Buku Catatan Pertama

Setelah pelajar menguasai kemahiran pengecaman dokumen, iaitu mengetahui setiap dokumen perlu dicatat di Jurnal Am, Jurnal Khas ataupun Buku Tunai.

Maka di sini kita akan membincangkan cara cara untuk merekod atau mencatat ke dalam  Buku Catatan Pertama tersebut.

 

BUKU CATATAN PERTAMA DAN KEGUNAANNYA

1. Jurnal Am : (Invois bukan barang niaga, Memo, dll.)

Mencatat urusniaga-urusniaga berikut :

a) Catatan pembukaan.
b) Jualan dan belian aset tetap.
c) Urusniaga luar biasa.
d) Pembetulan kesilapan.
e) Pelarasan.
f) Catatan penutup.
g) Mencatat urusniaga-urusniaga selain daripada dibawah ini.

JURNAL KHAS

2. Jurnal Belian (Terima Invois @ Nota Debit) – Merekodkan belian barang niaga secara kredit.

3. Jurnal Jualan (Keluar Invois @ Nota Debit) – Merekodkan jualan barang niaga secara kredit.

4. Jurnal Pulangan Belian (Terima Nota Kredit) – Merekodkan barang niaga yang dipulangkan kepada pembekal.

5. Jurnal Pulangan Jualan (Keluar Nota Kredit) – Merekodkan barang niaga yang dipulangkan oleh pelanggan.

6. Buku Tunai (Salinan Resit, Resit dan Keratan Cek) – Merekod semua penerimaan dan pembayaran yang dibuat secara tunai dan cek. (Mengantikan Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai)

KUIZ : Buku Catatan Pertama

Congratulations - you have completed KUIZ : Buku Catatan Pertama. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Urus niaga manakah yang direkodkan ke Jurnal Khas ?
A
Kenderaan terpakai dijual kepada Kedai Runcit Johan.
B
Pelanggan memulangkan barang yang rosak.
C
Perabot terpakai dibeli secara kredit.
D
Pemilik membuat ambilan tunai.
Question 2
Antara berikut, pilih dokumen sumber bagi Jurnal Belian
A
Invois dan Baucar pembayaran
B
Invois dan Nota Debit
C
Baucar dan Nota kredit
D
Nota Debit dan Nota Kredit
Question 3
Antara berikut, pilih dokumen sumber bagi Jurnal Jualan.
A
Nota debit dan Nota kredit
B
Nota debit dan Invois salinan
C
Nota kredit dan Invois asal
D
Invois asal dan Invois salinan
Question 4
Ruangan diskaun di sebelah kredit Buku Tunai merekod semua .....
A
Diskaun diterima
B
Diskaun diberi
C
Diskaun niaga
D
Diskaun tunai
Question 5
Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?
A
Tambang
B
Gaji pekerja
C
Mesin pejabat
D
Pinjaman bank
Question 6
Ruangan diskaun di sebelah debit Buku Tunai merekod semua ....
A
Diskaun diterima
B
Diskaun diberi
C
Diskaun niaga
D
Diskaun tunai
Question 7
Salinan nota kredit digunakan oleh peniaga sebagai sumber maklumat bagi merekod butir pulangan jualan dalam ....
A
Jurnal Pulangan Jualan
B
Jurnal Pulangan Belian
C
Jurnal Jualan
D
Jurnal Belian
Question 8
Apakah tujuan diskaun tunai diberikan kepada pelanggan?
A
Menarik lebih ramai pelanggan.
B
Mengelakkan pelanggan berhutang.
C
Mempengaruhi pelanggan membeli secara pukal.
D
Menggalakkan penghutang menbayar dengan segera.
Question 9
Apakah nama lain bagi Jurnal Pulangan Jualan?
A
Jurnal Pulangan Belian
B
Jurnal Pulangan Keluar
C
Jurnal Pulangan Masuk
D
Jurnal Am
Question 10
"Sewa sebanyak RM150 yang telah dibayar merupakan sewa untuk rumah kediaman pemilik."

Apakah catatan bergu dalam Jurnal Am?
A
Dt:Sewa Kt:Bank
B
Dt:Sewa Kt:Modal
C
Dt:Ambilan Kt:Sewa
D
Dt:Ambilan Kt:Modal
Question 11
"Syarikat Persolekan Berhad telah membeli sebuah kereta baru berharga RM120 000 secara kredit."

Apakah Buku Catatan Pertama untuk merekod urus niaga di atas?
A
Jurnal Am
B
Buku Tunai
C
Jurnal Belian
D
Jurnal Jualan
Question 12
Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar tentang jurnal ?

I Jurnal Jualan digunakan untuk merekod jualan aset bukan semasa secara kredit

II Jurnal Belian digunakan untuk merekod belian barang niaga yang terkurang caj

III Jurnal Am digunakan untuk merekod ambilan barang dan aset untuk kegunaan perniagaan

IV Jurnal Pulangan Belian digunakan untuk merekod pulangan barang niaga daripada penghutang

A
I , II
B
I , III
C
II , III
D
III , IV
Question 13
Berikut adalah senarai urus niaga Syarikat Harmoni Enterptise. Urus niaga manakah tidak direkodkan dalam Buku Tunai Runcit?
A
Bayar gaji pekerja
B
Upah mencuci pejabat
C
Derma rumah anak yatim
D
Membeli alat tulis pejabat
Question 14
Syarikat Pengangkutan Maju Berhad telah membeli sebuah bas baru berharga RM250 000 secara kredit.

Buku Catatan Pertama manakah yang akan digunakan untuk merekod urus niaga di atas?
A
Jurnal Am
B
Jurnal Khas
C
Buku Tunai
D
Jurnal Belian
Question 15
Pilih pernyataan yang betul maksud catatan kontra dalam buku tunai.
A
Peniaga memindahkan tunai di kedai ke dalam bank.
B
Peniaga mengeluarkan tunai di bank untuk kegunaan peribadi.
C
Peniaga mengeluarkan tunai dari kedai untuk membayar pemiutang.
D
Peniaga membawa masuk tunai ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan
Question 16
Antara berikut, urus niaga manakah dicatat dalam Jurnal Am?

I Terima cek daripada penghutang

II Diskaun diberi dibatalkan

III Jualan komputer lama secara kredit

IV Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 17
Antara berikut, urus niaga manakah direkodkan dengan betul dalam buku catatan pertama?
A
Diskaun yang diberikan kepada penghutang dibatalkan kerana cek tak layan. - JURNAL AM
B
Pulangan barang niaga oleh penghutang kerana salah jenama. - JURNAL PULANGAN BELIAN
C
Menghantar nota debit kerana harga barang terkurang caj. - JURNAL AM
D
Cek yang diterima dipulangkan oleh pihak bank dengan tanda ‘Rujuk Penyuruhbayar’. - JURNAL JUALAN
Question 18
Manakah urus niaga berikut dicatatkan dalam Jurnal Am ?

I) Membayar insurans kediaman dengan wang perniagaan

II) Membayar yuran sekolah anak dengan wang perniagaan

III) Membeli lengkapan secara kredit untuk kegunaan perniagaan

IV) Membawa masuk sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 19
Belanja-belanja berikut direkodkan ke dalam Buku Tunai Runcit KECUALI...
A
Gaji pembantu kedai
B
Tambang
C
Setem dan pos
D
Minuman mesyuarat
Question 20
Data 1 menunjukkan baki-baki dalam buku Perniagaan Kenaga pada 1 Julai 2005. bcp001 Antara berikut, manakah cara yang betul bagi merekod baki-baki itu di Jurnal Am?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 119, 120 - Soalan 7 SPM 2005]

A
bcp002
B
bcp003
C
bcp004
D
bcp005
Question 21
Buku catatan pertama merupakan buku yang digunakan untuk merekod urus niaga berdasarkan dokumen sumber yang berkenaan.

Pilih padanan yang betul.

Dokumen Sumber ---> Buku Catatan Pertama

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 111 – 114 - Soalan 11 SPM 2005 ]

A
Nota Debit (salinan) ---> Jurnal Belian
B
Invois (salinan) ---> Jurnal Jualan
C
Invois (asal) ---> Jurnal Pulangan Belian
D
Nota Kredit (asal) ---> Jurnal Pulangan Jualan
Question 22
bcp006  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 114 - Soalan 10 SPM 2005]

A
Akaun Jualan
B
Pelbagai Penghutang
C
Akaun Pulangan Jualan
D
Jumlah Jurnal Pulangan Jualan
Question 23
bcp007   Catatan di Jurnal Am yang perlu dibuat oleh kerani ini ialah

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 110 - Soalan 12 SPM 2005]

A
Debit Akaun Ambilan Kredit Akaun Belian
B
Debit Akaun Alat Tulis Kredit Akaun Stok
C
Debit Akaun Promosi Kredit Akaun Belian
D
Debit Akaun Promosi Kredit Akaun Stok
Question 24

Antara yang berikut, urus niaga yang manakah dicatatkan dalam Jurnal Am?

I Membayar sewa kediaman dengan tunai perniagaan

II Membeli sebuah van secara kredit untuk perniagaan

III Mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi

IV Membawa masuk sebuah komputer peribadi ke dalam perniagaan

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 109 - Soalan 13 SPM 2006]

A
I dan III
B
I dan IV
C
II dan III
D
II dan IV
Question 25
Kedai Haiwan Kesayangan Arina menerima invois daripada Farmasi Penawar bernilai RM2 800 pada 30 Ogos 2007. Invois ini adalah untuk ubat-ubatan haiwan yang telah diterima oleh kedai itu seminggu sebelum tarikh berkenaan. Buku catatan pertama yang manakah digunakan untuk merekod butiran invois tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 106 - Soalan 8 SPM 2007]

A
Jurnal Am
B
Buku Tunai
C
Jurnal Belian
D
Jurnal Jualan
Question 26
Urus niaga yang manakah tidak dicatat dalam Jurnal Am?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 109 - Soalan 9 SPM 2007]

A
Membeli rak secara kredit
B
Mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan peribadi
C
Memasukkan perabot peribadi ke dalam perniagaan
D
Memindahkan akaun hasil dan belanja ke akaun penamat
Question 27
Kedai Perabot Boon Hwa menjual van terpakai secara kredit kepada Makmur Catering. Buku Catatan Pertama yang manakah digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 109 - Soalan 9 SPM 2008]

A
Jurnal Am
B
Buku Tunai
C
Jurnal Jualan
D
Jurnal Pulangan Jualan
Question 28
Dokumen berikut diterima oleh Cik Ani seorang kerani akaun. bcp008 Bagaimanakah urus niaga tersebut dicatatkan dalam jurnal am?  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 83, 110 - Soalan 8 SPM 2009 ]

A
Debit Ambilan Kredit Perabot
B
Debit Perabot Kredit Belian
C
Debit Perabot Kredit Ambilan
D
Debit Ambilan Kredit Belian
Question 29
Perbualan berikut berlaku antara peniaga dengan pekerjanya. bcp009 Apakah buku catatan pertama yang terlibat dalam urus niaga yang dinyatakan?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 111 - Soalan 10 SPM 2009]

A
Jurnal Jualan
B
Jurnal Belian
C
Jurnal Pulangan Belian
D
Jurnal Pulangan Jualan
Question 30
Pada 5 Januari 2010, Kedai Alat Tulis Suhana membeli perabot secara kredit bernilai RM2 600 daripada Kedai Perabot Tania. Bagaimanakah urus niaga ini dicatat dalam buku akaun Kedai Alat Tulis Suhana?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 110 - Soalan 8 SPM 2010 ]

A
bcp010
B
bcp011
C
bcp012
D
bcp013
Question 31
Rekod urus niaga di dalam buku catatan pertama dibuat berdasarkan dokumen sumber. Pilih padanan yang tepat. Buku Catatan Pertama ---> Dokumen Sumber

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 111, 112, 113 - Soalan 7 SPM 2011]

A
Jurnal Pulangan Jualan ---> Nota Debit (Asal)
B
Jurnal Pulangan Belian ---> Nota Kredit (Asal)
C
Jurnal Jualan ---> Invois (Asal)
D
Jurnal Belian ---> Invois (Salinan)
Question 32
bcp014  

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 111 - Soalan 9 SPM 2012]

A
Akaun Belian
B
Jumlah Belian
C
Pelbagai Pemiutang
D
Jumlah Jurnal Belian
Question 33
Dokumen 2 menunjukkan urus niaga yang akan dicatat dalam Jurnal Am Kedai Elektrik Muslimat. bcp015 Catatan dalam Jurnal Am manakah yang betul?

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 110 - Soalan 6 SPM 2012]

A
bcp016
B
bcp017
C
bcp018
D
bcp019
Question 34

Urus niaga manakah yang direkodkan dalam jurnal khas?

I Membeli barang niaga secara kredit

II Memulangkan barang niaga yang rosak

III Mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga

IV Membeli barang niaga secara tunai

Rujukan jawapan: buku teks m.s. 106, 109 - Soalan 7 SPM 2013

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 34 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
2122232425
2627282930
31323334End
Return

  1. cikgu,

    kalau baucar pembayaran untuk tambang menghantar barang, apakah butir yang harus dicatatkan di dalan buku tunai?Adakah tambang atau upah ataupun angkutan keluar?

  2. Niti,

    Butir “Upah” tidak sesuai dan salah jika digunakan. Manakala butir “Tambang” boleh diterima, namun begitu butiran yang paling sesuai digunakan ialah “Angkutan Keluar“.

    Ianya perlu dicatat disebelah KREDIT dalam Buku Tunai.

  3. boleh atau tidak keterangan bagi catatan permulaan di jurnal am ditulis sbg “catatan pembukaan” je bagi mengantikan keterangan spt “aset dan liabiliti pda tarikh ini”.

  4. Najwa, butiran keterangan dalam Jurnal Am boleh diterima asalkan ianya munasabah / mengambarkan urusniaga yang berlaku pada tarikh tersebut. Jadi “Catatan pembukaan” adalah dikira munasabah dan boleh mengantikan “Aset dan liabiliti pada tarikh ini” bagi urusniaga pada 1 hb.

    Dan harus diingati bahawa semua keterangan dalam jurnal am MESTI dalam KURUNGAN.

  5. saya selalu tidak cukup masa utk menjwb soalan dokumen. byk sgt yg perlu direkod. utk lejar, boleh tak kalau saya tak buat tarikh urusniaga

  6. Najwa,

    Memang itulah masalah UTAMA calon-calon SPM semasa peperiksaan SPM sebenar. Walaupun ada soalan-soalan yang boleh dijawab tetapi tidak dapat disiapkan kerana tidak cukup masa. Adalah dinasihatkan supaya najwa lihat semua soalan dahulu sebelum menjawab dan kenalpasti soalan-soalan yang mudah (dapat jawab dengan yakin). Maka jawablah soalan-soalan yang mudah dahulu kemudian barulah jawab soalan Dokumen.

    Soalan dokumen sepatutnya disiapkan dalam masa tidak lebih daripada 50 minit sahaja. Tetapi sekiranya menggunakan TEKNIK yang betul, soalan tersebut dapat disiapkan dalam masa tidak lebih daripada 40 minit sahaja.

    Tarikh sangat penting dalam pemberian markah, sesuatu catatan akan diberi markah jika TARIKH, BUTIR dan JUMLAH adalah betul, terutamanya dalam Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai.

    Berdasarkan tahun-tahun lepas, dalam LEJAR tarikh diabaikan (tak buat tarikh masih dapat markah jika BUTIR dan JUMLAH adalah betul). Cuma nasihat cikgu adalah lebih baik kita tulis tarikhnya supaya memudahkan kita membuat penyemakan jika berlaku kesilapan.

  7. Cikgu, saya masih lagi keliru dalam menentukan apakah BUTIRAN yang sepatutnya digunakan terutamanya dalam Buku Tunai.

  8. Rubiah,

    Bagi merekod dalam Buku Tunai dengan betul, terdapat 2 perkara yang perlu dikenalpasti daripada Dokumen, iaitu :

    1. Catatan di sebelah mana ? DEBIT / KREDIT dalam Buku Tunai

    2. Apakah BUTIRAN yang perlu digunakan ?

    Penyelesaiannya,

    1. Bagi menentukan catatan harus dibuat di sebelah DEBIT atau KREDIT, kita kena kenalpasti daripada DOKUMEN yang diberi sama ada kita mengeluarkan wang (BAYAR) ataupun kita menerima wang (TERIMA).

    Catat di sebelah DEBIT : jika TERIMA wang / wang masuk.
    Catat di sebelah KREDIT : jika BAYAR wang / wang keluar.

    2. Bagi menentukan BUTIRAN yang patut digunakan, kita kena rujuk kepada tujuan / kenapa dokumen itu dikeluarkan.

    Sebelah Debit – Terima wang kerana :

    • [BIL TUNAI] Kita jual barang niaga secara tunai/cek maka butirannya JUALAN.
    • [BIL TUNAI/RESIT] Kita jual Aset Bukan Semasa (Cth: Perabot), maka butirannya PERABOT / ASET TERSEBUT.
    • [RESIT RASMI] Penghutang menjelaskan invois/hutangnya, maka butirannya NAMA PENGHUTANG (perhatikan DISKAUN jika ada).

    Sebelah Kredit – Bayar wang kerana :

    • [BIL TUNAI/KERATAN CEK] Kita beli barang niaga secara tunai/cek, maka butirannya BELIAN.
    • [RESIT /KERATAN CEK] Bayar kepada Pemiutang kerana menjelaskan invois/hutang, maka butirannya NAMA PEMIUTANG (perhatikan DISKAUN jika ada).
    • [BAUCAR PEMBAYARAN] Bayar gaji pekerja/sewa, maka butirannya GAJI / SEWA
    • [KERATAN CEK] Bayar kadar bayaran, maka butirannya KADAR BAYARAN.
    • [MEMO/KERATAN CEK] Ambil tunai/cek uantuk kegunaan peribadi, maka butirannya AMBILAN

    Markah akan diberikan jika TARIKH, BUTIR dan JUMLAH adalah betul.

  9. Nak tanya, dlm memo, ambilan brg untuk kegunaan sendiri. catatan dt ambilan kt belian. kenapa belian? tidak kt stok? bukankah stok yang berkurang?

  10. Alya,

    Sebenarnya STOK AWAL dan STOK AKHIR serta BELIAN merujuk kepada perkara yang sama iaitu barang niaga perniagaan. Yang membezakannya ialah bila ianya digunakan :

    1) Awal tempoh perakaunan –> STOK AWAL
    2) Dalam tempoh perakaunan –> BELIAN
    3) Akhir tempoh perakaunan –> STOK AKHIR

    Nilai bagi stok akhir diperolehi dengan cara mengira secara fizikal stok yang ada. Dan ianya dinilai mengikut harga pasaran atau harga kos (pilih yang terendah). Stok akhir akan menjadi stok awal pada tempoh perakaunan berikutnya.

    Bagi merekod urus niaga sepanjang tempoh perakaunan,

    1) Pembelian stok/barang niaga dibayar dengan cek.
    DT : Belian (kerana pertambahan Belanja / barang niaga).
    KT: Bank (kerana pengurangan Aseta)

    2) Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi.
    DT : Ambilan (kerana pengurangan Ekuiti Pemilik).
    KT: Belian (kerana pengurangan Belanja / barang niaga yang dibeli)

  11. perlu tulis penerangan utk jurnal am tak? klau tak tulis cammana? lagi, ruangan no. invois/nota debit perlu sedia tak dlm jurnal khas? ada cikgu kata nak, ada cakap tak perlu, mana yg betul?

  12. Yan,

    Bagi JURNAL AM, pemberian markahnya adalah seperti berikut :

    Catatan di sebelah debit …… 1/2 markah
    Catatan di sebelah kredit …… 1/2 markah
    Keterangan ……………………… 1/2 markah

    Sekiranya tidak dituliskan keterangannya maka akan hilang 1/2 markah.

    Bagi JURNAL KHAS pula, Cg bagi dua keadaan / tujuan :

    1. Tujuan pembelajaran :

    – Format Jurnal Khas mesti mempunyai Tarikh, Butir, No. Invois/Nota Debit dan Jumlah.

    – Itulah format yang sepatutnya digunakan dalam penyediaan sesuatu jurnal khas mengikut sistem perekodan perakaunan yang sebenarnya diamalkan.

    2. Tujuan menjawab soalan peperiksaan:

    – Pemberian markah bagi sesuatu catatan urusniaga dalam jurnal khas adalah merujuk kepada 3 perkara sahaja, iaitu TARIKH, BUTIR dan JUMLAH, sekiranya ketiga-tiganya betul maka diberikan 1/2 markah bagi catatn urusniaga tersebut.

    – Sekiranya anda menulis NO. INVOIS / NOTA DEBIT perkara tidak akan diambil kira, jadi dengan kata lain kalau tulispun boleh, TAK tulispun boleh tidak memberikan kesan kepada markah anda.

    – Jadi apa yang telah cikgu-cikgu anda katakan itu adalah betul bergantung kepada tujuan anda.

    Cg harap keterangan yang diberikan dapat membantu yan.

  13. pelupusan aset dalam bab apa?

  14. Liza,

    Pelupusan aset bukan semasa dalam Bab Pelarasan pada Tarikh Imbangan, topik Tingkatan 4.

  15. najah farahin

    apakah maksud urusniaga secara kredit?

  16. Najah farahin,

    Urus niaga secara kredit bermaksud urus niaga secara HUTANG, iaitu ambil barang dahulu dan bayarannya dibuat kemudian. Dan dokumen yang terlibat dalam urus niga secara kredit ialah INVOIS, NOTA DEBIT dan NOTA KREDIT.

  17. cacat dlm akaun

    Adik ku akan menduduki peperiksaan, tetapi dia ada sedikit blur dlm akaun, Dia ingin tahu perlu kar Lejer di catatkan utk Jurnal Am?

  18. Cacat,

    Semua catatan dalam Buku Catatan Pertama (Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai) mesti diposkan ke dalam LEJAR. Dan SEMUA AKAUN dalam Lejar (termasuk Tunai dan Bank dalam Buku Tunai) diimbang dan ditutup seterusnya Bakinya akan dipindahkan ke Imbangan Duga.

  19. Question 2

    Encik Othman set up business under the name Ilqam Enterprise on 1 July 2005. The following transaction occurred during the month of August 2005

    August 2005

    2. Bought fixtures and fittings from rattan Furniture Center
    RM8,000 on credit

    3.Invoices received from :

    Fre Trading- List price RM10,200, trade discount 2%
    SX Enterprise- List price RM9,800

    10. Received a credit note from Fre Trading for goods returned, amounted to RM700

    16. Credit sales to Aman, RM16,500 and to Amin RM12,700

    18. The owner took RM1,300 worth of goods and gave it as present to his nephew

    21. Paid rental of the shop by cheque RM1,200

    24. Received cash from a customer for goods purchased amounted to RM7,300

    25. Received a cheque from Amin as part payment of his account amounting to RM8,000

    28. Paid cash for office expenses of RM300

    Required:

    a)Record the above transaction in the following journal
    a. General Journal
    b. Purchases Journal
    c. Sales journal
    d. Return inwards or returns outward journal
    e. Cash payment journal
    f. Cash receipt journal

    b) Prepare the relevant account

    c) Close all accounts and prepare the Trial balance

    Cg tolong sy..pening la nk jwb soalan ni..

  20. Bagi soalan 2 : Ianya menyamai soalan Dokumen Sumber dalam SPM. Bagi menjawab soalan ini beberapa kemahiran perlu dikuasai terlebih dahulu. Cg hanya bantu melakukan pengecaman Jurnal2 yang terlibat dahulu, selebihnya Cinda belajar bagaimana sediakan catatan dalam jurnal2 tersebut dan post ke lejar serta sediakan Imbangan Duga.

    General Journal: Aug. 2, 18
    Purchases Journal: Aug. 3
    Sales Journal: Aug. 16
    Return Outward Juornal : Aug. 10
    Cash Payment Journal : Aug. 21, 28
    Cash Receip Journal : Aug. 24, 25

    Cinda MUAT TURUN nota lengkap Matrikulasi BAB3-KITARAN PERAKAUNAN yang berkaitan dengan perkara tersebut. Cinda belajar menguasai satu-persatu kemahiran tersebut. Semoga panduan itu dapat membantu Cinda. Cuba dahulu jika ada masalah hubungi Cg lagi. Cg akan cuba membimbing Cinda menyelesaikannya satu persatu.

    PERHARIAN !!! Mana-mana pelajar matrikulasi boleh dapatkan NOTA LENGKAP MATRIKULASI di SINI.

  21. Journal

    General Journal
    Date Particular Debit (RM) Credit (RM)

    2 Aug 05 Dt: Fixtures and fittings 8,000.00
    Kt :Furniture Center 8,000.00

    18 Aug 05 Dt: drawings 1,300.00
    Kt: purchases 1,300.00

    Purchases Journal
    Date Particular Amount (RM)
    3 Aug 05 Fre Trading 9,996.00

    SX Enterprise 9,800.00

    Sales Journal
    Date Particular Amount (RM)

    16 Aug 05 Aman 16,500.00

    Amin 12,700.00

    Returns Outwards Journal
    Date Particular Amount (RM)

    10 Aug 05 Fre Trading (700-2%) 686.00

    Cash Payments Journal
    Date Particular Discount Cash (RM) Bank (RM)
    received

    21 Aug 05 rental shop 1,200.00 (bank)

    28 Aug 05 office expenses 300.00 (cash)

    Cash Recipts Journal
    Date Particular Discount Cash (RM) Bank (RM)
    allowed

    24 Aug 05 Sales 7,300.00 (bank)

    25 Aug 05 Amin 8,000.00 (bank)

    betulkan Cg jaw sy utk jurnal 2?
    tq
    —————————————————
    CG. SUDAH BUAT PEMBETULAN DIATAS
    —————————————————

  22. Cg,
    mcm mana kita nk mahir dlm kelas jurnal ni..sbb dlm nota cg ada jurnal am dan khas..sedangkan sy kena buat bnyk jurnal ni..

  23. Cinda,

    Hanya ada sedikit saja kesilapan dan Cg sudah buat pembetulan DI ATAS.

    Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai boleh digabungkan menjadi BUKU TUNAI, dimana sebelah DEBIT merupakan Jurnal Penerimaan Tunai manakala sebelah KREDIT merupakan Jurnal Pembayaran Tunai. Asalkan melibatkan urus niaga TUNAI / CEK maka mesti dalam J.Penerimaan Tunai / J.Pembayaran Tunai .

    JUALAN / BELIAN barang niaga secara kredit (INVOIS DAN NOTA DEBIT) mesti dicatat dalam J.Jualan / J.Belian.

    PULANGAN JUALAN/ PULANGAN BELIAN barang niaga (NOTA KREDIT) mesti dicatat dalam J.Pul Jualan / J. Pul Belian.

    Selain daripada itu mesti dicatat dalam JURNAL AM.

    Cg nak tanya … Cinda sekarang belajar di mana ? supaya lebih mudah Cg beri penerangan.

  24. CG,

    saya belajar di uitm amik dip perakaunan.masalahnya saya tiada bacis utk acc sbb masa sek dulu xamik pn subjek ni..
    bila dh keje dlm bidang acc ni sy jd minat sgt pd acc..
    harap cg dpt membantu sy.tq

    Adakah sy kena buat jurnal am pada semua transaction..
    2-28/8 ni?

  25. Oh begitu ceritanya,

    Untuk soalan tersebut Jurnal Am hanya mencatatkan urus niaga pada Aug.2 dan 18 sahaja. Setiap urus niga hanya dicatat sekali saja dalam salah satu jurnal yang berkaitan. Kemudian setiap jurnal tersebut perlu diposkan ke Lejar (akaun-akaun yang terlibat). Dan akhir sekali setiap akaun perlu diimbang dan ditutup kemudian dipindahkan ke Imbangan Duga.

