Buletin Perakaunan CNO

Buletin ini disediakan untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar bagi menambahkan pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan juga kerjaya di bidang Perakaunan. Ianya boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk meningkatkan lagi motivasi pelajar terhadap Prinsip Perakaunan.


KOLEKSI 2015
[DM]339[/DM][dm]340[/dm][dm]341[/dm]

KOLEKSI 2010

[dm]208[/dm] [dm]209[/dm]

KOLEKSI 2007

Bil 1 – Sebab-sebab Memilih Pekerjaan
Bil 2 – Perakaunan : Kurang Penglibatan Bumiputera
Bil 3 – Akauntan Teras Organisasi
Bil 4 – Pelajar Ambil Prinsip Perakaunan Dapat 2 Sijil
Bil 5 – Lepasan SPM Boleh Terus Ikuti ACCA, LCCI.
Bil 6 – Kualiti Akauntan Berjaya.
Bil 7 – Perakaunan
Bil 8 – Sejarah Awal Perakaunan
Bil 9 – Etika dan Profesionalisme
[dm]207[/dm]

  1. AKADEMI AUDIT NEGARA AKAN DINAIK TARAF

    NILAI 19 Feb. – Jabatan Audit Negara mengkaji menaik taraf institusi latihan, Akademi Audit Negara (AAN) dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan melahirkan lebih banyak tenaga mahir dalam bidang pengauditan.

    Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, setakat ini AAN hanya menawarkan kursus-kursus berkaitan pengauditan jangka pendek.

    “Kita akan memperkasakan akademi ini secara berperingkat-peringkat termasuk mengadakan kursus di peringkat diploma pada masa depan,” kata Ambrin kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu beliau menghadiri ceramah eksekutif bertajuk: Memperkasakan Integriti dan Pemerintahan Terbaik daripada Perspektif Ketua Audit Negara China, Li Jinhua.

    Menurut Ambrin, negara kita harus mencontohi China yang memiliki universiti khas untuk menawarkan pelbagai jurusan berkaitan pengauditan.

    “Ia menitikberatkan latihan profesional dalam bidang pengauditan iaitu sesuatu yang sedang kita usahakan.

    “Sejak ditubuhkan dua tahun lepas, AAN banyak membantu dalam meningkatkan modal insan Jabatan Audit kerana warga audit sekarang ini bukan saja bekerja di Jabatan Audit Negara tetapi turut dipinjamkan ke jabatan-jabatan lain,” kata beliau.

    Sumber : Bernama

  2. CEMERLANG 1A DAN 2A PRINSIP PERAKAUNAN DAPAT KEISTIMEWAAN

    PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT PENGECUALIAN CAT
    Wednesday 12/03/2008

    KUALA LUMPUR, 12 MAC – Kementerian Pelajaran Hari Ini Dengan Rasminya Mengumumkan Pelajar Yang Memperolehi Keputusan 1A And 2A Dalam Subjek Prinsip Akaun Dalam Peperiksaan SPM Baru-baru Ini Akan Mendapat Pengecualian Peperiksaan Bagi CAT (Certified Accounting Technician).

    CAT adalah program asas bagi kelayakan Profesional ACCA. Program ini merupakan langkah pertama untuk mendapatkan kelayakan profesional ACCA dan untuk menadi akauntan bertaraf dunia.

    Pelajar yang berjaya memperolehi keputusan 1A dan 2A in Prinsip Akaun akan mendapat pengecualian CAT untuk Kertas ‘Recording Financial Transactions’. Dengan pengecualian ini, pelajar SPM berpeluang untuk menamatkan pengajian CAT dan ACCA dengan lebih cepat memandangkan silibus SPM diiktiraf antarabangsa. Terdapat 9 subjek yang perlu dilengkapi bagi kelayakan CAT.

    Tahun lalu, ACCA telah menandatangani memorandum persefahaman dengan Kementerian Pelajaran sebagai usaha berterusan untuk menambah baik kurikulum dan piawaian terhadap sistem pelajaran negara.

    ACCA amat berbesar hati dapat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, terutamanya untuk memastikan silibus pendidikan negara adalah relevan dengan keperluan industri.

    Kerjasama seumpama ini dengan Kementerian Pelajaran adalah yang pertama bagi ACCA di dunia. Ini menunjukkan pengiktirafan antarabangsa bagi sistem pendidikan Malaysia daripada badan perakaunan antarabangsa.

    “Bagi ACCA, inisiatif untuk mengkaji semula silibus Prinsip Perakaunan SPM dan menjadikan standard antarabangsa sebagai pengukur, merupakan satu usaha yang bervisi jauh. Inisiatif seperti ini akan membuka peluang lebih ramai pelajar Malaysia untuk memilih perakaunan sebagai karier pilihan,” kata Teo Ee Seng, Ahli Jawatankuasa Majlis Penasihat ACCA Malaysia.

    “Standard peperiksaan CAT pada peringkat akhir sebenarnya sama taraf dengan peperiksaan Tahun Pertama untuk kursus Ijazah dari UK,” jelas Teo lagi.

    Nota kepada editor

    1. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan pertubuhan perakaunan profesional yang terbesar di dunia, dengan 115,00 orang ahli dan 296,000 pelajar di 170 buah negara.
    2. Kebanyakan pelajar di Malaysia mengikuti pengajian CAT selepas SPM. Selapas tamat pengajian CAT, pelajar mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau menyambung pengajian kelayakan professional ACCA untuk menjadi akauntan dan professional dalam bidang kewangan
    3. Kini terdapat lebih 6,000 pelajar sedang mengikuti pengajian ACCA di Malaysia. Malaysia menduduki tempat ke-2 di dunia dari segi jumlah pelajar teramai mengikuti pengajian CAT.

    DIKELUARKAN OLEH ACCA

    Untuk keterangan lanjut:

    Ainul Ibrahim
    Pengurus, Komunikasi Korporat
    +(603) 2713 5051ext: 17, 019-2869068
    ainul.ibrahim@my.accaglobal.com

    TARIKH SIARAN: 12 MAC 2008
    DISIARKAN OLEH, BERNAMA PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA

  3. MASB PERKENAL STANDARD PERAKAUNAN ISLAM BARU TAHUN DEPAN
    Thu, 4 Mar 2004

    KUALA LUMPUR 3 Mac – Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) akan memperkenalkan standard perakaunan Islam baru melibatkan skim Ijarah (sewa atau pajak) pada suku pertama tahun depan.

    Pengarah Teknikal MASB, Dr. Nordin Mohd Zain berkata, ketika ini kira-kira 60 peratus daripada standard perakaunan Ijarah itu telah disiapkan.

    Beliau berkata, MASB juga sedang merangka standard perakaunan melibatkan takaful, zakat dan murabahah yang akan memakan masa beberapa tahun sebelum dapat disiapkan.

    “Sebelum ini MASB telah pun mengeluarkan standard perakaunan pertamanya bagi institusi kewangan Islam (perbankan Islam) yang berkuat kuasa mulai bulan Januari 2003,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat melibatkan MASB dan Lembaga Piawaian Perakaunan Antarabangsa (IASB) di sini hari ini.

    Nordin menambah, MASB sedang bekerjasama rapat dengan beberapa lembaga perakaunan Asia Barat bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat dalam merangka standard perakaunan yang sedang diusahakannya.

    Sementara itu Pengerusi IASB, Sir David Tweedie berkata, tujuan pertemuan dengan MASB ialah untuk membincangkan cara-cara pelaporan perakaunan syarikat korporat di seluruh dunia dapat diseragamkan.

    Beliau berkata, Malaysia ketika ini manerima pakai lebih 95 peratus standard perakaunan IASB yang menjadikannya berada pada kedudukan antara paling teratas dalam senarai negara yang melaksanakan standard tersebut.

    “Kita mahu Malaysia menyumbang kepada pembentukan satu standard yang wajar menjadi amalan semua syarikat dunia,” katanya sambil menambah standard tersebut dijangka dapat direalisasikan.

  4. cg markah mnimum untuk dpt kn lcci berapa???
    ada kah markah akan turun???

  5. Ihsan,

    Sila rujuk DISINI.

  6. Cikgu, bolehkah saya tahu adakah LCCI sama taraf dengan diploma yang diperoleh dari STPM ataupun sijil STPM mempunyai taraf yang lebih tinggi dari LCCI?

  7. Wong,

    LCCI ada 3 level:
    Level 1 Certificate in Book-keeping
    Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts
    Level 3 Certificate in Accounting ………. (DIPLOMA LCCI)

    Pelajar2 yang layak mendapat sijil LCCI dalam SPM 2008, sekiranya berminat untuk menceburi bidang perakaunan sebagai kerjaya boleh terus menduduki menduduki Level 3 bagi memperolehi Diploma LCCI dalam masa yang singkat berbanding dengan pelajar yang tidak layak mendapat sijil LCCI.

