Perakaunan Untuk Penggajian

Topik yang baru diperkenal dalam Sukatan Pelajaran 2010.

Selain soalan2 dalam Buku Teks, berikut adalah set soalan yang terdapat dalam Koleksi Bahan Cg Narzuki Online.


~ MUAT TURUN  ~
[dm]37[/dm]

 

Panduan Majikan Mengenai Perkhidmatan KWSP

Upah
Semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya adalah dianggap sebagai upah. Ini adalah termasuk bonus, komisen atau apa-apa elaun yang perlu dibayar oleh majikan tanpa mengira sama ada bayaran tersebut dibuat di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan atau selainnya.

Bayaran Yang Tertakluk Pada Caruman KWSP
Umumnya, semua saraan yang dibayar kepada pekerja sebagai upah adalah tertakluk pada caruman KWSP. Contoh-contoh bayaran tersebut seperti berikut:
• Gaji;
• Bayaran untuk cuti tahunan yang tidak digunakan;
• Bonus;
• Elaun;
• Komisen;
• Tunggakan gaji;
• Gaji yang diterima semasa cuti bersalin;
• Gaji yang diterima semasa cuti belajar;
• Gaji untuk cuti separuh hari; dan
• Gaji pengarah (sebagai pekerja).
Senarai di atas adalah tidak terhad.

Bayaran Yang Tidak Tertakluk Pada Caruman KWSP
Bayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP adalah termasuk:
• Caj perkhidmatan;
• Bayaran kerja lebih masa;
• Gratuiti;
• Yuran Pengarah;
• Faedah persaraan;
• Bayaran sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan;
• Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara dan penamatan; dan
• Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.

 

Caj Perkhidmatan :

Dibawah Akta KWSP 1991, Caj Perkhidmatan ialah apa-apa wang atau bayaran sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, yuran perkhidmatan, tip atau bayaran-bayaran lain yang dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada atau diberi secara sukarela oleh pelanggan atau orang-orang lain (yang bukannya majikan) berhubung dengan perniagaan majikan itu.

Bayaran itu dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhan atau sebahagian secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja atau selainnya.

KUIZ : Perakaunan untuk Penggajian

Congratulations - you have completed KUIZ : Perakaunan untuk Penggajian. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kaedah pembayaran gaji pekerja ?

I) Cek

II) Tunai

III) Baucar bayaran

IV) Bayaran automatik
A
I, II dan III
B
I, II dan IV
C
I, III dan IV
D
II, III dan IV
Question 2
Item manakah yang terdapat di bahagain penerimaan slip gaji ?
A
Gaji pokok
B
Yuran koperasi
C
Caruman PERKESO
D
Potongan Cukai Berjadual
Question 3
Antara yang berikut, yang manakah potongan wajib terhadap gaji kasar seorang pekerja ?
A
Zakat
B
Caruman KWSP
C
Yuran ahli koperasi
D
Pinjaman kenderaan
Question 4
Puan Syazleen menerima gaji RM2 000 sebulan. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%. Hitung jumlah caruman oleh Puan Syazleen dalam setahun.
A
RM2 880
B
RM2 640
C
RM2 2240
D
RM2 220
Question 5
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan data gaji Puan Atilah, yang bekerja sebagai eksekutif bank.

Gaji pokok = RM3 500

Elaun kerja lebih masa = RM450

Elaun perjalanan = RM250

Potongan Cukai Berjadual = RM180

Kadar caruman pekerja kepada KWSP ialah 11%.

Berapakah gaji bersih Puan Atilah pada bulan tersebut ?
A
RM4 200
B
RM4 020
C
RM3 635
D
RM3 115
Question 6
Komponen gaji kasar pekerja terdiri daripada .....

I) Gaji pokok

II) Bantuan sara hidup

III) Pinjaman perumahan

IV) Caruman KWSP bahagian pekerja

A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Question 7
Pernyataan manakah yang paling tepat menerangkan slip gaji ?
A
Satu penyata yang menjumlahkan gaji bersih pekerja dalam tempoh setahun.
B
Satu penyata yang menunjukkan anggaran gaji pekerja dalam tempoh sebulan.
C
Satu penyata yang menunjukkan jumlah gaji kasar dan jumlah potongan daripada gaji.
D
Satu penyata yang mengesahkan pembayaran gaji pelerja yang belum dibayar oleh majikan.
Question 8
Maklumat yang berikut merujuk kepada suatu persamaan :

Y - Potongan gaji = Gaji Bersih

Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan Y ?

I) Gaji pokok

II) Bantuan sara hidup

III) Pinjaman perumahan

IV) Pinjaman kenderaan

A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Question 9
Maklumat berikut berkaitan dengan gaji Encik Afnan pada bulan Oktober 2011.

Gaji pokok = RM2 400

Elaun perumahan = RM120

Bantuan sara hidup = RM160

Maklumat tambahan :

Encik Afnan dibayar komisen 4% atas jualan. Jualan yang diperoleh pada bulan Oktober ialah RM12 800.

Hitung gaji kasar Encik Afnan.
A
RM2 400
B
RM2 520
C
RM3 072
D
RM3 192
Question 10
Encik Imran menerima gaji RM3 000 sebulan. Kadar Caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12% . Hitungkan jumlah gaji bersih Encik Imran setahun.
A
RM36 000
B
RM32 040
C
RM31 380
D
RM21 960
Question 11
Puan Zalikha menerima gaji pokok sebanyak RM5 000 sebulan. Elaun dan potongannya setiap bulan adalah seperti berikut: gaji1 Berapakah gaji bersihnya?      

[Rujukan jawapan: buku teks m.s. 324, 325 - Soalan 21 SPM 2013]

A
RM4 697
B
RM4 929
C
RM5 368
D
RM5 429
Question 12
Data berikut menunjukkan gaji dan potongan-potongan bagi Saryin Raj, seorang pekerja Syarikat Saujana Maju pada bulan Julai 2011. gaji002   Berapakah gaji bersih Sarvin Raj?

[Percubaan SPM Johor 2011 ]

A
RM1 930
B
RM2 290
C
RM2 490
D
RM2 650
Question 13
Encik Imran menerima gaji RM3 000 sebulan. Kadar Caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12% . Hitungkan jumlah gaji bersih Encik Imran setahun.

[Percubaan SPM Kedah 2011 ]

   
A
RM36 000
B
RM32 040
C
RM31 380
D
RM21 960
Question 14
Gaji seseorang pekerja akan dikenakan beberapa potongan terdiri daripada potongan wajib dan potongan sukarela.

Antara berikut, potongan manakah merupakan potongan sukarela bagi kakitangan swasta?

I Yuran koperasi

II Pinjaman perumahan

III Caruman kepada PERKESO

IV Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

 

[Percubaan SPM Melaka 2011 ]

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 15

Encik Firdaus menerima gaji RM5 500 sebulan. Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.

Hitungkan jumlah caruman KWSP Encik Firdaus.

[Percubaan SPM MRSM 2011 ]

A
RM1 265
B
RM1 256
C
RM660
D
RM605
Question 16
Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penggajian Murad bagi bulan Jun 2011. gaji003 Hitung caruman KWSP bahagian pekerja bagi bulan Jun 2011.

[Percubaan SPM Melaka 2011]

A
RM203.50
B
RM228.80
C
RM231.00
D
RM256.30
Question 17
Butir-butir berikut terdapat dalam slip gaji seorang pekerja kecuali

[Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011]

A
gaji pokok
B
gaji bersih
C
dividen KWSP
D
caruman KWSP
Question 18
Yang manakah antara berikut merupakan potongan wajib bagi seseorang pekerja?

[Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011]

A
zakat
B
skim insurans
C
pinjaman perumahan
D
caruman PERKESO
Question 19
Antara yang berikut, bayaran manakah tidak dikenakan potongan caruman KWSP? I        Elaun perumahan II       Caj perkhidmatan III      Elaun bantuan sara bidup IV      Bayaran kerja lebih masa

[Percubaan SPM Perak 2011]

A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Question 20
Apakah formula mengira gaji kasar?

[Percubaan SPM Perak 2011]

A
Gaji kasar = Gaji pokok + Kerja lebih masa - Elaun
B
Gaji kasar = Gaji pokok - Kerja lebih masa + Elaun
C
Gaji kasar = Gaji pokok + Kerja lebih masa + Elaun
D
Gaji kasar = Gaji pokok - Kerja lebih masa - Elaun
Question 21
Maklumat berikut berkaitan data gaji Puan Ainun yang bekerja sebagai eksekutif bank pada bulan April 2011. gaji004 Berapakah gaji bersih Puan Ainun pada bulan tersebut?

[Percubaan SPM Perak 2011]

A
RM3 635
B
RM3 815
C
RM4 020
D
RM4 200
Question 22
Antara yang berikut, manakah terdiri daripada komponen gaji kasar?

[Percubaan SPM Selangor 2011]

A
Potongan cukai berjadual
B
Caruman PERKESO
C
Ansuran pinjaman
D
Elaun perumahan
Question 23
Gaji pokok Encik Halim ialah RM3 000 sebulan. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11 % dan bahagian majikan ialah 12 %.

Hitungkan jumlah gaji bersih bulanan Encik Halim.

[Percubaan SPM Selangor 2011]

A
RM2 670
B
RM2 640
C
RM2 310
D
RM3 000
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 23 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
678910
1112131415
1617181920
212223End
Return

  1. cikgu : saya nak tanya semasa buat kira KWSP (caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan) bayaran kepada kerja lebih masa (OT) ada tertakluk dalam caruman KWSP ?

