Lembaran Kerja

Membicarakan masalah-masalah yang timbul dalam penyediaan Lembaran Kerja.

  1. ASSALAMUALAIKUM.

    sebenarnya saya tak faham tentang lembaran kerja dan penyata kewangan perkongsian, dan saya tak tahu macam mana nak masukkan nilai berdasarkan maklumat tambahan …. boleh tak beri tahu saya macam mana nak masukkan nilai…????

  2. Syakirin,

    Bagi menguasai soalan 2 – Penyata Kewangan / Lembaran Kerja anda perlu menguasai 2 kemahiran, iaitu :

    1. Kemahiran Format Penyata Kewangan / Lembaran Kerja …….. (10 markah).

    Ingat format dan dapat menyediakannya berdasarkan maklumat dalam Imbangan Duga sahaja tanpa mengambil kira maklumat tambahan.

    2. Kemahiran Pelarasan ……………………………………………………….. (9 markah).

    Anda dapat menguasai setiap pelarasan yang dinyatakan dalam Maklumat Tambahan. Seterusnya menyediakan Penyata Kewangan / Lembaran Kerja dengan mengambil kira pelarasan tersebut.

    Maklumat tambahan biasanya melibatkan pelarasan-pelarasan tersebut:

    1. Stok akhir (jika terdapat 2 nilai : maka, pilih nilai yang lebih kecil – Catat di Penyata Pendapatan & Kunci Kira-kira)
    2. Susut nilai aset bukan semasa (kaedah garis lurus/atas kos atau baki berkurangan)
    3. Hasil terdahulu / terakru
    4. Belanja terdahulu / terakru
    5. Peruntukan hutang ragu
    6. Hutang lapuk
    7. Pembetulan kesilapan.

    Setiap jenis pelarasan mempunyai caranya yang tersendiri, jadi kenal pasti jenis pelarasan tersebut terlebih dahulu. Perkara utama yang perlu diketahui berkaitan dengan setiap jenis pelarasan ialah :

    1. Dua akaun yang terlibat.
    2. Jumlah yang perlu dilaraskan
    3. Akaun mana perlu di Debitkan dan di Kreditkan.

    Contohnya ; Pelarasan susut nilai

    1. Akaun yang terlibat ialah : Akaun Susut nilai & Akaun Peruntukan susut nilai

    2. Jumlah : kira ikut kaedah yang diberikan (atas kos / baki berkurangan)

    3. Debit : Susut nilai ……… (akaun belanja dicatat disebelah debit)

    4. Kredit : Peruntukan Susut nilai …. (Aset di sebelah debit , Tetapi pengurangan aset di sebelah Kredit)

  3. terangkan lebih lanjut tentang cth lembaran kerja.

  4. Lembaran Kerja akan menjadi mudah klau kte faham akan konsepnya.. Lembaran Kerja mempunyai 10 lajur terdiri drpd 2 lajur, 1 lajur (Dt.)& 1 lajur (Kt.) iaitu:

    a)imbangan duga

    b)pelarasan

    c)imbangan duga terlaras

    d)penyata pendapatan

    e)KKK

    Cara membuatnya spt berikut:

    1. mula2 lihat butir yang terkandung dlm kertas soalan.

    2. kemudian masukkan butir2 t’sebut dlm kolem imbangan duga dahulu..kemudian imbangkan ia..

    3. setelah selesai… lihat pada maklumat tambahan.. disitu mereka akan bagi beberapa soalan spt belanja terakru,belanja terdahulu,ataupun PSN.. dlm pelarasan apa yang perlu diketahui ialah 3 kaedah susut nilai.. kemudian anda jg perlu tahu akaun mn yg perlu (Dt.)/(Kt.) sambil melihat butir yg t’kandung dlm soalan, jika butir itu sudah ada maka anda hanya perlu masukkan nilai yang d maksudkannya shj, jika x anda harus buka akaun baru d bwh nilai i/b duga.. dalam pelarasan jg perlu ada 2 akaun.. Utk ‘PSN’ & belanja terakru sj yg anda perlu masukkan d bahagian (Kt.).. Bg belanja terdahulu & belanja susut nilai, anda perlu letakkan di bhgn (Dt.).. akhir sekali imbangkan kedua2 belah..(p/s: d bhgn ini anda tak perlu lht pkr lain hanya tumpukan pd maklumat tambahan shj..)

    4. utk i/d t’laras anda hny perlu tambah/tolak d antara i/d & pelarasan.. bagi butir(d bhgn i/d) yg tiada apa nilai d bhgn pelarasan anda hny perlu masukkan nilai asalnya.. yg s’lbhnya hny prl tolak/ tmbh.. Klau (Dt.) imbangan duga & pelarasan anda hny perlu tambah nilai tersebut & masukkan nilai t’sbt d bhgn (Dt.) dlm kolem i/d t’laras begitu jg sebaliknya.. tapi klau (Dt.) i/d & (Kt.) pelarasan, anda perlu tolak nilai t’sebut & nilai t’sebut d masukkan d bhgn (Dt.) serta bg2 jg sebaliknya..

    5. kemudian b’alih pula pd kolem penyata pendapatan.. utk bhgn (Dt.) kolem t’sebut anda hny prl masukkan butir/nilai belanja shj & bg bhgn (Kt.) pula anda hny perlu masukkan butir/nilai hasil shj.. yang selebihnya maskkannya dlm KKK.. dan selesai spt cara anda selesaikan penyata pendapatan & KKK dlm bentuk ‘T’..

  5. ckgu,
    jika jumlah di bbhgian kkk & prdgangn x sama,
    dmanakh ltakknya kesalahan???

  6. Miera-pm,

    Jumlah debit dan kredit di bahagian Penyata Pendapatan sememangnya tidak sama, kerana perbezaan antara debit dan kredit tersebut menentukan UNTUNG / RUGI BERSIH. Seterusnya UNTUNG / RUGI BERSIH tersebut akan dipindahkan ke Kunci Kira-kira dan jumlah debit dan kreditnya sepatutnya sama.

    Sekiranya jumlah KKK tidak sama, ada banyak kemungkinan berlakunya kesilapan. Langkah-langkah untuk mencari kesilapan tersebut adalah seperti berikut :

    1. Pastikan jumlah IMBANGAN DUGA sama.

    – Sekiranya tidak sama, ini menunjukkan pemindahan setiap item daripada soalan ke dalam Lembaran kerja berlaku kesilapan.
    – Kesan kesilapan tersebut, samada ada item yang tertinggal, dicatat disebelah yang salah ataupun kesilapan dalam menulis angka.

    2. Pastikan jumlah bahagian PELARASAN sama.

    – Sekiranya tidak sama, kemungkinan catatan pelarasan yang dilakukan ada yang tidak betul.
    – Kesan setiap pelarasan yang dibuat, pastikan setiap maklumat pelarasan dicatat dalam 2 akaun yang betul, satu debit dan satu kredit dengan jumlah yang sama.

    3. Pastikan jumlah IMBANGAN DUGA TERSELARAS sama.

    – Sekiranya tidak sama, kemungkinan berlaku kesilapan semasa menghitung akaun-akaun yang melibatkan pelarasan perlu ditambah / ditolak, dicatat disebelah yang salah debit / kredit, ataupun kesilapan menggunakan kalkulator.

    4. Seterusnya, pastikan item-item dalam IDT tadi telah dipindahkan dengan BETUL samada dalam PENYATA PENDAPATAN ataupun KUNCI KIRA-KIRA, dan pastikan dicatat disebelah yang betul debit ataupun kredit.

    5. Pastikan pengiraan UNTUNG / RUGI BERSIH adalah betul, dan pindahkan ke KKK di sebelah yang betul.
    Jika DEBIT dalam PP —- KREDIT dalam KKK. (Untung Bersih)
    Jika KREDIT dalam PP — DEBIT dalam KKK. (Rugi Bersih).

    PERHATIAN !!!
    ===========

    Semasa menjawab soalan peperiksaan, sekiranya didapati tidak seimbang dalam jawapan anda, Cikgu nasihatkan Miera TERUS menjawab soalan yang lain. Ini kerana kesilapan tersebut mungkin hanya disebabkan oleh 1 item sahaja yang silap, dan markah yang hilang mungkin 1/2 atau 1 markah sahaja. Sekiranya dibuat semakan semula mengambil masa agak lama untuk mengesannya, mungkin 5 atau 10 minit. Jadi adalah lebih baik MASA tersebut digunakan untuk menjawab soalan lain dan markah yang mungkin dapat ialah 5 atau 6 markah atau lebih banyak.

    Sekiranya diakhir peperiksaan masa masih ada, maka bolehlah digunakan untuk membuat semakan dan mengesan mana-mana kesilapan yang berlaku. Dalam peperiksaan MASA perlu digunakan dengan sebaik mungkin.

  7. Cikgu,
    Saya tidak faham macam mana nak kira susut nilai, PSN, hutang ragu, hasil dan belanja terakru, hasil dan belanja terdahulu yang sentiasa di tanya di bahagian Maklumat Tambahan.
    serta macam mana nak buat pelarasan.

    Mengapakah kita harus pilih nilai yang lebih kecil di stok pada kos dan harga pasaran?

    Saya berharap cikgu dapat membalas soalan saya dengan cepat dan efektif kerana peperiksaan kian menjelang.

    Terima kasih atas pertologan cikgu!!

