Dokumen Perniagaan sebagai Sumber Maklumat

3.1 Jenis dan Fungsi Dokumen dalam Perniagaan

Borang Pesanan
• Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk membuat pesanan
• Tidak dicatat dalam mana-mana buku perakaunan

Invois
• Dokumen digunakan dalam urusniaga jualan dan belian kredit
• Direkodkan dalam Jurnal Belian dan Jurnal Jualan
• Terdapat butiran penting termasuk :
i. Angkutan dibayar – penjual menanggung kos pengangkutan
ii. Diskaun niaga – potongan diberi dalam harga senarai jika belian dalam kuantiti yang banyak
iii. Diskaun tunai – potongan daripada jumlah bayaran jika dibuat dalam tempoh tertentu (segera)
iv. K.& K.diK – sebarang kesilapan dan ketinggalan hanya boleh dibetulkan oleh penjual melalui nota debit dan nota kredit.

Nota Debit
• dokumen dihantar penjual kepada pembeli
• menambah bayaran yang terkurang caj dalam invois asal
• invois tambahan yang akan menambahkan hutang pembeli kepada penjual
• Sebab-sebab invois terkurang caj:
i. Catatan tertinggal dalam invois spt caj angkutan, belanja pos, caj peti barang
ii. Invois terkurang caj kerana kesilapan pengiraan
iii. Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran
iv. Caj tambahan akibat pertukaran barang
• Direkod dalam Jurnal Jualan jika nota debit salinan atau Jurnal Belian jika nota debit salinan

Nota Kredit
• Dokumen yang dihantar penjual kepada pembeli
• Mengurangkan jumlah hutang dibayar disebabkan:
i. pembeli memulangkan bekas kosong yang dicaj dalam invois
ii. pembeli memulangkan barang rosak, salah jenama
iii. berlaku pengiraan dalam invois yang terlebih kira
vi. Elaun atau komisen diberikan kepada pembeli
• Dicetak berwarna merah
• Nota Kredit asal direkodkan dalam Jurnal Pulangan Belian manakala Nota Kredit salinan direkodkan dalam Jurnal Pulangan Jualan

Penyata Akaun
• Senarai semakan untuk mengingatkan penghutang tentang bayaran hutangnya
• Menunjukkan urusniaga yang berlaku antara pembeli dan penjual bagi bulan berkenaan

Cek
• Kaedah pembayaran yang selamat kerana risiko kecurian dan penyelewengan dapat diatasi
• Direkod dalam Jurnal Pembayaran tunai / Buku Tunai

Keratan Cek
• Dokumen rujukan menunjukkan bayaran dibuat dengan cek
• Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran tunai

Resit
• Dikeluarkan sebagai bukti akuan penerimaan tunai/cek
• Resit asal menunjukkan peniaga telah membuat pembayaran manakala resit rasmi salinan adalah bukti peniaga menerima bayaran
• Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai

Slip Bank
• Bukti peniaga membuat penyimpanan wang tunai / cek
• Slip asal adalah simpanan bank manakala salinan adalah untuk peniaga sebagai maklumat untuk direkodkan
• Direkod dalam buku tunai / Jurnal Penerimaan Tunai

Makluman Debit
• Dokumen / penyata yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan kepada peniaga bahawa akaunnya telah didebit atau dikurangkan sejumlah tertentu dan sebabnya
• Peniaga mungkin dikenakan caj terhadap cek tak laku , bayaran buku cek, faedah atas overdraf atau bank membuat pembayaran bagi pihak peniaga (perintah sedia ada) spt premium insurans, yuran kelab, ansuran pinjaman, cukai Hasil Dalam Negeri
• Direkodkan dalam Buku Tunai/ Jurnal Pembayaran Tunai

Makluman Kredit
• Dokumen yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan kepada peniaga bahawa akaunnya dikreditkan atau ditambahkan sejumlah tertentu dan sebabnya
• Peniaga mungkin menerima dividen pelaburan, faedah simpanan atau menerima bayaran dari penghutang melalui akaun bank ( pindahan kredit)
• Direkodkan dalanm buku tunai / Jurnal Penerimaan Tunai

Bil Tunai
• Apabila peniaga membeli secara tunai beli, beliau diberi bil tunai asal manakala jika beliau menjual secara tunai, bil tunai salinan adalah dokumen buktinya
• Direkodkan dalam buku tunai atau Jurnal Penerimaan dan Pembayaran tunai

Slip Daftar Tunai
• Slip dikeluarkan melalui mesin daftar tunai penjual apabila pembeli membayar secara tunai
• Tiada nama pembeli
• Direkod dalam Jurnal Penerimaan Tunai (salinan penjual) dan Jurnal Pembayaran Tunai (slip asal)

Baucer Pembayaran
• Dokumen sokongan bahawa pembayaran telah dibuat samada bayar belanja perniagaan, bayaran hutang atau sebagainya
• Direkodkan dalam buku tunai / Jurnal Pembayaran Tunai

Memo
• Dokumen sokongan / dalaman bagi urusniaga berlaku antara pemilik dengan perniagaannya
• Digunakan apabila peniaga membuat ambilan wang, barangniaga , membawa masuk aset sebagai modal tambahan
• Direkodkan dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai (bagi ambilan tunai), lain-lain urusniaga direkod dalam Jurnal Am

Penyata Gaji
• Dokumen disediakan oleh majikan kepada pekerja
• Bukti bayaran gaji telah dibuat (melibatkan pembayaran gaji terus keakaun bank melalui pindahan kredit)
• Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran Tunai

Folio Pelanggan
• Penyata yang menunjukkan rekod bayaran satu caj perkhidmatan seperti sektor perhotelan
• Berfungsi sebagai resit penerimaan wang daripada pelanggan
• Salinan asal diberi kepada pelanggan dan salinan disimpan oleh peniaga
• Direkodkan dalam Buku Tunai, Jurnal Penerimaan/Pembayaran Tunai

Bil bayaran
• Bil dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan
• Bil telefon, air, letrik, ASTRO, internet dlll
• Dijelaskan dengan cek/tunai dan keratan bil akan dikembalikan kepada peniaga untuk tujuan rekod
• Dikepilkan bersama baucer bayaran
• Direkodkan dalam Buku Tunai/ Jurnal Pembayaran tunai

Slip pindahan wang
• Kemudahan bank kepada pelanggan untuk memindahkan wang peniaga kepada pihak ketiga secara elektronik
• Perkhidmatan ditawarkan ialah Pindahan elektronik dan pindahan telegraf
• Isi borang, serah kepada kerani dan wang dipindah secara automatik dalam dan luar negraa

3.2 Aliran dokumen Antara Pembeli dan Penjual

Kemahiran yang perlu dikuasai bagi menjawab soalan ini ialah :

1. Pengecaman dokumen.

2. Merekodkan dalam Buku Catatan Pertama.

3. Mengepos ke Lejar

4. Menyediakan Imbangan Duga.

KUIZ : Dokumen sebagai Sumber Maklumat

Congratulations - you have completed KUIZ : Dokumen sebagai Sumber Maklumat. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Apakah fungsi dokumen perniagaan ?
A
sebagai dokumen sokongan
B
sebagai alat perancangan dan kawalan
C
sebagai bukti bertulis bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku
D
sebagai rujukan semasa penyediaan penyata kewangan
Question 2
Antara dokumen berikut, manakah yang tidak dihantar oleh penjual kepada pembeli?
A
Invois
B
Nota debit
C
Nota serahan
D
Makluman kredit
Question 3
Antara berikut, dokumen manakah berfungsi sebagai satu peringatan kepada pembeli untuk menjelaskan hutangnya?
A
Memo
B
Nota debit
C
Penyata akaun
D
Baucar pembayaran
Question 4
Antara berikut, dokumen manakah berfungsi sebagai invois tambahan?
A
Makluman kredit
B
Makluman debit
C
Nota kredit
D
Nota debit
Question 5
Bilakah Penyata Akaun di hantar kepada penghutang?
A
Awal bulan
B
Akhir bulan
C
Selepas jualan dibuat
D
Apabila diminta oleh penghutang
Question 6
Antara berikut, pihak manakah akan menyimpan salinan Bil Tunai dan Slip Daftar Tunai?
A
Penjual
B
Pembeli
C
Pemiutang
D
Penghutang
Question 7
Perkataan ‘Kegunaan pejabat’ yang digunakan dalam dokumen keratan cek merujuk kepada
A
catatan bergu
B
catatan majmuk
C
catatan kontra
D
catatan tunggal
Question 8
Antara berikut, pilih keadaan di mana nota debit tidak sesuai digunakan.
A
Invois aset terkurang caj
B
Catatan tertinggal dalam invois
C
Invois barang niaga terkurang caj
D
Pemulangan bekas seperti tin atau botol oleh pembeli
Question 9
Antara berikut, manakah tidak menerangkan tentang diskaun niaga?
A
Diskaun niaga menggalakkan pembeli membayar dengan segera
B
Diskaun niaga merupakan potongan harga daripada harga senarai
C
Diskaun niaga menggalakkan pembeli membeli secara pukal
D
Diskaun niaga diberi semasa pembelian dibuat
Question 10
Apakah maksud syarat serahan “Angkutan dibayar” di dalam invois?
A
Pembeli perlu menanggung kos pengangkutan.
B
Kos pengangkutan adalah dibayar kemudian.
C
Penjual akan menanggung kos pengangkutan.
D
Kos pengangkutan dibayar semasa serahan.
Question 11
Apakah dokumen yang akan dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli apabila mengenakan kos pengangkutan yang tertinggal di dalam invois?
A
Nota debit
B
Nota kredit
C
Makluman debit
D
Makluman kredit
Question 12
R = Invois

S = Nota Kredit

T = Resit Rasmi

Q = Nota serahan

Berdasarkan maklumat di atas yang manakah menunjukkan aliran dokumen urus niaga kredit ?
A
R, Q, S, T
B
Q, S, R, T
C
R, S, Q, T
D
Q, R, S, T
Question 13
Encik Fadhly telah memberitahu pembekal bahawa jumlah dalam invois yang diterimanya telah terlebih caj.

Dokumen apakah yang perlu dihantar oleh pembekal tersebut kepada Encik Fadhly?
A
Memo
B
Invois
C
Nota debit
D
Nota kredit
Question 14
Perkataan ‘Angkutan dibayar’ yang tercatat dalam invois bermaksud
A
pembekal menanggung kos angkutan
B
pembeli perlu membayar kos angkutan
C
harga belian barang termasuk kos angkutan
D
kos angkutan dibayar setelah barang diterima
Question 15
Seorang pelanggan Kedai Runcit Johan memulangkan barang yang tersalah jenama.

Apakah dokumen yang perlu dihantar oleh Kedai Runcit Johan kepada pelanggan tersebut?
A
Memo
B
Nota kredit
C
Penyata akaun
D
Makluman debit
Question 16
Berikut ialah dialog antara seorang peniaga dengan pekerjanya.

Johan: Siti, invois yang kita keluarkan kepada Kedai Hatta telah terlebih caj, sila betulkan kesilapan itu.

Siti : Baiklah, tuan.

Apakah dokumen yang perlu dihantar kepada Kedai Hatta ?
A
Memo
B
Invois
C
Nota Debit
D
Nota Kredit
Question 17
Maklumat berikut diambil dari buku Perniagaan Sam. Pada 6 Januari 2010, peniaga membeli barang niaga dengan harga RM8 000. Syarat diskaun niaga dan diskaun tunai adalah seperti berikut: Diskaun niaga 20% Diskaun tunai 10% 10 hari ; 5% 15 hari   Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika hutang dijelaskan pada 14 Februari 2010?
A
RM4 800
B
RM5 760
C
RM6 080
D
RM6 400
Question 18
Apakah tujuan diskaun niaga diberikan ?   [SPM2011]
A
Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai
B
Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal
C
Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan
D
Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan
Question 19
Urus niaga berikut berlaku antara Kedai Azaz dengan Pemborong Teguh.

"Pemborong Teguh menerima cek daripada Kedai Azaz berjumlah RM 1,250 atas stok yang dibekalkan tempoh hari."

Apakah dokumen yang dihantar oleh Pemborong Teguh kepada Kedai Azaz sebagai bukti pembayaran?
A
Bil tunai
B
Nota debit
C
Resit rasmi
D
Keratan cek
Question 20
Pada 4 Jun 2005, Kedai Ramada telah membeli barang RM 2,400 secara kredit. Pembekal telah menetapkan syarat-syarat berikut:

Diskaun niaga: 20%

Diskaun tunai: 10% 10 hari, 5% 20 hari

Jika Kedai Ramada membuat bayaran pada 18 Jun 2005, jumlah yang perlu dibayar ialah...
A
RM 1,824
B
RM 1,920
C
RM 2,280
D
RM 1,728
Question 21
dok001

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 98 - Soalan 8 SPM 2004]

A
X = Nota Kredit, Y = Invois, Z = Nota Kredit
B
X = Nota Kredit, Y = Baucer, Z = Nota Debit
C
X = Nota Debit, Y = Baucer, Z = Nota Kredit
D
X = Nota Kredit, Y = Invois, Z = Nota Debit
Question 22
Apakah tujuan diskaun niaga?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 92 - Soalan 9 SPM 2004]

A
Menarik lebih ramai pelanggan
B
Mengelakkan berlakunya hutang lapuk
C
Menggalakkan pembeli membayar segera
D
Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak
Question 23

Jumlah jualan dalam invois yang dikirim kepada Encik Kassim pada 3 Februari 2004 ialah RM450. Syarat diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh sebulan. Hitungkan jumlah yang harus dibayar oleh Encik Kassim jika beliau membuat bayaran pada 8 Mac 2004.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 94 - Soalan 12 SPM 2004]

A
RM45
B
RM405
C
RM450
D
RM495
Question 24
Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 80 - Soalan 6 SPM 2005]

A
Invois
B
Baucar
C
Nota Debit
D
Penyata Akaun
Question 25
dok002  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 89 - Soalan 11 SPM 2004]

A
Jurnal Pulangan Masuk
B
Jurnal Pulangan Keluar
C
Jurnal Belian
D
Jurnal Am
Question 26
Dokumen 1 ialah invois yang diperoleh daripada Kedai Perabot Sin Hong. dok003   Namakan Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Kedai Perabot Sin Hong untuk merekod urus niaga tersebut.

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 86 - Soalan 8 SPM 2005]

A
Jurnal Am
B
Buku Tunai
C
Jurnal Jualan
D
Jurnal Belian
Question 27
Dokumen 2 dihantar oleh Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim kepada pelanggannya. dok004  

Kerani akaun Kedai Buku dan Alat Tulis Rozim hendaklah merekodkan butiran dokumen itu ke dalam

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 88 - Soalan 9 SPM 2005]

A
Jurnal Jualan
B
Jurnal Belian
C
Jurnal Pulangan Jualan
D
Jurnal Pulangan Belian
Question 28
Chae Har ialah seorang peniaga. Invois yang diterima oleh Chae Har terlebih nilai. Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan kesilapan tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 89 - Soalan 9 SPM 2006]

A
Nota Debit
B
Nota Kredit
C
Makluman Debit
D
Makluman Kredit
Question 29

Antara yang berikut, yang manakah fungsi dokumen perniagaan?

I Sumber maklumat perakaunan

II Rujukan kepada pemegang-pemegang saham

III Memberi maklumat tentang sesuatu urus niaga

IV Mengingatkan peniaga tentang hutang urus niaga

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 99 - Soalan 10 SPM 2006]

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 30
‘K dan K di K’ bermaksud sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois boleh dibetulkan melalui

I Makluman Debit

II Nota Kredit

III Nota Debit

IV Resit

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 88, 89 - Soalan 11 SPM 2006]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 31
Apakah tujuan diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 93 - Soalan 12 SPM 2006]

A
Menarik lebih ramai pelanggan
B
Mengelakkan pelanggan berhutang
C
Mempengaruhi pelanggan membeli secara pukal
D
Menggalakkan pelanggan menjelaskan hutang dengan segera
Question 32

Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan yang berlaku dalam invois?

I Makluman Debit

II Nota Kredit

III Nota Debit

IV Resit

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 88, 89 - Soalan 7 SPM 2007]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 33
Dialog berikut berlaku di antara Cik Judy dengan Puan Azura mengenai dokumen perniagaan. Judy : Puan Azura, invois yang syarikat kami hantar semalam telah tertinggal caj angkutan. Azura: Ya ke? Cik Judy nak betulkan dalam invois itu ke? Judy : Tak perlu. Kami akan hantar satu dokumen untuk menambahkan jumlah bayaran yang terkurang caj dalam invois itu. Apakah dokumen yang akan dihantar oleh Cik Judy?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 87, 88 - Soalan 8 SPM 2008]

A
Makluman debit
B
Makluman kredit
C
Nota debit
D
Nota kredit
Question 34
dok005  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 98 - Soalan 7 SPM 2010]

A
Memo
B
Resit
C
Keratan cek
D
Penyata akaun
Question 35

Pada 30 Julai 2011, Puan Sue membeli barang niaga berharga RM600 secara kredit dengan syarat 15% 10 hari; 10% 15 hari.

Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 10 Ogos 2011?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 94 - Soalan 6 SPM 2011]

A
RM450
B
RM510
C
RM540
D
RM600
Question 36
Apakah tujuan diskaun niaga diberikan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 92 - Soalan 8 SPM 2011]

A
Menggalakkan pelanggan membeli secara tunai
B
Mendorong pelanggan membeli barang secara pukal
C
Mengelakkan berlaku hutang lapuk dalam perniagaan
D
Meningkatkan jualan kerana diberikan kepada semua pelanggan
Question 37
Dokumen 1 diterima oleh Puan Mahani. dok006 Berapakah diskaun tunai yang diperoleh sekiranya pembayaran dibuat pada 12 Mei 2012?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 94 - Soalan 5 SPM 2012]

A
RM188
B
RM282
C
RM470
D
RM658
Question 38
Petikan Buku Tunai berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan. dok007   Dokumen manakah yang digunakan sebagai sumber catatan bagi urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 79 - Soalan 11 SPM 2012]

A
Slip daftar tunai
B
Keratan cek
C
Bil tunai
D
Resit
Question 39
Maklumat berikut diambil daripada perniagaan Amin Enterprise.

Pemilik menghantar dokumen kepada pelanggannya untuk mengenakan bayaran tambahan bagi pengangkutan.

Apakah dokumen tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 87, 88 - Soalan 4 SPM 2013]

A
Nota debit
B
Nota kredit
C
Makluman debit
D
Makluman kredit
Question 40
Bajrai Enterprise menjalankan urus niaga secara kredit dengan Syarikat Melor. Aliran dokumen manakah yang berlaku dalam urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 97, 98 - Soalan 5 SPM 2013 ]

A
Katalog ---► Invois ---► Borang Pesanan ---► Resit
B
Borang Pesanan ---► Invois ---► Katalog ---► Resit
C
Borang Pesanan ---► Katalog ---► Resit ---► Invois
D
Katalog ---► Borang Pesanan ---► Invois ---► Resit
Question 41
Encik Sunni, pemilik perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3 000 untuk kegunaan perniagaan. <p></p> Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 85 - Soalan 6 SPM 2013]

A
Cek
B
Resit
C
Invois
D
Bil tunai
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 41 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
3132333435
3637383940
41End
Return

  1. blh cg bg teknik jwb soaln dok. mayb sy blh praktikkn..
    yg biasa sy buat..pstikn jns apa,tgk letterhead siapa yg punya,then poskn ke jurnal/buku tunai,lps tu br lejar..atau cg ad cra yg lbh baik..

  2. Hanisah,

    Masalah utama calon SPM dalam menjawab soalan dokumen ialah menggunakan masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dokumen ialah tidak melebih 50 minit. Tetapi jika kita menggunakan cara / teknik yang betul pelajar dapat siapkan dalam masa 30 minit sahaja.

    Teknik menjawab soalan latihan dengan teknik untuk menjawab soalan peperiksaan lain caranya. Semasa peperiksaan MASA sangat penting, jadi kita perlu menggunakan teknik yang menjimatkan masa supaya kita mempunyai masa yang cukup untuk menjawab soalan2 yang lain dan melakukan penyemakan.

    Tekniknya seperti berikut :
    1. Sebelum Ketua Pengawas Peperiksaan mengumumkan peperiksaan bermula – pelajar sepatutnya menggunakan masa tersebut untuk menulis No. Angka Giliran pada setiap helaian kertas jawapan serta menyiapkan FORMAT JURNAL AM, JURNAL KHAS dan BUKU TUNAI.
    2. Apabila peperiksaan bermula, terus baca soalan, kenal pasti NAMA SYARIKAT KITA, BARANG NIAGA, BARU MULA (MODAL) / MULA LAMA (BAKI B/B).
    3. Catatkan catatan permulaan tersebut ke dalam JURNAL AM, manakala TUNAI dan BANK masukkan pula ke dalam BUKU TUNAI.
    4. Seterusnya terus ke Dokumen 1 – kenalpasti JA,JJ,JB,JPJ,JPB @ BT. Dan terus rekodkan ke dalam Buku Catatan Pertama yang terlibat.
    5. Kemudian terus ke Dokumen 2 – kenalpasti dan terus rekod dalam BCP yang berkenaan.
    6. Dokumen 3 hingga Dokumen 12 – kenalpasti dan terus rekodkan (satu persatu).
    7. Poskan JURNAL AM ke akaun2 yang terlibat dalam LEJAR.
    8. Tutup setiap JURNAL KHAS dan postkan ke LEJAR.
    9. Imbangkan BUKU TUNAI dan postkan ke LEJAR
    10. Imbang dan tutup semua akaun dalam lejar.
    11. Akhir sekali sediakan Imbangan Duga.

    Dengan menggunakan terknik tersebut masa dapat digunakan sesingkat mungkin. Apabila membuat latihan dokumen selepas ini latihlah dengan cara tersebut siapkan format terlebih dahulu, kemudian kenalpasti dokumen 1 dan terus rekod, dokumen 2 terus rekod begitulah seterusnya, seperti langkah2 yang disebut diatas selesai. Kemudian nilai sendiri apakah hasilnya.

    Imbangan Duga yang tidak seimbang tidak mengambarkan apa yang anda buat salah, mungkin tersilap pada 1 @ 2 akaun/catatan sahaja dan markah yang hilang hanya 1 @ 2 markah sahaja daripada 29 markah. Walaupun tidak seimbang anda jangan bimbang TERUS menjawab soalan2 yang lain dahulu, jika ada lebihan masa nanti barulah anda buat semakan semula pada soalan tersebut. Ini kerana untuk menyemak / mengesan kesilapan biasanya mengambil masa yang agak lama mungkin 5 atau 10 minit. Sedangkan kesilapan tersebut hanya memberikan 2 markah sahaja. Adalah lebih baik gunakan masa 5 atau 10 minit tadi untuk menjawab soalan lain dahulu yang mana markah yang mungkin akan diperolehi ialah 7 atau 8 markah. Semoga Berjaya.

  3. TAHUKAH ANDA ?

    Invois juga berfungsi sebagai RESIT jika penjual menulis perkataan “Telah Dibayar” pada invois itu, ditandatangani dan dicop dengan cop rasmi perniagaan penjual.

  4. salam.. ckgu, kalau cek x dilayan oleh bank dlm MEMO masuk kat mana?

  5. Anis,

    Semasa kita terima cek daripada penghutang kita akan catat dalam BUKU TUNAI di sebelah DEBIT sebagai pertambahan dalam BANK.

    Apabila cek tersebut didapati Cek tak layan, maka kita kena keluarkan jumlah tersebut daripada BANK dalam BUKU TUNAI dengan cara catatkan disebelah KREDIT dan butirnya ialah NAMA PENGHUTANG tersebut.

  6. salam ckg Narzuki..
    sy pelajar smka melor,kelantan
    sy ad mslh dgn soalan dokumen..
    bleh ckg tolong sy??

  7. Alyaa,

    Di sini ada banyak nota2 dan panduan2 yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menjawab Soalan Dokumen.

    Boleh Cg tahu, apakah sebenarnya masalah Alyaa dalam menjawab soalan ini ?

  8. sye nk tya..btul ke thn hdpn de perubhn format perakaunan yg baru?

  9. Heida,

    Memang betul !!! Format Soalan Prinsip Perakaunan SPM bermula tahun 2009.

    Kertas 1 – 40 soalan objektif
    Kertas 2 – 4 soalan esei – 25 markah setiap soalan.
    Kertas 3 – Kerja kursus (dokumen perniagaan/ kitaran perakaunan)

  10. salam..
    ckgu nk mintk pndapt ckg ni..
    k2 sy dah blh fokus pd soaln yg kbykan keluar dalam trial negeri lain ke??
    pembubaran,syrikat berhad…
    apa lg ye??

  11. Bieha,

    “SEMAKIN BANYAK TOPIK DIKUASAI, MAKA SEMAKIN HAMPIR DENGAN 1A”. Sebagai permulaan fokuskan pada topik dalam soalan2 trial tersebut. Kemudian soalan 2 tahun lepas. Lepas itu topik2 yang belum dikuasai dengan baik. Seperti : Rekod Tak Lengkap kaedah analisis, Tafsiran penyata kewangan, Pelupusan aset bukan semasa, Pelarasan Hasil dan Belanja terdahulu dan terakru, Peruntukan Hutang Ragu, Buku Tunai Runcit, Belanjawan tunai, Akaun Kawalan. dll.

    Gunakan MASA yang seadanya untuk cover sebanyak mungkin topik.

  12. cikgu,kenapa sy download nota tingkatan 4 tak boleh dguna?

  13. happy,

    Apa yang dimaksudkan “tak boleh guna” ?
    Cuba sekali lagi.

  14. askum…
    saya nak tanya…dalam perakaunan kewangan ada bab sewa beli…apa dokumen yang terlibat dalam sewa beli?

  15. Nur,

    Apakah Sewa Beli ?
    ”Sewa beli ialah menyewa barang-barang dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat dengan cara ansuran. Anda ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman adalah pemunya. Hak milik akan hanya diperolehi oleh penyewa setelah semua bayaran dijelaskan.”

    Transaksi sewa beli sebenarnya menyamai transaksi Pinjaman. Jadi dokumen utama yang terlibat semasa proses sewa beli tersebut ialah Surat Perjanjian Pinjaman (Sewa Beli). Dan Resit Rasmi jika melibatkan sebarang pembayaran pendahuluan. Itu saja daripada Cg, mungkin cikgu2 lain boleh menambahnya.

  16. cg ambilan nk masuk kat buku tunai ke jurnal am??
    de sesetengah buku letak kt dalam buku tunai….

  17. Iftitah,

    Cg telah terangkan secara detail dalam post Pengecaman Dokumen sebelum ini. Sila rujuk DISINI.

  18. Cikgu,
    Dokumen perniagaan dalam soalan ialah Keratan Cek..
    Tapi keratan cek tulis untuk bayaran bil elektrik..
    Saya dengar orang cakap kena letak Kadar Bayaran?
    Tapi dalam jawapan dalam buku letak bil elektrik..
    Thanx..

  19. Maaf..

    Soalannya.. Yang mana betul??
    Thanx..

  20. Victorian,

    Kadar bayaran adalah merangkumi belanja2 seperti bayaran bil telefon, bil eletrik dan bil air.
    Jadi anda boleh menggunakan samada KADAR BAYARAN atau ELETRIK, kedua2nya diterima. Tetapi penggunaan “BIL ELEKTRIK” tidak diterima.

  21. Sye sering gagal untuk menjawab soalan dokumen sumber.. sye juga lebih banyak membazirkan masa untuk menjawab soalan dokuman sumber.. Bolehkah cikgu memberi tip untuk sye menjawab soalan dokuman sumber, dalam masa yang dicadangkan??

    harap cikgu bley membantu sye..
    terima kasih..

  22. Syafeeqa,

    Masa menjawab soalan dokumen kurang daripada 50 minit. Manakala teknik menjawab telah Cg nyatakan dalam komen di atas. Untuk makluman, Tahun 2009 soalan dokumen tidak lagi dimasukkan dalam Kertas 2 seperti tahun 2008 dan sebelumnya. Topik tersebut akan dijadikan kerja tugasan dalam Kertas 3 nanti.

  23. siti nurshafiqah

    sya nk tny ckgu,nota debit untuk kos pengangkutan yang tertinggal kna rekod cmna dlm jurnal?

  24. Siti,

    Kos pengangkutan bukannya barang niaga, maka tidak boleh dimasukkan dalam Jurnal Belian atau Jurnal Jualan. Jurnal Jualan dan Jurnal Belian KHAS untuk BARANG NIAGA sahaja.

    Oleh itu Nota Debit tersebut perlulah dimasukkan dalam JURNAL AM.

  25. ada tak bank keluarkan makluman kredit dan makluman debit?
    apa fungsi dia dan macam mana catat?

  26. Pening,

    Sudah tentu ada, bagi memaklumkan kepada penyimpan (terutamanya akaun semasa) bahawa wang dalam akaun telah bertambah atau berkurang disebabkan sesuatu perkara. Contoh dokumen Makluman Debit dan Maklumat Kredit serta keterangan ada dinyatakan dalam Buku Teks pada m/s 57.

    Cara mencatatnya ialah dalam BUKU TUNAI, sama ada disebelah debit (maklumat kredit) atau kredit (makluman debit). Butiran yang perlu digunakan bergantung kepada PERKARA yang dinyatakan dalam dokumen maklumat debit dan makluman kredit tersebut.

  27. setahun jagung

    salam,
    cikgu..
    1. dalam soalan dokumen WAJIBKAH kita letakkan no invois. jika tak letak, adakah hilang markah?
    2. apa fungsi colum folio?
    3. Jika tak letak tarikh dalam lejar, adakah markah akan dipotong?
    Terima kasih. semoga Allah membalas jasa baik yang cikgu taburkan.

  28. Setahun jagung,

    Dalam penyediaan Buku Catatan Pertama (JA, JJ, JB,JPB,JPJ dan BT), TARIKAH, BUTIR dan JUMLAH mesti betul baru dikira betul dan diberikan markah. Manakala no. invois, no. nota kredit diabaikan (tidak diambil kira) dalam pemberian markah samada ditulis ataupun tidak.

    Lajur folio dalam Jurnal berfungsi untuk mencatat no. rujukan bagi halaman/no lejar yang berkaitan dengannya. Manakala lajur folio dalam Lejar untuk mencatat no halaman jurnal yang menjadi sumber maklumat urus niaga tersebut.

    Dalam LEJAR pemberian markah berdasarkan kepada BUTIR dan JUMLAH yang betul sahaja, TARIKH diabaikan (tidak diambil kira).

  29. jika bagi suatu perkara dlm lejar,
    butir betul tapi jumlah salah
    markah macam mana?
    trm ksh bnyk2!

  30. Pening,

    Kedua-dua mesti betul baru dikira betul dan diberikan markah, kalau sebaliknya maka tiada markah diberikan.

  31. salam
    cikgu
    bleh saya tahu..rak pameran dalam dokumen, kita akan buka akaun kelengkapan atau akaun perabot?
    dan satu lagi kalau dalam jurnal am catatan pembukaan dah ada perabot, kita masukkan rak pameran dalam akaun perabot atau dalam akaun kelengkapan?
    TQ.

  32. Zai,

    Bagi perniagaan, Akaun “Kelengkapan” tidak diterima kerana salah dari segi istilah perakaunan. Istilah yang sebetulnya ialah LENGKAPAN.

    Lengkapan dan Perabot adalah merujuk kepada perkara yang sama, jadi mana-manapun boleh digunakan. TETAPI sekiranya dalam catatan permulaan sudah ada Akaun Perabot, maka Akaun Perabot hendaklah digunakan. Jika dibuka Akaun Lengkapan, maka dikira salah kerana wujud dua akaun bagi perkara yang sama.

    Dalam menentukan RAK PAMERAN boleh direkod sebagai Perabot/Lengkapan, kita kena lihat kepada jenis perniagaan atau jenis rak pameran tersebut.

    Contohnya,
    1. Perniagaan Kedai Buku : rak pameran yang diperbuat daripada kayu yang berbentuk almari / bertingkat2 – maka Akaun Perabot / Lengkapan sesuai digunakan.

    2. Kedai Pembekal Kek (Soalan SPM 2008) : rak pamerannya sudah tentu berbentuk almari tertutup dan berhawa dingin / peti sejuk – telah dikelaskan sebagai Alatan Kedai dan bukannya Perabot/Lengkapan.

  33. cikgu , saya nak tanya beli mesin pendaftaran tunai (dalam Bil Tunai), semasa pos ke lejar ialah buka Akaun Alatan Pejabat, atau Akauan Kelengkapan , atau Akaun Mesin ?

  34. Yee,

    Akaun Alatan / Alatan Pejabat / Alatan Kedai lebih sesuai digunakan. Walau bagaimanapun kena rujuk terlebih dahulu catatan permulaan jika telah ada salah satu daripada akaun2 tersebut, jika tiada maka mana2 satu boleh digunakan.

  35. salam cikgu,
    saya nak tanya, dalam jurnal am semasa catatan pembukaan,
    kita tulis keterangan berikut ; “(merekod aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pada tarikh ini): sekiranya semua item-item tersebut disenaraikan.
    masalah saya sekiranya hanya ada item aset dan ekuiti sahaja yang disenaraikan, perlukah kita menulis keterangan yang sama atau kita tulis : “(merekod aset dan ekuiti pemilik pada tarikh ini) ” ?
    tq…

  36. Zai,

    Jika tiada liabiliti, maka keterangan perlu ditulis “(merekod aset dan ekuiti pada tarikh ini)”.