  2. YCM,
    Maaf, topik ini saya masih belum kuasai sepenuhnya lagi, takut jawapan saya tidak tepat / tersilap. Diharapkan ada rakan guru dapat bantu menyelesaikan persoalan tersebut.

  3. Salam, pengalaman saya sebagai pengurus syarikat,OT tidak termasuk dalam kiraan potongan KWSP. Gaji Asas + Elaun Tetap sahaja.


  4. Cg Narzuki:

    YCM,
    Maaf, topik ini saya masih belum kuasai sepenuhnya lagi, takut jawapan saya tidak tepat / tersilap. Diharapkan ada rakan guru dapat bantu menyelesaikan persoalan tersebut.

    Menurut KWSP OT tidak tertakluk dlm pengiraan KWSP. Maka “pada pandangan saya”, utk tujuan pembelajaran kita hanya ajar pelajar dgn tidak mengambil kira OT semasa mengira KWSP.

  5. Terima kasih Balkis dan Sevaramann ….

  6. MOHD DARMAWAN SYAH B. MOHD YUSUF

    boleh tak lampirkan beberapa contoh latihan tajuk baharu perakaunan = perakaunan untuk penggajian..

  7. Mohd Darmawan,
    Terdapat set soalan latihan berkaitan Bab9: Penggajian yang terdapat dalam Koleksi Bahan Cg Narzuki Online untuk dikongsikan bersama… DIATAS

  8. salam cikgu .
    Adakah cikgu ajar kelas tuition ?

  9. Tidak.

  10. salam cikgu
    soalan no 6 buku teks ms335 tiada dinyatakan jumlah caruman perkeso majikan..mcm mana nak kira ye..yang ada cuma caruman perkeso pekerja sahaja

  11. Ieta,
    Untuk (a) menghitung gaji bersih setiap pekerja tiada masalah, cuma (b) menyediakan Akaun Gaji dan Akaun Bank akan timbul masalah kerana Caruman majikan kepada PERKESO tidak diberikan. Mungkin tertinggal taip dalam soalan tersebut, cadangan Cg, buat penambahan pada MAKLUMAT TAMBAHAN iii. Jumlah caruman majikan kepada PERKESO ialah RM80.

  12. salam..dalam soalan buku teks soalan no.7 ada elaun perjalanan sebanyak RM500 setiap bulan..adakah elaun tersebut dikira elauan tetap yg dikira untuk KWSP?JWPN dalam buku teks tidak ambil kira elaun tersebut untuk pengiraan kwsp

  13. Helmi,
    Elaun Perjalanan tidak dianggap sebagai Elaun Tetap, ianya adalah salah satu daripada bayaran2 yang tidak dikenakan potongan caruman KWSP. (sila rujuk Buku Teks m/s 318)

  14. Cikgu,
    Baru ini aiman buat soalan dalam buku rujukan, gaji pokok RM6400, Bantuan sara diri RM300, Elaun perumahan RM400 dan Elaun kerja lebih masa RM1200. Untuk mencari caruman pekerja KWSP, mengapa jawapan diberi hanya guna gaji pokok iaitu RM6400x11%? Bukankah RM7100x11% iaitu hanya elaun kerja lebih masa tak diambil kira, yg lain semua kena di ambil kira dalam pengiraan KWSP?
    terima kasih

  15. Aiman,
    Cg setuju dengan jawapan Aiman, hanya Elaun kerja lebih masa RM1200 sahaja tidak perlu diambilkira dalam pengiraan caruman KWSP pekerja.

  16. Salam cikgu
    nak tanya soalan 7 dalam buku teks ms335
    1. soalan a sy dah dapat jawapan yang betul sam seperti jawapan dalam buku teks
    2. tapi soalan 2 ada sedikit kekeliruan bagaimana nak rekod elaun perjalanan
    ——–atau tak perlu lagi kira elaun perjalanan sebab dah kira masa nak cari gaji bersih en.rahim

    bantu sy ya cikgu tq

  17. Ieta,
    Kita hanya merekod :
    1. Potongan2 gaji
    2. Pembayaran GAJI BERSIH (termasuk elaun2)
    3. Pembayaran potongan kepada pihak2 tertentu.

  18. cikgu,
    bantuan sara hidup adalah elaun tetap ke?
    cz contoh jwpn dlm b.teks mengambil kira elaun sara diri sebagai elaun tetap…tetapi dlm buku rujukan @ bk kerja tidak mengambil kira elaun sara diri dalam pengiraan KWSP ? so nak ikut mana satu ye…tq

  19. Bantuan Sara Hidup (COLA) adalah tergolong dalam definisi upah di bawah S.2 Akta KWSP 1991 dan dengan itu dikenakan tanggungan mencarum kepada KWSP.”

    Kenyataan tersebut dipetik daripada surat yang dikeluarkan oleh Pengurus Besar, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Undang2, KWSP kepada Pengarah Cawangan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia bertarikh 26 Januari 2006.

    Maka, jelas bagi saya, BUKU TEKS yang betul.

  20. thanks sir…

  21. salam…cikgu,elaun dobi bukan elaun tetap kan?

  22. cikgu..ada skema jawapan untuk soalan di atas?soalan tersebut cikgu ambil dari MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL kan?apa yang saya confius’bila merujuk pada skema jawapan yang diberi,bagi pengiraan gaji kasar ia mengambil kira caruman KWSP bahagian majikan.sedangkan dalam buku teks dan secara logiknya nak kira Gaji Kasar=Gaji pokok+elaun..contoh jawapan bagi soalan 1(i)Gaji Kasar=450+54=RM504..jawapan saya RM450…harap cikgu dapat membantu..terima kasih

  23. Cg Zai,

    Pada pandangan saya, Elaun Dobi bagi pegawai2 adalah tidak tetap. Setahu saya Elaun Dobi yang tetap diberikan kepada pegawai/pekerja yang layak mendapat baju seragam sahaja.

    Memang betul bahan tersebut saya gabung soalan2 latihan Modul 2 dan Modul 3, dan jawapan sengaja tidak diedarkan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pada pandangan saya, sama seperti Buku Teks di mana caruman majikan tidak diambil kira dalam mengira gaji kasar.

  24. Salam cikgu boleh cikgu lampirkan jawapan soalan koleksi online cikgu untuk semakan jawapan plz

  25. Cg Ieta,,
    Maaf saya tidak dapat diedarkan jawapan, kerana soalan tersebut digunakan sebagai latihan kepada pelajar. Pada pandangan saya perbincangan jawapan bersama pelajar adalah lebih baik.

  26. cikgu, saya perlukan bantuan cikgu bagi terangkan cara pembukaan akaun bagi topik ini. saya kurang faham kenapa akaun gaji di sebelah debit. manakala akaun caruman KWSP, cukai pendapatan, PERKESO, bank. catatan berikut di lakukan bagi pihak majikan atau pekerja.

  27. Ok, saya cuba terangkan sebaik mungkin.

    1. Ak Gaji adalah merujuk kepada Gaji untuk semua pekerja, bukan gaji individu.

    2. Ak Gaji adalah untuk merekod GAJI KESELURUHAN yang dibayar kepada pekerja, iaitu GAJI BERSIH + POTONGAN. Maka urus niaga yang terlibat secara langsung dengan AKAUN GAJI ada 2, iaitu :
    i- Merekod pembayaran GAJI BERSIH ( Dt Gaji Kt Bank)
    ii- Merekodkan potongan2 gaji. (Dt Gaji, Kt POTONGAN2)
    Maka, akan dapat JUMLAH GAJI KESELURUHAN dalam AK Gaji.

    3. Kemudian syarikat akan merekodkan pembayaran potongan2 kepada pihak2 tertentu, iaitu termasuklah caruman oleh MAJIKAN bagi KWSP dan PERKESO.
    (Dt: Potongan pihak2 tertentu Kt:Bank)

  28. normahasaniyusof

    .merujuk kpd soalan aiman..yg berkaitan 11%x 6400…kdg2 soalan nyatakan potongan kwsp adalah 11% daripada gaji pokok…sebab itulah dikira sbg 11% x 6400…tetapi sekiranya x dinyatakan, pengiraan kwsp adalah berdasarkan gaji pkok + elaun tetap…sbb kbykn soalan latihan yg sy ambil dr buku latihan oxford dan axis…potongn kwsp adalah berdasarkan kpd gaji pokok…

  29. Pada pandangan saya, soalan tersebut TIDAK BOLEH menyatakan “potongan KWSP 11% daripada gaji pokok” sahaja … kerana ianya adalah tertakluk kepada Akta KWSP 1991.

  30. cikgu mcm mna nk wat pengiraan untok perkeso???

  31. Cuba perhatikan contoh pengiraan dalam Buku Teks.


  32. nnar..wawa:

    cikgu mcm mna nk wat pengiraan untok perkeso???sya wat ltihan n tetiba trlpa cra pngiraan perkeso..pngiraan perkeso prlu d’ambil alaun tetep atau pon x ??

  33. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji (iaitu : gaji pokok, elaun lebih masa, komisen, elaun insentif, bantuan sara hidup dll) adalah layak untuk dicarumkan dengan PERKESO.