    Cg nasihatkan Cinda adakan study group kerana ianya banyak membantu untuk lebih memahaminya. Belajar betul2 … semoga perniagaan batik cinda bertambah maju.

  26. salam Cg.
    sy bel epjj jd group sy semua dr seluruh sema mlysia.sekali sbln baru dtg ke U utk seminar..cuma buat group in YM aje..harap cg dpt beri tunjuk ajar..

    sy dh buat ledger n imbangan duga..jum lmbangan duga adalah 65596 dan balance.

  27. nk mintak 1 contoh jurnal dan 1 conth lejar boleh?

  28. Cinda,

    Tahniah kerana berjaya menyiapkan lejar dan imbangan duga, walaupun ID seimbang2 kadang2 terdapat juga kesilapan2 kecil seperti catatan terbalik yang dt dicatat kt dsbg… Cinda boleh send to my email, boleh Cg tolong semakkan. Cg akan bantu setakat yang termampu …..

    Nurul,

    Contoh soalan dan cadangan skema jawapan serta templat kertas jawapan boleh muat turun melalui Blog Sifu2b atau klik di sini.
    https://sifu2b.wordpress.com/modul-latihan-kendiri-intensif/

  29. Maaf cg,
    sy x tau add email cg..

  30. Cg,
    10 Aug 05 Fre Trading (700-2%) 686.00
    kenapa kita kena tolak lg 2% sedangkan pd permulaan trans 3/8 kita telah sedia tolak..
    sekiranya return perlu ke di tolak. tp apa asalannya.

  31. Cinda,

    Semasa kita beli harga telah ditolak diskaun 2%. Jadi bila kita pulangan balik mestilah mengikut harga yang ditolak diskaun.

    Contoh mudah,
    Harga Kain Batik RM520, kita bayar hanya RM500 kerana diskaun RM20. Jadi apabila pulangkan balik, takkan kita nak minta RM520 dipulangkan kepada kita…. betul tak?

    email Cg: narzuki@gmail.com

  32. Saya amat keliru apabila saya menghadiri satu seminar yang mengatakan bahawa satu butiran di dalam dokumen sumber tidak boleh dicatat di dalam dua buku catatan pertama termasuklah catatan pembukaan sedangkan cikgu saya ajar sesetengah catatan pembukaan ada yang kena rekod kat jurnal khas dan buku tunai.Tolong bantu saya menyelesaikan masalah ini .

  33. Gha,

    Setiap satu dokumen hanya dicatat dalam SALAH SATU Buku Catatan Pertama sahaja (samada JA, BT, JJ, JB, JPJ atau JPB). ….. (nota :catatan pembukaan tidak melibat dokumen).

    Bagi CATATAN PERMULAAN, ianya perlu dicatat dalam JURNAL AM sahaja kecuali TUNAI dan BANK perlu dicatatkan sekali lagi dalam BUKU TUNAI. Contohnya :

    JURNAL AM
    Dt: Perabot ……. 30
    Tunai ……… 20
    Bank ………. 50
    Penghutang …40
    Kt: Modal …………… 140

    BUKU TUNAI
    Dt: 1/1 Baki b/b 20 (tunai) 50 (bank)

    # Hanya TUNAI dan BANK sahaja dicatat dalam JA dan BT, yang lain-lain HANYA SEKALI sahaja.

  34. Oh..sekarang baru saya faham.Terima kasih di atas respons yang cikgu beri.

  35. Cikgu, tolong tunjukkan contoh akaun lejer yang perlu buka untuk jurnal am & khas

  36. Cikgu,kalau kita buat ID ia tak imbang xpa ka?

  37. Hariz,

    Sila muat turun Cg Awang – Teknik Jawab Dokumen
    Di mana ada diterangkan secara lebih detail tentang perkara tersebut.

    Farah,

    Sekiranya ID tidak seimbang, ini menunjukkan terdapat sedikit kesilapan dalam jawapan yang disediakan. Mungkin satu/dua akaun tersilap kira bakinya atau tersilap catatan debit – kredit. Maka farah mungkin akan hilang 2 atau 3 markah daripada markah penuh 29 markah. Cuma SEMASA PEPERIKSAAN jika ID tidak seimbang Cg nasihatkan, TERUS menjawab soalan berikutnya. Ini kerana untuk mengesan kesilapan dan memperbetulkannya biasanya akan mengambil masa 5 hingga 10 minit. Ditambah pula dengan rasa berdebar dan runsing menyebabkan Farah akan hilang sedikit tumpuan dan keyakinan dalam menjawab soalan2 lain. TUMPUAN, KEYAKINAN dan KETENANGAN sangat penting semasa sedang menduduki peperiksaan.

    Jadi masa 5 hingga 10 minit tadi boleh digunakan untuk menjawab soalan seterusnya, di mana markah yang akan diperolehi mungkin 7 / 8 markah. Setelah semua soalan dijawab, jika mempunyai LEBIHAN masa, maka gunalah masa tersebut untuk mengesan, menyemak dan memperbetulkan kesilapan tersebut.

  38. Terima kasih cikgu.

  39. TAHUKAH ANDA ?

    Buku Tunai berbaki debit menunjukkan terdapat wang dalam Akaun Semasa. Jika ianya berbaki kredit dalam Akaun Bank, ini menunjukkan overdraf bank. Kemudahan ini membolehkan pemegang Akaun Semasa mengeluarkan wang melebihi jumlah wang yang ada dalam Akaun Semasanya.

  40. saya ingin bertanya tentang tajuk dokumen. pada kebiasaannya, jenis perniagaan bagaimana akan dijadikan soalan dokumen? saya dapati ada macam-macam jenis perniagaan seperti kedai bunga, runcit dsb. adakah cikgu tahu asas yang digunakan untuk menentukan jenis perniagaan yang mana akan dijadikan soalan dokumen.
    t kasih.

  41. arm.. cikgu, boleh terangkan mcm mana nk nerekod diskaun? sya blur la..

  42. Fakhrul,

    Peringatan :
    1. DISKAUN (DIBERI/DITERIMA) hanya dicatatkan dalam BUKU TUNAI.
    2. Dokumen yang terlibat HANYA RESIT RASMI.

    Terdapat 2 keadaan :
    1. DISKAUN DITERIMA : Contohnya,
    23/6/08 Kita bayar kepada Kedai XYZ RM1000 dengan cek dan terima diskaun RM100. ….. Resit ASAL.

    BUKU TUNAI (Kredit)
    23/6/08 Kedai XYZ 100 (Dis) 1000 (Bank)

    2. DISKAUN DIBERI : Contohnya,
    27/6/08 Kita terima cek daripada Kedai ABC RM2000 dan diberikan diskaun RM200. ….. Resit SALINAN.

    BUKU TUNAI (Debit)
    27/6/08 Kedai ABC 200 (Dis) 2000 (Bank)

  43. Cikgu
    Saya blur dengan butir yang perlu ditulis dalam Buku Tunai.

    Saya tidak tahu bila perlu tulis nama perniagaan seperti: Syarikat Jaya dalam butir Buku Tunai.

    Terima kasih.

  44. saya tidak tahu buat buku catatan pertama,lejar & imbangan duga.bleh tlng tak…………………………………..

  45. Resah,

    Nama Syarikat perlu digunakan jika melibatkan urus niaga secara kredit (hutang). Iaitu :

    1. Urus niaga kredit : Dokumen Invois, Nota Debit dan Nota Kredit … (dalam Jurnal Khas jika barang niaga : Jurnal Am jika bukan barang niaga)
    2. Resit Rasmi. – Rujuk keterangan : menjelaskan sebahagian INVOIS / HUTANG .. maka butirnya Nama Syarikat.

    Pejol,

    Untuk Cg terangkan semuanya disini, adalah tidak praktikal. Sila muat turun nota Cg Awang : Teknik Jawab Dokumen.

  46. Cikgu
    Perniagaan baru:
    Pada 1 Jun 2008, Encik Eng memulakan Perniagaan Elektrik dan Elektronik dengan modal sebanyak RM30, 000. Beliau memasukkan wang tunai RM20, 000 ke dalam bank dan RM10, 000 disimpan untuk urus niaga harian.

    Dalam Jurnal Am, perlu catat modal, bank dan tunai? Ataupun tidak perlu?

    Pada 1 Mei 2008, Kamil memulakan perniagaan Kedai Lampu Kamil dengan modal RM50,000 dan premis bernilai RM70, 000. Beliau telah memasukkan sejumlah RM49, 000 ke dalam bank dan RM1, 000 disimpan untuk urus niaga harian.

    Macam mana dengan ini? Perlu direkod ke dalam JA ataupun tidak?

    Pada 1 Ogos 2008, Huang memasukkan RM60 000 ke dalam bank sebagai modal bagi memulakan perniagaan menjual peralatan mesin dan elektrik di Kuala Lumpur. Huang merupakan pengurus Huang Enterprise dan beliau dibantu oleh seorang pembantu, Normayati dan seorang kerani akaun iaitu Li Hua.

    Perlu direkod dalam JA ataupun tidak?

    Saya keliru bagi perniagaan baru. Kadang-kala perlu direkod dalam JA dan kadang-kala tidak perlu.

    Ada yang terus direkod dalam Buku Tunai kan?

    Saya harap cikgu dapat membantu saya.

    Terima kasih.

  47. Sekadar membantu

    Resah,

    Bagi kes Encik Eng dan Encik Huang, maklumat-maklumat tersebut hanya perlu direkodkan dalam Buku Tunai dan tidak perlu direkodkan dalam Jernal Am.
    Alasannya, didalam soalan hanya dinyatakan tentang butir Tunai dan Bank tetapi tiada butir-butir Aset atau Liabiliti yang lain. (Buku Tunai adalah salah satu daripada BCP)

    Bagi kes Encik Kamil,
    Maklumat tersebut perlu direkodkan didalam Jernal Am kerana ada menyatakan Aset lain iaitu Premis. Jumlah modal keseluruhan adalah RM120000 (RM50000 = RM70000). Jangan keliru dengan soalan yang hanya menyatakan modal sebanyak RM50000

    Penyelesaian
    Jernal Am
    2008
    Mei 1 Dt Premis…RM70000
    ………Dt Bank……RM49000
    ………Dt Tunai…..RM1000
    ……………Kt Modal….RM120000
    (Memulakan perniagaan dengan aset pada 1 Mei 2008)

    dan jangan lupa merekodkan butiran Bank dan Tunai didalam Buku Tunai juga.

    Ini pandangan saya,, bagaimana pula komen Cg.

  48. Resah dan Ed Kimari,

    Ed Kimari, Terima kasih di atas penerangan yang diberikan. Memang ramai cikgu yang menyatakan sedemikian. Iaitu sekiranya catatan pembukaan hanya melibatkan TUNAI dan BANK sahaja, maka JURNAL AM tidak perlu disediakan, catat terus ke Buku Tunai sahaja. Rasionalnya, pada kebiasaannya TIADA MARKAH diberikan pada Jurnal Am dalam kes tersebut dan dapat menjimatkan sedikit masa semasa menjawab. (TIDAK dianggap salah jika disediakan juga Jurnal Am).

    Pada pandangan Cg, dari segi PRINSIPnya salah satu kegunaan JURNAL AM ialah mencatat CATATAN PEMBUKAAN. Jadi ini bermaksud setiap kali catatan pembukaan perlu dicatatkan dalam Jurnal Am, walaupun hanya melibatkan Tunai dan Bank sahaja.

    Resah, bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Cg cadangkan agar disediakan Jurnal Am bagi setiap catatan pembukaan, walaupun ianya tidak diberikan markah. (Disini Cg lebih mengutamakan PRINSIP daripada TEKNIK MENJAWAB).

  49. cikgu,
    format jurnal belian dan jurnal pulangan belian bentuk macam mane?

  50. Chaiyim,

    Rujuk buku teks atau buku rujukan, ianya ditunjukkan dengan lebih jelas.

    Jurnal Belian
    TARIKH : BUTIR : FOLIO : NO. INVOIS : JUMLAH

    Jurnal Pulangan Belian
    TARIKH : BUTIR : FOLIO : NO. NOTA KREDIT : JUMLAH

  51. CKGU DA SLID TNTANG BUKU CATATAN PERTAMA X??KIRIM KT SY…KLU ADA DALM BHSA INGGRIS PN XPA..

  52. Amad,

    Rasanya telah ada, cuba cari di bahagian B-MUAT TURUN BAHAN, bahan PnP powerpoint, atau nota matrikulasi.

  53. cikgu, saya baru shj tamat trial spm. saya sudah lihat semua soalan trial dlm koleksi soalan cikgu. kebanyakan sek ramal tajuk yang hampir sama termasuklah sek saya. saya ingin bertanya jika soalan ak pengeluaran ditanya, adakah soalan tntg TPM juga akn kemungkinan ditanya sekali kerana dua-dua ini dalam tajuk besar yang sama. guru saya keluarkan soalan TPM trial exm. dia kata nk keluarkan ak pengeluaran tapi tk sempat. dia akn beri latih tubi kpd kami selepas ini sbb tajuk itu sudah dua tahun tak keluar. hrp ckgu dapat beri penerangan. tq

  54. Shafiq,

    Mengikut analisis tahun2 lepas kebiasaanya, antara Akaun Pengeluaran dan TPM akan dikeluarkan salah-satu soalan.

    Memang betul cakap safiq, kebanyakkannya meramalkan topik yang hampir sama. RAMALAN tersebut dibuat berdasarkan topik2 yang biasa ditanya atau agak lama tidak dikeluarkan, maka itulah hasilnya. TETAPI kita harus ingat PENGGUBAL SOALAN juga bijak dalam pemilihan topik2, jadi mungkin akan ada satu-dua soalan yang tidak dijangkakan sama sekali akan ditanya dalam SPM 2008 nanti.

    Maka, selain daripada soalan2 trial, shafiq juga perlu melengkapkan diri dengan topik2 lain. “SEMAKIN BANYAK TOPIK DIKUASAI, MAKA SEMAKIN HAMPIR DENGAN 1A”

    Satu lagi nasihat Cg, IKUT dan PATUT arahan dan nasihat guru anda. Guru sentiasa berusaha demi kejayaan anak didiknya.

  55. salam sejahtera…..nie ada soalan tentang dokumen .
    ia itu MEMO. ‘ambilan barang niaga RM600 pada harga kos, RM500 pada harga pasaran untuk kegunaan sendiri ‘
    Jadi adakah ambil nilai yang terendah? iaitu RM 500??

  56. Lin,

    Penggunaan TAKAP (Terendah antara Kos Atau Pasaran) hanya digunapakai untuk penilaian STOK AKHIR sahaja.

    Bagi kes ini NILAI KOS mesti digunakan, kerana nilai tersebut akan ditolak/mengurangkan nilai BELIAN, di mana catatan jurnal amnya ialah :

    Dt: AMBILAN 500
    Kt: BELIAN 500 …… (Belian merujuk NILAI KOS)

  57. salam sejahtera.
    bagaimana pula dengan memo yang menyatakan:

    1. ambilan brg niaga untuk promosi.
    2. membawa masuk perabot milik sendiri ke dalam syarikat
    3. membeli perabot untuk syarikat
    4. ambilan tunai untuk kegunaan peribadi

    dimana jurnal mana harus dicatat dan apa catatan yg perlu dilakukan (dt apa, kt apa).

  58. Lina, sila lengkapkan kemudian Cg semak dan terangkan:

    1. Dalam JA : Dt ………………….., Kt: BELIAN

    2. Dalam JA : Dt: PERABOT, Kt: …………….

    3. maklumat tidak lengkap secara tunai / kredit ?

    4. Dalam BT, sebelah KT : ………………………

  59. Terima Kasih dalam penyed. laman ini. Banyk bantu peljr saya yg suka mencari nota lain bg sukatan PAkaun t.4& 5.
    Bagi kerja kursus SPM 2009 ,cadang ada satu template Kitaran Perakaunan yg peljr boleh rujuk nanti. Berat hati
    dg sukatan baru ini,bukan kelebihan bg peljr saya yg.sederhana…soalan aras tinggi,markingnya tidak bantu
    peljr …bgtulah soalan anchor ini mencabar…TK

  60. Boleh saya tanya…
    Soalan : Mac 20 :

    Ambilan barang niaga bernilai RM725 untuk kegunaan pejabat.
    Buku letak Debit Belanja Runcit dan Kredit Belian..
    So, kalau ambil barang niaga kena debit Belanja Runcit??

    Satu lagi.
    Soalan : Mac 24 :

    Membawa masuk sebuah van persendirian bernilai RM9880 untuk kegunaan perniagaan..
    So, kalau bawa masuk van kena debit Alatan Pejabat??
    Tolong terang..

    Terima kasih..

  61. Pn Nurlaila,

    Sama-sama. Berhubung dengan kertas 3 sama2 kita tunggu kursus yang akan diadakan pada awal tahun hadapan. Dimana bahan2 contoh sebagai panduan penyediaan, cara perlaksanaan dan cara penilaian akan disampaikan nanti. Pada pandangan saya, sebagai tahun pertama perlaksanaanya mungkin diberikan kelonggaran sedikit supaya cikgu2 tidak terlalu rasa terbeban.

    Aras soalan sama sahaja mengikut HSP, cuma gaya penyoalannya yang berbeza berbanding tahun2 lepas. Daripada pemerhatian saya skema pemarkahan banyak juga membantu pelajar untuk mendapat markah iaitu melalui markah “OF” (angka sendiri) dan “W” (perkataan spt Kos Jualan, Untung Bersih, Modal Kerja dll). Tiada penolakan markah berbanding skema lama.

  62. Victorian91,

    Jawapan 1 :

    Soalan “Ambilan barang niaga bernilai RM725 untuk kegunaan pejabat.” terlalu UMUN, tidak jelas untuk kegunaan apa ?
    Sekiranya dinyatakan sebagai Belanja Runcit, kita gunakan Akaun Belanja Runcit, Jika dinayatakan untuk promosi, guna Akaun Promosi.

    Dt: Belanja runcit / Promosi / (ikut soalan)
    Kt: Belian (ambil barang niaga guna Ak Belian)

    Jawapan 2 :

    Van hendaklah dikelaskan sebagai KENDERAAN, bukannya Alatan Pejabat.
    Contoh Alatan pejabat seperti : komputer, printer, mesin fotostat, dll.

    Sepatutnya,
    Dt: Kenderaan
    Kt : Modal

  63. saya nk tanya kalau seseorang pelajar tu hanya target utk lulus PAK (sbb dia terlalu lemah PAK) soalan apa(kertas 2) yg perlu dia pilih utk membolehkan dia lulus?

  64. saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akaun kepada semua calon SPM 2008 pada hari Isnin ini Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang, berhati-hati dan lulus dengan cemerlang. kepada anak didik saya, semoga anda semua berjaya!!

  65. Shafiq,

    Kalau untuk target lulus, pastikan kertas 2 : soalan 1 : dokumen mendapat markah penuh. dan Kertas 1 betul sekurang2nya 20 soalan.

    K1 : Betul 20 = 20 markah = 16.7 %
    K2 : Soalan 1 = 29 markah = 24.2 %
    Jumlah K1 + K2 = 40.9 % …. InsyaAllah LULUS.

  66. 1. Dalam JA : Dt promosi, Kt: BELIAN

    2. Dalam JA : Dt: PERABOT, Kt: …………….

    3. maklumat tidak lengkap secara tunai / kredit ?
    secara tunai, Kt buku tunai: perabot
    secara kredit, JA; Dt Nama Syarikat, Kt Perabot

    4. Dalam BT, sebelah KT : Ambilan

  67. Lina, jawapan 1 dan 4 BETUL.

    2. Dalam JA : Dt: PERABOT, Kt: MODAL
    – Bila pemilik membawa masuk harta peribadi kedalam perniagaan, maka MODAL akan bertambah.

    3. maklumat tidak lengkap secara tunai / kredit ?
    secara tunai, Kt buku tunai: perabot ….BETUL
    secara kredit, JA; Dt PERABOT – perabot bertambah, Kt NAMA SYARIKAT – pemiutang bertambah.

  68. maaf, minta semak yang ini juga.

    1. ambilan barang niaga untuk kegunaan persendirian
    dt ambilan
    kt belian

    2. ambilan barang niaga untuk promosi
    dt promosi
    kt belian

    3. beli perabot secara tunai untuk pejabat
    buku tunai, kt, perabot

    *belian perabot utk pejabat secara kredit:
    dt perabot
    kt modal

  69. Lina,

    Jawapan 1,2 dan 3 … BETUL

    4. belian perabot utk pejabat secara kredit:
    dt perabot
    kt NAMA SYARIKAT (PEMIUTANG) … bukan MODAL.

    Kt: MODAL digunakan jika bawa masuk harta peribadi ke dalam perniagaan sahaja.

  70. terima kasih, saya sudah faham. =)

  71. Lina,

    Sama-sama, semoga berjaya.

  72. tq cg saya akan gunakan segala panduan dan nasihat yg telah cg beri selama saya melayari laman web cg ni. ia telah banyak membantu saya dan rakan-rakan memahami cara menjawab soalan kertas 2 dgn lebih baik lagi. harap cg dpt mendoakan kami semua berjaya dalam exm Isn ini. tq

  73. Shafiq,

    Cg doakan anda semua tenang, yakin, ingat apa yang telah dipelajari,dapat menjawab dengan baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.

  74. Salam cg,
    dalam lejar wajib ke kita asing kan antara lejar am, lejar jualan dan lejar belian?
    boleh tak kalau tak asing kan?

  75. Syahirah,

    Dalam menjawab soalan peperiksaan, Lejar TIDAK perlu diasingkan mengikut jenis lejar.

  76. terime kasih cikgu..
    doa kan saya berjaya dalam prinsip akaun ya!!
    🙂

  77. smekom cg..
    bleh ajr ka cra2 tuk buat buku catatn pertama..

  78. Shera,

    Sila muat turun Teknik Menjawab Soalan Dokumen Cg Awang. Cuba fahami apa yang diterangkan satu-per-satu terlebih dahulu, jika masih ada masalah sila kemukakan satu-per-satu secara detail merujuk kepada soalan, jangan tanya secara umum. Dengan cara ini lebih mudah untuk Cg membantu.

  79. trima kasih ckgu..

  80. SAYA X TAU 1 BENDA PON!!!!
    PLS HELPPPP

  81. Syazlena,

    Pada pandangan Cg, anda seharusnya berjumpa guru anda untuk mendapatkan BIMBINGAN SECARA LANGSUNG kerana cara tersebut lebih berkesan. Demi untuk kejayaan anda.

  82. cikgu kalau keratan cek nak masuk kat buku tunai kat bhg mane?
    sy tahu ia kontra.
    tp sy keliru dgn butir,die bank atau tunai di sebelah debit dan kredit.
    sy x faham dgn keratan cek ni.
    cikgu boleh terang kan tak?
    lagi satu sy xfaham bil tunai,resit rasmi.
    cikgu boleh terangkan tak secara terprinci butir die dan keteranagan dia.

    t.kasih

  83. Aisyah,

    Berkaitan dengan KERATAN CEK – KONTRA, ianya bermaksud kita/pemilik mengeluarkan wang dari BANK untuk kegunaan perniagaan, iaitu TUNAI bertambah dan BANK berkurang, katakan RM400.

    Petua yang Cg gunakan ialah masukkan JUMLAH dahulu kemudian baru fikirkan BUTIRnya. Caranya :

    1. Dalam lajur TUNAI di sebelah DEBIT masukkan RM400 – kerana wang tunai bertambah. BUTIRnya, dari mana wang tersebut diperolehi ? sudah tentu BANK.

    2. Dalam lajur BANK di sebelah KREDIT masukkan RM400 – kerana wang keluar. BUTIRnya, wang tersebut dikeluarkan kemana ? sudah tentu TUNAI.

    Panduan bagi merekod dalam Buku Tunai telah Cg terangkan di SINI. Sila baca dengan TELITI.

  84. Mengapa diskaun niaga yang diberi/diterima ( cthnya, 20% yang dinyatakan dalam invois ) hanya dicatat dalam jurnal dan tidak diposkan ke lejar ( ak diskaun diberi/diterima ) tetapi pada masa yang sama , diskaun tunai yang diberi/diterima semasa bayaran dibuat harus dicatat dalam lejar/buku tunai?
    trm ksh

  85. Pastikan anda tahu dan faham apa perbezaan antara DISKAUN NIAGA dan DISKAUN TUNAI (Diskaun diterima / Diskaun diberi).

    Diskaun niaga hanya melibatkan pengiraan jumlah yang perlu dibayar / berhutang dan tidak melibatkan rekod perakaunan. Contohnya, belian barang niaga secara kredit:

    INVOIS SYKT XXX
    Barang niaga ………. RM1000
    (-) Diskaun niaga 10% ….100
    Jumlah hutang ………..RM900

    Jadi apa yang perlu direkodkan dalam JURNAL BERLIAN hanya jumlah HUTANG daripada belian kredit tersebut. Manakala diskaun niaga yang telah diperolehi TIDAK PERLU ditunjukkan dalam Jurnal Belian, kerana ianya telah ditunjukkan dengan jelas dalam INVOIS. Jurnal Belian hanya merekodkan berapakah JUMLAH BELIAN KREDIT daripada SYARIKAT (Pemiutang) dalam urus niaga pada tarikh tersebut. Iaitu :

    JURNAL BELIAN
    Jan 5 Sykt XXX ……….. RM900

    DISKAUN TUNAI perlu direkodkan dalam lejar kerana ianya merupakan HASIL / BELANJA kepada perniagaan, jika tidak direkod maka akan berlaku ketidakseimbangan. Contohnya, menjelaskan hutang kepada Sykt XXX sebanyak RM850 dan terima diskaun RM50.

    JIKA TIDAK REKOD DISKAUN :
    Jumlah hutang (belian kredit) … RM900
    (-) Bayar dengan tunai/cek…….. RM850
    maka, baki hutang tinggal ……….. RM50

    JIKA REKOD DISKAUN :
    Jumlah hutang (belian kredit) … RM900
    (-) Bayar dengan tunai/cek…….. RM850
    (-) DISKAUN DITERIMA …………….RM50
    maka, baki hutang ……………….. RM0

    Oleh itu, diskaun tunai perlu direkodkan kerana ianya melibatkan rekod perakaunan. Semoga penerangan Cg ini dapat membantu.

  86. terima kasih banyak2
    skrng ini, bnyk cikgu sekolah tdk beri penerangan lanjut maka peninglah saya.
    Cikgu memang hebat dlm pengajaran perakaunanlah, mengapa tidak keluarkan buku rujukan ( terutamanya tentang soalan2 lazim)
    Saya pasti akan beli.

  87. Pening,

    Sama-sama, Cg hanya bantu setakat yang termampu. Sepatutnya cikgu setiap mata pelajaran perlu memahami dan menguasai sebaik mungkin isi kandungan m/p masing2 dengan mempelajari atau bertanyakan rakan2 guru yang lain bagi meningkatkan kemahiran masing2. Manakala pelajar seharusnya sentiasa bertanya dan bertanya sehingga anda betul2 memahami dan menguasai isi kandungan / kemahiran yang diajar oleh guru anda.

    Cg tidaklah sehebat mana sehingga boleh mengeluarkan buku rujukan untuk pasaran. Cuma sekadar berkongsi maklumat, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan, serta memberi sedikit sumbangan ke arah memartabatkan mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam dunia pendidikan negara.

  88. pada mulanya PA saya sangat teruk, tapi setelah baca blog cikgu ini banyak meningkat. saya rasa usaha cikgu sangat membantu. Semoga Allah membalas jasa baikc ikgu kerana banyak memberi kemudahan kepada pelajar2 akaun di Malaysia. Terutama sekali pelajar2 aliran sains yg tiada guru sekolah seperti saya. Terima kasih banyak2.
    satu nak tanya: ada cikgu mengajar di mana2 ? atau bagi bengkel2 dan ceramah2 ?

