Imbangan Duga

1. Merupakan satu senarai baki-baki akaun yang diambil daripada lejar am, lejar subsidiari dan Buku Tunai pada suatu tempoh tertentu.

2. Fungsi Imbangan Duga untuk;

a. Menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu

b. Menguji ketepatan pengiraan

c. Memudahkan penyediaan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira

3. Jumlah di sebelah debit mesti sama dengan jumlah di sebelah kredit.

4. Mempunyai batasan atau had. (Imbangan Duga yang seimbang tidak bererti semua catatan dalam lejar betul kerana mungkin terdapat beberapa kesilapan yang ketara atau tidak ketara dalam Imbangan Duga tersebut)

KUIZ : Imbangan Duga

Congratulations - you have completed KUIZ : Imbangan Duga. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Imbangan Duga dapat memudahkan penyediaan .....
A
Buku Tunai dan Akaun Modal
B
Buku Tunai dan Penyata Pendapatan
C
Akaun Modal dan Kunci Kira-kira
D
Kunci Kira-kira dan Penyata Pendapatan
Question 2
Pilih pernyataan yang tepat mengenai Imbangan Duga.
A
Pulangan Jualan direkod sebelah kredit
B
Kadar bayaran dicatat di sebelah kredit
C
Sewa diterima dicatat sebelah debit
D
Ambilan dicatat sebelah debit
Question 3
Pernyataan berikut adalah benar tentang baki-baki dalam Imbangan Duga, kecuali
A
Akaun aset berbaki debit
B
Akaun liabiliti berbaki kredit
C
Semua akaun hasil berbaki kredit
D
Semua akaun perorangan berbaki debit
Question 4
Antara akaun yang berikut, yang manakah berbaki kredit dalam Imbangan Duga?

I Akaun Pinjaman

II Akaun Komisen Diberi

III Akaun Angkutan keluar

IV Akaun Peruntukan Susut nilai
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 5
Apakah tujuan penyediaan Imbangan Duga?

I Mengimbangkan baki-baki akaun dalam lejar

II Menyemak ketepatan catatan dalam akaun lejar

III Mengesan kesilapan semasa mencatat urus niaga

IV Sebagai asas dalam penyediaan penyata kewangan
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 6
Data 3 diperoleh daripada Imbangan Duga Perniagaan Kasturi pada 30 April 2007.

Modal = RM45 000

Pinjaman Bank = RM15 000

Premis = RM60 000

Alatan Pejabat = RM8 000

Jualan = RM21 500

Belian = RM13 800

Pulangan Keluar = RM450

Angkutan Keluar = RM150

Hitungkan angka imbangan dalam Imbangan Duga pada 30 April 2007.
A
RM74 250
B
RM81 800
C
RM81 950
D
RM82 100
Question 7
Manakah pernyataan yang benar mengenai Imbangan Duga?
A
Imbangan Duga hanya boleh disediakan pada akhir setiap tempoh perakaunan
B
Ketepatan catatan dalam akaun boleh disemak sepenuhnya menggunakan Imbangan Duga
C
Jumlah debit dan kredit yang seimbang tidak semestinya menunjukkan semua catatan dalam lejar dibuat dengan betul
D
Imbangan Duga ialah sebahagian daripada akaun yang akan dipindahkan ke Akaun Perdagangan , Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira.
Question 8
Antara berikut, penyataan manakah menerangkan fungsi Imbangan Duga?

I Menyemak ketepatan catatan persamaan perakaunan.

II Menyemak ketepatan proses pengeposan ke lejar.

III Memudahkan penyediaan penyata kewangan.

IV Memudahkan pengiraan untung bersih.
A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 9
Imbangan Duga biasanya disediakan pada akhir tempoh perakaunan. Antara berikut, yang manakah ialah fungsi Imbangan Duga?
A
Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
B
Menyenaraikan catatan bergu bagi semua akaun
C
Menyenaraikan pendapatan perniagaan
D
Menyenaraikan baki semua akaun dalam lejar
Question 10
Imbangan Duga disediakan pada akhir tempoh perakaunan untuk

I menyemak ketepatan catatan bergu

II mengesan kesilapan dalam catatan Jurnal dan Lejar

III menyenangkan penyediaan Penyata Kewangan

IV menyemak jumlah aset dan liabiliti

A
I dan II
B
I dan III
C
I, II dan III
D
II, III dan IV
Question 11
Akaun yang manakah tidak dicatat ke dalam Imbangan Duga?
A
Ambilan
B
Overdraf bank
C
Alat tulis
D
Stok akhir
Question 12
Antara butiran berikut, yang manakah dicatatkan di sebelah debit Imbangan Duga?
A
Pulangan Jualan
B
Pinjaman bank
C
Modal
D
Sewa diterima
Question 13
Antara butiran berikut, yang manakah dicatatkan di sebelah kredit Imbangan Duga?
A
Diskaun diterima
B
Gaji
C
Ambilan
D
Tunai di bank
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 13 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
111213End
Return

  1. saya selalu keliru dengan data yang prlu ada dlm imbangan duga…blh cg tlg sy

  2. Royhan,

    Imbangan Duga merupakan senarai baki akaun yang diambil daripada buku lejar dan Buku Tunai pada satu tarikh tertentu.

    Ini bermaksud semua akaun-akaun dalam lejar hendaklah diimbang dan ditutup bagi mendapatkan Baki h/b dan Baki b/b, termasuklah baki Tunai dan Baki Bank daripada Buku Tunai. Seterusnya semua baki b/b tersebut perlu disenaraikan dalam Imbangan Duga. Kedudukannya mengikut kedudukan Baki b/b dalam akaun masing-masing, jika baki b/b di sebelah debit, maka dalam ID juga disebelah debit dan begitu juga sebaliknya.

    Sekiranya ada akaun yang tidak mempunyai baki, iaitu jumlah debit = jumlah kredit, maka tidak perlulah dimasukkan ke dalam ID.

  3. Cg,
    saya kurang pasti utk adjustments adakah kita perlu additional sahaja pd trial balance atau kita perlu buat baru dan perbetulkan spt yg soalan mahu..?
    contoh sekiranya salaries 121800 ada tambahan 1700,kita perlu 121800+1700 sahaja atau siap tambahkan n letak amaun 123500 pada trial balance yg baru..

  4. Cinda,

    Sekiranya soalan minta menyediakan trial balance baru, maka kena buat trial balance yang baru dan memasukkan akaun2 yang ada dengan nilai2 baru selepas ambil kira pelarasan. TETAPI sekiranya soalan minta disediakan Trading and Profit and Loss Account dan Balance Sheet, maka trial balance baru tidak perlu dibuat (memadai tanda pada kertas soalan sahaja), dan terus masukkan SALARIES 123500 ke dalam Profit and Loss Account.

  5. ok, terima kasih cg..

  6. Cg,
    saya keliru utk buat Trading and Profit and Loss Account,klu ikutkan buku ni dia minta utk follow vertical format.. Dan ada tiga coloum RM..apakah coloum pertama utk debit kedua kredit dan ketiga utk jum keseuruhan..Dimanakah saya harus letak amaun2 tersebut, ada kaedah/ tips yang boleh saya buat utk letakkan amaun2 tersebut atau tidak kisah dimana ingin saya letakkan janji ada perbezaan..harap dapat membantu.

  7. Cinda,

    Ketiga-tiga colum tersebut adalah untuk JUMLAH sahaja, bukannya Debit, Kredit dan Jumlah seperti yang Cinda faham.

    Sila rujuk FORMAT ini, dan DISINI semoga ianya dapat membantu. Untuk maklumat/keterangan lanjut boleh email Cg, ok.

  8. Cikgu
    Perlu tulis nama perniagaan tak seperti:

    Perniagaan Salam
    Imbangan Duga pada 31 September 2008

    Bank dan Tunai perlu diposkan ke Imbangan Duga kan?
    Jumlah bank dan tunai itu ambil dari awal baki ataupun akhir baki dalam Buku Tunai.

    Semasa mengeposkannya ke ID, perlu ikut apa-apa urutan?

  9. Resah,

    Tajuk BETUL mesti lengkap dan ada nama syarikat.

    Imbangan Duga merupakan SENARAI BAKI AKHIR SEMUA AKAUN yang ada, termasuk Tunai dan Bank daripada Buku Tunai.

    Tiada apa-apa urutan khas, ikut aje urutan akaun-akaun yang telah ada.

  10. Hi, cg
    Pulangan belian boleh dianggap sebagai pengurangan dalam belanja? kita letak angkanya di bhg sebelah kredit. Kes yang sama bagi pulangan jualan sebagai pengurangan dalam hasil, kita letak angkanya di sebelah debit? Ambilan pula sebagai pengurangan dalam ekuiti, kita letakkan angka di bhg sebelah debit?

    Terima kasih atas bantuan cg ^^

  11. Wong,

    Ok, BETUL apa yang telah wong nyatakan di atas.

    Ramai pelajar yang masih keliru, menyatakan Pulangan Belian sebagai “HASIL” kerana dicatat disebelah Kredit. Begitu juga dengan AMBILAN yang berbaki Dt, ada yang menyatakan ianya sebagai “BELANJA”. Kalau dah belanja kenapa tidak dicatatkan dalam Penyata Pendapatan bersama-sama belanja2 lain. Betul tak !!!

  12. cg,
    ambilan nak letak kt bahagian mana dalam imbangan duga?
    tq

  13. Fared,

    MODAL berbaki KREDIT, AMBILAN berbaki DEBIT. Itulah sebabnya dalam KKK:

    MODAL
    (+) Untung Bersih
    (-) AMBILAN

  14. maksudnya letak dibahagian debit dalam imbangan duga?

  15. assalammualaikum cekgu..
    sy nak brtanya cara @ kaedah penyediaan imbangan duga

  16. lpas 2 sy nak tanya perbezaan antara akaun nominal dengan akaun sebenar.
    mcm mana ter cekgu?

