Rekod Tak Lengkap

1. Merujuk kepada amalan simpan kira yang tidak mengikut sistem catatan bergu.

2. Dikenali sebagai sistem catatan tunggal – urus niaga dicatat sekali sahaja.

3. Disebabkan oleh rekod-rekod akaun yang musnah akibat;
i. banjir,
ii. kebakaran,
iii. kecurian,
iv. catatan urus niaga yang tidak dibuat langsung.
v. dokumen sumber tidak disimpan.
vi. sistem catatan bergu tidak diamalkan.

4. Terdapat beberapa kelemahan ;
i. Imbangan Duga tidak dapat disediakan bagi menguji ketepatan catatan yang dibuat.
ii. Kesilapan sukar dikesan dan penipuan mudah berlaku.
iii. Untung atau rugi sukar ditafsir dengan tepat.
iv. Kedudukan kewangan sukar ditentukan – aset dan liabiliti tidak lengkap.
v.  Perbandingan prestasi perniagaan dengan tahun sebelumnya tidak dapat dibuat.

PENENTUAN PENDAPATAN ………………………………………………………………….

Ø Ditentukan dengan dua cara;
Kaedah Perbandingan
Kaedah Analisis

 

1. KAEDAH PERBANDINGAN

– Pendekatan Kunci Kira-Kira

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

MODAL = ASET – LIABILITI

ü Untung bersih = modal akhir – modal awal

ü Untung bersih = modal akhir + ambilan – modal tambahan – modal awal

ü Menyediakan penyata untung rugi

ü Menyediakan penyata mengira modal (modal awal dan modal akhir)

 

 

2. KAEDAH ANALISIS

– Penganalisisan semua urus niaga dalam tempoh masa yang berkenaan untuk mendapatkan butir yang tertinggal yang diperlukan dalam penyediaan Akaun Penamat. (Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci kira-kira)

MENGHITUNG JUALAN DAN BELIAN

v JUALAN

i. Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit

ii. Jualan tunai – dt Buku Tunai / penerimaan tunai

iii. Jualan kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Penghutang; atau

v BELIAN

i. Belian = Belian tunai + Belian kredit

ii. Belian tunai – kt Buku Tunai / pembayaran tunai

iii. Belian kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang; atau

ANALISIS BELANJA DAN HASIL

v Untuk mendapatkan maklumat ;

i. Pendapatan hasil

ii. Perbelanjaan hasil

iii. Perbelanjaan terakru dan terdahulu

iv. Perndapatan terakru dan terdahulu

v. Peruntukan susut nilai dan hutang ragu

v Penyediaan Akaun Perdagangan – untung kasar / rugi kasar

v Penyediaan Akaun Untung Rugi – untung bersih / rugi bersih

 

KUNCI KIRA-KIRA

– Disediakan dengan menyenaraikan aset dan liabiliti perniagaan.

– Disediakan dalam bentuk T atau penyata.

– Sekiranya baki akhir aset bukan semasa lebih rendah nilainya berbanding baki awal, dengan andaian tiada aset bukan semasa yang dijual dalam tempoh perakaunan, perbezaan nilai tersebut merupakan susut nilai aset bukan semasa berkenaan.

KUIZ : Rekod Tak Lengkap

Congratulations - you have completed KUIZ : Rekod Tak Lengkap. You scored %%SCORE%% out of %%TOTAL%%. Your performance has been rated as %%RATING%%
Your answers are highlighted below.
Question 1
Berikut adalah maklumat seorang peruncit yang tidak menyimpan rekod perakaunannya mengikut sistem catatan bergu bagi tahun berakhir 31 Ogos 2004

Jumlah Aset = RM 40 500

Modal 1 September 2003 = RM 25 000

Ambilan = RM 2 000

Jumlah Liabiliti = RM 3 500

Hitung untung atau rugi perniagaan di atas.
A
Untung Bersih RM 14 000
B
Untung Bersih RM 10 000
C
Rugi bersih RM 14 000
D
Rugi bersih RM 10 000
Question 2
Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Ameen:

Baki penghutang pada 1 Jan. 2004 = RM 5 970

Baki penghutang pada 31 Dis. 2004 = RM 4 250

Jualan tunai = RM 17 240

Jumlah bayaran oleh penghutang tahun 2004 = RM 31 730

Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan jualan kredit.
A
RM 21 510
B
RM 30 010
C
RM 33 450
D
RM 47 250
Question 3
Antara berikut, pilih rumus yang betul
A
Untung Bersih = Modal Awal – Modal Akhir + Ambilan
B
Untung Bersih = Modal Akhir – Modal Awal – Ambilan
C
Untung bersih = Modal Akhir – Modal Awal – Modal Tambahan
D
Untung Bersih = Modal Akhir – Modal Awal + Modal Tambahan
Question 4
Pernyataan berikut adalah benar berkaitan dengan rekod tak lengkap

I Sebarang kesilapan merekod mudah dikesan

II Biasanya diamalkan oleh peniaga kecil-kecilan

III Keuntungan perniagaan dapat ditaksir dengan tepat

IV Pengiraan untung bersih atau rugi dengan kaedah analisis

A
I dan II
B
I dan III
C
II dan IV
D
III dan IV
Question 5
Kaedah manakah digunakan untuk menghitung untung atau rugi bersih jika perniagaan tidak merekodkan urus niaganya dengan lengkap?
A
Pelarasan antara aset dengan liabiliti
B
Persamaan antara hasil dengan belanja
C
Perbandingan antara ekuiti pemilik dengan ambilan
D
Perbandingan antara modal awal dengan modal akhir
Question 6
Maklumat dibahaw diperoleh daripada Perniagaan Elit pada 31 Ogos 2006.

Modal awal = RM50 000

Modal tambahan = RM10 000

Ambilan = RM2 500

Untung bersih = RM18 750

Jualan = RM12 500

Belian = RM6 900

Hitungkan modal akhir.
A
RM81 250
B
RM76 250
C
RM56 250
D
RM38 750
Question 7
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Ahmad CB.

1 Januari 2011 : Aset = RM85 000, Liabiliti = RM25 000

31 Disember 2011 : Aset = RM100 000, Liabiliti = RM35 000

Berapakah untung atau rugi perniagaan tersebut?
A
Untung RM5 000
B
Rugi RM5 000
C
Untung RM25 000
D
Rugi RM25 000
Question 8
Apakah punca yang menyebabkan rekod perniagaan dianggap tidak lengkap?

I) Kemusnahan buku-buku akaun perniagaan

II) Sumber rujukan hanya melalui buku tunai sahaja

III) Merekod urus niaga mengikut sistem catatan bergu

IV) Kesilapan catatan bergu semasa penyediaan akaun

A
I dan II
B
I dan IV
C
II dan III
D
III dan IV
Question 9
Apakah rumus yang betul untuk menghitung untung bersih?
A
Untung bersih = Modal awal – Modal akhir + Ambilan
B
Untung bersih = Modal akhir – Modal awal – Ambilan
C
Untung bersih = Modal akhir – Modal awal + Modal tambahan
D
Untung bersih = Modal akhir – Modal awal - Modal tambahan
Once you are finished, click the button below. Any items you have not completed will be marked incorrect. Get Results
There are 9 questions to complete.
List
Return
Shaded items are complete.
12345
6789End
Return

  1. TIP SPM !

    Pelajar harus memberi penekanan terhadap :

    1. Penentuan untung/rugi melalui kaedah perbandingan.
    2. Penyediaan Akaun Penamat melalui kaedah analisis.

  2. SUSAH BANGET………………!

  3. Gyma,

    Kuasai kaedah perbandingan terlebih dahulu, kemudaian baru kaedah analisis.

    ~ Nak 1000 Daya, Tak Nak 1000 Dalih ~

  4. nk contoh kunci kira-kira untuk rekod tak lengkap boleh x??
    b0leh terangkan sikit x pasal bab ni??

  5. Aishah,

    Format KKK sama saja, sama ada bentuk penyata atau “T”. Topik ini boleh dikemukakan soalan menggunakan kaedah perbandingan atau kaedah analisis.

    Kaedah Perbandingan, biasanya dikehendaki menyediakan :
    1. Penyata hitung modal awal
    2. Penyata hitung modal akhir
    3. Penyata mengira Untung Rugi
    4. Kunci kira-kira

    Kaedah Analisis, biasanya dikehendaki menyediakan :
    1. Akaun kawalan Penghutang / Pemiutang
    2. Penyata Pendapatan
    3. Kunci Kira-kira

    Itu saja serba sedikit tentang topik ini.

  6. cg, mcmn nk tahu bila guna kaedah perbandingan atau analisis?

  7. Teh,

    Sila rujuk komen Cg di atas.

  8. bgmn nk mahir dlm mbuat rekod tk lengkap?

  9. saye cube buat lthn tp byk yg sy lupe slps itu.

  10. cikgu, ada tak soalan LCCI untuk rekod tak lengkap? Cikgu, saya ada satu soalan untuk tanya cikgu. Bolehkah saya scan soalan tersebut dan e-mail kepada cikgu? Apakah e-mail cikgu?

  11. Ecah dan Aisyah,

    Untuk mahir dan ingat, kita kena dapat kenal pasti / tahu menghitung beberapa perkara, antaranya :

    1. Kaedah Perbandingan :
    – Modal awal
    – Modal akhir – dengan mengambil kira pelarasan yang diberi.
    – Modal tambahan
    – Ambilan
    – Menyediakan Penyata Untung Rugi & KKK

    2. Kaedah Analisis :
    – Jualan & Belian kredit
    – Susut nilai
    – Belanja / Hasil
    – PHR
    – Bank
    – Menyediakan Penyata Pendapatan & KKK

    Bucth,

    Soalan2 RTL kaedah analisis boleh didapati daripada Koleksi Trial 2009. Email Cg : narzuki@gmail.com

  12. salam cg,
    36 Apakah kelemahan yang terdapat dalam buku perakaunan peniaga yang mengamalkan
    rekod tak lengkap?

    I Modal tambahan tidak dapat di bawa masuk
    II Pengiraan untung tidak dapat dilakukan
    III Penipuan tidak dapat dikawal
    IV Kesilapan tidak mudah dikesan

    A I dan II
    B I dan IV
    C II dan III
    D III dan IV

    adakah jwp bg soalan ini ialah D?

  13. salam cg,
    sini ada 1 soalan..
    soalan ini ialah trial melaka soalan 2..
    kenapa pul jualan tidak masuk dlm ak kawalan?
    masa sy belajar ak kawalan ia dimasukkan..
    adakah sampai rekod x lengkap, cara nk buat ialah beza?

  14. Teh,

    Cg setuju dengan jawapannya anda iaitu D.

    Bukannya berbeza, cuma kena faham betul2 maksud soalan dan maklumat yang diberikan. Akaun Kawalan Penghutang dalam soalan tersebut disediakan bagi mendapatkan JUALAN KREDIT berdasarkan maklumat yang sedia ada. Manakala “Pulangan Jualan RM210 terlupa catat dalam buku” merupakan maklumat PELARASAN terhadap baki akhir Penghutang.

    Jadi pada pandangan Cg, ada 2 pendekatan yang boleh digunakan (jawapan tetap sama), iaitu :

    1. Sebagaimana Skema Melaka. sediakan Ak Kawalan Penghutang (tanpa mengambil kira pelarasan PJ terlebih dahulu) untuk dapatkan Jualam Kredit. Kemudian baru lakukan pelarasan terhadap baki Penghutang Akhir untuk dimasukkan dalam KKK.

    2. Lakukan pelarasan PJ terlebih dahulu terhadap Baki Akhir Penghutang (3955-210) = 3745. Kemudian sediakan Ak Kawalan Penghutang dengan mengambilkira/ memasukkan Pulangan Jualan 210 dan baki akhir penghutang sebagai RM3745.

    Di mana kedua2 pendekatan tersebut akan memberikan Jumlah Jualan Kredit yang sama iaitu RM7955.

  15. terima kasih cg.
    sekarang sy dah faham..
    jasa cg amat sy hargai..