  37. cikgu, saya nak tanya apakah slip pindahan wang?Tq

  38. Ian,

    Pindahan Wang bermaksud kita pindahkan sejumlah wang dalam akaun di bank kepada akaun bank seseorang. Contohnya, kita membuat pembayaran kepada pemiutang dengan cara memindahkan wang ke akaun pemiutang tersebut.

    Cara merekodnya sama dengan kita membayar kepada pemiutang dengan cek. Iaitu:
    Dt: Pemiutang
    Kt: Bank

  39. Cikgu, saya menghadapi masalah meletakkan dokumen yang betul ke dalam buku tunai. Amat sukar untuk membezakan. Kadang-kala saya ingat ia berada dalam buku tunai tapi jawapannya menunjukkan ia berada dalam jurnal belian. Ada apa-apa tips untuk menyenangkan kerja membezakan dokumen?

  40. Luke,

    Sila rujuk post PENGECAMAN DOKEMEN berikut.

  41. Assalamualaikum cikgu,
    saya nk tanye kdg2 mase sy jwb exam akaun sy slalu x cukup mase… lepas tu bile x ckp mase sy jadi nervous dan terus lupe format dan kdg2 slh kire..mcm mane cikgu..

  42. Ika,

    Memang tidak dinafikan masalah utama pelajar2 dalam menjawab soalan prinsip perakaunan (kertas 2) ialah TIDAK CUKUP MASA. Secara kasarnya peruntukan masa bagi menjawab setiap soalan adalah seperti berikut :

    S1 – Dokumen …. 55 minit
    S2 – Akaun Penamat … 35 minit
    S3 – 20 minit
    S4 – 20 minit
    S5 /S6 – 20 minit

    Sebab utamanya, masa digunakan terlalu lama bagi menjawab soalan 1 : Dokumen. Cg nasihatkan kenalpasti TEKNIK menjawab yang betul bagi menjawab soalan dokumen supaya masa yang digunakan tidak melebihi 55 minit. Sekiranya masa telah lebih, adalah dinasihatkan terus jawab soalan2 lain, jika ada lebihan masa baru sambung soalan dokumen kembali.

    Dan satu lagi cara mengatasinya ialah jawab soalan2 yang difikirkan mudah/dapat jawab terlebih dahulu kemudian baru jawab soalan dokumen.

  43. salam….
    cikgu saya nak tanya macam mana saya nak dptkan buku tunai, jurnal dan lejar…….saya plajar asrama penuh….saya inginkan semua itu agar saya boleh fotostat byk2 dan bawa balik skolah….kalau cikgu ada boleh tak kirimkan kpd saya………tq……..

  44. Fatin,

    Sila muat turun Templet Kertas Jawapan yang telah disediakan oleh Sifu2b dalam blog beliau di SINI.

  45. salam….
    cikgu, saya ucapkan jutaan terima kasih atas bantuan cikgu….hanya Allah yg dpt membalas budi baik cikgu……doakan saya mendapat yg terbaik untuk SPM tahun ini……tq….

  46. Cg doakan Fatin akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti, Amin.

  47. salam cikgu..

    boleh tak saya nak temubual cikgu?
    saya ingin memilih cikgu sbgai ahli professional utk folio kerjaya saya..
    memandangkan ckgu mrupakan seorang guru dan mahir dalam bidang akaun maka saya rasa cikgu sesuai dengan kerjaya yang saya pilih..

  48. Syiera,

    Tidak menjadi masalah untuk temu bual Cg, cuma bukan disini, nanti Cg hubungi melalui email.

  49. tak ada skema jawapan ke untuk dokumen

  50. Shazel,

    Soalan2 dan Skema jawapan percubaan SPM 2007 dan 2008 boleh diperolehi di Soalan Percubaan SPM : Koleksi 2007 dan 2008.

  51. Apakah istilah English bagi Makluman Kredit?
    Saya rasa bukan Credit Memo, kerana Credit Memo sebenarnya ialah Nota kredit.

  52. Patrick,

    Saya setuju Credit Memo = Nota Kredit, tetapi Makluman Kredit saya tidak pasti apa istilah English yang digunakan. Nanti saya cuba bertanyakan kawan yang bekerja dibank, ataupun mana-mana rakan guru yang mengetahuinya bolehlah nyatakan disini untuk dikongsikan bersama.

  53. salam….
    cikgu…. soalan LCCI ni macam susah je…..
    soalan dokumen belum tentu dapat buat dalam masa 60 mnit…..

    cam ner nak jawab soalan dokumen dgn cukup masa???

  54. Atin,

    Gunakan masa yang seadanya ini untuk menguasai topik satu persatu. Kenal pasti teknik yang betul dan menjimatkan masa semasa menjawab soalan dokumen dan banyakkan latihan. InsyaAllah, akan dapat disiapkan dalam masa kurang daripada 50 minit.

  55. cg, mcam mana kalu ader overdraf bank dan pemiutang dlm dokumen sumber? mcm mana nak transfer ke lejer dan jernal am? saya kurang jelas cara nak pindah ke lejer

  56. Shaz,

    Soalan yang dikemukan tidak lengkap, jadi Cg andaikan ianya berkaitan dengan catatan permulaan pada 1 hb bagi perniagaan yang telah mula lama. Pertama sediakan Jurnal Am dengan catatan seperti berikut :

    Dt. Aset (rujuk soalan)
    Kt: Bank (overdraf bermaksud liabiliti)
    Kt: Pemiutang
    Kt: Modal

    Kemudian postkan ke lejar satu persatu, buka Akaun Aset yang terlibat dan catat di sebelah Debit BAKI B/B.
    Bank catat dalam BUKU TUNAI disebelah Kredit BAKI B/B. Begitu juga dengan Ak Pemiutang dan Ak Modal.

    Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk POS KE LEJAR.

  57. ..slam rmadan… cikgu…

    sya nak tnya…cikgu tntg..soalan anchor…..
    …ckgu..skolah sya kta…klau..nk dptkan…LCCI
    ..kna bg tliti..btul…msa kt lajer…tp ckgu kta..klu x ctat tarikh..
    pown x pa….tp sya mgkin.. x tlis kowt sbab nk jmat msa…
    nk bua tsoalan len lagi…..mcm mna cikgu….

  58. Zamir,

    Sebelum ini pun, Cg juga menasihatkan agar tulis tarikh, Baki h/b dan Baki b/b dalam lejar walaupun menurut skema tahun2 sebelum ini perkara tersebut tidak diberikan markah. Mulai SPM 2008 (Program Sijil Berganda LCCI) penyediaan catatan akaun yang lengkap sangat2 digalakkan. Sebenarnya tidak mengambil masa yang lama untuk menulis perkara2 tersebut, cuma perlu perbanyakkan latihan.

  59. …ermmm
    ..cikgu ntuk taun ..neyh..

    prinsip akaun…. ada kertas ketiga ka..??

  60. Zamir,

    Sila gunakan tulisan yang betul, supaya lebih mudah difahami oleh sesiapa yang membacanya. Kertas 3 akan mula diperkenalkan kepada pelajar SPM 2011 nanti.

  61. Cikgu…saya nak tanya apakah perbezaan antara slip bank dan slip pindahan wang?

  62. Zalia,

    SLIP BANK – kita masukkan wang tunai perniagaan ke dalam akaun BANK, iaitu catatan KONTRA.

    Manakala SLIP PINDAHAN WANG – kita buat pembayaran kepada seseorang spt:pemiutang melalui pindahan wang kita dibank ke akaun bank pemiutang tersebut.

  63. cg,,blh tak cg bg cth semua dokumn p’niagaan..mksud saya gambar2 dokumen tersebut

  64. Farah,

    Sila dapatkan daripada laman web sahabat Cg, iaitu Sifu2b di SINI.

  65. kalau dapat resit mmbeli brg niaga dalam dokumen perniagaan,
    nak masukkan kat manerrr???

  66. salam,,
    cg sy nk tny ckit,,
    ca ne cre yg sistematik nk pos ke lejar???
    mekacih ckg..

  67. cikgu,, memo nak masukkan kat maner?
    nak tanye satu lg soalan,, cg ade bpe org anak??
    bpe byk gaji cg ngajar akaun nie??
    satu lagi…saya benci NANA…

  68. Lembut,

    Kalau dapat resit kerana kita BELI BARANG NIAGA. Maka perlu direkodkan disebelah KREDIT dalam BUKU TUNAI(samada lajur Tunai / Bank – rujuk pada resit tersebut) dan BUTIRnya adalah BELIAN.

    Nana,

    Cara sistematiknya, kita pos daripada BCP satu-persatu ke Lejar, kita boleh mulai dengan Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai. Kemudian Imbang dan tutup semua Akaun seterusnya sediakan Imbangan Duga.

    Lumut Hijau,

    MEMO perlu direkodkan samada dalam Buku Tunai (jika melibatkan wang tunai atau cek), ataupun Jurnal Am.

  69. ader cara untuk jadi pelajar pintar dalam pa dan cara pembelajaran

  70. Goki, sila baca sedikit panduan untuk menguasai Prinsip Perakaunan.

  71. cg,
    pelajar saya adalah terdiri drp pelajar sederhana dan hanya segelinter yg menunjukkan minat untuk belajar dan berjaya.
    bagaimana cara yg terbaik perlu saya buat pada saat2 akhir ni untuk membantu pelajar saya menguasai soalan 1 dengan baik?

  72. Cg Mar,

    Masalah utamanya ialah MINAT pelajar untuk berjaya atau untuk LULUS. Berikan kesedaran kepada pelajar tentang kedudukan soalan 1, yang MESTI keluar dalam SPM 2009 dan peruntukan markah terbesar iaitu 28 markah. Serta kedudukan Kertas 1 yang menyumbangkan 33.3% daripada markah keseluruhan.

    Apabila pelajar mula minat untuk LULUS / kuasai soalan dokumen. Berikan BIMBINGAN langkah demi langkah dalam menjawab soalan tersebut, seterusnya perbanyakkan latihan. Ianya boleh dilakukan dalam bentuk bengkel ataupun Kem Dokumen.

    Itu saja sedikit pandangan daripada saya, semoga berjaya.

  73. Jika soalan suruh imbangkan akaun (seperti soalan 1c tahun 2008), adakah semua akaun perlu diimbangkan? Termasuk akaun yang hanya mempunyai satu butir seperti Akaun Gaji (soalan 2008)?

  74. Sebaik-baiknya imbang dan tutup semua akaun, walaupun hanya ada satu urus niaga sahaja, kerana itu adalah kemahiran asas penyediaan lejar.

  75. salam cg,
    sini ada 2 soalan..
    lengkapan ialah perabot spt kerusi, meja, rak kabinet..
    trial melaka soalan dokumen ialah pemilik membeli meja dan kerusi, kabinet besi dan rak pameran scr kt (dlm satu invois)..
    kenapa butir nk tulis perabot, boleh x sy tulis lengkapan?

    cg kata lekapan ialah alatan yg ‘melekat’ spt penghawa dingin.. kalau perniagaan itu membeli penghawa dingin scr kt, butir yg sy tulis ialah lekapan atau lengkapan? sbb guru sekolah sy ajar tulis lengkapan..

  76. Teh,

    Bagi skop SPM, Lengkapan = Perabot, jadi kedua2 boleh digunakan dengan syarat sebelum ini kedua2 akaun tersebut tidak ada. Sekiranya dalam catatan permulaan telah ada PERABOT, maka akaun Perabot harus digunakan, tidak boleh dibuka Lengkapan. dan begitulah sebaliknya.

    Lekapan biasanya tidak berdiri sendiri, pada amalan biasa “Akaun Lengkapan dan Lekapan” akan digunakan jika melibatkan perkara tersebut. Jadi, pada pandangan Cg, penggunaan “Lengkapan” sahaja tidak mengambarkan perkara yang sebenar.

  77. slam sejahtera cikgu yang ku sayangi

    bagi soalan. dokumen…insya allah.. saya boleh jawab
    cuma terdapat beberapa kelemahan yang sya hadapi…
    iaitu bekaitan dengan pengeposan ke jurnal am.

    slalunya…kalau syarikat itu membeli perabot…….saya..tahu cikgu ….dengan menulis…debit perabot..dan kredit nama syarikat…yang dibeli…..tetapi bagaimana pula dengan catitan 2 yang lain…..sperti promosi ,ambilan derma…dan lain2 lagi catitan…….perkara inilah….yang selalu menghantui saya…ketika membuat dokumen….
    ….tolong jelaskan cikgu….

  78. Zamir,

    1. AMBILAN barang niaga untuk kegunaan PERIBADI.
    Dt: Ambilan …… Kt: Belian

    2. Ambilan barang niaga untuk diDERMAKAN / PROMOSI.
    Dt: DERMA/PROMOSI …… Kt: Belian

    # Akaun AMBILAN hanya digunakan jika melibatkan pemilik mengambil untuk kegunaan peribadi sahaja. Jika untuk kegunaan perniagaan, maka Ambilan tidak terlibat.

  79. cikgu boleh kamu terangkan catatan kontra. apakah kegunaan peribadi.. sama dengan ambilan ataupun merupakan catatan kontra dan kegunaan pejabat serta borang want tunai masuk dan yang mana harus saya debit /kreditkan

  80. Me,

    CATATAN KONTRA – tidak melibatkan sebarang pembayaran / penggunaan wang untuk tujuan lain. Hanya tukar tempat SIMPAN samada di kedai/pejabat (TUNAI) atau di BANK. Ada 2 keadaan, iaitu :

    1. SLIP WANG MASUK – masukkan wang TUNAI ke dalam BANK. Dt: Bank …. Kt: Tunai

    2. KERATAN CEK (untuk kegunaan pejabat/tunai) – keluarkan wang daripada BANK untuk digunakan dikedai/pejabat. Dt: Tunai …. Kt: Bank

    Cara merekod keratan cek – catatan kontra boleh rujuk SINI.

  81. ckgu…thn ni akaun klb x msk kan?

  82. Nadzirah,

    Tidak semestinya topik yang keluar pada tahun lepas tidak akan dikeluarkan pada tahun ini. Ada kemungkinan akan dikeluarkan juga pada tahun ini.

  83. ckgu….thn ni ckg sye spot soaln:dokumen, pp dan kkk,ak.realisasi,ak.penyesuaian bank,rekod x lengkp, kos pengeluaran,tpm.(untk paper 2)

  84. ok, kuasai topik2 tersebut dan topik2 yang lain juga. Pada kebiasaanya tidak semua topik yang dispot akan masuk, mungkin ada 1 atau 2 soalan daripada topik2 lain.

    Cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.
    ~ Semoga Berjaya.

  85. best nye…..spm dh hbs…

  86. slm ckgu,

    sy ni tak faham sgt la pa nie…
    rse pyh plak…
    jdi nk mntak ckgu bgla skit2 tip untuk mudah faham..
    sy tk faham pasal penghutang tu apa..
    pemiutang tu ape…
    *liabiliti terhad mcamane plak??

  87. PENGHUTANG – orang yang berhutang dengan kita, iaitu kita JUAL barang niaga kepada PELANGGAN secara kredit /hutang, maka pelanggan tersebut dipanggil PENGHUTANG…. iaitu ASET SEMASA bagi kita.

    PEMIUTANG – orang yang memberi kita hutang, iaitu kita BELI daripada PEMBEKAL secara kredit /hutang, maka dia dipanggil PEMIUTANG….iaitu LIABILITI SEMASA bagi kita.

  88. Sye masih keliru antara invois asal dan salinan dan nak masukkan pada debit or kredit. selain itu, sya nak tahu mcammne bentuk buku tunai dan macammne kte nk pastikan persamaan perakaunan betul?Harap cg bleh tlong

  89. Setiap dokumen disediakan sekurang2nya dalam 2 salinan, iaitu salinan ASAL (diberikan kepada pembeli) dan SALINAN (disimpan oleh penjual sebagai rujukan).

    Bagi menentukan Debit atau Kredit, kena kenalpasti jenis akaun/urus niaga tersebut sama ada melibatkan aset, liabilti, ekuiti, hasil atau belanja.

    Asasnya, Persamaan perakaunan boleh dikatakan betul jika ianya seimbang disebelah debit dan kredit dalam KKK.

  90. Apakah cara yang lebih mudah dan berkesan untuk mgajar plajar2 saye terutama dalam bab3 Dokumen Perniagaan?
    ini kerana saya baru dalam bidang akaun dan plajar saya kini merupakan plajar tingkatan 4?
    harap cg narzuki sudi mmbantu…
    tQ

  91. Pada pandangan saya, pastikan pelajar terlebih dahulu memahami kaitan secara UMUM setiap satunya dalam Kitaran Perakaunan, bermula dari Dokumen – BCP – Lejar – Imbangan Duga. Kemudian lebih KHUSUS kepada setiap kemahiran yang perlu dikuasai satu persatu, seperti PENGECAMAN dokumen, Catatan dalam BCP, pengeposan ke Lejar, Imbang dan tutup setiap akaun dan akhirnya sediakan Imbangan Duga.

