Pengecaman

 

NOTA PENGECAMAN DOKUMEN

Dalam melakukan pengecaman dokumen kita boleh mengenalpastinya mengikut urutan berikut : 1. Buku Tunai, 2. Jurnal Khas dan 3. Jurnal Am.

1. BUKU TUNAI – sekiranya terdapat perkataan TUNAI, CEK atau BANK dalam dokumen tersebut, maka ianya mesti direkod dalam Buku Tunai.

Contohnya : Resit, Baucer Pembayaran, Keratan Cek, Borang Wang Masuk, Bil-bil Tunai, Makluman Debit, Makluman Kredit & MEMO (jika terdapat Tunai/Cek/bank).

2. JURNAL KHAS – hanya melibatkan dokumen INVOIS, NOTA DEBIT dan NOTA KREDIT sahaja. Tetapi dengan syarat butirannya berkaitan BARANG NIAGA.

INVOIS & NOTA DEBIT (Barang Niaga)
– rekod dalam JURNAL JUALAN (jika dokumen salinan)
– rekod dalam JURNAL BELIAN (jika dokumen asal).

NOTA KREDIT (Barang Niaga)
– rekod dalam JURNAL PULANGAN JUALAN (jika dokumen salinan)
– rekod dalam JURNAL PULANGAN BELIAN (jika dokumen asal).

Jika butirannya BUKAN BARANG NIAGA maka ianya mesti direkod dalam JURNAL AM.

3. JURNAL AM – lain-lain dokumen yang tidak dapat memenuhi syarat Buku Tunai dan Jurnal Khas di atas.

Contohnya: Catatan permulaan 1 hb, INVOIS bukan barang niaga, NOTA DEBIT berkaitan dengan angkutan/bukan barang niaga, MEMO tidak melibatkan tunai, cek atau bank.


  1. Cikgu, klau dokumen nota debit berkaitan dengan caj angkutan nak catat dalam apa ????

  2. Amar, walaupun nota debit, tetapi caj angkutan bolehlah dicatat di dalam Jurnal Am.
    Debit Angkutan Masuk
    Kredit Pemiutang yang dimaksudkan.

    Walaubagaimanapun, ia mematuhi prinsip materialiti. Jika tak material, iaitu caj angkutan masuk itu terlalu kecil berbanding kos belian, ia boleh juga dimasukkan terus ke dalam Jurnal Belian, dianggap sebagai sebahagian kos beli barang niaga. Kadang kala, pemiutang mencaj kos angkutan sekaligus ke dalam Invois. Ini dibenarkan sebenarnya. contoh Nilai barang niaga RM50000, dan kos angkutan RM100. Peniaga boleh menganggap nilai Invois itu sebagai RM50100. kerana tidak signifikan. Belanja kos angkutan itu cuma nisbah 1/500 atau 0.002%. Namun kebiasaan dalam SPM, amaun belian kecil, so, letak aje dlm Jurnal Am supaya angkutan masuk itu dapat dilaporkan sebagai belanja yang signifikan.
    Itu pandangan sifu, bagaimana pandangan orang lain?

  3. Saya bersetuju dengan pandangan Sifu2b, kerana sistem perakaunan bagi sesebuah syarikat bergantung juga kepada saiz dan jenis syarikat tersebut serta dasar-dasar perakaunan yang diikuti dan dipatuhinya.

    Namun begitu bagi skop SPM, Nota Debit yang berkaitan dengan caj angkutan hendaklah dicatat dalam JURNAL AM iaitu :

    DT: Angkutan / Angkutan Masuk
    KT: Nama Syarikat berkenaan (iaitu pemiutang)

  4. Cikgu,

    Kalau baucar pembayaran untuk tambang menghantar barang, apakah butir yang harus dicatatkan di dalan buku tunai? Adakah tambang atau upah ataupun angkutan keluar?

  5. Niti,

    Catat dalam BUKU TUNAI di sebelah KREDIT,
    Butirannya ialah ANGKUTAN KELUAR.

  6. cikgu,

    saya nak tanya tentang
    keratan cek
    saya tak faham tentang cek
    bila nak buka kontra
    bila tak payah
    butirnya nak tulis apa..

    sila explain dgn jelas
    thx a lot“`

  7. CATATAN KONTRA

    Catatan kontra bermaksud PINDAHAN wang dari TUNAI (tunai di tangan / wang dalam pejabat) ke dalam BANK (tunai di bank / wang dalam akaun di bank) atau sebaliknya. Di mana wang tersebut TIDAK DIGUNAKAN untuk membayar kepada sesiapa. Atau wang yang diterima bukan daripada pihak lain.

    Terdapat 2 jenis catatan kontra :

    1. TUNAI dipindahkan ke BANK (Dokumen terlibat : SLIP WANG MASUK)

    Ini bermaksud peniaga memasukkan wang TUNAI yang terdapat dalam kedai / pejabat ke dalam BANK sebagai simpanan. Di mana catatan bergunya :

    Dt: BANK (wang di bank bertambah)
    Kt: TUNAI (wang di tangan berkurang)

    2. BANK dipindahkan ke TUNAI (Dokumen terlibat : KERATAN CEK)

    Keratan cek yang dinyatakan sebagai “Kegunaan pejabat/kedai” atau “Tunai” sahaja dianggap sebagai CATATAN KONTRA. Kerana ianya mengeluarkan wang BANK untuk kegunaan di kedai / pejabat dan direkod sebagai TUNAI. Iaitu :

    Dt: TUNAI (wang di tangan bertambah)
    Kt: BANK (wang di bank berkurang)

    Sekiranya Keratan Cek menyatakan bayaran kepada PIHAK LAIN seperti SEWA, PERABOT, BELIAN, KEDAI AH CHONG. Maka ianya BUKAN CATATAN KONTRA. Dan butiran yang digunakan dalam BANK sebelah kredit sebagai ”Sewa”, ”Perabot”, ”Belian” dan juga ”Kedai Ah Chong”. Atau sebagainya yang berkaitan.

    PERHATIAN : Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah mencatatnya secara TERBALIK. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara tulis JUMLAH dahulu baru difikirkan BUTIR.

  8. sy nk tnye!!!!

    nape ade ambilan yg kene letak kat buku tunai n ade yg kne letak kat jurnal am???

  9. Hazwani,

    Ambilan boleh wujud dalam beberapa keadaan :

    1. Ambilan TUNAI/CEK untuk kegunaan peribadi ….. BUKU TUNAI (kerana melibatkan TUNAI / BANK)

    SEMUA urus niaga yang melibatkan wang tunai atau cek / bank ….. MESTI direkodkan dalam BUKU TUNAI

    2. Ambilan BARANG NIAGA / ASET BUKAN SEMASA untuk kegunaan peribadi ….. JURNAL AM

    DT : AMBILAN
    KT : BELIAN / ASET TERLIBAT

    3. Ambilan BARANG NIAGA untuk KEGUNAAN PERNIAGAAN (PROMOSI) … .. JURNAL AM

    DT : PROMOSI
    KT : BELIAN

    AMBILAN tidak boleh digunakan kerana BUKAN UNTUK KEGUNAAN PERIBADI (tidak dibawa keluar daripada PERNIAGAAN).

  10. cikgu, macam mana hendak mengenal pasti memo untuk diltakkan dalam jurnal am atau buku tunai

  11. Alif,

    Memo dicatat dalam BUKU TUNAI sekiranya urusniaga tersebut melibatkan TUNAI, CEK atau BANK.

    Contohnya:
    1. Pemilik memasukkan wang peribadi ke dalam bank perniagaan sebanyak RM2000.
    2. Pemilik mengeluarkan cek RM500 untuk membayar sewa rumah kediamannya.

    Sekiranya TIDAK melibatkan tunai, cek atau bank maka ianya hendaklah dicatat dalam JURNAL AM.

    Contohnya:
    1. Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM 500 untuk kegunaan peribadi.
    2. Pemilik membawa masuk perabot ke dalam perniagaan.

  12. Saya dari VI..
    Sebenarnya saya nak tanya pasal bil tunai..
    Bil tunai didebitkan di dalam buku tunai..
    Tapi apa yang saya tak faham ialah di bawah bil tunai, dokumen perniagaan ditunjukkan bahawa wang yang diterima ialah menerusi cek….
    Tapi jawapan dalam buku saya meletakkannya dalam ruang tunai..
    Apa yang mengelirukan saya ialah bil tunai nak letak dalam ruang tunai atau bank??
    Pls help..

    Thanks…

  13. Victorian91,

    Urusniaga perniagaan boleh dibahagikan kepada 2, iaitu :

    1. URUSNIAGA SECARA TUNAI :
    – iaitu pembayaran dibuat semasa urusniaga itu berlaku.
    – Dokumen yang terlibat antaranya : Bil Tunai, Resit Rasmi, Keratan cek.
    – Pembayaran boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu : menggunakan WANG TUNAI ataupun CEK.

    Jadi apabila BIL TUNAI dikeluarkan ini bermaksud urusniaga secara tunai berlaku.
    Adakah dibayar dengan WANG TUNAI atau CEK ?

    – Jika terdapatnya NO CEK, ini bermaksud pembayaran dilakukan dengan cek, oleh itu AKAUN BANK terlibat.

    – Jika TIADA NO CEK, ini bermaksud pembayaran dibuat dengan wang tunai, maka AKAUN TUNAI terlibat.