  8. salam cikgu..sy ini bukan yer pelajar spm..sy berminat dalam bidang akaun nie.sy sudah mempunyai ubs accounting n payroll.sy berminat untuk mengambil LCCI sampai ke level 3..bagaimana sy ingin mengambil krusus ini..sy memang berminat..dan mempunyai cita2 seorg akauntan.sy berharap cikgu dpt memberi maklumat mengenai sijil LCCI di mana harus sy daftar.

  9. Nurasyikin,

    Tahniah Cg ucapkan kerana berusaha untuk meningkatkan potensi diri ke peringkat yang lebih tinggi demi untuk mencapai cita2 sebagai akauntan.

    Sebenarnya Cg sendiri kurang arif tentang ini, sekiranya inginkan maklumat tentang LCCI bolehlah layari laman LCCI di http://lcciasia.com/.

    Daripada pencarian Cg, Cg terjumpa dengan laman Institut Profesional Baitulmal (IPB) di alamat http://www.ipb.edu.my/ipb/ . Di mana IPB merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) serta menawarkan kursus-kursus profesional LCCIIQ, CAT (ACCA) dan Program Usahasama dengan UiTM. Cuba layari laman tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

    Itu saja yang dapat Cg bantu, semoga cita-cita anda tercapai, InsyaAllah.

  10. apa maksud chartered accauntant??
    perlukah sy mengambil course ini untk jd pensyarah akaun??

  11. cg, sya student akaun diploma. pensyarah sya ad memberitahu mengenai peperiksaan lcci(MYOB). pda pndgan sya, sya mgkin akan tmat tempoh tamat degree pda 2013. jd besar kmugknan xde lg progrm lcci. mgkin sudah di upgrade. ptutkah sya mngmbil xam itu?

  12. Ara,

    Pada pandangan Cg, buat masa ini teruskan dengan Degree dan dapatkan keputusan cemerlang. Cg tidak tahu sangat tentang peperiksaan LCCI (MYOB) yang dimaksudkan, jadi cuba dapatkan pandangan mengenainya daripada pensyarah anda adalah lebih baik.

  13. cg,
    nk tanya itu soalan gerak gempur PA SPM 2009 ialah kementerian sediakan atau cg sila?

  14. Teh,

    Soalan2 gerak gempur apa2 subjek pun tidak disediakan oleh kementerian. Ianya adalah inisiatif guru2 itu sendiri menyediakannya untuk kegunaan/persediaan anak didik masing2 dalam menghadapi SPM nanti. Terima kasih diucapkan kepada Cg Sila di atas kesudian beliau berkongsi bahan tersebut dengan rakan guru lain dan pelajar2 sekalian.

  15. SALAM….
    cikgu saya sedang mencari jawapan anchor 2009 dan 2010
    dimana boleh sy dapatkan jawapannye??
    trima kasih…

  16. salam….
    trima kasih kerana membantu…..
    sy bersekolah di negeri sembilan dan menduduki spm pada tahun ini.sy mendapat cikgu baru pada tahun ni
    kadang kala saya bermasalah untuk memahami ape yang di ajar olehnya kerana lain dr ckg akaun yang lain dan tekniknya agak susah skt
    alhamdulillah sy diberi peluang untuk mengenali laman ckg
    sy akan gunakan peluang ini sebaiknya doakan saya ye ckg….hehehe….
    tp ckg bile blajar kwn asyik bertanye dan sy xkisah tp mst sy yang plng last siap walaupon sy yang ajar diorng haru jugak kadang-kadang…..

  17. Salam,

    Setiap cikgu ada cara dan teknik pengajaran masing2, ada yang sama dan ada yang berbeza. Perbezaan juga berlaku disebabkan oleh pengalaman seseorang cikgu itu sendiri. Tapi itu semua adalah diluar kawalan kita. Apa yang penting sebagai pelajar yang inginkan kecemerlangan, mesti bijak mengatur langkah, berusaha bersungguh2, banyakkan latihan, bertanya dan terus bertanya sehingga kita memahami dan menguasai sesuatu topik yang dipelajari.

    Mengajar kawan2 yang lain, sangat2 membantu kita untuk lebih memahami apa yang telah dipelajari dan juga akan meningkatkan tahap keyakinan diri, maka teruskan. Siapkan latihan awal, jadikan diri kita sebagai contoh dan tempat merujuk kawan2 yang lain. Cg doakan anda akan berjaya, InsyaAllah.

  18. trima kasih ckg……

  19. marzuqi jaafar

    saya seorang pelajar lepasan spm..saya ingin pendapat dari ckgu,,antara diploma accountancy dengan CAT(Certified Accounting Technician ),yang mana lagi ok??

  20. Buat masa ini Cg berpendapat CAT lagi ok.

  21. marzuqi jaafar

    kenapa CAT lagi ok??boleh bagi penerangan x?saya tidak berapa paham tentang CAT

  22. Berikut adalah petikan daripada artikel sebelum ini.

    CAT adalah program asas bagi kelayakan Profesional ACCA. Program ini merupakan langkah pertama untuk mendapatkan kelayakan profesional ACCA dan untuk mejadi akauntan bertaraf dunia.

    The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan pertubuhan perakaunan profesional yang terbesar di dunia, dengan 115,00 orang ahli dan 296,000 pelajar di 170 buah negara.

    Kebanyakan pelajar di Malaysia mengikuti pengajian CAT selepas SPM. Selapas tamat pengajian CAT, pelajar mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau menyambung pengajian kelayakan professional ACCA untuk menjadi akauntan dan professional dalam bidang kewangan.

    Sebagai tambahan, boleh baca post BERIKUT (klik).

  23. muhamad hakim

    salam cikgu..
    nk tanya sikit…kalau kite dpat A dlam prinsip akaun..ap yg ckgu syorkan..ambil degree dlam akaun..lepas tu baru ambil ACCA..atau terus ambil ACCA tanpa perlu ambil degree?

    terima kasih

  24. Salam,
    Pada pandangan Cg, jika Hakim memang bertekad menceburi bidang perakaunan sebagai kerjaya, maka adalah lebih baik terus ambil ACCA. Tetapi jika masih samar2 atau mengharapkan peluang kerjaya dalam beberapa bidang yang lain, maka adalah dicadangkan ambil degree terlebih dahulu.

  25. salam..
    cikgu, sy slh seorg stdnt..
    sy nk tny ttg lbih mdlm ttg :
    1. arah masa depan FRS di malaysia skrg
    2. tentang kemunculan & pmbangunan islamic accounting std
    3.kesan islamic acc std thdp co.

    sy hrap cg dpt mbntu sy tahu dgn lebih mdlm lg psal ni..
    trima ksih..

  26. Nurul,
    Maaf, Cg kurang arif, sila rujuk kepada majalah/jurnal2 perakaunan semasa.

    Sedikit bahan yang Cg jumpa:
    1. Siaran Akhbar: BANK NEGARA
    2. Mas rugi RM695 juta, industri perkapalan bertahan hingga 18 bulan sahaja
    3. http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2006/cp03.pdf

  27. assalamualaikum,
    boleh tak cikgu Narzuki menjadi ahli panel untuk forum Karnival Perakaunan 2010 di Cybernetics International College of Technology(CICT). Tajuk forum ialah Perakaunan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang & Ketandusan Pelajar di CICT , Mengapa?

  28. Waalaikumussalam, En. Nasir.

    Terima kasih saya ucapkan di atas perlawaan tersebut. Sesungguhnya ianya merupakan satu penghargaan bagi diri saya.

    Walau bagaimanapun saya mohon maaf, kerana saya bukan orang yang selayaknya untuk menjadi ahli panel di forum tersebut.

  29. LCCI Diploma, ie lepas ambil 4 paper level 3 adalah sama dgn A-Level ?(STPM) jika tengok website LCCI. Betulke. LCCI Diploma ni dgn Dip Accounting kat UiTM mana lagi tinggi? ACCA-CAT vs LCCI Dip macammana pula?

    Saya nak ambil mana satu sebab saya ada SPM je tapi dah lama keja kat Akaun dept.

  30. Asalamualaikum cg,

    Saya nak tahu apakah langkah yg perlu saya ambil untuk mendapatkan Diploma LCCI Accounting sekiranya saya hanya berkelulusan SPM (Thn1990) pangkat 3 dgn kepujian BM sahaja. Adakah saya layak atau di iktiraf lulusan diploma accounting sekiranya saya berjaya mempunyai sijil LCCI level 1, level 2 dan level 3 tetapi SPM hanya pangkat 3….atau bolehkah sekiranya saya dapatkan terus sijil LCCI level 3 utk kelayakan diploma LCCI accounting….harap dapat bimbangan nasihat drpd cg utk masa depan kerjaya saya…..

