Koleksi Bahan PnP SPM

Cg Narzuki Online membuka post ini bagi memberi peluang kepada rakan2 guru untuk menabur bakti dengan menyumbang apa2 saja bahan berkaitan dengan Prinsip Perakaunan untuk dikongsikan bersama rakan guru yang lain.  Kesudian rakan guru sekalian Cg Narzuki Online mengucapkan jutaan terima kasih.
TEKNIK QGrafik Cg Mohd Firdaus
TEKNIK 4 WARNA Cikgu Rosli Hamid

 

MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, KPM.

  1. Cg narzuki…bahan-bahan dalam blog cg sangat membantu memudahkan P&P.Ada tak mana-mana guru atau buku yang cg jumpa dah buat koleksi Soalan SPM P.A sebenar mengikut topik.tq.

  2. Anasmktt,

    Semoga ianya dapat membantu lebih ramai guru dan pelajar. Sebenarnya telah ramai guru2 yang menyediakan koleksi soalan SPM dan juga Soalan Percubaan mengikut topikal… cuma kebanyakkannya sediakan secara cut & paste dalam bentuk hardcopy …. jadi hanya dikongsikan dengan rakan berdekatan saja. InsyaAllah jika kelapangan saya cuba sediakan ikut topikal serta ikut aras soalan dari mudah ke susah.. secara ansur2, kemudian bukukan (eBook)……. tapi tak pasti bila ianya dapat disiapkan, bergantung kepada kelapangan masa.

    Manakala Koleksi ikut topikal bermula SPM 1993-2006 masih boleh diperolehi di bahagian C-MUAT TURUN SOALAN

  3. Idea cg sgt baik…kalau cg nak terbitkan(jual) pun ok…saya rasa belum ada dipasaran.tq

  4. Anasmktt,

    Soalan SPM sebenar TIDAK BOLEH diterbitkan semula dalam apa bentuk TANPA KEBENARAN LPM terlebih dahulu… itu sebabnya buku sedemikian tiada dipasaran.

  5. assalamualaikum.
    nk tny ade x koleksi soalan trial spm 2011 kertas 2 mengikut bab?

  6. Siti Aisyah,

    Sebahagiannya telahpun disediakan oleh rakan2 guru dari FB Group : Guru Perakaunan …. DIATAS.

  7. assalamualaikum..
    cikgu, tak ada RPT 2013 utk form 4 & form 5?
    kalau ada mohon share..
    sy ni dah tak terlarat nk buat (menunggu hari nak bersalin, tp RPT still kena buat & sediakan utk buku persediaan mengajar nnti)..huhu

  8. Waalaikumussalam.

    Buat masa belum ada lagi…. sebaik saja dapat, In shaa Allah saya akan upload di blog.

  9. terima kasih di atas bahan-bahan yg diberikan walaubagaimanapun boleh tak berikan contoh proposal dan laporan kajian tindakan sebagai panduan

  10. Norlidayusof,

    Sama-sama.. cuba rujuk bahan2 di KOLEKSI KAJIAN TINDAKAN (klik)

  11. Assalamualaikum, cikgu yg koleksi soapan topical spm 1993-2006 tu bole download dkt mane aaa?? Tq 🙂

  12. Wdanial, waalaikumussalam.

    Maaf, bahan tersebut sudah tidak dapat dikesan buat masa ini…. nanti saya akan UPLOAD, jika terjumpa bahan tersebut.

  13. hi cikgu, saya ms kalai disini saya perlukan bantuan cikgu. saya memerlukan kertas spm sebenar 2000 hingga 2004. dimana saya boleh peroleh bahan ini. harap cikgu membantu saya terima kasih.

  14. Kalai,

    Buku Koleksi soalan tahun2 lepas ada jual dipasaran.. memandangkan soalan tahun 2000 – 2004, mungkin buku tersebut boleh didapati Pusat Sumber Sekolah atau Perpustakaan Awam.

  15. Salam,
    haritu saya tengok ada koleksi soalan trial spm2011 setiap negeri tetapi sekarang sudah tiada. bolehtak cikgu keluarkan semula soalan tersebut. tq

  16. Junarisa,

    Letakan cursor pada menu tab MUAT TURUN BAHAN…… Koleksi Trial Akaun SPM…. kemudian pilih …….. Koleksi Trial SPM …. tahun yang dikehendaki… 2007 – 2012.

  17. salam cg narzuki ade tak cara p&p utk bakal guru yg boleh di share pengalaman cikgu lah…utk mikro teaching ker..blh digunakan masa latihan mengajar ker….if u r don’t mind to share wif me..terima kasih.

  18. Mazura,

    Pada pandangan saya,
    Kita semua tahu terdapat banyak kaedah PdP yang boleh digunakan, jadi kita tidak boleh hanya pilih satu cara untuk semua topik. Dan pemilihan cara / kaedah tesebut juga bergantung kepada tahap pelajar, kemudahan yang ada, kesesuaian keadaan serta pengetahuan guru itu sendiri.
    Cadangan saya kepada guru baru, selalulah berhubung dan bertanya guru2 lama… dan soalan yang dikemukakan biarlah secara khusus, mengikut topik… serta sentiasa mencari, mencuba, memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mengajar masing2.

  19. Ass…lam….cg Narzuki…..koleksi soalan kertas 2 spm ikut topik ada tak ?
    tq

    CgKay

  20. terima cg Narzuki…nak tanye mcm mne nk ajar budak yg lngsung xtau ape2 psal akaun…target utk final exam tahun ni…budaknya form 4…mungkin ad tips dr cg.

  21. Mierah,

    Kemahiran ASAS mesti kusai… seperti klasifikasi akaun (ALEHB), persamaan perakaunan, BTR, format2 PP dan KKK..dll… terlebih dahulu sebelum ajar topik yang sukar seperti pelarasan.

  22. maaf cikgu.. kenapa ada link yang dah tak boleh bukak? atau mmg dah tak boleh download?

  23. Rahimah,

    Maaf, fail2 tersebut telah rosak… nanti bila free… saya upload kembali.

  24. kenapa tkde soalan mcm spm dulu ek,, mcm soalan 1 kertas 2 berkaitan buku catatan pertama

  25. Epyfikk92,

    Apabila berlaku perubahan Sukatan Pelajaran.. maka Format Pentaksiran juga berubah.

  26. cikgu ,ada upload modul yg baru ?
    thank you reply

  27. Lemon,

    Maaf.. tiada. Sekarang sedang kumpulkan set soalan2 trial..

  28. maaf cikgu kenapa link ini tidak dapat masuk

  29. Assalam. Sy nak tanya. Cikgu dah ada jawab soalan no 2 dari SPM 2018 tak? Sy tak dapat jawapan. Dan jawapan belakang buku lain isi nilai dgn nilai yg diberi sebagai maklumat. Mungkin kah soalan Spm 2018 ada typo? Atau jawapan buku yg salah?

  30. Nurul,

    Soalan tidak salah… mungkin jawapan buku tersebut yang perlu diperbetulkan.

  31. Hi Cikgu,

    Nak tanya ada tak sebarang tips untuk soalan SPM?Soalan-soalan yang akan keluar. Juga untuk Peperiksaan Akhir Tingkatan 4 kertas negeri Selangor.

  32. Ezack,

    Masa masih panjang… tips : cuba kuasai sebanyak mungkin topik yang ada… semakin banyak yang dikuasai –> semakin hampir dengan A+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.