Penyata Kewangan

KUIZ : Penyata Kewangan - Milikan Tunggal

Congratulations - you have completed KUIZ : Penyata Kewangan - Milikan Tunggal. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Antara berikut, yang manakah merupakan penyata kewangan?
A
Jurnal dan Buku Tunai
B
Jurnal dan Penyata Pendapatan
C
Buku Tunai dan Kunci Kira-kira
D
Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
Question 2
Antara berikut, yang manakah tidak terdapat dalam Penyata Pendapatan ?
A
Tunai
B
Belian
C
Jualan
D
Komisen
Question 3
Antara berikut, yang manakah merupakan aset mudah cair?
A
Stok
B
Tunai
C
Premis
D
Penghutang
Question 4
Antara berikut, yang manakah merupakan hutang perniagaan yang dibayar balik dalam tempoh masa yang panjang?
A
Penghutang
B
Overdraf bank
C
Belanja terakru
D
Pinjaman bank
Question 5
Dalam catatan penutup, gaji yang dibayar kepada pekerja akan dipindahkan ke
A
Akaun Untung Rugi.
B
Akaun Perdagangan.
C
Akaun Tunai.
D
Kunci Kira-kira.
Question 6
Di manakah sewa dibayar terakru ditunjukkan dalam Kunci Kira-kira?
A
Aset Semasa
B
Liabiliti Semasa
C
Aset Bukan Semasa
D
Liabiliti Bukan Semasa
Question 7
Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?
A
Susut nilai Aset Bukan Semasa adalah kos penggunaan aset tersebut untuk mendapatkan hasil.
B
Akaun Peruntukan Susut nilai yang berasingan disediakan bagi setiap jenis Aset Bukan Semasa.
C
Peruntukan Susut nilai juga dikenali sebagai susut nilai terkumpul.
D
Belanja susut nilai merupakan perbelanjaan modal.
Question 8
Penghutang RM 4 290

Bank RM 1 850

Insurans terdahulu RM 440

Komisen diterima terakru RM 360

Pemiutang RM 1 450

Stok akhir RM 4 180

Hitungkan modal kerja
A
RM 8 790
B
RM 8 870
C
RM 8 950
D
RM 9 670
Question 9
Maklumat berikut diperoleh dari Kedai Shamsuddin pada 30 September 2004:

Jualan = RM 86 500

Kos barang untuk dijual = RM 45 500

Pulangan masuk = RM 700

Pulangan keluar = RM 450

Stok 30 September 2004 = RM 18 640

Angkutan keluar = RM 1 400

Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan untung kasar.
A
RM 26 860
B
RM 58 940
C
RM 59 190
D
RM 59 640
Question 10
Berdasarkan jadual di bawah, manakah pasangan jawapan yang betul?

-------------------Aset------------------Liabiliti

I Komisen diterima terdahulu--------Pemiutang

II Simpanan Tetap--------------------Gadai janji

III Insurans terdahulu----------------Gaji terakru

IV Penghutang------------------------Overdraf bank

A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 11
Maklumat berikut menunjukkan butir-butir yang diperoleh daripada Perniagaan Amrul pada 31 Disember 2005.

Jualan = RM60 000

Belian = RM20 000

Stok 1 Januari 2005 = RM6 000

Stok 31 Disember 2005 = RM3 000

Angkutan Masuk = RM1 800

Duti Import = RM600

Hitungkan untung kasar Perniagaan Amrul.
A
RM34 600
B
RM35 200
C
RM37 000
D
RM40 600
Question 12
Antara yang berikut, yang manakah diperlukan untuk penyediaan Kunci Kira-kira?

I Stok awal

II Stok alat tulis

III Gaji terdahulu

IV Faedah ovedraf bank

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 13
Antara berikut, yang manakah dicatat sebagai hasil dalam penyata pendapatan?
A
Penambahan peruntukan hutang ragu
B
Hutang lapuk pulih
C
Rugi pelupusan aset
D
Bayaran oleh penghutang
Question 14
Antara yang berikut, butir manakah terdapat dalam penyata pendapatan? [Trial Johor 2011]
A
Jualan, belian dan stok akhir
B
Hasil, belanja, stok alat tulis
C
Jualan, pulangan jualan dan sewa terakru
D
Belian, pulangan belian dan pemiutang
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 14 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
11121314End
Return

  1. Cikgu
    Adakah format penyata kewangan dijawab ikut
    a. format penyata jika suruh sediakan penyata pendptan
    b. format T jika suruh sediakan AK perdagangan & Utg Rugi?
    Ikut Kurukulum baru soalan 2 jadi anchor item, adakah Lembaran Kerja masih penting?

  2. Eniza,

    Dalam penyediaan penyata kewangan, format PENYATA adalah digalakkan terutamanya soalan anchor item, walaupun soalan minta sediakan Ak Perdagangan dan Untung Rugi sekalipun. Tiada sebarang penolakan markah dalam soalan anchor item.

  3. cg,

    kalau saye hafal penyata kewangan dlm format PENYATA sahaja boleh x cg?..n sy x tau spm soalan akan tanye dlm bentuk ape?….

  4. Syafiq,

    Sekarang ini dalam soalan SPM, penyediaan dalam bentuk penyata sangat2 digalakkan, walaupun soalan tersebut menyatakan sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

  5. Askum cikgu.. sy nak tanya.. untuk belanja ubahsuai pejabat, perlu masuk dalam penyatan pendapatan? Belanja pembelian aset pula bagaimana? Di kunci kira kira sahaja?