  31. Waalaikumussalam,
    Pada pandangan Cg, Boleh daftarkan sahaja dengan mana2 IPT yang menawarkan program tersebut. Sekiranya lulus kesemua 3 level tersebut, maka sudah semestinya layak mendapat sijil diploma tersebut. Hanya pelajar SPM 2008, 2009 dan 2010 yang lulus mengikut gred LCCI pada slip keputusan sahaja yang layak mendapat pengecualian Level 1 dan Level 2. Semoga berjaya dalam mengejar cita-cita anda.

  32. Terima kasih atas informasi menarik

  33. saya pelajar spm tahun 2009 dan sy layak mndapat sijil LCCI. tp malangnya, ibubapa saya tidak mngizinkan saya mmbeli sijil tersebut.. sekarang sy mngambil stpm perakaunan kerana tidak mndapat tawaran ipta.
    jadi, soalan sy, adekah sy perlu mngambil peperiksaan awalan untuk mngambil sijil LCCI semula?

  34. Oleh kerana anda telah layak pada SPM yang lepas, itu bermaksud anda telah LULUS dan layak menerima SIJIL Pengiktirafan daripada LCCI. DIsebabkan anda tidak memohon dengan bayaran RM25 bagi memproses pengeluaran sijil tersebut, maka anda sudah TERLEPAS PELUANG untuk mendapatkannya semula. Walau bagaimanapun anda masih boleh menggunakan SLIP KEPUTUSAN SPM sebagai bukti anda telah LULUS dan mendapat pengiktirafan LCCI. Pada pandangan Cg, Slip tersebut masih laku bagi melayakkan anda mendapat pengecualian Level 1 dan Level 2. Walau bagaimanapun kena rujuk kepada IPT tempat anda memohon nanti.

  35. Saya merupakan graduan Diploma Akauntansi dengan CGPA 3.5 keatas daripada Politeknik. Kini saya merupakan penjawat awam sebagai Pembantu Akauntan. Saya berhasrat ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana bercita-cita untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah & Profesional. Pada pandangan pihak tuan, apakah langkah yg terbaik untuk saya menyambung pengajian sama ada mengambil CAT ACCA atau menyambung ke peringkat Degree Accounting?Jika ACCA, apakah syarat & kelayakan yang perlu ada?

  36. salam cg,
    saya nak tanya berapa lamakah keputusan lcci level 1 akan dikeluarkan selepas menduduki peperiksaan? saya telah mengambil peperiksaan lcci level 1 pada nov 2011, tapi sehingga hari ni saya masih tidak mendapat keputusan bagi peperiksaan tersebut..

  37. Jamil,

    Maaf, Cg tidak dapat jawab persoalan tersebut, kena rujuk pihak LCCI. Cuba kemukakan persoalan tersebut DISINI (klik)

  38. SITI AISAH KE-7 TERBAIK DUNIA

    SHAH ALAM 8 Nov. – Siti Aisah Kamarulzaman, 21, bukan sahaja menjadi kebanggaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila menjadi graduan Terbaik Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Malaysia tahun ini tetapi juga mencatat sejarah sebagai yang ketujuh terbaik di dunia.

    Kejayaan gadis itu meneruskan kejayaan abangnya, Khalid, 22, yang juga merupakan pelajar Terbaik ACCA Malaysia 2012.

    Sebanyak 724 orang mengambil peperiksaan itu di negara ini Jun lalu dan 6,000 orang menduduki peperiksaan yang sama di seluruh dunia.

    Siti Aisah berkata, resipi kejayaan beliau ialah belajar dengan tekun seperti yang sering dinasihatkan oleh bapanya, Kamarulzaman Udin dan ibunya, Sa’adah Rahmad.

    ”Ayah saya dahulu adalah peniaga pasar malam dan ibu pula seorang guru, saya diajar untuk belajar dengan tekun supaya berjaya dalam pelajaran,” katanya kepada pemberita dalam majlis meraikan pencapaian beliau yang menerima anugerah Graduan Terbaik ACCA Malaysia oleh Fakulti Perakaunan UiTM di Dewan Canseleri di sini hari ini.

    Potensi yang ada pada pelajar tersebut turut menarik perhatian firma perakaunan yang kelima terbesar dunia, Binder Dijker Otte (BDO) dari Amerika Syarikat (AS) yang juga menawarkan biasiswa kepadanya.

    Menurut Siti Aisah, beliau juga ditawarkan pekerjaan sebagai Audit Associate di firma perakaunan tersebut di cawangannya di negara ini.

    Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kejayaan Siti Aisah bukan sahaja menjadi kebanggaan UiTM malah rakyat negara ini.

    ”Siti Aisah juga telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang semasa menduduki peperiksaan profesional Certified Accounting Technician (CAT) pada Jun 2011.

    ”Beliau juga merupakan pelajar yang aktif dan banyak melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan, contohnya, ‘Deloitte Tax Challenge (Merit Award 2012) dan ‘CIMA Global Business Challenge’,” katanya.

    Kata beliau, dalam usia masih muda, Siti Aisah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan profesional di Fakulti Perakaunan UiTM, satu-satunya institut pengajian tinggi awam yang mendapat status Platinum daripada ACCA.

    ”Kita semua harus berbangga dengan kejayaan cemerlang sebagai graduan terbaik yang dicapai oleh Siti Aisah,” katanya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131109/dn_08/Siti-Aisah-ke-7-terbaik-dunia#ixzz2k8zZLBGR
    © Utusan Melayu (M) Bhd

  39. sy lepasan spm 2013 yg sedang menunggu result.. sy nak tanya untuk sy menyambung pelajaran selepas ini adakah matrikulasi atau CAT yg lebih baik ? dan jika saya mengambil CAT dan ACCA adakah peluang pekerjaan terbuka luas untuk sy ?

  40. saya pljr CAT.
    sekarang ni saya keliru sama ada nak ambik degree dulu atau acca. ada sesetengah pensyarah saya suruh ambik degree dulu so ape pandang cg plk?

  41. Nurul,

    Pandangan Cg pun sama, Degree merupakan sijil akademik… dan peluang kerjayanya lebih terbuka luas.. di sektor kerajaan, swasta, …. sebagai akauntan, juru audit dan lain2 termasuk jadi pensyarah. Manakala Acca merupakan sijil profesional yang lebih menjurus kepada bidang perakaunan di sektor swasta.

    Cadangan Cg, ambil degree terlebih dahulu, kemudian baru ambil Acca.

  42. Assalamaualaikum, saya pelajar lepasan spm 2013 dan dh ambik result, saya berminat untuk sambung program CAT di Uitm tapi saya dpat B+ dalam English.. jadi adakah saya layak untuk memohon program CAT ini? Adakah ada universiti lain yang menawarkan program foundation untuk perakaunan? Mohon penjelasan..

  43. Fikri, waalaikumussalam,

    Cg cadangkan buat semakan syarat kelayakan DISINI. (kilk)

  44. Assalamualaikum cikgu. saya bru dpt result spm brubru ni, alhamdulillah dpt account A & sebab tu nak amik course account masuk u nnti.

    saya nak apply mara dan kena pilih kod program. saya cari yg ada perakaunan & kalau boleh sya nak uitm, syarat pun cukup. saya tgk di uitm ada pengajian CAT, ACCA, CBA, CIMA. saya tak faham sbnrnya apa maksud semua tu, boleh cikgu terangkan? tq in advance.

  45. ASSALAMUAALAIKUM CG…SAYA MASIH DALAM DILEMA .SAYA HARAP CG DAPAT BANTU SAYA YG BGITU BUNTU NI,SAYA DAPAT MATRIK AMIK AKAUN..NK DAFTAR BLN 5 NI. SAYA DA APPLY KAT INS.PRO BAITULMAL.DIA OFER CAT .SAYA XTAU NK PLIH YG MN,ADA YG SRUH MTRIK.BL SAYA CRI INFO CAT NI OK JUGAK .CUMA BYARN DIA MAHAL BG KMI YG X BRPA MMPU NI.WALAUPUN.GAJI AYAH SYA 200LBH TP BLA TOLAK MCM2 DH TGGL XBYK NK TGGUNG KOS HDUP KT SANA. SYA DPHAMKN KMI XLYAK TOK BNTUAN.CENA NI CG.AP YG PATUT SYA PLIH?

  46. Sya, waalaikumussalam.

    Setahu saya IPB ada menawarkan biasiswa kepada pelajar manghadapi masalah kewangan… sila hubungi IPB dapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut…. kemudian baru buat keputusan.

  47. PM UMUM LANGKAH TAMBAH BILANGAN AKAUNTAN PROFESIONAL BUMIPUTRA

    Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil ketetapan untuk mewujudkan Pusat Profesional Perakaunan di UiTM bagi menambah bilangan akauntan profesional dikalangan bumiputera.

