitu kos, susutnilai terkumpul dan nilai buku?
Boleh..
cikguu kalau maklumat tambahan kata
-sewa berjumlah rm1500 yang telah dibayar adalah bagi tempoh suku tahun sehingga 28 feb 2029
tempoh akaun dia 1jan-31dis
sewa imbangan duga rm16800(d+)
Suku tahun = 3 bulan
maka RM1500 untuk 3 bulan
Berakhir 28 Feb 2029
Dis – Jan – Feb
akaun berakhir 31 Dis –> maka Sewa Prabayar –> 2 bulan
= 1500 x 2/3 = 1000 –> Aset Semasa
Sewa 16800 – 1000 –> Belanja
Salam cg
Macam mane nk kire pinjaman ni
Sambungan utk yg ats tu mia
Salam sejahtera cikgu..mohon penjelasan cikgu tentang perkara berikut berkaitan dgn pengiraan PHR..
a) sekiranya dlm soalan menyediakan ringkasan berkenaan ABT Dan jg Hutang Lapuk dihapuskan..adakah angka ABT yg diberi itu merupakan ABT bersih atau kita perlu tolak dgn hutang Lapuk dihapuskan utk mendapat nilai ABT bersih?
Terima kasih cikgu
Sekiranya penyataan tersebut dalam maklumat tambahan… maka ianya merupakan item pelarasan… perlu dibuat pelarasan ABT (-) & HL (+).
ABT bersih –> selepas ambilkira pelarasan.
Assalamualaikum cg, nak tanya cara nak kira susut nilai ni macamana?
Waalaikumussalam.
SN = 10% x nilai buku 67500
cg dekat dalam panyata kedudukan kewangan snt tu 6750 ke cg ?
soalan ini tidak menggunakan kaedah SNT… maka terus masukkan di lajur Nilai Buku.. (67500-6750)