  6. Amy,

    Belanja ubahsuai pejabat merupakan perbelanjaan hasil dan perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan sebagaimana belanja2 lain seperti sewa, gaji, kadar bayaran.

    Manakala pembelian aset pula merupakan perbelanjaan modal, di mana ianya akan menambahkan nilai aset bukan semasa dan perlu dimasukkan dalam KKK sebagai Aset Bukan Semasa sebagaimana aset2 lain seperti Kenderaan, Bangunan, Lengkapan.

  7. cikgu bolehkah bagi saya format penyata kewangan dengan pelarasan?

  8. Feng,

    Sila download dan rujuk dalam Modul Tingkatan 4 – Cg Sila dibahagian
    C-MUAT TURUN BAHAN.

  9. 2 sebab mengapa pihak2 berkepentingan berikut memerlukan maklumat dari Penyata Kewangan :

    A)Pelabur
    B)Bank
    C)Pembekal
    D)Lembaga Hasil Dalam Negeri
    E)Pihak Pengurusan
    F)Bakal Pelabur

  10. penerangan tentang maklumat yang ada di dalam sesebuah laporan kewangan??

    sye pelajar ipts…coz hotel & catering..

  11. PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN

    1. Pengguna Dalaman:

    (a)Pihak Pengurusan
    – menilai keputusan pengurusan yang lepas.
    – membuat keputusan untuk masa depan.

    2. Pengguna Luaran:

    (a) Pelabur Sedia Ada
    – ketahui nilai modal yang dilaburkan.
    – jumlah dividen yang diterima
    – ketahui sumber kewangan perniagaan.

    (b) Pihak Bank / Pemiutang
    – nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman.

    (c) Lembaga Hasil Dalam Negeri
    – untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan.

    (d) Bakal Pelabur
    – untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan.

    JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN

    1. Penyata Pendapatan
    – Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.
    – Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

    2. Penyata Ekuiti Pemilik
    – Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan.

    3. Kunci Kira-kira
    – Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.
    – Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

    4. Penyata Aliran Tunai
    – Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

  12. salam ckgu..
    erm,,
    nk tnye..
    ap itu penyata pndpatan??

  13. cikgu, boleh tanya, adakah dalam KKK bentuk T, liabiliti semasa perlu dibawa ke sebelah debit untuk tujuan mendapat nilai modal kerja? cikgu sekolah kata ia adalah format terbaru…thanks

  14. Tidak salah tetapi adalah LEBIH BAIK disediakan KKK dalam bentuk PENYATA bagi menunjukkan MODAL KERJA.

  15. Cikgu,
    Dalam soalan penyata pendapatan,
    Jualan 1000
    (-) Pulangan Jualan 200
    ——
    800
    dalam pemarkahan SPM, adakah salah simbol tolak itu saya buat kurungan seperti di atas?
    Terima kasih

  16. Pada pandangan Cg, ianya tidak menjadi masalah dan boleh diterima.

  17. tapi cikgu kami bagi tahu tidak boleh buat kurungan kerana dia telah memberi maksud yang lain. jadi saya hanya guna
    Jualan
    – pulangan jualan
    tanpa kurungan.
    saya memang keliru dengan perkara ini kerana saya biasanya telah buat kurungan.

  18. Ada tanda kurungan atau tiada, sebenarnya tidak menjadi masalah. Oleh yang demikian, sebagai pelajar adalah lebih baik ikut saja cara cikgu anda.

  19. terima kasih cikgu

  20. Cikgu Narzuki, saya dapati bahawa modul yang terbaru pada muka surat 20 terdapat kekeliruan, kerana pada penyata pendapatan Diskaun Diberi dimasukkan untuk ditolak daripada jualan. Sepatutnya Diskaun Diberi adalah dikategorikan sebagai belanja. Menurut cikgu di sekolah, dia maklumkan bahawa format penyata pendapatan ini adalah format yang terbaru 2010. Adakah berlaku kesalahan di Modul terbaru ini?

  21. Sila rujuk komen Cg di SINI.

  22. Cikgu,
    soalan akaun perdagangan dan utg rugi yang dikeluarkan dalam soalan 2 tahun 2009…bolehkah saya jawap dalam bentuk penyata pendapatan? adakah penolakan markah kerana saya tidak ikut arahan soalan?
    terima kasih

  23. Sekarang ini sangat2 digalakkan jawab dalam bentuk penyata, walaupun soalan minta sediakan akaun perdagangan dan untung rugi. Tiada sebarang penolakan markah.

  24. terima kasih

  25. Cg~
    apa beza stok dengan belian??~
    bukankah stok tuu barang niaga dan belian pun barang niaga~

  26. Nurul,
    Sila rujuk komen Cg DISINI.

  27. camne nak bahagi masa buat sesuatu soalan?
    kadang2 saya terleka pada satu soalan sehinggakan saya tidak sempat nak buat soalan yang seterusnya…
    n camne nak pastikan jawapan kita buat tu seimbang????

  28. Salah satu cara untuk mengagihkan masa 150 minit (2 jam 30 minit) ialah menggunakan nisbah markah, contohnya :
    Soalan 1 : 28 markah – 28/80 X 150 = 52.5 minit
    Soalan 2 : 20 markah – 20/80 X 150 = 37.5 minit

    Jawapan akan jadi seimbang jika kita sediakan catatan bergu dengan betul.