    2. URUSNIAGA SECARA KREDIT :
    – iaitu pembayaran dibuat kemudian /berhutang (ambil barang dahulu bayarnya kemudian).
    – Dokumen yang terlibat ialah : Invois, Nota Debit dan Nota Kredit.

    Semoga ianya membantu anda.

  14. ape itu borang pesanan, nota debit?

  15. Roar,

    BORANG PESANAN / PESANAN BELIAN merupakan dokumen yang disediakan oleh pembeli kepada pembekal untuk memesan barang niaga atau menyediakan perkhidmatan. Dokumen tersebut TIDAK PERLU direkodkan dalam buku catatan pertama kerana ianya hanyalah pesanan sahaja belum berlakunya sebarang urusniaga.

    NOTA DEBIT pula dikeluarkan kepada pembeli bagi MENAMBAHKAN jumlah dalam invois atau mengenakan caj tambahan seperti caj pengangkutan.

    1. Jika urusniaga tersebut melibatkan BARANG NIAGA maka catatan perlu dibuat dalam JURNAL JUALAN / JURNAL BELIAN (bergantung kepada kita sebagai penjual atau sebagai pembeli).

    2. Jika urusniaga TIDAK melibatkan barang niaga seperti caj pengangkutan, maka ianya perlulah dicatatkan dalam JURNAL AM.

  16. Cikgu
    Bolehtak beri tip macam nak kenalpasti dokumen tersebut ialah Asal ataupun Salinan seperti Resit, Invois dan lain-lain.

    Terima kasih.

  17. assalamualaikum cikgu…sy nk tny macam mane kalau dlam jurnal am ada penghutang dan pemiutang…adakah perlu dibuat lejar??mcm mne kalo dalam perniagan itu memang dah ade pelbagai penghutang dan pemiutang……

  18. Resah,

    1. ASAL – jika kita yang menerima dokumen tersebut, samada kita membeli atau kita membayar.
    2. SALINAN – jika kita yang mengeluarkan dokumen tersebut kepada pihak lain. Sama ada kita menjual atau menerima wang daripada pihak lain.

    Satu cara untuk mengenalpasti sama ada kita PENJUAL atau PEMBELI, rujuk kepada dokumen tersebut, jika :

    1. Nama Kita di atas, maka kita adalah PENJUAL / TERIMA WANG
    2. Nama Kita di bawah, maka kita adalah PEMBELI. / KITA BAYAR

    Ira,

    Setiap butir/akaun yang ada dalam Jurnal Am, Jurnal Khas dan Buku Tunai (kecuali kontra), mesti diposkan ke Lejar. Jika akaun tersebut BELUM ADA, maka kena buka satu akaun untuknya. Tetapi jika akaun tersebut TELAH ADA, maka catatkan dalam akaun tersebut (Jangan buka akaun sama 2 kali).

    Peringatan buat Ira, bagi penghutang dan pemiutang, akaun yang perlu dibuka ialah NAMA SYARIKAT, jangan sekali-kali buka akaun ”Penghutang/Pelbagai Penghutang” atau ”Pemiutang/Pelbagai Pemiutang”.

  19. Saya nak tanya …
    Semua butir dalam jurnal am dan jurnal khas merupakan sumber yang utama??
    Maksud saya ialah boleh saya membuka nama akaun yang lain di buku tunai jika nama akaun tersebut bukan dalam jurnal Am dan jurnal khas??
    Kerana saya hairan ada butir jualan dan butir belian dalam buku tunai..
    Tapi say semak nama penghutang dan nama pemuitang ada dalam dokumen..
    Kenapa butir tak ditulis dalam buku tunai, tapi ditulis jualan??
    Pls help

  20. Victorian91,

    Buku Catatan Pertama terdiri daripada JA, JK dan BT. Ketiga-tiga “sumber utama” untuk menyediakan LEJAR.

    Apa yang ada dalam BT tidak semestinya ada dalam JA dan JK. Semua urusniaga secara tunai/cek akan direkod dalam BT. Kita rujuk kepada urusniaga dalam dokumen, bukan daripada JA atau JK.

    Butir DEBIT (PENERIMAAN):
    – Jualan – jika jual barang niaga secara tunai/cek
    – Nama Penghutang – jika penghutang bayar hutang
    – Perabot – jika jual perabot kedai.

    Buitr KREDIT (PEMBAYARAN):
    – Belian – jika beli barang niaga secara tunai/cek
    – Nama Pemiutang – jika kita bayar hutang
    – Sewa – jika bayar sewa

    Jika jualan secara kredit (invois) – masuk dalam JURNAL JUALAN (tidak boleh masuk BT), begitu juga belian kredit (invois) dalam JURNAL BELIAN.

    Walaupun ada nama penghutang/pemiutang TETAPI urusniaga secara tunai (seperti dokumen JUALAN TUNAI), maka butirnya JUALAN / BELIAN.

    Nama Penghutang/ Pemiutang digunakan jika melibatkan urusniaga secara hutang/kredit seperti beli / jual secara kredit (invois), Membayar hutang kepada pemiutang @ penghutang menjelaskan hutangnya.

  21. salam cikgu,

    bolehkah cikgu jelaskan maksud kelengkapan?
    saya sangat keliru…ketika membuat dokumen.

    terima kasih banyak!

  22. Sarah,

    Istilah yang lebih tepat digunakan ialah “Lengkapan” bukannya “Kelengkapan”.

    Lekapan – alatan yang “melekat” seperti : penghawa dingin, kipas, lampu dll.
    Lengkapan – perabot seperti kerusi meja, rak, kabinet dll.
    Alatan pejabat – komputer, printer, mesin taip, mesin faks, mesin fotostat dll.

    Semoga ianya boleh dijadikan panduan.

  23. Hi Cg,
    Semoga cg dpt memberi petunjuk.

    Sekiranya pelajar dikehendaki mengira diskaun tunai semasa pelanggan menjelaskan bayaran kepada pembekal, adakah ia dikira dari hari kedua berdasarkan tarikh dokumen dikeluarkan ataupun mula dengan tarikh dokumen tersebut.

  24. Wong,

    Cg bagi contoh mudah, jam 1.00 hingga jam 3.00, berapakan tempoh masanya ? 2 jam atau 3 jam ?

    Sama dengan kes tempoh diskaun tunai yang diberikan Jam 9.00 pagi pada 1 hb —- 9.00 pagi 2 hb, baru dikira 1 hari bukannya 2 hari. Dengan kata lain, kira bermula hari ke-2 baru cukup tempoh 1 hari, dan seterusnya.

  25. A.salam.
    Ckg, mmandangkn exam dah nak dkat, bleh x ckgu bg kmi 1 format yg snang bg kami igt..
    klau bleh format PP dgn KKK….

  26. ckg sya slah 1 dri bdak yg ‘trcorot’ dlam klas. sya dah cba byak latihan, tp msih xpahm2. Ckg sya ckap sya lmah pd Dokumen Perniagaan dan Penyata Kewangan..
    lgpun, sya jnis yg ‘sng lupa’.
    Trial ari 2 sya dpat 40 sja..
    skrg tggl 6 ari sja g..
    bleh x ckgu bg sya 1 idea nak ‘rawat’ msalah sya 2…

  27. Haryu,

    Tidak ada format yang senang, semuanya sama saja, apa yang penting adakah anda betul2 ingin hafal dan mengingatinya. Salah satu caranya, ialah dengan menulis berulangkali format tersebut sehingga anda ingat.

    Meanjoker,

    Menguasai soalan Dokumen dan Penyata Kewangan cukup penting kerana ianya soalan asas yang biasanya ditanya dalam soalan 1 & 2. Untuk memahami sesuatu perkara, kita kena selalu bertanya. Untuk mengelakkan kita terlupa, kena sentiasa menghafalnya. Sekarang bukan lagi masa untuk ”rawat ” masalah tersebut, tetapi menggunakan semua kekuatan yang ada bagi menghadapi apa jua yang datang dengan sebaik mungkin.

    Nasihat Cg kepada anda berdua, gunakan MASA yang ada ini untuk ulangkaji/ semak/ ingatkan kembali :
    1. Format2 yang terlibat bagi setiap topik. – HAFAL jika perlu.
    2. Langkah2 untuk menyelesaikannya sesuatu soalan.
    3. Peringatan2 / Tips2 yang perlu diberikan perhatian bagi menjawab setiap soalan / topik.
    4. Cuba menguasai sebanyak mungkin topik2 yang ada – satu persatu.
    5. Buat latihtubi beberapa set soalan Kertas 1. – sebaik2nya soalan2 tahun lepas/ trial.

    ~ SEMOGA BERJAYA ~

  28. Cikgu,
    Saya baru mulakan satu business..
    Macam mana saya nak mulakan lejar saya..?

  29. Diana,

    Terdapat 2 kaedah menyediakan rekod perakaunan :
    1. Kaedah Manual.
    2. Kaedah Berkomputer.

    Kaedah manual memerlukan anda mempelajari dan betul2 menguasai konsep2 asas dan kemahiran2 perakaunan yang ada. Setelah betul2 faham, baru anda dapat mengaplikasikannya dalam perniagaan anda. Biasanya mengambil masa yang lama untuk anda mahir dalam menyediakan akaun sehingga kepada penyediaan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira dengan sempurna.