  8. resah, SN dan PSN senang saja nk kira. lihat pada kaedah kiraan. jika guna kaedah baki berkurangan, kena cari baki dahulu iaitu dengan cara kos ABS tolak PSN sedia ada dalam imbangan duga. dh dpt baki, baru kira susut nilai iaitu kadar susut nilai x kos ABS. belanja terdahulu ialah belanja terlebih bayar iaitu melebihi tempoh perakaunan. oleh itu perlu ditolak. ikut jumlah terlebih bayar dalam maklumat tambahan. jika diberi tempoh setahun, kira tempoh perakaunan mula n akhir. belanja terakru ialah belanja terkurang byr, so perlu ditambah kpd belanja sedia ada dlm ID. stok akhir pilih mana yang rendah untuk elakkan UK jadi besar. ni utk tujuan cukai saja. hrp anda boleh faham. tq

  9. Resah,

    Setiap pelarasan mempunyai caranya yang tersendiri, jadi kuasai setiap jenis pelarasan itu satu persatu. Cara bertanya yang sebaik-baiknya ialah bertanya secara khusus, misal berkaitan dengan susut nilai, kemukakan contoh soalan berkaitan dengan susut nilai, dan nyatakan apakah masalah anda, kemudian baru Cg bantu menyelesaikannya. Cara begitu lebih berkesan, berbanding pertanyaan secara umum.

    Oleh kerana pertanyaan yang dikemukakan secara umum, maka Cg terpaksa menjawabnya secara umum juga. Setiap jenis pelarasan mesti melibatkan 3 perkara :
    1. DUA AKAUN yang terlibat.
    2. Pengiraan bagi JUMLAH yang perlu diselaraskan,
    3. KESAN kepada akaun-akaun tersebut samada bertambah atau berkurang.

    STOK AKHIR harus dinilai pada harga TERENDAH antara harga kos dan harga pasaran kerana mematuhi Konsep KONSERVATISMA (salah satu konsep perakaunan yang diterima umum). Di mana konsep tersebut akan dimasukkan dalam semakan sukatan baru SPM 2009 nanti.

    Mozziad,

    Terima kasih di atas penerangan anda.

  10. Cikgu,
    Saya akan kemukan soalan dalam Maklumat Tambahan:

    i) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 2% daripada penghutang.

    ii) Peruntukan susut nilai kenderaan dan perabot adalah sebanyak 20% setahun atas kos.

    iii) Sewa terdahulu sebanyak RM220

    iv) Faedah atas pinjaman adalah 8% setahun.

    Penghutang RM9000
    Kenderaan (kos) RM12000
    Hutang lapuk RM13200
    Peruntukan hutang ragu RM600
    Peruntukan susut nilai RM900

    Terima kasih atas pertolongan cikgu!!
    Saya berharap cikgu dapat membalasnya secepat yang mungkin.

  11. Cikgu,
    Apa yang didebitkan dan dikreditkan dalam lajur Pelarasan?

    Terima kasih!!

  12. Resah,

    Sila ikuti dan fahami apa yang Cg sampaikan satu persatu.

    i) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 2% daripada penghutang.
    Penghutang RM9000
    Peruntukan hutang ragu RM600

    PHR asal = 600
    Pengiraan PHR baru = 2% X 9000 = 180
    Maka, Pengurangan PHR = 600 – 180 = 420 (hasil catat di KREDIT)

    Akaun2 teribat dalam lajur PELARASAN ialah :
    1) PHR ………………. (Dt) 420
    2) PENGURANGAN PHR …….. (Kt) 420 ….buka akaun di baris baru.
    ————

    ii) Peruntukan susut nilai kenderaan dan perabot adalah sebanyak 20% setahun atas kos.
    Kenderaan (kos) RM12000
    Peruntukan susut nilai RM900

    Susut nilai = 20% X 12000 = 2400 (BELANJA catat DEBIT)

    Akaun2 telibat dalam lajur PELARASAN ialah :
    1) SUSUT NILAI KENDERAAN (Dt) 2400 ……. buka akaun di baris baru.
    2) PSN KENDERAAN………….. (Kt) 2400
    ————

    iii) Sewa terdahulu sebanyak RM220

    Nota : TERDAHULU pelarasan TOLAK pada Akaun SEWA

    Akaun2 telibat dalam lajur PELARASAN ialah :
    1) SEWA ……pelarasan mesti TOLAK
    ……jika Sewa baki Debit, maka pelarasannya di sebelah KREDIT.
    ……jika Sewa baki Kredit, maka pelarasannya di sebelah DEBIT.

    2) SEWA TERDAHULU …. Ikut catatan bergu dgn Ak Sewa.
    ……jika Sewa catat Debit, maka Sewa Terdahulu catat KREDIT.
    ……jika Sewa catat Kredit, maka Sewa Terdahulu catat DEBIT.
    —————-

    iv) Faedah atas pinjaman adalah 8% setahun.

    Soalan ini Cg tidak dapat bantu kerana tiada maklumat seperti Jumlah PINJAMAN dan Faedah atas pinjaman daripada Imbangan Duga.

  13. Soalan 1:

    Alatan pejabat RM 10 000
    Peruntukan susut nilai alatan pejabat RM 1670

    Maklumat Tambahan:
    Peruntukan susut nilai alatan pejabat ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    Cikgu sama tak kehendak maklumat tambahan di atas seperti ini:
    Alatan pejabat disusutnilaikan sebanyak 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    Soalan 2 :

    Peruntukan hutang ragu RM 620
    Penghutang RM20 000

    Maklumat Tambahan:
    Peruntukan Hutang Ragu hendaklah diselaraskan kepada 2% kepada penghutang.

    Soalan 3 :

    Imbangan Duga milikan tunggal pada 31 Disember 2006.
    Van (kos) RM12, 650
    Peruntukan susut nilai van RM 6325

    Maklumat Tambahan:
    Van yang telah dibeli pada 1 Januari 2001 disusutnilaikan dengan cara ansuran tetap pada akhir setiap tahun kewangan.

    Soalan 4:

    Sewa RM3 600

    Maklumat Tambahan:
    Sewa tahunan ialah RM 4 000

    Cikgu boleh tak cikgu sediakan dalam Lembaran Kerja.

    Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas pertolongan yang amat berguna ini.

  14. Resah ,

    Maaf kerana tidak dapat sediakan dalam bentuk Lembaran Kerja, tetapi jika diikuti satu persatu penerangan Cg di bawah ini, rasanya tidak ada masalah.

    Jawapan 1:

    Maksud kehendak soalan adalah SAMA. Tetapi penggunaan ” Peruntukan susut nilai alatan pejabat ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.” adalah TIDAK TEPAT, kerana PERUNTUKAN SUSUT NILAI dan SUSUT NILAI adalah 2 akaun yang saling berkait TETAPI ianya berbeza. Kadar 10% setahun adalah untuk mengira SUSUT NILAI bukannya PSN.

    Susut nilai = 10% x (10000-1670)= 833

    Lajur Pelarasan :
    1. Peruntukan susut nilai alatan pejabat …. Kredit 833
    2. Susut nilai alatan pejabat ……………….. Debit 833 (buka akaun Baru)

    Jawapan 2 :

    PHR baru = 2% X 20000 = 400
    Pengurangan PHR = 620 – 400 = 220 (Hasil)

    Lajur Pelarasan :
    1. Peruntukan Hutang Ragu …… Debit 220
    2. Pengurangan PHRagu ………….Kredit 220 (buka akaun Baru)

    Jawapan 3:

    Tempoh = 1/1/2001 hingga 31/12/2005 = 5 tahun
    PSNilai Van = 6325 … bermaksud SUSUT NILAI TERKUMPUL untuk 5 tahun.
    Maka, Susut nilai setahun = 6325 / 5 = 1265 …… (cara ansuran tetap)
    Oleh itu SUSUT NILAI tahun 2006 juga sama iaitu 1265

    Lajur Pelarasan :
    1. Peruntukan susut nilai van …… Kredit 1265
    2. Susut nilai alatan van…………. Debit 1265 (buka akaun Baru)

    Jawapan 4 :

    Sewa Terakru = 4000-3600 = 400 … Liabiliti Semasa (Kt)

    Lajur Pelarasan :
    1. Sewa ………………… Debit 400
    2. Sewa Terakru …….. Kredit 400 (buka akaun Baru)

  15. cikgu, saya ingin bertanya tntng mkh soalan 2 k2 . contoh skima pemarkahan yang baru spt dalam maklumat penataran laman web cikgu, mkh nya ialah 25 mkh dan bukannya 19 mkh spt kebiasaannya. adakah mkh soalan 2 k2 akan melebihi 19 mkh dalam skima baru? kalau betul, brp pula mkh untuk soalan 3 dan 4,5 dan 6 (bhg B= 12 mkh)? tq

  16. Mozziad,

    Peruntukan markah untuk SPM 2008 masih lagi SAMA dengan tahun2 lepas, soalan 1 = 29 markah, soalan 2 = 19 markah, soalan 3 & 4 lebih kurang 10 markah, manakala soalan 5 & 6 = 12 markah.

    Tahun hadapan, SPM 2009 kemungkinan Kertas 2 hanya 4 soalan dan 25 markah setiap satu.

  17. Cikgu

    Terima kasih cikgu atas bantuan cikgu untuk memahami saya soalan dalam Maklumat Tambahan yang saya kurang fahami !! Disini saya ada beberapa soalan untuk mendapat penjelasan cikgu.

    Soalan 1 :

    Macam mana nak tahu sama ada Penambahan PHR atau Pengurangan PHR?

    Pengurangan Hutang Ragu ini ada kalanya ditulis sebagai Akaun Untung Rugi ataupun Belanja / Hasil Hutang Ragu kah?

    Soalan 2 :

    Susut nilai van RM1265 (buka akaun baru) merupakan belanja susut nilai van?

    Soalan 3 :

    Peruntukan Hutang Ragu RM 650

    Maklumat Tambahan:
    Peruntukan Hutang Ragu berkurang kepada RM400.

    Soalan 4 :

    Imbangan Duga sebuah syarikat pada 30 Jun 2008

    Kenderaan (kos) RM8400
    Sewa RM 4000

    Maklumat Tambahan:
    (i) Kenderaan dibeli pada 30 September 2007 dan Peruntukan susut nilai kenderaan ialah 10% setahun atas kos.

