Modul 9 : Pembetulan Kesilapan

Standard Kandungan
9.1 Pembetulan Kesilapan.
9.2 Penyata Kewangan selepas pembetulan kesilapan.

Standard Prestasi
TP1 Menyenaraikan beberapa contoh Kesilapan Ketara.


TP2 Menerangkan maksud Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.
Mengesan Kesilapan Ketara dan Kesilapan Tidak Ketara.


TP3 Membetulkan semua Kesilapan Tidak Ketara dan merekod dalam Jurnal Am selepas Imbangan Duga disediakan.


TP4 Menerangkan beserta contoh kaedah membetulkan Kesilapan Ketara.
TP4 Memindahkan catatan pembetulan dalam Jurnal Am ke lejar berkaitan menggunakan Sistem Catatan Bergu dan menyediakan Imbangan Duga Terselaras selepas Kesilapan Tidak Ketara dibetulkan.


TP5 Mengenalpasti dan menerangkan kesan kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan semasa terhadap kesilapan pada item yang ditemui.
TP5 Menyediakan Penyata Kewangan dengan betul selepas mengambil kira pembetulan terhadap akaun-akaun yang berkaitan.


TP6 Merumuskan kesan terhadap untung atau rugi tahun kewangan semasa sekiranya pembetulan kesilapan tidak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya.

  1. Umi Kalsum Bt Mohamad

    saya ada soalan, jika kita tersilap termasukkan kos jualan tahun semasa ke tahun lepas, bagaimana kita perlu perbetulkan untuk tahun semasa yea?

    Sekian, terima kasih

  2. Umi,

    Kesilapan tersebut tidak mungkin berlaku.. sebab penyata pendapatan disediakan setiap tahun…. pada tahun lepas semasa sediakan PP… nilai kos jualan pada tahun sekarang belum wujud lagi.
    Kesilapan yang mungkin berlaku.. pada tahun lepas telah tersilap masukkan nilai KJ.. maka kita ingin buat pembetulan kesilapan tersebut pada tahun semasa.

  3. Cikgu,
    Soalan pembetulan kesilapan spm 2016 stok akhir 30850 sepatutnya tidak ada dalam imbangan duga dan jawapan modal ialah RM87000?

  4. Fatimah,

    Ya.. Modal = RM87000

  5. Chrisleera Adriana

    Cikgu, apa jadi dekat akaun untung atau rugi kewangan semasa kalau pembetulan kesilapan tak diambil kira dalam tahun kewangan sebelumnya?

  6. Chrisleera,

    Boleh rujuk buku teks @ buku rujukan..
    Cuba lihat apa kesan ke atas UR.. jika buat pembetulan kesilapan.. kemudian baru fikirkan kesannya ke atas nilai UR jika tidak dibuat pembetulan.

  7. Cikgu,

    Akaun Belian termasuk beli alat alat kecil bernilai RM180 secara kredit daripada Kedai Meng

    Cikgu macam mana buat pembetulan bagi soalan ini ?

  8. Desmond,

    Kesan kesilapanya terlebih dahulu.
    1. Akaun yang sepatutnya direkod. –> Ak Alat2 kecil
    2. Akaun yang tersilap rekod –> Ak Belian
    3. Cara pembetulannya.. tentukan catatan bagi akaun yang sebetulnya –> iaitu Dt Ak Alat2 kecil.
    4. Maka akaun yang tersilap tersebut –> catat disebelah yang satu lagi –> Kt Belian

  9. Cikgu,

    Imbangan Duga pada 30/6/2016
    Insurans – 960

    Insurans diambil untuk setahun bermula 1 Sept 2015

    Cikgu, untuk maklumat di atas, apa pelarasan yang perlu dibuat ?

  10. Enhong,

    1. Kira berapa bulan prabayar –> kira nilainya.
    2. Akaun yang terlibat Insurans prabayar & Insurans

  11. apakah kesan kesilapan (error) kepada dalaman kawalan syarikat?

  12. Hanis,

    Semua bentuk kesilapan samada kesilapan ketara atau pun tidak ketara, sekiranya ianya melibatkan Akaun-akaun Nominal (akaun hasil dan belanja) akan memberi kesan kepada keuntungan yang dilaporkan. Untung atau rugi yang ditunjukkan dalam Akaun Untung atau Rugi tidak memberi gambaran yang sebenar sehinggalah punca-punca kesilapan dikenalpasti dan
    perbetulkan.

  13. Assalamualaikum cikgu,apa maksud debit dan kredit dan bila kita nak gunakan dia ? Boleh tak cikgu trangkan dgn lebih detil dn bgi contoh? Sya dah blajar tpi tak berapa faham n still confuse.

  14. Nina, waalaikumussalam.

    Debit dan Kredit hanya mengambarkan kedudukan disebelah kiri dan kanan sesuatu Akaun.
    Penggunaannya bergantung kepada catatan bergu bagi sesuatu urusniaga serta jenis klasifikasi akaun yang terlibat (Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil @ Belanja).

  15. Cg,
    Sewa dibayar sebanyak RM2000 telah direkodkan di A/k Gaji.

    Kesilapan ini adalah Kesilapan Komisen?

  16. Chee,

    Ya.. ikut kssm –> kesilapan komisen.

  17. Cikgu, silibus f5 2018 sama ke dgn silibus lama? Silibus f4 2017 je kan yg baru?

  18. Jamal,

    Tidak sama… Tingkatan 5 juga akan ikut KSSM mulai 2018.

  19. Selamat pagi,

    Sekiranya terdapat kesilapan ketinggalan satu urus niaga, iaitu pulangan jualan tidak dicatat.

    Pembetulan:Ak. P.Jualan = debit

    Tetapi akaun mana dikredit, ABT atau Ak. Jualan?