  34. Cikgu,
    adakah elaun makan di ambil kira dalam pengiraan KWSP?

  35. Bagi menentukan ianya diambilkira atau tidak ? tentukan samada ianya dikelaskan sebagai ELAUN TETAP atau TIDAK.

  36. cikgu,
    Bagaimana jika soalan tidak nyatakan elaun tetap atau tidak?

  37. Jika tidak dinyatakan apa2, maka pada pandanagn Cg kita anggap sebagai TIDAK TETAP sahaja.

  38. pengiraan kwsp(pekerja) sekiranya ada elaun perumahan or elaun-elaun lain perlu diambil kira ker?

  39. assalamualaikum..

    Boleh tak cikgu nyatakan antara berikut, yang mana elaun tetap dan bukan elaun tetap :

    1. elaun tanggungjawab
    2. elaun perjalanan
    3. elaun makan
    4. elaun kritikal
    5. COLA

    Terima kasih…

  40. Sheila & Ila,

    Waalaikumussalam,
    Pada pandangan saya, sebagai panduan mudah kita rujuk PENGECUALIAN bayaran caruman KWSP dalam Buku Teks. Jika tidak termasuk dalam pengecualian tersebut, maka kita anggap sebagai ELAUN TETAP dan perlu dikenakan caruman KWSP.

    Bayaran yang TIDAK TERTAKLUK kepada caruman KWSP adalah termasuk:

    • Caj perkhidmatan;
    • Bayaran kerja lebih masa;
    • Gratuiti;
    • Yuran Pengarah;
    • Faedah persaraan;
    • Bayaran sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan;
    • Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara dan penamatan; dan
    • Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.

  41. Cikgu,
    Bolehkah jelaskan catan dalam Buku Teks ms 326, mengapa potongan bagi “pinjaman perumahan” didebitkan dan bank dikreditkan? Adakah ini pinjaman perumahan pekerja daripada majikan? Ataupun majikan membuat pinjaman ini daripada institusi kewangan (spt bank perdagangan) bagi pihak pekerja dan kemudian pekerja harus bayar balik pinjaman tersebut melalui potongan gaji? Amat kelirulah cikgu. Tolong analise. Terima kasih.

  42. Cikgu,
    Sorry ya, dua soalan lagi, adakah bayaran “komisen jualan” kepada pekerja tertakluk kepada caruman KWSP? Apakah itu “caj perkhidmatan” yang dinyatakan dalam Akta KWSP 1991? Boleh cikgu berikan contoh yang berkenaan dengan “caj perkhidmatan” itu? Terima kasih.

  43. Cg Martina,

    Pekerja buat pinjaman perumahan dengan institusi kewangan dan bayaran balik pinjaman dibuat melaui potongan gaji. Maka pihak majikan akan potong jumlah bayaran balik pinjaman daripada gaji pekerja. Kemudian majikan akan bayar wang tersebut kepada institusi kewangan berkenaan. Oleh itu : Dt: Pinjaman perumahan Kt: Bank.

    Berhubung dengan komisen dan caj perkhidmatan, nanti saya cuba dapatkan maklumat lanjut.

  44. Cikgu,

    Terima kasih kerana menjawab soalan saya dengan segera.

  45. Berdasarkan NOTA (klik) diatas.

    Komisen – tertakluk caruman KWSP
    Caj Perkhidmatan – Tidak tertakluk caruman KWSP

    # Contoh caj perkhidmatan, sedang saya usahakan untuk dapatkan contoh yang lebih tepat.

  46. Terima kasih sekali lagi! Cikgu memang effisen!

  47. Cg Martina,
    Saya dapatkan maklumat berkaitan CAJ PERKHIDMATAN berikut daripada pegawai KWSP, iaitu :

    Dibawah Akta KWSP 1991, Caj Perkhidmatan ialah apa-apa wang atau bayaran sama ada dalam bentuk caj perkhidmatan, yuran perkhidmatan, tip atau bayaran-bayaran lain yang dibayar oleh, dicajkan kepada, dikutip daripada atau diberi secara sukarela oleh pelanggan atau orang-orang lain (yang bukannya majikan) berhubung dengan perniagaan majikan itu.

    Bayaran itu dibayar kepada seseorang pekerja sama ada pada keseluruhan atau sebahagian secara langsung atau tidak langsung, dan sama ada di bawah kontrak perkhidmatan di antara majikan dan pekerja atau selainnya.

    #bahasa undang2, kena baca dan faham betul2.

  48. Cikgu,
    Terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu.

  49. elaun petrol dan elaun telefon, adakah ini dianggap sbg elaun berubah?…..

  50. Apa bayaran yang tidak dinyatakan di bawah dianggap tertakluk kepada caruman KWSP.

    Bayaran Yang Tidak Tertakluk Pada Caruman KWSP
    Bayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP adalah termasuk:
    • Caj perkhidmatan;
    • Bayaran kerja lebih masa;
    • Gratuiti;
    • Yuran Pengarah;
    • Faedah persaraan;
    • Bayaran sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan;
    • Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara dan penamatan; dan
    • Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan.

  51. cikgu, berkaitan dgn caruman KWSP, sy sudah pun bertanya kepada pegawai KWSP, sekiranya Elaun Perjalanan diterima setiap bulan dgn amaunt yang sama, adakah ia ialah elaun tetap, Jawapannya ialah Ya.

    Sekiranya Belanja Perjalanan, maka ia bukanlah elaun tetap. Cthnya : Bulan Jan, bertugas di Kuala Lumpur, Bayaran Tambang ialah Rm 100. Bulan Feb, bertugas ke Ipoh, Bayaran tambang Rm50.

    adakah ini betul spt yg dikatakan oleh Pegawai tersebut?

  52. Edwin,
    Memang betul kata pegawai tersebut. Ianya boleh jadi tetap dan boleh jadi tidak tetap bergantung kepada amalan sesebuah organisasi. Cuma untuk skop sukatan SPM, kita ambil secara UMUM sahaja di mana elaun perjalanan dikelaskan sebagai tidak tetap dan tidak tertakluk kepada potongan KWSP.

  53. cikgu, sy rujuk buku rujukan Longman
    bg pindahan ke lejar sy agak keliru..

    Cth : Caruman Pekerja RM 400, Majikan RM 430
    Dlm AK. Gaji
    Hanya Dt RM 400 (Perkerja shj)
    dan di Ak Caruman KWSP
    butir di sebelah debit ialah RM830 (bank) manakalah di KT pula, Gaji RM 400 dan Untung Rugi 430 (majikan)..

  54. Edvin,
    Sebaik2nya rujuk Buku Teks.

  55. Cikgu,
    Semalam beli buku rujukan sasbadi terbaru yang dikeluarkan oleh salah seorang pengarang buku teks. Semua contoh soalan yang dibeli berkenaan dengan elaun perjalanan dianggap sebagai elaun tetap dan dikira dalam pengiraan KWSP. Bab ini memang memeningkan sebab tidak satu sukatan yang betul yang membolehkan pelajar semua ikuti.

  56. Fatimah,
    Sekiranya ada perbezaan antara buku rujukan dan buku teks, maka Buku Teks yang perlu diikuti.

  57. ot tak masuk dlm kwsp..

  58. tolong belajar guna buku tek,….buku rujukan hanya sebagai tambahan sahaja…ada lah lebih baik tanya guru akaun dr rujuk buku tek..

  59. kwsp..ada bahagian potongan majikan..

  60. adakah pembayaran seperti berikut :
    pinjaman perumahan ,
    pinjaman kereta ,
    potongan cukai berjadual ,
    akhbar dan majalah ,
    bil air ,electrik dan telefon ,
    makanan dan minuman ,
    hiburan .
    dikira dalan gaji bersih ?

  61. Elise,

    Terlebih dahulu cuba FAHAM apakah perbezaan antara POTONGAN dan PEMBAYARAN/PERBELANJAAN.

    GAJI BERSIH = GAJI KASAR – POTONGAN………… iaitu jumlah yang dibayar oleh Majikan kepada pekerja. Bila pekerja dapat gaji tersebut, barulah dibelanjakan untuk keperluan harian.

  62. cg , bagaimanakah mengira kwsp ?
    adakah hanya elaun tetap masuk ke dalam kwsp ?

  63. Samatha,

    Caruman KWSP (majikan / pekerja) = k% x (Gaji pokok + Elaun2 Tetap)

  64. kalau soalan memberitahu elaun2 yg diterima adalah elaun tidak tetap , maksud k% x gaji pokok sahaja ?

  65. Samatha,
    Jika tiada Elaun tetap, maka X GAJI POKOK sahaja.

  66. cikgu Narzuki,
    berkenaan pengiraan kwsp, terdapat buku rujukan hanya menggunakan gaji pokok utk mengira kwsp, adakah ia betul?elaun COLA,petrol,elaun dobi dan elaun telefon tidak diambil kira dlm pengiraan kwsp..
    harap cikgu dapat memberi sedikit pandangan.terima kasih

  67. Woo,
    Kita rujuk buku teks, pengiraan berdasarkan gaji pokok + elaun2 tetap.

  68. Huraian saya mengenai elaun perjalanan:
    Ia di kira sebagai elaun tetap jika amaunnya tetap pada setiap bulan tidak kira pekerja tersebut membuat perjalanan sebanyak manapun. Jadi tertakluk kepada potongan KWSP.

    Jika amaun elaun tersebut bergantung kepada jumlah atau jarak perjalanan dalam bulan berkenaan (maknanya jumlah setiap bulan berbeza-beza) maka ia tidak tertakluk kepada potongan KWSP… sebenarnya ini bukannya elaun , tetapi tuntutan semula kos perjalanan yang dilakukan oleh pekerja.