  29. cikgu
    Pelajar ting 4 di sekolah selangor diberitahu format penyata pendapatan seperti berikut:
    Jualan x
    – Pul Jualan x
    Jualan Bersih xx
    – Diskaun Diberi x
    xx

    dan diskaun diterima pula ditolak dari belian bersih.
    Adakah ini format terkini utk 2011?

  30. Pada masa ini terdapat 2 format yang boleh digunakan, iaitu

    Format 1. (Digunakan dalam SPM sebelum ini)
    ~ Diskaun diberi dan Diskaun diterima dilaporkan sebagai Hasil dan Belanja.

    Format 2. (Baru diperkenalkan peringkat SPM, tetapi telah lama digunakan di Matrikulasi)
    ~Diskaun diberi dan Diskaun diterima dilaporkan sebagai kontra kepada Jualan dan Belian.

    Walau bagaimanapun, format mana yang perlu digunakan bergantung kepada apa yang digunakan dalam BUKU TEKS yang akan dikeluarkan nanti.

  31. Terima kasih

  32. apa cara boleh membantu saya dalam subjek akaun jadi lebih stabil dan kuat?

  33. Perbanyakkan latihan.

  34. cg,sy tdk brp faham dgn konsep penyata kewangan,ak perdagangan dan ak untung rugi,blh tak cg terangkan utk sy?

  35. Penyata Pendapatan dan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi adalah merujuk kepada perkara yang sama. Hanya perbezaannya dari segi format penyediaan sahaja, satu dalam bentuk PENYATA dan satu lagi dalam bentuk “T”.

  36. cikgu, sy x fhm la sgt2 x fhm dgn pnyata kewngn and belnja terakru or trdahulu dgn hasil terakru n trdahulu, PHR, PSN< SN …. sy da x tawu mcm mane lg nk phm kn.. ckgu ad x nota yg simple n sng nk phm? ermm sy da buntu tramat sgt..

  37. Akaun adalah ilmu yang melibatkan KEMAHIRAN, dan kemahiran tidak boleh diperolehi melalui pembacaan nota sahaja. Ianya mesti BERGURU, sila dapatkan TUNJUKAJAR daripada guru SATU PER SATU. Setiap pelarasan ada caranya yang tersendiri, tidak boleh minta Cg ajar semua sekaligus.

    Cadangan Cg, sila kemukakan pertanyaan berdasarkan soalan, baru mudah untuk mana2 Cg memberikan tunjukajar/ membimbing anda cara menyelesaikan soalan/pelarasan tersebut satu persatu.

  38. cikgu, apa yang dimaksudkan dengan Margin Keuntungan?

  39. Maaf, Cg tak pasti, kena baca keterangan lengkap mengenainya baru boleh Cg terangkan maksudnya.

    Manakala NISBAH KEBERUNTUNGAN pula merujuk kepada nisbah yang digunakan untuk mengukur kemampuan sesebuah firma dalam usaha memperolehi keuntungan. Iaitu terdiri daripada :
    1. Peratus UK atas Kos Jualan (Tokokan)
    2. Peratus UK atas Jualan bersih (MARGIN)
    3. Peratus UB atas Jualan bersih
    4. Pulangan atas Modal.

    Buat masa ini, Cg tidak pasti adakah MARGIN KEBERUNTUNGAN dan NISBAH KEBERUNTUNGAN merujuk kepada perkara yang sama.

  40. cikgu, pa kh yg d mksud kn dgn nilai skrap utk mengira BSN dan PSN ???

  41. NILAI SKRAP ialah nilai aset yang mungkin boleh dijual setelah tamat usua guna. Contohnya Kenderaan dibeli dengan harga RM45,000, setelah digunakan selama 20 tahun, kenderaan tersebut telah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi. Walau begitu kenderaan tersebut masih lagi laku dijual sebagai BESI BURUK dengan harga RM5,000. Maka NILAI SKRAP bagi kenderaan tersebut ialah RM5,000.

    Susut nilai kenderaan
    = (Nilai Kos – Nilai Skrap) / usia guna
    = (45,000-5,000) / 20
    = RM2,000 setahun

    PSN = Susut nilai Terkumpul, iaitu jumlah susut nilai kenderaan dari tarikh beli hingga ke akhir tempoh perakaunan tersebut.

  42. Cikgu,
    Dalam soalan kalau ada upah RM3000 dan Gaji RM7000. Upah itu patut masuk dalam akaun perdagangan dan Gaji masuk dalam akaun untung rugi atau kedua-dua itu masuk dalam akaun untung rugi sebab upah itu ia tidak nyatakan upah itu adalah upah atas belian?

    terima kasih

  43. Pada pandangan Cg, UPAH sahaja adalah terlalu umum perlu masuk dalam Ak UR, kecuali dinyatakan UPAH ATAS BELIAN baru jelas masuk dalam Ak Perdagangan.

  44. terima kasih cikgu

  45. cikgu, kalau pulangan jualan masuk kat bahagian mana dkt akaun perdagangan. and lagi satu, akaun perdagangan dengan akaun untung rugi mesti disatukan ke?

  46. Ak Perdagangan
    Jualan
    (-) Pulangan jualan

    Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi – Boleh diasingkan dan boleh juga disatukan.