    Sasarannya ialah meningkatkan jumlah akauntan profesional bumiputera sebanyak 25 peratus menjelang tahun 2020 berbanding hanya lapan peratus atau 1,554 orang ketika ini.

    Ketika ini lulusan bumiputera dalam bidang akauntan ramai iaitu 7,663 atau 64% tetapi jumlah yang memperoleh kelayakan profesional masih rendah.

    Najib berkata MEB memandang secara prihatin berkenaan jumlah golongan profesional di dalam bidang ini yang dianggap mempunyai peratusan yang kecil.

    ‘Berdasarkan rekod, hanya 8% (1,554) daripada 11,660 jumlah keseluruhan lulusan universiti bidang perakaunan boleh dianggap sebagai golongan profesional di dalam profesion berkenaan.

    “Justeru majlis mengambil beberapa ketetapan hari ini, antaranya ialah mewujudkan sebuah pusat ataupun Pusat Proffesional Perakaunan yang akan ditempatkan di UiTM.

    Pusat ini akan menawarkan empat bidang profesional perakaunan iaitu ICAEW, ACCA, CIMA dan MICPA,” katanya di dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan di Parlimen, Rabu.

    Menurut Najib melalui program ini kerajaan akan membantu agar jurusan profesional ini dapat diperkenalkan kepada pelajar-pelajar dan dengan ini jumlah bilangan profesional bumiputera perakaunan akan dapat dilonjakkan.

    “Sebagai sasaran kita andaikan untuk mencapai sasaran dari 8% pada masa ini kepada 25% menjelang tahun 2020,”

    Turut hadir pada mesyuarat ini ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

    Najib juga mengumumkan bahawa majlis akan melihat cadangan untuk meminda Akta Akautan 1967 bagi tujuan untuk memberi galakan kepada golongan bumiputera untuk mendapat kelulusan dalam bidang profesional.

    “Kita akan mengkaji anamoli yang wujud sekarang ini dimana dalam kerajaan mereka yang dapat kelulusan perakaunan peringkat ijazah mendapat gaji yang lebih daripada profesional akauntan.

    “Ini tidak memberi insentif kepada mereka untuk memperolehi ijazah profesional dalam bidang perakaunan,” katanya.

    Kata beliau ketiga-tiga langkah ini dijangka akan dapat membetulkan keadaan dan beliau yakin bahawa jumlah perbezaan ini dapat diperbetulkan dalam jangka waktu tertentu.

    Sumber : http://www.agendadaily.com/berita-utama/nasional/11933-pm-umum-langkah-tambah-bilangan-akauntan-profesional-bumiputra.html

  48. INISIATIF TINGKAT AKAUNTAN BUMIPUTRA DILAKSANA

    KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan sebuah pusat perakaunan profesional di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi meningkatkan bilangan akauntan profesional Bumiputera, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

    Beliau berkata pusat ini akan menawarkan empat bidang profesional perakaunan iaitu Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW), Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA), Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

    “Melalui program ini, kita menyasarkan untuk melonjakkan jumlah Bumiputera yang memegang pensijilan perakauan profesional daripada hanya lapan peratus atau 1,554 Bumiputera pada masa ini kepada 25 peratus menjelang tahun 2020,” katanya.

    Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ekonomi Bumiputera (MEB) bil. 6/2014 di Bangunan Parlimen, di sini.

    Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Najib berkata jumlah pelajar Bumiputera yang lulus bidang perakaunan di peringkat universiti adalah 64 peratus atau 7,363 orang daripada 11,660 pelajar di seluruh negara.

    Beliau juga berkata mesyuarat itu juga melihat cadangan untuk meminda Akta Akauntan 1967 untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera untuk mendapat kelulusan dalam bidang profesional perakaunan.

    “Kita juga berbincang untuk mengkaji anomali yang wujud sekarang ini. Dalam kerajaan, mereka yang mempunyai ijazah kelulusan perakaunan mendapat gaji yang lebih daripada akauntan yang berkelayakan profesional.

    “Oleh itu, ini tidak memberi insentif kepada mereka (yang berkelulusan ijazah) untuk mengambil persijilan perakaunan profesional yang ditawarkan,” katanya.

    Najib berharap langkah-langkah ini dapat memperbetulkan keadaan ini dan yakin jumlah akauntan profesional Bumiputera dapat ditingkatkan dalam jangka waktu tertentu. – Bernama

    Sumber : http://www.sinarharian.com.my/inisiatif-tingkat-akauntan-bumiputera-dilaksana-1.291274

  49. Pelan induk MIA penjajahan baru?
    Oleh PROF. DR. KAMIL MD. IDRIS

    USAHA kerajaan untuk meramaikan bumiputera dalam bidang profesional perakaunan sangat disanjung tinggi. Namun usaha ini cuba dikeruhkan dan dijadikan lebih rumit oleh sesetengah pihak termasuk Institut Akauntan Malaysia (MIA) sendiri yang merupakan badan pengawal akauntan bertauliah di Malaysia.

    Sebagai contoh MIA telah mengambil tindakan yang tidak wajar apabila cuba menggubal Akta Akauntan 1967 supaya Sarjana Muda Perakaunan di universiti-universiti tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan MIA, diturunkan martabat ke kategori kelas dua seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Pendidikan MIA (MEB).

    Serentak dengan itu, warga pendidik universiti bersama-sama akauntan bertauliah Melayu telah mengambil inisiatif bagi menyediakan rasional mengapa tindakan MIA tidak wajar dilakukan. Sudahlah bilangan akauntan Melayu sedikit berbanding kaum lain, tindakan ini jika dibiarkan dikhuatiri akan menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk menambah bilangan akauntan bertauliah bumiputera.

    Justeru, mesyuarat Majlis Dekan-Dekan dan Ketua-ketua Jabatan Perakaunan (MDKJBP) yang melibatkan semua universiti tempatan bersama dengan Persatuan Firma-firma Akauntan Bertauliah Melayu (AMCAF) yang diadakan pada 26 Jun lepas sebulat suara membuat keputusan untuk menolak semua kandungan yang terdapat dalam MEB. Penolakan ini dibuat atas beberapa asas.

    Pertama, MEB bersikap prejudis atau menghina kelayakan universiti tempatan sedangkan program perakaunan universiti tempatan dikawal dan diberi akreditasi oleh badan bebas seperti JPA, MQA dan MIA sendiri.

    Kedua, alasan yang diberikan dalam MEB tidak langsung disokong oleh fakta malah ia lebih berunsur imaginasi yang berpandukan sikap negatif atau cemburu terhadap graduan tempatan. Perkara ini wajar dilihat secara serius.

    Ketiga, kualiti pendidikan perakaunan di universiti tempatan menuruti dengan ketat kesemua piawai pendidikan antarabangsa yang dikeluarkan oleh International Federation of Accountant Committee (IFAC) melalui International Education Standard (IES).

    Justeru, penurunan ijazah tempatan adalah tidak wajar dan dilihat sebagai cadangan untuk mundur ke belakang. Anehnya kelayakan ikhtisas daripada badan-badan profesional yang tidak pernah melalui proses akreditasi oleh badan akreditasi bebas seperti MQA diiktiraf dan diagungkan pula oleh MIA.

    Keempat, selepas lebih 40 tahun MIA ditubuhkan dan bagi tujuan maju ke hadapan seharusnya MIA sudah memperkenalkan sesuatu yang beridentiti Malaysia.

    Kelima, MIA seharusnya memberi peluang kepada projek program ciptaannya sendiri iaitu ‘MIACare’. Program ini baru berusia dua tahun dan belum pun diketahui keberkesanannya tetapi MIA telah terburu-buru memperkenalkan perkara baru. Ini jelas menunjukkan bahawa MIA tidak profesional dalam membuat keputusan.

    Keenam, meskipun MEB mengutamakan kelayakan daripada badan ikhtisas namun terdapat ramai graduan yang mempunyai kelayakan profesional tidak menjadi pengamal akauntan bertauliah dan tidak juga menjadi ahli MIA. Ini bermakna menjadi ahli MIA bukan suatu keperluan untuk bekerja sebagai akauntan dalam industri.

    Ketujuh, MIA seharusnya mencontohi bidang profesional lain seperti guaman dan doktor perubatan. Dengan cara ini ia lebih inovatif dan kreatif dalam sektor perakaunan. Lantas ia tidak membiarkan diri dan pemikirannya sentiasa dijajah.

    Kelapan, apa yang lebih menghairankan ialah cadangan MEB yang dibuat oleh MIA tidak pernah dibentangkan kepada MDKJBP. Selain itu, kertas cadangan MEB tidak mendapat restu atau diluluskan oleh Majlis MIA. Persoalannya, bagaimana perkara ini boleh terjadi?

    Kesembilan, dalam usaha kerajaan menggembleng sumber agar rakyat Malaysia ‘Buy Malaysian’ mengapa MIA masih menggalakkan dan mengagungkan kelayakan badan luar. Perkara ini amat mendukacitakan sekali.