  69. SmartAlly, ….. terima kasih.

    Saya setuju dengan pandangan tersebut. ELAUN TETAP bagi sesebuah organisasi TIDAK SAMA. Contohnya : ELAUN PERJALANAN (seperti yang telah dihuraikan) …. bagi Organisasi A… mungkin Elaun Tetap, manakala Organisasi B .. mungkin TIDAK TETAP. Jadi jika soalan menyatakan dengan JELAS ianya sebagai Elaun Tetap / Tidak Tetap, maka tiada masalah. Cuma jika soalan TIDAK menyatakan dengan jelas, maka cadangan saya pelajar kena ikut buku teks, iaitu dianggap TIDAK TETAP dan dikecualikan daripada Caruman KWSP.

  70. adakah elaun diambil kira semasa pengiraan kwsp? jika mengikut buku teks elaun tetap + gaji pokok diambil kira semasa KWSP.. tapi ada buku rujukan yang tidak ambil kira elaun tetap…. mana satu betul?

  71. Chianghwui,

    Pada pandangan Cg, Buku Teks yang betul.
    Perhatian, jika terdapat perbezaan antara Buku Teks dan Buku Rujukan, maka buku teks yang perlu diikuti.

  72. cikgu saya ingin tentang caruman KWSP majikan..

    menurut sebuah buku rujukan, caruman KWSP tidak dicampur dengan caruman pekerja dan direkodkan di lejar. Menurut buku tersebut, caruman majikan adalah belanja syarikat kepada pekerja kerana bukan wang pekerja yang dikurangkan.

    Bagi pembayaran untuk KWSP pula, akaun bank dikreditkan dengan jumlah (KWSP pekerja + majikan). kerana itu sememangnya patut dibayar oleh syarikat…

    boleh cikgu jelaskan?

  73. Edvin,

    Maaf saya tidak dapat komen berkaitan buku rujukan tersebut, kerana tidak lihat sendiri secara keseluruhan peyampaiannya berhubung perkara tersebut. Dan cadangan saya sila ikut sepertiman yang dinyatakan dalam buku teks.

  74. cikgu, pada buku yang sama ia menyatakan
    “Caruman majikan kepada KWSP merupakan suatu belanja tambahan kepada perniagaan selain pembayaran gaji kepada pekerja – pekerja”

    Apakah pendapat cikgu tentang konteks ini?

  75. Edwin,

    Ya boleh diterima, caruman kajikan merupakan bayaran tambahan kepada pekerja tetapi tidak dimasukkan dalam slip gaji pekerja kerana ianya merupakan pendapatan tertangguh yang hanya boleh dikeluarkan sebahagian ketika berumur 50 tahun, manakala selebihnya ketika berumur 55 tahun.

  76. hi Cikgu,
    Komisen jualan adalah elaun tetap?

    Komisen jualan adalah dibayar mengikut jualan yang dicapai oleh pekerja. Oleh itus jualannya akan berubah, and komisen jualan juga akan berubah tiap tiap bulan. Maka ia juga dikenal sebagai elaun tetap?

    Megikut Trial Exama Paper Negeri 9, Kertas 2, No. 4, jika seseorang tidak mencapai julan RM 20000, ia tidak akan diberi sebarang komisen jualan, pada pendapat saya, ini bukan Elaun tetap.

    Terima Kasih

  77. Tanyy,

    Nanti saya cuba dapatkan maklumbalas dariapda Pegawai KWSP berhubung perkara tersebut…

  78. Tanyy,

    MAKLUMBALAS KWSP

    Salam Sejahtera Encik Mohd Narzuki,
    Pertanyaan tuan bertarikh 3 Oktober 2011 adalah dirujuk.
    Untuk makluman tuan, semua bayaran di dalam bentuk wang yang dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya adalah dianggap sebagai gaji.

    Ini termasuk bonus, komisen atau sebarang elaun yang perlu dibayar oleh majikan tanpa mengira sama ada bayaran tersebut dibuat di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan atau selainnya.

    Untuk makluman tuan juga, komisen dan elaun tetap adalah 2 jenis bayaran yang berbeza. Walaubagaimanapun kedua-dua jenis bayaran ini tertakluk kepada potongan caruman KWSP.

    FITRAH
    Eksekutif Khidmat Pelanggan
    KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

    Maka berhubung soalan Percubaan Negeri 9, maka komisen jualan tersebut adalah tertakluk kepada caruman KWSP sebagaimana yang disediakan dalam skema.

  79. Cikgu, Komisen Jualan perlu diambil kira semasa Caruman KWSP?

  80. Oliver,

    Hanya 2 perkara yang tidak tertakluk dengan Caruman KWSP:
    1. Elaun perjalanan
    2. Elaun Lebih Masa.

  81. jika elaun perjalanan bukan dibayar atas konsesi juga dianggap sebagai elaun tidak tetap ?

  82. mengapakah Trial Kelantan , Elaun Perjalanan tidak diambil kira semasa menghitung gaji bersih ?

  83. Gary,

    Gaji pokok
    + Elaun perjalanan
    =GAJI KASAR…RM5270 (telah amblkira elaun perjalanan)
    – PCB…………………RM180
    =GAJI BERSIH….RM5090

  84. haha
    overlook 😛

    tapi cikgu , Elaun Perjalanan confirm bukan Elaun Tetap ?

    jika ia bukan dibayar mengikuti konsesi juga dianggap sebagai satu elaun tidak tetap dan dikecualikan semasa menghitung KWSP ?

  85. Gary,

    Elaun perjalanan ada yang tetap dan ada yang tidak tetap bergantung kepada jenis dan amalan organisasi… dan kedua-duanya adalah TIDAK TERTAKLUK kepada CARUMAN KWSP…. itu telah ditetapkan dalam Akta KWSP.

  86. ok , terima kasih cikgu ~

  87. Cikgu

    Caruman KWSP bahagian majikan tidak dikira dalam GAJI BERSIH kan??

    TQ

  88. Robby Lim,

    Hanya KWSP pekerja sahaja masuk dalam pengiraan GAJI BERSIH pekerja.

  89. cikgu, berdasar buku teks, caruman majikan tidak dicampur dgn gaji pokok… tetapi kenapa dalam akaun gaji, KWSP ialah Majikan + Pekerja?

  90. Edvin,

    Caruman KWSP Majikan adalah pendapatan pekerja yang dicarum/simpan di KWSP…ianya merupakan pendapatan tertangguh, di mana pekerja hanya boleh keluarkan sebahagian wang caruman tersebut ketika berumur 50 tahun dan selebihnya ketika berumur 55 tahun (tarikh bersara).
    Slip gaji pekerja hanya menunjukkan jumlah PENDAPATAN SEMASA, POTONGAN dan GAJI BERSIH pekerja. Wang caruman majikan tidak diambil daripada wang gaji pekerja, sebaliknya daripada wang majikan itu sendiri… itu sebab tidak dimasukkan dalam slip / pengiraan GAJI BERSIH pekerja.

    Manakala AKAUN GAJI adalah merujuk kepada BAYARAN BERKAITAN DENGAN GAJI PEKERJA keseluruhannya, iaitu terdiri daripada :
    1. GAJI BERSIH ….. jumlah yang dibayar kepada PEKERJA pada bulan tersebut.
    2. POTONGAN2 seperti PCB, Pinjaman, KWSP(pekerja), PERKESO (pekerja)…. wang2 tersebut akan dibayar terus kepada pihak2 tertentu seperti … LHDN, KWSP, PERKESO, Pihak yang memberi pinjaman bagi pihak pekerja.
    3. Caruman KWSP & PERKESO bahagian majikan …… wang majikan itu sendiri yang dibayar kepada KWSP & PERKESO bagi pihak Majikan.

  91. Cikgu

    Tolong saya sebelum esok….
    soalan 2 NEGERI SEMBILAN tak faham dengan komisen 15 %…bagi chandran saya dpat rm 3900…tapi skema jwapan hanya tulis rm 900..seterusnya johan juga sama..saya dpat rm 4200 tapi skema rm 1200…terangkan..

    TQ

  92. Robby,

    BACA dengan teliti maklumat yang diberikan….
    (i) Majikan memberi komisen 15% atas JUALAN MELEBIHI RM20,000.
    Jualan Chandran = RM26,000…. maka Nilai yang layak diberikan komisen ialah RM6000 x 15% = RM900.
    Jualan Johan = RM28,000….. nilai yang layak dapat komisen ialah RM8000 x 15% = RM1200

  93. Cikgu

    wow…soalan g2 pun kena diberi perhatian…

  94. hi, cikgu.
    tahun ini gaji kurang daripada 5000 KWSP sumbangan majikan ialah 13%. Jadi sukatan pelajaran ada ubah tak?
    Terima kasih

  95. Hi, Tanny,

    Sukatan tetap sama dan terpakai. Dalam buku teks (m/s 318) jelas dinyatakan …...”Kadar caruman KWSP berubah dari semasa ke semasa bergantung pada polisi kerajaan.” …. maka kita maklumkan kepada pelajar tentang perkara tersebut … dalam buku teks dinyatakan 12% (kadar majikan) adalah berdasarkan tahun lepas, manakala pada tahun ini dinaikkan kepada 13%….. berikan rasionalnya kenapa kerajaan berbuat demikian..