  17. Irah,

    Terdapat 2 format dalam penyediaan ID :
    1. Bentuk Akaun @ “T”
    2. Bentuk Lajur

    Cara penyediaannya, imbang dan tutup SEMUA akaun2 dalam lejar termasuk Buku Tunai, dan pindahkan bakinya ke dalam ID. Pastikan tiada akaun yang tertinggal kecuali akaun yang tidak berbaki.

    AKAUN NOMINAL adalah merujuk kepada Akaun HASIL dan BELANJA.

    AKAUN NYATA pula merujuk kepada Akaun ASET (aset semasa dan aset bukan semasa).

    “Akaun Sebenar” Cg tak pernah dengar pula, mungkin dimaksudkan dengan Akaun Nyata di atas.

  18. cikgu..
    esok saya exam, sila jawab cepat ya..
    kalau Akuan dalam lejar hanya satu entry saja , perlu imbang kemudian tulis baki sekali lagi tak? cth:
    AK GAJI
    ————————————————————————–
    Mac 1 Bank 30000 l
    biarkan mcm ini boleh tak? terus pindah ke ID ?

    lagi,
    masa buat dokumen sekesai BCP dulu baru masuk lejar atau ke2-2 sekali lebih baik?

    mesin taip ialah kelengkapan atau alat pejabat? kenapa dalam buku PELANGI LATIH TUBI TING 4 soalan mirip spm 5(ms 132 ) ia kelengkpan?

    doakan kecemerlangan saya ya…terima kasih banyak-banyak

  19. Sedar,

    1. sebaik2nya tulis Baki h/b ddan Baki b/b.

    2. Cg syorkan siapkan BCP kemudian pos ke lejar satu persatu.

    3. Mesin taip dikelaskan sebagai Alatan Pejabat, dalam perakaunan istilah “kelengkapan” tidak sesuai digunakan.

    Cg doakan sedar memperolehi keputusan yang cemerlang.

  20. cg..sy kurang fham..(Mempunyai batasan atau had.)..

    apkah yg di mksud kn….??
    cg..bgimna sy nk mmprbaiki klmhan sy dlam subjek akaun…??sy fham apbla ckgu ajar…ttapi bla di cbang kn dlam bnyak2 ktegeri…sy mula keliru….

    bleh cg sdiakn 1 bntuk peta mnda yg mmudah kn sy fham…

  21. Sarah,

    Imbangan Duga dapat digunakan untuk menguji ketepatan sistem catatan bergu akaun dalam lejar dan Buku Tunai. Di mana Jumlah ID di sebelah DEBIT = KREDIT.

    Walau bagaimanapun ID yang seimbang masih tidak bermakna semua catatan adalah tepat dan betul. Kerana masih ada lagi kesilapan2 yang mungkin berlaku tetapi tidak dapat dikesan dengan jumlah ID yang seimbang. Itulah yang dimaksudkan dengan PENGHADAN IMBANGAN DUGA. Iaitu ada kesilapan2 yang tidak dapat dikesan hanya melalui ID sahaja.

    Belajar Akaun kena rajin berTANYA apabila tidak faham. Bertanyakan cikgu adalah lebih baik dan mudah faham berbanding baca buku secara sendirian.

    Bagi mendapatkan carta minta, Cg cadangkan beli / dapatkan daripada buku rujukan SASBADI, kerana setiap bab ada disediakan carta minda / peta konsep tersebut.

  22. nak tanye cket…………..
    kaedah penyediaan imbangan duga macam mane ekk??

  23. cikgu,
    mcm mana nk mengesan dimasukkan dlm DT atau KT pda imbangan duga?

  24. Q,

    Imbangan Duga merupakan senarai baki2 akaun yang telah kita buka termasuk Buku Tunai. Dalam menentukan ianya berbaki debit atau kredit, hendaklah merujuk kepada baki akhir (BAKI B/B) akaun2 tersebut.

  25. thanx cikgu…..^^

  26. cg,….
    tlg sy,…
    esok sy ader exam akaun form 4,..
    n sy x reti ape2 pon,.. 🙁

  27. Luna,

    Maaf, tiada apa yang boleh Cg tolong kecuali anda menolong diri anda sendiri untuk berusaha mempelajari dan menguasainya.

  28. as’kom,cg

    sy nak tny,,sebelum total drpd akaun lejar kite nak pos ke IMBANGAN DUGA adakah perlu untuk kite tutup semua akaun lejar 2 sampai baki b/b,,walaupun hanya terdapat 1 sahaja urusniaga dlm Akaun 2 cth Akaun Diskaun Diberi,Diterima dan lain2?…

    Tq,cg

  29. Syafiq,

    Sebaik-baik jawapan hendaklah diimbang dan tutup semua akaun, walaupun hanya terdapat 1 item saja.

  30. cg,,

    untuk soalan Dokumen berapa lama masa yang sepatutnye Fiq guna bagi menjawab soalan dokumen hingga imbangan Duga?…

    dan boleh kasi tip cara untuk fiq agihkan masa2 untuk menjawab topik2 masa exam?…

  31. Masa untuk jawab soalan dokumen tidak lebih 53 minit. Secara mudahnya kita ambil nisbah markah darab dengan jumlah masa 2jam 30 minit @ 150 minit.

    Contohnya:
    Soalan 1 – 28 markah = 28/80 X 150 = 53 minit
    Soalan 2 – 20 markah = 20/80 X 150 = 38 minit

  32. cikgu…selain soalan 2…manakah soalan lain yang termasuk untuk semakan LCCI?

  33. Sue,

    Soalan 2 dan Soalan 3 menggunakan format dan skema pemarkahan ala LCCI. Tetapi penilaian dalam pemberian Sijil LCCI adalah bergantung kepada markah KERTAS 2 iaitu mendapat 40 markah ke atas.

  34. Cg,,

    boleh tak cg tunjuk cara nak tutup n imbangkan akaun lejar yang betul?..sebab cg kelas sy tidak tunjuk cara yang sempurna untuk menutup akaun lejar..

  35. Syafiq,

    Cara tutup akaun yang lengkap ialah ada BAKI H/B dan BAKI B/B pada akhirnya.

  36. cg,,

    ape yang perlu saya buat untuk persediaan esok sebelum exam spm paper akaun,,adakah saya perlu membuat lagi latihan atau mengulangkaji n melihat semula latihan yg telah saya buat?..

    sebab saya telah banyak buat latihan,,cuma tidak tahu cara untuk persediaan yang betul..

    Terima Kasih,,cg

  37. Syafiq,

    Pada pandangan Cg, sekarang bukan lagi masa untuk buat latihan. Sebaliknya ulangkaji setiap topik, ingat format2 yang terlibat, langkah2 penyelesaian, dengan merujuk kembali kepada latihan2 yang telah dibuat serta komen2 atau teguran2 yang diberikan oleh guru anda terhadap kesilapan2 yang telah anda lakukan agar ianya tidak berulang lagi. Dan jangan lupa berikan sedikit waktu untuk lihat kembali soalan2 kertas 1 yang telah dijawab dan dibincangkan dalam kelas..

    ~ Semoga Berjaya.

  38. a’kum ckgu..

    sy lmah dlm bab ni…ckgu ade sdiakn formula utk bab ni x??

  39. Fahamkan apakah Imbangan Duga ?

    – Merupakan satu SENARAI BAKI-BAKI akaun yang diambil daripada akaun2 dalam lejar.

    Jadi masukkan SEMUA baki-baki akaun yang ada, jika BAKI AKHIR (BAKI B/B) di sebelah debit, maka catat di sebelah DEBIT dan sebaliknya.

    Kemudian JUMLAHKAN kedua-dua belah DEBIT dan KREDIT, dan jumlah tersebut MESTI SAMA. Jika tidak sama menunjukkan ada berlaku kesilapan, sama ada semasa di lejar atau di Imbangan Duga itu sendiri.

  40. cikgu
    tolong jelaskan macam mana nak tutup akaun lejar dan imbang duga. saya tak berapa tahu cara dan langkahnya…

  41. assalammualaikum,cikgu..
    nk tanya sikit..umm..dalam kunci kira2,kita nak buat dalam bentuk penyata ke bentuk ‘T’ DALAM spm?sebab sekarang ni saya dah terbiasa buat dalam bentuk ‘T’..
    Tq,CIKGU

  42. Aby,

    ………..Ak Perabot
    Bank…….. 1000…. Ambilan …….200
    ……………………….. Bank h/b…..800 (3)
    ……………. 1000 (1)……………..1000 (2)
    Baki b/b …. 800 (4)

    Langkah2 ikut 1, 2, 3 dan 4. Kemudian Baki b/b 800 dipindahkan ke Imbangan Duga di sebelah debit Perabot 800.
    Imbangan Duga hanyalah senarai baki2 semua akaun (rujuk kepada baki b/b). Kemudian jumlah di sebelah debit dan kredit … jumlah mesti SAMA/SEIMBANG.

    Anje93,
    Cg cadangkan supaya membiasakan diri dengan bentuk PENYATA.

  43. adakah jika saya buat dlm bentuk ‘T’ markah akan berkurang cikgu?dan saya tak berapa faham la tentang angkutan2 ni ,cikgu…dalam a/k penghutang kita letakkan angkutan keluar ke masuk?sebab,saya rujuk cara buat a/k penghutang dia xkata angkutan apa…

  44. Ya, jika buat bentuk T, kemungkinan markah untuk MODAL KERJA (dalam bentuk Penyata) akan hilang.

    Soalan angkutan yang dimaksudkan itu mungkan bawah topik Akaun Kawalan.

    1. ANGKUTAN MASUK … belanja pengankutan untuk membawa MASUK barang niaga yang kita BELI daripada PEMBEKAL. Oleh itu Ak PEMIUTANG terlibat.

