Kata-Kata Motivasi

Tanpa sebarang MATLAMAT untuk dikejari, kita tidak akan sampai ke sana.

 

Sekiranya anda bangun semula sekali lagi selepas anda jatuh, anda pasti berjaya mengharunginya.

 

Hasil-hasil yang besar bukannya dilaksanakan menerusi KEKUATAN, tetapi KETABAHAN.

  1. great thing not create suddenly….

  2. only those attempt the absurd will achieve the imposible….

  3. bila kamu tidak tahan lelahnya belajar maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan-imam syafie-

  4. letakkan cita-cita di langit. walaupun nanti dia jatuh, dia pasti tersangkut di gunung-gunung yang tinggi.

  5. Kesuksesan seseorang tidak ditentukan dari banyaknya cobaan kegagalan yang dialami, tetapi lebih dari itu seberapa kuat dia bangkit kembali untuk menjalani kehidupan

  6. nothing worth comes easy

  7. if you want something you never have, you must do something you have never done

  8. nothing to scared for get success

  9. dulu org nk pergi bulan….digelak-kan
    x mustahil kalo ada org berimpian nk pegi bintang..even berimpian tinggi tetap jatuh di langit,daripada jatuh dekat tanah pastu mati….so,nothing to scared..kita hidup sekali je..impian dekat dunia… x mustahil bro

  10. betul tu amirfilzah2k16

  11. bosan dowh

  12. Amir dan Jimie,

    Kefahaman dan kenahiran menjawab… 2 perkara yang berbeza. Mungkin kamu telah faham apa yang diterangkan oleh guru…. tetapi kemahiran menjawab masih belum menguasai lagi… itu sebab tidak dapat menjawab soalam exam.

  13. Kata kata yang yang sangat menginsfirasi sekali.Terima Kasih.

  14. MAKNA KEJAYAAN

    Setiap kali saya dengar azan, selain dari panggilan untuk cepat tunaikan solat, saya diingatkan dan diajak untuk menuju kejayaan. Allah pimpin saya untuk menuju kesyurgaNya, itulah destinasi saya untuk selama2. Apabila kita berusaha dan beramal dengan tekun serta ikhlas untuk mencapai kejayaan diakhirat, Allah juga hadiahkan dengan kejayaan didunia. Kejayaan ialah pencapaian sesuatu yang kita cita2kan dan usahakan, samaada kaya harta, sihat badan, mendapat ijazah, menulis buku, membina rumah atau perniagaan dan lain2.

    Apakah ciri2 kejayaan?

    Kita telah maklum bahawa kejayaan diakhirat ialah kenikmatan hidup berkekalan dalam syurga disisi Allah, para nabi, tabiin, syuhada, orang2 soleh, mukmin dan muslimin. Bertemu Allah dan menatap wajahNya adalah setinggi2 kenikmatan yang tiada tolok bandingan.
    Kejayaan didunia diukur dengan pencapaian akedemik yang tinggi , dengan berbagai ijazah PHD, kepakaran profesyenal, kedoktoran dan sebagainya.
    Ukuran kedua ialah pangkat atau jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam , angkatan tentera atau swasta.
    Kaya harta dan wang ringgit hasil dari bisnes atau perusahaan yang dikerjakan dengan tangan berserta titik peluh sendiri.
    Pencapaian tinggi dalam bidang politik, pembangunan perumahan, program2 sosio ekonomi, kesihatan dan pendidekan.

    Walau demikian kejayaan materialisma atau kebendaan tanpa diimbangkan dengan pembangunan mental, jiwa, emosi dan rohani, kebahagian hidup tidak akan tercapai. Tidak semestinya orang kaya, gembira dan ceria serta mendapat kepuasan dan ketenangan hidup. Penting kita capai kedua2 serentak iaitu kejayaan dan kebahagiaan serta dapat rasa keselesaan dan kepuasan hidup.

    Adakah kejayaan itu tuah?

    Dalam umor warga emas, saya cuba muhasabah diri untuk menganalisa samaada kejayaan yang saya capai setakat ini adalah suatu nasib dan tuah, atau atas sebab2 dan faktor2 usaha pemikiran dan sikap positif, tabiat baik dan caragaya hidup yang produktif. Sebenarnya kesemua kejayaan adalah rezeki dari Allah yang maha pengasih dan penyanyang, yang melempah ruah rahmat dan nikmatNya. Allah memberkati segala usaha dan meredhoi pekerjaan dan amalan kita. Dalam bab2 yang berikut saya jelaskan dengan lebih terperinci segala faktor2, langkah2 dan usaha yang saya lakukan untuk mencapai tahap sekarang.

    Mengapa ramai melayu gagal?

