Koleksi Bahan Perakaunan STPM

Koleksi Bahan Perakaunan STPM Cg Narzuki Online yang terdiri daripada Nota-nota mengikut bab, soalan-soalan latihan serta Koleksi Soalan STPM sebenar hasil sumbangan rakan guru Perakaunan STPM dan juga pelajar.  Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan.








  1. HAI KENGKAWAN GURU…BOLEH MINTA SOALAN STPM TERKINI 2011 (K1 DAN K2)?TQ

  2. chayfookhong

    cg, sy sedang cari soalan sebenar stpm perakaunan 2007-2011. Cg, kalau ada tolong berikan. Tk

  3. Maaf, tiada dalam simpanan.

  4. salam …ckgu..kalw saya jd mmber…saya ble download bahan stpm dgn percuma kee…
    n ada tak nota perakaunan stpm..bagi sistem baharu ini,,sistem moduler…susahlh nak cari nak cari buku rjukan stpm……n jga latihan…harap maklum…

  5. Keistimewaan AHLI berdaftar ialah dapat muat turun SEMUA bahan-bahan yang terdapat dalam simpanan Cg Narzuki Online.

    Bahan2 terbaru memang susah sikit, walau bagaimanapun saya akan cuba kumpulkan bahan2 tersebut daripada rakan2 guru STPM. Semoga pada tahun ini lebih ramai lagi rakan2 guru sudi berkerjasama dan menyumbangkan bahan masing2 untuk kegunaan bersama.

  6. Cikgu Phang. Salam daripada saya terlebih dahulu.Saya Subramaniam dari Penang ingin memberitahu bahawa bahan yang cikgu load adalah sebenarnya bahan saya .Saya yang menyediakan bahan itu untuk seminar saya di Seremban pada tahun 2003/4.Bersetuju tak?

  7. Salam 1Malaysia. Cg Phang. Saya setuju dengan Cg Subra kerana saya yang mengelola Seminar Perakaunan STPM di Dewan MPS,Seremban pada 2004 di mana Cg telah load macam bahan sendiri tentang tips Kertas 2 STPM kerana beliau yang sediakan dan bentangkan. Lain kali buat sendiri Cg. tolong ya. Kalau boleh minta maaf ya. Tkasih.

  8. Cg Roa dan Cg Subra,

    Saya minta maaf bagi pihak Cg Phang.. sebenarnya Cg Phang TIDAK PERNAH katakan bahawa bahan2 tersebut beliau yang buat sendiri. Beliau hanya sumbangkan bahan2 yang ada dalam simpanan beliau kepada Cg Narzuki Online untuk dikongsikan dengan rakan2 guru STPM yang lain………. harap maaf.

  9. hi….salam, saya nak cdg jika soalan nota seperti nota bahan stpm dan kertas soalan stpm jika boleh ada jawapan, ini boleh jimat masa semua cikgu sekian untuk membuat soalan cari jawapan sendiri. terima kasih

  10. Dophline,

    Saya sangat2 setuju dengan cadangan tersebut.. semoga akan ada rakan2 guru perakaunan STPM sudi menyumbangkan jawapan2 bagi soalan2 tersebut…… saya hanya sekadar membantu mengumpulkannya untuk kegunaan rakan2 guru STPM sahaja.

  11. Cikgu Narzuki,
    Cikgu tak perlu minta maaf kerana atas usaha andalah guru-guru seluruh Malaysia sedang manfaat.
    Lupakan saja isu tersebut.Tidak menjadi masalah langsung.Teruskan usaha anda. Jasa anda kepada negara khususnya dalam bidang Perakaunan ini amat disanjungi.
    T.kasih

  12. Cikgu Rao,
    T.kasih atas sokongan anda dalam isu tersebut.Biar kita lupakan demi Cikgu Narzuki yang kita hormati, OK.
    T.kasih.

  13. Cikgu Subra,

    Terima kasih atas sokongan yang rakan2 guru diberikan. Saya sekadar menyediakan RUANG untuk kita semua saling bekerjasama .. demi kebaikan dan manafaat kita semua dalam memastikan kejayaan anak2 didik masing2.

  14. Cikgu subra, sy dah lama dengar nama cg dalam bidang mengajar STPM perakaunan di PP. Kalau boleh diharap cg dapat menyumbangkan serba sedikit bahan STPM dalam web ini supaya ilmu cg tidak hanya terhad di PP tetapi memanfaatkan golongan yang memerlukan ilmu cg. Sekian, terima kasih.

