Akaun Pengeluaran

 

KONSEP KOS

– Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.

– Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.

– Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.

1. Kos Tetap

– Atau disebut sebagai kos malar.

– Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.

– Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.

– Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.

– Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).

– Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.

2. Kos Berubah

– Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.

– Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.

– Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.

– Contoh; kos bahan mentah, kos buruh langsung, duti atas bahan mentah, belanja langsung kilang.

ELEMEN KOS PENGELUARAN

1. Kos bahan mentah

o Bahan langsung atau bahan utama dalam proses pengeluaran.

o Kos Bahan Mentah = Stok Awal Bahan Mentah + Belian Bahan Mentah + Kos Yang Melibatkan Belian Bahan Mentah (Duti Atas Belian Bahan Mentah, Angkutan Atas Belian Bahan Mentah, Insurans Atas Belian Bahan Mentah) – Stok Akhir Bahan Mentah

o Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya.

2. Kos buruh langsung

o Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.

o Contoh; gaji kilang, upah kilang, buruh langsung.

3. Belanja Langsung

o Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.

o Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.

4. Kos Prima

o Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.

5. Kos Overhed

o Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).

o Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.

o Contoh;

a. Kos buruh tak langsung; gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji jaga kilang.

b. Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.

c. Sewa kilang.

d. Sewa loji dan mesin.

e. Susut nilai loji dan mesin.

f. Insurans kilang.

g. Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.

h. Alat-alat kecil – perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar. ( Belanja Alat-alat Kecil = Stok Awal Alat-alat Kecil + Belian Alat-alat Kecil – Stok Akhir Alat-alat Kecil).

6. Kerja Dalam Proses

o Atau dikenali disebagai barang separuh siap.

o Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh perakaunan.

o Masih dalam beberapa pringkat pengeluaran.

o Akan dinilai dengan mengambil kira kos bahan mentah, kos buruh langsung dan kos overhed yang terlibat.

KOS PENGELUARAN = KOS PRIMA + KOS OVERHED

KOS PRIMA = KOS BAHAN MENTAH + KOS BURUH LANGSUNG + BELANJA LANGSUNG

KOS OVERHED = KOS BURUH TAK LANGSUNG + BELANJA TAK LANGSUNG

KOS PENGELUARAN BARANG SIAP = KOS PENGELUARAN + KERJA DALAM PROSES AWAL – KERJA DALAM PROSES AKHIR.

KUIZ : Kos Pengeluaran

Congratulations - you have completed KUIZ : Kos Pengeluaran. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Butir yang manakah akan dicatat ke Akaun Pengeluaran?
A
Jualan
B
Gaji jurujual
C
Gaji buruh langsung
D
Susut nilai perabot kedai
Question 2
Antara yang berikut, manakah kos berubah?

I Kos buruh

II Sewa kilang

III Insuran kilang

IV Kos bahan mentah

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 3
Antara yang berikut, manakah elemen kos pengeluaran?

I Kos overhed

II Kos barang siap

III Kos bahan mentah

IV Kos buruh langsung

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 4
Antara yang berikut, yang manakah kos overhed bagi sebuah firma pengeluaran?

I. Bahan langsung

II. Upah pekerja kilang

III. Belanja alat-alat kecil

IV. Susutnilai mesin kilang

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 5
Data 4 ialah maklumat yang diperoleh daripada Kilang Aina.

Stok bahan mentah 1 Jan 2005 = RM3 500

Belian bahan mentah = RM25 500

Duti import bahan mentah = RM1 400

Upah buruh langsung = RM2 000

Stok bahan mentah 31 Dis 2005 = RM4 500

Hitungkan kos bahan mentah yang digunakan.
A
RM 24 500
B
RM 25 900
C
RM 26 500
D
RM 32 400
Question 6
Apakah komponen kos overhed?

I Alat tulis kilang

II Alat-alat kecil

III Gaji tak langsung

IV Bahan mentah kilang

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 7
Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan sebuah kilang.

Belian bahan mentah = RM50 000

Kos buruh langsung = RM10 000

Kos buruh tak langsung = RM4 000

Sewa kilang = RM2 000

Stok akhir bahan mentah = RM8 000

Berapakah kos prima kilang?
A
RM42 000
B
RM46 000
C
RM52 000
D
RM58 000
Question 8
Item manakah yang diambil kira dalam menghitung kos prima?

I Belanja alat kecil

II Susut nilai mesin

III Gaji operator pengeluaran

IV Angkutan masuk bahan langsung
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 9
Dalam pengiraan kos pengeluaran, komponen manakah cap dagangan (paten) akan dicatat?
A
Kos overhed
B
Belanja langsung
C
Kos buruh langsung
D
Kos bahan langsung
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 9 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
6789End
Return

  1. KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR

    1. Tidak menunjukkan secara terperinci kos bahan, kos prima dan kos overhed.

    2. Tidak dapat membezakan kos-kos yang terlibat dengan pengeluaran, perdagangan dan pentadbiran.

    3. Apabila diberi pelbagai bahan mentah pelajar tidak menunjukkan secara terperinci kos yang terlibat bagi setiap bahan walaupun diminta oleh soalan.

    4. Tidak mengikut format dan cara mencatat segala butiran berkaitan dengan kos yang terlibat.

    5. Kurang pasti tentang kedudukan dalam Akaun Pengeluaran berkaitan dengan kerja dalam proses awal dan akhir.

  2. SOALAN 1

    Antara berikut, yang manakah merupakan kos overhed ?

    A. Alat-alat kecil
    B. Gaji pekerja pejabat
    C. Duti import bahan mentah
    D. Susut nilai alatan pejabat

    Apakah jawapan dan alasan anda ?

  3. format penyata kos pengeluaran bagi tahun berakhir

  4. Atiqah boleh dapatkan format tersebut daripada Modul Tingkatan 5 Cg Sila. Ianya boleh di muat turun melalui menu B-MUAT TURUN di sebelah ataupun klik disini.

    Modul tersebut mengandungi nota-nota dan format-format tertentu bagi semua tajuk tingkatan 5. Terima kasih kepada Cg Sila di atas usaha murni beliau menyediakan modul tersebut.

  5. cg, alat tulis kilang masuk tak dalm ak pengeluaran? sy rasa masuk sb ada word ‘kilang’. kenapa dalam jwpan buku koleksi soalan spm past yr, tak masuk? satu lagi, apa beza “lekapan’, ‘lengkapan’ dan ‘lekapan & lengkapan’. ada org kata lengkapan sama dengan perabot. lekapan pula benda yang lekat kat dinding macam lampu, aircon. lekapan & lengkapan pula tak tau contoh mcm mana. tlg ye cikgu. tq

  6. Nazliya,

    Asalkan melibatkan belanja kilang, maka ianya mesti dimasukkan ke dalam Ak Pengeluaran. Pada kebiasaanya alat tulis kilang diberi baki awal dan baki akhir serta belian alat tulis. Jadi kita kena buat pelarasan untuk mencari berapakan BELANJA ALAT TULIS untuk tempoh tersebut. Caranya, BELANJA ALAT TULIS = BELIAN ALAT TULIS + BAKI AWAL A/T – BAKI AKHIR A/T. Kemudian masukkan dalam KOS OVERHED. Semak jawapan buku tersebut, mungkin ada kesilapan.

    Contoh yang diberikan sudah betul tu.. cuma Akaun Lengkapan dan Lekapan adalah gabungan kedua-duanya sekali dalam satu akaun.

  7. TAHUKAH ANDA ?

    Dalam suatu kilang, banyak aset kecil seperti playar, sepana, gergaji dan pahat yang digunakan oleh pekerja kilang. Belanja alat-alat kecil ini dicatatkan dalam Akaun Pengeluaran sebagai satu belanja kos overhed.

    Belanja alat-alat kecil = Stok awal alat-alat kecil + Belian alat-alat kecil baru (jika ada) – Stok akhir alat-alat kecil.

  8. TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Elemen kos pengeluaran.
    2. Cara penyediaan Akaun Pengeluaran atau Penyata Kos Pengeluaran untuk menghitung kos pengeluaran.

  9. TAHUKAH ANDA ?

    Butir dalam Kunci Kira-kira sebuah firma pengeluaran adalah sama seperti bagi firma dagangan kecuali butir STOK. Bagi firma pengeluaran, butir stok terdiri daripada :

    a) Bahan mentah
    b) Barang siap
    c) Kerja dalam proses

  10. adakah kerja dalam proses dianggap kos prima?

  11. Jun,

    Kos Prima = Kos Bahan Mentah + Kos Langsung

    Item KDP boleh diberikan dalam 2 keadaan :
    1. Jumlah KDP awal dan KDP akhir.
    2. KDP awal dan KDP akhir bagi setiap komponen kos (BM,BL,OH).

    Dalam keadaan 1 : KDP tidak termasuk dalam Kos Prima.
    Dalam keadaan 2 : KDP bagi BM dan BL termasuk dalam Kos Prima.

  12. saya ada buat latihan ak pengeluaran. saya nk tanya tntg bayaran royalti kilang. di mana saya nk letakkan, adakah di bwh kos buruh (sbb dlm buku kata ia adalah kos langsung) atau saya letakkn dlm kos OH. minta cg tunjukkan cara rekodkannya. kalau saya letak di bwh kos buruh, adakah saya perlu langkahkan sebaris sbb dia bukan kos buruh. tq

  13. jadi, untuk keadaan 1, KDP tidak dianggap kos prima mahupun kos overhed. tulis selang sebaris drpd kos overhed.

    betul?

  14. Shafiq,

    Kos Prima = Kos Bahan Mentah + Kos Langsung
    Kos Langsung = Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung.

    Oleh kerana adanya item belanja langsung, maka shafiq boleh tulis begini :

    KOS BAHAN MENTAH :
    …………………………………………………. XXX
    KOS LANGSUNG :
    Kos Buruh Langsung XX
    Royalti kilang XX XXX
    Kos Prima ………………………………….. XXX

    Jika diletakkan dalam Kos Overhed, maka dikira SALAH komponen.

    Jun,

    Ya, dalam keadaan 1 KDP merupakan gabungan KDP bagi ketiga2 komponen, maka ianya hendaklah diasingkan daripada Kos Overhed. seperti :

    KOS BAHAN MENTAH ……. XX
    KOS LANGSUNG ………….. XX
    KOS OVERHED ……………. XX
    ……………………………..XXX
    (+) KDP awal ………………XX
    ……………………………..XXX
    (-) KDP akhir ………………XX
    KOS PENGELUARAN …….XXXX.

  15. Nak tanya,
    Saya baru buat soalan..
    Tapi saya hairan kenapa ada soalan yang letak alat tulis dalam kos overhed
    Dan ada soalan yang mengabaikan alat tulis dalam penyediaan akaun pengeluaran..
    Kena letak ke?? Terima kasih..

  16. Victorian,

    Dalam penyediaan Akaun Pengeluaran, perkara yang perlu dikenalpasti ialah hanya belanja2/kos2 yang melibatkan Kilang sahaja dimasukkan dalam Ak. Pengeluaran. Jika melibatkan belanja2 kedai/pejabat TIDAK perlu dimasukkan.

    Persoalannya adakah ALAT TULIS digunakan di dalam sesebuah kilang atau hanya digunakan di kedai/pejabat sahaja ?

    Terdapat juga kilang2 menggunakan ALAT TULIS dalam proses pengeluaran produk mereka. Maka, ianya boleh dimasukkan sebagai Kos Overhed. Petua Cg, sekiranya seseuatu item yang diberikan dalam soalan JELAS menunjukkan belanja/kos adalah untuk kedai/pejabat, barulah TIDAK dianggap sebagai kos overhed. Jika sebaliknya, kita masukkan sebagai Kos Overhed saja.

  17. aslmkum.cikgu , saya masih keliru dalam akaun pengeluaran. bolehkan cigu berikan saya sedikit tip dan latihan ?

  18. Zarif,

    1. Kos Pengeluaran hanya mengambil kira item2 kos yang terlibat dengan kilang sahaja, jika melibatkan kedai / perniagaan tidak perlu diambil kira.

    2. Dapat kenalpasti item2 kos : Kos Bahan Mentah, Kos Buruh Langsung atau Kos Overhead.

    3. Dapat melakukan pelarasan bagi item2 dalam maklumat tambahan yang diberikan.

    4. Mengingati format Kos Pengeluaran : Bentuk T dan Penyata. Dan menyediakannya dengan lengkap dan sempurna.

    Soalan latihan boleh diambil daripada soalan tahun2 lepas ataupun Koleksi soalan percubaan yang Cg telah sediakan. Sila kemukakan apa yang anda masih keliru secara detail, supaya mudah untuk Cg menjelaskannya.

  19. jika dilihat penyediaan akaun @ penyata pengeluaran bagi pelbagai jenis bahan mentah yg digunakan tidak pernah keluar dalam SPM sebelum ini. namun, ada juga cara penyediaannya dalam bentuk berlajur ditekankan dalam buku teks. persoalan saya, perlukah ia diajar atau ditekankan bila mengajar students? dimana hanya ditekankan akaun dan penyata pengeluaran sahaja.

  20. Reena,

    Apa yang ada dalam SP dan HSP serta Buku teks hendaklah diajar. Dan mulai tahun ini dan seterusnya, kita tidak boleh lagi hanya mengajar apa yang dikeluarkan dalam soalan tahun2 lepas semata2. Ini kerana bentuk/format soalan kini dalam proses tranformasi.