  47. imbangan duga
    ~pghutang-1600
    ~hutang lapuk-300
    ~pruntukan hutang ragu-270
    mklumat tmbahan
    ~pghutang rm 240 dhapus kira sbg hutang lapuk
    ~pruntukan hutang ragu 5% atas pghutng bersih

    cg,bgaimana nk kira pghutang bersih pd kkk

  48. Penghutang bersih bermaksud baki penghutang selepas mengambil kira pelarasan hutang lapuk RM240.

  49. Salam cigu. Selamat hari guru.

    Saya nak tanya kadar susut nilai bangunan pejabat. Serta kadar Initial dan Annual Allowance tersebut.

    Terima kasih

  50. Jamilah, terima kasih.

    Maaf diluar pengetahuan Cg, walau bagaimanapun cuba rujuk Calculating Capital Allowances (klik)

  51. Cikgu,

    Sekiranya diskaun diterima/diberi dicatat di bahagian hasil/belaja n bukannya ditolak dari belian/jualan, adakak kaedah ini masih diterima pakai dalam skema peperiksaan?

  52. CVA,

    Pada pandangan saya,
    Dari segi prinsip dan rekod perakaunan TIDAK SALAH, perbezaannya hanyalah dari segi FORMAT PELAPORAN sahaja… Maka adalah tidak adil jika pelajar dipersalahkan. Walau bagaimanapun pelajar digalakkan menggunakan format seperti mana dalam buku teks … iaitu mengikuti sukatan pelajaran terbaru.

  53. cg. kadar susut nilai bangunan yang berada dikawasan bersuhu sejuk agak2 berapa kadar yang sesuai

  54. Samsiah7,

    Tak pasti pula.. tetapi secara teorinya… jika USIA GUNA bangunan semakin LAMA, maka kadar susut nilainya semakin KECIL.
    Katakan :
    1. Usia guna = 10 tahun …. maka kadar susut nilai = 10% setahun ( 1/10 x 100%)
    2. Usia guna = 20 tahun …. maka kadar susut nilai = 5% setahun (1/20 x 100%)

  55. salam.. cg, sya nk tnya.. dr mna sya leh dptkn web format2 financial statement in english..

  56. Nornadiah,

    Sila klik mana2 link yang disediakan di bahagian E-LINK PERAKAUNAN.

  57. oke~ thank you for helping me..

  58. cg,
    ape beza

    PHR sebanyak 4% atas penghutang dengan

    PHR diselaraskan 4% atas baki penghutang

    lepas tu, cg sy ckp tahun ni soalan SPM dah lain sikit,jadi jangan buat soalan SPM yang lama, ape pendapat cg? thanks.

  59. Sophie,

    Sama saja… apa yang PENTING semasa kira PHR, pastikan X dengan nilai penghutang selepas pelarasan (jika ada).

    Format soalannya tahun ini memang lain, Cg galakkan jawab soalan2 percubaan 2011 yang diedarkan oleh guru anda sebagai latihan. Walaubagaimanapun soalan2 tahun lepas boleh juga dijadikan latihan bagi menguasai kemahiran2 asas bagi sesuatu topik.

  60. ape yang lain cg? boleh terangkan?

  61. Sophie,

    Gaya penyoalan dan skema pemarkahan juga lain…. peruntukkan markah setiap soalan lebih banyak… dulu kertas 2 jumlah markah hanya 80 markah, tapi format pentaksiran baru 100 markah… masa tetap sama 2 jam 30 minit. Format sekarang lebih banyak menguji pengusaan KEMAHIRAN PERAKAUNAN pelajar berbanding dahulu.

  62. cg, soalan NO.1 (lejar,buku tunai,jurnal am) dulu dah takde lah untuk tahun ni ye cg? and thanks for the info. 🙂

  63. YA… Format Pentaksirannya lain sama sekali di mana :

    Bahagian A (wajib jawab semua)
    S1 = 10 markah
    S2 = 25 markah
    S3 = 25 markah
    Bahagian B (Jawab DUA sahaja)
    S4 = 20 markah
    S5 = 20 markah
    S6 = 20 markah

    Maklumat lanjut-
    KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011

  64. Selamat sejahtera cikgu. Bolehkah cikgu tolong semak jawapan saya untuk Kertas percubaan Kedah 2011 untuk soalan 2 kerana saya tidak dapat imbangkan kunci kira-kira saya dengan kurangan rm240.
    saya dapat amaun imbang sebanyak 192,905 dan 192,665. Terima kasih.

  65. Tan,

    Sila hantarkan jawapan anda, nanti bila free saya semak dimana silapnya.

  66. Cikgu,
    Bila soalan dikehendaki sediakan akaun perdagangan dan untung rugi, kita boleh sediakan dalam bentuk penyata, perlukah tajuk juga ditukar kepada penyata pendapatan atau kekal akaun perdagangan dan untung rugi walaupun kita buat bentuk penyata?

  67. Cikgu jawapan saya ialah 192905 / 192665. Terima kasih.

  68. Tan,

    Ok, berdasarkan skema jumlah KKK = RM191 485.

  69. Cikgu,
    bolehkah soalan minta akaun perdagangan dan untung rugi tetapi kita buat format bentuk penyata tetapi tajuk tetap guna akaun perdagangan dan untung rugi?

  70. Fatimah,

    Pada pandangan saya, Tajuk yang digunakan biarlah bertepatan dengan format yang disediakan.