    Pandangan saya, dalam soalan nanti akan dinyatakan dengan jelas nilai kadar tersebut, maka pelajar hendak membuat pengiraan berdasarkan kadar yang diberikan dalam soalan.

  96. saya nk tya,elaun makan tetap ke x?blh kongsikan jawapan utk soalan diatas?

  97. Zatil Mustapha,

    Pada pandangan saya, ianya bergantung kepada jenis organisasi, ada juga yang memberikan Elaun Makan yang tetap kepada staf di peringkat2 tertentu. Bagi sukatan SPM dalam pengiraan Caruman KWSP, kita hanya KECUALIKAN 2 ELAUN berikut sahaja : (1) Elaun Lebih Masa, (2) Elaun Perjalanan.. di mana ianya telah termaktut dalam Akta KWSP. Manakala apa2 Elaun yang dinyatakan dalam soalan dikelaskan sebagai tertakluk kepada Caruman KWSP.

    Soalan2 tersebut adalah diambil daripada MODUL PEMBELAJARAN TEKNIKAL yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, KPM. .. ianya boleh dimuat turunkan DISINI.

  98. Adakah Elaun Petrol sama dengan Elaun Perjalanan~Harap Cikgu jelaskan~terima kasih

  99. Apakah itu Yuran Pengarah?Harap cikgu jelaskan~terima kasih~

  100. Loh,

    Pada pandangan saya,
    Jika dilihat dari sudut PERCUKAIAN …. Elaun Petrol dan Elaun Perjalanan adalah SAMA. Manakala YURAN PENGARAH dan BONUS PENGARAH merupakan PENDAPATAN kepada Pengarah tersebut

  101. cikgu, elaun kerja lebih masa perlu catat ke jurnal am ke?

  102. Jy,

    TIDAK PERLU, apa yang perlu hanyalah merekodkan perkara berikut :
    1. Merekod pembayaran gaji bersih,
    2. Merekod potongan2 gaji.
    3. Merekod pembayaran potongan2 tersebut kepada pihak2 yang terlibat.

    Semua elaun2 yang diterima sudah termasuk dalam GAJI BERSIH yang direkod.

  103. ok, terima kasih

  104. cikgu, sini ada 2 soalan yang saya tak tahu cara jawab…
    1) Nerissa menerima gaji pokok sebanyak Rm2800 sebulan. Dia juga menerima COLA sebanyak RM240, elaun petrol RM300, elaun dobi RM80 dan elaun telefon RM200. Dia mencarum dalam KWSP sebanyak 9% dan membayar PERKESO sebanyak RM19 sebulan. Nerissa juga membayar pinjaman kereta RM320 dan Potongan Cukai Berjadual RM115 sebulan.
    Kirakan gaji bersih yang diterima oleh Nerissa.

    2) Puan Jamaliah bekerja sebagai pengawai keselamatan dengan gaji bulanan RM2900 dan elaun dobi bulanan RM200. Potongan Cukai Berjadual ialah RM58. Caruman KWSP adalah 9% oleh pekerja dan 12% oleh majikan.
    Anda dikehendaki menghitung:
    (a) Gaji kasar
    (b) Gaji bersih.

    Bolehkah cikgu menunjukkan cara untuk jawab soalan tersebut.. terima kasih.. =D

  105. Jy,

    Cg hanya berikan formatnya, iaitu :

    Pendapatan :
    Gaji pokok
    Cola
    Elaun Petrol
    Elaun dobi
    Elaun telefon
    …. lain2 pendapatan
    = GAJI KASAR
    (-) Potongan:
    KWSP (caruman pekerja)
    PERKESO (caruman pekerja)
    Pinjaman kereta
    PCB
    …. lain2 potongan
    =GAJI BERSIH

  106. ok, terima kasih cikgu

  107. Salam, ckgu bagaimana dengan elaun perjalanan yg diberi setiap bulan ? Adakah kena kwsp ? Elaun dobi dan elaun pakaian mcm mana?
    Tk

  108. Noor Hayati,

    Hanya ELAUN PERJALANAN & ELAUN LEBIH MASA sahaja TIDAK TERTAKLUK kepada Caruman KWSP… disamping beberapa bayaran lain yang termaktub dalam AKTA KWSP 1991.

  109. Salam Cg,

    Saya nak tanya utk kira perkeso. Kita perlu guna Gaji Pokok atau Gaji pokok ditambah dgn elaun tetap???

    TQ

  110. Sevaramann, salam 1 Malaysia.

    Kadar caruman PERKESO pekerja adalah berdasarkan kepada GAJI PEKERJA iaitu termasuk upah, kerja lebih masa, komisen dan caj perkhidmatan, bayaran cuti tahun, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am, elaun insentif, elaun shif makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya. Semua pembayaran sama ada mengikut jam, harian, mingguan, bulanan, hasil kerja adalah dianggap gaji. Kadar caruman bulanan bagi syer majikan dan syer pekerja adalah seperti ditunjukkan pada Jadual Caruman berdasarkan 34 kategori gaji
    Sumber: Laman PERKESO

    Jumlah caruman PERKESO tidak perlu dikira, hanya ikut Jadual Caruman yang telah ditetapkan oleh PERKESO.

  111. Cikgu,
    dalam penyediaan jurnal, langkah yg mana dulu, pembayaran gaji bersih kemudian merekod potongan-potongan atau sebaliknya. Dalam buku teks penyediaan jurnal, catat potongan dulu dan kemudian gaji besih tetapi dalam penyediaan lejar mencatat gaji bersih dahulu kemudian potongan.

  112. Nizam

    Merujuk kepada buku teks… ketiga2 urusniaga tersebut dibuat pada tarikh yang SAMA iaitu pada akhir bulan.. itu rasionalnya ianya boleh dibuat sedemikian. Tetapi saya lebih kepada urutan berikut dalam penyediaan Jurnal Am dan merekodkan ke Lejar :

    1. Merekod pembayaran gaji bersih
    2. Merekodkan potongan2 gaji.
    3. Merekodkan pembayaran potongan2 kepeda pihak2 terlibat.

  113. cg, adakah bonus bulanan kena di campurkan dgn gaji pokok bagi pengiraan caruman KWSP?

  114. Samu,

    Ya, hanya Elaun lebih masa dan Elaun perjalanan (Rujuk nota di atas : Bayaran Yang Tidak Tertakluk Pada Caruman KWSP) TIDAK tertakluk dalam pengiraan caruman KWSP.

  115. terima kasih atas penerangan tersebut cikgu.

  116. Cikgu,
    Diberi gaji pokok RM5000, elaun lebih masa RM500 dan maklumat soalan potongan KWSP ialah 11% terhadap gaji kasar. disebab elaun lebih masa termasuk dalam gaji kasar, ini bermakna potongan termasuk elaun lebih masa? Bolehkah jika maklumat hanya menyatakan potongan kwsp pekerja ialah 11% maka elaun lebih masa tak termasuk tetapi jika soalan menyatakan potongan 11% terhadap gaji kasar maka elaun lebih masa termasuk dalam potongan?

  117. Nizam,

    Kita ikut Akta KWSP…. Elaun Lebih Masa TIDAK tertakluk dalam caruman KWSP, maka Caruman KWSP Pekerja = 11% x RM5000.

  118. Salam sejahtera,

    Di dalam akaun perbelanjaan KWSP dan PERKESO, jumlah yang direkodkan adalah sumbangan MAJIKAN ? atau Majikan dan pekerja..

    Harap bantu. Terima kasih.

  119. Catherineyy,

    Dalam AK KWSP dan Ak PERKESO ….. merujuk kepada JUMLAH sumbangan / bayaran kepada pihak tersebut yang terdiri daripada caruman MAJIKAN dan caruman PEKERJA.

    Maklumat tentang PENGARAH SYARIKAT boleh dapatkan DISINI (klik)

  120. terima kasih Cikgu Narzuki.

  121. Assalamualaikum cikgu narzuki.

    Bgmana pengiraan komisen jualan (topik penggajian)?
    Cth : komisen 5% diberi untuk jualan yg melebihi RM20 000. Jualan pada bulan Jun adalah RM30 000. Adakah:
    1. 5% x RM30 000
    atau
    2. 5% x (RM30 000 – 20 000)

  122. Waalaikumussalam..

    Pada pandangan saya.. pilihan 2.

  123. hi…cg nak tanya adakah bonus tertakluk dalam potongan KWSP.
    Contoh: Gaji Pokok RM2,000 dan Bonus RM200. Caruman KWSP – 11%.
    Adakah betul caruman KWSP ialah RM2,200 x 11%= RM242 atau RM2,000 x 11% = RM220. Manakah yang betul ?

  124. Dophline,

    Pada pandangan saya, Bonus TERTAKLUK kepada caruman KWSP (Sila rujuk NOTA diatas)
    Maka, KWSP = 11% x RM2200.

  125. cg, nak tanya rujuk nota atas mana ?

  126. Dophline,

    Nota “Bayaran Yang Tertakluk Pada Caruman KWSP” …. DISINI

  127. hai, cikgu,
    Basic salary RM1000.00, elaun tetap RM500.00. Syarikat saya ikut RM1000.00 kira bagi caruman kwsp, betul ke?
    Terima kasih.

  128. Ms Chai,

    Pada pandangan saya, sepatutnya caruman KWSP berdasarkan RM1500…. berdasarkan Akta KWSP: elaun kerja lebih masa dan elaun perjalanan (rujuk nota di ATAS) tidak tertakluk kepada caruman KWSP.