    Akhir sekali, Pelan Induk Pendidikan MIA (MEB) membuat unjuran bahawa bilangan akauntan bumiputera bertauliah dijangka meningkat daripada 1,500 kepada 7,000 orang setelah pelan induk ini diterima pakai iaitu peningkatan sebanyak 1,100 akauntan bumiputera dalam masa lima tahun. Dengan ini peratusan akauntan bumiputera bertauliah akan turut meningkat dari 8.4% sekarang kepada 20%.

    Peliknya, tidak pula dijelaskan bagaimana unjuran itu diperoleh. Pemerhatian ini sebenarnya tidak bersifat akademik mahupun profesional.

    Sebaliknya jika diteruskan hasrat pelan induk ini, sangat dibimbangi bilangan akauntan bumiputera profesional akan terus ketinggalan dengan kadar yang jauh lebih teruk.

    Sehubungan itu, menjadi harapan semua warga akademik dalam bidang perakaunan, firma dan akauntan-akauntan bertauliah Melayu agar kerajaan berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan mainan sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan daripada usaha transformasi negara.

    Kerajaan harus mengkaji implikasi besar jika MEB diterima pakai dalam negara pada masa akan datang. Harap-harap nasi tidak menjadi bubur.

    PENULIS ialah Profesor dan Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Pengerusi Majlis Dekan-Dekan dan Ketua-Ketua Jabatan Perakaunan (MDKJBP)Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140703/re_01/Pelan-induk-MIA-penjajahan-baru?#ixzz36YtoHnhV © Utusan Melayu (M) Bhd 

  50. salam cg narzuki, boleh x cg narzuki beri pendapat antara diploma perakaunan dgn CAT..yang mana ok? dan bagaimana dgn senarai pembelajarannya, ada perbezaan x? :)

  51. Adi,

    Cg cadangkan layari Laman Pendidikan (klik)

  52. Assalamualaikum, cikgu.. Saya skrang blajar di uia ambil kos asasi ekonomi n saya brniat nk smbung plajaran dalam bidang perakaunan n saya juga nk buat acca.. Sbb saya bercita-cita nk jadi seorang akauntan bertauliah.. Apa pendapat cikgu? Patut x saya teruskn dngn degree kt cni atau nk buat acca terus?

  53. Syikin, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, teruskan dengan degree terlebih dahulu… kemudian baru sambung ACCA.

  54. salam sejahtera cg. sya sngt2 mngharapkan bantuan dan sya tahu cg. lah org yg sesuai mmbntu sya
    1.mnakah lebih baik lcci atau cat?sya brminat meneruskan pngajian dlm bidang lcci tp sya inginkan kpastian…
    2.Jika tmat dlm pgjian diploma lcci level 3 atau CAT,bolehkah sya mneruskan pngjian dlm degree akaun di mna2 universiti?
    …thanks in advance 😀

  55. Diane Mic,

    1. Cg cadangkan rujuk DISINI (klik) berkaitan pilih LCCI atau CAT ?
    2. Sijil LCCI atau CAT merupakan sijil profesional (bukan sijil akademik)…setahu Cg tiada lagi IPT yang menerima sijil tersebut untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda..

  56. Pihak berkepentingan didakwa cuba pinda Akta Akauntan 1967
    Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
    rodelio.taucan@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 10 Sept. – Hasrat kerajaan menghasilkan lebih ramai golongan profesional Melayu dan bumiputera dalam bidang perakaunan dikhuatiri terjejas disebabkan tindakan Institut Akauntan Malaysia (MIA) yang dikatakan cuba meminda Akta Akauntan 1967.

    Pindaan itu akan menyebabkan taraf Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lebih rendah berbanding yang ditawarkan badan profesional di luar negara.

    Pengerusi Majlis Dekan-Dekan dan Ketua Jabatan Perakaunan Universiti Tempatan, Profesor Dr. Kamil Md. Idris mendakwa, usaha tersebut turut merendahkan martabat universiti tempatan yang selama ini mematuhi dengan ketat setiap peraturan dikeluarkan Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC) dan Standard Pendidikan Antarabangsa (IES).

    Dakwa beliau, penyediaan pelan tindakan khas atau ‘blue print’ bagi meminda akta tersebut bermula selepas badan-badan profesional termasuk dari luar negara yang menjadi anggota MIA dan berorientasikan keuntungan mungkin terjejas akibat ramai pelajar memilih untuk masuk IPTA kerana yurannya yang murah.

    Beliau mendakwa, beberapa Ahli Lembaga Pengarah MIA yang berlatar belakangkan kelulusan badan profesional berkenaan telah mengabaikan pandangan daripada wakil IPTA yang mempunyai hak bersuara dalam setiap dasar berhubung pendidikan perakaunan negara.“Organisasi profesional perakaunan ini rata-rata berteraskan perniagaan.

    Maksudnya, sesiapa yang mengambil peperiksaan dengan mereka dikenakan yuran yang tinggi dan perlu dibayar mengikut nilai mata wang pound sterling atau kira-kira RM30,000 hingga RM40,000 untuk menduduki peperiksaan mereka bergantung kepada tahap masing-masing.“Sedangkan di IPTA, bayaran tahunan kursus perakaunan cuma di antara RM2,000 ke RM3,000 selepas menerima subsidi sehingga RM16,000.

    “Maksudnya, ada kemungkinan ini satu strategi perniagaan dengan menggunakan keahlian dalam MIA untuk membantu organisasi profesional.

    Amat menyedihkan apabila Jawatankuasa Pendidikan dalam MIA yang sepatutnya ada lima wakil IPTA telah dikeluarkan ketika mereka menghasilkan pelan tindakan khas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Kamil yang juga Dekan Pusat Pengajian Perakaunan Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, sekiranya usaha MIA itu berjaya, taraf kelulusan siswazah akauntan IPTA berada di kelas kedua dan sesiapa yang masih berhajat untuk menjadi akauntan bertauliah terpaksa mengambil peperiksaan dengan badan-badan profesional berkenaan dengan membayar kos yang terlalu tinggi.

    Tegasnya, siswazah IPTA yang paling terkesan dengan penggubalan akta itu adalah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menjadi gedung melahirkan akauntan bertauliah dengan jumlah graduan perakaunan sebanyak 1,600 hingga 1,800 orang pada setiap tahun.

    “Akta itu adalah kawalan untuk menjadi akauntan bertauliah mesti menjadi ahli MIA.

    Untuk menjadi ahli kena lulus dengan universiti tempatan atau badan profesional seperti termaktub dalam jadual dalam Akta Akauntan 1967 iaitu senarai universiti dan organisasi yang mendapat pengiktirafan.

    “Apa yang berlaku sekarang mereka tidak mahu lagi menggunakan jadual itu dan guna syarat baharu.

    Maksudnya disebabkan taraf kelayakan di IPTA menjadi rendah, graduan kita terpaksa menempuh dua fasa peperiksaan yang selama ini tidak ada yang turut bererti IPTA seolah-olah tidak ada guna langsung,” tegasnya.

    Tambah Kamil, meskipun pindaan akta berkenaan belum berjaya, namun pihak-pihak berkepentingan telah mencadangkannya kepada menteri berkaitan sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Kita juga tidak menghalang sebarang usaha Kementerian Pendidikan tetapi apa yang kerajaan tidak tahu adalah proses itu dibuat secara halus dengan menurunkan taraf ijazah kita,” jelasnya.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140911/dn_08/Pihak-berkepentingan-didakwa-cuba-pinda-Akta-Akauntan-1967#ixzz3D6ggGusi© Utusan Melayu (M) Bhd

  57. Assalamualaikum cikgu.. saya nak tanya, saya kurang mengenai Certificate in bussiness accounting(CBA).. boleh cikgu terangkan?

  58. Anis, waalaikumussalam.

    Sila dapatkan maklumat DISINI (klik)

  59. Salam,,sya nk tnya
    Adakah saya boleh mohon untuk ambil ijazah dlm perakaunan klu muet band 2.

  60. Atikah,

    Sila rujuk syarat kelayakan yang ditetapkan oleh IPT pilihan anda.

  61. assalamualaikum cg.
    saya berminat dengan bidang perakaunan tetapi saya tidak ada asas perakaunan.saya merupakan pelajar lepasan ijazah dalam perbankan islam dan diploma dalam business.oleh itu,saya mahu meminta pendapat cg,adakah saya sesuai ambil lcci,cat atau acca memandangkan saya mahu sambung belajar secara part time?terima kasih cg.

  62. Nurul, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Memandangkan sudah memilik Ijazah, maka ACCA adalah pilihan yang lebih sesuai. Walaupun tiada asas perakaunan tetapi dengan MINAT dan KESUNGGUHAN, InsyaAllah Nurul boleh mengikutinya.