  15. ty for d ticer whose contribute all d nota matrikulasi, is usefull for me…. ty…

  16. Hong,
    Terima kasih atas kepujian anda.Tidak lama lagi saya akan membuat sumbangan ok.

  17. cg subra sila bagi tahu jika ada maklumat sumbangan terbaru

  18. cg subra, terima kasih.
    hong

  19. cg nak tanya untuk megira UB sebenar.
    UB sebelum penyelarasan kena tambah stok tidak diambil kira untuk mendapat UB sebenar?

  20. Dophline,

    Stok Akhir adalah berkadar terus dengan UB… Jika STOK AKHIR terkurang / belum direkodkan.. maka pelarasannya STOK AKHIR perlu di TAMBAH… dan kesannya UB juga akan BERTAMBAH.

  21. terima kasih tapi boleh cg terang dengan lebih detail apa sebab nya ?

  22. Dophline,

    Secara mudahnya… cuba rujuk kepada Penyata Pendapatan, kemudian cuba TAMBAHKAN pada nilai STOK AKHIR … kemudian kira hingga UB… dan lihat apakah kesan kepada UNTUNG BERSIH….. bertambah atau berkurang ?

  23. kepada cg subra dan cg rao,
    saya minta maaf …memang bahan tersebut hasil daripada cg subra.saya dapatkan bahan tersebut daripada bekas pelajar saya pada tahun tersebut. oleh kerana bahan stpm sukar diperolehi dan memang saya berpendapat bahan seminar tersebut telah banyak membantu kita yang kurang pengalaman ,maka saya pun taip semula dan email kepada cg narzuki … sekali lagi , saya minta maaf ..

    kepada cg narzuki ,
    terima kasih kerana meminta maaf bagi pihak saya !terima kasih !

  24. Saya mohon maaf atas SALAH FAHAM yang timbul.

    Bagi membetulkan keadaan, saya telah tukarkan nama fail “Bahan STPM Cg Phang” kepada “Bahan STPM Cg Subra” atas permintaan Cg Phang.

  25. Cikgu Narzuki,
    Terlebih dahulu di ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda dan sekeluarga.T.kasih sekali lagi kerana isu yang telah dibangkitkan dulu kini telah pun diselesaikan.Sebenarnya saya dah lama lupakan tentang perkara itu.

  26. Cikgu Phang,
    T.kasih dan syabas atas pengakuan cikgu dalam isu tersebut.Anyway let’s forget about it and work together with cikgu Narzuki for the best of our students.

  27. Cikgu Subra,

    Terima kasih.. Kerjasama rakan2 guru amatlah diharapkan, demi kejayaan anak didik masing2.

  28. cg subra ,
    saya nak tanya ,
    bagi soalan STPM 2006,soalan 2( b )
    perkara ( 3 )Tiada catatan yang dibuat untuk bayaran balik RM 2620 melalui cek kepada ramasamy dalam bulan ogos 2005 disebabkan permulangan barang yang rosak.Walaubagaimanapun catatan telah dibuat dengan betul dalam akaun pulangan masuk.
    maka catatan dalam jurnal am ,Dt kawalan penghutang kt bank , betul tak? terima kasih ,cg..

  29. Cg Wong,
    Tak silap saya sepatutnya:
    Dt. Tergantung
    Kt. Bank.

    T.k.

  30. Ya, saya setuju dengan jawapan Cg Subra. Oleh kerana kesilapan ketinggalan catatan satu akaun (iaitu Ak Bank), maka Dt AK Tergantung dan Kt Bank

  31. cg subra,
    terima kasih . saya tanya 2 soalan:
    1. soalan pep 2004 , rekod tak lengkap ,semasa kita kirakan jumlah belian( dalam ak pemiutang ) ,perlu tak kita kena ambil kira ambilan barang?
    2. kertas 2..TPM. adakah kita perlu kirakan tpm syarikat yang melibatkan 2 produk?
    terima kasih ….

    cg narzuki,
    terima kasih ya!

  32. cg subra,
    kalau dalam buku tunai sebelah dt,ada perkara ‘ kutipan jualan ‘…itu kutipan penghutang ?kalau saya andaikan ia jualan tunai ,ok?

  33. Cg Wong,

    Jaw 1 -Tidak kerana ambilan tidak berkaitan dengan pemiutang.
    Dt – Ak Ambilan
    Kt – Ak Belian(dlm Ak Perdagangan)

    Jaw 2 – Sukatan pelajaran STPM tidak melibatkan 2 produk.