    Oleh kerana Diana baru memulakan perniagaan Cg cadangkan supya terus belajar penyediaan rekod perakaunan menggunakan kaedah berkomputer. Terlebih dahulu ambil kursus penggunaan perisian perakaunan seperti UBS, MYOB (atau apa saja) yang terdapat disekitar tempat anda. Dengan kaedah berkomputer, banyak kemahiran2 perakauanan akan disediakan secara automatik oleh komputer. Cuma Diana perlu belajar untuk memahami proses2 dalam perakaunan serta laporan2 yang dikeluarkan oleh sistem. Cara tersebut LEBIH CEPAT membuahkan HASILnya berbanding kaedah manual.

  30. Terima kasih cikgu… appreciate it.. 🙂

  31. boleh tak cikgu nyatakan kesilapan-kesilapan yang lazim supaya kita dapat ambil perhatian?
    TQ bnyk – bnyk

  32. Pening,

    KELEMAHAN UMUM PELAJAR

    Beberapa kelemahan atau kesalahan umum pelajar di dalam menjawab soalan peperiksaan Prinsip Perakaunan yang telah Cg dapat kenal pasti. Antaranya ialah:

    1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.

    2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.

    3. Cuai dalam membuat pengiraan.

    4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.

    5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.

    6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.

    7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.

    8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.

    9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.

    10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.

    11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.

    12. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.

  33. KESILAPAN DALAM PENGECAMAN DOKUMEN

    Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar dalam melakukan pengecaman terhadap dokumen perniagaan yang menyebabkan catatan dalam Buku Catatan Pertama menjadi SALAH, antaranya :

    1. MEMO – Ambilan barang niaga untuk tujuan derma / promosi, dicatat dalam JA Dt Ambilan dan Kt Belian.

    2. INVOIS – Beli / Jual BUKAN BARANG NIAGA (Cth: Aset Bukan Semasa) dicatat dalam Jurnal Belian / Jurnal Jualan.

    3. NOTA DEBIT – Bukan melibatkan BARANG NIAGA (Cth: Angkutan masuk) dicatat dalam Jurnal Belian / Jurnal Jualan.

    4. Dokumen melibatkan Buku Tunai – pelajar silap dalam menentukan catatan disebelah Dt / Kt dan juga BUTIR yang sepatutnya digunakan.

    5. Buku Tunai – pelajar melakukan kesilapan semasa merekod CATATAN KONTRA.

  34. hye ckg…ckg,ape pandangan cikgu bler ckigu bler cikgu sy suruh selesaikan soalan 1(b) ataupun lejar…then br wat no 1(a) bku catatan pertama n last br wat imbangan duga…. trime kasih ckg…

  35. Balqis,

    Setiap guru ada pendekatan yang tersendiri, dan setiap pendekatan ada kelebihan dan kekurangan masing2. Apa yang penting bagi pelajar ikuti dan hayati sepenuhnya apa yang cikgu ajar sehingga anda berpuas hati dan menguasai kemahiran menjawab soalan bagi setiap topik yang dipelajari. Pendekatan yang cikgu anda gunakan itu lebih kepada pendekatan untuk menjawab soalan peperiksaan.

  36. sy krng faham dgn pndktn balqis iaitu lejar baru bcp.
    cth:
    Camne buat lejar sekiranya belum tahu jumlah pnghtg/pmiutang?
    blh tk saudara jelaskan?

    dan blh tk cikgu bagitau knpia lebih kpd pndktn jwb ppriksan?
    tq bnyk2

  37. hai,
    sy ada soalan yg mungkin pelik sikit.
    Kalau saya ada pniagaan jual kuih, dan suatu hari kuih saya jatuh atas lantai dan tdk dpt dijual…

    adakah saya catat dlm memo ‘kuih 1000 biji bnilai 2000 dibuang’, kemudian mskkn ke jurnal am, kemudian pos ke lejar di bwh akn STOK ROSAK / KERUGIAN TDK DIJANGKA?
    yg kemudian dianggap sbg belanja bkn kendalian yg mengurangkan utg?
    ( semua ini kawan sy yg cadangkan )
    utk makluman cikgu, saya pljr sains yg ambil PA sbg mtpljrn xtra, maka jika ada ptanyaan bodoh sila ampunkan.
    ( agak2 soalan mcm ini tdk ada dlm spm…)

  38. soalan ini juga pelik.
    Jika kenderaan pniagaan dicuri.
    Apa hrs buat dlm BCP @ Ak kenderaan & kkk @ Ak utg rg?
    kalau buat mcm pelupusan aset,dgn byrn 0 diterima & rugi sepenuhnya,logikkah?
    kalau rugi, adakah ia hg asal – psn = amaun kerugian? adakah ia susut nilai utk tahun ini? ( ptanyaan sy gila kut )
    dan kerugian ini msk dlm Ak utg rg? maksudnya thn ini rugi bnyklah?
    masa buat kkk, pasal kereta ni masih perlu disebut tak?
    ini akan keluar dlm spm tak?

  39. yang saya sebut pasal kuih itu krn saya ada buat jualan karnival kat sekolah saya,jual donut, habis 100 lebih donut jadi makanan semut bila meja runtuh…:)
    kemudian masa buat akaun utk pihak kelab ( krn pihak sekolah mahu tengok amaun keuntungan kami bagi mengutip cukai 10% — dahsyatnya)Saya yg hanya f4 pd masa itu blm belajar ttg pelupusan aset dsb maka pasal donut itu tpaksa diabaikan. malah guru penasihat kami pun tak tau mcm mn…
    akibatnya, kami rugi sangat ( tapi sy pun tk tau rugi kos buat donut atau nilai jualan dia )
    tapi kemudian saya rasa kerugian itu tdk perlu dicatat krn sebenarnya sudah dimasukkan semasa mengira utg kasar dlm Ak pdagangan, betul tak?(jualan – kos brg utk dijual )
    tq bnyk2 utk jawapan cikgu

  40. kalau saya buat mcm cadangan kawan iaitu catat sbg belanja bkn kendalian, adakah saya perlu kurangkan belian?
    kalau buat mcm itu catat mcm mn dlm akaun?

    trm ksh atas kesudian cikgu membantu walaupun bkn dlm topik pelajaran

  41. Pening,

    Pendekatan tersebut tidak mengikut Kitaran Perakaunan, hanya sekadar untuk jawab soalan peperiksaan sahaja tanpa mengikuti ilmu perakaunan yang diamalkan. Sebenarnya dengan mengunakan pendekatan tersebut, pelajar akan hilang beberapa markah terutamanya dalam Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Pulangan Jualan dan Akaun Pulangan Belian. Pada pandangan Cg sebaik2nya gunakan pendekatan mengikut Kitaran Perakaunan, iaitu Dokumen – Buku Catatan Pertama – Lejar – Imbangan Duga.

    Cadangan kawan anda boleh diterima, iaitu dianggap sebagai Kerugian Luar Jangka dan dicatatkan sebagai belanja bukan kendalian yang mengurangkan untung. Catatan jurnalnya :
    Dt: Kerugian Luar Jangka
    Kt : Belian

    Dengan kata lain kena tolak di Belian, oleh itu pengiraan Kos Jualan adalah berdasarkan jumlah kos donat yang sebenarnya dijual. Jadi ada kemungkinan kedai anda mendapat Untung Kasar (berdasarkan donat yang telah dijual) tetapi kemungkinan akan mengalami Rugi Besih jika jumlah kerugian dan belanja2 lain tersebut melebih jumlah Untung Kasar tadi.

    Kenderaan hendaklah dibuat pelupusan, cuma kemungkinan syarikat akan mendapat pampasan daripada pihak insurans bagi kenderaan yang dicuri tersebut, maka tidaklah rugi sepenuhnya. Setelah kos kenderaan di tolak peruntukan susut nilai (termasuk susut nilai tahun semasa bagi tempoh sebelum ianya dicuri) serta tolak pampasan insurans (jika ada), seterusnya rugi atas pelupusan kenderaan tersebut dicatatkan sebagai belanja bukan kendalian dalam Akaun Untung Rugi dan tiada lagi dalam KKK bagi kenderaan tersebut. Pada pandangan Cg ianya tidak akan dikeluarkan dalam SPM kerana tiada dalam sukatan pelajaran.

  42. terima kasih!

  43. CG……..

    bagaimanakah hendak membezakan kontra………….

    contoh:
    debit= bank(dalam colom tunai/bank kita nak tulis apa)
    dan bagaimana hendak mengenal pasti debit= bank/tunai
    kredit=bank/tunai

    boleh tak CG toleh berikan beberapa contoh…

  44. Zeewoon,

    Sila rujuk keterangan Cg tentang Catatan Kontra di SINI.

  45. CG……..

    contoh soalan……………
    pemilik telah membawa masuk komputer bernilai rm2800.00 dan memasukkan wang sebanyak rm1500.00 ke dalam akaun bank……

    bagaimana hendak membahagikannya….

  46. Zeewoon,

    Tiada apa yang perlu dibahagikan, kerana kedua2nya merupakan tambahan kepada MODAL. Catatan dalam Jurnal Am adalah seperti berikut :

    Dt : Alatan Pejabat ………. RM2800
    Dt: Bank ……………………. RM1500
    Kt: MODAL (2800+1500) ………….. RM4300

  47. salam cikgu…
    saya nak bertanya ;
    perniagaan menjual pakaian…(baru memulakan perniagaan yang terdiri dari bank dan tunai sebagai modal)…
    Dokumen Invois menyatakan butiran almari kain, almari pakaian, meja dan kabinet kayu…

    kita akan rekodkan pada Jurnal Am..
    butiran apakah yang sesuai : sama ada perabot atau lengkapan?