    2. ANGKUTAN KELUAR … belanja pengankutan untuk menghantar KELUAR barang niaga kepada PELANGGAN. Maka Ak PENGHUTANG terlibat.

  45. salam……….
    cikgu bgaimna nk tau samada nk mskn sblah dbit tau kredit

  46. Salam,
    Panduan asas dalam menentukan catatan disebelah debit atau kredit ialah : AB = LEH

    DEBIT : Aset dan Belanja
    KREDIT : Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.

  47. assalammualaikum cikgu…

    saya mempunyai masalah dalam mengimbangi imbangan duga setiap kali membuat imbangan duga. Bagaimana saya nak memastikan imbangan duga saya imbang??

  48. Waalaikumussalam,

    Beberapa kesilapan yang menyebabkan ID tidak seimbang:
    1. Tertinggal 1 atau beberapa item dalam ID.
    2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
    3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
    4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
    5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar.

  49. salam….
    cikgu,sy merupakan guru pelatih…
    apakah set induksi yang paling sesuai untuk pengajaran bab imbangan duga????
    harap cikgu dapat sumbangkan idea…tq

  50. Tujuan set induksi adalah untuk membuka minda, mencetuskan fikiran dan menarik perhatian pelajar terhadap topik yang hendah diajar. Sebaik2nya set induksi yang disediakan ada kaitan dengan isi kandungan yang hendak disampaikan dalam topik tersebut, seperti :
    1. Format Imbangan Duga.
    2. Fungsi / Kegunaan Imbangan Duga.
    3. Konsep keseimbangan, sistem catatan bergu atau Persamaan Perakaunan.

    Semoga sedikit sebanyak dapat membantu Syera menyediakan SI tersebut.

  51. assalamuailaikum cikgu,
    selalu imbangan duga yg saya buat ximbang…mcm mana nak pastikan ia seimbang?
    adakah perlu untuk menulis jumlahnya dibawah?

  52. Waalaikumussalam,

    Beberapa kesilapan yang menyebabkan ID tidak seimbang:
    1. Tertinggal 1 atau beberapa item dalam ID.
    2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
    3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
    4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
    5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar.

    Cuba elakkan kesilapan2 tersebut. Jawapan yang lengkap hendaklah menyediakan JUMLAH tersebut, walaupun tiada sebarang peruntukkan markah untuknya. Bagi tujuan menjawab peperiksaan, jumlah tersebut boleh disediakan selepas menjawab semua soalan2 yang lain bagi tujuan menyemak catatan bergu / mengesan kesilapan dalam soalan tersebut.

  53. jualan nak letak kat mana cikgu

  54. Jualan adalah Hasil maka, mestilah bebaki Kredit. Maka dalam Imbangan Duga diletakkan disebelah KREDIT.

  55. salam…. saya nk tanya mengenai maksud kekangan imbagan duga? adakah ianya sama seperti pengehadan imbangan duga….. rime kaseh…. =)

  56. Ya, sama saja maksudnya.

  57. assalamulaikum cikgu…
    saya nak tanya kenapa dalam imbangan duga stok awal di masukkan sebelah debit…kenapa bukan stok akhir?bukanke stok akhir adalah aset…..saya harap cikgu dapat membantu.

  58. “stok akhir akan dicatatkan diluar ID kerana stok akhir hanya dinilai slps ID disediakan” apa maksudnya ek? dicatatkan di luar tu katne?
    kenyataan drpd focus goal pelangi…….saya menunggu bantuan cikgu..terima kasih

  59. STOK AKHIR dinilai secara fizikal di akhir tempoh perakaunan, iaitu semua stok dalam kedai dikira bilangan yang ada (tak habis dijual) kemudian didarabkan dengan harga kos atau harga pasaran. Dan catatan pelarasan akan dilakukan pada akhir tahun kewangan tersebut. Itlah sebabnya stok akhir hanya dicatat diluar ID duga sahaja, ianya sebagai catat sahaja bukannya merujuk kepada baki pada AKAUN STOK.

    Pada akhir tahun kewangan, Baki awal Ak Stok (Stok awal) akan dipindahkan ke Ak Perdangan dan STOK AKHIR akan dicatatkan dalam AKAUN STOK.
    STOK AWAL dan STOK AKHIR adalah merujuk kepada AKAUN STOK yang sama, cuma Stok Akhir akan dicatat dalam Ak Stok pada akhir tahun kewangan. Dan baki tersebut dibawa ke tahun hadapan dan dinamakan sebagai STOK AWAL.

  60. terima kasih atas jawapan cikgu..

  61. Hi Cikgu,
    Link yang diposkan oleh cikgu sudah tidak boleh akses, bolehkah cikgu poskan link baru tentang fomat ID?

    Terima kasih! 🙂

  62. Darren,

    Terdapat 2 Format bagi Imbangan Duga, iaitu :
    1. Format Akaun “T”
    2. Format Lajur

    Maaf, link tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi. Format2 tersebut boleh dirujuk dalam buku teks / buku rujukan.

  63. adakah jumlah tunai dan bannk tu diambil dari buku tunai dan jumlah yang mana satu kita perlu ambil?

  64. Nysa,
    Imbangan Duga ialah senarai BAKI AKHIR setiap akaun. Maka BAKI AKHIR bagi Tunai dan Bank akan dicatatkan dalam Imbangan Duga.

  65. cg sya langsung tak faham ttg bab ini…apa y hrus sya lakukan?

  66. Chippie,
    Cara paling CEPAT untuk faham ialah berjumpa dan bertanyakan guru anda disekolah. Ini kerana ianya antara topik yang paling mudah.

  67. As’kum,cg….
    bagaimanakah caranya untk membaiki ID yg tdak seimbang???

  68. Iwan,
    Salam, bagi membetulkan ID, kena SEMAK dan kenal pasti terlebih dahulu apakah kesilapan yang telah dilakukan. Antara kesilapan2 yang menyebabkan ID tidak seimbang, ialah :
    1. Tertinggal 1 atau beberapa item/akaun dalam ID.
    2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
    3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
    4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
    5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar. – Dari segi : Debit, Kredit, Jumlah, Catatan bergu.
    6. Kesilapan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama. – Dari segi : pengiraan.

  69. Adakah akaun kenderaan harus dicatatkan ke dalam imbangan duga

  70. Rofl,
    Imbangan Duga adalah senarai SEMUA AKAUN dalam Lejar termasuk Ak Tunai dan Ak Bank dalam BUKU TUNAI.

  71. bagaimana nk mengimbangi id yang tidak seimbang?? adkh jmlh yang saya masukkan mempengaruhi??

  72. Rujuk komen Cg di ATAS berkaitan ID yang tidak seimbang.

  73. SALAM CIKGU KENAPA SETIAP KALI SAYA NAK IMBANGKAN TAK SEIMBANG PUN

  74. Salam, kemungkinan anda masih kurang menguasai kemahiran SISTEM CATATAN BERGU.

  75. Salam.i dah byk kali buat ID.tap ia tak imbang pun.i dah semak byk kali.i dah rujuk buku.tap ID tu tak imbang pun.so, i tink sir can give me another way 2 solve iy.plz hepl me sir…..

  76. Sebab utama ID tidak seimbang ialah disebabkan sistem catatan bergunya yang tidak tepat. Cuba hantarkan jawapan anda ke cgnarzukionline@gmail.com nanti cg semak dan nyatakan dimana berlakunya kesilapan.

  77. cikgu,

    Kalau kita buat semua tetapi tidak imbang kosnya ,adakah akan beri markah juga?

  78. Markah diberikan pada setiap BUTIR dan AMAUN yang betul, bukan pada JUMLAH keseimbangannya.

  79. plz send the answer as fast as possible

  80. Maaf, Cg belum terima lagi.

  81. hai cikgu

    semua lejar mesti ada baki ke?
    mcm akaun penghutang @ pemiutang?

  82. Tidak semestinya, contohnya Akaun Ali (Pemiutang) tidak mempunyai baki kerana semua hutangnya telah dijelaskan.

  83. cikgu, cmner imbngn duga sy lebih liabilti dr asset, cmner nk wt ckgu nk surh imbangan kan

  84. Wani,
    Cuba semak perkara dibawah :
    1. pastikan baki semua akaun yang ada disenaraikan dalam ID, termasuk Baki daripada Buku Tunai (Tunai dan Bank).
    2. lihat kedudukan baki setiap akaun disebelah yang betul Debit / Kredit.
    3. pastikan catatan bergu dalam lejar adalah betul.

  85. salam cg,
    kadar bayaran terakru catat sblah mana ek dlm ID?

  86. siti munirah

    nak tanya cikgu cara2 buat imbangn duga slps pelarasan???harp cikgu dpt membantu…..

  87. Siti Munirah,

    Caranya sama dengan penyediaan ID biasa, itu menyenaraikan BAKI2 SEMUA AKAUN …. termasuk akaun2 yang terlibat dengan pelarasan, maka ianya dipanggil ID TERSELARAS.

  88. Cikgu saya nk tnye kenapa kunci kira2 x imbang walaupun imbangan duga saya dah imbang??? Lagi pun saye dah check banyak kali dah…

  89. premis 135000
    stok awal 56500
    kenderaan 40000 lengkapan 15720
    pinjaman 6% 21200
    pinjaman4% 3000 kadar bayaran terakru 280
    deposit sewa 2400
    modal 218320
    belian 30670
    pulangan belian 4900
    jualan 58100
    pulangan jualan 5700
    sewa ruang niaga 300
    ambilan 1710
    komputer 2800
    kadar bayaran 560
    angkutan masuk 450
    promosi 500
    periklanan 300
    derma 100
    faedah atas pinjaman 120
    diskaun diberi 1055
    diskaun diterima 556
    pemiutang 6330 upah pembantu kedai 890
    penghutang 17500
    bank 18181
    tunai 450
    susut nilai kenderaan 667
    susut nilai terkumpul kenderaan 12667
    hutang ragu 155
    PHR 525
    gaji 1350
    gaji terakru 200
    belanja am terakru 300
    belanja am 800
    komisen terakru 150
    komisen 650
    insurans 700
    insurans terdahulu 100
    stok alat tulis 150
    alat tulis 500
    susut nilai lengkapan 107
    susut nilai terkumpul lengkapan 2957
    332785 332785

    stok akhir=46800

  90. kalau cikgu nk tengok imbang duga saya ?
    bagi email cikgu…

  91. Firz,

    Jika ID Terselaras telah seimbang, ini bemaksud kemungkinan berlaku kesilapan dalam mengklasifikasi akaun, kesilapan operasi, kesilapan catatan nilainya.

