Penyata Pendapatan & KKK

Membicarakan permasalahan yang timbul berkaitan dengan Penyata Kewangan bagi milikan tunggal.

Modul Format Penyata Kewangan (FORMAT LAMA)

  1. Cikgu… boleh tak bagi tips mcm mana nk ingt format penyata pendapatan dan kunci kira-kira dalam bentuk penyata? one more… jumlah kunci kira-kira dlm bentuk T dengan kunci kira2 bentuk penyata jumlahnya memang berbeza ke?

  2. Pelajar,

    Berkaitan dengan Kunci Kira-kira, samada bentuk T atau format Penyata MESTI SAMA, tetapi boleh tak sama, kerana format penyata akan menggunakan formula ini ABS + (AS-LS) = EP + LBS.

    ABS ialah Aset Bukan Semasa, AS ialah Aset Semasa dan LS ialah Liabiliti Semasa. EP ialah Ekuiti Pemilik dan LBS ialah Liabiliti Bukan Semasa.

    Manakala Format T pula menggunakan formula ini : sebelah DEBIT : ABS dan AS shj; sebelah Kredit : EP, LS dan LBS. Maka rumusnya ABS + AS = EP + LS.

  3. leh x korang ajar sy nk wat akaun ttg kunci kira2???

  4. Amar,

    Kunci Kira-kira ada 2 format, a. bentuk T dan b. bentuk penyata.
    Kunci Kira-kira digunakan untuk melaporkan kedudukan aset serta liabiliti dan ekuiti pemilik.
    Mengikut sukatan SPM, pelajar hanya harus mengetahui setakat bagaimana menyediakan Kunci kira-kira mengikut format yang betul.

    Tips untuk mengingat KKK, kepada sifu adalah seperti berikut:

    A. BENTUK T

    Sebelah kiri (debit);
    i. Aset Bukan Semasa
    ii. Aset Semasa
    iii. Jumlah keseluruhan sebelah debit

    Sebelah Kanan (kredit);
    i. Ekuiti Pemilik
    ii. Liabiliti Semasa
    iii. Jumlah keseluruhan sebelah kredit.

    B. FORMAT PENYATA

    i. Aset Bukan SEmasa
    ii. Aset Semasa
    iii Liabiliti Semasa
    iv. Modal Kerja (didapati melalui ii. – iii.)
    v. Jumlah keseluruhan diatas
    vi. Ekuiti Pemilik
    vii. modal akhir mesti sama nilai dengan perkara (v) di atas.

  5. PENGUASAAN FORMAT PENYATA KEWANGAN

    Soalan 2 ialah soalan yang berkait dengan penyediaan penyata kewangan, biasanya terdapat 3 bentuk soalan yang biasa dikemukakan dalam SPM :

    1. Penyata Kewangan (Milikan Tunggal)
    2. Lembaran Kerja
    3. Penyata Kewangan bagi Perkongsian.

    Jumlah markah bagi soalan ini biasanya 19 markah. Di mana ianya boleh dikelaskan kepada 2 iaitu :

    1. Penguasaan Format Penyata Kewangan (Tanpa Pelarasan) ——- 10 markah
    2. Penguasaan pelarasan —————————————— 9 markah

    Oleh itu adalah sangat penting bagi pelajar untuk menguasai format yang betul terlebih dahulu, kemudian cuba pula menguasai kemahiran pelarasan satu persatu bagi memperolehi markah penuh.

    ——————————————————————————————————-
    PERHATIAN !!! SUDAH TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK SPM 2008
    ——————————————————————————————————–

  6. Adakah susunan aset semasa dan liabiliti semasa mengikut kecairan dalam KKK di ambil kira dalam sistem pemarkahan

  7. KECAIRAN ASET SEMASA

    Raimi, di dalam penyediaan Kunci Kira-kira sebaik-baiknya kita susun mengikut kecairan (Aset Semasa : SPBT ; Stok, Penghutang, Bank dan Tunai).

    Pada peringkat SPM, pengkelasan asas mengikut Aset Bukan Semasa, Aset Semasa, Liabiliti Bukan Semasa, Liabiliti Semasa dan Ekuiti Pemilik dititikberatkan. Contohnya, Bank dicatat dibawah Aset Bukan Semasa maka ianya dikira SALAH.

    Kedudukan mengikut kecairan tidak ditekankan dan tidak akan menjejaskan pemberian markah.

  8. nur amirah binti zakaria

    ckgu,apakah.target yg akn keluar dlm spm 2008???
    penyata/lmbaran kerja??

  9. Nur Amirah,

    Masih terlalu awal untuk memikirkan perkara tersebut, memandangkan masa masih ada 161 hari lagi untuk memduduki SPM.

    Cg nasihatkan agar kedua-dua topik tersebut diberikan penekanan dan perhatian, kemungkinanya adalah 50:50. Jadi janganlah memperjudikan MASA DEPAN anda dengan membuat pilihan terlalu awal kepada topik-topik tertentu sahaja kerana masa masih panjang. Perbanyakkan latihan bagi topik-topik yang lemah serta dapatkan bimbingan dan panduan daripada guru anda.

    “DI MANA ADA USAHA, DI SITU ADA KEJAYAAN”

  10. mcm mne untuk mudah memahami cara2 untuk membuat kunci kira2,lejar,imbangan duga n bnyak lagi..

    yg du x pndai2 lgi…
    dh nk tkar….

  11. Mad,

    Tiada cara mudah untuk pandai, melainkan kena BELAJAR dan SELALU BERTANYA. Sediakan senarai semak bagi topik2 yang ada, kemudian belajar dan kuasainya satu persatu topik2 tersebut, dapatkan BIMBINGAN daripada GURU atau RAKAN anda.

  12. adakah betul pengiraan belian tolak ambilan tidak boleh ditunjukkan semasa sedang buat penyata pendapatan?

  13. Gha,

    Akaun-akaun hasil dan belanja sahaja yang perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan. Jika Akaun Belian melibatkan pelarasan seperti ambilan barang niaga maka dalam penyata pendapatan hanya tunjukkan nilai selepas pelarasan sebarang pengiraan jika hendak ditunjukkkan mesti dalam KURUNGAN, seperti :

    BELIAN (35,500 – 500) 35,000 ….. DITERIMA

    BELIAN 35,500
    (-) AMBILAN 500 35,000 ….. TIDAK DITERIMA.

  14. Oh..bermakna selama ini saya silaplah.Erm…tetapi macam mana pula dengan akaun perdagangan?Adakah perlu ditunjukkan seperti itu juga?

  15. Gha,

    Konsepnya SAMA, cuma disediakan dalam format yang berbeza, iaitu format Akaun atau Format Penyata.

  16. Oh…sy ucpkn time ksih skali lg kpd cg narzuki sbb bri tnjuk ajr kt sy

  17. Cg,
    Boleh Cg terangkan kepada sy mengenai
    1) Trading And Profit And Loss Acount
    2) Balance Sheet
    3) Adjustment accrued expenses and revenues
    4) Depreciation
    5) Bad debt & doubful debt
    tq

  18. Cinda,

    Untuk diterangkan satu persatu, agak mustahil disini, Cg cadangkan Cinda rujuk nota-nota ringkas berikut kemudian jika ada masalah sila kemukakan satu-persatu kepada Cg nanti.

    Rujuk format pada https://www.geocities.com/narzuki/pa-pk.htm
    1) Trading And Profit And Loss Acount – Ak Perdagangan dan Ak Untung Rugi
    2) Balance Sheet – Kunci kira-kira

    Download : Cg Sila – Modul Ting 4 (Rujuk m/s 26 hingga 35.)
    3) Adjustment accrued expenses and revenues
    4) Depreciation
    5) Bad debt & doubful debt

  19. terima kasih cg,
    lg satu la cg ttng :
    capital expenditure and revenue expenditure.

  20. saya nak nota pembayaran dahulu bagi perbelanjaan dan pendapatan,pendapatan dan perbelanjaan terakru,hutang lapuk dan peruntukan bagi hutang ragu…please…saya nak sekarang…

  21. Aliah,

    Sila dapatkan Nota Cikgu Sila.
    Download : Cg Sila – Modul Ting 4 (Rujuk m/s 26 hingga 35.)

  22. bg sy mata pelajaran akaun ni susah….. pd awl tingkatan4 sy masih blh mengguasainya. tp, apabila belajar di tingkatan 5 prestasi sy menurun teruk sgt.. smangat sy smakin menurun utk belajar subjek t’sbut. skrang ni sy cuba mengguasai 2 topik sja.. iaitu dokumen dan penyata pendapatan.. blh cg bg sy sesuatu yg blh menambah minat sy dlm subjek akaun.. kerana subjek ni bnyk hala tuju yg blh sy pergi sekiranya sy dpt menguasainya dgn baik..bantulah sy cg…

  23. Nieda,

    Semua subjek akan jadi susah jika kita tidak bersungguh2 untuk menguasainya. Berikan sepenuh perhatian semasa cikgu mengajar, selalu bertanya jika tidak faham, banyakkan latihan, jangan tidak masuk kelas dan jangan mudah putus asa.

    Jika nieda sudah menguasai 2 topik utama tersebut, maka nieda masih mempunyai potensi untuk mendapat keputusan yang baik. Perlu diingatkan bahawa KERTAS 1 memainkan peranan yang penting dalam membantu mendapat keputusan yang cemerlang. Ini kerana Kertas 1 menyumbang 33.3% kepada peratusan keseluruhan, manakala Kertas 2 menyumbang 66.7%. Dengan kedudukan sekarang sekiranya nieda pastikan betul sekurang2nya 20 drpd 40 soalan dalam Kertas 1, serta dapat menjawab dengan baik soalan Dokumen dan Penyata Kewangan, kemungkinan besar nieda sudah mendapat KEPUJIAN (6C).

    Oleh itu tumpukan USAHA untuk menguasai seberapa banyak topik2 yang lain dengan menyediakan SENARAI SEMAK seperti yang telah cikgu terangkan sebelum ini. Perbanyakkan latih tubi soalan2 Kertas 1 dan beberapa topik lain seperti Perkongsian, Rekod Tak Lengkap, Akaun Kelab dan Persatuan, Penyata Penyesuaian Bank, Akaun Pengeluaran, Titik Pulang Modal dan sebagainya. Semakin BANYAK topik2 yang dikuasai, maka semakin BAIK keputusan yang akan diperolehi. InsyaAllah.

    BERUSAHALAH-YAKIN BOLEH-SEMOGA BERJAYA.

  24. i dont knw how to put.i dont knw how to diffrent it.cant remember as all

  25. Grace,

    Penguasaan topik Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja sangat penting dalam perakaunan. Dalam penyediaan Penyata Kewangan terdapat 2 kemahiran yang perlu dikuasai iaitu :

    1. Mengingati FORMAT Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira dengan tepat. Sebagai panduan :

    # Penyata Pendapatan – melibatkan akaun Hasil dan Belanja
    # Kunci Kira-kira – melibatkan akaun Aset, Liabiliti dan Ekuiti.

    2. Kemahiran PELARASAN terhadap maklumat tambahan yang diberikan dalam soalan.

    Sebagai permulaan, cuba kuasai FORMAT kedua-duanya dengan betul dan tepat. Ianya memerlukan pengetahuan tentang Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja terlebih dahulu sebelum Penyata Kewangan tersebut dapat disediakan.

  26. salam.. ckgu. sy x ingat² lg format penyata pendapatan. x boleh ingat la. mcm mana? tp KKK sy mahir . penyata pendapatan soalan wajib kan?

  27. Anis,

    Terdapat 2 perkara yang perlu diberi penekanan iaitu :
    1. Akaun2 yang terlibat dalam penyediaan Penyata Penadapatan ialah HASIL dan BELANJA sahaja.
    2. Penggunaan lajur-lajur yang betul. Ianya bertujuan mengkelaskan kumpulan2 yang berbeza dan mendapatkan jumlahnya.

    Bagi mengingatinya, Anis permudahkan format tersebut menjadi :

    HASIL BARANG NIAGA (Jualan – Pul Jualan) .. Lajur 3
    (-) BELANJA BARANG NIAGA (Kos Jualan) ……Lajur 1 dan 2
    UNTUNG KASAR
    (+) HASIL LAIN …………………………………………….. Lajur 2 / 3
    (-) BELANJA LAIN ………………………………………… Lajur 2
    UNTUNG BERSIH

    Pada kebiasanya tempat yang menjadi masalah untuk diingati, ialah KOS JUALAN.

    KOS JUALAN = Stok awal + KOS BELIAN – Stok akhir

    Ketiga-tiga item tersebut mesti diletakkan dalam lajur 2 untuk tujuan pengiraan Kos Jualan.
    Oleh kerana KOS BELIAN juga perlu dilakukan pengiraan, maka item2nya perlu diletakkan dalam lajur 1 dahulu. Selepas dapatkan jumlahnya, barulah diletakkan dalam lajur 2 tadi.

    Apakah itu KOS BELIAN ?

    Iaitu kos-kos yang terlibat secara langsung semasa PROSES PEMBELIAN barang niaga tersebut sehinggalah barang tersebut sampai ke dalam kedai dan sedia untuk dijual. Iaitu :

    Belian (-) Pulangan Belian … untuk dapatkan belian bersih.
    Angkutan masuk …. kos pengangkutan utk bawa barang ke kedai.
    Duti atas belian / Cukai Import …… sekiranya melibatkan kastam / beli dari luar negara
    Insurans atas belian ….. jika melibatkan barang-barang berharga
    Upah atas belian …. kos untuk mengangkat barang dari kedai ke lori dan ke kedai kita.

    Jadi semua kos-kos yang terlibat semasa proses belian tadi dinamakan Kos Belian, maka ianya perlu diletakkan dalam lajur 1 untuk tujuan pengiraan. Kemuadian jumlahnya diletakkan bersama-sama Stok awal + KOS BELIAN – Stok akhir di lajur 2 bagi tujuan pengiraan KOS JUALAN. Manakala jumlah Kos Jualan diletakkan di lajur 3 pula untuk tujuan pengiraan UNTUNG KASAR.

    Akhir sekali Cg cadangkan, Anis hafal dengan cara menulis beberapa salinan format tersebut sehingga Anis dapat menulisnya tanpa merujuk mana-mana nota / format. Semoaga ianya dapat membantu Anis.

  28. Cikgu,
    Apa yang dimasudkan dengan Modal Kerja dalam Penyata KKK?

    Duti import seperti Angkutan Masuk??

  29. Resah,

    MODAL KERJA = ASET SEMASA – LIABILITI SEMASA
    Modal Kerja digunakan untuk mengukur kemampuan firma menjelaskan hutang jangka pendek (liabiliti semasa).

    Duti import termasuk dalam Kos Belian seperti Angkutan masuk, Insurans atas belian, Upah atas belian, Duti atas belian.

  30. Cikgu
    Dalam SPM, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ditulis dalam kertas kajangkah?

  31. cikgu sya ingin bertanya tentang belian dan jualan dalam PP bagi skima pemarkahan yang baru. adakah jualan dan pul. jualan dan belian dan pul belian akan diberi mkh 1 setiap item (jumlah 4 mkh)? kalau tidak tulis kos jualan (PP) atau modal kerja (KKK) adakah akan dapat 1 mkh juga?

  32. Shafiq,

    Jualan dan Pulangan jualan (jika ada) akan diberikan markah. Manakala BELIAN dan Pulangan Belian belum tentu lagi, bergantung kepada melibatkan pelarasan atau tidak serta kemahiran yang hendah diuji (jika ada).

    Perkataan “KOS JUALAN” dan “MODAL KERJA” akan diberikan 1 markah setiap satu, dengan syaratnya Format pengiraan / operasinya betul dan tiada item-item lain yang tidak sepatutnya ada dalam pengiraan KJ dan MK tersebut. Jika tidak ditulis perkataan tersebut, sudah tentu akan kehilangan markah tersebut.

  33. cikgu….., sy bru lps jwb soalan percubaan prinsip perakaunan semalam.. blh tahan juga soalan yg diberikan. tp, alhamdulillah krna sy dpt jwb soalan dokumen dan penyata(perkongsian).. dan apa yg lbh menggembirakn sy sy juga dpt jwb soalan penyata penyesuaian..dgn baik.mgkin rezeki sy kali ini..cikgu rasa p.penyesuaian keluar tak dlm spm thun ni..? sy hrp sgt keluar p.penyesuaian thun ini. kertas 1 pun sy blh skor setelah hbis jwb. hrp lulus kali ini..sy ikut semua nasihat cg.. semalam sy tak lah mengigil mcm hari tu.. mcm cg ckp sy kena yakin.. mgkin keyakinan tu lah sy tak gelabah sgt dan semasa peperiksaan dijlnkan sy rasa agk tenang..terima kasih cg hati sy btul2 semangat nk mendalami subjek ini…nnti bila sy dh dpt markah, sy bg tahu cg.ok. skarang cg masih lg mengajar di sek.Tanah merah ke? mesti pelajar cg pndai2…k cg.tQ.

  34. Nieda,

    Tahniah diatas semangat dan keyakinan yang telah ditunjukkan. Cg nasihatkan supaya ditingkatkan lagi KEYAKINAN DIRI dengan cara menguasai lebih banyak topik2 yang telah dipelajari. Kenal pasti topik2 yang masih lemah, terus berusaha unutk tingkatkannya.

    Masalah topik mana keluar atau tidak dalam SPM nanti, Cg akan jawab semua topik ada kemungkinan akan disoal. Dan inilah kata-kata yang Cg selalu ucapkan :

    “Semakin BANYAK topik yang dikuasai, maka semakin HAMPIR kepada 1A”

    Cg yakin jika dapat jawab 3 soalan (markah penuh) dalam kertas 2 dan skor dalam kertas 1 (betul 30 soalan keatas), bukan saja LULUS kemungkinan besar A dalam tangan. Cg doakan semoga KEJAYAAN CEMERLANG menjadi milik Nieda. InsyaAllah.

  35. Cikgu,
    saya tak faham la Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi. Blh tak cikgu terangkan?

  36. Hanna,

    Soalan bagi Penyata Kewangan / Akaun Penamat adalah sama, cuma Format Jawapan boleh disediakan (ikut kehendak soalan) dalam bentuk :
    1. Penyata – iaitu Penyata Pendapatan dan KKK
    2. Bentuk Akaun / “T” – iaitu Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi dan KKK.
    3. Bentuk Lembaran Kerja.

    Untuk lebih jelas, sila rujuk format “T” dan bandingkan dengan format PENYATA :

    1. Akaun Perdagangan – ianya dalam bentuk “T”, dan item-item yang terlibat hanya setakat mengira UNTUNG KASAR sahaja. Iaitu

    JUALAN (-) PULANGAN JUALAN ….. disebelah KREDIT
    (-) KOS JUALAN ……………………… disebealh DEBIT
    = UNTUNG/ RUGI KASAR

    2. Akaun Untung Rugi – ianya sambungan kepada Akaun Perdagangan, iaitu bermula

    UNTUNG KASAR + HASIL ….. disebelah KREDIT.
    (-) BELANJA ……………………. disebelah DEBIT
    = UNTUNG/RUGI BERSIH

  37. Lg satu cg sy nak tanya, mcm mana nak masukkan maklumat tambahan ke penyata pendapatan dan kunci kira-kira?

  38. Hanna,

    Berhubung dengan pelarasan dalam maklumat tambahan telah banyak Cg perkatakan dalam post Lembaran Kerja.

    Walaupun LK, tetapi cara pengiraan dan akaun yang terlibat adalah sama, cuma format yang disediakan saja berbeza. Baca semua komen-komen dalam post tersebut, perhatikan cara-cara mengemukan soalan supaya mudah untuk Cg membantu Hanna menerangkannya dengan lebih berkesan.

  39. Cikgu
    Apa yang dimaksudkan dengan “tunjukkan modal kerja”?

  40. Mengapa kertas 1 lebih susah dari kertas 2? Adakah cara yang paling senang untuk skor kertas 1?
    Tq

  41. Resah,

    “Tunjukkan modal kerja” maksudnya sediakan KKK dalam bentuk penyata (seperti yang cikgu anda ajarkan), iaitu :

    Aset Bukan Semasa
    Aset Semasa
    (-) Liabiliti Semasa
    = MODAL KERJA
    ==================
    Ekuiti Pemilik
    Liabiliti Bukan Semasa
    ==================

    Shafiq,

    Kertas 1 bagi mana-mana subjekpun sama, ianya memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam mengenai sesuatu topik, kerana kemahiran itu yang hendak diuji.

    Cara untuk skor kertas 1 ialah perbanyakkan LATIHTUBI dengan mengadakan kumpulan perbincangan. Setiap soalan hendaklah dibincangkan dengan detail seperti : Apakah kehendak soalan ?, Apakah alasan bagi setiap pilihan jawapan ?, Kenapa jawapan ini salah / betul ?Apakah jawapan yang paling tepat?.

    Ok, semoga berjaya.

  42. saya hendak bertanya antara tajuk kos pengeluaran dan TPM manakah yang cikgu rasa akan keluar dalam SPM tahun ini? saya lihat kos pengeluaran sudah dua tahun tak keluar. TPM baru setahun tak keluar. boleh tak cikgu bagi tips supaya saya dapat memberi tumpuan kepada satu tajuk saja. Tq

  43. Shafiq,

    Kebiasaannya, antara topik Kos Pengeluaran dan Titik Pulang Modal kemungkinan akan keluar salah satu soalan. Jadi apa lagi, kuasai kedua-dua topik tersebut, maka peluang anda untuk dapat menjawab SATU daripada LIMA soalan SPM nanti lebih cerah.

  44. tq dgn semua jawapan ckgu. saya akan berusaha utk trial exm pada 26 sept ni. hari selasa saya sudah mengambil mengmbil K1. memang susah. so saya nk score k2 jumaat ni. saya akan cuba sedaya upaya dgn mendengar nasihat ckgu terutama tajuk akaun kos dan TPM. tq

  45. Shafiq,

    Semoga berjaya dengan cemerlang dalam trial dan SPM nanti. InsyaAllah.

  46. Aslmkum cg..sye first time bkak bl0g nie..mmg byk prs0aln n jwpn yg bleh kte dpt kt sni..sy plajr spm thn nie bg wlayah KL..sye nk tnye mcm mne kte nk beza kn antra akaun2 yg ade mksud sye mcm aset,blnje or hasil trdhlu/trakru nk letak kat akaun mne..trutame nye ble s0aln pnyata pndapatn..?

  47. Farha,

    Cg tak jelas dengan soalan yang ditanya, tapi Cg rasa Farha keliru di akaun–akaun TERAKRU dan TERDAHULU, nak tentukan ianya ASET SEMASA atau LIABILITI SEMASA.

    Dalam menentukan AKAUN TERAKRU/TERDAHULU itu Aset Semasa atau Liabiliti semasa, kita kena kenalpasti dahulu sama ada AKAUN ASALNYA adakah HASIL atau BELANJA ?

    Nota :

    HASIL TERAKRU (kita BELUM TERIMA,HAK kita boleh minta) …. ASET SEMASA.
    HASIL TERDAHULU (terima dahulu wang orang, HAK ORANG) …. LIABILITI SEMASA

    BELANJA TERAKRU (kita BELUM BAYAR) …….. LIABILITI SEMASA
    BELANJA TERDAHULU (bayar dulu, kita boleh minta balik) …. ASET SEMASA.

    Contohnya Penyelesaian :

    SEWA TERAKRU. Adakah ianya Aset Semasa atau Liabiliti Semasa ?
    Tidak boleh ditentukan lagi, sehingga kita kenalpasti SEWA itu HASIL atau BELANJA ?

    1. Jika Sewa adalah BELANJA, maka SEWA TERAKRU bermaksud kita BELUM BAYAR … LIABILITI SEMASA.

    2. Jika Sewa adalah HASIL, maka SEWA TERAKRU bermaksud kita BELUM TERIMA …. ASET SEMASA.

    Diharapkan penerangan ini menjawab persoalan Farha.

  48. farha, guru saya ada ajar cara utk letakkan belanja terakru dan trdahulu. belanja terakru maknanya belnja belum byr iaitu kita hutang kpd seseorang. seseorang yg kita hutang dipanggil pemiutang. dalam KKK pemiutang kita letak di liabiliti semasa. oleh itu belnja terakru boleh dianggap mcm pemiutang tadi. so letakkannya di liabiliti semasa . belanja terdahulu ialah belanja yang kita terlebih bayar. duit yang terlebih byr itu dipegang oleh seseorang yang kita terlebih byr. seseorang itu hutang kpd kita (sbb dia pegang duit kita terlebih byr tadi). orang yang berhutang kpd kita dipanggil penghutang. oleh itu belanja terdahulu boleh dianggap mcm konsep penghutang iaitu orang hutang kepada kita. sbb itu letak di aset semasa dalam KKK.

  49. Cikgu

    Senarai baki akaun pada 30 Jun 2008 daripada sebuah syarikat.

    Kenderaan (kos) 8400

    Maklumat Tambahan:
    Kenderaan dibeli pada 30 September 2007 dan Peruntukan susut nilai kenderaan ialah 10% setahun atas kos.

    Penyelesaiannya:
    Dari 30 September 2007 hingga 30 Jun 2008 ialah 9 bulan. Oleh itu,
    10% x 8400 x 9/12 = 630

    Terima kasih.

  50. Resah,

    Tahniah !!!, anda sudah boleh menguasai pengiraan susutnilai dengan baik, seterusnya akaun yang terlibat dengan pelarasan ialah SUSUT NILAI KENDERAAN dan PSN KENDERAAN.

  51. cikgu,
    belanja terdahulu,hasil terdahulu,belanja terakru dan hasil terakru terletak di mana?dalam kunci kira-kira..

  52. Hariz,

    Cg sudah terangkan dalam post DIATAS.

    Iaitu sama ada dalam ASET SEMASA atau LIABILITI SEMASA.

  53. cg,mcm mne nak kira stok awal dan stok akhir?

  54. salam cg,
    dlm pnyata pndptn cra pengiraannya jualan – pulangan jualan – kos jualan + hasil – belanja.
    tp masalah sya ialah bgaimana nk ingt sesutu item itu perlu dimasukkan dlm rumus di ats? cntohnya, peruntukan hutg ragu,htg lapuk terpulih, duti import dll? bagaimana hndk thu item2 itu @ kategori sama ada belnja,hasil ?

  55. Cg, kalau dalam penyata pendapatan, premis (kos) dan peralatan (kos) letak bahagian mana?

  56. Sifu jawab bagi pihak Cg Narzuki:

    Hanna,
    Premis dan peralatan adalah Aset Bukan Semasa. Oleh itu ia HANYA boleh dicatatkan dalam Kunci Kira-kira.

    Puteri,
    Selalu ingat bahawa Peruntukan Hutang Ragu hanya boleh dicatat dalam Kunci Kira-kira, tetapi Belanja Hutang Ragu dicatat di bahagian belanja.
    Hutang Lapuk Terpulih dianggap hasil, Duti Import adalah belanja ketika belian barangniaga, maka tambahkan dalam bahagian KOS JUALAN.
    Praktis berulang kali menulis format PP dan KKK pasti membantu pelajar. Sifu nasihatkan anda ulangi menulis format (sepanjang yang munasabah utk SPM) sekurang-kurangnya 5 kali. Insyaallah akan ingat selepas itu. Semasa praktis menghafal sambil menulis itu, abaikan sahaja dahulu pelarasan.

  57. cikgu,apa maksud upah(jika ada gaji)?

  58. Happy,

    UPAH adalah terlalu UMUM, mungkin upah mencuci pejabat, upah baiki tandas, atau upah atas belian. Jadi dengan perkataan ”UPAH” sahaja tidak dapat ditentukan ianya bersamaan dengan ”UPAH ATAS BELIAN” walaupun telah ada GAJI. Sekiranya soalan tersebut bermaksudkan ”upah atas belian”, maka ianya perlu dinyatakan dengan jelas. sebagai UPAH ATAS BELIAN.

  59. cgu,sy nak paper lejar…xcukup
    mklumlah,sy kerap wt latih tubi utk dokumen..hehe
    paper lejar sy dah mintak,phm2 je laa…hueh3
    c u 2morow…

  60. cikgu,saya masih keliru di mana nak letak gaji dan upah?Dlm ak perdagangan @ u/r.

  61. Farah,

    Gaji dan upah adalah BELANJA, maka letak dalam AUR. Tetapi jika Upah Atas Belian kena letakkan dalam Kos Belian dimana : Belian (-) Pul. Belian + Angkutan masuk + Upah atas belian + Duti import. …. dalam Ak Perdagangan.

    Terdapat andaian yang mengatakan apabila ada GAJI dan UPAH, maka Upah tersebut dianggap sebagai “Upah atas Belian”. Andaian tersebut sebenarnya tidak tepat, kerana UPAH (sahaja) boleh mengambarkan upah memcuci pejabat, upah membaiki tandas dan sebagainya. Ianya tidak semestinya upah atas belian. Jika hendak dimasukkan sebagai Kos Belian, maka “UPAH” tersebut mesti digantikan dengan “UPAH ATAS BELIAN” supaya ianya jelas dan tidak boleh dipertikaikan.

    Pastikan Farah juga menguasai format penyata.

  62. Cg, saya ada beberapa soalan yg saya tak dpt selesaikan:

    sewa 7000
    penghutang 9600
    kenderaan 30000
    PSN kenderaan 3000
    PHR 600

    i) sewa bulanan ialah RM 600
    ii) seorang penghutang diisytiharkan muflis dan hutangnya RM650 menjadi hutang lapuk
    iii) kenderaan disusutnilai pd kadar 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
    iv) peruntukan hutang ragu diselaraskan 4% atas penghutang.

  63. Hanna,

    Setiap pelarasan melibatkan 2 akaun.

    i)
    sewa setahun = 600X12=7200
    sewa telah bayar (ID)= 7000
    Akaun terlibat :
    SEWA TERAKRU = 200 …. (Liabiliti Semasa)
    SEWA = 7000 + 200 = 7200 …. (Belanja)

    ii)
    Akaun terlibat :
    HUTANG LAPUK = 650 …..(Belanja)
    PENGHUTANG=9600-650= 8950 … (Aset Semasa)

    iii)
    SN= 10% x (30000-3000)=2700
    Akaun terlibat :
    SUSUT NILAI KENDERAAN = 2700 ….(Belanja)
    PSN KENDERAAN = 3000+2700=5700 …. (-ABS)

    iv)
    PHR awal (ID) = 600
    PHR akhir (kira) = 4% X 8950 = 358 ……….. (- Aset Semasa)
    PENGURANGAN PHR = 600-358 =242 ….. (Hasil)

  64. cg tolong bagi item2 nak masuk kunci kira2 atau penyata pendapatan…

  65. Ihsan,

    Bagi menjawab soalan ini, anda harus mengingati FORMAT Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira dengan tepat. Sebagai panduan :

    1. Penyata Pendapatan – melibatkan item Hasil dan Belanja

    2. Kunci Kira-kira – melibatkan item2 Aset, Liabiliti dan Ekuiti.

    Sila baca soalan dan komen2 yang telah Cg dibincangkan diatas, terdapat sedikit panduan dan tip2 bagi menjawab soalan ini.

  66. Hi, cg
    saya ingin bertanya bahawa:
    Upah sepatutnya dikategori sebagai belanja atau belanja belian sekiranya tiada penjelasan?

  67. Satu soalan lagi cg
    Sekiranya terdapat angka yang perlu ditolak, bolehkah saya tunjukkan angka dalam kurungan bermakna tolak? Adakah ia akan menjejaskan markah saya sebab ada guru yang izinkan dan ada yang tidak. Contoh

    Jualan 62000
    – Pulangan jualan (100)
    Jualan bersih 61900

  68. Wong,

    Jika dinyatakan sebagai “UPAH” sahaja maka dikelaskan sebagai Belanja. Tetapi “UPAH ATAS BELIAN” hendaklah dikelaskan sebagai kos belian.

    Penggunaan tanda “( )” bagi angka yang ditolak tidak menjadi kesalahan, TETAPI Cg cadangkan gunakan satu cara saja bagi menunjukkan operasi TOLAK sebagai :

    Jualan ………………… 62000
    (-) Pulangan Jualan …. 100
    Jualan bersih ………..61900

    Elakkan menggunakan kedua2 cara bagi menunjukkan perkara yang sama. Apa yang lebih penting perlu diberikan perhatian ialah OPERASI mesti betul, contohnya :

    Jualan ………………… 62000
    (-) Pulangan Jualan …. 100 X
    Jualan bersih ………..62100 (operasi TAMBAH)

    Walaupun ditulis (-), tetapi pengiraan menunjukkan OPERSI TAMBAH, maka Pulangan Jualan dikira SALAH.

  69. cg saya selalu ingtkan saya supaya tahu tujuan setiap akaun dibuat. cth PP sebab disediakan ialah utk cari UB atau Rugi bersih. jika kita tahu tujuannya, kita akn tahu apa jwpn akhir pada PP. sama spt KKK tujuannya ialah utk lihat kedudukan aset, EP dan liabiliti. so, semuanya mesti masuk dalam KKK. lagi satu cg saya beritahu tiada ak yg akn masuk dua “rumah” serentak iaitu masuk ke PP dan KKK. mesti satu masuk PP dan satu masuk KKK. cth: kadar bayaran belum bayar RM100. masuk ak kadar bayaran (PP) dan kadar bayaran terakru (KKK). kalau masuk dua ak dalam satu “rumah’, nanti jadi ‘sesak’. bagaimana pendapat cg? saya rasa sgt sng nk ingt cara tu.

  70. sebenarnya belajar ak dan menyediakan format Penyata Pendapatan macam satu cerita seorang peniaga nk dpt untung dari aktiviti jual beli barang. kalau boleh disusun ceritanya, pelajar boleh faham dgn sng formatnya. cth: jika sudah tahu tujuan sediakan PP utk cari UB atau RB, so sebagai seorg peniaga mereka mesti mulakan cara cari UB dgn pendapatan utamanya iaitu JUALAN(jika jual brg). selepas itu ceritanya (-) dan (+) sahaja. utk dptkan untung(jualan), mesti ada barang yg hendak dijual. di sini keluar cerita stok pula. kalau tak cukup, tambah (sbb peniaga nk untung paling maksimum). di sini keluar cerita belian. kalau tak habis jual, jadi stok tak habis jual (stok akhir). dan seterusnya……akhirnya utk UK jadi UB, kita tolak semua belanja2. UB mesti lebih kecil dari asal jualan tadi. kalau pelajar boleh faham cerita urus niaga ni, sgt sng nk ajar mereka format PP tanpa menghafalnya. kalau tak percaya, boleh ambil satu format penyata pendapatan dan lihat bagaimana formatnya disusun spt cerita yg disebutkan tadi.

  71. Shafiq dan Cg Ciknon,

    Terima kasih kerana kongsikan satu kaedah / pendekatan yang boleh digunakan bagi memudahkan pelajar memahami dan mengingati format2, terutamanya PP dan KKK.

    PENDEKATAN BERCERITA tersebut sungguh menarik dan membantu para pelajar untuk lebih memahami dan mengingatinya. Tahniah !!! ianya suatu usaha yang kreatif, semoga penggunaan pendekatan itu dapat membantu para guru dalam usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan p&p masing2.

    Diharapkan lebih ramai cikgu2 mengemukakan pendapat, pandangan, pendekatan, bahan2, maklumat2 dan sebagainya, untuk dikongsikan demi kebaikan bersama.

  72. utk rekodkan PHR boleh gunakan jadual dulu.cth:
    Lama Baru UR KKK
    PHR 200 100 100(pendapatan) 100(baru)
    PHR 200 250 50 (belanja HR) 250
    utk rekodkan dlm UR kena tengok perbezaan shj. kalau bertambah byk jadi belanja, kalau semakin kurang jagi pendapatan (pengurangan HR). utk KKK terus ambil yg baru. senang sahaja cara itu.

  73. Tq Cg Ciknon,

    Saya juga menggunakan cara yang hampir sama, bentuk jadual, cuma + 2 pantun 2 kerat, seperti berikut :

    PHR :
    ID/Lama = 200
    Kira = 250 ….. Amaun yang dikira, masuk Kunci kira-kira.
    + PHR = 50 ……. Bertambah jadi Belanja, Bekurang jadi Hasil.

  74. cikgu,
    bagaimana nak buat penyata kewangan jika di bahagian pelarasan ada dia nyatakan bahawa peruntukan susut nilai harus di lupuskan.

  75. Tra,

    Pelarasan yang melibatkan PSN kebiasaanya melibatkan penggiraan susut nilai. Dan akaun yang terlibat adalah Akaun Susut Nilai dan Akaun Peruntukan Susut Nilai.

    Dan satu lagi boleh juga melibatkan pelarasan pelupusan Aset Bukan Semasa (Rasanya tidak pernah disoal dalam SPM sebelum ini). Sila tuliskan maklumat tambahan tersebut dengan lengkap supaya mudah untuk Cg menerangkannya apa yang dimaksudkan oleh kehendak soalan.

  76. tg kerana beri idea tersebut. insyallah tahun depan saya akn tambah pantun kepada pelarasan tersebut.

  77. saya juga guna cara yang sama,sangat berkesan.