    (ii) Sewa sebulan ialah RM300.

    Soalan 5 :

    Imbangan Duga sebuah milikan tunggal pada 31 Disember 2006.

    Sewa RM2,000

    Maklumat Tambahan:
    Pada 1 April 2006, sebahagian daripada bangunan telah disewakan kepada seorang peniaga lain dengan sewa tahunan sebanyak RM6,000.

    Cikgu boleh tak tunjukkan cara-cara pengiraan dan mana sepatutnya didebitkan dan dikreditkan?

    Soalan 6 :

    Adakah susut nilai mengikut ansuran tetap adalah sama bagi setiap tahun?

    Soalan 7 :

    Adakah pelupusan aset ini ditanya dalam Lembaran Kerja?

    Sekian, terima kasih cikgu.

  18. Resah, …… (kalau boleh nyatakan nama sebenar)

    Ini penjelasan Cg bagi setiap persoalan yang dikemukakan.

    Jawapan 1 :

    Untuk menentukan Pertambahan PHR atau Pengurangan PHR, caranya dengan membandingkan PHR asal (daripada ID) dengan PHR baru (yang dikira), contohnya,

    PHR asal = 620 …. merupakan baki awal tahun. (drpd ID)
    PHR baru = 400 …. merupakan baki akhir tahun (Kira)
    Maka, PENGURANGAN PHR = 620 – 400 = 220

    PHR asal = 500
    PHR baru = 650 …………………………………………………… dalam KKK
    Maka, PERTAMBAHAN PHR = 650 – 500 = 150 ….. dalam Penyata

    Perhatian !!!
    Kebanyakan buku rujukan / buku soalan menggunakan BUTIR seperti yang Resah nyatakan ”Akaun Untung Rugi” ataupun ”Belanja / Hasil Hutang Ragu”. Bagi tujuan menjawab soalan SPM nanti, Cg mencadangkan (bagi mengelakkan kehilangan markah) hanya menggunakan BUTIRAN berikut :

    Dalam KKK (Aset Semasa) : PERUNTUKAN HUTANG RAGU

    Dalam Penyata Pendapatan : (salah satu bergantung pengiraan anda) :

    1. Pertambahan Peruntukan Hutang Ragu …… Sebagai BELANJA (Debit)

    2. Pengurangan Peruntukan Hutang Ragu …… Sebagai HASIL (Kredit)

    Jawapan 2 :

    Sebaik-baik butiran yang digunakan ialah SUSUT NILAI VAN (ikut skema) berbanding dengan BELANJA SUSUT NILAI VAN.

    Jawapan 3 :

    Peruntukan Hutang Ragu RM 650

    Maklumat Tambahan:
    Peruntukan Hutang Ragu berkurang kepada RM400.

    PHR asal = 650
    PHR baru = 400 ………………………………. dalam KKK (AS)
    Maka, PENGURANGAN PHR = 250 ….dalam Penyata (HASIL)

    Lajur Pelarasan :
    1. Peruntukan Hutang Ragu …. Debit 250 (supaya BERKURANG)
    2. Pengurangan PHRagu …..….Kredit 250 (kerana ianya Hasil)

    Jawapan 4 :

    (i) SN = 10% X 8400 X 9/12 = 630

    Lajur Pelarasan :
    1. SN KENDERAAN …………. Debit 630
    2. PSN KENDERAAN …….….Kredit 630
    (Butiran sebaik-baiknya tulis PENUH)

    (ii) Sewa RM4000 …… (Cg andaikan BELANJA)

    Sewa setahun = 12 X 300 = 3600
    Sewa Terdahulu = 4000 – 3600 = 400 … Aset Semasa (sekiranya Sewa 4000 adalah HASIL maka Sewa Terdahulu adalah Liabiliti Semasa-Kredit)

    Lajur Pelarasan :
    1. SEWA TERDAHULU …. Debit 400 …… Aset Semasa
    2. Sewa…………………… …..….Kredit 400

    Jawapan 5 :

    Sewa RM2,000 …. (HASILyang telah diterima)
    Sewa sepatutnya TERIMA (April – Dis) = 6000 X 9/12 = 4500
    SEWA TERAKRU = 4500 – 2000 = 2500 … ASET SEMASA (DT)

    Lajur Pelarasan :
    1. SEWA TERAKRU …. Debit 2500
    2. Sewa…………………… .….Kredit 2500

    Jawapan 6 :

    SUSUT NILAI mengikut KAEDAH ANSURAN TETAP / GARIS LURUS / ATAS KOS nilainya adalah SAMA bagi setiap tahun, KECUALI dinyatakan TARIKH beli yang kurang daripada setahun. Jika GENAP setahun, maka nilainya SAMA.

    Jawapan 7 :

    Pelupusan aset juga boleh ditanya dalam Lembaran Kerja. Sebagai contoh, maklumat tambahan menyatakan”Sebuah Kenderan terpakai telah dijual secara kredit RM5000 belum dicatat dalam mana-mana buku.”

    Ok, itu saja jawapan daripada Cg, semoga berpuas hati.

  19. Cikgu
    Walaupun Peruntukan Susut Nilai adalah tidak tepat masih ada soalan dalam Maklumat Tambahan masih menggunakan Peruntukan Susut Nilai? Contohnya:
    Peruntukan Susut Nilai lengkapan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    Soalan 1:
    Imbangan Duga sebuah milikan tunggal pada 30 September 2007.

    Insurans RM2 500

    Maklumat Tambahan:
    Insurans dibayar untuk 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2007.

    Soalan 2:

    Penghutang RM 4340

    Maklumat Tambahan:
    Perniagaaan mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 5% atas penghutang.

    Soalan 3:

    Modal RM36 530
    Ambilan RM2 000
    Penghutang RM4 900
    Pemiutang RM2 190
    Alatan (kos) RM12 500
    Stok pada 1 Julai 2005 RM11 880
    Belian RM26 370
    Jualan RM38 930
    Pulangan belian RM100
    Komisen diterima RM220
    Kadar bayaran RM1 343
    Angkutan keluar RM924
    Insurans RM1 950
    Gaji RM2 750
    Peruntukan susut nilai alatan RM2 500
    Bank RM15 203
    Tunai RM650

    Maklumat Tambahan:
    Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga RM200 setiap bulan belum dicatatkan dalam mana-mana buku.

    Cikgu kehendak soalan di atas sama tak dengan ini:
    Ambilan barang niaga berjumlah RM200 belum dicatatkan dalam mana-mana buku.

    Soalan 4 :

    Perabot RM20 500

    Maklumat Tambahan:
    Susut nilai perabot ditetapkan pada kadar 10% setahun atas kos.

    Soalan 5 :

    Insurans RM2400

    Maklumat Tambahan:
    Insurans terdahulu RM240.

    Soalan 6:

    Imbangan Duga pada 31 Disember 2008.

    Gaji RM 3300

    Maklumat Tambahan:
    Gaji bulanan ialah RM300.

    Soalan 7 :

    Cikgu,
    Stok pada 30 Jun 2008 adalah RM6 200 pada kos, dan RM6 00 pada harga pasaran merupakan stok akhir dan direkodkan dalam lajur Akaun Perdagangan dan Untung Rugi serta Kunci Kira-kira kan? Saya tidak pasti.

    Soalan 8 :

    Cikgu adakah markah bagi penyediaan Lembaran Kerja 10 lajur ini 19 markah ataupun 20 markah mengikut spesifikasi / skema permarkahan Sijil Pelajaran Malaysia sebenar.

    Terima kasih cikgu.

  20. Resah,

    Memang Cg tidak nafikan terdapatnya penggunaan dalam soalan tahun-tahun lepas. Biasanya ”Peruntukan Susut Nilai” digunakan jika dalam Imbangan Duga masih belum ada lagi Peruntukan Susut Nilai. Ianya digunakan bagi tujuan mengingatkan pelajar supaya membuka Akaun Peruntukan Susut Nilai. Dari segi MAKSUD soalannya tetap sama, cuma dari segi BAHASA / ISTILAH PERAKAUNAN sahaja yang TIDAK TEPAT (….bukannya salah).

    Bagi Soalan 1, 2, 4, 5, 6, Cg minta anda sediakan jawapan seperti mana yang Cg telah terangkan sebelum ini. Kemudian hantar dan Cg akan semak dan kita bincangkan. Cg nak tahu sejauh mana keberkesanan penerangan yang telah Cg berikan.

    Jawapan 3:

    Jika ambilan RM200 setiap bulan, ini bermaksud jumlah setahun = 12 X 200 = RM2400.

    Manakala ambilan barang niaga berjumlah RM200, sudah jelas mengambarkan jumlah untuk setahun.

    Jawapan 7 :

    Ya, STOK AKHIR hendaklah dicatatkan dalam Ak. Untung Rugi (KREDIT) dan juga Kunci Kira-kira (DEBIT).

    Jawapan 8 :

    Pada kebiasaannya markah yang diperuntukan untuk Soalan 2 : Lembaran Kerja / Penyata Kewangan ialah 18 atau 19 markah.

    Cg menunggu jawapan daripada anda bagi soalan 1, 2, 4, 5, 6.

  21. Jawapan Soalan 1:
    Imbangan Duga pada 30 September 2007.

    Insurans RM2 500 adalah untuk 1/01/2007 – 31/12/2007.
    Jadi, satu bulan: RM2 500 ÷ 12 bulan = RM208.33
    Oleh itu, sewa terdahulu selama tiga bulan dari 1/10/2007 – 31/12/2007 ialah: RM208.33 x 3 bulan = RM624.99

    Dalam lajur Pelarasan:
    Kredit : Insurans sebanyak RM624.99
    Debit: Insurans terdahulu (buka akaun baru) sebanyak RM624.99

    Jawapan Soalan 2:
    Penghutang RM4340
    Mewujudkan PHR sebanyak 5% oleh itu,
    PHR: 5% x RM4340 = RM217.