    Thank you

  20. Letchumanan,

    Dt Pulangan Jualan
    Kt ABT

  21. Thank you

  22. cikgu…macam mana nak kenalpasti antara kesilapan ketara dan kesilapan tidak ketara

  23. Pravin,

    Rujuk keseimbangan ID ( Dt & Kt)
    Ketara –> jumlah TIDAK SAMA
    Tidak Ketara –> jumlah SAMA

  24. Cek bernilai rm300 yg telah dibyr kpd seorang pemiutang iaitu pembekal John telah dikreditkan dlm Buku Tunai dan juga akaun perorangan.

  25. Bagaimanakah untuk membetulkan kesilapan2 tersebut melalui jurnal am???

  26. Yugi,

    Kenalpasti jenis kesilapan dahulu.. kemudian baru tentukan catatan pembetulannya.
    Dalam kes ini –> kesilapan ketara –> pembetulannya tidak melalui JA.

  27. Terima kasih sir…

  28. salam cikgu, cuba nak tanya bila nak guna jurnal , bila nak guna lejar ? apa akaun nak guna jurnal atau lejar

  29. Elisya,

    Ikut kehendak soalan… apa yang diminta sediakan.. ada soalan minta sediakan jurnal… ada sialan minta sediakan lejar.

  30. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Dalam soalan pembetulan kesilapan, imbangan duga diberi Baki Akaun Belum Terima. Maklumat tambahan ialah ali trading dihapuskan sebagai hutang lapuk. Jurnal am yg disediakan perlu debit hutang lapuk kredit Ali Trading atau Debit hutang lapuk Kredit Akaun belum terima? Terima Kasih

  31. Fatimah..

    Kira rujuk kepada akaun yang wujud dalam ID.
    Dt HL Kt ABT

  32. cikgu,
    Bagaimana dengan kesilapan komisen, Jualan kepada ahmad tersalah catat kepada ali. JIka imbangan duga ABT, dalam jurnal am nak tulis debit ABT dan Kredit ABT ataupun Dt Ahmad kredit Ali?

  33. Cadangan saya
    Dt ABT: Ahmad
    Kt ABT: Ali

  34. Cikgu,

    cuba tanya soalan:

    1. Cek RM1800 yang diterima daripada Kedai Sukdev telah dikreditkan dalam Akaun Bank dan didebitkan dalam akaun Kedai Sukdev.

    Jawapan: Kesilapan songsang. betul?

    2. manakah antara berikut merupakan kesilapan prinsip?
    A. Akaun Promosi terkurang catat RM230
    B. Jualan kepada Hasri RM1200 tersalah rekod ke dalam Akaun Basri.
    C. Belanja membaiki premis RM1000 tersilap debit ke dalam Akaun Premis.
    D. Ambilan barang niaga bernialai RM800 tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

    Jawapan: C. Betul?

    3. Ambilan barag niaga bernilai RM300 untuk kegunaan sendiri tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

    Jawapan: Kesilapan Ketinggalan catatan urus niaga. Betul>?

    Terima kasih.

  35. Cikgu,

    Cuba tanya:

    4. Kesilapan direkodkan di bahagian debit yang dibatalkan oleh kesilapan yang sama jumlahnya di bahagian kredit dan sebaliknya.

    Jawapan: kesilapan saling mengimbangi. betul?

    5. kesilapan-kesilapan berikut ditemui oleh Cik Aina, Kerani akaun Perniagaan Mesra selepas penyediaan Akaun Penamat.
    (i) Ambilan barang niaga bernilai RM300 terlupa direkod dalam mana-mana buku.
    (ii) inventori akhir terkurang nilai RM240.

    Apakah kesan kepada untung kasar setelah kesilapan tersebut dibetulkan?

    Jawapan: Meningkat RM540. betul?

  36. Sherine,

    Ya saya setuju dengan semua jawapan anda.

  37. Cikgu,

    Cuba tanya semasa kita buat imbangan duga terselaras, tajuk itu perlu tulis “Imbangan Duga Terselaras pada….”
    Atau tulis “Imbangan Duga pada…”?

  38. Swee Kung,

    Kedua2 boleh digunakan..
    Cuma untuk membezakannya kita guna ID Terselaras.

  39. CikguCikgu,

    Cuba tanya:

    1. Diskaun diterima RM320 telah dikreditkan ke akaun belum bayar dan didebitkan ke akaun diskaun.
    Apakah kesan kesilapan tersebut terhadap untung bersih?

    Jawapan: untung bersih berkurang RM640.
    Mengapa?

    2. Sekiranya belanja membaiki kenderaan RM2000 tersilap catat ke akaun kenderaan dalam tahun kewangan berakhir 31 disember 2016 & tidak diambil kira dalam tahun kewangan tersebut, apakah kesannya terhadap untung nersih tahun 2017?

    Jawapan: tidak kesan
    Mengapa?

  40. Swee kung,

    1. Kesilapan terbalik / songsang –> kesannya 2 kali ganda… hasil terkurang 320 dan belanja terlebih 320. —> mska UB terkurang 640

    2. Untung bersih 2017… hanya mengambilkira hasil & belanja 2017 sahaja

  41. 1.Jualan peralatan dikreditkan dalam akaun kenderaan
    2.bayaran insurans tersalah rekod dalam akaun gaji

    Apakah jenis kesilapan yang berlaku dalam Dua urusniaga diatas?

    Apakah perbezaan antara kesilapan komisen Dan kesilapan prinsip?

  42. Chew.

    1. Kesilapan komisen… kelas akaun yang sama –> dua2 ABS.

    2. Kesilapan komisen –> kedua2 BELANJA.

    Kesilapan prinsip : belanja baiki kenderaan direkod dalam Ak Kenderaan .. kelas akaun berbeza –> ABS & BELANJA

  43. assalamualaikum..cg,

    1) utiliti perniagaan berjumlah RM1050 telah dibayar oleh pemilik dengan menggunakan wang peribadinya. perkara ini tidak direkod dalam buku perniagaan.