  78. cg, macam mana nak selesaikan kalo soalan tanya ‘insurans tahunan dibayar mulai 1 Novembar 2008’ ?
    dlm ID utk tarikh 31 Ogos 08, insurans ialah RM 3600.
    Kaedah ansuran tetap tu apa dia?

  79. Hanna,

    Insurans dibayar untuk 1 Nov 08 – 31 Okt 09 (1 tahun)
    Tempoh akhir perakaunan : 31 Ogos 09
    Insurans terdahulu : 1 Sept 09 – 31 Okt 09 (2 bulan)

    Insuran Terdahulu = 2/12 x 3600 = 600 … Aset semasa
    Insuran = 3600 – 600 = 3000 ….. Belanja

    Kaedah ansuran tetap maksudnya jumlah bayaran sama pada setiap bulan.

  80. salam sejahtera,

    cikgu, bagi soalan 2, spm 2008, adakah tajuk perkongsian atau milikan tunggal yang dijangka naik?

    dan bagaimana untuk mengatasi masalah kelalaian dan cuai yang menyebabkan kunci kira kira tidak balance? saya bimbang masalah ini akan berlaku didalam peperiksaan.

  81. Lina,

    Cg nasihatkan cover kedua2nya, kerana kedua2 dijangkakan naik.

    Masalah kelalaian dan cuai dapat diatasi dengan menggunakan teknik menjawab yang kemas dan teratur mengikut urutan maklumat yang diberikan dalam soalan supaya tidak tertinggal mana2 item.

    Semasa exam, sekiranya KKK tidak seimbang, Cg nasihatkan TERUS menjawab soalan berikutnya. Apabila semua soalan telah siap, baru buat semakan terhadap soalan 2 tadi.

  82. assalamualaikum..
    ckg,boleh tak cikgu bg format untuk buat akaun syarikat..masalah saya ialah saya ditugaskan untuk membuat akaun syarikat usahawan muda…tapi saya masih keliru apa yang perlu saya buat untuk membuat penutupan akaun…harap cikgu boleh bantu saya..

  83. Fitriah,

    Waalaikumsalam. Format yang lengkap boleh muat turun Cg Sila – Modul Ting 4
    dan rujuk Format Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

    Kalau tidak silap Cg, ada buku panduan untuk menyediakan rekod kewangan dan penutupan akaun yang diberikan sebagai rujukan kepada ahli Program Usahawan Muda. Cuba study panduan tersebut jika ada masalah / tidak faham baru kemukakan kepada Cg.

    Secara ringkasnya :
    Penyata Pendapatan – untuk cari Untung / Rugi syarikat. Iaitu HASIL – BELANJA = UNTUNG
    Kunci Kira-kira – menunjukkan kedudukan kewangan syarikat, iaitu terdiri daripada ASET, LIABILITI dan EKUITI PEMILIK.

  84. prinsip perakaunan

    Pulangan Jualan tu untuk apa ya?

  85. Entah,

    PULANGAN JUALAN merupakan Akaun Kontra kepada JUALAN. Iaitu pengurangan kepada HASIL.

    Contohnya,
    JUALAN RM2,000 – bermaksud jumlah hasil jualan kepada pelanggan.
    PULANGAN JUALAN RM500 – bermaksud pelanggan telah memulangkan barang yang dibeli kerana sebab2 tertentu seperti barang rosak atau salah jenama.

    Oleh itu dalam Penyata Pendapatan nanti, kita akan catatkan seperti berikut :

    JUALAN ……………………….RM2,000
    (-) PULANGAN JUALAN …….RM500
    JUALAN BERSIH …………………………..RM1,500

  86. saya langsung tidak faham pp dan kk..
    bila nk tolak bile nk tambah?? camner?

  87. Assalamualaikum….
    Adakah penggunaan LIFO dan FIFO sesuai untuk subjek Prinsip Perakaunan terutamanya nanti semasa penyediaan kerja kursus (SPM 2011). Adakah pengiraan stok akhir diambil dari harga jualan atau direkod pada harga kos.
    tq

  88. Syazlena,

    Pada pandangan Cg, anda seharusnya berjumpa guru anda untuk mendapatkan BIMBINGAN secara langsung kerana cara tersebut lebih berkesan. Demi untuk kejayaan anda.

    Cikgu Mat,

    Apa-apa tugasan yang akan diberikan dalam penyediaan kerja kursus (SPM 2011) nanti juga tertakluk kepada HSP, sekiranya tiada dalam HSP maka tidak akan dikemukakan dalam tugasan nanti kerana diluar daripada Sukatan Pelajaran SPM.

    Manakala penilaian STOK AKHIR mengunapakai konsep TAKAP iaitu “Terendah Antara Kos Atau Pasaran”.

  89. cikgu, apabila kita menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira, kita perlu tak menunjukkan jalan kerja? Apa itu jalan kerja? Tolong bagi contoh. Terima kasih

  90. Sht,

    Jalan kerja adalah langkah2 pengiraan yang dibuat bagi pelarasan daripada maklumat tambahan. Jalan kerja tersebut boleh ditunjukkan dibahagian bawah (diluar daripada) penyata. Contohnya,

    Jalan Kerja :
    Susut nilai kenderaan = 10% X 50,000 = 5,000

    Terdapat ARAHAN dalam kertas soalan SPM iaitu :
    “Tunjukkan kerja mengira. Ini membantu anda mendapatkan markah”

  91. kadangkala dalam imbangan duga tak tertulis stok akhir.
    jadi saya tengok kat bawah tu tertulis stok akhir ialah rm6005 dan 6500 pada harga pasaran.
    yang mana satu nak ambil?? ia kena-mengena dengan stok awal ke?

  92. Syazleena,

    Stok Akhir sememangnya tidak akan dimasukan dalam Imbangan Duga. Dimana ianya dinyatakan dalam maklumat tambahan di bawah Imbangan Duga tersebut.

    Dalam pemilihan nilai mana yang perlu digunakan kita gunakan konsep TAKAP (Terrendah Antara Kos Atau Pasaran), iaitu pilih saja nilai TERENDAH ( tidak perlu merujuk kepada Stok Awal dalam ID).

    Kaitannya ialah STOK AKHIR tersebut akan menjadi STOK AWAL pada tempoh perakaunan berikutnya.

  93. Assalamualaikum cg marzuki,

    saya nak tanya pasal apa itu maksud perakaunan, prinsip perakaunan, kekangan dalam perakaunan dan pihak berkepentingan terhadap penyata akaun??

  94. Nur,

    Cg kemukakan sedikit nota Pengenalan kepada Perakaunan untuk dimuat turun, semoga semua persoalan tersebut akan terjawab.

  95. Cikgu,
    Perkaitan antara kunci kira-kira dengan penyata pendapatan.Setakat apa yang saya faham kedua-dua ini sama dan x nampak perbezaannya?

    Terima kasih.

  96. Tina,

    Kedua-duanya merupakan penyata kewangan syarikat yang saling berkaitan dan saling melengkapi. Masing2 mengambarkan kedudukan kewangan (aset, liabiliti, ekuiti) sesebuah syarikat serta hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan yang menunjukkan keuntungan/kerugian yang diperolehi.

  97. slam..sy ada mslah ckit dlam nk buat pnyata pndptan….

    pdhal..sy thu buat akaun prdgngan….
    apkah..item2 pnting yg prlu sy thu dlam pnyedian pnyata pndpatn..??bntuk(T) kn…??

  98. Sarah,

    Item2 yang perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan ialah HASIL dan BELANJA.
    Manakala Kunci Kira-kira ialah ASET, LIABILITI dan EKUITI.

    Item2 yang penting dan agak mengelirukan terletak pada akaun perdagangan, terutamanya untuk mendapat KOS JUALAN. Oleh kerana anda tahu sediakan ak perdagangan maka tiada masalah bagi anda.

    Selepas dapat UNTUNG KASAR, maka (+) HASIL dan (-) BELANJA = UNTUNG BERSIH.

    Cuba bandingkan antara format T dan Penyata daripada buku teks. Formatnya hampir sama, cuma ada sedikit perbezaan, kesan persamaan dan perbezaan tersebut bagi membantu anda menguasai kedua2 format tersebut.

  99. TAHUKAH ANDA !!!

    PENYATA PENDAPATAN membantu pengguna-pengguna penyata kewangan untuk:

    1. menilai prestasi syarikat pada masa lepas,
    2. memberikan asas untuk meramal prestasi masa depan,
    3. membantu menilai risiko atau ketidakpastian memenuhi alirtunai masa depan.

    LIMITASI Penyata Pendapatan ialah:

    1. item-item yang tidak boleh diukur tidak dilaporkan dalam penyata pendapatan.
    2. angka-angka pendapatan akan terjejas dengan penggunaan kaedah perakaunan yang berbeza.

  100. Cikgu
    1. Simpanan tetap dianngap ABS atau AS
    2. Alatulis belum habis digunakan dimasukkan dlm AS sebagai alatulis terdahulu / stok alatulis
    tq

  101. Eniza,

    1. Sebenarnya Cg dah bincangkan dengan panjang lebar tentang SIMPANAN TETAP, sila rujuk di SINI. Secara ringkasnya ianya dianggap Aset Semasa, sama seperti Akaun Bank.

    2. Alatulis belum habis digunakan lebih sesuai gunakan STOK ALATULIS.

  102. Cg…..

    dividen diletakkan dimana… dan angkutan masuk ialah dan angkutan keluar ialah apa……..

  103. Zeewoon,

    Dividen diterima dicatat sebagai HASIL dalam Penyata Pendapatan.

    Kedua 2 Angkutan tersebut merupakan BELANJA, cuma perbezaannya :

    1. ANGKUTAN MASUK – merupakan kos angkutan yang terlibat semasa beli barang niaga daripada pembekal, maka ianya perlu dicatat bersama2 KOS BELIAN yang lain. Iaitu :

    Belian (-) Pulangan Belian (+) Angkutan masuk (+) Duti atas belian (+) Upah atas belian (+) Insuran atas belian.

    2. ANGKUTAN KELUAR – merupakan kos angkutan yang terlibat semasa menghantar barang niaga kepada pelanggan. Maka ianya perlu dicatat bersama2 BELANJA2 LAIN.

  104. Salam Sejahtera Cg..

    Saya nak tanya sat…cikgu leh tak bagi saya tips2 untuk hafal Penyata Pendapatan??? Sebab bila sye nak buat latihan itu susah sangat nk rujuk pada nota…

    1 lagi….cikgu boleh bagi sye Senarai Liabiliti Semasa,Liabiliti Bukan Semasa,Ekuiti Pemilik Tak….bila nk buat KKK itu kan,confuse sangat2….

  105. Tcp,

    Kalau setakat hafal saja memang susah sikit nak ingat, apa yang penting anda perlu faham apa itu Aset Bukan Semasa, Aset Semasa, Liabiliti Bukan Semasa, Liabiliti Semasa, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja … Kos Jualan, Kos Belian.

    Seterusnya apa yang perlu dihafal hanyalah kerangkanya dan penggunaan lajur, contohnya Penyata Pendapatan:

    Jualan Bersih
    (-) Kos Jualan
    = Untung kasar
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = Untung Bersih

    Antara senarai item2 yang terdapat dalam PP dan KKK, sila rujuk di Format Penyata Pendapatan dan KKK.

  106. ckg….pe soalan yang ckg spot masuk…………haram ckg.dpt mklumkn dgn segera..sya dhulukn dgn ucpan trima ksih…..

  107. maaf ckg….hrap..

  108. Amira,

    Maaf, Cg tak da spot mana2 topik, cuma nasihat Cg berikan tumpuan kepada soalan Dokumen, topik2 anchor item serta topik2 yang lain. Perbanyakkan menjawab soalan2 trial dari negeri2 lain dan soalan tahun lepas. Semoga berjaya.

  109. cg,kalau soalan minta pnyata….tpi kta bwat akaun…..bleh ka????atau markah dtolak……brapa yg dtolak?????

  110. Amira,

    Kalau soalan anchor item (soalan 2 dan 3), tiada penolakan markah, tetapi kemungkinan anda akan kehilangan 1 atau 2 markah jika anda sediakan dalam bentuk akaun.

    Manakalan bagi soalan2 lain (4, 5 dan 6) jika diminta sediakan dalam bentuk penyata tetapi dibuat dalam bentuk akaun kemungkinan akan ditolak 1 atau 2 markah.

  111. trima ksih ya ckg..jsamu dkenang slalu

  112. cikgu,

    boleh tak saya sediakan PP dan KKK dalam kertas jurnal?

  113. Seva,

    Boleh, tidak menjadi masalah, cuma potong “JURNAL” dan tuliskan tajuk Penyata Pendapatan ataupun Kunci Kira-kira dengan lengkap.

  114. cikgu,
    anchor question biasanya akan tekan dlm mana topik (peluang besar yg akan keluar)?Adakah akaun kos dan perakaunan akan disangka akan keluar pd thn ini?
    saya dhlkan dgn ucapan terima kasih…

  115. Shirley,

    Daripada analisis soalan2 trial 2009, kebanyakkannya negeri mengeluarkan soalan RTL Kaedah Analisis dan Pembubaran Perkongsian. Tetapi ini tidak bermakna ianya akan keluar dalam SPM 2009 nanti. Kita perlu ingat panel penggubal tidak akan mengeluarkan soalan2 yang mudah untuk diramalkan oleh guru2, mungkin akan ada 1 atau 2 soalan yang tidak dijangkakan sama sekali oleh guru2, tetapi akan dikeluarkan dalam SPM 2009 nanti.

    Oleh itu, nasihat Cg, gunakan masa yang seadanya ini untuk kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada. Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan 1A.

  116. ckg,knp sye slalu x dpt kalau nk kire p.h.r n susut
    kaedah baki berkurangan?…tlg jwbkn ye ckg…

  117. Balqis,

    Pelarasan bagi PHR sila rujuk SINI.

    SUSUT NILAI = k% X (Niliai Kos – PSN awal), akaun yang terlibat :
    1. Susut Nilai
    2. Peruntukan Susut Nilai = PSN awal + Susut Nilai yang dikira

    Ataupun boleh rujuk SINI.

  118. salam cikgu,

    sini saya ingin bertanya kpda ciku ttg mslh saya dalm soalan no 2 iaitu soalan utk penyata pndapatn&kkk milikan tunggal.
    format sudah saya hafal tetapi saya sukar utk memahami maklumat tambahan..

    subjek akaun bagi saya agak sukar memandangkan saya hnya mahir n boleh mnjwb soaln dokumen perniagaan shja.
    utk spm yg makin hampir ini saya harap cikgu dpt membantu saya bagi dapat menjawab soalan2 sekurang2nya lulus atau lebih baik lagi kerana subjek akaun bukanlah subjek yg saya xsuka.tetapi saya terlalu banyak yg dh ketinggalan.

    ataupon cikgu dpt beri soaln2 spot kerana saya sudah terlambat utk memahami kesemua bab dengan baik.
    tq.harap cikgu dapat reply as soon as possible

  119. Ayie,

    Bagi menguasai soalan penyata kewangan milikan tunggal, anda seharusnya :
    1. Ingat Format2 yang terlibat PP dan KKK.
    2. Kenal pasti setiap pelarasan yang perlu dilakukan bagi setiap maklumat tambahan yang diberikan. Dapat melakukan pengiraan yang betul, kenal pasti 2 akaun yang terlibat serta kesan ke atas akaun2 tersebut – bertambah / berkurang.
    3. Sediakan PP dan KKK dengan format yang betul.

    Soalan2 trial merupakan soalan yang dijangkakan akan keluar dalam SPM nanti. Jadi Cg mencadangkan muat turun Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online dan jawab soalan tersebut satu persatu (setakat yang termampu). Jangan abaikan soalan Kertas 1, kerana ianya menyumbang 33.3% daripada markah keseluruhan.

    Semoga Berjaya.

  120. salam cikgu.terima kasih kerana membalas.

    format pp&kkk insyaallah saya boleh lakukan.saya sudah dpt menghafal butiran2 di imbangan duga yg perlu diletakkan dlm pp/kkk.

    yg menjadi mslh besar bagi sya ialah melakukan pengiraan dengan betul,pelarasan & kesan keatas akaun2 samada berkurang/bertambah.terutama sekali : peruntukan susut nilai,peruntukan hutang ragu & insurans yg perlu saya kira dalm maklumat tambahan.harap cikgu dapat membantu saya dlm mslh ini.

    sudah banyak kali saya lakukan soalan penyata kewangan ini tetapi hasilnya tetap sama(tidak imbang).

    1 more thing cikgu,dimana sya nk muat turun koleksi trial 2009 cikgu itu.

    ok.saya tunggu reply dari cikgu.tq again cikgu ats jasa baik cikgu.

  121. 1 more thing cikgu,dlm maklumat tambahan kadang2 boleh dijadikan samada sewa terakru,sewa terdahulu,insurans terdahulu/terakru & peruntukan htg ragu boleh jadi diletakkan dalam butiran hasil…

    jadi soalan saya bagaimana sya boleh memantapkan pemahaman saya untuk menentukan yg mana 1 yg betul…

    maaf kalau soalan yg saya tanya agak berbelit2& menyukarkan utk cikgu paham

  122. Ayie,

    Cg cadangakan muat turun panduan dan tips yang disediakan oleh Cg Sila – Cemerlang Penyata Kewangan (klik), semoga ianya dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

    Muat Turun Koleksi Trial 2009 Cg Narzuki Online (klik)

  123. salam.

    terima kasih cikgu.
    harap ianya dapat membantu saya.
    terima kasih sekali lagi.

    saya doakan cikgu dimurahkan rezeki.tq.

  124. maaf ganggu cikgu… cikgu saya nak tanya soalan PP dgn KKK soalan wajib keluar ke cikgu?? t kasih..

  125. Yasmin,

    Buat masa ini bleh dikatakan begitu, di mana pelajar diminta sediakan PP dan KKK sama ada bagi topik milikan tunggal, Ak kelab dan persatuan, rekod tak lengkap ataupun perkongsian. Iaitu soalan 2 dan peruntukan markahnya ialah 20 markah.

  126. cg…sy pelajar tingkatan 4…sy faham f0rmat penyata pendapatan&kkk…..tp sy ada msalah tentang bagaimana hendak tahu kedudukan nya…..
    contoh;(bank)…sy tidak tahu kedudukan nya dimana…
    tolong sy cikgu…

  127. Aisyah,

    Macam mana boleh dikatakan “faham” format penyata kewangan tetapi tidak tahu kedudukan akaunnya. ???

    1. Sila hayati format penyata kewangan dan kenal pasti setiap kedudukan :
    – Hasil, Kos Jualan, Belanja dalam Penyata Pendapatan
    – Aset Bukan Semasa, Aset Semasa, Liabiliti Semasa, Ekuiti Pemilik dan Liabiliti Bukan Semasa dalam KKK.

    2. Faham maksud dan dapat kenal pasti setiap akaun2 yang diklasifikasikan sebagai :
    – Aset : Semasa dan Bukan Semasa
    – Liabiliti : Semasa dan Bukan semasa
    – Ekuiti Pemilik
    – Hasil
    – Belanja

    Cg harap gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk menguasai topik2 yang masih lemah, sebagai persediaan awal menghadapi SPM 2010 nanti.

  128. askum cikgu,sy nk tnye pnyata p.p,,psn aset kena bawa musuk dlm k.k.k yg pasti aset kena tolak dg psn,ttp jka dlm soalan tdk bg aset,tp ada psn aset,,mcm mne nk buat cikgu???blh cikgu trang kan…

  129. Wan,

    Memang betul, kena catat dalam KKK. contohnya :

    KKK
    Kenderaan …………….. XXX
    (-) PSN kenderaan ….. XXX…..XXXX

    PSN hanya wujud apabila adanya ASET BUKAN SEMASA, maka jika tiada ABS maka PSN juga tidak akan ada. Cuba cari betul2 ABS tersebut, jika tiada juga, mungkin ada kesilapan dalam soalan tersebut.

  130. mcm ni cikgu,…premis 20000,alatan(kos)6000,..dua ni sje yg ad ABS….yg sy hran dlm p.p die bg psn-perabot 200 ttp perabot xde…..Adkah soalan yg tak lengkap@sy yg tak fham??…..abis tu nk msuk kt mne psn perabot?adkah dbiar kn sje

  131. Wan,

    Kalau begitu, ada kesilapan dalam soalan tersebut. Cg cadangkan supaya “PSN Perabot RM200” digantikan dengan “PSN Alatan RM200”.

    Ini kerana PSN Perabot TIDAK BOLEH WUJUD tanpa adanya PERABOT.

  132. cikgu , hasil seperti diskaun dlm pernyata pendapatan tidak tulis diterima perlukah kita tambah perkataan diterima?

  133. cikgu kenapa soalan 2 sekolah menengah sains machang premis dlm kkk tidak perlu tolak psn?tetapi soalan item anchor(6) cikgu saya ajar saya letak psn walau tidak ada pelarasan baru.

  134. sry cikgu silap pandang,tak ada psn untuk premis .tetapi cikgu saya nak pasti sekali lagi jika ada psn ada dlm imbangan duga tetapi maklumat tiada pelarasan baru , kita perlu letakkan psn aset yang ada dlm maklumat ke dlm kkk?

  135. Soh,

    Tambah “diterima” boleh, tak tambah pun boleh.

    Dalam soalan SMS Machang, Dalam ID yang diberikan tiada PSN Premis dan tiada juga pelarasan susutnilainya, maka tidak wujudkan PSN Premis ….. oleh itu dalam KKK tidak perlu dinyatakan PSN Premis kerana ianya tidak wujud.

    Maksud Cg sebelum ini, walaupun tiada maklumat pelarasan susut nilai, tetapi dalam ID terdapatnya baki PSN, maka dalam KKK mesti ditunjukkan ABS – PSN kerana telah wujudnya baki PSN.

  136. ok cikgu ,saya sudah faham ,terima kasih cikgu.

  137. salam cikgu…
    cuti skolah ini,sy ada juga membuat latihan2..kini sy sudah dpt mnenal pasti kelemahan sy..sy sukar untuk memahami/menghafal maklumat tambahan dalam pp&kkk…boleh tak cikgu memberi formula2 untuk sy menghafal mklumat2 tambahan…

  138. Cg cadangkan, muat turun dan study bahan2 tersebut.

    B-Muat Turun Bahan
    Cg Sila – Cemerlang Penyata Kewangan
    Cg Sila – Modul Ting4

  139. cikgu, saya nk tanya. kalau overdraft bank terakru, masuk ke mana ye?

  140. Maaf, Cg tak pernah dengar pun “overdraf bank terakru”….
    Overdraf Bank itu sendiri adalah Liabiliti Semasa, … TERAKRU dan TERDAHULU biasanya digunakan untuk HASIL atau BELANJA.

  141. um, saya tau itu cikgu. maksud saya, kalau soalan tu kata overdraf bank tu kita belum bayar lagi. dia jadi terakru kan?

  142. Cg bagi contoh lain …. pinjaman yang kita belum bayar lagi … adakah ianya dipanggil “Pinjaman Terakru” ???

    Jadi di sini, kita hanya lihat pada Overdraf Bank sahaja iaitu LIABILITI SEMASA.

  143. oh okay. um, satu lagi soalan cikgu. macam mana kita nak tahu peruntukan hutang ragu tu adalah hasil atau belanja, kalau tidak diberi hutang lapuk.

  144. Peruntukan Hutang Ragu …. merupakan Ak Kontra kepada Ak Penghutang, ianya dikelaskan sebagai Pengurangan Aset Semasa. Dlm KKK- Aset Semasa :

    Penghutang 1200
    (-) PHR …………200…. 1000

    Yang dikelaskan sebagai Hasil / Belanja, bukannya PHR, tetapi :
    1. Pertambahan PHR …..Belanja
    2. Pengurangan PHR …. Hasil

    Cara2 untuk menentukan Pertambahan / Pengurangan PHR, boleh rujuk komen Cg sebelum ini DISINI.

  145. Cg,

    Saya nak tanya pengambilalihan pemiutang oleh pekongsi semasa pembubaran perkongsian perlu diKREDIT ke Akaun Modal Pekongsi atau diKREDIT ke Akaun Bank?

    TQ

  146. Jika melibatkan AMBIL ALIH oleh pekongsi, maka Ak Modal Pekongsi tersebut akan terlibat iaitu disebelah KREDIT.

  147. nadirahsalam…cikgu nak tanye kalau dkt imbangan duga tu die tulis upah sahaja and bhg,. debit….tu kira upah atas belian kew..???? kalau bukan nak ltk bhg. mane…???
    and kat maklumat tambahan die tulis faedah ats pinjaman terakru 800…sedangan kt imbgn duga tak tulis pun pasl faedah pinjmn…yg ade pinjmn je…ade kaitan kew…ke takde kaitan hanye kene tambah kat kk dan pp,,,, nilai yang die kasi..,

  148. Nad,

    “UPAH” sahaja adalah umum, jadi kita tidak boleh katakan ianya sebagai Upah atas Belian (setengah buku rujukan buat andaian sedemikian). Ini kerana ianya boleh jadi upah lain seperti upah cuci pejabat, upah membaiki dan sebagainya. Maka pada pandangan Cg “Upah” dicatatkan bersama2 item2 belanja yang lain dalam penyata pendapatan. Sekiranya JELAS dinyatakan “Upah atas Belian” barulah kita letakkan bersama2 item Kos Belian , iaitu : Belian (-) PB (+) angkutan masuk (+) upah atas belian.

    Akaun yang terlibat dengan pelarasan Faedah pinjaman terakru ialah :
    1. Faedah pinjaman (jika tiada- maka buka baru, jika telah ada dalam ID, maka TAMBAH nilai tersebut)
    2. Faedah pinjaman terakru (catat dalam KKK sebagai Liabiliti Semasa).

  149. Salam cikgu.Bolehkah cikgu memberitahu mana pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan dan kepentingan Penyata Kewangan ?(Mengikut Sukatan Pelajaran terbaru dalam Bab 1.1).Terima kasih.

  150. Semoga nota berikut, sedikit sebanyak dapat membantu.

    PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN

    1. Pengguna Dalaman:

    (a)Pihak Pengurusan
    – menilai keputusan pengurusan yang lepas.
    – membuat keputusan untuk masa depan.

    2. Pengguna Luaran:

    (a) Pelabur Sedia Ada
    – ketahui nilai modal yang dilaburkan.
    – jumlah dividen yang diterima
    – ketahui sumber kewangan perniagaan.

    (b) Pihak Bank / Pemiutang
    – nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman.

    (c) Lembaga Hasil Dalam Negeri
    – untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan.

    (d) Bakal Pelabur
    – untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan.

    JENIS-JENIS PENYATA KEWANGAN

    1. Penyata Pendapatan
    – Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.
    – Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

    2. Penyata Ekuiti Pemilik
    – Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan.

    3. Kunci Kira-kira
    – Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.
    – Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

    4. Penyata Aliran Tunai
    – Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

  151. Terima kasih Cikgu.Dalam Sukatan Pelajaran Terbaru yang telah dimuat turun dari blog cikgu, terdapat beberapa topik baru dalam Bab 1

    1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan

    (a) Jenis-jenis Penyata Kewangan
    (b) Tujuan Penyata Kewangan
    (c) Tajuk Penyata Kewangan
    (d) Komponen setiap jenis Penyata Kewangan
    (e) Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan
    (f) Pengguna Penyata Kewangan
    (g) Kepentingan Penyata Kewangan dalam perniagaan

    Daripada huraian sukatan di atas, didapati (e) dan (f) ialah topik yang berlainan.Bolehkah cikgu memberi maklumat tentang topik (e)?Terima kasih cikgu

  152. Siapa yang bertanggungjawab menyediakan semua rekod perakaunan dalam sesebuah perniagaan / organisasi ????

    Tentulah Akauntan dan dibantu oleh Pembantu Akauntan / Kerani Akaun.
    ~ Boleh dikaitkan dengan tujuan Simpankira dan Perakaunan.

  153. ya cikgu, memang ini salah satu topik dalam Sukatan Pelajaran terbaru.Kedai popular sekarang masih belum menjual Buku Rujukan PAK mengikut SP terbaru.Sasbadi dan Longman masih dalam SP lama.memang tunggu sampai pening kepala~~Walau bagaimanapun, terima kasih cikgu~~

  154. Cuba rujuk Longman ESENSI Prinsip Perakaunan SPM terbitan 2010.

  155. Saya sudah rujuk cikgu, di dalamnya Tingkatan 4 masih dalam 8 bab (masih SP lama)~~~

  156. ckgu..

    ckgu de formula dlm bab ni..?

  157. Fara, prinsip perakaunan merupakan ilmu kemahiran, bukannya dengan cara menghafal formula semata-mata tetapi memerlukan BIMBINGAN GURU secara berterusan. Kuasai SATU PERSATU kemahiran yang ada. Dan selalulah BERJUMPA dan BERTANYA guru anda secara langsung kerana cara tersebut adalah lebih berkesan.

  158. ok…trimas ckgu..

  159. mcm mana cara mudah nak ingat format penyata pendapatan

  160. cikgu,
    boleh tlg ajarkan akaun kawalan?

  161. cikgu..
    upah sebenarnya dalam belanja kan ? tapi masa nak dapan untung bersih kenapa perlu tambah bawah belian????

    Satu lagi apa maksud aset simpanan semasa

  162. salam.
    cikgu,sy berusia 23 thun n br setahun menceburi bidang pniagaan.sy mmpunyai kedai runcit.sy nk tau cmne nak wat pnyata pndptn n kunci kira2 bg kedai runcit?adekah sme seperti yg dh blaja mse spm n diploma?

    2) klau same,cmne nak kira stok akhir?adekah sy ptt kira satu persatu stok akhir di kedai sy?

    tq cikgu.

  163. Salam,
    Pada pandangan Cg, bagi sebuah kedai runcit sudah memadai disediakan Penyata Kewangan sebagaimana yang telah dipelajari semasa SPM dan juga Diploma.

    Manakala penilaian Stok Akhir ada beberapa cara dan kaedah, sebagai permulaan Cg mencadangkan penilaian stok akhir dilakukan dengan pengiraan satu per satu berdasarkan harga kos setiap item tersebut.

  164. ckgu,klau sy dh tlmbt nk kre stok akhir,ade care lain x nk dptkn stok akhir?sy br nk mulekan closing acc lat year..

  165. Hi cg, saya nak tanya betulkah dalam silibus bara topik untuk penyata pendapatan dan kunci kira-kira terletak dalam 6.2 ataupun bab 7. Sebab cg sekolah saya telah mengajar bahagian ini (bukannya ini silibus lama).

  166. Faizah,

    Satu cara, kira saja stok pada masa sekarang, kemudian tolak nilai stok2 yang dibeli selepas tempoh perakaunan tersebut dengan merujuk kepada bil2 atau invois belian stok.

    Wong,
    Bab 6.2 hanyalah pengenalan kepada penyata kewangan, ianya menyatakan fungsi dan format penyata kewangan tersebut. Manakala Bab 7 menerangkan tentang pelarasan2 yang terlibat dan seterusnya menyediakan penyata kewangan dengan mengambil kira pelarasan2 tersebut. Sukatan Pelajaran hanyalah panduan apa sukatan yang perlu diajarkan, cara cikgu mengajar tidak semestinya ikut satu persatu urutan senarai sukatan tersebut. Bagi cikgu2 yang berpengalaman dia mengajar ikut perancangan dia sendiri supaya pelajar mudah memahami topik yang diajar serta pengajaran lebih berkesan. Namun begitu semua yang terkandung dalam sukatan pelajaran tetap disampaikan kepada pelajar. Jadi kalau nak pastikan cikgu anda menggunakan Sukatan baru atau lama kena tanya beliau sendiri.

  167. saya nak tanya cikgu, perlu ke ajar penyata pendapatan, akaun dagangan dan untung rugi serta kunci kira-kira dalam bab 2.. sebab dalam sukatan baru dah tukar dalam bab 1 itu pun lebih kepada pengenalan sahaja. Kalu kena ajar perlu ke secara detail, kerana tajuk ini ada dalam bab yang lain.

  168. Pada pandangan saya, dalam bab 1 kita hanya dedahkan secara ringkas saja sebagaimana yang terkandung dalam HSP baru. Dalam bab 7 nanti baru kita ajarkan secara lebih detail, ….. kita ajar ikut kitaran perakaunan.

  169. salam…
    terima kasih atas penerangan cikgu tersebut.
    saya mmg dah baca modul tue ttg konsep penemuan….
    tp agak confuse skit…
    terima kasih bayak2…

  170. assalammualaikum cikgu ,
    saya tidak fhm sgt ttg penyata pendapatan untuk penyata kewangan untuk tingkatan 4 tahun 2010 .
    ada tak cara yang lebih mudah untuk saya lebih fahamkan ttg penyata pendapatan itu ?
    boleh tak cikgu tolong tunjukkan contoh yang lengkap untuk bentuk penyata pendapatan tersebut ..

  171. ckg, saya confius sikit dgn skop tajuk bagi tajuk akaun kontra dalam bab 2 bagi sukatan baru tingkatan 4 2010. untuk bab 2 kita ajar mengenai akaun kontra yang melibatkan penyediaan penyata pendapatan dan KKK ikut format baru. soalan saya adakah kita perlu ajar secara detail cara penyediaan PP dan KKK atau hanya menekankan sedikit sahaja dalam bab ini? misalnya hanya bagi pengenalan ringkas bagi tajuk akaun kontra dengan menunjukkan cara menyediakan PP dan KKK secara ringkas. yang selebihnya secara detail kita ajar dalam bab 7. bolehkah ckg mcm tu?

  172. Shai,
    Formatnya sama dengan format sebelum ini, cuma perbezaanya pada Jualan Bersih dan Belian Bersih sahaja, iaitu perlu dimasukkan Diskaun diberi dan Diskaun diterima.

    Penyata Pendapatan bagi ……….
    Jualan———————————————– 3000
    (-) Pulangan Jualan———————-500
    —-Diskaun diberi ———————–100—-600
    ——————————————————–2400
    (-) KOS JUALAN :
    Stok awal————————————-1500
    Belian———————————–2000
    (-) Pulangan Belian———200
    —-Diskaun diterima——–100–300
    —————————————-1700
    Angkutan masuk——————-300–2000
    ———————————————-3500
    (-) Stok akhir———————————2500–1000
    Untung kasar—————————————-1400

    Cg Geetha,

    Skop cakupan bagi setiap topik ada dinyatakan dengan jelas dalam HSP. Merujuk kepada Hasil Pembelajaran bagi AKAUN KONTRA adalah :

    1. Mendefinisikan Akaun Kontra.
    2. Menyenaraikan akaun-akaun kontra.
    3. Memadankan akaun kontra mengikut jenis akaun.

  173. smekom ckgu .
    huhu .
    mlai msok form 4 ne amek kos akaun .
    satu pon sya x fham lngsung .
    mcam na ne .
    bule bg ptunjuk x ckgu .?
    tenk u .

  174. ok, tq ckg. maksudnya hanya pengenalan sahaja. tq

  175. ok mekaseh cikgu….
    tpi cikgu jika soalan 2 minta kita_ sediakan catatan perlarasan yg ssuai dngan maklumat yg dberikan.?..ap yg ptut kita lakukan dahulu….
    maksudnya,……diberi imbgan duga …n maklumat tmbahan ..mcm mne kita nak jawab soalan 2..adakah perlu mmbuat PP @ KKK dhulu bru bka akaun perlarasan..n imbagan duga terlaras

  176. Dalam menjawab soalan 2 SPM (penyata kewangan), berdasarkan maklumat dalam ID dan maklumat tambahan, kita lakukan pelarasan satu per satu.
    – dapatkan/kira amaun yang perlu diselaraskan.
    – kenal pasti 2 akaun yang terlibat dan kesan ke atas akaun2 tersebut, Tambah atau Tolak.
    – kenalpasti kemana setiap akaun tersebut akan dimasukkan … Penyata Pendapatan / KKK.

    Setelah siap melakukan pelarasan, tidak perlu disediakan Imbangan Duga Terselaras kerana banyak masa akan dibazirkan. Sebaliknya tunjukkan pengiraan2 tersebut sebagai JALAN KERJA di atas sehelai kertas jawapan.

    Kemudian sediakan Penyata Pendapatan dan KKK berdasarkan maklumat dari ID dan pelarasan yang telah dilakukan.

  177. Cikgu
    Dalam SPM, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira ditulis dalam kertas kajangkah?

  178. Bebas, nak guna kertas kajang boleh, kertas jurnalpun boleh, asalkan format yang digunakan adalah betul. Cuma Cg syor gunakan kertas kajang saja.

  179. cik, blh tnjukkan sy kt mane kdudukan faedah ats bon dan saham dlm pnyata pndptn

  180. hairul hafiezul

    faedah overdraft dan tunai runcit dalam akaun apa? perdagangan/kunci kira kira/untung rugi ??

  181. 1. Anda perlu kenal pasti klasifikasi akaun terlebih dahulu.
    Faedah atas Bon …………. Hasil
    Dividen Saham ……………. Hasil
    Faedah atas overdraf…… Belanja
    Tunai runcit ………………… Aset semasa

    2. Hasil dan Belanja dicatat dalam Penyata Pendapatan. Manakala Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik dicatat dalam KKK.