    Dalam lajur Pelarasan,
    Debit: Akaun Untung Rugi (buka akaun baru) sebanyak RM217.
    Kredit: Peruntunkan Hutang Ragu (buka akaun baru) sebanyak RM217.

    Jawapan Soalan 4:
    Perabot RM20 500
    Susut nilai perabot 10% atas kos, oleh itu,
    SN perabot: 10% x RM20 500 = RM2050

    Dalam lajur pelarasan:
    Kredit: Kenderaan sebanyak RM2050
    Debit: Belanja susut nilai perabot (buka akaun baru) sebanyak RM2050.

    Jawapan Soalan 5:
    Insurans RM2400
    Diberi Insurans terdahulu sebanyak RM240.

    Dalam lajur Pelarasan,
    Kredit: Insurans sebanyak RM240.
    Debit: Insurans Terdahulu (buka akaun baru) sebanyak RM240.

    Jawapan Soalan 6:
    Imbangan Duga pada 31 Disember 2008.

    Gaji RM3300 adalah untuk 12 bulan.
    Oleh itu, gaji sebulan ialah: RM3300 ÷ 12 bulan = RM275.
    Diberi gaji bulanan ialah RM300.
    Oleh itu, Gaji Terakru sebanyak: RM300 – RM275 = RM25.

    Dalam lajur Pelarasan,
    Debit: Gaji sebanyak RM25.
    Kredit: Gaji Terakru (buka akaun baru) sebanyak RM25.

    Cikgu, Soalan 1, 2, 4, 5, 6 telah saya jawab dengan sendiri setelah mendapat tunjuk ajar cikgu sebelum ini.

    Saya berharap cikgu dapat semak jawapan saya.

    Terima kasih.

  22. Resah,

    Ini hasil semakan Cg terhadap jawapan yang diberikan :

    Semak Jawapan 1:

    Catatan sudah BETUL
    Cara kira SALAH = 2500 X 3/12 = 625 (kira terus, dalam soalan exam biasanya tidak melibatkan perpuluhan).

    Dalam lajur Pelarasan:
    Kredit : Insurans sebanyak RM625
    Debit: Insurans terdahulu sebanyak RM625

    Semak Jawapan 2:

    BETUL , Tahniah.

    Debit : Akaun Untung Rugi RM217 diterima TETAPI LEBIH BAIK gantikan dengan PERTAMBAHAN PHR, (iaitu daripada baki awal 0 menjadi baki akhir 217)

    Semak Jawapan 4:

    Dalam lajur pelarasan:
    Kredit: Kenderaan sebanyak RM2050 (SALAH gantikan dengan PSN PERABOT)
    Debit: Susut nilai perabot sebanyak RM2050.

    Semak Jawapan 5:

    BETUL, Tahniah.

    Semak Jawapan 6:

    Catatan BETUL, Cuma pengiraanya SALAH. Akaun ditutup untuk tempoh SETAHUN.

    Gaji TELAH dibayar untuk setahun = 3300 (maklumat daripada ID)
    Gaji SETAHUN SEPATUTNYA = 300 X 12 = 3600
    Maka, GAJI TERAKRU = 3600 – 3300 = 300

    Debit: Gaji sebanyak RM300
    Kredit: Gaji Terakru RM300

    TAHNIAH kerana berjaya menjawabnya dengan baik, cuma ada sedikit kesilapan PENGGIRAAN dan penggunaan BUTIRAN akaun yang terlibat.

    Perbanyakkan LATIHAN, Semoga Berjaya.

  23. Cikgu,
    Saya masih tidak faham akan Jawapan bagi Soalan 3.
    Boleh tak cikgu nyatakan akaun-akaun yang terlibat dalam Soalan 3?

    Terima Kasih.

  24. Resah,

    Ambilan barang niaga untuk kegunaan keluarga RM200 setiap bulan belum dicatatkan dalam mana-mana buku.

    Lajur pelarasan :
    Debit : AMBILAN RM2400 (iaitu 200 X 12)
    Kredit : BELIAN RM2400 (kerana ambil BARANG NIAGA)

    Ok, itu aje.

  25. Cikgu,
    Ini ialah soalan-soalan Maklumat Tambahan yang saya masih tidak faham.

    Imbangan Duga sebuah milikan tunggal pada 31 Disember 2007.

    Bangunan (kos) RM44 000

    Maklumat Tambahan:
    Bangunan yang dibeli pada 31 Jun 2007 disusutnilaikan pada kadar 5% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    Penghutang RM11 216

    Maklumat Tambahan:
    Seorang penghutang didapati meninggal dunia dan hutangnya RM280 menjadi hutang lapuk.

    Penghutang RM5,650

    Maklumat Tambahan:
    Peruntukan Hutang Ragu diselaraskan kepada 2% atas baki penghutang.

    Belian RM62,500

    Maklumat Tambahan:
    Pemilik memgambil barang niaga RM320. Tiada sebarang catatan dibuat dalam buku akaunnya.

    Bank RM1,360
    Penghutang RM5,800

    Maklumat Tambahan:
    Hutang lapuk terpulih RM250 yang diterima oleh pemilik dimasukkan ke dalam bank.

    Ambilan RM5,150
    Belian RM63,970

    Maklumat Tambahan:
    Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi RM5,900 belum direkodkan.

    Kenderaan RM78,000
    Peruntukan Susut Nilai kenderaan RM15,600

    Maklumat Tambahan:
    Kenderaan disusutnilaikan secara garis lurus pada kadar 10% atas kos.

    Stok pada 1 April 2006

    Maklumat Tambahan:
    Stok pada 31 Mac 2006 diinilai pada RM15 200.

    Terima kasih cikgu.

  26. Resah :

    Cg hanya terangkan beberapa perkara yang belum diterangkan sebelum ini sahaja. Sila rujuk kepada penerangan sebelum ini bagi persoalan yang sama.

    PELARASAN SUSUT NILAI :

    SN = 5% X (44000) X 6/12 …… digunakan hanya 6 bulan sahaja, maka X 6/12.
    Bangunan (kos) – PSN = 44000 – 0 = 44000

    Lajur pelarasan : (Catatan Akaun TETAP sama, Nilai KENA KIRA)
    Debit : Susut nilai bangunan
    Kredit : Peruntukan susut nilai bangunan

    PELARASAN HUTANG LAPUK :

    Lajur pelarasan :
    Debit : Hutang lapuk 280 ….. ianya BELANJA
    Kredit : Penghutang 280 ……. ianya BERKURANG.

    PELARASAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU :

    Telah diterangkan sebelum ini. Sila rujuk diatas.

    AMBILAN BARANG NIAGA BELUM DIREKODKAN :

    Telah diterangkan sebelum ini. Sila rujuk diatas, Catatannya sama cuma nilai saja berbeza.

    HUTANG LAPUK TERPULIH :

    Lajur pelarasan :
    Debit : Bank 250
    Kredit : Hutang Lapuk Terpulih 250 ……. ianya HASIL.

    STOK AKHIR :

    Masukkan dalam Ak. Untung Rugi dan KKK.
    Pilih nilai TERENDAH, jika maklumat tambahan memberikan nilai kos dan nilai pasaran.

    Sila faham dan kuasai satu persatu kemahiran pelarasan dan rujuk penerangan yang telah diberikan sebelum ini.

  27. Cikgu
    Tiada Peruntukan susut nilai dalam senarai Imbangan Duga. Oleh itu, buka akaun baru PSN berserta dengan susut nilai?

    Kalau tiada harga kos ataupun pasaran untuk stok akhir, maka pilih nilai yang diberi sahajalah cikgu?

  28. Resah,

    Ya, Jika tiada dalam senarai, maka buka akaun baru.

    Bagi Stok ahkir, jika diberi hanya satu nilai saja, maka ambil nilai yang diberikan.

  29. Cikgu
    Ada tak Peperiksaan Percubaan Prinsip Perakaunan SPM SPB 2008?

    Saya berharap cikgu dapat ‘upload’kannya untuk kegunaan semua pengunjung blog cikgu ini.

    Terima Kasih.

  30. Resah,

    SPB tidak mengeluarkan soalan selaras bagi Percubaan Prinsip Perakaunan SPM 2008, ianya disediakan diperingkat sekolah masing-masing sahaja. Soalan bagi Sekolah SBP SAS Putrajaya telah ada dalam simpanan Cg, tetapi pada peringkat awal ini Cg hanya edarkan kepada mana-mana guru atau pelajar yang menghantar soalan percubaan masing-masing sebagai pertukaran SATU dengan BANYAK.

  31. Cikgu
    BILAKAH BIASANYA SESEBUAH MILIKAN TUNGGAL MENYEDIAKAN LEMBARAN KERJA? SELELPAS TAMAT TEMPOH PERAKAUNAN?

    Ada ada markah untuk nama perniagaan dan tarikh contohnya:

    PERNIAGAAN AMIR
    LEMBARAN KERJA BAGI TAHUN BERKAKHIR 31 DISEMBER 2007.

  32. Resah,

    Bagi peringkat SPM, penyediaan LK atau Akaun Penamat bagi sebuah perniagaan milikan tunggal akan dilakukan pada akhir sesuatu TEMPOH perakaunan perniagaan tersebut.

    Berdasarkan skema tahun2 lepas, tajuk yang lengkap akan diberikan 1/2 markah. Bermula pada tahun ini, TAJUK tidak lagi diberikan markah, walau bagaimanapun ianya perlu juga ditulis sebagai mana format yang sebenarnya.

  33. Cikgu
    Apabila saya buat Lembaran Kerja, saya telah buat sampai ke Pelarasan. Didapati debit dan kredit Pelarasan tidak seimbang.

    Debit – LEBIH KECIL
    Kredit – LEBIH BESAR

    Tak tahu apa yang berlaku. Saya sudah semak semua pengiraan, nilai, kredit ataupun debit.