    2) satu invois belian berjumlah RM650 yang diterima daripada syarikat sara telah dibukukan ke sebelah kredit akaun syarikat sari.

    jawapan:-
    1)kesilapan tertinggal satu urusniaga
    dt-akaun utiliti
    kt-akaun ambilan

    2)kesilapan komisen
    dt-syarikat sara
    kt-syarikat sari

    BETUL??
    -terima kasih-

  44. Ariza, waalaikumussalam..

    1. Bawa masuk duit peribadi –> Kt Modal
    2. Salah –> terbalik

  45. cg,..
    boleh terangkan mcm mne nak buat soalan ni:-

    A) cek bernilai RM450 yang dikeluarkan kepada ketua juruwang runcit sebagai bayaran balik telah dibukukan ke akaun belanja runcit.

    B) adakah ini kesilapan prinsip?

    ??tq

  46. Ariza,

    A. Dt Tunai Runcit –> ini yang sepatutnya
    Kt Belanja runcit –> pembetulan
    B. Ya

  47. Cg,
    macam mana nak rekod dlm jurnal pelarasan

    Soalan:
    1) Komisen jualan kpd pgwai pemasaran bg bln Dis 2008 sbyk RM1200 tdk direkod krn borang tuntutan hilang & hanya dijumpai semula pd awl Jan 2009

    2)Insurans kebakaran bangunan sbyk RM 1440 yg dambil pd 1 Okt 2008 bg tempoh sethn tld dibyr pd tarikh tersebut & didebitkan dlm akaun insurans prabyr

    3)Sorg pelanggan En.Chong yg brhutng sebyk RM1300 tlh mniggal dunia.Hutang itu msh trcatat dlm akaun & pemilik memutuskan utk melupuskan htg itu tetapi masih blm berbuat demikian.Peruntukan hutang ragu bg thn brkenaan sbyk RM1600 juga blm rekod.

    Terima kasih ,

  48. Hzl,

    Sila cuba jawab… kemudian saya semak dan betulkan jika salah.

  49. selamat pagi,

    boleh cg terangkan soalan di bawah:-

    a)belian barang niaga rm200 telah didebitkan dalam akaun belian sebagai rm 270, manakala akaun kadar bayaran telah terkurang catat sebanyak rm 20

    b)nota kredit rm380 daripada pembekal telah didebitkan dalam akaun pulangan keluar dan dikreditkan ke dalam akaun belum terima

    jawapan saya :-

    a) kesilapan amaun? (tapi saya tak tahu mana dt dan kt)

    b) saya tak tahu macam mana nak buat

    tq..

  50. Aina,

    1. Ada kesilapan pada soalan tersebut… sepatutnya kadar bayaran terkurang RM70 … –> Kesilapan saling mengimbangi..
    Maka Dt Kadar bayaran 70 Kt Belian 70

    2. Soalan inipun ada kesilapan… sepatutnya dikreditkan ke ABB….. –> kesilapan songsang/terbalik… maka.
    Dt ABB 560 Kt Pulangan Keluar 560
    # nilainya 2X ganda.

  51. Cikgu dalam imbangan duga 30 November Dia kata Gadai janji 26000 sebelah kredit

    Maklumat tambahan pula mengatakan
    Kadar Faedah Gadai janji 10% setahun

    So mcm mana nak buat ni cikgu

    Dalam pkk Dan akaun untung rugi

  52. Kelvin,

    Kira Faedah Gadai Janji…serta tentukan Faedah Gadai Janji Belum Bayar

  53. Nak tentukan faedah gadai janji Belum bayar Mcm mana Cikgu?

  54. Kelvin,

    Bandingkan nilai yang DIKIRA (iaitu nilai yang sepatutnya dibayar) dengan nilai faedah gadai janji dalam ID… (iaitu nilai yang telah dibayar)

  55. Cikgu boleh tolong saya sediakan Penyata kedudukan Kewangan Untuk soalan ini tak

  56. Kelvin,

    Saya cadangkan… kelvin buat sendiri… dari situ baru kita dapat belajar sesuatu.

  57. Saya Dah buat cikgu tapi Ada item Saya taktau masuk mana

    And Tak balance cikgu

  58. Kelvin,

    Tanya mana yang tak tau…

  59. Cikgu

    Saya tak paham tentang maklumat tambahan no 8

    Dengan Pinjaman tu sebab apa dia tulis sampai disember

    Patu cikgu Stok Alat tulis tu dalam pkk amaun Dia Mcm mna?

    Sewa tu prabayar kan cikgu

  60. Kelvin,

    1. Pinjaman akan tamat kurang 1 tahun —> Liabiliti Semasa (PKK)
    2. Stok alat tulis RM80 —> Aset Semasa
    Belanja Alat tulis = stok awal + belian – stok akhir
    3. Sewa prabayar –> 1 bulan

  61. 1.Cikgu yng pinjaman tu nak tulis Jumlah yng Sama ke dalam pkk kan?

    2.Lepas tu cikgu, maklumat tambahan no 2 tu dapat Susut nilai kenderaan Dengan baki berkurangan
    Lepas tu cikgu nak buat pkk Mcm mana dengan Susut nilai tu

    3.Dan saya tak paham pinjaman tu cikgu Kata tadi Tamat kurang setahun

  62. Yang sewa prabayar tu cikgu 3900
    Bahagi 13 Bulan

    Sebulan dapat 300 kan

    So dia terlebih bayar 300 kan cikgu?

  63. Kelvin,

    1. Pinjaman guna nilai ID.
    2. Kira SN = A —> Belanja (AUR)
    SNT = 7200 + A —> Kenderaan – SNT (PKK)
    3. Pinjaman –> LS (PKK)
    4. Ya.. Sewa prabayar = 300 –> AS
    Sewa = 3900 – 300 —> Belanja (AUR)

  64. Terima kasih cikgu

  65. A tu apa cikgu

  66. Kelvin,

    A –> nilai SN yang awak kira.