    Jaw 3 -Boleh dengan syarat kutipan ini keseluruhannya dibankkan dan tidak tolak sebarang perbelanjaan sebelum dibankkan.

  34. terima kasih ,cg subra!

  35. cg subra,
    macam mana dengan stok usang perlu dihapuskira?catatan dalam jurnalnya?
    terima kasih cg..

  36. cg subra ,
    kalau soalan berikan kos aset,tahun penggunaan tapi tak berikan % susut nilai,tiada nilai skrap..
    a) kalau kaedah garis lurus .. sn= kos aset/tahun penggunaan
    b) kalau kaedah baki berkurang ?
    sn= kos aset/tahun penggunaan x 2??
    ( walaupun tak kata tu baki berkurangan berganda )
    terima kasih..

  37. Cg Wong,

    Soalan 1 Dt Rugi atas stok usang/(U/R)
    Kt Belian
    **Jika tak silap saya.

    Soalan 2(a) Betul
    (b)100% /usia guna x 2 = % susutnilai tahunan

  38. cg subra,
    nak tanya soalan bab pembetulan kesilapan ..
    – barang berkos RM 800 telah dihantar kepada pelanggan atas dasar ‘ jual atau pulang’.Satu invois bernilai RM2000 telah dihantar dan direkodkan tetapi hanya dapat dijual dan terima pada bulan mei 2007. ( tahun kewangan berakhir pada 30 April 2007..)
    macam mana catatan dalam jurnal am ?
    terima kasih cg..

  39. cg subra,
    sorry cg saya mempunyai banyak soalan nak tanya…
    1. Amaun hutang yang belum dijelaskan melebihi 4 bulan dari tarikh urusniaga dijangka tidak akan dikutip langsung. ( ini ialah peruntukan hutang ragu kan?atau saya perlu catat sebagai hutang lapuk? )
    2. bagi bab akaun kawalan , perlukah kita ajar penyata untuk menunjukkan pelarasan yang harus dibuat terhadap lejar penghutang untuk mendapat baki yang betul?
    terima kasih ,cg..

  40. Cg Wong,

    Jawapan 1 Tambah kpd. Stok RM800
    Kt.. Penghutang RM2000
    Dt. Jualan RM2000
    2 Saya rasa PHR ttp skema tunjuk sebagai hutang lapuk.

    3.Saya agak tak perlu lagi ttp pernah ditanya sekali dalam STPM 90 an.

  41. cg subra,
    terima kasih banyak-banyak cg…saya rasa untuk soalan 2 itu saya akan catat sebagai PHR..,kerana ia ada perkataan ” DIJANGKA”..

  42. cg subra,
    formula untuk kirakan peruntukan diskaun diberi? dan catatannya dalam jurnal am ??pertambahan ?pengurangan ?
    terima kasih ,cg..

  43. Penghutang-Phr x%PDD

    Jurnal ikut cara PHR.

  44. cg subra,
    wujud pertambahan pdd,
    DT belanja PDD ?@ Untung rugi
    KT PDD

    Pengurangan pdd,
    DT PDD
    KT belanja PDD ?@ Untung rugi

  45. Cg Wong,
    Yes.

  46. cg,
    overhed- kadar elektrik -asas pengagihan- kuasa ? keluasan?
    ataupun kalau ada kuasa ,maka pilih kuasa…kalau tak ada kuasa , pilih keluasan?
    terima kasih cg..

  47. Cg Wong,
    Nampaknya anda tak habis tanya soalan .Jika anda sudi jemputlah ke kelas tuisyen saya .

  48. cg subra,
    ok.terima kasih !

  49. cg subra, jika boleh diharap cg dapat muat naik bahan stpm untuk manfaat peminat cg terutamanya soalan dan jawapan soalan stpm sebenar tahun 2000an.terima kasih

  50. cg subra,
    harap cg dapat bantu sy dalam soalan stpm 2007 s4(b)
    mengenai susut nilai kaedah baki berkurangan
    Van BDH8712 kos RM35K Nilai sisa RM5K usiaguna 4 tahun
    Adakah kadar susut nilai = 100%/4 tahun X 2 = 50%
    susut nilai tahun semasa = nilai buku bersih X 50%
    tahun 2005 = RM35K X 50% X 9/12 = Rm13,125
    tahun 2006 = (RM35,000 – RM13,125) X 50% = RM10,938
    Harap cg dapat beri komen, sebab dalam percubaan STPM2012 Perak S4(b) timbul soalan mirip ini
    Van 1/10/2010 RM65K Nilai Sisa RM13K usia guna 10 tahun Kaedah baki Berkurangan
    Skema : RM65K X 1/10(10%) X 3/12 = RM1625
    Cg. Tolong komen.
    Adakah kadar susut nilai dikira mengikut 100%/usiaguna X 2 = 100%/10 X 2 = 20%
    Terima kasih