    Sebagai contohnya, bagi topik Titik Pulang Modal, kedua-dua kaedah formula dan kaedah graf perlu diberikan penekanan. Begitu juga dengan Penyata Penyesuaian Bank, soalan dalam bentuk ayat (tanpa Buku Tunai dan Penyata Bank) juga ada kemungkinan akan dikemukakan dalam soalan nanti. Bagi topik perkongsian, jangan hanya tekankan 2 rakan kongsi sahaja, perkongsian 3 rakan kongsi juga kemungkinan akan disoal.

    ~ TRANFORMASI : Jangan jadikan soalan tahun2 lepas sebagai sandaran ~

  21. aklah ckg. terima kasih atas pandangan ckg. nanti saya ajar juga yang itu.tq

  22. sebenarnya bayaran royalti boleh kira dalam kos overhed atau kos langsung?kalau saya kira bayaran tersebut dalam kos overhed adalah salah atau tidak?harap maklum..

  23. Matt,

    Royalti adalah kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran. Di mana royalti dikenakan atas setiap unit keluaran, oleh itu ianya dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG.

    Manakal KOS OVERHED merupakan kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output. Ianya tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu ataupun dikenali sebagai KOS TETAP.

    Sekiranya dimasukkan royalti dalam komponen Kos Overhed, maka ianya dianggap salah.

  24. Cikgu, saya mahu bukti bahawa royalti mesti rekod dalam kos langsung.

  25. Matt,

    Tiada apa yang perlu dibuktikan, tetapi bagi menyokong kata2 Cg sila rujuk Buku Teks Tingkatan 5 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd pada m/s 193 di bawah tajuk BELANJA LANGSUNG. Ataupun rujuk saja mana2 buku rujukan yang terdapat dipasaran yang berkaitan dengan Belanja Langsung.

  26. BOLEH TANYA CIKGU ADA MSN??SUPAYA SAYA DAPAT MENGHUBUNGI DENGAN SENANG..

  27. Maaf, tidak ada MSN.

  28. hi CIkgu Narzuki,
    Saya merupakan seorang pelajar akaun yg selalu mendapat 90 markah ke atas untuk peperiksaan saya.
    Malangnya, semenjak saya mendapati penyakit h1n1, saya tidak hadir ke sekolah untuk 3 minggu…
    saya telah skip topik akaun pengeluaran .
    dan itu menyebabkan saya untuk mendapat markah 80 sahaja,
    can u give me any tips?

  29. KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR

    1. Tidak menunjukkan secara terperinci kos bahan, kos prima dan kos overhed.

    2. Tidak dapat membezakan kos-kos yang terlibat dengan pengeluaran, perdagangan dan pentadbiran.

    3. Apabila diberi pelbagai bahan mentah pelajar tidak menunjukkan secara terperinci kos yang terlibat bagi setiap bahan walaupun diminta oleh soalan.

    4. Tidak mengikut format dan cara mencatat segala butiran berkaitan dengan kos yang terlibat.

    5. Kurang pasti tentang kedudukan dalam Akaun Pengeluaran berkaitan dengan kerja dalam proses awal dan akhir.

  30. cikgu, manakah yang lebih tepat, belanja alat-alat kecil atau susut nilai alat-alat kecil?

  31. mp,

    Belanja alat-alat kecil lebih tepat berbanding susut nilai alat-alat kecil. Kes ini boleh disamakan dengan belanja alat tulis atau susut nilai alat tulis, mana yang lebih tepat ?

  32. salam cg,
    37 Antara berikut yang manakah Kos Tetap ?
    I Sewa Pejabat
    II Susut Nilai Mesin
    III Buruh Tak Langsung
    IV Stok Bahan Mentah

    A I dan II
    B I dan IV
    C II dan III
    D III dan IV

    jwp dlm skema ialah C.. adakah semua butir yg ada perkataan pejabat tidak kaitan dgn bab ini?

  33. Teh,

    Bagi topik Kos Pengeluaran, hanya item2 yang terlibat dengan KILANG sahaja diambil kira dalam Penyata kos Pengeluaran.

    Manakala KOS TETAP pula adalah merujuk kepada Kos Overhed, jadi jawapannya ialah C.

  34. cikgu, kalau butir ‘bayaran royalti kilang’ masuk dekat perbelanjaan langsung ka cikgu…? dan apa maksud royalti?

  35. Anim,

    Ya, Secara mudahnya royalti ini adalah suatu bayaran kepada pemilik asal. Contohnya CD Lagu, setiap 1 keping CD / Album yang dikeluarkan dan dijual akan dibayar royaltinya kepada penyanyi. Oleh itu ianya dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG, kerana jumlah royalti yang dibayar adalah bergantung kepada bilangan unit barangan yang dikeluarkan.

  36. cg,jika dalam s0alan memberikan [stok awal=buah-buahan,manisan,botol dan tin],adakah dalam pyata pngeluaran st0k awal bahan mentah tadi dicampur sekali gus atau ditulis semula satu persatu

  37. Kairo,

    Sekiranya Belian dan Stok Akhir juga diberi mengikut item2 tersebut, maka adalah lebih baik disediakan satu persatu dalam bentuk lajur dan diakhiri dengan lajur JUMLAH bagi pengiraan KOS BAHAN MENTAH.

  38. as’kun,,cg,,

    sy nak tny..
    1) ape yg x perlu msk dlm akaun pengeluaran?
    2)kenapa upah atas belian,duti n angkutan masuk ke tambah dgn BELIAN?

  39. Syafiq,

    Akaun Pengeluaran hanya mengabilkira item2 yang terlibat dengan perbelanjaan KILANG sahaja. Perpelanjaan2 yang melibatkan Kedai/ Pejabat/Perniagaan akan dimasukkan dalam Akaun Perdagangan dan Untung Rugi / Penyata Pendapatan. Contohnya, gaji juru jual, sewa kedai, insurans kedai.

    Belanja2 tersebut merupakan belanja/kos yang terlibat semasa pembelian bahan mentah ataupun dikenali juga sebagai KOS BELIAN, antaranya Angkutan masuk, Upah atas belian, Duti import/ atas belian, Insuran atas belian.

  40. salam cg,
    dlm soalan, terdapat maklumat tambahan mengenai air dan elektrik.
    adakah air dan elektrik ini consider sbg kadar byrn dan dmasukkan ke dalam kos everhead??

  41. Habeeba,

    Ya, air dan elektrik dalam maklumat tambahan adalah merujuk kepada Kadar Bayaran, dan sekiranya ada agihan untuk kilang dan pejabat/kedai, maka jumlah kadar bayaran untuk kilang sahaja perlu dimasukkan dalam Kos Overhed.

  42. hhmmm……………… maklumat ape lagi yg sepatutnya diletakkan dalam kadar bayaran cg mcm air n elektrik?

  43. Habeeba,

    Secara mudahnya Kadar Bayaran adalah merujuk kepada jenis2 belanja yang melibatkan bil seperti bil air, bil elektrik, bil telefon …. Dimana caj yang dikenakan berdasarkan suatu kadar tertentu seperti RM0.20 seliter, RM0.30 seminit dan sebagainya.

  44. cg,,
    kadang2 soalan mintak buat akaun pengeluaran dlm bentuk akaun atau penyata,,tp kalau soalan tny dlm bentuk akaun tp kite jawab dlm bentuk penyata adakah salah cara 2?….

  45. Syafiq,

    Walaupun soalan minta sediakan Akaun Pengeluaran, tetapi anda sediakan dalam bentuk Penyata Kos Pengeluaran, jawapan anda masih diterima.

  46. Assalamualaikum,,cg

    tp adakah cara ini boleh digunakan dlm semua topik cth kunci kira2,pengasingan untung n rugi dan lain2?… sbb sy lbh pandai dlm bentuk penyata drpd bentuk akaun atau bentuk T..

  47. Syafiq,

    Ya, sekarang ini penyediaan dalam bentuk penyata adalah digalakkan.

  48. cg apa ialah kos overhed berubah. Dulu form5 belum belajar tapi form six ada belajar. Saya tak faham macm mana kira kuantiti Tempahan Ekonomi , Tinkat/ paras Tempahan Semula& Minuman Bahan.

  49. Maaf, Cg tidak arif tentang sukatan STPM, diharapkan mana2 guru STPM dapat membantu anda.

  50. salam…nk tye,,buruh langsung ltak kt mne dalam penyata pengeluaran????

  51. BURUH LANGSUNG diletakkan selepas Kos Bahan Mentah Digunakan … sila rujuk Format Penyata Pengeluaran bagi mendapatkan gambaran lengkap.

  52. Cg,
    KDP awal dan akhir perlu direkod di mana dalam Akaun pegeluaran? adakah setelah kita kira overhed atau perlu ditunjuk pada setiap bahagian iaitu di kos bahan mentah, buruh langsung dan di kos overhed…TQ

  53. Ikut maklumat dalam soalan, jika soalan hanya berikan:

    1. KDP awal dan KDP akhir – maka, catatkan selepas KBM+KBL+KO+KDP awal – KDP akhir.

    2. KDP awal dan KDP akhir bagi setiap komponen BM, BL dan KO – maka, perlu dicatatkan dalam setiap komponen kos tersebut satu persatu.

  54. salam cikgu .jika soalan ada tulis angkutan masuk , so angkutan tersebut perlu letak di akaun pengeluaran ker ? contoh soalan 2005 no 3 . soalan saya kenapa angkutan masuk tersebut perlu letak di akaun pengeluaran tetapi dia tidak tules angkutan masuk bahan mentah . lagi satu . soalan tulis angkutan keluar sahaja , so angkutan keluar ini letak di mana ?

  55. Akaun Pengeluaran / Penyata Kos Pengeluaran HANYA melibatkan kos2 / belanja2 yang berkaitan dengan KILANG SAHAJA.

    Jika melibatkan belanja2 Kedai / Perniagaan, maka dimasukkan dalam Penyata Pendapatan bagi mencari Untung / Rugi Bersih perniagaan.

    Bagi topik, ini ANGKUTAN MASUK adalah merujuk kepada kos pengangkutan bagi membawa masuk bahan2 mentah yang dibeli ke dalam KILANG, walaupun tidak dinyatakan angkutan masuk bahan mentah. Maka ianya perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran.

    Manakala ANGKUTAN KELUAR adalah merujuk kepada kos pengangkutan untuk menghantar barang kepada PELANGGAN, maka ianya melibatkan perbelanjaan kedai / perniagaan, sebagaimana gaji jurujual, sewa kedai yang perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

  56. bermakna, soalan hanya kata insurans atas belian maka ia akan diletakkan di akaun pengeluaran ?

  57. INSURANS ATAS BELIAN perlu dicatat dalam Kos Belian Bahan Mentah, manakala INSURANS (sahaja) boleh merujuk kepada insurans kilang dan dicatat dalam KOS OVERHED.

    Sekiranya dinyatakan INSURANS KEDAI baru dianggap belanja perniagaan dan tidak perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran. Ataupun Insurans diagihkan mengikut nisbah tertentu, maka bahagian kilang sahaja perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran.

  58. Cikgu,
    Mungkinkah dalam soalan yang sama meminta kita sediakan akaun pengeluaran dan kemudian penyata pendapatan? terima kasih

  59. Ada kemungkinan, kerana dalam HSP ada menyatakan Hasil Pembelajaran : “Merekodkan pemindahan kos pengeluaran ke Penyata Pendapatan.”

  60. terima kasih cikgu

  61. salam..
    cikgu..saya nk tnye.
    klau die maklumat baki jualan 2 ade 2 item cmner ye..
    cntohnyer
    stok awal :
    gula-gula 13000
    biskut manis 25000

    jualan :
    gula-gula 190000
    biskut manis 110000

    stok akhir
    gula-gula 20000
    biskut manis 10500

    bahan mentah telah diberi…..
    ini untuk syarikat yg menjalankan perniagaan gula-gula dan biskut manis.

  62. cikgu,
    sanya nak tanya…

    1 Jan 2005 31 Dis 2005
    Kerja dalam process
    Bahan Mentah 570 550
    Buruh Langsung 440 420
    Overhed 390 400

    nak macam mana tulis dalam penyata kos pengeluaran?

  63. shakiera:kalau tak silap saya,jualan tak perlu ditambah kerana jualan ialah selepas bahan mentah dihasilkan.kos pengeluaran hanya untuk bahan mentah.kalau stok akhir itu perlu ditambah dua-dua sekali kerana kilang tersebut melakukan kedua-duanya.btul tak cg?

  64. Tq Faiz, apa yang penting dalam menyediakan Penyata Kos Pengeluaran. Hanya item2 yang melibatkan kilang / pengeluaran sahaja. Jika melibatkan kedai / perniagaan, ianya akan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Zero,
    Kena masukkan dalam setiap KOMPONEN KOS – KDP awal dan KDP akhir masing2.

  65. Cikgu,
    adakah sukatan pelajaran ‘memindahkan kos pengeluaran kepada penyata pendapatan’ termasuk dalam sukatan pelajar tingkatan lima tahun ini? kami pelajar tingkatan lima tahun ini perlukan membuat persediaan? terima kasih

  66. Untuk tahun ini, masih boleh rujuk kepada buku teks yang sedia ada ataupun rujuk HSP 2004-2010.

  67. salam cikgu , kalau soalan ada diskaun belian bahan mentah (diskaun diterima) letak di mana ?

  68. Salam,
    Pada pandangan Cg, Diskaun belian bahan mentah perlu dicatatkan dalam komponen KOS BAHAN MENTAH, iaitu Belian (-) Diskaun belian.