  16. salam cg,
    soalan ini juga kaitan dgn soalan 2 negeri melaka..
    guru sekolah sy kata angkutan masuk x perlu letak dlm penyata pdptan.. tapi sy rasa nk masukkan..
    sebenarnya perlu masukkan tak?

  17. cikgu saya sedikit masalah nak tanya , jika maklumat tambahan beri jualan tunai Rm30000 dibankan setelah mengamibil kira pembayaran berikut:
    ambilan Rm9450
    sewa RM 800

    perlukah saya guna jualan tunai tolak ambilan dan sewa baru tambah dengan jualan kredit untuk mendapat jumlah jualan?

    dan and sewa ini perlu buat pelarasan semula jika ada butir sewa dalam akuan lain? Ambilan Rm9450 perlu diwujudkan dalam kkk jika tidak ada butir ambilan di akaun bank atau akaun lain?

    dan cikgu,bolehkah saya tulis kontra dalam akaun kawalan pemiutang atau penghutang?

  18. Teh,

    Anghkutan Masuk merupakan Kos Belian iaitu belanja yang dilibatkan semasa pembelian barang niaga. Jadi Cg juga berpendapat ianya perlu dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Soh,

    Boleh nyatakan soalan tersebut daripada mana yang ? supaya penerangan Cg lebih mudah dan tepat.

    Dalam Ak kawalan penggunaan KONTRA adalah dibenarkan, kerana dalam buku teks juga ada menggunakannya.

  19. itu cuma cikgu saya bagi, ataupun saya send kepada cigku ok?

  20. Ok, sila hantarkan kepada Cg soalan tersebut, kemudian baru kita bincangkannya.

  21. Soh,

    Jumlah Jualan = Jualan Tunai + Jualan Kredit

    Jualan Kredit – boleh diperolehi daripada Ak Kawalan Penghutang. Iaitu RM86440.

    Jumlah Jualan Tunai – boleh diperolehi daripada maklumat yang telah diberikan. Iaitu RM15480 + 9450 +800 = RM25820

    Jumlah jualan tunai = wang jualan yg dibankkan + wang jualan yg telah diambil + wang jualan yg digunakan untuk bayar sewa.

    Oleh itu, JUMLAH JUALAN = RM86440 + RM25820 = RM112260.

    Manakala, SEWA perlu dibuat pelarasan jika diberikan baki awal dan baki akhir samada sewa terdahulu / sewa terakru bagi memperolehi SEWA bagi tahun tersebut untuk dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Jalan Kerja boleh dilakukan secara pengiraan ataupun dengan membuka Akaun Sewa.

    Akaun AMBILAN perlu dibuka kerana masih akaun tersebut belum ada lagi dan perlu dimasukkan dalam KKK.

  22. terima kasih cikgu kerana menyelesaikan soalan saya.

  23. erm ada sedikit masalah lagi,cikgu ,pindahan baki lejar ke lejar jualan ialah kontra-kan?

    dt akaun kawalan pemiutang
    kt akaun kawalan penghutang

    betul?

    dan cikgu adakah tempat kontra pada ak kawalan ialah tetap untuk semua soalan ? iaitu dt ak kawalan pemiutan kt ak kawalan penghutang.

  24. Soh,

    Petua untuk mudah ingat ialah, mesti dicatat di sebelah yang MENGURANGKAN dan ianya TETAP. Iaitu :

    1. Ak Kawalan Penghutang (ASET) – disebelah KREDIT

    2. Ak Kawalan Pemiutang (LIABILITI) – disebelah DEBIT

  25. cikgu bermaksud asalkan soalan beritahu tentang kontra , cuma ada satu cara sahaja?terima kasih petua cikgu yang MENGURANGKAN,lebih mudah diingati banding dengan TETAP.

  26. Ya, disebelah yang MENGURANGKAN.

  27. cikgu hutang lapuk dihapuskira perlu buat apa?(soalan sama)

  28. adakah saya cuma perlu tambah penghutang dengan jumlah hutang lapuk yang dihapuskira?

  29. Hutang lapuk akan mengurangkan jumlah Penghutang, maka catat di sebelah KREDIT.

  30. cikgu yang saya tanya ialah hutang lapuk dihapuskira bukan diwujudkan,bukankah tambah dengan penghutang?

  31. Soh,

    Hutang lapuk dihapuskira maksudnya sejumlah hutang yang tidak dapat dikutip akan dihapuskira sebagai Hutang Lapuk (= saja maksudnya). Ianya TIDAK SAMA dengan Hutang Lapuk Terpulih. Di mana HLT tidak dicatat dalam Ak Penghutang / Ak Kawalan Penghutang.

  32. oh terima kasih atas penjelasan cikgu.

  33. cikgu boleh tolong saya selesai soalan yg saya tanya dulu?saya tidak dapat mengimbangkan akaun.

    https://www.mediafire.com/imageview.php?quickkey=eqydimry5jx&thumb=4#

  34. Soh,

    Soalan tersebut adalah salah satu soalan dalam Contoh Anchor Item 2009-2010. Sila muat turun Contoh Jawapan Anchor Item dalam post Cg di https://cgnarzuki.com/?p=491

  35. Soh,

    Angkutan Masuk dalam Buku Tunai bermaksud kita TELAH bayar belanja Angkutan Masuk, ianya TIDAK melibatkan Pemiutang.

    KECUALI dinyatakan dalam Maklumat Tambahan bahawa “Angkutan Masuk dikenakan oleh pemiutang”, ini bermaksud kita telah terhutang dengan pemiutang kerana angkutan masuk – Barulah dimasukkan dalam Ak Kawalan Pemiutang. Iaitu MENAMBAHKAN HUTANG disebelah Kredit.

  36. cikgu angkutan masuk perlu dimasukan dalam ak kawalan pemiutang?(soalan trial melaka)

  37. oh rupanya begitu, terima kasih cikgu.

  38. cikgu, contoh.. kenderaan (kos) RM 15000
    Peruntukan Susut Nilai kenderaan RM 1350

    maklumat tambahan:
    kenderaan disusutnilai 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.

    peruntukan susut nilai dia sy dah kira..dan sy dapat RM1350..
    sy cuma nak tanya, kalau dia suruh buat penyata mengira modal, di bahagian aset..kenderaan tersebut sy kena tolak dengan peruntukan susut nilai kenderaan ka cikgu….

  39. Amin,

    SN = 10% X (15000 – 1350) = RM1365
    Maka, PSN = 1350 + 1365 = RM2715

    Dalam penyata mengira modal AWAL atau AKHIR,
    Kenderaan XXX
    (-) PSN …….XXX

    Sekiranya mengira Modal Awal gunakan 15000 – 1350
    manakala mengira Modal Akhir gunakan 15000 – 2715

  40. assalamualaikum..

    cikgu, kalau dalam kunci kirakira…dekat aset semasa.
    tuh..kena masukkan..yang berkaitan dengan terdahulu..

    dan kalau di liabiliti semasa , kita kena msukkan yang ber kaitan dengan terakru.., ttapi knapa..kadang 2 kalau terdahulu..tak masuk pun kat aset semasa..dan sebaliknya.,

    ??????

  41. Zamir,

    Dalam menentukan ianya ASET SEMASA atau LIABILITI SEMASA, kita kena tahu adalah ianya berkaitan dengan HASIL atau BELANJA.

    HASIL Terdahulu ……….. Liabiliti Semasa
    HASIL Terakru ………….. Aset Semasa

    BELANJA Terdahulu ……. Aset Semasa
    BELANJA Terakru ……….. Liabiliti Semasa

  42. satu lagi cikgu..kalau ada hutang lapuk…kt soalan yang diberikan….kenapa penghutang mesti ditolak dahulu dengan hutang lapuk..dan kalau kat pnyata pndapatan..bahagian belanja….hutang lapuk kena masukkan tak???

    ada lagi cikgu…kalau di soalan ada diberikan …perabot…baki awal dan baki akhir….teta pi di maklumat tambahan …tiada maklumat yang berkaitan,,,,berkenaan dengan susut nilai perabot……persoalannya dsini…terdapat susut nilai perabotkah disini…kalau ada bagaimana hendak mencarinya?????sesetengah soalan juga ada meletakkan kedua-dua baki dengan nilai yang sama????

    bagi setiap akaun yang dibuka di dalam soalan rekod tak lengkap….adakah terdapat markah disitu??

    doakan kjayaan sya…cikgu….terima kasih….sekarang ni saya sedang berusaha. untuk mendapat cemerlang dalam akaun insyaallah….

  43. Zamir,

    HUTANG LAPUK merupakan sejumlah hutang (Penghutang) yang tidak dapat kutip balik. maka akan mengurangkan jumlah PENGHUTANG. Dan ianya merupakan BELANJA, jadi semestinya dimasukkan dalam Penyata Pendapatan.

    Dalam mengira SUSUT NILAI jika diberikan :
    1. Baki Awal, Baki Akhir dan dalam Buku Tunai (beli aset)
    SN = Baki Awal + BT (beli aset) – Baki Akhir

    2. Baki Awal dan Baki Akhir
    SN = Baki Awal – Baki Akhir
    Jika Baki awal = Baki Akhir, maka TIADA SUSUT NILAI.

    Setiap maklumat tambahan yang memerlukan pengiraan/pelarasan terlebih dahulu akan diberikan markah, manakala JALAN KERJA hendaklah yang ditunjukkan.

    Cg doakan semoga Zamir akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti, InsyaAllah.

  44. cikgu jalan kerja perlu hantar bersama buku jawapan?seperti mengira modal awal atau bank.

  45. Ya, semua jalan kerja / pengiraan hendaklah ditunjukkan dan dihantar bersama-sama kertas jawapan anda. Pastikan setiap helaian kertas jawapan dan jalan kerja ditulis NO. SOALAN.

  46. assalamualaikum…….
    blh tak cikgu ajar saya macam mana nak selesai kan imbangan duga? tolong emelkan kpd saya ek 😀
    External23@yahoo.com.my :terima kasih…

  47. Maaf, Cg pun tak tahu macam mana nak selesaikan Imbangan Duga. Apa yang hendak diselesaikan ?

  48. salam cg,
    kalau soalan suruh buat penyata mengira modal akhir dan bahagian maklumat tambahan ada belanja terdahulu/terakru dan hasil terdahulu/terakru.. adakah perlu masuk ke dlm penyata mengira modal akhir?

  49. Modal akhir = Aset akhir – Liabiliti akhir.

    Oleh kerana pelarasan dilakukan terhadap baki2 akhir, maka lakukan pelarasan terlebih dahulu terhadap akaun2 yang terlibat, kemudian baru disediakan Penyata mengira modal akhir.

  50. cg,
    maksud cg ialah kalau maklumat ada sewa terdahulu, jadi sy perlu masukkannya sebagai aset akhir?

  51. Sekiranya ianya wujud sebagai baki akhir, samada sebagai aset semasa atau liabiliti semasa, maka perlulah diambilkira dalam pengiraan modal akhir.

  52. rekod tak lengkap xmasuk lah….rugi2… susah lah soalan… .spm 2009

  53. Itulah sebabnya Cg tidak spot soalan, adalah lebih baik kita ulangkaji dan kuasai semua topik.

  54. apakah kesan rekod tak lengkap atas penyata kewangan?

  55. Antara kesan daripada Rekod Tak Lengkap, ialah :

    1. Imbangan Duga tidak dapat disediakan bagi menguji ketepatan catatan yang dibuat.
    2. Kesilapan sukar dikesan dan penipuan mudah berlaku.
    3. Untung atau rugi sukar ditafsir dengan tepat.
    4. Kedudukan kewangan sukar ditentukan – aset dan liabiliti tidak lengkap.
    5. Perbandingan prestasi perniagaan dengan tahun sebelumnya tidak dapat dibuat.

  56. assalamualaikum…
    saya confused time wat kaedah analisis, macam mane nak kira baki bank yang nak dicatat dalam kkk and one more thing.. susah sangat nak dapatkan amaun belian yang betul kalau die ade bagi tunai yang diterima tapi rak dibankkan tu..

  57. macam mana nak kira baki akaun bank????????/

  58. Waalaikumussalam,
    Kaedah analisis, pelajar kena teliti dengan maklumat yang diberikan,…. Apa yang diberi ? … Apa yang boleh dicari .. dan Apa yang dikehendaki oleh soalan.