  89. saya pelajar spm 2009
    tahun ini tahun terakhir format peperiksaan lama digunakan?
    kalau mcm itu, skema pemarkahan mcm baru / lama ?
    skema pemarkahan mcm mana?
    blh bagitau kat mana download SEMUA
    nota, slaid powerpoint, kertas soalan dan apa2 bahan yg membantu? cthnya laman web rujukan cikgu2 lain ?
    dengar kata, kalau tahun ini tahun terakhir suktn pelajaran lama, jabatan pepriksaan akan hentam terus SEMUA soalan yg tidak pernah keluar? Yg susah-susah?
    matilaa kalau mcm itu…:P
    Boleh tak tanya, cikgu dulu belajar akaun kat mana ? dlm BM atau BI? Perlu tak ke universiti? saya nampak sekarang ni bnyk yg belajar kat kolej shj? Atau ambil itu apadia ACCA?
    Atau ada ijazah2 lain?

  90. Pening,

    Syukur, kerana sumbangan Cg yang sedikit ini dapat membantu para pelajar diluar sana. Cg hanya mengajar disebuah sekolah harian biasa luar bandar di negeri Kelantan.

    Format pentaksiran baru mula dilaksanakan kepada pelajar SPM 2011 nanti, pelajar SPM2010 masih lagi menggunakan format seperti tahun ini. Anda boleh muat turun soalan2 di Koleksi Percubaan 2008 bagi melihat contoh soalan dan juga skema pemarkahan sebagai panduan. Nota dan bahan powerpoint juga ada Cg sediakan di ruangan MUAT TURUN BAHAN. Laman2 akaun yang lain boleh rujuk ruangan BLOG CIKGU AKAUN.

    Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan soalan2 yang sewajarnya, jadi anda tidak perlu rusing dan bimbang. Anda hanya perlu bersedia bagi setiap topik yang ada.

    Adalah sukar bagi Cg untuk menyatakan di mana harus belajar selepas SPM nanti kerana banyak faktor yang perlu diambil kira, dan setiap satunya ada kelebihan dan juga kekurangan. Cg cadangkan pada masa ini, cuba tetapkan apakah sasaran / target / perancangan masa depan anda dengan mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan peluang ke IPT dan juga kerjaya, supaya mudah untuk anda membuat keputusan apabila keputusan SPM2009 diumumkan nanti. Jangan tunggu dapat result baru nak fikir apakah pilihan yang perlu anda buat.

  91. faeqah farhana

    cikgu ada laman web bagi subjek ekonomi spm tak??dan saya kurang faham catatan kontra dalam dokumen sumber..bila bank bertambah kenapa mesti debit tunai dan tulis angka dalam ruangan bank??bukankah mesti ditulis bank di bahagian butiran..ini yang membuatkan saya kurang faham sedikit

  92. Faezah,

    Laman Ekonomi SPM ada, cuma kena cari di internet.

    Buku Tunai merupakan gabungan Akaun Tunai dan Akaun Bank. Bila sebut akaun Bank maka kena rujuk lajur BANK, manakala kegunaan lajur BUTIR adalah untuk menulis pasangan mengikut sistem catatan bergu.

    Jika bank bertambah, maka Akaun Bank (rujuk lajur BANK) mesti didebitkan. Tuliskan NILAI dahulu dilajur BANK, kemudian fikirkan BUTIR , apakah pasangan catatan bergunya/ dari mana datangnya wang tersebut … sudah tentu TUNAI.

    Seterusnya Akaun Tunai berkurang, rujuk lajur TUNAI disebelah kredit, masukan nilainya dan fikirkan BUTIR, kemana wang tersebut digunakan ….. iaitu masukkan dalam bank, maka butirnya BANK.

  93. a’kum
    apakah maksud sistem panjar?
    terima kasih

  94. Syahirah,

    Sistem Panjar (topik Buku Tunai Runcit) bermaksud jumlah yang telah dibelanjakan dalam tempoh tersebut akan digantikan mencukupi jumlah asal. Contoh :

    Jumlah Wang Runcit = RM200
    Jumlah dibelanjakan = RM150
    Maka, baki = RM50
    Mengikut sistem panjar, jumlah RM150 akan digantikan, sama ada pada akhir tempoh / pada awal tempoh berikutnya. Dengan itu jumlah wang runcit ditangan untuk kegunaan tempoh berikutnya kekal RM200.

  95. ckgu,dlm jurnal belian,jualn,pul jul. & pul bel. mmg perlu ke tulis no.invois cthnya di dlm jurnal belian..perlu ke kte tulis.kalau xtls xdpt sijil lcci ke? atau markah akn d’ptg.lg 1,di ats jurnal am perlu ke tulis nama perniagaan dan semua ak. lejar perlu diimbangkan utk m’dpt baki b/b sbb ckgu sye ckp law ximbang n wt baki b/b xlayak dpt sijil lcci

  96. Ayied,

    Amalan yang sebaiknya bagi jurnal khas adalah menulis no. dokumen tersebut sebagai rujukan. Namun bagi tujuan peperiksaan, pemberian markah hanyalah berdasarkan TARIKH, BUTIR dan JUMLAH yang betul sahaja, tiada penolakan markah.

    Nama Syarikat perlu ditulis pada akaun penamat seperti Penyata Pendapatan, Kunci Kira-kira, Imbangan Duga dan juga penyata2, yang mana melibatkan pihak luar. Manakala jurnal2 dan lejar (akaun2) adalah untuk kegunaan pihak dalaman sahaja, maka nama syarikat tidak perlu dinyatakan. Sekiranya buat juga tidak menjadi kesalahan.

    Semua akaun perlulah diimbang dan dapatkan bakinya untuk tujuan penyediaan Imbangan Duga. Pemberian sijil LCCI tidak bergantung kepada perkara2 tersebut. Cikgu anda cakap sedemikian mungkin sebagai satu “ugutan” bagi memastikan semua anak didik beliau menyediakan jawapan dengan lengkap bagi memastikan mendapat markah penuh.

  97. slam..soaln sy..adkh..wang tunai msuk kew bank..ada thap meksimum nye….RM500 ke atas..

  98. Sarah,

    Tidak ada had minimun atau maksimun kalau nak simpan duit di bank. Kita yang tentukan berapa banyak wang yang ada untuk disimpan.

  99. sy kurang fhan akan..kddukkn yg sbnar untuk belian & jualan…

    ada kala..jualan disblah..dbit..tba2…kt kredit….
    tlong jlas kn…

    *adkh..kdar byaran di gna kn di dlam buku tunai…??

  100. Sarah,

    Sebenarnya anda keliru antara AKAUN dan BUTIR DALAM AKAUN. Akaun Jualan – KREDIT.

    Contoh urusniaga : Jualan secara tunai RM100. (Dokumen Jualan Tunai).
    BCP yang terlibat ialah Buku Tunai, maka dalam Buku Tunai (lajur Tunai) jumlah RM100 perlu dicatat disebelah DEBIT (wang tunai masuk), wang tersebut masuk disebabkan apa ? – Jualan barang niaga, maka BUTIRnya ialah JUALAN.

    BUTIR JUALAN tersebut mengambarkan Akaun TUNAI bertambah sebanyak RM100 hasil daripada JUALAN, ianya hanya merujuk kepada AKAUN TUNAI.

    Manakala bila pos ke lejar, iaitu AKAUN JUALAN, jumlah RM100 perlu dicatat disebelah KREDIT, dan BUTIRnya adalah TUNAI. Iaitu mengambarkan jualan tersebut adalah secara tunai.

    Asalkan urus niaga melibatkan TUNAI/ CEK/ BANK maka ianya mesti dicatat dalam BUKU TUNAI. Manakala bagi menentukan catat disebelah DEBIT atau KREDIT, maka hendaklah merujuk kepada wang tersebut MASUK (DEBIT) atau KELUAR (KREDIT). Dan BUTIRnya pula adalah merujuk terima/bayar untuk urus niaga apa ?

  101. Cikgu Narzuki,

    Salam sejahtera,

    Saya nak tanya tentang BUTIR yg perlu dicatat utk pembelian Rak Pameran bagi pernigaan menjual kek secara tunai. Adakah Perabot @ Kelengkapan? Apakah jenis aset yg dibeli perlu dicatat sbg Kelengkapan?

  102. Sev,

    Cg telah nyatakan pada post sebelum ini berhubung dengan penentuaan Rak Pemeran sebagai Perabot atau Alatan Kedai (Soalan SPM2008). Sila klik SINI.

  103. Cg,
    kalau nak masukkan nota debit dalam jurnal, macam mana kita nak tahu yg dokumen tersebut masuk jurnal mana?

  104. Hanna,

    Jurnal Khas hanya untuk BARANG NIAGA dan SECARA KREDIT sahaja (Iaitu Invois, Nota Debit dan Nota Kredit).

    Sekiranya item BUKAN BARANG NIAGA (seperti Caj Angkutan Masuk), maka ianya perlulah dicatatkan dalam JURNAL AM.

  105. Cg,
    di kertas jurnal bhgn jumlah ada satu ruangan kecil utk tulis nilai sen..
    adakah kita kena tulis walaupun amaunnya tiada sen cth: RM 100..
    TQ

  106. Teh,

    Kebiasaannya soalan Dokumen tidak melibatkan nilai sen, jadi adalah lebih “selamat” nilai sen tersebut diabaikan (jika tiada nilai sen). Ini bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan semasa melakukan pengiraan dan menyebabkan kehilangan markah.

  107. cikgu saya confused lah macammana nak catat dalam buku catatan pertama jika soalnnya berbunyi begini (memo:pinjaman bank telah diluluskan sebnyk rm20000.wang tersebut telah saya masukkan ke dalam akaun bank perniagaan)..tolonglah bantu saya cg

  108. Student92,

    1. Apabila melibatkan Bank, maka sudah tentu perlu dicatat dalam BUKU TUNAI di lajur BANK.
    2. Oleh kerana dimasukkan ke dalam Bank (BERTAMBAH), maka Bank dicatat di sebelah DEBIT.
    3. Duit dalam Bank telah bertambah disebabkan apa / dari mana ? … daripada Pinjaman Bank.
    4. Maka BUTIR yang perlu dicatat ialah PINJAMAN BANK.

  109. salam cg,
    dalam buku tunai runcit bhg analisis byran ada belanja am dan pelbagai..
    Mcm mana sy tahu bila nk masuk ruangan belanja am dan bila nk masuk ruangan pelbagai?

  110. Teh,

    Lajur PELBAGAI digunakan untuk mencatat bayaran yang jarang dibuat menggunakan wang tunai runcit kerana kebiasaannya dibayar menggunakan cek. Sebagai contohnya bayar belanja Angkutan, pada kebiasaanya dibayar menggunakan cek dan jumlahnya besar berbanding jumlah peruntukan wang runcit. Belanja tersebut juga biasanya dicatat dalam akaunnya yang tersendiri iaitu AK ANGKUTAN. Sekiranya ada satu urusniaga bayar belanja angkutan dalam jumlah yang kecil (tidak sesuai menggunakan cek), maka wang tunai runcit akan digunakan. Contoh lain ialah bayaran belanja iklan.

    Manakala lajur BELANJA AM digunakan untuk bayaran yang kerap berlaku dan dibayar dengan wang tunai runcit kerana jumlahnya yang kecil. Dan belanja tersebut tidak boleh dikelaskan dalam lajur analisis bayaran yang lain. Contohnya Upah bersih pejabat, beli bunga meja pejabat.

  111. diskaun diterima diletakkan di bahagian kt bku tnai, tp bila bwk ke lejar akn jd dt ak diskaun diterima. klau kita imbangkn baki b/b. dkt imbangan duga kita perlu ltk di bhgian mane?

  112. Solehah,

    Imbangan Duga merupakan SENARAI baki semua akaun2 yang telah ada. Baki yang dipindahkan ke ID adalah merujuk kepada BAKI B/B (bukannya Baki h/b).

    Sekiranya AKAUN itu mempunyai BAKI b/b disebelah DEBIT maka dalam ID juga disebelah DEBIT. Dan sekiranya BAKI B/B disebelah KREDIT, maka dalam ID juga disebelah KREDIT.

  113. cikgu,
    mcm mana nk cam pd buku tunai sama ada sebelah DT atau sebelah KT???

  114. Q,

    DEBIT – urus niaga yang menunjukkan kita TERIMA wang tunai / cek. Contohnya : Bil Jualan Tunai, Resit Rasmi (SALINAN) menunjukkan kita terima wang.

    KREDIT – urus niaga yang menunjukkan kita BAYAR kepada seseorang samada dengan tunai / cek. Contohnya : Bil Belian Tunai, keratan cek, Resit Rasmi (ASAL) menunjukkan kita bayar.

  115. thanx cikgu…..!!!

  116. cikgu nak tanya kalau dokumen keluar caj bank…butiran di buku tunai harus letak butir apa?

  117. Ling,

    Butir CAJ BANK boleh digunakan.

  118. salam cg,
    bg soalan yang mempunyai baki pemiutang atau penghutang pd awal soalan spt:
    pemiutang- syarikat ABC RM 2500

    masa sy pergi seminar, cg itu kata tidak boleh menulis perkataan pemiutang masa kita buat catatan pembukaan di jurnal am.. tapi guru sekolah sy kata wajib tulis..

    Jadi mana satu yang betul?

  119. Teh,

    Dalam soalan perkataan “Pemiutang” dinyatakan supaya kita dapat menentukan ianya berbaki Debit / Kredit dalam menyediakan catatan permulaan dalam jurnal am.

    BUTIRAN yang digunakan adalah merujuk kepada NAMA AKAUN, iaitu Ak. Syarikat ABC.

  120. cg , saya ada beberapa soalan:

    a) ikut sukatan jurnal penerimaan dan pembayaran tunai akan menggantikan bukut tunai adakah buku tunai masih perlu diajar kepada anak murid?

    b) pengeposan ke lejer, dari jurnal penerimaan dan pembayaran tunai atau masih dari buku tunai?

    c) bagi lejer, akaun tunai dan bank perlu disediakan atau tidak.

    d) boleh tak cg menjelaskan sedikit pasal bab dokumen mengikut sukatan baru tentang jurnal dan buku tunai

    terima kasih.

  121. a) Ya, perlu diajar sebagaimana HSP baru dibawah Topik 5.1 Fingsi dan Jenis Lejar.

    b) Apabila menyediakan Jurnal Penerimaan dan Jurnal Pembayaran Tunai, maka Buku Tunai tidak perlu dibuka lagi, sebaliknya jumlah penerimaan tunai dan jumlah pembayaran tunai perlu diposkan ke Akaun Tunai dan Akaun Bank, sebagaimana jurnal khas yang lain.

    c) dan d) Boleh rujuk jawapan (b).

  122. terima kasih cg, tapi saya masih keliru tentang bentuk soalan dokumen mengikut sukatan baru. adakah soalan ini akan digantikan dengan kertas 3. maksudnya soalan dokumen sekiranya kehendak soalan ialah merekod dokumen sumber ke buku catatan pertama maka jurnal penerimaan dan pembayaran tunai perlu digunakan untuk menggaantikan buku tunai? cg ada tak format jurnal penerimaan dan pembayaran tunai sbb sy tengok dalam buku rujukan formatnya berbeza. terima kasih

  123. Buat masa ini, masih tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung kertas 3, jadi kita ajar aje mengikut HSP baru yang dikeluarkan. Ini kerana apa2 bentuk soalan sekalipun tidak boleh lari daripada HSP. Ada beberapa bentuk format jurnal penerimaan dan pembayaran tunai yang boleh digunakan, namun begitu adalah lebih baik kita gunakan format yang telah disediakan dalam buku teks.

    Sekiranya kita menggunakan Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai, maka tidak perlu lagi digunakan Buku Tunai.

  124. Salam cg narzuki, moga terus sihat wal afiat kerana banyak mambantu melalui web ini…
    Saya musykil tentang Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai. Format dalam buku teks agak rumit dan kompleks , patut ikut tu ke? Atau guna yg ringkas spt Jurnal Khas lain? kalau ikut HSP tajuk Lejar ; L Am ada Buku Tunai pula … dan dikatakan pos ke Lejar termasuk Buku Tunai ( HSP-5.1 c), saya pening dan confuse … Adakah kena buat Jurnal Penerimaan/Pembayaran Tunai lepas tu BTunai dan pindah ke Lejar? Mohon bantuan…

  125. Salam dan terima kasih.

    Berhubung dengan format Jurnal Penerimaan & Pembayaran Tunai, sebaik2nya kita ikut buku teks, cuma jika ingin diringkaskan sedikit, kita boleh keluarkan Lajur No. Resit, Butir dan Folio. Penggunaan format seperti jurnal khas lain tidak digalakkan.

    Apabila kita menyediakan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai sebagai buku catatan pertama, maka ianya perlu diposkan ke AKAUN BANK sahaja. Buku Tunai tidak perlu dibuka lagi. Daripada Akaun Bank tersebut baru diketahui berapakan BAKI Bank. Dalam kes ini Lajur BANK digunakan bagi merekod penerimaan/pembayaran tunai atau cek.

  126. sya nk tya format sebenar jurnal pembayaran n penerimaan tunai ada kolum tunai x?

  127. dan bagaimana cttn kontra direkod dlam jurnal penerimaan n pmbyrn tunai?

  128. Berdasarkan buku teks sedia ada, formatnya hanya ada BANK sahaja, dengan andaian segala penerimaan wang tunai akan terus dibank dan semua pembayaran menggunakan cek. Dalam keadaan berikut, maka CATATAN KONTRA sebagaimana sebelum ini sudah tidak wujud lagi.

    Walau bagaimanapun, penyimpanan wang tunai di tangan juga perlu bagi perbelanjaan kecil2, maka Tunai Runcit disediakan dalam Lejar. Apabila dikeluarkan wang dari bank untuk tunai runcit, maka catatan dalam Jurnal Pembarayan Tunai nanti sebagai Tunai Runcit. Itu saja pandangan daripada saya.

  129. Zatul Iffah, pemilik kedai “ Iffah Sport ” yang membekalkan alatan sukan di Bandar Kuala Terengganu memberi baki-baki berikut mengenai perniagaannya pada 1 Julai 1999 :
    RM
    Overdraf Bank 1 275
    Stok 19 872
    Tunai di tangan 88
    Premis 45 800
    Modal 64 485

    butir2 ni semua di catat di jurnal am… mcm mana nk tau yg ni masuk debit..yg ni masuk kredit??

  130. Catatan bagi perkara tersebut dipanggil Catatan permulaan, di mana ianya perlu dicatatkan dalam Jurnal Am.

    Dalam menentukan yang mana debit dan kredit, kita kena kenal pasti jenis akaun2 tersebut, iaitu :
    DEBIT – ASET : Stok, Tunai, Premis
    KREDIT – LIABILITI dan EKUITI : Overdraf bank, Modal
    Dan jumlahnya mestilah SAMA.

  131. ooo..tq cikgu. boleh x cikgu bgi email facebook cikgu?

  132. ckgu…adakah buku tunai itu adalah lejar dan bukannya buku catatan pertama????…hrp mklum…dan apakah itu jurnal penerimaan dan pembayaran tunai??

  133. Buku Tunai adalah Lejar dan boleh juga jadi Buku Catatan Pertama sekiranya tidak disediakan Jurnal Pembayaran Tunai atau Jurnal Penerimaan Tunai. Fungsinya hampir sama cuma formatnya berbeza sedikit.

    Jurnal Penerimaan Tunai – BCP bagi merekod semua penerimaan tunai, iaitu menyamai sebelah Debit Buku Tunai
    Jurnal Pembayaran Tunai – BCP bagi merekod semua pembayaran tunai, iaitu menyamai sebelak kredit Buku Tunai.

  134. cikgu…. apa kita patut letak dalam kurungan dalam modal dekat jurnal am??kurungan tu wajib ke??

  135. Bagi penyedaian Jurnal Am, formatnya mesti ada 3 perkara :
    1. Catatan sebelah DEBIT
    2. Catatan sebelah KREDIT
    3. Catatan KETERANGAN – mesti dalam KURUNGAN.

  136. thankz cikgu…kalau saya ada soalan lagi,saya comment lagi ek…thankz again..

  137. Cikgu,
    Soalan peperiksaan percubaan 2009 terengganu dirujuk. Dalam soalan dokumen yang ke 10. Memo menyatakan (pemilik mengambil 10 biji bola untuk diderma kepada Darul Insaf). Bukankah pemilik yang ambil untuk derma atas nama pemilik jadi kita sepatutnya Debit Ambilan dan Kredit Belian? jika syarikat yang ambil untuk derma baru debit derma dan kredit Belian. Mengapa jawapan yang diberi ialah Debit Derma dan Kredit Belian? Terima Kasih

  138. Soalan tersebut bermaksud syarikat yang menderma bukannya pemilik. Mana-mana ahli perniagaan yang mengeluarkan derma atau memberikan sumbangan adalah atas nama syarikat, ianya sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kedai / perniagaan mereka.

    Penyataan tersebut dinyatakan sedemikian kerana hanya pemilik yang berkuasa untuk mengeluarkan derma tersebut. Ak Ambilan digunakan hanya untuk kegunaan sendiri / peribadi pemilik semata-mata.

  139. terima kasih

  140. Pagi cikgu ~ cikgu,bagaimana utk bezakan Invois yg hendak catat di bahagian Jurnal Am ?

  141. Invois BUKAN BARANG NIAGA perlu dicatatkan dalam JURNAL AM. Contohnya bagi perniagaan kedai runcit telah membeli secara kredit (invois) perabot daripada Syarikat Perabot Jaya. maka ianya perlulah dicatatkan dalam JA, kerana perabot bukannya barang niaga.

  142. ckg, saya ada beberapa soalan;
    1. bolehtak jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai formatnya boleh dikeluarkan lajur butir, no.resit dan folio?

    2. jika buku tunai, akaun tunai dan akaun bank tidak disediakan dalam lejar. bagaimana jika jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai disediakan, perlukah buka akaun bank dalam lejar? akaun tunai tidak perlu bukakan?

  143. Girl85,
    Perkara2 tersebut telah dibincangkan dalam komen2 DIATAS.

  144. soalan 1 ok. cuma confuse soalan ke-2. maksudnya bila ada jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai, buku tunai tidak perlu buka lagi. tetapi perlu buka akaun bank dan tunai dalam lejar? begituke?

  145. saya ada beberapa soalan berkaitan jurnal am.jika dalam memo dinyatakan

    1. 1/3 daripada sewa yang dibayar sebanyak RM 1800 adalah sewa peribadi pemilik.
    2. Pemilik telah mengeluarkan sebuah kabinet dari stok bernilai RM 330 untuk kegunaan pejabat. Perniagaan:Kedai Perabot
    3. bayar insurans kedai dengan tunai peribadi

    jawapan saya ialah
    1. Dt. Ambilan. Kt.Sewa
    2. Dt. Ambilan Kt. Belian / Dt.Perabot Kt.Belian (yg mana betul)
    3. Dt. insurans , kt. modal

    betulke jawapan saya ckg?

  146. Pandangan Cg,

    1. Betul.
    2. Dt Perabot – Kt Belian
    3. Betul

  147. ok.ckg. macam mana kalau ada memo menyatakan memasukkan duit kemenangan loteri dalam akaun bank perniagaan. ia dimasukkan dalam jurnal am iaitu bank (dt) dan modal (kt).betulke? atau dimasukkan dalam buku tunai?

  148. BUKU TUNAI akan digunakan jika urus niaga tersebut melibatkan pertambahan / pengurangan TUNAI atau BANK perniagaan. Maka Dt Bank dalam BT dan butirnya MODAL.

  149. mcm mne nk masukkan baki dari dlm jurnal am ke buku tunai sekiranya ada overdraf bank?

  150. Masukkan disebelah KREDIT dalam BUKU TUNAI “Baki b/b” dalam lajur BANK.

  151. cg.saya agak keliru ttg catatan kontra..boleh cg jelaskan lebih lanjut..

  152. cg bagaimana nk catat borang wang masuk??

  153. love akaun,

    Cg telah bincangkan mengenai catatan kontra bagi keratan cek untuk kegunaan pejabat DIATAS (kilk), sila rujuk.

    Manakala bagi Borang Wang Masuk, cara catatannya adalah sebaliknya.

  154. cikgu, boleh x kasi contoh nk buat catatan kontra??

  155. Cg telah memberikan komen mengenai catatan kontra di ATAS.

  156. cg, catatan kontra ni dari dokumen ape??

  157. 1. Borang Wang Masuk
    2. Keratan cek – untuk kegunaan perniagaan / Tunai

  158. cikgu, saya nak tanya, kalau ambilan tunai / barang niaga, perlu dicatat dalam jurnal am?

  159. cikgu…macam mane nak sediakan buku ctatan pertama….

  160. Edwin,
    Ambilan barang niaga – Jurnal Am
    Ambilan tunai – Buku Tunai

    Haikal,
    Kena sediakan Jurnal Am, Jurnal Khas (Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Belian dan Jurnal Pulangan Jualan) dan Buku Tunai. Ianya susah untuk diterangkan disini, Cg cadangkan berjumpa dengan guru anda kerana ianya perlu diberikan TUNJUKAJAR satu persatu.

  161. saya dimaklumkan oleh rakan saya yang telah menamatkan pengajiannya dalam LCCI Book Keeping level 2, bahawa ambilan tunai perlu direkodkan dalam jurnal am dan buku tunai kerana ambilan tunai akan mengurangkan ekuiti pemilik,dan direkodkan dalam buku tunai kerana melibatkan tunai, jadi ia perlu direkodkan dalam jurnal am…. boleh saya tahu yang kaedah mana satu harus saya ikut..? kerana saya bimbang catatan yang silap boleh mennyebabkan kehilangan markah…

  162. Edwin,

    Pada pandangan Cg, apa yang mereka belajar bahawa Buku Tunai hanya dianggap sebagai LEJAR dan bukannya sebagai Buku Catatan Pertama. Dan semua urus niaga hanya dicatat dalam Jurnal Am sahaja sebagai BCP. Daripada Jurnal Am diposkan ke Lejar. Maka wujudlah catatan dalam Jurnal Am dan juga Buku Tunai.

    Tetapi apa yang pelajar SPM diajar bahawa BUKU TUNAI juga boleh dianggap sebagai Buku Catatan Pertama dan Lejar. Maka apabila ada urus niaga tunai/cek, kita boleh terus catat dalam Buku Tunai tanpa menyediakan jurnal am. Kedua2 betul, tidak timbul sebarang masalah kerana kesannya pada Lejar tetap sama. Jika anda catat dalam kedua2 JA dan BT, anda tidak akan disalahkan cuma markah hanya diberikan pada BUKU TUNAI sahaja.

    Maka, cadangan Cg memadai dengan terus catat dalam Buku Tunai sahaja.

  163. hi cikgu..
    saya nak tanya Syarikat ABC mengenakan insurans atas belian RMxx ke atas belian..
    apakah buku catatan pertama yang digunakan?
    jurnal belian atau buku tunai?

  164. Vinsen,
    Berdasarkan urus niaga yang diberikan, tiada bayaran tunai/cek telah dibuat, maka tidak boleh dicatat dalam Buku Tunai. Dan ianya bukan berkaitan barang niaga, maka tidak boleh dicatat dalam Jurnal Belian.

    Pada pandangan Cg, ianya perlu dicatatkan dalam JURNAL AM, iaitu:
    Dt: Insurans atas belian, Kt: Syarikat ABC

  165. salam,
    bgmna nak rekodkan ambilan utk kegunaan sendirin dan untuk kegunaan perniagaa
    ap butiran yg perlu ditulis dlm jurnal am dan di sebelah kt or dt

  166. Salam, Catatan Jurnal Am bagi :

    1. Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi.
    Dt AMBILAN, Kt BELIAN

    2. Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi…..
    Dt: PROMOSI, Kt BELIAN

  167. cg… sekiranya meja adalah barangniaga satu syarikat..kalau urusniaganya “ambilan meja utk kegunaan pejabat?”
    mana satu catatan dalam jurnal am ini yang betul.
    1) dt ambilan kt belian
    ATAU
    2) dt perabot kt belian

  168. Anne,

    Dt PERABOT, Kt BELIAN adalah BETUL.
    AMBILAN – hanya melibatkan kegunaan peribadi sahaja.