  67. Cikgu boleh tolong saya
    Ada beberapa perkara Saya tidak faham
    Dan saya tak tahu amaun nilai Dia nak letak yng mana dalam Akaun Untung rugi Dan perdagangan

    Saya tak paham maklumat tambahan no

    2.
    5
    6

  68. Serta Amaun Dia dalam pkk Mcm mana
    Yang no 2 , 5 , 6

    Kaedah garis lurus tu cikgu Mcm biasa kan untuk Hutang ragu

    % × ABT

  69. Kelvin,

    2. Pinjaman –> kira jumlah bayaran balik setahun –> jumlah pinjaman / tempoh matang.
    Pinjaman asingkan antara LS & LBS
    LS = bayaran balik setahun
    LBS = pinjaman – LS

    5. Belanja am –> 0
    Gaji, angkutan masuk, angkutan keluar –> tambah nilai masing2.

    6. Kira PHR baru… banding dengan baki awal PHR –> Hutang Ragu
    # PHR –> TIADA kaedah Garis Lurus.

    Item Hasil & Belanja –> Ak P ^ UR
    Item Aset, Liabiliti & Ekuiti –> PKK

    # Cgu cadangkan jumpa guru sekolah untuk dapatkan tunjukajar…kerana ilmu kemahiran perlu dipelajari melalui tunjukajar guru secara berdepan.. ada langkah2 tertentu yang perlu dikuti satu persatu.

  70. Cikgu Saya masih tak paham yng pinjaman tu

    Bolehka cikgu terangkan lebih lanjut?

  71. Kelvin,

    1. Kira jumlah bayar balik untuk setahun …… itulah nilai untuk LS
    2. Pinjaman –> LBS = 50000 – LS

  72. Tempoh matang tu cikgu
    Mcm mana

    Kena bahagi 5 tahun

    So 500000 / 5 = 10000

    Mcm tu ke cikgu?

  73. Kelvin,

    Hanya 4 tahun.
    # Ada yang tidak kena dengan soalan tersebut… sepatutnya dinyatakan jumlah pinjaman pada 1 April 2013.
    Pinjaman 50000 pada 31 Mac 2014… merupakan jumlah pinjaman selepas tolak dibayar balik tahun pertama.

  74. So Mcm mana ni cikgu?

    50000/4 = 12500 ( Jumlah bayaran balik )
    setahun ke cikgu ni

    Betul Tak ?

    Lepas Tu dalam pkk
    LS 12500
    LBS 50000 – 12500 = 37500

    Betul cikgu?

    Cikgu lepas tu dalam kertas soalan. Tu maklumat tambahan no 7

    Saya tak paham

  75. Kelvin,

    7.. pinjaman yang lain…. rujuk tempoh matang untuk tentukan ianya LS @ LBS.

    Kemudian buat pelarasan Faedah atas pinjaman… kenalpasti Faedah pinjaman belum bayar jika ada.

  76. Yang pinjaman lagi satu cikgu
    Yng cikgu Kata kena bahagi tempoh matang tu

    Saya nak tanya Betul ke
    50000/4 = Jumlah bayaran balik?

  77. Kelvin..

    Ya.. sebab 4 tahun.

  78. OK cikgu Terima kasih

    Cikgu sekarang nak tanya

    Dalam maklumat tambahan dia kata

    Pinjaman 1 Malaysiaa dikenakan Kadar faedah 5% setahun.Pinjaman diambil pada 1 October 2013 Dan tempoh bayaran balik Selama setahun. Faedah dikira berasaskan Bulan

    Dalam ID
    Pinjaman 1 Malaysia = 10000

    Mcm mana nak Cari amaun Dia Untuk pkk serta untung rugi kalau ada

    Serta Boleh cikgu terangkan Serba sedikit tentang pinjaman tersebut

  79. Kelvin,

    2 perkara perlu ambilkira bila berkaitan Pinjaman:
    1. Pinjaman –> LS @ LBS –> matang setahun –> LS.
    2. Faedah atas pinjaman –> kira untuk 6 bulan –> Belanja.
    Faedah pinjaman belum bayar –> LS

  80. Sekarang cikgu pinjaman 1 Malaysia cikgu
    Dan pinjaman Biasa tu

    Pinjaman 1 Malaysia
    Cikgu masuk LS ka LBS ?

    Lepas tu cikgu nak Kira pinjaman yng Kadar 9% 50000

    Cara nak Kira faedah yng Belum bayar Mcm mana?

  81. Kelwin,

    Telah dinyatakan dengan jelas tempoh bayar balik hanya dalam tempoh 1 tahun.

    Faedah = 9% x 10000 x 6/12 —> Belanja
    Semua belum bayar lagi..
    Maka Faedah pinjaman belum bayar.. –> LS

  82. Aikk cikgu dalam kertas Saya Hntr tu pinjaman Ada dua

    Satu Pinjaman 1 Malaysia = 10000
    Satu Pinjaman yng 4 tahun berkadar 9%
    50000

  83. Pinjaman 1 Malaysia tu cikgu 5% faedah
    So dapat 250

    Lepas tu cikgu dalam belanja nak tulis 250 Tak ?

    And pkk tu
    LS tulis faedah pinjaman Belum bayar 250?

    And pinjaman 10000 tu cikgu masuk LBS ka LS?

  84. Cikgu nak Kira faedah pinjaman bank yng berkadar 9%

    Mcm mana
    Yngni nak tulis Untuk belanja

  85. Kekwin,

    Maaf.. silap kadar faedah… sepatutnya 5% x 10000 × 6/12 = 250 —> Belanja.
    Faedah punjaman belum bayar = 250 –> LS.

    Pinjaman 10000 telah dinyatakan dibayar balik dalam tempoh setahun –> LS

    Faedah pinjaman bank –> yang dikira –> Belanja.
    Faedah yang belum bayar –> LS

  86. Sekarang saya Kira Mcm ni cikgu
    Dalam ID faedah pinjaman bank Ialah 2800

    Faedah dikenakan ialah 9% Untuk 500000

    Jadi tempoh pinjaman 4 tahun
    Jadi

    50000×9% = 4500 ( Faedah 4 tahun)

    So untuk satu tahun
    Saya buat 4500/4 = 1125

    So dalam ID faedah yng ditulis 2800

    Saya ambik 2800 – 1125 = 1675

    So Dia Prabayar 1675

    Jadi cikgu dalam

    Penyata Pendapatan

    Saya tulis Kat belanja
    Faedah pinjaman bank = 1125

    Dalam PKK ( AS)
    saya tulis faedah pinjaman prabayar
    1675

    Lepas tu dalam LBS

    Saya tulis Pinjaman Bank
    50000

    Betul Tak cikgu?