    Baki Bank boleh diperolehi dengan menyediakan AKAUN BANK, imbang dan tutup akaun tersebut untuk dapat baki akhirnya untuk dimasukkan dalam KKK.

    Dalam mencari JUMLAH BELIAN, pelajar kena pastikan dalam soalan ada tak – Belian TUNAI dan Belian KREDIT. Belian kredit wujud sekiranya terdapatnya Akaun PEMIUTANG,

  59. salam cikgu,ni soalan rekod tidak lengkap..diskaun belum diterima dengan gaji terakru masuk dalam dalam ape?

  60. Diskaun belum terima …. Aset Semasa
    Gaji Terakru ………………. Liabiliti Semasa

    Maklumat tersebut bersama baki2 akhir aset dan liabilti boleh digunakan untuk mencari MODAL AKHIR dan juga menyediakan KKK.

  61. assalamualaikum..
    cg,saya tengah menyediakan kunci kira kira,tp xbrape pham sgt,cuma berpandukan contoh2..
    saya buat kunci kira kira bagi 3 tahun..
    soalan sye:-
    1)bagaimana crenya utk mndapatkn peruntukkan susut nilai/susut nilai terkumpul pada bah (aset/tanggungan semasa) untuk aset kelengkapan syarikat.

    2)bagaimanakah mendptkn jumlah wang ditgn atau bank pada bah (aset semasa)

  62. salam cikgu , kalau kat maklumat tambahan ada ambilan rm300 , tak perlu ker tolak kat tunai ? terus hitung kat penyata mengira modal ?

  63. Ya, bagi topik rekod tak lengkap akaun TUNAI, BANK dan STOK tidak akan melibatkan perubahan kerana nilai2 yang diperolehi adalah nilai baki akhir yang dikira secara fizikal. Maka segala ambilan dan sebagainya yang berlaku sebelumnya telahpun diambilkira.

  64. jika ada modal tambahan yang melibatkan kelengkapan , akaun kelengkapan akan bertambah dan akan menjadi modal tambahan dalam penyata mengira untung dan rugi ?

  65. Ya ianya dikelaskan sebagai modal tambahan, ianya perlu ditambah atau tidak bergantung kepada maklumat yang diberikan sama ada ianya telah diambil kira atau masih belum diambil kira.

  66. salam cikgu , saya masih keliru tentang ambilan tunai dan modal tambahan kelengkapan . jika ambilan tunai , debit ambilan kredit tunai , tetapi kenapa tunai tidak ditolak ? lagi satu modal tambahan kelengkapan pula debit kelengkapan kredit modal . kenapa pula perabot perlu ditambah kan tetapi tunai tidak ditolak ?

  67. REKOD TIDAK LENGKAP… maksudnya sistem rekod perakaunannya sudah tidak lengkap atau tidak mengikuti sistem catatan bergu biasa. Soalan ini merujuk kepada KAEDAH PERBANDINGAN, di mana rekod perakaunan agak teruk, dimana tiada sebarang rekod akaun, jadi macam mana nak catat debit dan kredit, kerana akaunnya sendiri tidak wujud. Apa yang boleh dibuat oleh perniagaan hanya mengira secara fizikal terutamanya wang tunai ditangan, wang di bank dan stok dan aset2 lain yang ada dalam kedai. Manakala maklumat2 lain yang boleh diingati seperti MODAL TAMBAHAN yang dibawa masuk serta AMBILAN2 yang telah dibuat. Maklumat tentang perabot perlu diTAMBAH atau TIDAK adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan, sama ada ianta telah diambil kira / belum semasa menilai aset perabot tersebut.

  68. Cikgu,

    Bagaimana kita dapat mengenal pasti sama ada maklumat tambahan berkenaan dengan modal tambaha telah atau pun belum diambil kira pada akhir tempoh perakaunan.

    Sebagai contoh, soalan SPM 2008, menyatakan ‘membeli kelengkapan dengan wang sendiri’. Soalan tidak menyatakan sama ada maklumat tersebut telah atau belum diambil kira, tetapi skema jawapan menunjukkan yang kelengkapan ditambah dengan RM 980 dalam pengiraan modal akhir. Ini bermakna soalan tersebut menganggap ianya belum diambil kira pada hujung tahun.

    Soalan 2008 berbeza dengan soalan tahun-tahun sebelumnya yang tidak mengelirukan.

    Soalan 1994 – Alatan pejabat RM 300 yang dibawa masuk sebagai modal tambahan tidak ditambah pada hujung tahun Soalan in clear kerana ianya perniagaan baru dan pada awal tahun tiada alatan pejabat

    Soalan 2001 – Soalan dengan jelasnya menyatakan yang sebahagian daripada nilai perabot pada akhir tahun adalah perabot yang dibeli oleh pemilik perniagaan dengan wang peribadinya berjumlah RM3 200. – OK

    Soalan 2002 – Soalan clear kerana nilai akhir tahun tidak dinyatakan dan perlu ditambah dengan maklumat yang diberikan, – OK

    Harap penerangan cikgu dapat membantu saya

    Sekian

  69. Soalan tahun2 sebelum dinyatakan dengan jelas, kerana apa yang diuji lebih kepada kemahiran merekod. Manakala format baru (mulai SPM 2008) telah dimasukkan unsur2 kemahiran berfikir dalam soalan.

    Merujuk Soalan 5 SPM2008, “Lengkapan RM900 dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan wang peribadi Puan Haryani.” Manakala mengikut rekod perniagaannya pada 31 Mac 2007 nilai Lekapan dan Lengkapan ialah RM8900.
    Maklumat tambahan yang diberikan merupakan suatu PENEMUAN BARU yang belum diambil kira dalam baki sebelumnya, kecuali dinyatakan telah diambil kira. Maka Lekapan dan Lengkapan perlu di TAMBAH iaitu RM8900+RM900=RM9800 sebagai nilai akhirnya.

  70. Cg,
    Bolehkah saya membuat kesimpulan bahawa maklumat tambahan berkenaan modal tambahan (aset bukan semasa) perlu ditambah dengan baki yang dinyatakan dlm soalan kecuali nyatakan telah diambil kira.

  71. Berdasarkan kes tersebut, saya setuju dengan kesimpulan yang dibuat.

  72. kalau soalan,…..lekapan dibeli untuk kegunaan pejabat dengan harga RM100 dengan menggunakan wang peribadi/simpanan…..adakah lekapan tersebut perlu ditambah dekat baki akhir lekapan ?

  73. Kena rujuk kepada soalan, sama ada baki akhir tersebut telah mengambil kira lekapan yang dibeli tersebut ataupun belum. Sekiranya masih belum, maka perlu ditambah. Tetapi jika sudah diambil kira, maka tidak perlu ditambah lagi.

  74. cva:u mmdhkan lg….ape yg bru prlu d+..cthnye br dbli…kalo x prlu d+ cnth nye,bnde yg dh dguna pkai….k
    cg:maaf,,,sy br trbaca ptkan diatas….tp ade 1 soklan…adakah kalo mggunakan wng pribadi d+??

  75. ~ Maaf : Tulisan sedemikian tidak akan dilayan, sila guna tulisan lengkap, bagi memudahkan rakan2 pelajar lain yang memahaminya apa yang dibincangkan ~

  76. Cikgu,
    dalam soalan rekod tak lengkap, jika kaedah penilaian semula digunakan untuk susutnilai. katakan baki lengkapan awal 1000 dan baki akhir 800. Sepatutnya kita masukkan RM800 nilai bersih dalam Kunci kira-kira. Adakah salah jika saya tunjukkan langkapan RM1000 tolak peruntukkan susut nilai RM200 dalam aset bukan semasa kunci kira-kira?

  77. Dari segi prinsipnya tidak salah, tetapi dari segi praktikalnya perkara tersebut tidak berlaku kerana bila rekod perakaunan tidak lengkap, maka banyak akaun2 yang tidak dibuka. Dalam kes ini perniagaan hanya merekod baki lengkapan awal RM1000 (berdasarkan rekod semasa dibeli), manakala baki akhir RM800 (berdasarkan penilaian semula terhadap aset tersebut)… Di mana tidak WUJUDpun akaun PSN, sedangkan asas penyediaan KKK adalah berdasarkan baki2 akaun. KKK disediakan bagi melaporkan kedudukan kewangan perniagaan : iaitu Aset, Liabiliti dan Ekuiti. Dan Lengkapan RM800 tersebut sudah mengambarkan nilai buku bagi tujuan penyediaan KKK.

  78. cikgu,
    kalau dalam pepriksaan, fatin tunjukkan KKK tolak peruntukan susut nilai, adakah markah akan di tolak bagi penilaian semula ini?

  79. Pada pandangan Cg, Tidak akan ditolak markah.

  80. terima kasih cikgu

  81. cikgu,
    jika soalan minta sediakan penyata jualan kredit. Bolehkah kita sediakan akaun kawalan penghutang?
    terima kasih

  82. Fatin,

    Pada pandangan Cg, bagi soalan tersebut boleh diterima jawapan dalam bentu Ak Kawalan Penghutang. Cuma sebaik-baiknya IKUT arahan soalan.

  83. salam cikgu . kalau soalan kata beliau telah ambil barang niaga 1200 , tunai 600 untuk kegunaan sendiri .. stok tak payah tolak ker ?

  84. Sky123,

    Bagi topik ini, TUNAI, BANK dan STOK tidak perlu diselaraskan lagi, kerana ianya dikira secara FIZIKAL berdasarkan apa yang ada dalam kedai pada masa itu. Maksudnya semua urus niaga yang berlaku sebelum ini telahpun diambil kira. KECUALI soalan menyatakan bahawa ianya masih belum diambilkira lagi.

  85. cgu, kdg2 sy dapati cara nak buat akaun kawalan adalah berbeza mengikut soalan.. ada sesetengah soalan yg tidak memasukkan pulangan jualan dlam akaun kawalan.. boleh saya tahu mengapa perkara sedemikian boleh berlaku?

  86. Bgail,
    Kena lihat pada soalan tersebut, apa penyataaan yang dikemukakan ataupun maksud maklumat tambahan yang diberikan..

  87. salam.

    (cg, merujuk trial ’10- N9 ,soalan no.2)

    kenapa jawapan dia:

    Belanja kedai (31 220 – 415 + 452)

    sy tak faham

  88. Lamka,

    Belanja Kedai Terakru = belanja kedai yang masih belum dibayar.
    Belanja Kedai RM31220 = pembayaran yang dibuat pada tempoh semasa. Jika awal tahun masih ada belanja kedai terakru (belum bayar) RM415, maka pembayaran RM31220 sudah tentu digunakan untuk menjelaskan RM415 yang belum bayar (hutang lama). Oleh itu (31220 – 415) RM30,805 adalah jumlah Belanja Kedai yang dibayar untuk tempoh tersebut. Walau bagaimnapun pada akhir tahun masih ada belanja kedai yang masih belum bayar (terakru) sebanyak RM452.

    Berapakan jumlah BELANJA KEDAI sepatutnya dikeluarkan pada tempoh tersebut ? Sudah bayar RM30,805 dan belum bayar RM452, maka sudah tentu (30805 + 452) RM31257.

    Oleh itu secara ringkasnya, Belanja Kedai = 31220 – 415 + 452 = RM31257.

  89. pastu cg, kan
    jumlah belian= belian tunai + belian kredit.

    tp klo dlm maklumat tmbhan bg ambilan perlu tolak x??
    klo ikut skema N9 die tolak ambilan.

  90. satu lg,
    peruntukan HR-250
    penghutang- 5900

    klo semasa buat penyata mengira modal awal
    perlu ke penghutang-PHR dulu???

  91. Lamka,

    1. Itu bermaksud ambilan barang niaga tersebut masih BELUM direkod dalam mana2 buku, maka pelarasannya Dt Ambilan Kt Belian. Oleh itu, BELIAN kena tolak ambilan barang niaga RM304.

    2. Pengiraan Modal Awal, iaitu Aset Awal – Liabiliti Awal. Oleh kerana PHR awal sudah ada, maka Penghutang (awal) – PHR (awal).