  129. Betul ker epf dikira selepas tolak unpaid leave dan masuk kerja lewat..

  130. Nur,

    Sekiranya seseorang pekerja mengambil cuti tanpa gaji dan gaji perlu dipotong disebabkan masuk kerja lewat untuk satu bulan maka majikan perlu membuat potongan caruman KWSP selepas menolak cuti tanpa gaji dan masuk kerja lewat.

    Potongan caruman bahagian majikan dan bahagian pekerja adalah berdasarkan keseluruhan upah yang diterima oleh seseorang pekerja untuk bulan tersebut. Upah adalah termasuk gaji pokok, insentif, bonus, komisen, kesemua jenis elaun kecuali elaun perjalanan dan bayaran lain yang dikenakan potongan caruman KWSP.

    Sumber maklumat : Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP

  131. Cikgu,
    boleh saya tahu senarai elaun tetap dengan bukan tetap ?

  132. Fgh,

    Tiada senarai khusus untuk elaun tetap / bukan tetap, ianya juga bergantung kepada jenis ogranisasi. Untuk topik ini, kita hanya perlu ingat 2 elaun sahaja yang dikecualikan daripada pengiraan caruman KWSP… iaitu ELAUN PERJALANAN dan ELAUN LEBIH MASA sahaja.

  133. Cikgu,
    Tolang tunjukkan bagaimana kita mengira komisen jurujual berikut:

    Jualan Alan dan Bob ialah RM18 000 dan RM25 000 masing-masing. Komisen akan dibayar 5% atas jualan melebihi RM20 000.

    Terima kasih.

  134. Martina,

    Komisen jualan :
    Alan = 0 …… kerana jualan < RM20 000 Bob = 5% × (25 000 - 20 000) = RM250

  135. Cikgu, kenapa dalam jurnal am, gaji (debit) dan bank (kredit)

  136. Shasha,

    Bila bayar gaji… wang keluar, maka Bank KREDIT… dan GAJI pula DEBIT..

  137. teacher, I want to ask about the contents of elaun tetap. besides elaun perjalanan and elaun lebih masa are not included in it, is there anymore not included in elaun tetap?

  138. Cikgu, elaun keraian perlu diambil kira untuk pengiraan kwsp tak?

  139. Kavitha,

    Kita rujuk apa yang terdapat dalam Akta.. Elaun keraian…. perlu diambilkira

  140. salam. Nak tanya elaun dobi n elaun pakaian ialah elaun tetap ke?

  141. Yati,

    Bukan elaun tetap hanya Elaun Perjalanan dan Elaun Lebih Masa sahaja…. selainnya dikelaskan sebagai ELAUN TETAP.

  142. Sebarang elaun perjalanan atau nilai sebarang konsesi perjalanan tuu apa ya cg .

  143. Solobla,

    Bayaran elaun yang diberikan kepada pekerja apabila menjalankan tugas rasmi di luar pejabat.

  144. Bagaimanakah bentuk nilai sebarang konsesi perjalanan tu diberikan ? Adakah akan tercatat dlm slip gaji sepertimana elaun2 yang lain ? Terima kasih cg .

  145. Cikgu, macam mana nak kenalpasti elaun tetap?

  146. Nur,

    SEMUA elaun dikenakan caruman KWSP KECUALI Elaun lebih masa dan Elaun perjalanan sahaja.. ingat itu sahaja.

  147. cikgu,
    1.macam mana pula nak kira caruman majikan. sebab pekerja ada dua. jadi gaji pokok untuk majikan macam mana nak cari?
    2. kalau gaji bersih dapat negatif betul ke cikgu?

  148. Nur,

    1. Mana ada gaji majikan.
    kita kira berdasarkan gaji pekerja sagaja.. katakan RM10000.. 11% caruman pekerja… 13% caruman majikan.
    maka caruman pekerja = 11% x 10000
    caruman majikan = 13% x 10000

    # cuba fahami betul2.. apa itu KWSP.. caruman pekerja… dan caruman majikan.

    2.gaji bersih TIDAK mungkin bernilai negatif. Hanya caruman pekerja sahaja merupakan potongan gaji pekerja. Caruman majikan TIDAK ditolak dari gaji pekerja.

  149. Okay. Kalau ada dua pekerja katakan abu-rm3000 ali-RM 2500. Caruman majikan 12%.. Jadi 12% x (hasil tambah gaji pekerja) ke?

  150. Nur,

    Ya. majikan akan mencarum untuk semua pekerjanya.

  151. saya x faham soalan no 16 . knapa jawapn dia rm231

  152. Ain.

    Kwsp pekerja = (1850 + 250) × 11 %
    elaun lebih masa dan elaun perjalanan tidak diambilkira dalam mengira caruman KWSP.

  153. cg narzuki..bagaimana formula pengiraan perkeso majikan dan pekerja? saya dah download soalan latihan di atas.

  154. Farhana,

    Kita tidak perlu kira, hanya rujuk kepada KADAR CARUMAN (klik) yang telah ditetapkan oleh PERKESO.

  155. tq cg atas link yang diberikan.

    jadi gaji bawah rm3000 sahaja yg dicarum oleh majikan utk PERKESO.

    saya keliru dgn soalan di atas kerana gaji pokok lebih rm3000 tetapi dalam soalan ditanya untuk PERKESO bhgn majikan dan pekerja.

  156. Farhana.

    Jika gaji pokok lebih.. maka tidak layak untuk caruman PERKESO.

  157. Ckgu..kalau Elaun perjalanan dimasukkan dlm potongan ke?

  158. Mey,

    Elaun perjalanan merupakan PENDAPATAN, bukannya potongan.

  159. cikgu, boleh tunjukkan jalan pengiraan soalan ini?

  160. Cikgu, yuran pengarah adalah potongan atau pendapatan? Bagaimana pula dgn yuran koperasi dan yuran kelab sukan? Adakah pendapatan atau potongan?

  161. Alaska,

    Pekerja tidak bayar yuran pengarah.. maka ini bermaksud perkerja tersebut adalah pengarah…. terima/pendapatan.

    Yuran koperasi.. yuran kelab… pekerja yang bayar melalui potongan gaji bulanan.

  162. hye teacher .. saya berkerja di syarikat swasta . dan saya bercadang untuk mengambil cuti selama sebulan atas hal tertentu . dan syarikat juga setuju memberikan saya cuti selama sebulan tanpa gaji , tetapi mereka ada mengatakan jika cuti sebulan maka kwsp dan socso untuk bulan itu pekerja harus membayarnya.. kepada mereka beserta 30% kos yg biasa nya mereka bayar kepada kerajaan setiap bulan”syarikat kne byr ” selain bnda wajib yg pkeja harus byr iaitu kwsp dan socso *katanya* … apakah betul . pekerja harus membayar kos kos tersebut .? bermakna saya harus membayar sebanyak 500 jika saya cuti sebulan tanpa gaji kepada syarikat

  163. Iena,

    Ya betul… bayaran kwsp tersebut sebenarnya merupakan caruman pekerja… secara mudahnya wang simpanan pekerja setiap bulan.. pekerja boleh keluarkan nanti.
    Manakala SOCSO..adalah bayaran ansuran insurans keatas pekerja… jika berlaku apa2 ke atas pekerja… akan dapat pampasan nanti… jika tidak bayar… maka polisi insurans tersebut boleh batal dan kemungkinan pampasan tidak akan diperolehi nanti.

  164. cikgu,jika soalan macam ini:
    puan rozita menerima gaji kasar RM2500?elaun perumahan RM500 dan elaun lebih masa RM200 bagi bulan julai.kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.hitungkan caruman puan rozita untuk bulan tersebut.
    cikgu,jadi ini apa jawapan? macam mana hitung?

  165. Stella Lai,

    Pengiraan caruman KWSP tidak mengambilkira elaun perjalanan dan elaun lebih masa.
    Caruman KWSP Rozita = 11% × (2500 – 200) = ….

  166. cikgu,jadi nak mengambil kira caruman KWSP majikan tak?

  167. Stella Lai,

    Berdasarkan kehendak soalan : Hitungkan caruman puan rozita untuk bulan tersebut.
    Merujuk kepada caruman pekerja sahaja, tidak termasuk caruman majikan. .. kecuali dinyatakan hitung JUMLAH CARUMAN bagi Puan Rozita.

  168. cikgu,soalan ini ialah soalan objektif,saya tak dapat jawapan o
    A RM330
    B RM352
    C RM360
    D RM384

  169. Stella Lai,

    Soalan tersebut mungkin silap…. RM2 500 adalah GAJI POKOK, bukannya GAJI KASAR.
    Maka Caruman KWSP Rozita = 11% x (2500 + 500) = RM330

  170. okok terima kasih cikgu

  171. terima kasih..soalan yg bagus

  172. saiful izzuddin (SHAH PEKAN)16

    Macam mne nak kira jumlah caruman?

  173. Siful,

    Jumlah caruman = Caruman Pekerja + Caruman Majikan.
    Kira ikut nisbah masing2.

  174. Assalamualaikum,,, adakah elaun topup tiap bln RM50 dikenakan caruman kwsp & perkeso?

  175. Syz,

    Pengecualian caruman kwsp hanya Elaun perjalanan dan Elaun lebih masa sahaja.