  69. cikgu,
    Salam, dalam soalan tahun lepas akaun pengeluaran tahun 2004, pulangan keluar 645 patutkah di tolak dari belian bahan mentah sebab soalan tidak menyatakan pulangan keluar untuk bahan mentah atau barang siap?. Terdapat 2 buku di pasaran, sebuah yang tolak sementara yang sebuah lagi tidak.
    Bolehkah belanja alat-alat kecil ditulis sebagai susut nilai alat-alat kecil? sebab dalam soalan anchor no 3 yang dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan, ia menggunakan susut nilai alat-alat kecil. Terima kasih

  70. 1. Pulangan keluar = Pulangan BELIAN.
    Jadi bagi kilang, apa yang dibeli adalah BAHAN MENTAH. Maka PULANGAN KELUAR tersebut adalah merujuk kepada pulangan bahan mentah dan perlu ditolak daripada BELIAN BAHAN MENTAH.

    2. Ya, Susut nilai alat-alat kecil / belanja alat-alat kecil boleh digunakan.

  71. terima kasih

  72. Cikgu
    Dalam soalan spm 2003 akaun pengeluaran, alat-alat dalam proses RM16384. Adakah sama dengan kerja dalam proses akhir?

  73. Berlaku beberapa kesilapan menaip dalam soalan tahun tersebut. “Alat-alat dalam proses” adalah SALAH sepatutnya “Kerja dalam proses”.

  74. Cikgu,
    upah operator kilang termasuk dalam kos prima atau kos overhed. terima kasih

  75. Upah operator kilang merupakan KOS BURUH LANGSUNG, jika tiada operator maka proses pengeluaran tidak dapat dijalankan. Maka, ianya adalah sebahagian daripada KOS PRIMA.

  76. cikgu,
    upah operator kilang dan upah operator mesin kilang adakah sama? terima kasih

  77. Boleh dikelaskan sebagai Kos Buruh Langsung, cara mudahnya jika mereka tidak datang bekerja… adakah pengeluaran boleh dijalankan. Jika tidak, maka dikelaskan sebagai Kos Buruh Langsung, Sebaliknya jika mereka tidak datang bekerja, tetapi tidak menjejaskan proses pengeluaran, maka dikelaskan sebagai Kos Overhed.

  78. Hi cikgu,
    Terdapat 2 format Akaun Pengeluaran iaitu + kerja dlm proses awal & – KDP akhir di akhir sekali (konsep lump sum) & KDP yang dipecahkan kepada kos bahan mentah, buruh langsung & overhed.
    Adakah kita mesti melihat soalan iaitu jika tanpa dipecahkan KDP itu maka kita hanya + & – KDP di akhir sekali atau sebaliknya.
    Sekiranya mesti mengikut format adakah kita akan ditolak markah sekiranya hanya guna + & – KDP dibawah shj walaupun diberikan pecahan setiap KDP awal & akhir.
    TQ

  79. Sekiranya diberikan pecahan KDP mengikut komponen, maka mesti ditunjukkan KDP dalam setiap komponen, kerana kemahiran tersebut yang hendak diuji. Jika dijadikan lump-sum, maka pelajar akan kehilangan markah. Sepatutnya pelajar dapat 3 markah, tetapi hanya dapat 1 markah sahaja.

  80. cikgu,
    merujuk kepada soalan tahun lepas 1997, jawapan yang beri oleh buku di pasaran adalah guna lump-sum walaupun soalan bagi pecahan kepada tiga iaitu kerja dalam proses bahan mentah, buruh langsung dan overhed, ini bermakna hanya dapat 1 markah sahaja?

  81. Apabila dikelaskan mengikut komponen, maka laporan dalam Penyata Kos Pengeluaran mestilah mengikut komponen2 tersebut, kalau tidak apa guna direkod mengikut komponen jika akhirnya diambil lump-sum saja.

  82. cikgu..nak tanya sikit …
    1. pelarasan untuk stok awal dan akhir alat-alat kecil ialah susut nilai alat kecil yang dimasukkan ke dalam penyata kos pengeluaran bahagian kos overhed ?
    2. penyata pendapatan dan kunci kira-kira tak perlu disediakan untuk bab akaun pengeluaran ?
    terima kasih cikgu

  83. 1. Ya, susut nilai alat-alat kecil / belanja alat-alat kecil dekelaskan sebagai Kos Overhed.

    2. Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran setakat merekod pemindahan kos pengeluaran ke penyata pendapatan sahaja.

  84. Hi cikgu,
    Baru-baru, ini anak buah saya menghadiri ceramah akaun di sekolahnya dimana mereka menjemput seorang guru cemerlang akaun sekolah teknik & cikgu mengatakan akaun pengeluaran juga ialah soalan anchor yang boleh keluar sebagai soalan 2 bersama dengan penyata kewangan. Adakah ini benar. Sekiranya ya, bukankah ini merupakan sukatan lama. Patutkah pelajar belajar gabungan akaun pengeluaran & penyata kewangan.
    terima kasih, cikgu

  85. Maaf, saya tak pasti. Setahu saya, tahun ini masih menggunakan sukatan dan format tahun lepas di mana 2 soalan merupakan soalan Anchor Item (tidak termasuk Ak Pengeluaran). Kalau tahun depan ada kemungkinan, kerana sudah tiada lagi Anchor Item dan buku teks baru akan dikeluarkan sebagai rujukan. Walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga2, adalah lebih baik pelajar bersedia juga dengan soalan tersebut, mungkin ianya maklumat terbaru.

  86. Terima kasih cikgu.
    Tolong upload untuk kita cikgu, sekiranya ada sebarang perubahan dalam topik-topik yang terlibat dalam soalan anchor.
    TQ

  87. Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

    cg, diskaun diberi dan diterima mmg x masuk ak.pengeluaran ke??

  88. Lamka, waalaikumussalam & salam ramadhan.

    Ya, tidak masuk. Kenapa ? …. Adakah ianya melibatkan kos/perbelanjaan bagi KILANG atau KEDAI perniagaannya ?

  89. Cikgu,
    dalam soalan tahun lepas 2006, soalan akaun pengeluaran. Bukankah bahan pembungkus dan bahan bakar di masukkan dalam kos prima kerana kos-kos tersebut berkadar langsung dengan unit pengeluaran? terima kasih

  90. Fatin,

    Bahan2 tersebut dikelaskan sebagai BAHAN TAK LANGSUNG dan dimasukkan dalam Komponen Kos Overhed.

  91. Cikgu,

    Dalam nota cikgu dan juga blog cikgu sila, royati dinyatakan sebagai kos langsung. Adakah ianya perlu ditambah selepas ‘kos bahan mentah digunakan’, iaitu sebelum kos buruh langsung sebelum mendapat kos prima. Soalan SPM 2000: saya mendapati dalam jawapan yang disediakan di buku soalan tahun lepas bagi royalti ditunjukkan sebagai sebagai kos buruh langsung, iaitu seperti nota cikgu. Namun begitu, salah mendapat tahu ada cikgu sekolah yang mengajar pelajar untuk mencatat royalti sebagai kos overhed. Adakah catatan royalti sebagai kos overhed betul?

  92. Cva,

    Kos2 seperti : Bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG.
    Di mana belanja tersebut turut berubah secara berkadar terus dengan setiap unit pengeluaran. Pada pendapat Cg, adalah tidak tepat jika ianya dicatatkan sebagai Kos Overhead.

  93. Terima kasih,

    Oleh yang demikian ia seharusya termasuk sebahagian daripada kos prima.
    1) Cikgu, yang mana harus ditunjukkan terlebih dahulu:
    kos langsung atau kos buruh langsung atau yang mana mana pun ok?
    2) sekiranya student masukkan royalti dalam kos overhed, adakah ia di anggan tidak mengikut skema dan tiada markah diberi?

  94. Cg,

    Harap cikgu dapat membantu saya mengenai perkara di atas.

    thank

  95. Cva,

    Pandangan Cg,
    1. Mana-mana pun ok, cuma Cg cadangkan KOS BURUH LANGSUNG dahulu baru KOS/BELANJA LANGSUNG.

    2. TIDAK dapat markah untuk item tersebut kerana SALAH KOMPONEN KOS.

  96. salam cikgu . sy nak tanya, di maklumat tambahan soalan tulis insurans terdahulu 300 . dan insurans yg dh dibayar rm 1000 . adakah insurans ini 1000 perlu ditambah dgn 300 ? atau ditolak ?

  97. Sky123,
    Indurans TERDAHULU, maksudnya kita telah bayar LEBIH, maka pelarasannya kita kena TOLAK.

  98. Hi, boleh saya tanya,

    Katakan saya sudah kira sampai dapat KOS PENGELUARAN, dan soalan meminta untuk Penyata Pendapatan selepas itu, di manakah Kos Pengeluaran akan pergi?

  99. Joanna,
    Kos Pengeluaran dimasukkan dalam KOS JUALAN, bersama2 BELIAN (jika perniagaan ada membeli barang siap yang lain).

    KOS JUALAN:
    Stok awal ———————–xxx
    Kos Pengeluaran——– xxx
    Belian ——————— xxx xxxx
    ———————————– xxxx
    (-) stok akhir —————— xxxx

  100. salam cikgu kalau dia tulis pulangan belian sahaja , kenapa tidak diletakkan dalam akaun pengeluaran seperti soalan spm 2004 ?

  101. Sky,
    PULANGAN KELUAR/BELIAN memang merujuk kepada pulangan BAHAN MENTAH, maka ianya perlu dimasukkan dalam Kos Pengeluaran. Memang ada kesilapan dalam jawapan dalam buku Koleksi Peperiksaan Sebenar (CERDIK).
    Kos bahan mentah digunakan = RM103728; Kos Prima = RM147728; Kos Pengeluaran = RM198936.

  102. ckgu, mcm mana nk bezakan kos buruh langsung, belanja langsung dgn kos overhed. saya confuse…

  103. Naqya,
    Sila baca dan fahami nota yang telah Cg sediakan DIATAS.

  104. salam cg, Selamat Hari Raya Aidilfitri!

    cg sy ade beberape pekara yg skarang ni ramai confuse
    termasuk cg akaun sy.

    berkenaan dgn, PULANGAN KELUAR dan INSURANS ATAS BELIAN.

    kalau soalan hanye tulis PULANGAN KELUAR sahaja mmg perlu bawa masuk ke? cg saya ckp x pyh sbb x tulis pun PUL. KELUAR BHN MENTAH. tp menurut penyataan cg di atas kene letak. jadi sy berbelah bahagi nk ikut yg mane satu… begitu juga dgn insurans atas belian.
    sy harap cg dpt membantu. sy dh x lena tido sebab perkara ni..

  105. Lamka,
    Salam.
    Ok, merujuk soalan No. 5 SPM 2004. Pertama kita lihat KESELURUHAN SOALAN, daripada maklumat / baki2 yang diberikan JELAS menunjukkan syarikat tersebut TIDAK MEMBELI BARANG SIAP, semua BARANG NIAGA (BARANG SIAP) adalah hasil keluaran kilang mereka. DI mana TIDAK WUJUD BELIAN BARANG SIAP, maka Pulangan Keluar Barang Siap juga tidak akan wujud.

    Oleh yang demikian, PULANGAN KELUAR dalam soalan tersebut HANYAlah merujuk kepada BAHAN MENTAH sahaja (walaupun tidak dinyatakan) dan begitu juga INSURAN ATAS BELIAN adalah merujuk kepada belian BAHAN MENTAH.

    Semoga dengan penerangan Cg itu, dapat tidur lena…..

  106. Salam…
    oh begitu..
    bagaimana klo contoh nye ade brg siap?

    satu lg. soalan trial terengganu 2010,
    dlm maklumat diberi dia hanya tulis ‘kadar bayaran’?
    adakah kadar byrn tu consider sbagai “kadar bayaran untuk kilang”???

    terima kasih byk2 cikgu 🙂

  107. Lamka,
    STOK AWAL dan STOK AKHIR barang siap adalah merujuk kepada barang keluaran kilang yang telah disiap dan dipindahkan ke Kedai untuk tujuan jualan.

    Merujuk kepada Soalan tersebut, Pada pandangan Cg, sepatutnya dinyatakan dengan jelas “Kadar Bayaran kilang RM4200” kecuali ada maklumat tambahan ianya diagih antara kilang dan pejabat dengan nisbah tertentu.

  108. Cikgu,

    Apakah yang dimaksudkan dengan Akaun Pengilangan dan apakah formatnya?

    Terima Kasih.

  109. Kalau tidak silap Cg, Akaun Perkilangan = Akaun Pengeluaran

  110. Salam…

    saya nak tanya, adakah gaji kerani merupakan contoh kos buruh tak langsung

  111. Gaji Kerani TIDAK dikelaskan sebagai BURUH TAK LANGSUNG, ini kerana KERANI bekerja di PEJABAT bukannya diKILANG. Maka ianya tidak boleh dimasukkan dalam Penyata Kos Pengeluaran.

    Buruh Tak Langsung adalah buruh yang bekerja di KILANG tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang keluaran. Dengan kata lain : Kalau dia tidak hadir bekerjapun barang keluaran masih dapat dikeluarkan. Antaranya ialah Jaga Kilang, Penyelia Kilang

  112. cikgu saya nak tanya apakah perkaitan perakaunan perkilangan? saya tak faham

  113. Fza,
    Perkaitan yang macam mana Fza maksudkan ?

  114. askum. saya nak tanya, adakah kos pembelian mesin dan alatan pejabat diklasifikasikan sebagai kos tetap. ini adalah kerana kita membeli aset tetap

  115. Cuba FAHAMi apa yang dimaksudkan dengan KOS TETAP dan KOS BERUBAH … ASET TETAP dan KOS TETAP 2 perkara yang berbeza.