  182. I nak tanya cg tentang perubahan format Pp (bahagian diskaun yang ditolak bersama-sama dengan pulangan)..Perlu tak kita terangkannya pada pelajar Tingkatan Lima spm tahun ini 2010.
    Saya cukup bertuah kerana blog cg sangat berguna untuk saya serta anak murid 1 Malaysia.Terima Kasih..Bolehlah cg kumpulkan semua cg akaun dan buat program peringkat nasional

  183. Pada pandangan saya, pelajar tingkatan 5 2010 hendaklah mengikuti SP&HSP lama dalam menjawab peperiksaan. Sebagai makluman (sahaja) boleh juga diberitahu format tersebut, kerana diperingkat matrikulasi nanti mereka akan menggunakannya.

    Guru Perakaunan 1Malaysia telah berjaya dikumpulkan melalui blog ini, semoga sesama guru boleh saling berhubung bagi bertukar2 pandangan dan bahan sesama sendiri. Dan untuk membuat program peringkat nasional adalah tidak mungkin, kerana siapalah saya ini ….. hanya seorang guru biasa sahaja.

  184. terima kasih cg……

  185. salam cg,

    cg sy nak tanya bg ak pdgn,ak untung/rugi/kkk,adakah boleh untuk bahgian ini?

  186. Ya, sekarang ini format bentuk penyata diberikan keutamaan berbanding bentuk “T” dalam menjawab soalan peperiksaan.

  187. salam cg,
    terima kasih,

    soalan sy spt;
    ak bank – penerimaan
    jualan tunai ,RM 63000
    jualan kredit ,RM77000

    ak bank -pembayaran
    belian tunai RM 38000
    belian kredit RM 62500

    1. adakah jumlah jualan di ak pdgn 63000 +77000?
    2. tunai di bank RM10000 ditolak perbelanjaan & jumlah terakhir di aset sms adalah baki yg tinggal?
    3.perlukah Pehutang & pemiutang ditambah dgn jualan krdit & belian krdit yg dibt?

    terima kasih cg.

  188. 1. Ya, JUALAN = Jualan Tunai + Jualan Kredit.
    2. Bank dalam Aset Semasa adalah merujuk kepada BAKI AKHIR Ak Bank setelah diimbang dan ditutup.
    3. Maaf, Soalan tersebut masih tidak lengkap, jadi tidak nampak gambaran sebenar soalan tersebut.

  189. Salam cg,maafkan sy kerana gambaran soalan kurang jelas,

    Modal yang disumbangkan oleh beliau terdiri daripada item-item berikut:
    Perabot RM25,000
    Tunai di bank RM10,000

    1. Bank akhir di aset sms(tunai di bank – pebelanjaan)?

    Baki-baki aset dan liabiliti pada 30 September 2009 adalah seperti berikut:
    RM
    Penghutang 18,000
    Pemiutang 16,000
    Stok 11,320
    Gaji belum bayar 600

    2. Jumlah pehutang di aset sms (jualan kredit + pehutang)?
    3. jumlah pemiutang di liabiti sms(belian kredit + pemiutang)?

    terima kasih cg ,sy suka webpage cg.Semoga lebih maju!

  190. Pada pandangan Cg, Baki Penghutang dan Pemiutang pada 30 Sept. 2009 sudah mengambilkira jualan dan belian kredit tersebut. Hanya jika ada maklumat tambahan tentang pelarasan sahaja baru diambilkira semula, contohnya penghutang dihapuskirakan sebagai hutang lapuk, terdapat pulangan belian yangbelum dicatat dalam mana2 buku dll.

  191. assalamualaikum cikgu,

    saya nak bertanya tentang penyata pendapatan ( tingkatan 4 ) berkenaan maklumat tambahan :

    di situ tertulis :

    i) pulangan belian rm300 terlupa direkod

    di imbangan duga :

    penghutang && pemiutang = 6600(debit) & 6200(kredit)

    maknanya disini pemiutang rm6200 perlu ditolak dengan rm300 lah ye di kunci kira-kira ?

    harap cikgu tolong saya 🙂

  192. Waalaikumussalam, ya betul, cuma pelarasannya ialah :

    Pulangan belian +300 ……. ….. KJ (PP)
    Pemiutang 6200-300=5900 …. LS (KKK)

  193. Cikgu narzuki,
    Dalam penyediaan kunci kira-kira…butir dalam aset semasa mesti susun mengikut turutan stok, penghutang, bank, tunai…..atau tidak perlu? bolehkah saya mula dengan bank atau penghutang dahulu?..terima kasih

  194. Tidak dianggap salah, cuma susunan yang baik adalah mengikut kecairan aset semasa tersebut.

  195. Cikgu narzuki,
    jika tahun lepas tidak ada peruntukan hutang ragu tetapi tahun ini ada satu peruntukan hutang ragu 5%, dalam bahagian belanja penyata pendapatan, bolehkah saya tulis sebagai belanja hutang ragu? adakah salah jika saya tulis pertambahan peruntukan hutang ragu atau hutang ragu sahaja? terima kasih

  196. Sebenarnya penggunaan butir2 tersebut adalah bergantung kepada kaedah peruntukan hutang ragu yang digunakan. Walau bagaimanapun pada peringkat SPM kaedah2 tersebut tidak didedahkan. Maka, pada pandangan Cg, ketiga2 butiran tersebut boleh digunakan.

  197. >perabot disusutnilaikan 20% setahun atas kos
    >peruntukan hutang ragu diselaraskan kpd 2% atas penghutang…

    dr imbangan duga ..
    >perabot (kos) = 14 000(dt)
    >peruntukan susutnilai perabot = 14 00(kt)
    >penghutang = 4 600(dt)
    >peruntukan hutang ragu = 190(kt)

  198. Cara2 catatan pelarasan telah Cg bincangkan sebelum ini, sila rujuk ATAS sebagai panduan.

  199. cikgu,

    sy x phm apa itu angkutan masuk dan apakah itu angkutan keluar…bleh terangkan dgn lebih lanjut?
    terima kasih

  200. Sila rujuk komen Cg berhubung Angkutan masuk dan angkutan keluar di ATAS (klik).

  201. Cikgu Narzuki,
    Dalam penyediaan penyata pendapatan dan Kunci kira-kira, perlukah kita gariskan tiga column. Mengapa ramai kawan sebut sebagai penyata pendapatan 3 column tetapi saya tidak pernah buat column sebelum ini dan saya hanya sediakan dalam bentuk penyata sahaja.
    satu soalan lagi, semasa kita sediakan penyata pendapatan
    jualan 12000
    (-) Pulangan jualan (500)
    Perlukah angka pulangan jualan itu letak kurungan kerana tolak?
    terima kasih

  202. Garisan coloumn tersebut sama ada digaris ataupun tidak tidak menjadi masalah, asalkan ianya jelas nampak penggunaan dan pengasingannya.

    Pada pandangan Cg, angka 500 tidak perlu lagi dikurung kerana telah dinyatakan dengan jelas “(-) Pulangan Jualan”, apa yang lebih penting adalah OPERSInya mesti betul TOLAK, jangan ditulis saja tanda (-) atau (500) tetapi hasil OPERSInya TAMBAH, iaitu Jualan bersih = 12500, maka dikira SALAH.

  203. cikgu,
    jika operasi betul tetapi terlupa letak tanda (-), adakah salah? tq

  204. Pada pandangan Cg, jika terlupa letakkan tanda (-), tetapi OPERASInya betul, maka ianya diterima dan dikira BETUL.

  205. cikgu betul pelajar2 university dia kata soalan LCCI lbh senang dari yg malaysia buat…sbb LCCI dia street to forward…

  206. Soalan mana lebih senang Cg tak pasti, cuma pada pandangan Cg, soalannya hampir sama saja.

  207. Cikgu narzuki,
    Cikgu kami bagi tahu soalan tahun lepas 2009 soalan no 2 Akaun perdagangan dan untung rugi, calon mesti jawap dalam bentuk penyata, jika calon jawap dalam bentuk T, markah akan ditolak, betulkah? terima kasih.

  208. Pada masa ini penyediaan penyata kewangan adalah digalakkan disediakan dalam bentuk penyata. Pada pandangan Cg, jika disediakan dalam bentuk Akaun markah TIDAK akan ditolak, tetapi kemungkinan hilang markah untuk MODAL KERJA sahaja.

  209. terima kasih cikgu…fatin pun tak tahu sebab cikgu kata pemeriksa kertas yang bagi tahu.

  210. Apa yang cikgu fatin cakap tu betul sebelum Program Sijil Berganda LCCI diperkenalkan (sebelum 2008), Tetapi mulai SPM 2008 sudah tiada penolakan markah jika salah format.

  211. macam mna mau cari untung bersih dlm kkk??????

  212. Untung Bersih dalam Kunci Kira-kira diperolehi daripada jumlah Untung Bersih dalam Penyata Pendapatan

  213. salam…bleh x ckgu bgy tips na ilangkan ase tkot bile trikh exam mkin dkat??

  214. ckgu,camne na mmbri tmpuan dlm sbjek yg kurng sy minati spt acc??

  215. wAn dan Tieha,

    Sila baca Tips Peperiksaan (klik) yang telah Cg sediakan, semoga ianya dapat membantu anda berdua.

  216. apakah maksud aset cepat dalam kunci kira2?

  217. Dalam KKK tiada Aset Cepat, tetapi dalam ANALISIS KEWANGAN, terdapat sejenis analisis yang dipanggil NISBAH CEPAT yang digunakan untuk mencerminkan keadaan mudah tunai syarikat. Di mana formulanya :

    Nisbah Cepat = (Aset Semasa – Stok Akhir) / Liabiliti Semasa

    Pada pandangan Cg, Kemungkinan besar “Aset Cepat” yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada ASET SEMASA (kecuali stok) di mana ianya mudah ditukarkan kepada TUNAI dengan kadar yang cepat.

  218. aduhhh .
    cikgu fatah kate kls kami taun nie la plg trok .
    ajalah kami ..

  219. Manap,
    Sahut cabaran tersebut, dan buktikan bahawa kelas kamu adalah lebih baik daripada kelas2 lain. Tingkatkan usaha, banyakkan bertanya, siapkan semua latihan yang diberikan.


  220. saya nak tanya,di dalam peperiksaan bolehkah kita pilih samada nak menyediakan kk dalam format T atau format penyata???

  221. Digalakkan jawab dalam bentuk penyata, bagi mengelakkan kehilangan markah pada MODAL KERJA.

  222. apekh formula yg pling mudah utk membuat penyata pendapat, imbangan duga, lejar, jurnal n sbgai nyer!!~~

  223. salam..
    cikgu, bolehkah saya nak cikgu semak jawapan saya? dah semalaman saya belek kertas assignment yang diberi..saya rasa betul dah tapi PKK saya tetap tak sama asset & liabilitinya. naik tension dibuatnya. kalau cikgu tak keberatan dan sudi membantu, saya nak emel soalan & jawapan saya pada cikgu. terima kasih. assalamualaikum

  224. Salam,
    Cg telah semak jawapan anda dan didapati semuanya betul. Berlaku ketidakseimbangan dalam KKK adalah disebabkan kesilapan dalam soalan itu sendiri, di mana yang Imbangan Duga diberikan adalah tidak seimbang sebanyak RM450.

  225. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru!

  226. apakah yang perlu dimasukkan di bahagian hasil dan belanja penyata pendapatan?

  227. Semua Hasil kecuali Jualan dan Pulangan Jualan di masukkan di bahagian HASIL. Dan semua Belanja kecuali kos Belian dimasukkan dalam bahagian BELANJA dalam Penyata Pendapatan.

  228. law ad runcit smuanya aset smsa ker??

  229. Maaf, Cg tak faham … sila gunakan bahasa yang betul…

  230. cikgu,bole sy tau….wujudkah angkutan jualan?apakah nama lain bg angkutan jualan?

  231. Pada pandangan Cg, Angkutan Jualan yang digunakan adalah merujuk kepada ANGKUTAN KELUAR, iaitu kos pengangkutan yang terlibat semasa urus niaga jualan kepada pelanggan.

  232. sebenarnya. soalan spm dah mengubah banyak sms peperiksaan SPM, akan ttp masih tiada buku rujukan yg ‘cukup standard’ utk dijadikan panduan utkdijadikan latihan kpd pelajar yg ‘benat-benar’ ingin memahami prinsipn akaun . memang menyarankan cg boleh mempertimbangkan utk menyediakan latihan yg benar benar bercorak spm sebenar dgn menambahkan soalan yg cukap baik dan berstandard……..

  233. salam cikgu…dlm soalan pp&kkk ade “belian alat tulis” disebelah debit RM280 dan stok alat tulis pada 1 April 2009 debit sebanyak RM305…..kemudian,dalam maklumat tmbahan ada “stok alat tulis pada 31 Mac 2010 RM260″….bagaimanakah pelarasan bg soalan sebegini?arahan soalan:sediakan PP bg thn berakhir 31 Mac 2010

  234. Pelarasan perlu dilakukan bagi mendapatkan jumlah BELANJA ALAT TULIS bagi tempoh perakaunan tersebut. Iaitu :
    Alat Tulis (Belanja dalam PP) = Stok awal + Belian – Stok Akhir
    = 305 + 280 – 260 = RM325
    Manakala Stok Alat Tulis (Aset Semasa dalam KKK) = RM260

  235. Salam…ckgu blh ka cikgu ajar sy ttg bagaimanakah untuk mngenalpasti ia adalah hasil atau belanja…..

  236. Secara mudahnya, akaun Hasil dan Belanja merupakan Akaun Nominal, iaitu akaun yang tidak nampak secara zahir/nyata seperti Jualan, Belian, Sewa, Gaji, Kadar bayaran, komisen. Apa yang berlaku ialah BAYAR atau TERIMA secara tunai/cek/hutang. Maka, mana2 yang TERIMA dikelaskan sebagai HASIL, manakala BAYAR dikelaskan sebagai BELANJA.

  237. sir,sy x taw ne satu format tok kkk….n sye juga nk taw format penyta pndptn dan penyata kewngan….

  238. Sila rujuk Format Penyata Kewangan dia ATAS, Ianya disediakan oleh Cikgu Azlan melalui blog beliau.
    https://mhdazlan.wordpress.com

  239. Cikgu,
    Bagi soalan ini, betul betul saya tak dapat cari PHR

    Maklumat Tambahan :
    Selaraskan phr 3% kepada penghutang bersih.

    Penghutang : 4320
    Hutang Lapuk : 85
    Peruntukan Hutang Ragu : 160

    Boleh Cikgu tolong?
    Terima Kasih!

  240. PHR awal = 160
    PHR akhir = 3% x PENGHUTANG BERSIH = ?

    Ada tak maklumat tambahan lain yang melibatkan pelarasan terhadap PENGHUTANG bagi mendapatkan PENGHUTANG BERSIH, seperti pulangan jualan, hutang lapuk ?

  241. bagaimana nak analisis prestasi syarikat yang telah disenaraikan di bursa malaysia berdasarkan financial statements???
    bagaimana nak ukur dan analisis mengenai optimal capital structure antara sebuah syarikat dengan syarikat lain??
    adakah benar luca paciolli sebagai bapa perakaunan?? atau apa nama islam dia kalau benar dia seorang tokoh islam seperti di nyatakan dalam sebuah artikel…

  242. harap balas secepat mungkin

  243. Cg,

    Merujuk kpd soalan Darren di atas, perlukah kita menolak Pulangan Jualan drpd Penghutang semasa mengira “PHR akhir” sekiranya dinyatakan dlm maklumat tambahan selain dr hutang lapuk yg tidak direkod?

  244. Fadzlee,
    Ya, Sekiranya ada maklumat tambahan lain yang memerlukan pelarasan terhadap PENGHUTANG, seperti pulangan jualan. Maka pengiraan PHR akhir hendaklah berdasarkan PENGHUTANG BERSIH (nilai selepas pelarasan).

  245. adakah ANGKUTAN ATAS BELIAN = ANGKUTAN MASUK dan ANGKUTAN ATAS JUALAN = ANGKUTAN KELUAR?

  246. Ya.

  247. askum, cikgu. saya nk tnya satu permasalahan berdasarkan soalan berikut:

    baki dalam ID pada 31 mac 2007:
    Simpanan tetap (1 Okt 2006) RM 10 000(dt)

    maklumat tambahan:
    faedah simpanan tetap ialah 10% setahun.

    penyelesaian:
    faedah smpn tetap = 10% x Rm 10 000 x 6/12 = RM 500

    RM 500 kita rekod dlm PP sbg hasil (faedah simpanan tetap)

    soalannya: adakah RM 500 ini juga perlu direkod sebagai Faedah simpanan tetap terakru di bwh item aset semasa dlm KKK ?

  248. Ya, setiap pelarasan akan melibatkan 2 akaun :
    1. Faedah simpanan tetap RM500 …. HASIL
    2. Faedah simpanan terakru RM500 … ASET SEMASA

  249. Hi Cikgu,
    Saya ingin bertanya tentang soalan 2 Penyata Kewangan SPM 2009 yang dikeluarkan oleh LCCI. Dalam jawapan buku cerdik, pinjaman yang akan tamat pada tahun 2009 iaitu sama dengan tempoh perakaunan diletakkan dalam liabiliti semasa. Adakah ini bertepatan dengan sukatan SPM kerana mengikut LCCI atau buku akaun di kolej, ini boleh diletakkan dalam LS kerana pinjaman itu sudah kurang 1 tahun. Macam mana dengan skema SPM 2009. Adakah ikut LCCI atau apa yang kita pelajar di F4.
    LAgi satu ialah alat-alat kecil diletakkan dalam AS kerana LCCI berpendapat ia adalah amaun kecil walaupun ada SN.
    Sekiranya , ini keluar sekali lagi dalam tahun ini, adakah kita harus ikut LCCI atau konsep SPM.
    Bolehkah cikgu upload skema SPM tahun lalu.
    Terima kasih cikgu atas usaha mewujudkan blog ini.

  250. Konsep2 asas perakaunan sama saja, sama ada LCCI, ACCA dan sukatan SPM. Bagi Pinjaman 10% (tarikh tamat 1 Januari 2009) akan dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA kerana tempoh pinjaman tinggal kurang daripada 1 tahun.

    Alat-alat kecil memang dikelaskan sebagai ASET SEMASA bagi memenuhi Konsep Meterialiti. Oleh kerana ianya besifat aset nyata, maka penyusutannya dinamakan sebagai “susut nilai alat2 kecil” atau boleh juga dinamakan sebagai “belanja alat2 kecil”. Sebenarnya tidak timbul soal perbezaan antara SPM dan LCCI.

  251. terima kasih, cikgu.

  252. 1. Cikgu, saya sgt baru dlm accounting..cikgu blh tak explain tentang Penyata Pendapatan. Format dia memang fix mcm tu ke, so that kita kena hafal smua ikut susunan atau pun ada cara lain (selain hafal) yang membolehkan kita buat penyata pendapatan.

    2. Ada soalan yang minta sediakan jurnal pelarasan. Jurnal pelarasan tu apa ya cikgu.

    Saya sangat baru dlm account, mohon bantuan cikgu.

  253. 1. Secara ringkasnya, Penyata Pendapatan disediakan bagi mengetahui berapakah keuntungan / kerugian perniagaan pada akhir tempoh kewangan. Formatnya selain kena faham betul2 kemudian kena hafal.

    2. Jurnal pelarasan adalah merujuk kepada catatan dalam Jurnal Am bagi setiap pelarasan yang dibuat.

  254. assalamualaikum…cikgu
    terima kasih atas blog yang sangat berguna ini…..saya seorang guru baru….banyak ilmu yang saya perolehi dari sini…lepas study melalui blog ini…saya lebih yakin untuk berhadapan dengan pelajar….selamat berpuasa buat semua muslim

  255. ade format baru dalam penyata pendapatan?

    “Jualan
    (-) Pulangan Jualan
    (-) Diskaun Diberi ??? ker?

    sorry tk dapat info.. hope leh update di sini..tq ckgu narzuki..

  256. Ckgu Anne,

    Bukan format baru, ianya telah lama digunakan diperingkat Matrikulasi. Cuma pada peringkat SPM ianya baru didedahkan dalam Sukatan Pelajaran 2010, sila rujuk Bahan Sumber Prinsip Perakaunan 2010.

  257. stok akhir guna…yang besar atau yang kecil

  258. John,

    Stok Akhir pilih yang TERENDAH.
    TAKAP – “Terendah Antara Kos Atau Pasaran”

  259. alat tulis boleh letak kat aset semasa????or cuma boleh letak kat belanja????kenapa????

  260. Girl,
    ALAT TULIS adalah sesuatu yang tidak tahan lama, ianya habis digunakan dalam jangka masa pendek serta tidak laku untuk dijual semula. Maka ianya dikelaskan sebagai BELANJA sahaja.

    Manakala bagi syarikat/organisasi yang BESAR, biasanya membeli ALAT TULIS dalam kuantiti yang BANYAK (katakan RM2000), untuk tempoh kegunaan 2 tahun. Kemudian pada tahun semasa ALAT TULIS telah habis digunakan RM900, maka baki Alat Tulis RM1100 yang masih elok/belum digunakan dikelaskan sebagai STOK ALAT TULIS.
    Dalam kes ini,
    1. ALAT TULIS RM900 direkodkan sebagai BELANJA, manakala
    2. STOK ALAT TULIS RM1100 direkodkan sebagai ASET SEMASA.

  261. tapi sy tak de tulis ayat yang sy dah habis guna alat tulis tu mean is belanja juga ke?sy cuma beli rm50 sahaja

  262. Girls,
    YA, itu bermaksud BELANJA ALAT TULIS.

  263. kalau sy ambil barang niaga untuk buat iklan mean is belanja or ekuiti pemilik?

  264. Girl,
    Bila ambil barang niaga untuk iklan / promosi, maka 2 akaun yang terlibat ialah :
    1. IKLAN / PROMOSI – BELANJA
    2. BELIAN – BELANJA

    Urus niaga ini TIDAK melibatkan AK AMBILAN (Ekuiti Pemilik).

  265. ok…thanks a lot =)

  266. Selamat Sejahtera cikgu,
    bagi Peruntukan Susut Nilai mengikut baki berkurangan, saya sudah merujuk buku teks tetapi tidak tahu yang mana untuk ikut bagi soalan ini

    Kenderaan hendaklah disusut nilai sebanyak 15% setahuan mengikut kaedah baki berkurangan
    Kenderaan = RM 20000

    Dalam buku teks,
    ia dicatatkan :
    Tahun 1 Harga Belian Kenderaan – RM 20000
    -20% PSN = – RM 3000
    Tahun 2
    Tahun 3
    Tahun 4

    Hendakah saya meletakkan 4 tahun atau satu sahaja?

  267. Dalam soalan ia juga bagi PSN kenderaan Kredit sebanyak 4000

  268. Dalam buku teks, contoh pengiraan untuk 4 tahun, tetapi soalan yang dikemukakan adalah hanya untuk tahun semasa sahaja.

    Kenderaan = 20,000
    PSN kenderaan = 4000
    Maka, nilai buku = 20,000 – 4,000 = 16,000
    SN kaedah baki berkurangan = 15% X 16,000 = RM2,400.

  269. Selamat Sejahtera cikgu,
    apakah formula untuk mencari penghutang bersih??
    kerana soalan hendaklah saya mencari phr x 5% penghutang bersih..
    terima kasih!

  270. PENGHUTANG BERSIH – biasanya ada maklumat tambahan yang melibatkan pelarasan terhadap PENGHUTANG seperti ada hutang lapuk yang belum direkod dalam mana2 buku, Maka Penghutang (bersih) = Penghutang (asal) – Hutang Lapuk (maklumat tambahan).

  271. Ohh ok!
    Cikgu, jika saya dapat untung kasar dan seterusnya mendapat rugi bersih kerana jumlah jualan KURANG daripada Belanja, adakah ini betul??

    Contoh :-
    Jualan-P.jualan -Kos Jualan + Hasil = 5205

    Belanja = 9308

  272. Rugi bersih = 4103 atau – 4103??
    atau kedua-duanya salah..

  273. Tiada salahnya dari segi rekod perakaunan jika dapat RUGI, ianya berlaku disebabkan perancangan urus niaga perniagaan yang tidak tepat. Boleh ditulis sebagai RUGI BERSIH RM4103 tanpa tanda negatif.

  274. Cikgu, jika hutang lapuk TIDAK diberi dalam maklumat tambahan tetapi DIBERI dalam Imbangan Duga..
    Mestikah saya tolak hutang lapuk daripada situ untuk mendapat penghutang bersih?

  275. Bagaimana dengan peruntukan hutang ragu??
    Apakah yang saya mesti buat dengan itu..
    Terima kasih Cikgu!

  276. Hutang Lapuk dalam ID telahpun diambil kira yang penyediaan AK Penghutang, maka tidak perlu diTOLAK lagi. Cuba lihat maklumat tambahan yang melibatkan pelarasan terhadap PENGHUTANG yang lain seperti PULANGAN JUALAN belum direkodkan dalam mana2 buku.

    Pada kebiasaannya, bila disebut PENGHUTANG BERSIH, maka akan ada pelarasan terhadap Ak Penghutang terlebih dahulu. Pelarasan juga perlu dilakukan terhadap PERUNTUKAN HUTANG RAGU, di mana Pertambahan / Pengurangan PHR perlu dicari.

  277. hmm kalau takda maklumat lain seperti p.jualan …
    macam mana??
    saya dapat cari pertambahan phr tapi, tak tahu apa yang saya mesti letak dalam Aset Semasa ( Phr ) dan Belanja ( Phr )

  278. PHR dalam Aset Semasa ialah k% X PENGHUTANG (BERSIH)

    PHR yang dikira – PHR dalam ID = Pertambahan PHR (Belanja) / Pengurangan PHR (Hasil)

    Sebaik2nya nyatakan soalan yang sedang anda jawab / kemukakan soalan lengkap, supaya mudah untuk Cg membuat penjelasan dengan lebih tepat.

  279. Cikgu, jika terdapat simpanan tetap di ID, harus dimasukan ke mana? Penyata pendapatan atau kunci kira kira?

  280. Simpanan Tetap boleh dikelaskan sebagai ASET SEMASA dalam KKK.

  281. assalamualaikum…
    mungkin ini agak luar dari topik. tapi boleh saya tahu kunci kira-kira dan penyata pendapatan untuk organisasi bukan untung? trima kasih

  282. Wani, waalaikumussalam.
    Salah satu organisasi bukan untung ialah KELAB dan PERSATUAN, formatnya hampir sama cuma yang membezanya adalah istilah yang digunakan. Manakala format Penyata pendapatan dan perbelanjaan lebih ringkas, iaitu PENDAPATAN – PERBELANJAAN = LEBIHAN.

  283. salam. cikgu, untuk menjawab soalan pp kita perlu gunakan format jualan – pulangan jualan – diskaun diberi. atau kita masih menggunakan format lama iaitu diskaun diberi dalam belanja

  284. Yati,

    Pada pandangan Cg, buat masa ini lebih baik guna format yang digunakan sebelum ini dahulu.

  285. hello..mcm mna nk menghafal item2 dgn lebih mantap?

  286. Cuba FAHAMI tentang klasifikasi akaun iaitu Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja, serta kedudukannya dalam Format Penyata Pendapatan dan KKK.

  287. salam cg , merujuk pada soalan n9 paper 1, no 11, butiran yang tidak terdapat dalam kkk . a)alat tulis b)alatan kedai c)alat2 kecil d)alatan pejabat . apakah jawapan nya ?

  288. dan stok alat tulis sebenarnya letak di mana ? susut nilai alat tulis letak di belanja kan ?

  289. Salam,

    Alatan Kedai dan Alatan Pejabat adalah Aset Bukan Semasa, sudah tentu terdapat dalam KKK. Antara Alat Tulis dan Alat2 kecil, ALAT TULIS lebih tepat di mana “Alat Tulis” biasanya merujuk kepada BELANJA ALAT TULIS, kecuali dinyatakan sebagai Stok Alat Tulis, baru boleh dikelaskan sebagai ASET SEMASA dalam KKK. Penggunaan istilah “SUSUT NILAI alat tulis” pada saya adalah tidak sesuai.

    Maka, jawapannya A : Alat Tulis.

  290. alat2 kecil apa pula ?

  291. Bagi ALAT-ALAT KECIL ciri-cirinya lebih kepada ASET, di mana pada akhir tempoh perakaunan akan dilakukan pelarasan mencari Susut nilai Alat2 Kecil ataupun Belanja Alat2 kecil. Ciri2 yang dimaksudkan ianya digunakan untuk membantu menjalankan perniagaan.

    Contohnya Perniagaan menjual kain, di mana Gunting (contoh alat2 kecil) digunakan bagi memotong kain untuk dijual kepada pelanggan. Gunting tersebut tidak akan HABIS sebagaimana ALAT TULIS (Cthnya: pen jika habis dakwat, maka akan dibuang-BELANJA), Gunting tetap boleh digunakan untuk jangka masa panjang, cuma nilai sudah semestinya akan SUSUT.

    Walau bagaimanapun oleh kerana nilainya yang kecil berbanding Aset Bukan Semasa yang lain, maka ianya dikelaskan sebagai ASET SEMASA sahaja.

    Ok, itu saja pandangan daripada saya.

  292. ASSALAMUALAIKUM WBT

    SAYA NAK BERTANYA BAGAIMANA NAK BUAT TRANSAKSI BAGI PEMBELIAN ASET YANG DIFINANCEKAN KE BANK

    CTH: HARGA ASET YANG DIFINANCEKAN – 100000.00
    HARGA BANK JUAL – 210500.00

    JADI 210500-100000 = 110500 (FAEDAH BANK PADA KITA)

    BAGAIMANA KITA NAK BUAT TRANSAKSI AKAUN DAN AKAUN APA YANG TERLIBAT,

    HARAP MENDAPAT TUNJUK AJAR DARI CIKGU.

    TERIMA KASIH.

  293. saya baru sahaja membuka satu perniagaan runcit..
    masalah sekarang saya tak tahu macam mana nak nuat akaun untung rugi..
    bantu saya???

  294. Sebelum sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi, kena pastikan semua item2 hasil dan belanja direkod dengan lengkap mengikut sistem catatan bergu ataupun tidak ? Kemudian baru boleh tentukan sama ada ianya boleh disediakan cara biasa ataupun mengikut cara rekod tak lengkap. Cuma secara asasnya Akaun Untung Rugi ialah HASIL – BELANJA = UNTUNG.

  295. cikgu,
    sy x berapa fhm dengan format pernyata pendapatan yang baru ini?
    mcm mana kita nak tau maklumatnya tambah atau kena tolak?
    blh kasi keyword dlm maklumat yg blh kita tau kena tmbh atau tolak?

  296. Format pendapatan baru yang mana satu ? Tambah atau tolak bergantung kepada maklumat tambahan yang diberi dan pelarasan yang hendak dilakukan. Contohnya, kadar bayaran terakru, maka pelarasannya Kadar bayaran kena TAMBAH.

  297. cikgu macam mane untk mengenal pasti belian dalam sesuatu syarikat. adakah belian itu sama dengan belanja. atau pun belian itu dikelaskan sebagai barang yg digunakan oleh syarikat tersebut… saya keliru

  298. Yuyu,
    Hanya beli BARANG NIAGA sahaja dikelaskan sebagai BELIAN, iaitu belanja dalam Penyata Pendapatan.
    Manakala beli ASET BUKAN SEMASA seperti beli perabot, kenderaan: tidak boleh dikelaskan sebagai BELIAN, sebaliknya kita kelaskan sebagai akaun aset tersebut.

  299. SALAM CIKGU SAYA NAK TANYA LAGI,SAYA KELIRU MACAM MANA NAK MASUKKAN PENYATA PENDAPATAN DAN AKAUN PERDAGANGAN.ADAKAH KENA HAFAL ATAU SEBALIKNYA

  300. Salam, cuba fahami format tersebut…. kenapa disusun atur sedemikian rupa, apa tujuannya, kemudian baru mudah untuk faham, hafal dan ingat.

  301. cikgu, saya ade msalah psl peruntukan hutang ragu kalau ade 2 mklumat dekat imbangan duga dgn maklumat tambahan. boleh terangkan.

  302. Untuk pelarasan PHR, kita kena cari PERTAMBAHAN / PENGURANGAN PHR

    Dalam ID – baki awal
    Mak. Tam. Kira – baki akhir …… masuk dalam KKK nanti.
    BAKI AKHIR – BAKI AWAL = Pertambahan / Pengurangan PHR …. masuk dalam Penyata Pendapatan
    – Pertambahan PHR ….. BELANJA
    – Pengurangan PHR ….. HASIL

  303. salam…cikgu…
    sy nak tanya….
    sy pelajar form 5 yg mgambil subjek akaun….
    skolah sy amat mementingkan dlm format penyata…
    cikgu skola sy kata,,,soalan SPM mmg nk kluarkan dlm bentuk penyata,,,jd skrg ni,,,,sy mmg tekankan bentuk penyata berbanding dengan bentuk ‘T’ …..jd sy risau krn kbanyaknnya sy hafal dlm format penyata…minta ulasan drpd cikgu….
    terima kasih byk2….

  304. Salam,
    Tidak perlu risau, memang betul cakap cikgu anda, sekarang ini format penyata lebih digalakkan dalam penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK.

  305. Ckgu, mcm mana nak kira diskaun diterima? apakah perbezaan antara peruntukan hutang ragu DISELARASKAN dan peruntukan hurang ragu DIWUJUDKAN?

  306. Macam mana soalanya, yang memerlukan anda mengira diskaun diterima sersebut ?

    Pelarasannya sama saja, cuma bezanya pada maklumat yang telah diberikan dalam ID.
    1. Jika telah ada PHR dalam ID. Maka soalannya berbunyi PHR diselaraskan….
    2. Jika tiada PHR dalam ID. Maka soalanya berbunyi PHR diwujudkan ….

  307. Dalam ID, ada tulis diskaun diterima dan ckgu saya ckp, diskaun diterima tu kena tolak belian. Betul ke? Selain diletakkan dlm pp, dlm kkk kena letak jgk ke?

  308. Itu bukan masalah pelarasan, cuma format perlaporan dalam Penyata Pendapatan.
    Bagi sukatan lama (Ting 5 2010) – Diskaun diterima dikelaskan sebagai HASIL dalam Penyata Pendapatan.
    Manakala bagi Sukatan semakan 2010 (Ting 4 2010) – Diskaun diterima dikelaskan sebagai PENGURANGAN BELANJA, atau AKAUN KONTRA kepada BELIAN, maka dalam Penyata Pendapatan dicatat dalam komponen Kos Belian, iaitu : Belian – Pulangan Belian – Diskaun diterima.

  309. cikgu kalau yang maklumat tambahan tu mcm mana pulak , sebagai contoh
    (i) sewa dibayar adalah rm 500 sebulan

    saya tak faham kalau yang dibayar apa semua ni
    hrap cikgu boleh bantu

  310. Jika maklumat berkaitan dengan akaun Hasil dan Belanja, biasanya pelarasan TERDAHULU atau TERAKRU perlu dilakukan.
    Merujuk kepada soalan (i) sewa dibayar adalah rm 500 sebulan.
    Ini bermaksud SEWA DIBAYAR = RM6000 (500X12)
    Cuba lihat NILAI sewa dibayar dalam ID,….. katakan ada Sewa dibayar RM5500.
    Maka, pelarasannya SEWA DIBAYAR TERAKRU = RM500 (6000-5500)…. Liabiliti Semasa (KKK)
    dan SEWA DIBAYAR RM6000 …… Belanja dalam PP.

  311. salam,ckgu ..sy xreti cm ne nk tau peruntukan hutang ragu yg mne ..n sy xpham cm ne nk wt akaun peruntukan hutang ragu ..

    harap ckgu leh bantu sy ..trime kasih …

  312. Maaf, sila guna ejaan yang lengkap bagi memudahkan Cg dan rakan2 pelajar yang lain faham apa soalan yang dikemukakan.

    Cg boleh ceritakan secara umum berkaitan perkara tersebut, tetapi mungkin anda juga tidak akan faham maksudnya. Cadangan Cg sila kemukakan soalan dengan merujuk kepada soalan latihan yang anda buat, supaya lebih mudah untuk anda memahaminya apabila Cg buat penerangan.

  313. cgu..sy nk tnye..macam ne nak kira untung kasar dalam akaun perdagangan dan untung rugi…..?

  314. Untung Kasar dapat diperolehi dengan menyediakan Ak Perdagangan mengikut formatnya. Sila rujuk format AK Perdagangan dalam mana2 buku. Asasnya, Jualan Bersih – Kos Jualan = Untung Kasar

  315. cikgu, tadi saya ada terbaca soalan buku teks P.A. ting 5 tajuk penyata pendapatan. Soalanya, sepatutnya Jualan-Pulangan jualan tapi kenapa di buku tu ditulis Jualan- diskaun diberi ? dan selain jualan- pulangan jualan, jualan-diskaun diberi apa lagi yang boleh tolak dengan jualan cikgu?

  316. Muhammad,

    Untuk memahami lebih lanjut perkara tersebut sila rujuk AKAUN KONTRA dalam Buku Teks.
    Akaun Kontra kepada JUALAN hanya ada 2 sahaja iaitu PULANGAN JUALAN dan DISKAUN DIBERI, maka format yang perlu digunapakai mulai tahun ini ialah:

    JUALAN
    (-) PULANGAN JUALAN
    (-) DISKAUN DIBERI

    Manakala:

    BELIAN
    (-) PULANGAN BELIAN
    (-) DISKAUN DITERIMA

  317. Salam
    cikgu boleh tak diskaun diberi kita letak untuk Perbelanjaan dan Diskaun Diterima Lain-lain Pendapatan. Ini untuk akaun syarikat yang General.