  48. Zai,

    Betul dalam JA kerana ianya bukannya barang niaga. Kedua-dua akaun tersebut boleh diterima sama ada PERABOT atau LENGKAPAN tetapi penggunaannya biarlah konsisten.

  49. salam,

    ckg,boleh x kalau ckg sertakan conth bagi setiap lampiran jurnl khas,jurnl am dan bku tunai…
    supaya sya dpt lbh memahami mengenai perbandinn setiap lampiran,….

  50. Anem,

    Sila muat turun Tips 1 – Cemerlang Dokumen (klik) yang disediakan oleh Cg Sila untuk dijadikan panduan.

  51. salam cg…
    saya ingin bertanya..
    bagaimana saya ingin memulakan langkah pertama mengajar dokumen dengan cepat dan tepat??
    adakah mesti dimulai mengenalpasti jenis-jenis dokumen? atau cg ada cara lain yang lebih berkesan dan menjimatkan masa.

    tq..

  52. Salam,

    Pada pandangan saya, terdapat 2 peringkat dalam mengajar soalan dokumen.
    1. Pengenalan kepada setiap item – Dokumen, Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga. Biar pelajar betul2 faham fungsi dan format setiap satunya.
    2. Kemahiran Teknik Menjawab Soalan, supaya pelajar dapat menjawab dengan cepat dan tepat.

    Saya cadangankan cg muat turun Bahan Bengkel, Teknik Menjawab Soalan Dokumen dll yang terdapat di ruangan B-MUAT TURUN BAHAN yang telah saya sediakan sebagai panduan.

  53. terima ksih banyak cg narzuki…
    saya akan cuba sedaya upaya untuk belajar teknik menjawab soalan dokumen ini..
    bukan apa takut beri ajaran salah dengan pelajar.
    saya baru mengajar pa ni.. masih merangkak lg..
    jd teknik yang baik amat diperlukan..

  54. Salah satu teknik menjawab soalan dokumen (klik) yang boleh digunakan, yang saya sarankan sebelum ini.

  55. Slm, cikgu sya nak tnya..
    If kiter beri credit note pada pelanggan.coz invoice terlebih nilai..mcm mner?
    Credit note tue termasuk dalam kategori ape?
    sales @ expenses?

  56. Salam,
    Sekiranya Invois yang kita keluarkan itu TERLEBIH NILAI, maka kita kena perbetulkannya dengan mengeluarkan NOTA KREDIT bagi mengurangkan jumlah hutang tersebut. Pada pandangan Cg, Ianya boleh dikelaskan sebagai PENGURANGAN HASIL, sebagaimana Pulangan Jualan dan Elaun Jualan.

  57. salam,,

    bley sy taw tak dokumen jualan tunai nk ltak kat mane??

  58. Sekiranya melibatkan tunai / cek / bank mestilah dicatatkan dalam BUKU TUNAI.. jika kita PENJUAL maka wang masuk, catat DEBIT dalam BT butirnya JUALAN. Sebaliknya jika kita pembeli, maka wang keluar catat KREDIT butirnya BELIAN. Dan syaratnya jualan/belian tersebut melibatkan BARANG NIAGA.

  59. bagaimana nak bezakan butiran itu debit atau kredit dalam jurnal am???

  60. Pasa asasnya rujuk kepada klasifikasi akaun dan
    AB = LEH
    Debit : Aset dan Belanja
    Kredit : Liabiliti, Ekuiti dan Hasil

  61. bagaimana nak bezakan aset, belanja, liabiliti, dan hasil???

  62. Sebelum nak bezakannya kena tahu apa maksud setiap satunya terlebih dahulu. dan perhatikan contoh akaun2 yang terlibat. Sila rujuk DISINI.

  63. terima kasih…

  64. BAGAIMANA NAK SEDIAKAN JURNAL AM YANG LENGKAP…

  65. Jurnal Am yang lengkap hendaklah mengisi semua item2 yang terlibat :
    1. Tarikh
    2. Butir – catatan sebelah debit dan kredit
    3. Jumlah / Amaun
    4. Keterangan – setiap urus niaga mesti dinyatakan catatan mengenainya dan ditulis dalam KURUNGAN.

  66. mksud saya nota seperti pengecaman dokumen, pos ke lejar n so on..yang dalam kotak pink kat ats 2

  67. cg, saya ada masalah sikit dengan akaun . . masalah dia adalah saya susah untuk mengingat item2 yang ada dalam dokumen.. .
    saya agak lemah bahagian itu , saya harap cg boleh bantu . .

  68. Aten,

    Maaf, Cg tidak faham apa maksud “susah untuk mengingat item2 yang ada dalam dokumen” ?
    Item apa yang hendak diingat dalam dokumen ?

  69. ckg..kalau dlm buku tunai kn,..sy trma dskaun n byar hutng kpd org yg sama..kt btir dy kne tulis ape???????ckg pham x soaln nh????????

  70. Dunno,
    BUKU TUNAI
    Kt: NAMA PEMIUTANG (Diskaun)RM50 (Tunai/Bank) RM500

  71. payment voucher kene masuk jurnal ape yer?

  72. Zerra,
    Baucar Pembayaran – Buku Tunai.

  73. Salam,cg kalau dokumen tersalah catat nama/butir tapi catatan debit kredit betul, adakah tidak dapat markah langsung ?

  74. Salam,
    Ianya dikira betul jika ketiga2 TARIKH, BUTIR dan AMAUN betul.

  75. salam………….klu nk knl kontra cmne cg?

  76. Yusri, sedikit panduan daripada Cg:

    CATATAN KONTRA

    Catatan kontra bermaksud PINDAHAN wang dari TUNAI (tunai di tangan / wang dalam pejabat) ke dalam BANK (tunai di bank / wang dalam akaun di bank) atau sebaliknya. Di mana wang tersebut TIDAK DIGUNAKAN untuk membayar kepada sesiapa. Atau wang yang diterima bukan daripada pihak lain.

    Terdapat 2 jenis catatan kontra :

    1. TUNAI dipindahkan ke BANK (Dokumen terlibat : SLIP WANG MASUK)

    Ini bermaksud peniaga memasukkan wang TUNAI yang terdapat dalam kedai / pejabat ke dalam BANK sebagai simpanan. Di mana catatan bergunya :

    Dt: BANK (wang di bank bertambah)
    Kt: TUNAI (wang di tangan berkurang)

    2. BANK dipindahkan ke TUNAI (Dokumen terlibat : KERATAN CEK)

    Keratan cek yang dinyatakan sebagai “Kegunaan pejabat/kedai” atau “Tunai” sahaja dianggap sebagai CATATAN KONTRA. Kerana ianya mengeluarkan wang BANK untuk kegunaan di kedai / pejabat dan direkod sebagai TUNAI. Iaitu :

    Dt: TUNAI (wang di tangan bertambah)
    Kt: BANK (wang di bank berkurang)

    Sekiranya Keratan Cek menyatakan bayaran kepada PIHAK LAIN seperti SEWA, PERABOT, BELIAN, KEDAI AH CHONG. Maka ianya BUKAN CATATAN KONTRA. Dan butiran yang digunakan dalam BANK sebelah kredit sebagai ”Sewa”, ”Perabot”, ”Belian” dan juga ”Kedai Ah Chong”. Atau sebagainya yang berkaitan.

    PERHATIAN : Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah mencatatnya secara TERBALIK.

  77. Cikgu,
    Invois,Nota kredit dan debit = Jurnal Khas?
    Bil tunai, Keratan cek = Buku tunai?

    Betul kah itu cikgu?

    Terima kasih

  78. Sam,

    Sila rujuk NOTA yang telah Cg sediakan DIATAS.

  79. saya x faham mengenai makluman kredit dan makluman debit..Boleh cikgu terangkan?

  80. Fiza,
    MAKLUMAN DEBIT – dokumen yang diterima daripada bank untuk memaklumkan bahawa AKAUN PENIAGA (Kita) telah didebitkan (wang dalam akaun BERKURANG). Ini kerana pihak bank telah membuat pembayaran bagi pihak PENIAGA untuk urus niaga seperti pembayaran Insurans, sewa premis, Ansuran kenderaa dll.

    MAKLUMAN KREDIT – dokumen yang diterima daripada pihak bank untuk memaklumkan bahawan AKAUN PENIAGA telah dikreditkan (wang dalam akaun BERTAMBAH). Ini kerana pihak bank telah menerima bayaran daripada pihak ketiga. Contohnya terima dividen yang telah dimasukkan terus ke dalam akaun peniaga.

  81. salam cg……..mcm ne nk knal perkara nk tlis kt kolen prkra tu?sbb sye byk slp hk tu…….

  82. Yusri,
    Maaf, sila guna ejaan yang lengkap.

  83. cikgu , baucar pembayaran ialah pembayaran kan ? kalau salinan ia tetap pembayaran juga kan ? seperti spm mrsm trial 2010 .

  84. YA. Jangan hafal ASAL / SALINAN sahaja bagi tujuan pengecaman, kena FAHAM urus niaga tersebut samada kita bayar / terima, urus niaga kredit / tunai, berkaitan barang niaga / bukan barang niaga.

