PA SPM 2010 : SELESAI.

Dengan berakhirnya Kertas 2 pada jam 4.30 petang tadi, maka berakhirlah perahan keringat guru-guru prinsip perakaunan untuk tahun 2010….. SPM 2011 pula sedang menanti.

Cg Narzuki Online mendoakan semoga semua pelajar prinsip perakaunan 2010 memperolehi keputusan yang cemerlang sebagaimana yang diharap-harapkan.

Posted on December 9, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 110 Comments.

  1. Cikgu,
    tadi terkejut juga menjawap soalan spm, dalam sejarah, perkongsian tidak keluar langsung dalam SPM, Susah juga nak jawap soalan no 2 dan 3. Soalan 4 pula buku tunai runcit bentuk yg diberikan itu tidak biasa dengan fatin buat, biasanya fatin buat penerimaan dan pembayaran bersebelahan, jadi fatin ikut saja format fatin. Bagaimana pula dengan komen cikgu berkenaan dengan soalan SPM tahun ini. Disini saya mengucapkan beribuan terima kasih kepada cikgu Narzuki yg telah banyak membantu fatin selama ini.
    terima kasih.

  2. salam cikgu,,,ade tak contoh skema jawapan untuk soalan spm 2010 (yang berlangsung tadi)??
    saya nak semak jawapan

  3. cikgu, ade x jwpn akaun SPM 2010… kalau ad tolong bagi ea

  4. yela cikgu….sy sokong pendapaat fatin…soalan spm tahun ni memang berbeza dengan setiap soalan yang saya pernah buat….

  5. Fatin & Qifays,
    Sekarang ini subjek Prinsip Perakaunan dalam proses transformasi, jadi sudah tentulah akan ada perkara2 baru yang diluar kebiasaan atau jangkaan… jadi persediaan menyeluruh adalah sangat penting. Daripada pemerhatian Cg, soalan tersebut tidaklah terlalu susah, cuma gaya penyoalannya berlainan dari kebiasaan sahaja.

    Berkaitan dengan soalan BTR, pada pandangan Cg mana2 format boleh digunakan.

    Simple,
    Cadangan jawapan tu, belum ada lagi..

  6. Cikgu,
    Masa peperiksaan tadi, fatin tak faham soalan tetapi bila balik buat semula rupanya sangat senang, Jawapan soalan 2 fatin buat di rumah untung kasar RM59034, Untung bersih RM11698, Modal kerja RM962 dan angka pengimbang Kunci kira-kira RM3962. dimana Belanja am RM16597, Faedah pinjaman RM1200 dan susut nilai peralatan RM1850 modal awal RM 4264….

  7. Cikgu,
    Kalau ada masa, tolong semak jawapan fatin kertas 1. BDDBA CBDBA BCCAD BDBAC DCDCB AABAB DDAAA DCCDB
    Terima kasih

  8. Fatin,
    Memangpun, sebenarnya tidaklah susah sangat soalan tersebut bagi topik RTL. Dan pada pandangan Cg semua jawapan Fatin diatas adalah BETUL.

    Pada penilaian Cg, betul 38/40

  9. cg, sye pening jwb soalan no3 yg psl akaun peruntukan hutang ragu, akaun hutang lapuk dan akaun hutang lapuk terpulih 2. sy ta pnh jwb soalan 2. hurmm. and psl soalan buku tunai runcit 2. untuk format brape markah selalunye cg?

  10. Ladygirl,
    Pada pandangan Cg, kedua-dua format boleh disediakan tiada salahnya dan tiada markahpun untuk format.

  11. Terima kasih buat cikgu yg banyak membantu pelajar dan guru dlm ruangan website nie.

    Soalan akaun thn nie ada sedikit perbezaan dari segi soalan. basic sama tapi cara persembahan soalan tu berbeza sedikit. Buku Tunai runcit topik yg tak dijangka keluar. Diharap pelajar dpt menjawab dan mendpt keputusan yg baik.

  12. Sama-sama, Saya setuju dengan pandangan Cg Fadzlina berkaitan soalan tahun ini.

    Adalah penting untuk pelajar menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada, jangan hanya menumpukan pada topik2 ramalan semata2.