  63. Terima kasih cg. semoga Allah dpt membalas jasa cg.

  64. Assalam Cgu.

    Saya nak minta pendapat cgu. Antara Finance dan Account yg mana lebih baik sy sambung utk degree. dan adakah degree account yg dah graduate sngat ramai?

    selain itu berkaitan artikel di atas yg mengatakan taraf pelajar account IPTA lebih rendah dri student luar negara, adakah masih bagus sy sambung account?

    akhir sekali minta pendapat tentang sambung degree perakaunan di uum ka upm yg lebih baik?

    terima kasih cgu.

  65. Syakir, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Peluang kerjaya akaun lebih meluas berbanding finance, manakala bilangan akauntan bumiputra masih berkurang dalam negara kita.
    Antara UUM dan UPM, masing2 ada kelebihan masing2.

  66. assalamualikum cikgu..saya nak tanya.. saya dapt dgree in accountncy di Management Science University.. antara dgree in accoutnncy dgn CAT mana satu jalan yg patut sy pilih..

  67. Wani, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg, CAT sama level diploma, cuma ianya sijil profesional, kemudian kena sambung ACCA.
    Saya cadangkan ambil Degree in accounting dahulu, kemudian jika ingin tingkatkan lagi peluang kerjaya, baru ambil pula ACCA.. sekiranya gagal dalam ACCA sekalipun, degree sudah ada ditangan untuk mencari peluang kerjaya.

  68. assalamualaikum ckgu sya nak tanya psal bidang akauntan ni… misal kata saya nak ambil CAT ni saya perlu ada kelulusan matematik tambahan ka?

  69. Sabrina, waalaikumussalam.

    Sila rujuk syarat kelayakan yang ditetapkan oleh IPT atau institusi yang menawarkan program tersebut.
    Kalau tak silap Cg.. tidak perlu.

  70. ok ckgu trima kasih :)

  71. Yayasan Peneraju bangunkan 3,500 akauntan Bumiputera menjelang 2020

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan program perakaunan kendalian Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, yang kini dibuka untuk pendaftaran.

    Program berkenaan bertujuan membangunkan kira-kira 3,500 akauntan bertauliah Bumiputera menjelang 2020, kata Yayasan Peneraju dalam satu kenyataan di sini.

    Najib yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju berkata Gelombang 2 Program Yayasan Peneraju yang dibuka bermula tahun ini hingga 2017, akan memberi fokus terhadap program pensijilan asas termasuk Certified Accounting Technician (CAT), Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

    Program itu menyasar 16,000 golongan Bumiputera akan menerima manfaat daripadanya.

    “Yayasan Peneraju diberi mandat untuk meningkatkan kuantiti akauntan profesional Bumiputera selaras dengan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera.

    “Keperluan untuk melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah sememangnya penting bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    “Pada tahun ini saja, Yayasan Peneraju sudah membuka pendaftaran kepada 600 Bumiputera yang bakal menikmati pelbagai peluang latihan,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

    Antara program yang ditawarkan Yayasan Peneraju ialah Program Peneraju Profesional Akauntan Muda, Program Peneraju Profesional Akauntan Sarjana Muda, Program Peneraju Profesional Akauntan Siswazah dan Program Peneraju Profesional Akauntan.

    Yayasan Peneraju juga memperluaskan tawaran program perakaunannya bagi pelbagai golongan termasuk untuk lepasan SPM, lepasan asasi, pemegang sijil asas perakaunan, lepasan matrikulasi, lepasan diploma, pelajar tahun ketiga ijazah sarjana muda dan juga lepasan ijazah sarjana muda.

    “Saya ingin menyeru golongan Bumiputera supaya jangan lepaskan peluang untuk menceburi kerjaya sebagai akauntan bertauliah kerana kerjaya ini mempunyai nilai pasaran tinggi yang mampu menjana pendapatan yang lumayan,” kata Najib dalam kenyataan itu.

    Gelombang pertama program itu berakhir 31 Disember 2014 (dari tahun 2012) yang sudah memberi manfaat kepada lebih 4,000 Bumiputera membabitkan 51 program, 28 pengkhususan kerjaya serta 10 industri merangkumi perbelanjaan sejumlah RM71.2 juta.
    Sumber : BERNAMA

  72. salam.cgu sya sanggat2 memerlukan pendapat cgu.sya lepasan LCCI dari ipb dah telahpn dapat dip.lcci level 2 bookeping n account.bg pendapat cgu apa yg ptt sya lakukan sekarang?perlu ka sy ambik CAT untk smbung ke ACCA?

  73. Miesz,

    Pada pandangan Cg, lengkapan Sijil LCCI dengan mengambil level 3 terlebih dahulu, kemudian terus ambil ACCA.

  74. Salam cikgu.Macam mana perjalanan seorang pelajar A level nak buat ACCA local? What’s the next step?Harap dapat membantu.

  75. Dhia Erica,

    Sila rujuk laman2 IPT yang manawarkan program tersebut, seperti UiTM dll.

  76. assalam cikgu ,

    saya seorang pelajar jarak jauh .. mohon pencerahan cikgu tentang LCCI dan Degree in Accountancy .. yang mane lebih baik untuk pasaran pekerjaan ?

  77. assalam ckgu,
    saya lepasan spm 2014, saya bercadang nk masok matrik n pastu buat degree. selepas degree buat ACCA. perlu ke saya ambil CAT? apa pendapat cikgu tentang flow saya. so sy anggarkan 7 tahun br habis.

  78. Izzi, waalaikumussalam.

    Satu perancangan laluan kerjaya yang baik…. cuma CAT sudah tidak perlu lagi apabila sudah memiliki ACCA.

  79. Terima kasih cikgu kongsi maklumat. Sy keliru bila org nk masok fast track.. Alhamdulilah sy dpt A+ tp cuma x yakin dgn flow sy. Terima kasih

  80. Cgu, saya nak tnya kalau saya ambil degree perakaunan , apa je bidang pekerjaan yg ada ? Luas tak ? Saya nak tnya tntng big 4 . Apa tuUuu ? Bole tolong jlaskn?

  81. Nuruliazzany,

    Kerjaya bidang perakaunan (klik) boleh rujuk disini.

    Big 4 Accounting Firms (klik) boleh rujuk disini.

  82. ckgu,saya nak tanya saya lebih sesuai ambil dip. in acc ataupon acca cat sbb saya x ambil acc mase SPM 2014..Tapi saya mndapat A+ dalam matematik dan A dalam matematik tambahan..dan apa itu cfab?

  83. Assalamualaikum cg,
    saya nak minta pendapat cg,
    kalau saya dapat tawaran matrik perakaunan then, saya dapat tawaran CAT, then saya dapat tawaran diploma perakaunan …
    yang mana yang cg cadangkan untuk saya ambil.. keputusan spm 2014 saya prisnsip perakaunan A+, matematik A+, bahasa inggeris B…
    dan jika saya mendapat tawaran CAT di kptm atau di IPB yang mana yang lebih baik…
    harap cg dapat membantu saya dlam membuat pilihan sama ad perlu masuk matrik atau CAT atau diploma..

  84. Nur Fatiha, waalaikumussalam

    Masing2 ada kelebihan, semuanya baik untuk sambung pelajaran bidang perakaunan.. bergantung kepada pencapaian anda dan kesungguhan semasa belajar nanti.

    Maklumat lanjut berkaitan dengannya, boleh rujuk DISINI (klik)

  85. Assalamualaikum cg. Now sy blhr diploma accountancy. Sy mnat sgt ngn account. Sy nk tnya lpas diploma sy ptot amik degree or acca terus?

  86. Salam cgu. Sy nk tnyer. Sy seorg pelajar diploma sains (matematik)..sy tdk mempunyai asas akaun akn ttp sy berminat untuk menyambung pelajaran dlm bidang akaun. Adakah sy layak untuk memohon mana2 ijazah akaun atau ACCA? Smoga cgu dpt bantu. Terima kasih.

  87. Sha,

    Syarat sambung ijazah kebiasaannya mesti lepasan diploma bidang yang berkaitan. Manakala untuk sambung ACCA.. ianya lebih terbuka. Cuma bagi sesiapa yang tiada asas akaun.. adalah lebih baik ambil CAT-ACCA terlebih dahulu.. baru sambung ACCA.

  88. Salam cikgu saya nk tanya adakah lcci di ipb setaraf dgn ddiploma di malaysia adakah selepas tamat level3 blh terus bekerja. Jangka masa selepas lcci untk blaja acca berapa lama.

  89. Saya pelajar lepasan spm 2014 tiada basic akaun.. mintk pencerahan. Sbb ramai kata lcci tk laku sbb sijil untg kalau amik diploma biasa

  90. Khai,

    Merujuk kepada laman IPB,
    STRUKTUR KURSUS LCCI
    Level 1 & 2 (SIJIL)
    Level 3 (DIPLOMA) … peluang kerja tetap sama,

    ACCA bukanlah IPTA dan tidak ada halangan untuk mana-mana individu memohon belajar dan menduduki peperiksaan kelolaan ACCA pada bila-bila masa.