  85. Salam cg,

    MEMO
    KEDAI ALATAN PEJABAT BAIDURI

    peringatan:
    Pemilik telah mengambil sebuah mesin pengimbas bernilai Rm200.00 untuk kegunaan pejabatnya.

    dokumen ini akn d catat dlm jurnal am….declair mklumat ni sbg apa?

  86. Ini maksudnya ambil BARANG NIAGA untuk kegunaan PEJABAT.
    Catat dalam JURNAL AM.
    Apa yang bertambah dalam pejabat ? …… mesin pengimbas, maka ALATAN PEJABAT (Dt)
    Barang niaga akan berkurang, maka …….. BELIAN (Kt)

  87. oh, mksud nya….tak ada kna mngena dgn ambilan?? jika bkenaan mengambil (memo) sy agak konfius

  88. AMBILAN akan terlibat sekiranya ambil untuk KEGUNAAN PERIBADI Pemilik sahaja.

  89. Askum… saya ada sedikit kekeliruan

    Baki awal ( 1 Ogos ) pemiutang RM 12 000
    Pada 10 Ogos perniagaan menerima resit krn membayar kepada pemiutang sebanyak RM 10 000. Pada resit ada menyatakan untuk bayaran “menjelaskan baki hutang pada 1 Ogos”

    soalannya;
    1. Adakah byrn itu untuk keseluruhan hutang?
    2. Adakah perniagaan tersebut menerima diskaun ATAU masih terdapat baki pemiutang sebanyak RM 2 000.

    Harap dibantu,TQ.

  90. Salam, Ila.

    Pertama, cuba semak ada tak urus niaga lain antara 1 – 10 ogos yang melibatkan pemiutang tersebut, seperti PULANGAN BELIAN, yang mana akan mengurangkan baki awal hutang RM12,000.

    1, Jika ada, katakan pulangan belian RM2,000, maka BAKI HUTANG = 12000 – 2000 = 10000. Oleh itu menjelaskan baki hutang RM10,000, bermaksud TIADA DISKAUN yang diterima.

    2. Jika ada, katakan pulangan belian RM1,000, maka BAKI HUTANG = 12000 – 1000 = 11000. Ini bermaksud TERIMA DISKAUN RM1000.

    3. Jika TIADA pulangan belian, maka ianya bermaksud TERIMA DISKAUN sebanyak RM2000.

  91. apa beza antara lengkapan , perabot dan alatan pejabat?? kelirula lebih2 lagi lengkapan dgn alatan pejabat tak tau nak bezakan mcm mana…

  92. Lengkapan = Perabot seperti meja, almari, kabinet, rak pameran dll.
    Alatan Pejabat adalah alatan seperti mesin fotostat, komputer, mesin fax dll.

  93. Cikgu,
    Bolehkah saya tahu bagaimanakah kita hendak menyenaraikan setiap dokumen perniagaan ke jurnal? saya masih tidak faham. bolehkah cikgu tolong saya menyenaraikan setiap dokumen perniagaan dan jurnal mana yang patut kita masukkan. terima kasih.

  94. Ina,

    Sila rujuk NOTA RINGKAS yang telah Cg sediakan DIATAS sebagai panduan.

  95. salam,

    cikg jika angkutan masuk yang yang dikenakan oleh pemiutang menggunakan (dokumen nota kredit),ia perlu direkodkan di jurnal am.dah ia perlu diposkan ke lejar am.

    tetapi,perlukah kita mendebitkan jumlah angkutan masuk ini di lejar belian,iaitu di akaun pemiutang yang mengenakan cas angkutan masuk itu.?

  96. Salam,
    Sepatutnya NOTA DEBIT yang digunakan untuk urus niaga tersebut, bukannya Nota Kredit. Ianya perlu dicatatkan dalam JURNAL AM, seterusnya poskan ke lejar. Catatan bergunya :

    Dt: Angkutan masuk ….. LA
    Kt: Nama Pembekal / Pemiutang….. LB

  97. asalamualaikum cikgu,

    saye nak tanye kalau die bagi contoh memo : derma kepada tadika permata hati sebanyak RM5000
    kite kena rekodkan kat jurnal am mcm mane?

  98. Ada beberapa keadaan,
    1. Jika derma wang TUNAI/CEK – catat dalam BUKU TUNAI : Kredit – Derma
    2. Jika derma BARANG NIAGA – catat dalam JURNAL AM : Dt: Derma Kt: Belian
    3. Jika derma ASET BUKAN SEMASA (terpakai) – catat dalam JURNAL AM : Dt Derma Kt: Aset Bukan Semasa

  99. dalam buku SPM prinsip akaun yang baru..bab 4: Jurnal sebagai BCP..jurnal penerimaan / pembayaran tunai digunakan..
    1. Jadi adakah buku tunai hanya diajar kemudian?
    2. Jika tidak dinyatakan dalam soalan, adakah kita buat buku tunai atau jurnal penerimaan/pembayaran tunai?

    thanks

  100. cg, saya ingin tanya mengenali tentang maksud sebenar kredit dan debit.
    saya tidak faham kenapa dalam penambahan aset akan direkodkan dalam debit dan sebaliknya. begitu juga dengan liability and ekuiti pemilik.

    tq

  101. salam ckgu,

    saya nak tanya la klo barang sewa cam mane??

  102. Cikgu, bolehkah sy tahu manakah patut sy rekodkan duti atas belian dan insurans atas belian? Adakah jurnal am atau jurnal belian?

  103. Angel,

    Jurnal Am.. Jurnal Belian khas untuk belian barang niaga secara kredit sahaja.

  104. Terima kasih, cikgu!
    Cikgu, untuk lejar, patutkah sy merekodkan Premis, Lekapan, Perabot, Pinjaman Bank dan sebagainya dari bulan lepas?

  105. Angel,

    Baki2 akaun dari BULAN LEPAS merupakan BAKI B/B dalam akaun masing2… iaitu baki awal pada 1 h/b.

  106. Kalau sy mempunyai Penghutang dan Pemiutang dr bulan lepas? Bagaimanakah patut sy rekodkan dalam lejar belian/jualan?

  107. Selain itu, bagi Jurnal Am, perlukah sy merekodkan Premis, Lekapan, Perabot dan sebagainya? Kerana jika sy merekodkan semua, jumlah sy akan menjadi RM251 000. Bukankah baki sy mesti menjadi RM143 000?
    (Sy sedang merujuk kpd Kerja kursus akaun SPM 2015)

  108. Cikgu, jika sy mempunyai modal tambahan (iaitu van bernilai RM30 000), maka dlm lejar, sy patut buka akaun kenderaan dan akaun modal tambahan, betul?

    Maafkan sy, cikgu kerana byk bertanya.

  109. Angel,

    1. Baki Penghutang dan Pemiutang hanya masukkan dalam Ak Penghutang dan Ak Pemiutang masing2 sebagai BAKI B/B, tidak melibatkan Ak Jualan atau Ak Belian.

    2. Salah satu kegunaan JURNAL AM ialah mencatatkan CATATAN PERMULAAN, iaitu berkaitan semua baki-baki akaun bulan sebelumnya. Nilai RM143 000 hanya untuk baki Ak MODAL. Dalam JA tersebut akan mengambarkan persamaan perakaunan, iaitu Jumlah Aset (DEBIT) = Jumlah Ekuiti + Liabiliti (KREDIT)

    3. Ak Modal Tambahan.. TIDAK perlu diwujudkan, kerana ianya merupakan tambahan kepada Ak Modal yang sedia ada.

    # Jika berkaitan Tugasan Kerja Kursus Tingkatan 4 (SPM 2015), sila ke post BERIKUT (klik). Di sama banyak perkara yang telah dibincangkan.

  110. Jika sy merekodkan baki penghutang sy dr bulan lepas dlm lejar jualan cthnya:

    Dlm KKK Mei 31:
    Penghutang (Kedai Yoyo) – RM4000

    Dlm lejar jualan:
    Jun 1 Kedai Yoyo – Baki b/b RM4000
    (di sebelah Debit)

    ^ Adakah itu salah?

  111. Oleh itu, maksud cikgu ialah Jurnal Am sy akan mempunyai Aset (RM251 000) dan EP+Liabiliti (RM251 000), betul? 🙂

  112. Angel,

    Ya, betul apa yang telah dibuat… Cuma cuba fahami hubungan LEJAR JUALAN dengan Ak PENGHUTANG (atau AK Kawalan Penghutang). Ak Penghutang (Ak Kawalan Penghutang) merupakan ringkasan kepada semua akaun2 penghutang dalam LEJAR JUALAN.
    Sebagai contohnya :

    Dalam KKK : Penghutang — Baki b/b RM10,000

    Dalam Lejar Jualan:
    AK Penghutang A — Baki b/b RM6,000
    Ak Penghutang B — Baki b/b RM4,000

    Asas catatan dalam JURNAL AM, DEBIT = KREDIT

  113. Oh, sy sudah faham. Jadi, patutkah sy menyediakan Akaun Kawalan Penghutang dan Akaun Kawalan Pemiutang dalam Lejar Am?

  114. Cikgu, adakah jumlah pinjaman bank sy berada di sebelah KREDIT dlm lejar Ak Pinjaman Bank?

  115. Cikgu, perlukah sy menyediakan lejar utk belian dan jualan SECARA TUNAI?

  116. Anggel,

    Ak Penghutang dan Ak Pemiutang … itu sebenarnya merujuk kepada AK Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.
    Pada pandangan Cg, sebaik-baiknya sediakan Ak Kawalan tersebut dalam Lejar Am… kerana topik tersebut telahpun dipelajari.