  51. kpd cg2 stpm.
    nak dapat penjelasan?
    mengikut sukatan modular penggal 1 tajuk analisis nisbah telah dimasukkan ke dalam Penggal 3, tetapi mengikut kertas contoh soalan Penggal 1 Soalan 2 terdapat soalan analisis nisbah pula, keliru?? sama ada MPM telah membuat kesilapan dan termasuk soalan nisbah dalam soalan tersebut. Minta penjelasan drpd cg-cg yang telah mengikuti penerangan sukatan modular drpd MPM. Terima kasih.

  52. Infostpm,
    Saya rasa soalan sepatutnya menyatakan sama ada BB atau BBB.Jika tidak, diminta buat andaian shj,Tunjukkan jalan kira.

  53. cg subra, tkasih atas komen cg.
    soalan hanya menyatakan BB tetapi kadar tidak diberi, soalan 2007 dirujuk, adakah kita kira kadar menggunakan BBB 100%/usiaguna X 2?
    Bolehkah cg tolong komen tentang tajuk analisis nisbah dalam Penggal 1 di mana MPM memberi soalan contoh yang mengandungi tajuk ini tetapi tajuk ini telah dimasukkan dalam Penggal 3?
    Terima kasih

  54. infostpm,
    Saya rasa ikut syllabus saja kerana ia lebih tepat untuk dipraktikkan.

    Subra.

  55. Cikgu subra maaf nak tanya skt..untuk kkk milikan tunggal perlu rekod guna frs 101. Bgaimang dgn rekod tak lengkap, perlu rekod guna frs juga ke.dlm buku jazal ms ‘183 ada tunjuk contoh frs 101..tp saya tgk dia punya rekod sama mcm persamaan perakaunan n itu utk syrkt berhad..mhn sgt pndgn dr cikgu.tq

  56. mohon bantuan daripada rakan2 guru stpm yg lain…tq

  57. Cikgu baru,
    Setahu saya, tiada FRS untuk milikan tunggal,Cuma yang saya tahu ialah FRS ini hanya untuk milikan syarikat sahaja.
    Subra.

  58. Cikgu Baru,

    Maklumat lengkap berkaitan dengan FRS boleh diperolehi di laman sesawang MASB berikut :

    Financial Reporting Standard (FRS) (klik)

  59. terima kasih cikgu subra dan cikgu narzuki…jadi cikgu subra, utk sistem modular ini kita guna cara rekod yang lama lah yer…dan saya bersetuju FRS ni memang utk akaun syarikat..cuma nak kepastian daripada cikgu2 yang berpengalaman mcm cikgu subra..

  60. rujuk kepada sukatan modular yang terdapat dalam MPM. FRS101 untuk PERS

  61. cikgu info t.ksh…dlm mpm mmd ada sebut..tp saya tgk dlm buku jazal m/s 183 itu kunci kira2 utk syarikat berhad…bukan milikan tunggal…di dlm huraian sukatan, 3.5 ada sebut ttg milikan tunggal n syarikat…mrk suruh bezakan…
    contoh cara rekod aset tetap…dia nyatakan jumlah sahaja…jalan kerja dinyatakan pada nota2…so nanti dalam exam jika diminta perlukah kita ikut cara macam itu…saya dah tanya pada rakan2 lain yg ajar, semua kata ikut cara yg lama sahaja..mohon drpd cikgu utk berikan contoh utk dikongsi bersama

  62. salam kepada semua cikgu,
    ingin bertanya apakah yang dimaksud dengan titik pengiktirafan hasil, perbezaan antara hasil terperoleh dengan hasil diterima, dan perbezaan perbelanjaan terlibat dengan pembayaran?terima kasih

  63. titik pengiktirafan hasil boleh dirujuk kepada soalan 2010 s2 – 6 markah

  64. Sy rasa tak perlu bimbang ttg format KKK. Sy belum jumpa skema yg menyatakan tentang markah format. TTp dlm sukatan telah nyatakan FRS101 maka sy ajar pelajar guna format FRS101. Mungkin ada pemeriksa STPM yg boleh tolong komen?