  318. cikgu boleh tak diskaun diberi kita letak untuk Perbelanjaan dan Diskaun Diterima Lain-lain Pendapatan. Ini untuk akaun syarikat yang General.

  319. Balkis,
    Ianya bergantung kepada dasar / cara pelaporan yang hendak digunakan oleh syarikat, dengan syarat penggunaannya hendaklah secara konsisten.

    Sukatan Pelajaran SPM (baru) mendedahkan penggunaan format pelaporan Diskaun diberi dan Diskaun diterima dicatat sebagai Akaun Kontra kepada Jualan dan Belian.

  320. Cg,

    Soalan: Stok akhir dinilaikan pada harga kos RM20 000 dan harga pasaran RM 30 000.

    Macam mana nak ambilkira dalam Buku Catatan Pertama, Penyata Untung
    Rugi dan Kunci Kira-kira?

    Terima kasih.

  321. Sandarsakran,
    STOK AKHIR perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK dengan menggunakan NILAI TERENDAH. Dalam kes ini nilai RM20,000 perlu digunakan.

  322. kita mesti kena tolak diskaun diterima di belian ataupun kita boleh tulis di hasil

  323. Alex,
    Kita guna format baru yang diperkenalkan dalam Sukatan Pelajaran 2010, Iaitu TOLAK di BELIAN.

  324. Cikgu saya agak keliru dengan format yg baru ini..
    setahu saya, Diskaun diterima ialah Hasil manakala diskaun diberi ialah belanja.
    tetapi mengikut format baru ini,
    belian – diskaun diterima dan
    jualan – diskaun diberi

    bolehkah saya menggunakan cara yang lama?

  325. Edvin,
    Sila guna format baru sebagaimana dalam Buku Teks. Ak Diskaun diberi merupakan AKAUN KONTRA kepada JUALAN, manakala Ak Diskaun diterima merupakan AKAUN KONTRA kepada BELIAN.

    DISKAUN DIBERI lebih sesuai dikelaskan sebagai PENGURANGAN HASIL, sepertimana PULANGAN JUALAN, iaitu akan mengurangkan jumlah daripada hasil jualan barang niaga. Maka JUALAN BERSIH = Jualan – Pulangan Jualan – Diskaun diberi.

    Begitu juga dengan DISKAUN DITERIMA merupakan PENGURANGAN BELANJA kepada Jumlah BELIAN barang niaga.

  326. Cikgu.. adakah Lembaran Imbangan dengan Kunci Kira-Kira itu satu benda yang sama?

  327. Tan,
    Pada pandangan saya ya ianya merujuk kepada perkara yang sama, cuma istilah yang digunakan saja berbeza.

  328. assalamualaikum,pulangan msuk dan plangan kluar nk kne ltak d mne???

  329. Sha,

    Pulangan masuk = Pulangan Jualan ….. catat dalam Penyata Pendapatan (Jualan – Pulangan jualan)

    Pulangan keluar = Pulangan Belian ….. catat dalam Penyata Pendapatan (Belian – Pulangan belian)

  330. salam,cg akaun untung rugi tu apa?

  331. Intan,

    Penyata Pendapatan jika disediakan dalam bentuk AKAUN, akan dibahagikan kepada 2 :

    1. Ak Perdagangan
    Jualan – Kos jualan = Untung kasar

    2. Ak Untung Rugi
    Untung kasar + Hasil – Belanja = Untung bersih

  332. cg,
    -lengkapan
    -lekapan dan lengkapan
    nak ltak dkt mne???

    simpanan ttap adkh ltak di aset bkn sms??

  333. Sha,
    Lengkapan …………………… Aset bukan semasa (KKK)
    Lekapan dan Lengkapan… Aset bukan semasa (KKK)
    Simpanan tetap ……………. Aset semasa (KKK)

  334. cg, kenapa “simpanan tetap” dikategorikan kepada aset semasa?
    tq..

  335. Sye,

    Bagi menjawab soalan tersebut, Cg petik komen Sifu2b berkaitan Simpanan Tetap sebagaimana dibawah :

    Akaun Simpanan tetap hendaklah dilaporkan di dalam Akaun Semasa mengikut amalan pelaporan kunci kira-kira standard. Walaupun tempoh masa melebih setahun, ia tetap dianggap akaun semasa sama seperti instrument asal-tunai. Ia diterimapakai sekian lama di Malaysia dan di luar negara juga. Di Amerika contohnya, Akaun simpanan tetap dikenali sbg CD atau Certificates of Deposits. CD termasuk dalam kategori Deposit Bertempoh atau Time Deposit. Mengikut amalan, CD atau Time Deposit ini dilaporkan sbg AKaun Semasa.

    Kpd pelajar SPM mahupun STPM, kita harus mengajar mrk pengkelasan standard spt ini. Pemahaman bahawa simpanan tetap bagi tempoh lebih 12 bulan sbg aset tetap/aset bukan-semasa tidak disesuai dalam kes ini, krn dari segi perbankan pun, walaupun syarikat menyimpan dlm Ak. Simp. Tetap bagi tmph 24 bln/36bln/ hingga maks. 60 bln, penyimpan tetap berhak menukarkan sijil tsbt kpd tunai bila-bila masa dlm tahun perakaunan, tanpa halangan. Apa yg hilang hanyalah hasil dari faedah simpanan tetap yang tidak akan dibayar krn pengeluaran pra-matang.

  336. saya nak bertanyakan soalan tentang penyata pendapatan dan kunci kira-kira… apakah yang dimaksudkan dengan
    -angkutan masuk
    -angkutan keluar
    -pulangan masuk
    -pulangan keluar?

  337. ANGKUTAN merujuk kepada BELANJA PENGANGKUTAN semasa kita BELI / JUAL barang niaga. Di mana,
    ANGKUTAN MASUK – belanja pengangkutan semasa kita BELI barang niaga daripada pembekal. (untuk ambil barang dari kedai pembekal)
    ANGKUTAN KELUAR – belanja pengangkutan semasa kita JUAL kepada pelanggan (untuk hantar ke kedai/rumah pelanggan).
    Kedua-dua dikelaskan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan, cuma Angkutan masuk dicatat dalam komponen KOS JUALAN, manakala Angkutan keluar dalam kompone BELANJA.

    Pulangan Masuk = Pulangan Jualan … pelanggan pulang balik barang kerana rosak, salah jenama dll.
    Pulangan Keluar = Pulangan Belian ….kita yang pulangkan kepada pembekal.

  338. cg,
    hutang lapuk terpulih dikelaskan sebagai apa dalam penyata pendapatan?

  339. HASIL

  340. cg, saya nak bertanya sikit tentang kunci kira-kira… Sebagai contoh :-

    Penyata kira-kira pada 31 Disember 2010
    ( adakah pengiraan dibuat dari januari hingga 31 disember 2010 atau pengiraan dibuat hanya pada awal disember hingga 31 disember 2010 )

  341. Penyata Pendapatan dan KKK disediakan pada akhir tempoh perakaunan bagi sesebuah perniagaan, pada kebiasaannya 1 tahun bermula daripada 1 Januari – 31 Disember 2010.

  342. cg,
    ada formula nak hafalkan item penyata pandapatan & kunci kk ?

  343. Tiada apa2 formula, cuba fahami maksud dan tujuan ianya disediakan. Kuasai kemahiran asas dan dapat kenal pasti item2 A, L, E, H dan B.

    1. Penyata Pendapatan : (Item Hasil dan Belanja)
    Hasil – Belanja = Untung
    JB – KJ = UK
    UK + H – B = UB

    2. Kunci Kira-kira (Item Aset, Ekuiti dan Liabiliti)
    ABS + (AS – LS = MK) = EP + LBS

  344. cikgu…help…sy btl2 xtawu trading profit and lost account..dya pnya format mcm na???sy xtaw nk ltak kt mna bla dlm bahasa inglish

  345. Fadzilah,
    Salah satu laman yang boleh dijadikan rujukan dalam BI ialah :
    1. Accounting Principles I

    Terdapat beberapa laman perakaunan yang boleh dilayari, sila rujuk E-LINK PERKAUNAN.

  346. saya perlukan maksud FRS 102 inventori lifo dan fifo

  347. saya juga perlukan rujukan yang boleh dirujuk dalam bahasa melayu. Saya perlukan rujukan tu untuk buat asingment .

  348. Azie,
    Sila muat turun dan rujuk nota matrikulasi berikut 4.3 PERAKAUNAN INVENTORI (klik)
    Semoga ianya dapat membantu menyiapkan tugasan anda.

  349. ckgu ade x format kkk?????

  350. Cg cadangkan guna saja format yang telah disediakan dalam Buku Teks.

  351. faedah atas simpanan letak dalam hasil (penyata pendapatan) ka?

  352. Ya, Faedah atas Simpanan dikelaskan sebagai Hasil dalam Penyata Pendapatan.

  353. sebenarnya apa maksud angkutan masuk?

  354. ANGKUTAN MASUK adalah belanja/kos pengangkutan untuk membawa masuk barang yang dibeli daripada pembekal sehingga sampai ke kedai kita.

  355. salam , cg . . apa itu aset segera dgn liabiliti segera ?

  356. Kemungkinan besar ianya merujuk kepada Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

  357. cikgu sy nk tnye,,,,dimanakh dpat modal kerja didalm kunci kira-kira,,

  358. Cuba perhatikan format KKK dalam bentuk penyata. MODAL KERJA adalah hasil tolak ASET SEMASA dengan LIABILITI SEMASA.

  359. cikgu saye masih x khatam tetang kk dn penyata pendapatan termasuk mengenal pasti akaun kawalan cikgu

  360. 1) cikgu, jika ambilan barang niaga yang masih belum direkodkan selepas imbangan duga disediakan, dlm PP, adakah ambilan tersebut ditunjukkan dalam PP?

    2) Sekiranya mempunyai 2 urusniaga iaitu, ambilan tunai dgn ambilan barang niaga, akaun apakah yang terlibat?

  361. Edwin,
    1) Tidak boleh tunjukkan “Ambilan” dalam PP kerana ianya adalah item Ekuiti Pemilik. Pelarasan tersebut menyebabkan BELIAN bertambah, maka tunjukkan sebagai pengiraan pada item BELIAN (RMxxxxx + RMxxx) sahaja.
    2) Dt: Ambilan 1000 Kt: Tunai 200 Kt: Belian 800

  362. asalamualaikum, cikgu tolong saya, saya x faham hutang ragu dlm id Terlaras sebab saya nak buat KKK n PP, HR tu kena letak tat KKK kan??? bawah mana Liabiliti semasa or Liabilti Bukan Semasa ke?????

  363. Isyaa,

    Pertambahan / Pengurangan PHR —> PP (Belanja/Hasil)
    PHR —-> KKK :
    Aset Semasa :
    Penghutang
    (-) PHR

    Cuma rujuk format Penyata Pendapatan dan KKK dalam Buku Teks.

  364. ok terima kasih cikgu
    jadi kalau saya buat pengurangan (HASIL) kan???? dan terlerak di PP.

    DAN YG SAYA kurang faham ialah, HUTANG RAGU……
    HR LETAK DLM KKK KE???? bwh mana Liabiliti (sEmasa atau LBS) … =) (kurg faham)

  365. Isyaa,
    Hutang Ragu tu biasanya merujuk kepada Pertambahan PHR –> Belanja dalam PP.
    Hanya PHR sahaja dalam KKK : Aset semasa.

  366. HUTANG RAGU TU DLM ID TERLARAS

  367. OK TEME KASIH CIKGU .. =)

  368. cikgu pinjaman 6 % n 4 % tu dlm KKK, bwh LIABILITI Bukan SEMASA KE??????????
    CAM ANE LAK NAN (PINJAMAN MATANG 2015) ?????

    deposit sewa bwah mana cikgu?????? ASET SEMASA KE OR HASIL ????

    peruntukan hutang tu dlm ID TERLARAS NK buat PP n KKK, MKSUDYA . Dlm pp letak hasil SEBAB (pengurangan). N dlm KKK juz tolak penghutang dan peruntukan hutang ragu kan??????

    YG HUTANG RAGU TU, SAYA MMNG X FHm, utuk buat PP N KKK, klo LETAK TAT KKK, BWH MANA????? (x fhm).
    N ADA KE DLM PP HUTANG RAGU NI?????

    dan akhir sekali ialah sewa ruang niaga tu hasil kan????, n

    upah pembantu kedai tu msuk dlm kos2 belian ye cikgu???

    TERIMA KASIH HARAP CIGU DPT MEMBANTU

  369. Pinjaman 6% adalah Pinjaman (matang 2015) … adalah akaun yang SAMA … sila rujuk FOLIOnya LA6. —> LBS
    Pinjaman 4% —-> LS

    Deposit sewa —> LS

    PHR … ada yang tak kena dengan pelarasan yang dibuat … sila tunjukkan pelarasan yang dibuat dan catatan pelarasan dalam JA.

    Sewa ruang niaga —> Hasil

    Upah pembantu kedai —> Belanja lain, bukan KOS BELIAN.

  370. cikgu, kalau ada upah dan gaji,
    upah dimasukkan kedalam Ak Pedagangan
    dan gaji masuk dlm Untung Rugi..
    btl x cikgu?

  371. Edvin,
    Maaf untuk saya katakan, panduan tersebut tidak boleh dipakai. Hanya UPAH ATAS BELIAN sahaja dikelaskan sebagai Kos Belian. Sekiranya dinyatakan UPAH sahaja, ianya terlalu umum dan tidak mengambarkan upah atas belian, mungkin upah pembantu kedai, upah memcuci, upah membaiki ..dsb. Pada saya walaupun ada Gaji dan Upah, maka kedua2nya dikelaskan sebagai Belanja.

  372. THNX CIGU , TPI UPAH PEMBATU KEDAI TU BKN BWH IDU KE?????

  373. -ckgu stok akhir sbnrnya kena ambik hrga pasaran(RM46 800) atau hrga kos(RM48 600)?
    -time buat lejar,sya tk cmpurkan pinjaman 6% n pinjaman(mtg 2015) dlm satu akaun..saya buka asing2..jadi adakah pinjaman(mtg 2015) ltk dkt belanja n pinjaman 6% ltk dkt lbs?

  374. saya nak tanya , kalau mengikut format penyediaan penyata pendapatan sebelum ini diskaun di beri / diterima dimasukkan ke dalam akaun untung rugi iaitu di bawah hasil dan belanja..tetapi di dalam buku teks baru ini, saya lihat diskaun telah di masukkan ke dalam akaun perdagangan yg mana masing2 duduk di bwh belian dan jualan.. so mana satu yg harus or boleh diguna pakai…tolong jelaskan.tq

  375. salam cikgu narzuki,sekiranya penyata pendapatan…maklumat diskaun diterima dan diberi itu diletakkan dalam maklumat Hasil dan belanja,adakah masih dikira betul?cikgu saya cakap mesti ikut buku teks yang baru ni…perlu dimasukkan dalam pengiraan kos jualan ( diskaun diterima) dan Jualan bersih ( diskaun diberi)?

  376. Pada pandangan Cg.
    Dari segi perakaunannya tidak salah, kedua-dua format tersebut boleh digunakan. Cuma dari segi sukatan baru, pelajar didedahkan dengan format baru sebagaimana dalam buku teks. Maka, adalah dicadangkan supaya pelajar mengikuti format dalam buku teks.

  377. Cikgu ,nak tanya macam mana nak buat belanjawan tunai??

  378. cikgu,jika penyata pendapatan mempunyai diskaun diberi dan diskaun diterima, dimana saya perlu masukkan dlm penyata pendapatan?

  379. Ika,

    Jualan
    (-) Pulangan jualan
    (-) Diskaun diberi

    Belian
    (-) Pulangan belian
    (-) Diskaun diterima

    # Sila rujuk format dalam buku teks.

  380. macam mana saya fahamkan lejar cikgu?

  381. saya juga tak faham tentang penyata pendapatan dan juga kunci kira-kira?

  382. Loga,

    Ilmu perakaunan merupakan Ilmu kemahiran…. ianya perlu belajar dan ditunjukjar oleh guru secara berterusan. Diruangan yang terhad ini, hanya sesuai untuk bincangan perkara2 kecil yang ada kemuskilan. Untuk menguasai satu topik seperti LEJAR dan PENYATA KEWANGAN, anda perlu dapatkan BIMBINGAN dan TUNJUKAJAR secara LANGSUNG daripada guru di sekolah anda, buat sebanyak mungkin LATIHAN, selalu BERTANYA….. kerana cara tersebut adalah paling berkesan.

  383. cg,angkutan masuk dan agkutan keluar nak dletakkan di mana dlm pnyata pendpatan?

  384. Nana,

    Sila rujuk format Penyata Pendapatan dalam Buku Teks m/s 204.

  385. cg,

    kl untuk perniagaan yg baru bermula, pengusaha membuat belian stok dgn duit sendiri, bgmn catatannya? dt stok kt modal? bila pula catatan pd belian patut dibuat? apabila stok yg dibeli dgn duit pengusaha mula dijual, bagaimana pula catatannya?

  386. Ayra,

    Beli stok/barang niaga dengan wang sendiri untuk kegunaan perniagaan akan melibatkan Akaun Modal, catatan bergunya :
    Dt: BELIAN dan Kt: MODAL

    Manakala bila barang niaga tersebut dijual, katakan secara tunai, maka catatan bergunya :
    Dt: TUNAI dan Kt: JUALAN.

  387. salam…nak tanya cikgu kalau soalan hanya ada butiran upah sahaja ,di manakah perlu letak?di bawah akaun perdagangan atau akaun untung rugi (belanja)?……..

  388. Joanne,

    Pada pandangan saya, butiran “UPAH” sahaja adalah terlalu umum, TIDAK boleh dikelaskan sebagaimana “Upah atas belian” iaitu KOS BELIAN dalam Ak Perdagangan. Maka, cadangan saya ianya dikelaskan sebagai BELANJA LAIN sahaja dalam Ak Untung Rugi.

  389. cikgu bilakah soalan kerja kursus tingkatan 4 akan keluar?

  390. Nizasyarina,

    Pada pandangan Cg, paling awalpun pada 31 Julai 2011.

  391. assalamualaikum cikgu….
    sy nk bertanya….macam mane kite nak membezakan antra penghutang dengan pemiutang…

  392. Iera,

    PENGHUTANG merujuk kepada PELANGGAN yang kita JUAL barang niaga SECARA KREDIT. Manakala
    PEMIUTANG merujuk kepada PEMBEKAL yang kita BELI barang niaga SECARA KREDIT.

  393. cikgu,
    boleh x klu cikgu brikan senarai contoh bgi aset,liabiliti,ekuati pemilik……..yg lain

  394. Hi Cikgu,
    bolehkah cikgu tolong jelaskan tentang maklumat tambahan ini yang ada dalam PP.

    i) Alat tulis yang masih belum habis digunakan ialah RM50.
    Ini bermaksud alat tulis terdahulu?? atau belanja alat tulis??

    ii ) Stok yang telah dikeluarkan oleh pemilik untuk kegunaan keluarga bernilai RM350 belum dicatatkan lagi.
    – Ini akan memberi kesan kepada ambilan dan belian atau stokakhir/stok awal ?? saya agak keliru sekarang..

    Terima kasih cikgu!

  395. Hi Cikgu. Saya sudah baca post cikgu.
    Bagi (i) Cikgu suruh letakkan sebagai stok alat tulis kan.
    tapi ia di bawah belanja atau tidak?

  396. Sorry cikgu kerana multi post.
    Tapi untuk alat tulis itu, mestikah saya tolak dengan alat tulis dalam ID ??

  397. Darren,

    i) Pelarasannya ialah : Stok Alat Tulis RM50 …. masukkan dalam Aset Semasa dalam KKK
    Belanja Alat tulis (belian alat tulis dalam ID – stok alat tulis RM50) ……. Belanja dalam PP.

    ii) Pelarasannya ialah : AMBILAN + RM350 dan BELIAN – RM350. .

  398. Minta maaf banyak…
    Saya baru jumpa satu soalan yang bermasalah lagi..
    Dalam imbangan duga , wujud :

    Susut nilai terkumpul alatan pejabat 2000
    dan alatan pejabat 5000
    Maklumat tambahan suruh menyelesaikan mengikut kaedah garis lurus 15%

    Berdasarkan pengetahuan saya,
    Saya hanya menggunakan 15% X 5000 ??
    Untuk mencari belanja susut nilai di penyata pendapatan.

    Dan kemudian menambahkan kedua dua jumlahnya di KKK, dan menolak Susut Nilai Terkumpul.

    Adakah saya jawabnya dengan betul?
    Terima kasih cikgu 🙂

  399. Darren,

    Ya, saya setuju dengan jawapan tersebut.

  400. salam..
    ckgu,, jualan bersih itu apa??

  401. Iffah,

    Jualan…………………………………1000
    (-) Pulangan Jualan….100
    (-) Diskaun diberi …….200……300
    JUALAN BERSIH………………..7000

  402. cikgu ,

    saya nak tanya ,

    storage

    store wages

    store workers salaries

    ketiga-tiga belanja yang berkaitan dengan stor ini m
    nak rekod di mana ?
    ak p’dgn ataupun untung rugi ?

    TQ

  403. kenapa susut nilai perlu dicaj dalam perbelanjaan di dalam penyata pendapatan

  404. Arina,

    SUSUT NILAI dikelaskan sebagai BELANJA, maka tempatnya mestilah di Penyata Pendapatan, manakala Susut Nilai Terkumpul dikelaskan sebagai Pengurangan Aset, maka catat di KKK, Aset bukan semasa (-) susut nilai terkumpul.

  405. salam..

    saya cuma nk bertnya pasal format penyata pendapatan yg berkenaan jualan bersih dan belian bersih..
    jika zaman dulu kite guna
    JUALAN
    – P.JUALAN
    =JUALAN BERSIH

    SKRG NI KITE MASUKKAN ITEM DISKAUN DIBERI DALAM JUALAN BERSIH..
    adakah kedua2 jawapan ini diterima sbg betul tanpa dipertikaikan..
    bgmn jika soalan analisis nisbah?
    yg menggunakan maklumat jualan bersih?nilai mana kite boleh ambil utk bgtau pelajar?ada 2 jawapan ke?
    contoh:
    peratus untung kasar atas jualan = UK/JB X 100%
    saya ingin kepastian.

  406. Cikgu Myra,

    Saya cadangkan kita ajarkan pelajar supaya ikut Format baru. Iaitu Jualan Bersih = Jualan – Pulangan jualan – DIskaun diberi.
    Begitu juga dalam topik tafsiran, kita gunakan format yang sama, supaya pelajar tidak keliru.

  407. cg.. sya ade mslh ngn bab penyata kewangan…
    arap cg ley tolong sya jwp brpa soalan nie..
    1) peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 4% atas penghutang
    2)faedah atas pinjaman bank yang perlu dijelaskan ialah rm 600.
    3)susut nilai kenderaan ialah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
    4) encik velu mengambil barang niaga bernilai rm 470 untuk kegunaan anaknya. perkara ini belum lagi dicatat dlm mana2 buku.

    ID dt kt
    kenderaan(kos) rm 50000
    stok rm286009
    pulangan rm42500 rm74000
    pinjaman bank rm360
    sewa rm28000
    kadar bayaran rm 8500
    penghutang& pemiutang rm 4650 rm3790
    agkutan masuk rm270
    komisen rm 960
    bank rm4430
    tunai rm820
    gaji rm 8580
    faedah pjman bank rm 280
    sn tkumpul kenderaan rm57000
    modal rm 37000
    pruntukan htg ragu rm 250

    sya arap cg dpt selesai kn nye

  408. Abim,

    Pada pandangan Cg,
    Nilai SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN RM57000 …. ada yang tak kena.

    Cg boleh selesaikannya, tapi cara tersebut KURANG membantu anda untuk LEBIH MEMAHAMINYA. Cg cadangkan Abim kemukakan cara Abim menyelesaikan pelarasan tersebut DISINI, kemudian Cg bantu SEMAK dan PERBETULKAN mana2 yang tidak tepat… cara tersebut adalah LEBIH MEMBANTU.

  409. cikgu, kalau rugi kasar dikira sebagai belanja ke hasil ??

  410. Naznur,

    HASIL – BELANJA = UNTUNG/RUGI
    Maka, RUGI KASAR tidak boleh dikelaskan sebagai HASIL ataupun BELANJA.

  411. salam..cikgu saya ingin bertanya..betul ka kalau dalam soalan SPM let say dia minta sediakan akaun perdagangan dan utg rugi tp kita buat dalam bentuk penyata mcm pnyta pndapatan???adakah ditolak markah…dan lagi satu adakan salah kalau format penyata pndatapan saya guna format lama….terima kasih cikgu

  412. Acepum,

    Ya, sekarang ini semua jawapan digalakkan disediakan dalam BENTUK PENYATA, walaupun soalan minta sediakan AKAUN ….. sekarang sudah tiada lagi penolakan markah.

    Pada pandangan Cg, sekiranya pelajar guna format lama… ianya tidak boleh dianggap salah. Walau bagaimanapun Cg cadangkan supaya pelajar gunakan format baru kerana skema jawapan disediakan adalah dalam format baru.

  413. cikgu, mcm mane nak fhm konsep membuat kk ngan pp ni ngan mudah.. sy selalu terperangkap dgn soalan.. masih lemah tuk buat pp ngan kk.. sy hrp cikgu dpt bg deikit tips untuk sy.. spm dah x lame..

  414. bagaimana saya nak buat kunci kira-kira dan penyata pendapatan

    a. An income statement.
    Penyata Pendapatan
    b. A balance sheet.
    Kunci Kira?kira
    Cash 15,000
    Short term investment 10,000
    Accounts Receivable 20,000
    Notes receivable 31,000
    Merchandise inventory 100,000
    Prepaid insurance expense 3,000
    Long?term investments 25,000
    Net Equipment 53,000
    Copyrights 3,000
    Accounts Payable 50,000
    Common stock (20,000 shares) 80,000
    Retained earnings 56,000
    Sales of merchandise 203,000
    Service revenues 80,000
    Cost of goods sold 100,000
    Selling expenses 30,000
    General and administrative expenses 11,000
    Interest expense 1,000
    Income taxes expense 60,000

  415. Siti Fatima,

    Ikut FORMAT Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira, dimana :
    HASIL dan BELANJA ————————– Penyata Pendapatan
    ASET, LIABILITI dan EKUITI PEMILIK —– Kunci Kira-kira.

  416. Assalamualaikum cikgu , saya ade kemusyikilan n saye tak taw nak buat ape dahh .. boleh x cikgu terangkan ;

    1. pbezaan antr akaun T format lame n format baru 2011?

    2.EP x perlu dicatakan ?

    TQ .

  417. Daragon, waalaikumussalam.

    1. Perbezaan format lama dan baru adalah pada DISKAUN DIBERI dan DISKAUN DITERIMA.
    Format Lama – diletakkan sebagai item HASIL dan BELANJA.
    Format Baru – diletakkan sebagai AKAUN KONTRA kepada JUALAN dan BELIAN.

    2. Ekuiti Pemilik perlu dicatat dalam Kunci Kira-kira.

  418. cikgu ,
    adakah dokumen atau announcement yang lebih formal yang menyatakan skema akan disediakan dalam bentuk penyata

    kerana saya takut pelajar akan confused atas perkataan ‘penyata’ dan ‘akaun’

  419. Gary,

    Tiada apa yang keliru, maklumkan kepada pelajar format pelaporan sama ada dalam bentuk AKAUN atau PENYATA tidak menjadi kesalahan dan tiada sebarang penolakan markah. Manakala penyediaan dalam format PENYATA adalah digalakkan.

  420. Cikgu berdasarkan skema jawapan yang diberikan disitu tertulis (OF) apakah maksudnya. bagaimana markah perlu diberi? harap cikgu membantu saya. saya agak keliru.

    cth jawapan sebenar 17 500 (1m +1OF)
    jika pelajar beri jawapan 16 500 jadi bagaimana markah diberi bagi pelajar tersebut.

  421. Kalai,

    OF = Own Figure / Angka Sendiri, maksudnya walaupun ANGKA JAWAPAN PELAJAR tidak sama dengan ANGKA SKEMA, masih lagi berpeluang mendapat markah, asalkan memenuhi syarat2 pemberian 1OF yang ditetapkan dalam skema jawapan. dan MESTI ditunjukkan JALAN KERJA .. Di mana 1OF biasanya diberikan untuk JALAN KERJA, jika tiada jalan kerja maka peluang untuk dapat 1OF juga tiada.

  422. cikgu,
    saya murid f4.ingin tanya mengenai penyata pendapatan.cikgu sekolah saya katakan diskaun diberi dan diskaun diterima sebagai belanja dan hasil masuk ke dalam akaun untung rugi dan bukan masuk ke dalam akaun perdagangan.tetapi buku teks menyatakan diskaun diberi mesti tolak dari jualan…so, format manakah yang perlu saya ikut?teirma kasih cikgu.

  423. Muridf4,

    Itu adalah format lama, jadi Cg cadangan gunakan format baru seperti mana dalam Buku Teks yang berdasarkan Sukatan Pelajaran Baru.

  424. salam…cg..
    adakah diskaun diterima akan ditolakan dengan belian dlm akaun dagangan?..bagi saya diskaun diterima akan ditolakan..tetapi nape dalam soalan no 5(b)spm 1 buku cerdik klon sebenar kertas peperiksaan (akaun kawalan). ditolakan dengan belian sebagaimana pulangan belian?tolong cg..saya dalam kebingungan…

  425. Iqrearl.

    Berhubung perkara tersebut, ada 2 Format :
    1) Format Lama ….. Diskaun diberi dan Diskaun diterima dicatatkan sebagai Hasil dan Belanja dalam Akaun Untung Rugi.
    2) Format Baru (ikut Sukatan Pelajaran 2011) …. Diskaun diberi dan Diskaun diterima diperkenalkan sebagai AKAUN KONTRA, iaitu pengurangan kepada JUALAN dan BELIAN…. sepertimana Pulangan Jualan dan Pulangan Belian.

    Oleh kerana soalan tersebut merupakan soalan tahun2 lepas, maka jawapan yang disediakan juga berdasarkn format tahun lepas (format lama). Tetapi untuk menjawab soalan2 tahun ini, Cg cadangkan gunakan format baru.

  426. ok..terima kasih bbyk cg.

  427. cg,
    saya sudah bacakan komen di atas .. jadi sama ada disediakan dalam bentuk penyata atau akaun pun tak jadi masalah ., betul tak ? dalam soalan kalau pelajar` sediakan bentuk akaun walaupun soalan minta kita sediakan penyata pendapatan …boleh terima?? ada kawan kata bentuk akaun memang tak diterima..betul ke?kalau minta sediakan penyata pengeluaran ,tapi pelajar sediakan akaun pengeluaran ??
    terima kasih ,cg..

  428. Phang,

    Pada pandangan saya, memandangkan tiada lagi penolakan markah untuk format, maka tiada masalah jika dijawab dalam apa2 bentuk, cuma adalah digalakkan dalam bentuk PENYATA.

  429. Assalamualaikum cikgu,

    saya bingung bagaimanakah hendak menentukan item upah dalam akaun perdagangan dan untung rugi jika berlaku keadaan berikut (mengikut sukatan baru):

    perkara yang terdapat dalam imbangan duga:
    1. upah atas belian
    2. upah, gaji
    3. upah sahaja
    4. upah dan gaji
    minta cikgu tolong beri petunjuk. terima kasih.

  430. Nizasyarina, waalaikumussalam.

    Pandangan saya,
    1. upah atas belian …. Ak Perdagangan kerana JELAS merujuk kepada Kos Belian
    2. upah, gaji ……… Ak Untung Rugi ….. kerana terlalu umum utk dikelaskan sebagai Kos Belian.
    3. upah sahaja —— sama (2)
    4. upah dan gaji ….. sama (2)

  431. Akum cikgu,
    soalan dalam buku latihan dia buat jika ada item upah dan item gaji dalam imbangan duga, upah di masukkan dalam akaun perdagangan manakala gaji masuk untung rugi. Betulkah cikgu?

  432. Nizasyarina,

    Pada pandangan Cg, perkara tersebut adalah tidak tepat… kita tidak boleh buat andaian begitu sahaja …. UPAH sahaja terlalu umum, boleh jadi upah membaiki, upah memcuci dan sebagainya… untuk AK Perdagangan, ianya MESTI jelas UPAH ATAS BELIAN.

  433. mengapa kita pilih nilai terendah antara harga kos dan pasaran untuk stok akhir cg

  434. cg kalau dalam soalan menyatakan dalam maklumat tambahan: menerima rm500 daripada penghutang tetapi cek tidak laku sewaktu dibankkan dan catatan ini tidak direkod dalam mana mana buku…

    apakah yg perlu saya lakukan??

  435. cg sama seperti soalan anis sy nak tanya dalam maklumat tambahan dinyatakan: ambilan barangniaga rm50 dan rm20 dari bank tidak direkodkan dalam buku.

  436. Manimolly,
    Salah satu daripada Konsep / Prinsip Asas Perakaunan ialah KONSERVATISME, ianya diguna pakai supaya ASET perniagaan tidak TERLEBIH nyata dan LIABILITI tidak TERJURANG nyata. Maka dalam penilaian STOK AKHIR nilai yang RENDAH antara harga kos dan harga pasaran akan dipilih. … (buku teks m/s 28).

    Anis,
    Pelarasan terhadap cek tak layan tersebut perlu dilakukan dengan TAMBAH balik PENGHUTANG dan TOLAK pada BANK… maka catatan bergunya : Dt: PENGHUTANG dan Kt: BANK.

    Chen zhe,
    Jika 2 urus niaga tersebut BELUM direkodkan, maka kita rekodkan seperti berikut :
    Dt: AMBILAN RM70
    Kt: BELIAN RM50 ……………………. ambil barang niaga
    Kt: BANK RM20 ………………………. ambil wang dari bank

  437. cg dalam soalan dia mention catatan ini tidak direkod dalam mana mana buku, perlu tak saya buat pelarasan..

  438. cg jika pada pelarasan
    i) hutang lapuk sebanyak 50 daripada penghutang dan 5% phr dilakukan.
    penghutang :rm5000
    perlu tak saya tolak rm5000-50 kemudian x 5% utk phr

  439. Anis,

    Disebabkan ianya “tidak direkodkan dalam mana-mana buku” … maka PELARASAN perlu dilakukan.
    Jika SUDAH direkodkan, maka tidak perlulah dilakukan apa2…..

    Ya, pengiraan PHR berdasarkan PENGHUTANG BERSIH… iaitu penghutang selepas pelarasan ,
    PHR = (5000-50)x5%

  440. cg mcm mane nak tahu pinjaman tu LBS atau LS

  441. Sophie,

    Asasnya kita rujuk kepada tempoh matangnya, jika lebih 1 tahun …. LBS, jika kurang 1 tahun…LS.

  442. nama perniagaan: Perniagaan Shah
    premis=RM 10000
    belanja membaiki premis=RM3000

    mak tambahan:
    1/3 daripada belanja membaiki premis adalah perbelanjaan modal.

    bagaimanakah catatan dalam PP & KKK?

  443. Myazas,

    Pelarasaannya:
    premis=RM 10000 + 1000 = 11000……………..KKK
    belanja membaiki premis=RM3000 – 1000= 2000……………..PP.

  444. terima kasih kerana membantu.
    mengapa perbelanjaan modal perlu ditolak daripada aset bukan semasa dan bukan ditolak dalam bahagian modal seperti dalam bab kelab dan persatuan ting 5?

    modal awal
    +: untung bersih
    -: ambilan
    -perbelanjaan modal

  445. Myazas,

    Dalam topik kelab, ada perbezaan.. iaitu pendapatan modal merupakan dapatan / kemasukan dana daripada pihak lain… iaitu dipanggil PENERIMAAN MODAL… dimana ianya dicatat sepertimana berikut :
    ‘Dana terkumpul awal
    (+) Lebihan
    (+) Derma untuk bina geanggang.

    Manakala PERBELANJAAN MODAL merujuk kepada perbelanjaan / beli aset bukan semasa… seperti beli alatan sukan. Dan ianya akan menambahkan nilai Aset bukan semasa…. BUKANNYA TOLAK daripada DANA TEKUMPUL.

    Dalam kes sebelum ini, kita TAMBAH pada nilai Premis… bukannya TOLAK. Ini kerana belanja membaiki premis RM1000 dikelaskan sebagai perbelanjaan modal, maksudnya belanja tersebut akan MENAMBAHKAN NILAI aset tersebut.. Dimana nilai asal premis ialah RM10,000…. selepas dilakukan perbelanjaan modal seperti mengubahsuai/tambahan pada premis, maka sudah tentu nilai premis tersebut akan BERTAMBAH. Manakala belanja membaiki adalah belanja hangus yang tidak akan menambahkan nilai aset tersebut…. oleh itu pelarasannya…. jika perbelanjaan modal tersebut telah TERSALAH CATAT sebagai belanja membaiki, maka pelarasannya ialah Belanja Membaiki – RM1000, dan Premis +1000.