  91. Assalamualikum CG.
    Saya memohon bantuan/pendapat CG.
    Saya pelajar lepasan SPM 2014 aliran Sains. Saya mendapat tawaran utk diploma pengajian business di UiTM. Saya juga mendapat tawaran di Matrik utk jurusan perakaunan.

    Saya dalam dilema kerana saya amat meminati dan kesungguhan untuk belajar perakaunan. Saya amat berat untuk ke matrix kerana tempoh masanya nya agak pendek.

    Kalau saya meneruskan/menerima tawaran diploma business di UITM, untuk degree pula boleh ke memohon untuk jurusan perakaunan. Kredit boleh xfer ke kalau degree jurusan perkaunan.

  92. Assalammualaikum cikgu .. Saya nak sambung CAT di ipb.berapa pointer yg saya kena dapat utk sbung ACCA.. Kalau tak sbung ACCA pun boleh terus kerja ke di bank?

  93. Untuk menjadi chartered accountant apakah flow yg saya harus lalui.. Saya akan sambung CAT di ipb..

  94. assalam cikgu,saya nak tanya, saya dr lepasan matrik akaun pastu adakah saya perlu amik CAT ?

  95. Ainul,

    Sijil CAT adalah bebas, siapapun boleh ambil.. dan tahapnya seperti Diploma. Pada pandangan Cg, oleh kerana anda lepasan Matrik, maka adalah lebih baik terus sambung Degree Perakaunan…. kemudian terus ambil ACCA.

  96. Assalam ckgu , saya ni lepasan spm yg blaja sains tulen tpi result bg sains tulen pon xbrapa baik, but my addmath n math alhamdulillah C+ and B+. Sesuai x saya nk smbung CAT? Sbb sya dpt twaran CAT dkt Institut Profesiona Baitulmal dan tarikh pendftran pon dah hmpir.

  97. Rafidah, waalaikumussalam.

    Asalkan betul2 berminat untuk menceburi bidang perakaunan, maka bagi Cg tiada masalah.

  98. Assalamualaikum cikgu, sayaa nak tanye. Antara matrikulasi dengan CAT yang mana pilihan paling terbaik? Sayaa dapat tawaran CAT di institut profesional baitumal.

  99. Asyraf, waalaikumussalam.

    Masing2 ada kelebihan. Apa yang penting apa pilihan sekalipun lakukan yang terbaik.. dapatkan keputusan yang cemerlang.

  100. Assalamualaikum cikgu,
    saya telah menamatkan pengajian saya dalam kos diploma sistem maklumat perakaunan di Uitm dan saya ingin menyambung pengajian saya dalam degree perakaunan.Tetapi ramai kawan-kawan memberitahu saya bahawa cgpa diploma untuk sambung ke kos degree perakaunan adalah 3.50 ke atas dan pada intake yang lepas ramai student diploma tidak di terima upu untk menyambung pengajian mereka dlm degree perakaunan.Saya berasa sangat bimbing dan risau sekali kerana cgpa diploma saya adalah 3.30..Adakah memang benar untuk menyambung ijazah perakaunan memerlukan cgpa 3.50 ke atas ?
    Terima kasih cikgu.

  101. Nur Atiqah,

    Setahu Cg.. ya mesti 3.50 keatas…

  102. Assalamualaikum cikgu..skrg sye blaja di upm dlm program asasi sains pertanian..sye aliran sains tulen dulu..jd sye takde basic akaun..tp sbenarnye sye nak smbung bdg akaun lpasni..sye nk undur balik masa dh tkboleh ckgu..jd ap pndangan ckgu tntg kes sye ni?sbb klau boleh sye nk sgt smbung bdg akaun..

  103. Norshafinaz, waalaikumussalam.

    Dulu aliran sains tulen.. masih lagi boleh menceburi bidang perakaunan melalui… matrik akaun.. diploma akaun … atau program profesional seperti CAT-ACCA, LCCI.

  104. Assalammualaikum cg..nk tnya apakah keistimewaan sjil LCCI yg kita dpt msa spm tu..sy nk tnya jgk apakah pekerjaan yg layak sekiranya tamat diploma perakaunan..dan sy nk tnya blh kah smbung ijazah perakaunan sambil kerja..harap cg dpt mnjawab..skian,trma ksh..

  105. Nurulnajiha, waalaikumussalam.

    Sila rujuk komen2 di Kerjaya di Bidang Perakaunan (klik)

  106. Maaf cg..apa keistimewaan sjil LCCI msa dpt spm tu..

  107. Assalam.. Sy amik subjek prnsip akaun, ea dan pd addmath xde di sklh sy.. sy nk tnye blh ke sy nk amik subjek acc di u nnti? Please jwp cikgu.. thanks

  108. Sbb ade yg ckp klau x amik addmath.. x blh proceed akaun after spm nnti.. sklh yg x benarkan subjek ini diambil

  109. Farah,

    Syarat kemasukkan ke matrikulasi.. mesti ambil add mate. Maka sesiapa yang tidak ambil peluang utk kesana tertutup. Walau bagaimanapun, selain matrikulasi ada laluan lain yang tidak menetapkan syarat sedemikian.. seperti diploma perakaunan di IPTA @ IPTS.

  110. Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar uitm diploma perakaunan. Saya masih fikirkan patut ke saya pursue degree di uitm atau course pprofessional ICAEW di mana mana universiti yg menawarkannya. Saya berminat utk mengetahui lebih lanjut mengenai ICAEW. Boleh cikgu terangkan utk saya?

  111. Syafiqah, waalaikumussalam.

    Maaf, diluar pengetahuan Cg..
    Cuba layari laman ini http://www.icaew.com/en/qualifications-and-programmes

  112. Assalamualaikum. Saya lepasan Diploma Pengurusan Bank UiTM dengan PNGK 3.89 dan Band 3 dalam MUET. Saya memohon Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) UiTM untuk kemasukan March 2016. Disini, saya berada dalam keadaan dilema, takut pemohonan saya tidak berjaya disebabkan keputusan MUET yang rendah dan PNGK 3.89 lepasan Diploma Pengurusan Bank UiTM adalah mungkin setara dengan PNGK 3.39 Diploma Perakaunan. Untuk makluman, saya hanya mengemukan pemohonan untuk 2 program sahaja; (Pilihan 1) Ijazah Perakaunan dan (Pilihan 2) Ijazah Sains Aktuari (sudah Void).

    Disini, saya ingin dapatkan pejelasan dari Cikgu berhubung dengan persaingan Merit, adakah saya akan berjaya dalam persaingan Merit?

    Syarat Khas Program
    • Mencapai HPNG sekurang-kurangnya HPNG 3.50
    dalam Diploma Pengajian Perniagaan / Diploma
    Pengurusan Perbankan / Diploma Analisis Pelaburan
    dari Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM.
    • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3)
    dalam MUET.

    Maklum balas dari Cikgu amat saya hargai, terima kasih.

  113. Muhammad, waalaikumussalam.

    Maaf diluar pengetahuan Cg, hanya pegawai di UiTM sahaja tahu kriteria pemilihan tersebut.

  114. kalau nak masuk acca spm mesti lepasan accountant kan atau boleh lepasan asas ekonomi masuk ke acca ?

  115. Muhammad Uamr,

    Sedikit maklumat berkaitan ACCA (klik)

  116. Salam, Cg,
    Saya ni masih keliru, CAT-ACCA dan LCCIIQ yang dianjurkan oleh IPB. Antara 2 pogram ni, mana yang lagi up ?

    Total year nak dapatkan ACCA dari SPM ?

  117. Lukhman,

    Pada pandangan Cg,
    Jika bercita-cita ACCA selepas ini.. maka adalah lebih baik mulakan dengan CAT-ACCA kemudian sambung dengan ACCA.

  118. Okey, Terima Kasih Cikgu.
    Semoga Allah merahmatimu cikgu.

  119. Cg saya ialah seorang pelajar cat-acca .. bole saya tahu perkerjaan yang sesuai selepas tamat cat

  120. Salam cikgu, saya lepasan diploma in accounting. Sekarang saya dah bekerja, saya dalam dilema utk memilih diploma advance ataupun degree. Bole cikgu terangkan sedikit mana yg terbaik?

  121. Khairunnisa,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  122. assalamualaikum . saya nak tnyaa. saya nak sambung degree course accounting. ramai yg nasihatkan supaya pilih universiti yg mmpunya pengiktirafan lcca. semua universiti ada pengiktirafan dri lcca ke? mcm mana saya nk tahu universiti trsbut ada pengiktirafan dr lcca atau tak?

  123. Amira, waalaikumussalam.

    Maaf Cg tiada maklumat yang diminta, kena rujuk U tersebut, sama ada mendapat pengiktirafan atau tidak.