  176. Cikgu , mcam mna nak kira gaji bersih ??
    Mklumat yg diberi :
    Gaji pokok RM2000
    Gaji kasar RM2500
    Caruman KWSP(bahagian pekerja)RM275
    Caruman KWSP(bahagian majikan)RM300

  177. Stakilah,

    Asasnya :
    Gaji pokok + elaun2 = Gaji Kasar
    Gaji kasar – potongan = Gaji bersih

    Potongan hanya KWSP bahagian pekerja sahaja.

    Maka : Gaji kasar – kwsp pekerja = Gaji bersih

  178. Cikgu,

    Gaji Tetap RM7726 sebulan.
    Elaun Perjalanan Tetap RM150 sebulan.

    Maka jumlah caruman ialah (7726 + 150)(8%) = Caruman Pekerja bulan tersebut iaitu RM 636. Betul ke cara kiraan saya cikgu? Terima Kasih

  179. Daniel,

    Elaun perjananan tidak tertakluk dalam pengiraan Caruman KWSP.

  180. Gaji asas rm2000, elaun tetap per day rm 120, kadang majikan kira 26 hari kadang 30 hari, dan ada juga di kira mengikut jumlah hari bekerja.contoh jika di kira untuk 26 hari bekerja mei rm 3120, 30 hari bekerja jun rm 3600, manakala 13 hari bekerja july rm1560, so bulan mei,jun,july, gaji asas + elaun tetap per day.adakah elaun perday ini yg jumlahnya tidak sama dlm monthly payslip ini termasuk dlm elaun yg wajib di carum kwsp?

  181. Mohd Sany,

    Jika elaun pun ikut hari bekerja… maka jumlah elaun setiap bulan juga tidak sama. Caruman KWSP juga dikira ikut gaji + elaun secara bulanan.

  182. Cikgu,

    cuba tanya upah perlu bayar EPF tak?

    terima kasih.

  183. Cikgu

    cuba tanya apakah bayaran zakat?

    terima kasih

  184. Cikgu,

    saya namoak satu contoh potongan gaji untuk topik ini iaitu yuran koperasi.

    Apakah koperasi itu bermaksud? mintah cikgu beri contoh.

    Terima kasih.

  185. Tan Swee Kung,

    1. Upah… X EPF.
    2. Maksud zakat (klik)
    3. Potongan yuran koperasi.. maksudnya pekerja bayar yuran keahlian koperasi setiap bulan melalui potongan gaji. Maksud koperasi (klik)

  186. Cikgu,

    cuba tanya, kini masih ada elaun sara diri lagi ke?

    contoh elaun sara diri ialah B1RM?

    terima kasih.

  187. Cikgu,

    cuba tany:
    1. dalam buku teks tunjuk kesan penggajian ke atas pendapatan adalah tetap. case ini akan berlaku semasa gajinya dibayar secara constantly. betultak?
    tetapi, kalau elaun dibayar tidak constant, maka kesan ke atas pendapatan akan berubah juga. betul?

    2. kini, untuk teori bagi caruman KWSP, kita perlu ikut buku teks (11% atau 8% dan 12%) ataupun ikut law yang terkini?

    terima kasih.

  188. Tan Swee Kung,

    1. Ya…
    2. Pengiraan sebenar.. ikut kadar carauman SEMASA.. dalam buku teks ikut kadar pada tahun buku itu dikeluarkan.

  189. Perbankan internetikgu,

    Cuba tanya,
    1. Semua theory ikut buku teks, tak payah ikut news terkini betul?

    2. Ali bekerja 3jam lebih dripada jam kerja biasa setiap hari untuk 5 hari dalam bulan Januari 2015. Kadar pokok maksimum untuk mengira kerja lebih masa ialah RM2500. Jumlah jam kerja setahun ialah 2496 jam. Berapakah gaji lebih kerja masa Ali.
    Jawapan ialah RM180.29. Betultak?

    3. Carumn PERKESO boleh dibuat secara bayaran tunai melalui pos, dan bayaran tunai di pejabat PERKESO. betultak?

    Elaun telefon bimbit ialah elaun berubah, dan elaun insentif adalah elaun tetap. Betultak? Apakah contoh insentif?

    Terima kasih.

  190. Tan Swee Kung,

    1. Semasa mengajar.. kita bagitau kadarnya berubah-ubah ikut tahun semasa. Maka pengiraannya ikut kadar tahun semasa. Manakala jika menjawab soalan.. kita ikut kadar yang dikemukakan dalam soalan.

    2. Jam kerja lebih masa setahun = 3 jam x 5 hari x 12 bulan = 180 jam
    Maaf.. pengiraan elaun lebih nama… Cgu tidak pasti.

    3. Bayaran boleh secara : Tunai, Wang pos, cek, pindahan kredit. Contoh elaun insentif.. boleh GOOGLE.

  191. Cigu nak tanya…ms 335 soalan (b) menyediakan Akaun bank mcm mna tu tak de contoh di buku teks

  192. Jay,

    Dengan berpandukan catatan bergu dalam Jurnal Am m/s 326 & 327… kita boleh sediakan Ak Bank.

  193. salam cikgu..saya nak tanya mengenai bantuan sara hidup. kalau pegawai kerajaan, elaun sara hidup dikira tak untuk mengira gaji bersih?

  194. Raihanah,

    Gaji bersih = Gaji pokok + elaun – Potongan

  195. Roziyati mohamed

    Tolong bg pencerahan..zaman mempunyai gaji pokok sbyk rm 1575 sbln…tp pada balan tersebut pihak majikan telah membuat penolakkn gaji sbyk rm 900..bagaimanakah cara pengiraan epf bg pihak pekerja dan majikan?

  196. Roziyati,

    Pengiraan berdasarkan nilai gaji yang diterima bulan semasa.

  197. Cikgu boleh terangkan maksud gratuiti dan faedah persaraan?

  198. Ain,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  199. salam cikgu..untuk kira gaji kasar kena tambah sekali ke elaun kerja lebih masa?

  200. Raihan,

    Gaji pokok
    (+) Elaun
    = Gaji kasar
    (-) Potongan
    = Gaji Bersih

  201. Cg tips tergolong dalam potongan ke?

  202. Puvendran,

    Tidak.

  203. assalamualaikum, cgu narzuki saya nak tanya pasal pengiraan PERKESO

    adakah pengiraan dia sama dgn kwsp?

  204. Afizah, waalaikumussalam.

    Tidak sama…
    PERKESO –> skim perlindungan..
    KWSP –> caruman pekerja & majikan … sebagai simpanan.

  205. Jadi formula kira perkeso

    gaji kasar X % perkeso

    cth soalan :

    Cik Ain bertugas sbg juruterbang Arab Saudi Airlines. beliau telah bertugas selam 5 tahun, berikut adalah senarai pendapatan dan perbelanjaan cik ain setiap bulan:
    elaun makan 500
    elaun pakaian 350
    elaun dobi 400
    gaji pokok 12000
    elaun seberang laut 2000
    pinjaman bank 2500
    insurans penerbangn 1000
    potongan cukai berjadual 800

    caruman perkeso adalah 10%majikan dan 4% pekerja
    caruman kwsp 12%majikan dan 9%pekerja

    jadi, sy nk tahu mcmana formula kira perkeso ni…

  206. Afizah,

    Formula sudah ada… gaji kasar x % perkeso.
    Berbeza dengan caruman KWSP… gaji kasar (tidak termasuk elaun lebih masa dan elaun perjalanan) × % kwsp

  207. salam sejahtera cikgu, minta penjelasan apakah itu maksud hari rehat dan juga maksud hari tetap sebulan? terima kasih

  208. Ricky,

    Maaf, kena rujuk soalan lengkap utk tahu apa maksudnya.

  209. Salam,cikgu.

    Soalan macam begitu :
    Gaji pokok Vanessa rm1800
    -elaun lebih masa rm300
    -perkeso rm11
    -pcb rm82

    Maklumat tambahan:
    i)majikan memberi komisen 10% atas jualan melebihi rm24000. Jualan bagi Vanessa ialah rm28000.
    ii)kadar caruman KWSP pekerja dan majikan masing-masing ialah 11% &13%.

    Bagaimana saya cari gaji bersih Vanessa?

  210. Jasmine,

    Gaji pokok
    + komisen
    + elaun lebih masa
    = GAJI KASAR
    (-) Potongan:
    KwSP 11%
    PCB
    Perkeso
    = GAJI BERSIH

  211. maaf cikgu, maksud saya ialah apakah yang dimaksudkan dengan hari kerja.dalam soalan menyatakan sykt menggunakan kaedah hari tetap sebulan dalam pengiraan potongan cuti tanpa gaji…apakah maksudnya?

  212. Ricky,

    Pada pandangan Cg,
    HARI KERJA –> bilangan hari bekerja dalam sebulan.
    HARI KERJA TETAP –> telah ditetapkan bilangan hari bekerja dalam sebulan.. contoh ditetapkan hanya 20 hari bekerja dalam sebulan.

  213. salam cg..
    nak tanya, ada potongan gaji disebabkan cuti tanpa gaji.

    adakah caruman kwsp dikira selepas potongan itu atau msih dikira gaji basic?

  214. Zaimy,

    Caruman dikira atas jumlah gaji & elaun2 yang telah diterima.

  215. kalau pihak syarikat ada bayar 100% komisen kpd pekerja. adakah dikenakan carum kwsp kpd mereka??