  92. hello…cg narzuki…
    sekolah saye akn adakan pembentangan..tajuk bagi kumpulan saye ialah nota makluman,serahan dan kiriman…tapi..saya tidak dpt apa-apa maklumat ttg nota makluman….blhkah cg.narzuki memberitahu saye ttg ciri-ciri dan fungsi nota makluman kerana saye bru dlm bidang akaun…thz you…

  93. Nota tentang dokumen2 tersebut ada dinyatakan dalam buku teks dan buku rujukan. Sila dapatkan disana.

  94. cikgu, saya kurang faham sikit la tentang bab dokumen perniagaan ni. boleh cikgu terangkan??

  95. Terlalu banyak untuk diterangkan, jadi Cg cadangkan baca dahulu buku2 teks / rujukan, apabila ada perkara2 yang tidak faham baru kemukakan satu persatu soalan mengenainya.

  96. salam cgu narzuki..
    terima kasih atas panduan dan tunjuk ajar cgu saya akan cube ikut nanti..
    salam

  97. cg, boleh saya tahu bab dokumen perniagaan ini akan naik dalam soalan yang ke berapa dalam SPM 2011 nanti?
    kerna sebelum ini soalan bagi tajuk ini merupakan soalan first.
    adakah ada perubahan pada SPM 2011 nanti?

  98. Kemungkinan besar tidak akan dikeluarkan dalam kertas 2 pada SPM2011 nanti. Sebaliknya dalam Kertas 3 (kerja kursus). Walau bagaimanapun kita tunggu maklumat rasmi yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

  99. cg, pd pndangan cg, pelukah sy tutup dn seimbangkan lejar
    klo dlm soalan dia x suruh… cg sy kate x yah seimbangkn
    xpe. tp sy masih ragu2 sbb kwn sy kt skolah lain kate kene
    seimbangkan…

  100. Sebaik-baiknya jawapan ialah imbangkan dan dapatkan Baki h/b dan Baki b/b.

  101. salam….cikgu dkmen perniagaan nie sbnrnye pew?

  102. DOKUMEN PERNIAGAAN merupakan bukti secara bertulis bagi setiap urus niaga yang telah berlaku. Contohnya, semasa beli perabot pihak penjual akan mengeluarkan satu dokumen pembelian seperti bil tunai kepada pembeli. Apabila membuat sesuatu pembayaran seperti bayar yuran dan sebagainya pihak yang menerima bayaran akan mengeluarkan sekeping RESIT sebagai bukti pembayaran telah dibuat.

    Maka, dokumen2 tersebut merupakan SUMBER utama untuk peniaga rekod urus niaga tersebut dalam buku akaun perniagaan.

  103. cikgu slip bank tu sama ke dengan borang wang masuk?

  104. Sekiranya slip bank tersebut mengambarkan simpan wang ke akaun bank perniagaan, maka ianya sama dengan borang wang masuk. Setengah2 bank menamakan borang tersebut sebagai borang “Simpanan”.

  105. marziani marzuki

    assalamualaikum,cgu..
    Nk tanya,mcm mane kita nak kenal pasti bhw jumlah imbangan duga kita sama dgn jwpn skema??Maksud sy,kita dh buat imbangan duga tp jumlah xsama dgn skema..hal ini b’laku pd sy ketika ujian pkbs 1 bln lps.

    Perihal ini mmg t’buku dihati sy ketika m’hadiri seminar PA di KB hari tu

  106. Waalaikumussalam,
    Kita dapat kenalpasti jawapan kita sama dengan skema apabila semua jawapan kita betul dengan tepat sebagaimana kehendak soalan. SEMASA jawab peperiksaan, kita memang tidak tahu adalah jawapan yang kita sediakan betul dan sama seperti skema. Apa yang boleh dijadikan panduan, apabila jumlah Imbangan Duga seimbang, maka kemungkinan jawapan kita telah betul. Walau bagaimanapun ada juga kemungkinan berlaku sedikit kesilapan, iaitu kesilapan tidak ketara (Rujuk Topik Pembetulan Kesilapan). Antaranya ialah kesilapan AMAUN semasa mencatat dalam BCP, kesilapan ketinggalan catatan satu urus niaga ataupun kesilapan saling mengimbangi.

    Sepatutnya kemukakan masalah2 semasa sesi soal-jawab semasa seminar tersebut , baru cg dapat terang dengan sejelas2nya.

  107. assalamualaikum…
    sy siti fatimah,drpd sms tg muhd faris petra
    trima ksih cg ats tnjuk ajr cg sms bengkel PA di smk pc1
    sedikit sebyk ats tnjuk ajar cg,sy lebih memahami cara menjawab bagi soalan 1…

  108. sy,brmaslah sgt dgn bhgian dokumen,tlong ckgu brikn tips or cara yg terbaik dlm myelesaikn prkre trsbt

  109. Fatimah,
    Waalaikumussalam,
    Semoga penerangan Cg semasa kem tersebut dapat membantu fatimah lebih menguasai kemahiran menjawab soalan dokumen. Tingkatkan usaha bagi menguasai kesemua topik bagi memastikan A+ jadi milik anda.

    Lin,
    Sebenarnya Cg telahpun memberikan tips2 dalam komen2 Cg yang terdahulu. Sila baca komen2 tersebut sebagai panduan di post2 di Laman Utama iaitu Dokumen Perniagaan, Pengecaman, Buku Catatan Pertama, Pos ke lejar dan Imbangan Duga.

  110. salam…cg bleh tunjukkan contoh jenis2 dokumen perniagaan.

  111. Salam,

    Contoh dan nota berkaitan dokumen boleh diperolehi dengan layari laman Cg Rithuwan di SINI (klik).

  112. aslmkm..
    cg, sy msh lg bljr dlm bdg pnddkn perakaunan dan bakal menjadi seorg guru.. sya nak tya pndpt ckgu tntg pggunaan bahan bantu mengajar (BBM) utk topik dokumen perniagaan.. pe BBM yg sesuai dan bgimana utk mengaplikasikannya dlm kls..harap ckgu bleh bantu saya..

  113. Waalaikumussalam,
    Pada masa sekarang BBM yang paling sesuai ialah penggunaan kemudahan ICT iaitu MsPowerPoint. Di mana kita boleh tunjukkan dokumen dengan jelas, pelajar akan lebih fokus terhadap bahan tersebut apabila kita mengajar. Kita gunakan kaedah Tunjukcara – kita boleh tunjukkan langkah demi langkah dalam pengecaman terhadap dokumen, cara catat dalam BCP, post ke lejar dan seterusnya sediakan Imbangan Duga. Dengan cara tersebut pelajar boleh nampak dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Bukan saja topik dokumen, malah semua topik2 lain juga sangat sesuai digunakan cara tersebut. Saya dapati pelajar2 saya lebih mudah memahami apa yang diajar…. cuma kita kena kreatif dalam penyediaan bahan2 tersebut.

  114. terima kasih cg.. idea cg mmg bagus.. sya mmg slalu jadikan blog cg sbgai rujukan.. smga ilmu yg cg kongsi dgn smua org tanpa rasa jemu ni dibalas dgn sejuta kebaikan..amin..

  115. Sama-sama dan terima kasih, semoga kita dapat sama2 berkongsikan idea dan pandangan untuk kebaikan kita serta anak didik sekalian.

  116. salam,cg Narzuki…saya merupakan pelajar di sebuah institusi di dalam bidang perhotelan…baru2 ini saya telah mendapat tugasan di dalam mdul perakaunan berkenaan dengan Nota Debit..ini amt sukar bagi saya kerana tidak mengetahui dan memahami berkenaan tajuk yang telah di beri..semasa disek menengah saya hanya mengetahui berkenaan nota ini di tingkatan satu…semasa di tingkatan 4 dan 5 saya berada di dalam aliran sains..oleh dengan itu,saya ingin bertanya kepada cg Narzuki apa yg dimaksudkan dengan nota debit dan di laman web manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitannya…kerana sudah pelbagi laman web sudah saya jelajahi,namun gagal memperolehi maklumat yang berkaitan…

  117. NOTA DEBIT

    -Di hantar oleh pemborong untuk membetulkan kesilapan dalam invois hutang pembeli akan ditambah sebab
    1. Jumlah hutang kurang daripada jumlah sebenar
    2. Botol kosong dikenakan bayaran
    3. Beberapa jenis barang tidak ditulis dikenakan bayaran
    4. Pembeli dikenakan faedah
    5. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan)
    6. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli
    7. Bayaran tambahan (pertukaran barang)

    Antara laman2 yang boleh dirujuk:
    1. https://www.slideshare.net/kahinn/3-5-dokumen-perniagaan-dalam-negeri
    2. https://www.wisegeek.com/what-is-a-debit-note.htm
    3. https://ddw2133.blogspot.com/2008/12/perakaunan.html

  118. ckgu…
    stiap dokmen yg dibuat perlu ke ltk trikh…???
    klau tdak ltk trikh adakah mrkah akn dtolak???

  119. Setiap catatan semestinya ada Tarikh, Butir dan Jumlah. Tiada penolakan markah, yang ada dapat markah atau tidak dapat markah.

  120. pada catatan mne yg tdak prlu ada tarikh???

  121. Sebaik-baik jawapan tarikh ditulis semua dalam Buku Catatan Pertama dan juga Lejar.

  122. ckgu sya dri smk seri paka,sbnarnya sya ada msalah dlm dokumen.ada stu lg msalah,bila sya buat soalan pp slalu x imbang,tp bila sya buat ngan ckgu bleh plak..jd tension tp sronok…

  123. Anis,
    Pertama cuba kenalpasti apakah masalah / kesilapan yang dilakukan, kemudian baru cari cara penyelesaiannya…. proses tersebutlah yang dipanggil BELAJAR.

  124. cg..sy msh lg keliru ttg catatan kontra..boleh cg terangkan kpd sy..?

  125. Love,
    Cuba baca komen2 Cg yang terdahulu DISINI.

  126. terima kasih cg..cg dh membantu sy,,

  127. Assalammualaikum… Cg, mcm mne nk pro dlm Prinsip Akaun??

  128. Waalaikumussalan,
    Semuanya terletak atas KESUNGGUHAN kita semasa belajar, FAHAMI setiap konsep2 yang terdapat dalam sesuatu topik yang diajar, berikan sepenuh TUMPUAN terhadap apa yang cikgu ajar, INGAT format2 yang terlibat, banyakkan LATIHAN serta selalu BERTANYA apabila menghadapi apa2 masalah.

  129. cg, cg prinsip akaun sy garang la..kadang2 sy jadi xberminat nak masuk dalam kelas prinsip akaun..subjek prinsip akaun dahla 1jam sahaja setiap minggu..nak tanya soalan pun terpaksa fikir beberapa kali sbb takut kena marah..sy memang lemah dalam subjek ini..latihan xsiap sbb xtahu..nak tanya cg takut..kadang2 ada jugak sy terfikir nak drop, tp sy syg..mcm mana ni cg??sy dilema…

  130. cg ad x contoh2 dokumen prniagaan?sy perlukan utk buat kertas kerja..

  131. Baca komen Cg di atas sebagai panduan belajar. Contoh2 dokumen boleh diperolehi daripada kertas 2 soalan ataupun yang lebih lengkap daripada buku teks ataupun buku rujukan.

  132. slm cg saya mengalami masalah dlm dokumen. saya boleh pindah ke jurnal tetapi saya stuck bila nak pindah ke lejar dan buku tunai. Boleh cg tlg saya?

  133. Cuba kuasai kemahiran Pos ke Lejar satu persatu, iaitu :
    1. Jurnal Am ke Lejar
    2. Jurnal Khas ke Lejar
    3. Buku Tunai ke Lejar

    # Setiap satunya mempunyai cara pos ke lejar yang tersendiri. Sila dapatkan tunjukajar daripada GURU atau kawan2 anda, kerana cara tersebut lebih berkesan.

  134. terima kasih cikgu krana membantu

  135. Salam…
    cikgu dalam lejar bila kita guna akaun untung rugi???????
    contohnya nak tutup akaUN…

    SATU LAGI MACAMNER KITA NAK BUKA LEJAR MAKSUDNYA ADAKAH AMBIL DOKUMEN ATAU BUKU CATATAN PERTAMA…

  136. TAHUN DEPAN MEMANG KELAUR KER SOALAN DOKUMEN..SEBAB SAYA SELALU SURUH ANAK SAYA BUAT LATIHAN INI

  137. CIKGU …KAWAN SAYA KATA TARIKH TIDAK PENTING DALAM LEJAR …BUANG MASA TAPI SAYA RISAU LA MACAM XLENGKAP PLAK LEJAR TU BETUL KER XPAYAH TULISSSSSSSSSS

  138. Salam,
    Dalam Lejar, Akaun Untung Rugi digunakan bagi menutup akaun2 HASIL dan BELANJA. Ini kerana akaun2 tersebut akan dipindahkan ke AUR bagi mendapatkan untung/ rugi bersih. Walau bagaimanapun bagi soalan 1 : Dokumen, soalan hanya setakat penyediaan Imbangan Duga, maka adalah lebih baik semua akaun ditutup menggunakan Baki h/b dan Baki b/b sahaja.

    Lejar disediakan berdasarkan Buku Catatan Pertama sahaja, iaitu mengikuti Kitaran Perakaunan:
    Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga …

    SPM 2011 akan menggunakan Format Pentaksiran Baru di mana soalan dokumen tidak lagi dikemukakan sepertimana soalan tahun2 lepas. Sebaliknya dijadikan tugasan projek dalam Kertas 3 yang perlu disiapkan oleh pelajar bermula di tingkatan 4 lagi.

    Jawapan yang sebaik-baiknya hendaklah lengkap dengan tarikhnya sekali.

  139. salam ckgu..
    leh terangkn makna ‘cek’,kgunaan,kpentingan,keburukan,
    persamaan dgn dokumen lain..
    urgent ckgu sok kne present

    sya tgah kusus usahawan

  140. Salam,
    Boleh dapatkan sedikit maklumat mengenai CEK / AKAUN SEMASA disini (klik). Bagi melihat kegunaan, kepentingan, keburukan penggunaan cek, sila bandingkan dengan penggunaan wang tunai. Maaf, Ini saja yang dapat Cg tolong.

  141. salam, em saye ni bermasalah sikit laa nak paham pasal akaun ni. cikgu yang ajar saye tu straight sangat. dia ajar macam semue student dalam kelas tu da paham. time mid year hari tu, hampir satu kelas failed. cikgu ade cadangan tak macam mane nak atasi masalah ni and improve saye punye subject akaun ?

  142. Cuba bawa berbincang dengan cikgu anda, dapatkan seorang guru pembimbing ataupun mengikuti kelas tuisyen.

  143. salam cg,sy form4…tp sy krg mahir bab dokumen…pening la nk cam satu2…tmbhan lg cg yg ajar sy jrg msuk klas…
    masalah sy….buku tunai kan ad kredit dan debit….sy sering bertukar nk ltk kat kredit@debit…
    dan satu lg masalah sy iaitu lejar….kita kn kne pos ke lejar pastu nk pos 2 lgsung xreti……nk bukak akaun utk lejar mmg lgsung xreti…..
    hrp cg bley tlg sy!!! time kasih.

  144. Sila dapatkan Teknik Jawab Dokumen yang disediakan oleh Cg Awang sebagi panduan.

    B-MUAT TURUN BAHAN
    Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen

  145. cikgu na tnye nie?
    format bru prinsip perakaunan nie mcm mne?
    sye kurang faham la.
    cikgu sye ada mintak nama2 syarikat.
    ini semua untuk ape?
    dan saya tak faham syarikat yang macam mne tue?

  146. Pelajar tingkatan 4 pada tahun ini akan menyiapkan satu tugasan / kerja kursus yang merupakan KERTAS 3 dalam Format Pentaksiran Baru. Di mana pelajar dikehendaki menyediakan satu set lengkap rekod perakaunan, bermula dengan profail perniagaan – dokumen – BCP – Lejar – ID – Penyata Kewangan. Cikgu anda minta menyediakan nama2 syarikat tersebut bagi memudahkan anda menyediakan dokumen2 nanti.

  147. Cikgu,
    Kalau dalam soalan sudah ada baki awal akaun lengkapan. Jika dalam memo ada pembelian meja, jika kita masuk dalam akaun perabot, adakah salah? bukankah patut masuk ke dalam akaun lengkapan yang sedia ada?
    terima kasih

  148. Fatin,

    Ya, Cg setuju dengan pandangan Fatin. Sepatutnya dicatatkan dalam Ak LENGKAPAN yang sedia ada.

  149. Cikgu,
    kalau fatin termasuk dalam akaun perabot yang baru di buka, adakah salah? terima kasih

  150. Fatin,

    Ya, ianya dianggap SALAH kerana sepatutnya direkodkan dalam Ak Lengkapan yang sedia ada.