    Pinjaman Bank merupakan Liabiliti, maka sudah tentu ianya akan berbaki Kredit.

    Ak Belian dan AK Jualan adalah merangkumi semua urus niaga melibatkan Belian dan Jualan sama ada secara tunai atau secara kredit. Tidak wujud Ak Belian Tunai dan AK Belian kredit.

  117. Terima kasih, cikgu. Tetapi, dlm LEJAR BELIAN dan LEJAR JUALAN, perlukah sy sediakan akaun utk pembekal dan pelanggan urus niaga secara tunai? Cthnya:
    Beli barang secara tunai daripada Kedai Apple.

    Dlm LEJAR PEMIUTANG/BELIAN:
    Kedai Apple
    Belian RMxxxx (di sebelah Kredit)

    Ataupun Akaun Belian yg terdpt di Lejar Am sudah cukup?

  118. Cikgu, mestikah sy melibatkan semua baki penghutang dan pemiutang dlm Akaun Kawalan sy? Ataupun Akaun Kawalan adalah utk baki pemiutang dan penghutang BULAN LEPAS sahaja?

  119. Assalamualaikum….
    Cikgu…. saye nk tnye …. bagaimana nk buat buku tunai berdasarkn keratan cek… contohnye. … penerima aisyah perabot kerana menjejaskan invois

  120. Normad, waalaikumussalam.

    Keratan cek tersebut bermaksud urus niaga menjelaskan invois (hutang) kepada Aisyah Perabot dibayar dengan cek.
    Pembayaran… mesti sebelah KREDIT, bayar dengan CEK… mesti melibatkan Ak Bank.
    Maka catatanya disebelah KREDIT dalam lajur BANK dan butirnya AISYAH PERABOT

  121. cikgu…saya baru form 4…..dokumen perniagaan saya langsung tak faham boleh dak cikgu tolong saya cara nak buat jurnal am dan jurnal khas

  122. Gokul,

    Sila rujuk cara2 merekod dalam buku catatan pertama… yang ditunjukkan satu persatu..

    Serta rujuk nota dan komen soal jawab DI ATAS.

  123. Effy Atiqah Murnin

    Slam cikgu,
    sya msih x fhm skiranya apabila kategori hasil n blnja mnjdi aset, liabiliti n ekuiti pemilik. Sbg contoh..sewa n kdar byrn mnjdi sewa terakru n kadar bayaran terdahulu…jdi..sewa terakru n kadar byarn terdahulu ini msuk mna? Adakh ia akan dicatat dlm jurnal jga?

  124. Effy,

    Kadar bayaran TERAKRU .. maksudnya kita BELUM BAYAR / masih BERHUTANG … maka LIABILITI SEMASA
    Insurans TERDAHLU… maksudnya kita TELAH bayar untuk BULAN HADAPAN.. seolah2 kita boleh ambil balik.. masih hak milik kita… maka ASET SEMASA.

    BELANJA TERAKRU ….. LIABILITI SEMASA
    BELANJA TERDAHULU …. ASET SEMASA

    HASIL TERAKRU ….. ASET SEMASA
    HASIL TERDAHULU … LIABILITI SEMASA

    SEMUA urus niaga mesti melalui proses kitaran perakaunan…. u/n – dokumen – BCP – Lejar – ID …..
    Perkara tersebut dipanggil PELARASAN, maka perlu dicatat dalam JURNAL AM sebelum diposkan ke LEJAR.

  125. Assalamualaikum,

    Sekiranya saya membuat urus niaga membeli alatan pejabat yang bernilai RM 2000 dan membayarnya terus secara tunai, apakah dokumen asal yang saya terima? Invois atau Bil Tunai?

    Bagaimanakah saya merekod urus niaga di atas?

    Jurnal Am atau Buku Tunai? Debit atau Kredit?

    Terima kasih atas bantuan cikgu.

  126. Amalifa, waalaikumussalam.

    Jika urus niaga secara tunai, dokumennya ialah BIL TUNAI.
    Apabila urusniaga melibatkan TUNAI/BANK, maka buku catatan pertamanya ialah Buku Tunai.
    Jika BAYAR/WANG KELUAR, catatanya sebelah KREDIT

  127. Perlukah menyediakan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai sekiranya telah menyediakan BUKU TUNAI?
    Tak perlu kan?

  128. Salam cg,
    sy nak tanya,
    invois dan invois (cash sale) kategori yg sama ka?
    kalau resit tentera perkataan invois tax sale, dikire resit atau invois?
    tq cg for the help

  129. Amalifa,
    Ya.. tidak perlu lagi.

    Tyma,
    Ianya satu dokumen yang baru diperkenalkan ekoran pelaksanaan GST. Nama tetap sama, tidak boleh dipanggil “resit”. Apa yang penting kita dapat tentukan ianya urus niaga tunai atau urus niaga kredit.

  130. Tyma,

    1. Apabila beli secara tunai. maka dokumennya bil tunai… invois tidak akan dikeluarkan kerana ianya kgas untuk urus niga secara kredit sahaja.

    2. bila beli secara kredit.. maksudnya tidak bayar pada hari tersebut…. jika bayar pada hari yang sama .. maka ianya tidak dikelaskan sebagai belian kredit.

  131. salam cg,
    terima kasih utk jawapan sblum nie,,
    sy ada soalan lagi..
    1. kalau beli barang niaga secara tunai, tetapi menerima invois, patut catat dlm jurnal belian atau buku tunai? sbb terima invois bukan bil tunai..
    2. belian barang niaga secara kdt, dan bayaran pd hari yg sama.. akan tdapat 2 catatan di akaun penghutang pd tarikh yg sama, btul kan?

  132. cg klau jurnal khas perlu catat dlm buku tunai juga ke?

  133. Ainie,

    Jurnal Khas berkaitan urus niaga secara KREDIT, manakala Buku Tunai hanya melibatkan urus niaga secara TUNAI sahaja.
    Hanya catatan permulaan dalam Jurnal Am bagi item Tunai dan Bank sahaja dimasukkan dalam Buku Tunai sebagai BAKI B/B pada 1hb.

  134. salam cikgu invois perlu letak atau tidak ke buku tunai

  135. Najihah,

    Cuba rujuk nota Cg ….. DIATAS.

  136. Assalamualaikum cikgu…related to soalan ummu, mcm mn pulak nak rekodkan maklumat tu dalam jurnal. sy blur dh 2 hr soalan ni, terima kasih

  137. Nurul, waalaikumussalam.

    Catatan Jurnal Am.. seperti diatas.

  138. cg,
    adakah modal dimasukkan dalam buku tunai?

  139. Nur,

    Bergantung kepada penyataan urus niaga..
    Jika bawa masuk tunai peribadi ke dalam perniagaan.. maka Dt Tunai Kt Modal.
    Jika bawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan… maka Dt Kenderaan Kt Modal

  140. Cikgu,kalau ambilan barang niaga masuk jurnal mana?

  141. Anand,

    Ambil barang niaga…. Jurnal Am

  142. Assalamualaikum cikgu,
    Sya nak tanya tentang nota kredit dan nota debit. Saya masih kurang paham tentamg nota debit dan nota kredit adakah ianya debit atau kredit.

  143. Athirah, waalaikumussalam.

    NOTA KREDIT (klik)
    NOTA DEBIT (klik)

  144. cikgu.. saya nak tanya apa hubungan antara buku tunai pembayaran dengan akaun pemiutang?

  145. Ain abas,

    Kepada siapa, biasanya kita bayar hutang ?

  146. Cikgu,saya nak tanya mcmana nak catat ke dalam jurnal am kalau soalan nya mcmni ‘sebahagian daripada insurans yang dibayar pada 27 jan iaitu sebanyak rm130 adalah untuk insurans peribadi’ ?

  147. Nana,

    Apabila melibatkan belanja peribadi pemilik, maka Ak Ambilan akan terlibat.
    Catatan pelarasannya:
    Dt Ambilan RM130
    Kt Insurans RM130

  148. Cikgu,

    1-Saya membuat pinjaman bank 6200 sebagai permulaan modal.
    2- Tambahan modal dr rakan kongsi A sebanyak 6000
    3-Pembelian mesin air dr syarikat Z berharga 11’000.

    Bagaimana hendak merekodkannya ya?

  149. Aainaa,

    Cuba rekodkan dahulu.. nanti Cg semak.

  150. assalammualaikum cikgu nak tanya.
    kalaw soalan sebut mcm ni.

    – pemilik membawa masuk rm 10000
    – memasukkan modal tunai kedalam bank

    saya kene tulis dalam jurnal am untuk catatan pembukaan ‘bank’ rm 10000 ke?

    n untuk buku tunai pulak just tulis dekat belah debit ‘baki b/b’ rm 10000 dekat ruangan bank.betul ke mcm tu?

  151. Aina, waalaikumussalam.

    Jurnal Am
    Dt Bank 10000
    Kt Modal 10000

    Buku Tunai
    Dt Modal 10000

  152. Askm,cikgu kalau soalan- masukkan tunai pejabat ke bank sebanyak RM32000

    Dlm buku tunai nk catat bahagian kt ke dt?
    Dlm buku sya dicatat di kedua-dua bahagian.sya x faham!!!
    Minta penerangan…..