  13. cg, spm akaun 2010 hari ini, soalannya tulis ”PHR 4% atas penghutang” , maksudnya kita perlu tolak hutang lapuk drpd penghutang atau tiday, atau terus ambil amaun penghutang? jika jawapan saya utk 3a) dah salah, saya masih boleh dapat markah untuk 3b dan 3C atau tidak?? jika salah, tak boleh dpt LCCI punya sijil ke?>

  14. Jin,
    Pada pandangan Cg, Baki Penghutang tersebut tidak perlu ditolak dengan HL. Walaupun salah di (a), masih lagi berpeluang dapat markah di (b) dan (c). Peluang untuk dapat Sijil LCCI masih lagi cerah, kerana ianya bukan bergantung kepada soalan 2 dan 3 sahaja.

  15. cikgu, bolehkah tolong beri jawapan akhir bagi setiap soalan dalam kertas 2?

  16. cg , nak dapt sijil LCCI perlu score soalan 2 dan 3 ke? soalan 2 dan 3 untuk spm 2010 ni 30 markah kn? so brape perlu score untuk dpt LCCI? ataupun untuk dpt LCCI perlu dpt markah 75% ke atas mcm tu? sbb sy buat dkt soalan 3 mmg teruk sy rase, sbb sy tak pernah jwb soalan 2. saye cume bantai ape yg sy taw je td. hurmm. mcm mne ye cg? masih ade peluang ke sy nk dpt sijil LCCI 2?

  17. Penilaian gred LCCI setahu Cg bergantung kepada jumlah markah yang diperolehi dalam KERTAS 2, bukannya pada soalan 2 dan 3 sahaja. Jadi peluang untuk dapat sijil LCCI masih cerah, jangan bimbang.

  18. cg ada jpn kertas 1..

  19. cikgu,
    soalan objektif fatin adalah 38/40, dua soalan mana yg fatin buat salah. Terima kasih

  20. cg, dlam soalan 2. penyata pendapatan 2, sy pegi tambahkn jualan peralatan dan tolak kan belian peralatan. salah kn cg? mcm mane sy pnye markah ye cg agak utk soalan ni?

  21. slm ckgu,,bleh tak bagi angka pengimbang kunci kira-kira dalam soalan 2…

  22. and cg mcm mne nk kire modal awal dlm soalan no 2 tu?

  23. sorry…aset awal -liabiliti awal

  24. kpd FATIN.
    mcm mne awk kire untuk dpt modal awal 2?

  25. kpd MIEYO.
    perlu tolak ke sekali pinjaman 2?
    sbb 2 pon liabiliti kn?

  26. sy dpt modal awl 2410. btl ke? kalau salah mcm mne cre nye?

  27. and pinjaman 2 perlu diletakkan di liabiliti bukan semasa ke cg dlm kunci kira-kira ?

  28. MIEYO :
    awk taw ape angke pengimbang die?

  29. fatin,,,bukan ke modal awal tu 2410?

  30. Modal awal sepatutnya RM4264 sebab perlu ditambah dengan baki awal bank juga iaitu RM1854. Jawapan KKK angka pengimbang fatin di atas mungkin sudah betul.

  31. then mcm mane fatin boleh dpt modal awl 4264?

  32. pinjaman itu jangka pendek jadi patut masuk dalam liabiliti semasa

  33. aset tolak liabiliti RM2410 kemudian tambah dengan baki awal bank di buku tunai RM1854

  34. i think fatin betul.
    fatin mcm mne u boleh dpt modal kerja tu 962?

  35. ladygirl. Jualan peralatan dan belian peralatan adalah untuk cari susut nilai peralatan iaitu baki awal peralatan RM1400 tambah belian perlalatan RM4250 tolak jualan peralatan RM800 dan tolak Baki akhir peralatan RM4250. iaitu susut nilai peralatan RM1850.