  65. kawan saya ada tel mpm…dia kata ikut yg lama pun takper…so jgn risau…saya harap maklumat yg diberitahu itu betul…

  66. i merupakan cikgu yang baru , i sangat pressure tentang menyediakan nota perakaunan STPM kerana tiada buku rujukan. bolehkah cikgu-cikgu kongsikan bahan-bahan perakaunan STPM yang baru ikut syllabus yang baru atau buku-buku rujukan yang sesuai boleh digunakan

  67. dan cikgu-cikgu mana boleh dapat buku jazal tu?

  68. cikgu,boleh tak i dapat skema jawapan perakaunan stpm tahun 1998?

  69. boleh tak i dapat skema jawapan perakaunan stpm juga tahun 1999 dan 2000?

  70. Shanti,

    Maaf, tiada skema2 tersebut dalam simpanan saya.

  71. cikgu-cikgu,boleh tak i dapat bahan-bahan perakaunan kewangan…

  72. salam kepada semua cikgu,
    ingin bertanya soalan stpm 2006 paper2,soalan 1 (iv)stok keselamatan itu merujuk kepada stok minimum?bolehkah jawapan dalam bentuk negative?
    terima kasih

  73. cg…soalan sem 1 x ada ke?

  74. Faridatul.

    Maaf.. itu sahaja bahan2 yang ada dalam simpanan saya.

  75. cg subra, bolehkah saya tahu, bilakah cikgu akan mengadakan seminar utk sem3, thn 2013….di seremban, kl,atau jb pun boleh…..ty.

  76. Ms Wong,
    T.kasih atas pertanyaan tentang seminar untuk Sem 3.Saya rasa semester ini tak perlu menjalankan seminar kerana topiknya memang mudah dan pelajar boleh jawab dengan konfiden.Cuma 2 soalan sahaja kan.T.kasih.

  77. hi cikgu , boleh minta latihan atau modul soalan dan contoh jawapan stpm untuk semester 1 ?

  78. Wonglaikwuan,

    Maaf, Itu sahaja bahan2 yang disumbangkan oleh rakan2 guru STPM … yang ada dalam simpanan saya.

  79. Cikgu, boleh minta soalan percubaan semester 1 dan contoh jawapan?

  80. Mastan,

    Maaf, Semua bahan dalam simpanan saya ada DIATAS.

  81. cg subra, setahu saya, dlm MPM, semester ke3 mempunyai perkongsian, nisbah, syarikat, belanjawan, semua topik di atas adalah besar dan makan masa utk belajar, sillibus dlm MPM juga tidak banyak ubah seperti tahun yg lalu, walaupun saya tahu pelajar kena jawab 2 soalan sahaja , ttp semua topik masih harus dikuasai juga. boleh minta tunjuk ajar drpd cikgu, apakah pandangan cg terhadap perubahan soalan dlm sillibus yg terkini berbanding dgn yg lama?

  82. Cikgu,
    Sebenarnya , memang tak banyak yang berubah kecuali hanya disingkatka skopnya.Misalnya topik syarikat dan penyata aliran tunai telah dihadkan.Yang lain masih seperti biasa.

  83. cikgu, setahu saya, kebanyakkan adalah sama, bolehkah cikgu memberitahu yg mana telah dihadkan dlm sykt, manakala penyata aliran tunai ditukar kpd 2 kaedah shj, ttp sykt pula , saya tidak tahu….terima kasih atas tunjuk ajar.

  84. salam cikgu..sy nak tnye insurans prabayar & sewa prabayar kredit @ debit??

  85. Syafa,

    Maksud prabayar = TERDAHULU, maka Insurans / sewa dibayar terdahulu….. dikelaskan sebagai ASET SEMASA, iaitu berbaki DEBIT.

  86. salam ada pertanyaan tentang pengajian perniagaan STPM..jika cikgu boleh membantu.
    belanjawan tunai dalam PP adakah cukai dibayar pada setiap awal suku bulan sebanyak RM28 000 perlu direkod dalam belanjawan tunai..

  87. Sheila,

    Pada pandangan saya,
    Belanjawan tunai bertujuan merekodkan aliran tunai, maka apa2 yang melibatkan wang tunai masuk atau keluar,…. sepatutnya masuk.
    Walau bagaimanapun, sila rujuk guru STPM.