  153. Muhamad, waalaikumussalam.

    Catatan tersebut dipanggil CATATAN KONTRA… dimana Ak Tunai berkurang (Kt), Ak Bank bertambah (Dt).

  154. Assalamualaikum.. cg nk tye kalu bayar angkutan masuk 100 secara tunai..akaun ap yg terlibat..akaun tunai dan angkutan masuk ke? dan mne yg debit dan kredit..
    Sye xthu nk buke akaun ap

  155. Miss, waalaikumussalam.

    Tunai bertambah/TERIMA –> DEBIT
    Tunai berkurang/BAYAR –> KREDIT

    maka,
    Dt Angkutan masuk
    Kt Tunai

  156. Salam. Nak tanya cikgu. Dalam peruncitan cacatan ape yg wajib ade?

  157. Amir,

    Semua urus niaga perlu dicatat… barulah rekod perakaunan yang disediakan lengkap.

  158. Nak Tanya cikgu. Kalau memo tentang pemilik membayar sewa kedai dengan tunai peribadi mane saya perlu rekodkan urus niaga ni

  159. Shum,

    Rekod dalam Jurnal Am..
    Dt Sewa Kt Modal

  160. “Memulakan perniagaan dengan memasukkan wang tunai sebanyak 20000 ke dalam bank”
    Cikgu, apakah dokumen yang digunakan untuk perekodan bagi urus niaga di atas?

  161. Bun,

    Dokumen yang sesuai digunakan apabila melibatkan pemilik ialah MEMO.

  162. Nak tanya, kalau pernyataannya “pemilik telah membayar belanja am perniagaan bernilai RM180 dengan tunai peribadi.Harap maklum” dari memo,cm mana nak masuk kan kedlm buku tunai dan apa butirnya??
    Terima kasih…

  163. Faz,

    Tidak melibatkan tunai perniagaan.. maka tidak direkodkan dalam BT.. ianya perlu dicatat dalam Jurnal Am.
    Dt Belanja Am
    Kt Modal

  164. Assalamualaikum, cikgu nak tanya. Kalau pemilik mngmbil wang tunai RM500 utk didermakan utk tbung GAZA, akaun apa yg trlbat? Ambilan dan derma / derma dan tunai ?

  165. Putri, waalaikumussalam.

    Dt Derma
    Kt Tunai

  166. Klau menerima nota kredit daripada danibot bhd atas perabot yang rosak ape yang kredit dan ape yg debit ye ?

  167. Khaleeda,

    Bila terima nota kredit.. maksudnya Pulangan Jualan berlaku..maka:
    Dt Pulangan Jualan
    Kt Penghutang/Danibot bhd

  168. cg nak tanya kalau pemilik membawa masuk kenderaan peribadi untuk kegunaan perniagaan tu masuk dalam jurnal am kan??debit dia n kredit apa ye?

  169. Nadz,

    Kenderaan BERTAMBAH —> Debit
    Bawa masuk ke dalam perniagaan —> MODAL BERTAMBAH —> Kredit

    Dt Kenderaan
    Kt Modal

  170. Adakah ambilan tunai perlu diletakkan di dalam jurnal am?

  171. Tunai/cek…. mesti dalam Buku Tunai.

  172. kalau buat pinjaman di sebuah bank ,apa yang harus didebitkan dan apa yang harus dikreditkan di jurnal am?

  173. d,

    Dt Bank Kt Pinjaman bank

  174. Cikgu, urusniaga pulangan jualan perlu dicatat Di buku tunai atau jurnal pulangan jualan? Bilakah perlu dicatat Di jurnal pulangan jualan dan buku tunai?

  175. Aun,

    Semua urus niaga yang melibatkan tunai/cek… mesti dicatat dalam BT.
    Jika pulangan jualan… mestilah Jurnal Pulangan Jualan.

    #sila rujuk nota ringkas DIATAS.

  176. kalau belian aset bukan semasa dengan cek , masuk dalam buku tunai ke jurnal am?

  177. Mai,

    Jika melibatkan tunai/cek… mesti BT.

  178. cikgu klu dekat jurnal am kita tulis angkutan masuk dt,,nama pemiutang kt,,lejar apa yang perlu dibuka?

  179. Vinc,
    Pemilik membawa masuk aset untuk kegunaan perniagaan.

    Hanis,
    Angkutan masuk… dalam Lejar Am
    Pemiutang…….. dalam Lejar Belian

  180. cikgu angkutan masuk yang invois asal punya nak masuk jurnal apa .selain itu catatan kontra yang keratan cek punya nak masuk buku tunai ke

  181. klau pemilik membawa masuk sbuah komputer utk kgunaan perniagaan . x perlu catat ke kat penyata belanjawan tunai ?

    tq

  182. Emman,

    Belanjawan tunai hanya merekod wang tunai masuk dan keluar sahaja… Bawa masuk Komputer.. wang tunai tidak bertambah.

  183. cikgu apa yg perlu dirujuk sekiranya imbangan duga kita tidak seimbang?

  184. Hanis,

    Semak catatan bergu bagi setiap urus niaga.

  185. “angkutan masuk dikenakan caj sebnyk Rm 300”
    cikgu dalam jurnal am saya rekod angkutan masuk DT dan nama pemiutang KT,kemudian dalam

    buku tunai angkutan masuk saya buat sblh KT(tunai)

    lejar am akaun angkutan masuk saya buat (tunai) sebelah DT

    lejar belian akaun pemiutang saya buat (angkutan masuk) sblh KT.

    btul ke cikgu?saya ada sedikit kekeliruan,, adakah klu kita dh wat dlm akaun angkutan masuk DT kemudian akaun pemiutang KT,perlukah jgak kite rekod dlm buku tunai angkutan masuk sblh KT??hrp cikgu dpt mmbntu

  186. Dayana,

    Hanya catat dalam JA sahaja, BT tidak perlu kerana tiada sebarang pembayaran… kita hutang dengan pemiutang.

    Ak Angkutan masuk…. Dt butirnya Pemiutang

  187. terima kasih cikgu

  188. cikgu klu 1ogos baki b/b perabot saya 10000,kemudian pada 4 ogos saya beli perabot dri perabot syarikat nizal jdi perabot saya akan bertambah 14000,,dlm kunci kira2 syarikat nizal tu nak ltk dekat mana sbb kunci kira2 saya syarikat nizal tu je yg x rekod tpi perabot saya dh rekod 14000 dlm kunci kira2.

  189. Dayan,

    Ianya merupakan pemiutang bukan barang niaga…. dikelaskan sebagai Liabiliti Bukan Semasa.. kerana nilainya besar dan kemungkinan mengambil masa lebih setahun untuk menjelaskannya.

  190. cikgu , saya nak tanya .
    apa dokumen untuk butiran
    “membayar sewa secara tunai sebanyak RM***** secara tunai”

    dan di jurnal manakah patut saya isi butiran ini?

  191. Nur,

    Bila kita bayar sewa…. kita tengok siapa tuan punya… jika hanya individu… adakah mereka ada resit rasmi.?.. biasanya tiada. Maka ada lebih sesuai kita keluarkan dokumen Baucar Pembayaran… bila kita bayar.. beliau akan tandatangani baucer tersebut sebagai bukti pembayaran telah dibuat.

    Asalkan melibatkan tunai atau bank… maka BCP ialah Buku Tunai.

  192. cikgu, saya nk tanya

    “mengeluarkan duit dari bank untuk kegunaan pejabat berjumlah RM2000”

    dokumen ape yg terlibat?

  193. Azzim,

    Keratan cek.

  194. cikgu, kalau kita teruskan perniagaan, baki b/b untuk buku tunai letak debit ke kredit.. mcm mne nak tahu letak bahagian mane?

  195. Atiqah,

    Rujuk kedudukan dalam JA. Atau rujuk asas akaun… aset berbaki debit… liabiliti dan ekuiti berbaki kredit.

  196. assalam cikgu
    soalannya
    “membeli inventori niaga bernilai RM200 secara kredit”
    Catatan beregu dan akaun T nya ape?

  197. Yaya..

    Dt belian
    Kt pemiutang.

  198. assalam cikgu, beli alatan tambahan komputer secara tunai, catatan bergu nya ape?

  199. Ati, waalaikumussalam.

    Dt Alatan Pejabat
    Kt Tunai

  200. Salam cikgu kalau pinjaman bank, masuk dalam journal apa

  201. Arina,

    Buku Tunai ataupun Jurnal Penerimaan Tunai.

  202. Assalamualaikum ckgu .. Bagaimana pula dgn situasi bila kita bawa masuk kenderaan ke dalam perniagaan kita .. ? Perlu rekodkan ke dalam buku tunai dan di anggap sbg modal ?

  203. Ai, waalaikumussalam.

    Tunai / Bank TIDAK bertambah.
    Catat dalam Jurnal Am… Dt Kenderaan Kt Modal

  204. Terima kasih cikgu ..

  205. Assalamualaikum ckgu

    Kalau situasi nak bawa masuk balance tunai bank perabot dan alatan pejabat . Perabot dan alatan pejabat tu adakah kita perlu masuk juga ke dalam buku tunai ?

  206. Ai, waalaikumussalam.

    Perabot dan Alatan Pejabat perlu diposkan ke akaun masing2 sebagai BAKI B/B…. Buku Tunai hanya baki Tunai dan Bank sahaja.

