KOLEKSI PERCUBAAN SPM 2012


~ MUAT TURUN (AHLI SAHAJA) ~
Koleksi Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2012

  1. TERIMA KASIH DAPAT KONGSI N DOWNLOAD SOALAN2 UNTUK KEMUDAHAN CIKGU2 BERSAMA, BAGI KECEMERLANGAN SETIAP ANAK DIDIK KITA

  2. TERIMA Kasih. Latih tubi utk pelajar-pelajar anak didik.

  3. terima kasih sgt2…mudah-mudahan ia dapat membantu anak didik saya…

  4. Sama2… semoga anak2 didik kita semua beroleh kejayaan yang cemerlang.

  5. Cg Narzuki,
    Saolan terengganu dirujuk, dalam soalan 4(b) mengapa skema graf TPM tidak ambil kira kenaikan kos berubah RM3? Dalam soalan 5(i), mengapa alatan pejabat ditolak RM5000 dalam pengiraan modal awal? 5(iii) bagaimana mendapat nilai modal tambahan RM1840? terima kasih

  6. Cg Fatimah,

    Pada pandangan saya, terdapat RALAT pada skema jawapan bagi soalan2 tersebut, kemungkinan SKEMA PEMBETULAN dihantar kemudian ke sekolah2.

  7. Assalamualaikum..cikgu narzuki. tak ada ke soalan dari sabah dan sarawak? Terima kasih

  8. Drfadzly, waalaikumussalam.

    Setahu Cg.. mereka tidak mengadakan soalan yang selaras, masing2 sekolah buat soalan sendiri.

  9. Cikgu,
    Saya denger tahun ini Percubaan Negeri 2013 tidak akan dikendalikan oleh negeri masing-masing. Adakah ini benar? Jika benar, ada apa-apa gantian dirancangkan?

  10. Martina,

    Itulah arahan yang dikeluarkan oleh KPM. Masing2 perlu menyediakan soalan percubaan untuk sekolah sendiri. Walau bagaimanapun saya yakin setiap negeri akan menyediakan SET MODUL atau SET LATIH TUBI sebagai persediaan pelajar menduduki peperiksaan SPM nanti. Cuba hubungi JU negeri masing2.

  11. salam, cikgu nazuki boleh tak download semula skema jawapan trial SBPI 2012, file corrupted

  12. Salam cg nazuki. Saya cuba download semua soalan trial 2012 tapi tak dapat.bagaimana caranya? Adakah semua file dah corrupted?

  13. Cgmurad,

    Fail2 tersebut tiada masalah… cuma ianya dalam format ZIP.. sila UNZIP fail2 tersebut menggunakan perisian2 seperti WinZip, 7Zip dan seumpamanya.

    # Perisian tersebut boleh dimuat turun DISINI (klik) dan INSTALL terlebih dahulu.

  14. Saya dah installed WinZip & dapat download soalan trial SPM 2012.

    Terima kasih.

  15. Cikgu Narzuki
    Terima Kasih kerana berkongsi banyak maklumat, terutama sekali soalan percubaan spm (negeri ).

  16. saya merujuk Melaka Trial 2012 k2 soalan 2. Akaun kawalan Penghutang, jawapan jualan kt 8,200. Maklumat tambahan (i)tidak diberi keterangan/andaian bahawa pulangan jualan 260 berkaitan jualan kt/ jualan tunai? Jika pelajar2 memberi jawapan 8200/8460 sepatutnya dua2 jawapan boleh diterima.
    Harap dapat komen dari saudara.

  17. Saras,
    Sama-sama.

    Cg Murad,

    Ak PULANGAN JUALAN adalah merujuk kepada JUALAN KREDIT sahaja. Ianya merupakan akaun kontra kepada JUALAN, iaitu akan mengurangkan jumlah Jualan.

    Katakan, JUALAN TUNAI RM1000, kemudian pembeli dapati barangan tersebut rosak dan pulangkan… maka penjual hanya akan GANTI dengan barangan yang baru,….. tiada kesan kepada nilai jualan tersebut, tetap RM1000. ……. pulangan tersebut TIDAK dikelaskan sebagai “Pulangan Jualan”.

  18. Saya merujuk jawapan bagi kertas soalan Perak Trial 2012 K2 soalan no.5b(PERSAMAAN PERAKAUNAN).Terdapat kesalahan menaip. Tarikh Mei 31 angka stok,bank, modal & untung bersih sepatutnya 7,130,8,725,35,465 dan 6,985. Tidak 7,600,9,075,35,935 dan 7,335.
    Diharap cikgu/pelajar yg membuat latihan, mengambil perhatian hal ini.

  19. Cg Murad,

    Terima kasih atas makluman tersebut.