  71. cikgu,
    saya agak keliru dgn jawapan bagi soalan 2 SPM Prinsip akaun 2009….

    stok akhir bagi jawapan yang diberi ialah RM 23125.. boleh saya tahu bagaimana boleh mendapat RM 23 125 tersebut.

    saya telah buat soalan tersebut dan KKK saya imbang tetapi berbeza dgn jawapn yang diberikan dengan perbezaan RM 125….

  72. Edvin,

    Nilai STOK AKHIR = 23000 + 125 …. iaitu PULANGAN JUALAN yang belum diambilkira yang dikira pada nilai kos, bukannya nilai jualan RM250.
    Perkara tersebut telah Cg bincangkan di post DIBAWAH
    https://cgnarzuki.com/?p=266#comment-3727
    https://cgnarzuki.com/?p=266#comment-3755

  73. salam..cikgu..sy nak tanya..kalau soalan minta kita buat dalam bentuk akaun tapi saya buat dlam bntuk penyata boleh ke cikgu?..adakah markah saya akn di tolak?

  74. Han,

    DIBENARKAN jawab dalam bentuk PENYATA, walaupun soalan menyatakan AKAUN… sekarang ini sudah TIADA sebarang penolakkan markah.

  75. Cikgu,
    Dalam penyata pendapatan, bolehkah pelajar gantikan nama pertambahan peruntukan hutang ragu dan pengurangan peruntukan hutang ragu dengan nama hutang ragu sahaja? dalam akaun seperti peruntukan susut nilai terkumpul dan akaun yuran, bolehkah pelajar terlupa tulis tarikh?
    terima kasih

  76. Cg Fatimah,

    Pada pandangan saya, PERTAMBAHAN PHR boleh diterima dijika digantikan dengan HUTANG RAGU.. kerana mengambarkan item BELANJA, tetapi PENGURANGAN PHR adalah tidak sesuai. Bagi saya, butiran yang sesuai dan mudah untuk pelajar mengenalpasti ianya item HASIL atau BELANJA ialah PERTAMBAHAN PHR atau PENGURANGAN PHR.

    Butiran PERUNTUKAN HUTANG RAGU juga boleh diterima dalam Penyata Pendapatan, cuma ianya boleh menyebabkan pelajar KELIRU mana satu yang perlu dimasukkan dalam PP dan KKK.

  77. Cikgu,
    Peperiksaan spm ini bolehkah guna hutang ragu dalam pengurangan peruntukan hutang ragu kerana buku teks guna perkataan tersebut dan dalam banyak skema peperiksaan percubaan negeri juga guna perkataaan tersebut dan saya telah pesan pelajar guna perkataan tersebut, perlukah saya memaklumkan perubahan kepada pelajar semula?

  78. Cg Fatimah,

    Boleh cikgu nyatakan muka surat berapa dalam buku teks yang menggunakan HUTANG RAGU bagi PENGURANGAN PHR… mungkin saya terlepas pandang.
    Saya menggunakan cara yang MEMUDAHKAN pelajar serta mengelakkan KEKELIRUAN dalam mengenalpasti item HASIL atau BELANJA dalam penyediaan Penyata Pendapatan.

  79. Sorry Cikgu, bukan buku teks tetapi dalam buku rujukan buku sasbadi dan pelangi telah menunjukkan kaedah kedua yang tak langsung iaitu memasukkan hutang ragu sebagai pengurangan PHR. Buku teks hanya tunjukkan kaedah kedua dalam mewujudkan peruntukan hutang ragu tetapi guna kaedah langsung dalam Pertambahan dan pengurangan. Selain daripada itu, skema percubaan negeri seperti kedah dan penang juga menggunakan hutang ragu. Jika hutang ragu tak dapat diterima, saya terpaksa hubungi semua pelajar untuk tukar ke Pengurangan PHR. terima kasih atas perbincangan.

  80. cikgu, biasa saya buat “kurungan (1,234)” pada amaun yang ingin menolak dalam Penyata Kewangan. kerana ia lebih senang apabila saya menekan kalkulator. adakah ini menolak markah. kerana format menulis saya pun menulis “tolak”. terima kasih cikgu.

  81. Esay,

    Cg cadangkan tulis sepertimana dalam buku teks. “(1234)” itu bermaksud ianya bernilai NEGETIF… misalnya RUGI BERSIH, manakala “TOLAK” yang ditulis dalam format tersebut mengambarkan OPERASI TOLAK. …… Jika dibuat kedua2nya .. itu boleh menyebabkan kekeliruan dalam persembahan pelaporan.

    Contohnya :
    ………………………… 10,000
    TOLAK : ………………. (1,000)

    ……..ini boleh juga membawa maksud 10,000 – (-1000) = 11,000

    Berbeza dengan :
    …………………………..10,000
    TOLAK : …………………….1,000
    ……. ini menunjukkan 10,000 – 1,000 = 9,000.

  82. cikgu, kalau kat imbangan duga 31 Mei 2011 sewa diberi ialah RM2600,
    kat maklumat tambahan pula “Sewa dibayar setiap suku tahun. Sewa dibayar termasuk RM 600 bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2012.”
    Apa maksud dia cikgu ? mcmmana nak jawab ?

  83. Namuspirit,

    SUKU TAHUN bermaksud dibayar setiap 3 BULAN sekali, maka bayaran RM600 untuk 3 bulan —> SEBULAN = 600 / 3 = RM200.