  446. salam..mcm mne nk kira stok awal dan akhir

  447. Nurul.

    Bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam soalan. Untuk topik penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK, kebiasaannya nilai stok awal dan stok akhir akan diberi dalam soalan.

  448. selamat pagi, cg.
    adakah kita wajib atau mesti tulis jalan kerja dalam penyediaan kewangan ?
    contoh, insurans dibayar RM 1,200.
    maklumat tambahan : insurans terakru RM 200.
    dalam penyediaan penyata pendapatan :
    bolehkah kita hanya tulis insurans RM 1,400 tanpa tunjuk jalan kerja seperti Rm 1,200 + RM 200 ?
    kerana terdapat pelbagai suara menyatakan mesti tunjuk jalan kerja, jika tidak, tiada markah akan diberi, betulkah?>
    terima kasih.cg.

  449. T5,

    Pada pandangan Cg,
    Apa yang hendah diuji dalam soalan ialah KEMAHIRAN PERAKAUNAN dan kemahiran tersebut adalah berkaitan dengan PELARASAN, maka kebanyakkan markah akan diberikan ditempat2 yang melibatkan pelarasan. Biasanya ada peruntukkan markah untuk pengiraan tersebut sekiranya jawapan yang ditulis tidak sama dengan skema jawapan.

    Katakan peruntukkan 2 markah, jika jawapan yang diberikan salah, maka akan hilang 2 markah, tetapi sekiranya ditunjukkan jalan kerja.. kemungkinan anda masih berpeluang dapat 1 markah… untuk jalan kerja… jadi mana lebih baik ? …. hilang 2 markah atau hanya hilang 1 markah.

  450. Salam Cikgu

    SPM tahun ini ada kemungkinan topik PENGGAJIAN keluar tak ?? Sebab ia adalah topik baru…..

    TQ

  451. Robby Lim,

    Adalah lebih baik bersedia, lagipun ianya adalah antara topik yang mudah untuk dikuasai.

  452. Cikgu,
    Adalah lebih baik jalan pengiraan tunjukkan dalam penyata pendapatan contoh tulis di ditepi kadar bayaran (500+20) atau jalan pengiraan buat dalam kertas berasingan contoh nota 1 dan nota 2?…RM itu perlukah ditunjukkan. contoh (RM500+RM20)…terima kasih

  453. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Jika pengiraan RINGKAS sahaja… adalah lebih baik ditunjukkan dalam penyata sahaja …… “RM” boleh abaikan.

  454. ckgu, mcm mana nk cri modal akhir ? tp soalan tk bg modal awal ?

  455. Intan,

    Kena lihat kepada maklumat yang diberikan terlebih dahulu…. jika diberikan ASET dan LIABILITI, maka kita boleh gunakan persamaan perakaunan berikut :
    ASET – LIABILITI = EKUITI PEMILIK … di mana EP = Modal Akhir

  456. Salam sejahtera,

    Saya kurang jelas bagaimana hendak memberikan markah bagi soalan yang melibatkan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
    1. Butiran dari ID yang disalin semula tanpa sebarang perubahan/ penyelarasan ke dalam PP atau K3, boleh ke diberikan markah.
    2. Bagaimana menentukan markah untuk OF/1+OF (skema percubaan Kelantan 2011 soalan 2)
    3. Adakah nilai yang ada pengiraan sahaja (dari pelarasan) sahaja yang boleh diberikan markah
    4. Kebiasaannya 1 markah diberikan untuk 1 jawapan yang betul. Sekiranya 2 makah diberikan(Jawapan 3(a) untuk alat tulis dan sewa skema percubaan Kelantan) apakah justifikasinya.

    terima kasih

  457. RJ salam sejahtera,

    Pada pandangan saya,
    1. Mana-mana item yang diambil terus dalam soalan TIDAK diberikan markah …. (tiada kemahiran yang diuji).
    2. OF diberikan sekiranya NILAI tersebut berkaitan dengan item pelarasan sebelum ini…. contohnya, Untung Bersih, Kos Jualan
    3. Item2 yang melibatkan pengujian KEMAHIRAN PERAKAUNAN biasanya akan diberikan markah.
    4. 2 markah … jika pelarasan tersebut melibatkan 2 langkah pengiraan.

  458. Cikgu,
    dalam soalan penyata pendapatan, jika ada pulangan belian dan diskaun diterima, bolehkah kita tidak membuat subtotal tetapi kita buat bentuk penyata 3 lajur, dengan menggunakan Belian tolak pulangan belian dan jawapan dan kemudian tolak diskaun diterima untuk mendapat belian bersih dalam lajur yang sama…adakah ini diterima dalam SPM?
    terima kasih

  459. Fatimah,

    Pada pandangan saya, dari segi nilai Belian Bersih tersebut masih betul…. cuma sama2 kita fikirkan,…… semasa kita terangkan kepada pelajar tentang AKAUN KONTRA.. di mana PULANGAN BELIAN dan DISKAUN DITERIMA adalah Akaun Kontra kepada BELIAN. Apa yang dimaksudkan dengan KONTRA ialah pengurangan kepada AKAUN INDUKNYA … iaitu BELIAN.. perlulah ditunjukkan dengan jelas tentang keadaan tersebut..

    Kaedah 1:
    Belian……………1000
    (-) PB……………..100
    ………………………900
    (-) Dis…………….. 50 ……….. seolah2 terpisah, dan tidak menampakkan KONTRA kepada BELIAN
    Belian Bersih…… 850

    Kaedah 2:
    Belian………………………1000
    (-) PB …………..100
    (-) Dis…………… 50 ……150 ………………. jelas menunjukkan kedua2 item tersebut merupakan KONTRA kepada BELIAN.
    Belian bersih……………850

    Sama ada DITERIMA / TIDAK bergantung kepada PENTAKSIRAN terhadap tujuan sesuatu soalan itu diuji / dikemukakan…. terserah kepada Panel Pengubal & Ketua Pemeriksa nanti. Maka pada pandangan saya, KAEDAH 2 adalah lebih baik disediakan oleh pelajar.


  460. Cg Narzuki:

    RJ salam sejahtera,
    Pada pandangan saya,
    1. Mana-mana item yang diambil terus dalam soalan TIDAK diberikan markah …. (tiada kemahiran yang diuji).
    2. OF diberikan sekiranya NILAI tersebut berkaitan dengan item pelarasan sebelum ini…. contohnya, Untung Bersih, Kos Jualan
    3. Item2 yang melibatkan pengujian KEMAHIRAN PERAKAUNAN biasanya akan diberikan markah.
    4. 2 markah … jika pelarasan tersebut melibatkan 2 langkah pengiraan.

    Terima kasih atas respond jawapan….
    kesimpulannya….. markah diberikan kepada bahagian yang melibatkan penggunaan kemahiran perakaunan seperti pelarasan, mengira jumlah, mengira untung… dll…. macam itu boleh? Saya memang tiada pengetahuan mengenai pemberian markah ni sebab baru 1 thn kena mengajar semula akaun …..

  461. Cikgu,
    Soalan spm 2011, bolehkah simpanan tetap masuk sama ada dalam aset semasa dan aset bukan semasa? jika ada tempoh matang lebih setahun dan kurang setahun diberi, perlukah kita masuk dalam ABS jika lebih setahun dan AS jika kurang setahun seperti pinjaman bank? bagi pinjaman bank pula, jika tempoh matang tepat setahun, nak masuk LB atau LBS?

  462. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    SIMPANAN TETAP pada asasnya dikelaskan sebagai ASET SEMASA. Manakala jika ada dinyatakan tempoh matang, maka kita tentukan ianya AS atau ABS dengan berdasarkan TEMPOH MATANG tersebut.

  463. cikgu,
    tahun lepas cikgu sekolah ajar diskaun diberi dan diskaun diterima perlu ditolak daripada belian dan jualan masing – masing.
    tetapi, tahun ini, dia katakan diskaun diberi dan diskaun diterima sudah ‘tukar balik’ kepada sukatan lama, iaitu kedua – dua ini perlu angap sebagai belanja dan hasil.
    adakah betul?kami semua keliru, ada cikgu guna format lama, ada guna format baru…apa pandangan cikgu?
    terima kasih

  464. T5,

    Pada pandangan cikgu, kita ikut saja FORMAT BARU dalam Buku Teks kerana ianya mematuhi Sukatan Pelajaran Baru dalam topik Akaun Kontra… Dan buat masa ini TIADA sebarang perubahan terhadap Sukatan Pelajaran tersebut….. sekiranya ada perubahan, perkara tersebut akan dimaklumkan kepada semua guru2 terlebih dahulu.

  465. cikgu,
    Jika pinjaman jangka panjang letak dalam liabiliti masa maka nilai modal kerja salah, adakah ini dikira butir asing dan tak layak dapat markah untuk modal kerja? bagitu juga jika pertambahan PHR termasuk dalam Hasil, adakah pelajar masih layak mendapat markah 1OF untuk untung bersih?
    terima kasih

  466. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    YA, LBS yang dimasukkan dalam LS, maka ianya boleh dianggap BUTIRAN ASING dan markah untuk MODAL KERJA tidak dapat..
    Secara mudahnya… apa2 item YANG TIDAK SEPATUTNYA ADA sepertimana skema … maka boleh dianggap sebagai BUTIRAN ASING…. dan markah untuk 1OF tidak dapat.

  467. cikgu, berkenaan dgn p/pendapatan… disk. diterima & disk di beri akan dimasukkan di bhgn hasil/belanja ataupun akan di tolak drpd belian/jualan utk memperoleh belian/jualan bersih? tolong terangkan ckg.

  468. Ram,

    Kita ikut Buku Teks… Diskaun diberi dan Diskaun diterima merupakan AKAUN KONTARA kepada Jualan dan Belian…. di mana konsepnya sama dengan Pulangan Jualan dan Pulangan Belian, iaitu PENGURANGAN kepada HASIL dan BELANJA. Maka :

    Jualan (-) Pulangan Jualan (-) Diskaun diberi
    Belian (-) Pulangan Belian (-) Diskaun diterima.

  469. terima kasih cikgu atas penerangan tersebut cg. saya keliru sebab merujuk buku rujukan dimana formatnya berbeza dimana diskaun diberi dimasukkan sbg belanja dan disk di terima ditolak drp belian.

  470. selamat hari raya cikgu =)
    nak tanya cikgu bagaimanakah bezakan
    1 . upah
    2.gaji
    3.gaji dan upah
    ???
    letak di lokasi belanja ataupun Kos jualan ?
    terima kasih **^^

  471. Buffett,

    Upah = bayaran kepada pihak / orang tertentu bagi suatu kerja / perkhidmatan yang diberikan, di mana ianya TIDAK TETAP bergantung kepada sesuatu tugsan/kerja yang dilaksanakan.
    Gaji = bayaran TETAP kepada pekerja

    Ada syarikat/perniagaan yang merekodkan Akaun Gaji dan Akaun Upah secara berasingan, dan ada juga yang mengabungkan sebagai Akaun Gaji dan Upah… bergantung kepada amalan sesebuah syarikat/perniagaan.
    Kedua-dua AK Gaji dan Ak Upah dikelaskan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan.

    Manakala UPAH ATAS BELIAN merupakan upah yang dibayar hanya SEMASA proses pembelian barang niaga … barulah ianya dikelaskan dalam KOS JUALAN.

  472. jika soalan ada kedua-dua butir UPAH RM 4000 ; GAJI RM3000 makna keduanya letak di BELANJA juga ?

  473. Buffett,

    Pada pandangan saya, YA. kerana “UPAH” sahaja adalah terlalu umum TIDAK semestinya ianya merujuk kepada “Upah atas Belian”. .. boleh jadi upah untuk perkara lain, dalam merekod kita mesti JELAS apa yang hendak direkodkan, TIDAK boleh dengan andaian semata2 ….. jika ada GAJI , maka UPAH adalah item Kos Jualan (seperti setengah2 buku rujukan).


  474. Cg Narzuki:

    Buffett,
    Pada pandangan saya, YA. kerana “UPAH” sahaja adalah terlalu umum TIDAK semestinya ianya merujuk kepada “Upah atas Belian”. .. boleh jadi upah untuk perkara lain, dalam merekod kita mesti JELAS apa yang hendak direkodkan, TIDAK boleh dengan andaian semata2 ….. jika ada GAJI , maka UPAH adalah item Kos Jualan (seperti setengah2 buku rujukan).

    cg, jika upah dan gaji terdapat dalam soalan akaun perkilangan, bagaimanakah pula rekodnya? adakah upah akan diandaikan sebagai overhed kilang dalam Akaun Perkilangan dan Gaji dicatatkan dalam Akaun Untung Rugi?

  475. Infostpm,

    Konsepnya mudah, Upah, Gaji atau apa2 saja belanja MESTI dinyatakan dengan jelas sama ada untuk Kilang atau Pejabat.. baru boleh kita tentukan sama ada perlu direkodkan dalam Ak Perkilangan atau Ak Untung Rugi…. jika tidak dinyatakan dengan jelas, maka soalan tersebut boleh dipertikaikan. Setengah2 soalan ada dinyatakan dalam MAKLUMAT TAMBAHAN tentang pembahagian sesuatu belanja antara kilang dengan pejabat dengan kadar / nisbah / peratusan tertentu.

    Dengan hanya menggunakan ANDAIAN begitu sahaja tanpa alasan yang munasabah, bukan cara yang betul. Adalah lebih baik diperbetulkan dalam soalan terlebih dahulu supaya mengambarkan keadaan sebenar… sama ada untuk kilang atau pejabat atau mengikut pembahagian tertentu.

  476. Assalamualaikum cikgu narzuki.

    Sekiranya kehendak soalan adalah sediakan akaun perdagangan dan akaun untung rugi,
    boleh tak kalau saya sediakan penyata pendapatan ?

    sekiranya saya tidak menyediakan dalam bentuk akaun, adakah markah yang dipotong ?

  477. Jia, waalaikumussalam.

    BOLEH, format tidak menjadi masalah…. malah digalakkan sediakan dalam bentuk PENYATA…. dan sekarang sudah TIADA penolakan markah.

  478. terima kasih cikgu . =)

  479. bolehkah cikgu beri format penyata kewangan dalam bahasa INGGERIS ? minta tolong T.T

  480. Buffett,

    Cuba rujuk di sini :
    Income Statement – https://accountinginfo.com/study/fs/fs-is-101.htm
    Balance Sheet – https://accountinginfo.com/study/fs/fs-bs-101.htm

  481. hi cikgu,boleh tanya jika baki bb: penghutang RM6000, phr RM100,maklumat tambahan: hutanglapuk RM400,phr 2%atas penghutang bersih (sedia pp dan kk) macam mana buat dalam pp&kk?perlukah kira phr dengan tolak hutang lapuk untuk pp? kk punya penghutang perlu tolak hutang lapuk??boleh tolong saya?

  482. Canditate2012,

    1. Lakukan pelarasan terhadap maklumat hutang lapuk tersebut …. iaitu HUTANG LAPUK + RM400 (jika telah ada, jika belum ada .. wujudkan HUTANG LAPUK RM400) .. dan masukkan dalam PP sebagai BELANJA …. manakala akaun kedua ialah PENGHUTANG RM6000 – RM400 = RM5600.

    2. Kira PHR = 2% x RM5600 = RM112 …. masukkan dalam KKK (Penghutang 5600 – PHR 112)
    ….. Pertambahan PHR = 112 – 100 = RM12 …. masukkan dalam PP sebagai BELANJA.

  483. cikgu satu lagi, jika soalan saya ada satu pinjaman saja tapi jangka pendek daripada 1 tahun,jadi pinjaman ni letak di liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa?=)

  484. Canditate2012,

    JIka telah jelas tempoh matangnya tinggal KURANG 1 TAHUN, maka ianya perlu dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA dalam KKK.

  485. Salam sejahtera cikgu

    Soalan saya: Apabila menjawab soalan berkaitan penyata kewangan yang melibatkan pelarasan… perlukan di buatkan NOTA di bawah penyata pendapatan dan kunci KK menerangkan jalan kerja pelarasan yang dibuat ( seperti contoh jawapan dalam buku teks ms 254, 256 & 259 ). Adakah markah akan ditolak kalau tiada nota itu atau ada cara lain untuk menunjukkan pelarasan yang dibuat.

  486. Muni,

    Pada pandangan Cg,
    Dalam menjawab soalan peperiksaan… JALAN KERJA adalah sangat penting ditunjukkan bersama… kerana ianya SANGAT membantu elak kehilangan markah.
    Markah TIDAK ditolak jika tiada Jalan Kerja… tetapi akan hilang banyak markah jika TIADA Jalan Kerja…

    Contohnya… Markah untuk… item SUSUT NILAI ……. diperuntukkan 2 MARKAH….. jika jawapan yang diberi SALAH… maka AKAN HILANG 2markah…. tetapi jika ada JALAN KERJA….. masih BERPELUANG untuk dapat 2 MARKAH / 1 MARKAH. .

    Ada 3 cara PENULISAN JALAN KERJA boleh digunakan:
    1. Seperti dalam Buku Teks…. di bahagian BAWAH jawapan.
    2. Sediakan dalam LAMPIRAN …. iaitu helaian kerja lain.
    3. Terus tunjukkan dalam JAWAPAN….. seperti berikut :……….. KADAR BAYARAN (4500 + 500) RM5000

    Dan saya LEBIH MENGGALAKKAN menggunkan CARA 3.

  487. Kalau gunakan campuran mana-mana diatas atau kesemuanya tu boleh ke..
    Terima kasih atas tunjuk ajar dari cg

  488. Muni,

    Pada pandangan saya, BOLEH…. ikut kesesuaian… jika memerlukan JALAN KERJA yang PANJANG, maka CARA 1 dan 2 lebih sesuai… jika JK yang RINGKAS, maka CARA 3 adalah lebih baik.. bagi mengelakkan sebarang kesilapan pindahan .. dari JK ke Jawapan….. dan lebih mudah untuk dirujuk oleh pemeriksa.

  489. Salam cikgu, minta tips dari cikgu.

    Kalau menjawab soalan penyata pendapatan & KKK dengan pelarasan, teknik menjawab yang betul,mudah dan paling penting cepat & jimatkan masa
    Kaedah yang saya guna sekarang ni ialah buat pengiraan bahagian pelarasan pada maklumat tambahan tu kemudian baru buat PP dan KKK. Nampaknya cara ni perlu banyak masa nak buat pelarasan tu…
    Harap dapat bantu saya… terima kasih dahulu

  490. Muni,

    Pada pandangan saya. ada beberapa kaedah, cuma bergantung kepada sejauh mana kemahiran pelajar kita mengingati FORMAT, KLASIFIKASI AKAUN dan PELARASAN.

    Pada saya cara PALING CEPAT adalah seperti berikut : ……. (pelajar BETUL2 ingat FORMAT)
    1. Pelajar sediakan KERANGKA Format Penyata Pendapatan (J, KJ, H, B) dan KKK (ABS, AS, LS, EP, LBS).
    2. Baca maklumat tambahan, – kenal pasti : 2 AKAUN yang terlibat – pengiraan yang berkaitan – terus catatkan dalam PP & KKK (tunjukkan JALAN KERJA dalam KURUNGAN)
    3. Pindahkan semua item2 dalam ID yang tidak terlibat dengan pelarasan ke PP dan KKK.

    Untuk capai tahap tersebut bukannya mudah, tetapi saya yakin dengan PENDEKATAN YANG BETUL dan LATIHAN YANG MENCUKUPI, In Shaa Allah pelajar boleh melakukannya.

  491. as salam ckg… saya pertama kali disuruh buat kunci kira2.. mintak tunjuk ajar dr ckg… saya ada wang ditangan rm300, sumbangan rm2200… pastu saya blanja 2500.

    cth format yang diberi… sebelah kiri ASET – aset tetap/tanahbangunan/perabot&kelengkapan/aset semasa/tunai di bank/tunai di tangan/penghutang dan jumlah

    sebelah kanan LIABILITI – dana terkumpul/baki awal/lebihan kurangan pendapatan/tanggungan jangka panjang/tanggungan semasa/akruan/pemiutang dan jumlah…

    harap dpt pertolongan ckg…

  492. Zulana. Waalaikumussalam.

    Untuk menyediakan Penyata Kewangan (Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan & KKK).. kita perlu ada senarai baki SEMUA akaun yang ada.. bukan dengan hanya 3 item tersebut sahaja.

  493. Hi cikgu abgi soalan spm 2012 nombor 5 tolong jelaskan kenapa insurans terdahulu perlu tabah sedangkan yg lain kita tolak. Saya agak keliru.Harap cikgu dapst jelaskan

  494. Kalai,

    Kita faham apa yang hendak dicari….. pelarasan Insurans (-) insurans terdahulu… tersebut adalah untuk mencari belanja INSURANS.
    Manakala soalan tersebut, pelarasan untuk mencari NILAI UNTUNG BERSIH….. kita lihat kesan terhadap UB perlu di tambah atau ditolak.

    Insurans terdahulu RM1800….. maka kesannya kepada Insurans kena TOLAK RM1800…. iaitu BELANJA akan BERKURANG…. apakah kesan terhadap UB ????

    Hasil – Belanja = Untung Bersih…….. jika BELANJA BERKURANG, maka kesan terhadap UB akan BERTAMBAH.

  495. Harap maaf cikgu, saya masih kurang jelas dgn insuran.

  496. Kalai,

    Cuba fahami kehendak soalan terlebih dahulu… pelarasan yang perlu dibuat adalah terhadap UB… bukan terhadap insurans tersebut semata-mata.

  497. Salam cikgu,apa target cikgu yang akan keluar spm 2013?

  498. Fatin,

    Gunakan masa yang seadanya ini untuk kuasai sebanyak mungkin topik yang ada. Semakin banyak topik yang dikuasai, maka semakin hampir dengan A+.

  499. Cikgu nak double check sebab I baru ajar …..kalau di dalam Imbangan duga ada Penghutang sebanyak RM7000 dan juga pita ada hutang lapuk sebanyak 500. Bila kita nak kirakan PHR perlukah kita ambil 7000 – 500 = 6500 X 5%(PHR) atau pun kita saja ambil 7000 x 5% (PHR). Thank u

  500. Shal.

    PHR dikira berdasarkan BAKI AKHIR Penghutang, iaitu selepas pelarasan (5% x (7000-500))

  501. Cikgu,nk tnya soalan ,kalau seorang penghutang telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya sebanyak RM1200 dihapuskan sebagai hutang lapuk?mcm mna?kenapa kena tolak ya?

  502. Fatin..

    Pelarasannya… Dt Hutang lapuk Kt Penghutang…. ataupun
    Hutang lapuk + RM1200, kerana jumlah HL telah bertambah… dan
    Penghutang – RM1200, kerana jumlah orang yang berhutang dengan kita telah berkurang.

  503. Cikgu, jualan – pulangan jualan = jualan bersih – diskaun diberi. Adakah ini format terbaru? Sebab guru sekolah saya katakan panel kini tidak menerima jawapan jualan bersih selepas tolak diskaun (hanya tolak pulangan). Markah akan ditolak. Apakah pandangan cikgu?

  504. Dzkz9328,

    Jualan – Pulangan jualan – Diskaun diberi = Jualan Bersih
    Maaf, untuk cg katakan bahawa penyataan tersebut adalah TIDAK TEPAT, sila rujuk format yang digunakan dalam Buku Teks

  505. cikgu upah atas belian dikira sebagai pengangkutan ??

  506. John,

    TIDAK …. ianya 2 perkara yang berbeza.

  507. cikgu,macam mana nak selasaikan masalah kalau PHR dalam ID tidak diberi, bagaimana ? Adakah buat macam biasa ?

    Contoh : peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan 5% atas penghutang
    PHR (ID) = tak diberi
    Penghutang : 3180

  508. Kim,

    Jika tidak diberi, maksudnya PHR (ID) = 0,
    maka PHR = 5% x 3180 = 159 ……………. KKK (Aset Semasa)
    dan Pertambahan PHR / Hutang ragu = 159 – 0 = 159 ……. dalam BELANJA

  509. cikgu, bagaimanakah hendak selesaikan soalan nie ? dari tadi saya cuba fahamkan soalan nie. Tapi tak faham jugak.

    1. Pinjaman berkadar faedah 4% akan tamat tempoh matangnya pada 30 jun 2014

    Pinjaman berkadar faedah 4% — 15000
    Faedah atas pinjaman — 400

    Saya harap cikgu boleh bantu saya .

  510. Kim,

    Terdapat 2 perkara yang perlu diberikan perhatian :
    1) Pinjaman – perlu ditentukan samada ianya dikelaskan sebagai

    LS atau LBS

    dengan merujuk kepada tempoh matangnya (jika < 1 tahun = LS; > 1 tahun = LBS)

    2) Faedah pinjaman TERAKRU – dimana faedah pinjaman sepatutnya RM600 ( 4% x 15000) tetapi dalam ID menunjukkan bayaran faedah hanya RM400, maka wujudnya faedah terakru sebanyak RM200 (iaitu 600 – 400). Oleh itu selepas pelarasan :
    FAEDAH PINJAMAN RM600 …………… item BELANJA dalam PP
    FAEDAH PINJAMAN TERAKRU RM200 …….. item LIABILITI SEMASA dalam KKK.

  511. cikgu. berdasarkan bentuk soalan yang sama, bagaimana saya nak tau yg tempoh matang pinjaman tersebut ?

  512. Kim,

    Tarikh matang akan diberikan dalam soalan.. maka kita tentukan tempohnya LEBIH / KURANG SETAHUN daripada tarikh tempoh perakaunan.
    Contohnya : Pinjaman (matang pada 31 Disember 2015)…. manakala soalan mengemukakan KKK pada 31 Disember 2013, oleh kerana 31/12/2013 hingga 31/12/2015 = 2 TAHUN…. maka PINJAMN tersebut dikelaskan sebagai LBS.

  513. Salam,

    Cikgu, saya ada soalan yang tak dapat diselesaikan

    Belian RM75700
    Pemiutang RM4615

    1) belian alat tulis RM185 telah direkod sebagai belian barang niaga

    2) nota kredit RM340 yang diterima dari pemiutang masih belum dicatat dimana-mana buku.

    mohon penjelasan cikgu.

    Terima kasih.

  514. Anna,

    Cadangan saya,
    1. Ak Belian 75700 (-)185…… dan Ak Alat tulis (+) 185
    2. Ak Pemiutang 4615 (-)340 dan Ak Pulangan Belian (+)340

  515. terima kasih cikgu

  516. cikgu…nak tanya soalan,,macam nak jelaskan penyata pendapatan mengikut maklumat seperti berikut:
    i) stok pada 30 jun 2012- dinilaisusutkan sebanyak RM 25,450 pada harga kos dan RM 28,650 pada harga pasaran.
    ii) insuran dibayar adalah setahun dan akan tamat tempohnya pada 31 ogos 2012
    iii) lengkapan hendaklah disusut nilaikan 10% setahun atas kos dan kenderaan disusutnilaikan setahun mengikut baki berkurangan.
    v)peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan 5% atas penghutang..
    cam mna nak sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 2012 dan kunci kira – kira pada 30 jun 2012…saya x berapa phm sgt lah dgn soalan ni..sbb blum mahir sgt dalam formula ni..harap cikgu dpt membantu..

  517. Maria,

    Sila fahami dan kuasai setiap jenis pelarasan, kerana setiap satunya ada caranya yang tersendiri. Merujuk kepada soalan yang ditanya,
    i) perkataan “dinilaisusutkan” tidak sesuai digunakan, sepatutnya “dinilai” lebih tepat. Caranya pilih nilai TERENDAH sebagai nilai bagi STOK AKHIR.
    ii) kenalpasti berapa Insurans Terdahulu (AS dlm KKK) dan Insurans (Belanja dlm PP).
    iii) kira Susut nilai setiap aset tersebut dan kesan keatas Susut nilai Terkumpul.
    iv) kira PHR dan kenalpasti Pertambahan / pengurangan PHR

    Kemudian berdasarkan item pelarasan2 tersebut dan ID sediakan PP dan KKK mengikut format yang betul. Cara paling berkesan untuk menguasai topik ini ialah sentiasa berjumpa dan dapatkan tunjukajar guru disekolah.

  518. Ckgu, sy nk tnya mcam mna klau nk kira untung kasar? (ak prdgngan u/r) Tq 🙂

  519. Afina,

    Sediakan Akaun Perdagangan, kenal pasti item2 Jualan Bersih dan Kos Jualan, UK = JB – KJ

  520. cg faedah overdraf terakru nak masuk mana ye??

  521. Teyhaa,

    Faedah overdraf —- Belanja —- Penyata Pendapatan
    Faedah overdraf terakru — Liabiliti Semasa — KKK

  522. salam,
    cikgu…bolehkah ckgu bg sya tip cara mdh untuk mengingat formula pp&kkk..saya sering membuat latihan tapi bila exam saya x dpt skor pp&kkk…..hrap ckgu dpt membntu sya..

  523. Eirah97,

    FAHAMI dahulu setiap item dalam Penyata Pendapatan (… iaitu hasil dan belanja)… KKK (aset, liabiliti dan ekuiti),
    apa maksud JUALAN BERSIH, BELIAN BERSIH, KOS JUALAN (dan itemn2 dalam Kos Jualan), Untung Kasar, Untung Bersih….. Aset bukan semasa, Aset semasa dan Liabiliti semasa.. MODAL KERJA, Ekuiti Pemilih dan Liabiliti Bukan Semasa..
    Seterusnya tahu penggunaan LAJUR..

    Bila sudah fahami perkera2 tersebut, baru mudah untuk HAFAL FORMAT.

  524. ckgu cmne nak kira kalau peruntukkan hutang ragu dekat dalam imbangan duga bahagian debit dan dekat dalam imbangan duga tu tulis peruntukkan hutang ragu pada 1 okt tapi saya buat penyata pendapatan bagi tahun berakhir 30 sept ?

  525. Nurul Fatin,

    PHR 1 okt (tahun sebelum) dalam ID… merupakan BAKI AWAL PHR.
    Untuk BAKI AKHIR PHR… (30 Sept).. kita kena kira k% x PENGHUTANG.

  526. jadi ckgu macam mana kita nak catat dalam penyata pendapatan dan kunci kira kira ?

  527. Nurul Fatin,

    PHR akhir (yang dikira) … 100 (contoh) …… dicatat dalam KKK (AS: Penghutang – PHR)
    PHR awal (dlm ID) ……… 80
    Pertambanhan PHR (/Hutang ragu) = 100-80 = 20 ….. dikelaskan sebagai BELANJA dalam Penyata Pendapatan

    # Sekiranya Pengurangan PHR… maka dikelaskan sebagai HASIL.

  528. Duti atas belian ialah? Letak di mana?
    Duti import ialah?letak di mana?

  529. Tolobg saya ah cikgu .esok saya exam

  530. Boon,
    Letak dalam komponen Kos Belian, bersama2 angkutan masuk, insurans atas belian, upah atas belian.

  531. Berapakah stok awal??

  532. Naven,

    Stok awal apa ?
    Adakah berkaitan Soalan tugasan tingkatan 5 ?
    Stok awal rujuk kepada baki akaun Stok @ nilai dalam ID @ IDT.

  533. Cg,
    Jika barang niaga yang telah dijual pada harga kos +100% tokokan ,RM250 telah dipulangkan daripada penghutang.

    Catatan bergu terlibat:

    Dt. Pulangan Jualan RM250
    Kt Penghutang RM250

    Dt. Stok (KKK) RM125
    Kt. Stok (PP) RM125

    betulkah Cg

  534. Chee,

    Kalau tidak silap Cg, soalan tersebut merujuk kepada soalan SPM 2009. Dimana Pulangan jualan belum direkodkan dalam mana2 buku… dan belum diambilkira dalam pengiraan stok akhir.

    Maka, terdapat 2 perkara yang perlu diselaraskan:
    1. Pelarasan berkaitan dengan PULANGAN JUALAN dan PENGHUTANG,… Dt Pulangan jualan RM250, Kt Penghutang RM250
    2. Penilaian STOK AKHIR dilakukan melalui PENGIRAAN SECARA FIZIKAL, maka tidak perlu kepada catatan bergu… hanya tambahkah nilai stok akhir RM23,000 + RM125 = RM23,125…. nilai ini terus dimasukkan dalam PP dan KKK….. lagipun Stok(KKK) dan Stok (PP) adalah akaun yang SAMA.

  535. Betul Cikgu.

    Terima kasih.

  536. Cg,

    Adakah catatan penutup bagi stok selepas fizikal pengiraan?

  537. Chee,
    Dalam kes tersebut, nilai stok akhir telah terkurang nilai maka perlu ditambah. Dalam menjawab soalan tersebut tidak perlu kepada catatan penutup.

  538. cg, nk tny, angkutan masuk dan angkutan keluar nk ltk kt mne ye…blh sy dpt kn format penuh..sorry sy sudah 5 thun tggl kn bidang ini.

  539. Salam…ciKgu,,saya plJar sPm tahun nhee…boleh tak cikgu tolong saya dptkan format yg lengkap utk buat kerja kursus prinsip akaun saya thun niee..???…sya tak tahu lha nak wat cam na yg kkk slepas pelarasan tu,,masih tak imbang2 lagi…//

  540. Yana
    Angkutan masuk letak di akaun perdagangan,Angkutan keluar adalah belanja,letak di akaun untung rugi,format penuh boleh rujuk buku teks

    Nazuha
    Sebelum buat akaun penamat,pastikan imbangan duga terselaras imbang dahulu

  541. cg, klau ambilan alat tulis untuk kegunaan sndiri, apakah trnsksi y tlibat…dan kalau ambilan brang niaga untuk tujuan promosi bgaimana pula.tq

  542. Yana,

    1. Ambilan alat tulis untuk kegunaan sendiri, —- Dt AMBILAN, Kt ALAT TULIS

    2. Ambilan barang niaga untuk tujuan promosi, —- Dt PROMOSI, Kt BELIAN

  543. bagaimana kita mahu ctat kn dlam pnyata pndapatan n kunci kira2

  544. Yana,

    Kita sediakan PP dan KKK ikut formatnya, dimana item2 pelarasan tersebut perlulah diselaraskan baki di ID terlebih dahulu…. merujuk kepada soalan sebelum ini, maka

    Ambilan kena +
    Alat tulis kena –
    Promosi kena +
    Belian kena –

  545. Cikgu,dalam kunci kira-kira,faedah diterima dicatat di bawah apa?????Adakah liabiliti semasa atau…..

  546. Baby panda,

    Faedah diterima = HASIL dalam Penyata Pendapatan
    Faedah diterima terakru = ASET SEMASA dalam KKK

  547. ID seperti pada 31.12.2012
    Pinjaman bank 15,000..
    Faedah Pinjaman 400..

    mklumat tmbahan:
    pnjaman bank dengan kadar faedah 4% setahun akan matang pd 31.12.2014.

    cg, bagaimana catatannya??

    PP:Faedah pinjaman 1000,
    KK(L.S): Faedah pinjaman Terakru 600.

    betulkah mcm ni??

  548. Yana,

    Faedah pinjaman = 15000 x 4% = RM600……. PP
    Faedah pinjaman terakru = RM200….. (600-400) KKK

  549. Cikgu, jika ayat gini “Terima bil langganan surat khabar berjumlah RM80” masuk jurnal Am kann? Ke Jurnal pembyran tunai?

  550. Irah,

    Kita baru terima bil, tiada sebarang pembayaran dibuat… adakah sesuai catat dalam Jurnal Pembayaran Tunai ?

  551. Ok baiklah. Tidak sesuai sebab tak bayar apa2 lagikann. Jadi memang masuklah jurnal Am. Tapi saya confius apa yg perlu didebit & kredit? Mulanya saya buat (dt) pmiutang (kt) belanja. Sesudah Cikgu ckp tiada pembayaran saya terus blank Hihi

  552. Irah,

    Pada pandangan Cg, memandangkan akhbar bukannya BARANG NIAGA, maka penggunaan “pemiutang” adalah tidak sesuai…
    Cadangan Cg, Dt Belanja Akhbar… Kt Belaja akhbar terakru

  553. Ouh (kt) Belanja terakru? Begitu yaa cikgu, ok baiklah terima kasih banyak banyak cikgu. Saya dah faham sekarang.

  554. cg, kalau di sruh buat pnyta pndptn berasaskan tunai dan akruan , bagaimana ye

  555. Yana,

    Format Penyata Pendapatannya sama sahaja.

  556. apakah perbezaannya??

  557. Cg,
    ID pd 31 mac 2014..sewa dibayar 13000

    Mklmt tmbhn:
    Sewa dibayar stiap sku tahun. Sewa dibayar termasuk 1200 bagi suku tahun berakhir 30 april 2014

    Mcm mne nk kira ya

  558. Yana,

    Sewa terdahulu selama SEBULAN ….. iaitu bulan April.
    RM1200 bayaran untuk SUKU TAHUN (= 3 bulan), maka bayaran SEBULAN = RM400 … (iaitu 1200/3).