  36. aset semasa (stok RM6250+Penghutang RM9840+Bank RM22) tolak liabiliti semasa (Pemiutang RM2650+ Pinjaman RM12000+Belanja am terakru RM200+Faedah pinjaman terakru RM300)

  37. sy lgsg tataw pinjaman 2 ptt letak kt liabiliti. huhh,

  38. ladygirl, soalan ini sama dengan soalan spm 2009 iaitu pinjaman tempoh matang kurang daripada satu tahun masuk dalam liabiliti semasa.

  39. no 6 pilih mane satu baru betul?

  40. kpd fatin n ladygirl
    no 6 pilih mana satu baru betul?

  41. soalan no4.
    mengepos catatan ke lejar 2 nk amik yg mne?
    akaun belanje pejabat cm 2 ke?

  42. IS:
    sy buat suasana berhad.
    but tataw larh.

  43. mana-mana pun boleh. Nak jawap kedua-dua pun boleh. markah akan diberi kepada jawapan yang markah paling tinggi.

  44. mungkin suasana sebab kadar pulangan atas modal 37% lebih tinggi berbanding dengan Dulang hanya 32%.

  45. FATIN:
    how about soalan4(b)

  46. ladygirl, dalam lejar sepatutnya, kita buka semua akaun belanja pejabat, akan belanja pos, akaun belanja perjalanan dan akaun alat tulis. Masuk jumlah angka akhir itu dan debit dalam akaun masing-masing dan butir tulis tunai runcit.

  47. kalau butir tulis tunai je mcm mne?

  48. Pada pendapat fatin. sepatutnya tidak boleh sebab amaun itu pindah dari buku tunai runcit bukan akaun tunai.

  49. tapi nisbah semasa dgn kadar dulang lebih baik

  50. bagi pelabur yang diutamakan adalah kadar pulangan atas modal

  51. tetapi fatin rasa kita perlu bandingkan semua nisbah sebab markah adalah 3.

  52. CIKGU NARZUKI :
    kalau markah dlm 70%-74% je boleh dpt ke LCCI 2?

  53. Fatin,
    TAHNIAH Cg ucapkan, kerana penguasaan anda dalam subjek prinsip perakaunan begitu mantap sekali.

    Ladygirl,
    Setahu Cg, sekiranya KERTAS 2 dapat markah yang baik, masih ada peluang untuk LULUS dan layak dapat sijil, bukannya bergantung kepada soalan 2 dan 3 sahaja.

  54. Cikgu,
    Penguasaan fatin disababkan Cikgu narzuki online yang telah banyak membantu fatin sejak 2 tahun ini. Tanpa Cikgu Narzuki online, fatin tidak mungkin boleh berjaya. Terima kasih cikgu narzuki yang telah banyak membantu fatin dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa cikgu.

  55. Cikgu,
    Ada 2 soalan objektif fatin yang salah. Soalan mana dan apa jawapannya.
    terima kasih

  56. Oop, maaf Cg silap hitung, pada penilaian Cg hanya 1 silap iaitu soalan 19 – B

  57. cg biasenya nk dpt A- bp? taon lps grading A- bp?

  58. Maaf, Cg tak pasti, hanya LPM saja yang tahu gred sebenar yang digunapakai. Secara kasarnya, mungkin 80% keatas atau rendah sedikit.

  59. Cikgu Narzuki,
    Fatin setuju, soalan 19 sepatutnya B. fatin dapat jawapan negatif tapi lupa buat kurungan. terima kasih cikgu.

  60. cikgu …kenapa soalan lcci tu susah sangat..terutamanya soalan 3..tapi kertas 1 saya leh jawap..arap arap dapat A amin

  61. Nampaknya tiada lagi Anchor Item (soalan 2 dan 3) sebagaimana soalan SPM 2008 dan 2009. Soalan 3 adalah soalan biasa dibawah Topik Pelarasan Pada Tarikh Imbangan. Semoga harapan anda tercapai.

  62. fatin,
    apakah angka imbangan dalam imbangan duga soalan 1?

  63. fatin,
    apakah jawapan untuk soalan 6a

  64. cg, banyak kawan saya tolak HL drpd penghutang, slpas cg beritau , saya baru relieve, tq cg .