    Soalan ni Saya tanya Untuk pinjaman bank berkadar 9%

  87. Kelvin,

    Maaf… salah .

    9% kadar untuk setahun.
    Faedah pinjaman bank = 4500 –> PP
    Faedah pinjaman belum bayar = 4500 – 2800 = 1700 –> LS (PKK)

    Pinjamam 12500 (LS)
    Pinjaman (50000-12500) —> LBS

  88. OK cikgu, Terima kasih cikgu
    Tapi Kenapa faedah tu 9% setahun Bukan Untuk 4 tahun?

  89. Cikgu Klau modal kerja dapat negatif
    Aset Bukan semasa kena tolak ka dengan modal kerja tersebut

    Selalunya kenA tambah
    ABS dengan modal kerja

  90. Cikgu Jumlah bayaran balik setahun Sama ka dengan pinjaman Untuk satu tahun?

  91. Kelwin,

    Kadar faedah 9% setahun… tempoh perakaunan kita setahun sahaja.
    Jumlah faedah semua untuk 4 tahun —> 9% x 4

    ABS
    – MK…….. (+)(-) –> (-)

    Pinjaman untuk tempoh setahun… maksudnya kita pinjam untuk setahun sahaja..tahun depan kita jelaskan semua sekali…

  92. Kalau yang cikgu cakap
    Jumlah bayaran balik Untuk setahun tu

    Bagaimana cikgu explanation dia

  93. Kelvin,

    Jika pinjaman tempoh matangnya MELEBIHI 1 tahun –> kita asingkan antara LS (jumlah bayar balik setahun) & LBS.

    Jika pinjaman matang KURANG 1 tahun –> semuanya dikelaskan sebagai LS.

  94. Cikgu nak tanya cikgu ada tips Tak

    Untuk Mcm mana nak tahu untung kasar dann untung bersih kita Betul

    Klau Saya buat soalan tanpa jawapan nak check untung bersih dan rugi bersih / rugi bersih?

  95. Kelvin,

    Tiada sebarang tips…. melainkan semak dengan jawapannya.

  96. OK Terima kasih cikgu

  97. Cikgu
    Saya tidak faham cara pengiraan Dan cara transfer nilai Dalam pp Dan pkk maklumat tambahan no

    2
    6
    7 pasal lengkapan

  98. Jaswinder,

    Soalan tersebut masih guna sukatan lama… saya cadangan buat latihan menggunakan soalan2 yang ikut sukatan baru KSSM.

  99. Tapi soalan Ini diberikan oleh guru saya

    Cikgu hanya hendak menanya
    Maklumat tambahan no 2 tu
    Cara pengiraan dia and amaun yang perlu dimasukkan ke Dalam pp and pkk

    Dan juga maklumat tambahan no 6
    Derma tu cikgu kena letak di belanja Kan ?

    Dan maklumat no 7
    Lengkapan tu cikgu cara pengiraan dia Serta amaun yng mana perlu dimasukkan ke Dalam pp and pkk

    Thanks cikgu

  100. Jaswinder,

    # Minta cikgu anda tukarkan nama item2 dalam soalan tersebut kepada nama yang digunapakai sekarang.. iaitu : Stok.. Penghutang.. Pemiutang.. terakru..

    2. Daripda 3 bulan (suku tahun) –> satu bulan prabayar. 1/3 –> AS (PKK)
    Sewa – prabayar —> Belanja (AUR)

    6. Ambil barang niaga —> (-) Belian –> (+) Derma –> (+) Ambilan

    7. SN = (kos – SNT) x % –> Belanja
    SNT = snt + SN —> ABS (PKK)

  101. Thanks cikgu

    Tapi Cikgu yng no 2 tu saya masih tidak faham akan cara pengiraan nya

  102. Soalan no 2 Itu cikgu Bagaimana cara pengiraan tersebut

    Boleh cikgu terangkan Kenapa 1/3 Dan kena darab dengan apa?

  103. Jaswinder,

    Bayar RM450 untuk 3 bulan……maka kira bulan Julai yang terlebih bayar.

  104. Cikgu saya Minta maaf, tetapi saya masih betul betul tidak faham

    Suku tahun bermaksud
    1/4 daripada 12 bulan
    Jadi 3 bulan

    Jadi cikgu 3 bulan tu Bayaran dia saya tidak tahu Cikgu

    Dan 3000 Dalam id apa Maksud dia cikgu?

  105. Jaswinder,

    Dalam soalan jelas mengatakan bayar RM450 untuk suku tahun (3 bulan: April, Mei, Jun)
    Maka sebulan = 1/3 × 450 = 150
    Akaun berakhir 31 Mei…. maksudnya JUN bayar terdahulu @ prabayar.
    Dalam ID… sewa yang telah dibayar untuk bulan2 sebelum ini.

  106. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan ttg pekara berikut:

    a) soalan berkaitan pembetulan kesilapan – satu bil elektrik berjumlah RM 120 bg bln disember 2018 telah tertinggal dlm buku.

    b) jd, catatan bergu bg memperbetulkan kesilapan ini adlh dt kdr bayaran kt kdr bayaran blm byr @ dt kdr bayaran kt bank?

    terima kasih cikgu

  107. Ricky,

    Oleh kerana tertinggal rekod… maka pembetulannya –> rekodlah seperti biasa : Dt Kadar bayaran Kt Tunai/Bank

  108. Tetapi dlm soalan tdk menyatakan bhw kdr Byran ini telah dijelaskan..?

    B) adakah terlupa rekod dlm mana mana buku Dan tertinggal rekod dlm mana mana buku membawa maksud yg sama?