  151. Cikgu,
    Penghawa dingin bolehkah dimasukkan dalam akaun alatan pejabat? bagaimana pula jika masuk dalam akaun kelengkapan? terima kasih

  152. Fatin,

    Penghawa dingin, lampu, kipas dikelaskan sebagai LEKAPAN. Dan Lekapan biasanya digabungkan dalam AK LENGKAPAN DAN LEKAPAN.

  153. cikgu,
    Adakah salah jika masuk dalam akaun kelengkapan atau akaun alatan pejabat?

  154. Fatin,

    Apabila direkod dalam AKAUN yang salah, maka dikira SALAH. Ini kerana ianya dikelaskan sebagai KESILAPAN PRINSIP.

  155. salam cikgu . kalau dokumen slip simpanan wang tunai , salinan pendeposit letak di buku tunai ya ? adakah ia kontra ?

  156. Syk123,

    Ada 2 keadaan dokumen Slip Simpanan digunakan, dan kedua2nya melibatkan BUKU TUNAI :
    1. Memasukkan wang tunai PERIBADI ke dalam Bank perniagaan. – Bawa masuk MODAL.
    2. Memasukkan wang tunai PERNIAGAAN ke dalam BANK – Catatan KONTRA.

  157. salam cg,hrp xsshkn cg…………….cg,mcm mne nk kln prkra bla nk ltk dlm bku tunai?sye sllu slp klu nk ltk prkra………….

  158. Salam,
    Maaf, sila guna ayat yang lengkap, baru Cg dan rakan pelajar yang lain faham apa persoalannya.

  159. salam cikgu . soalan trial tganu 2010 paper 1 . no 6 . soalan nya , dia bg memo “pemilik mengambil barang niaga rm 700 untuk tujuan promosi pembukaan kedai ” .. catatan bergunya debit akaun promosi kt belian kan ?

  160. Sky,
    Ya BETUL.

  161. kalau memo ‘menerima pinjaman bank’ catat dalam buku catatan apa cg?

  162. Catat dalam BUKU TUNAI.

  163. memo bukan catat di Jurnal Am?

  164. Kena lihat pada urus niaganya, jika melibatkan TUNAI / CEK maka dalam BUKU TUNAI, Jika tidak catat dalam JURNAL AM.

  165. salam…
    sy pelajar diploma dlm accounting…leh cg tlong senaraikan segala dokumen atau transaksi yang terdapat dlm sbuah syarikat yg menjalankan aktiviti perniagaan menjual komputer…sy harap cg boleh membantu kerana sy ingin mmbuat projek yg kene ad lebih 50 transaksi dan mngunakan smua dokumen yg terdapat dlam dokumen perniagan.

  166. Salam,
    Bahan2 kerja kursus Tingkatan 4 boleh dijadikan panduan penyediaan urus niaga mengikut kategori2 tertentu. Sila ke post berikut KERTAS 3 – KERJA KURSUS TINGKATAN 4 2010 (klik).

  167. salam cg. saya x fhm ttg serahan: ang. dibayar…
    adakah ia terlibat dgn ang. masuk dan ang. keluar?
    soalan ini hanyalah utk kefahaman saya tahu dlm spm x tanya..
    saya harap cg menjawab soalan saya ini.

  168. Ros,
    Dalam INVOIS, Serahan : Angkutan dibayar, maksudnya pembekal/penjual akan menanggung segala kos pengangkutan/ penghantaran. Ya, ianya melibatkan akaun Angkutan masuk dan Angkutan keluar. Dan ianya juga boleh disoal dalam kertas 1 soalan SPM.

  169. salam ckgu
    sye dri smkj3,selangor
    sye nk tnye…..
    adkah angkutan msuk dletakkn dalam dokumen baucer pembayaran atau nota kredit

  170. Bergantung kepada PENYATAAN URUS NIAGA terhadap angkutan masuk tersebut. Antara dokumen2 yang boleh digunakan ialah Nota Debit, Resit Rasmi, Baucar Pembayaran, Keratan cek. Manakala NOTA KREDIT adalah TIDAK TEPAT.

  171. cgu, sy nk tnye…
    klo kte wat lejar..utk ak jualan/belian..kte nk ttup ljar 2, tulis ak p’dggn atau baki h/b..sbb kat skola cgu sy ajar tulis ak p’dggn..
    dan utk ak blnje/hsl..ttup dgn ak untg rugi ato baki h/b jge…
    mne yg lg tpt ye cgu??..

  172. Ria,

    Apa yang cikgu anda ajar tu adalah betul. Cuma bagi menjawab soalan 1: dokumen, pelajar hendak diuji kemahiran penyediaan Imbangan Duga. Di mana konsep ID ialah menyenaraikan BAKI2 AKAUN bagi tujuan menyemak ketepatan sistem catatan bergu. Jadi, pada pandangan Cg, adalah lebih baik gunakan kemahiran asas mengimbang akaun dengan menggunakan Baki h/b dan baki b/b.

  173. owh..tp cgu..cgu sy kte klo nk ttup ljar utk ak pd ngn ak ur xleh gne baki h/b…sbb baki h/b cume utk baki2 aset, liablti & ep…tp klo kte xgne baki h/b utk ak ur ngn pd..maseh boleh d’trme kan jwpnnye???…klo sy gne cre yg sme ngn cre yg cgu sy ajr..

  174. cgu, lg 1…sy nk tnye..klo kte tulis tarikh kat bcp atau ljar…klo xtulis tahun,boleh x??klo kte skdr tulis tarikh dan buln je…btol ke slh, ye cgu??ke tahun mst kne tulis jugak…

  175. Maaf, sila guna tulisan/ejaan yang lengkap/mudah dibaca dan difahami oleh semua.

  176. cikgu saya cakap..kalau nak buat lejar untuk akaun belian/jualan mesti tutup dengan akaun perdagangan..tapi tak boleh tutup dengan baki h/b..sebab baki h/b hanya boleh digunakan untuk akaun aset, liabiliti atau ekuiti pemilik…begitu juga dengan akaun hasil /belanja mesti tutup dengan akaun untung rugi..
    kalau saya guna cara yang sama seperti cara yang cikgu saya ajar..adakah betul atau salah??boleh tak diterima?
    lagi satu..kalau saya nak buat buku catatan pertama(bcp) atau lejar..yang bahagian tarikh tu..boleh tak kalau saya tak buat tahun tempoh perakaunan..jika saya hanya tulis tarikh dan bulan sahaja…ataupun tahun mesti ditulis juga??

  177. Apa yang perlu anda faham disini, ialah perbezaan antara MENGIMBANG AKAUN dan MENUTUP AKAUN.

    MENGIMBANG AKAUN
    Akaun diimbangkan untuk mengetahui BAKI atau JUMLAH akaun tersebut pada akhir tempoh berkenaan. Di mana caranya dengan menggunakan BAKI H/B dan BAKI B/B.

    MENUTUP AKAUN
    Penutupan akaun2 perlu dibuat terhadap akaun-akaun HASIL dan BELANJA. Penutupan ini dilakukan bagi memindahkan baki akaun2 Hasil dan Belanja ke Akaun Penamat (Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi) untuk mengira Untung atau Rugi sesebuah perniagaan. Akaun2 Hasil dan Belanja yang telah ditutup tidak mempunyai baki dan akaun2 berkenaan akan bermula dengan kosong pada tempoh berikutnya. … Sebagaimana yang cikgu anda ajarkan.

    Cuba anda perhatikan arahan soalan SPM sebenar, iaitu :
    (c) IMBANGKAN AKAUN dan sediakan Imbangan Duga pada 31.12.2010 .

    Jadi, daripada nota yang Cg berikan, anda sendiri boleh tentukan cara mana yang patut digunakan dalam menjawab soalan SPM nanti. Manakala jawapan yang baik, hendaklah lengkap dengan tahunnya sekali.

  178. ambilan tunai letak kat mane?

  179. Kalau melibat TUNAI, CEK atau BANK …. mesti dalam BUKU TUNAI.

  180. cgu narzuki.. ble bgi sya format slip wang msuk?

  181. Boleh rujuk dalam mana Buku Teks, Buku Rujukan atapun dalam kertas soalan SPM, Percubaan yang disediakan.

  182. cikgu…blh tak cikgu antr so.2 2 kt email sye….

  183. salam,cikgu saya keliru dokumen memo,bila ia di rekodkan dalam jurnal am dan bila ke buku tunai…

    tolong jelaskan,,
    apa catatannya,,…rujuk buku sentiasa berbeza
    tq harap cikgu bagi nota

  184. cikgu tentang projek tingkatan 4 ..perlu kira berapa % utk tingkatan 4? markah utk dapat A projek berapa ya?

    markah tersebut dimasukkan kemana??

    saya hadapi masalh,,sehingga sekarang anak murid saya masih tidak siapkan lagi..tolong saya tak tau nak bagi markah yang layak lulus dan gred A.

  185. MEMO
    1. Sekiranya melibatkan wang tunai / cek perniagaan, maka mesti direkodkan dalam BUKU TUNAI.
    2. Jika sebaliknya, ianya perlu dicatat dalam JURNAL AM.

    Kerja Kursus Tingkatan 4
    – Markah dikira 100% untuk T4 dan 100% untuk T5 kemudian akan dikira markah % Purata untuk keseluruhannya. Manakala pemberat bagi Kertas 3 adalah 20%, Kertas 2 = 60% dan Kertas 1 = 20%.
    – Markah dapat A mesti 80% keatas.
    – Sila rujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek Prinsip Perakauan,
    – Markah setiap pelajar perlu diisi dalam BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU samada secara manual ataupun menggunakan Perisian kemasukan markah yang dibekalkan oleh LPM.
    – Kemudian lengkapkan BORANG RUMUSAN SKOR PROJEK.
    – Sebarang masalah sila rujuk Ketua Pentaksir Kawasan.

  186. Cikgu,
    untuk menjimatkan masa buat soalan dokumen, bolehkah fatin tidak buat baki h/b bagi akaun yang mempunyai satu butir sahaja. contoh akaun sewa. debit RM100. Fatin hanya buat dua garisan ======ke atas nilai RM100 kemudian pindah ke imbangan duga. manakala bagi akaun yang hanya mempunyai pelbagai butir di sebelah debit sahaja, bolehkah fatin hanya jumlah pelbagai butir itu disebelah debit kemudian pindah ke imbangan duga tanpa membuat baki h/b di sebelah kredit. Adakah ini akan menjejaskan pemarkahan? terima kasih

  187. Cikgu,
    Boleh tolong fatin, memberi komen soalan di atas? terima kasih

  188. Fatin,
    Pada Cg, adalah TIDAK digalakkan kerana akan memberikan kesan kepada markah anda. Sekiranya berlaku sedikit kesilapan anda akan hilang markah lebih banyak berbanding anda sediakan jawapan/imbang dengan lengkap. Contohnya, sekiranya berlaku kesilapan dalam LEJAR, maka dalam ID juga akan dikira SALAH. Tetapi jika diimbangkan dengan lengkap, walaupun SALAH dalam LEJAR tetapi dalam ID masih dapat markah.

  189. terima kasih cikgu…bolehkah fatin imbang dan hanya tulis baki h/b dan tidak buat baki b/b? yang baki h/b debit fatin akan pindah ke imbangan duga kredit. adakah ini akan menjejaskan pemarkahan dalam imbangan duga?

  190. Sama2. Tidak menjejaskan markah. Cuma sebaik2 jawapan ialah lengkap dengan Baki h/b dan Baki b/b dan pihak LCCI akan memberikan perhatian terhadap perkara tersebut sekiranya mereka membuat semakan terhadap kualiti jawapan calon SPM..

  191. cikgu,
    Berdasarkan skema jawapan percubaan negeri-negeri, bagi akaun yang mempunyai satu butir sahaja, ada jawapan yang tidak diimbang dan tidak buat baki h/b. Adalah ini akan menjelas markah dalam imbangan duga sebab biasanya akaun yang mempunyai hanya satu butir sahaja, jawapan di imbangan duga tidak ikut angka sendiri. terima kasih

  192. Biasanya akaun2 yang mempunyai 2 atau lebih item akan ditanda * sebagai ANGKA SENDIRI dalam ID.
    Katakan AKUAN JUALAN sepatutnya ada 2 item, tetapi pelajar hanya catat 1 item saja (tertinggal/tersilap catat dalam akaun lain) dan akaun tersebut tidak diimbang kerana hanya ada 1 item. Maka ini akan menjejaskan markah dalam ID nanti.

  193. cikgu,
    fatin sudah faham. terima kasih.

  194. sa x fhm dgn memo..
    mcm mna nak knl pasti jenis memo yg hendak d masuk kat jurnal am tau bku tunai???

  195. Sekiranya melibatkan wang tunai perniagaan atau cek/bank, maka mesti dicatat dalam BUKU TUNAI. Jika sebaliknya, ianyanya perlu dicatat dalam JURNAL AM sahaja.

  196. klau kte hnye fokuskn bab dokumen bleh ke kte lulus???

  197. Markah untuk soalan 1 : Dokumen biasanya 28 markah dan jika ditukarkan kepada peratus lebih kurang 23 % dan dibantu sedikit dengan markah Kertas 1, InsyaAllah boleh lulus.

  198. salam..cikgu mcm mne nk taw sesuatu dokumen 2 kontra??

  199. Ada 2 dokumen saja :
    1. Borang Wang Masuk – kecuali yang bertarikh 1hb. / Dokumen 1
    2. Keratan cek – jika butirnya : KEGUNAAN PEJABAT/KEDAI ataupun TUNAI sahaja.

  200. ooo..kalau dokumen 2 xnytakan dy gne cek atau tunai mcm mane cikgu??mcm mane kta nk taw dy gne cek atau tunai?

  201. Jika ada NO. CEK, maka BANK, jika tiada – TUNAI
    Kalau KERATAN CEK – sudah semestinya BANK.

  202. ok..time kasih cikgu…

  203. Ok. semoga berjaya dengan cemerlang.

  204. cikgu,
    kenapa diskaun niaga tidak dicatat dalam lejar?

  205. bila cikgu akan reply saya?

  206. Ok, katakan Harga barang RM1000 dan diberi diskaun niaga RM200. Maka jumlah yang dibayar RM800, seterusnya kita hanya merekodkan Dt: Belian RM800 dan Kt: Tunai RM800. … Adakah perlu dicatat diskaun niaga RM200 tersebut ?

    Secara mudah, Diskaun niaga diberi SEBELUM urus niaga berlaku, di mana urus niaga ialah belian barang niaga dengan harga RM800.

    Ianya berbeza dengan Diskaun Tunai, yang diberi SELEPAS urus niaga belian direkodkan. Contohnya : Belian barang niaga secara kredit RM1000, maka kita rekodkan :
    Dt: Belian RM1000
    Kt: Pemiutang RM1000.

    Kemudian kita bayar dalam tempoh yang melayakkan kita dapat Diskaun Tunai, katakan RM200. Maka kita akan rekodkan :
    Dt: Pemiutang RM1000,
    Kt: Bank RM800
    Kt: Diskaun diterima RM200 …..Diskaun tunai.

  207. Cikgu, saya ingin tanya tentang soalan dokumen.
    ‘Mengambil komputer terpakai daripada pejabat untuk kegunaan peribadi.’
    Jika ini merupakan sebuah syarikat yang menjual komputer, patutkah saya kredit belian atau kredit alatan pejabat?

  208. Jery,
    Bila disebut komputer terpakai daripada pejabat, maksudnya komputer tersebut adalah ALATAN PEJABAT bagi syarikat dan bukannya barang niaga lagi. Maka Dt: AMBILAN dan Kt: ALATAN PEJABAT

  209. terima kasih cikgu.

  210. salam cikgu .
    saya agak keliru tentang makluman Dt dan Kt dlm dokumen perniagaan . saya telah meletakkan makluman Kt dlm dokumen . perlukah saya meletakkan Makluman Dt juga ?

  211. MAKLUMAN DEBIT dan MAKLUMAN KREDIT adalah 2 dokumen yang berbeza yang dihantar oleh pihak bank kepada pelanggan untuk memaklumkan bahawa akaunnya telah DIDEBITKAN (dikurangkan) ataupun DIKREDITKAN (bertambah) dengan jumlah tertentu berserta dengan sebab2nya.

  212. Salam Cikgu,
    Saya agar keliru dengan nota debit caj angkutan, baru ini jawapan buku rujukan masuk dalam Jurnal belian. Jawapan sebenarnya Jurnal am atau Jurnal Belian?

  213. Oleh kerana ianya bukanlah kos yang ditambah atas setiap unit barang niaga yang dijual, atau dengan kata lain ianya berdiri atas akaunnya sendiri, maka Pada pandangan Cg, kita catatkan dalam Jurnal Am sahaja.

  214. Terima kasih cikgu..Saya ada lagi satu soalan Jika membeli barang dengan pembekal RM5000 pada 3 hb Jun, syarat diskaun tunai 5% 10 hari….jika kita bayar pada 13 hb Jun, layakkah kita dapat diskaun. bayar pada 13 hb Jun dikira 10 hari atau 11 hari?