    Merujuk kepada maklumat yang diberi : “Sewa dibayar setiap suku tahun. Sewa dibayar termasuk RM 600 bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2012.”
    Pada pandangan saya ada KESILAPAN disitu …. sepatutnya “30 Jun 2011“.

    Maka penyelesaiannya : Tempoh perakaunan berakhir 31 Mei 2011, sewa dibayar sehingga 30 Jun 2011, maka wujudnya SEWA TERDAHULU selama 1 BULAN (bersamaan RM200)…. Item pelarasannya SEWA (2600 – 200) = RM2400, dan SEWA TERDAHULU RM200

  84. ckg, mcm mane nk wat lejar dgn mudah

  85. Hamka,

    Buat Lejar sememangnya mudah, ikut catatan bergu dan butiran dicatat bersilang…. jadi apa masalahnya ?

  86. salam. ckg mcm mn nak kira susut nilai baki berkurangan.
    cth kirakan susut nilai kenderaan 15%setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

  87. Yati,

    Katakan dalam ID:
    Kenderaan RM50,000
    Susut nilai terkumpul RM1,000

    Maka SN= 15% x (50,000-1,000)

  88. cg, nak tanya sama ada Penyata Pendapatan perlu ditukar ke Penyata Pendapatan Komprehensif dan KKK ditukar ke Penyata Kedudukan Kewangan dalam SPM?

  89. Fhchay,

    Peringkat SPM masih menggunakan Penyata Pendapatan dan KKK tiada sebarang pertukaran.

  90. salam. Saya nak tanya ckg ttg soalan spm akaun k2. kebiasaannya bab yg sudah keluar tahun lepas kemungkinan akan keluar lagi tak mengikut pengalaman ckg.

  91. Yati,

    Walaupun telah keluar tahun lepas, masih ada kemungkinan akan keluar lagi pada tahun ini, cubalah kuasai sebanyak mungkin topik yang ada, itulah cara paling baik untuk cemerlang.

  92. cikgu, apakah perbezaan komisen jualan dengan komisen diterima?

  93. Elviana,

    Kedua-duanya SAMA dan dikelaskan sebagai HASIL. Bezanya hanyalah komisen tersebut dinyatakan secara khusus dan satu lagi secara umum.

  94. salam..
    cikgu, maaf ..nak tanya..
    apa beza harta persatuan dalam bentuk kewangan dengan harta persatuan dalam bentuk barangan yer ?

  95. Rayyan,

    Harta dalam bentuk kewangan.. seperti Pelaburan.. Simpanan tetap.
    Manakala harta dalam bentuk barangan.. seperti Premis, Kenderaan, Perabot.

  96. dah boleh submit assngmnt..
    thank you so much cikgu sbb tolong 🙂

  97. Cikgu, adakah hutang lapuk dihapuskan bermaksud hutang lapuk terpulih?

  98. Vun,

    TIDAK, ianya bermaksud HUTANG LAPUK.

  99. Cikgu, minta tolong dgn soalan ni:

    2013
    Jan. 1 Beli perabot secara kredit RM4 500
    Jul. 1 Pemilik membawa masuk perabot peribadi bernilai RM6 200 untuk kegunaan perniagaan
    Dis. 31 Beli perabot secara tunai RM1 200

    Perabot disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
    Hitung susut nilai perabot bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

  100. Vun,

    Perabot 1 dan Perabot 2 …. kira Susut nilai masing2 berdasarkan TEMPOH ianya diperolehi….. manakala Perabot 3 …. tiada SN.

  101. salam…cgu…kalu angkutan masuk sebanyak RM 350 tertinggal catat dalam mana2 buku perniagaan…mcm mane nk selesaikan pelarasan ni dalam PP n KKK??

    betul x saye buat

    dt angkutan masuk
    kt pemiutang

    mksdnye wjdkan angkutan masuk kemudian dekat pemiutang tolak RM 350…

    terima kasih…

  102. Ding,

    Penyataan yang diberikan TIDAK JELAS….
    Jika angkutan masuk yang dikenakan oleh pemiutang tertinggal catat….. barulah Dt Angkutan masuk Kt Pemiutang
    Jika angkutan masuk yang dibayar secara tunai/cek tertinggal catat …. Dt Angkutan masuk Kt Tunai/Bank

  103. Cg..apa maksud penyata pendapatan komprehensif?

  104. Zyra,

    Penyata Pendapatn biasa seperetimana belajar semasa SPM dahulu.

  105. Cikgu ,
    adakah tajuk penyata pendapatan dan kkk diberi markah semasa penandaan SPM ?
    item item seperti kos jualan , kos barang utk dijual ada markah juga ?
    Bagi pelarasan , jika pelajar tunjuk catatan jurnal am , ada markah tak ? Atau hanya jumlah yg tepat selepas pelarasan yg ditunjuk dalam akaun penamat ada markah ?
    TK

  106. Nglct,

    Pada pandangan saya,
    Biasnya tiada markah untuk TAJUK, tapi sebaik2nya pelajar tuliskan.
    KOS JUALAN biasanya ada markah.
    Jurnal Am.. hanya catatan bergu bagi pelarasan, tidak menampakkan OPERASI terhadap akaun yang diselaraskan. Tiada markah untuk JA. Sebaikknay tunjukkan JALAN KERJA, contohnyha KADAR BAYARAN (4000+300) RM4,300

  107. Cikgu ,
    Maksud cikgu tunjuk jalan kerja itu di luar atau sebelah item dalam penyata pendapatan ?

  108. Nglct,

    Cadangan saya tujukkan disebelah item sahaja, supaya mudah untuk dirujuk.
    Contohnya: Kadar bayaran (1200+300) RM1500

  109. insurans terdahulu rekodkan kt mana dalam penyata kewangan?