    Dalam kredit Pelarasan terdapat nila RM3360. Kemungkinan ini yang menyebabkan Pelarasan tida seimbang.

    Saya dah kira susut nilai kenderaan sebanyak 10% setahun mengikut cara baki berkurangan.

    Kenderaan RM42000
    PSN Kenderaan RM8400

    Susut nilai = 10% x (RM42000 – RM8400)
    = RM3360

    Debit Susut Nilai Kenderaan RM3360 (buka akaun baru)
    Kredit PSN Kenderaan RM3360 (lajur Pelarasan)

    Cikgu bolehtak semak tak.
    Saya berharap cikgu dapat membalasnya dengan secepat mungkin.

    Terima kasih.

  34. Resah,

    Sila semak lajur pelarasan anda :

    1. Setiap pelarasan daripada maklumat tambahan, mesti melibatkan HANYA dua akaun sahaja. Satu DEBIT dan satu lagi KREDIT dan NILAInya mesti sama.

    2. Akaun Kenderaan tidak terlibat dengan pelarasan, hanya Dt :Susut nilai 3360 dan Kt: Peruntukan Susut Nilai 3360.

    Sila semak perkara diatas.

  35. Cikgu
    Macam mana nak buat ini.

    Bank RM500

    Maklumat Tambahan:
    Menerima sekeping cek RM700 kerana hutang lapuk pulih dan masih belum dicatat dalam mana-mana buku.

    Cikgu ini ada kaitan dengan overdraf bank??

    Cikgu kehendak Maklumat Tambahan ini
    Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan kepada 5% atas penghutang bersih.

    Cikgu kehendak Maklumat Tambahan di atas sama tak dengan ini:
    Peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan kepada 5% atas penghutang.

  36. Resah,

    Pelarasannya :
    Debit : Bank 700 ……………………………. cek masuk.
    Kredit : Hutang Lapuk Terpulih 700 …… kerana HASIL

    Bukan, Ovedraf bank bukan pelarasan, ianya merupakan Akaun Bank yang baki akhirnya di sebelah KREDIT (kita terhutang dengan bank).

    PENGHUTANG BERSIH bermaksud nilai penghutang baru selepas mengambil kira pelarasan seperti Hutang Lapuk (jika ada dalam maklumat tambahan), Contohnya :

    Penghutang 1000

    Maklumat tambahan :
    1) Seorang penghutang diistiharkan muflis dan hutang 100 dihapuskan sebagai hutang lapuk.
    2) Peruntukan hutang ragu diselaraskan 5% atas penghutang bersih.

    Maka, pelarasan 1)
    Debit : Hutang lapuk 100
    Kredit : Penghutang 100

    Sekarang nilai penghutang bersih ialah 900 (iaitu 1000 – 100)

    Pelarasan 2) pula:

    PHR baru = 5 % X 900

  37. Cikgu
    Hutang lapuk tiada dalam Maklumat Tambahan namun terdapat di senarai Imbangan Duga.

    Jadi, guna cara biasalah. Betul tak cikgu?

    Cikgu
    Dalam lajur Pelarasan, DEBIT itu BELANJA dan KREDIT itu HASIL sama seperti Imbangan Duga kah?

    Terima kasih.

  38. Resah,

    YA, Kalau tiada dalam maklumat tambahan, guna cara biasa.

    Dalam lajur pelarasan, penentuan Debit / Kredit adalah seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini, secara asasnya Debit untuk Belanja dan Aset, Kredit untuk Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.

  39. Cikgu
    Jadi cek bernilai RM700 dikira sebagai aset kerana didebitkan dalam lajur pelarasan?

    Terima kasih.

  40. Ya, Aset bertambah di sebelah Debit, Kalau berkurang disebelah Kredit.

  41. Cikgu
    Bagi Imbangan Duga, Pelarasan & Imbangan Duga Terlaras:
    Debit – Aset dan Belanja
    Kredit – Modal, Liabiliti dan Hasil

    Bagi Penyata Pendapatan:
    Debit – Belanja
    Kredit – Hasil

    Bagi Kunci Kira-kira
    Debit – Aset
    Kredit – Liabiliti dan Ekuiti

    Betul kah?

    Terima kasih.

  42. Resah,

    Ya, cuma berhati-hati dengan Pulangan Jualan, Pulangan Belian, Peruntukan Hutang Ragu, Peruntukan Susut Nilai dan Ambilan. Ini adalah item-item yang bertentangan, contohnya :
    Jualan ………………… Kredit (HASIL)
    Pulangan Jualan ……Debit (PENGURANGAN HASIL)

  43. Cikgu
    Dividen itu hasil?

    Perlu di kredit di Penyata Pendapatan?

  44. Resah,

    Dividen yang diterima itu hasil. Bagi soalan Lembaran Kerja, apa yang penting ialah menentukan sesuatu akaun itu dimasukkan dalam Penyata (jika hasil dan Belanja) atau KKK (jika aset, liabiliti dan Ekuiti). Debit atau Kredit tidak menjadi masalah kerana kita hanya ikut saja apa yang dicatatkan dalam Imbangan Duga Terselaras. jika DEBIT maka dalam Penyata / KKK mesti DEBIT, begitulah sebaliknya.

  45. Cikgu
    Saya dah jumlah ruangan debit and kredit bagi penyata pendapatan. Sedangkan jumlah kredit lebih besar daripada jumlah debit, saya menolak jumlah kredit daripada jumlah debit. Dan saya mendapat untung bersih.

    Masalahnya, dalam KKK untung bersih tersebut digunakan oleh saya untuk mengimbangi ruangan kredit KKK. Tetapi ruangan debit KKK tidak sama dengan ruangan kredit selepas ditambah untung bersih.

    Saya dah semak satu per satu.

    Imbangan Duga – imbang
    Pelarasan – imbang
    Imbagan Duga Terlaras – imbang

    Namun saya mengambil masa 1 jam 30 minit untuk membuat satu Lembaran Kerja.

    Cikgu bolehtak beri cadangan apa yang kemungkinan salah walaupun
    Imbangan Duga – imbang
    Pelarasan – imbang
    Imbagan Duga Terlaras – imbang.

    Terima kasih!!

  46. Resah,

    Kalau Imbangan Duga Terselaras dah imbang, kemungkinan besar kesilapan disebabkan :

    1. terdapat akaun hasil dan belanja dimasukkan dalam KKK, atau akaun aset, liabiliti dan ekuti dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

    2. kesilapan mencatat DEBIT dan KREDIT, mungkin terdapat akaun Debit dicatat di sebelah Kredit ataupun sebaliknya, di dalam Penyata dan juga KKK.

    Sila semak kedua-dua perkara diatas.

  47. Cikgu

    Apakah yang dimasudkan dengan tahun berakhir 30 Jun 2008?

    Dan

    Senarai baki pada 30 Jun 2008?

    Adakah bermaksud sudah setahun??

    Terima kasih.

  48. Resah,

    Tempoh perakaunan sesebuah perniagaan biasanya setahun (bagi skop SPM). Jika dinyatakan tempoh berakhir pada 30 Jun 2008, ini bermaksud tempoh perakaunannya bermula 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 (iaitu satu tahun). Senarai baki-baki pada 30 Jun 2008 bermaksud senarai baki akhir bagi tempoh perakaunann tersebut.

    Tempoh perakaunan/kewangan boleh berakhir pada bila-bila masa bergantung kepada bila ianya bermula. Jika bermula 1 April 2007, maka berakhir 31 Mac 2008. Cuma pada kebiasaannya pelajar didedahkan berakhir 31 Disember ataupun 30 Jun. Cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan KONSEP TEMPOH PERAKAUNAN yang telah anda pelajari semasa Tingkatan 4.

  49. Cikgu
    Macam mana dengan ini:

    Pulangan masuk RM700

    Maklumat Tambahan:
    Pulangan masuk RM560 masih belum dicatat di mana-mana buku.

    Apa akaun yang terlibat??
    Terima kasih.

  50. Resah,

    Debit : Pulangan masuk 560
    Kredit : Penghutang 560

  51. Cikgu

    Soalan 1 :

    Apakah itu Pulangan Masuk & Pulangan Keluar?

    Soalan 2 :

    Mengapakah stok awal dianggap sebagai hasil iaitu didebitkan di Penyata Pendapatan?

    Soalan 3 :

    Apakah itu Angkutan masuk dan Angkutan keluar?

    Soalan 4 :

    Bagaimana dengan Cukai belian??

    Soalan 5 :

    Penghutang RM 1200

    Adakah ini bermakna seorang penghutang saja atau jumlah penghutang?

    Terima kasih.

  52. Resah,

    Jawapan 1 :

    Pulangan Masuk = Pulangan Jualan
    Pulangan Keluar = Pulangan Belian

    Jawapan 2 :

    Stok awal dan Stok akhir adalah ASET, tetapi dicatatkan dalam Penyata Pendapatan / Akaun Perdagangan untuk tujuan pengiraan KOS JUALAN semata-samata. Iaitu :

    KOS JUALAN = Stok Awal + KOS BELIAN – Stok Akhir.

    Jawapan 3 :

    Angkutan Masuk = tambang lori bawa MASUK barang ke dalam KEDAI.
    Angkutan Keluar = tambang lori HANTARKAN/KELUAR barang kepada PELANGGAN.

    Kedua-dua Angkutan tersebut merupakan BELANJA :
    Angkutan Masuk – kos semasa proses pembelian barang niaga, maka dicatat dalam Kos Jualan.
    Angkutan Keluar – dicatat sebagai belanja lain.

    Jawapan 4 :

    Cukai belian, Insuran atas belian, Upah atas belian merupakan KOS-KOS semasa proses pembelian berlaku, ianya dipanggil KOS BELIAN, iaitu :

    KOS BELIAN = Belian – Pulangan Belian + Angkutan Masuk + Cukai Belian + Insuran atas Belian + Upah atas Belian.