  92. salam cikgu,
    saya ade kekeliruan istilah bahasa inggeris dan melayu dalam perakaunan…saya hanye pernah belajar asas perakaunan dalam bahasa inggeris shj..
    jd soalan sy, adakah balance sheet = imbangan duga??

    tq.

  93. Fariza,

    Trial Balance = Imbangan Duga
    Balance Sheet = Kunci Kira-kira

  94. pinjaman bercagar?
    faedah atas pinjaman?

  95. selamat sejatera cik,
    saya ada masalah cik. masalah saya ialah macam mana buat buku tunai runcit dan juga buku tunai?????? cikgu saya naK TAHU macam mana buat imbagan duga juga ???? cikgu tolong hantar jawapan sebab ada periksa???? please cikgu.

  96. Loga,

    Akaun merupakan ILMU KEMAHIRAN, ianya tidak boleh belajar dalam masa 1 hari atau hanya baca nota sahaja… LATIHAN BERTERUSAN, sentiasa BERTANYA dan selalu jumpa GURU untuk dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR…. itu cara yang paling berkesan.

  97. cg tlg ajar camne nk bt slot pengajaran

  98. Nani,

    Kena tentukan isi/objektif pengajaran / kemahiran yang hendak disampaikan serta pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian baru rangka set induksi, perkembangan isi tersebut serta penutupnya.

  99. cg bg sye tip utk membuat imbangan duga dgn btul & mudah

  100. Mood,

    Imbangan Duga hanyalah SENARAI baki-baki akaun yang ada dalam LEJAR AM.. termasuk baki TUNAI dan BANK dalam Buku Tunai.

    Apa yang menyebabkan ianya TIDAK SEIMBANG adalah disebabkan kesilapan2 yang telah dilakukan dalam SISTEM CATATAN BERGU (boleh rujuk buku teks Bab Imbangan Duga – jenis2 Kesilapan Ketara).

  101. imbangan duga sama dengan catatan bergu ke? saya sgt keliru

  102. Lyn,

    Imbangan Duga ialah senarai baki-baki akaun yang terdapat dalam Lejar Am termasuk baki Tunai dan Bank daripada Buku Tunai.

  103. saya langsung x fhm……

  104. Mohd Hafiz,

    Terus jumpa guru anda di sekolah untuk mendapatkan bimbingan dan tunjukajar daripada beliau …. cara tersebut lebih berkesan.

  105. saya confuss yang mana diisi di column debit atau credit
    baki belian daripada pemborong
    baki jualan belum berbayar
    kereta company
    jualan tunai
    baki bank
    baki tunai
    pulangan ke pemborong
    pulangan dari pembeli
    tolong ajar yang mana debit, yang mana debit

  106. Ehs,

    Pada asasnya:

    AB = LEH
    Akaun berbaki DEBIT = ASET dan BELANJA
    Akaun berbaki KREDIT = LIABILITI, EKUITI dan HASIL
    Manakala AKAUN KONTRA adalah SONGSANG kepada AKAUN INDUKNYA.

    Belian = Belanja …. DEBIT
    Jualan = Hasil …… KREDIT
    Kereta = Aset ……. DEBIT
    Pulangan Belian = Ak Kontra kepada Belian …… KREDIT (Belian = Debit)
    Pulangan Jualan = Ak Kontra kepada Jualan ….. DEBIT ( Jualan = Kredit)

  107. Cikgu , sy tk dpt nk bezakan yg mne ptut letak dkat debit , yg mne ptut letak kt kredit . . bole tlong x , mcm mne nk thu yg mne sesuai letak DT or KT dlm ID atau mne2 lah

  108. Nutt,

    Asasnya

    DEBIT = ASET dan BELANJA…….. termsuk Ak Kontra : Pulangan Jualan, Ambilan

    KREDIT = EKUITI, LIABILITI dan HASIL…. termasuk Ak Kontra : Pulangan Belian, Peruntukkan hutang Ragu, susut nilai terkumpul

  109. mcamana kalau imbangan duga ta balance ?

  110. Meyla,

    Jika ID tidak seimbang… itu menunjukkan terdapat kesilapan semasa merekod… bagi membetulkan kesilapan tersebut, kena SEMAK dan kenal pasti terlebih dahulu apakah kesilapan yang telah dilakukan. Antara kesilapan2 yang menyebabkan ID tidak seimbang, ialah :
    1. Tertinggal 1 atau beberapa item/akaun dalam ID.
    2. Catatan di sebelah debit dan kredit yang salah.
    3. Kesilapan pengiraan jumlah debit dan kredit ID.
    4. Kesilapan pengiraan baki h/b & baki b/b dalam Lejar.
    5. Kesilapan semasa poskan ke Lejar. – Dari segi : Debit, Kredit, Jumlah, Catatan bergu.
    6. Kesilapan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama. – Dari segi : pengiraan.

  111. cg,
    boleh tak kasi formula nak ingat susunan dalam imbangan duga.??
    saya masih keliru nak tentukan apabila nak masukkan maklumat dalam imbangan duga…

  112. Nurul,

    Tiada susunan khas dalam ID, apa yang penting akaun2 tersebut dicatat disebelah yang betul sama ada DEBIT atau KREDIT.

    Pada asasnya baki2 akaun adalah seperti berikut :
    AKAUN ASET dan BELANJA = berbaki DEBIT
    AKAUN LIABILITI, EKUITI dan HASIL = berbaki KREDIT

    Manakala bagi AKAUN KONTRA, sifatnya bertentangan dengan AKAUN INDUKnya, contohnya:
    JUALAN …. berbaki KREDIT
    PULANGAN JUALAN ….. berbaki DEBIT

    Maklumat Tambahan biasanya melibatkan PELARASAN terhadap baki2 akaun yang SEDIA ADA ataupun yang BELUM ADA.

  113. cuba cg terangkan AKAUN KONTRA..
    saya kurang fahamlah..AKAUN INDUK itu hasil daripada AKAUN KONTRA ke???

    tq..

  114. Nurul,

    Semua akaun boleh diklasifikasikan sama ada sebagai Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja. Manakala dalam setiap satunya ada yang bersifat BERTAMBAH dan BERKURANG.

    Sebagai contoh : ITEM HASIL
    1. JUALAN …. akan MENAMBAHKAN hasil
    2. PULANGAN JUALAN ….. akan MENGURANGKAN hasil

    Maka, JUALAN dipanggil AKAUN INDUK, manakala PULANGAN JUALAN dipanggil AKAUN KONTRA ….. iaitu Pulangan Jualan merupakan Akaun Kontra kepada Jualan. Dimana dalam PENYATA PENDAPATAN ianya dicatatkan sebagai berikut :

    Jualan ……………………….. RM50,000
    (-) Pulangan Jualan……… RM5,000
    Jualan bersih ………………RM45,000

  115. teruja… utk terus mengikuti / membaca semua comment..

  116. Nash,

    Teruskan pembacaan anda, kerana banyak maklumat / perkara telah dibincangkan dalam komen2 sebelum ini.

  117. salam cikgu..
    saya agak keliru mengenai trial balance..
    sebelum ni saya buat soalan yang menyediakan 1 nilai stock, Stock ( 1st Jan 1991). jadi nilai ni letak bhagian debitkan.
    saya cuba buat satu soalan latihan, di bagi 2 nilai stok, stock ( 1st jan 1991) dan stock (31st Dec 1991). stock 31 dec ni letak bahagian debit juga ka?

  118. Ana,

    STOK AKHIR… tidak perlu dimasukkan dalam Imbangan Duga. Hanya sebagai catatan / makluman untuk penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK nanti.

  119. salam…bleu x ckgu trangkn mngapa blnje dseblah dbit Dan hasil disblh kdt

  120. Jol,

    Perkara paling asas dalam perakaunan… Aset & Belanja – berbaki DEBIT, …… Liabiliti, Ekuiti & Hasil – berbaki Kredit.
    Untuk nampak lebih jelas, kita rujuk kepada prinsip asas – sistem catatan bergu.

    Contoh 1: jualan secara tunai….. apakah 2 akaun yang terlibat ? …… TUNAI & JUALAN.
    …. bila jual kita dapat duit / wang masuk, maka Ak Tunai di DEBIT, …. Ak Jualan di KREDIT.

    Contoh 2: belian secara tunai…… akaun terlibat TUNAI & BELIAN.
    ….. bila beli, wang tunai keluar, maka Ak Tunai di KREDIT, ……. Ak Belian di DEBIT.

    Sila cuba dengan urus niaga yang lain, kemudian lihat Ak HASIL disebelah mana.. ? Ak BELANJA disebelah mana.. ?
    1. Bayar kadar bayaran dengan tunai.
    2. Bayar gaji dengan tunai.
    3. Terima komisen secara tunai.
    4. Terima sewa secara tunai.

  121. terima kasih cg..saya nak terangkan kat kawan saya..tapi saya sendiri jadi pening..jadi, kalau saya nak terangkan kat kawan saya, saya kena guna kaedah catatan bergulah ckgu??? terima kasih lagi sekali atas penerangan cgu..