  92. menurut komen cg kt atas,

    “Cuma sebaik-baiknya IKUT arahan soalan.”

    tp klo die mintak ak. kawalan sy jwb dlm penyata x pe ke?
    sbb cg ckp bentuk pnyata lg better.

  93. Lamka,

    AKAUN KAWALAN adalah LEJAR jadi dalam bentuk “T”. Ada tak … AKAUN dalam bentuk penyata ? Kecuali soalan minta MENGHITUNG jualan kredit, baru boleh sediakan pengiraan dalam bentuk penyata ataupun bentuk akaun.

    Tetapi kalau laporan akhir seperti Penyata Kewangan adalah digalakkan dalam bentuk penyata. Walau bagaimanapun tidak salah jawab dalam bentuk “T”.

  94. mmg wajib ke x leh gune liquid

  95. kalau dlm soalan 2 tahun 2009 die suroh wat dlm bentuk t….boleh ke kite wat dlm penyata
    ..x tolak mrkh ke??

  96. Kiki78,

    Digalakkan jawab dalam bentuk PENYATA, tiada penolakan markah untuk format. Format hanya cara pelaporan sahaja, penilaian sekarang lebih kepada penguasaan KEMAHIRAN PERAKAUNAN itu sendiri.

    Penggunaan liquid paper adalah TIDAK digalakkan.

  97. salam cg. berbalik kpd solan yg bekaitan dgn ambilan,

    jd klo ambilan diberi dlm maklumat tambahan,
    consider dia x tolak lg lah ni??

  98. Lamka,

    Pada kebiasaannya, maklumat tambahan yang diberikan memerlukan pelajar melakukan pelarasan.

  99. ooo. terima kasih cg

  100. salam.

    tempoh perakaunan: (1 jan 09-31 dis 09)
    buku tunai:
    (kt) insurans-1440

    maklumat tambahan:
    insurans dibayar utk tempoh setahun bermula 1 mac 2009.

    saya kurang jelas ttg perkara ini. boleh cg tlg terang kan?

  101. Insurans : 1 mac 2009 – 28 feb 2010 (1 tahun)
    Insurans terdahulu (1 jan – 28 feb) = 2/12 X 1440 = 240 …. ASET SEMASA
    Makan, Insurans = 1440 – 240 = 1200 …….. BELANJA

  102. salam . menurut post cg #22 , kenapa hasil jualan tunai perlu ditambahkan dgn ambilan dan sewa ? sy guna soalan anchor cikgu .

  103. Baca dan fahami maklumat yang diberikan dengan teliti. BUKAN tambah dengan AMBILAN dan SEWA tetapi tambah HASIL JUALAN yang telah digunakan untuk ambilan dan bayar sewa yang belum diambilkira lagi. Maka untuk mendapat JUMLAH HASIL JUALAN perlulah mengambilkira perkara tersebut.

    Jumlah jualan tunai = wang jualan yg dibankkan + wang jualan yg telah diambil + wang jualan yg digunakan untuk bayar sewa.

  104. cg , sya masih tak faham . ambilan dan sewa yang belum di ambil kira ?

  105. Petikan soalan :
    Baki hasil jualan tunai RM15 480 dibankan setelah mengambilkira pembayaran berikut:
    Ambilan…9 540
    Sewa…….800

    JUMLAH HASIL JUALAN TUNAI – AMBILAN – SEWA = BAKINYA 15 480 dibankkan.
    Berapakah Jumlah Jualan Tunai ?

  106. cikgu, adakah mklumat xlgkap sepeti pngiraan utk modal atau utk brsih perlu ditunjukkn wlpun xdiminta dlm soalan?

    sy kurang jelas dgn soaln b’kenaan rekod xlgkap, boleh ckgu terangkn bbrp cth soalan n cara pnyelesaiannya srta tips utk faham khndak ssuatu soalan?

  107. Semua pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam dalam mana2 topik sekalipun…. walaupun tidak diminta.

    Cara penyelesaiannya bergantung kepada maklumat yang diberikan.. topik ini memerlukan kefahaman dan kemahiran pelarasan, tidak boleh hanya hafal formula sahaja. Contoh soalan dan jawapannya boleh rujuk kepada soalan2 trial 2010 yang telah berjaya Cg kumpulkan dan sedia untuk dimuat turun.

  108. cg…
    bley tnjkkan jln kre2 mengira penyata modal utk rekod x lngkp

  109. Penyata Mengira modal
    ASET
    (-) LIABILITI
    =MODAL

  110. cikgu adakah rekod tak lengkap merupakan seperti sistem catatan bergu.

  111. RTL maksudnya sistem rekod perakaunannya tidak lengkap ataupun tidak mematuhi sistem catatan bergu.

  112. cikgu dalam kunci kira-kira dalam maklumat tambahan terdapat soalan ini.

    penghutang memulangkan barang niaga bernilai RM 90.barang tersebut telah dijual pada harga kos + 50% tokokan.

    cikgu bagaimana dengan urus niaga ini.

  113. cikgu adakah rekod tak lengkap bergabung dengan
    – kelab dan persatuan
    -perkongsian
    – pelarasan

  114. Soalan tersebut adalah soalan persamaan perakaunan, bukan soalan topik RTL.

    Dan RTL tidak bergabung dengan topik2 lain. Cuma cara penyelesaian pelarasannya hampir sama antara topik2 tersebut.

  115. cikgu, soalan itu berangkai dan jawapan utk soalan a)i) sudah salah, adakah ia b’mksud smua jwpn utk soalan ksluruhnnya slh??
    bgmn cara pgiraan mrkh?
    adakah jwpn akhir yg betul diberi mrkh?

  116. Bagi soalan yang berangkai… jika salah di (a), maka di (b) mungkin akan dapat markah pada jalan kerja / markah untuk ANGKA SENDIRI.

  117. ckgu…ape makne ‘pindahan dari lejar jualan ke lejar belian’ ataupun ‘pindahan dari lejar belian ke jualan’…dan catatannya sama ke??

  118. Itu maksudnya catatan KONTRA antara Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang. Di mana catatannya :
    Dt: Ak Kawalan Pemiutang
    Kt: Ak Kawalan Penghutang

    Tak kira pindah dari mana ke mana, catatannya SAMA sahaja.

  119. cikgu, sya tak dapat jawapan yang betul soalan bukuteks pahang,tingkatan 5 muka surat 185, soalan ke13,
    sya tak tahu saya salah di mana, saya dapat belian 12924,
    jualan 19244,
    untung kasar, 5905,
    dan untung bersih 1144, jawapan untung bersih saya tak sama dengan buku teks, cikgu boleh tolong sya check saya salah di mana tak?? jualan?? belian??
    terima kasih cikgu..

  120. Maaf, buku teks tersebut tidak sama dengan buku teks yang Cg gunakan.
    Cuba cari BEZA jawapan anda dengan jawapan dalam buku tersebut. Kemudian semak NILAI BEZA tersebut dalam mana2 urus niaga.. mungkin anda telah lakukan kesilapan.

  121. salam , merujuk soalan anchor cikgu no 5 , tunai di bank di penerimaan dan pembayaran tersebut adalah apa ? dan tunai di bank itu tak perlu letak di kkk ke ?

  122. Penerimaan dan Pembayaran tu merujuk kepada sebelah Debit dan Kredit dalam BUKU TUNAI. Oleh itu Tunai dibank RM3000 dalam lajur Tunai dan Bank adalah merujuk kepada CATATAN KONTRA. Tunai dan Bank yang perlu dimasukan dalam KKK adalah merujuk kepada BAKI AKHIR akaun2 tersebut.

  123. bermakna tunai dan bank tersebut tidak memberi apa2 kesan kepada penyata pendapatan ?

  124. Ya.., yang memberikan kesan terhadap Penyata Pendapatan hanyalah yang melibatkan HASIL dan BELANJA.

  125. salam cikgu , menurut soalan cikgu #106 , kenapa jumlah jualan kita tak pakai RM 15480 ?

  126. maaf . bukan soalan .. post #106 .

  127. Soalan tersebut inginkan JUMLAH HASIL JUALAN TUNAI (keseluruhan) :
    1. Baki Hasil Jualan Tunai yang ada ditangan = RM15480
    2. Hasil Jualan tunai yang diambil untuk kegunaan peribadi (AMBILAN) = RM9540
    3. Hasil Jualan Tunai yang telah digunakan untuk bayar sewa = RM800

    Maka, JUMLAH HASIL JUALAN TUNAI = 1 + 2 + 3

  128. apa beza dokumen sumber lama dengan dokumen sumber baru ?

  129. Maaf, Cg tak faham apa persoalannya …..

  130. adakah dokumen sumber lama dengan sumber baru sama sukatan pelajarannya(syllybus)?

  131. Sama saja cuma ada sedikit penambahan, di mana ada dokumen baru yang diperkenalkan iaitu Penyata Gaji dan Folio Pelangan. Serta lebih pendedahan terhadap penggunaan Jurnal Penerimaan Tunai dan Jurnal Pembayaran Tunai sebagai Buku Catatan Pertama serta Buku Tunai sebagai Lejar … selebihnya sama sahaja.

  132. soalan dari penang:
    mengapa kita x perlu masukkan derma dalam akaun pendapatan mahupun akaun yuran ?kan soalan ada bagi yang derma adalah untuk membina gelanggang tennis

  133. Apabila DERMA tersebut adalah untuk bina gelanggan tennis, maka ianya dikelaskan sebagai PENDAPATAN MODAL. Oleh itu tidak boleh dimasukkan dalam Pendapatan dan Perbelanjaan, sebaliknya dalam KKK.

  134. cikgu ,boleh bagi format x?

  135. cikgu,sy agak susa nak faham bab rekod tak lengkap..selalu keliru bila nak jawab soalan..
    ade cara yg lbih mudah utk faham & jwb soalan nie tak ?

  136. Kena FAHAM soalan dan TAHU apa yang hendak dicari (perlu dianalisis), daripada baki awal dan baki akhir serta buku tunai yang diberikan. Antaranya:
    Aset Bukan Semasa —- cari belanja susut nilai
    Penghutang ——- cari jualan kredit (JUALAN = Jualan Tunai + Jualan Kredit)
    Pemiutang ——- cari belian kredit (BELIAN = Belian tunai + Belian Kredit)
    Stok alat tulis —– cari belanja alat tulis
    Belanja terdahulu / terakru —– cari Belanja
    Hasil terdahulu / terakru —– cari Hasil

  137. salam , dalam soalan 2008 , mengapa ambilan brg niaga dan stok tidak ditolak sedangkan arahan tu kt maklumat tambahan ?

  138. Kefahaman terhadap sesuatu KONSEP dalam setiap topik adalah penting. Soalan tersebut merupakan RTL Kaedah Perbandingan, di mana rekod perakaunan agak teruk.. apa yang ada hanyalah rekod2 berkiatan dengan aset dan liabiliti sahaja. Manakala nilai bagi TUNAI, BANK dan STOK dikira secara fizikal pada tarikh tersebut. Oleh itu nilai bagi ketiga2nya adalah nilai paling akhir setelah mengambil kira semua urus niaga yang terlibat…. dengan kata lain tidak perlu dilakukan pelarasan lagi. Kecuali ada DINYATAKAN masih BELUM diambil kira, barulah perlu diselaraskan.

  139. salam cg. bleh terangkan ape perbezaan
    antara post cg #99 dgn post cg #139?????

  140. Tiada apa bezanya, untuk mendapat kefahaman yang lengkap gabungkan kedua2nya.. Maka, jadilah seperti berikut:

    Kebiasaannya Maklumat Tambahan memerlukan pelarasan, tetapi bagi topik RTL … TUNAI, BANK dan STOK tidak perlu diselaraskan kepada baki akhir kecuali dinyatakan belum diambil kira lagi.

  141. Diberi “jualan dan penghutang” dan “jualan”. Bagaimanakah hendak menentukan jualan?

  142. Dan juga diberikan “belian dan pemiutang” dan “pemiutang”. Bagaimanakah hendak menentukan belian?

  143. Bucth,
    Daripada Penghutang – dapat cari Jualan Kredit
    Jualan dalam Buku Tunai = Jualan Tunai
    JUALAN = Jualan Tunai + Jualan Kredit.