  215. Pada pandangan Cg, hari pertama kredit bermula pada 4 Jun, maka 13 Jun merupakan hari ke-10 dan layak dapat 5% diskaun tunai.

  216. Cikgu,
    Saya pun sependapat dengan cikgu, tetapi dalam buku teks bayar pada hari yg sama dikira satu hari dan bayar pada esok dikira hari kedua. Contoh 2(c) buku teks muka surat 94, barang yg dibeli pada 1 Jun dan dibayar pada 1 Julai tidak layak diskaun tunai sebab 31 hari. Bulan Jun tiada 31hb jadi sepatutunya hanya 30 hari pada 1 julai kecuali 1 jun diambil kira. Begitu juga dengan buku teks practice pelangi…beli 3 jun dan bayar pada 13 Jun dianggap 11 hari…apa pandangan cikgu berkenaan dengan buku-buku tersebut. terima kasih

  217. Isunya disini adakah HARI URUSNIAGA dikira sebagai HARI PERTAMA atau tidak ?

    Pada pandangan saya, Syarat pembayaran 5% 10hari adalah merujuk kepada belian/jualan secara KREDIT. Sekiranya pembayaran dibuat pada hari yang sama, maka itu sudah dipanggil urus niaga secara TUNAI dan syarat pembayaran tersebut tidak terpakai ataupun lebih awal TIDAK akan dinyatakan dalam dokumen. Jadi saya masih berpegang HARI PERTAMA adalah bermula pada keesokan harinya.

  218. Salam cikgu,
    Saya sangat setuju dengan pandangan cikgu tetapi abang saya yang kerja di syarikat pakaian bagi tahu kebanyakkan syarikat jika diberi tempoh kredit 10 hari maksudnya hari pertama dikira pada hari barang itu di hantar. iaitu hari itu pembeli membeli..pening saya.
    terima kasih cikgu

  219. Nizam,
    Pada kebiasaannya Harga jual secara kredit dan Harga jual secara tunai adalah berbeza.

    Katakan Harga barang RM1000
    1. Jika jual secara kredit harganya RM1000 dan syarat pembayaran 5% 10 hari. (RM950)
    2. Jika jual secara tunai dapat diskaun 10%, maksudnya kena bayar RM900.

    Jika pembeli nak bayar pada hari tersebut. Maka harga mana yang perlu dibayar ? RM950 atau RM900 ?
    Sudah tentu RM900, ini bermaksud urus niaga jualan kredit tidak berlaku, maka syarat pembayaran tersebut juga TIDAK WUJUD lagi. Ianya hanya terpakai pada keesokan harinya.

  220. cikgu, Mengapakah diskaun niaga 20% diberikan pada pembeli? {dlm Invois}

  221. Aida, cuba dapatkan jawapannya dalam buku teks ms 92.

  222. assalamualaikum cikgu….
    nk tny tntg jawapan yg bernombor #78….
    bolehkah kita membuat…
    Dt. Ambilan
    Kt. Stok……
    kita tukarkan Belian kpd Stok???
    bolehkah cikgu….??

  223. Hadi, waalaikumussalam,

    Dalam sistem rekod perakaunan, Ak Stok hanya dicatat pada akhir tahun sahaja sebagai salah satu daripada catatan penutup. Di mana nilai bagi Stok Akhir hanya dikira secara fizikal.

    Maka, bagi catatan bergu bagi urus niaga tersebut tidak boleh ditukar, iaitu Dt: Ambilan Kt: BELIAN.

  224. ok,saya dah faham cg…
    satu lagi….apakah kegunaan folio pelanggan dan baucar pembayaran???
    harap xsusahkan cikgu….
    teima kasih sekali lagi…cuma Allah dapat blas jasa cikgu….

  225. Hadi,
    FOLIO PELANGGAN adalah dokumen yang dikeluarkan oleh pihak hotel (atau perniagaan perkhidmatan) kepada pelanggan (peniaga) sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat dan perlu direkodkan dalam buku akaun perniagaan sekiranya penginapan tersebut berkaitan dengan urusan perniagaan.

    BAUCAR PEMBAYARAN dugunakan untuk mencatat semua pembayaran sama ada dengan menggunakan wang tunai ataupun cek.

  226. salam..boleh saya tahu apa dokumen yang terlibat dalam sistem akaun?

  227. Adila,

    Banyak dokumen yang terlibat, sila rujuk Buku teks, ataupun Nota KH Ting1 : Dokumen Perniagaan (klik)

  228. terima kasih atas bantuan cikgu..

  229. cikgu ada contoh untuk kerja kursus yang esei pengenalan profil..

  230. Sofea,

    Boleh rujuk Pengenalan daripada Perniagaan Kerja Kursus Tingkatan 4 tahun lepas.

  231. asalmmuaikm, saya nk tanya apakah maksud kos belian,kos jualan,kos perdana,untung kasar,harag jualan,untung bersih,harga bahan dan kos kendalian

  232. cikgu saya perlukannya saya carik bayak web da x jumpa

  233. Amy,

    Cuba cari maksudnya daripada buku berikut : Perakaunan Kewangan Jilid 1 By Takiah, Norida

  234. cikgu,
    saya mahu tanya pasal diskaun niaga dalam dokumen…
    boleh tak saya tidak masukkan diskaun niaga dalam dokumen saya?

  235. Monica,

    Sekiranya perniagaan anda menjalankan JUALAN / BELIAN secara BORONG, maka sudah semestinya akan melibatkan DISKAUN NIAGA. Maka adalah tidak logik tiada diskaun niaga tersebut.

  236. selamat hari raya cikgu, saya ada soalan utk ditanya.
    soalan
    jun 1 belian barang niaga secara kredit RM5800 -diskaun niaga 20%
    jun 4 pulangan belian RM650 pd senarai harga
    jun 9 menjelaskan kesemua hutang dengan cek.

    diskaun tunai 10% 10 hari
    5% 30 hari
    kalau pada 9 jun berapakah jumlah yg perlu dibayar
    jwp : RM4176 @RM3708

    kalau pada 25 Jun berapakah perlu dibayar
    jwp : RM4408@ RM3914
    mana satu jawapan yang betul bagi dua situasi di atas.
    terima kasih

  237. Kalai,

    Jawapannya:
    1. RM3708
    2. RM3914

    Nota: Jika semasa BELIAN dapat diskaun niaga 20%, maka PULANGAN BELIAN juga kena ambilkira diskaun niaga 20% tersebut. Contohnya, jika beli dengan harga RM10 seunit, maka pulangan belian juga dengan harga RM10 seunit.

  238. salam..bole saya tahu apakah perbezaan antara keratan cek dengan resit rasmi

  239. Hafiza,

    Sila baca nota berikut :
    RESIT RASMI
    KERATAN CEK

  240. salam, cgu saya nak tanya kalau cek tak laku nak letak kat debit ke kredit ?

  241. Areen,

    Catatan bergunya ialah : Dt: Penghutang … Kt: Bank

  242. Cikgu,
    Dalam jawapan latihan skill pratice buku pelangi m/s 44. Harga senarai barang belian pada Mac 3 ialah RM4600, kurang diskaun niaga 4%. syarat 5% 20 hari. Pada hari 23 Mac, peniaga itu tak layak dapat diskaun tunai sebab hari pertama dikira pada Mac 3 iaitu 21 hari. Ramai juga kawan-kawan yang kerja di swasta bagi tahu kiraan layak diskaun tunai dikira pada hari pertama belian dilakukan dan banyak buku yang berbuat demikian juga. Apa pendapat Cikgu? Harap dapat satu jawapan yang dapat diikuti oleh semua cikgu-cikgu. terima kasih.

  243. Cg Fatimah,

    Pada pandangan saya, pihak peniaga sememangnya mengamalkan sedemikian kerana MENGUNTUNGKAN mereka dengan menafikan HAD PELANGGAN 1 hari.

    Cuba tanyakan kepada mereka…. sekiranya syarat pembayaran 10% 1 hari... adakah pelanggan kena bayar pada HARI YANG SAMA baru layak dapat 10% diskaun ? …. dan bila bayar pada hari yang sama … adakah dipanggil belian/jualan secara kredit ? …………….. atau jika bayar KEESOKAN HARINYA masih dapat 10% atau tidak ? ……..sedangkan secara prinsipnya 1 HARI disitu merujuk kepada 1 HARI TEMPOH KREDIT ….. iaitu jika LEWAT 1 HARI… akan dapat diskaun 10%…… sebagai galakan pelanggan BAYAR SECEPAT mungkin hutang mereka.

    Itulah pandangan peribadi saya berdasar PRINSIP TEMPOH KREDIT itu sendiri… dan bukannya berdasarkan apa yang diamalkan oleh peniaga2 di luar sana.

  244. Cikgu Narzuki,
    Merujuk kepada buku teks m/s 94. Barang di beli secara kredit pada 1 Jun dan syarat 5% 30 hari. Jika pembayaran berlaku pada 1 Julai, jawapannya tidak layak dapat diskaun 5% sebab buku teks mengambil kira 1 Jun itu sebagai satu hari. Perlukah pembetulan itu dibuat pada buku teks semasa menyampaikan P&P kepada pelajar? terima kasih

  245. Cg Fatimah,

    Apa yang saya buat, saya ajarkan apa yang sepatutnya (seperti saya nyatakan sebelum ini). .. kemudian saya jelaskan, HANYA untuk tujuan peperiksaan .. terpaksa ikut buku teks.

  246. salam, cikgu ape maksud belanja kendalian dan bagaimana untuk mudah faham tentang pengelasan bagi hasil dan belanja terdahulu dan hasil dan belanja terakru?

  247. Najwa,

    BELANJA KENDALIAN merujuk kepada belanja yang terlibat dengan AKTIVITI UTAMA perniagaan, seperti sewa, gaji, kadar bayaran dll…. secara mudahnya, urusniaga / belanja yang biasa berlaku dalam perniagaan.

    HASIL TERDAHULU – Kita TELAH TERIMA hasil untuk bulan DEPAN.
    HASIL TERAKRU – Kita masih BELUM BAYAR belanja bulan LEPAS / SEMASA.
    BELANJA TERDAHULU – Kita TELAH BAYAR belanja untuk bulan DEPAN.
    BELANJA TERAKRU – Kita masih BELUM TERIMA hasil bulan LEPAS / SEMASA.

  248. salam,,cg..
    nk tnye klau cek yg x diterima tp kita nk gune blik cek 2 bleh x cg???
    dn apa beza cek tndang n cek x laku??

  249. Syahirah,

    Cek apabila ditendang / tak laku / tak layan …. disebabkan rosak, silap tulis, tamat tempoh dan sebagainya… sudah tidak boleh digunakan lagi. Ianya perlu digantikan dengan cek yang baru.

  250. cg…
    cek tndang pun boleh jd klau x de duit dlm bank kan?

    satu lg cg..
    butik kamalia menjlnkan perniagaan butik..
    memo:
    pemilik mengmbil tiga helai baju kurung moden,johor dan biasa bernilai Rm 150 untk tujuan promosi..
    dt:promosi
    kt:belian
    adakh btul cg??

  251. terima kasih cg..
    maaf klau menyushkan..
    penerangan yg cg berikan jelas n sy faham…

  252. Syahirah,

    1. Ya boleh juga disebabkan tak cukup wang dalam akaun pembayar.
    2. Ya… betul.

  253. Cikgu,

    Jika, Pn. Siti membeli barang niaga pada 15 Ogos 2012 berjumlah rm2500 secara kredit .

    Puan Siti menjelaskan pada 26 Ogos 2012.

    Berapakah yang perlu dibayar oleh Pn. Siti?

    Diskaun niaga : 20%
    Diskaun tunai : 7% 10 hari
    3% 30 hari

    Jawaban saya RM 1940 tetapi Jawaban cikgu saya ialah RM 1860?

    Saya nak tahu cara mengira hari. Boleh ajar, cikgu?

  254. Mel..
    Pada pandangan cg.
    Tempoh bayaran balik melebih 10 hari.. maka diskaun tunai hanya layak 3%. Jawapannya RM1940..
    Mungkin cikgu anda tersilap pandang tarikh tersebut.

  255. Ok, terima kasih, cikgu :))

  256. , .salam..ckgu,. ,cm new sy nk tawu law dokumen 2 adlh asal atpn salinan?

  257. Iyna elyna.

    ASAL – kita terima dokumen daripada pihak lain.. seperti kita BELI atau BAYAR.
    SALINAN – kita yang keluarkan dokumen tersebut kepada pihak lain… seperti kita JUAL atau TERIMA wang.

  258. Hai Cikgu,

    Saya ada satu soalan. Apanila catatan kotra berlaku
    ia melibatkan dokumen apa? Adakah memo?

  259. Alyssa,

    CATATAN KONTRA ada 2 keadaan :
    (i) Deposit tunai, iaitu simpan wang tunai perniagaan ke akaun di bank – dokumen yang sesuai ialah : SLIP WANG MASUK / SLIP SIMPANAN
    (ii) Keluarkan wang dari bank untuk kegunaan tunai perniagaan – dokumennya ialah KERATAN CEK.

    Dokumen MEMO adalah KURANG SESUAI.

  260. Cikgu ,
    Soalan – Encik Sunni, pemilik perniagaan Sunni Enterprise membeli rak pameran secara kredit bernilai RM3000 untuk kegunaan perniagaan.

    Apakah dokumen yang terlibat dalam urus niaga tersebut?

    [ SPM 2013 No6 ]

  261. Eugene,

    Urus niaga secara KREDIT, maka dokumen C: INVOIS akan digunakan.

  262. Terima kasih banyak banyak Cikgu ! 🙂

  263. Cikgu ade ke akaun pinjaman?

  264. Ifah,

    Ya ADA.

  265. Cikgu, cikgu saya suruk kami buat kerja khusus tp saya dah cari dkt internet pasal surat tanya dan surat jawapan tp tak ada.

    Jadi mcm mn nak dptkan surat tanya dan jawapan ye ?

  266. Ain,

    Ianya merupakan SURAT biasa yang dihantar kepada pembekal untuk bertanyakan ada tak barang yang kita perlukan, berapa harganya, syarat pembayaran dll. Kemudian pembekal akan membalas surat tersebut biasanya disertakan bersama katalog / maklumat berkaitan barang2 yang ditanya.

  267. cikgu, saya nak bertanya, kenapa belian/Jualan barang niaga kt kategorikan didalam Belian/Jualan. kenapa kita tidak masuk kan dalam stok?

  268. Noor Azmah,

    STOK AWAL, BELIAN dan STOK AKHIR adalah merujuk kepada perkara yang SAMA iaitu barang niaga/STOK … hanya MASA yang menentukannya.
    Barang niaga tahun lepas yang tidak habis dijual akan dibawa ke tahun semasa = STOK AWAL
    Barang niaga yang dibeli dalam TAHUN SEMASA = BELIAN
    Barang niaga yang TIDAK HABIS dijual = STOK AKHIR.

    Sekiranya BELI … (+) STOK, dan JUAL .. (-) STOK… maka TIDAK WUJUD Ak Jualan dan Ak Belian…. yang ada hanya nilai STOK dalam kedai sahaja.. Macam mana kita nak tentukan Untung atau Rugi ??

    Untuk topik Persamaan Perakaunan… kita hanya menentukan kedudukan Aset, Liabiliti & Ekuiti dalam perniagaan… maka semua urusan Jual / Beli barang niaga kita akan (+) / (-) di Stok.
    Manakala untuk catatan urus niaga dalam rekod perakaunan (catan bergu) … kita menggunakan JUALAN dan BELIAN

  269. Salam cikgu, keratan cek tu kalau nak tahu baki akhir kena kira daripada mana ya?

  270. Siti,

    Baki akhir—— baki awal Ak bank (dalam buku tunai)
    Kemasukan ——- jumlah penerimaan wang ke ak bank sebelum tarikh ini
    Cek ini ——— jumlah pembayaran yang dibuat
    Baki————– baki di bank selepas tolak cek ini, dan nilai ini pula manjadi Baki akhir dalam keratan cek berikutnya.

  271. Assalam
    bagaimana kaedah untuk mengalakkan pelajar tidak meniru untuk menyiapkan kerja rumah.

  272. Zdzr, waalaikumussalam.

    Nak elak pelajar meniru agak susah, ianya bergantung kepada SIKAP pelajar itu sendiri. Apa yang cikgu boleh buat ialah KESAN/KENALPASTI pelajar yang meniru dan berikan TEGURAN

  273. salam.
    cikgu, saya pelajar u, saya ada tugasan.
    saya ada sedikit kekeliruan…
    saya nak tumpang tanya..

    arahan tugasan..diberi modal rm200000
    dan di kehendaki menjalankan perniagaan..
    tempoh jan-jun.

    sediakan penyata, kunci kira2, jurnal dan ledjer.

    saya ingin bertnya bagaimana saya nak tentukan stok awal n stok akhir. sbb perniagaan ini baru bermula.dan tarikh berakhir penyata pendapatan adalah jun..mula buka perniagaan adalah jan.

    adakah stok akhir itu jualan – belian (cost)

    sekian. terima kasih

  274. Sinar,

    Pada pandangan saya, STOK AWAL = RM0, kerana baru mula perniagaan.
    Stok akhir boleh dinilai dengan 2 cara :
    1. Harga kos….. Belian (nilai kos) – Jualan (nilai kos)
    2. Harga pasaran ….. panggil penilai @ dalam tujuan kerja kursus… boleh anggarkan sendiri.