  122. Hello,
    cikgu ,sya baru masuk kelas akaun di semtasi, sy mula belajar pasal kkk,p.pndptn,akaun pdgnn..

    pada pendapat cikgu,apakah yg perlu saya buat untuk dapat kejar pelajaran dengan lebih cepat dan berkesan

  123. Ver,

    Cara paling cepat dan berkesan ….. banyakkan LATIHAN dan BERTANYA jika ada masalah.

  124. cikgu kalau angkutan masuk dalam imbangan duga,kita harus letakkan debit atau kredit?

  125. Ahmad Tajudin,

    Kita ikut kedudukan BAKI B/B dalam akaun tersebut,
    ANGKUTAN MASUK dikelaskan sebagai item BELANJA, maka sepatutnya ianya berbaki DEBIT.

  126. cikgu saya nak tanya imbangan duga saya tak seimbang…
    sebelah kredit saya terlalu byk daripada debit..
    macam mna saya nak seimbang kan….

  127. Nurul Izayanti,

    Ada kemungkinan anda tertinggal masukkan beberapa akaun misalnya,,, baki Ak Tunai dan Ak Bank daripada Buku Tunai,
    Ataupun masukkan baki akaun disebelah yang salah,

  128. cikgu takpe ke kalau kita niaga jualan kita sedikit daripada Belian . Contoh Jualan saya 12 200. Tapi belian saya 13 800. ;/

  129. Siti,

    Dari segi rekod perakaunan tiada masalah.. cuma dari segi rasionalnya… ada tak peniaga yang berniaga untuk dapat rugi… ?

  130. saya nak tanye mengenai akaun kawalan
    nak masuk kat imbangan duga bagaiamana

  131. Aini,

    Masukkan sebagai PENGHUTANG dan PEMIUTANG.

  132. Cikgu. Saya taktau nak letak sesuatu tu dalam debit atau kredit. Contoh macam alat tulis, belanja am dan semua tu lah. Boleh cikgu bagi penerangan tentang debit atau kredit ni?

  133. Nazatul,

    Dalam penyediaan Imbangan Duga.. kita berpandukan kepada BAKI B/B (BAKI AKHIR) sesuatu akaun. Dan kita juga boleh menyemaknya menggunakan konsep asa perakaunan.. iaitu ASET dan BELANJA – berbaki DEBIT.. manakala LIABILITI, EKUITI dan HASIL – berbaki KREDIT

  134. cikgu, dlam penyata pendapatan di lembaran kerja, nilai/butir apa yg perlu diletak?

  135. assalamualaikum cikgu,akaun apa yang tidak dicatat dalam imbangan duga?

  136. cikgu kalau kadar bayaran terakru dan sewa diterima adakah perlu dimasukkan ke dalam imbangan duga juga?

  137. Cikgu,macam mana hendak tahu apa yang tertinggal dalam inbangan duga sekiranya ia tidak seimbang????

  138. Baby panda,

    Sila rujuk panduan mengesan kesilapan sekiranya ID tidak seimbang dalam buku teks Bab Imbangan Duga.

  139. cikgu, stok akhir pun kena catat ke kat dalam imbangan duga?

  140. Liyana,

    Hanya STOK AWAL ( baki daripada AK Stok) sahaja dimasukkan dalam ID.

  141. salam cg..berdasarkan pd soalan sy :

    urusniaga : mengeluarkan cek RM300 untuk servis kenderaan dan cek RM500 untuk tunai di kedai…

    perlu ke sy bt akaun perdagangan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira…??

  142. Nadia,

    Kena rujuk kepada kehendak soalan… dikehendaki buat sampai mana.

  143. cg,

    berdasarkan pd keperluan soalan, sy perlu menyediakan akaun perdagangan, akaun untung rugi dan kunci kira-kira (bergantung pd soalan, mungkin hanya perlu sediakan kkk sahaja)…

    cg,sy sbnr nye xde basic akaun..bnyk lg yg konfius..

    harap cg boleh terangkan apa yg sy perlu sediakan pada akaun perdagangan , akaun untung rugi dan kkk..

  144. Nadia,

    Saya perlu lihat soalan yang LENGKAP, baru boleh terang apa yang sepatutnya dibuat. Untuk menyediakann Akaun Penamat tersebut memerlukan senarai baki2 akaun atau Imbangan Duga yang lengkap.

  145. Bagaimana untuk memastikan Imbangan Duga sentiasa imbang?… boleh cikgu tolong saya?

  146. Khairul,

    ID akan seimbang sekiranya perekodan catatan bergunya betul.
    Dan panduan untuk mengesan kesilapan yang berlaku ada dinyatakan dalam buku teks m/s 194.

  147. kalau imbangan duga sebelah kredit bertambah perniagaan akan untung atau rugi

  148. Max,

    Yang menentukan untung / rugi adalah item HASIL dan BELANJA
    HASIL —> berbaki Kredit
    BELANJA —> berbaki Debit
    Jika Hasil > Belanja = Untung
    Jika Hasil < Belanja = Rugi

  149. modal akhir akhir dalam kkk dan modal dalam imbangan duga sama ke?

  150. Aziz,

    Modal dalam ID merujuk kepada MODAL AWAL dalam KKK..
    Modal awal + UB – Ambilan = MODAL AKHIR.

  151. assalamualaikum sir,macam mana nk tahu baki h/b atau b/b nak letak di bahagian debit atau kredit?

  152. Syaza, waalaikumussalam.

    ID merupakan senarai SEMUA baki akhir akaun yang ada. Dan baki akhir adalah merujuk kepada BAKI B/B, iaitu baki yang dibawa ke bulan hadapan. Debit atau Kredit sesuatu akaun ditentukan dengan cara pengimbangan jumlah mana yang lebih besar.

    Dan secara asasnya akaun Aset dan Belanja berbaki DEBIT, manakala akaun Liabiliti, Ekuiti dan Hasil berbaki KREDIT.
    Manakala akaun KONTRA pula adalah merujuk kepada akaun INDUK tetapi kedudukan bakinya terbalik.. Misalnya, Jualan (Hasil)– Kredit, maka Pulangan Jualan (Kontra)—- Debit.

  153. salam cikgu ..sy nk tnya kalau soalan mintak soalan camnii.. cmna nak buat .saya x faham..

    1. Maklumat-maklumat berikut diperolehi daripada lejar seorang peniaga.

    RM RM

    Belian 63, 400 Duti atas belian 1,350

    Jualan 78,500 Alat tulis 808

    Ambilan 2,000 Penghutang 22,700

    Pulangan Masuk 400 Pemiutang 13,000

    Pulangan Keluar 300 Kenderaan bermotor 20,000

    Diskaun diterima 600 Alatan Pejabat 2,600

    Diskaun diberi 750 Angkutan masuk 1,650

    Komisen diterima 1,378 Angkutan keluar 3,740

    Sewa 4,800 Tunai di bank 4,450

    Upah 7,800 Modal 56,000

    Belanja Pentadbiran 5,900 Stok (1 Julai 2013) 7,430

    Anda dikehendaki menyediakan Imbangan Duga pada 30 Jun 2014.

  154. Ummi,

    Sediankan ID… letakkan setiap akaun diberi dilajur Dt / Kt.. kemudian jumlah Dt dan Kt mestilah sama/seimbang.

  155. maksudnye kan cikgu ..kalau debit (wang kelua) and kredit (wang masuk ) kan?
    kalau komisen diterima sebelak kt ke dt? contohnye imbangan duga 30 JUN ,tapi stok 1 julai..mksodnye?

  156. Ummi,

    Wang keluar dan wang masuk hanya merujuk kepada Ak Tunai dan Ak Bank sahaja. Pada asasnya :

    Akaun berbaki DEBIT – akaun2 ASET dan BELANJA
    Akaun berbaki KREDIT – akaun2 LIABILITI, EKUITI dan HASIL.

    Contohnya, Komisen diterima = Hasil… maka berbaki Kredit

  157. Salam cg.
    Saya pelajar poli sem 1 dan mengambil jurusan pengurusan perniagaan.

    Saya nak tahu bolehkan dalam satu imbangan duga ada 2 modal? Contoh

    Soalan menyuruh membetulkan trial balance yg diberi.
    Trial balance as at 31 Jan 2013
    Capital as at 1 Feb 2013 – Cr
    Jumlah capital yg ni mmg betul di kredit kan? Sebab modal ekuiti pemilik.

    Soalan saya, perlukan kita buat modal yg baru?

  158. Lagi,
    Untung dari perlupusan perabot perlu masuk dalam ID?
    Dan duti import adalah belanja dan dimasukkan dalam debit kan?

  159. Farah,

    Dalam ID hanya ada SATU Ak MODAL sahaja.
    Ya betul MODAL sebelah kredit.
    Semua BAKI AKAUN perlu dimasukkan dalam ID.
    HASIL — KREDIT
    BELANJA — DEBIT

  160. cg,nak tanya

    bab7 bunga yang masih belum diterima
    liabiliti semasa kan?

  161. Kx,

    Bunga belum terima.. maksudnya HASIL TERAKRU / BELUM TERIMA… dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

  162. cg,
    kalau pada tajuk ‘pada’ diganti dengan ‘bagi’ boleh tak?

  163. Na.

    TIDAK BOLEH.

  164. saya nak minta tolong sikit cg,tolong selesai kan masalah saya nie…cara nak buat imbangan duga dan penyata pendapatan. item sperti berikut :
    gaji kasar : RM 377,843.09
    minyak : RM 39,885.48
    barang-barang lori: RM 60,354.62
    gaji pekerja: RM 162,086.12
    ccm lori : RM 38,400.00
    ccm kereta: RM 29,280.00
    Perbelanjaan rumah : RM 25,200.00

    berapa untung bersih nya dan cara nak buat imbangan duga dan penyata pendapatan.