  110. Syafiq,

    Insurans terdahulu..dikelaskan sebagai Aset Semasa… dalam KKK.

  111. Sekiranya terdapat ambilan barang niaga yang tidak direkodkan dalam mana-mana buku dalam maklumat tambahan, di manakah patutnya ambilan tersebut dimasukkan?? Terus ditolakkan daripada belian ataupun masukkan sebagai butir tambahan seperti angkutan masuk dan duti??

  112. Anderson,

    Akaun yang terlibat ialah AMBILAN dan BELIAN.
    Ambilan kena TAMBAH pada baki Ambilan sedia ada (jika ada, jika tiada wujudkan Ak Ambilan)
    Belian kena TOLAK pada baki Belian sedia ada.

  113. Cikgu,
    Macam mana hendak membezakan belanja operasi dan lain-lain belanja dalam penyata pendapatan komprehensif?
    Adakah susut nilai bel.operasi atau bel.lainlain? Macammana pula dengan belanja am?

  114. Derek,

    Cuba senaraikan jenis2 belanja… yang anda pelajari.

  115. assalam. saya nak tanya. apa maksud ‘sewa dibayar setiap suku tahun. sewa dibayar termasuk RM600 bagi suku tahun berakhir 30 September 20×5’
    imbangan duga soalan pada 31 Ogos 20×5 dalam imbangan duga tu ada sewa-RM2600

  116. Syakirah, waalaikumusssalam.

    SUKU TAHUN maksudnya dibayar 3 BULAN sekali… maka RM600 untuk bulan Julai, Ogos & September.. RM200 setiap bulan.
    Tempoh perakaunan berakhir 31 Ogos… maka TERDAHULU sebulan (iaitu bulan September)
    Maka SEWA DIBAYAR TERDAHULU RM200…… dan SEWA (2600-200) RM2400

  117. apakah kepentingan dan kegunaan dan tujuan penyata pendapatan?

  118. Fatihah,

    Cuba buat carian diinternet..

  119. pulangan masuk ialah pualangan jualan kan ckg ? Dan pulangan keluar ialah pulangan belian ?

  120. Nor Syuhada,

    Ya.. betul.

  121. Assalamualaikum Cikgu…

    Saya nak tanya,

    Bolehkah peruntukan hutang ragu menjadi hasil?

  122. Firdaus,

    Perlu bezakan antara PHR dan Hutang Ragu.
    PHR…. dalam AS (Penghutang – PHR)
    HR…. dalam PP.. boleh jadi hasil / belanja.
    Jika berlaku pengurangan PHR… maka HR –> Hasil
    Jika pertambahan PHR –> Belanja.

  123. Cikgu ape maksud “susut nilai lengkapan ditetapkan 10peratus setahun ‘atas nilai buku pada awal tahun’ “

  124. Ina,

    Sama dengan kaedah baki berkurangan.
    Nilai buku = Aset – SNT

  125. Cikgu,saya ada soalan…

    Seorang penghutang diisytiharkan muflis dan hutangnya RM250 menjadi hutang lapuk

    Cikgu,apa perkara yang perlu dicatat dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira

  126. Firdaus,

    Dalam setiap pelarasan akan melibatkan 2 akaun… jika pelarasan hutang lapuk… akaun yang terlibat ialah
    1. Hutang lapuk…. kena + (dlm PP)
    2. Penghutang….. kena – (dlm KKK)

  127. salam cikgu..pulangan belian kalau di penyata pendapatan di letak di mana ya?

  128. kadar bayaran ,sewa dibyr,modal dan insurans diletak di mana?

  129. Ieychaa,

    Belian xxx
    (-) Pulangan belian/keluar

    Belanja :
    Sewa dibayar
    Insurans
    Kadar bayaran

    KKK : Ekuiti Pemilik;
    Modal
    (+) Untung bersih

  130. assalamualaikum cg…
    apakah ramalan soalan spm utk tahun ni…

  131. Amir, waalaikumussalam.

    Maaf, Cg tiada soalan ramalan…. nasihat Cg, cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada… semakin banyak topik dikuasai, maka keputusan anda akan semakin hampir ke A+.

  132. Cikgu ada formula tak untuk cari modal kerja dalam kertas 1 sebab tak kan nak kena buat penyata kewangan ambik masa yang lama. Begitu juga dengan untuk mencari untung bersih

  133. Dan satu lagi untuk mencari modal

  134. Eh takpe cikgu yang modal kita dah ingat yang modal tapi yang modal kerja dan untung bersih je tak tahu

  135. Cikgu jumlah komisen yg masih belum dibayar ialah sebanyak rm1 200 catatan pelarasan dia macam mana akaun komisen debit ke kredit dan akaun komisen terakru belah mana?