    Jawapan 5 :

    Penghutang dalam Imbangan Duga atau dalam Penyata Kewangan adalah merujuk kepada JUMLAH PENGHUTANG. Ianya sebenarnya adalah baki daripada AKAUN KAWALAN PENGHUTANG yang telah dipelajari dalam BAB 1 Tingkatan 5. Setengah buku rujukan mengunakan perkataan ”Pelbagai Penghutang”, ianya membawa maksud yang sama.
    Begitu juga dengan Pemiutang.

  53. Cikgu
    Dalam Imbangan Duga pada 30 Jun 2008.
    Stok (1 Julai 2008) RM5000

    Maklumat Tambahan:
    Stok pada 30 Jun 2008 adalah RM2950 pada kos and RM3200 pada harga pasaran.

    Stok awal: 1 Julai 2008
    Stok akhir: 30 Jun 2008.

    Mengapakah satu bulan sahaja kah?

    Tidak seperti ini:

    Imbangan Duga pada 31 Disember 2008
    Stok (1 Januari 2008) RM4250

    Maklumat Tambahan:
    Stok pada 31 Disember 2008 adalah RM3330 pada kos, dan RM3150 pada harga pasaran.

    Stok awal : 1 Januari 2008
    Stok akhir: 31 Disember 2008

    Ini pula satu tahun kan?

  54. Resah,

    Soalan tu dah tersilap taip, mana boleh mula 1 Julai 2008 – 30 Jun 2008. Sepatutnya 1 Julai 2007 – 30 Jun 2008.

  55. Cikgu,
    Saya dah mahir dalam Lembaran Kerja setelah mendapat pertolongan daripada cikgu. Tetapi, masalah yang timbul pula ialah lejar.

  56. Resah,

    Tahniah kerana telah menguasai Lembaran Kerja. Masalah Lejar tu, kita bincang dalam Post Pelarasan Pada Tarikh Imbangan.

  57. Cikgu, adakah komisen jualan dan komisen belian sama dengan komisen diberi dan komisen diterima? Mana satu hasil dan mana satu belanja ?

  58. Hanna,

    Komisen jualan dan komisen belian TIDAK SESUAI digunakan dalam SOALAN kerana ianya tidak jelas dan mengelirukan, contohnya :

    Komisen Jualan boleh dimaksudkan sebagai :
    1- kita berikan komisen kepada jurujual (Komisen Diberi)
    2- kita terima komisen kerana menjual sesuatu barang (Komisen diterima).

    Soalan yang hendak dikemukakan sepatutnya mengunakan :
    KOMISEN DIBERI —— BELANJA
    KOMISEN DITERIMA — HASIL

  59. mcm mna nak tingkat kan markah prinsip akaun

  60. Yuzie,

    Untuk tingkatkan markah, kena jawab dengan BETUL.

    Caranya, perbanyakkan LATIHAN, BERTANYA GURU, PERBINCANGAN, dan KUASAI topik satu per satu, terutamanya kemahiran/teknik menjawab soalan.

  61. cikgu nak tanya pasal lembaran kerja..kalau kt maklumat tambahan ada soalan seperti telupa catat pulangan belian rm4000 maksudnya belian turut tebabit ker kat pelarasan??

  62. Deja,

    Kalau diingatkan kembali soalan dokumen, berkaitan dengan Jurnal Belian dan Jurnal Pulangan Belian diposkan ke lejar.

    Jurnal Belian :
    DT: Belian
    KT: Pemiutang

    Jurnal Pulangan Belian :
    DT: Pemiutang
    KT: Pulangan Belian

    Jika maklumat menyatakan bahawa terlupa catat pulangan belian RM4000, maka akaun yang terlibat adalah Akaun Pulangan Belian dan Akaun Pemiutang. Iaitu Pulangan Belian perlu di TAMBAH RM4000 (dikreditkan) dan Pemiutang perlu di TOLAK RM4000 (didebitkan). Akaun Belian tidak terlibat semasa pelarasan tersebut.

  63. terima kasih,

    cikgu kalau ada soalan yg suruh selaraskan 5% PHR drpd
    pghutang (rm8930) so,jawapan nya ialah rm446.5 dan tolak
    kan dgn PHR (rm540)di imbangan duga ialah 93.5
    soalan nya nak letakkan point tu sekali atau bundarkan??

  64. Deja,

    Pada kebiasaannya jawapan tidak ada perpuluhan / sen. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah 5% X Penghutang Asal, sedangkan terdapat maklumat pelarasan Hutang Lapuk yang akan mengurangkan jumlah baki Penghutang.

    Contohnya, Dalam ID baki Penghutang RM8930 di sebelah debit.

    Maklumat tambahan :
    1. Seorang daripada penghutang RM130 telah dihapuskan sebagai Hutang Lapuk.
    2. PHR diselaraskan 5% atas penghutang bersih.

    Pengiraannya :
    Baki Penghutang RM8930 – Hutang Lapuk RM130 = RM8800
    Jadi PHR = 5% x RM8800 = RM440.

    Bukannya, PHR = 5% X RM8930 = RM446.50

  65. cg,
    kalau sye nak tanye pasal penyata penyesuai bank bleh?

  66. Syafiq,

    Sila kemukakan di bahagian Penyata Penyesuaian Bank yang telah disediakan.

  67. cikgu kalau di maklumat tambahan terdapat penghutang yg
    telah menjelaskan hutangnya sebanyak rm1230 dgn mbayar
    rm1150 tapi di imbangan duga penghutang ialah rm8930.
    wang yang kita terima digunakan untuk membeli barang niaga (belian).

    soalannya adakah rm8930 terus ditolak dengan rm 1150
    sahaja? bagaimana pula dengan (rm1230-1150=rm80)
    adakah rm80 itu ‘diskaun diberi’?
    dan kalau di bahagian pelarasan adakah 3 akaun terbabit??
    (penghutang,belian dan diskaun??)

  68. Deja,

    Pelarasannya,
    Dt : Diskaun diberi RM80
    Dt: Belian RM1150
    Kt: Penghutang RM1230

    Manakala pengiraan PHR = 5% X (8930-1230) = 385
    Jika PHR (asal dlm ID) = RM540
    maka Pengurangan PHR = 540 – 385 = RM155

    Dt: PHR RM155
    Kt: Pengurangan PHR RM155

  69. aslkom..
    cg,,
    dlm imbangan duga dia dh nyatakan hutang lapuk sebanyak rm80 dan dalam maklumat tambahan pulak dia kata hutang lapuk dijangkakan bernilai rm220..
    cam ner erk cg???x paham..

  70. Ely,

    Hutang lapuk dalam ID RM80 ialah HL sedia ada kemudian pada akhir tempoh perakaunan dijangkakan ada HL baru sebanyak RM220 yang belum direkod, maka kita kena rekodkan dengan melakukan pelarasan seperti berikut :
    DT: Hutang lapuk RM220
    KT: Penghutang RM220

    # pastikan ely tidak tertukar dengan Peruntukan Hutang Ragu.

  71. mcm mne nk dpt utg/rugi bersih ha?
    pas2 nk campak kt mane?

  72. Ayied92,

    Caranya hampir sama dengan mencari Baki h/b dalam Lejar.,
    Rujuk Lajur Penyata Pendapatan :
    Debit = Belanja dan Kredit = Hasil.

    1. Bandingkan jumlah debit dan kredit, mana yang lebih besar – masukkan dalam baris jumlah. Jika besar Kredit (Hasil), maka UNTUNG BERSIH diperolehi – masukkan jumlah untung (beza nilai dt dan Kt) dilajur debit.

    2. Nilai Untung bersih tadi dipindahkan ke dalam KKK di sebelah Kredit. – dan sepatutnya jumlah debit dan kredit dalam KKK adalah SAMA.

    # jika RUGI BERSIH, keadaannya jadi sebaliknya.

  73. SAYA NAK TANYA BAHAWA LEMBARAN KERJA HENDAK TULIS TAJUK ATAU TIDAK?

  74. Akaun2 Penamat yang melibatkan penggunaan oleh pihak luar hendaklah ditulis nama syarikat dan tajuknya. Seperti, Imbangan Duga, Lembaran Kerja, Penyata Pendapatan, Kunci Kira-kira, Penyata Penyesuaian Bank, Penyata Kos Pengeluaran dll.

  75. CG…….
    tahun ini lembaran kerja mungkin keluar tak tahun ini….

  76. Zeewoon,

    Sila rujuk komen Cg DISINI.

  77. Cikgu,

    Perlukah saya mengulangkaji Lembaran Kerja walaupun tiada soalan percubaan antara yang menyoalnya?

    Thanx

  78. Amir,

    Kebanyakkan cikgu2 menyatakan bahawa kemungkinan besar soalan Lembaran Kerja tidak akan keluar dalam SPM nanti. Jadi tepuk dada tanya hati.

  79. cg..
    sy tidak paham langsung tentang lembaran kerja….
    cg sekolah sy mgajar lembaran kerja sangat laju..dan menghabiskn bab tuu dalam masa 2hari….
    boleh cg tolong sy bg memahami/memberi sy f0rmat…

  80. Aisah,

    Cg cadangkan cuba memahaminya dengan merujuk kepada buku teks/ buku rujukan terlebih dahulu, kemudian baru kemukakan persoalan dibahagian mana yang masih belum faham. Ini kerana cara tersebut lebih membantu untuk anda menguasainya.

  81. Ak’kom,,cg,,

    adakah topik lembaran kerja ni penting n msk x dlm spm..

    cg,,boleh sy tny,,ramalan topik yg akan msk?..

  82. Syafiq,

    Kemungkinan besar tidak masuk dalam SPM, dalam HSP 2010 topik tersebut telah digugurkan.