    Kebanyakkan orang melayu tidak capai sehingga kemercu kejayaan sebab mereka tidak jelas atau tiada arah tujuan dan sasaran hidup. Mereka tidak menggunakan daya pemikiran dengan sepenuhnya, malah ramai yang malas berfikir. Mereka tidak mengubah sikap dan tabiat serta caragaya hidup, kepada yang positif, berdisiplin, optimis dan kreatif. Ramai yang terkecundang, terjebak dalam kancah dadah dan jenayah, terlibat dalam aktibiti2 antisosial saperti mat repit, gagal dalam pelajaran, pengangguran dan gejala2 serta berbagai bentuk jenayah termasuk jenayah seksual. Punca utama ialah lemah otak dan disiplin, lemah jati dan keyakinan diri disamping pergaulan dengan kumpulan2 dan rakan sebaya yang jahat.

    Pastikan Sasaran (goal setting)

    Berasaskan dari pengalaman dan liku2 hidup, saya ingin beri nasihat dan bimbingan kepada generasi muda khususnya mereka yang bercita2 jadi doktor pakar. Tidak kira apa bidang kerjaya yang kita pileh, resepi dan ramuan untuk capai kejayaan cemerlang adalah sama.
    Kita perlu tanya diri sendiri apakah tujuan hidup kita. Kita perlu fahami jiwa kita. Berfikir dan bertafakkur sebentar, selami jiwa dan tanya hati kearah mana dituju, apakah sasaran2 hidup didunia untuk capai kejayaan dan kebahagiaan. Destinasi terakhir ialah akhirat dan kita juga perlu kejayaan dan kebahagiaan yang berkekalan.
    Ada beberapa aspek2 hidup yang penting kita sentiasa pantau,

    1. Kerjaya dan profesyen, adalah satu keperluan penting. Pileh satu bidang yang kita minati dan berbakat pula. Terus tingkatkan Ilmu dan kemahiran kerana ia akan jadi sumber rezeki kita.
    Dari kerjaya ia munkin berkembang menjadi satu perniagaan dan seterusnya menjadi satu perusahaan besar.

    2. Kewangan dan kekayaan, hampir semua orang ingin jadi kaya, kalau bolih jadi jutawan. Ini bukan angan2 tetapi bolih jadi kenyataan jika kita rancang, ambil langkah2 sewajar serta mengurus kewangan dengan cara terbaik untuk capai “financial freedom” apabila sampai umor warga emas.

    3. Bina Keluarga bahagia, berkahwin adalah satu amalan sunah Rasulullah. Berusaha untuk bina Keluarga bahagia, hidup rukun damai dan capai kejayaan dunia akhirat.

    4. Awet Sihat, amalkan caragaya hidup sihat. Makan yang berzat dan berkhasiat, kawal amoun makanan, tidak berlebihan, lebihkan sayur2 dan buahan. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Tenangkan fikiran, kawal stress.

    5. Kuatkan Iman dan taqwa. Patuhi suruhan Allah dan jauhkan laranganNya. Berserdia untuk hidup diakhirat.

    Ubah mindset, tabiat dan budaya.

    Selain dari pencambahan daya pemikiran secara positif, proaktif, kreatif, dan innovatif, kita perlu banyak perubahan sikap, tabiat dan budaya hidup. Terlalu banyak kongkongan dan amalan2 budaya negatif dikalangan masyarakat kita yang menghalang dan membantutkan pembangunan minda dan tamaddun bangsa dan negara.
    Banyak perubahan perlu dilakukan menerusi program pendidekan dan peningkatan kemahiran dalam caragara keibubapaan. Program Timang, yang menumpukan kepada pembangunan insan dari dalam rahim, dan berterusan hingga akhir hayat, diharap akan dapat menyumbangkan ilmu dan kemahiran serta dapat memperbudayakan tabiat2 dan amalan terbaik untuk mencapai cita2 yang tinggi menjulang.

    Tingkatkan nilai diri.

    Walaupun kita mempunyai harta setimbun emas, berjuta2 ringgit, berangkai2 rumah mewah , beribu hektar ladang kelapa sawit, sawah padi dan buah2, ternakkan yang banyak, Allah tidak pandang kesemuanya melainkan kita beriman dan taqwa, berakhlak mulia dan menyeru serta mengerjakan kebaikkan. Itulah sebenarnya nilai diri kita yang tinggi yang akan mempecutkan kita kearah kejayaan dalam apa bidang yang kita ceburi. Lebih penting tahap nilai diri anda daripada segala kebendaan yang anda punyai.

    Sumber : FB Dr Hamid Arshat https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204523117874521&id=1730276583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.