    Terima kasih.cikgu

  109. Ricky,

    Urusniaga TELAH berlaku cuma… TERTINGGAL REKOD = TERLUPA REKOD.

    # Pembetulan Kesilapan —> TIDAK SAMA dengan Pelarasan.

  110. Apakh jenis kesilapan
    Membayar insurans 120 dengan tunai direkodkan dalam buku tunai di bahagian debit lajur tunai dan akaun insurans dibahagian kredit
    A k.terbalik
    B k.dlm imbangan duga
    C.k.saling mengimbangi
    D k.komisen

    Jwpn saya A

    Cg tlg semak jwpn saya

  111. Liya,

    Ya betul

  112. Cikgu Kenapa dalam soalan Perbetulan kesilapan

    Ada Maksud didebitkan
    Dan dikreditkan

    Soalan dia Bayaran Gaji RM 300 telah didebitkan ke dalam akaun sewa

    So Gaji (+) 300
    Sewa (-) 300

    Kalau Yngni cikgu

    Diskaun diberi 50 telah dikrediktkan ke da akaun diskaun diterima

    Yngni cikgu Kenapa konsep Dia Sama Mcm yng didebitkan

    Contoh jawapan
    Diskaun Diberi (+) 50
    Diskaun diterima (-) 50

    Kenapa dikrediktkan membawa Maksud yng samaa dengan didebitkan

  113. Azril,

    Didebitkan –> maksudnya dicatat disebelah debit dalam akaun tersebut.
    Begitu juga dengan dikreditkan.

    Yang penting kita tahu jenis2 kesilapan tersebut –> baru kita boleh tentukan catatan pembetulannya.. bukannya hanya merujuk kepada didebitkan @ dikreditkan

    Kes 1: bayar gaji 300 tetapi silap catat dalam Ak Sewa… (belanja dicatat sebelah Debit).. maka catatan pembetulannya..
    Dt Gaji 300 (+) –> wujudkan catatan sepatutnya
    Kt Sewa 300 (-) –> batalkan catatan Dt 300 –> Kt 300

  114. Assalammulaikum cikgu. Soalan : belian kredit tersilap rekod sebagai jualan kredit.
    Macam mna nk bt pembetulan dlm jurnal am?

  115. Aerina, waalaikumussalam.

    Kesilapan yang dinyatakan tidak jelas akaun2 yang silap… samaada salah satu akaun yg silap atau kedua2nya.
    # jika kedua2 silap.. maka 2 catatan perlu dibuat:
    1. Dt Jualan Kt ABT –> utk batalkan kesilapan.
    2. Dt Belian Kt ABB –> catatan yang sebetulnya.

    Sekiranya soalan tersebut menyatakan nama yang terlibat : contohnya… belian kredit RM10 daripada Syarikat A direkod sebagai jualan kredit:
    Dt Jualan 10
    Dt Belian 10
    Kt Syarikat A 20

  116. selamat sejahtera cikgu

    cikgu,inventori awal dan inventori akhir yang mana satu nak catat dalam imbangan duga ? (tingkatan 4 bab 9 pembetulan kesilapan)

    skema jawapan spm sebenar 2016 menunjukkan inventori akhir tetapi saya rujuk buku teks adalah inventori awal

    ???

  117. Siew ling,

    Dalam ID biasa –> Inventori Awal
    Tetapi jika terdapat item Untung Kasar @ Untung Bersih dalam ID tersebut maka –> Inventori Akhir

  118. terima kasih cikgu^^

  119. Cikgu,
    Soalan 6b SPM 2019. Inovois dikeluarkan kepada Saliza terkurang catat RM500. Perlu debit ABT atau Saliza?

  120. Fatimah,

    ABT @ ABT : Saliza @ Saliza –> ketiga2 boleh digunakan.

  121. Salam Sejahtera Cikgu,

    Diberi: Jualan barang niaga RM100 secara TUNAI telah dikreditkan ke dalam Akaun Jualan tetapi silap didebitkan ke dalam Akaun Perabot (ABS).

    Untuk pembetulan, memang kita perlu DEBIT Akaun Tunai (AS) RM100 dan KREDIT Akaun Perabot RM100.

    Kedua-dua akaun yang berkaitan merupakan Akaun Aset, tapi satu AS; satu ABS. Untuk jenis kesilapan itu ialah Kesilapan Komisen atau Kesilapan Prinsip ya?

    Minta bantuan Cikgu. Terima kasih.

  122. Lousi,

    Kedua2 dibawah pengkelasan akaun yang sama –> ASET ==> Kesilapan Komisen

  123. Ribuan terima kasih Cikgu..

  124. 1. Perniagaan Mei Yo memperoleh untung bersih berjumlah RM 91200 bagi tahun berakhir 30 April 2017. Selepas pengiraan untung bersih, kesilapan yang berikut ditemui oleh kerani akaun perniaggan .

    — Insurans prabayar RM 1100
    — Komisen diterima belum terperoleh RM 2500
    — Belanja membaiki premis bernilai RM 3500 direkodkan di dalam Akaun Premis

    Berapakah untung bersih selepas pembetulan kesilapan.
    A RM 86300
    B RM 89100
    C RM 93300
    D RM 92300

    Saya cari jawapannya b tetapi jawapan skema ialah a kenapa ya ??

  125. Emily,

    Jawapan A.
    91200+1100-2500-3500=86300

  126. Selamat sejahtera , cikgu

    Cikgu ,

    saya nak kenal pasti butiran “inventori awal” dan “inventori akhir mana satu yang perlu direkodkan dalam imbangan duga terselaras

    Terima kasih cikgu

  127. ling,

    Inventori awal.

  128. Salam Cikgu,

    Apakah jenis kesilapan dan pembetulan kesilapan (catatan bergu) yang perlu dibuat untuk kesilapan berikut?