  169. sye nk tnye,sye bli kenderan dn mesin daffar tnai…
    kenderaan dn mesin daffar tnai letak kat jurnal am kan..?
    apa ayt yg patut tlis kt jurnal am..?

  170. Farah,

    Sila guna EJAAN yang lengkap.

    Pertama, adakah belian tersebut secara TUNAI/CEK atau KREDIT. Jika :
    1. Secara TUNAI/CEK – Buku Tunai
    2. Secara KREDIT – JURNAL AM (Dt: Kenderaan/Mesin Daftar Tunai, Kt: Nama Pembekal)

  171. salam cikgu.saya ingin bertanya.bagaimana hendak membezakan antara debit dan kredit dalam buku tunai?dan bagaimana hendak tutup akaun buku tunai runcit?

  172. Salam Nysa,

    BUKU TUNAI
    DEBIT – wang masuk / penerimaan
    KREDIT – wang keluar / pembayaran

    BUKU TUNAI RUNCIT, imbang dan tutup seperti akaun2 yang lain bagi lajur penerimaan dan pembayaran untuk dapatkan BAKI AKHIR. Manakala lajur analisis hanya jumlahkan sahaja.

  173. cg
    kalo belian krdt msuk kan kt ne??
    kalo ta slap saya jrnal belian kan?

  174. Wan,
    Belian barang niaga secara kredit – JURNAL BELIAN.
    Debit : Belian, Kredit : Pemiutang

  175. Cg
    makluman kredit bagi pinjaman catat di jurnal am atau buku tunai?
    sebelah debit atau kredit?

  176. Kelly,
    BUKU TUNAI – DEBIT.

  177. dalam keratan cek, kita kena tulis baki terakhir..
    so, kita kena tulis amaun yg ada pada bank ??
    contoh kita memulakan perniagaan dgn RM 50 000.
    So, kena tulis RM 50 000

  178. salam,buku tunai yg sy wat ximbang..tlonk ek..sy buntu cgt2..

  179. Asfa,
    BUKU TUNAI sememangnya TIDAK SEIMBANG, daripada situ kita dapat menentukan berapakah BAKI TUNAI dan BAKI BANK pada akhir setiap bulan.

    Kelly,
    YA, Kertan cek : BAKI TERAKHIR, adalah merujuk kepada BAKI WANG DI BANK pada tarikh tersebut.

  180. Belian & Jualan secara tunai mu masuk dlm Jurnal Belian @ Jualan tak cikgu??

  181. Terry,
    Semua urus niaga yang melibatkan TUNAI/CEK mestilah dicatat dalam BUKU TUNAI

  182. cg camne nk buat dokumen slip daftar tunai berdasarkan
    urusniaga ”beli alat tulis secara tunai RM25”

  183. SALAM CG.

    nie urusniaga sya

    membeli lekapan dan lengkapan sebanyak rm 8000 drpd syarikat neny secara kredit

    urusniaga nie msk bku tunai atau jurnal am atau ke2ny skli?

  184. salam cikgu…..

    lekapan dan lengkapan yg di beli secara kredit

    msk bku tunai kha ? atau jurnal am?

  185. Nisa & Aishah,

    Adakah melibatkan wang tunai / cek ? … sudah tentu tidak kerana belian SECARA KREDIT (hutang), maka TIDAK BOLEH dicatatkan dalam Buku Tunai…. JURNAL KHAS juga TIDAK BOLEH kerana ianya BUKAN BARANG NIAGA. Oleh itu urus niaga tersebut perlulah dicatatkan dalam JURNAL AM.

  186. cg apa yg dimaksudkan lejar am

  187. Nak buat lejar?rujuk kan mana?

  188. Mizi,
    LEJAR AM merupakan lejar UTAMA yang digunakan untuk merekod semua akaun lejar kecuali akaun penghutang dan pemiutang. Cara menyediakan lejar boleh rujuk Buku Teks Tingkatan 4, Bab Lejar.

  189. cikgu nak catat apa kalau nak memulakan pernigaan?dalam jurnal am?

  190. Boleh catat sebagai ” Aset dan ekuiti pemilik pada tarikh ini”

  191. nak tanya, pinjaman kat dalam buku tunai di belah debit atau kredit ?
    ada contoh kater kat belah debit dan ader belah kredit.
    saya dah jadi blurr

  192. Eifana,

    PINJAMAN ada 2 :
    1. Pinjaman daripada Bank… kita TERIMA duit, maka DEBIT dalam BT.
    2. Beri Pinjaman kepada pekerja…. kita KELUAR duit, maka KREDIT dalam BT.

  193. tima kasih cikgu =)
    maklumat tuh bnyk membantu syer
    tapi bole sye tanya lagi,
    camne nak kire stok awal dengan stok akhir berdasarkan kad stok ataupun kena berdasarkan dokumen lain ?

  194. Stok akhir dikira pada akhir sesuatu tempoh perakaunan secara fizikal (boleh rujuk Kad Stok jika ada), iaitu berapa kuantiti stok yang ada dalam kedai, kemudian didarab dengan Harga kos, maka dapatkan nilai STOK AKHIR pada nilai kos. Manakala nilai stok akhir tersebut akan jadi STOK AWAL pada tempoh perakaunan berikutnya. …. seperti Baki h/b dan Baki b/b.

  195. salam, ckgu…
    boleh x cikgu terangkan pada saya maksud sistem panjar…
    saya kurang faham,..

  196. Salam,
    Ianya dibawah topik BUKU TUNAI RUNCIT.
    Bagi setiap tempoh tertentu (spt: sebulan, seminggu, 2 minggu) telah diperuntukkan sejumlah WANG TUNAI untuk kegunaan tunai runcit. Katakan RM250 bagi tempoh sebulan. Manakala jumlah yang telah dibenjakan dalam tempoh tersebut sebanyak RM200, maka bakinya tinggal RM50 untuk dibawa ke bulan hadapan.

    SISTEM PANJAR bermaksud jumlah yang telah dibelanjakan bagi tempoh tersebut akan diganti balik pada akhir tempoh/ awal tempoh berikutnya, iaitu RM200. Ini supaya jumlah peruntukan untuk bulan berikutnya genap kembali RM250.

  197. cg.. soalan nih (trial pahang 2009)
    cg boleh trus tgok pada tarikh 29/07..
    itu catatan kontra kan cg?
    tp sy ada sdikit kekeliruan di sini
    saya catatkan:-
    debit ::-
    -butiran ~ tunai
    ~ruangan bank – 500
    kredit::
    ~ butiran – bank
    ~ruangan tunai – 500
    tp jwapan sbnr terbalik.. saya btul2 pning la bab kontra ni.. boleh cg tlg beri penjelasan,,??

  198. Jawapan anda sudah BETUL dan jawapan sebenarnya pun juga BETUL sepertimana jawapan anda…. TIADA apa2 silappun.

  199. RESIT RASMI
    ASAL
    AN-NUR
    diterima drp :: ben wahab enterprise
    krn :: kos membina 2 unit rak pameran
    kita–>ben wahab enterprise (pembekal bahan minuman pracampuran)
    saya catatkan :-
    BUKU TUNAI (kt)
    – kadar bayaran
    skema jawapan:-
    – perabot
    persoalan:-
    knp perabot eh cg?? bukan tuh kira macam kos membaiki alatan pejabat ke?

  200. KADAR BAYARAN adalah merujuk kepada bayaran bil2 seperti bil elektrik, bil air, bil telefon.

    Bina rak pameran bukanya bermaksud BAIKI yang rosak, tetapi BUAT baru, seolah2 kira beli rak pameran baru yang dipasang-siap dalam kedai kita. Dan RAK PAMERAN tersebut dikelaskan sebagai PERABOT / LENGKAPAN.

    Manakala ALATAN PELABAT adalah merujuk kepada ALAT2 seperti komputer, pencetak, fax, mesin fotostat dll.

  201. cikgu,bolehkah sy tanya? adakah kita perlu hafal format2 semua ? Bagaimanakah cara yang senang kita hafal,ingat dan buat dengan tepat…kadang2 sy buat soalan … tidak cukup masa menyelesai semua soalan tersebut. Adakah cara terbaik supaya kita dapat buat semua soalan dengan masa yang ditetapkan?

  202. Format semestinya kena ingat baru dapat jawab dengan lancar semasa peperiksaan. Masalah TIDAK CUKUP masa merupakan masalah UTAMA pelajar semasa peperiksaan, maka pengurusan masa menjawab sangatlah penting. Kebiasaannya masa banyak terbuang semasa menjawab soalan yang agak sukar seperti soalan no. 2 dan no.3.
    Cadangan Cg, jawab soalan yang MUDAH (bagi anda) dahulu, kemudian semakin sukar.. dengan cara tersebut, masa dapat digunakan sepenuhnya untuk menjawab.

  203. Terima kasih cikgu kerana sudi baca dan balas comment…oya ~cikgu adakah cara yang terbaik ,senang diingat untuk hafal format sperti kunci-kira2,kos perkongsian,penyata penyesuaian bank dan selainnya…

  204. Sama2.. untuk mudah hafal, kena FAHAM konsep2 yang berkaitan dengannya serta tujuan penyediaannya.

  205. ok…terima kasih atas sudi meyelesai masalah yg sy dihadapi…^^

  206. Maaf cikgu, bolehkan saya tanya? Apakah beza penghutang dengan pemiutang ? Adakah maksud penghutang adalah hutang(kt)dari pinjaman dan pemiutang adalah hutang(kt)?

  207. Kita jualan barang niaga kepada PELANGGAN secara kredit, maka pelanggan tersebut dipanggil PENGHUTANG – dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

    Manakala kita BELI daripada PEMBEKAL secara kredit, maka pembekal tersebut dipanggil PEMIUTANG – dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

  208. cikgu, kalau keratan cek yang melibatkan pengeluaran tunai dari bank untuk membayar sewa rumah peribadi….
    mcm mana rekod untuk jurnal ?

  209. KERATAN CEK sudah semestinya BUKU TUNAI, Kredit …. cuma BUTIRnya mungkin ramai yang tersilap jika tidak berhati-hati. Oleh kerana perbelanjaan tersebut untuk kegunaan PERIBADI, maka butirnya adalah AMBILAN.

  210. cikgu pekse akaun dalam dokumen soalan 1 ade catatan nota debit tapi butiran tulis caj dikenakan ..jadi kita nak masuk dekat buku tunai atau jurnal am??

  211. JURNAL AM
    Dt: Angkutan masuk
    Kt: Yatee Batik Enterprise

  212. alhamdulillah betul ape yang saya wat..terima kasih cg

  213. assalamualaikum, cgu..nak tanya buku petty cash untuk koperasi sekolah macamner nak rekod, sama tak dengan buku tunai@buku tunai ruuncit?? tolong saya kena buat penyata kewangan

  214. buku petty cash column dia debit. kredit dan baki betul ker..
    kemudian bila saya tulis duit petty cash katakan 200.00, kemudian bila saya dapat jualan duit besar perlu ker saya rekod dalam petty cash, saya ngah blank jd bendahari

  215. cikgu boleh tunjuk contoh cara nk rekod buku petty cah supaya telly kemudian nanti,,,,tolong

  216. salam..cikgu
    sy student ipta..
    soklan ni berbunyi

    :-Summarised cash sales for the month and found them to be RM2500. Took a cheque for RM500 as own wages for the month. Banked RM2000 out of the cash sales over the month.

    cmne nk msukkan ke lejar bg soklan ni?
    n klu stok akhir dalam pernyataan utk masukkan ke dlm imbangan duga cmne yer? perlu mskkn ke lejar dlu or trus imbgn duga?

    tlg sy yer..

    klu amik

  217. Eiyka,

    1.Cuba berikan jawapan anda, kemudian baru Cg berikan komen.

    2. STOK AKHIR tidak perlu dimasukkan dalam Imbangan Duga, hanya STOK AWAL sahaja.

  218. Cikgu : saya nak tanya Buku Catatan Pertama terdiri daripada : Jurnal , Buku Tunai Dan Buku Tunai Runcit , betul tak ?

  219. BUKU CATATAN PERTAMA atau buku catatan asal yang digunakan untuk merekodkan semua urus niaga perniagaan mengikut urutan tarikh. JURNAL (JA, JB, JPB, JJ, JPJ, J Penerimaan Tunai dan J Pembayaran Tunai) merupakan salah satu Buku Catatan Pertama. Manakala BUKU TUNAI tergolong dalam kumpulan LEJAR, walau bagaimanapun BT boleh juga dianggap sebagai BCP sekiranya J/Penerimaan Tunai dan J/Pembayaran Tunai tidak disediakan.

  220. cikgu nota tingkatan 4 dan 5 tak ada ke ????2010 -2011 sylabuss baru

  221. Nota yang lengkap dan mengikut Sukatan baru ialah Buku Teks.
    Walau bagaimanapun beberapa Nota dan Latihan boleh juga di perolehi daripada blog sahabat Cg, iaitu Cikgu Firdaus melalui blog beliau PRINSIP PERAKAUNAN SPM Cikgu Firdaus.. Sentiasa Bersama Anda (klik)

  222. slm cikgu.
    apa beza antara akaun penghutang dengan akaun kawalan penghutang?

  223. Hi cikgu,
    dalam pengeposan dokumen ke BCP, adakah kita pos ke BT atau Jurnal Penerimaan & Pembayaran Tunai sebab ini yang ditunjukkan di Bab 4 tetapi bila sampai bab 5, ia tunjukkan BT pos ke lejar. Agak keliru cikgu.

  224. Cg Wong,
    Pada pandangan saya, urus niaga tunai boleh direkodkan dalam Jurnal Penerimaan / Pembayaran Tunai ataupun Buku Tunai. Jika guna Jurnal, maka ianya perlu diposkan ke Ak Tunai dan Ak Bank.

  225. Cikgu,

    saye telah buat buku tunai. Tapi kat ruangan tunai sebelah kredit telah terlebih jumlah dan sebelah debit plak kurang besar jumlahnya. Manakala, sebelah debit ruangan bank jumlahnya melebihi daripada ruangan bank sebelah kredit. Bantu saye, cikgu. Apa perlu saye buat?

  226. Ricca,

    Cuba semak pada catatan KONTRA, kemungkinan ada kesilapan …. terbalik antara catatan debit dan kredit dalam lajur Tunai dan Bank.

  227. Cikgu,

    *memindahkan tunai perniagaan Rm 1500 ke dalam bank*
    Cmne nak catatkan dalam buku tunai?

  228. Ricca,

    ————————— Buku Tunai —————————-
    —————– Tunai – Bank ———————– Tunai–Bank
    TUNAI——————– 1500 – BANK ————-1500

  229. Cikgu,

    maaf ye, saya tak faham.

    Begini ke?

    (Sebelah debit)
    Ruangan BUTIR- Tunai
    Ruangan BANK- Rm 1500

    (Sebelah kredit)
    Ruangan BUTIR- Bank
    Ruangan TUNAI- Rm 1500

    Dan ini catatan kontra? Perlu letak K kat ruangan FOLIO ke?

  230. ?? Sesiapa boleh beritahu saye?

  231. Cg saya tak faham tentang cacatan kontra ni. dan bila masa baru nak guna cacatan kontra. i’m a little bit confused about it.

  232. Chu,

    Catatan KONTRA digunakan apabila melibatkan urusniaga berikut :
    1. Masukkan wang tunai perniagaan ke dalam Bank…… Dt Bank dan Kt Tunai.
    2. Keluarkan wang dari Bank untuk kegunaan perniagaan …. Dt Tunai dan Kt Bank.

  233. Salam Cikgu,
    Kalau kita guna Buku Tunai, Slip wang masuk kita akan catat sebagai kontra di Buku Tunai. Bagaimana pula kita merekod slip wang masuk jika kita gunakan jurnal penerimaan dan pembayaran tunai?

    Terima kasih atas tunjuk ajar cikgu

  234. Ain,

    Pada pandangan saya,
    Konsepnya tetap sama, isikan dalam kedua2 Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai.

  235. cikgu apa status buku tunai….?buku catatan pertama atau lejer???

  236. Nik,

    Buku Tunai dikelaskan sebagai Lejar, walau bagaimanapun ianya boleh juga dikelaskan sebagai Buku Catatan Pertama, jika tidak menyediakan Jurnal Penerimaan tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai.

  237. cikgu.. blh tak cikgu terangkan cara2 utk catatkan nama BUTIR dalam jurnal ..tak kira lah jurnal apa pun.. setiap kali soalan suruh catatkan sesuatu urusniaga ke dalam jurnal, saya tak tahu mcm mana nak tulis butir…TLG cikgu…..

  238. Sasi,

    BUTIR dalam JURNAL AM merujuk kepada NAMA AKAUN yang terlibat dengan urus niaga tersebut. Manakala Jurnal Jualan dan Jurnal Pulangan Jualan, butirnya ialah NAMA PENGHUTANG. Jurnal Belian dan Jurnal Pulangan Belian, butirnya NAMA PEMIUTANG yang terlibat.

  239. salam…cikgu…saya nak tanya…betul tak ni?

    jurnal am – untuk belian barang secara hutang/kredit

    jurnal khas – untuk belian yang melibatkan barang
    niaga secara hutang,terima dan hantar invois

    buku tunai – apa-apa belian atau jualan yang melibatkan tunai dan cek sahaja.

    sekarang ni untuk format exam ade tak jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai? atau pun dua2 jurnal ini dah tukar kepada bentuk buku tunai???

    saya confius skit la cikgu…

  240. Nurul,

    JURNAL AM merupakan jurnal yang merekodkan pelbagai urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam buku catatan pertama yang lain. Antaranya :
    1. catatan permulaan perniagaan.
    2. catatan penutup dan pemindahan baki2 akaun, catatan pembalikan.
    3. belian dan jualan aset bukan semasa secara kredit.
    4. ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi atau kegunaan perniagaan.
    5. kemasukan aset sebagi modal tambahan.
    6. catatan pelarasan
    7. pembetulan kesilapan
    8. rekod pembubaran perniagaan.

    JURNAL KHAS merekodkan urus niaga yang melibatkan BARANG NIAGA secara KREDIT. Di mana dokumennya adalah Invois, Nota Debit dan Nota Kredit.

    JURNAL PENERIMAAN TUNAI dan JURNAL PEMBAYARAN TUNAI / BUKU TUNAI merekod semua urus niaga yang melibat pembayaran / penerimaan menggunakan wang TUNAI dan CEK.

    Apa2 topik yang ada dalam sukatan pelajaran dan Buku Teks, maka ianya ada kemungkinan akan dikeluarkan dalam soalan peperiksaan.

  241. salam cikgu…

    nak tanya ni…bile kite dah rekod dalam jurnal am iaitu tunai dan bank….bila posting ke lejer ada tak akaun tunai dan akaun bank??/ atau pun tunai dan bank yang dalam jurnal tu hanya dipost kan ke buku tunai???

  242. Nurul,

    BUKU TUNAI adalah merupakan lejar, iaitu gabungan Ak TUNAI dan Ak BANK, maka tidak perlu lagi membuka Ak Tunai dan Ak Bank yang lain.

  243. cikgu, maklumat dalam NOTA DEBIT menyatakan bahawa kos penghantaran barang dalam invois (Belian Kredit barang niaga). maklumat angkutan masuk ini kena catat dalam Jurnal Am atau Jurnal Belian? terima kasih.

  244. Ying,

    Pada pandangan Cg,
    Terdapat 2 pendapat yang biasa digunakan, catat dalam (1) Jurnal Am atau (2) Jurnal Belian .. Walau bagaimanapun bagi Cg, penggunaan JURNAL AM lebih baik bagi menzahirkan belanja ANGKUTAN MASUK tersebut. Ini kerana kedua-duanya akan memberikan kesan yang sama ke atas Ak PEMIUTANG, iaitu akan menambahkan jumlah hutang. Jika kita catat dalam JB, maka belanja Angkutan Masuk tersebut seolah2 tidak wujud kerana telah dimasukkan dalam Ak Belian.

  245. terima kasih cikgu…

  246. CIKGU: Dalam Buku Tunai Runcit, bil tempat letak kereta(parking fee) masuk ke dalam tambang atau belanja am? thank you.

  247. Tan,

    Pada pandangan Cg, bayaran tempat letak kerata lebih berkaitan urusan pengangkutan… maka TAMBANG lebih sesuai berbanding Belanja Am.

  248. terima kasih, cikgu.

  249. Cikgu,
    Dalam buku tunai, formatnya disebelah debit tulis tarikh, butir, diskaun, tunai, bank dan sebelah kredit tulis tarikh, butir, diskaun, tunai, bank. Untuk lebih senang ingat, bolehkah kita tulis tarikh, butir, diskaun diberi dan tarikh, butir, diskaun diterima? sebab kebanyakan jawapan yg kita lihat hanya tulis perkataan diskaun sahaja.
    terima kasih

  250. Fatimah,

    Boleh ditulis “Diskaun diberi” dan “Diskaun diterima”, bagi membantu / memudahkan pelajar mengingati dan membezakan antara kedua2nya.

  251. apa itu belian kredit, belian tunai, pulangan belian, angkutan masuk dan upah atas belian

  252. Cgu

    Ada apa2 tips untuk saya master dalam jurnal??? Bagaimana nak kuasai jurnal ini…saya masih lemah di topik ini….

  253. Robby Lim,

    Cuba fahami kegunaan / fungsi setaip satu jurnal2 tersebut, urus niaga yang terlibat, cara merekodnya serta cara poskan ke Lejar.
    Sila rujuk nota ringkas yang telah Cg sediakan DIATAS sebagai panduan.

  254. Bagaimanakah hendak menghiasi folio? Cikgu saya menyuruh saya menghias folio, saya ingin membuat folio saya cantik….

  255. Nabila,

    Tiada sebarang markah untuk hiasan2 tersebut… apa yang penting isi kandungan memenuhi kehendak soalan. Jadi pastikan isi kandungannya LENGKAP dan TEPAT terlebih dahulu…. kemudian macam mana nak hias tu, kena tanya cikgu anda…. hiasan macam mana yang beliau maksudkan.

  256. cg,
    membawa masuk kenderaan, rm 55 000 untuk kegunaan perniagaan.
    Adakah urusniaga tersebut dicatat dlm jurnal am?
    Apa yang didebitkan dan dikreditkan?
    mohon bantuuan cg

  257. Zaty,

    Ya, catat dalam JURNAL AM
    Dt: KENDERAAN 55,000
    Kt: MODAL 55,000

  258. terima kasih cg….

  259. macam mane nak buat ,,,
    ambil tunai dari bank(buku tunai)

  260. Thurga,

    Catat dalam BUKU TUNAI…. lajur BANK,
    Kredit : AMBILAN RMxxx

  261. Saya sangat keliru dengan soalan-soalan yang saya temui dalam bab PHR dan PSN.

    Sekiranya soalan nyatakan PHR dikira atas penghutang bersih. Saya tengok format soalan SPM, PHR dikira atas nilai penghutang tanpa tolak PHR yang sedia ada. Manakala, soalan latihan pula mengira PHR selepas Penghutang ditolak dengan PHR sedia ada. Boleh cikgu menerangkan kepada saya maksud BERSIH di akhir soalan. Ia nampak mudah tapi mengelirukan.

    Begitu juga dengan PSN.
    Contoh: Van 48000
    PSNT 14000

    Van disusutnilaikan 20% setahun atas kos bersih. Jadi adakah keadah pengiraannya adalah Baki Berkurangan atau Garis Lurus?

    Saya buat seperti biasa, 48000 x 0.20

    Adakah saya salah atau betul?

  262. Ravi,

    PENGHUTANG BERSIH disitu adalah merujuk kepada Baki PENGHUTANG selepas mengambilkira pelarasan2 yang terlibat seperti Hutang Lapuk, Pulangan Jualan tertinggal rekod dan sebagainya yang melibatkan PENGHUTANG…….. BUKANNYA bermaksud Nilai PENGHUTANG (-) PHR.

    Pada pemahaman Cg, “KOS BERSIH” disitu merujuk kepada NILAI BUKU BERSIH VAN tersebut … iaitu NILAI KOS VAN – SNT VAN, …. ataupun dikenali sebagai KAEDAH BAKI BERKURANGAN. Sekiranya dinyatakan 20% ATAS KOS….. itu dikenali sebagai KAEDAH GARIS LURUS.

  263. Salam cikgu,saya pelajar kolej,masa spm i tak ambil sub akaun.
    karang i ambil kos akauntansi…bagaimana saya boleh mahir dalam akaun?selalu saya bt salah bahagian merekodkan debit dan kredit..tlng sy cikgu.terima kasih

  264. Maha,

    Kena faham konsep asas sistem catatan bergu, klasifikasi akaun dan baki2 nya. Iaitu
    Aset dan Belanja berbaki DEBIT
    Ekuiti, Liabiliti dan Hasil berbaki KREDIT

  265. Salam Cikgu Narzuki..

    Jika kita ingin membuat lejar untuk kenderaan membawa masuk, apakah nama yang perlu saya letak di dt ?

  266. …………………..Ak Kenderaan
    MODAL 55,000

  267. sampul surat masuk belanja pos atau alat tulis?

  268. Helenhii,

    Sampul surat… sebagai Alat Tulis,
    Sampul surat dan setem ….. Belanja Pos

  269. Cikgu,
    Jika peperiksaan diberi jurnal am, buku tunai..bolehkah kita tak guna dan lukis sendiri dalam kertas kajang. Contoh soalan tahun 2010, soalan suruh pelajar guna format buku tunai runcit yang dilampirkan tetapi kita tak guna dan lukis sendiri, bolehkah?

  270. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Kertas Buku Tunai, Jurnal dan Lejar akan diberikan kepada calon semasa peperiksaan nanti… sama ada pelajar nak guna atau tidak guna terserah kepada pelajar.

    Begitu juga dengan kertas format yang dilampirkan (contohnya Format buku tunai runcit), .. ianya diberikan bagi membantu pelajar, jika dirasakan ianya sesuai, maka boleh digunakan… jika dirasakan tidak sesuai, maka adalah lebih baik sediakan mengikut format sendiri… apa yang penting JAWAPAN disediakan dengan betul dan mengikut format yang betul.

  271. assalammualaikum cikgu….
    walaupun dalam buku teks ada diterangkan jurnal penerimaan dan pembayaran tunai,tapi adakah dalam peperiksaan SPM yg sebenar ada juga disoal akan jurnal2 tersebut ataupun hanya disoal ttg buku tunai saja??

  272. Hajerah, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya, apa2 yang ada dalam sukatan dan buku teks ada kemungkinan akan dikeluarkan dalam soalan SPM nanti.. kita tidak boleh bersandarkan soalan tahun2 lepas bagi menjangkakan mana topik2 yang penting dan akan dikeluarkan dalam SPM…. ini kerana format pentaksiran sekarang sudah BERBEZA dengan format soalan tahun2 lepas.

    Cadangan saya, pastikan pelajar betul2 faham apa yang disampaikan dalam BUKU TEKS dan jawab SEMUA soalan yang disediakan.

  273. Salam cg,
    Jika nota debit (asal) diterima kerana caj upah atas belian membeli lengkapan kedai, bagaimana nak rekod dlm BCP dan lejar? Adakah upah atas belian ini butiran Penyata Pendapatan?

  274. Msubri68,

    Adakah Lengkapan Kedai merupakan BARANG NIAGA ??,
    Jika YA, maka …….. BCP = Jurnal Am
    Catatannya : Dt: Upah atas belian Kt: Nama Pemiutang
    Upah atas belian … item dalam Kos Belian dalam Penyata Pendapatan.