  124. Assalamualaikum cg. Saya bru je lpas exam. saya layak x dpt sjil LCCI mmandangkan LCCI sya dpt 6C? kmudian, saya ptut mnyambung plajaran ke mna2 institut lcci atau smbung diploma shja?

  125. Fira,

    Jika ada tercatat gred LCCI pada slip keputusan (dibahagian bawah sebelah kiri), maka dikira layak dapat sijil tersebut.

  126. Salam cg. sy ad lcci level 2 tp sambung dip in business study bukan accounting. adakah kelayakan diploma lcci level 3 sudah hapus? ap tindakan perlu sy buat cg? tq

  127. Am,

    Maaf, saya tidak pasti, rasanya masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun sila rujuk IPT yang menawarkan program LCCI tersebut.

  128. Asalamualaikum. Saya lepasan spm 2015. saya budak sains tulen. tp, saya berminat dlm bidang akauntansi. apa yg layak buat saya yg takde basic dlm accounting? dip, matrik, lcci atau cat..atau asasi?

  129. Miramessi, waalaikumussalam.

    Semuanya layak… asalkan cukup syarat yang ditetapkan, walaupun tiasa basic akaun.

  130. Salam cikgu.. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan yang juga ada ilmu pengetahuan dalam perakaunan forensik.. jadi saya merancang untuk ambil ijazah perakaunan kemudian sambung ke master forensic accounting.. betul tak laluan tu ye cikgu? saya juga nak tanya apa perbezaan kalau kita ada ACCA dengan hanya ada degree perakaunan.. adakah ia mempengaruhi kerjaya kita? dan penting tak untuk kita ambil sijil LCCI? mohon penerangan daripada cikgu.. terima kasih cikgu :)

  131. Zahira,

    Ok.. laluan sudah betul. Jika ada ACCA, makasudkan kita ada sijil profesional dalam bidang perakaunan yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. Maka jika kita ada ACCA, ianya satu kelebihan bagi kita untuk mendapat peluang kerja berbanding yang tiada. Sijil LCCI yang layak dipohon adalah pengiktirafan pihak LCCI atas pencapaian kita semasa SPM.. oleh kerana kita sudah layak menerimanya, apa salah kita dapatkan sijil tersebut.. kerana tidak semua yang dapat sijil tersebut.

  132. Ouh.. Berapa lama tempoh masa untuk selesai buat sijil LCCI? Dan adakah bermakna saya akan study untuk sijil LCCI dan asasi perakaunan dalam satu masa?

  133. Zahira,

    LCCI lebih kurang 1 tahun setengah.
    Tidak boleh ambil serentak… pilih salah satu.

  134. salam.

    boleh tak sy ambil found acc walaupun sy tiada asas dalam bidang akaun? saya lepasan spm pelajar sains tulen.
    ada yang kata tak susah sangat kalau betul minat walaupun takda basic.
    apa pandangan cikgu?

  135. Cloud,

    Memang betul, tiada masalah jika tiada asas akaun semasa SPM, asalkan kita berusaha dan bersungguh2 untuk belajar.. tidak kira apa subjek sekalipun.

  136. salam.

    cikgu ..kalau lepasan stpm nk mohon acca bolehkah? atau nk kne buat diploma dulu?

    terima kasih .harap balas

  137. Fabz,

    SPM — STPM — IJAZAH — ACCA

  138. Lulusan diploma akauntansi dan ijazah politeknik dpt pengiktirafan mia tak

  139. Aman Fikri,

    Boleh rujuk DISINI (klik)

  140. Assalamualaikum, Cikgu. Saya nak tanya tentang foundation in accounting? Pada pendapat cikgu susah tak? Adakah bagus kalau saya sambung foundation dan terus ke degree?

  141. Irina, waalaikumussalam.

    Jika layak sambung degree…. kenapa nak ambil foundation pula.
    Belajar dimana-manapun tiada yang mudah, semuanya susah dan memerlukan usaha yang bersungguh2 untuk mencapai kejayaan di masa hadapan.

  142. assalam cikgu .. nak tanya .

    kalau ambil diploma pengajian perbankan ..boleh x nak ambil degree perakaunan?

  143. Zedi, waalaikumussalam.

    Ya.. masih berpeluang sambung degree perakaunan.

  144. Nurul Fatiha

    Assalamualaikum cikgu, sy dpt twrn biasiswa drpd yysn phg untuk melanjutkan cat-acca di intec shah alam. Adakah lebih bagus jika sy sambung untuk ambil sijil cat-acca atau smbung asasi ekonomi di uia ?

  145. Nurul Fatiha, waalaikumussalam.

    Pada pandangan Cg,
    Dengan tawaran biasiswa yang diperolehi…. program CAT ACCA adalah lebih baik berbanding asasi ekonomi.

  146. asalam, cikgu saya pelajar lepasan spm 2015.. saya ingit memohon sijil lcci.. tapi cikgu akaun saya baru pindah.. borang sudah siap dan wang pos sudah dibeli.. macam mana sya nak hantar borang itu? boleh tak saya urus sendiri? adakah perlu sua dapatkan pengesahan pengetua?

  147. JJ, waalaikumussalam.

    Boleh terus poskan ke alamat pada borang tersebut.

  148. salam, masa kita pos borang 2 kena beli sampul n setem tak untuk depa hntr sijil 2 nanti? tq

  149. Jj,

    Tidak perlu.. biasanya sijil tersebut akan dihantar ke sekolah.

  150. salam cikgu.. maaf brtnya. sy ad lcci level 2. sy dpt tahu lcci complete level kene amik dip Accounting.. tp sy amik diploma bisnes yg juga ad subject accounting.. adakah dikira Diploma LCCI? terima kasih cikgu.

  151. Mukmin,

    Kena rujuk tempat anda belajar… apakah syarat2 untuk nelengkapjan program LCCI tersebut.

  152. Cikgu . Sy dh hbis diploma acc uitm . Sy terfkir utk smbung cima incase dgree xdpt smbung acc . Sbb klu acca tu mcm tak mmpu . Sbb susah kan . Klu ambil cima okay tak ?

  153. Shuhada,

    CIMA pun ok juga..

  154. kalau lpasan spm nk amik acca dia kne amik cat-acca dulu kan? sijil cat-acca laku utk cari kerja kan? antara sijil cat-acca dgn ijazah perakaunan mne yg lebih diutamakan dlm mencari kerja??

  155. Naim,

    CAT-ACCA —> ACCA…. sijil profesional bidang perakaunan… LAKU.

    Ijazah dan ACCA ada kelebihan masing2.. mana yang lebih diutamakan bergantung kepada syarikat / organisasi yang menawarkan pekerjaan.
    Apa yang penting.. keputusan mesti cemerlang barulah peluang kerjaya lebih cerah.

  156. Assalam ckg . Sy pelajar spm lepasan 2015 . Ape perbezaan pengecualian cat dan acca ? Tq

  157. Ana,

    LCCI dan ACCA adalah 2 badan profesional yang berbeza.. jika lepasan SPM sambung LCCI…. dapat pengecualian lcci. Jika sambubg ACCA.. dapat pengecualian daripada ACCA.

  158. assalamualaikum.
    Cikgu, saya ada bbrp persoalan.
    adik saya adalah pelajar lepasan spm tahun 2015,sekarang ni dia sambung pengajian di LCCI di institut professional baitulmal(IPB). masalahnya sekarang, rayuan ke politeknik dia berjaya,dia dapat tawaran Diploma Sains Kesetiausahaan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang.
    Menurut pendapat cikgu,yang mana lebih baik?
    Keputusan SPM adik saya taklah secemerlang mana,dia pun tak pernah ambik subjek akaun masa SPM. IPB dapat tajaan baitulmal. Politeknik kena apply PTPTN.
    Harap cikgu boleh bagi pendapat cikgu berkenaan ini. Terima kasih.

  159. Salam. Cikgu, saya merupakan pelajar stpm perakaunan. Tapi, saya tidak ambil prinsip perakaunan semasa spm. Pada pendapat cikgu, adakah saya mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran dalam peringkat degree perakaunan?

  160. Siti,

    Peluang terbuka luas.. asalkan keputusan STPM cemerlang.

  161. Assalamualaikum cikgu .. Saya buntu.. Saya pun result spm, saya dpt lcci 4 ( Bahasa melayu) ..so bila sambung diploma nanti.. Saya boleh skip 1 paper ke? Saya tak berapa faham kegunaan lcci bila sambung diploma nii… Minta tlg cikgu terangkan.. Terima kasih.. Minta penerangan?

  162. Nasuha, waalaikumussalam.

    Pengecualiaan tersebut diberikan sekiranya sambung Program Sijil Profesional LCCI sahaja.. jika sambung diploma.. maka tiadalah pengecualian tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.