  116. cg,
    klu soalan berikan kerja dalam proses awal bahan ,buruh …
    adakah kita perlu –stok awal bahan mentah + kerja dalam proses awal bahan …..?atau tambah kerja dalam proses awal dan tolak KDP akhir selepas tolak stok akhir bahan?
    cg, faham maksud saya tak ?

  117. Phang,
    Kedua2 cara tersebut boleh digunakan.

  118. cg,
    klu dalam soalan adanya kadar bayaran..tapi ia tak tulis kadar bayaran kilang @kadar bayaran pejabat .dalam maklumat tambahan pun tak nyatakan nisbah antara kilang dan pejabat untuk pembahagian kadar bayaran..jadi ia dicatat terus ke akaun pengeluaran ? atau …??
    thank you

  119. Jika tidak ada maklumat lain, maka ianya dianggap untuk kegunaan kilang dan perlu dicatat dalam Penyata Kos Pengeluaran.

  120. Selamat sejahtera cikgu Narzuki,cg,sye nk tnye..di ak pnglrn sblh kanan kena tulis kos pengeluaran ke atau akaun perdagangan?

  121. Kedua-duanya boleh diterima.

  122. salam..
    cikgu klau diberi soalan yang ad pul.keluar bahn mentah mcm mne?

  123. Sama seperti pengiraan KOS JUALAN dalam Penyata Pendapatan, di mana BELIAN – PULANGAN KELUAR/BELIAN.

  124. hi cg…:)
    sa nk tnya ne, knpa gaji pekrja pejabat dan belanja am pejabat x direkod dlm akaun pengeluaran???

  125. Penyata Kos Pengeluaran hanya melibatkan kos/perbelanjaan yang berkaitan dengan KILANG sahaja. Gaji pekerja pejabat dan belanja am pejabat TIDAK berkaitan dengan belanja KILANG, maka TIDAK PERLU masuk dalam Kos Pengeluaran.

  126. salam , cikgu kalau yerdapat lesen kilang , butir tu letak di mana ? adakah kos overhed ?

  127. Selain dari kos bahan mentah, kos buruh langsung dan belanja langsung…..masukkan dalam KOS OVERHED.

  128. maknanya kos overhed lah ya ? lagi satu , kalau terdapat alat tulis rm210 kt soalan , maklumat tambahan pula alat tulis yang belum digunakan ialah rm50 . macam mana tu cikgu ? tima kasih

  129. YA.
    Cari belanja alat tulis….. 210 – 50 = 160 … iaitu alat tulis yang telah habis digunakan.

  130. salam . merujuk soalan wilayah 2010 , kenapa gaji pengurus diletakkan di kos overhed , bukankah ia adalah belanja pejabat ?

  131. “Gaji Pengurus” disitu merujuk kepada gaji pengurus kilang, maka dikelaskan sebagai Kos Overhed.

  132. macam mana nak tahu ia untuk pejabat ke kilang ?

  133. Jika ada disebutkan “pejabat” atau diagihkan antara kilang dan pejabat mengikut nisbah tertentu. Pejabat biasanya dipanggil gaji pekerja pejabat sahaja, bukan pengurus pejabat.

  134. cikgu saya tak beberapa faham tentang kos prima

  135. KOS PRIMA = Kos Bahan Mentah + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung
    Iaitu KOS UTAMA yang digunakan untuk menghasilkan keluaran.

  136. salam , lesen kilang dikategorikan sebagai kos overhed atau kos belanja langsung ? lagi satu , alat tulis yang diberi 490 , manakala di maklumat tambahan pula alat tulis yang belum digunakan ialah 200 . bagaimana pelarasan untuk alat tulis ini ?

  137. apa item utk belanja langsung?

  138. lesen kilang – kos overked

    Cari berapa belanja alat tulis, iaitu alat tulis yang habis digunakan ?
    Alat tulis = 490 (beli) – 200 (belum digunakan) = 290 … kos overhed

    BELANJA LANGSUNG merujuk kepada belanja yang terlibat secara langsung dengan keluaran seperti, ROYALTI, PATEN.

  139. cikgu,
    soalan 2 dan 3 adalah soalan untuk sijil LCCI dimana kita boleh buat dalam bentuk penyata jika soalan minta bentuk T(akaun). Jika soalan no.5 meminta kita sediakan akaun pengeluaran, bolehkah fatin menjawap dalam bentuk penyata kos pengeluaran? terima kasih

  140. Cikgu,
    soalan 2 dan 3 adalah soalan untuk sijil LCCI dimana kita boleh buat dalam bentuk penyata jika soalan minta bentuk T(akaun), Jika soalan 5 meminta kita sediakan akaun pengeluaran, bolehkah fatin menjawap dalam bentuk penyata kos pengeluaran? terima kasih.

  141. Untuk mendapat Sijil LCCI tidak bergantung kepada soalan 2 dan 3 sahaja. Semua soalan dalam Kertas 2 diambilkira dalam penilaian pemberian Sijil LCCI.

    Pada masa ini, semua soalan digalakkan disediakan dalam bentuk Penyata, walaupun diminta sediakan Akaun Pengeluaran. Format pelaporan tidak menjadi masalah, kerana apa yang diuji dan dinilai sekarang ialah dari segi penguasaan KEMAHIRAN PERAKAUNAN.

  142. salam cikgu kenape barang siap tidak diambik kira dalam penyediaan kos pengeluaran??lagi satu soalan adakah belanja atas belian bahan mentah dikira sebagai kos bahan mentah atau kos overhed??saya sedikit keliru

  143. Syakiema,

    Ini pentingnya memahami konsep Kos Pengeluaran. Ianya hanya melibatkan kos2 / belanja2 yang terlibat dalam KILANG sahaja… yang mana melibatkan KEDAI / PERNIAGAAN /PEJABAT akan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK perniagaan. Contohnya Stok Barang siap, gaji juru jual, sewa kedai / pejabat.

    Manakala Belanja atas BAHAN MENTAH perlulah dimasukkan dalam KOS BAHAN MENTAH. Mana-mana belanja selain Kos Bahan Mentah dan Kos Buruh Langsung serta Belanja Langsung, barulah dikelaskan sebagai KOS OVERHED.

  144. salam cikgu . diskaun diterima utk bahan mentah letak di mana ? dan jika dinyatakan diskaun diterima shj consider dia sbg diskaun bahan mentah yaa ?

  145. KOS PENGELUARAN hanya melibatkan kos2/ belanja2 yang berkaitan dengan kilang sahaja. Manakala Diskaun diterima pula merupakan HASIL (ikut sukatan lama), maka ianya TIDAK perlu dimasukkan dalam Akaun Pengeluaran.

  146. cg…esok semua budak akaun akan exam ..sy harap cg doakan semua budak akaun agar dapat A dalam subjek akaun amin..

  147. Ok, Cg doakan semuanya diberikan ketenangan, ingat apa yang telah dipelajari serta dapat menjawab dengan betul dan berjaya dengan cemerlang (A+), InsyaAllah.

  148. sy ingin bertanye, apakah yg dimaksudkan dengan stok awal bahan mentah dan stok akhir bahan mentah dalam aktiviti pertanian…..?

  149. Stok awal dan Stok akhir dalam apa2 aktiviti perniagaan ada sama konsepnya. Stok Awal adalah stok pada permulaan perniagaan/aktiviti, dan pada akhir tempohperakaunan akan terdapat stok2 yang tinggal (Stok Akhir). Seterusnya Stok Akhir akan dipindahkan ke tempoh perakaunan berikutnya sebagai Stok Awal.

  150. salam cikgu..saya nak tanya..ada sesetengah mengatakan bahawa royalti di letakkan di kos overhed…ini adalah berdasarkan bayarannya samada lumpsum atau tidak..kalau lumsum masuk kos overhed..betul ka..confius saya

  151. Pada pandangan Cg, bagi skop PERKILANGAN / PENGELUARAN kebiasaanya pembayaran royalti adalah berkadaran dengan kuantiti/unit keluaran, maka ianya dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG.

    Sekiranya pembayaran royalti tersebut TIDAK berkadaran secara langsung dengan unit keluaran, barulah ianya dikelaskan sebagai KOS OVERHED.

  152. cikgu, apa itu kos barang di kilang? bagaimanakah kita mengira kos tersebut?

  153. Carmen,
    Kos Barang di Kilang merujuk kepada jumlah kos yang terlibat dalam pengeluaran sesuatu produk. Ianya terdiri daripada Kos Bahan Mentah, Kos Buruh Langsung dan Kos Overhed Kilang. Secara kasarnya adalah dengan CAMPUR ketiga2 kos tersebut, secara lebih detail ialah dengan merujuk FORMAT Penyata Kos Pengeluaran.

  154. sala Cikgu
    saya ingin bertanya adakah diskaun diterima perlu dimasuk semasa menyediakan akaun pengeluiaran atau ke penyata pendapatan?

  155. Woo,
    Pada pandangan saya, berdasarkan format baru, dimana Diskaun diterima sebagai AKAUN KONTRA kepada Belian, maka ianya perlu dimasukkan dalam Ak Pengeluaran.

  156. cikgu ,

    saya nak tanya ,
    jika dalam imbangan duga hanya beri gaji pekerja kilang dan tiada upah pekerja ,
    gaji perlu direkod bawah buruh langsung ataupun overhed ?

    terima kasih

  157. cikgu,

    saya juga menghantar satu mel ke gmail cikgu untuk sikit pertanyaan ,
    harap dapat reply secepat mungkin , terima kasih ~

  158. Gary,

    Gaji pekerja kilang boleh dikelaskan sebagai KOS BURUH LANGSUNG.
    Ok, rujuk email berkaitan soalan tersebut.

  159. cikgu ,

    kenapa gaji boleh dikelas bawah buruh langsung ?
    bukankah gaji ialah kos tetap bagi pengeluaran dan rekod dalam overhed kilang manakala upah direkod dalam buruh langsung ?

    terima kasih

  160. Gary,

    Berdasarkan soalan tersebut, “Gaji pekerja kilang” adalah merujuk kepada gaji pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran. lagipun dalam soalan tersebut tiada dikemukakan “Upah pekerja kilang”. Manakala tidak semua UPAH dikelaskan sebagai KOS BURUH LANGSUNG, ada juga yang dikelaskan sebagai KOS OVERHEAD.

  161. Martina,

    Setahu saya, TIADA sebarang perubahan terhadap Format Pentaksiran SPM 2011, iaitu
    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20% …. perubahan daripada WAJIB (tak buat dikira sebagai TH) kepada TIDAK WAJIB.
    Mana-mana pelajar yang tidak membuat kerja kursus (Kertas 3), maka markah untuk Kertas 3 ialah SIFAR.

  162. Cikgu,,

    Harga buruh tak langsung pada tahun berakhir 30 Jun 20×4 ialah RM 18 000…Maklumat tambahan adalah seperti berikut : Upah operator kilang termasuk buruh tak langsung Rm 1 300…..saya tak faham….adakah nilai asal buruh tak langsung perlu ditolak dengan maklumat tambahan ?

    Terima Kasih

  163. Robby Lim,

    Pada pandangan Cg,

    Upah operator kilang RM1300 ……………………………. BURUH LANGSUNG
    Buruh tak langsung (18000 – 1300) RM16 700 ….. KOS OVERHED

  164. Cikgu,

    Pulangan keluar dan Pulangan belian bahan mentah……mana yang perlu ditolak oleh belian bahan mentah??? Pada pandangan saya , pulangan keluar sama dengan pulangan belian…jadi perlu ditolak??

    Terima kasih

  165. Robby Lim,

    Ya, Pulangan Keluar = Pulangan Belian … ianya perlu ditolak daripada belian Bahan Mentah.

  166. salam cg narzuki, jika ketika pembelian bahan langsung kita mendapat diskaun diterima daripada pembekal, adakah diskaun diterima ini ditolak dari belian bahan langsung tbt ketika membuat penyata kos pengeluaran.

  167. Cgu

    Angkutan keluar dikelaskan kos overhed atau bukan???

  168. Robby Lim,

    Adakah ANGKUTAN KELUAR merupakan perbelanjaan KILANG atau KEDAI ? ……… iaitu kos tambang / penghantaran BARANG SIAP kepada PELANGGAN.

  169. Cgu

    Saya rasa ia adalah belanja……dan patut dikelaskan pada kos overhed….tetapi jawapan dalam latihan saya tidak termasuk ANGKUTAN KELUAR…….

  170. Robby Lim,

    Ianya memang belanja TETAPI perbelanjaan bagi KEDAI bukannya perbelanjaan KILANG, Kos Pengeluaran HANYA melibatkan BELANJA KILANG sahaja. Oleh itu, ANGKUTAN KELUAR tidak masuk dalam Kos Overhed, sebaliknya masuk dalam Penyata Pendapatan bagi KEDAI / Perniagaan.

  171. Cgu

    Rupa-rupanya….jika solan menyatakan ANGKUTAN KELUAR BAHAN LANGSUNG….saya rasa ia dikelaskan sebagai kos tetap( kos overhed )…adakah ia betul??