  65. cikgu ada skema jwpn utk paper 1 tak ?

  66. Genzradota,
    Boleh rujuk jawapan yang diberikan oleh Fatin diatas, kecuali no 19 jawapannya B.

  67. Dah semak…dpt 38/40 . Blog cikgu nie mmg banyak bantu saya . Terima kasih cikgu

  68. Tahniah Cg ucapkan, semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

  69. cikgu soalan no 5..soalan ade suruh wat jurnal tapi saya tak berape nak faham sebab sebelum ney soaln syarikat berhad tak penah mintak suh wat jurnal pasal modal diterbitkan?boleh cikgu terangkan

  70. cikgu kenapa soalan spm akaun seakan akan same dengan spm 2008..terutamanye soalan buku tunai runcit dengan dividen tu..saya ingatkan masuk la soalan perkongsian sebab langsung tak penah kuar soalan tu dalam spm..tapi saya nak ucapkan terima kasih kat cg sebab da banyak tolong saya..

  71. Syakiema, sama-sama.
    Memang dalam soalan SPM belum pernah minta sediakan jurnal bagi merekodkan modal diterbitkan, tetapi perkara tersebut ada ditunjukkan dalam buku teks. Dan tiada sebarang syarat yang menetapkan kalau dah keluar tahun lepas tidak akan keluar lagi pada tahun ini. Penguasaan SEMUA topik yang ada adalah sangat penting sebagai persediaan untuk menduduki mana-mana peperiksaan sekalipun.

  72. Liana,
    ini jawapan fatin tetapi fatin tidak pasti betul atau tidak.
    soalan 1 – Baki tunai 2150 Baki bank 8675 Imbangan duga 140025
    soalan 2 – seperti di atas
    soalan 3 – a) PHR 2009 – 1058, PHR 2010 – 858
    b) 2009 – pertambahan PHR 562
    2010 – pengurangan PHR 200
    Soalan 4 – Bayar balik RM239. Belanja pejabat RM69, Belanja pos RM26, Belanja perjalanan 14, alat tulis RM130.
    Soalan 5 – (a) (i) RM3 000 000 (ii) RM 40 000 (iii) RM200 000
    Soalan 6 – (i) 30% , 28% (ii) 37%, 32% (iii) 2.5:1 , 1.50:1 (iv) 3.40, 4.17

  73. cikgu,,soalan semalam yg paper 2,utk soalan no3,,
    perlu ke buat 2 akaun utk dua dua tahun kwangan?
    sbb soalan minta bagi tahun berakhir 2009 dan 2010?sy kurang pasti lah
    cikgu,,
    kalo buat 2 akaun,,masih dapat markah ke ckgu?

  74. fatin,,kalo nisbah semasa tu sy buat dalam bentuk pecahan takpe kan?
    contohnye,,5/2:1
    soalan 1, yg dokumen 8,,itu adalah ambilan kan,,bukan kadar bayaran kan?

  75. Shira,
    nisbah itu tak pasti, rasa boleh kot. ya dokumen 8 itu ambilan.

  76. cg.
    kalau buku tunai runcit yg lejar 2 butiran die tulis tunai je, mmg salah ye cg? tak kn dpt ke 2 markah 2?

  77. lagi 1 soalan pasal dokumen keratan cek..sebab bagi saya ada dua jawapan samaada ambilan atau kadar bayaran …saya rase butir tulis kadar bayaran .sebab penerima TNB…betul ker cg??