  88. Hai…ada tak cikgu2 yg ada skema jawapan sebenar STP Perakaunan sejak 2000?

  89. Lizz,

    Maaf, tiada dalam koleksi bahan STPM saya.

  90. Cikgu,

    Ada skema jawapan tak untuk semua soalan ni?

  91. Ruslle,

    Maaf, itu sahaja sumbangan daripada rakan2 guru STPM yang berjaya dikumpulkan.

  92. Cikgu, ada jawapan bagi semua latihan bahan STPM?

  93. Fong96,

    Maaf, saya hanya membantu kumpulkan bahan2 STPM setakat mana yang mampu…. jawapan bagi soalan latihan tersebut tiada dalam simpanan saya.

  94. Cikgu ,

    Minta tanya, adakah Cikgu Siti Azira memberikan Jawpan-jawapan kepada soaln soalan yang beliau kemukakan dalam nota

  95. Chee,

    Jawapannya mungkin ada dengan beliau.

  96. utk makluman semua, Buku baharu STPM Perakaunan telah ada dalam pasaran. Ditulis oleh Wan Maznah (Oxford – Ace Ahead)

  97. cg wong, blh tak saya minta jawapan utk bhn-bhn yg disediakan oleh cg?

  98. cikgu, boleh bagi saya kertas soalan stpm 2013, 2014 dan skema jawaban ?

  99. Fong,

    Maaf, saya hanya bantu kumpulkan bahan2 tersebut, dan SEMUA yang ada dalam simpanan saya sudah MUAT NAIK diatas.

  100. Assalam cgnarzuki,sa nak nota analisis penyata kewangan..tq

  101. Che, waalaikumussalam.

    Maaf, tiada nota terbaru yang diminta… sebenarnya cg tidak mengajar STPM.. Cg sekadar membantu mengumpulkan bahan2 untuk dikongsikan kepada yang berminat dan memerlukannya.

    Sumbangan bahan2 daripada pelajar dan guru STPM.. amat dialu-alukan.

  102. cg, nak tanya elaun perjalanan termasuk dalam pengiraan KWSP atau tidak?

  103. hong,

    Elaun lebih masa dan Elaun perjalanan… tidak diambilkira dalam pengiraan caruman KWSP.

  104. Cg,

    Adakah Cg dapat menghubungi rakan-rakan STPM yang boleh menyumbangkan soalan-soalan STPM?

  105. Chee,

    Sebenaranya saya tidak mengajar STPM, jadi susah sikit untuk saya kumpulkan bahan2 tersebut…. hanya mengharapkan rakan2 guru STPM sudi sumbangkan bahan2 mereka untuk dikongsikan.

  106. Cikgu ,ada tak jawapan lengkap bg soalan-soalan di bahan-bahan di atas

  107. Jef,

    Maaf. itu saja bahan yang ada dalam simpanan cg.

  108. Assalamulaikum cikgu…boleh saya dapatkan penjelasan/jawapan berkenaan soalan dibawah

    Along Sdn. Bhd. (ASB) memulakan perniagaan menjual permaidani dan perabot pada 1 Julai
    2002. Semua urusniaga berikut berlaku dalam bulan Julai 2002.

    Julai 1 Melabur dalam perniagaan tunai RM 500,000 dan juga kenderaan RM 50,000.
    3 Membeli kelengkapan kedai RM 25,000 daripada Lan Sdn. Bhd. secara tunai.
    9 Membeli permaidani dan perabot masing-masing bernilai RM 45,000 dan
    RM 82,000 secara kredit bersyarat 2/15, n/60 dariapada Han Seng Sdn. Bhd.
    10 Menjual dua unit permaidani RM 7,500 seunit secara tunai kepada Intan Indah
    Sdn. Bhd.
    15 Memberi nota debit kepada Han Seng Sdn. Bhd. di atas pulangan perabot yang
    rosak RM 12,000.
    19 Menjual empat unit perabot RM 14,500 seunit kepada Perniagaan Endah
    Konsultan di mana dua unit dibayar secara tunai dan dua unit secara kredit.
    22 Membeli seunit permaidani RM 4,500 untuk hadiah kepada Encik Ali, seorang
    pelanggan tetap ASB.
    23 Membeli 10 unit permaidani RM 2,000 seunit. Daripada jumlah tersebut, enam unit
    dibeli secara tunai dan bakinya secara kredit dengan syarat 2/10 , n/60 daripada
    Husin Sdn. Bhd.
    24 Membayar bil telefon dan elektrik RM 1,200.
    25 Membayar upah dua pekerja atas kadar upah RM 35 sehari (sila andaikan jumlah
    hari bekerja adalah 20 hari).
    26 Menjual tiga unit perabot kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. RM 45,000 secara kredit.
    27 Menghantar nota kredit kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. atas pulangan perabot
    RM 13,200.
    28 Melangsaikan hutang Husin Sdn. Bhd. dan menjelaskan separuh hutang Han
    Seng Sdn. Bhd.
    29 Perniagaan Endah Konsultan Sdn. Bhd. melangsaikan hutang mereka.