  20. Cg Narzuki
    Sama sama.

  21. Komen soalan Perlis Trial 2012 K1.
    Ada jawapan no.9 salah taip.Sepatutnya C bukan B.
    Ada soalan2 senang ( no.39 & 40 ) dan banyak soalan2 mencabar keupayaan pelajar sebenar. Adakah masa yg diperuntukan mencukupi? Kalau ya. Syabas utk cikgu/ mereka yg menyediakan soalan2 ini.

  22. Cg Murad,

    Pada pandangan saya,
    Ya, saya setuju jawapan bagi no 9 ialah C.
    Soalan2 trial biasanya disediakan pada aras yang lebih tinggi berbanding SPM… supaya pelajar lebih bersedia dengan tahap penguasaan yang lebih tinggi… bagi menjamin keputusan mereka nanti lebih cemerlang.

  23. Assalamualaikum..
    merujuk kepada soalan trial 2012: soalan no(2) Melaka dan no(3) Johor Bharu, Batu Pahat. kedua-dua soalan di maklumat tambahan ada menyatakan bahawa pulangan jualan masih belum direkod dalam mana-mana buku. persoalannya: adakah pulangan jualan tersebut perlu direkod dalam a/k kawalan penghutang atau tak perlu direkod? ini kerana skema bg kedua2 soalan tersebut memberi jawapan berbeza. Melaka (tak rekod) manakala JB (rekod). mohon penerangan dari cg. Tq

  24. Wan,

    Cuba perhatikan …… kedua2 soalan tersebut dalam situasi yang berbeza, maka skema sudah tentu berbeza.
    Melaka : (i) Pulangan jualan berjumlah RM260 belum direkod dalam mana-mana buku perniagaan.
    Johor : (ii) Pulangan jualan RM120

  25. Komen Perlis SMKDJH Trial Akaun 2013.
    Saya dapati banyak salah taip.contoh dalam akaun yuran, yuran ahli sepatutnya 25,490 tetapi jawapan ditaip 25,380.Penyata Pendapatan cenderamata,stok awal sepatutnya 8000 tetapi ditaip 5000,stok akhir sepatutnya 6100 tetapi ditaip 3400.Banyak lagi kesalahan dalam Penyata Pendapatan.Diharap dapat cikgu beritahu mereka tolong semak semula demi kebaikan semua.

  26. Cgmurad,

    Terima kasih.

  27. maaf cg, saya masih keliru. di sini saya sertakan petikan soalan tersebut.

    Johor : Pulangan jualan RM120 belum direkod dalam mana-mana buku.

    Melaka: Pulangan jualan berjumlah RM260 belum direkod dalam mana-mana buku perniagaan.

    kedua-dua soalan sama pernyataannya, Saya keliru nak bagi jawapan tepat kepada pelajar saya sama ada pulangan jualan tersebut perlu direkod dalam kawalan penghutang @ tidak.

  28. Yik,

    Pada pandangan saya,
    Soalan JELAS menyatakan ianya BELUM direkodkan dalam mana2 buku… oleh kerana Ak Kawalan disediakan SEBELUM pelarasan lagi.. maka ianya BELUM direkodkan lagi dalam AK Kawalan. Tetapi perkara tersebut perlu diselaraskan kemudian dengan (+) di Pulangan Jualan dan (-) di Penghutang dalam PP dan KKK nanti.

  29. ok…maksudnya Melaka (rekod tak lengkap) a/k kwln disediakan sblm pelarasan, maka pulangan jualan tak rekod dlm a/k kwln tetapi pelarasan dibuat pada PP & KKK. manakala Johor Batu Pahat (kelab & persatuan) pulangan jualan terus rekod dlm a/k kwln. Terima kasih Cg 🙂 baru faham.

  30. Assalamualaikum cg, boleh tak terangkan mengenai belanja terakru awal/akhir, belanja terdahulu awal/akhir, hasil terakru awal/akhir, hasil terdahulu awal/akhir. Saya masih pening yang mana perlu ditambah/ditolak. Mohon pencerahan.

  31. Insan.

    Saya bagi formula yang mudah.. sama ada HASIL @ BELANJA :
    1. TERDAHULU = BUKU TUNAI + Baki awal – Baki akhir
    2. TERAKRU = BUKU TUNAI – Baki awal + Baki akhir

  32. cikgu, saya nak tanya
    jika ada pulangan dan kita sudah buat akaun kawalan degan mengambil kira pulangan… Perlukah kita mencatat pulangan dalam Penyata Pendapatan?

  33. Vvdanial,

    YA, setiap urus niaga melibatkan 2 akaun:
    Dt Pulangan jualan ,,,,,, dipindahkan ke Penyata Pendapatan
    Kt Penghutang ,,,,, catatan dalam Ak Kawalan Penghutang

    Begitu juga dengan kes Pulangan belian, Hutang Lapuk, Diskaun,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.