  165. Suriana,

    Imbangan Duga disediakan untuk menyemak ketepatan sistem catatan bergu, di mana BAKI SEMUA AKAUN yang disediakan disenaraikan disini. Daripada maklumat yang diberikan menunjukkan rekod perakaunan tidak mengunakan sistem catatan bergu, dimana banyak lagi akaun yang tiada… antaranya AK Tunai, Ak Bank dan lain2 lagi.

  166. Salam sejahtera, nak tanya cg.
    Saya ada buat jounral dan ledger dan imbangan duga sudah seimbang tetapi pada hujung proses akaun iaitu kunci kira kira, amaun tidak jadi seimbang yg mana asset lebih daripada liabiliti dan ekuiti(sudah tambah dgn untung dan tolak ambilan). Setahu saya kunci kira kira perlu seimbang?

  167. Avel, salam sejahtera.

    Bila ID seimbang sepatutnya KKK juga seimbang. Sudah tentu ada kesilapan dalam Penyata Pendapatan ataupun KKK.. kemungkinan kesilapan OPERASI, ataupun kesilapan kedudukan dalam komponen yang salah.. misalnya liabiliti dimasukkan bersama2 aset.. hasil dalam belanja dan sebagainya.. cuba semak.

  168. Assalualaikum cikgu,

    Saya merupakan pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki pt3 pada tahun ini.saya merupakan pelajar yang mengambil subjek perdagangan dan keusahawanan bagi m/p kemahiran hidup,ttp malangnya sy x mempunyai sebarang kemahiran mahupun pengetahuan ttg cara2 untuk mengendalikan akaun.
    **saya telah mencuba sedaya upaya utk menjawab soalan perakaunan..dan disini sy ingin bertanya kpd cg, bolehkah saya mengira pendapatan sesebuah perniagaan dgn cara
    —— jumlah jualan – jumlah belian
    Diskaun diterima-komisen diberi

    **boleh x cg nyatakan cara2 utk menyediakan catatan bergu berdasarkan buku perniagaan

    Harap cg boleh respond secepat mungkin
    **************************************
    Dan cikgu,, tolong doakan agar saya dan rakan2 tingkatan 3 tahun 2015 mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 10 @11 A dlm pt3 dua minggu lg…..

  169. Ramzi Fathul, waalaikumussalam.

    Penyata Pendapatan … ada formatnya (sila rujuk format)… secara kasarnya :
    Jualan bersih
    (-) Kos Jualan
    Untung kasar
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = Untung bersih

    Dalam menyediakan catatan bergu, kita perlu kenal pasti 2 akaun yang terlibat seterusnya tentukan mana yang debit dan yang kredit.

    Dan Cg doakan Ramzi dan kawan2 mendapat semua A dalam PT3 nanti, insyaAllah.

  170. Terima kasih banyak2 cg. Amin.

  171. Cikgu,knpa bank dicatat di sebelah kredit dlm ID?mohon pencerahan

  172. Reen,

    Imbangan Duga merupakan senarai baki-bski akhir semua akaun… jika akaun tersebut berbaki kredit… maka dalam ID sudah tentu dicatat disebelah kredit.

    Bank pada asasnya adalah ASET, maka berbaki Debit. walaubagaimanapun Ak Bank boleh juga berbaki kredit ianya dipanggil overdraf.

  173. Cikgu., saya confuse..untuk buat imbangan duga tu, tunai dan bank di ambil dlm buku tunai ke?..

  174. Mahirah,

    Ya… Buku Tunai merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan.

  175. Cikgu, cuba tanya apakah bezanya imbangan duga dengan kunci kira-kira?
    Terima Kasih

  176. Tan Swee Kung,

    Cuba fahami Kitaran Perakaunan.. lihat dimana kedudukan ID dan KKK serta format masing2.

  177. As salam cikgu, bayaran ansuran kereta sendiri n simpanan isteri, ambilan ke belanja n ia baki dt atau kt…

  178. Izdihar,

    Ambilan….. berbaki Debit.

  179. ckg mcm mna nak buat lejar akaun stok? item apakah yg patut dimasukkan dalm debit dan kredit?

  180. Amy,

    Ak Stok… hanya masukkan Baki b/b (awal) sahaja.

  181. Cikgu, kenapa aset sentiasa berada di sebelah kredit?

  182. Ummu Aisyah,

    Penyataan tersebut tidak tepat..
    Aset berbaki debit.

  183. cikgu imbangan duga pelarasan perlu ada akaun jualan dengan belian ka….atau just kawalan penghutang dgn pemiutang jaa…

  184. Jco,

    Maaf.. apa masalahnya ?
    Tiada “Imbangan duga pelarasan” … yang ada “Imbangan Duga Terselaras”.
    Dalam IDT.. semua baki dalam lehar Am dan BT mesti ada.

  185. Cikgu jika dlm soalan imbangan duga terdapat angkutan keluar belah kredit. Itu hasil ke? sebab selalunya angkutan keluar belah debit dan itu belanja kan

  186. Aminah,

    Jika angkutan keluar.. berbaki kredit…. itu maksudnya salah soalan.

  187. Jadi, saya kena ubahkan nilai dia ke belah debit ke Cikgu?

  188. Aminah,

    Ya, cuba semak ID seimbang atau tidak…

  189. Cikgu,

    cuba tanya kalau soalan tak beritahu sama ada sediakan imbangan duga dan penyata kewangan (penyata pendapatan, KKK) dalam bentuk T atau penyata, so kita perlu buat dalam bentuk T atau penyata?

    terima kasih.

  190. Sherine,

    Samada soalan sebut atau tidak sebut.. adalah digalakkan jawab dalam bentuk Penyata.

  191. Cikgu,

    cuba tanya dalam SPM, soalan akan minta kita lakarkan dokumen perniagaan tak??

    terima kasih.

  192. Cikgu,

    cuba tanya dalam SPM, soalan akan minta kita sediakan kad stok taK?

    terima kasih.

  193. Sherina,

    Sehingga hari ini tiada lagi soalan minta lakarkan dokumen atau sediakan kad stok…… soalan SPM biasanya menguji kemahiran2 merekod dan penyediaan penyata kewangan dalam sistem perakaunan.

  194. Cikgu,

    cuba tanya,

    “belian terkurang catat RM70. Begitu juga jualam terkurang catat RM 70.”

    ini adalah kesilapan tidak ketara. betul?

    dan apakah catatan pembetulan?
    is it Dt Belian RM70, Kt Jualan RM70?

    terima kasih.

  195. Cikgu,

    cuba yanya:
    “belian terkurang catat RM70. Beigitu juga jualan terkurang catat RM70.”

    ini adalah kesilapan saling mengimbangi?

    terima kasih

  196. Sherine,

    Ya.. betul.

  197. cikgu,
    waktu kita pos dari buku tunai ke lejar,kena buka akaun diskaun diterima??

    terima kasih

  198. Shuba,

    Ya.. buka Ak Diskaun diberi dan Ak Diskaun diterima.

  199. salam sejahtera, nak tanya adakah item/butir yang dipindah dari imbangan duga ke lejar perlu direkodkan sebagai baki b/b?? terima kasih

  200. Tan,

    Ya… Imbangan Duga merupakan senarai baki2 akhir SEMUA akaun dalam Lejar Am…. jika tiada Baki b/b.. macam mana nak sediakan ID.
    kita sediakan ikut Kitaran Perakaunan.

  201. Salam sejahtera
    Untuk perlarasan,
    Contoh
    Beli pasu secara tunai 200. Ditanggung oleh sub akaun kursus.
    So utk entry, credit tunai 200, debit 200 dkt akaun khusus ataupun harta?
    Lepas itu perlarasan khusus ke am, credit am debit khusus? Betol x?

  202. Alex,

    Maaf saya tidak faham apa yang khusus.. apa yang am..
    Tidak pernah dengar adanya “akaun khusus”… “akaun am”

  203. Cikgu,akaun untung rugi berbentuk lejar,debit & kredit merekod APA?

  204. Grace,

    AUR disediakan untuk mencari Untung Bersih.. di mana item yang terlibat ialah HASIL(Kt) dan BELANJA (Dt).

  205. Cikgu,untuk tajuk lejar,beli meja untuk kegunaan pejabat,buka dua akaun APA?

    Ribuan terima kasih:)

  206. Grace,

    Dt Perabot Kt Tunai

  207. assalamualaikum cg, sya dah bca smua comment2 di atas tapi masih tk sure. adakah susut nilai terkumpul tu aset bukn smsa?

  208. Zevrin, waalaikumussalam.

    Boleh dikelaskan sebagai ABS… iaitu pengurangan kepada ABS.

  209. trima kasih cg n_n

  210. cgu saya nk tnye,soalan minta buat penyata pendapatan dan maklumat yg diberi ialah imbangan duga.dlm imbangan duga ada sewa dan soalan memberikan maklumat tmbhn sewa tahunan.yg mne perlu saya masukkan dalam penyata pendapatan,sewa (id) atau sewa tahunan(maklumat tmbhn)? tq

  211. Alia,

    Sewa (tahunan)…. PP
    Perbezaannya (samada terakru/terdahulu).. KKK

  212. Assalamualaikum cg…
    Kalau dlm lejar nama akaun ialah nama sebuah syarikat..cth..Batik Enterprise..so dlm imbangan duga bakinya nk catat belah debit ker kredit?

  213. Johan, waalaikumussalam.

    ID kita hanya rujuk kepada baki akhir (baki b/b)… jika Dt… dalam ID Dt.. dan sebaliknya.

    Maksud ID ialah senarai baki2 semua akaun daripa?a lejar.

  214. assalamualaikum cikgu , saya ingin bertanya macam mana cara untuk saya faham pa . sbb saya sukar memahami apa yang guru saya ajarkan walaupun saya cuba belajar sendiri.