    Begitu juga dengan BELIAN = Belian Tunai + Belian Kredit (daripada Pemiutang)

  144. cikgu bagaimana kiraan modal akhir ye? ape formula yang saya boleh guna pakai?

  145. Formulanya sama dengan menghitung Modal Awal, iaitu :
    MODAL AKHIR = ASET AKHIR – LIABILITI AKHIR
    Cuma, pastikan baki2 aset dan liabiliti pada akhir tahun tersebut, selepas mengambilkira pelarasan yang terlibat.


  146. Ingin Bertanya:

    cikgu bagaimana kiraan modal awal pada rekod tak lengkap ye? ape formula yang saya boleh guna pakai?

  147. Pavithira,

    Modal awal boleh dicari dengan menggunakan formula berikut :
    MODAL AWAL = ASET AWAL – LIABILITI AWAL

  148. cg,
    sebenarnya dalam kunci kira-kira bahagian ekuiti pemilik , kita kena tuliskan modal awal + modal tambahan baru + untung bersih ( dalam buku teks )? atau modal awal + Untung bersih + modal tambahan ??

  149. Phang,

    Pada pandangan saya, format dalam buku teks lebih sesuai digunakan :

    MODAL AWAL
    (+) MODAL TAMBAHAN
    (+) UNTUNG BERSIH
    (-) AMBILAN

  150. cikgu…

    nak cari peruntukan hutang ragu dalam soalan rekod tak lengkap macam mana…

    dalam buku tunai soalan bagi PENGHUTANG dengan diskaun rm180,tunai 3850,bank 41700

    tetapi ada mklumat tmbhan pulangan barangan rosal rm320

  151. Ezriq,

    PHR biasanya ditentukan dengan penyataan diselaraskan sebanyak k% atas penghutang / penghutang bersih.

    Kebiasaanya maklumat2 berkaitan dengan penghutang boleh digunakan untuk mencari JUALAN KREDIT, sama ada diminta sediakan Ak Kawalan Peghutang ataupun tidak.

  152. salam..ckgu…saya ada beberapa soalan..

    1)bagaimana hendak mengira modal awal jika diberikan maklumat awal bulan dan buku tunai?

    2)bagaimana hendak mengira jumlah jualan jika maklumat yg diberikan ialah penerimaan dan pembayaran,mklumat
    di awal bulan dan akhir bulan..

    3)bagaimana hendak membuat pelarasan jika mklumat yg diberikan ialah mklumat pada awal bulan dan buku tunai??

  153. balas cepat sikit cikgu .. 😀

  154. Lala,

    1) MODAL AWAL = ASET AWAL – LIABILITI AWAL …… guna maklumat baki2 awal yang diberikan.

    2) Jumlah Jualan = Jualan Tunai + Jualan Kredit
    Jualan kredit = Penerimaan daripada PENGHUTANG – Baki AWAL Penghutan + Baki AKHIR Penghutang ….. (secara ringkas: jika tiada PJ, Diskaun diberi, HL)

    3) Pelarasannya hanya BUKU TUNAI (+) Baki Awal dan( -) Baki Akhir atau SEBALIKNYA… bergantung kepada item apa yang hendak diselaraskan.

  155. Cikgu Narzuki,

    Buku teks muka surat 475 dirujuk, mengapa Lengkapan dalam kunci kira-kira ditunjukkan Susut nilai terkumpul? bolehkah kita hanya masukkan lengkapan RM8300 nilai bersih sahaja tanpa tunjukkan susut nilai terkumpul sebab soalan ini menggunakan kaedah penilaian semula?

  156. Nizam,

    Pada pandangan saya, merujuk kepada kes soalan tersebut, di mana kaedah penilaian semula digunakan. Kita boleh TERUS catatkan Lengkapan sebagai RM8300, iaitu merujuk nilai baki akhir yang telah dinilai semula. Manakala sekiranya soalan menggunakan kaedah PERATUS (sama ada : kaedah garis lurus / baki berkurangan), barulah sesuai ditunjukkan Lengkapan (-) SNT dalam KKK.

  157. cg,
    apakah kebaikan rekod tak lengkap?terima kasih

  158. Wong,

    Pada pandangan saya,

    Jika dilihat dari sudut Sistem Rekod Perakaunan…. RTL merupakan sesuatu yang TIDAK sepatutnya berlaku, kerana ianya tidak mematuhi prinsip2 asas perakaunan teruatamanya Sistem Catatan Bergu…. ianay adalah sesuatu KEBURUKAN kepada sistem rekod perakaunan.

    Jika dilihat dari sudut peniaga… RTL merupakan cara rekod paling mudah dan ringkas… hanya merekodkan perkara2 tertentu sahaja tanpa memikirkan sistem catatan bergunya ataupun apa2 prinsip asas perakaunan yang sepatutnya dipatuhi dan diamalkan…….. Walaubagaimanapun ianya HANYA sesuai kepada jenis perniagaan yang diusahakan secara KECIL-KECILAN sahaja seperti : warung makanan, gerai buah-buahan, gerai di pasar tani dan restoran.

  159. terima kasih cg!soalan ini ditanya dalam peperiksaan penggal 1 bagi lower 6 baru-baru ini ….

  160. Cg Wong,

    Terdapat bahan baru Gerak Gempur Perak STPM 2012 Perakaunan K1 (kilk)

  161. Cikgu kalau ambilan barang niaga Rm340 dan tunai Rm600 untuk kegunaan sendiri mcm mana saya nk kira dan tulis di penyata mengira untung atau rugi??? Asap

  162. Finaz,

    Perkara tersebut merujuk kepada item AMBILAN (340+600) RM940… dalam Penyata Mengira Untung / Rugi.

  163. dlm soalan rtl, kaedah analisis, terdapat soalan yg mengelirukan saya. kalau dlm maklumat tambahan, hutang lapuk belum diambil kira dlm mana mana buku. maka , catatan yg harus kita kemaskini ialah, dt hutang lapuk dlm belanja, manakala baki penghutang tolak dgn hutang lapuk , htg lapuk tidak direkod dlm ak kwl . atau hutang lapuk hanya direkod dlm ak kwl phtg, dan htg lapuk akan direkod dlm balanja, manakala baki penghutang tiada kesan ?

  164. satu lagi soalan mengenai rtl, kaedah analisis ialah, pul jualan berlaku, tiada sebarang ctt dilakukan. apakah ctt yg cikgu cadangkan?

  165. Ms wong,

    Pada pandangan saya,
    Kedua2 kes tersebut adalah sama, di mana kedua2nya TIDAK dicatat dalam mana2 buku sebelum ini.

    Terdapat 2 cara yang biasa digunakan:
    1. Masukkan item2 tersebut dalam Ak Kawalan Penghutang – untuk cara ini, perlu diingatkan BAKI AKHIR PENGHUTANG yang diberikan dalam soalan perlu diselaraskan terlebih dahulu SEBELUM dimasukkan dalam Ak Kawalan Penghutang.

    2. Tidak masukkan item2 tersebut dalam Ak Kawalan Penghutang, kemudian item2 tersebut diselaraskan dengan TAMBAH pada Pulangan jualan / Hutang lapuk dan TOLAK pada baki akhir Penghutang.

    Cadangan saya, lebih kepada CARA 2, rasionalnya… perkara tersebut BELUM dicatat dalam mana2 buku,, termasuklah Ak Kawalan Penghutang. Kemudian diselaraskan sebagaimana pelarasan2 yang lain.
    # kedua2 cara tersebut memberikan jawapan yang sama.

  166. salam cikgu narzuki,
    nak tanya rekod tak lengkap,klu ada hutang lapuk dlm maklumat tambahan..baki akhir penghutang perlu tolak dgn hutang lapuk ke?
    contoh penghutang akhir rm2000,hutang lapuk rm500..penghutang dlm KKK 2000 atau 1500?

  167. Umie,

    Hutang lapuk tersebut perlu diselaraskan dengan baki akhir penghutang. …2000 – 500 = RM1500.

  168. sy ajar student mcm tu..tolak hutang lapuk..
    tapi kenapa sy rujuk banyak skema jwpn,klu ada hutang lapuk,dia masukkan dlm akaun kwln tp baki akhir tak tolak dgn hutang lapuk..
    dlm KKK pun tak tolak dgn hutang lapuk

  169. soalan trial melaka 2013
    soalan beri baki akhir penghutang 2000, hutang lapuk 500, pulangan jualan 260 belum direkod dlm mana2 buku..
    skema jwpn..hutang lapuk ada dlm akaun kwln 500 tp baki akhir 2000…dlm KKK (2000-260) =1740
    kenapa bukan (2000-260-500) =1240?

  170. Umie,

    Pada asasnya bagi topik RTL, SEMUA baki akhir yang diberikan adalah SELEPAS diambilkira pelarasan, KECUALI dinyatakan BELUM DIAMBILKIRA / BELUM REKOD.

    Merujuk kepada soalan tesebut. maklumat HL hanya makluman sahaja (ianya telahpun diambilkira) …. maka perlu ditunjukkan dalam AK Kawalan Penghutang. Manakala PJ, BELUM dilakukan pelarasan lagi (belum rekod)… maka sudah tentu belum wujud dalam Ak Kawalan…. dan pelarasan dilakukan SELEPAS Ak Kawalan disediakan…. iaitu (+) di PJ dan (-) di Penghutang.

  171. oh…terima kasih byk cikgu,baru sy faham..

  172. Assalamualaikum..
    Cikgu saya nak tanya.. Sekarang saya tengah menyiapkan soalan akaun bab rekod tak lengkap. Saya bingung macam mana nak dapat belanja susut nilai kenderaan.. Saya nak masukkan dalam penyata pendapatan. Baki awal kenderaan rm 55000 dan baki akhir kenderaan rm 51000.. Tapi dekat buku tunai dia tak nyatakan butir kenderaan ? Macam mana nak selesaikan cikgu ?

  173. Pelajar Akaun, waalaikumussalam.

    Guna kaedah Penilaian Semula, iaitu : SN = Baki awal + Belian – Baki akhir
    SN Kenderaan = 55000 + 0 – 51000 = RM4000.

  174. Cikgu, bolehkah tolong berikan contoh penyelesaian bagi hutang lapuk pulih dalam soalan rekod tak lengkap? Saya sedang berusaha menguasai topik ini. Teima kasiah.

  175. Tai,

    Hutang lapuk terpulih.. dikelaskan sebagai HASIL dalam PP.

  176. Cikgu, merujuk buku teks m/s 485 adakah pinjaman dikelaskan sbg hasil dlm PP? Lagi satu, berapakah jumlah yg spatutnya saya letak di PP bagi pinjaman?

  177. Vun,

    Pinjaman = RM8000……… Liabiliti dlm KKK
    Faedah pinjaman = 8% x 8000 x 6/12 = RM320….. Belanja dlm PP

  178. Cikgu, saya tak dapat UB seperti yg dinyatakan bagi soalan tu. Saya betul2 dah mati akal. Ini jawapan saya:

    Jualan RM45 195 – Pulangan jualan RM700
    = RM44 495
    (-) Kos jualan
    Stok awal RM10 200 + (Belian – Diskaun diterima) RM 22 790
    = RM32 990 – Stok akhir RM12 300
    = RM20 690
    Jualan bersih RM44 495 – Kos jualan RM20 690
    = RM23 805 (UK)
    Belanja terdiri drpd:
    Insurans RM840
    Gaji RM8 100
    Sewa RM7 200
    Belanja am RM540
    Susut nilai perabot RM930
    Faedah atas pinjaman RM320 = RM17 930

    UK – Belanja = RM5 875

    Tak dapat RM4 075.. Di mana silapnya, cikgu? Terima kasih.

  179. Vun,

    Cuba semak GAJI …… sepatutnya RM9900.

  180. cikgu..berapa markah akan ditolak sekiranya KKK x sama jumlah??

  181. Karim,

    Tiada sebarang penolakan markah. Markah diberikan ditempat2 yang ditentukan dalam skema sahaja.