  172. Robby Lim,

    BAHAN LANGSUNG, seperti bahan mentah tidak akan dijual / dihantar kepada pelanggan…. KILANG tidak menjalankan perniagaan,.. hanya memproses BAHAN MENTAH / LANGSUNG kepada BARANG SIAP …. barang siap akan dipindahkan ke KEDAI, kemudian KEDAI yang akan menjualnya… Angkutan yang berkaitan dengan KILANG hanyalah ANGKUTAN MASUK …. yang dikelaskan sebagai KOS BAHAN LANGSUNG.

  173. Cgu

    Terima kasih banyak-banyak…….saya dah pun faham…kilang hanya memproses…bukan membekal atau dijual….saya faham cikgu…sebenarnya bab inilah yang mengelirukan saya untuk membezakan kos overhed…TQ

  174. Cikgu,

    kenapa Kos Pengeluaran perlu ditambah dengan Belian di Kos Jualan Penyata Pendapatan..?? agak keliru di sini…

  175. Edvin,

    Kes tersebut berlaku jika perniagaan menjalankan perniagaan menjual dan membeli barang niga siap serta mempunyai KILANG pembuatan sendiri. Contoh mudah… KEDAI KAIN BATIK …. ada kain batik yang dibeli dari pembekal lain (.. kita gunakan BELIAN), dan ada kain batik daripada KILANG kita sendiri ….(kita gunakan KOS PENGELUARAN) , maka dalam Penyata Pendapatan … akan wujud kedua-dua item tersebut :

    Stok Awal (barang siap)
    (+) Belian
    (+) Kos Pengeluaran
    =Kos barang untuk dijual
    (-) Stok akhir (barang siap)
    = KOS JUALAN

  176. Minta maaf kerana mengambil masa cikgu….

    Adakah susut nilai terkumpul loji dan mesin tidak disertakan dalam kos overhead tetapi berbeza dengan susut nilai loji dan mesin?Saya kurang faham perbezaannya apabila menjawab satu soalan daripada buku latihan..Boleh cikgu terangkan?

  177. Akram,

    SUSUT NILAI – dikelaskan sebagai BELANJA, iaitu Kos Overhed bagi KILANG.

    SUSUT NILAI TERKUMPUL adalah Akaun Kontra kepada Aset Bukan Semasa dalam KKK.
    KKK
    Loji dan Mesin
    (-) Susut nilai Terkumpul loji dan mesin

  178. cikgu,
    di manakah kita masuk bahan pembungkusan ?dalam bahan langsung atau kos overhed?
    terima kasih

  179. T5,

    Pada pandanganCg,
    Ada 2 situasi: BAHAN PEMBUNGKUSAN
    1. Bahan pembungkusan digunakan bagi membungkus SETIAP SATU produk …. ianya dikelaskan sebagai BAHAN LANGSUNG, iaitu berkadaran secara langsung dengan kuantiti produk. …… Dengan kata lain produk tersebut dikira TIDAK SIAP jika tidak dibungkus … seperti kotak untuk sepasang kasut.

    2. Bahan pembungkusan seperti kotak besar yang digunakan untuk membungkus sejumlah tertentu barang siap….. iaitu tidak berkadaran secara langsung dengan kuantiti produk, maka dikelaskan sebagai KOS OVERHED sahaja….. tujuannya hanya untuk memudahkan peyimpanan dan penghantaran BARANG SIAP ke KEDAI.

  180. kalau soalan hanya beri bahan pembungkusan tanpa sebarang penjelasan, manakah kita perlu masuk?
    terima kasih cikgu

  181. lagi satu soalan, jika ada diskaun diterima dalam soalan, adakah kita mesti tolak dari belian bahan langsung?terima kasih cikgu

  182. T5,

    Pada pandangan saya,

    Jika tiada pengkelasan… cuba lihat kepada jenis PRODUK yang dikeluarkan.. adakah bahan pembungkusan boleh dikaitkan secara langsung / tidak dengan produk yang dikeluarkan…. (soalan yang baik sepatutnya ada pengenalan bagi membolehkan pengkelasan dibuat, jika tidak akan timbul kekeliruan)……. jika TIADA juga, Cg cadangkan diambilkira sebagai BELANJA LANGSUNG sahaja.

    Oleh kerana dalam sukatan pelajaran baru diperkenalkan Diskaun diterima sebagai AKAUN KONTRA kepada Belian… maka kita ikut format tersebut.

  183. belanja langsung?maksud campur dalam royalti kilang?atau campur dengan belian bahan langsung?
    terima kasih cikgu

  184. T5,
    KOS BAHAN LANGSUNG
    BURUH LANGSUANG
    BELANJA LANGSUNG… spt: BAYARAN ROYALTI (yang dibayar bagi setiap KUANTITI produk)
    = KOS PRIMA
    KOS OVERHED
    = KOS PENGELUARAN

  185. salam cikgu…
    klu alat tulis kilang awal 220
    alat tulis kilang akhir 180
    nk buat cm na erk????

  186. Syarmin,

    Maklumat tersebut boleh digunakan untuk mencari BELANJA ALAT TULIS KILANG, iaitu :
    = Belian alat tulis (+) Baki awal (-) Baki akhir

  187. Salam cikgu,

    saya kurang jelas dengan kadar bayaran sebenarnya…dalam akaun,kadar bayaran ni spt.apa?
    tolong jelaskan…
    terima kasih

  188. Siti,

    Kadar bayaran adalah merujuk kepada belanja2 yang berkadar seperti bayaran bil elektirk, bil air, bil telefon.

  189. Cikgu,insurans pekerja pengeluaran merupakan kos tetap atau kos berubah?

  190. cikgu , ape format untuk akaun perdagangan kos pengeluaran ? selalunya akaun perdagangan kita buat sampai untung kasar ikut macam format penyata pendapatan . tapi kenapa kita perlu tambah kos pengeluaran dekat situ ?? saya tak faham , harap cikgu dapat jelaskan , terima kasih cikgu .

  191. Una,

    Akaun Perdagangan / Penyata Pendapatan… sama saja dengan format2 sebelum ini… cuma perbezaannya pda BELIAN digantikan dengan KOS PENGELUARAN sahaja… Kenapa begitu ?

    Sekiranya kita menjalankan perniagaan membeli dan menjual kasut… dimana kita nak dapatkan stok / barang niaga untuk dijual ? … sudah tentu kita beli daripada PEMBEKAL.. iaitu melalui urus niaga BELIAN, Tetapi bagaimana pula jika kita ada KILANG KASUT sendiri… adakah kita akan BELI barang niaga tersebut dariapada pembekal…? … sudah tentu TIDAK. Kita dapatkan daripada KILANG, berapakah KOS untuk mendapatkan stok barang niaga tersebut.. kosnya adalah merujuk kepada kos pembuatannya daripada bahan mentah hinggalah jadi barang siap yang sedia untuk dijual di kedai….. dan kos tersebut dikenali sebagai KOS PENGELUARAN …iaitu darapada Penyata Kos Pengeluaran. Maka fomat Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan ….. BELIAN digantikan dengan KOS PENGELUARAN.

  192. cikgu,
    saya ada beberpa soalan:

    1) Saya faham bahawa “OF” ialah Own Figure atau Angka Sendiri. Jadi, adalah ini bermaksud mana-mana angka sendiri Pelajar diterima sebagai jawapan walaupun angka tersebut tiada dalam jawapan?

    2) Berdasaran soalan percubaan dan jawapan MRSM, soalan mengkehendaki kita menyediakan Akaun Pengeluaran dan bukannya Penyata. Tetapi berdasarkan jawapan MRSM, jawapannya adalah dalam penyata. Adalah kita MESTI buat jawapan dalam PENYATA walaupun dalam soalan menyuruhkan kita sediakan Akaun? Utk pengetahuan Cg, cikgu sekolah kami tidak memberi markah kepada pelajar buat bentuk penyata.

    3) Apakah itu butiran asing?

    Terima kasih atas segala penerangan cikgu.

  193. Salman,

    Pada pandangan Cg,
    1. Tidak semua ANGKA pelajar dapat diberikan 1OF, bergantung kepada syarat2 tertentu yang dinyatakan dalam skema.
    2. Sekarang ini jawapan digalakkan dalam bentuk PENYATA, walaupun soalan minta sediakan Akaun Pengeluaran…. dalam akaun, format pelaporan tidak menjadi kesalahan jika disediakan dalam Akaun / Penyata, cuma bentuk Penyata lebih digalakkan.
    3. Butiran asing, maksudnya apa yang tiada dalam skema, tetapi pelajar masukkan dalam jawapan.

  194. Salam Cikgu,

    Kenapa gaji kilang x diketogerikan sbgai KOS OVERHED??

  195. Robby,

    GAJI KILANG merupakan KOS BURUH LANGSUNG.
    Kos buruh tak langsung…. baru dikelaskan sebagai KOS OVERHED.

  196. Salam cg,

    boleh tk cg memperincikan butiran ape yang perlu ade dalam kos overhead??

  197. Alfie,

    SEMUA kos / belanja yang berkaitan dengan KILANG (iaitu Kos2 tidak langsung) selain daripada Kos Bahan Langsung, kos Buruh Langsung dan Belanja Langsung.

  198. soalan 2008 :

    alatan mempunyai baki awal , belian dan baki akhir

    cikgu, saya nak tanya alatan ini diklasifikasi sebagai aset atuapun saya boleh anggap ia sebagai alat alat kecil ???

    jika ialah aset , perbezaannya ialah susut nilai manakala kalau anggapan saya betul , saya hanya perlu tulis alatan dalam ak pengeluaran ,
    terima kasi

  199. Gary,

    Pada pandangan Cg,
    Alatan dielaskan sebagai Aset Bukan Semasa dan belanjanya adalah SUSUT NILAI ALATAN dalam Kos Overhed, butir ALATAN adalah salah kerana ianya ASET…. ianya tidak sama dengan ALAT-ALAT KECIL…………….

  200. cikgu bagi penyediaan akaun pengeluaran hanya butir yang berkenaan dengan kilang diambil kira, bagaimana dengan butir berkaitan dengan pejabat.
    jika soalan minta kita menyediakan penyata pendapatan maka butir pejabat perlu tak dimasukkan ke dalam penyata pendapatan.

    satu dalam penyediaan penyata pendapatan kita perlu tunjukkan untung kasar sahaja atau sehingga untung bersih.

  201. Kalai,

    Mana-mana item yang berkaitan dengan pejabat / perniagaan… perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan & KKK perniagaan tersebut. Tetapi sekiranya soalan hanya minta disediakan Akaun Perdagangan, maka pelajar hanya perlu sediakan sampai UNTUNG KASAR sahaja. Manakala jika soalan minta sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi, maka pelajar perlu sediakan sehinggan UNTUNG BERSIH.

  202. cikgu bagi angkutan keluar kita hanya boleh direkodkan dalam penyata pendapatan kerana ia melibatkan bara ng siap. adakah saya betul.

  203. Kalai,

    Ya, angkutan keluar merujuk kepada bayaran tambang / kos angkutan bagi menghantar barang siap kepada pelanggan.

  204. cikgu,
    jika dalam soalan akaun pengeluaran, soalan diberi maklumat susut nilai kenderaan, perlukah ia dimasukkan dalam kos overhed sebab soalan itu tidak nyatakan kenderaan itu digunakan untuk pejabat atau kilang?

  205. Fatimah,

    Pada pandangan saya, jika TIDAK dinyatakan sebagai kenderaan KHAS untuk kegunaan kedai / perniagaan, maka dianggap sebagai kegunaan KILANG dan susut nilainya dimasukkan sebagai kos overhed kilang. .

  206. Cikgu,
    Mengapa skema trial pahang susut nilai kenderaan tidak dimasukkan dalam kos overhed? Mungkinkah susut nilai kenderaan memang tidak perlu dimasukkan dalam kos overhed sebab kenderaan tidak diperlukan untuk proses barang hanya loji dan mesin dan jentera sahaja diambil kira?

  207. Fatimah,

    Maaf, saya yang tersilap (terbalik)… KENDERAAN kebiasaannya adalah untuk kegunaan perniagaan, maka susut nilainya tidak perlu dimasukkan dalam Kos Overhed, KECUALI dinyatakan dengan jelas bahawa kenderaan tersebut adalah khas untuk kegunaan KILANG.

  208. Cikgu,
    Dalam sukatan baru, adakah penyediaan akaun pengeluaran bagi sektor pertanian iaitu akaun pengeluaran akan memperincikan komponen-komponen bahan mentah seperti anak benih, racun serangga dan baja didedahkan kepada pelajar?
    terima kasih

  209. Cg Fatimah,

    Pada pandangan saya, kita rujuk setakat mana ada dalam BukuTeks sahaja.

  210. Cikgu,
    Skema soalan percubaan Johor 2011 dirujuk, dalam soalan akaun pengeluaran yang meminta menyediakan akaun alat-alat kecil, iaitu dibeli maklumat stok awal alat-alat kecil 2500, belian alat-alat kecil RM 6700 dan stok akhir alat-alat kecil 1100. Jawapan dalam skema Akaun alat-alat kecil mengapa debit dibawa baki b/b tulis belian RM6700? bagaimana catatan bergunya? bolehkah tulis bank RM6700?
    terima kasih

  211. Nizam,

    Pada pandangan saya, penggunaan butiran “TUNAI / BANK” adalah lebih sesuai berbanding butiran “BELIAN”.

  212. salam cg narzuki,

    salam ramadhan…

    nak minta pandangan cgu berkaitan dengan bab pengeluaran..
    jika kita menjalankan pmbuatan dan bila dah siap produk tersebut kita ambil untuk tujuan sendiri atau perniagaan…

    bagaimana catatan nya dalam lejar… tq

  213. Cikgu Sila,

    Salam ramadhan, semoga semua amalan kita diterima Allah.