  207. Cikgu, ambilan kena catat di jurnal pembayaran tunai?

  208. Amy,

    Bergantung kepada urus niaga :
    1. Ambilan tunai –> Jurnal Pembayaran Tunai
    2. Ambilan barang niaga / Aset –> Jurnal Am

  209. cikgu , nak tanya..
    situasinye saya ada jualan tunai dan jualan kredit macam mana nak rekod dalam lejar jualan ?

  210. Amy,

    Lejar Jualan hanya merekod urus niaga jualan barang niaga secara kredit sahaja.

    Lejar Jualan (akaun2 penghutang) TIDAK SAMA dengan Ak Jualan (dalam Lejar Am).

  211. Assalam cikgu, saya nak tanya. Apakah formula kos jualan jika diberi nilai kredit dan tunai ? Contoh nya jualan kredit dan tunai

  212. Ariana, waalaikumussalam.

    Ada beberapa formula untuk kira Kos Jualan… bergantung kepada maklumat dalam soalan.
    1. Stok awal + Kos Belian – Stok akhir.
    2. KJ = Jualan bersih – Utg Kasar.
    3. Guna formula tokokan
    4. Guna formula KPGS

  213. Assalamualaikum, cikgu. Kalau perniagaan saya bayar sesuatu secara tunai, nak kena catat dalam jurnal pembayaran tunai. Tapi dalam tu hanya ada box untuk bank. Mcm mane ye nak buat tu cikgu?

  214. Hidayah, waalaikumussalam.

    Format Jurnal Pembayaran / Penerimaan Tunai …. ada lajur Diskaun, Tunai dan Bank.

    Oleh kerana melibatkan tunai… maka buka satu lajur untuk Tunai.

  215. Cikgu,kalau dekat buku tunai ada kontra ( pindahkan duit dari pejabat ke bank), macam mana hendak pindahkan ke lejar utk akaun kontra?

  216. Aimra,

    Kontra disitu bukan bermaksud Akaun Kontra…. maksudnya kontra antara akaun bank dan akaun tunai dalam Buku Tunai tersebut..maka tidak perlu pos ke mana2 lejar…kerana catatan bergunya sudah lengkap Dt Bank Kt Tunai.

  217. Cikgu,saya nak tanya, dalam jurnal penerimaan ada kontra, semasa kita nak pindahkan ke lejar, kita akan ambil jumlahnya dan Kemudian ditolakkan dengan jumlah kontra yang ada. Baru catat belah debit. Macamni ke cg?

  218. Nurul Ain,

    Tidak perlu tolak…. terus ambil JUMLAH pindahkan ke Ak Tunai dan Ak Bank masing2.

  219. Kalau memo tentang pemilik membayar belanja pos dengan Wang peribadinya, mana saya perlu rekod ? Buku tunai atau jurnal am

  220. Eusebius Lau,

    Kita kenalpasti akaun2 yang terlibat dahulu –> bayar dgn wang peribadi –> Ak MODAL bertambah, bayar belanja pos –> Ak Belanja Pos bertambah.
    Maka TIADA melibatkan Ak Tunai @ Ak Bank –> JURNAL AM

  221. Jadi macam debit apa kredit apa?

  222. Dt- belanja pos
    Kt- modal
    Betulkah?

  223. Eusebuis Lau,

    Ya.. betul.

  224. Syafiqah Sorfina

    assalamualaikum cikgu , saya ada soalan , ni dia ” terima cek pinjaman dari Bank SME untuk kegunaan perniagaan ” . Bagaimana cara untuk mencatat urus niaga ni dalam Buku Tunai , cikgu ? Boleh cikgu beri penjelasan . Selain itu , saya ada satu soalan , ” masukkan tunai perniagaan ke dalam bank ” macam mana nak tulis dalam Buku Tunai . Saya keliru dengan dua soalan ni . Terima kasih .

  225. Syafiqah, waalaikumussalam.

    BT –> Debit : Pinjaman… lajur Bank.

    Masuk tunai ke bank –> catatan kontra –> catat dalam Tunai (Kt-wang keluar) dan juga Bank (Dt-wang masuk)

  226. Cikgu,

    “Membayar sewa dengan cek. Separuh daripadanya merupakan sewa kediaman(RM2000)”

    Bagaimanakah cara untuk merekodkan urus niaga ke dalam lejar?

    Terima kasih Cikgu^^

  227. Ann,

    Dt Ambilan 2000
    Kt Sewa. 2000

  228. Tidak perlu bezakan sewa kedai dgn sewa kediaman?

  229. Ann,

    Ak Sewa –> merekod belanja sewa bagi perniagaan.
    Bila guna wang perniagaan untuk kegunaan peribadi –> dikira keluarkan wang daripada perniagaan.. maka direkid sebagai AMBILAN.

  230. Assalamulaikum cikgu saya nak tanya soalan tentang jurnal.
    kalau pernyataan tulis
    – jualan tunai rm 2000
    -membayar gaji pekerja rm 2000 secara tunai
    maksudnya ni buku tunai kan?
    takde dalam mana2 jurnal kan?

  231. Azmil, waalaikumussalam.

    Ya.. asalkan melibat tunai/ bank –> Buku Tunai

  232. cikgu, jurnal penerimaan tunai tu maksudnya buku tunai?

  233. cikgu jurnal penerimaan tunai dengan jurnal pembayaran tunai tu macam mana?

  234. Azmil,

    Formatnya boleh rujuk dalam buku teks…
    Fungsinya sama seperti Buku Tunai.. merekodkan urus niaga melibatkan tunai dan bank… cuma diasingkan antara penerimaan dan pembayaran.

  235. Cikgu kalau pernyatan tulis
    Withdraw rm1000 from Atm for personel use

    Masuk dalam jurnal am atau buku tunai
    Kalau masuk dalam jurnal am nak tulis mcm mana?

  236. Azmil,

    Asalkan melibatkan wang tunai atau bank –> mesti Buku Tunai.

  237. Cikgu , kalau dalam jurnal pembayaran tunai nak pos ke dalam lejar , akaun bank nak letak sebelah Dt ke Kt ? Thank you

  238. Lya28,

    Pembayaran –> wang keluar –> Kredit dalam Ak Bank

  239. pemilik telah mengambil barang niaga RM550 dan perkara ini belum direkodkan.. kena tolak belian ke tambah belian ?

  240. Hassan,

    Dt Ambilan —-> Ambilan (+)
    Kt Belian —> Belian (-)

  241. Cg kalau memo tunai peribadi berjumlah rm1000 yg dimasukkan ke dlm perniagaan kena masuk kat buku tunai ka lejar butiran dia apa?

  242. Amin,

    Apabila masuk harta pemilik –> perniagaan..
    Maka butirnya MODAL

  243. Cikgu kalau soalan kata
    a)menggunakan wang yang diterima daripada penghutang untuk membeli telefon anaknya

    B) mengambik wang simpanannya untuk membayar belanja baiki kenderaan

    nak direkodkan dalam jurnal am macam mana ya?

  244. Sally,

    Cuba bagi jawapan dahulu… baru Cg komen betul atau salah..Kemudian Cg betulkan jawapan tersebut jika salah.

  245. Untuk
    a) ambilan +960
    Penhutang -960

    b)modal +3500
    Belanja membaiki kenderaan +3500

    Betul ke ?

  246. Sally,

    Tahniah… Betul.

  247. Senarai baki-baki akaun pada 31 Oktober 2014
    ..
    ..
    ..
    Pinjaman bank – 5000

    Maklumat tambahan :
    Pinjaman bank setahun dibuat pada 1 Oktober 2014

    Cikgu macam mana menyediakan imbangan duga terselaras dengan maklumat ini ?

  248. Desmond,

    Tiada apa yang perlu diselaraskan..
    Dalam IDT –> Kt Pinjaman bank.
    Dalam KKK –> Liabiliti Semasa.

  249. Cg adakah derma termasuk dalam ambilan

  250. Hakim,

    Derma direkodkan sebagai belanja Derma.

    Tips: Ambilan digunakan apabila urus niaga tersebut melibatkan kegunaan sendiri/pemilik. Cth: Ambil barang niaga untuk diberikan kepada anaknya. Ambil tunai perniagaan untuk bayar sewa rumah pemilik.

  251. assalamualaikum, nak tanya apa dokumen² untuk urus niaga di bawah dan ke mana saya patut masukkannya dan apa catatan bergu dia.. maaf byk tnya.

    1. menerima sewa secara tunai sebyk rm500

    2. membayar bil air secara tunai sebyk rm55

    3. membeli barang niaga secara kredit drpd pembekal R

    4. angkutan masuk sebyk rm250 tidak dicatat dalam invois pembekal R

    5. mengambil 1 almari buku untuk kegunaan perniagaan

    6. menjual barang niaga secara kredit kepada pelanggan D

    7. menjual brg niaga secara tunai kpd pelanggan B

    8. beli komputer riba utk kegunaan perniagaan mnggunakan kad kredit peribadi berjumlah rm2500

    9. membeli brg niaga drpd pembekal P secara kredit

    10. pindahan tunai ke bank rm10000

    11. menerima cek drpd pelanggan D sebyk rm4560

    12. ambilan tunai sebyk rm1000 utk kegunaan sendiri

    13. mengeluarkan cek utk membayar sewa premis rm1500

    terima kasih cikgu..

  252. Natsha chin, waalaikumussalam.

    Natsha buat dahulu dan kemukakan jawapannya…. kemudian baru Cg semak betul atau salah.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.