    Sewa terdahulu RM400 ……….. Aset Semasa (Kunci Kira-kira)
    Sewa (13000 – 400) RM12 600 …. Belanja (Penyata Pendapatan)

  559. Oh…puas sy fkr
    Sy fkr kne bhgi 4 bln

  560. cikgu .. nk tanya ni …
    Ambilan dgn Angkutan Masuk sama ke ??

    mcm ne nk ingat format dgn cepat ?
    tolong saya T_T

  561. saya ada soalan yg bg saya keliru .

    ” Pemilik telah mengeluarkan barang bernilai RM500 untuk tujuan promosi tetapi belum direkodkan lagi “

  562. Amzar,

    AMBILAN – peniaga ambil tunai/barang niaga untuk KEGUNAAN PERIBADI peniaga.
    ANGKUTAN MASUK – bayaran kos/tambang lori untuk angkut barang yang dibeli dari kedai Pembekal hingga ke kedai peniaga.

    Nak ingat format kena FAHAM dan INGAT kerangka utama iaitu : PP : JB-KJ=UK+H-B=UB, KKK : ABS+(AS-LS=MK)= EP+LBS….. seterusnta dapat kenalpasti item A,L,EP,H & B.

    PROMOSI +500….. BELIAN -500

  563. ” Pemilik telah mengeluarkan barang bernilai RM 500 untuk tujuan promosi tetapi belum direkodkan lagi ”

    cuba kalau soalan ni berkaitan dgn pelarasan . mcm ne nk buat cikgu .____.

  564. Amzar,

    Dt- Promosi 500…. Kt- Belian 500
    Atau…. Promosi +500, Belian -500

  565. cikgu apa itu duti atas belian?…
    saya masih belum megenali subjek ini

  566. Joker,

    Duti atas belian … juga dikenali sebagai Duti Import / Cukai Import…. merujuk kepada duti/cukai yang perlu dibayar untuk membawa masuk barang niaga yang dibeli ke dalam negara.

  567. salam.. Cg, sy nak tnya.. ape yg dbelajar di sekolah bleh dgunakan dlm pniagaan?
    jika boleh, prlukah mbuat jurnal, lejar n sbgainya.. dan stahu sy, penyata pndapatan hnya akn dibuat satu dalam tempoh perakaunan, bmkne hnya sthun skli? btl ke?

  568. Hada,

    Apa yang belajar disekolah adalah asas sistem rekod perakaunan….. memang boleh digunakan. Untung / rugi ditentukan pada akhir tempoh perakaunan.

    Walau bagaimanapun sekarang ini boleh menggunakan kemudahan ICT @ sistem perakaunan berkomputer, dimana semua catatan terus ke dalam perisian komputer.. kemudian kita boleh cetak maklunat2 yang dikehendaki … seperti BCP, Lejar, ID, PP dan KKK pada nila2 nasa sahaja.

  569. cikgu,
    1.mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 2% atas baki penghutang (penghutang kos RM28510?
    macam mana nak kira?

  570. Amirah,

    1. Kenalpasti pelarasan yang melibatkan PENGHUTANG dalam maklumat tambahan sebelum ini, jika ada…… selaraskan baki penghutang dalam ID tersebut supaya dapat nilai baki penghutang bersih (terbaru)…. kemudian baru dikira PHR = 5% × PENGHUTANG BERSIH.

    2. Sekiranya tiada sebarang pelarasan terhadap Penghutang sebelumnya, maka PHR = 5% × 28510

  571. assalamualaikum cikgu,

    I.DUGA:
    penghutang rm6000
    hutang lapuk rm200

    M.TAMBAHAN
    hutang lapuk rm100 tidak dapat dikutip.

    knpa PHR dlm KKK RM295 [(6000-100) x 5%] ??knpa pakai htang lapuk dalam M.TMBHN ? napa tak pkai hutang lapuk dlm I.DUGA ??tolong sya ckguu

  572. Nisaa,

    Hutang lapuk dlm ID telahpun diambilkira dalam ak penghutang, cuma yang baru dikesan sahaja yang perlu diselaraskan terhadap baki penghutang… seterusnya pengiraan PHR mestilah berdasarkan baki penghutang akhir.

  573. Cikgu kalau dalam soalan dia memberi maklumat tambahan bahawa : pulangan belian RM150 tertinggal rekod dalam buku. Bagaimana saya nak membetulkan imbangan duga yang diberi?

  574. Shasha,

    Pulangan belian + 150
    Pemiutang – 150

  575. cikgu kalau dlm maklumat tambahan die bgi sewa termasuk sewa kediaman sebanyak RM600 ape maksud die..

  576. cikgu kalau dlm maklumat tambahan die bgi sewa termasuk sewa kediaman sebanyak RM600 ape maksud die..
    dalam buku tunai RM12600

  577. Nurul Athirah,

    Maksudnya pemilik telah menggunakan wang perniagaan untuk bayar belanja peribadi beliau sebanyak RM600.. maka pelarasan perlu dilakukan dengan mengeluarkan 600 daripada Ak Sewa perniagaan dan rekodkannya sebagai AMBILAN oleh pemilik… Iaitu : SEWA 12600-600 dan AMBILAN +600

  578. salam. ckgu saya nk tnya plrasan apa yg kna buat kalau dtnya:
    1) spnjg tahun, lgkapan tambahan telah dipasang pada kos RM 1800. jumlah ini tlah didebitkan dalam akaun pembaikan. Jmlh pmbaikn dlm URugi 2680., lgkpan dan lekapan dlm URugi 5500.

    2) sewa tmasuk cgrn sewa RM 350 yang dbayar kpd pmilik premis. sewa dlm URugi 4550.
    Saya harap ckg dpat bantu saya. Trima kaih ckgu 🙂

  579. Cikgu, kalau kerja khusus akaun, saya dapat rugi bersih dan bukannya untung bersih dalam penyata pendapatan. Lepas tu, saya buat kunci kita2, memang seimbang. Tetapi kalau rugi bukan untung takpe ke cikgu?

  580. Adawiyah,

    1) Lengkapan TAMBAHAN… merupakan perolehan aset, bukan nya belanja…
    maka Lengkapan dan Lekapan 5500 + 1800, Belanja pembaikan 2680-1800

    2) Cagaran sewa / deposit sewa.. tidak dikelaskan sebagai belanja, sebaliknya dikelaskan sebagai Aset.
    Maka pelarasannya.. Deposit/Cagaran Sewa +350 dan Sewa 4550-350

  581. Ckgu, maknanya saya kena wujudkan cagaran sewa dalam KKK sebagai aset semasa atau bukan semasa? Terima kasih byk2 ckgu. Ckgu sgt mmbantu saya.

  582. ID pemiuang 1700
    belian 42880

    maklumat tambahan
    belian barang niaga secara kredit RM300 tertinggal rekod

    cikgu,terus ambil pemiutang 1700+300 Ke?

  583. Amirah,

    Belian 42880 + 300
    Pemiutang 1700 + 300

  584. Cg,
    kalau soalan hendak penyediaan A/k Perdagangan:

    Adakah ia sampai Untung Kasar sahaja?

  585. Chee,

    Ya… sehingga UK sahaja.

  586. lD pd 31 julai 2008
    bank 4490

    maklumat tambahan
    1. permohonan pinjaman bank jangka pendek pd
    1 julai 2008 berjumlah RM 15000 masih
    diproses utk kelulusan dgn kadar faedah 6%
    setahun

    cikgu, macam mana nak buat?

  587. Fatin,

    Jika MASIH DIPROSES UNTUK KELULUSAN… maksudnya BELUM LULUS lagi….. wang belum terima… maka faedahpun tidak perlu bayar lagi.
    Melainkan pinjaman SUDAH diluluskan … wang sudah masuk ke akaun BANK… baru pelarasan faedah pinjamn perlu dilakukan.

  588. maksud cikgu x payah buat apa2 dlm pp atau kkk?

  589. Fatin,

    Berdasarkan maklumat tersebut…. urus niaga BELUM berlaku lagi…. macam mana nak rekod.

  590. ID
    penghutang 5100

    maklumat tambahan
    1. seorang penghutang didapati muflis dan hutangnya
    RM 600 dihapuskan .

    cikgu, yang hutang tu hutang lapuk ke?

  591. terima kasih cikgu?cikgu sy ada soalan yg x faham

    ID pd 31 mei 2008
    pinjaman bank 5000
    faedah pinjaman bank 200

    maklumat tambahan
    1. faedah atas pinjaman bank ialah 10% setahun

    macam mana buat?

  592. Amirah,
    Ya pelarasan untuk hutang lapuk.

    Fatin,
    Kira faedah yang sepatutnya dibayar= 10% x 5000 = 500
    ID menunjukkan faedah pinjaman bank telah bayar 200,
    Maka faedah pinjaman bank terakru = 500 – 200 = 300 (LS)
    Faedah oinjaman bank = 200 + 300 = 500 (Belanja)

  593. Assalamualaikum cikgu..

    macam mana nak ingat format penyata pendapatan dan kkk bagi tajuk pelarasan /???

  594. Aida, waalaikumussalam.

    Jika nak ingat sesuatu, terpaksalah kena HAFAL. Apa yang perlu dihafal hanyalah tajuk2 komponen sahaja…. iaitu PP : JB – KJ = UK + H – B = UB, manakala KKK : ABS + (AS – LS) MK = EP + LBS
    Seterusnya kuasai kemahiran asas perakaunan, iaitu KLASIFIKASI AKAUN ….. A, L, EP, H dan B ….. jika sudah kuasai, mudah untuk kita masukkan dalam format PP dan KKK nanti.
    Akhir sekali, tahu penggunaan LAJUR dalam format tersebut.

  595. Ckgu mana nak dpt Ungtung kasar dan ungtung bersih dalam akaun perdagangan dan ungtung rugi ?

  596. Adrina,

    Jualan bersih
    (-) kos jualan
    = UK
    (+) Hasil
    (-) Belanja
    = UB

  597. Salam cikgu saya nak tanya.. Macam mana nak selesaikan yang nii?? Faedah untuk pinjaman dari AmBank untuk setemgah tahun masih belum dijelaskan.. Dari imbangan duga pulak ada Pinjaman Ambank (10% setahun)-50000.. Lepas tu ada belanja faedah 2500.. Macam mana nak kira yee? Nak masuk dekat belah mana dalam penyata pendapatan dengan kunci kira kira? Tolong saya selesaikann.. Saya tak tahu..

  598. Yana,

    Faedah yang perlu dibayar = 10% x 50,000 = RM5,000 …. untuk setahun
    Faedah yang TELAH dibayar = RM2,500 ……….. daripada ID

    Maka, FAEDAH PINJAMAN TERAKRU = 5,000 – 2,500 = RM2,500 ….. LIABILITI SEMASA (KKK)
    FAEDAH PINJAMAN = (2,500 + 2,500) @ (5%x50,000) = RM5,000…. BELANJA (PP)

  599. Terima kasih cikgu.. Tapi cikgu bukan dia cakap utuk setengah tahun ke? Kita kena bayar untuk setengah tahun je kan. Kena darab dgn 6 kan. 10% darab dgn 6/12 darab dgn 50000 = 2500.. Yg ni masuk kunci kira kira kan. Lepas tu pinjaman 50000 tak payah masuk LIABILITI BUKAN SEMASA ke? Dan saya keliru bukan terakru selalunya kena tambah ke?

  600. Yana,

    RM2,500 sudah dibayar … RM2,500 masih belum bayar .. itu yang dimaksudkan dalam soalan “Faedah untuk pinjaman dari AmBank untuk setemgah tahun masih belum dijelaskan”

    Pelarasan yang perlu dilakukan adalah terhadap Faedah pinjaman tersebut….. manakala PINJAMAN tetap kekal sebagai LBS dalam KKK.
    TERAKRU sememangnya kena tambah –> Faedah pinjaman = 2,500 + 2,500 (terakru) = RM5,000 …. sebagai BELANJA (PP)

  601. Terima kasih cikgu. Saya faham dah.

  602. Sewa 1000 sebulan.. Dia dah bayar utk pendahuluan sewa dua bulan.. Dalam imbanganduga ada 14000.. Jadi kita (14000-2000=12000) masuk belanja PP.. Yang 2000 jdi sewa terdahulu masuk aset semasa kan. Lagi satu dia ckp seoran pelanggan telah diisytihar muflis htg berjumlah 2000.. Dia jdi hutang lapuk la kan. Dekat imbanganduga penghutang 10000 dgn hutang lapuk 500.. Kita kena tolak penghutang tu (10000-2000=8000).. jdi hutang lapuk dia jdi 500 ke atau kena tambahkan dia jdi 2500.

  603. Yana,

    Pendahuluan sewa tersebut … dipanggil DEPOSIT SEWA… bukannya sewa terdahulu… dan dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

    Penghutang (10000 – 2000) dan Hutang lapuk (500 + 2000)

  604. assalamualaikum,

    penyata pendapatan dan akaun perdagangan sama ke?

  605. Nisya, waalaikumussalam.

    Ya. Ak Perdangangan dan Untung rugi = Penyata Pendapatan
    Beza dari segi format sahaja…. bentuk “T” dan bentuk Penyata

  606. cg,

    IMBANGAN DUGA PADA 31 DISEMBER 2013

    SEWA (ID) = 1000

    MAKLUMAT TAMBAHAN :
    sebahagian premis disewakan mulai 1 julai 2013 dgn sewa bulanan RM500

  607. Nurulamirah,

    1 julai – 31 disember = 6 bulan
    Maka, sewa diterima sepatutnya = 500 × 6 = 3000 …. HASIL
    Telah diterima 1000, maka SEWA DITERIMA TERAKRU = 3000 – 1000 = 2000…. AS

  608. cg ,

    imbangan duga pada 31 disember 2013

    insuran(dt) =960

    MAKLUMAT TAMBAHAN :
    insurans dibayar bagi tempoh setahun bermula 1 mac 2013

  609. Nurulamirah,

    Setahun …. 1 mac 2013 – 28 feb 2014
    ID…… 31 Disember 2014….. maka berapa bulan TERDAHULU ???…. 1 Januari 2014 – 28 Februari 2014
    Maka , cuba kira berapakan INSURANN TERDAHULU = ? ……. (AS)
    dan berapakah INSURANS = ? …….. (Belanja)

  610. Cikgu premises nak letak dekat penyata pendapatan ke kunci kira-kira yee?

  611. Yana,

    Premis merupakan ruang pejabat/kedai… cirinya sama deangan Bangunan, Kenderaan, Lengkapan..

    Jadi…. nak letakkan di mana ?

  612. Salam, cikgu. Soalan yang saya dpt, dia suruh hitung jumlah belian kredit bg sesuatu bulan.

    Butir yg diberi,
    Baki awal pemiutang 12400
    Baki akhir pemiutang 10800
    Belian tunai 7420
    Cek dibayar kpd pemiutang 15300
    Pulangan keluar 700
    Diskaun diterima 600

    Jawapannya 15000 (saya ambil dari skema)

    Mcm mana cara nak dapatkan jumlah belian kredit ye? Mohon penjelasan cikgu, terima kasih. 🙂

  613. Nur Azierah,

    Berdasarkan maklumat tersebut.. sediakan Ak Kawalan Pemiutang, angka imbangan tersebut merupakan BELIAN KREDIT.
    # Belian tunai … tidak terlibat.

  614. Salam cikgu.. Hutang lapuk dihapuskan kena tolak dgn hutang lapuk yg de dkt imbangan duga kan.. Yg tu letak dekat belah belanja penyata pendapatan kann. Lepas tu yg hutang lapuk dihapuskan nak kena letak dekat kunci kira2 ke?

  615. Yana,

    Hutang lapuk (+) … Belanja (PP)
    Penghutang (-) …. AS (KKK)

  616. Salam cikgu.. Maaf menyusahkan cikgu yee.. Saya belajar sendiri tuu yg saya tanya cikgu.. ????????Montly rental is 350 per month.. Ni nak kena tambah atau tolak dgn imbangan duga.. Bad debts has been recovered by cash.. Kena tambah dlm cash ngn bad debts ke? Lepas tuu nak kena tolak dgn penghutang ke?

  617. Yana,

    Sewa 350 X 12 = 4200 … ini yang sepatutnya dibayar. Seterusnya kita rujuk nilai Sewa dalam ID.. katakan 4000, maka terakru 200..
    Seterusnya ID Sewa 4000 + 200 = 4200 …. Belanja
    dan Sewa terakru 200 ………….Liabiliti

    HUTANG LAPUK TERPULIH ….. Tunai (+) .. dan Hutang Lapuk Terpulih (+) …. Hutang lapuk dan Penghutang SUDAH TIDAK TERLIBAT.

  618. cikgu , penghutang dalam kunci kira kira nak ambil dari mana ?

  619. Milo,

    Rujuk kitaran perakaunan:

    —-> Imbangan Duga terselaras —-> Penyata Pendapatan & KKK.
    Semua item2 dalam ID perlu dimasukkan ke PP ataupun KKK.
    Maka rujuk PENGHUTANG dalam ID selepas ambilkira pelarasan yang terlibat (jika ada).

  620. Cikgu kalau saya letak promosi dalam imbangan duga saya kena tolak ambilan ke dalam kunci kira2 .

  621. Liyana,

    Tidak semestinya, ianya bergantung kepada penyataan pelarasan tersebut untuk menentukan akaun2 yang terlibat.

  622. Cikgu, DLM maklumat tambahan ada nilai kos Dan nilai pasaran bagi stock alat tulis. Mana nak pilih. Tq.

  623. Thines,

    Ikut konsep STOK AKHIR… pilih yang TERENDAH antara Harga Pasaran atau Harga Kos.

  624. Cikgu macam mana nak kira peruntukan hutang ragu. Selepas penghutang dah tolak hutang lapuk and diselaras mengikut %. Contohnya dapat rm150. Dalam imbangan duga pula ialah rm100.

    Berapa kena letak untuk penyata pendapatan? Dan bagaimana jalan kerjanya.

  625. Chemy,

    Pertambahan PHR = 150 – 100 = 50 ….. Belanja dalam PP

  626. Cikgu saya pening lah. Setiap soalan pengiraan untuk peruntukan hutang ragu berbeza. Ada yang kena tolak hutang lapuk. Ada yang tak perlu. dan ada peruntukan hutang ragu yang dalam imbangan duga sebelah debit. Ada yang kredit. boleh cikgu explain. Terima kasih

  627. Chemy,

    Penghutang perlu tolak HL.. jika HL terdapat dlm maklumat tambahan (iaitu belum direkodkan lagi) dan perlu diselaraskan…. Penghutang – HL
    Manakala HL dalam ID.. telahpun direkodkan, tidak perlu lagi diselaraskan dengan penghutang.

    Baki PHR dalam ID mesti sebelah KREDIT.. tidak mungkin berbaki debit.

  628. cikgu … bagaimana untuk membuat penyata pengasingan untung rugi ? kalau boleh cikgu rujuk soalan SPM 2008 kertas 2 soalan 3 . saya pening part tu sebab x dpt jawapan yang betul . T_T

  629. Amzar,

    Buat ikut format biasa..
    UB + FAA – FAM – G … Kongsi Untung.

    Cuma kena hati.. mungkin UB perlu diselaraskan dahulu… dan pengiraan faedah perlu ambil kira tempoh.

  630. Oh ok thanks cikgu. I finally got my first imbangan duga and kkk correct and balanced without copying answer 😀

  631. Chemy,

    TAHNIAH..

  632. cikgu bagi senarai belian barang niaga pleass ><

  633. As-salam cikgu… saya sekarang berada di universiti,, dan mengambil course accounting.. saya memang tak ada langsung basic dalam ilmu accounting,, kerana saya tak ambik subjek spm di sekolah menengah…tapi saya banyak juga merujuk nota-nota cikgu, baca komen dalam blog ni…secara tak langsung membuatkan saya faham tentang akaun ni,,,hanya melalui rujukan blog ini… terima kasih ye cikgu..

  634. Aizad, waalaikumussalam.

    Alhamdulillah.. sedikit sebanyak blog ini dapat membantu anak2 pelajar untuk lebih memahami dan mencintai bidang perakaunan.

    Nasihat Cg, banyakkan BERTANYA…. cara tersebut lebih crpat, mudah dan berkesan untuk memahami sesuatu topik/perkara yang dipelajari.

  635. Cikgu, boleh saya minta tolong cikgu? Saya dah cuba format untuk buat kunci kira-kira dan penyata pendapatan tetapi saya menghadapi masalah tidak seimbang. Bolehkah cikgu bantu saya?

  636. ID
    simpanan tetap 15000

    MT
    simpan tetap telah dimasukkan untuk tempoh 5 tahun dari
    tahun lepas

    cikgu?nak buat macam mana?

  637. sofia,

    Rekodkan Simpanan Tetap tersebut sebagai ABS kerana lebih 1 tahun.
    dan sekiranya ada maklumat berkaitan faedah simpanan tetap, maka lakukan pelarasan.

  638. ID pd 30 jun 2011
    gaji 4860

    MT
    gaji bulan jun belum dibayar berjumlah RM670

    cikgu terus tambah ke ?

  639. iD
    angkutan masuk 385
    angkutan keluar 295

    mt
    angkutan keluar sebanyak RM125 telah tersilap rekod sebagai angkutan masuk

    Cg,angkutan masuk tu kena tolak ,yg angkutan kena tambah ke?

  640. Fatin,

    Gaji +670
    Gaji tetakru 670 .. LS (KKK)

    Syafiqah,

    YA.. AM kena – & AK kena +

  641. cikgu,kalau untung bersih dpt jawapan ada negatif
    macam mana?

  642. Nadia,

    Tiada masalah, cuma ianya dipanggil RUGI BERSIH.

  643. SO HARD LEH WEI SENANG SIKIT BLH KE

  644. Saya ingin bertanya tentang soalan 4(a)(i) spm 2014.
    Boleh cikgu terangkan jawapannya?

  645. Pizan,

    Sediakan Akaun Insurans, masukan jumalah yang telah dibayar (rujuk ID), tentukan berapakan Insurans terdahulu, kemudian imbangkan untuk dapatkan nilai UNTUNG RUGI.

  646. Assalamualaikum cikgu..
    Macam mana nak mengira bulan insurans terdahulu..
    contoh soalan: perniagaan d’sara imbungan duga pada 31 mac 2014.. insurans: rm 1440..
    Maklumat tambahan:
    -insurans yang dibayar adalah untuk setahun berakhir 30 jun 2014..

  647. Nur, waalaukumussalam.

    Tempoh perakaunan berakhir 31 MAC 2014
    Insurans dibayar untuk setahun berakhir 30 JUN 2014.
    Maka, Insurans TERDAHULU ….. April.. Mei.. Jun, iaitu 3 bulan

    Insurans terdahulu = RM1440 x 3/12

  648. asalam cikgu, mcm mana nak cari stok awal?

  649. Anuar.

    Akan diberi dalam soalan… cuma jika baru memulakan perniagaan, maka tiadalah stok awal.

  650. cikgu, saya x pham nak buad penyata pendapatan

  651. dan saya masih x pham ape yg msti ade dlam aset, belanja, liabiliti, ekuiti pemilik dan modal.. terlalu bnyak shingga sya kliru dan x boleh nk kelaskn mngikut kelas msing2.. oleh itu saya tak boleh buad pnyata pndapatan dan kunci kira2.. boleh ckgu bg tip sikit untuk mudahkan saya.. :'(

  652. Nur Hasina,

    Kemahiran asas yang perlu dikuasai ialah klasifikasi akaun… sama ada Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil atau Belanja….. cuba fahami maksudnya serta contoh2nya.. dan dapat bezakan antara satu sama lain.

    Kemudian baru kuasai format PP dan KKK.

  653. baiklah cikgu, terima kasih.

  654. cikgu, kalau kertas 1, adakah setiap thun akan diulang solan lebih kurang sama? maksudnye, kalau kite buad latihan past2 year, xperlu la nk ulangkaji sangt. bolehkah begitu?

  655. Assalamualaikum, cikgu.
    Saya tak faham maklumat tambahan ni. Maksudnya penghutang akan bertambah ke?
    -sekeping nota kredit salinan telah dihantar kepada penghutang bernilai rm800.

  656. Nur, waalaikumussalam.

    Nota Kredit jepada penghutang merujuk kepada Pulangan jualan.
    Maka Pulangan jualan + 800 dan Penghutang – 800

  657. Assalamualaikum cikgu. Sy nk tnya satu soalan. Dlm imbangan duga dh ad tertulis jumlah angkutan msk dn angkutan kluar. Tp dlm mklumat tmbhn ad ckp psl pelarasan angkutan msk dn kluar. Jd sy nk wt ap??

  658. Cikgu, maklumat tambahan yg ni juga saya kurang faham. Akaun apa yg terlibat?
    -angkutan keluar termasuk angkutan masuk rm550.

  659. nur,

    Angkutan keluar – 550
    Angkutan masuk + 550

  660. Cikgu, kalau sekeping nota kredit salinan telah dihantar kpd penghutang bernilai rm500. Maksudnya penghutang pulang brg sbb jenama ke rosak kan. Tapi yg rm 500 tu bgi kat penghutang untuk apa ye? Ke elaun?

  661. Aziq,

    Pulangan Jualan + 500
    Penghutang – 500…… bukan kita bukan BAGI duit, tapi mengurangkan jumlah hutang.

  662. Salam cikgu. Macam mane nak cari stok akhir. Saya tak berape faham nak cari stok akhir. Harap cikgu dapat jelaskan kepada saya

  663. Nisya.

    Pelajar tetapkan sendiri pengiraan stok akhir antara 40% hingga 60% daripada nilai barang untuk dijual.
    Kod Barang Untuk Dikual (KBUJ) = Stok awal + (Belian – Pulangan belian – Diskaun diterima) + lain2 kos belian (jika ada)
    Stok akhir = k% x KBUJ

    Lain2 kos belian merujuk kepada Angkutan masuk, Duti atas belian, Upah atas belian, Insuran atas belian.

  664. Assalamualaikum Cikgu, saya kurang faham soalan ni.
    Kira untung atau rugi atas pelupusan aset berikut:
    Nilai buku bersih: rm47600
    Susut nilai terkumpul: rm 22400
    Harga jualan aset: rm 42500

  665. Nur, waalaikumussalam.

    Hati2… ada muslihat dalam soalan tersebut.

    NILAI BUKU = Kos – Susutnilai terkumpul
    Untung / Rugi pelupusan = Nilai buku – Harga jual

    Maka Untung pelupusan = 47600 – 42500

  666. Cikgu kalau Hutang ragu nak masuk kkk bawah liabiliti ke apa? Apa beza phr dengan hutang ragu?

  667. apa maksud AUR ? PENGAUDITAN hehe

  668. Michellelulan,

    Kemungkinan besar, AUR = Akaun Untung Rugi

  669. cikgu, dlm pnyata pdpatan ada 3 kolum
    jadi wang tu nak letak dlm kolum mna satu

  670. Sher,

    Sila rujuk format dalam buku teks, supaya dapat gambaran lebih jelas.
    Lajur 1 : Butir .. Lajur 2,3 : RM

  671. Cikgu, dalam latihan , soalan ialah kedai persolekan yg berniaga scr milikan tunggal. Dlm imbangan duga, terdapat hasil perkhidmatan persolekan dan hasil bekalan persolekan , stok awal bekalan persolekan dan belian alat persolekan .
    Soalan ialah semasa menyediakan penyata pendapatan, adakah hasil perkhidmatan persolekan dan hasil bekalan persolekan diletak sbg jualan dan dicampur sekali ?
    Atau , hasil bekalan persolekan ialah hasil jualan manakala, hasil perkhidmatan persolekan diletak dm hasil (ur)?

  672. Cg Wong,

    Pada pandangan saya, memandangkan aktiviti utama adalah perkhidmatan persolekan.. maka kita ikut format PP untuk perkhidmatan.. iaitu Pendapatan – Perbelanjaan.
    Manakala urusniaga jualan alat solek adalah sampingan.. maka kita boleh buat sepertimana Ak Pendapatan dan Perbelanhaan dan Ak Perdagangan minuman… dalam topik Ak Kelab dan persatuan.
    Untung daripada jualan alat solek merupakan item pendapatan dalm PP tersebut.

  673. assalam saya nak tanya, kenapa nilai bg pemiutang ditunjukkan dalam kurungan dalam sebuah kunci kira-kira

  674. Diana,

    Kalau tak silap ni soalan PJJ.
    Kita boleh rujuk persamaan perakaunan..
    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
    maka, Aset – Liabiliti = Ekuiti Pemilik.
    Dalam KKK format penyata.. biasanya LS dipadankan dengan AS bagi mendapatkan Modal Kerja.. iaitu :
    ABS
    AS
    (-) LS
    = MK
    ======
    EP
    LBS
    ======

  675. cikgu..saya nak tanya,macam mana saya nak buat akaun untung rugi dan kunci kira-kira bagi syarikat kontraktor.kerana terlalu rumit bagi saya..mintak tlg cikgu bagi contoh..terima kasih

  676. Ina,

    Asasnya tetap sama, cuba fahami melalui contoh Penyata UR & KKK tahun sebelum atau syarikat lain sebagai panduan.

  677. cikgu , saya nak tanya . Dalam soalan penyata pendapatan ada maklumat tambahan mngatakan ad ambilan brg niaga oleh pemilik utk kegunaan sendiri dan belum direkodkan . Jadi dlm kkk perlu tolak la kan ambilan tu . lagi satu saya tak faham pada akaun stok perlu tolak atau tak ambilan tersebut , boleh cikgu terangkn? terima kasih

  678. Haziq,

    Belian…. TOLAK
    Ambilan … TAMBAH

  679. Cikgu, mengapa pinjaman terletak di sebelah kredit imbangan duga?

  680. Yuxuan,

    Pinjaman dikelaskan sebagai LIABILITI, maka berbaki KREDIT.

  681. salam cikgu , saya buat soalan kkk . tgk jawapan ada overdraf bank dkat liabiliti . so macam mana boleh dapat overdraf bank tu ?

  682. Lokman,

    Rujuk baki Ak Bank dalam ID…
    jika Dt… ianya Aset Semasa
    jika Kt… ianya Liabiliti Semasa

  683. Cikgu saya nak short notes utk kkk bentuk penyata

  684. Shima,

    KKK:

    ABS
    AS
    – LS
    =MK
    ====
    EP
    LBS
    ====

  685. kalau nak buat penyata pendapatan kos pegeluaran ,apa format dia?

  686. Nicholas,

    Penyata Pendapatan … formatnya sama sahaja, cuma beza pada item KOS JUALAN…. Belian… ganti dengan Kos Pengeluaran.

  687. mcm mne nk tmbah kn mnat terhadap akaun

  688. Amir Aqmal,

    Cuba baca artikel2 di KERJAYA DI BIDANG PERAKAUNAN (klik)

  689. Cikgu, saya masih kurang mahir dalam subjek akaun ni, ttapi saya bakal mnduduki SPM this year.. bagaimana saya hendak target atau cara hendak menguasai subjek akaun?

  690. Iydia,

    Kuncinya hanya FAHAM dan LATIHAN… banyakkan bertanya jika ada masalah, Sebaik2nya wujudkan study group untuk akaun.

  691. Selamat sejahtera cikgu .. saya masih kurang faham dengan format penyata pendapatan dengan 2 kolumn dan 3 kolumn .. bagaimana saya hendak mahir dalam subjek akauns ?

  692. Bhavitira Mohan, selamat sejahtera.

    Sila rujuk guru sekolah untuk dapatkan tunjukajar tentang penggunaan lajur dalam format Penyata Pendapatan.
    Perkara asas yang perlu tahu dalam menguasai subjek ini ialah…. Format dan langkah2 penyediaan/penyelesaian dari awal hingga akhir.

  693. Assalamualaikum , boleh x sye tau pihak yang berkepentingan yang memerlukan maklumat dalam kunci kira-kira siapa?

  694. Najwa, waalaikumussalam.

    Pengguna Penyata Kewangan:
    1) Pengguna Dalaman – Pemilik/Pemegang Saham, Pihak pengurusan
    2) Pengguna Luaran – Pihak Bank, Pemiutang, Kerajaan (LHDN), Pelabur

  695. assalamualaikum cikgu. saya ingin bertanyakan tentang angkutan masuk, duti ats belian dan insurans atas belian

  696. Zahir. waalaikumussalam.

    .. tambah satu lagi Upah atas belian..
    Keempat2 item tersebut merupakan konponem KOS BELIAN

  697. Bagaimana untuk tahu jika Upah masuk dalam Belanja atau Kos Jualan?

  698. Salam…
    Nak tanya macam mana nak cari stok awal dalam penyata pendapatan sekiranya jumlah stok awal tidak diberi

  699. Iqbal,

    Stok awal tidak diberi.. maksudnya tiada stok awal… ini disebabkan perniagaan BARU memulakan perniagaan… tiada stok dari tahun lepas.

  700. Cg, ID saya dah balance . Tapi kkk saya xbalance .. adakah ID saya itu terdapat kesilapan ?

  701. Ayuni,

    Mungkin silap di PP atau KKK.

  702. Cg, macamana nak tahu PP kita tu xbalance ?

  703. Eh jap silap tanya . Macamana nak tahu PP kita tu salah

  704. Auntil..

    Pertama kita rujuk KKK… jika tidak seimbang… mungkin silap di PP atau KKK. Kesilapan yang biasa terjadi :
    1. silap klasifikasi.. antara aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja.
    2. silap susun atur dalam format
    3. silap operasi
    4. silap kira

  705. Cg, boleh tak menulis peruntukan hutang ragu dalam penyata pendapatan tak kira apa keadaan (mewujudkan PHR/menyelaraskan PHR). Perlu tak kami menulis penambahan PHR atau pengurangan PHR. Sebab Cg di sekolah menyatakan PHR ditulis tanpa penambahan atau pengurangan adalah SALAH.
    Lagi, format penyata masih diterima ke dalam SPM kalau soalannya berbentuk akaun (Akaun Perdagangan dan Untung Rugi)? Markah format diambil kira?

  706. Harap Cg beri penjelasan.

  707. Wsy,

    Penggunaan butir PHR dalam Penyata Pendapatan masih diterima, kerana ada kaedah langsung dan kaedah tidak langsung.
    Manakala penggunaan “Pengurangan / Pertambahan PHR” sudah tidak digalakkan kerana tidak wujud akaun tersebut. Sebaliknya Cg sarankan menggunakan butir “Hutang Ragu” sama ada ianya hasil / belanja.

    Penggunaan format penyata adalah digalakkan, walaupun soalan menyatakan sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi”.. tiada sebarang penolakan markah.

  708. assalamuallaikum cikgu, saya nak tanya apa tujuan & fungsi imbangan duga , penyata kewangan dan kunci kira-kira yaa ?

  709. Aima, waalaikumussalam.

    Cuba fikirkan, kenapa kita susah2 sediakan rekod perakaunan ? … daripada situ kita akan dapat jawapannya.

  710. cikgu,sye nak tnye..cmne nak beza kn antara pemiutang niaga dan pemiutang dagang?

  711. Najwa,

    Pemiutang yang muncul daripada urusan pembelian barang niaga secara kredit dikenali sebagai pemiutang dagangan, manakala pemiutang yang muncul daripada sebab-sebab yang lain dikenali sebagai pemiutang bukan dagangan. (pemiutang niaga)

  712. ID pada 30 Jun 2015
    Pinjaman 6% (matang pada 31 Ogos 2015)

    apa maksudnya tu cikgu? kene letak kat pp atau kk? 🙁

  713. Razif,

    Pinjaman …. Liabiliti (KKK)
    Jika tempoh matang kurang 1 tahun = LS
    Jika tempoh matang lebih 1 tahun = LBS

  714. assalamualaikum, cikgu..
    sye nak tau, dalam akaun ni section mana yang mempengaruhi markah yang besar dalam keputusan ujian atau peperiksaan?

  715. Macam mana nak kira penyata pendapatan utk sparuh tahun?

  716. Jay,

    Apa yang hendak dikira.
    Jika berkaitan dengan pelarasan, maka perlu diselaraskan untuk 6 bulan sahaja.

  717. Cikgu, upah dikira sebagai belanja ataupun belanja belian?

  718. Sophia,

    Upah…. Belanja
    Upah atas belian …kos belian

  719. Cg,
    Kenape peruntukan hutang ragu kena letak di sebelah kredit dlm Imbangan Duga??

  720. Carol Hew,

    PHR merupakan Akaun kontra kepada PENGHUTANG.
    Penghutang — Debit
    PHR — Kredit

  721. cgu, nak tanya tntg soalan prcubaan neg trgganu k2 soalan no 2.saya cnfius dalam pengiraan baki akhir bank. pengiraan nya baki awal + penerimaan – pembayaran kan..saya kira dpt RM 45909,dlm skema rm 20517. caner ye cgu..

  722. Cg Sara,

    Pengiraan tersebut sudah betul untuk BAKI AKHIR BANK, cuma perlu TOLAK dengan DERMA TABUNG BENCANA.. kerana ianya belum direkodkan lagi (tiada dalam Pembayaran).

  723. assalammualaikum,cikgu

    saya masih tak boleh nak kuasai penyata pendapatan dan kunci kira2..boleh tak cikgu bagi tips..untuk spm tahun 2015 ni ada tak tajuk yang perlu di fokuskan..

  724. Annissa, waalaikumussalam.

    Guna masa seadanya ini untuk kuasai sebanyak mungkin topik yang ada, semakin banyak topik dikuasai maka semakin hampir kepada A+.