    1. Inventori akhir terlebih nilai RM540.

    Apakah jenis kesilapan untuk kesilapan berikut?

    2. Angkutan masuk RM100 dicatatkan sebagai angkutan keluar.

    3. Faedah dibayar RM100 telah dikreditkan ke Akaun Faedah diterima dan Akaun Bank telah didebitkan.

    Terima kasih Cikgu.

  129. Joey,

    Hanya rujuk buku teks / nota Jenis2 Kesilapan.. akan dapat jawapannya.

  130. Salam Cikgu, berikut merupakan cara pembetulan kesilapan saya untuk kesilapan-kesilapan di bawah. Minta tunjuk ajar jika terdapat yang salah.

    1. Inventori akhir terlebih nilai RM540.
    Jenis kesilapan: Kesilapan Amaun
    Pembetulan: Debit Akaun Perdagangan RM540 ; Kredit Akaun Inventori RM540

    2. Angkutan masuk RM100 dicatatkan sebagai angkutan keluar.
    Jenis kesilapan: Kesilapan Komisen??
    Pembetulan: Debit Akaun Angkutan Masuk RM100 ; Kredit Akaun Angkutan Keluar RM100

    3. Faedah dibayar RM100 telah dikreditkan ke Akaun Faedah diterima dan Akaun Bank telah didebitkan.
    Jenis kesilapan: Kesilapan Prinsip?? Atau Kesilapan Prinsip dan Kesilapan Songsang??
    Pembetulan: Debit Akaun Faedah diterima RM100 ; Debit Faedah dibayar RM100 ; Kredit Akaun Bank RM200

    Terima kasih Cikgu.

  131. Joey,

    Ya.. betul.
    No 3.. berlaku kedua2 kesilapan tersebut serentak. Catatan pembetulan sudah betul.

  132. Cg apa maksud inventori tekurang nilai sebanyak rm500.

  133. Sara,

    Inventori akhir dikira pada akhir tempoh perakaunan.. katakan RM1000.

    Kemudian didapati terdapat inventori yang tertinggal kira sebanyak RM500.. maka perlu diperbetulkan nilai inventori akhir tersebut… 1000 + 500 = 1500

  134. hi cikgu, pulangan belian RM 48 direkodkan ke akaun pulangan jualan merupakan kesalahan prinsip betulkah ??

  135. Evan,

    Ya.. pengkelasan akaun yang berbeza..

  136. Assalammualaikum, Cikgu. Dari VI-X tu saya tak tahu nak buat macam mana?

    Boleh cikgu bagi penerangan sedikit tak? Terima kasih

  137. Nick , waalaikumussalam.

    1. Kenalpasti jenis kesilapan..
    2. Kenalpasti 2 akaun yang terlibat.
    3. Kenalpasti akaun yang sepatutnya & akaunbyang tersalah.
    4. Tentukan Dt @ Kt.. bsgi akaun yang sepatutnya.

    vi) beli ALAT TULIS (/) direkod sebagai BELIAN (X)
    –> ALAT TULIS –> Dt
    maka BELIAN –> Kt

    vii) lupa rekod –> rekod seperti biasa Dt SN.. Kt SNT

    viii) belanja peribadi –> AMBILAN (/).. rekod sbg BELANJA AM (X)
    –> AMBILAN –> Dt
    maka BELANJA AM –> Kt

    ix) sama viii… sewa peribadi –> AMBILAN (/)… SEWA DIBAYAR (X)

    x) Jual KOMPUTER (/)… rekod sng JUALAN (X)
    –> KOMPUTER –> Kt sebab DIJUAL
    maka JUALAN –> Dt

  138. Assalamualaikum cikgu, boleh saya tanya, apa akaun yang akan terlibat dalam soalan ni?

    “(i) Wang yang diterima untuk hutang lapuk pulih RM 360 telah digunakan untuk perbelanjaan peribadi pemilik. Perkara ini belum direkod dalam mana-mana buku.”

  139. Amir, waalaikumussalam.

    Dt Ambilan 360
    Kt Hutang Lapuk Terpulih 360

  140. Assalamualaikum cikgu,
    Maaf ganggu cikgu,
    Saya nak tanya, kenapa pulangan belian dt dan pulangan jualan tu kredit cikgu?

  141. Ammar, waalaikumussalam.

    Kedua2 akaun tersebut TERLEBIH NILAI… maka pembetulan kena KURANGKAN NILAI –> catat disebelah BERBEZA.

    PJ –> sifatnya DT utk BERTAMBAH. maka –> KT utk KURANG

    begitu juga dengan PB
    KT –> TAMBAH
    DT –> KURANG

  142. Oooo… Alhamdulillah cikgu..sya dah faham… terima kasih cikgu

  143. Cikgu?
    mengapa Pulangan jualan di catat dalam Pulangan belian dianggap sebagai kesilapan prinsip sedangkan kedua-dua kelas yg sama iaitu akaun kontra?

  144. Fatimah,

    Sebenarnya dalam Klasifikasi Akaun.. hanya ada 5 sahaja ALEHB.
    Pulangan Jualan –> Hasil (pengurangan)..
    begitu juga dengan pulangan belian.. SNT.. PHR & Ambilan.

  145. Cikgu,
    Mengapa pembayaran kepada salina(ABB) tersalah rekod dalam akaun Sabrina(ABT) dianggap sebagai kesilapan komisen sedangkan salina itu liabiliti dan sabrina itu aset seperti contoh dalam buku teks? Bukankah itu kesilapan prinsip sebab 2 kelas yg berbeza?

  146. Fatimah,

    Kita rujuk kepada asasnya:
    Klasifikasi akaun SAMA –> Kesilapan Komisen
    Klasifikasi akaun BERBEZA –> Kesilapan Prinsip

  147. Cikgu,
    Jadi ABB rekod dalam ABT sepatutnya kesilapan prinsip?

  148. Cikgu,
    Bolehkah saya rekod sebagai kesilapan prinsip jika Ali(ABT) tersalah rekod dalam Ahmad(ABB)? Terima kasih.