  182. Cikgu saya tak faham akaun kawalan pemiutang dan akaun kawalan penghutang
    Terima kasih cikgu

  183. Nitya,

    Dalam topik ini, tujuan Ak Kawalan disediakan adalah untuk mencari Jualan kredit dan Belian kredit.

  184. salam…soalan trial pahang 2014 rekod tak lengkap..

    sekeping nota kredit berjumlah rm 560 yang dihantar kepada kedai alif belum direkod dalam akaun perorangan…

    penghutang: 1 julai 2013 12200
    30 jun 2013 24500

    cgu…saya nk tnya adakah nilai penghutang perlu ditolak dengan pulang jualan tuh(24500-560) atau pun tidak sebab kan kita dah tolak dalam akaun kawalan penghutang… 🙂 terima kasih

  185. Ding,

    Oleh kerana NOTA KREDIT tersebut BELUM direkodkan dalam mana2 buku, maka sepatutnya TIADA dalam AK Kawalan Penghutang. Sebaliknya diselaraskan seperti pelarasan biasa dalam PP & KKK… Pulangan Jualan + 560 dan Penghutang – 560.

  186. owh..tp knape x perlu masuk dlm akaun kwalan cgu?sbb pulangan jualan kan still kne rekod dalam PP…knape x perlu rekod dalam akaun kawalan??

    saye pening sbb dlam skema, pulangan jualan tu dimasukkan dalam akaun kawalan… 🙂

  187. Ding,

    Sebab dalam soalan telah menyatakan BELUM REKOD dalam mana2 buku. Ikut kitaran perakaunan…. Dok – BCP – Lejar (termasuk Ak Kawalan) – ID – PELARASAN – IDT – PK.
    Maka ianya dilakukan semasa PELARASAN.

  188. okay2…jelas cgu…terima kasih…baru saye tahu yg akaun kawalan disediakan sebelum lejar…masih bnyk yg perlu diperbaiki.. 🙂

  189. assalam cg… untuk rekod tak lengkap, selalunya peraltan gudang ( warehouse equipment ) masuk bahagian mana..?sebab dia ada bgi baki awal RM60, 000 dan baki akhir RM61, 000.. dan cash book peraltan gudang dia RM6, 000…

  190. Ieyha,

    Peralatan gudang RM61000 – ASB dalam KKK
    Cari susut nilainya = baki awal + belian – baki akhir … Belanja dlm PP

  191. [REKOS TAK LENGKAP]

    Salam sejahtera, saya keliru dengan susut nilai Aset Bukan Semasa, situasinya seperti berikut:

    Perabot
    Baki 1 Jan 2012 RM 7500
    Baki 31 Dis 2012 ?

    Susut Nilai Terkumpul perabot
    Baki 1 Jan 2012 1500
    Baki 31 Dis 2012 ?

    Mak Tam:
    Pada 1 April 2012, pemilik membawa masuk perabot RM 2600 ke dalam perniagaan dan susutnilai ditetapkan pada 10 % atas kos.

    Adakah susutnilai bagi perabot yang dibawa masuk perlu dikira mulai dari 1 Jan 2012 (RM 2600 X 10%= rm 260) atau bermula dari tarikh yang dibawa masuk ( 2600 x 10 % x 9/12=RM 195) ?

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

  192. KC,

    SN1 = 10% × 7500 = 750
    SN2 = 10% × 2600 × 9/12 = 195
    Maka SN = 750 + 195 = 945

  193. salam cikgu, tetapi bagaimana pula dengan itu perabot yang sudah terpakai, adakah susutnilai juga dikira berdasarkan tarikh yang dibawa masuk?

    kalau aset yang baru, adakah aset mula disusut mulai dari tarikh yang dibawa masuk?

  194. Kc,

    Ya, Aset terpakai yang dibawa masuk, kita akan rekod pada nilai buku semasa aset tersebut dibawa masuk dan susut nilai berdasarkan tarikh ianya dibawa masuk.

    Contoh:
    Perabot nilai asal/kos RM10,000
    Apabila perabot terpakai tersebut dibawa masuk, ianya akan dinilai semula nilai perabot tersebut, katakan RM7,000 maka direkodkan sebagai RM7,000.
    Kemudian selepas digunakan, maka Susut nilai perlu dikira berdasarkan tarikh ianya dibawa masuk.

    Sama seperti aset yang baru, ianya juga disusut nilai berdasarkan tarikh dibeli.

  195. Salam cikgu,
    Macam mana nak kira modal awal untuk KKK pada bahagian ekuiti pemilik?

  196. Aisyah,

    Modal awal = Aset awal – Liabiliti awal

  197. cikgu,apakah maklumat yanh diperoleh melalui penyediaan akaun kawalan pemiutanh dalam kaedah analisis

  198. Syamin,

    Pemiutang —> Belian kredit
    Penghutang —> Jualan kredit

    Jualan = jualan tunai + jualan kredit
    Belian = belian tunai + belian kredit

  199. Cikgu,

    Kalau soalan diberi….

    Modal awal RM4500, Modal tambahan RM1500
    Untung bersih RM2620, Ambilan RM620

    Kirakan modal akhir. Mcm mane ye cikgu?

  200. Diana.

    Sama seperti kedudukan dakam Ekuiti Pemilik..
    modal awal
    modal tambahan
    ub
    (-) ambilan
    = modal akhir

  201. Cg,
    Merujuk kepada Jawapan soalan SPM2014,

    Mengenai hutang lapuk sebanyak RM365,
    -mengapakah KKK pada 31 Okt 2014 masih merujuk kepada amaun asal RM9840 bagi Penghutang?

    Biasanya, kita akan membuat catatan bergu:
    Dt Hutang Lapuk
    Kt Penghutang

  202. Chee,

    PENGHUTANG (9840 – 365) = RM9475……KKK (Aset semasa)
    HUTANG LAPUK RM365 ………………PP(Belanja)

    # Jawapan dalam buku tersebut yang silap.

  203. cg,
    kalau macam itu, berapakah Jualan kredit Cg?
    Cg,sekiranya kalau saya mengambil RM9475 sebagai Penghutang baki h/b, dan meletakkan hutang lapuk sebanyak RM365 dalam Penyata Pendapatan

    KKK saya tidak boleh seimbang.

    A/k Kawalan Penghutang untuk mencari Jualan kredit:

    Penerimaan daripada penghutang-RM45826+Baki h/b RM9475=RM55301(Jawapan SPM2014-RM56031)

  204. Chee,

    Jualan kredit = RM55,666 ….. (RM45,826 + RM9,840… baki sebelum pelarasan HL)
    Jualan Tunai = RM96,411

    Untung Kasar = RM91,136
    Untung bersih = RM63,341

    Aset semasa = RM40,101
    Liabiliti semasa = RM7,660
    Modal kerja = RM32,441
    Jumlah KKK = RM99,241

    # Semua Jawapan dalam Buku tersebut BUKAN daripada LPM, tetapi disediakan oleh penulis.

  205. Cg,
    Mengapakah jualan kredit haruslah guna baki penghutang sebelum pelarasan?

    Tolong cg jelaskan. terima kasih

  206. chee,

    Ok saya bagi contoh mudah:
    jualan kredit RM1000.. maka Penghutang juga RM1000.
    Kata kemudian ada Hutang Lapuk baru RM100… maka akaun terlibat HL wujud RM100…. Baki Penghutang perlu ditolak RM100 kerana tidak dapat dikutip lagi..
    Nilai jualan kredit tadi TETAP RM1000… kerana HL memberi kesan keatas baki Penghutang tidak keatas jualan kredit.

  207. Cg,
    Kita dapat amaun jualan kredit daripada A. Kawalan Penghutang, ttpi amaun h/b penghutang harus merekod RM9840( sebelum hutang lapuk)?

    Baki b/b di A. kawalan RM9840 tidak sama dengan amaun di KKK RM9475

  208. chee.

    Cuba hayati kitaran perakaunan dimana kedudukan Ak Kawalan & Pelarasan.

    U/n .. Dokumen … BCP … Lejar (termasuk Ak Kawalan)… ID… Pelarasan (HL yang baru dikesan).. IDT.. PP & KKK.

  209. Cg,
    Sudah difahami
    terima kasih

  210. cikgu mcm mane nk kire modal perniagaan???

  211. Nik,

    Asas kepada perakaunan: Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti
    Maka,, MODAL = ASET – LIABILITI

  212. Hello cikgu, soalan ini berkaitan dengan penyata penerimaan dan pembayaran. Bagaimana untuk mencari baki awal jika tidak diberikan? Dan adakah kita perlu membuat pelarasan melalui maklumat tambahan bagi penyata ini?

  213. Ivy,

    Kena rujuk kepada soalan… apa maklumat2 yang berkaitan.

  214. Cikgu, saya cuma nak confirm tentang cara merekod pulangan jualan/belian dalam ayat belum direkod @ terlupa direkod. Kaedahnya ialah;
    1. Pulangan tersebut tak perlu direkod dlm A/k Kawalan tetapi perlu direkod dlm PP dan KK.

    Atau;
    2. Kalau dimasukkan juga dlm A/k kawalan sebagai pulangan, baki akhir penghutang/ pemiutang mesti ditolak dgn jumlah pulangan tersebut. Pelarasan tersebut tidak melibatkan KK tetapi hanya A/k kawalan dan PP shj

    Betul tak cikgu ?

  215. Laila,

    Jika belum rekod dalam mana-mana buku…. maksudnya belum rekod dalam Ak Kawalan… maka ianya jadi item pelarasan di PP & KKK.

    Kita rujuk kitaran perakaunan :
    … dokumen… BCP… Lejar (termasuk Ak Kawalan)… ID… Pelarasan.. PP& KKK

    #Kaedah 1 yang tepat.

  216. Lailawati binti Abdul Rahman

    Terima kasih cikgu.

  217. kunci kira kira 1 April 2013
    insurans terdahulu =RM740
    belanja am terakru =RM340

    buku tunai 31 mac 2014
    belanja am =RM780
    insurans. =RM1640

    cikgu kenapa buat akaun perdagangan dan akaun untung rugi bagi tahun berakhir 31 mac 2014 insurans mahu (1640+470) ?kenapa mahu tambah? belanja am ?780-340??kenapa mahu tolak? pls(? •?_•?)? cikgu tolong saya

  218. Irene,

    1/4/13… belanja am terakru
    maksudkan belanja tempoh perakaunan lepas masih belum bayar 340.
    Tempoh perakaunan semasa bayar 780.. maka daripada 780 tersebut sudah tentu digunajan utk bayar hutang yang lepas 340 terlebih dahulu… maka belanja am untuk semasa hanyalah (780-340).

  219. Cikgu jualan tunai dalam rekod tak lengkap macam mana carI? Soalan beri baki jualan tunai selepas ambil kira ambilan dan sewa

  220. YY,
    Jualan tunai biasanya diberi dalam soalan…. “baki jualan tunai selepas ambil kira ambilan dan sewa”.. itu merujuk kepada BAKI Jualan tunai.
    Jika soalan tidak menyatakan sebarang maklumat berkaitan jualan tunai, kita boleh guna Ak Tunai / AK Bank mencari Jualan Tunai. .. walau bagaimanapun bergantung kepada maklumat dalam soalan tersebut.

  221. Cikgu jika soalan kata jualan tunai ialah Rm 10000 setelah diambil kira pembayaran sewa rm 950..jualan tunai kena tulis apa?dan jika maklumat tambahan kata pemilik telah menggunakan wang peribadi rm2000 untuk membeli perabot..baki akhir perabot kena tambah rm2000 tak?
    Dan jika maklumat tambahan seperti dalam tahun 2014 spm soalan 4..maklumat kata hutang lapuk rm350 telah dihapuskan…ia tidak kata belum direkod…dan jawapan spm ialah baki penghutang tidak ditolakkan…jadi maklumat tambahan itu hanya mahu tipu saja?thank you teacher ^^

  222. Kiki,

    Soalan pertama..saya tak jelas maksud soalan.

    Perabot +
    Modal +

    Masukkan dalam Ak Kawalan Penghutang untuk dapatkan Jualan kredit

  223. Cikgu, satu soalan daripada SPM 2013(rekod tak lengkap)

    Pulangan belian RM 410 tidak direkod dalam mana-mana buku.