  275. Salam cg,

    Jika nota debit diterima kerna caj upah atas belian lengkapan kedai (aset bukan semasa), bagaimana nak rekod dalam BCP, lejar dan penyata kewangan.

    Tq cg

  276. Msubri68,

    Pada pandangan saya,
    Jika caj tersebut dikenakan atas pembelian ABS, maka kos caj tersebut boleh juga DITAMBAH keatas kos ABS tersebut..

    Sebagai contoh :
    Harga Lengkapan kedai = RM1000
    Kos upah atas belian = RM100
    maka Nilai KOS untuk mendapatkan Lengkapan tersebut = RM1100.

    Catatannya : Dt: Lengkapan kedai.. Kt: Nama Pemiutang.

  277. Salam cg,
    Saya kurang faham tentang BCP – J. Belian, jika belian barang niaga secara kredit, semua pemiutang direkod dlm J.belian, bagaimana dengan belian aset bukan semasa (ABS) secara kredit, adakah pemiutang ABS direkod dlm JBelian.
    Bagi akaun kwln pemiutang, adakah ianya untuk akaun pemiutang barangniaga sahaja, bagaimana dengan akaun pemiutang ABS?
    TQ cg

  278. Msubri,

    Jiak bukan barang niaga, ianya dicatat dalam JURNAL AM… dan diposkan ke LEJAR AM. Pemiutang bukan barang niaga dikelaskan sebagai LS / LBS bergantung kepada tempoh bayaran balik semua hutang tersebut. Ak KAWALAN PEMIUTANG…. … boleh dikatakan sebagai RINGKASAN kepada Semua Ak Pemiutang (barang niaga) dalam LEJAR BELIAN.

  279. Salam, dalam bab buku catatan pertama, jurnal peneriman tunai dan pembayaran tunai tu boleh ke diabaikan sahaja dan terus gunakan sahaja buku tunai 3 ruang.

  280. Jam,

    JANGAN sekali-kali abaikan perkara tersebut… Sukatan Pelajaran dan Format Pentaksiran sekarang sudah berbeza dengan tahun2 sebelum ini. Pastikan apa yang ada dalam Buku Teks diajar kepada pelajar.

  281. salam cgu..
    saya ingin bertanya..ada pelajar saya bertanya kepada saya, mengapa belanja berbaki debit sedangkan kita perlu mengeluarkan wang..mengapa tidak berbaki kredit….dan mengapa pula hasil berbaki kredit tetapi tidak berbaki debit kerana kita mendapat wang..

  282. Cgu Ani,

    Kita kena kaitkan dengan Sistem Catatan Bergu… setiap urusniaga akan melibatkan sekurang2nya 2 AKAUN…… satu DEBIT dan satu lagi KREDIT….. pelajar kena sedar bahawa ada 2 AKAUN yang TERLIBAT. Contohnya : bayar sewa dengan tunai sebanyak RM200. Maka catatan bergunya :

    DEBIT – Sewa (BELANJA) RM200
    KREDIT – Tunai RM200 ……………………………. yang KELUAR adalah WANG, maka Ak TUNAI – KREDIT

    Begitu juga dengan HASIL….. apa bila TERIMA WANG …. maka pelajar perlu faham, AK TUNAI / BANK mestilah DEBIT… dan HASIL : KREDIT.

  283. Seorang peniaga ingin memulakan perniagaan tapi tidak cukup wang sebagai modal permulaan, so dia buat pinjaman bank dan semua wang pinjaman tu digunakan sebagai modal perniagaan. Macam mana nak buat catatan pembukaannya yang betul dalam J Am

    Pinjaman bank dan modal tu kan catatan sebelah kredit, J Am, sebelah debit apa yang nak dicatat.

  284. Jam,

    Kita kena jelas …. siapa yang buat pinjaman bank tersebut … sama ada atas NAMA PEMILIK ataupun NAMA PERNIAGAAN.

    1. Jika atas NAMA PEMILIK… kemudian pemilik BAWA MASUK ke AKAUN BANK perniagaan sebagai MODAL, maka catatan bergunya ialah :
    Dt: BANK dan Kt : MODAL

    2. Jika atas NAMA PERNIAGAAN … maksudnya Perniagaan yang buat PINJAMAN BANK… (Ak Modal TIDAK TERLIBAT, kerana bukan BAWA MASUK), maka catatan bergunya :
    Dt: BANK dan Kt: PINJAMAN BANK

  285. Cikgu,
    Dalam format buku tunai runcit, format buku LCCI ialah Penerimaan, Tarikh, Butir, Jumlah , analisis dan Helaian SPM format yang dibekalkan juga format tersebut tetapi buku teks format ialah Tarikh, Butir, Debit, Kredit dan analisis. Maka Helaian yang dibekalkan tidak sesuai digunakan jika kita guna format buku teks. Bolehkah kertas kajang digunakan untuk lukis format seperti buku teks dan tidak guna helaian tersebut. terima kasih.

  286. Nizam,

    BOLEH … tidak menjadi masalah, kerana kedua2 format tersebut diterima pakai……. pada pandangan saya, sepatutnya soalan SPM tersebut menyediakan kedua2 format untuk pilihan pelajar, sekiranya ingin pelajar gunakan helaian lampiran yang dibekalkan….. atau tidak perlu serta lampiran, pelajar buat sendiri ikut format masing2.

  287. cg dalam, buku tunai, contoh bank lagi besar sebelah debit, lepas tu sebelah kredit, tunai besar. macam mana nak kira ke salah ?

  288. Nia,

    Ak BANK boleh berbaki Debit ataupun berbaki Kredit (iaitu Overdraf). Tetapi AK TUNAI mesti berbaki DEBIT (iaitu besar sebelah debit).
    Ak TUNAI berbaki KREDIT (besar sebelah Kredit) bermaksud .. WANG KELUAR lebih banyak daripada WANG MASUK…. perkara ini TIDAK MUNGKIN BERLAKU.
    Contohnya.. wang tunai masuk RM100….. adakah boleh kita keluarkan wang RM200 ?

  289. ok, terima kasih cikgu 🙂

  290. Assalamualaikum,
    Boleh cikgu terangkan ape maksud akaun tunai?

  291. Alya, waalaikumussalam.

    AKUAN TUNAI digunakan untuk merekodkan semua urus niaga yang melibat PENERIMAAN dan PEMBAYARAN secara TUNAI, dimana Wang Tunai MASUK dicatat di sebelah DEBIT, manakala Wang Tunai KELUAR dicatatkan disebelah KREDIT.

  292. cg kalo pulangan jualan ataupun pulangan belian perlukah direkod dalam buku tunai

  293. Nesh,

    Cuba fikirkan …. adakah ianya melibatkan urus niaga TUNAI / BANK (cek) ?
    Jika TIDAK melibatkan WANG TUNAI / BANK (cek) …. Masuk (Terima) atau Keluar (Bayar) .,… maka BT tidak terlibat.

  294. Nak Tanya, Baki Lekapan Dan Lengkapan nak tulis camne dlm Buku Tunai?

  295. Aina,

    Baki Lekapan dan Lengkapan … TIDAK terlibat dengan Buku Tunai…. hanya Baki awal TUNAI dan BANK sahaja yang perlu dimasukkan. Manakala baki lekapan dan lengkapan perlu dimasukkan dalam AK LEKAPAN DAN LENGKAPAN sebagai BAKI B/B (… baki awal).

  296. Terima kasih, cg.

    Cg, macam mana dgn ‘pindah Tunai Dari bank ke kedai’ camne nak tulis? (Akaun Tunai & Bank)

  297. Aina,

    Perkara tersebut dipanggil CATATAN KONTRA….. di mana Debit TUNAI dan Kredit BANK…. kedua2nya dicatat dalam Buku Tunai.

    Sila rujuk cara merekodnya dalam buku teks m/s 144.… cuma contoh dalam buku teks “Memasukkan wang tunai ke bank”…… manakala untuk “Mengeluarakan wang dari bank untuk kegunaan kedai”… catatannya jadi SEBALIKNYA.

  298. Cg,

    Kalau dia tulis ‘beilan perabot secara kredit daripada syarikat rozel’ macam mane nak wat? ASAP!

  299. Aina,

    Oleh kerana PERABOT .. bukannya barang niaga, maka ianya perlu dicatatkan dalam JURNAL AM, iaitu :
    Dt: Perabot
    Kt: Syarikat Rozel

  300. Assalamualaikum Cikgu Narzuki .
    saya nak tanya , Diskaun sebelah Dt dalam buku tunai runcit Tiga Lajur diterima atau dibayar ?

    Harap cikgu dapat membalasnya

  301. Amierul,

    DEBIT = Diskaun diberi (………Belanja)
    KREDIT = Diskaun diterima (….Hasil)

  302. cikgu,kalau kita buat buku tunai tiga lejar,dekat tunai atau bank kita kena tulis jumlah sebelum atau selepas diskaun diberi atau diskaun diterima????

  303. cikgu macam mana nak meneruskan perniagaan yang ada baki stok awal?saya tak faham.ASAP

  304. Islinah,

    Sila rujuk buku teks m/s 134… berhubung format Buku Tunai (3 Lajur)…. perkataan “JUMLAH” …. tidak perlu ditulis,

    “Meneruskan perniagaan” .. bermaksud kita telah lama menjalankan perniagaan, maka sudah tentu dalam kedai kita telah ada STOK AKHIR daripada tahun lepas, di mana STOK tersebut akan menjadi STOK AWAL bagi tempoh perakaunan yang baru. Bukan saja stok awal kita ada…. TUNAI, BANK, ASET BUKAN SEMASA, DLL juga boleh jadi baki awal perniagaan.

  305. cikgu diskaun diberi itu disebelah debit kan? jadi kalau saya jual barang RM300 tapi saya bagi diskaun sebanyak RM75,jadi harga dia jadi RM225 saya kena tulis dekat BT dekat tunai atau bank harga RM300 atau RM225??(buku tunai tiga lajur)

  306. Islinah.
    Diskaun tersebut dikenali sebagai DISKAUN NIAGA… dan ianya tidak perlu direkod dalam buku tunai… DISKAUN DIBERI & DISKAUN DITERIMA dlm BT adalah merujuk kepada DISKAUN TUNAI… cuba kenalpasti beza antara kedua2 jenis diskaun tersebut.

    Bila JUAL maka kita akan terima WANG TUNAI rekod DEBIT RM225 dlm lajur TUNAI.. jika terima CEK kita rekod dlm lajur BANK.

  307. ok,terima kasih cikgu!

  308. Cikgu kalau saya dah tulis aset bukan semasa dalam jurnal am yang saya beli secara kredit,perlukah saya tulis balik dalam buku tunai?????

  309. ASAP.thank you ^^

  310. Islinah.

    BUKU TUNAI hanya digunakan untuk merekodkan urus niaga SECARA TUNAI sahaja… di mana melibatkan wang TUNAI / wang di BANK .. sama ada MASUK(terima) atau KELUAR(bayar).

    Oleh kerana urus niaga beli ABS secara KREDIT.. iaitu TIDAK melibatkan wang TUNAI / wang di BANK … maka TIDAK PERLU direkodkan dalam Buku Tunai.

  311. cikgu ambilan barang niaga secara tunai untuk kegunaan keluarga,adakah saya perlu catatkan di jurnal am sahaja atau buku tunai sahaja ataupun di kedua-duanya sekali ataupun salah satunya pun boleh?saya masih kurang jelas tentang hubungan jurnal am dan buku tunai.harap cikgu dapat membalasnya dengan secepat mungkin.Terima kasih cikgu.^-^

  312. Islinah,

    Ada yang tidak kena dengan penyataan tersebut “Ambilan BARANG NIAGA secara TUNAI untuk kegunaan keluarga”. Ambil BARANG NIAGA atau ambil WANG TUNAI ?
    1. Jika ambil BARANG NIAGA untuk kegunaan keluarga ….. maka JURNAL AM
    2. Jika ambil TUNAI untuk kegunaan keluarga…. maka BUKU TUNAI

    —————–
    JURNAL AM digunakan untuk mencatat :
    1. Catatan permulaan
    2. Mana2 urus niaga yang TIDAK dapat dicatat dalam BUKU TUNAI atau JURNAL KHAS
    ——————
    BUKU TUNAI – hanya catat semua urus niaga secara TUNAI/BANK sahaja.
    JURNAL KHAS – hanya catat urus niaga KREDIT bagi BARANG NIAGA sahaja
    Jika tidak memenuhi syarat2 BT dan JK tersebut, maka ianya perlulah dicatatkan dalam JURNAL AM.

    ——————
    CATATAN DUA KALI dalam JA dan BT hanya untuk CATATAN PERMULAAN sahaja.
    Contohnya, Pada 1 Jan 2013. baki2 aset dan ekuiti perniagaan iaitu Tunai, Bank, Kenderaan dan Modal.

    1. JURNAL AM – Catatan Permulaan
    Dt: Tunai…….10
    Dt: Bank……..20

    Dt: Kenderaan…50
    Kt: Modal…………80

    2. BUKU TUNAI – catatan BAKI Tunai dan Bank sahaja
    Dt: 1/1/13 Baki b/b……10 (Tunai)…. 20 (Bank)

  313. Ok,saya sudah faham sekarang.Terima kasih cikgu.
    semoga jumpa lagi pada 2013 nanti.Assalamualaikum 🙂

  314. Islinah, waalaikumussalam.

    Alhamdulillah kerana apa yang saya sampaikan dapat difahami. In shaa Allah jumpa lagi ditahun 2013.

  315. cikgu kalau saya buat belian barang secara tunai,apabila saya pulangkan barang tersebut adakah saya perlu catat di Jurnal Pulangan Belian atau buku tunai?*saya buat pembayaran barang tersebut secara tunai.

  316. Finaz,

    Pada pandangan Cg, bila urus niaga belian SECARA TUNAI, maka urus niaga dikira SELESAI… sekiranya ada kerosakan terhadap barang tersebut.. pekedai akan mengantikan dengan barang yang baru. .. Walau bagaimanapun sekiranya ada Pekedai yang sanggup menerima barang tersebut dan mengembalikan wang .. maka catatannya dalam BUKU TUNAI.

  317. cikgu kalau macam itu,pekedai itu pulangkan duit tersebut (tunai)saya kena tulis dekat sebelah Debit tunai kan? tapi macam mana saya nak buat lejar untuk urus niaga tersebut??????Kalau debit di BT maka kredit di lejar,manakala kredit di BT adalah debit di lejar,betul ke cikgu kalau macam itu????ASAP

  318. Finaz.
    Ya. Debit Tunai butirnya Pulangan belian. Maka bukakan Ak Pulangan belian dalam lejar.. catat sebelah kredit butirnya Tunai.

  319. Cikgu kalau BT tunai punya baki h/b lagi besar daripada bank betul ke cikgu?ataupun kalau di BT baki bank kena lagi besar dari tunai?

  320. Finaz,

    Dari segi rekod perakaunannya TIDAK SALAH, cuma dari segi RASIONALNYA….. dalam keadaan biasa ..wang dalam simpanan di BANK lebih banyak daripada wang tunai ditangan.

  321. salam,,cg..
    memo:
    rekodkn jualn sebhagian lengkpn trpakai secara tunai berkos RM1300.wang trsebut dibankkan.apa yg dt dan kt cg???

  322. Zara,

    Dt BANK RM1300
    Kt LENGKAPAN RM1300

  323. trima ksih cg..

  324. salam,,cg..
    kiranya bukn kt jualan??

  325. Zara,
    Ya bukan jualan….. yang dijual adalah LENGKAPAN, maka lengkapan yang akan berkurang. JUALAN hanya digunakan apabila jual BARANG NIAGA sahaja.

  326. salam,,cg….
    memo:
    mengeluarkn 30 buah bakul cenderamata berjumlh RM 95 untk tujuan promosi..apa yg dt n kt cg??

    cg,,
    mengeluarkn n mngmbil brg sama je kn??

  327. Syahirah,

    Dt PROMOSI
    Kt BELIAN

    # mengeluarkan / mengambil kena lihat pada maksudnya.

  328. salam,,cg
    sy nk tnye …
    keratan cek:
    cek rm 8000
    kerana insurans kedai
    adakah dt insurans n kt bank??
    hnye perlu tulis insurans shja,,x pyh kedai??

  329. Ayu,

    Ya… betul. Insurans sahaja pun ok.

  330. salam..cg
    sy nk tnye satu soalan lg..

    memberi derma bernilai rm200 dari barang niaga untk sekolah addiniah..apa yg dt n kt cg??

    maaf sebab mnyusahkan cg..sy masih lemah dlm dt n kt..trtukar dgn persamaan perakaunan…

  331. Ayu,

    Dt DERMA
    Kt BELIAN……kerana melibatkan barang niaga

    Jika topik persamaan…… semua urusniaga yang melibatkan keluar masuk barang niaga, kita akan tambah / tolak STOK.

  332. Cikgu,
    format buku tunai runcit harus diajar dalam format buku teks di mana lajur pertama ialah tarikh atau format Lcci di mana lajur pertama ialah penerimaan? Terima kasih.

  333. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Format mana yang digunakan tidak menjadi masalah, kerana ianya tetap BETUL dari segi sistem rekod perakaunannya. Cuma adalah lebih guna format BUKU TEKS kerana ianya sumber rujukan utama pelajar.

  334. apa beza jurnal am dengan lejar am? akaun stok perlu ada harga stok tu ke?(modal atau harga jual) apa beza buku tunai dengan akaun tunai? perlu ke ada item tunai dan bank dalam buku tunai/akaun tunai. harap cikgu dapat membantu saya.

  335. Ehsan,

    JURNAL AM ialah salah satu daripada BUKU CATATAN PERTAMA.
    LEJAR AM ialah buku yang mengandungi SEMUA AKAUN kecuali Akaun2 PENGHUTANG dan Akaun2 PEMIUTANG, kerana ianya dicatat dalam LEJAR KHAS (LEJAR PENGHUTANG/JUALAN dan LEJAR PEMIUTANG/BELIAN)… Walau bagaimanapun, pada peringkat awal kemungkinan guru sekolah ajarkan SEMUA AKAUN2 tersebut hanya disediakan dalam LEJAR AM sahaja

    Dalam kes kerja kursus, STOK AWAL belum ada kerana perniagaan baru ditubuhkan, maka TIDAK WUJUD Akaun Stok. Nilai stok daripada KAD STOK adalah merujuk kepada STOK AKHIR.. semasa penyediaan PENYATA PENDAPATAN nanti.

    BUKU TUNAI merupakan Akaun TUNAI dan Akaun BANK yang digabungkan bersama. Bila sudah disediakan Buku Tunai, maka Ak Tunai dan Ak Bank TIDAK perlu lagi disediakan.

  336. Cikgu, saya masih keliru.. jika saya membeli sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan, perlukah saya merekodnya ke dalam Buku Tunai?

  337. Reb.

    Asalkan urus niaga tersebut melibatkan TUNAI / BANK.. maka mesti catat dalam BUKU TUNAI…manakala semua urus niaga secara KREDIT… TIDAK direkodkan dalam BT… dimana jika melibatkan barang niaga – JURNAL KHAS… jika bukan barang niaga – JURNAL AM.

  338. cikgu, kalau insurans ats belian, upah atas belian dan angkutan masuk direkod dalam jurnal am boleh tak ?sebab kalau saya rekod dlm jurnal belian,then pos ke lejar,imbangan duga tak balance..

  339. Nana,

    Semuanya bergantung kepada penyataan urus niaga, jika bayaran secara TUNAI / CEK, maka catat dalam BT, tetapi kos2 tersebut dicajkan oleh pembekal/pemiutang (nota debit), maka catat dalam JA (Jurnal Khas – SALAH).

    ID akan seimbang asalkan lengkap catatan bergunya ,,,, ada disebelah Debit dan Kredit,,,,, walaubagaimanapun ID yang seimbang TIDAK semestinya BETUL, kemungkinan masih ada KESILAPAN TIDAK KETARA yang dilakukan,

  340. Assalamualikum… cikgu,sy tak ada asas dlm akaun tapi sy ingin belajar… boleh cikgu tunjukkan detail format buku lejar??? buku tunai.buku bank,lejar am,pemiutang,penghutang dan lain-lain lagi… dan perlukah kita tulis nama barang yang dibeli secara detail… @ tulis belian sahaja???

  341. Hazreen, waalaikumussalam.

    BUKU LEJAR adalah merujuk kepada buku yang mengandungi AKAUN2 didalamnya ….. maka FORMATNYA sama sahaja.. sebagai panduan asas, sila muat turun fail berikut.. semoga sedikit sebanyak dapat membantu untuk memahaminya.
    Program Celik Akaun (klik)

  342. Ckg if faedah diterima ats simpanan macam mana nak rekod pulak? dlm jurnal am?

  343. Odah,

    Faedah atas simpanan yang dibayar oleh bank akan terus dikreditkan/dimasukkan dalam akaun bank perniagaan, maka
    Jurnal Am
    Dt Bank
    Kt Faedah atas simpanan

  344. sy nk tanye, kalu hasil jualan tunai, kita deposit ke bank, cam ner nk rekod dalam buku tunai???

  345. Aliya,

    Dt : Jualan ……. lajur Bank

  346. Kedai Perabot Nur membeli sebuah komputer secara kredit. Apakah dokumen sumber yang digunakan untuk urus niaga ini?

  347. Shasha,

    Urus niaga secara KREDIT… Dokumen INVOIS sesuai digunakan.

  348. Oh, so kalau membeli aset bukan semasa secara kredit juga menggunakan invois?

  349. Shasha,

    Bagi kita perabot adalah ABS.. tetapi bagi kedai perabot tersebut perabot yang dijual adalah barang niaga bagi mereka.. maka INVOIS akan dikeluarkan.

  350. Oh terima kasih 🙂 Kalau dalam soalan mereka memberi saya angkutan keluar dalam penyata pendapatan, saya kena tulis bawah jualan atau belanja?

  351. Shasha,

    Angkutan keluar —? BELANJA

  352. Terima kasih banyak banyak 🙂

  353. cikgu, kalau soalan dia “membeli barang niaga secara tunai”… adakah kita harus buka buku tunai ataupun jurnal belian?

  354. Nath,

    Asalkan melibatkan TUNAI dan BANK… mesti direkodkan dalam BUKU TUNAI.

  355. “Mengeluarkan wang tunai untuk kegunaan peribadi”. Kenapa urus niaga ini tidak dicatat dalam Jurnal Am?

  356. Shasha,

    Semua urus niaga yang melibatkan TUNAI dan BANK, perlu dicatat dalam BUKU TUNAI.

  357. selamat pagi cg,saya nak tanya kalau
    Menjual barangniaga kepada Sulhi Enterprise
    Kena masuk jurnal jualan atau jurnal penerimaan tunai??
    Sebab statment tu tiada perkataan secara tunai,that’s why i confused..

  358. LS,

    Jika dinyatakan NAMA SYARIKAT dan tiada pula dinyatakan urus niaga secara tunai.. maka ianya dianggap sebagai jualan barang niaga secara KREDIT dan catatannya dalam JURNAL JUALAN.

  359. Okay,thank you teacher..

  360. Kalau memo nak catat dalam jurnal pembayaran tunai macam mana nak catat cikgu perlukan pertolongan tq.

  361. Jurnal am perlu catat invois aset sahaja maksudnya saya tak perlu buat jurnal lain ke? Perlkan confermasi.tq harap maaf.

  362. Gei,

    1. MEMO – catat seperti biasa, masukkan tarikh, butir, amaun dilajur Tunai / Bank.. serta lajur lain2.

    2. Catatan dalam BCP… hanya salah satu sahaja.. jika beli aset secara kredit, maka catatannya hanya di JA sahaja…. jurnal lain memang tidak sesuai.

  363. Contohnya kalau memo ambilan so butirnya ambilan dalam akuan pembayaran tunai?

  364. Gei

    Ya… butirnya Ambilan

  365. Johna,
    Cuba fahami KITARAN PERAKAUNAN (rujuk buku teks m/s 33).
    Dokumen Sumber –> BCP –> Lejar –> ID ……
    1. SEMUA item/catatan dalam BCP diposkan ke Lejar.
    2. SEMUA Akaun perlu DIIMBANGKAN (iaitu 31/8 Baki h/b dan 1/9 Baki b/b).. walaupun hanya ada catatan 1/8 Baki b/b sahaja.

    Linda,
    Stok dalam ID merupakan nilai SOTK AWAL, iaitu RM80,000.

  366. Salam cg. saya nk tnya.. mcm mna format buku tunai ye.. sy mmbuka kedai tel, tapi sy xd basic akaun.. ape yg perlu ada utk buat buku tunai ? mcm mna awl n akhir buku tunai tersebut.. harap cg dapat tolong.. trima kasih

  367. Mysarah,

    Sedikit bahan rujuk: Apakah Itu Buku Tunai ? (klik)

  368. terima kasih cg. nk tany beberapa soalan lagi.. nak buat buku tunai perlu ke buat jurnal dulu ? macam mna nk dapatkan baki b/b dan baki b/h. harap cg dapaat tolong

  369. Mysarah,

    BUKU TUNAI juga merupakan Buku Catatan Pertama seperti mana JA, JJ, JPJ, JB, JPB, maka tidak perlu dibuat JA dahulu.
    BAKI B/B merujuk kepada BAKI AWAL… iaitu baki akhir bulan lepas dengan merujuk KKK yang diberikan. Manakala BAKI H/B merupakan angka IMBANGAN..
    Contoh mudah.. Baki awal 1000, Keluar 400, maka BAKI H/B 600

  370. ok.. saya dh faham.. terima kasih sgt2 cg.. assalamualaikum..

  371. salam cg cnth kalau Sean Teknologi Sdn Bhd kerana kos Pengangkutan tertinggal catat nk msk dkt mne

  372. Anas,

    Catat dalam Jurnal Am.

  373. Assalamualaikum cg.. sy nk mcm mna nk catat jualan harian ? Dalam jurnal ke @ apa ye ?

  374. Zack, waalaikumussalam.

    Jualan tunai… direkedkan dalam buku tunai. Manakala juslan kredit.. dalam Jurnal Jualan.

  375. Mcm mna nk kira jualan tunai

  376. Dauf,

    Rujuk dalam Buku Tunai sebelah DEBIT.. butirnya JUALAN…. sama ada lajur TUNAI atau BANK.. jumlahkan kedua2nya.

  377. Tq, cikgu! Jika cikgu tak beri soalan utk kita buat! Kita akan fail akaun.

  378. assalamualaikum cg.. mcm mna nk bezakan jualan dalam buku tunai letak kt TUNAI @ BANK.. ape beza tunai dan bank ? buku tunai kalau x seimbang jumlah.. takpe ke ? ..

  379. Mysarah, waalaikumussalam.

    Jika pembayaran / penerimaan WANG TUNAI —> TUNAI.
    Jika menggunaan CEK —-> BANK

    Buku Tunai senemangnya tidak seimbang… apa perlu kita buat.. cari Baki akhirnya —-> Baki h/b.. Baki b/b

  380. cg.. macam mana nak kira baki b/b dan baki h/b.. baki h/b tu nak letak dekat mana dalam buku tunai

  381. Mysarah,

    Baki h/b …. letak diatas jumlah disebelah yang kurang…manakala Baki b/b dibawah jumlah disebelah bertentangan dengan Baki h/b.

  382. Cikgu
    Sampul surat patut dicatat dalam buku tunai runcit sebagai belanja pos atau alat tulis?

  383. Chan,

    SAMPUL…. kita kelaskan sebagai ALAT TULIS
    Seiranya SAMPUL dan SETEM…. dikelaskan sebagai BELANJA POS

  384. Terima kasih cikgu

  385. cikgu …kalau menerima insurans dari bank dalam urus niaga,, insuran tu nak masuk dalam buku tunai debit ka kredit???\

  386. Chong,

    Untuk BUKU TUNAI ….
    DEBIT = WANG MASUK, KREDIT = WANG KELUAR

  387. cikgu..ape maksud baki bawa bawah dan baki hantar bawah ?