  215. Syz, waalaikumussalam.

    Akaun adalah ilmu kemahiran… memang tidak akan faham hanya melalui bacaan … mesti berguru… sentiasa fokus semasa belajar.. dan terus bertanyakan guru jika tidak faham… dapatkan tunjuk ajar dan bimbingan guru.

  216. Cikgu, lengkapan, premis dan pinjaman adakah dlm imbangan duga?

  217. Gayathiri,

    ID ialah senarai SEMUA baki2 akaun dalam lejar.

  218. Cikgu,

    Macam mana nak selesaikan soalan ini:

    2/3 upah adalah penyediaan barang di gudang.

    Terima kasih.

  219. Diyanah,

    Tidak cukup maklumat untuk diselesaikan..

  220. cikgu, macamana nk buat ID bln kedua perniagaan kalau modal awal rm 20000 dlm bentuk tunai…jadi, bulan kedua tu, baki tunai utk dimasukkan dlm ID dh berubah kan? macamana dgn baki modal? masih rm20000 ke atau perlu ditambah dgn untung bersih bln pertama tu?

  221. Hannan,

    Baki sudah semestinya berubah sekiranya UB dan Ambilan ditutup dan dipindahkan ke Ak Modal.

  222. cikgu, overdraf bank perlu disenaraikan di debit atau kredit?

  223. Farah,

    OB… dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.. sebelah Kredit

  224. Cikgu narzuki , imbangan duga saya tak seimbang . debit 199938 . kredit 199928. Apa yg perlu saya buat ? Ke semua baki b\b saya dah check di lejar Dan Buku tunai

  225. Nurul,

    Bezanya hanya 10… cuba semak pengiraan baki hb… atau kesilapan tulis nilai dalam lejar.

  226. Cikgu, kenapa diskaun diterima berada di bahagian kredit imbangan duga? Bukan ke dia mengurangkan pemiutang jadi sepatutnya berada di bahagian debit?

  227. Lina,

    Betul diskaun diterima mengurangkan Pemiutang… maka dalam Ak Pemiutangnya Debit dan Ak Diskaun diterima mestilah Ktedit.. ikut catatan bergu. Dan satu lagi diskaun diterima boleh dikelaskan juga sebagai Hasil… dan hasil berbaki kredit.

  228. Cikgu , kenapa sesetengah imbangan duga ada stok sesetengah lagi xde ?

  229. Azwaliyana,

    Stok dalam ID…. merujuk kepada Stok awal… yang diambil dari Stok Akhir tempoh perakaunan sebelumnya.

    Jika perniagaan telah lama ditubuh (meneruskan perniagaan)…. maka akan wujud Stok awal dalam ID.

    Jika perniagaan baru ditubuhkan… maka tiada Stok awal…. sebab tiada baki stok akhir tempoh sebelumnya.

  230. salam cikgu..kalau ade pinjaman maksudnya ada faedah atas pinjaman kan?

    Bagaimana dengan ansuran bayaran balik pinjaman? dikira sebagai belanja juga ke?

  231. Raihanahb,

    Faedah pinjaman…. belanja.
    Bayaran balik pinjaman…. bukan belanja… ianya akan mengurangkan baki pinjaman.

  232. terima kasih cikgu atas penjelasan.

  233. khou fang teng

    maaf nak tanya Kalau imbangan duga tahun2015 perlu catat sewa terakru 2014 dalam imbangan duga 2015 X?dan perlu masuk dalam penyata pendapatan tahun2015 dan kunci kira X?

  234. Khou fang teng,

    2014 – merujuk kepada baki awal… maka pada 2015 nilai tersebut semestinya akan berubah..

    SEMUA item yang ada dalam ID… perlu dipindahkan ke PP ataupun KKK.

  235. Kalau jualan secara tunai atau cek, akaun jualan harus letak di debit atau kredit?

  236. Jave,

    Dt Tunai/Bank
    Kt Jualan

  237. assalam cikgu, nak tanya adakah baki yg seimbang dalam catatan beregu sama dengan baki dlm imbangan duga yg seimbang?

  238. Qatina, waalailumussalam.

    Lejar hanya merujuk kepada satu2 akaun.
    Manakala ID merangkumi baki2 semua akaun dalam lejar.

  239. Saya nak Tanya cikgu.knapa imbangan duga saya tak seimbang sedangkan saya dah pastikan banyk kali lejar saya.semua betul saya buat.kalau cikgu tak kisah,boleh tak cikgu tngok lejar saya,betul ataupun tidak.

  240. Dayah,

    Kena semak bermula dari BCP lagi.. hingga ID.

  241. Cth soalan akaun, dia tak bagi stock. So Ada formula ka nk Kira stock?

  242. Myn,

    Tidak bagi stok… maksudnya tiada stok… contohnya baru memulakan perniagaan… maka tiadalah stok awal.. kerana stok awal adalah stok dati tahun sebelumnya.

  243. Angkutan keluar debit atau kredit ?

  244. Nik,

    Belanja… berbaki debit.

  245. Assalam cg,dalam penyata pendapatan, ada ‘kos barang utk dijual’ kan.. Klau nak cari kos tu kena ‘+’ dengan angkutan masuk kan.(.Banyak tengok dlm buku). Tapi,klau tiada angkutan masuk , mcmna nak cari kos tu? Esok dah nak hntr T_T.. Kerja tugasannn.. Cikgu tolong.

  246. cg,klau dpt rugi dekat P.pendapatan,apa jadi dgn kunci kira2? Untung kasar tukar jadi rugi kasar? T_T

  247. Huzaifah, waalaikumussalam.

    Bukan angkutan masuk sahaja… ada 4 :
    1. Angkutan masuk
    2. Duti atas belian / Cukai import
    3. Upah atas belian
    4. Insurans atas belian.

    Jika tiada perkara2 tersebut.. maka tidak perlu masukkan.

    Ya.. RUGI KASAR dan RUGI BERSIH.

    Dalam KKK nanti..
    Modal
    (-) Rugi bersih

  248. cikgu,saya sudah send email bagi cikgu.Tolong tolong tengok

  249. Cikgu boleh terangkan kenapa pulangan belian dicatat kredit sedangkan dia belian(belanja) pulangan jualan pulak dicatat debit padahal dia jualan(hasil) kalau ikut yang cikgu saya ajar di belah debit letakkan ABA (aset, belanja n ambilan) manakala di belah kredit HML(hasil, modal, liabiliti) ..begitu juga dgn diskaun diberi n diterima saya jadi pening nak letak dekat mana dia orang ni.

  250. Nur Syuhada.

    Jualan –> Hasil –> Kredit
    Pulangan jualan –> pengurangan hasil –> Debit.
    Diskaun diberi –> Belanja –> Debit

    Belian –> Belanja –> Debit
    Pulangan belian –> pengurangan belanja –> Kredit
    Diskaun diterima –> Hasil –> Kredit

  251. Cikgu, Imbangan Duga ada column folio ke? Sebab guru tuisyen kawan saya ckp ada.
    tq

  252. Ariel,

    Ada… untuk tujuan rujukan akaun2 tersebut dalam lejar mana.

  253. Cikgu, boleh tak tolong terangkan 6 sebab perubahan baki-baki akaun dari imbangan duga belum terlaras kepada imbangan duga terlaras.

  254. Cg. Mcm mana nk pinjaman bank yg mempunyai faedah yg berasaskan bulan? Contoh 1julai 2012 faedah 8% …. faedah pinjaman dlm ID 250 pinjaman bank dlm ID 10 000. Bulan ID IALAH 31 disember 2012

  255. Afr,

    1. Kira faedah atas pinjaman utk 6 bulan (Julai – Dis) = 8% x 10000 x 6/12 = 400 –> Belanja
    2. Faedah pinjaman terakru = 400 – 250 = 150 –> Liabiliti Semasa.

  256. Saya tak faham mcm mana nak buat imbangan duga! boleh tunjuk ajar tak??

  257. Cg saya selalu keliru dgn data yg perlu masukkan dan debit atau kredit !!

  258. Lalitha,

    ID disediakan dengan merujuk kepada Baki akhir setiap AKAUN dalam lejar sahaja…. Dt / Kt… ikut kedudukan baki akhir akaun2 tersebut.

  259. Cg pulangan belian tdk perlu direkod dalam imbangan duga ?

  260. Amanda,

    SEMUA akaun yang wujud perlu diimbangkan dan baki akhirnya disenaraikam dalam ID.

  261. Assalamualaikum cikgu apa tujuan auditor membuat imbangan duga semula?

  262. Ros, waalaikumussalam.

    Tujuan auditor untuk membuat semakan…. maka berbagai cara mereka boleh buat untuk capai tujuan tersebut.

  263. cikgu, kalau dalam imbangan duga ada beberapa aset bukan semasa yang nilainya sebelah kredit, apa yang saya patut tulis dalam penyata pendapatan dgn kunci kira² ?

  264. Fatin,

    Item yang berkaitan dengan ABS berbaki kredit hanyalah SNT.
    Asasnya.. HASIL & BELANJA –> PP
    ASET, LIABILITI & EKUITI –> KKK

  265. Salam cikgu, kalau dlm imbangan duga petty cash letak sebelah dt ke kt? Ambilan dan pulangan jualan tu belanja ke tak yer?

  266. Aina,

    Petty cash / tunai runcit –> Aset –> DEBIT
    Ambilan & Pulangan jualan –> catatan kontra –> DEBIT

  267. Adeeb,

    Faedah atas ambilan.. Faedah atas modal dan gaji pekongsi.. disediakan selepas IDT –> Penyata Pendapatan.. maka item2 tersebut tiada dalam ID…. cuba fahami aliran dalam Kitaran Perakaunan.

  268. Salam Cikgu. Nk tnya mcm mana pula dalam Id tak da jualan atau belian. And pulangan jualan and pulangan belian pon tak da. Jadi just buat kk Dgn pp mcm Biasa ja la. Sbb maklumat Tambahan pon tak da tulis pasal jualan and belian. Then knapa jualan and belian tak da dlm id? Sbb apa eh?