    Maaf, Cg tiada topik ramanlan, sebaik-baiknya kuasai semua topik. Walau bagaimanapun sebagai panduan topik2 yang perlu diberikan keutamaan bolehlah rujuk kepada Analisis Soalan2 Trial 2009 yang disediakan oleh Cg Mohammad Said melalui Blog beliau DISINI. (klik)

  83. ckgu..

    bgaimana cara hndak mngimbangkn lembaran krja..??

  84. salam cg,,

    sy nk taw utk angkutan keluar ni kita msti tambah dgn juanlan ke utk pnyata pndpatan.. sy keliru la.. sekirany angkutan msuk itu kita tmbah dgn beliankn cg,,

    harap cg m’balas prtanyaan sy ni,,(:

  85. Tidak,

    Angkutan Masuk (BELANJA)…. diTAMBAH pada Belian untuk mendapatkan jumlah Kos Belian, kemudian ditambah dengan Stok Awal dan ditolak Stok akhir untuk mendapatkan KOS JUALAN.

    Angkutan Keluar juga BELANJA, cuma tidak terlibat semasa proses Belian, maka ianya TIDAK boleh ditambah dengan Jualan (iaitu HASIL). Sebaliknya dicatatkan dalam BELANJA di Penyata Pendapatan bersama belanja2 lain seperti sewa dibayar, gaji pekerja, kadar bayaran dan lain2.

  86. hi,Cg
    boleh tanya yg lembaran kerja masih termasuk dlm silibus tahun 2010??Tq

  87. Sukatan Baru yang mula dilaksanakan kepada Tingkatan 4 tahun 2010 telah dikeluarkan topik Lembaran Kerja.

  88. tq,cg….
    berkenaan dgn soalan 1 spm nanti adakah soalan dokumen masih wajib sebagai soalan??bagaimana dgn soalan wajib yg perlu dijawab?apakah topik yg perlu diberi perhatian?tq..

  89. Soalan 1 (SPM 2011) tidak lagi soalan dokumen sepertimana soalan tahun2 lepas. Semua topik berkemungkinan akan dikeluarkan dalam SPM, tiada lagi soalan wajib. Semua topik perlu diberikan perhatian.

  90. terima kasih…..

  91. cikgu,

    apakah yang dimaksudkan nilai skrap?

  92. NILAI SKRAP = Nilai besi buruk = Nilai tolakan = Nilai bakian.

    Contohnya, Kereta – setelah digunakan selama 20 tahun, kereta tersebut sudah rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi … dah jadi BESI BURUK. Walaupun begitu, ianya masih mempunyai nilai tertentu dipasaran sebagai BESI BURUK, katakan bernilai RM5,000. Maka, NILAI SKRAP Kereta tersebut adalah RM5,000.

  93. asalamuailaikum..
    cikgu saya nak tanya
    bagaimanakah nak kira stok akhir..??

  94. Waalaikumussalam,
    Caranya bergantung kepada maklumat yang diberikan …. soalan dalam topik mana ?

  95. CG, nak minta pengesahan , adakah topik lembaran kerja MASIH terdapat dlm syllibus 2011, makud ialah , adakah pelajar harus didedahkann topik ini dan dikemukakan dlm sukatan?

  96. Ms Wong,
    Berdasarkan HSP topik tersebut telah dikeluarkan daripada sukatan baru. Boleh juga didedahkan secara ringkas sahaja.

  97. salam..cg..saya nk tnyer kwsp & socso dlm trial balance adakah mesti ada jum @ sekiranya sudah settlekan pmbyaran semua akan jd RM0.00 @ sebaliknya?

  98. Eimah,

    Sekiranya semua sudah dijelaskan, maka akaunnya sudah tidak berbaki lagi, maka tidak perlulah ditunjukkann dalam Imbangan Duga.

  99. Salam cikgu. Kalau stok 1januari 2012 ialah 8778 dan stok pada 31 Julai 2013 ialah 7425. Penyatan pendapatan bagi tahun 31 disember 2012. Mcm mne nak kira stok akhir?

  100. Aliaa,

    Sepatutnya tiada sebarang pengiraan untuk stok akhir… pada pandangan saya, ada KESILAPAN pada soalan tersebut.

  101. Cikgu saya nak tanya . Dlm imbangan duga susut nilai terkumpul kenderaan adalah RM 2800 .Kenderaan kos RM 24000. 10% susutnilai kaedah baki berkurangan

  102. Thamrai,

    Susut nilai kenderaan = 10% x (24000 – 2800) = 2120
    Susut nilai terkumpul = 2800 + 2120 = 4920

  103. salam cikgu,,,koleksi soalan penyata kewangan yang smkduha/mohammad ada dekat mnew,,,

  104. Fatin,

    Cuba layari bloh beliau di SINI (klik)

  105. saya tak faham maksud lembaran kerja 10 lajur. boleh tolong explain sedetail yg boleh tak??

  106. Topik LEMBARAN KERJA 10 Lajur telahpun dikeluarkan daripada SUKATAN PELAJARAN.

  107. salam cikgu .. saya ada kemusykilan .. bagaimana jikalau di information dia ada bagi market value di atas aset ..?

    di kunci kira2 bagi building RM 350,000 .. then di information give market value bagi building RM 395,000 .. SUSUT NILAI 20%

  108. Delaila,

    Saya jawab mengikut sukatan SPM, supaya pelajar2 SPM tidak keliru apabila membacanya nanti.

    Mengikut konsep KOS SEJARAH sesuatu Aset Bukan Semasa direkodkan berdasarkan nilai semasa ianya diperolehi, maka dalam kes ini Nilai BANGUNAN masih tetap RM350,000. Dan pelarasan susutnilai juga adalah berdasarkan nilai tersebut.

  109. Cikgu, nak tanya apa butiran yang perlu dicatatkan dalam lanjur debit dalam imbangan duga?

  110. Anith.

    Asasnya akaun2 ASET dan BELANJA berbaki DEBIT.. dan Ak kontra spt AMBILAN, Pul Jualan, Diskaun diberi juga berbaki Debit.

  111. Assalam cikgu ,
    Cth soalan lengkapan 15% setahun ats bki bkurgan , kna ambil dkat mna ?

    Dan

    Kenderaan 20% setahun ats kos . tp dkat Imbangan duga xde harga kos pun . mohon tunjuk ajar cikgu. Terima kasih ????

  112. mujahidah,

    SN lengkapan = 15% × (lengkapan – snt lengkapan)

    SN kenderaan = 20% × Kenderaan

  113. Assalamualaikum , cikgu saya nak tanya.. sewa terdahulu , gaji terdahulu faedah atas simpanan terakru ni nak letakkan kat mana dalam penyata pendapatan

  114. Ana, waalaikumussalam.

    Semua item tersebut adalah aset dan liabiliti… masukkan dalam KKK.

  115. Assalam cikgu, ni merujuk soalan no 13 dalm buku teks ms 277. Faedah pinjaman 12% (RM960) tu cara bayarannya adakah
    i. Potong dari jumlah Bank atau
    ii. Potong dari jumlah Pinjaman

    sebab saya buat kunci kira-kira… asyik tak seimbang jee.

  116. Muni, waalaikumussalam.

    Tidak melibatkan sebarang pembayaran Tunai @ Bank.. faedah tersebut BELUM dibayar… akaun yang terlibat dengan pelarasan ialah
    Dt Faedah pinjaman 960…. Belanja
    Kt Faedah pinjaman terakru 960 …. Liabiliti semasa

  117. ABSemasa + Modal Kerja = 20412 + 34638 = 55050
    Modal + Untung – Ambilan + Pinjaman = 55060
    Terlebih atau terkurang RM10 tu yang tak tahu dimana nak kesan. Penyata Kewangan dan OK.

  118. Ops… Penyata Pendapatan dah OK cikgu… bukan Penyata Kewangan

  119. Muni,

    Kemungkinan silap semasa menulis angka bagi item pelarasan .. misal… satu ditulis 660… dan akaun yang satu lagi ditulis sebagai 650..
    Cuba semak nilai bagi setiap item pelarasan terlebih dahulu.

  120. bagaimanakah kira susutnilai tanpa nilai skrap tetapi ada kos,susut nilai terkumpul dan usia guna.

  121. Suzie.

    Guna formula yang sama… cuma nilai skrap=0.

  122. Perutukkan hutang ragu diselaraskan kepada 8% daripada penghutang bagaimana buat?

  123. Penghutang 3200
    Hutang lapuk 160
    Peruntukan hutang ragu 150
    Pulangan masuk 350
    Diskaun diberi 1070

  124. zzz,

    1. kira PHR yang baru.
    2. bandingkan nilai tersebut dengan nilai PHR lama… (Hutang ragu).

  125. Cikgu, bagaimana nk kira penghutang bersih? Butir diberi adalah penghutang, hutang lapuk dan phr

  126. cikgu..imbangan duga saya seimbang…tetapi penyata pendapatan saya rugi dan jumlahnya tidak sama..mana kesilapan saya??

  127. Yan,

    Dapat RUGI .. bukannya satu kesalahan… KKK yang tidak seimbang, barulah menunjukkan adanya kesilapan.

    Kemungkinan,
    1. FORMAT penyata yang digunakan tidak tepat.
    2. catatkan item dalam komponen yang salah… contohnya hasil dicatat dalam komponen belanja dan sebagainya.
    3. OPERASI… pengiraan yang sepatutnya DITAMBAH tetapi telah diTOLAK dan sebaliknya.
    4. silap pengiraan.
    Cuba semak perkara2 berikut terlebih dahulu.

  128. cikgu, boleh tak penyata kewangan disediakan tanpa lembaran kerja? kalau boleh apa sebab dia ek cikgu. terima kasih.