    DIKEHENDAKI :
    a) Rekodkan urusniaga di atas ke dalam jurnal yang sesuai.
    b) Pindah catat ke lejar yang berkaitan dan sediakan imbangan duga pada 31 Julai 2002.

  109. Athi, waalaikumussalam.

    Sebaik2nya… tunjukkan jawapan anda … kemudian baru Cg semak dan komen mana2 yang tidak betul.

  110. okay Cg Narzuki..insha allah saya cuba dahulu..terdapat sedikit kekeliruan bagaimana ingin membezakan Jurnal Am dan Jurnal Khas ya cikgu..

  111. Athi,

    Jurnal khas … khas untuk urus niaga BELIAN dan JUALAN … BARANG NIAGA secara KREDIT… termasuk PULANGAN.

    Buku Tunai/ Jurnal penerimaan @ pembayaran tunai – khas untuk urus niaga secara TUNAI.

    Jurnal Am – semua urus niaga KECUALI yang diatas.

    Boleh rujuk NOTA (klik)

  112. Assalamualaikum cikgu..

    Jurnal Am..
    Jul 1 Melabur dalam perniagaan tunai RM 500,000 dan juga kenderaan RM 50,000.
    19 Menjual empat unit perabot RM 14,500 seunit kepada Perniagaan Endah
    Konsultan di mana dua unit dibayar secara tunai dan dua unit secara kredit.
    26 Menjual tiga unit perabot kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. RM 45,000 secara kredit.

    Jurnal Belian
    9 Membeli permaidani dan perabot masing-masing bernilai RM 45,000 dan
    RM 82,000 secara kredit bersyarat 2/15, n/60 dariapada Han Seng Sdn. Bhd.
    23 Membeli 10 unit permaidani RM 2,000 seunit. Daripada jumlah tersebut, enam unit
    dibeli secara tunai dan bakinya secara kredit dengan syarat 2/10 , n/60 daripada
    Husin Sdn. Bhd.

    Jurnal Jualan
    15 Memberi nota debit kepada Han Seng Sdn. Bhd. di atas pulangan perabot yang
    rosak RM 12,000.

    Jurnal Pembayaran Tunai
    3 Membeli kelengkapan kedai RM 25,000 daripada Lan Sdn. Bhd. secara tunai.
    22 Membeli seunit permaidani RM 4,500 untuk hadiah kepada Encik Ali, seorang
    pelanggan tetap ASB.
    24 Membayar bil telefon dan elektrik RM 1,200.
    25 Membayar upah dua pekerja atas kadar upah RM 35 sehari (sila andaikan jumlah
    hari bekerja adalah 20 hari).
    28 Melangsaikan hutang Husin Sdn. Bhd. dan menjelaskan separuh hutang Han
    Seng Sdn. Bhd.

    Jurnal Penerimaan Tunai
    10 Menjual dua unit permaidani RM 7,500 seunit secara tunai kepada Intan Indah
    Sdn. Bhd.
    27 Menghantar nota kredit kepada Alam Arkitek Sdn. Bhd. atas pulangan perabot
    RM 13,200.
    29 Perniagaan Endah Konsultan Sdn. Bhd. melangsaikan hutang mereka.

    Mohon pendapat cikgu..terima kasih

  113. Athi,

    Ralat pada soalan :
    15 Memberi nota debit kepada Han Seng Sdn. Bhd. di atas pulangan perabot yang
    rosak RM 12,000….. sepatutnya NOTA KREDIT.

    Urus niaga yang perlu diperbetulkan.
    19 – Jurnal Jualan (2 unit) & Jurnal Penerimaan Tunai (2 unit)
    26 – Jurnal Jualan
    23 – Jurnal Belian (4 unit) & Jurnal Pembayaran Tunai (6 unit)
    15 – Jurnal Pulangan Jualan
    27 – Jurnal Pulangan Jualan

  114. Assalamualaikum cikgu..apa beza antara nota cikgu iaitu JURNAL PULANGAN BELIAN dan JURNAL PULANGAN JUALAN dengan Jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai

  115. Athi,

    Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai sama fungsi dengan BUKU TUNAI. Merekod semua urus niaga TUNAI.