  78. Cikgu,
    Dalam soalan dokumen nota debit memang patut masuk di dalam jurnal am tetapi Fatin terpaksa masuk dalam Jurnal belian disebabkan oleh beberapa perkara.
    a) Soalan tahun lepas tidak pernah di soal 2 jurnal am serentak selain daripada catatan pembukaan. dokumen 9 sudah masuk dalam jurnal am.
    b) jIka nota debit dimasuk dalam jurnal am ini bermakna Jurnal Belian, Jurnal Jualan dan Jurnal pulangan belian hanya mempunyai satu butir sahaja, ini tidak pernah berlaku dalam soalan tahun lepas sebelum ini iaitu ketiga-tiga jurnal hanya ada satu butir sahaja.
    c) Angkutan ini sebenarnya menambahkan kos harga belian jadi sepatutnya tidak ada masalah jika kita masuk dalam jurnal belian.
    d) dalam soalan buku teks muka surat 114 (dokumen 4) nota debit salinan(kos angkutan) itu di masuk dalam jurnal jualan mengikut jawapan buku teks, jadi sepatutnya nota debit asal boleh masuk dalam jurnal belian.
    -Selama ini fatin memang rujuk banyak buku rujukan dan juga ruangan cikgu narzuki online. adalah yang masuk dalam jurnal am dan ada yang masuk dalam jurnal belian. Fatin tidak dapat jawapan sebab soalan tahun lepas belum disoal dan tiada skema. Berdasarkan pendapat fatin a,b dan d. fatin membuat keputusan masuk dalam jurnal belian semasa menjawap soalan ini walaupun fatin tahu risiko salah adalah tinggi.

  79. Fatin,
    Dalam menjawab soalan, kita kena berpandukan kepada apa yang disoal dalam soalan, bukannya berdasarkan format soalan tahun2 lepas kerana formatnya boleh berubah-ubah mengikut kemahiran2 yang hendak diuji.

    NOTA DEBIT dikeluarkan kepada pembeli bagi :
    (i) menambahkan jumlah pada Invois (spt: terkurang caj) – JURNAL BELIAN
    (ii) mengenakan caj tambahan (spt: caj angkutan) – JURNAL AM

    Caj angkutan tidak menambahan kos HARGA BELIAN, tetapi menambahkan KOS BELIAN yang mana ditunjukkan dalam Penyata Pendapatan. Iaitu: [ Belian – Pulangan belian + ANGKUTAN MASUK + Duti belian + Upah atas belian ]. Daripada pemerhatian Cg, terdapat juga beberapa kesilapan dalam setengah2 buku rujukan. Maaf untuk Cg katakan, adalah SALAH jika perkara tersebut dicatat dalam JURNAL BELIAN.

  80. syakiema, yang tu soalannya tulis untuk bayaran rumah pemilik -.- takkan masuk kadar bayaran la -.-

  81. Cikgu,
    adakah jawapan bagi k/k/k (soalan 2) 3960?

  82. Rachel,
    Kalu tak silap Cg, soalan 2 jumlah KKK ialah 3962.

  83. okay cikgu saya dapat jawapan yang betul 3962, tadi saya salah ingat >.< ..dah semak kertas saya skng 😀
    Terima Kasih Cikgu! 😀

  84. thanks Farin gtau jawapan sebenar…malaz nak cek dah takut salah plak..nanti kecewa plak…betul tak korang.?betul jugak kate fatin taun ney semua jurnal hanya satu butir jer..pelik.. mungkin sebab dokumen hanya ade 11 jer kot sebab tu dia wat satu2..maybe..

  85. ckgu,,kalo nisbah semasa tu tulis dlm bntuk perpuluhan takpe kan?

  86. uppsss,,,bukan,,mksud sy dlm bntuk pecahan takpe kan?

  87. Shira,
    Pada pandangan Cg, NISBAH dan PECAHAN adalah 2 bentuk yang berbeza. Sesuatu nisbah kewangan akan hanya BERMAKNA apabila nisbah tersebut dapat dibandingkan dengan mudah.
    Contohnya :
    2009 = 2.10 : 1 dan 2010 = 3.21 : 1 –> lebih mudah dibandingkan.
    2009 = 5/2 dan 2010 = 4/3 –> sukar untuk dibandingkan.

  88. kepada fatin,
    Taniah ya sy ucap,ada jugak jawapan awak dengan saya dalam kertas 1 & 2 .

  89. =(,,DAH TU CKGU?
    KIRA SALAH LA YE?
    TAPI KAN CKGU 5/2 EQUAL TO 2.5…
    CKGU RASE LPM TERIMA TAK JWPN SY?