  129. Mastura,

    Boleh disediakan PP & KKK tanpa menyediakan LK terlebih dahulu… dalam penyediaan PP & KKK kita hanya perlu baki2 akaun selepas pelarasan (ID Terselaras). Penyediaan LK hanya lebih memudahkan penyediaan PP dan KKK sahaja.

  130. salam Cikgu,
    sy nak tny,
    barangan mudah pecah akan dimasukkan sebagai asset ke?
    Cth ; barangan catering, pinggan mangkuk.

  131. Hana,

    Asalkan ianya suatu yang bernilai dan boleh dijual.. maka boleh dikelaskan sebagai aset.

  132. assalam cikgu,
    dalam ebook cikgu iaitu perakaunan aset tetap,dibahagian kaedah baki berkurangan,sy kurang faham knp kadar susut nilai perlu di darabkan dengan 2?

  133. Kyroll, waalaikumussalam.

    Maaf, soalan / ebook yang mana satu dimaksudukan.

  134. smart e-library,perakaunan aset tetap..cara mengira kadar susut nilai kaedah baki berkurangan.

  135. Kyroll,

    Bahan tersebut, bukan Cg yang sediakan.
    Ikut formula biasa, SN = k% x (Kos – SNT)

  136. Cikgu, serahan van dalam ur atau kkk?

  137. Millie,

    Bukan serahan van…. tetapi Van Serahan.. dikelaskan sebagai ABS – KKK.

  138. Cikgu saya tak faham mcm mana nak kira peruntukan hutang ragu. Terima kasih cikgu.

  139. Aqilah,

    PHR = % × Penghutang bersih (… baki penghutang selepas pelarasan)

  140. Cikgu,

    cuba tanya Lemmbaran Kerja 10 Lajur ada dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 ?

    dan apakah 10 lajur tersebut?

    terima kasih

  141. Sherine,

    Tajuk tersebut sudah dikeluar dari sukatan… 10 lajur :
    2…ID
    2… Pelarasan
    2… IDT
    2… PP
    2… KKK

  142. Cikgu,

    cuba tanya apakah kegunaan Lembaran Kerja? Bila kita perlu buka Lembaran Kerja?

    terima kasih.

  143. Sherine,

    Bergantung kepada amalan perniagaan… nak sediakan atau tidak… kebanyakan sekarang sudah tidak sediakannya. Ianya sekadar catatan tambahan bagi memudahkan penyemakan dan penyediaan PP dan KKK.

    # sudahpun dikeluarkan daripada sukatan SPM.

  144. Cikgu,
    Saya tak pasti bila diberi hutang ragu sepatutnya pada belah Penyata Pendapatan atau Kunci Kira -Kira ?

  145. Shaz,

    Hutang ragu
    Jika berbaki dt – Belanja dalam PP
    Jika berbaki kt – Hasil dalam PP

  146. cikgu saya langsung tidak faham semua perkara yg topic 7 ini .bagaimana utk saya menguasainya ?exam saya 6/10 ini 🙁

  147. Hana,

    Cuba kuasai satu persatu dalam topik tersebut… jawab banyak soalan2, banyakkan berjumpa dan bertanya guru sekolah.

  148. Assalam cg…jika komisen berada di sebelah kredit..adakah ia komisen diberi?

  149. Yus, waalaikumussalam.

    Debit – Belanja : komisen diberi
    Kredit – Hasil : komisen diterima

  150. assalamualaikum cg..hutang lapuk terpulih dalam penyata pendapatan sejenis hasil ke belanja ke hutang lapuk tpulih ni tak perlu letak dalam PP

  151. Nurin, waalaikumussalam.

    Hutang lapuk –> Belanja
    Hutang lapuk terpulih –> Hasil

  152. Assalamualaikum cg narzuki boleh terangkan faedah2 belian skrap dan jualan berkelompok skrap…sy kurang faham..

  153. Muhammah, waalaikumussalam.

    Maaf, diluar pengetahuan saya. Jika ada nota mengenainya… insyaAllah, saya boleh tolong terangkan.

  154. Assalamualaikum cg,
    Mcm mane klau soalan tu dia ckp dkt maklumat tambahan peruntukan hutang ragu diselaraskan kpd RM625 tapi dalam imbangan duga peruntukan hutang ragu RM420.
    Mohon penjelasan
    Tq

  155. Hana, waalaikumussalam.

    PHR –> kita perlu kenalpasti Pertambahan / Pengurangan PHR.. dengan cara bandingkan PHR akhir dengan PHR awal (ID).
    Berdasarkan soalan tersebut, cuba kenalpasti berapa:
    1. PHR akhir –> masuk AS nanti (Phtg – PHR)
    2. Hutang Ragu –> beza PHR akhir & awal (jika pertambahan PHR –> Belanja, jika pengurangan PHR –> Hasil)

  156. Assalamualaikum cikgu…

    Sedekah Enterprise merupakan firma yang dimiliki oleh Mat Top. Firma ini telah mula menjalankan perniagaan semenjak Januari 2003 dan menutup akaunnya pada setiap akhir tahun. Baki-baki akaun belum terlaras bagi Sedekah Enterprise pada 31 Disember 2015 adalah seperti berikut

    AKAUN RM

    Tunai 23,500
    Akaun Belum Terima 11,500
    Bekalan Pejabat 4,300
    Insurans Prabayar 6,000
    Peralatan Pejabat (1/1/2012) 60,000
    SN terkumpul – Peralata Pejabat18,000
    Akaun Belum Bayar 5,530
    Nota Belum Bayar 15,000
    Hasil Belum Terperoleh 12,000
    Modal, Mat Top 37,970
    Ambilan, Mat Top 6,700
    Hasil Perkhidmatan 53,000
    Belanja Upah 18,000
    Belanja sewa 5,500
    Belanja Utiliti 3,900
    Belanja Penyelenggaraan 2,100

    Maklumat Tambahan :

    Susutnilai peralatan adalah berasaskan kaedah garis lurus. Jangka hayat peralatan adalah selama 10 tahun tanpa nilai sisa.

    saya nak tanya untuk sediakan catatan jurnal pelarasan pada 31 Disember 2015 macam manna nak cari

    Dt Belanja susut nilai-peralatan
    Kt susut nilai terkumpul-peralatan

  157. Eammey, waalaikumussalam.

    Kira SN = (kos – nilai sisa)/hayat
    Nilai sisa –> tiada –> = 0

    Dt SN xx
    Kt SNT xxx

  158. SALAM CIKGU

    BAGAIMANA HENDAK JAWAB SOALAN DIBAWAH

    KENDERAAAN (KOS) = RM30,000
    KENDERAAN MEMPUNYAI JANGKA HAYAT 10 TAHUN DAN NILAI SKRAPNYA PADA TAHUN KE 10 ADALAH RM3000

    BAGAIMANA NAK JAWAB NYA DAN BAGAIMANA AKAUN BELANJA SUSUTNILAI DAN SUSUTNILAI TERKUMPUL?RM 2700 OR RM 3000

  159. Samihah,

    SN = (kos – nilai skrap)/ usia
    = (30000 – 3000)/10
    = 2700

  160. cikgu ape maksud peruntukan hutang ragu diwujudkan 2% atas pebghutang bersih. .. dengan ape maksud penghutang bersih?

  161. Sarah,

    Nilai baru Penghutang selepas dilakukan pelarasan sebelumnya.

  162. kalo dia ckp peruntukan hutang ragu dikekalkan…adakah sama jalan kerjanya dengan peruntukan hutang ragu yang diselaraskan

  163. kalo lengkapan dibeli dengan menggunakan hasil jualan tunai…macam mana nk catat kan dia

  164. Man,

    1. Phr dikekalkan.. guna kadar yang sama.. ya sama seperti biasa.
    2. Dt lengkapan kt Jualan

  165. Terima kasih cg…
    Tapi saya kurang jelas mengenai soalan yg kedua…mengapa akaun jualan yang dikreditkan dan mengapa bukanya akaun tunai yang dikreditkan…boleh cg jelaskan???

  166. Man,

    Hasil jualan yang belum direkodkan… jadi bila nak rekod.. kita rekod pada Ak Jualan.

    Ak Tunai perniagaan tidak terlibat… kerana kita bukan ambil duit dari Ak Tunai perniagaan.

  167. Cg kalo dia bg maklumat tambahan, bayaran bil elektrik rumah pemilik 160 telah tersalah rekod ke akaun kadar bayaran perniagaan…saya tengok skema A.kadar bayaran kena tolak 160 tu saya tau tapi kenapa kena tambah dekat akaun ambila dan kenapa tak tambah dekat akaun bank ke akaun tunai ke …sebab kan selalunya belanja pakai duit kan ,mesti kalo kita catat belanja belah dt kita kena catat belah kredit sama ada A.tunai atau A.bank ikot soalan dia bayar pakai ape
    …sebab ape cg ek???

  168. Man,

    Akaun Tunai/Bank –> sudah betul dicatat wang keluar (Kredit)..cuma yang silapnya catatan sebelah Debit sepatutnya AMBILAN (untuk kegunaan peribadi) tetapi telah silap Debit Ak Kadar Bayaran –> maka Ak Kadar bayaran kena TOLAK sebab silap rekod dan Ak Ambilan kena TAMBAH sebab tidak rekod sebelum ini.

  169. Assalamualaikum …saya nk tanya kalo pinjaman bank tak ade terdahulu dan terakru ke…???

  170. Man, waalaikumussalam.

    Pinjaman itu sendiri dah Liabiliti (Belum bayar) –> tiada terakru @ terdahulu.
    Terapi feadah pinjaman (belanja) –> ada terakru / terdahulu.

  171. Assalamualaikum

    Macam mana nak rekod susut nilai dalam lejar bila tahun perakuanan berkahir bukan pada 31 Disember

  172. Firdaun,

    Cara rekodnya sama sahaja… cuma tukar tarikh pada tarikh akhir tempoh perakaunan tersebut.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.