  275. cikgu..nak tanya bah..
    kalau angkutan masuk butir yg perlu dmasukkan dalam jurnal am jika soalan “membayar kos angkutan masuk yg dbeli dgn tunai??

  276. Yy.

    jika bayar tunai.. maka perlu dicatatkan dalam Buku Tunai… Kt Angkutan masuk

    Jika tidak menyediakan BT, maka catatan dalam JA :
    Dt Angkutan masuk
    Kt Tunai

  277. cikgu..perlukah d catat dlm kedua-dua BT dgn JA

  278. Yy,

    Tak perlu kedua2, hanya dalam BT sahaja.

  279. Cg,

    Jika kita menerima resit rasmi daripada pembekal,apakah buku catatan pertama untuk merekodkan maklumat daripada resit itu?

    Adakah- Jurnal Pembayaran Tunai ATAU Buku Tunai?

  280. Chee,

    Fungsi BUKU TUNAI dan JURNAL PENERIMAAN TUNAI & JURNAL PEMBAYARAN TUNAI adalah SAMA… jadi kita hanya sediakan SALAHSATU sahaja dalam sistem perekodan perakaunan… bukan kedua-duanya serentak.

  281. salam cgu…insurans atas belian apa BCP dia???buku tunai ke???boleh cgu trgkan step nak pos sampai ke lejar..

  282. Alisa,

    ianya bergantung kepada PENYATAAN urus niaga tersebut dan dokumen yang terlibat.. baru boleh tentukan BCP mana yang patut digunakan. Cuba nyatakan dengan lengkap….

    Dan cara pengeposkan ke Lejar setiap BCP ada caranya yang tersendiri antara satu sama lain.. sila rujuk buku teks :
    1. JA, JB, JPB, JJ, JPJ –> Lejar m/s 150 -152
    2. BT —> Lejar m/s 136 – 145.

  283. Salam cg…angkutan masuk kredit or debit dlm jurnal am

  284. Anas,

    Angkutan masuk merupakan item belanja.. maka catat disrbelah DEBIT

  285. cikgu,kalau membawa masuk tunai dalam perniagaan merupakan modal tambahan kan tapi kalau nk masuk kt dlm buku catatan pertama..ia buku tunai atau jurnal am…terima kasih cikgu. 🙂

  286. Faiz,

    SEMUA urus niaga yang melibatkan TUNAI / BANK… perlu direkodkan dalam BUKU TUNAI.

  287. salam cikgu..
    saya nak tanya adakah betul transaksi yang saya buat ni?

    1.Received invoice
    Dr. Purchases
    Ct. Creditor

    2.Sent invoice
    Dr. Debtor
    Ct. Sales

    3.Received credit note
    Dr. Creditor
    Ct. Discount Received

    4.Sent credit note
    Dr. Discount Allowed
    Ct. Debtor

    5.Received debit note
    Dr. Debtor
    Ct. Return Outwards

    6.Sent debit note
    Dr. Return Inwards
    Ct. Creditor

  288. Irah,

    1& 2 – Betul…. yang lain2 salah.

    3. Received credit note
    Dr Creditor
    Ct Return Outwards

    4. Sent credit note
    Dr Return Inwards
    Ct Debtor

    5. Received debit note
    Dr Purchases
    Ct Creditor

    6. Sent debit note
    Dr Debtor
    Ct Sales

  289. Terima kasih cikgu.. 🙂

    Ada lagi soalan..
    Betul x..
    carriage inwards – shipping (received from supplier)
    Carriage outwards – shipping goods to customer

    n keduanya ni debit kn cikgu?

  290. Irah,

    Ya kedua2nya BELANJA…. DEBIT

  291. Cikgu,
    Kalau dapat nota debit dari pemiutang sebab terkurang caj angkutan masuk…perlu direkodkan dalam jurnal am ke? Apa double entry nya? Dt Angkutan masuk, Kt Pemiutang?

  292. Nurul,

    YA, Dt Angkutan masuk, Kt Pemiutang

  293. Cikgu, tambahan modal dalam buku tunai catat kosnya dalam tunai atau bank?

  294. Angle,

    Cg sudah jawab soalan tersebut sebelum ini…. rujuk komen sebelum ini di post Tugasan Kerja Kursus Ting 4 SPM2015 (klik).

  295. Angel,

    Untuk membincangkan Kerja kursus Tingkatan 4… sila guna post TUGASAN PROJEK TINGKATAN 4 2014 (SPM2015) (klik)
    Kerana disana telah banyak perkara yang dibincangkan dan boleh dijadikan panduan.

  296. Assalamualaikum cikgu..mcm mn nak kuasai subjek akaun?sy kene ajar akaun tapi xde basic dlm akaun..

  297. Is, waalaikumussalam.

    Ilmu perakauanan merupakan ilmu kemahiran, jadi tiada jalan mudah untuk kuasainya melainkan melalui LATIHAN dan banyakkan BERTANYA dan dapatkan BIMBINGAN daripada yang lebih arif.

  298. salam cikgu,
    kenapa saya nak download x boleh?

  299. Ada bahan yang boleh dimuatturun oleh sesiapa sahaja. Ada yang dikhaskan untuk ahli berdaftar sahaja.

  300. salam cikgu,
    saya nak tanya kalau perniagaan nak bayar hutang dia masuk dalam jurnal apa ya?

  301. Hana,

    ..”nak bayar”…. urus niaga BELUM berlaku… tidak perlu direkod dalam mana2 buku.
    …”BAYAR”… baru menunjukkan urus niaga telah berlaku dan perlu direkodkan dalam BUKU TUNAI.

  302. napa..x boleh dowanload

  303. salam cikgu..sya nk tanya.. mcm mne kita nk faham tentang akaun?? walaupun dh 8 bulan..sya masih x faham akaun.. tlg sya cikgu

  304. Ina,

    Banyakkan bertanya apabila tidak faham/ ada masalah…. kefahaman akan datang secara beransur2.

  305. ANGKUTAN MASUK IS WHAT??

  306. Shao Yang,

    Angkutan Masuk adalah belanja/kos pengangkutan untuk membawa masuk barang niaga yang dibeli daripada Kedai Pembekal sehinggalah sampai ke Kedai Pembeli.

  307. Cikgu, aliran wang menentukan harga barangniaga ya?

  308. Khairul.

    Pada pandangan Cg,
    Tidak semestinya.. pada asasnya mesti rujuk nilai kos, berapa mark-up yang dikehendaki.. serta keluk penerimaan dan pembayaran.

  309. Salam cikgu,
    adakah dokumen bil tunai memang tidak memerlukan diskaun niaga?? saya hendak membuat dokumen nota kredit dan terdapat diskaun niaga didalam jadual itu. adakah saya perlu membuang kolum tersebut??

  310. Syahid,

    BIL TUNAI boleh juga mengandungi baris diskaun niaga dalam format dokumen tersebut.. tidak perlu dibuang.
    Jika peniaga tidak memberi diskaun niaga.. maka peniaga hanya tinggalkan kosong ruangan diskaun tersebut.

  311. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya kalau No.cek dalam resit rasmi untuk maybank, MBB kan, kalau bank islam apa ye?

  312. Iz, waalaikumussalam.

    BIMB

  313. cikgu, saya mau tanya tentang dokumen sumber.. Selain keratan cek.. kita boleh gunakan apa untuk urus niaga belian secara tunai dan urus niaga ambilan..

  314. Natasha,

    Bil Tunai juga boleh digunakan.

    Ambilan.. tidak melibatkan pihak luar, maka sesuai guna MEMO.

  315. salam..
    saya nk tanya ..
    belanja yg melibatkan membeli peti ais utk pejabat masuk dalam akaun mana ?
    asset atau belanja pejabat ?

  316. Afiqah,

    Adakah peti ais suatu yang habis begitu sahaja.. atau ianya tahan lama ? … contoh lain sebagai perbandingan.. beli printer dan beli kertas A4…yang dikelaskan Aset … dan yang mana belanja.

  317. Cikgu Jurnal yang dicatat untuk cek bukan Jurnal Penerimaaan Tunai ke???

  318. Dalam Nota Kata Jurnal Pembayan Tunai??

  319. Sha,

    Bayar dengan cek – Jurnal Pembayaran Tunai
    Terima cek – Jurnal Penerimaan Tunai

  320. Cikgu,

    soalan tentang diskaun tunai
    Mac 3, harga senarai barang biaga ialah RM5000.
    Syarat diskaun tunai : 10% 10 hari
    5% 20 hari

    kalau bayar pada 23 Mac. ialah 20 hari sahaja, masih ada diskaun? ataupun 21 hari, tiada diskaun?

    Terima kasih.

  321. Cikgu,

    syarat diskaun niaga : 6% diskaun niaga bagi pesanan 15000 unit, dan 12% diskaun niaga jika pesanan melebihi 20000 unit,

    kalau soalan memberitahu pesanan 20000unit sahaja, so cuma diskaun 6%?
    melebihi 20000 unit maksudnya sampai 19999 unit sahaja?

    Terima kasih

  322. Cikgu,

    minta maaf,
    maksud saya adalah kalau soalan tulis melebihi 20000 unit, maksudnya 20001 unit, is it?

  323. cikgu <
    berhubung dengan pengiraan diskaun tunai.
    jika tarikh invois ialah 1. mac,
    tarikh pembayaran ialah 7 Mac .
    adakah ini bermaksud pelanggan bayar dalam masa 6 hari atau 7 hari ?
    TK.

  324. Cikgu, boleh terangkan macam mana nak bezakan Nota kredit yang asal dan salinan, Nota debit yang asal dan salinan. Lagi satu, Nota kredit dan Nota debit apa kegunaannya.

  325. Azira,

    Sila rujuk nota berikut;
    Nota Debit
    Nota Kredit

  326. Cikgu,
    Berhubung dengan pengiraan diskaun tunai.
    Jika tarikh invois ialah 1 mac. Bayaran dibuat pada 7 mac.
    ini bermaksud pembayaran dibuat dalam masa 6 hari atau 7 hari?

    Terima Kasih.

  327. Cikgu,

    soalan 38, mengapakah bukan slip daftar tunai?

    Terima kasih, cikgu.

  328. Tsk,

    Kita bayar hutang …. resit paling sesuai digunakan.
    Slip daftar tunai …. untuk urus niaga belian barang niaga/bukan barang niaga secara tunai

  329. Cikgu,

    Soalan bagi 10hb julai beli barang niaga. 15hb julai membuat bayaran. Diskaun tunai syarat:5% dalam 5 hari.

    So ini consider 5 hari, betul tak?

  330. Sherine,

    Ya..

  331. Assalamualaikum,
    Saya di tugaskan untuk membuat perakaunan syarikat sdn bhd.,syarikat ini baru ditubuhkan disember 2015, persoalan saya disini
    1.sebagai director-ada had atau tidak berkenaan pengunaan hasil syarikat-contoh digunakan untuk membayar kereta/rumah/
    2.bolehkan pengarah mengambil wang dalam akaun dan disimpan dalam akaun peribadi.
    3.terdapat banyak transaksi yang tidak ada rekod selain bukti pengeluaran PV tetapi xda detail, boleh dikira @ tidak.
    harap en dpt mbantu sy..
    terima kasih

  332. Falina, waalaikumussalam.

    1 & 2 merujuk kepada AMBILAN di mana pemilik ambil untuk kegunaan peribadi… maka kita rekodkan sebagai Ambilan… tidak salah dari segi rekod perakaunan. Dibenarkan atau tidak… bergantung kepada dasar syarikat itu sendiri.
    3. Apabila berlaku urus niaga… mesti direkodkan… dan sebaik2nya sediakan satu borang bagi merekodkan secara detail butir transaksi sebagai bukti perekodan.

  333. Assalamualaikum .. cg,, kenapa semua jnis prniagaan mmpunyai kitaran prakaunan yg sama ??

  334. Zirah, waalaikumussalam.

    Kitaran Perakaunan.. bukannya direka oleh sesebuah perniagaan.. ianya merupakan urutan/kitaran asas yang akan berlaku dalam peringkat2 penyediaan rekod perakaunan.

    Perbandingan mudah… kenapa semua manusia atas dunia ini.. bermula dgn…. bayi… kanak2.. dewasa.. tua… mati.

  335. Cikgu,dalam imbangan duga sya ada bil air dan elektrik. Perlu ke sya letakkannya dalam imbangan duga dan bahagian mana yg perlu sya letak?Adakah ia debit? Atau kredit?

  336. Zulaikha,

    ID perlu masukkan SEMUA baki akaun yang ada.
    Asasnya.. Aset dan Belanja… Debit
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil… Kredit

  337. Cikgu, kalau terima hasil contohnya terima komisen secara tunai , dia melibatkan dokumen perniagaan apaa yaa ?

  338. Atin,

    Resit rasmi boleh digunakan.

  339. Terima kasih cikgu ,
    Lagi satu kalau terima faedah dengan cek , dokumen perniagaan dia adalah makluman kredit , betul kan cikgu ?

  340. Atin,

    Bank tidak mengeluarkan cek untuk faedah tersebut. Bank terus masukkan faedah tersebut ke akaun kita.. kemudian bank keluarkan Makluman Kredit untuk memberitahu kita.

  341. Cikgu,Kala terima pinjaman daripada bank..apa dokumen perniaagaan yang terlibat?

  342. Firdaus,

    Maklumat Kredit sesuai digunakan.

  343. cikgu, manakah boleh dapat dokumen slip pindahan wang ???

  344. Aun,

    Boleh dapatkan dibank2 berdekatan.

  345. Cikgu, kenapa makluman debit memaklumkan kita bahawa duit kita akan berkurangan? Bukan ke mendebitkan bermaksud duit kita akan bertambah?

  346. Lina,

    Makluman debit dan Makluman kredit dikeluarkan oleh pihak bank… maka debit dan kredit dilihat dari sudut pihak bank.
    Contohnya pinjaman bank… pihak bank mengeluarkan wang… maka KREDIT bagi mereka…. lalu dikeluarkan Makluman Kredit.

  347. Kalau memberi taklimat kpd pelanggan secara kredit pakai invois dilabel jualan atau perkhidmatan?

  348. Laila,

    Caj perkhidmatan.
    Jualan hanya untuk jualan barang niaga.

  349. Kalau membayar insuran kena masuk dekat dokumen apa?

  350. Laila,

    Keratan cek dan Resit Rasmi boleh digunakan.

  351. assalam cgu, bagaimana saya blh dptkn tapak untuk membuat dokumen sumber

  352. Nurul, waalaikumussalam.

    Boleh dapatkan di Blog Cikgu Azlan (klik)

  353. Cikgu kalau menerima pinjaman bank apa dokumen yang perlu kita sediakan

  354. Zarhfan,

    Makluman kredit boleh digunakan.

  355. ambilan brg niaga dokumen apa yang digunakan

  356. Lantodak,

    MEMO sesuai digunakan.

  357. salam ckg…
    saya nak dokumen ckg utk buat kerja kursus dalam komputer..
    saya x jumpa ada kat mana ye?

  358. Puteri,

    Boleh dapatkan template di Blog Cikgu Azlan (klik)

  359. Cikgu kadar bayaran menggunakan dokumen apa?

  360. Zarhfan,

    Dokumen Baucer Pembayaran boleh digunakan.

  361. cikgu, kalau jualan perkhidmatan tunai..apa dokumen yang harus diletakkan?

  362. Zarhfan,

    Urus niaga tunai.. sesuai guna Bil Tunai

  363. Salam cikgu saya ada masalah dengan penyata pendapatan dn kunci kira yg mempunyai pelarasan .Saya agak keliru nk memasukkan sama ada hasil atau belanja .Boleh cikgu terangkan?

  364. Hidayah,

    Ada pelbagai jenis pelarasan… setiap pelarasan ada caranya yang tersendiri… jadi Cg tidak boleh bagi cara secara umum… kena rujuk setiap kes/pelarasan yang terlibat.

  365. cikgu,membayar angkutan masuk dengan tunai menggunakan dokumen apa?

  366. Zarhfan,

    Dokumen yang boleh digunakan… Resit/ Bil tunai daripada syarikat pengangkutan…. ataupun kita keluarkan Baucar Pembayaran.

  367. Assalammualaikum cikgu,bagaimana cara nk pindahkan caj perkhidmatan ke lejar?

  368. Laila, waalaikumussalam.

    Ikut cara biasa dari BCP poskan ke lejar.