  136. Nur syuhada,

    Komisen belum bayar/Komisen terakru –> Liabiliti –> Kredit.
    Maka catatan pelarasannya:
    Dt Komisen dibayar 1200
    Kr Komisen dibayar terakru 1200

  137. Cikgu sy masih keliru dgn phr.Ada bezakah antara selaraskan phr & phr diselaraskan?
    Contoh soalan ini
    Maklumat di imbangan duga
    Phr-RM240(kt) penghutang-RM2730

    Maklumat tambahan:
    Selaraskan peruntukan hutang ragu kepada 5% atas penghutang.

    Macam mana utk solve soalan ini?
    Harap cikgu blh tolong

  138. Amanda,

    PHR baru = 5% x 2730 = A –> dalam AS
    (-) PHR lama = 240
    Hutang Ragu = A – 240 = B –> Hasil dalam PP

  139. Cikgu st juga buat macam tu. Tpt jawapan yg diberi ialah phr 131.
    Keterangan yg.diberi ialah
    Principal hutang rahi (20×8)=5/100 x 2180=109
    -phr(20×7) 240=131

    Sy tak faham kenapa ialah 2180 uhh penghutang. Sedangkan maklumat yg diberi ialah penghutang ialah RM2730.

  140. Amanda,

    Kemungkinan.. maklumat tambahan sebelumnya…. ada pelarasan terhadap Penghutang… seperti hutang lapuk… yang menyebabkan baki penghutang telah berkurang kepada RM2180.

  141. Terima kasih cikgu . Sy mendapati baki penghutang berkurang kerana terdapat hutang lapuk dihapuskan.

  142. Kadar susut nilai ‘ atas kos ‘ apa maksud dia cikgu ?

    Baki berkurangan , kaedah garis lurus atau penilaian semula?

  143. Ina,

    3 kaedah pengiraan susut nilai:

    1. Kaedah atas kos = garis lurus = ansuran tetap.

    2. Kaedah baki berkurangan = atas nilai buku.

    3. Kaedah penilaian semula.

  144. Selamat Pagi Cikgu,
    Minta menjelaskan tentang soalan SPM 2015 soalan 2. Ianya berkaitan dgn pengiraan Susutnilai untuk kenderaan. Dalam soalan tersebut, arahan dlm maklumat tambahan menyatakan bhw pengiraan Susutnilai tidak mengambil kira tarikh belian aset….adakah ini bermaksud Susutnilai untuk kenderaan yg dibeli pada 1 Januari 2015 perlu diambikira utk setahun?

  145. Nadia,

    Ya..abaikan tarikh beli.. dikira sebagai setahun.

  146. Assalammualaikum cikgu. Bagaimana mahu memulakan membuat BT jika sebelumnya tidak pernah ada.Baki b/h yang mana perlu diambil untuk membuat B/T.Adakah perlu diambil dari baki b/h PB ?

  147. Ahmad, waalaikumussalam.

    Maaf.. topik apa ni ?
    Penyata Penyesuaian Bank ?
    # sila kemukakan soalan ikut topik yang betul.

  148. Cikgu bagaimana nak buka akaun peruntukan susut nilai dan akaun susut nilai terkumpul ? Apakah yang dimaksudkan dengan *peruntukan* susut nilai tersebut ?

  149. Illah,

    Peruntukan SN = SN Terkumpul… cuma beza istilah lama dan baru sahaja.

    Buka akaun SNT –> masukkan sebelah kredit –> Baki b/b –> SN –> tutup akaun –> Baki h/b –> Baki b/b.

  150. Terima kasih cikgu sbb dah banyak bantu saya , semoga diberkati Allah ?

  151. Cikgu,kerugian/keuntungan atas sekuriti tidak direalis akan direkodkn dlm PP x ??

  152. Nuraisyah,

    Ya.. masuk.

  153. Cikgu, adakah nilai yg dimasukkan dlm PnL selari dgn duit keluar masuk yg tercatat dlm bank statement

  154. Ila,

    Tidak.

  155. Cikgu,

    Kalau soalan minta sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi, tetapi saya telah buat dalam bentuk ‘T’, adakah saya masih dapat markah ?

    TQ.

  156. Abc,

    Masih dapat.

  157. Cikgu dalam soalan ni dlm imbangan duga pada 31/5/12 nilai sewa ialah RM2600.

    Maklumat tambahan sewa dibayar setiap suku tahun.sewa dibayar termasuk RM600 bagi suku tahun 30/6/12

    Macam mana nak kira ya cikgu

  158. Feez Nor,

    Sewa dibayar terdahulu –> 1 bulan (600/3 bln = RM200) –> AS
    Sewa = 2600 – 200 = 2400 –> Belanja

  159. Cikgu,

    Semasa mengira Jumlah belian perlukah kits tolak ambilan barang niaga. Atau hanya tolak Penyata Pendapatan….
    Tolong beri pencerahan Cikgu.

    Terima Kasih

  160. Daniel,

    Penyataan yang anda berikan adalah tidak jelas maksudnya..

    Jumlah belian = belian tunai + belian kredit

  161. Hi Cikgu,

    Maksud saya, kalau soalan minta kita cari Jumlah Belian.

    Dan kita diberi maklumat tambahan bahawa peniaga telah membuat ambilan barang niaga pada tahun tersebut.

    Perlukah kita tolak ambilan barang niaga tersebut semasa mengira Jumlah Belian?

  162. Daniel,

    Ya. Catatan pelarasannya :
    Dt Ambilan –> Ambilan (+)
    Kt Belian –> Belian (-)

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.