    Pada pandangan saya, secara ringkasnya :
    Dt: Ambilan / promosi dll
    Kt: Ak Perkilangan / Ak Pengeluaran

  214. Assalamualaikum cikgu ..

    Adakah faedah atas pinjaman termasuk dalam Kos Overhed?

    Terima kasih .

  215. Hadi, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, Pinjaman adalah urus niaga pejabat / perniagaan…… maka faedah atas pinjaman dikelaskan sebagai BELANJA perniagaan dalam Penyata Pendapatan. Dengan kata lain TIDAK boleh dikelaskan sebagai KOS OVERHED kilang.

  216. Cikgu,

    Belanja am perlu tak letak dalam Kos Overhed?

  217. Haiz,

    Jika belanja am tersebut berkaitan dengan KILANG, maka ianya perlu dimasukakan dalam KOS OVERHEAD.

  218. Cikgu,

    Dalam trial spm 2012 negeri perlis soalan 6, belanja am tak perlu masuk ke dalam Kos Overhed?

  219. Haiz,

    BELANJA AM …. ada untuk KILANG dan ada untuk PEJABAT….. sepatutnya soalan perlu menyatakan dengan JELAS sama ada BELANJA AM tersebut untuk KILANG atau PEJABAT ….. atau diagihkan antara Kilang & Pejabat dengan nisbah tertentu.

    Cadangan Cg, betulkan pada soalan “Belanja Am” kepada “Belanja Am Pejabat“.. supaya selaras dengan jawapan yang diberikan.

  220. Cikgu, angkutan keluar nak catat dalam kos pengeluaran ?
    Saya tak faham ” angkutan masuk bernilai RM 620 masih belum direkodkan dalam mana mana Buku”

  221. Meekee,

    ANGKUTAN KELUAR merupakan kos/belanja menghantar BARANG SIAP kepada pelanggan, iaitu berkaitan dengan belanja KEDAI dan ianya perlu dicatat dalam Penyata Pendapatan.

    Manakala ANGKUTAN MASUK merujuk kepada kos/belanja untuk membawa BAHAN MENTAH/BAHAN LANGSUNG ke KILANG, maka ianya perlu dicatat dalam Penyata Kos Pengeluaran.

  222. Terima kasih Cikgu!

  223. cikgu:

    diskaun diterima harus tolak daripada belian tak, bagi penyata kos pengeluaran?

  224. Chl,

    Rujuk kepada BELIAN terlebih dahulu, sekiranya belian tersebut merujuk kepada BELIAN BAHAN LANGSUNG/MENTAH.. maka DISKAUN DITERIMA tersebut perlu dicatatkan dalam Penyuata Kos Pengeluaran…. sebagai Akaun Kontra kepada Belian.

  225. terima kasih cikgu.

  226. salam cikgu, nk tnya kt statement comphensive
    kn ada 3 yg kita kne berbezakn
    contoh cam administration expenses, sales and distribution n financial expenses.
    sy xtahu macam mana nak kelaskan item2 tu. blh x cikgu membantu saya bb sy dah nk final ni

  227. Azlina,

    Petikan daripada https://www.accountingcoach.com

    Administrative Expenses
    Administrative expenses are part of the operating expenses (along with selling expenses). Administrative expenses include expenses associated with the general administration of the business. Examples include the salaries and fringe benefits of the company president, human resource personnel, accounting, information technology, the depreciation expense for equipment and space used in administration, as well as supplies, utilities, etc.
    Under the accrual basis of accounting, administrative expenses appear on the income statement for the period in which they occurred (not the period in which they were paid).

    Selling Expenses
    Selling expenses are part of the operating expenses (along with administrative expenses). Selling expenses include sales commissions, advertising, promotional materials distributed, rent of the sales showroom, rent of the sales offices, salaries and fringe benefits of sales personnel, utilities and telephone usage in the sales department, etc.
    Under the accrual basis of accounting, selling expenses appear on the income statement in the period in which they occurred (not the period in which they were paid).

  228. Hai Cikgu ,

    Mahkamah mengarahkan Juasa Berhad,sebuah syarikat pengeluar kasut menghentikan sementara operasinya selama sebulan kerana kesalahan alam sekitar.

    Apakah jenis kos yang perlu ditanggung oleh syarikat tersebut?

    [ SPM 2013 No37 ]

  229. Eugene,

    Pada pandangan Cg,
    Apabila kilang tersebut TIDAK BEROPERASI... terdapat belanja2 lain TETAP ditanggung, seperti Sewa Kilang, Kadar bayaran, Gaji Pengurus Kilang dll.. yang mana ianya dikelaskan sebagai KOS OVERHED. Berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan, maka cadangan jawapan Cg ialah A: KOS TETAP

  230. Berapakah untung bersih yg cikgu perolehi dalam soalan nombor 2 kertas 2, spm 2013.

  231. Untung Bersih = RM32490

  232. ROSNANI MAT HUSSIN

    Salam ckgu.saya nk tnya mengenai skema jwpn 2012 soalan 3 iaitu kos pengeluaran.dlm soalan diberi angka Rm’000 pada imbangan duga sblh tanda RM.jadi bila pljr tunjuk jln kerja kena tambah 000 tu atau bila masuk angka dlm kos pengeluaran letak RM’000 kat atas sekali shj spt soalan tu..minta pencerahan.

  233. Rosnani,
    Pada pandangan saya, itu hanya format pelaporan sahaja… kedua2 cara boleh digunakan.. asalkan penggunaanya konsisten.
    Sekiranya menggunakan format RM’000, jalan kerja juga boleh guna format tersebut…. TANPA tambah 000.( bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab soalan)

  234. ROSNANI MAT HUSSIN

    Terima kasih cikgu.

  235. Cikgu, boleh bagi tanya??bagaimana mau kira atau dapat keuntungan perkilangan direalisasikan dalam perakuanan perkilangan??

  236. Cikgu,
    Jika soalan tidak nyatakan susut nilai kenderaan itu untuk kegunaan pejabat atau kilang maka kita anggap pejabat tetapi dalam soalan akaun pengeluaran spm 2012, walaupun soalan tidak nyatakan susut nilai kenderaan untuk pejabat atau kilang tetapi jawapan masuktdalam overhed kilang? Terima kasih.

  237. sorry mengapa jawapan masuk dalam overhed kilang?

  238. Fatimah,

    Maaf, penyataan tersebut tidak tepat.
    Sekiranya soalan tersebut jelas berkaitan topik pengeluaran, dan kenderaan tersebut tidak diagihkan antara kilang dan pejabat, maka ianya dianggap kenderaan kilang 100%.

  239. Lengkapan nak masukkan ke dalam penyata kos pengeluaran ?

  240. Siti,

    Lengkapan merupakan ABS, maka tempatnya di KKK, manakala Susutnilai lengkapan merupakan item BELANJA dan boleh dimasukkan sebagai Kos Overhed…. sekiranya lengkapan tersebut untuk kegunaan KILANG.

  241. Adakah belanja am kilang diketegorikan dalam belanja langsung kilang (

  242. Tan,

    Belanja am kilang dikelaskan sebagai KOS OVERHED

  243. assalam.

    cikgu nak tanya kadar bayaran kos tetap ke kos berubah?

    Boleh cikgu terangkan. terima kasih

  244. Saniah, waalaikumussalam.

    Kadar bayaran dikelaskan sebagai KOS OVERHED = KOS TETAP
    Manakala Kos bahan langsung, Kos buruh langsung, Kos belanja langsung = KOS PRIMA = KOS BERUBAH

  245. Cikgu, apa beza gaji kilang bagi KOS BURUH LANGSUNG dan gaji bagi KOS OVERHED seperti gaji penyelia kilang? Saya tak faham.

    Terima kasih.

  246. Vun,

    Gaji pekerja/buruh yang terlibat secara langsung dalam proses pembuatan dikelaskan sebagai KOS BURUH LANGSUNG… andaikan mereka bercuti, maka pembuatan barangan tidak dapat dijalankan.

    Manakala lain2 gaji pekerja yang tidak terlibat secara langsung… seperti penyelia kilang, jaga, dll ….. jika mereka bercutipun, proses pembuatan masih boleh diteruskan… maka dikelaskan sebagai KOS OVERHED.

  247. nak tanya kalau gaji pengurus boleh anggap gaji pengurus kilang, mengapa gaji kerani tak boleh anggap kerani kilang?

  248. Limkalis,

    Pada pandangan saya,
    Sebaik-baik soalan dinyatakan dengan jelas sama ada untuk Kilang atau Pejabat. Walau bagaimanapun soalan juga hendak menguji dari segi rasional…
    Contohnya GAJI PENGURUS.. bagi sesebuah Kilang sudah semestinya ada sekurang2nya seorang PENGURUS. maka jika hanya dinyatakan “Gaji Pengurus” dan tiada sebarang agihan antara kilang dan pejabat.. maka ianya boleh dianggap GAJI PENGURUS KILANG.

    Manakala bagi GAJI KERANI, tidak semua kilang mengaji kerani untuk kilang, dimana urusan pengkeranian kilang … diminta KERANI PEJABAT untuk mengurusnya.. maka itulah sebabnya Gaji Kerani dalam keadaan biasa.. dianggap sebagai Kerani Pejabat, kecuali menyatakan ianya / sebahagian daripadanya adalah gaji kerani kilang.

  249. cikgu, kenapa kadar bayaran terlibat dalam kos tetap dan bukan kos berubah?
    terima kasih!

  250. Lim,

    Boleh tak ditentukan atas seunit keluaran berapa kos kadar bayarannya ?

  251. cikgu,saya masih confuse.
    Kos tetap adalah kos yang sentiasa malar sama ada pengeluaran bertambah atau berkurang.
    kos berubah adalah kos yang mempunyai hubungan langsung tentang unit pengeluaran.
    Bukankah Kadar bayaran akan bertambah jika pengeluaran bartambah kerana proses akan meningkatkan electric dan air??
    Terima Kasih!

  252. Lim.

    ok.. bil ekektrik tersebut terdiri daripada penggunaan lampu.. kipas.. penghawa dingin dan sebagainya. Jika alatan tersebut OFF… adakah produk boleh dikeluarkan.. ? masih boleh, maka ianya TIDAK berkait secara langsung.. tidak seperti BAHAN MENTAH & BURUH LANGSUNG…. jika tiada perkara tersebut.. maka pengeluaran produk TIDAK dapat dilakukan.

    Kadar bayaran tersebut … bercampur aduk untuk tujuan proses pengeluaran (mesin – kos berubah) dan untuk kegunaan biasa (lampu.. kipas …- kos tetap). Jadi boleh tak kita agihkan antara kedua2 tujuan tersebut..?

  253. saya sudah faham, cikgu.
    Terima kasih cikgu!!

  254. Mengapakah angkutan keluar tidak direkodkan di bahagian kos overhed?

  255. Shasha,

    Angkutan keluar merujuk kepada kos pengangkutan untuk menghantar BARANG SIAP kepada pelanggan…. ianya diuruskan oleh pihak kedai, bukannya kilang.

  256. adakah angkutan keluar dan gaji jurujual direkod dalam akaun perdagangan?

  257. Oona,

    Ya… apa2 urusniaga yang melibatkan pejabat/kedai.. perlu direkodkan dalam Ak Perdagangan.

  258. cikgu,

    1)untuk Alat-alat Kecil, kita menganggap ia sebagai Aset Semasa atau Aset Tetap?

    2) Di dalam akaun perkilangan, kita cuma mengambil kira BELANJA alat-alat kecil yg akan dikategorikan sebagai Kos Overhed.

    3) Saya ada mendapat latihan, dimana soalan tersebut cuma memberi jumlah Baki awal (RM2450) dan Baki akhir (RM2870). Pertambahan adalah sebanyak RM420, adakah akan direkodkan sebagai BELANJA?

    4) Dan soalan saya yg utama ialah, dimana sebenarnya perniagaan ini akan merekodkan Alat-alat kecil ini? Jika direkod sebagai Aset Tetap, dimana nak rekod stok awal stok akhir? Jika direkodkan sebagai aset semasa, pertambahan RM420 tu apa catatan debit-kredit nya?

  259. Amy,

    1) Alat2 kecil (stok akhir) dikelaskan sebagai ASET SRMASA.
    2) YA
    3) ada yang tidak kena dengan soalan tersebut jika tiada belian… mana mungkin stok akhir BERTAMBAH. Jika pengurangan baru munasabah… dan dikelaskan sebagai belanja.
    4) Stok akhir alat2 kecil sahaja direkodkan srbagai AS. Manakala pertambahan tersebut tidak mungkin boleh berlaku.. jika tiada belian.

  260. Cikgu,
    Cikgu sekolah saya kata:
    1)stok awal alat-alat kecil+belian lat-alat kecil – stok akhir alat-alat kecil =susut nilai alat-alat kecil
    2) alat-alat kecil dikelaskan sebagai ASET BUKAN SEMASA dan perlu tunjuk KOS -SUSUT NILAI

    Pada bandangan saya kedua-dua pendapat cikgu saya tak betullah.
    Bukankah pengiraan pada (1) lebih sesuai dikenali sebagai belanja alat-alat kecil?
    Sto akhir alat alat kecil patut dikelaskan sebagai ASET SEMASA.
    Harap cikgu boleh beri pandang kepada saya.