  269. Ika,

    Cuba kenalpasti jenis perniagaan dalam soalan tersebut…. jika perniagaan jenis perkhidmatan..–> memang tidak wujud jualan…. sebaliknya ada HASIL PERKHIDMATAN.
    Maka PP –> Hasil – Brlanja = Untung Bersih
    PKK –> ikut format biasa.

  270. Hai cikgu saya pelajar akaun stpm
    Dalam ID sewa dibayar,simpanan tetap,diskaun diberi Dan faedah diterima sebelah debit atau kredit…..

  271. Soniya Raja,

    Asasnya mudah sahaja:
    Aset & Belanja –> DEBIT
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> KREDIT

  272. Assamualaikum.
    Sy diberi soalan ada buku tunai dan lejar.
    Saya buat tak seimbang dlm imbangan duga. Bole cikgu bagi contoh seperti ini tak?

  273. Saya rasa soalan sy kurang faham. Maksod sy, sy diberi soalan yg mengandungi buku tunai dan lejar dan sy diminta utk menyediakan imbangan duga. Sy tk dpt seimbangkan. Sy harap cikgu dpt beri contoh soalan dan cara menjawab soalan begini. Trima kasih.

  274. Dinie, waalaikumussalam.

    Caranya hanya imbangkan semua akaun termasuk Buku Tunai.. kemudian masukkan semua baki2 akaun dalam lehar dan juga baki Tunai dan Bank dalam BT.

  275. asslamualaikum cikgu ,
    nk tanye dividen dalam imbangan duga letak di debit atau kredit ?

  276. Muhd, waalaikumussalam.

    Aset dan Belanja –> Debit
    Liabiliti, Ekuiti dan Hasil –> Kredit

    Dividen –> Hasil

  277. hello cikgu.
    saya ada masalah dengan imbangan duga. kalau saya ada baki tunai dan bank dari buku tunai dan ada akaun tunai serta akaun bank dalam lejar, macam mana nak masukkan butir dalam imbangan duga?

    terima kasih cikgu..

  278. Nila,

    Apabila kita sediakan Buku Tunai.. maka tidak perlu lagi buka Ak Tunai dan Ak Bank… kerana BT merupakan Ak Tunai dan Ak Bank yang digabungkan.
    # Jika disediakan juga kedua2nya… nilai baki kedua2nya mesti sama.

  279. bank 28000
    tunai 3000
    penghutang 2500
    pemiutang 3500
    modal 30000
    sewa 1200
    komisen diterima 1570
    faedah atas simpanan 480
    kadar bayaran 860
    insurans 3600
    jualan 14970
    belian 10500
    pulangan belian 520
    pulangan jualan 1040
    diskaun diberi 340

    saya tak tahu nak masukkan debit atau kredit . Mohon pertolongan cikgu selesaikan , saya dah mencuba tapi tak seimbang

  280. Sarah,

    Aset dan Belanja –> Debit
    Liabiliti, Ekuiti & Hasil –> Kredit

    Akaun2 kontra terbalik dari akaun induknya… cth:
    1. Jualan –> Hasil –> Kredit
    Pulangan jualan –> kontra jualan –> debit.
    2. Belian & Pulangan belian.
    3. Modal & Ambilan
    4. ABS & SNT
    5. ABT & PHR

  281. Aslkm Cg Narzuki dan Sarah …

    Utk Imbangan Duga menengah rendah saya minta pelajar2 saya ingat ni

    Mari Jalan Tepi Pantai Ok!

    Mari utk Modal
    Jalan utk Jualan
    Tepi utk apa sahaja item yg ada diTERIMA (Faedah atas simpanan tu boleh juga menjadi Faedah diterima)
    Pantai utk Pemiutang
    Ok! utk Overdraf

    Apabila dpt soalan Imbangan Duga, TANDAKAN dahulu item MJTPO tu (maknanya semua item ni akan dicatat sebelah KREDIT nanti, termasuk juga Pulangan Belian kontra Belian.. atau selalu saya kata di mana ada Jualan pasangannya Pulangan Belian 🙂

    Item yg tidak diTANDA, automatik dicatat sebelah DEBIT
    Mulakan catat item sebelah debit kemudian kredit
    Jadi kerja jadi mudah sikit

    Moga berguna.. utk Cg Narzuki maafkan saya sekiranya mengganggu..atau ada kesalahan drp saya, saya minta maaf.. terima kasih

  282. Cg Aeffendi,

    Waalaikumussalam… terima kasih atas perkongsian tersebut.

  283. angkutan keluar letak di akaun yang mana ?

  284. Matteo,

    Angkutan keluar –> Belanja –> Debit

  285. Cikgu, saya nak tanya, tunai runcit bawah kategori apa ya? Aset semasa ke?

  286. Azlin,

    Tunai Runcit = Tunai –> AS

  287. Okey cikgu, soalan saya lagi, kalau pindah dari jurnal kan, macam mana nak cari jualan, belian dengan bank, cikgu?

  288. Azlin,

    Nak cari jualan –> rujuk baki akhir Ak Jualan.. begitu juga Belian dan Bank.

  289. Cikgu nk no cikgu

  290. sewa tahunan:3500,bayaran sewa yang dibuat:
    1MAC 2016. 700
    6JULAI 2016. 1200
    15 OKTOBER 2016. 1400
    a)sediakn akaun sewa dibayar.
    ape bergu sewa dibayar

  291. Faiha,

    Jika BAYAR –> butirnya TUNAI/BANK

  292. Cikgu kenapa susut nilai terkumpul catat sebelah kredit?

  293. Hazzarul,

    Catatan bergunya;
    Dt Susutnlai –> Belanja
    Kt SNT —> kontra kpd ABS – mengurangkan nilai Aset.

  294. Cikgu duti atas belian boleh masuk ke imbangan duga ke.kalau boleh dia debit ke kredit

  295. Cikgu bagi inventori yang akhir 2016,bleh ke masuk dalam imbangan duga

  296. Eva,

    Duti atas belian –> belanja –> Dt
    Inventori akhir –> Tidak masuk ID

  297. Cikgu,kalau kenderaan,alat pejabat,peruntukan hutang ragu Dan pulangan keluar boleh ke masuk dalam imbangan duga

  298. Eva..

    Semua akaun –> ID.
    Rujuk kitaran perakaunan :
    — BCP –> Lejar –> ID —-

    Inventori akhir –> kita tidak masuk sebab nilai kita kira secara fizikal… bukan ambil dari akaun… ak inventori (awal) dah masuk dalam ID.

  299. Ckgu Sye nak tnye soalan ni.. Puan siti mengambil barang niaga rm 270 utk kegunaan keluarganya. Perkkra ini belum lagi dicatat dalam mana-mana buku. Akaun ape yg digunakan ye ambilan dgn ape

  300. Syahirah,

    Bila ambil BARANG NIAGA –> Ak Belian (Kt) @ (-)

  301. Cikgu, insurans terdahulu 2000,
    tapi tiada insurans dalam imbangan duga, jadi dekat mana nk letak “untung” ni dalam penyata pendapatan?

    Terima kasih

  302. Iman,

    Sepatutunya ada nilai Insurans dalam ID…. yang menunjukkan kita telah bayar… barulah boleh wujud insurans terdahulu.

  303. Tapi, cikgu, soalan dia x de insurans. Ini dari soalan no. 2, pelarasan a, trial sbp 2017. Download dari website cikgu.

  304. Iman,

    Soalan tersebut telah diberi UNTUNG BERSIH –> maksudnya semua hasil dan belanja telahpun ditutup… maka tidak perlu ditunjukkan.
    Pelarasan insurans terdahulu perlu diselaraskan terus keatas UB.
    Insurans terdahulu –> insurans perlu tolah –> kesan keatas UB kena TAMBAH.
    Sebab BELANJA kurang –> UB tambah.

  305. Salam, cikgu. saya keliru beza imbangan duga dgn kunci kira kira. isinya sama je kan?

  306. Atikah,

    Cuba bandingkan format masing2…. isinya tidak semuanya sama. Dan formatnya jauh berbeza.

    Dalam ID –> Ada semua akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja.

    Daripada ID –> Penyata Kewangan (PP n KKK)
    Hasil & Belanja –> PP
    Aset, Liabiliti & Ekuiti –> KKK

  307. cikgu,
    duti atas belian,stok awal,stok akhir,angkutan masuk,diskaun diberi,diskaun diterima,faedah diterima dan angkutan keluar dikatogarikan sama ada dalam aset,belanja,liabiliti,ekuiti ataupun hasil?saya keliru.manakala,belanja runcit perlu dimasukkan dalam akaun belian atau belanja runcit?maaf,saya masih keliru kerana baru sahaja mempelajari simpan kira kh t3.terima kasih.

  308. Auni,

    Hasil & Belanja dikelas sebagai akaun nominal… iaitu akaun yang bersifat tidak nyata… tidak nampak secara fizikal.. apa yang berlaku kita BAYAR (Belanja) kita TERIMA WANG (Hasil).
    Contoh: bayar duti, gaji, upah, sewa –> semua tidak nampak fizikal “gaji, duti, sewa”.. yang kita nampak kita BAYAR –> dikelaskan sebagai Belanja.
    # Hasil –> sebaliknya kita Terima wang.
    Stok, kenderaan, bangunan –> kita nampak secara fizikal.. hakmilik kita –> ASET.

    BELIAN & JUALAN –> hanya untuk beli & jual BARANG NIAGA sahaja.
    Belanja runcit –> Ak Belanja Runcit

  309. Cikgu, sekiranya soalan tidak menyatakan belian/jualan dibayar secara tunai atau menggunakan cek .. kena assume bank ke?

  310. Syahirah,

    Rujuk nilainya… jika besar –> Cek –> Bank.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.