    Dari urus niaga –> BCP –> Lejar –> ID –> PP & KKK.

  369. Apa dokumen perniagaan yang sesuai jika kita menerima komisyen atas jualan daripada perniagaan lain?

  370. Ajib,

    Resit rasmi sesuai digunakan sebagai bukti penerimaan komisen tersebut.

  371. Maksudnya kita yang sediakan resit rasmi tu kan, beri yg asal kepada pemberi komisen dan kita simpan yg salinan punya. Cikgu, saya ada masalah dengan kunci kira-kira yang telah saya buat. Liabiliti bukan semasa iaitu pinjaman bank perlu diletakkan ke bahagian liabiliti semasa, baru nilainya sama.

  372. Ajib,

    Ya.. dokumen salinan dengan kita.
    Pinjaman bank di LBS…. mesti sama juga.

  373. membayar angkutan masuk secara tunai guna dokumen apa ? dokumen tersebut asal atau salinan?perlu letak dekat jurnal ?

  374. Nk,

    Dokumen.. Resit Rasmi, Baucar Pembayaran boleh dignakan.
    Kita bayar… kita yang terima dokumen ASAL.
    BCP –> Buku Tunai

  375. Belanja RM400 untuk tujuan promosi secara tunai. cikgu yang ni boleh guna dokumen apa??

  376. Membayar angkutan masuk yang dikenakan oleh Kedai Rose bernilai RM120 secara tunai kepada Syarikat Penghantaran Jeon
    dokumen apa yang patut saya gunakan dan perlu letak pada jurnal am dan buku tunai ke

  377. Nk,

    Jika melibatkan urus niaga TUNAI (wang tunai atau cek)… dokumen yang sesuai digunakan ialah Resit rasmi, Bil Tunai, Keestan cek, Baucer Pembayaran.

    Dan BCPnya mestilah Buku Tunai.

  378. cikgu,
    kalau dapat hasil perkhidmatan dari ramai pelanggan, bagaimana cara nak catat dalam bil tunai (salinan)?

  379. Apa jawapan untuk soalam k dan k di k’ dalam invois boleh dibetulkan melalui…
    Maklumam kredit
    Nota kredit
    Nota debit
    Resit
    Apa jawapan dia dan boleh terangkan sebab apa jawapan dia

  380. Nor Syuhada,

    Invois boleh diperbetulkan dengan menghantar :
    1. Nota Debit –> jika Invois TERKURANG.
    2. Nota Kredit –> jika Invois TERLEBIH.

  381. Cikgu, ape dokumen bagi hasil perkhidmatan ? Folio pelanggan atau resit rasmi ?

  382. Nana,

    Folio pelanggan tidak sesuai.. ianya lebih kepada perkhidmatan seperti perhotelan.
    Hasil perkhidmatan lebih sesuai menggunakan Bil Tunai –> urus niaga tunai dan Invois –> urus niaga secara kredit.

  383. Oh..maksudnya dokumen bagi hasil perkhidmatan ialah bil tunai atau invois ke cikgu ? Hasil perkhidmatan sy ni melibatkan jualan bersih ..

  384. Assalamu’alaikum, cikgu.
    saya nk tanya.Kalau nk tutup akaun hasil, kena buat baki h/b atau akaun untung rugi?

  385. Kalau dokumen untuk catatan kontra ape, cg?

  386. Raihan, waalaikumussalam.

    Jika Tunai–> Bank : Slip Wang Masuk
    Jika Bank –> Tunai : Keratan cek

    Sekiranya kita ingin menyediakan Imbangan Duga… maka SEMUA akaun diimbangkan dengan BAKI H/B dan BAKI B/B.

  387. Selamat Sejahtera cikgu… apakah dokuman yang digunakan utk hasil perkhidmatan cigku?

    Kalau bil tunai mcm mana nak isikan dokuman itu cikgu??

  388. Povanes,

    Contoh bengkel kereta.
    Perkhidmatan : tukar cable petrol.

    Upah pekerja ….. RM30
    Cable pertol ……RM200
    Jumlah………….RM230

  389. Cg, kalau bayar invois bukan dengan jumlah penuh boleh buat dokumen resit rasmi ke? Kalau buat dokumen cek boleh ke?

  390. Raihan,

    BOLEH, katakan jumlah hutang kita RM3,000 (INVOIS)… tapai kita hanya bayar RM2000..(RESIT RASMI).. tidak menjadi masalah, nanti dalam akaun pemiutang tersebut akan ada baki hutang yang belum dibayar.

  391. Assalamualaikum cikgu , semasa beli barang niaga dengan cek, adakah bil tunai dan kertan cek trlibat?

  392. Syam, waalaikumussalam.

    Kedua-dua dokumen tersebut sesuai digunakan.

  393. Assalamualaikum.ckgu nk tanya apa kesan rekod perakaunan jika dokumen perniagaan tu dah diurus secara sistematik

  394. Adlan, waalaikumussalam.

    Kesannya boleh kaitkan dengan ciri2 kualitatif penyata kewangan.

  395. Kalau caj perkhidmatan masuk jurnal apa?

  396. Leah,

    Jika secara tunai –> Buku Tunai / Jurnal Penerimman Tunai.
    Jika secara kredit –> Jurnal Jualan

  397. cikgu , kalau ambilan barang niaga untuk tujuan promosi , apa dokumen perniagaan yg terlibat ?

  398. Linaa,

    MEMO

  399. Cikgu,

    Bagaimanakah caranya untuk menyediakan rekod @ penyata tahunan bahan/barang yang kita beli dari pembekal? Terima kasih.

  400. Lemeting,

    Rekod perakaunan merangkumi SEMUA urus niaga yang melibatkan sesebuah perniagaan tersebut… bukan setakat belian barang niaga sahaja. Asasnya kita rujuk Kitaran Perakaunan.
    Untuk rekod belian barang niaga ada 2 situasi:
    1. Belian tunai -> rekod dalam Buku Tunai
    2. Belian kredit –> rekod dalam Jurnal Belian

  401. Cikgu, saya nak tanya. Kalau penggunaan Memo ni untuk apa sebenarnya? Sebab saya jarang nampak Memo dalam akaun. Terima kasih

  402. Nabza,

    MEMO digunakan untuk kegunaan dalaman sahaja.. makluman pihak pengurusan kepada kerani akaun. Contohnya pemilik ambil barang niaga untuk kegunaan sendiri… tiada bukti bertulis tentang urus niaga tersebut. Maka dikeluarkan MEMO sebagai dokumen bertulis / bukti berlakunya urus nuaga tersebut.

  403. Bagaimana cara hitung amaun bersih

  404. Crystal,

    Amaun bersih apa?

  405. Cg,nak tanya.. bil tunai ada diskaun niaga ke tak?.

  406. Dan baucer pembayaran boleh diguna untuk pembayaran cek/tunai untuk belanja?

  407. maaf cg..dua soalan lg..
    1.baucer pembayaran boleh guna sebagai pembayaran cek kepada pemiutang??
    2.resit boleh guna sebagai penerimaan cek daripada penghutang??

  408. Cc,

    1. Bil Tunai –> biasanya ada.. terutamanya bila beli secara pukal / borong.

    2. Boleh.

    3. Baucer –> tidak sesuai..

    4. sebagai bukti pembayaran/penerimaan hutang –> Resit Rasmi lebih sesuai digunakan.

  409. ok tq cg!Saya ingin tanya lagi tentang
    1.apakah contoh pembayaran cek untuk belanja selain daripada gaji,upah dan sewa kedai?

    2.Dalam dokumen perniagaan,baucer pembayaran yang digunakan untuk mencatatkan 3 orang gaji pekerja macam mana?baucer pembayaran perlu diasingkan untuk tiga-tiga pekerja tersebut??

    3.Bagi mencatatkan upah dan gaji,baucer pembayaran perlu diasingkan? Adakah upah dan gaji boleh dicatat sekali dalam satu baucer pembayaran?

  410. Nombor cek dalam dokumen perniagaan macam mana? enam digit seperti 600001 atau enam digit dengan nama singkatan bank seperti RHB 600001???

  411. Cc,

    1. Semua jenis pembayaran boleh guna cek.
    2. Nak asingkan boleh.nak gabungkan pun boleh.. berdasarkan format borang baucer tersebut.
    3. Gabung / asingkan –> boleh. Sebaik2nya kita asingkan bagi memudahkan perekodan dan penyimpanan bukti.
    4. Memudahkan rujukan.. biasanya kita tulis ringkasan nama bank.

  412. Cikgu nak tanya soalan ya
    1.nyatakan kesan terhadap rekod perakaunan jika dokumen perniagaan tidak diurus secara sistematik.

  413. Meigee,

    Cuba fahami fungsi dan kepentingan dokumen sebagai sumber perakaunan… kemudian baru kamu dapat nyatakan kesannya jika tidak diurus dengan baik.

  414. Siti Khadijah

    Assalammualaikum cikgu,

    saya Siti, baru ingin memulakan perniagaan jualan tudung kecil-kecilan. Cikgu ada tak format akaun dalam excel untuk saya catat segala transaksi seperti Buku Catatan Pertama, Jounal, Bukut Tunai, Ledger dan lain-lain kerana saya tak dapat cari di laman web dan tidak tahu macam mana nk create dalam excel. Bagi saya mudah terus masuk dalam excel daripada tulis secara manual kerana banyak transaksi yang dilakukan setiap hari. Soalan kedua saya, saya mendapat modal dari pinjaman AIM. di b/b saya adalah RM 0 ? Dan pinjaman tersebut termasuk ke dalam asset tidak tetap ? setelah saya guna sebahagian modal tersebut untuk membeli stock saya perlu catat di bahagian dt belian kt loan ?

    Saya harap cikgu dapat membantu saya yang baru berjinak dalam dunia perniagaan ini. Terima Kasih Cikgu

  415. Siti Khadijah, waalaikumussalam.

    1. Kuasai penggunaan Ms Excel terlebih dahulu… kemudian boleh buat sendiri format2 tersebut. Jika ada format sekalipun .. tetapi tidak tahu guna formula2nya –> akan timbul masalah juga nanti.
    2. Dapat pinjaman sebagai modal –> Dt Bank Kt Pinjaman AIM
    Ak Modal tidak terlibat –> sebab bukannya masukkan wang/aset peribadi ke dalam perniagaan.
    3. Pinjaman AIM –> Liabiliti bukan semasa (jika tempoh bataean balik lebih setahun).
    4. Bula beli stok : Dt Belian Kt Bank

    Semoga sukses dalam perniagaan.

  416. Siti Khadijah

    Terima Kasih di atas ajaran cikgu,

    saya ada beberapa soalan lagi. Saya harap cikgu tak jemu membantu saya.

    1- Jikalau saya mendapat pinjaman AIM tetapi mempunyai interest. Contoh

    DT Bank RM3k
    KT Pinjaman AIM RM3K

    Jikalau saya perlu membayar RM66 setiap minggu selama 50 minggu. Tidak kah akaun Pinjaman AIM saya tidak imbang kerana saya bayar rm300 lebihan iaitu interest. perlukah saya pecah rm66 kepada akaun interest dan akaun pembayaran balik AIM mingguan saya ?

    contoh

    DT Pinjaman AIM RM6
    KT Bank RM6

    atau

    DT Interest AIM RM6
    KT Bank RM6

    2- Jikalau Pinjaman AIM saya dapat melalui Bank sebanyak RM3k. Kemudian saya ingin membeli stock saya keluarkan RM600. Saya mendapat diskaun niaga RM100 jikalau membayar tunai pada hari yang sama. Adakah benar Lejar T saya seperti dibawah.

    KT Bank RM600
    Dt Tunai RM600

    ——————————

    KT Tunai RM500
    Dt Belian RM500

    ——————————

    Di akaun tunai bila tutup akaun akan ada baki b/b RM 100.

    Terima Kasih Cikgu.

  417. Siti khadijah,

    1. Dt Pinjaman AIM 60
    Dt Faedah pinhaman 6
    Kt Bank 66

    2. Ya betul.. atau terus rekod.
    Dt Belian 500
    Dt Tunai 100
    Kt Bank 600

  418. Assalammualaikum cikgu,

    Terima Kasih kerana menjawab pertanyaan saya.

    Soalan saya seterusnya adalah:

    Ketika ini saya sedang belajar membuat penyata kewangan menggunakan excel. Saya keliru sama ada kos membeli barang membalut produk untuk di pos iaitu parcel poslaju dan juga kos penhantaran pos laju. Adakah dua2 item ini saya masukkan ke dalam dibawah Cost of Goods Sold ataupun di bawah Expenses ?

    Terima Kasih Cikgu

  419. Siti Khadijah, waalaikumussalam.

    Belanja2 tersebut BUKAN dikeluarkan untuk mendapatkan barang niaga.. maka ianya lebih sesuai –> Belanja.

  420. Siti Khadijah

    ohhh..

    Terima Kasih Cikgu kerana menjawab segala pertanyaan saya. Semoga cikgu diberi umur yang panjang dan rezeki yang melimpah ruah..

  421. Siti Khadijah,

    Sama2.. Aamiin..

  422. Saya tak dapat bezakan nota debit dan nota kredit..begitu juga makluman debit dan makluman kredit.. Apa kata kunci yang senang ingat ya cikgu?

  423. Farisha,

    Nota Debit –> Tambah hutang Penghutang/Pemiutang.
    Nota Kredit –> Kurang hutang Penghutang/Pemiutang

    Makluman Debit –> wang di bank KURANG
    Makluman Kredit –> wang di bank TAMBAH.

  424. slmt ptng..
    ckgu..sya masi tdk paham maksud menjelaskan invois..dan cara nk masukkan dia ke dalam buku tunai..

  425. Christoper,

    Invois –> beli secara kredit/hutang.
    Menjelaskan invois –> kita BAYAR HUTANG.
    Rekod dalam BT –> Kredit –> Butir: Nama Pembekal.

  426. Cikgu apa catatan bergu untuk nota debit?

  427. Shazlin,

    Kena rujuk urusniaganya … atas sebab apa dikeluarkan nota febit tersebut–> baru boleh tentukan akaun apa yang terlibat.

  428. Assalam cikgu .
    ” menerima cek daripada rose collection rm4400 ”
    Soalan saya ,
    1. dokumen sumber apa yg terlibat
    2. Buku catatan pertama untuk merekid utusniaga tersebut

  429. Izzati, waalaikumussalam.

    Cuba bagi jawapannya… kemudian Cg semak betul atau salah jawapan tersebut.

  430. Soalan: keluarkan cek rm 500 untuk kegunaan pejabat

    Dt tunai & kt bank

    Betulke

  431. Ya.. betul.

  432. Salam cikgu,
    Macam mana kita nak bezakan trade discount dan cash discount?

  433. Auni,

    Diskaun niaga –> diberikan kerana beli secara pukal/borong.
    Diskaun tunai –> diberikan bagi menggalakan bayar cepat.

  434. salam cikgu, sya nak tnya, kalau kita buat pinjaman dari bank, dokumen perniagaan untuk itu bank slip atau penyata bank ye? kalau penyata bank, boleh tunjukkan contoh nye? terima kasih.

  435. Yolo,

    Penyata bank tidak sesuai sebagai sumber rekod perakaunan… antara dokumen yang sesuai digunakan ialah Makluman Kredit.

  436. Assalam cikgu. Pembelian komputer untuk kegunaan perniagaan menggunakan kad kredit peribadi.

    Dokumen apa ye yang terlibat?

  437. Siti Fabillah, waalaikumussalam.

    Dokumen MEMO boleh digunakan.

  438. Maksudnya komputer tu bukan la hutang kan cikgu. Dia dah dibayar kan walau guna kad kredit?

  439. Siti Fabillah,

    Kita rekod berkaitan dengan urus niaga perniagaan sahaja.
    Kad kredit pemilik –> pemilik yang beehutang dan perlu bayar bukan perniagaan.
    Catatan bergunya :
    Dt Komputer
    Kt Modal –> sebab guna wang peribadi.

    Dari segi DOKUMEN yang sesuai digunakan sebagai dokumen sumber bagi memaklumkan urusniaga tersebut kepada kerani aksun untuk direkodkan ialah MEMO.

  440. Salam cg.

    Sy nk tanya, kalau peniaga upah org untuk cuci office, dokumen apa ya yg akan terlibat. Org yg diupah ni hanya dipanggil bila nak cuci office shj. Yg saya tahu payment voucher. Slain tu ada lg ke?

    Trima kasih krn konsisten mlayan soalan kami slama ni.

  441. Fik,

    Ya. Dokumen Baucar Pembayaran sesuai digunakan… kerana pencuci tersebut tiada dokumen rasmi yang boleh dikeluarkan.
    Kecuali kita mengupah perniagaan yang menjalankan perkhidmatan mencuci pejabat… maka pihak mereka boleh mengeluarkan Bil Tunai/Invois/Resit rasmi.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.