  388. Acap,

    Baki bawa hantar (BAKI H/B) = baki akhir akaun tersebut yang dibawa ke bulan hadapan… 31 haribulan.
    Baki bawa bawa (BAKI B/B) = baki awal akaun tersebut yang dibawa dari bulan lepas… 1 haribulan

  389. kenapa baki b/b xsama dengan baki h/b.

  390. Nur,

    BAKI B/B awal sememangnya tidak saman dengan BAKI H/B akhir.
    Tetapi BAKI H/B akhir sepatutnya SAMA dengan BAKI B/B yang dibawa ke bulan hadapan.

  391. cikgu,
    boleh atau tidak pembelian barang niaga untuk dijual semula menggunakan duit tunai runcit?

    adakah proses ini perlu direkod dalam buku tunai runcit?

    jika perlu direkod didalam buku tunai runcit, adakah juruwang tunai runcit perlu menggantikan semula jumlah wang ‘BELIAN’ tersebut ke dalam akaun tunai runcit?

    saya agak keliru kegunaan buku tunai runcit dan buku tunai. setahu saya,buku tunai runcit digunakan hanya untuk membeli barang2 keperluan pejabat dan duit itu dikira hangus sama sekali selepas digunakan. manakala ‘BELIAN’ brg niaga itu akan mendapatkan hasil setelah dijual. boleh cikgu tolong explain secara details..thnx cikgu.

  392. Nurul,

    Pada pandangan Cg,
    Kebiasaanya barang niaga dibeli dalam kuantiti yang banyak, maka penggunaan Buku Tunai Rucit adalah tidak sesuai.. walau bagaimanapun jika barang niaga yang dibeli dalam nilai yang kecil sahaja (mungkin untuk tujuan segera).. maka tidak salah menggunakan Buku Tunai Runcit.
    Jika guna wang tunai runcit, maka sudah semestinya direkod dalam Buku Tunai Runcit.
    Pengantian semula wang tersebut adalah mengikut sistem panjar, iaitu digantikan pada tarikh/tempoh yang telah ditetapkan.
    Pada kebiasaannya bagi perniagaan biasa, hanya menggunakan Buku Tunai sahaja… Buku Tunai Runcit digunakan oleh organisasi bukan perniagaan untuk tujuan kawalan tunai.

  393. salam cikgu, untuk angkutan masuk, perlu dicatakan di jurnal am ke? apa yg perlu ditulis pada ruangan “butir” dan apa yg perlu diletakkan pada “debit” dan “kredit”?

  394. Yasmin,

    Kena lihat kepada urus niaga berkaitan angkutan masuk tersebut terlebih dahulu.
    1. Jika angkutan masuk dikenakan oleh pembekal.. maka Dt Angkutan Masuk Kt Nama Pemiutang
    2. Jika angkutan masuk dibayar secara tunai / cek … maka catat dalam Buku Tunai sebelah kredit.

  395. SIR, NAK TANYA? BOLEH KE MASUKKAN TRANSAKSI 2 BULAN DALAM SATU BUKU TUNAI? POSSIBLE?

  396. Teepa,

    Bergantung kepada amalan rekod perakaunan sesebuah perniagaan serta saiz jenis perniagaan, sama ada ianya menutup akaun pada setiap bulan, setiap 6 bulan atau setahun sekali. Cuma amalan biasa sesebuah perniagaaan akaun ditutup pada setiap bulan.

  397. cikgu, kalau duti atas belian masuk buku tunai (dt/kt), jurnal am atau khas?

  398. Iffah,

    JURNAL KHAS adalah tidak mungkin.
    BUKU TUNAI .. jika kita dibayar secara tunai / cek.
    JURNAL AM … jika kos tersebut dikenakan oleh pembekal (maksudnya pembekal telah bayar duti tersebut kemudian icajkan ke atas kita sebagai pembeli)

  399. Saya ada sedikit pertanyaan..saya x ada basic akaun…tapi saya dilantik utk mjadi bendahari .stakat ini saya hanya tahu buat buku tunai dan lejar sahaja utk jurnal saya kurang arif..blh x en tunjukkan bagaimana utk saya adakan general jurnal ni..dan jurnal ni perlu dicatatkan utk sebulan sekali atau bagaimana???

  400. Harzilawati,

    Bendahari untuk ……. Kelab, persatuan, koperasi atau apa ?
    Ikut kitaran bermula dengan urusniaga – dokumen – buku cataran pertama (jurnal) – lejar……

  401. Does drawings affect capital?

  402. Cg,

    Boleh beri contoh Catatan penutup yang akan melibatkan
    Jurnal Am?

  403. Cg,
    boleh beri contoh catatan penutup yang melibatkan Jurnal Am

  404. Chee,

    Antara contoh catatan penutup, ialah penutupan Ak Stok .. dimana nilai stok awal dalam Ak stok akan digantikan dengan nilai stok akhir.
    Dt Ak Perdagangan
    Kt Ak Stok (nilai stok awal)

    Dt Ak Stok (nilai stok akhir)
    Kt Ak Perdagangan

    Contoh kedua, ialah penutupan Ak Ambilan.. dipindahkan ke Ak Modal.
    Dt Modal
    Kt Ambilan

  405. terima kasih Cg

  406. Cg, adakah buku tunai juga salah satu catatan buku pertama?
    Buku Tunai telah menggantikan
    -Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai?

    Bagaimana dengan A/k Tunai dan A/k Bank di Lejar Am?

  407. Chee,

    Buku Tunai juga dikelaskan sebagai Buku Catatan Pertama … ianya mengantikan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai.
    Dan Buku Tunai juga dikelaskan sebagai Lejar… oleh itu sekiranya telah disediakan Buku Tunai, maka Ak Tunai dan AK Bank tidak perlu lagi disediakan.

  408. Cikgu, jika urusniaga nya, mengambil pending in hawa untuk kegunaan kediaman baru, apa yg perlu dicatat pada jurnal am?
    Lengkapan pada bahagian debit Dan apa yg perlu dikreditkan?

  409. Maaf, lengkapan pada bahagian kredit. Apa yg perlu didebitkan?

  410. Dah,

    Pendingin hawa, kipas, lampu… dikelaskan sebagai LEKAPAN, bukanya Lengkapan.

    Ada 2 keadaan:
    1. Jika pendingin hawa merupakan BARANG NIAGA perniagaan.
    Dt Ambilan
    Kt Belian

    2. Jika bukan barang niaga.
    Dt Ambilan
    Kt Lekapan

  411. Terima kasih cikgu! <33

  412. Salam cikgu, yang catatan dalam lejer tu kena ambil daripada jurnal am yang diberi ke?

  413. Fatimah,

    Daripada SEMUA… Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Pulanngan Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Belian, Jurnal Penerimaan Tunai, Jurnal Pembayaran Tunai dan Buku Tunai Runcit…. poskan ke LEJAR.

  414. Assalamualaikum

    nak tanya kenapa pada bahagian debit kita rekod wang yg diterima bila ada jualan? bukan sepatutnya di bahagian kredit sebab kita dapat jualan..

    contoh macam penyata bank, bila kita masukkan duit dalam akaun kita jumlah tu akan direkodkan di bahagiaan Credit.

    dan bila kita guna duit dalam akaun tu maka akan direkod pada bahagian Debit..

    mohon penerangan please..

    terima kasih


    lin:

    thx!….:)


    Cg Narzuki:

    Rubiah,
    Bagi merekod dalam Buku Tunai dengan betul, terdapat 2 perkara yang perlu dikenalpasti daripada Dokumen, iaitu :
    1. Catatan di sebelah mana ? DEBIT / KREDIT dalam Buku Tunai
    2. Apakah BUTIRAN yang perlu digunakan ?
    Penyelesaiannya,
    1. Bagi menentukan catatan harus dibuat di sebelah DEBIT atau KREDIT, kita kena kenalpasti daripada DOKUMEN yang diberi sama ada kita mengeluarkan wang (BAYAR) ataupun kita menerima wang (TERIMA).
    Catat di sebelah DEBIT : jika TERIMA wang / wang masuk.
    Catat di sebelah KREDIT : jika BAYAR wang / wang keluar.
    2. Bagi menentukan BUTIRAN yang patut digunakan, kita kena rujuk kepada tujuan / kenapa dokumen itu dikeluarkan.
    Sebelah Debit – Terima wang kerana :
    • [BIL TUNAI] Kita jual barang niaga secara tunai/cek maka butirannya JUALAN.
    • [BIL TUNAI/RESIT] Kita jual Aset Bukan Semasa (Cth: Perabot), maka butirannya PERABOT / ASET TERSEBUT.
    • [RESIT RASMI] Penghutang menjelaskan invois/hutangnya, maka butirannya NAMA PENGHUTANG (perhatikan DISKAUN jika ada).
    Sebelah Kredit – Bayar wang kerana :
    • [BIL TUNAI/KERATAN CEK] Kita beli barang niaga secara tunai/cek, maka butirannya BELIAN.
    • [RESIT /KERATAN CEK] Bayar kepada Pemiutang kerana menjelaskan invois/hutang, maka butirannya NAMA PEMIUTANG (perhatikan DISKAUN jika ada).
    • [BAUCAR PEMBAYARAN] Bayar gaji pekerja/sewa, maka butirannya GAJI / SEWA
    • [KERATAN CEK] Bayar kadar bayaran, maka butirannya KADAR BAYARAN.
    • [MEMO/KERATAN CEK] Ambil tunai/cek uantuk kegunaan peribadi, maka butirannya AMBILAN
    Markah akan diberikan jika TARIKH, BUTIR dan JUMLAH adalah betul.

  415. Hamid,

    Penyata Bank dan Buku Tunai disediakan oleh pihak yang berbeza.
    Buku Tunai : Dt-Wang masuk, Kt-Wang keluar
    Penyata bank : Kt-Wang masuk, Dt-Wang keluar.

    Buku tunai disediakan oleh peniaga.
    Penyata Bank disediakan oleh pihak bank.
    Jika peniaga simpan wang dibank.. peniaga rekod sebelah Debit sebab Aset bagi peniaga.. tetapi bagi pihak bank wang tersebut merupakan Liabiliti bagi mereka, maka direkodkan sebelah Kredit.

  416. cikgu,macam mna nak ingt semua formula ataupun nak ingat semua jln krja bgi setiap topik p,perakaunan..sebab sring kali saya terlupa cara nak buat..jadi bersdasarkan pengalaman cikgu,macam mana saya boleh atasi pkara trsebut..??

  417. Emilddo,

    Tiada cara mudah… semuanya bergantung kepada KESUNGGUHAN pelajar itu sendiri untuk memahami, menghafal dan mengingatinya, serta perbanyakkan latihan.

  418. cikgu,boleh kh saya score A akaun,klau saya blajar dri skrang???

  419. Emildo,

    Peluang masih terbuka luas…. ikut apa yang Cg bagitau.. setiap topik cuba kuasai aras Mudah dan Sederhana terlebih dahulu… untuk capai 70%. Pelajar Cg yang lepas exam PPT dapat D..E.. tapi SPM dapat A.

  420. wow…ok cikgu..terima kasih atas pendapat cikgu

  421. Emildo,

    Belajar bersungguh2.. buat latihan yang guru sekolah berikan.. terus bertanya mana2 yang tidak faham.. setaip topik.. pastikan ingat format2 yang terlibat… serta langkah2 dalam menjawab dalam setiap topik.

  422. Cg,apa itu sistem panjar?

  423. Yee,

    Secara mudahnya, ganti balik jumlah wang yang telah dibelanjakan daripada Buku Tunai Runcit.

  424. Cg,knp nak ganti balik?

  425. Yee.

    Katakan peruntukkan tunai runcit RM200 setiap bulan.
    1 mei.. bank rm200
    belanja……rm170
    maka 31 mei baki akhir tinggal rm30
    1 jun Baki bb rm30…. (kurang drp peruntukaan bulan rm200.)
    maka akan diganti balik jumlah yang telah dibelanjakan pada bulan mei sebanyak rm170.
    … menjadikan wang tunai runcit pada 1 jun rm200… sepertimana peruntukkan bulanan.
    .. ganti balik itulah dipanggil sistem panjar

  426. Ok,terima kasih Cg????

  427. as’salam cg…nk tnye…soaln ni diskaun diberi ke diskaun ditrima??

    mac 2-akaun akaun berikut dibayar dibyr melalui cek,,dlm setipa kes ditolak 5% diskaun:
    AHMAD-320,,ALI-260(SEMUA JUMLAH ADALH SEBELUM DISKAUN)…….

  428. Zara Arisa, waalaikumussalam.

    Jika kita BAYAR kepada PEMIUTANG, maka kita yang dapat diskaun …. DISKAUN DITERIMA.
    Jika kita TERIMA bayaran daripada PENGHUTANG, maka kita yang beri diskaun ….. DISKAUN DIBERI.

  429. terima kasih cikgu atas penjelasan cikgu yang sangat lengkap, jadi bolehlah saya save page ini dan jadikan sebagai bahan bacaan

  430. Nak tanya ,if drawing rm 1800 including wages . Kene tolak jugak ke dekat gaji tuh ?

  431. Syakirah,

    GAJI kena TAMBAH
    AMBILAN kena TOLAK

  432. Cg, Apa itu komisen ? Komisen diberi dan diterima ? . Sy kurang faham .

  433. Della,

    Maksud KOMISEN (klik).

    Komisen diterima… maksudnya kita yang terima komisen tersebut – dikelaskan sebagai HASIL
    Komisen diberi …. maksudnya kita yang berikan kepada pihak lain – dikelaskan sebagai BELANJA.

  434. Cg , komisen diterima contohnya kita terima dari pemiutang? atau ikut je dari sape2 ? Dokumen apa utk komisen?

  435. Della.

    Biasanya pihak lain.. bukannya pemiutang. Jika melibat penerimaan wang/cek dokumen yang sesuai ialah Resit Rasmi.

  436. Terima kasih cikgu . .

  437. NIK NURUL SYAKIEYRA DEANNA

    cikgu , apakah tindakan-tindakan untuk memperbaiki catatan ?

  438. Nik,

    Apa yang hendak dibaiki ?

  439. Cikgu, mcm mne nk postkn bku tunai ke lejar???

  440. Laili,

    Dakam buku teks ditunjukkan dengan jelas cara2 poskan Buku Tunai ke lejar berkaitan.

  441. Hi Cg, soalan SPM 2012 1(c) berkaitan dengan buku tunai runcit. Harap Cg dapat beri penjelasan.
    Jumlah tunai runcit yang diperuntukkan pada awal bulan RM250
    Jumlah tunai runcit yang telah dibelanjakan RM127
    Baki tunai runcit RM123
    Hitung jumlah pembayaran balik berdasarkan Sistem Panjar Runcit.

  442. Wsy,

    Hanya perlu fahami maksud Sistem Panjar sahaja… iaitu ganti balik jumlah yang dibelanjakan.

  443. Cg, betulkah jawapannya RM127? Markah yang diperuntukkan adalah 2 markah. Nampaknya tiada jalan pengiraan

  444. Wsy,

    Cuma nak uji pelajar memahami konsep Sistem Panjar.

  445. Assalam cikgu saya ingin tanya sekiranya syarikat perniagaan kita menghantar nota debit kepada penghutang bahawa barang yang dibeli terkurang caj.Bagaimana hendak poskan maklumat tersebut ke dalam lejar penghutang dan bagaimana hendak tulis catatan jurnal nya?

  446. Nur Hanizah, waalaikumussalam.

    Catat dalam Jurnal Jualan. kemudian poskan ke lejar seperti biasa.

  447. Untuk makluman cikgu,saya ambil kos perakaunan di kolej vokasional klang, pembelajaran kami agak berbeza dengan prinsip perakaunan SPM.

  448. Nur Hanizah,

    Sukatan mungkin tidak sama, rekod perakaunan ada banyak kaedah tetapi asasnya tetap sama.

  449. jika ambilan barang untuk kegunaan sendiri, perlu atau tidak dikreditan ke dalam buku tunai ke?

  450. Me,

    Tidak melibat sebarang Tunai/Bank… maka BT tidak terlibat.

  451. cikgu sy nak tahu tentang dokumen n sewa diterima apabila menguna secara beli barang

  452. cg,
    kenapa jumlah buku tunai saya negatif? kesalahannya ada dekat buku tunai ke dekat dokumen? semua dokumen kena masukkan dlm buku tunai kan?

  453. dokumen memo:
    peniaga mengambil barang niaga benilai rm100 untuk anaknya.
    Jadi, dalam buku tunai butirannya apa? dt/kt? bank/tunai?

  454. H,

    BUKAN SEMUA urusniaga masuk BT… ada yang masuk JA… JJ.. JPJ.. JB..JPB.
    Sila jumpa guru sekolah untuk dapatkan bimbingan bagi perbetulan perkara tersebut.

  455. Bagaimana mencatat terima komisen di dalam jurnal am?
    -yang mana akan didebitkan
    -yang mana akan dikreditkan

  456. MG,

    Penyataan tidak lengkap… terima tunai / cek..?

    Buku Tunai
    Dt komisen diterima … lajur tunai/bank (ikut soalan)

  457. salam cikgu,

    sye sedang bekerja.

    sye dpt invoice rm106.00 termasuk gst dri company secretary utk byran ctc dan reso.

    tapi kami cancel reso tu ats sebab2 tertentu.

    jadi company secretary pun bg kami credit note rm42.40 termasuk gst.

    sye perlu rekod mcm mana?dan sye perlu byr amaun credit note kan?

  458. Nisa,

    Nota Kredit tersebut adalah pengurangan kepada jumlah hutang RM106.
    kita tidak perlu bayar.. hanya rekodkan sahaja…. Jumlah hutang tinggal (106-42.40)

  459. Assalamualaikum,

    Saya ingin tahu berkaitan catatan
    urusniaga berikut dalam jurnal, lejar, akaun perdagangan, akaun untung rugi dan
    kunci kira-kira

    Urusniaga diberi:

    1. Pada 1 Jun 2015, Ahmad memulakan perniagaan dengan modal
    berbentuk tunai RM80000 dan sebuah kenderaan bernilai RM45,000

    2. Pada 1 Julai 2015, Perniagaan Ahmad membel
    i barangniaga daripada
    Syarikat Malek bernilai RM40,000; sejumlah RM10,000 di bayar
    dengan cek tunai, bakinya adalah secara kredit

  460. Shaz, waalaikumussalam.

    Cg hanya tunjukkan catatan Jurnal Am.. selebihnya pos ke lejar sendiri…

    1 Jun 2015
    Dt Tunai 80000
    Dt Kenderaan 45000
    Kt Modal 125000

    1 Julai 2015
    Dt Belian 40000
    Kt Bank 10000
    Kt Syarikat Malek 30000

  461. Cikgu, bagaimana untuk sediakan catatan urusniaga berikut dalam jurnal, lejar, akaun perdagangan, akaun untung rugi dan kunci kira2 :
    i)Pada 1 Jun 2015, Ahmad memulakan perniagaan dengan modal berbentuk tunai RM80000 dan sebuah kenderaan bernilai RM45000.
    ii)Pada 1 Julai 2015, perniagaan Ahmad membeli barangniaga daripada Syarikat Malek bernilai RM40000; sejumlah RM10000 dibayar dengan cek tunai, bakinya adalah secara kredit.

  462. Haiqal,

    Sila rujuk DIATAS.

  463. Terima Kasih Cg…

  464. salam cikgu,

    1)masukkan tunai peribadi ke dalam bank perniagaan RM15 000

    2)bank mengenakan faedah overdraf RM90

    buku catatan peratama apa yg terlibat utk 2 soalan ni cikgu?

  465. Ahmad,

    1. Buku Tunai
    2. Buku Tunai

    Semua urusniaga yang melibatkan TUNAI / CEK maka dicatat dalam BUKU TUNAI / JURNAL PENERIMAAN TUNAI & JURNAL PEMBAYARAN TUNAI sebagai BCP.

  466. Sharinah binti alairin

    Cikgu,Klw overdraf bank Nak masukkan kat mne?kna masuk kat dlm buku tunai ka Cikgu??

  467. Sharinah,

    Buku Tunai.. lajur Bank sebelah Kredit.. butirnya Baki b/b

  468. Cikgu,

    apakah akaun untung rugi?

    kalau debit ak untung rugi, maksud untung?

    bila kita perlu buka ak untung rugi?

    Terima kasih.

  469. Cikgu,

    (1) bilalah kita perlu buat catatan penutupan?

    (2) contoh: stok awal RM1800, mengapakah dt perdagangan, kt stok semasa catatan penutupan.

    (3) catatan pindahan,
    mengapakah perlu pindah untung kasar ke ak untung rugi?

    Terima kasih.

  470. Sherine,

    Cuba fahami apa yang dikatakan Akaun Penamat… Ak Perdagangan… Ak Untung Rugi.

    Rujuk Kitaran Perakaunan… dimana kedudukan Catatan Penutup….dan kenal pasti akaun apa yang terlibat dengan catatan penutup.

  471. Cikgu,

    selepas kita jawab soalan untuk jurnal,

    kita perlu tulis nota selepas itu?

    contoh:
    Jurnal AM
    -Tunai Dt 1000
    -Modal Kt 1000
    (memulakan perniagaan
    dengan membawa masuk
    aset di atas)

    perlutak kita tulis statement itu?

    terima kasih.

  472. Sherine,

    Ya.. perlu bagi menjelas maksud urus niaga yang terlibat.

  473. Cikgu,
    saya dah faham apakah akaun perdagangan, akaun untung rugi,

    dalam bentuk T, kita rekod stok, belian di Dt side,

    tapi mengapakan semasa kita buat jurnal am, kita perlu
    Dt ak perdagangan,
    Kt stok, belian, kos belian?

    Confuse again…

    Terima Kasih.

  474. Cikgu,

    based on my understanding,

    catatan penutup mean closing account,
    let say end of the day, if stok is Dt side, then close that time will be at kt side. so when we transfer to ak perdagangan, then the transaction is
    dt ak perdagangan, kt stok.

    like tat?

    but why stok akhir, dt stok, kt perdagangan?

    Terima Kasih.

  475. Sherine,

    Cuba rujuk DISINI (klik)

  476. Cikgu,

    (1) tentang mengapakah stok akhir di
    sebelah kredit.

    is because of the konsep pemandanan?
    only those expense related to the revenue only can debited to profit or loss account, fo those not related to the revenue, so we credit it?

    (2) for the opening stok and other items,

    in the beginning of the year, they have the debit amount, but until end of the year, when we need to close the account, so we have to debit ak perdagangan and kt those opening stok and other item.

    is it like that?

    Terima kasih.

  477. Sherine,

    Stok awal dan Stok akhir adalah merujuk kepada Ak Stok ysng sama…. Baki awal merupakan Stok awal…. Baki akhir merupakan Stok akhir.

    Cuba fikir bagaimana nilai baki awal dan baki akhir berbeza… sedangkan tiada catatan urus niaga berkaitan Ak Stok sepanjang tempoh perakaunan.???

    Caranya ;
    1. kita pindahkan baki awal dalam Ak Stok ke Ak Perdagangan… maka Ak Stok jadi sifar.

    Catatan bergu: Dt Ak Perdagangan 1000 Kt:Stok 1000

    …………….Ak Stok……………
    Dt:Baki b/b 1000 Kt:Ak Perdagangan 1000

    2. rekodkan nilai stok akhir ke dalam Ak Stok.

    Catatan bergu: Dt Stok 2000 Kt:Ak Perdangan 2000

    …………….Ak Stok……………
    Dt:Baki b/b 1000……Kt:Ak Perdagangan 1000
    Dt:Ak Perdagangan 2000 ..Kt: Baki h/b 2000
    ……………………………..
    Dt:Baki b/b 2000

    Dalam Ak Perdagangan akan wujud Stok awal… Dt dan Stok akhir.. Kt.
    cuma dalam formatnya kita letak stok akhir di sebelah Dt.. tetapi sebagai (-).
    Stok awal 1000
    Belian
    (-) Stok akhir 2000

  478. Cikgu,

    semasa kita menjawab soalan jurnal am, jurnal belian, jurnal jualan, kita mesti ada lajur folio, lajur no invois?

    ataupun kalau soalan ada maklumat tentang itu, baru kita masukkan lajur tertentu?

    Terima kasih.

  479. Sherine,

    Jika ada maklumat tersebut dalam soalan.. boleh kita masukkan. Tetapi jika tiada dalam soalan, maka tidak dapat kita catatkan perkara tersebut.

  480. Cikgu,

    ingin tanya tentang belanja terdahulu dan hasil diterima dahulu

    reason why Dt belanja terdahulu Kt Belanja
    ialah kerana belanja mesti dibelanja baru boleh debitkan. so in this case, belanja belum berlaku, so it kredit belanja (Konsep asas perakaunan akruan)

    is it explain like tat?

  481. Sherine,

    Pertama, perlu faham bahawa BELANJA bertambah sebelah DEBIT, jadi kalau berkurang mestilah sebelah KREDIT.

    Katakan Bayar sewa RM1000.. kita rekod sebelah DEBIT. Tetapi RM100 adalah sewa bulan depan (terdahulu), maka AK Sewa tersebut perlu DITOLAK (1000-1000) RM900. Maka untuk mengurangkan Ak Sewa, catatnnya mestilah sebelah KREDIT. Lagipun BELANJA TERDAHULU merupakan ASET, dan catatannya disebelah DEBIT.

    Oleh itu catatan pelarasan terhadap Belanja Terdahulu ialah : Dt Belanja Terdahulu (Aset) dan Kt Belanja (Pengurangan Belanja)

  482. Cikgu,

    mengapakah hanya semasa buka jurnal untuk susut nilai, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu,
    perlu memindahkan ke ak untung rugi?

    contoh untuk iklan, belanja yang lain juga perlu memindahkan ke ak untung rugi, right?

    Terima kasih.

  483. Sherine,

    Bergantung kapada keadaan..
    1. sekiranya selepas lejar.. mahu sediakan ID. Maka semua akaun perlu diimbangkan dengan baki h/b dan baki b/b.. kemudian pindahkan ke ID.
    2. sekiranya tidak perlu sediakan ID.. kita boleh terus TUTUP akaun Hasil dan Akaun Belanja dan pindahkan ke AUR.

  484. cikgu,

    betul tak semua akaun hasik dan akaun belanja perlu tutp dan pindah ke AUR?

    seperti akaun iklan, akaun sewa dan lain-lain juga perlu pindah ke AUR kan?

    Contoh: iklan terakru
    Dt iklan
    Kt iklan terakru
    Dt untung rugi
    Kt iklan

    macam ini>?

    bukan sahaja akaun susut nilai, hutang ragu pindah ke AUR. betul?

    Terima kasih.

  485. Sherine,

    Catatan pelarasan dan catatan penutupan adalah 2 perkara yang berlainan.
    Bagi penutupan akaun nominal (hasil dan belanja) SEMUA ditutup dan pindahkan ke AUR @ Ak Perdagangan.
    Ak Jualan & Pulangan jualan, Belian & pulangan belian, belanja2 belian pindah ke Ak Perdagangan. Manakala lain hasil & belanja pindah ke AUR.

  486. Cikgu,

    semasa kita buka jadual persamaan perakaunan, perlukah kita tulis tajuk:

    Aset Liabiliti + Ekuiti pemilik sebelum kita masuk setiap lajur?

    Terima kasih.

  487. Cikgu,

    sorry ya, soalan saya tersilap tanya.

    Semasa buka jadual persamaan perakaunan, kita perlu tulis tajuk “aset”, “liabiliti+ekuiti pemilik” juga?

    Terima kasih.

  488. Sherine,

    Tulis boleh.. tak tulispun boleh.

  489. Cikgu,

    Cuba tanya tentang catatan pembalikan.
    Bila perlu buat catatan pembalikan?

    Terima kasih.