  261. Chan,

    Pada pandangan Cg,
    1) lebih sesuai dipanggil BELANJA ALAT2 KECIL.
    2) Stok akhir Alat2 Kecil lebih sesuai dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

  262. Cikgu, dalam soalan tak dinyatakan apa2 mengenai iklan. Adakah IKLAN termasuk dalam kos overhed bagi Ak Pengeluaran?

  263. *dalam maklumat tambahan

  264. Vun,

    Iklan, promosi, angkutan keluar ….. walaupun tidak dinyatakan apa2 dalam soalan… ianya sudah jelas merupakan perbelanjaan kedai/pejabat BUKAN belanja kilang. Kilang hanya memproses bahan mentah menjadi barang siap.

  265. Cikgu, kalau diskaun diterima tiada tulis kilang?Adakah diskaun ini harus letak ke dalam akaun pengeluaran?

  266. Ms Yap,

    Diskaun diterima …. merupakan Ak Kontra kepada Belian… dan belian dalam soalan tersebut merujuk kepada BELIAN BAHAN LANGSUNG, maka perlu dimasukkan dalam Ak Pengeluaran.

  267. Cikgu,
    Dalam soalan penyata kos pengeluaran, jika soalan minta sediakan akaun alat-alat kecil, adakah kita masih ada kaedah langsung dan kaedah tak langsung, iaitu kaedah langsung dalam akaun alat-alat kecil kredit tulis untung rugi dan kaedah tak langsung kredit tulis susut nilai alat-alat kecil? bagaimana pula jika soalan minta sediakan akaun alatan, adakah cara sama dengan akaun alat-alat kecil? terima kasih.

  268. Fatimah,

    Dalam kes ini, “UR” tidak digunakan sebaliknya “Ak Pengeluaran”.
    Kedua2 kaedah tersebut boleh digunakan. Cuma saya lebih galakkan guna “Ak Pengeluaran” kerana Ak Pengeluaran juga disediakan dalam soalan tersebut.. supaya pelajar nampak hubungan dan catatan bergunya.

  269. salam cikgu, saya musykil adakah royati “kilang” dimasukkan di bawah kos overhed atau belanja langsung.. ?? k

  270. Zul,

    Royalti kilang dikelaskan sebagai BELANJA LANGSUNG.. kerana royalti dibayar berdasarkan kuantiti keluaran.

  271. Cikgu,
    Pelajar sudah biasa dengan penyata kos pengeluaran dan penyata pendapatan. JIka soalan minta akaun pengeluaran dan akan perdagangan dan untung rugi, bolehkah mereka menjawap dalam bentuk penyata tanpa hilang markah?

  272. Fatimah,

    BOLEH, malah digalakkan jawab dalam bentuk PENYATA, sekarang tiada lagi penolakan markah untuk format.

  273. Cikgu, macamana nak kira kos bagi pengedar dan agen?

  274. Amri,

    Saya kena lihat apa maklumat yang diberikan terlebih dahulu.

  275. Salam cg nak tanya . Dalam kos berubah . Hanya perlu dimasukkan kos buruh langsung + kos bahan langsung . Gaji pelayan dan gaji cashier termasuk dalam kos buruh langsung ke ?

  276. Aisyah,

    Kos Berubah = kos bahan langsung + buruh lansung + belanja langsung.

    Buruh tak langsung seperti.. penyelia kilang.. pengurus kilang.. jaga kilang .. dikelaskan sebagai Kos overhed.

    Manakala Gaji pelayan dan Gaji cashier… tidak terlibat dengan kos pengeluaran.. sebaliknya terlibat dengan kedai.. maka masuk dalam belanja di Penyata Pendapatan.

  277. cikgu, boleh bagitau kos barang seperti kotak, plastik untuk pack product diklasifikasikan sebagai apa? termasuk dalam kos pembuatan produk ke?
    key in dalam ubs

  278. Ira,

    Pada pandangan Cg, kena lihat pada situasinya.. secara mudah, sekiranya proses pembungkusan tersebut dilakukan di kilang sebelum dihantar ke kedai.. maka boleh dikelaskan sebagai kos pembuatan.

  279. Cg, saya nak tanya. Ssutnilai kenderaan, ssutnilai lengkapan ni. masuk jugak ke dalam Kos Overhead? Boleh cg jelaskan?

  280. Ana,

    Sekiranya ABS tersebut digunakan di KILANG dalam proses pengeluaran, maka SN tersebut dikelaskan sebagai Kos Overhed. Jika digunakan di PEJABAT atau KEDAI, maka dikelaskan sebagai Belanja dalam Penyata Pendapatan.

  281. assalamualaikum cikgu. saya nak tanya format akaun alatan seperti di bawah ini betul ke? lepastu yang tanda soal kena isi butiran apa ye cikgu?

    akaun alatan
    ? xx | Baki b/b xx
    baki h/b xx | belian xx

  282. Aziq, waalaikumussalam.

    Ada yang tidak betul dengan format tersebut…. Alatan adalah ASET, mana mungkin BAKI B/B sebelah Kredit. Dan butir “BELIAN” dalam akaun tersebut juga tidak tepat. Butir bagi angka imbangan dalam akaun tersebut ialah “Ak Pengeluaran”

  283. Cg, apa yg dimaksudkan dgn angkutan keluar termasuk angkutan masuk bernilai rm550

  284. Dame.

    Maksudnya kena buat pelarasan membetulkan kesilapan tersebut.
    angkutan keluar perlu (-) 550
    angkutan masuk perlu (+) 550

  285. tq cikgu .cikgu dh bnyak mmbantu sya dlm akaun . smoga allah rahmati cikguu ..

  286. Nusrat,

    Alhamdulillah.. Amiin.

  287. Cikgu, mcmmna nak buat Akaun Alat Tulis Kilang?

  288. Niza,

    Masukkan Baki awal, Belian dan Baki akhir… angka imbangan ialah Ak Pengeluaran

  289. Ada kah kos tak langsung itu kos tetap?

  290. Julie,

    Kos Prima (kos langsung) = Kos berubah
    Kos overhed (termasuk kos tak langsung) = Kos Tetap

  291. cg, saya agak keliru mcmana kita nak bezakan kos buruh langsung dgn belanja langsung.

  292. Sarah,

    KOS BURUH LANGSUNG – Upah/Gaji pekerja pengeluaran
    BELANJA LANGSUNG – Royalti, Kos reka bentuk, Kos pendaftaran paten

  293. salam, tumpang tanya, ada tak soalan kajian kes yg mudah2 untuk student kemahiran tahap 3,

  294. Mohd Izwan,

    Maaf, tiada soalan kajian kes tersebut….blog ini khas untuk Prinsip Perakaunan SPM sahaja.

  295. Cikgu, penyelenggaraan kilang dan komisen jurujual ialah kos overhed?

  296. Joey,

    Penyelengaraan kilang –> Kos Overhed
    Komisen jurujual –> tidak terlibat dengan kilang.

  297. Salam. Apa yg dimasudkan royalti

  298. Yati,

    Maksud ROYALTI (klik)

  299. cigku,

    Jika kerja dalam proses awal dan akhir ada tiga katogeri iaitu kos bahan lansung,kos buruh langsung dan kos overhed…kami hendak asingkan??

    jika hanya ada satu kerja dalam proses awal dan akhir,kami kira di bawah sekali?selepas kos prima + kos overhed,betul ke?

    tapi,jika soalan hanya ada satu kerja dalam proses awal bahan langsung dan satu kerja dalam proses akhir bahan langsung,ini nak kira dalam kos bahan lansung atau terus kira di bawah selepas tambah kos prima dan kos overhed??

    terima kasih,cikgu..
    y

  300. Englihken,

    Ya betul seperti yang dinyatakan.
    Soalan tersebut tidak memahami konsep KDP… adalah tidak mungkin hanya ada KDP bahan langsung sahaja. Walaupun ianya barang separuh siap.. mesti juga melibatkan ketiga2 kos tersebut.

  301. cikgu,

    jika soalan ada diskaun diterima,kami nak tolak dalam belian bahan lansung atau belian barang siap? dan juga pulangan belian..jika soalan hanya tulis pulangan belian,tak cakap adalah bahan langsung atau barang siap,bagaimana buat soalan ini?
    terima kasih,cikgu.

  302. Englihken,

    Dalam soalan biasanya hanya ada satu BELIAN BAHAN LANGSUNG, maka Diskaun diterima dan Pulangan belian adalah merujuk kepada BAHAN LANGSUNG.
    Sekiranya ada 2 jenis belian (Belian bahan langsung & Belian barang siap), maka dalam soalan mesti menyatakan dengan JELAS Diskaun diterima dan Pulangan belian tersebut merujuk kepada yang mana.

  303. cikgu,tapi soalan yang disedia oleh cikgu saya,hanya belian bahan langsung tak ada belian barang siap..dan soalan itu ada pulangan barang siap,soalan mcm ini pulangan barang siap nak masuk mana? atau mungkin pulangan barang siap ini adalah pulangan jualan barang siap(soalan tak ada nyata dt dan kt,dengan demikian boleh anggap sebagai pulangan jualan?)

  304. Englihken,

    Jumpa guru sekolah, untuk pastikan perkara tersebut… adakah soalan tersebut sudah betul. Jika sudah betul, maka pulangan barang siap tersebut sudah tentu merujuk kepada pulangan jualan barang siap.

  305. Iklan dalam Kategori?

  306. Yy,

    Iklan merupakan belanja bagi KEDAI, TIDAK melibatkan Kos Pengeluaran.

  307. bagaimana dengan kenyataan
    “semua belanja adalah kos,tetapi tidak semua kos adalah belanja” adakah kos sama dengan belanja?

  308. cikgu
    saya nak tanya itu balanja pentadbiran boleh masuk kos overhed tak?

  309. dia tak ada tulis kilang atau pejabat

  310. Stella Lai,

    Kos Overhed ialah kos-kos yang berkaitan dengan kilang….selain daripada Kos Bahan Langsung, Kos Buruh Langsung dan Belanja langsung.
    Maka belanja pentadbiran kilang… Kos Oberhed.. tetapi kos pentadbiran pejabat, BUKAN kos overhed.
    Jiks tiada dinyatakan untuk Kilang / Pejabat.. kita lihat maklumat2 lain ada atau tidak dinayatakan untuk kilang/pejabat… jika tiada juga, maka kita anggap semua mahlumat tersebut hanya untuk kilang.

  311. terima kasih cikgu

  312. Cikgu, pulangan masuk perlu dimasukkan?

  313. Bella,

    Pulangan masuk = Pulangan Jualan
    Jualan merujuk kepada jualan barang niaga.. dalam Ak Perdagangan.
    Maka Pulangan masuk juga masuk Ak Perdagangan.

  314. Cikgu dalam kos overhed kena tamabah dengan angkutan keluar ?

  315. Abeela,

    Angkutan keluar…. ialah kos/belanja pengangkutan untuk hantar barang niaga kepada pelanggan. Ianya tidak termasuk dalam Kos Overhed… tetapi dalam Penyata Pendapatan perniagaan.

  316. Cg,knapa bahan bungkusan dikira sebagai kos overhead?

  317. Serenity,

    Bahan bungkusan salah satu kos pengeluaran tetapi tidak dikelaskan sebagai kos bahan langsung kerana hanya sebagai tambahan sahaja.. maka dikelaskan sebagai kos overhed.

  318. assalamuaikum cg….klau belanja am kilang kita letak dekat belanja langsung atau kos overhed??

  319. Fatimah,

    Kos overhed.

  320. assalammualaikum cikgu, saya nak tanya kalau dalam maklumat tambahan yang ada kerja dalam proses overhed ni apa ya cg? dia masuk bhgian yg mna cg?

  321. Sahira,

    Masukkan dalam komponen masing2:

    Kos Bahan langsung
    + KDP awal
    – KDP akhir

    Kos Buruh Langsung
    + KDP awal
    – KDP akhir

    Kos Overhed
    + KDP awal
    – KDP akhir

  322. Assalamualaikum cikgu, boleh cikgu jelaskan macam mana nk bezakan gaji operator, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang, operator pemasaran dan gaji pengurus pemasaran. Saya selalu menghadapi masalah utk pindahkan maklumat tu ke dalam buruh langsung dan kos overhed. Mohon pencerahan

  323. Syaheera, waalaikumussalam.

    Kos Buruh Langsung – gaji pekerja yang terlibat secara langsung dalam pembuatan produk. Dengan kata lain jika mereka tidak hadir bekerja, maka pembuatan produk tidak dapat dijalankan. Cth: gaji operator pengeluaran / gaji pekerja kilang.

    Kos Overhed – gaji pekerja yang tidak terlibat secara langsung…. jika mereka cuti seminggu… proses pembuatan produk masing dapat diteruskan. Cth: gaji penyelia kilang, gaji jaga kilang.

    Manakala.. urusan gaji pekerja Pemasaran tidak masuk dalam kos pengeluaran.. kerana ianya berkaitan dengan pejabat/kedai.

  324. aininsofiya1905

    cikgu
    saya nak tanya, adakah belian alat-ala kecil,angkutan keluar dan gaji kerani pejabat termasuk dalam kos overhed dan apakah perbezaan belanja dengan belian,
    Terima kasih.

  325. Aninsofia,

    Belanja yang melibatkan kedai/pejabat tidak masuk dalam Kos Pengeluaran… hanya belanja yang berkaitan dengan kilang sahaja yang masuk.