  725. cikgu,saya nak tanye macam mane nak ingat format akaun bab7

  726. Siti,

    Faham.. Hafal.. Latihan.. Ingat.
    Salin berulang kali.. pun boleh.

  727. Cikgu tajuk ape perlu sy kuasai untuk lulus

  728. selamat sejahtera ^O^
    cikgu penyata pendapatan dan KKK
    maklumat tambahan
    pemilik membaiki premis menggunakan wang simpanannya RM1370 .perkara ini belum direkod dalam mana mana buku.
    cikgu macam mana buat?
    Modal nak tambah RM 1370 ? nak tolak yang mana tak?

  729. Irene,

    Dt belanja membaiki premis
    Kt Modal

  730. selamat sejahtera cikgu *^_^*

    imbangan duga pada 31mac 2015
    insurans =RM1200.
    kenderaan=RM40000
    susutnilai terkumpul =RM 5280
    Ambilan =RM12540

    maklumat tambahan
    1)insurans RM1200 telah dibayar pada 1 mac 2015untuksuku tahun .

    2)perniagaan mempunyai dua buah kenderaan, sebuah dibeli pada tahun 2010 dan sebuah lagi dibeli pada 1 januari 2013.semua kenderaan disusutnilai pada kadar 10? setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    3)hawa telah menerima wang tunai RM 5200 daripada seorang pelanggan yang membeli barang niaga secara tunai pada 15mac2015.beliau telah menggunakan wang tersebut sebanyak RM2000 untuk membaiki kenderaan perniagaan dan bakinya digunakan untuk perbelanjaan keluarga, perkara ini belum direkodkan dalam mana mana buku.

  731. cikgu pls tolong saya buat? kerana saya buat tak imbangan kkk dan pp

  732. Irene,

    1. Selaraskan insurans terdahulu = 2/3 x 1200.

    2. Selaraskan susutnilai kenderaan = (40000-5280)x10%

    3. Jualan + 5200
    belanja membaiki kenderaan 2000
    ambilan + 3200

  733. selamat sejahtera cikgu saya tak faham kenapa insurans ialah terdahulu…berapa saya nak masuk dalam pp dan berapa nak masuk kkk?

  734. Irene,

    Insuran dibayar untuk 3 bulan ( suku tahun) pada 1 MAC…. iaitu untuk Mac, April dan Mei
    Akaun berakhir 31 Mac.. maka 2 BULAN terdahulu.

    Insruans 1/3 ………….. BELANJA dalam PP
    Insruans terdahulu 2/3 ….. AS dalam KKK

  735. assalamualaikum cikgu. berkenaan dgn soalan percubaan perlis, mcm mana nak dapatkan alatan pejabat & modal tambahan? boleh tak cikgu tunjukkan jalan kira? dan cemana nak dapatkan bank utk liabilti semasa kalau soalan tak bagi?

  736. Nana, waalaikumussalam.

    Alatan pejabat = baki awal 1600 + baru beli 520 + bawa masuk 1200
    Modal tambahan 1200 komputer yang dibawa masuk.
    Dalam soalan ada dinyatakan liabiliti semasa… iaitu baki akhir pemiutang dan maklumat (viii) boleh cari sewa terakru
    Baki akhir bank = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran

  737. Cikgu, saya kurang faham modal tambahan 1200. Bukan ke soalan kata 1500 dan bermula 1 April? Jadinya 9/12 x 1500 dapat 900? Mcm mana boleh dapat 1200? Saya kurang faham maksud cikgu yg liabiliti semasa & sewa terakru.. itu nak cari apa ye? dan mcm mana nak dapatkan baki awal?

  738. Nana,

    Dalam soalan cikgu.. nilainya RM1200.
    Nana ada tanya mana nak ambil liabiliti semasa… dalam soalan telahpun diberikan 1. Pemiutang 2. Sewa terakru (kena kira/selaraskan berdasarkan maklumat yang diberikan)

  739. Cikgu dlm soalan perkongsian dia nk penyata pendaptan dan untung rugi bole tk kalau sy buat dlm bentuk T

  740. Anuwar,

    BOLEH, cuma saya galakkan sedia dalam bentuk PENYATA.

  741. Cikgu,

    Kalau soalan inginkan saya untuk sediakan akaun perdagangan atau akaun pengeluaran, adakah saya perlu sediakan dalam bentuk T atau penyata?

  742. Wyb,

    Kalau DAHULU (sebelum 2011).. jawab mesti ikut apa yang dinyatakan dalam Soalan.. jika tak ianya dikira salah format dan akan ditolak markah.
    Tetapi sekarang perkara tersebut telah berubah… Walau soalan minta sediakan Akaun …., pelajar digalakkan sediakan dalam bentuk PENYATA kerana amalan dunia perniagaan sebenar menggunakan bentuk penyata.

  743. cikgu, insurans termasuk di dalam kos jualan atau belanja?

  744. Naim,

    Insurans …. belanja
    Insurans atas belian … kos jualan.

  745. cikgu, adakah peruntukan hutang ragu termasuk dalam hasil?

  746. Naim,

    PHR… dalam AS .. KkK (Penfhutang – PHR)
    Hutang ragu … Penyata Pendapatan.

  747. PHR perlu diletakkan di penyata pendapatan atau tidak perlu?

  748. Cikgu, saya masih keliru hasil dan belanja… saya tahu membuat PP sehingga untung kasar sahaja… selepas itu, saya tidak tahu menyelesaikan hasil dan belanja…
    bolehkah cikgu beri tips bagaimana cara untuk menentukan hasil dan belanja?
    Saya tahu hasil adalah duit yg diperolehi dan belanja adalah duit yang dikeluarkan… selain itu, apa lagi tips yang boleh memberi kefahaman kepada saya?

  749. Naim,

    PHR… KKK: (Penghutang – PHR)
    Hutang ragu (pertambahan/pengurangan phr).. baru Hasil/belanja dalam PP

    Baki Debit –> Aset & Belanja
    Baki kredit –> Liabiliti. Ekuiti & Hasil.

    bila cari belanja… rujuk item2 sebelah DT dalam ID. manakala Hasil rujuk KT dalam ID.

  750. cikgu, kalau soalan itu tanya
    “Nota debit kepada seorang pelanggan RM150 belum dicatat dalam mana-
    mana buku.”
    dan ini juga,
    “sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah RM1500 belum direkodkan dalam mana-mana buku.”

    macam mana untuk rekodkan dalam pp dan kkk? apa akaun yang terlibat?

  751. Liew,

    1. Jualan + 150 … Penghutang + 150

    2. Pulangan jualan +1500.. Penghutang -1500

  752. Cikgu boleh saya tanya dalam penyata pendapatan konsep yang digunakan ialah konservatisma atau asas perakauanan akruan?

  753. Kiki,

    Dalan penyediaan rekod perakaunan… semua konsep asas perakaunan digunapakai.

  754. Asalam cikgu..ada tak tips nk kuasai belanjawan dn realisasi?

  755. Azlina,

    Semua topik, pastikan ingat :
    1. format yang terlibat
    2. langkah2 penyelesaiannya
    3. pelarasan2 yang mudah2.

  756. Cikgu,kalau maklumat tambahan sana ada hutang lapuk dihapuskan RM400 ,apakah yang harus tulis di penyata pendapatan dan kkk?

  757. Stsl,

    Hutang lapuk + 400 .. PP
    Penghutang – 400 …. KKK

  758. Salam, cikgu saye nak tnya. Jika kita baru nak create perniagaan. Kita perlu letak opening stock sekali atau tidak? Dan perlu letak closing stok sekali? Closing stock ade pengiraan tersendiri ke cikgu?
    Tq

  759. Wiwi,

    Bila baru memulakan perniagaan, maka tidak wujud lagi stok awal. Manakala pada akhir tempoh perakaunan.. sudah tentu wujud stok akhir. Nilai stok akhir diperolehi melalui kiraan secara fizikal stok dalam kedai ataupun menggunakan kad stok.

  760. salam cg , macam nak buat kunci kira2 yg ada maklumat tambahan ?

  761. Najihah,

    Maklumat tambahan yang diberi merupakan item2 pelarasan yang perlu dilakukan terlebih dahulu.. kemudian baru disediakan PP dan KKK.

  762. cg ade tak format pp dan kk ?

  763. Najihah,

    Google je.. insyaAllah akan jumpa.

  764. nicholas heryson

    adakah unearned fees revenue perlu dimasukan ke dalam penyata pendapatan??

  765. Nicholas,

    Tidak… masuk dalam KKK.

  766. Apa maksud kadar bayaran termasuk deposit telefon? Untuk penyata kewangan – milikan tunggal?

  767. Iman,

    Ini item pelarasan…. dimana kita perlu selaraskan Ak Kadar Bayaran kerana telah termasuk bayaran deposit.. sepatut perkara tersebut direkodkan dalam Ak Deposit Telefon.

    Maka catatan pelarasannya:
    Dt Deposit telefon
    Kt Kadar bayaran

  768. bil telefon,petrol,kwsp&perkeso,donation,loan,cost of project,upkeep office&vehicle masukkan dalam PP ke?

  769. Wawa,

    Aset, Liabiliti & Ekuiti… masuk KKK
    Hasil & Belanja… masuk PP

  770. salam cikgu,

    saya nak tanya kenapa pengurangan hutang ragu dan hutang lapuk terpulih tidak masuk ke dalam kunci kira2??

    ia nya bukan mengurangkan penghutang kita ke??

  771. Yusri,

    Hutang lapuh terpulih…. Hasil dalam Penyata Pendapatan.
    PHR… ada adalam KKK (Aset semasa) Penghutang – PHR.
    Hutang ragu… dalam Penyata Pendapatan.

  772. nilai stok akhir bg soalan 3 spm 2015?bagaimanakah kita cari ?

  773. Kalai,

    Ikut TAKAP…. bagi setiap Barang niaga/Kad Stok, kemudian baru jumlahkan untuk dapat nilai Stok AKhir.

  774. harap maaf cikgu,kurang jelas. tolong jelaskan maksud takap.
    harga kos harga pasaran
    kad 1 2450 4920
    kad 2 1740 1760
    kad 3 1590 1380
    kad 4 940 960
    maka kita ambil nilai terendah bagi kad 1,2, 3 dan 4 kemudian jumlahkan atau jumlah keseluruhan harga pasaran dan kos kemudian pilih terendah?

    boleh apakah jawapan untung kasar and bersih bagi soalan ini.
    terima kasih

  775. Kalai,

    TAKAP – Terendah antara KOS atau PASARAN
    Kita pilih terendah bagi setiap Kad Stok :
    Kad stok 1 – 2 450
    Kad stok 2 – 1 740
    Kad stok 3 – 1 380
    Kad stok 4 – 940
    JUMLAH = ………..

    Untung Kasar = RM140 094
    Untung Bersih = RM49 597

  776. cikgu,mcm mne nk hafal format pp

  777. Ahmad,

    1. asasnya : Hasil & Belanja –> PP
    Aset, Liabiliti & Ekuiti –> KKK

    2. Ingat kerangka formatnya:
    PP:
    JB
    – KJ
    = UK
    + H
    – B
    = UB

    KKK:
    ABS
    AS
    – LS
    = MK
    Jumlah
    EP
    LBS
    Jumlah

    3. kuasai klasifikasi akaun.

  778. Assalamu’alaikum Cg…Cg,bleh bagi tak tips2 nak lulus PA ni…Hmmn

  779. Kema, waalaikumussalam.

    Untuk setakat LULUS, cukup mudah.. sediakan kerja kursus (Kertas 3).. dah dapat 20%… Kertas 1 (objektif) betul 20/40… dah dapat 10%… jumlah 30% pada kebiasaannya sudah lulus.Itu belum jawab kertas 2 (60%).. katakan kertas 2 dapat 20% drp 60%.. maka dah dapat 50%..sekurang2nya C.

  780. assalamualaikum cikgu. cikgu boleh terangkan halangan penyata kewangan.

  781. Syafiqah, waalaikumussalam.

    Maaf, halangan dari segi apa ? penyediaan … pelaporan … penggunaan .. dll.
    Cuba google..

  782. Cikgu,maklumat tambahan beri”sewa diterima setiap suku tahun. Sewa doteima termasuk RM2100 bagi suku tahun berakhir 31Ogos 2015.” Imbangan duga smpai 31 Julai 2015& sewa ialah 9100. Camne kira ni?

  783. Ming,

    Kita tentukan Sewa diterima terdahulu :
    Suku tahun = 3 bulan @ RM2100.. maka sewa sebulan RM700
    31 julai – 31 Ogos = 1 bulan terdahulu = RM700

    Maka sewa diterima = 9100 – 700 = …. (hasil)
    Sewa diterima terdahulu = 700.. Liabiliti Semasa.

  784. Terima kasih atas bantuan cikgu

  785. Cikgu,jika beli sebuah kenderaan pada 1Jan,PP pada 31 Julai.Kenderaan itu kena masuk ke dalam kk?dan susut nilai Kira berapa bulan?

  786. Ming,

    Kira susut nilai dan SNT seperti biasa.
    1jan hingga 31 julai = 7 bulan
    Maka, SN kira untuk 7 bulan.

  787. cikgu , apakah cara untuk dpt mmbantu pelajar untuk mengingati format penyata pendapatan dan kunci kira2 ? saya sgt keliru lebih2 lagi utk meletakkan nilai pada setiap lajur2 tu .

  788. Shafiq,

    1. Pastikan pelajar kuasai klasifikasi akaun…. aset (AS & ABS), liabiliti (LS & LBS), ekuiti pemilik, hasil dan belanja.
    2. Item-item dalam Penyata Kewangan : Hasil & Belanja –> Penyata Pendapatan,, Aset, Liabiliti & Ekuiti Pemilik –> KKK
    3. Ingat kerangka utama setiap format PP dan KKK
    PP
    JB
    (-)KJ
    =UK
    +H
    -B
    =UB

    KKK
    ABS
    AS
    (-) LS
    =MK
    =====
    EP
    LBS
    =====

    4. Penggunaan LAJUR.
    5. Banyakkan latihan dengan soalan yang mudah2 dahulu.

  789. Wong,

    Sila kemukakan jawapan anda, nanti saya semak betul atau tidak.

  790. Maklumat tambahan,
    Insurans dibayar utk setahun bermula 1 sep 2014.
    Tempoh perakunan berakhir pada 30 jun 2015.
    Insuran yg dicatat dalam imbangan duga dt bernilai rm1200.
    Cikgu , bolehkah tunjukan catatan pelarasan dlm penyata kewangan?
    Berapa dl penyata pendapatan dan kunci kira kira ?

  791. Wong,

    Insurans terdahulu = RM1200 X 2/12 = RM200 …. Kunci Kira-kira
    Insurans = RM1200 -RM200 = RM1000 ……. Penyata Pendapatan

  792. Cikgu,
    Betulkah kaedah “penilaian semula” susut nilai tidak melibatkan pembukaan Akaun Susut Nilai Terkumpul?
    Terima Kasih

  793. Martina,

    Cuba kita fahami maksud formulanya.
    SN = Nilai aset awal + Belian aset – Nilai aset akhir

    Nilai aset awal atau akhir adalah merujuk kepada nilai bersih/nilai buku aset tersebut. …. iaitu nilai selepas ambil kira susut nilai. Maka SNT tidak terlibat dalam kes ini.

    Kaedah penilaian semula sesuai digunakan bagi barang atau alat-alat kecil seperti skru, paku dan alat-alat seumpamanya untuk kegunaan bengkel.

  794. Mat tam, sewa telah diterima sehinnga ogos 2015
    Tahun kewangan beralhir pd 30 jun 2015
    Nilai dlm imbangan duga ialah rm5600.
    Cikgu, boleh berikan pelarasan dlm ppkk?

  795. Wong
    Sewa diterima terakru

    8/12 darab 5600

  796. Tahun kewangan adalah bermula pada 1 jul 2014 hingga 30 jun 2015.
    Maka 10/12 x 5600,betul?

  797. Wong,

    Tahun kewangan berakhir 30 JUN 2015.
    Terima sewa sehingga OGOS 2015.
    … ini kelaskan sebagai SEWA DITERIMA TERDAHULU

    Sewa diterima = 10/12 x 5600
    Sewa diterima terdahulu = 2/12 x 5600

  798. Faham….terima kasih

  799. Cikgu

    Saya hendak bertanya bagaimana cara untuk mendapatkan untung bersih dalam kunci kira kira.

    Terima kasih

  800. Basyir,

    Bergantung kepada soalan dan maklumat yang diberi…
    Jika diberi Modal awal.. Modal akhir.. Ambilan.. maka kita boleh kira UB = Modal akhir + Ambilan – Modal awal.

    Jika KKK biasa… UB kita ambil daripada Penyata Pendapatan.

  801. cg,insurans atas belian kena masuk belanja x dalam pp

  802. Cg,simpanan tetap dgn faedah simpanan tetap apa beza?masuk bahagian apa dlm pp

  803. Tg,

    Insurans atas belian….. catat di Kos Jualan dalam Penyata Pendapatan.

    Simpanan Tetap… Aset Semasa
    Faedah simpansn tetap … Hasil.

  804. Cg,tunai runcit masuk mane dlm penyata pendapatan

  805. Ys,

    Tunai runcit… Aset Semasa dalan KKK.

  806. Ckg, mcm mna nak buat penyata untung rugi, pnyata knci kira2 dgn jadual susut nilai aset utk perniagaan yg baru nak mula ? Belum ada jualan dsb . ini utk perniagaan kedai jahit . ckg bole email sy utk memudahkan proses penerangan : byansfzl.co@gmail.com

  807. Anis,

    Penyata UR dan KKK disediakan pada akhir tempoh perakaunan… selepas setahun berniaga.. maka akan ada maklumat2 tersebut.

  808. cikgu,
    kalau insurans masuk mana

  809. Hani,

    Insurans dikelaskan sebagai Belanja… dalam PP.

  810. cikgu saya nak tahu macam mana nak kira untung bersih terselaras?thn macam mana nak tahu butir pelarasan kena tambah ke tolak?

  811. Rashwini,

    Tidak boleh jawab secara umum, kena rujuk kepada soalan baru mudah diterangkan satu persatu item2 pelarasan… setiap item pelarasan ada caranya yang tersendiri…. jadi kena kuasai satu persatu.

  812. Cikgu,

    cuba tanya dalam KKK (bentuk “T”),
    di sebelah kredit adalah modal dan liabiliti.
    Modal
    (+) untung bersih
    (-) ambilan

    liabiliti bukan semasa

    liabiliti semasa

    semasa kira modal, perlulah kita tulis modal akhir tak??

    terima kasih.

  813. Sherine,

    Sebaik-baiknya tulis “Modal akhir”.. sama ada KKK dalam bentuk T atau format penyata.

  814. ape perbezaan akaun perdagangan dgn penyata pendapatan?

  815. Azrul,

    Perbezaan dari segi format pelaporan sagaja..

  816. Cikgu,

    kalau soalan suruh kita buka Akaun Perdagangan dan Untung Rugi, so kit buat dalam bentuk “T”, manakala soalan suruh kita buka Penyata Pendapatan, so kit buka dalam bentuk penyata.

    betul?

    terima kasih.

  817. Sherine,

    Sekarang ni format pelaporan tidak menjadi masalah… sama ada buat dalam bentuk “T” atau format penyata…. walaupun soalan minta sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi…. malah lebih digalakkan buat dalam bentuk Penyata.

  818. nabilah rahman

    Assalam cgu,sye nk tye..contoh la kan mklumat tmbhan tuu dy kta prniaagaan mmpunyai 2 buah kndraan..sbuah knderaan brhrga 20 000 tlh dbli pd 30 september 2014..smua knderaan dsusutnilaikan pd kdar 10% stahun mngikut kaedah baki brkurgn…canee sy nak buat??

  819. Nabilah, waalaikumussalam.

    1. kita kena kenalpasti tarikh akhir tempoh perakaunnan.
    2. kita kira SN kedua2 kenderaan tersebut secara berasingan berdasarkan tempoh/tarikh ianya dibeli.
    3. jumlah SN tersebut

  820. Assalam cg,simpanan tetap perlu letak di kkk samada as atau abs

  821. wasalam. Mirza simpanan tetap berada di aset semasa. 🙂

  822. Mirza,

    Simpanan Tetap dikelaskan sebagai AS… kecuali dinyatakan tempoh matangnya lebih daripada SETAHUN.

  823. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    cuba tanya tentang penyata pendapatan dan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

    Cikgu britahu saya lebih digalakkan buka dalam bentuk penyata semasa soalan minta kita buka Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

    kalau soalan pada masa yang sama minta kita buka Penyata Pendapatan dan Akaun Perdaangan dan Untung Rugi.

    so kita buka Penyata Pendapatan dalan
    bentuk penyata, manakala Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dalam bentuk T.

    betul?

    terima kasih.

  824. Tan Swee Kung,

    Ya, jika soalan minta sediakan dalam kedua-dua bentuk, maka sediakan ikut kehendak soalan.

  825. Cikgu, boleh terangkan tentang faedah atas simpanan tetap? Dia termasuk dlm kategori apa ya? Dan item ini termasuk dlm pp atau kkk?

  826. Nadia,

    Faedah atas simpanan – Hasil
    Faedah atas pinjaman – Belanja

    Item hasil dan belanja – Penyata Pendapatan

  827. Assalamualaikum cikgu
    Cikgu saya tidak fahamlah maklumat tambahan ini..apa pelarasan yg saya Perlu lakukan dalam imbangan duga

    – angkutan keluar sebanyak rm300 termasuk angkutan masuk

    Imbangan duga
    Angkutan keluar 2790 dt
    Angkutan masuk 710 dt

    Adakah saya perlu menambah setiap nilai di atas dgn rm 300

  828. Nuri, waalaikumussalam.

    Berdasarkan penyataan tersebut : Ak Angkutan keluar telah tersilap rekod RM300 yang sepatutnya untuk angkutan masuk.

    Maka pelarasan yang perlu dilakukan… keluarkan RM300 daripada Angkutan keluar dan masukkan kembali kedalam Angkutan masuk.
    Dt Angkutan masuk 300
    Kt Angkutan keluar 300

  829. Terima kasih, cikgu.. Ttpi jika simpanan tetap dikategorikan sbgai aset semasa, maka di kkk adakah saya prlu menambahkan faedah atas simpanan tersebut?

  830. Nadia,

    Simpanan tetap – Aset Semasa (KKK)
    Faedah atas simpanan – Hasil (PP)
    Dua akaun yang berlainan…. Kenapa nak ditambah…?

  831. Hi Cikgu,

    Kalau Simpanan tetap yg diberi tempoh matang adalah lebih 1 tahun pun kena rekod di bawah Aset Semasa Kah?

  832. Sevaramann,

    Pasa asasnya Simpanan Tetap dikelaskan sebagai Aset Semasa.. kecuali dinyatakan dalam soalan tempoh matang lebih setahun… baru boleh dikelaskan sebagai ABS.

    Sama juga dengan Pinjaman pada asasnya dikelaskan sebagai LBS, kecuali dinyatakan tempoh matangnya tinggal kurang dari setahun… LS.

  833. Tan Swee Kung

    Cikgu,

    Cuba tanya,

    Semasa kita perlu ikut urutan dalam aset semasa

    So, simpanan tetap perlu tulis dulu. Seterusnya, stok, penghutang dan tunai. Betul?

    Terima kasih.

  834. Tan Swee Kung,

    Susunan dalam Aset Semasa kebiasaannya mengikut kecairan… Stok, Penghutang, Simpanan tetap, Bank, Tunai.

    Kecairan Simpanan tetap = Bank… cuma jenis akaun saja yang berbeza.
    Bank merujuk kepada Akaun Semasa/ Akaun Simpanan
    Simpanan tetap merujuk kepada Akaun Simpanan Tetap.

  835. cikgu,

    kalau adad belanja terakru, dan hasil terdahulu,

    maka, itu susunan untuk aset semasa seperti berikut:

    stok akhir, penghutang, belanja terakru, hasil terdahulu, simpanan tetap, bank, tunai.

    betultak?

    terima kasih.

  836. Sherine,

    Belanja terakru dan Hasil terdahulu dikelaskan sebagai Liabiliti Semasa.

  837. cikgu,

    sorry ya, i made a mistake

    should be belanja terdahulu, dan hasil terakru.

    terima kasih.

  838. Cikgu,

    so urutan untuk aset semasa seperti berikut?

    stok akhir, penghutang, belanja terdahulu, hasil terakru, simpanan tetap, bank dan tunai.

    betultak?

    terima kasih.

  839. Sherine,

    Dari segi kecairan, boleh disusun sedemikian.

  840. Cikgu, apa akaun-akaun yg terlibat jika maklumat tambahan:

    Hutang lapuk terpulih RM350 yang diterima oleh pemilik digunakan untuk perbelanjaan anak-anaknya.

    Terima kasih cikgu !

  841. Dan,
    Cuba pilih, yang mana satu jawapannya ? … dan berikan alasannya :

    A) Dt Tunai 350 Kt Hutang Lapuk Terpulih 350
    B) Dt Hutang Lapuk 350 Kt Hutang Lapuk Terpulih 350
    C) Dt Ambilan 350 Kt Hutang Lapuk Terpulih 350
    D) Dt Penghutang 350 Kt Hutang Lapuk Terpulih 350

  842. Hai cikgu,

    Dt Ambilan 350 Kt Hutang Lapuk Terpulih 350

    Alasanya ialah kerana sepatutnya 350 kena masuk ke dalam hutang lapuk tetapi ambil oleh pemilik.

    Betul ka cikgu ?

  843. Dan,

    Tahniah…. betul jawapannya…

    cuma alasannya tidak tepat, tiada kaitan dengan hutang lapuk…. jika terima wang hutang lapuk terpulih.. sepatutnya Dt Tunai Kt Hutang lapuk terpulih…. tetapi wang tersebut telah diambil untuk kegunaan peribadi… maka Dt Ambilan Kt Hutang lapuk terpulih.

  844. Oh ok ! Dah faham. Terima kasih atas bantuan cikgu !

  845. Selamat pagi cikgu dan Selamat Hari Raya . Cikgu, sya nak tanya bagaimana menyelesaikan maklumat tambahan tersebut :
    Faedah atas pinjaman bank yang perlu dijelaskan ialah RM630.

    Terima kasih cikgu.

  846. Dan,

    Untuk buat pelarasan.. kita kena rujuk faedah dalam ID terlebih dahulu. Baru kita dapat kenal pasti berapa jumlah yang terakru.

    Sekiranya tiada dlm ID.. maka pelarasannya.. Faedah pinjaman 630 dan Faedah pinjaman terakru 630.

  847. Ok cikgu, dah dapat imbang di KKK. Terima kasih cikgu.

  848. cikgu,saya tak tahu nak susun format dan isi maklumat tambahan.

  849. cam mane saye nak ingat format kunci kira-kira dan penyata kewangan

  850. Azura & Ahmad,

    Cuba fahami terlebih dahulu klasifikasi akaun.. struktur format kedua2 PP & KKK… cuba salin format2 tersebut berulang kali.

  851. Cikgu, sy nak tanya klu terima rm950 secara tunai untuk servis photocopy.. Dt tunai.. Kt servis photocopy ke modal?

  852. Aziq…

    Ya dah betul…. modal tidak terlibat.

  853. Salam cikgu saye nak Tanya dalam kunci kira kira Ade 3 bahagian untuk RM kalau nak tulis nilai wang dekat situ kne ikut mcam mne cikgu yg ni saye keliru sikit

  854. Aiman,

    Sila rujuk format KKK dalam buku teks.

  855. ckg akaun perdagagan ada belanja belian iaitu angkutan masuk tapi dalam soalan ada angkutan keluar jadi angkutan keluar itu kira didalam akaun perdagagan atau tak termasuk

  856. Nor Syuhada,

    Angkutan masuk .. Ak Perdagangan
    Angkutan keluar… Ak Untung Rugi

  857. As salam cikgu, bole terangkan kpd sy muka surat 484-485 buku teks, sy x faham item belanja dalam penyata pendapatan. Adakah kena buat pelarasan terhadap perabot, gaji, dan sewa. Jika ia bagaimana dapat dilakukan?

  858. G, waalaikumussalam.

    Ya.. item2 tersebut perlu dilakukan pelarasan untuk mendapatkan nilai bagi belanja yang berkaitan.
    Topik RTL (kaedah analisisi)… kita perlu lakukan pelarasan dengan menganalisis maklumat dalam buku tunai.. baki awal dan baki akhir.

  859. Salam cikgu, saya nak tanya apa bezanya format penyata perdagangan dengan penyata pendapatan?

  860. Acu,

    Penyata/Akaun Perdagangan… sampai Untung Kasar.
    Ak Untung Rugi…. sampai Untung Bersih

    Penyata Pendapatan…. gabungan kedua2 diatas… sampai Untung Bersih.

  861. Cg, angkutan atas jualan dikira hasil ke?

  862. Khai,

    Angkutan masuk/belian… angkutan keluar/jualan…. kedua2nya belanja.

  863. Faedah pula cg hasil ya?

  864. Khai,

    Faedah atas pinjaman (Dt).. Belanja
    Faedah atas simpanan (Kt) ..Hasil

  865. Assalamualaikum cikgu saya ad dua soalan
    1. Dalam imbangan duga ad nyatakan pinjaman bank sebanyak RM12000 Dan dkt maklumat tambahan tidak dinyatakan pinjaman tu boleh bayar dlm jangka masa pendak atau panjang. Maksudnya pinjaman bank tu nak letak dlm kunci kira2 bahagian liabiliti semasa atau bukan semasa? Sbb ad soalan sy buat jawapan dia letak dkt liabiliti semasa Dan saya agak keliru dkt situ.
    2. Dlm imbngan duga ad nyatakan hutang lapuk 1500 . Dkt maklumat tambahan dia nyatakan ad hutang lapuk baru 450. Maksudnyaa hutang lapuk kena tmbah Dan penghutang tolak kan

  866. Smbng sini cikgu
    Dan kalau ad peruntukan hutang ragu 2% nak kira macam mana cikgu? Penghutang kena tolak 450 atau 1950 dulu baru darab 2%?

  867. Haziq, waalaikumussalam.

    1. Pinjaman : Kadang2 maklumatnya dinyata dalam ID.. tempoh matangnya… tidak semestinya dalam maklumat tambahan. Jika kedua2 tiada maklumat tempoh matang.. maka pinjaman kita kelaskan sebagai LBS.

    2. HL = 1500 + 450
    Penghutang – 450…. × 2% utk PHR

  868. Okay terima kasih cikgu , and dlm soalan tu dia hnya nyatakan pinjaman berkadar faedah 9% mula 1 Jan hingga 31 disember. Tarikh tutup akaun julai . Maksudnya pinjaman tu liabiliti semasa ka cikgu? Sbb smpai 31 disember ja

  869. Haziq,

    Jika tempoh matang tinggal kurang setahun… maka kita kelaskan pinjaman tersebut sebagai LS.

  870. assalam cg… kalaw letak angka pada lajur salah adakah markah akan dipotong?

  871. Amir, waalaikumussalam.

    Kena lihat kedudukan nilai tersebut … sama ada menjejas operasi atau komponennya.. ataupun tidak.

  872. Cg,
    Saya pelajar stpm…
    Klau boleh sy ingin mndpt nombor2 guru2 perakaunan stpm ,,untuk meminta tunjk ajar drpd mreka ..
    ATAu cg ada cadangn website perakaunan stpm

  873. Dayang,

    Maaf, Cg tidak kenal sangat guru2 STPM… cuba GOOGLE di internet.

  874. Cikgu , saya nak tanya nii .. kita hanya pindahkan sesetengah item (dan bukan semua item) dari Imbangan Duga ke Kunci kira- kira . Kenapa Kunci Kira-Kira masih boleh imbang ??

  875. Nurul Nazihah,

    Asasnya pada ID yang terdiri daripada Aset, Liabiliti, Ekuiti, Hasil dan Belanja.
    PP : H – B = UB
    KKK: A = L + EP… EP = Modal + UB
    Maka. A = L + Modal + UB
    Oleh itu KKK akan seimbang.

  876. -insurans yang dibayar trmasuk insurans perbadi sbnyk RM500 .

    Dr maklumat tersebut cg apa yg boleh sy masukkan utk kkk sbb sy punya kkk lg 500 nk seimbang ..

  877. Taeyeon,

    Insurans -500
    Ambilan + 500

  878. Cg mcmmana nk slesaikan maklumat ini?

    Nota debit pmbekal berjumlah rm1250 belum dicatat dlm mana2 buku .

  879. Najib,

    Dt Belian….. belian +
    Kt Pemiutang….. pemiutang +

  880. Cg kalo maklumat ni
    Belanja membaiki knderaan RM500 tlh direkod dlm ak kenderaan .
    Di id kenderaan 34000

  881. Najib,

    Dt belanja membaiki….. +
    Kt Kenderaan……. –

  882. Cg mcmmana nk slsaikan maklumat ini

    Premis 15% sthun atas ko (premis rm2600) dibeli pd 1 oktober 2013)

    Di id pd 31 dis 2013 premis 50000

  883. Najib..

    Kira SN masing2
    1. Untuk premis 2600… ikut bulan
    2. Untuk premis (50000-2600).. setahun

  884. Yg mna stu sn premis yg perlu sy msukkan dlm belanja cg?

  885. Najib.

    Jumlahkan kedua2nya.. sebagai SN Premis … dalam belanja.

  886. cikgu ,
    saya nak tanya tahun ini ada apa hotspot?

  887. Ayumichy88,

    Jawab soalan2 trial negeri2 lain… dan cuba kuasai sebanyak mungkin topik2 yang ada.

  888. Assalamualaikum Cikgu , kunci Kira Kira saya yg akhir sekali . tk seimbang . saya dah Cuba selesaikan . tetapi tk seimbang juga

  889. Nurul, waalailumussalam.

    Sila jumpa guru sekolah untuk tujuan semakan.

  890. Apa maksud belanja modal Dan belanja hasil ?

  891. Cg apa maksud belanja modal dan belanja hasil?

  892. Airin & Aiman,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  893. untuk Peperiksaan Akhir Tahun form 4 penyata pendapatan dan kunci kira-kira ada termasuk ke dalam kertas soalan perakaunan 2? Dan kalau ada masuk biasanya arahan suruh buat bentuk penyata ke bentuk T ? dan kenapa bentuk penyata payah sangat nak diingat

  894. Nur Syuhada,

    Sekarang ni digalakkan dalam bentuk penyata.

  895. Apa maksud Angkutan masuk ? Mcm mna nk kira angkutan masuk utuk penyata pendapatan ?

  896. Unie,

    Angkutan masuk…. bayar tambang pengankutan (spt lori.. van) untuk bawa barang niaga yang kita beli dari kedai pembekal ke kedai kita.

    Penyata Pendapatan dan KKK.. kita sediakan berdasarkan apa2 yang ada dalam ID…. jika tiada.. maka tiadalah dalam PP @ KKK.

  897. assalamualaikum apa maksud dengan modal aset cikgu. macam mana cara pengiraanya

  898. cikgu, peruntukan hutang ragu letak di belanja atau hasil dalam penyata pendapatan? macam mana nak tentukannya?

  899. Maisarah.

    Kita kira pertambahan / pengurangan PHR.

    PHR kira ….. AS
    (-) PHR dalam ID
    = HR … jika (+)… belanja.. jika (-) .. hasil

  900. cikgu…pembayaran secara tunai perlu masul ke dalam penyata pendapatan atau tidak?
    terima kasih untuk menyelesaikan masalah saya cikgu!

  901. Triple H,

    Semua urus niaga / item pelarasan … perlu masuk ID Terselaras seterusnya …. Penyata Pendapatan / KKK.

  902. Salam cg…mcm mana nak kira faedah ats pinjaman dalam pp?

  903. Brian,

    Faedah atas pinjaman = n% × pinjaman
    Jika tempoh pinjaman tidak cukup setahun…. x b/12

  904. cikgu,simpanan tetap dan pinjaman bercagar nak letak kat mana?

  905. Amin,

    Simpanan Tetap – Aset Semasa
    Pinjaman bercagar – LBS

  906. cikgu, macam mna nak tahu kunci kira kira kena buat dalam bentuk penyata atau T? sebab soalan hnya suruh sediakan kunci kira-kira pada 30 jun 2015. saya buat bentuk T tp skema jwpn buat penyata. adakah saya dpt markah?

  907. Dedel,

    Digalakkan sedia dalam format penyata.
    Jika buat dalam bentuk akan hilang beberapa markah.. contohnya markah Modal Kerja.

  908. assalamualaikum , cikgu . macam mana nak tentukan sama ada overdraf bank atau bank sekiranya imbangan duga tidak menunjukkan kredit/debit ?

  909. Muhammad Zaid, waalaikumussalam.

    Jika tiada debit dan kredit… maka butir akan ditulis overdraf bank.. ataupun nilainya dibuat dalam kurungan…. (5000).

  910. Cikgu,

    Boleh tak kami guna liquid paper semasa exam nanti. TOLONG perjelaskan. Terima Kasih.

  911. Amirah,

    Penggunaan liquid paper semasa peperiksaan sangat tidak digalakkan.

  912. Cikgu.. sya nak tnya bayaran balik pinjaman masuk mana?? Dya masuk liabiliti di kkk atau dya masuk pp di bahagian belanja?