  490. Tan Swee Kung,

    Catatan pembalikan dilakukan pada awal tempoh perakaunan.. selepas catatan pembukaan. Untuk sukatan SPM, tidak diajar perkara tersebut.

  491. Form 4 syllabus cuma ada catatan pembukaan, catatan pelarasan, catatan penutupan Dan catatan pemindahan?
    Catatan pembalikan untuk form 6?

  492. Tsk,

    Maaf, saya tak pasti ada atau tiada dalam sukatan STPM.

  493. Cikgu,

    So kita focus atas catatan pembukaan, catatan pemindahan, catatan pelarasan, Catatan penutupan sahaja, betul?

  494. Tsk,

    Kita ikut sukatan SPM dan jadikan buku teks sebagai panduan/rujukan utama untuk pelajar.

  495. Cikgu, terima kasih.

    One more question confuse me.
    Which is mengapakah beli barang niaga, akaun stok tidak digunakan, tetapi akaun belian digunakan?.
    Is it because we r bought barang from penjual. So we increase our purchases, so debit account belian.
    At the same time, our stock are increasing too, but that one is record separately to record how much stock we have in the stock account. Is it explain like that?

    Terima kasih.

  496. Tsk,

    Ak Stok dan Ak Belian adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu barang niaga. Ak Stok digunakan hanya untuk merekod barang niaga yang tidak habis dijual dan nilainya dikira secara fizikal (kad stok).. sebagai nilai stok akhir, stok awal bagi tempoh berikutnya. Manakala bagi belian barang niaga sepanjang tempoh perakaunan, kita rekodkan dalam Ak Belian.

  497. Cikgu,

    Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi.
    Ini bukan catatkan di jurnal am ke?

    Terima kasih.

  498. Tan Swee Kung,

    Apabila melibatkan tunai atau bank, maka BUKU TUNAI digunakan (atau Jurnal Pembayaran Tunai dan Jurnal Penerimaan Tunai)

  499. Cikgu,

    “memasukkan wang tunai dari pejabat ke dalam bank sebanyak RM1000”

    Bagaimana mahu dimasukkan ke dalam buku tunai?

  500. Izzati,

    Urus niaga tersebut dipanggil catatan kontra… dalam Buku Tunai.

    Dt Bank… Kt Tunai

  501. Cikgu,

    Untuk jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai,

    Bolehtak cuma buka satu lajur bank, dan semua tunai dan bank terus masuk lajur bank sahaja?

    Terima kasih.

  502. Cikgu,

    Soalan: kedai alat tulis.
    Keluar memo: mengeluarkan Alat tulis untuk kegunaan pejabat.

    Jawapan: dt alat tulis (ABS), kt belian.
    Betultak?

    Terima kasih.

  503. Tan Swee Kang,

    Jika wujud akaun tunai… maka mesti wujud lajur TUNAI.. tidak boleh digabungkan.

    Betul
    Dt Alat tulis…. BELANJA.. bukan ABS
    Kt Belian

  504. Cikgu,

    Kalau invois dalam soalan ada invois nombor,
    Semada kita buka jurnal am, atau jurnal khas, kita perlu buka satu lajur untuk no. Invois?

    Terima kasih.

  505. Cikgu,

    “mengeluarkan tunai daripada perniagaan sebanyak RM500”

    Dt: Tunai
    Kt: Bank

    Betul kah, cikgu?

  506. Tan Swee Kung,

    Ikut format masing2.. Jurnal Am tidak perlu.. Jurnal Khas memang ada lajur untuk No. Dokumen.

  507. Cikgu, betul tak jwpn ni.

    Kedai perabot nur beli komputer secara kredit. (Dokumen invois, b.c.p jurnal am)

    Ambil brg niaga untuk kegunaan keluarga (dokumen memo, b.c.p jurnal am)

  508. Hh,

    Ya kedua-dua betul.

  509. Cikgu,

    Tanya tentang jurnal belian dan jurnal jualan.

    soalan: terima invois daripada kilang kasut sporty berjumlah harga RM8000, tolak dskaun niaga 20%.

    Kalau soalan macam ini,
    Semasa kita buka jurnal belian, kita perlu buat kiraan dalam jurnal tak?

    Seperti
    20×2 Mac 1 kilang sporty 8000-diskaun niaga @20% 1600 (di lajur kiraan), lajur jumlah ialah RM6400. Ataupun tidak perlu tunjuk kiraan?

    Terima kasih

  510. TSK,

    Untuk peringkat SPM.. kita ikut format jurnal khas… Tarikh, Butir, Folio, No. Dokumen dan Jumlah. Kerana pada praktikalnya kita akan merujuk pada dokumen untuk merekodkan urus niaga tersebut.

  511. Cikgu,

    Kalau soalan: baki tunai RM3000

    Tak Perlu masukkan ke jurnal pembayaran atau penerimaan tunai kan?
    Tapi perlu masukkan ke buku tunai.betul?

  512. TSK,

    Jika disediakan JPT dan JBT… maka Buku Tunai tidak lagi disediakan.. kita terus buka Ak Tunai dan Ak Bank secara berasingan.
    Dan baki tunai tetsebut… kita rekodkan sebagai Baki b/b dalam Ak Tunai.

  513. Cikgu,

    Semasa buka JA,JB,JJ,JPB,JPJ,kita perlu tulis name syarikat di atas tajuk?

  514. TSK,

    Tidak perlu nama syarikat sebagai tajuk.

  515. Cikgu,

    So kalau perlu buat kiraan,
    Buat di outside jurnal. Betul?

  516. TSK,

    Untuk tujuan menjawab soalan latihan.. pelajar digalakkan tunjukkan jalan kerja. Cadangan saya, kita ikut format sebenar.. cuma tunjukkan jalan kerja dalam kurungan seperti berikut :
    Jan. 1 Syarikat (RM30000-RM3000)….. RM27000

  517. Cikgu,

    Bagi keterangan untuk JA, kalau grammer salah, will it consider wrong?

    Terima kasih.

  518. Cikgu,

    Soalan: bayar sewa Kedai RM1000 dengan wang pemilik.

    Dt sewa, kt modal.betul? Tapi mengapakah kt modal?

    Terima kasih

  519. TSK,

    Pada pandangan saya, masalah grammer salah,, boleh dipertimbangkan, asalkan jangan membawa maksdu lain.

    Ya, BETUL… bila bawa masuk duit peribadi… itu sudah dikelaskan sebagai MODAL TAMBAHAN… maka, tambah pada MODAL.

  520. Cikgu, membawa Wang masuk and ambilan tunai untuk kegunaan peribadi, selain daripada masuk buku tunai, perlukah urus niaga tersebut dicatat dalam jurnal am?

  521. Ben,

    Memadai hanya dicatat dalam Buku Tunai sahaja… kecuali melibatkan catatan permulaan sahaja kita sediakan JA dan juga dalam BT.

  522. Terima kasih. Cikgu, semasa mengisi lajur ambilan dalam persamaan perakaunan, ia sepatut dicatat sebagai positif atau negatif? Atau kedua-dua jawapan boleh diterima?

  523. Cikgu, semasa menulis ekuiti pemilik dalam kunci kira-kira, kita mesti tulis modal awal+modal tambahan+untung bersih atau modal awal+untung bersih+modal Tambahan?

  524. Ben,

    Dalam lajur AMBILAN kita tulis +ve… menunjukkan pertambahan Ak Ambilan…. tapi dalam KKK nanti kita TOLAK.

    EP:
    Modal*
    (+) UB
    (-) Ambilan

    * Modal kita terus ambil jumlah akhir dalam lajur Modal. Kerana tidak wujudnya “Ak Modal Tambahan”, sebaliknya kita terus rekodkan dalam Ak Modal.

  525. Terima kasih, cikgu

  526. cikgu,macam mana nak mahir dgn subjek akaun ni?

  527. Amiran,

    Banyakkan latihan dan bertanya apabila ada yang tidak faham.

  528. cikgu,diskaun niaga kena catat tak dlm jurnal?

  529. Ilani,

    Kita rekod berdasarkan nilai selepas tolak diskaun niaga. Hanya diskaun tunai sahaja yang direkodkan dalam Buku Tunai… iaitu Diskaun diberi dan Diskaun diterima.

  530. Cikgu, nak tanya bagi sampul surat, ia dicatat sebagai alat tulis atau pos semasa mencatat buku tunai runcit?

  531. Ben,

    Jika SAMPUL SURAT sahaja… dikelaskan sebagai ALAT TULIS
    Jika SAMPUL SURAT dan SETEM… dikelaskan sebagai BELANJA POS

  532. Cikgu macam mana nak catat ke buku tunai jika soalannya macamni
    ‘ jualan tunai rm260 ‘

  533. Nana,

    Buku Tunai
    Dt Jualan 260 (lajur Tunai)

  534. Cg tmpang tnya….
    1) apa catatan bg mmbayar bil air mnggunakan wang sendiri.
    2)aina diisytihar muflis. Smua jmlah hutang tlh telah dilupuskan.
    Mohon pnjelasan drpd cg…????

  535. Cun,

    1. Dt Kadar bayaran Kt Modal

    2. Dt Hutang lapuk Kt Penghutang

  536. Cikgu,

    rak pameran consider as kelengkapan kedai?

    perabot consider as lengkapan

    pendingin dawa consider as lekapan?

    so kita perlu specified like that semasa kita buka jurnal?

    ataupun kita boleh terus categories all of them as lengkapan?

    terima kasih.

  537. Tsk,

    “Kelangkapan” sebenarnya tiada dalam istilah perakaunan .. walaupun ada buku-buku rujukan menggunakannya.
    Ada dua cara:
    1. Buka berasingan… Ak Lengkapan.. Ak Lekapan
    2. Gabungkan …….. Ak Lengkapan dan Lekapan

  538. kalau jualan aset apa butiran yg perlu ada?

  539. kalau ada transaksi mengatakan menjual sebuah aset(tetapi tidak terdapat dalam senarai aset)…apakah butiran yang perlu ada

  540. Aiman,

    Soalan tidak jelas…. perlu ada di mana ? … jualan secara tunai atau secara kredit ?
    Jika aset tersebut belum ada.. maka butirnya ialah ASET tersebut.

  541. Cikgu,

    kalau kita tak tau mana satu adalah lengkapan atau lekapan,

    kita boleh terus buka satu akaun gabungan named Akaun Lengkapan dan Lekapan tak?

    ataupun boleh minta cikgu bagi saya some example for lengkapan, dan juga example for lekapan?

    Terima kasih.

  542. Tsk,

    Lengkapan … perabot, kabinet, dll
    Lekapan…. Kipas, penghawa dingin, lampu, dll

  543. Cikgu,

    cuba tanya,

    dalam buku tiga lajur,

    Di sebalah debit: tarikh,butir,folio, diskaun diberi, tunai, bank

    Di sebelah kredit: tarikh, butir, folio, diskaun diterima, tunai, bank

    ataupun,

    Di sebelah debit: tarikh, butir, folio, diskaun, tunai, bank

    Di sebelah Kredit: tarikh butir, folio, diskaun, tunai, bank?

    Terima Kasih.

  544. Sherine,

    Yang pertama betul… cuma jika tulis seperti yang kedua pun tidak salah.. tetapi bila poskan ke lejar… Dt merujuk kepada Diskaun diberi dan Kt merujuk kepada Diskaun diterima.

  545. cikgu,saaya ada masalah untk nak masukkan jurnal khas ke lejar,saya pening nak masukkan ke dlm debit atau kredit….tolong saya cikgu

  546. Zick,

    Cuba rujuk dalam buku… ada ditunjukkan setiap satu pengeposkan jurnal khas ke lejar.

  547. menerima invois drpd syarikat batra rm1700. macam mana nak tulis dalam buku tunai bagi soalan ni ? saya tak faham, boleh cikgu terangkan?

  548. Sarah.

    Urus niaga secara kredit.. tidak direkod dalam Buku Tunai.

    Sepatutnya dalam Jurnal Belian.

  549. pemilik membawa masuk kenderaan peribadi rm14000 utk kegunaan perniagaan perlu direkod dalam buku tunai ke?

  550. Sarah,

    Tidak melibatkan wang tunai… maka tidak melibatkan BT.
    ianya perlu dicatat dalam JA

  551. cg, kalau menjual barang kpd ramlan rm650 direkodkan dalam jurnal atau buku tunai?

  552. Miza.

    1… kita tentu adakah urus niaga tunai / kredit .?

    Jika tunai/cek .. BT
    Jika kredit….. JA

  553. assalammualaikum ckgu…apa khbar?
    Saya disini mahu menanyakan satu soalan..soalannya begini?

    tunaikan cek untuk kegunaan pejabat…
    apa akaun yg terlibat?

  554. Chun, waalaikumussalam.

    Itu dipanggil catatan kontra.
    Dt Tunai Kt Bank

  555. cikgu. kalau soalan ” Beli perabot pejabat secara kredit daripada Kedai Ajla RM890″ perlu ke direkod dalam Jurnal Pembayaran Tunai. Kalau tidak perlu, kenapa ya?

  556. Izzudin,

    Kita tidak bayar … kenapa nak rekod dalam Jurnal Pembayaran Tunai…. wang tunai tidak keluar.

  557. cikgu saya nak soalan jurnal am berbentuk ayat .

  558. Irina,

    Boleh rujuk dalam buku teks @ buku2 latihan dipasaran..

  559. Sampul Surat catat dalam belanja pos atau alat tulis [Buku tunai runcit]

  560. Curyna,

    Sampul surat.. dikelaskan sebagai Alat Tulis
    Sampul dan setem… baru dikelaskan sebagai Belanja Pos

  561. cikgu , baki awal tunai dan bank perlu catat dalam jurnal penerimaan tunai tak?

  562. cikgu ,dan jika berlaku kontra(contoh masuk tunai ke bank)perlu catat ke jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai tak? macam mana rekod ?butir nak tulis apa?

  563. Stella lai,

    Baki awal tunai dan bank … dicatat dalam Jurnal Am sebagai catatan permulaan.. tidak perlu lagi dicatat dalam Jurnal Penerimaan Tunai.

    Catatan kontra … konsepnya sama dengan catatan kontra dalam Buku Tunai… kedua2 Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai perlu direkodkan … butirnya Tunai / Bank.

  564. terima kasih banyak banyak cikgu?

  565. cikgu,jika beli buku lejar dan buku resit ,di buku tunai butir saya nak tulis apa?

  566. Stella Lai,

    Butir “Alat tulis” boleh digunakan.

  567. Cikgu,

    cuba tanya “sampul surat” boleh categorised as alat tulis dalam buku tunai runcit tak?

    terima kasih.

  568. Sherine,

    Ya boleh… jika “sampul dan setem” baru dikelaskab sebagai Pos.

  569. cikgu,jika beli surat khabar dan majalah ,di buku tunai, butir pun tulis “alat tulis”juga?

  570. Stella,

    Akhbar dan majalah .. tidak sesuai dikelaskan sebagai Alat Tulis…. cuba kaitakan dengan topik buku tunai runcit.. biasanya dikelaskan sebagai apa ?

  571. cikgu,belanja am?
    belanja pejabat pun boleh?

  572. cikgu,akhbar dan majalah ialah belanja am kan? jika saya tulis belanja pejabat boleh tak?
    di buku tunai runcit jika ada belanja pejabat , boleh saya catat dalam belanja pejabat?

  573. Stella Lai,

    Biasanya ada salah satu saja… sebab itemnya sama saja…. maka ikut amalan perniagaan… jika dah ada Belanja pejabat.. maka guna Belanja pejabat.
    Jika belum ada kedua2nya.. maka bebas nak guna Belanja pejabat / Belanja am.

  574. Cikgu,boleh beri saya contoh macam mana nak buat buku catatan pertama?

  575. Eiqmal,

    Boleh rujuk contoh dalam buku teks…. ada ditunjukkan cara penyediaan BCP satu persatu.

  576. adakah urusniaga meminndahkan hasil dan belanja ke akaun untung rugiini dicatat dalam Jurnal Am ?

  577. ieyla,

    Semua catatan bergu.. mesti direkodkan dalam BCP terlebih dahulu. Pemindahan akaun nominal (hasil dan belanja) dipanggil Catatan Penutup… bukannya catatan pelarasan..

    # kerja kursus tidak perlu sediakan catatan penutup tersebut.. semua akaun termasuk hasil dan belanja perlu diimbangkan dengan Baki h/b dan Baki b/b.

  578. Assalamualaikum cikgu,

    Soalan :
    Nyatakan akaun yang didebit dan dikreditkan dalam urus niaga berikut :
    Membayar insurans rumah kediaman dengan cek perniagaan

    Jawapan saya :
    Debit Ambilan
    Kredit bank

    Adakah jawapan saya betul?

    Terima kasih.

  579. Ema, waalaikumussalam.

    Ya, betul.

  580. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    Cuba tanya:

    Menjual lengkapan lama yang mempunyai nilai buku RM1080 dengan harga RM800. Hasil jualan dibankkan.

    Catatan jurnal ini:
    Dt bank rm1080
    Kt kenderaan
    Kt pelupusan aset

    Betultak?

    Terim kasih

  581. Tan Swee Kung,

    Cadangan saya,

    Dt Bank RM800
    Dt Rugi Pelupusan kenderaan RM280
    Kt Kenderaan RM1080

  582. Cikgu,

    soalan beritahu kita ia adalah hasil.

    soalan salah, is it? sepatutnya rugi pelupusan kederaan?

    terima kasih.

  583. Sherine,

    Bila harga jual lebih rendah daripada kos/nilai buku… sudah semestinya RUGI.

  584. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    Kalau soalan minta kita tulis catatan jurnal, maksudnya minta kita tulis catatan bergu?

    Contoh:
    Dt bank 800
    Dt rugi pelupusan kenderaan 280
    Kt kenderaan 1080

    Terima kasih

  585. Tan Swee Kung,

    Bila diminta sediakan catatan jurnal… maksudnya catatan jurnal am… ada debit… kedit.. ikut catatan bergu.

  586. Mengapa baki modal letak Di sebelah kredit lejar

  587. Grace,

    Modal merupakan Ekuiti Pemilik…. dimana asasnya EP berbaki Kredit.

  588. Assalamualaikum Ckgu… Macam mna nak buka (lejar)akaun derma kepada anak yatim sebanyak rm 1500?

  589. Hakim, waalaikumussalam.

    Akaun Derma
    Dt Tunai 1500

  590. Pelbagai akaun biasanya apa yg perlu dicatat?

  591. Amir,

    Maaf, Cg tidak faham apa persoalannya. Cuba jelaskan apa yang dimaksudkan..

  592. Assalamualaikum cg, saya nak tya. Kalau terima perkhidmatan secara kredit nak rekod dekat jurnal am ke jurnal khas?

  593. Alyyqqq, waalaikumussalam.

    Terima perkhidmatan apa ?

    Pada pandangan saya, Jika kita berikan perkhidmatan secara kredit…. maka penghutang tersebut masih dikelaskan sebagai penghutang dagangan dan boleh dicatatkan dalam JJ.

  594. Salam sejahtera cikgu….saya nk tanya klu keratan cek nak letak kat bk tunai di sebelah debit atau kredit ? Trima kasih untuk respons..

  595. Michael,

    Asas Buku Tunai : Dt Wang masuk / Terima…. Kt Wang keluar / Bayar.
    KERACATAN CEK bermaksud kita BAYAR kepada pihak tertentu dengan cek.

  596. Terima kasih cikgu

  597. Cikgu,

    cuba tanya dalam kad stok,
    kita masuk barang itu RM3/unit, kalau kita keluar barang itu RM 4/unit, so semasa kita rekod baki barang itu ialah guna RM3/unit?

    itu adalah kerana konsep TAKAP?

    terima kasih.

  598. Sherine,

    Kad Stok …rekodkan keluar & masuk stok berdasarkan Harga Kos.. semua RM3.

  599. salam, saya nak tanya kalau kita ambil rm1000 daripd perniagaan untuk kegunaan peribadi, macam mana nak masukkan dalam buku tunai ?

  600. Afiq,

    Buku Tunai
    Kt Ambilan (lajur tunai) 1000

  601. Assalam Cikgu,

    nk tanya, kalau bayaran secara bank utk baki belian, melibatkan jurnal apa?

    lagi satu, klu belanja bukan barang niaga, kita guna jurnal am or buku tunai?

    tima kasih

  602. maksud sy baki belian secara kredit

    *saya selalu confius utk menggunakan jurnal am dgn buku tunai

  603. Cmaa, waalaikumussalam.

    Asalkan urus niaga melibatkan tunai / bank..tidak kira barang niaga / bukan barang niaga…. mesti Buku Tunai.

    Jika secara KREDIT…. mesti BT tidak terlibat.
    JA… jika bukan barang niaga
    JK… jika barang niaga

  604. Assalamualaikum tuan..sy nk tanya sikit..pinjaman masukkan ke dalam buku tunai atau jurnal am?tq

  605. Azlan, waalaikumussalan.

    Semua urus niaga yang melibatkan tunai / bank perlu dicatat dalam Buku Tunai.

  606. lg 1 soalan cikgu ,baki yg dekat buku tunai tu mcmna nk ctatkan kat lejar ye?perlu campur dengan yg dekat jurnal punya ke?n ambil baki h/b atau baki b/b?tq cikgu

  607. Azlan,

    Buku Tunai merupakan Buku Catatan Pertama dan juga lejar baki Ak Tunai dan Ak Bank. Maka baki b/b dalam BT tudak perlu diposkan kemana2.. kerana ianya adalah baki bagi Ak Tunai dan Ak Bank.

  608. Assalam Cikgu..

    Nak tanya mcm mana nak buat catatan Jurnal Untuk Penjualan tanah Secara Sewa-Beli? beza dengan pembelian tanah secara sewa beli?

  609. Lina, waalaikumussalam.

    Sila rujuk Perakaunan Sewa Beli (klik)

  610. Cikgu kalau membeli mesin nak catatan Di jurnal am atau buku tunai

  611. Assalamualaikum cikgu..
    Saya keliru lah dengan JURNAL AM.. Nak tentukan nama akaun sama ada debit atau kredit.. Boleh tak cikgu share satu tips yang senang untuk tentukan debit kredit & nama akaun itu sekali.

  612. Aliff, waalaikumussalam.

    Asasnya
    Aset & Belanja … Debit
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil… Kredit

    #jika pengurangan.. jadi sebaliknya.. cth : beli aset…. Dt Aset
    Jual aset …. Kt Aset

  613. Assalamualaikum .. cikgu .. kalau pemilik syarikat membayar duit pemiutang menggunakan duit pemilik sendiri .. akaun apa yang perlu di debitkan dan di kreditkan

  614. Nur, waalaikumussalam.

    Dt Pemiutang
    Kt Modal ….. sebab bawa masuk duit peribadi

  615. Cikgu, kalau buat pinjaman bank macam mana nak masukkan ke dalam buku tunai?

  616. Yus,

    BT debit Pinjaman bank .. lajur bank

  617. Assalamualaikum.. saya soalan lagi ..

    1. Kadir meminjamkan duitnya dengan menggunakan cek..

    Dt. BANK.. saya tak tahu butiran kreditnya apa ..

  618. Nur, waalaikumussalam.

    Soalan tidak jelas… siapa Kadir ?
    Meminjamkan kepada siapa ?

  619. Cikgu .. soalan dia mcm ni ..

    Kadir lends us money,giving it to us by cheque .

  620. Nur,

    Dalam menentukan butir/akaun yang terlibat.. kita perlu tahu siapa Kadir dan tujuannya..
    Jika beliau adakah pemilik yang masukkan wang/cek utk perniagaan beliau… maka butirnya Modal.
    Jika beliau penghutang yang menjelaskan hutangnya… maka butirnya Penghutang Kadir

  621. Salam. Saya nak tanya apakah butir yg perlu direkodkan ke dalam buku tunai jika urus niaga “memberi perkhidmatan kecantikan kpd Puan Siti dan bayaran rm1200 dibuat secara cek” ?

  622. Cikgu, sya tgh buat jurnal pembayaran tunai. “Mengeluarkan tunai dari bank sebanyak RM5000 untuk kegunaan peribadi” . Nk masukkan dlm kolem tunai atau bank? Lagi satu, nk masukkan kat lain2 eh?

  623. Suhaida,

    Lajur Bank..dan lajur lain2.

  624. Cg,

    Dimana nak ambik baki akhir didalam keratan cek dan macam mana nak kira?

  625. Cikgu , utk jurnal belian , saya ada trima 2 invois dri pemiutang yg sama . Mcm mna nk rekodkan dlm jrnal belian ? Perlu tmbah kedua2 jumlah invois trsebut kah ?

  626. Atiqah,

    Rekod satu persatu ikut tarikh setiap invois tersebut…. jangan diTAMBAH.

  627. kalau dah ada buku tunai, untuk lejar tak payah buka akaun bank dan tunai ke?

  628. Sarah,

    Ya… BT merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan.

  629. pemilik mengambil barang niaga rm600 utk kegunaan peribadi.

    perlu masuk dalam buku tunai ke?

  630. Mia,

    Tidak melibatkan wang tunai atau bank.. maka BT tidak terlibat.

  631. Cikgu, keluarkan tunai di bank untuk kegunaan pejabat rm2000 dlm buku tunai nak tulis macam mana?

  632. Sofi,

    Urus niaga tersebut dipanggil catatan kontra. Catat dalam kedua2 Tunai dan Bank….. Tunai bertambah 2000… Bank berkurang 2000.

  633. oh kalau catatan kontra apa butiran dia? tulis pejabat atau tunai/bank?

  634. Sofi

    Dalam Ak Tunai – butirnya Bank
    Dalam Ak Bank – butirnya Tunai.

    Ikut catatan bergu biasa.

  635. Cikgu, keluarkan tunai dalam bank untuk kegunaan pejabat rm3000 maksudnya kontra kan? jawapan saya ni :

    dt tunai- bank rm3000
    kt bank- tunai 3000

    betul ke salah cikgu? butiran dia pejabat atau tunai/bank?

  636. Yana,

    Ya.. catatan bergu dan butirnya dah betul.

  637. cikgu jika membayar sewa sebanyak RM150 utk rumah kediaman pemilik kenapa kena kredit akaun Sewa? bukan Modal eh?

  638. Situ,

    Penyataan urus niaga masih tidak lengkap… tak dapat Cg nak komen.
    Jika kt Ak Modal… memang salah.

  639. Cikgu, kalau menerima pinjaman bank catat di mana?

  640. San.

    Dalam buku tunai… dt butirnya pinjaman bank….lajur bank

  641. Perlu masukkan ke dalam jurnal am?

  642. San,

    Tidak perlu dicatat dalam JA lagi.
    BT juga merupakan BCP.

  643. Cikgu,

    Cuba tanya:
    Masukkan tunai rm1800 ke dalam bank.

    Ini ialah kontra dalam buku tunai atau modal?

    Sebab soalan tak beritahu sama ada tunai dari pejabat atau tunai pemilik.

    Terima kasih.

  644. Tan Swee Kung,

    Jika tidak disebut wang tunai peribadi… maka tunai tersebut dikira tunai perniagaan.

  645. cikgu, keluarkan tunai di bank untuk kegunaan pejabat rm2000 dalam buku tunai maksudnya kontra kan? tapi nak tulis macam mana?

  646. Maisarah,

    Ya.. catatan kontra.
    Dt bank 2000(lajur tunai)
    Kt tunai 2000 (lajur bank)

  647. Assalamualaikum cikgu..saya nak tanye..tentang memo

    Kepada kerani Akaun
    Sila rekodkan ambilan stok tudung bawal pelangi RM 200 untuk dipromosikan

    Dlm jurnal am
    Akaun promosi direkodkan di sebelah debit
    Akaun belian direkodkan di sebelah kredit..
    Btol kan cikgu ? Tp yang saye tak faham kenapa akaun yg dikreditkan dlm jurnal am tu akaun belian?