    Perlukah tolak RM 410 daripada stok?

  224. Scube,

    Bagi topik RTL…. stok, tunai, bank.. tidak perlu ditambah / tolak.. kerana nilai ketiga2nya adalah nilai TERAKHIR setelah ambilkira semua urusniaga.

  225. Cikgu,

    1) Kalau soalan itu berbunyi “Bayaran kepada pembakal RM 490 belum direkod dalam mana-mana buku” (Rekod tak lengkap). Ini pun tidak perlu tolak tunai?

    2)Cek bernilai RM 280 daripada seorang penghutang telah ditolak oleh pohak bank atas sebab cek tak laku. Perkara ini belum dicatat.

    Perlulah kita tambah baki penghutang dan tolak bank?

  226. Cikgu, saya juga mendapati apabila soalan minta kami guna kaedah perbandingan, maka hutang lapuk perlu tolak daripada penghutang, tetapi apabila kami guna kaedah analisis, hutang lapuk hanya untuk makluman sahaja.

    Cikgu, adakah saya betul? Dan jika ya, adakah soalan 2 SPM 2014 itu, baki penghutang dalam KKK ialah 9840 kerana kami guna kaedah analisis?

  227. Salam hormat cikgu,

    Saya nak tanya. Bagi imbangan duga pada 31 Dis 20×3 .Dalam maklumat tambahan:
    1) Stok pada 31 Dis 20×3 ialah RM800
    2) Sewa belum dibayar pada 31 Dis 20×3 ialah RM600 (Nilai sewa pada ID ialah RM3500)
    3) Ambilan tunai sebanyak RM300 belum direkodkan (Nilai tunai pada ID ialah RM13000)

    Soalan saya,
    1) bagaimana hendak buat jurnal pelarasan?
    2) bagaimana hendak masukkan nilai ambilan (debit dan kredit) pada kunci kira-kira.

    Saya ada cuba buat, tapi kunci kira-kira saya tidak seimbang. Harap cikgu boleh semak dan maklumkan saya apa pembetulan yang perlu dibuat.

    Terima kasih.

  228. Didi,

    2. Dt Sewa dibayar 600 Kt sewa dibayar terakru 600

    3. Dt Ambilan 300 Kt Tunai 300

    Ak Ambilan hanya berbaki debit.. masukkan dalam KKK : Ekuiti Pemilik
    Modal awal
    + Untung bersih

    – Ambilan

  229. assalamualaikum cikgu, saya nak tanya kalau soalan rekod tak lengkap soalan mintak kitamenghitung baki bank cara nak cari nk menyelesaikan bagaimana ye cikgu? onemore thing, soalan ni ade guna mana mana format ke? mohn pencerahan ya cikgu…

  230. Ezza, waalaikumussalam.

    Untuk cari baki akhir bank.. biasanya soalan akan berikan Baki awal.. penerimaan dan pembayaran…
    Maka Baki akhir = Baku awal + penerimaan – pembayaran

  231. Cikgu kenapa yer saya buat soalan akaun kawalan pemiutang..dekat soalan akaun bank belah kredit ada angkutan masuk..then saya pindahkan dlm akaun kawalan pemiutang belah kredit..jawapan saya salah untuk dptkan belian kredit..jawapan dia belian kredit kene campurkan angkutan masuk..so angkutan masuk x ada dlm akaun kawalan pemiutang tetapi kene tambahkan dengan belian kredit.. saya x faham dekat sini?

  232. Ummi Nasuha,

    Angkutan masuk dicatat dalam Ak Bank sebelah kredit… bermaksud kita TELAH keluarkan cek untuk bayar kos angkutan masuk…. tidak terlibat dengan Ak Kawalan Pemiutang.

    Angkutan Masuk yang perlu dicatat dalam Ak Kawalan Pemiutang .. ada merujuk kepada caj angkutan masuk yang dikenakan oleh pembekal (pemiutang)..iaitu kita berhutang dengan pemiutang untuk kos angkutan tersebut.

  233. salam sejahtera cikgu, nak tanya bagaimana untuk mengetahui item-item yang terdapat dalam maklumat tambahan perlu membuat pelarasan atau tidak? satu lagi soalan bagaimana untuk mengetahui samada urusniaga yang telah berlaku hanya dicatat sekali sahaja?

  234. Tan,

    Kebanyakan item dalam maklumat tambahan melibatkan pelarasan.. sesuatu urus niaga telah berlalu atau tidak.. kena fahami maksud yang dinyatakan dalam soalan.

  235. cg nak tanya soalan tentang rekod tak lengkap boleh?
    Kalau maklumat tambahan ada cakap pulangan barang niaga kepada pembekal terlupa direkod, pemiutang kena tolak, dan stok akhir perlu ditolak tak? buku rujukan kata ia ikut persamaaan perakaunan jadi perlu tolak stok akhir, tapi skima soalan tahun lepas x tolak. memeningkan.
    maklumat tambahan biasanya pening, kadang-kala kena tolak nilai yang sedia ada, kadang-kala tak perlu.

  236. Hanis,

    Jika pulangan belian terlupa rekod…. akaun yang terlibat ialah Pulangan belian (+)…. Pemiutang (-)…. cuba lihat dalam skema… ada tolak Pulangan belian.

  237. cikgu tapi masalahnya rekod tak lengkap kaedah perbandingan tak ada pulangan belian dalam saoaln.tak juga disuruh buka penyata pendapatan. yang ada hanya stok akhir. buku rujukan ada tolak stok akhir tapi skima spm tak ditolak. saya tak faham kenapa tak ditolak stok akhir dan hanya tolak pemiutang, sedangkan ia ada cakap terlupa dibuat pelarasan.

  238. Hanis,

    Oleh kerana kaedah perbandingan… item yang terlibat dengan perbandingan tersebut hanyalah item2 Aset, Liabiliti dan Ekuiti sahaja.. mana2 item hasil dan belanja kita abaikan kerana rekod berkaitannya tidak lengkap. Untung Bersih dikira hanya menggunakan data2 daripada Modal Awal, Modal Tambahan, Ambilan dan Modal akhir sahaja.
    Nilai stok akhir pada akhir tempoh perakaunan dikira secara fizikal berdasarkan stok yang ada pada masa tersebut… maka segala urus niaga (seperti pulangan dalam pelarasan) sebelum ini SEMUANYA telah diambilkira.

  239. salam sejahtera cikgu. nak minta penjelasan cikgu ttg soalan berikut: (dalam maklumat tambahan menyatakan pulangan barang niaga RM415 kepada pembekal tidak direkodkan dalam mana-mana buku.) persoalannya, perlukah stok akhir ditolak RM 415 kerana soalan tidak mengkehendaki kita menyediakan penyata pendapatan?? soalan cuma minta kita sediakan penyata untung atau rugi. setahu saya bahawa nilai stok akhir yg diberikan dlm soalan biasanya adalah final figure..jd masihkah kita perlu menolak RM 415 daripada nilai stok akhir? terima kasih cikgu.

  240. Tan,

    Pada pandangan saya… tidak perlu tolak di stok akhir… KECUALI dinyatakan belum diambilkira dalam penilaian stok akhir.

  241. Salam ‘alaika cikgu , apa maksud alat tulis belum guna ? Adakah ia perlu dimasukkan ke dalam penyata dana terkumpul ?

  242. Nur Hidayah, waalaikumussalam.

    Tak… ianya diselaraskan sebagai “Stok Alat Tulis”.. Aset Semasa dalam KKK.

  243. Rekod Tak Lengkap ( Kaedah Analisis)

    En. Raymond merupakan seorang peniaga yang tidak menyimpan bukunya mengikut sistem Catatan bergu. Berikut adalah asset Dan liabiliti perniagaanya pada 1 jan 2015.
    Bangunan RM 40, 000
    Lengkapan. 10,000
    Kenderaan (kos-RM 20,000). 11,600
    Stok. 6,600
    Penghutang. 13,080
    Baki Bank. 6,000
    Insurance terdahulu. 240
    Pemiutang. 10,440
    Electric terakru. 120

    Berikut ialah ringkasan buku tunai bagi tahun 31 Dis 2015 :

    Tarikh. Bank. Tarikh. Bank
    Jan 1/15 baki b/b 6000. Dis 31/15 Insurans 560
    Dis 31. Jualan. 17,840. Electric. 740
    Penghutang 63,720. Belanja membaiki
    Modal 2,000. Kenderaan 2,620
    Pemiutang. 66,720
    Baki h/b. 18,920

    Maklumat Tambahan : (31/12/2015)
    a. Ambilan Dan perbelanjaan Berikut telah dibayar melalui kutipan jualan tunai sebelum dibankkan :
    Ambilan. RM 12,000
    Belian Tunai. 2,240
    Belanja membaiki Kenderaan 340
    Belanja membaiki bangunan. 1,960

    b. Raymond telah mengambil barang RM 1,060 untuk kegunaan sendiri.

    c. Stok pada 31 Dis 2015 dinilaikan RM 7,840

    d. Kenderaan disusut nilaikan dengan kadar 20% mengikut kaedah baki berkurangan.

    e. Hutang Lapuk pada tahun itu ialah RM830

    f. Electric terakru ialah RM 180 Dan insurance terdahulu ialah RM 280

    g. Raymond telah memberi diskaun RM 1,550 kepada penghutangnya Dan juga menerima diskaun RM 1,560 daripada pemiutangnya.

    h. Barang berkos RM 2,370 telah dipulangkan kepada pembekalnya, manakala pelanggannya telah memulangkan barang rosak berkos RM 1,490

    i. Baki penghutang ialah RM 11,680 Dan pemiutang ialah RM 11,440

    Dikehendaki menyediakan ( semua JALAN kerja yang berkaitan) :
    a. Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir ……..
    b. Kunci Kira-Kira pada …..

    Cg. Narzuki blh tlg saya selesaikan soalan ini mengikut format spm? Anak saudara sy Tanya sy tentang soalan ini…

  244. Azah,

    Jika beliau minta saya terangkan mana2 yang beliau tidak faham.. insyaAllah saya akan bantu. Tapi jika hanya minta sediakan jawapan…. saya minta maaf.

  245. Bagaiman nak menghitung baki bank oada 31 dic?

  246. Hi,

    Baki awal + penerimaan – pembayaran = Baki akhir

  247. Assalamualaikum cg. Saya nak tanya soalan di buku teks muka surat 485. Bagaimana hendak mengira baki bank?

  248. Zatt, waalaikumussalam.

    Asasnya :
    Baki akhir bank = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran

    #tiada buku teks utk dirujuk sekarang.

  249. Cg,kalau perniagaan mula pada Januari dan ambilan dibuat setiap bulan. Macam mana nak rekod dlm penyata menghitung modal pada 1 Januari 20×0

  250. Lee,

    Modal awal = Aset pada 1 Januari – Liabiliti pada 1 Januari
    Ambilan masih belum ada pada 1 Januari

  251. Assalamualaikum cg..
    Modal tmbhn mcm mana ye ? Sy tk brapa faham

  252. Putri, waalaikumussalam.

    Modal tambahan marujuk kepada pemilik membawa masuk sesuatu aset peribadi ke dalam perniagaan. Contohnya membawa masuk kenderaan RM50000 untuk kegunaan perniagaan… maka modal tambahan RM50000.

  253. Oh, kiranya kalau nak catat dalam kunci kira2, modal tmbhn perlu dicatatkan dlm ekuiti pemilik ke?

  254. Putri,

    Modal tambahan…. secara mudah… pertambahan kepada baki Ak Modal yang sedia ada.

  255. Cg mcm mna nk cari pmbayrn n penerimaan?*utk mnghitg baki bank

  256. Hani,

    Penerimaan – debit dalam Buku Tunai
    Pembayaran – kredit dalam Buku Tunai

    # bergantung kepada maklumat yang diberi dalam soalan.

  257. Hai cg, mcm mna nak cari inventori akhir ?
    :/ melalui kaedah analisis

  258. Faiz,

    Caranya bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam soalan.

  259. Assalamualaikum cikgu, saya pelajar yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Saya harap cikgu doakan kejayaan buat saya.