  216. Zaimy,

    Komisen adalah bayaran yang tertakluk pada Caruman KWSP.
    # Rujuk nota DIATAS. @ Akta Caruman KWSP 1991.
    # Maklumat lanjut dan terkini boleh layari Portal KWSP
    https://www.kwsp.gov.my

  217. terima kasih byk membantu..

    dan lagi satu, saya sebagai pengedar satu produk untuk sebuah syarikat dan tidak terikat dgn syarikat tersebut. cuma mengambil komisen dari syarikat tersebut. jika sy ingin mencarum kwsp, adakah sy sndri kna carumkan??

  218. Zaimy,

    Caruman KWSP adalah tanggungjawab Majikan terhadap pekerja mereka. Jika perkerja sudah berdaftar sebagai ahli… maka perkerja boleh simpan dan keluarkan wang caruman tersebut berdasarkan ketetapan pihak KWSP.
    Maklumat lanjut boleh rujuk di Portal KWSP..
    https://www.kwsp.gov.my

  219. Cg. Kalau elaun perjalanan tak dikira dlm potongan kwsp. Untuk PCB pula elaun perjalanan termasuk sekali ke?

    Cnth :
    Basic 3000
    Elaun rumah 100
    Elaun perjalanan 100
    So, pengiraan kwsp hnya 3100. Betol?

    Untuk PCB?

  220. Amirul,

    Ya.. carunan kwsp = n% x 3100 (dikecualikan elaun perjalanan)
    PCB .. termasuk elaun perjalanan.. tetapi caruman kwsp dikecualikan cukai.

  221. Izra Mazyanna Binti Ithnin

    Cikgu kenapa jawapan diatas (soalan Jamine pada 19 Mar) cikgu tambahkan elaun lebih masa ya?

  222. Izra,

    Untuk kira Gaji Bersih:
    Gaji pokok
    (+) semua elaun
    = Gaji kasar
    (-) potongan:
    Caruman KWSP#
    PCB
    Pinjaman
    Dll..
    = Gaji Bersih.

    # Hanya untuk kira jumlah caruman KWSP sahaja elaun lebih masa dan elaun perjalanan tidak diambilkira.

  223. Nurul Noorhayati Sarkawi

    Cikgu, catatan jurnal untuk gaji,perkeso dan kwsp macam mana?

  224. Nurul,

    Boleh rujuk buku teks ms 325.
    Ada 3 peringkat merekod:
    1. Rekod potongan2 gaji.
    Dt gaji
    Kt caruman kwsp
    Kt caruman perkeso
    Kt potongan2 lain

    2. Rekod pembayaran gaji bersih.
    Dt Gaji (gaji bersih)
    Kt Bank

    3. Rekod pembayaran potongan kepada pihak terlibat.
    Dt Caruman kwsp
    Dt Caruman perkeso
    Dt potongan2 lain
    Kt Bank

  225. adakah upah bersamaan dengan gaji kasar ?

  226. Lala,

    Tidak sama.

  227. cikgu, kalau ada potongan zakat adakah dikecuali dari pebgiraan kwsp?

    contoh:

    basic 5000
    elaun 1000
    zakat 2000
    macam mana ea pengiraannya?

  228. Zaimy,

    Zakat –> potongan.. tiada kaitan dengan pengiraan carunan KWSP

  229. Kenapa kwsp dikira sebagai pendapatan tertangguh?

  230. Shazlin,

    Pendapatan tertangguh tersebut mungkin dilihat sudut pendapatan pekerja… bukan dari sudut rekod perakaunan.

    Dari sudut pekerja (pencarum).. ianya merupakan sebahagian daripada pendapatan gaji pekerja yang dicarum (disimpan)…. apabila sampai satu tempoh tertentu (berhenti kerja/bersara)…. wang caruman kwsp tersebut boleh dikeluarkan oleh pekerja.

  231. TUAN ,
    SATU SOALAN.
    DI SYARIKAT SAYA MEMBERI ELAUN PERJALANAN SEBANYAK RM100 SEBULAN SEBAGAI TETAP TANPA MENGIRA DIA TIDAK HADIR ATAU APA2 SEBAB KEPADA SEMUA PEKERJA.

    MAJIKAN BAGITAU INI ADALAH ELAUN TETAP, SO MAJIKAN MEMBUAT POTONGAN EPF.

    MAJIKAN BAGITAU SUDAH RUJUK PEGAWAI EPF, ADAKAH BETUL ?

  232. Wannabila,

    Oleh kerana elaun tersebut telah dikelaskan sebagai elaun tetap.. maka tertakluk kepada caruman KWSP…lagipun perkara tersebut telah dirujuk kepada pegawai KWSP.

  233. salam, saya nak tanya jika saya sebagai majikan ,betul ke jumlah caruman kwsp yg perlu saya bayar untuk pekerja saya ialah 12% dan pekerja saya membayar 11% dari gaji mereka. dan caruman ni potong ikut gaji basic atau gaji bersih termasuk overtime kerja?

  234. En Zainuddin,

    Kadar ikut kadar semasa…. dikira atas gaji pokok dan elaun tetap tetapi yidak termasuk elaun lebih masa dan elaun perjalanan.

    Sila dapat info terkini & lebih tepat dilaman rasmi KWSP
    https://www.kwsp.gov.my

  235. Nuraslina binti Ismail

    Assalamualaikum,

    Tuan,

    Saya ada sedikit kemusykilan berkaitan benifit in kind( manfaat berupa barangan kepada pekerja )
    1.pekerja A di syarikat ada menerima benefit berupa barangan(kereta yang nilai tertakluk cukai sebanyak rm 25,000.00 termasuk petrol dan nilai pemandu sebanyak rm 7200 setahun.mengikut akta LHDN selepas 5 tahun nilai manfaat berupa barangan akan di kurangkan kepada separuh jumlah.
    2.soalan saya boleh tak saya tahu berapa jumlah untuk nilai pemandu adakah perlu di manfaatkan kepada separuh juga atau pun tetap kepada jumlah penuh.terima kasih

  236. Pn. Nurasalina, waalaikumussalam.

    Pengiraan BIK ada 2 kaedah:
    1) kaedah formula dan
    2) kaedah nilai ditetapkan.

    Untuk kereta.. kaedah 1 digunakan.. dimana pengurangan nilai 20% diberikan.. serta ditetakan tempoh hayat keeeta tersebut… formulanya asasnya:
    Nilai tahunan manafaat kereta
    = kos kereta / purata jangka hayat ditetapkan X 80%

    Manakala pengiraan petrol tersebut bergantung kepada kes / situasinya.

    Untuk mendapat jawapan yang tepat adalah lebih baik hubungi pegawai LHDN kerana mereka lebih arif. No talian LHDN 1800885436.
    Ataupun Pn bagi no HP, nanti saya minta pegawai LHDN hubungi Pn bagi menerangkan perkara tersebut dengan lebih tepat berdasarkan kes puan.

  237. Adakah perlu dicarum KWSP jika komisyen tidak termasuk dalam slip gaji?

  238. Nurhadirah,

    Sila kemukakan soalan di portal KWSP untuk dapat maklumat yang tepat dan terkini… DISINI (klik)

  239. Cikgu ,saya nk tanya caruman KWSP ini ada dlm sukatan pelajaran yg baru ke?

  240. salam cikgu,

    pekerja meminta syarikat untuk memotong gaji bagi bayaran zakat diri nya setiap bulan, maka pihak syarikat menolak daripada gaji pekerja dan membayar pada zakat negeri.. adakah pembayaran zakat ini dikira BELANJA syarikat? perlu diletakan dalam Expense P&L? sama juga seperti keadaan SOCSO dan KWSP bagi carumana pekerja adakah ini belanja syarikat?

    terima kasih cikgu.

  241. Aishah,

    Bayaran zakat tersebut daripada wang gaji pekerja.. syarikat hanya uruskan sahaja.. BUKAN BELANJA syarikat

  242. maaf saya nak bertanya, elaun pengurusan adakah dikira sebagai elaun tetap?

  243. Nuon.

    Ya

  244. siti aminah jamaluddin

    as salam cikgu
    1 saya nak tanya berkenaan Ot terkecuali dari caruman kwsp..manakala Ot termasuk dlm caruman perkeso..persolaan saya dlm slip gaji nnti..perlu buat pemgiraan bagaimana ye?

    2bagaimana nak buat pengiraan gaji pekeja yang masuk 15 hb ?.basic gaji rm 1200 kerja 6 hari sem8nggu. mengikut gaji minimum

    3dlm pemberian slip gaji dberi kepada pekerja selepas@ sebelum bayaran epf dan socso?

  245. NURSAFIRAH BINTI JAMRIN

    adakah pengarah yang tidak bekerja layak mendapat yuran pengarah dan gaji?

  246. Nursafirah,

    Gaji hanya kepada yang bekerja sahaja.
    Manakala yuran pengarah bergantung kepada dasar dan ketetapan syarikat itu sendiri.. nak bagi @ tidak.

  247. NURSAFIRAH BINTI JAMRIN

    Terima kasih cikgu jawapannya. Tapi cikgu saya mahu tanya lagi, jika begitu adakah perkara ni hanya akan menjadi masalah kepada ahli-ahli syarikat? atau perkara ni salah kepada pihak LHDN, PERKESO, ataupun KWSP?

  248. Nursafiqah,

    Dasar syarikat… syarikat yang tentukan.. dengan mengambilkira Akta, peraturan dan perkara2 yang berkaitan dengannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.