  116. Assalamualaikum cikgu…apakah format untuk Jurnal Pulangan Belian & Jurnal Pulangan Jualan

  117. Athi, waalaikumussalam.

    Hampir sama dengan Jurnal Jualan dan Jurnal Belian.

  118. Cg Subra,

    Perlukah rekod dibuat apabila pengumuman dividen oleh sesebuah syarikat?

    terima kasih

  119. Ya.
    Dt A/K Pengasingan U/R
    Kt A/K Dividen dicadangkan

  120. Hello, saya merupakan cikgu smkbt8 yang baru mengajar stpm tahun ni , nak minta tolong cikgu ..di mana saya boleh dapatkan past year stpm berserta skema sekali ?

  121. Ganyinney,

    Maaf, cuba berhubung dengan guru2 STPM bertanyakan perkara tersebut.

  122. cg subra,
    maksudnya dlm peperiksaan STPM, kita tak perlu mematuhi IAS seperti dividen ditunjukkan dlm Perubahan Ekuiti; saham keutamaan boleh tebus dikategorikan dalam Liabiliti Bukan Semasa; manakala saham keutamaan tak boleh tebus (irredeemable) dalam ekuiti saham. Agak keliru?

    cg, nak tanya bilakah seminar sem 3 dan Sem 1 akan diadakan di PP? Tolong maklumkan.

    Tolong berikan panduan, terima kasih.

  123. Mr Hong,
    Saya rasa semua itu tak perlu kerana paling maksimum ditanya pun hanyalah petikan KKK bahagian e.pemilik shj.Setakat ini tiada Penyata perubahan EP di minta.

  124. Cg..saya nk tanya..macam mana nak kira elaun lembaga pengarah jika soalan dia elaun lembaga pengarah 10%? 10% nak darab dgn ape ea cg?

  125. salam para guru sekalian . sy nak tahu ,adakah cg ad koleksi soalan sebenar mikroekonomi stpm kertas 1 tahun 2010 2011 2012 2013 dan 2014 ? sekiranya ada ,sy harap cg tidak keberatan utk bkongsi :)

  126. Shawty,

    Maaf… blog ini khas untuk Prinsip Perakaunan SPM sahaja.

  127. Bole tak sya dapatkan skema jwpn utk koleksi soalan stpm cikgu??

  128. Ani,

    Maaf, saya tiada skema tersebut.

  129. kepada para cikgu, dimana saya boleh dapat download soalan past year stpm?

  130. salam sejahtera para sekalian.
    minta maaf sebab nak tanya sedikit soalan ,harap boleh dapat reply dngn secepat mungkin
    1. nak minta contoh jwpn soalan past year 1990-2016,klau sesiapa ada diminta share dngn saya jika boleh
    2.nak tanya new syllabus ini untuk sem 1,klau nak buat jurnal dari dokumen,ada apa dokumen yg xperlu direkod dlm jurnal?
    3.new syllabus ini,semua butir stok dikehendaki ditukar kpd inventori?

    terima kasih semua.

  131. cikgu nk tanya ade x skema jawapan utk kertas soalan stpm dr thn 2000-2007?

  132. Sudeshna,

    Maaf.. sudah tiada dalam simpanan.

  133. Cg2 stpm ?? @ cg narzuki
    adakah soalan2 tahun lalu(2012-2015) perakaunan stpm penggal 1 .. ???
    mohon bantuan .. :)

  134. Dayang,

    Maaf.. saya tidak mengajar STPM.

  135. Assalam Cg Narzuki..
    Saya baru mendaftar sebagai ahli. Saya nak download koleksi nota tp tidak berjaya berbuat demikian. Saya klik pada “muat turun” tp tk boleh Boleh bgtahu caranya? TQVM

  136. Seha, waalaikumussalam.

    Buat masa ini… ada masalah dengan plugin download yang lama.. nanti saya cuba selesaikan secepat mungkin…untuk bahan STPM tersebut.

  137. Salam cikgu saya nak tanya skema jawapan Perakaunan penggal 1 untk kertas penggal 1 2015 ada tak?Klu ada saya mahu mintak boleh

  138. Nana,

    Maaf, tiada dalam simpanan Cg.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.