  913. Stella,

    Bayaran balik pinjaman…. akan ditolak pada Ak Pinjamam.
    Sama juga bayaran kepada pemiutang… kita akan tolak di Ak Pemiutang.

  914. Jdi maksudnya akan d masukkan dlm.. kkk di bahagian liabiliti ka ckgu?

  915. Stella,

    Tolak di baki Ak Pinjaman…. maka baki Pinjaman akan berkurang.. dan baki tersebut catat di LBS.

  916. Cikgu, mengenai soalan saya.

    Pinjaman telah dibuat pada 1 Februari 2014 dengan kadar faedah 6% setahun. Adakah perlu dimasukkan ke dalam penyata pendapatan?

    Terima kasih.

  917. Faedah pinjaman –> belanja dlm PP
    Faedah pinjaman terakru –> LS

  918. assalam cg…ada spot soalan apa apa dak utk esok punya exam

  919. Amir, waalaikumussalam.

    Guna masa yang seadanya ini untuk cuba mengingati format2 dan langkah2 penyelesaian bagi setiap topik. Semakin banyak topik yang dikuasai.. maka semakin hampir kepada A+.

  920. Pelajar 5 Akaun SMK Seri kundang

    Cgu.. pkul 8 harini kami akan jawab soalan akaun kertas 1 doakn kejayaan kmi

  921. Cg doakan anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam kertas prinsip perakaunan 1 & 2 pada hari ini (16/11/16).

  922. SAlam…Ckgu nk tnya klo dlm pp ade Maklumat tambahan psal kad stok nk buat mcmne?

  923. Naz,

    Kad Stok tersebut digunakan untuk tentukan nilai Stok Akhir.

  924. Apakah maksud untuk soalan INI.
    !..Sila berikan nilai nombor untuk no akaun pinjaman !..

    Saya sudah masukan nombor akaun yang betul tetapi .. Terkeluar msg begin I.

  925. Vasu,

    Maaf, Saya tidak faham apa persoalannya.

  926. Assalamualaikum cikgu soalan saya ialah

    * Perniagaan Runcit Ravi pada 31 Julai 2015 (penghutang rm2500)(phr rm1200) maklumat tambahan: perniagaan memutuskan peruntukan hutang ragu perlu diselaraskan kepada 5% atas penghutang .Hitung nilai phr yg perlu direkodkan ke dalam akaun untung rugi .

    *Stok alat tulis nak letak mana ? Dalam pp ke ataupun kkk

    *Macam mana nak kira faedah atas pinjaman 4% setahun (rm1600)

    *Pemilik mengeluarkan tunai perniagaan rm800 untuk membayar sewa rumah kediamannya .

  927. Fariza,waalaikumussalam.

    1. Kira PHR baru – PHR dalam ID..
    jika dapat +ve (pertambahan phr) –> Belanja dalam AUR
    Jika dapat -ve (pengurangan phr) –> Hasil dalam AUR

    2. Stok Alat Tulis –> Aset Semasa (KKK)

    3. Faedah = 4% x Pinjaman = A –> belanja.
    Faedah pinjaman terakru = A – faedah dalam ID = B –> Liabiliti semasa

    4. Dt Ambilan Kt Tunai…. atau tambah di Ambilan… tolak di Tunai.

  928. Assalamualaikum cikgu

    Maklumat tambahan :
    sekeping nota kredit diterima daripada pembekal RM180 belum direkod dalam mana-mana buku

    Jawapan saya :
    Pulangan belian +RM180
    Pemiutang -RM180

    Sila komen.. terima kasih

  929. Akmal, waalaikumussalam.

    Ya.. tepat sekali.

  930. Assalamualaikum cikgu..

    Imbangan Duga Pusat Jam Arman pd 31/8/2015 (petikan)
    Alat tulis 2265(Debit)

    Maklumat tambahan
    stok alat tulis pd 31/8/2015 berjumlah rm220

    Jawapan saya :
    stok alat tulis rm220 dimasukkan dlm KKK sbg aset semasa

    persoalan saya :
    Perlukah saya menolak rm220 utk alat tulis di ID?
    saya harap cikgu faham maksud soalan saya..

    terima kasih

  931. Akmal, waalaikumussalam.

    Alat tulis (2265 – 220) –> Belanja
    Stok alat tulis 220 –> Aset semasa.

  932. Assalamualaikum cikgu..

    Maklumat tambahan:
    pulangan belian rm250 tertinggal rekod

    jawapan saya:
    pulangan belian +250
    pemiutang -250

    mohon komen..terima kasih

  933. Akmal, waalaikumussalam.

    Ya.. betul.

  934. Assalamu’alaikum, cg.

    Betul ke susunan kecairan aset semasa

    secara menaik (ascending)
    stok akhir > penghutang > bank > tunai

    secara menurun (descending)
    tunai > bank > penghutang > stok akhir

    betul ke salah susunan kecairan aset seperti diatas ?

  935. Zahidah, waalaikumussalam.

    Ya.. betul.

  936. Salam cikgu….kalau komisen sebelah debit….ianya belanja kan?

  937. Idlan,

    DEBIT –> BELANJA …. Komisen DIberi

  938. hafizah binti idris

    Salam Cikgu,

    Adakah nilai kos Pelupusan aset bukan semasa boleh ditunjukkan dlm KKK bg menunjukkan asset itu telah dijual.

    Cth : Kenderaan 5000
    Tolak:Susut nilai terkumpul 2000
    —-
    3000
    Tolak pelupusan kenderaan 3000
    —-

  939. Hafizah,

    Apabila Kenderaan tersebut telah dilupuskan… maka ajaun kenderaan sudah berbaki sifar… maka tidak perlu lagi ditunjukkan dalam KKK. Kerana akaunnya pada tarikh KKK sudah tidak wujud lagi.

  940. Cg apakah perbezaan stok akhir dan stok awal

  941. Dzul,

    Stok adalah merujuk kepada barang niaga : stok awal… barang niaga yang tidak habis dujual pada tahun lepas.. bila masuk tahun baru.. ianya dipanggil STOK AWAL… manakala barang niaga yang yidak hanus dijual pada akhir tahun pula dipanggil STOK AKHIR.

  942. Cg..apakah kepentingan percukaian terhadap para pengguna penyata kewangan..terima kasih

  943. Irene,

    1. Fahami apa itu PERCUKAIAN.
    2. Kenal pasti siapakah PENGGUNA yang terlibat dengan maklumat percukaian.
    3. Kemudian baru tentukan apakah KEPENTINGAN percukaian kepada pengguna tersebut.

  944. cg faedah atas simpanan tu mcm mne ye?

  945. Atiqah,

    Kita simpan sejumlah dibank… maka setiap bulan pihak bank akan bayar faedah kepada kita dengan memasukkan ke akaun kita di bank.

  946. Assalam cg macam mana nak cari modal klau dh diberi aset, liabiliti,ambilan dan rugi bersih?
    Terima kasih atas keprihatinan cg

  947. Ain, waalaikumussalam.

    Kita guna persamaan perakaunan.
    A = EP + L
    A = (Modal + UB / – RB – Ambilan) + L

    Maka, Modal = Aset – Liabiliti + Ambilan + RB

  948. cikgu apa beza faedah atas pinjaman ngan pinjaman berkadar faedah

  949. Sharifah,

    Pinjaman (berkadar faedah…) –> Liabiliti.
    Faedah atas pinjaman –> Belanja
    Cth:
    Pinjaman 50000 –> Liabiliti
    Faedah= 5% x 50000 = 2500 –> Belanja

  950. nurfatin haziqah

    assalamualaikum cikgu ..macam mana kita nak tahu sewa nilai di sebelah kredit diterima atau diberi

  951. Nurfatin, waalaikumussalam.

    Asas kepada perakaunan:
    Aset dan Belanja –> DEBIT
    Liabiliti, Ekuiti dan Hasil –> KREDIT.

    Maka,
    Sewa diterima –> Hasil –> Kredit
    Sewa dibayar –> Belanja –> Debit

  952. cg macam mn klu tak de stok awl. nk kire dy mcm mn yer.

  953. Student,

    Cara mudah… buat seperti format biasa… kemudian nilai stok awal tulis 0.

  954. Kalau dalam buku tulis sewa,sama tak dengan premis?? saya buat kunci kira kira,dan die ade latak sewa terakru,jadi saya tidak tahu nak letak kt mna…

  955. Azma,

    Sewa dibayar –> Belanja (dalam PP)
    Premis –> ruang kedai–> Aset Bukan Semasa (dalam KKK).
    Sewa dibayar terakru –> Liabiliti Semasa (dalam KKK)

  956. salam cikgu..

    saya nak tanya kalau tunai runcit masuk pp ke kkk??

  957. Aini,

    Tunai runcit –> Aset Semasa (KKK)

  958. Cikgu,

    cuba tanya kalau soalan itu memberi maklumat tambahan:

    ambilan barang niaga RM100 sebulan belum direkodkan di mana-mana buku.

    maksudnya:
    ambilan cuma satu bulan sahaja, betul tak?

    terima kasih.

  959. Tan Swee Kuag,

    RM100 sebulan –> setiap bulan.
    Setahun = 100 x 12 = RM1200

  960. Cikgu,
    Klau dalam imbgn duga ade “pelaburan” nk letak kt mane cikgu? Dkat penyata pendptn atau kunci Kira Kira..

  961. Tae o,

    Kita perlu kenalpasti klasifikasi item tersebut terlebih dahulu… Aset.. Liabiliti.. Ekuiti.. Hasil @ Belanja.

    Hasil & Belanja –> PP
    Aset, Liabiliti & Ekuiti –> KKK

  962. salam cikgu, saya nak tanya jika imbangan duga ada hutang lapuk dan peruntukan hutang ragu,nak tulis penghutang di kkk kena tolak peruntukan hutang ragu dan hutang lapuk ke?

  963. cikgu, pengurangan peruntukan hutang ragu tulis ka penyata pendapatan bahagian hasil kan? kemudian peruntukan hutang ragu masih kena catat lagi di belanja kan? terima kasih.

  964. Starr,

    Tidak perlu tolak hutang lapuk daripada ID.
    Penghutang xx
    (-) PHR xx

    Pengurangan PHR –> Hasil
    PHR yang baru dikira –> Aset Semasa.

  965. teacher,

    angkutan masuk terakru letak dekat penyata pendapatan ke kunci kira2?

    thank you.

  966. Cikgu,

    Sewa dibayar dengan cek RM2000. Separuh adalah sewa kediaman.
    Dt A/k Sewa 2000 Kt A/k Bank 2000

    Dt A/k Ambilan 1000 Kt A/k Sewa 1000

    Betul tak entri di atas?

  967. cikgu, macam mana nak jawab maklumat tambahan di bawah?
    Bolehkah cikgu terangkan kepada saya. Terima kasih.

    soalannya, Gaji peketja dibayar sebanyak RM800 sebulan.

    gaji RM8800 di imbangan duga.

  968. Andy,
    Angkutan masuk terakru –> Liabiliti Semasa –> KKK

    Yixan013,
    Ya betul.

    Lyes,
    Gaji setahun (800 x 12) = 9600 –> Belanja
    Gaji terakru (9600 – 8800) = 800 –> Liabiliti Semasa

  969. ok,cikgu,bolehkah saya tanya lagi dua soalan.

    soalan 1

    hutang lapuk terpulih bernilai RM1400 yang diterima oleh pemilik telah digunakan untuk membayar sewa kediaman.Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.

    sewa RM3840, hutang lapuk RM 1750 di ID.

    soalan2
    belian barang niaga termasuk bil alat tulis berjumlah RM110.

    Belian RM42600, Alat tulis RM220 di ID.

    macam mana buat soalan ini?

    terima kasih cikgu.

  970. Lyes,

    Cuba jawab soalan2 tersebut.. kemudian cgu komen mana silapnya.

  971. belian tolak RM110,Alat tulis tambah RM110? salah kan?cikgu

  972. soalan 1,
    hutang lapuk terpulih RM1400 letak di bahagian hasil kan? kemudian sewa tu macam mana?

  973. Lyes,

    Soalan 1 :
    Hutang lapuk terpulih –> hasil.. tidak melibatkan Ak Hutang Lapuk.

    Ambil untuk kegunaan peribadi –> Ak Ambilan (+)

    Soalan 2:
    Tepat. Belian (-),, Alat tulis (+)

  974. sepatunya saya tak dapat imbang di kkk, saya dah tahu, terima kasih cikgu~

  975. Cg, soalan ini berkaitan dengan pelarasan :

    Imbangan Duga pada 30 Apr 2017

    Kenderaan (kos)RM90000
    SNT RM18000

    Maklumat tambahan :

    1)Sebuah kenderaan terpakai bernilai RM24000telah dibeli secara kredit daripada Sykt. Tan Cheong pada 30/4/2017.
    Insurans kenderaan telah dibayar dengan tunai.Kenderran inidisusut nilai mulai tahun depan.

    2)Kenderaan lama dinilaikan semula pada 30/4/2017 dengan nilai RM60000 dan dilupuskan dengan cek diterima dan untung atas pelupusan adalah RM5000

    Cg,
    adakah susut nilai bagi 30/4/2017 = RM12000? (RM 72000-RM60000)

    Dt. Belanja susut nilai RM12000
    Kt.SNT RM12000

    Bagi merekod pelupusan,
    DT. Pelupusan RM60,000(nilai buku)
    Bank RM65000(terima cek)
    Pelupusan RM5000(untung)

    KT Kenderaan RM60000
    Pelupusan RM65000
    U/R RM5000
    KT.

    DT.

  976. Cg,
    Merujuk soalan di atas

    Adakah Insurans sudah direkod dalam ID?

    Penerimaan RM65000 sudah direkod Juga?

  977. Chee,

    SN –> betul.
    Merekod tidak berapa jelas… sebaik2nya ikut urutan.
    1. Pindahkan Ak Kenderaan & Ak SNT ke Ak Pelupusan.
    2. Rekod terima bayaran
    3. Untung ataa pelupusan.

    Jika tiada dalam ID –> belum direkodkan lagi.

  978. Cg,
    Merujuk kepada soalan di atas:

    Di Akaun Pelupusan,

    Bahagian Debit

    Kenderaan RM90000
    Untung atas pelupusanRM5000

    Bahagian Kredit

    Susut Nilai Terkumpul RM30000(18000+12000)

    Bank – Adalah Balancing figure ,

    Betulkah Cg?

  979. Cikgu tolong selesaikan soalan saya:
    (Tempoh perakaunan adalah 1Jun 2015-31 Mei 2016)
    Dalam Imbangan duga 31 Mei 2016:
    Kenderaan 35000
    S/N Terkumpul kenderaan 5000

    i)Kenderaan disusutnilaikan 10% mengikut baki berkurangan.
    ii)Pada 1 Jan 2016,perniagaan membawa masuk kenderaan peribadi 12000 ke dalam perniagaan.Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku

    Soalan saya bagaimana mengira S/N Kenderaan?
    (35000-5000)×10%+yang 12000 ini pun kenal tolak S/N Terkumpul baru darab 10% dan 5/12? atau terus 12000×10%×5/12?

  980. Qing,

    SN = [10% (35000-5000)] + [10% x 12000 x 5/12]
    Kenderaan 12000 –> masih tiada SNT, sebab baru bawa masuk.

  981. rabiatul adawiyah

    cikgu, macam mana nak tahu pinjaman tu masuk liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa bila buat kunci kira kira

  982. Rabiatul adawiah,

    Pinjaman pada asasnya > 1 tahun –> LBS
    Sekiranya dinyatakan tempoh matangnya.. kita ikut tempoh tersebut:
    Jika < 1 tahun --> LS
    Jika > 1 tahin –> LBS

  983. cikgu , semasa post ke K.K.K hutang lapuk pada imbangan duga tidak perlu masuk ke dalam penghutang dah ? hanya hutang lapuk yang terbaru sahaja ?

    satu lagi , jika situasi ini berlaku dengan peruntukan hutang ragu juga sama ?

  984. Hau,

    Hutang lapuk –> belanja (PP)
    Pelarasan HL –> (Penghutang – HL)
    Ya. Sama… cuma pengiraan PHR berdasar nilai penghutang bersih.

  985. Syuhada saarani

    Jualan termasuk rm2400 yang diterima untuk kerja yang akan dijalankan pd bulan September 2016..(milikan tunggal tahun berakhir 30 jun 2016)..berkaitan akaun yg mane?…

  986. Syuhada,

    Jualan terdahulu 2400 –> LS
    Jualan (-) 2400

  987. Assalamualaikum,Ckg
    Saya punya pp dah seimbang tapi kunci kira-kira pula yg x seimbang.
    Mcm mne eik Ckg cara nak buatnye?

  988. Alif, waalaikumussalam.

    PP –> hanya cari UB (tidak boleh tentukan seimbang atau tidak)
    Hanya KKK –> boleh tentukan seimbang atau tidak kerana ada 2 jumlah yang boleh kita bandingkan.

    Semak balik pelarasan… 2 akaun yang terlibat .. pindahkan ke PP betul.. operasi betul.. kkk betul komponen dan operasinya.

  989. Salam cikgu,
    boleh tak cikgu tunjukkan saya tentang peruntukan hutang ragu dan hutang ragu? saya nak buat penyata pendapatan dan kkk tapi saya keliru dengan kedua-dua ini. Cikgu,Jika item peruntukan hutang ragu dalam imbangan duga di sebelah kredit maka ia hasil ke belanja? dan hutang ragu di sebelah debit maka ia belanja ke? lepas tu kat pp apa yang kena tambah &tolak? di KKK penghutang nak tolak dengan yang mana?
    Terima kasih.

  990. Lily,

    PHR (baru) 160 –> AS
    (-) PHR (lama –> ID) 100
    Hutang Ragu = 60 (+ –> Belanja, – –> Hasil)

  991. cg,hutang ragu dengan peruntukan hutang ragu ada beza tak? kalau ID terdapat kedua-dua ni macam mana saya nak bezakan?contoh soalan punya item hutang ragu RM100 di sebelah debit dan peruntukan hutang ragu juga RM100 tapi di sebelah kredit, penghutang nak tolak dengan yang mana? apa yang terlibat dan kena tolak atau tambah? yang mana hasil atau belanja?

  992. Lily,

    Berbeza… PHR mesti berbaki kredit dan dicatat dalam KKK (Penghutang – PHR)
    Hutang Ragu dicatat dalam PP samada hasil (baki kredit) @ belanja (baki debit)

  993. jadi,kat pp kena tolak peruntukan hutang ragu tak?atau tolak hutang ragu sahaja?

  994. Lily,

    PP –> Hutang Ragu
    KKK –> Penghutang – PHR

  995. Salam.sy nak tanya mengenai pyata kwgan milikan tunggal.klu nak buat penyata pendapatan sekiranya jumlah stok akhir ada dua nilai kita perlu ambl nilai yang terendah kan cikgu?
    Contoh: stock pd 30 sept 2009 dinilai rm3700 pd harga kos dan rm 3400 pd harga pasaran.jd ambl nilai trendah rm3400.btul x cikgu?
    Satu lagi,jika imbangan duga pd 30 sept 2009 nilai pinjaman RM 6000.pnjman bank bermula pada 1 Jan 2009 dgn kadar 8% setahun.mcm mana nk kira cikgu?perlu 8% x 6000x 9/12 @ mcmana?hrp cikgu blh bantu sy.terima kasih ats pnjelasan sn yg rekod x lengkap sblm ni.

  996. Zahra,

    1. Ya.. Stok Akhir pilih yang TERENDAH.

    2. Ya betul… kita kira faedah mengikut TEMPOH PINJAMAN tersebut.. 1 Jan – 30 September = 9 bulan.
    Kadar 8% untuk setahun.
    Maka 8% x 6000 x 9/12

  997. Salam cikgi.klu dlm id xada phr tp maklumat tmbhan nyatakan seorang phutang muflis dan tdk dpt mmbyr hutang sbyk RM 400.mcmana nk buat.rm400 dikira sbg hutang lapuk kan cikgu dlm pp-belanja.utk phr kna wujudkn atau cmna?jika sewa tahunan sbyk rm5600.nilai sewa dlm id rm4800 kna tolak 5600- 4800=800.nilai 800 jd sewa blm dbayar @ cmna?blh cikgu jelaskan.terima kasih.

  998. Zahra,

    HL +400 –> PP : Belanja
    Penghutang -400

    PHR … rujuk maklumat tambahan % PHR.

    Sewa 5600 –> PP: Belanja
    Sewa belum bayar (5600-4800) 800 –> KKK: Liabiliti Semasa

  999. cg,jika soalan tanya gaji perkerja termasuk gaji Ali sebanyak RM4000,maka kena tolak atau tambah apa?

  1000. Lily..

    Tanya ikut topik yang betul…. cgu sudah jawab di Topik Perkongsian –
    Pengasingan Untung Rugi.

  1001. Cikgu,dalam spm 2016 soalan 3 penyata pendapatan,maklumat tambahan (Viii)
    Perniagaan menyertai kempen pengiklanan yang berterusan dengan kos Rm450 setiap bulan.invois terakhir yang diterima adalah bagi bulan april 2016.
    Cikgu,macam ini macam mana buat pelarasan?

  1002. Cikgu,boleh ajar saya?

  1003. Stella Lai,

    Periklanan terakru RM900 (utk 2 bulan Mei & Jun) –> LS
    Periklanan(750+900) RM1650 –> Belanja.

  1004. cikgu, macam mana nak cari stok akhir jika soalannya ada senarai kad stok 1,2,3… kena tambah semua kad stok ke?

  1005. Lily,

    Kena pilih nilai yang rendah bagi setiap kad stok –> jumlahkan = Stok Akhir

  1006. perniagaan telah bersetuju menyertai program promosi produk sehingga Februari 2017.satu invois terakhir bernilai RM 750 telah diterima untuk 3 bulan berakhir 30 Novemver 2016. apakah akaun yg terlibat cg?
    sediakan penyata pendapatan berakhir 31 Dis 2016.

  1007. macam mana nak buat pelarasan cikgu….boleh ajar??

  1008. soalan seterusnya:satu salinan nota kredit yg dikeluarkan kepada perniagaan mesra berjumlah RM465 belum direkodkan.
    Mcm mna nk.buat pelarasan cg…pls respondT.T

  1009. Lisa,

    1. Invois dalam soalan tersebut…. bukan bermaksud “secara kredit”… ianya ikut situasi sekarang.. semua bayaran tunai/kredit menggunakan invois tax. Daripada maklumat tersebut kenalpasti adakah promosi terdahulu @ promosi terakru yang terlibat..(rujuk tarikh terima invois & 3 bulan & tarikh tempoh perakaunan)

    2. Nota kredit dikeluarkan –> pulangan jualan.. kenalpasti 2 akaun yang terlibat dengan catatan urus niaga pulangan jualan.

  1010. Cg , apa maksudnya pelarasan ‘alat tulis yang habis guna adalah RM404’? Mcm mana ye

  1011. Ct,

    Habis digunakan–> Belanja Alat Tulis
    Yang tidak habis –> Stok Alat tulis (AS)

  1012. Gadai janji dan faedah gadai janji letak di bawah mana?

  1013. Ynn,

    Gadai janji –> LBS
    Faedah gadai janji –> Belanja

  1014. Peruntukan hutang ragu dibawah hasil ke cg?

  1015. Cg boleh terangkan konsep PHR . Ia ada tiga kaedah kan iaitu wujud , penambahan dan pengurangan . Kalau wujud dan penambahan letak di bahagian mana dan kenapa ? Selepas itu di kkk nnti semua kaedah ni perlu ditolakkan dgn penghutang ke?

  1016. Ct,

    PHR –> peruntukan sebahagian daripada penghutang yang mungkin tidak dapat dikutip.

    Kaedahnya SATU sahaja.. iaitu kita bandingkan PHR akhir (yg dikira) dengan PHR awal (dlm ID).

    Cth 1: Kes Baru wujud
    PHR akhir = 300 —> AS (Phtg – PHR)
    – PHR awal = 0
    Hutang Ragu = 300 –> Belanja

    Cth 2: Kes Pertambahan
    PHR akhir = 300 —> AS (Phtg – PHR)
    – PHR awal = 200
    Hutang Ragu = 100 –> Belanja

    Cth 3: Kes Pengurangan
    PHR akhir = 300 —> AS (Phtg – PHR)
    – PHR awal = 400
    Hutang Ragu = 100 –> Hasil

  1017. Salam cikgu..sy nk tanya jika sewa tahunan RM 2400.mnakala dlm id sewa diterima (credit)RM 2200 mcmna nk buat?sewa rm2400 msukkn dlm pp-hasil ke cikgu?blh tlg jelaskn?terima kasih..

  1018. Zahra,

    Sewa yang sepatutnya diterima –> Sewa diterima 2400 –> Hasil (PP).
    Sewa diterima terakru (2400 – 2200) 200 –> AS(KKK)

  1019. Cg , mcm mana nk buat utk pelarasan yg ni ‘pemilik mengambil alat tulis kedai RM80 utk kegunaan sendiri . Perkara ini belum direkodkan ‘ betul tak kalau belian (-)80 ambilan (+)80 ? . Dan ‘hutang lapuk terpulih sbnyk RM300 telah digunakan utk membayar kadar bayaran .Perkara ini belum direkodkan’ .

  1020. Ct,

    1. Jika kedai alat tulis –> betul.
    2. Kadar bayaran (+)… HLP (+)

  1021. Cg kalau bkn kedai alat tulis ? Dan knp kadar byrn dan HLP bertambah ? Jika ID tkde butir utk HLP maka perlu wujudkan lah ye?

  1022. Ct..

    Jika kedai alat tulis… jika ambil alat tulis … maksudnya ambil BARANG NIAGA –> maka Ak Belian (-).

    Kita terima HLP…. maksudnya HLP (hasil) bertambah sblh Kredit.
    Manakala kadar barayan (belanja) bertambah sblh Debit.

    Jika mana2 akaun yang belum wujud… maka kita buka baru.

  1023. Cg deposit telefon dikelaskn sebagai apa?

  1024. Ct,

    Deposit –> AS

  1025. safinatun najah

    kalau soalan tanya kan
    i. satu invois belian barang niaga bernilai RM8440 terlupa direkodkan dalam mana-mana buku.
    jadi saya harus tambah penghutang/pemiutang ?
    dan
    ii. faedah atas simpanan tetap ialah 5% setahun.
    soalan hanya bagi simpanan tetap RM8000 dan tiada faedah atas simpanan . jadi (8000×5%)=400 di belanja dan lagi satu di mana ?

  1026. Safinatun,

    1. Belian (+)… Pemiutang (+)
    2. FST –> HASIL & FST Terakru –> AS

  1027. Salam Cikgu.

    Nak tanya kalau simpanan tetap tu selama 5 tahun, ianya perlu direkod dalam aset bukan semasa atau aset semasa? Tolong bagi penjelasan Cikgu. Terima Kasih

  1028. Sofia,

    Pada pandangan saya, untuk ting. 4 & 5.. kita ikut asas perakaunan… jika jelas dinyatakan lebih 1 tahun –> ABS.
    # walaupun ada yang kelaskan sebagai AS dengan alasan ianya mudah dicairkan.

    Manakala jika dinyatakan kurang 1 tahun @ tidak dinyatakan langsung –> AS.

  1029. safinatun najah

    ambilan barang bernilai RM125 belum direkod dimana-mana buku.
    jadi, mcm mna saya perlu rekodkan ?

  1030. Safinatun,

    Rekod seperti biasa… kenal pasti 2 akaun yang terlibat…kemudian baru tentukan yang mana Dt dan Kt @ yang mana bertambah/berkurang.

  1031. Selamat sejahtera cg. Saya mau tanya mengapa gaji tidak direkod dalam Akaun Untung Rugi?

  1032. Cabrini,

    Gaji pekerja –> AUR
    Gaji pekongsi –> Ak Pengasingan UR & Ak Semasa

  1033. cg, alat tulis belum digunakan berjumlah RM100 tu belanja terdahulu kan?

    cg,jika maklumat tambahan ada baki awal&baki akhir item yang diberi dan pinjaman berkadar 15% (jangka pendek),maka ada faedah pinjaman kan? faedah pinjaman tu ambil angka pinjaman darab dengan 15% kan? lepas tu macam mana kira faedah pinjaman? Buku tunai pun ada faedah pinjaman.
    terima kasih.

  1034. Kety,

    1. Stok alat tulis 100 –> AS.
    Alat Tulis (-)100 –> Belanja

    2. Faedah atas pinjaman = 15% x Pinjaman
    # Rujuk BT untuk tentukan Faedah Pinjaman Terakru

  1035. cikgu dlam spm 2016,soalan 3 penyata pendapatan
    (iv) cek tak laku telah direkodkan tetapi pembatalan diskaun diberi rm35 masih belum direkodkan.
    adakah ada satu pelarasan sja ?
    diskaun diberi (-) ? betul tak cikgu
    Trima kasih

  1036. Nuraziah,

    Ya. Pelarasan terhadap item diskaun diberi yang dibatalkan sahaja..
    Dt Penghutang —> (+)
    Kt Diskaun diberi–> (-)

  1037. Insurans terdahulu masuk kat kkk sahaja kan?
    Penyata pendapatan tak payah..

  1038. Acap5c,

    Insurans terdahulu –> AS –> KKK
    Insurans –> Belanja –> PP

  1039. Cabrini,

    Angkutan masuk terakru –> LS dalam KKK

  1040. Cikgu,kalau di perkongsian,angkutan masuk terakru masuk akaun mana?

  1041. Ckg, Apakh beza penyata kewangan dan kunc-kira?

  1042. Milly,

    Penyata kewangan merujuk kepada Penyata Pendapatan & KKK.

  1043. cg, susut nilai perabot sebanyak 15% setahun secara ansuran tetap tu macam mana kira?

  1044. Kety,

    Ansuran tetap = garis lurus = atas kos

  1045. Cikgu, sekiranya terdapat soalan :

    IMBGN DUGA
    PHR 336(KT)

    MAKLUMAT TMBHN
    PHR KADAR 5%

    MENYEDIAKAN
    PENYATA PNDPTN
    AKAUN PERUNTUKAN HUTANG RAGU

    *BAGAIMANAKAH SAYA PERLU LETAK PHR DI PENYATA PNDPTN DN AKAUN PHR SEKIRANYA TIDAK PERLU BUKA PENYATA KUNCI KIRA KIRA..ADAKAH SAYA PERLU MEMBUAT PELARASAN ATAUPUN TERUS LETAK AMAUN PHR DI IMBGN DUGA DI PENYATA PNDPTN

  1046. Iq,

    Buat pelarasan..
    PHR akhir = 5% x Penghutang = A
    (-) PHR awal = 336
    Hutang Ragu = (A – 336) –> PP

  1047. Hi cikgu,

    ID
    LENGKAPAN 136000
    JUALAN 650098

    Di maklumat tmbhn terdapat:
    – pemilik membeli lengkapan rm2400 dgn hasil jualan tunai. Perkara ini belum direkodkan.

    * adakah saya perlu menambahkan amaun 2400 di lengkapan dan menolak amaun 2400 di jualan ?

  1048. Chiky,

    Lengkapan + 2400
    Jualan + 2400

  1049. ucg deposit kadar bayaran tu apa?kena letak mana?

  1050. Kety,

    Deposit kadar bayaran –> Aset Semasa

  1051. Cikgu, bagi pelajar yang mengambil peperiksaan bagi Spm 2017 akan datang, diskaun diterima dan diskaun diberi adakah masih tulis dalam akaun perdagangan? Cuma bagi pelajar tingkatan 4 (dalam sukatan kssm) baru meletakkan diskaun diberi dan diskaun diterima dalam Belanja (akaun untung rugi)? Terima kasih atas balas.

  1052. Esther,

    Ya.. betul.

  1053. Cikgu ape beza angkutan masuk dan angkutan keluar …. pastu pulangan masuk dan pulangan keluar, kalu dlm ID bank di sebelah kt maksudnye overdraf ke??

  1054. Nik,

    1. Angkutan masuk –> belanja angkutan untuk bawa barang niaga yang dibeli daripada pembekal.
    2. Angkutan keluar –> belanja angkutan untuk menghantar barang kepada pelanggan.
    3. Pulangan keluar = Pulangan Belian
    4. Pulangan masuk = Pulangan Jualan
    5. Bank (kredit) –> Overdraf

  1055. Cikgu sekiranya di maklumat tmbhn diberi

    -Nota kredit daripd pembekal RM 300 belom catat di mana mana buku.
    -bayaran bil elektrik rumah pemilik RM 160 tersalah rekod ke akaun kadr byrn perniagaan

    *di imbgn duga tiada butiran bil elektrik..tetapi kadar byrn ade di dlm imbgn duga

    Mcm mane saya perlu selesaikan pelarasan ini Dan bhgian mana yg perlu saya letak dlm pp dn kkk

  1056. Jika tiada dalam ID.. kita buka akaun tersebut.
    Bil elektrik –> Ak Kadar Bayaran.

    Hasil & Belanja –> PP
    Aset, Liabiliti & Ekuiti –> KKK

  1057. cg,kalau buku tunai sebelah debit ada jualan dengan jualan alatan pejabat jadi nak hitung jumlah jualan tu nak tambah kedua2 ni dan jualan kredit ke?

  1058. Kety,

    Jualan = Jualan tunai + jualan kredit –> PP
    Jualan alat pejabat –> Alat Pejabat berkurang.

  1059. cg,soalan yang di bawah itu macam mana kira? saya tak faham… yang di bawah tu kena darab dengan 7 bulan bahagi dengan 12 bulan ke? terima kasih cg.
    buku tunai ada pinjaman(1 Julai 2016) 5000 , faedah atas pinjaman 100 .
    maklumat tambahan: faedah atas pinjaman 5% setahun. tutup buku pada 31 Dis 2016.

  1060. cg yang alatan pejabat tu ambil alatan pejabat baki akhir tolak dengan jualan alatan pejabat tolak dengan susut nilai kan?

  1061. Kety,

    1 julai –> 31 Disember = 6 bulan
    Faedah pinjaman = 5000 x 5% x 6/12 –> Belanja.
    Jika dalam ID ada Faedah pinjaman –> kenalpasti Faedah pinjaman terakru.

    SN alatan pejabat = Baki awal + beli – jual – baki akhir

  1062. cg, susut nilai tu masuk ke pp,belanja kan? lepas tu kkk punya macam mana kira? cg ,jualan ABS tu ada kaitan dengan rugi/untung atas pelupusan ABS tak? bila rugi/ untung dapat dihitung?

  1063. Kety,

    SN –> Belanja –> PP
    SNT –> ABS –> KKK

    Untung/rugi pelupusan –> kena rujuk maklumat yang diberi dalam soalan.

  1064. cikgu, kalau dalam memo menyatakan membawa masuk komputer peribadi bernilai rm3000 dalam perniagaan

    bagaimana nak masukkan dalam PP dan KKK? tambah pada modal?

  1065. Sara,

    Dt Alatan Pejabat –> (+)
    Kt Modal –> (+)

  1066. Cg, faedah simpanan tetap catat di penyata pendapatan. Kalau simpanan tetap shj?

  1067. Shaz,

    Simpanan Tetap –> Aset Semasa
    Faedah simpanan tetap –> Hasil

  1068. Cikgu mcm mane nak cari jumlah inventori akhir, klau soalan beri harga pasaran dan harga kos

  1069. Nursyakirah,

    Pilih nilai yang TERENDAH antara keduanya.

  1070. Salam. cikgu, jika dalam KKK, bahagian liabity semasa (negative)..apa maksudnya?

    maaf, baru belajar.

  1071. Walid,

    Kkk
    ABS
    AS
    (-) LS
    = MK
    ========
    EP
    LBS
    ========

  1072. Hai cikgu..nak tanya.. macam mana nak kira proforma penyata pendapatan sedangkan syarikat yang hendak ditubuhkan itu ialah homestay?Jualan dia ambilkira atas apa?

  1073. Chen,

    –> Hasil perkhidmatan

  1074. Cikgu, kos pembiayaan pinjaman perlu letak di penyata pendapatan atau KKK?

  1075. Mai,

    Belanja –> PP

  1076. Cikgu, kalau maklumat diberi kos pembiayaan pinjaman 5700, dan soalannya buat PP bagi 6 bulan berakhir 30 april 2017 ada pengiraan ke? ataupun terus masukkan 5700 bagi belanja? stok awal 1 Nov 2016

  1077. Mai,

    Kos pembiayaian pinjaman –> Belanja

  1078. Fatimah Bt Ahmad

    Cikgu,
    Soalan 3 SPM 2017 dirujuk, adakah belanja mengubah suai bangunan dianggap sebagai belanja modal dan di tambah dalam Bangunan?
    terima kasih

  1079. Fatimah,

    Ya.. belanja modal

  1080. Fatimah Binti Ahmad

    Cikgu,
    Soalan spm 2016 soalan 3. invois sewa rm1800 adalah untuk tempoh 3 bulan sehingga ogos dan akaun tutup Jun. bukankan invois maksudnya kita belum bayar, jadi sepatutnya sewa terakru bulan Jun rm600. Mengapa dalam jawapan invois bermaksud kita sudah bayar dan terdahulu 2 bulan?

  1081. Fatimah,

    Nanti saya rujuk soalan tersebut….

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.