  326. Cikgu, saya nak Tanya, kalau dalam soalan minta akaun perdagangan tetapi isi yang perlu ada tidak diberi dalam soalan, macam mana nak jawab? Contohnya stok, belian, jualan barang siap tak dinyatakan dalam maklumat Yang diberi. Macam mana nak jawab?
    Terima kasih

  327. Syera,

    Jika diminta… mesti ada maklumat2 yang berkaitan dengannya disediakan.. cari betul2…..

  328. assalam cikgu angkutan keluar memang x msuk kos over head ea..satu lagi kalau soalan tanye 40% drpd royalti adalah utk kilang dan slbihnye tok blanje langsung maksud nye cm ner tu cikgu tambah royati tu ngan tambah lagi belanja langsung ke??sbb rayalti tu memang belanja langsung kan

  329. Akmal, waalaikumussalam.

    Ya.. angkutan keluar adalah urus niaga kedai/pejabat..tidak melibatkan kilang.

    Royalti… asingkan antara royalti dalam belanja langsung dan royalti dalam kos overhed…. ikut peratusan yang diberi.

  330. Assalam..cg..macam mne nak kira pelarasan upah langsung rm300 telah direkod sebagai upah x langsung..
    Adakah upah x langsung kne tambah 300??

  331. Najwa,waalaikumussalam.

    Upah langsung + 300
    Upah tak langsung – 300

  332. Cegu, kalau berang siap termasuk dalam stok awal bahan mentah ke?

  333. Ifa,

    Barang siap… tidak masuk Kos Pengeluaran… tetapi masuk dakam Akaun Perdagangan

  334. Cikgu , upah operator pengeluaran masuk penyata kos pengeluaran ke n bahagian mana ?

  335. Syikin,

    KOS BURUH LANGSUNG

  336. salam cikgu..sy nak tanya. angkutan keluar kilang masuk kos overhed tak? kenapa?

  337. Raihan,

    Fahami maksud KOS PENGELUARAN… iaitu SEMUA kos-kos/ belanja-belanja yang terlibat SEMASA proses pengeluaran bermula dari BAHAN MENTAH hinggalah menjadi BARANG SIAP.

    Manakala kos ANGKUTAN KELUAR KILANG… merujuk kos/belanja menghantar BARANG SIAP ke kedai perniagaan… maka TIDAK termasuk dalam Kos Pengeluaran…. sebaliknya pihak pengurusan kedai nanti ianya akan merekodkannya sebagai ANGKUTAN MASUK barang siap di dalam Penyata Pendapatan.

  338. okey..terima kasih cikgu

  339. Cikgu kalau dia tulis angkutan masuk sahaja.. Nak masuk mana? Dia tak de tulis “angkutan masuk bahan mentah”

  340. Mafia,

    Oleh kerana ada belian bahan mentah/langsung sahaja.. maka angkutan masuk tersebut merujuk kepada bahan mentah/langsung.

  341. Pulangan belian bahan langsung diberi

  342. Mafia,

    Oleh belian hanya untuk bahan langsung sahaja.. maka angkutan masuk tersebut sudah semestinya untuk bahan langsung.

  343. Cg saya nak tanya ni kalau dalam penyata pengeluaran tak masukkan angkutan masuk… Berapa ye markah boleh dapat?

  344. Sobar,

    Mungkin hanya hilang 1 markah sahaja.

  345. salam cikgu
    susut nilai kenderaan rasmi adakah ianya dikelaskan sebagai overhed pengeluaran atau kos bukan perkilangan. terima kasih.

  346. Azrul,

    Asasnya… sekiranya kenderaan tersebut adalah kegunaan pejabat/kedai semata2… maka SN Kenderaan direkodkan dalam Penyata Pendapatan perniagaan. Manakala sekiranya kenderaan tersebut adalah kegunaan kilang semata2.. maka SN kenderaan tersebut dicatatan sebagai item Kos Overhed dalam Penyata Kos Pengeluaran.

  347. salam cg….sy student diploma….sy selalu tnye kat website cg ni wktu sy skolah dlu….
    skrang sy belaja cost and management acc…
    nk tnye,,,klau salary for lorry driver tuh msuk dekat manufacturing,,administrative atau selling and distribution ye cg??
    tjuk yg sy belaja tuh element of cost…lebih kurang akaun pengeluaran juga laa…

  348. Fatimah,

    Pada pandangan Cg,
    Bergantung kepada kegunaan lori tersebut..
    1. Jika digunakan dikilang untuk kerja2 angkutan barang kilang –> dikelaskan sebagai kos overhed dalam perkilangan.
    2. Jika digunakan untuk kerja2 angkutan barang dikedai hantar kepada pelanggan –> dikelaskan sebagai kos jualan dan agihan.

  349. ouhhh…ok sy faham cg…terima kasih…

  350. ouhh satu lagi cg,biasanya depreciation equipment of showroom msuk kat administrative,,manufacturing atau selling??
    dan showroom biasanya kita guna untk apa??

  351. Fatimah,

    Showroom…. bilik pamer barang niaga kita… contoh kita jual kereta, maka model2 kereta kita pamirkan dalam bilik tersebut.
    # cuba fikirkan ianya berkaitan dengan apa.

  352. salam sejahtera cikgu,mahu minta penjelasan adakah belian bahan tidak langsung merupakan kos overhed? sekiranya soalan menyatakan tentang belian barang siap adakah kita perlu campurkan dengan stok awal barang siap dan kos pengeluaran? terima kasih

  353. Ricky, salam sejahtera.

    1. Ya.. belian bahan tidak langsung –> Kos Overhed
    2. Item, berkaitan dengan BARANG SIAP dicatat dalam Akaun Perdagangan untuk mendapatkan Untung Kasar. Kos Pengeluaran merujuk kepada kos BARANG SIAP… maka KOS JUALAN dalam Ak Perdagangan :
    Stok awal barang siap
    (+) Belian rang siap (jika ada)
    (+) Kos Pengeluaran
    (-) Stok akhir barang siap.

  354. Assalamualaikum cg.

    Saya ada soalan.. Kos pengeluaran dalam penyata kos pengeluaran… Perlu dimasukkam ke dlm penya pndptn pengeluaran? Bagaimana ?

    Perniagaan trading tu apa ye?

  355. Izzah, waalaikumussalam.

    Sebuah KILANG… biasanya mempunyai KEDAI untuk menjual barangan keluarannya.
    KILANG –> keluaran barangan –> Penyata Kos Pengeluaran
    KEDAI (Trading) –> jualan barangan keluaranya –> Penyata Pendapatan
    Dalam Penyata Pendapatan biasanya ada BELIAN (kita beli daripada pembekal lain)
    Oleh kerana ada kilang sendiri, maka barang yang dijual dibuat sendiri.. maka TIADA BELIAN, barangan tersebut dikeluarkan daripada kilang..
    maka KOS PENGELUARAN … menggantikan BELIAN dalam Penyata Pendapatan.

  356. Cg , sy ada beberapa yg tk fhm.sbb baru belajar bab ni .
    1) cara buat akaun pengeluaran bg tahun berakhir dgn setengah tahun.berakhir sama ke?
    2) barang ² siap masuk tak dlm akaun pengeluaran?
    3)maklumat “kadar(2/5 bg kilang dan bakinya bg pejabat) mcm mana ye dan butirnya nk letak apa?
    4)upah produktif ni ditambah dgn kos bhn lngsung digunakan , betul ke?

  357. Ct,

    1. Sama sahaja…. cuma pelarasannta hanya untuk 6 bulan sahaja.
    2. Jualan.. stok Barang2 siap –> Akaun Perdagangan.
    3. Butirnya sama… cuma nilainya ambil untuk kilang sahaja –> x 2/5
    4. Upah produktif –> Kos Buruh Langsung. (Cuba rujuk soalan.. ada tak kos untuk buruh langsung ?)

  358. Cg pulangan masuk masuk ke dlm penyata kos pengeluaran ?

  359. Ct,

    Pulangan masuk –> merujuk kepada pulangan BARANG SIAP –> Ak Perdagangan.

  360. Hai cg narzuki,saya nk tnya butir pulangan masuk dicatatkan dalam bahagian mana dalam akaun pengeluaran?

  361. Danial, hai.

    Pulangan masuk = Pulangan jualan –> Ak Perdagangan kerana melibatkan BARANG SIAP.
    # Tidak terlibat dengan Kos Pengeluaran.

  362. cikgu..cikgu…sy tk paham ape tu belanja langsung.. boleh cg terangkan dan bagi cth tk?terima kasih

  363. Min,

    Belanja langsung… belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
    Contoh; bayaran royalti, kos reka bentuk produk dan kos pendaftaran paten.

  364. Cikgu belanja jurujual ingin masuk ke dalam kos pengeluaran?

  365. Ps,

    Jurujual tempatnya dikedai… bukan di kilang..
    Cuba fikirkan ianya terlibat dengan kos pengeluaran atau tidak….?

  366. Okay, terima kasih cikgu…

  367. cikgu,nak tanya apakah butir yang tidak boleh letak dalam Kos Overhed? adakah promosi tidak boleh letak ?

  368. Suzy,

    Semua belanja yang tidak berkaitan dengan kilang –> TIDAK MASUK.
    Promosi –> belanja kedai, bukan kilang –> Tidak masuk.

  369. Cikgu, jika soalan mahu buka ak pengeluaran dan ak perdagangan, barang sip mahu catat sebagai belian dlm ak perdagangan?

  370. Yizhen,

    Barang yang telah siap daripada ak pengeluaran —> Ak Perdagangan : butirnya KOS PENGELUARAN.

  371. salam sejahtera cikgu, maaf ganggu, minta penjelasan cikgu ttg kertas soalan spm 2016, soalan no 4.

    a) soalan mengkehendaki kita menyediakan penyata kos pengeluaran dan dlm skema jwpn yg diberi menunjukkan kos overhed termasuk belanja alat tulis. yg membuatkan sy kurang faham ialah kenapa belanja alat tulis perlu direkodkan dlm kos overhed sdgkan dlm soalan tdk sebut pun bhw alat tulis tersebut khas utk kegunaan kilang. bknkah pejabat yg lebih byk menggunakan alat tulis berbanding kilang?

  372. Ricky,

    Kilang pengeluar biskut banyak juga menggunakan alat tulis…. (spt gam, stapler, kertas, marker pen dll).
    Dan lagi satu dalam soalan tiada dinyatakan agihan antara kilang dan pejabat… maka dianggap sebagai kos overhed.

  373. bagaimanakah kita mahu tentukan dgn pasti samada item yg dinyatakan perlu direkodkan dlm penyata kos pengeluaran atau dlm penyata pendapatan sekiranya tiada dinyatakan dlm soalan ttg agihan antara kilang dan pejabat? kerana saya pernah mengajukan soalan yg hampir sama pd cikgu sblm ni tetapi berkaitan dgn kelab dan persatuan dimana jualan cafe digunakan utk belanja alat tulis dan item tersebut xdirekodkan dlm ak perdagangan restoran sebaliknya direkodkan dlm penyata pendapatan dan perbelanjaan kerana menurut cikgu kelab lebih byk menggunakan alat tulis berbanding cafe..makin keliru sy…

  374. Ricky,

    Kita rujuk kepada kehendak soalan… soalan kelab dahulu diminta sediakan Ak Pendapatan & Perbelanjaan dan Ak Perdagangan restoren.. dan soalan tiada agihan –> maka kita tentukan ikut rasional antara Kelab dan Kedai mana yang lebih sesuai.

    Manakala dalam soalan Kos pengeluaran tersebut .. soalan hanya minta sediakan Ak Pengeluaran sahaja dan tiada sebarang agihan dinyatakan.. maka terus masuk Kos Overhed… kerana kilang biskut juga menggunakan alat tulis.

    Berbeza dengan PROMOSI.. walaupun tidak dinyatakan oleh pejabat / kilang –> ianya tetap masuk Ak UR pejabat@kedai kerana HANYA pejabat/kedai yang menjalankan promosi tersebut.

  375. salam sejahtera cikgu, minta bantuan utk menjelaskan soalan spm 2016 kertas 1 soalan no.22 jwpn yg diberikan ialah D. bagaimana pengiraannya utk dptkan jwpn tersebut? terima kasih..

  376. Ricky,

    Ya. Jawapan D.
    Masukkan baki awal –> imbangkan, cari baki h/b –> baki b/b.

  377. maaf cikgu, bgaimana mahu dptkan nilai awal?mcm tak diberikan dlm soalan..terima kasih

  378. Ricky,

    Rujuk soalan… ada baki awal diberikan.

  379. minta maaf cikgu, adakah soalan terdapat sbrg perubahan krn drpd buku kertas soalan peperiksaan sebenar spm yg saya beli tak dpt kesan baki awal…

  380. Ricky,

    Dalam soalan SPM sebenar ada maklumat berikut:

    Baki buku tunai pada 1 Mei 2015:
    Tunai di tangan RM510
    Overdraf bank RM1285

    –> ini ialah BAKI AWAL Buku Tunai.

  381. Selamat sejahtera cikgu, boleh saya tahu kenapa angkutan keluar tidak dikira dalam penyata pengeluaran??

  382. Sia,

    Angkutan keluar ialah belanja angkutan bagi menghantar BARANG SIAP kepada pelanggan –> belanja perniagaan bukannya belanja kilang/pengeluaran.

  383. Terima kasih cikgu:) saya sudah faham

  384. Cikgu, adakah Faedah sampingan buruh langsung kos prima?

  385. Candice,

    Boleh terangkan lebih lanjut apa maksud faedah sampingan buruh langsung?

    Kemungkingnan besar dikelaskan sebagai Kos Overhed… bukan kos prima kerana hanya sampingan sahaja.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.