  648. Laila, waalaikumussalam.

    Ya betul.. dt promosi kt belian.
    Belian = belanja –> bertambah Debit
    Jika diambil, maka barang yang dibeli belian berkurang –> Kredit.

  649. Cikgu , Akaun belian/Jualan butir dia nak Tulis Apa ? And Akaun pulangan jualan / belian butir dia apa first ² masa nak Mula tu ? Kalau Ada dua penghutang/pemiutang butir nak Tulis Apa ?

  650. Ayisha,

    Ak Jualan & Ak Pul Jualan –> pelbagai penghutang/penghutang

    Ak Belian & Ak Pul Belian –> pelbagai pemiutang/pemiutang

  651. cikgu kalau nak bayar sewa kedai kita boleh bayar secara tunai dan??

  652. Nk,

    Jika nak bayar.. boleh bayar tunai atau bayar dengan cek.

  653. belanja RM400 untuk tujuan promosi secara tunai.
    cikgu yang ini kena letak dekat jurnal apa?

  654. Nk,

    Jika melibatkan tunai/cek… mesti Buku Tunai.

  655. maksud cikgu tak perlu letak dekat mana mana jurnal?

  656. Nk,

    Bila catat di buku tunai…. maka tidak perlu lagi catat di jurnal.

    Melainkan buku tunai tidak disediakan.. maka barulah di catat di Jurnal Pembayaran Tunai.

  657. Kenapa transaksi perlu direkodkan di jurnal terlebih dahulu dan tidak direkodkan secara langsung ke dalam lejar? Apakah signifikannya kitaran perakaunan ini?

  658. Ajib,

    Penyediaan rekod perakaunan sesebuah perniagaan/organisasi bukan semata-mata untuk menyediakan Penyata Kewangan sahaja. Sebaliknya banyak perkara yang perlu dititikberatkan seperti untuk tujuan kawalan dalaman.. pengauditan.. percukaian.. pengurusab dan sebagainya.
    Dengan penyediaan Buku Catatan Pertama catatan tentang sesuatu urusniaga lebih bermakna.. dimana kita dapat menyemak kesahan sesuatu urusniaga.. selain tarikh.. jenis urus niaga.. no dokumen yang terlibat juga dapat diketahui dengan mudah.. ini penting untuk tujuan pengauditan dan kawalan dalaman.

  659. dalam jurnal am ada apa ? memo lagi . plzzz . terdesak sgt niii .

  660. Hafiz,

    Jurnal Am : (Invois bukan barang niaga, Memo, dll.)

    Mencatat urusniaga-urusniaga berikut :

    a) Catatan pembukaan.
    b) Jualan dan belian aset tetap.
    c) Urusniaga luar biasa.
    d) Pembetulan kesilapan.
    e) Pelarasan.
    f) Catatan Penutup.

    # Untuk tujuan kerja kursus tingkatan 4… biasanya urus niaga (a) & (b) saja yang terlibat.

  661. ASSALAMUALAIKUM CG,
    CG DEKAT CATATAN KONTRA NIE DOKUMEN DIA APA CG ?

  662. Ainun, waalaikumussalam.

    Jika Tunai–> Bank : Slip Wang Masuk
    Jika Bank –> Tunai : Keratan cek

  663. Cikgu bagaimana nak merekodkan dokumen dalam jurnal am (Tampa keterangan)

  664. Ya,

    Tentukan terlebih dahulu.. 2 akaun yang terlibat… kemudian tentukan akaun mana yang didebitkan dan dikreditkan.

  665. cg bagaimana perekodannya dalam jurnal untuk butiran ini.

    i)Ambilan barang niaga untuk kegunaan sendiri
    ii)Ambilan barang niaga untuk kegunaan pejabat

  666. Amirul,

    i) Dt AMBILAN Kt BELIAN
    ii) Dt ….rujuk barang niaga Kt BELIAN

  667. cikgu, apa yang perlu saya rekod sekiranya pelanggan membuat pembayaran lebih dari jumlah yang telah ditetapkan dan meminta baki tersebut disimpan untuk pembelian yang seterusnya.

  668. Nabila,

    Rekodkan saja dalam akaun beliau…nanti akaunnya akan berbaki kredit.
    Itulah salah satu sebab dalam Topik Akaun Kawalan kenapa PENGHUTANG berbaki KREDIT.
    Nanti pada bulan hadapan apabila beliau membuat pembelian secara kredit.. maka jumlah yang perlu dibayar nanti akan ambil kira baki yang terlebih pada bulan sebelumnya.

  669. Boleh tolong saye buat jurna am…sye masih x fhm pasal jurnal am

  670. Am,

    Cuba rujuk dalam buku teks.. ada ditunjukkan cara2 merekod dalam Jurnal Am … satu persatu berdasarkan urus niaga yang diberikan.

  671. cikgu..apakah implikasi jika tatacara penyediaan akaun tidak dipenuhi?

  672. Irene,

    1. Fahami dahulu apa yang dimaksudkan dengan TATACARA penyediaan akaun.
    2. Kenal pasti apakah KEPENTINGAN mematuhi tatacara tersebut.
    3. Kemudian cuba baru fikirkan apakah kesan/implikasinya jika tatacara tersebut tidak dipatuhi.

  673. saya tak faham macam mane nak buat jurnal khas.

  674. Nany,

    1. Kenalpasti urus niaga yang melibatkan Jurnal Khas.
    a) J.Belian –> beli BARANG NIAGA secara KREDIT..(Invois asal & Nota Debit asal)
    b) J.Jualan –> jual BARANG NIAGA secara KREDIT..(Invois salinan & Nota Debit salinan)

    # Jika beli/jual BUKAN BRG NIAGA –> Jurnal Am

    c) J.Pulangan Belian –> pulang BARANG NIAGA..(Nota Kredit asal)

    d) J.Pulangan Jualan –> pulang BARANG NIAGA..(Nota Kredit salinan)

    2. Rekodkan dalam Jurnal khas ikut formatnya.
    a) tarikh–> tarikh urus niaga
    b) Butir –> Nama Syarikat Pemiutang/pemiutang..(Bukan nama KITA)
    c) Folio –> LB1..2..3 / LJ1…2..3..
    d) Amaun –> nilai akhir selepas tolak disksun niaga.
    e) Tutup –> tarikh akhir bulan –> butir Ak Belian/Ak Jualan/ Ak Pul Belian/Ak Pul Jualan (ikut jurnal masing2)

  675. Cikgu bagaimana nak kenal pasti dokumen belian yang akan dicatatkan ke dalam buku belian ?

  676. cikgu , jurnal am boleh rekod ambilan barang niaga boleh tak

  677. Derrick,

    Boleh.

  678. cikgu ,dll tu ape bende?

  679. Yiling,

    “dll” –> dan lain-lain.

  680. Feb 11 Mengeluarkan cek RM185 untuk kegunaan sendiri.
    Tumpang tanya, macam mana rekod dalam buku tunai

  681. Desmond,

    BT (Bank) –> kredit : Ambilan 185

  682. Macammana imbang buku tunai dan menutup buku tunai….??

  683. Kerrol,

    Caranya sama seperti tutup sesuatu akaun… kita jumlahkan kedua2 belah dt & kt –> pilih nilai yang besar sebagai jumlah kedua2 dt & kt. –> BEZA nilai dt & kt tadi merupakan BAKI H/B .–> tulus disebelah nilai kecil –> pindahkan ke bawah disebelah bertentangan –> BAKI B/B.

  684. mengapakah diskaun niaga tidak dicatat dalam lejar?

  685. Yiling,

    Kerana nilai telah ditolak awak2 lagi.. tidak termasuk dalam urusniaga.

    Cth: kita beli barang niaga secara kredit… harga asal RM1000.. diberi diskaun niaga 10% …maka jumlah hutang kita = 1000 – 100 = RM900.

    Semasa kita rekod dalam lejar.. kita terus rekod nilai hutang kita.. iaitu RM900.

  686. fatiha asyiqin

    cikgu,dye bgi dokumen sumbernye invois tpi butirnye sewa kedai..tu nk ltk kt buku catatan yg mne ye?buku tunai ke jurnal am ke jurnal khas ke

  687. Fatiha,

    Invois –> urus niaga secara kredit (hutang) –> BT tidak terlibat.
    Jurnal khas –> mesti berkaitan barang niaga.
    Jawapannya –> Jurnal Am.

  688. Selamat pagi cikgu, boleh saya tanya?
    bahagian debit buku tunai=bahagian credit penyata bank, kenapa catatan rekod bank terbalik?

  689. Cikgu,
    Akaun simpanan biasa ada penyata bank kah?

  690. Lim,

    Duit kita simpan dibank –> ASET–> KITA rekod sebelah DEBIT.(Dalam BT)
    Bagi pihak BANK.. wang simpanan kita adalah LIABILITI bagi mereka –> bank rekod sebelah KREDIT.(Dalam Penyata Bank).

    Akaun Semasa –> ada Penyata Bank.
    Akaun Simpanan –> tiada Penyata Bank.

  691. Terima kasih cikgu

  692. Urus niaga berikut diperoleh daripada Perniagaan Berjasa. “Menghantar dokumen X bernilai RM2650 kepada Kedai Ikhwan untuk mengesahkan penerimaan bayaran.” (a) Apakah dokumen X? (b) Nyatakan Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Perniagaan Berjasa untuk merekodkan urus niaga tersebut.boleh tak cikgu tolong saya pada soalan diatas

  693. Nyatakan konsep dan prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi oleh peniaga berikut. (i) Perniagaan Ceria membuat keputusan untuk menilaikan inventori akhirnya pada harga pasaran yang lebih tinggi daripada harga kosnya supaya untung syarikat lebih banyak. (ii) Pemilik Kedai Runcit merekodkan bayaran sewa kediamannya sebagai belanja perniagaan.

  694. Nuha,

    Jawab dahulu.. baru Cg semak betul atau salah jawapan tersebut.

  695. cikgu kalau peruntukan hutang ragu diselaraskan atas 3% penghutang bersih sebanyak rm10850 jadi jawapannya rm 325.50. dalam jurnal am dt. peruntukan hutang ragu kt. penghutang ke cikgu? dan macam mana nk pindahkan ke lejar?

  696. Sarah,

    Cgu sudah pindah persoalan tersebut & jawapan ke post berikut :
    https://cgnarzuki.com/tugasan-kerja-kursus-tingkatan-5-spm-2017/#comment-155716

  697. Jika beli perabot secara tunai haruslah letakkan dlm jurnal am ke atau buku tunai?

  698. Pong,

    … secara “tunai/cek” –> BT

  699. Bought in furniture from owner house for office use rm700 -kedai perabot

  700. Untuk buku tunai

  701. Ronald,

    Apa masalahnya ?
    Asalkan melibatkan penerimaan @ pembayaran wang perniagaan .. rekod dalam Buku Tunai.

    Jika guna wang peribadi pemilik –> buku tunai tidak terlibat.. sebaliknya Ak Modal terlibat.

  702. Cikgu, adakah belian dan stok adalah sama? Macam mana kota nak tau kuantiti stok berdasarkan belian?

  703. Atiqah,

    Stok dan Belian –> adalah merujuk kepada barang niaga yang sama dalam kedai.

    Kuantiti stok boleh diketahui dengan menyediakan Kad Stok –> rujuk dokumen.

  704. Nak tanya, ade ke jenis-jenis baucar?apakah tujuan sediakan baucar tersebut berdasarkan jenis-jenis dia?
    dan
    Apakah tujuan membuka buku catatan pertama?

  705. Adilanur,

    Jenis2 baucer bergantung kepada perniagaan itu sendiri nak kelas ikut jenis bayaran… contohnya baucer gaji –> baucer khas untuk bayar gaji dengan formatnya yang tersendiri.

    Cuba rujuk dan fahami kitaran perakaunan.. lihat hubungan setiap satunya… dari situ kita boleh tahu kenapa perlunya Buku Catatan Pertama disediakan.

  706. Cikgu,dalam soalan spm 2016?buku tunai runcit,sampul surat ekspres nak letak alat tulis atau pos?

  707. Stella,

    i think it should be put into pos. right, cikgu?

  708. Tan yi xin,cikgu dulu cakap alat tulis,tetapi skema jawapan tulis pos,itu sebab saya tanya yo

  709. Stella lai, Tan Yixin,

    Jika “sampul surat” –> Alat Tulis
    “Sampul surat express” –> Pos
    “Surat berdaftar” –> Pos

  710. terima kasih cikgu 🙂

  711. cikgu, adakah perbezaan antara lekapan dan kelengkapan?

  712. Assalamualaikum cg,saya nk tnya psal dbit&crdit..

    Peralihan itu adalah transaksi yang diekstrak dari buku-buku Ainibot sen Bhd untuk bulan April 2016

    2 April Memulakan perniagaan dengan wang tunai RM5,000,

    5 Aina membawa kereta dan komputernya masing-masing bernilai RM40,000 dan RM2.500

    8 Membeli barangan RM6,000 dari Hanii Sdn Bhd dan dibayar har dengan tunai dan separuh lagi masih berhutang

    12 RHB Bank meluluskan pinjaman sebanyak RM20,000 dan dikreditkan secara langsung ke dalam bank perniagaan

    15 Barang-barang yang dibeli berjumlah RM3,500 dan dibayar dengan cek

    22 Amirah, seorang pelanggan membeli beberapa barangan bernilai RM2.500 dan membayar tunai RM1.600. Baki akan dibayar bulan depan

    26 Aina mengambil beberapa barang bernilai RM450 untuk menyumbangkan kepada derma amal dan wang tunai RM500 untuk kegunaan peribadi

     28 Dibayar RM1,000 kepada Hanil Sdn Bhe dengan cek

  713. Hok ini yg saya buat dh….
    April 2 dt cash & ct capital

    5 dt vehicle dt office equipment & ct capital

    8 dt purchase & ct cash&hanif sdn bhd

    12 dt capital & ct bank

    15 dt purchase & ct bank

    22 dt cash dt amirah & ct sales

    26 dt drawing & ct charity club,cash

    28 dt hanil sdn bhd & ct bank

    Hrp dpt maklum bls dri cg…

  714. Syahril, waalaikumussalam.

    12 & 26 Tidak tepat
    Yang lain –> Tepat.

  715. 12 dt bank&ct loan

    26 x thu cg…blh cg kngsi jwpan?

  716. 26 i) dt donation ct purchased
    ii) dt drawing ct cash

    Btul x cg

  717. Syahril,

    Ya.. kedua2nya betul.

  718. Assalamualaikum cg,nk tnya catatan kontra tu ape??

  719. Syahril.

    Hanya melibatkan Tunai dan Bank.
    1. Masuk tunai perniagaan ke bank
    2. Keluar wang dari bank untuk kegunaan perniagaan.

    Maka catatan dalam Buku Tunai ada kedua2 di sebelah Dt dan Kt.
    Untuk kes 1 : Dt Bank Kt Tunai
    Untuk kes 2 : Dt Tunai Kt Bank

  720. Cikgu, kalau wang tuna RM______ ke dalam bank dan RM_____ disimpan untuk urusniaga. Apa butir yang sesuai ia, ni utk jurnal am, tq

  721. Aqilah,

    Penyataannya tidak lengkap.. wang tunai daripada mana ?… wang pemilik yang dibawa masuk atau daripada mana ?

  722. Cikgu, nak tahu jumlah jurnal khas kalau poskan ke lejar, butiran tulis Akaun Belum Terima / Bayar atau PELBAGAI Akaun Belum terima/ Bayar? Tq

  723. LBS,

    Butirnya memadai ABT @ ABB…. tidak perlu “Pelbagai”.

  724. Cg, kalau soalannya,

    1.Made purchase from waja company 6120

    Apa yang debit dan apa yg kredit kat jurnal?

    2. Bought good from kaka company rm1900 bu cheque

    Purchase debit kaka credit ke kak debit bank kredit?

  725. Nak tanya pendapat cg betul ke tak transaksi yg sy buat ni.

    1 bank in cash at cimb rm55000
    (Dt-bank 55000 kt-cash 55000)

    2. Bought good frome advance rm55000 and paid rm40800 by Cek
    (Dt-shipbuildig 55000. Kt-advance 14200 ,bank 40800)

    3.Made purchase from waja company rm6120
    (Dt-purchase 6120. Kt -waja 6120)

    4. Bought furniture from pretty furniture .list price rm3180 with 20% trade disc.
    (Dt-furniture 2544. Kt-pretty furniture 2544

    5. Bought good from kaka company rm1900 by cek
    (Dt-purchase 1900. Kt-bank 1900)

  726. Auni,

    1. Betul
    2. Xpasti – tak jelas urus niaganya.
    3. Betul
    4. Betul
    5. Betul

  727. Cg betul tak ni
    ¡) kadar bayaran berjumlah RM 280 tersalah catat ke dlm Akaun Belanja Am (Dt kadar byrn Kt belanja am) .
    ¡¡)Perabot yg dibeli bernilai RM500 telah salah didebitkn dlm Akaun belian (dt perabot , kt belian)
    ¡¡¡)Akaun sewa dibayar dan akaun komisen diterima telah terkurang rekod sbyk RM50 (dt sewa dibyr , kt komisen diterima ) .
    Selepas itu soalan minta utk buat ID selepas betulkn kesalahan . Macam mana nak buat ye ? Tolong ajarkan cg . Cthnya perabot dlm ID RM10 000 lepas tu mcm mana nk buat dgn kesilapan yg da dibetulkan td .
    Dan dkt ID ada tulis Akaun Belum terima dan Akaun belum bayar . Nak letak mcm mana ye dlm ID ?

  728. Ct,

    i, ii, iii –> Betul

    Cth i –> kadar bayaran +280, Belanja am -280
    Kemudian ambil nilai baru –> masuk ID baru.
    ABT –> Aset –> Debit dlm ID
    ABB –> Liabiliti –> Kredit dlm ID

  729. 2016
    1 Julai Banked secara tunai di CIMB Bhd, RM55,000

    3 Dibeli bangunan kedai dari Advanced Architecture Co. Ltd RM55,000 dan dibayar rm40800 dengan cek no.400001

    4 Dibeli stesen dari Aidil Printing & Bookstore RM14,200 dan membayar RM220 dengan cek no 400002
    Membuat pembelian dari Waja Company Ltd RM6,120 dengan diskaun perdagangan 10%

    5 Dibeli barang dari Kaka Company Ltd RM7500
    Membeli perabot daripada Pretty Furniture Co Ltd. Harga yang disenaraikan RM3.180 dengan diskaun perdagangan 20%.

    6 Agro Enterprise menghantar invois kepada Ladang Chong Lee Ltd. RM4.300

    10 Syarikat Abu Ltd menerima invois daripada Agro Enterprise untuk barangan yang dibeli RM5480

    13 Agro Enterprise Ltd menghantar invois kepada Abd Jalal Jalil Rm1200

    18 Miss rina mengambil wang RM500 untuk kegunaan peribadi

    20 Waja Company Ltd. menghantar nota kredit kepada Agro Enterprise berjumlah RM324

    25 Agro Enterprise membayar Waja Company Ltd. RM4,600 dengan cek no 40003
    Ladang Chong Lee Ltd telah membuat pembayaran kepada Agro Enterprise RM1,340 dengan cek no 203648 BIMB.
    Syarikat Abu Ltd. membayar RM2,430 dengan cek tidak 107999 MBB

    28 Paid Kaka Company Ltd. RM1 900 dengan cek no.400004 untuk pembelian RM13,150

    30 Paid En Gopal a / l Muthu RM400 untuk pagar yang dibaiki dengan cek no 400005

  730. no.
    1 dt cash ct capital
    2 dt bangunan kedai & ct bank ct advanced architecture
    3 dt stesen ct bank ct aidil printing
    4 dt purchase ct waja company ct discount
    5 dt goods ct kaka company
    6 dt furniture ct pretty furniture ct discount
    7 dt ladang chong lee ct agro enterprise
    8. dt goods ct syarikat abu
    9 dt agro enterprise ct
    10 dt drawing ct cash
    11
    12 dt waja company ct bank
    13 dt agro enterprise ct bank
    14 dt bank ct syarikat abu ltd
    15 dt purchase ct bank
    16 dt fence repaired ct bank

  731. btul x cg jwpan kat ats??mohon pencerahan cg

  732. Syahril.

    4, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 15 –> Salah.

  733. tolong bantu saya cikgu,saya confius jawapannya sebab tanya senior kata betul jawapan saya tu…harap cikgu boleh bantu..

  734. Syahril,

    Sila kenal pasti nama perniagaan kita terlebih dahulu –> baru mudah kita kenal pasti urus niaganya.

  735. 2016
    July 1 Banked in cash RM55,000
    (dt cash 55000 ct capital 55000)

    3 Bought shop building from Advanced Architecture Co Ltd RM55,000 and paid RM40,800
    (dt advanced architect 5500
    ct bank 40800&ct accrued expenses 14200)

    4
    i) Bought stationenes from Adil Printing & Bookstore RM14,200 and paid RM220
    (dt aidil printing&bookstore
    ct bank 14200&ct accrued stationery 14200)

    ii) Made purchases from Waja Company Ltd RM6,120
    (dt purchase 6120
    ct waja company 6120)

    5
    i) Bought goods from Kaka Company Ltd RM7500
    (dt purchase 7500 ct kaka company 7500)

    ii) bought furniture from Pretty Furniture Co Ltd Listed price RM3,180 with 20% trade discount
    (dt purchases 3180
    ct pretty furniture 2544&ct discount received 636)

    6 Agro Enterprise sent an invoice to Ladang Chong Lee Ltd RM4.300
    ( dt ladang chong lee 4300
    ct agro enterprise 4300)

    10 Syarikat Abu Ltd. received an invoice from Agro Enterprise for goods bought RM5,480
    ( dt purchase ct agro enterprise)

    13 Agro Enterprise Ltd sent invoice to Abd Jalal Jalil RM1200
    ( dt abd jalal jalil 1200
    ct agro enterprise 1200)

    18 Miss Rina took cash RM500 for personal use.
    ( dt drawing 500 ct cash 500)

    20 Waja Company Ltd sent credit note to Agro Enterprise amounted RM324
    ( dt waja company 324
    ct agro enterprise 324)

    25.
    i) Agro Enterprise paid Waja Company Ltd. RM4,600 by cheque
    ( dt waja company 4600
    ct agro enterprise 4600)

    ii) Ladang Chong Lee Ltd. made payment to Agro Enterpnse RMI,340 by cheque
    ( dt ladang chong lee 1340
    ct agro enterprise 1340)

    iii) Syarikat Abu Ltd paid RM2.430 by cheque
    ( dt agro enterprise 2430
    ct syarikat abu 2430)

    28 bought good from kaka company Ltd and paid RM 1900 by cheque
    ( dt bank 1900 ct kak company 1900)

    30 sent invoice to en gopal a/l muthu rm400 for planting seeds
    ( dt en gopal 400
    ct bank 400)

    additional information

    balance at 1 july 2016
    stock rm3500
    bank rm65000

    balance at 30 jun 2017
    stock rm5000

    cg,soalan tu telah saya buat…syaa nk tnya hok mana btul&salah
    saya tnya jgak additional information tu bgaimana…

  736. Aiman,

    3..
    Dt building 55000
    Kt bank 40800
    Kt Advanced Architecture Co Ltd 14200

    4(i)
    Dt stationery 14200
    Kt bank 220
    Kt Adil Printinsg & Bookstore 13980

    5(ii) –> kita tidak rekod diskaun niaga
    Dt furniture 2544
    Kt Pretty Furniture Co Ltd 2544

    6. –> kita buat rekod utk Agro Ent.
    Dt Ladang chong lee 4300
    Kt sales 4300

    10.
    Dt Syarikat Abu Ltd. 5480
    Kt sales 5480

    13.
    Dt Abd Jalal Jalil RM1200
    Kt Sales 1200

    20.
    Dt Waja company 324
    Kt purchase return 324

    25(i)
    Dt waja company 4600
    Kt bank 4600

    25(ii)
    Dt bank 1340
    KtLadang Chong Lee Ltd. 1340

    25(iii)
    Dt Bank 2430
    Kt Syarikat Abu Ltd 2430

    28.
    Dt purchase 1900
    Kt bank 1900

    30.
    Dt gopal a/l muthu 400
    Kt sales 400

  737. cg, mcm mane dengan
    nk letak kat mne?
    additional information

    balance at 1 july 2016
    stock rm3500
    bank rm65000

    balance at 30 jun 2017
    stock rm5000

  738. Aiman,

    Bergantung kepada kehendak soalan..
    Jika soalan minta sediakan Ak Bank… maka… masuk Baki b/b 65000.. kemudian masukan urus niaga lain yang terlibat dengan Ak Bank.

  739. x fhm cg..klau saya tmbh, trial balance x imbang pun cg….sblu saya tmbh baki kt trial balance ttp x sama….mohon pencerahan cg.

  740. Aiman,

    ID tidak seimbang kerana baki awal 1 julai tidak seimbang.
    Untuk imbangkan baki awal –> tambah Ak Modal.
    Dt Stock 3500
    Dt Bank 65000
    Kt Modal (3500+65000) 68500

    # Stock akhir tidak masuk ID.

  741. Assalam,cg
    Klu pemilik ambil stok untuk peribadi.
    Akaun ape yg terlibat ye?

  742. Husna, waalaikumussalam.

    Dt Ambilan
    Kt Belian

  743. Cikgu,
    Adakah diskaun niaga dan diskaun tunai kedua-duanya perlu tulis dalam buku tunai?

  744. Ng yi han,

    Hanya DISKAUN TUNAI sahaja kita catat dalam rekod perakaunan.

  745. cg
    adakah diskaun allowed & discount received prlu dicatat dlm jurnal&ledger?

  746. Aiman,

    Semua urus niaga perlu dicatat dalam buku catatan pertama (jurnal) kemudian poskan ke lejar … seterusnya Imbangan Duga…..

  747. ouhhh ok
    cg
    ad x nota accrued,bad debts&susut nilai?

  748. skli trade discount jgk k cg?kena ctat blke?

  749. Aiman,

    Diskaun niaga –> tidak rekod,
    Kita terus rekod nilai urus niaga.. katakan:
    kos barang niaga RM1000
    Diberi diskaun niaga 10% = RM100
    Jumlah yang perlu dibayar RM900.

    Maka kita terus rekod Jualan/Penghutang RM900.

  750. Cg..
    Saya nk contohcontoh soalan &jawapan bagi jurnal penerimaan dan jurnal pembayaran..

  751. Zahiera,

    Maaf, tiada.. sila dapatkan buku latihan di pasaran.

  752. Ok.. terima kasih..

  753. cikgu nak tnya apa beza catatan berganda dan catatan mudah.. contohnya..

  754. Meiz,

    Maaf, Cg tidak pernah dengar istilah tersebut… yang biasa dengar catatan bergu, catatan tunggal, catatan majmuk, catatan kontra.

  755. Hi cikgu, nak tanya macam mana nak membezakan debit kredit jurnal am dan jurnal khas?

  756. Karen,

    Asas kedudukan baki akaun..
    Aset & Belanja –> Debit
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> Kredit

  757. Nuur aqidah binti rosnan

    Cikgu kalau dia mintak jurnal penerimaan tunai dan pembayaran tunai.kene buat buku tunai juga ke?

  758. Nuur Aqidah,

    Buku Tunai tidak perlu lagi tetapi Ak Tunai dan Ak Bank perlu dibuka apabila Jurnal Penerimaan Tunai & Jurnal Pembayaran Tunai diposkan ke lejar.

  759. cikgu dokumen apa yang tidak diperlukan dalam buku tunai?
    resit? slip bank? nota debit? makluman kredit?

  760. Khairunnisa,

    Mudah sahaja… mana2 dokumen bagi urus niaga yang TIDAK melibatkan wang tunai masuk (terima) atau wang tunai keluar (bayar).. maka tidak perlu direkodkan dalam BT.
    # Tunai = tunai ditangan & tunai dibank/cek.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.