  90. Shira,
    Sama ada LPM terima atau tidak, itu Cg tidak pasti.

  91. Cikgu,
    Sedih juga fatin mendapat tahu nota debit fatin salah sebab selama ini apa yang fatin tahu jika syarikat yang kita beli barang itu caj kita pengangkutan kita boleh masuk dalam harga belian sebab syarikat yang kita beli itu bukan syarikat pengangkutan, kos itu termasuk dalam harga belian barang itu sebab ia dicaj oleh syarikat itu yang membeli barang. Apa yg fatin faham selama ini ialah kita akan membuka akaun angkutan jika membayar atau hutang kepada syarikat pengangkutan secara langsung kerana terima atau hantar barang.
    Terima kasih cikgu kerana memberi penerangan kepada fatin.
    terima kasih.

  92. Fatin, jangan bimbang. Pada pengamatan Cg peluang untuk Fatin mendapat A+ masih lagi cerah.

  93. fatin,
    apakah butir untuk dokumen 2?

  94. cg,law jwpn utk nisbah sy buat dlm bntuk perpuluhan..
    bley di terima ke???//

  95. Syed,
    Memang sepatutnya NISBAH dalam bentuk perpuluhan.

  96. liana,
    Dt promosi kt bank

  97. cikgu, klau soalan no 2 sy x balance.. mmg totally akan hilang 18 m ke ? sy silap dkt peralatan… 🙁

  98. Zul, tidak semuanya 18 markah hilang, hanya markah yang berkaitan dengan peralatan sahaja yang hilang.

  99. soalan no 2 kena buka akaun kawalan penghutang dan pemiutang tak ? Belanja am pun kena buka akaun kan dan modal kita kena hitung sendiri kan ?

  100. terima kasih cikgu

  101. cg sekurang2nye pa kne bley bpe bley dpt sijil lcci??????

  102. Salam…

    Alhamdulillah dah selesai paper SPM Akaun tahun ni. Mmg setuju dgn pandangan cgu. Prinsip Perakaunan dalam proses transformasi yang kita sendiri tak jangka apa yang akan keluar dalam SPM.
    Apapun terima kasih kpd cgu atas bantuan yang diberikan. tunjuk ajar cgu sy aplikasikan di dlm p&p saya.. moga Allah memberkati segala usaha murni cgu dalam meningkatkan ilmu perakaunan untuk anak didik seiringan membentuk pelajar2 menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara… 😉

  103. Assalamualaikum. Cgu d sni sy ingin bertanya beberapa soalan. Mengapa perakaunan ini perlu d pelajari?

  104. cikgu klou sy terlupa tulis imbangan duga pada….

    ada effect x….sy dh kira imbg tapi terlupa tulis imbangan duga

  105. ade tak skema jawapan untuk paper 1 akaun 2010?

  106. Cikgu,
    Hasbullah pun salah buat nota debit sebab rekod dalam Jurnal Belian..huhu. Hasbu masuk dalam nota debit sebab dalam dunia perniagaan sebenar contohnya Penjual nak jual barang RM2000 kepada pembeli dan dia nak caj pengangkutan RM500 ke atas pembelian maka dia akan jual dengan harga RM2500. maka penjual akan rekod jualan RM2500 dan pembeli akan rekod belian RM2500. Bila penjual bayar kepada sykt pengangkutan maka dia akan rekod sebagai angkutan keluar. maksudnya harga jualan dan belian sudah termasuk kos pengangkutan. Kecuali penjual jual harga RM2000 kepada pembeli dan dia suruh pembeli yang bayar RM500 kepada syarikat pengangkutan, masa itu baru pembeli buka jurnal am (angkutan masuk) sebab hutang kepada syarikat pengangkutan. Dalam soalan spm 2010 penjual sebenarnnya nak jual dgn harga RM4900 kepada pembeli dalam inovis NO.703 tetapi terlupa rekod maka nota debit dibuka sebagai invois tambahan. Jika dia sudah caj angkutan masuk dalam inovis no.703 sebelum ini maka jumlah itu RM4900 memang akan masuk dalam jurnal belian. Jadi nota debit itu hasbullah masuk dalam jurnal belian supaya angka itu genap RM4900.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.