  149. Fatimah,

    Jika dinyatakan dengan jelas ABT & ABB… maka sudah jelas ianya kesilapan prinsip..
    tetapi jika soalan hanya dinyatakan NAMA sahaja… kita kelas sebagai kesilapan komisen.

  150. Cikgu,
    Diberi gaji blm byr termasuk sewa blm byr 400. Maksudnya dt akaun gaji blm byr, kt akaun gaji blm byr, betul tak, Cikgu?

  151. Fairus,

    Dt Gaji belum bayar 400
    Kt Sewa belum bayar 400

  152. Cikgu,
    Diberi untung kasar 19 348.
    Kesilapan:
    1) Jualan komputer terpakai 800 tersilap catat dlm Ak. Jualan.
    2) Pulangan belian 180 telah dicatat sebagai pulangan jualan.
    Kira untung kasar slps pembetulan dibuat.

    Maka, untung kasar terselaras
    = 19348 – 800 + 180
    = 18 728
    Adakah pengiraan saya betul, Cikgu?
    Kalau salah, mohonn dibetulkan.

  153. Cadangan Cg :
    1) Jualan – 500 –> UK – 500
    2) Pul Belian + 180 –> UK + 180
    Pul Jualan – 180 –> UK + 180
    UK = 19348 – 500 + 180 + 180

  154. assalamualaikum cikgu ,
    khamis ni , 10/11 saya ada trial akaun huhu .

    jadi saya nak tanya , cg ada tak tips nak skor kertas 1 ? latest exam paper 1 saya dapat 24/40 hmm

    kertas 2 pun nak tahu jugak tipss . tapi kertas 2 ni apa yg saya tgok dia kena paham format . cuma kertas 1 ni , haih susah betul nak skor .

  155. Waalaikumussalam.

    Kertas 1
    – banyakkan latih tubi.. sasarkan betul 30 keatas.
    Kertas 2
    – ingat format
    – ingat step2 menjawab
    – terus jawab sampai habis.. walaupun ada pelarasan yg silap / xfaham/ xbuat.

    Good Luck.

  156. terima kasih cikgu untuk tipsnya…
    saya cuba buat yg terbaik !
    cikgu doakan saya ya 🙂

  157. Assalamualaikum cikgu, kalau inventori akhir terkurang/terlebih rekod apa catatan dia ye ?

  158. Waalaikumussalam..
    Catatan bergunya melibatkan Ak INVENTORI dan Ak PERDAGANGAN… pelarasan dilakukan pada CATATAN PENUTUP.

  159. assalamualaikum cikgu ,
    banyak latihan cikgu saya bagi dari channel cikgu ..

    saya nak tanya ,
    cikgu ada tak target cg utk akaun spm 2022 ? macam tajuk yg cikgu rasa perlu pelajar spm bagi penekanan ? atau tajuk-tajuk yg cikgu pesan dekat anak murid cikgu utk tekankan ? kalau tak keberatan boleh cikgu berkongsi ? lama dh saya follow cikgu , harap saya dapat jadi hebat macam cikgu 🙂

  160. Waalaikumussalam..

    “Cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada… semakin banyak dikuasai semakin hampir kepada A+”.
    Jawab soalan2 trial sebanyak mungkin… tajuk2 dalam trial adalah tajuk popular untuk tahun ini..

  161. baik cikgu , terima kasih 🙂 doakan saya ya cikgu

  162. assalamualaikum cikgu , saya nak ucap terima kasih utk segala jasa cikgu kepada sayaa.. walaupun saya kenal cikgu hanyalah di online , tapi cikgu banyak bantu saya dalam akaun.. mohon cikgu doakan saya peroleh keputusan yg cemerlang dalam spm ya cikgu.. semoga cikgu sihat dan bahagia selalu.. terima kasih cikgu 🙂

  163. Waalaikumussalam..
    Aamiin.. terima kasih.
    Cg doakan semoga Aishah dimurahkan rezeki.. dan beroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.. serta dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang yang diminati.. sepertimana yang dihajati..

  164. Cikgu nak tanya jika diskaun diterima direkodkan sebagai diskaun diberi, apa kesilapannya ? Kesilapan Ketara atau tidak ketara ?

  165. Kesilapan ketara – catatan bergu Dt dan Kt silap… menyebabkan ID tidak semimbang.
    Diskaun diterima –} Hasil sepatutnya dicatat sebelah Kredit.. tapi telah direkod sebagai Diskaun diberi –} Belanja catat disebelah Debit… maka sudah tentu ID tidak seimbang.

  166. Hi cikgu, kalau tersilap rekod akaun angkutan keluar sebagai angkutan masuk. Kedua-dua pun belanja, maka ini kesilapan tidak ketara, kesilapan komisen?

  167. Jika silap dalam komponen yg sama iaitu sama BELANJA –> KESILAPAN KOMISEN

    Jika komponen berbeza Belanja & Aset –> KESILAPAN PRINSIP
    Cth.. Belanja baiki kederaaan direkod dalam Ak Kenderaan.

  168. cg bagaimana boleh menguasai topik pembetulan kesilapan ini?

  169. Dapat kenalpasti jenis kesilapan…. akaun apa yang silap & akaun apa yang sepatutnya… serta cara untuk membetulkan kesilapan tersebut.

    Banyakkan LATIHAN & BERTANYA guru @ rakan2..

  170. Assalamualaikum cg, kenapa untuk kesilapan tidak ketara songsang kite kene gandakan amaunnya ketika nak betulkan kesilapan ?

  171. Waalaikumussalam.

    Cth kesilapan.

    Ak Ambilan
    ….. kt 100

    sepatutnya …. baki Dt 100
    maka jika kita debitkan 100.. baki jadi sifar.

    Ak Ambilan
    dt 100… Kt 100

    jika kita ganda 2

    Ak Ambilan
    Dt 200… Kt 100

    maka bakinya akan jadi Dt 100.. seperti yg sepatutnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.