    Cikgu Narzuki,
    Saya bimbang dengan soalan prinsip perakaunan sebab sekarang dah ikut KBAT. Saya tujukan beberapa soalan utk saya dapat bersaing dengan baik untuk menjawab peperiksaan 7/11 nanti.
    -Cikgu ada tak link tips tips jawab prinsip perakaunan untuk saya?
    -Cikgu mengenai tajuk diatas. Saya nak tanya. Macam mana nak cari modal? kalau dalam soalan dia takda modal. dan cikgu saya nak formula formula yang mudah saya ingat utk saya. sila hantar di email saya asyikinruslan@gmail.com . harapnya cikgu dapat bantu saya. setakat ni saya just dapat C je paling tinggi. Saya merayu.

  260. kenapalah muka emoji tu Hahahahaha. harap cikgu dapat bantu saya ye. saya tunggu jawapan cikgu sabtu ahad.

  261. Iykin, waalaikumussalam.

    Modal = Aset – Liabiliti
    Modal awal = Aset awal – Liabiliti awal

    Tips: banyakkan latihan.. dan terus bertanya apabila ada yang tidak faham.

  262. terimakasih cikgu kerana membantu. in sha Allah. saya cuba. once again tq 😉

  263. Cikgu, saya nak Tanya kalau nak buat akaun modal formatnya macam mana? Contohnya ada modal akhir, modal awal, modal tambahan. Macama mana saya nak jawab? Terima kasih

  264. Izzah,

    Seperti akaun biasa..

    Ak Modal
    Dt Ambilan xx
    Kt Baki bb xx
    Kt perabot (cth modal tambahan) ××
    Kt untung bersih xxx
    …. imbangkan dengan Baki hbdan Baki bb seperti biasa.

  265. Salam cikgu,saya nak tanya pasal financial account tajuk incomplete record boleh saya nak mintak email cikgu?

  266. Farrah,

    Email sudah ada di gambar di atas…

  267. nak tanya peruntukan susutnilai perabot,van,bangunan dan baki terkumpul 1/1/2011 adakah masuk bawah perbelanjaan dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan??
    mohon pencerahan.tq

  268. Yaya,

    Tidak masuk… itu semua adalah item Aset dalam KKK.

    Susut nilai sahaja.. item Belanja.

  269. Assalamualaikum cikgu, kalau di soalan kenderaan 1Januari 2015 ialah 8500, kenderaan 31 Disember 2015 ialah ?.

    Maklumat tambahan:
    iv. Pada 1Mei 2015, sebuah van terpakai berharga RM12 000 dibeli dengan wangnya sendiri untuk kegunaan perniagaan.
    v. Pada 31 Disember 2015, susut nilai sebanyak 10% diperuntukan bagi semua kenderaan.

    macam mana nak kira susut nilai dia? kena asingkan kenderaan A&B atau gabungkan?

  270. Aminah, waalaikumussalam.

    Jika ikut tempoh penggunaan… kena kira SN ikut masing2.. kemudian baru jumlahkan.

  271. tapikan cikgu, dekat jawapan buku ni gabungkan sekali. boleh ke?

  272. Aminah,

    Merujuk kepada maklumat yang diberi:
    v. Pada 31 Disember 2015, susut nilai sebanyak 10% diperuntukan bagi semua kenderaan.

    Ianya menyatakan SEMUA … maksudnya tidak ikut tempoh penggunaan.

  273. salam sejahtera cikgu.nak minta penjelasan ttg soalan spm 2014 (Rekod x lengkap).dlm maklumat tmbhn menyatakan seorg penghutang telah hilang diri dan hutangnya rm350 telah dihapuskan.skema jwpn yd diberi nilai penghutang tidak ditolak rm350 apabila menghitung modal akhir tetapi cikgu di sekolah cakap penghutang perlu ditolak rm350 apabila menghitung modal akhir. minta penjelasan cikgu samada penghutang perlu ditolak rm 350 atau tidak apablia menghitung modal akhir… terima kasih

  274. Ricky,

    Nilai penghutang perlu diselaraskan dahulu dengan menolak HL tersebut.

  275. Asalamualaikum cikgu , macam mana dapat untung kasar dalam akaun perdagangan Dan untung rugi ?

  276. Suho, waalaikumussalam.

    Sediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi / Penyata Pendapatan seperti biasa :
    Jualan bersih – Kos Jualan = Untung Kasar

  277. Assalamualaikum cikgu, macam mana nak
    kira tempoh perakaunan

  278. Ibnu Hafizz, waalaikumussalam.

    Tempoh perakaunan kita boleh rujuk tarikh baki awal (boleh rujuk tarikh modal dalam ID) …. dan tarikh penyediaan penyata kewangan.
    Pada kebiasaannya tempoh perakaunan 1 tahun… dan boleh juga hanya 6 bulan.

  279. Assalamualaikum,cikgu. Kalau ada pulangan belian bagaimana pula? Respon segera

  280. Alifah, waalaikumussalam.

    Apa masalah dengan pulangan belian ?

  281. assalamualaikum cikgu, macam mana nak menghitung jualan ?

  282. Ibnu Hafizz, waalaikumussalam.

    Jualan = Jualan tunai + jualan kredit
    Jualan tunai –> rujuk Buku Tunai
    Jualan kredit –> rujuk Ak Penghutang

  283. Cikgu, bagaimana nk selesaikan kunci kira2 klau x beri modal ?

  284. Shaz,

    Jika tidak diberi….maksud kita perlu cari nilai bagi Modal tersebut.
    Asasnya : Modal = Aset – Liabiliti

  285. Maksud cikgu cari modal, aset dan liabiliti pada imbangan duga ditolakkan ?

  286. Shaz,

    Modal awal = Aset awal – Liabiliti awal
    Modal akhir = Aset akhir – Liabiliti akhir

  287. Cikgu?

    cuba tanya kalau soalan tidak beri nama perniagaan, maka kita tidak perlu letak nama atas tajuk penyata. betul tak>?

    cuba tanya kalau soalan tidak minta kita menyediakan jawapan dalam bentuk penyata atau bentuk ‘T’, kita boleh sediakan dalam bentuk mana-mana saja?

    terima kasih.

  288. Cikgu,

    cuba tanya:
    dalam KKK:
    modal awal
    + modal tambahan
    + untung bersih
    -ambilan
    = modal akhir

    atau

    modal awal
    + untung bersih
    -ambilan
    +modal tambahan
    = modal akhir ?

    modal tambahan perlu letak di mana dalam KKK.

    terima kasih.

  289. Tan Swee Kung,

    1. Ya.. cuma digalakkan jawab dalam bentuk penyata.
    2. Yang pertama.

  290. Cikgu,

    cuba tanya kelemahan rekod tak lengkap ialah:
    1. imbanagan duga tidak dapat disediakan
    2. ketepatan kerja perekodan tidak dapat diuji.
    3. kesilapan catatan sukar dikesan.
    4. untung atau rugi tidak dapat ditentukan.

    betul tak?

    terima kasih.

  291. cikgu,

    cuba tanya satu soalan:

    situasi rekod tak lengkap manakah yang boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?
    A. buku-buku akaun telah tercicir
    B. tiada kawalan tunai dalam perniagaan.
    C. peniaga tidak merancang perbelanjaan dengan baik.
    D. jumlah imbangan duga tidak dihitung degan tepat.

    jawapan ialah A. betul tak?

    terima kasih.

  292. Cikgu,

    cuba tanya semasa soalan tanya masalah yang dihadapi oleh peniaga yang mengamalkan sistem catatan tunggal, maksudnya tanya kita tentang kelemahan rekod tak lengkap, betul?

    terima kasih.

  293. Tan Swee Kung,

    1. Kelemahan RTL.. 1,2,3 ok.. 4–> UR tidak dapat disediakan dengan tepat.
    2. Saya setuju A.
    3. Kelemahannya sama.

  294. cikgu,

    cuba tanya tadi saya tanya tentang kelemahan RTL, kelemahan keempat yang saya tulis (untung atau rugi tidak dapat ditentukan).

    yang ini tidak sama dengan “untung atau rugi sukar ditafsir dengan tepat?

    terima kasih.

  295. Tan Swee Kung,

    Tidak dapat ditentukan = tak dapat kira nilai UR.

  296. cikgu,

    cuba tanya satu soalan:

    Malika memulakan perniagaan pada 1 Julai 2015. Berikut iaah maklumat yang didapati:
    (i) Malika membawa masuk perabot RM2500 ke dalam perniagaannya pada 1 Julai 2015.
    (ii) Pada 1 Januari 2016, sebuah komputer peribadi bernilai RM1800 dibawa masuk sebagai modal tambahan.
    (iii) Pada 30 Jun 2016, aset adalah seperti berikut:
    Perabot RM2500
    Alatan Pejabat RM1850

    Cikgu, cuba tanya sebenarnya kos untuk perabot dan alatan pejabat ialah berapa?

    Perabot RM2500
    Alatan pejabat RM1850 + 1800, betul?

    terima kasih.

  297. Tan Swee Kung,

    Nilai aset2 tersebut seperti yang dinyatakan pada 30 Jun 2016…
    Kecuali ada dinyatakan belum diambilkira baru kita tambah.

  298. cikgu,

    macam mana kita nak tahu jualan kredit dalam annual report company sbb tak dinyatakan secara direct jualan kredit tersebut.

  299. Hazreen,

    Untuk cari Jualan kredit –> lakukan analisis terhadap akaun penghutang.

  300. Cikgu untuk mngira modal akhir..
    Maklumat tambhan :
    Pulangan belian yg belum direkodkan dalam mne2 buku
    Perlu ditolak dgn baki akhir pemiutang dan stok ke??

  301. Zaf,

    Kita ikut catatan bergu… pelarasan
    Dt Pemiutang
    Kt Pulangan belian
    # Ak Stok tidak terlibat.

    RTL – kaedah perbandingan… kita fokus kepada item Aset dan Liabiliti.. kerana Modal = Aset – Liabiliti

  302. Cg ,penyata pendapatan kaedah analisis , pinjaman (berkadar faedah 8% setahun) (1jan 30 000)(31 dis 30 000) akaun bank ,faedah ats pinjaman 1 600 . Macam mana nak kira dan berapa jumlah yg nak letak ya?

  303. Ct,

    Kira FAP = 8% x 30000 = 2400 –> belanja
    FAP terakru = 2400 – 1600 = 800 –> LS

  304. Susut nilai perabot pula , butir yang diberi perabot (1 jan 45 200)(31dis 40 800) susutnilai nya jumlah dis tolak jan mcmtu ke cg ?Dan dlm kunci kira kira , faedah ats pinjaman terakru , jumlah yang mana perlu diambil?

  305. Ct,

    SN = baki awal + beli – jual – baki akhir
    # beli & jual –> rujuk buku tunai jika ada. Beli (Kt) Jual (Dt)

    Jika tiada butir perabit dalam BT.. maka SN = baki awal – baki akhir.

  306. cg,maklumat tambahan di bawah ni nak buat penyata pendapatan,soalan dia tanya penghutang diberi diskaun sebanyak RM250.
    Jadi jualan kena tolak dengan diskaun diberi RM250 kan? Penghutang tu terlibat tak? soalan tu ada penghutang kat buku tunai dan penghutang baki awal & baki akhir, saya tak tau nak tolak penghutang yang mana…atau tak perlu tolak?

  307. Lilyn.

    Catatan bergunya:
    Dt Diskaun diberi –> PP (Jualan – Diskaun diberi)
    Kt Penghutang.

    Cari JUALAN KREDIT dengan menyediakan Ak Kawalan Penghutang.. masukkan baki awal & akhir.. Bank dan Diskaun diberi.

  308. jualan kat penyata pendapatan nak letak harga jumlah jualan kan? cikgu?

  309. Lilyn,

    Y, jumlah jualan = jualan tunai (dari BT) + jualan kredit (Ak kawalan penghutang)

  310. Bgaimana , jika soalan hendak menentukan prestasi perniagaannya bgi setengah tahun?

  311. Aishah,

    Dapatkan maklumat2 pada pertengahan tahun.

  312. salam sejahtera cikgu, mohon penjelasan soalan berikut berkaitan rekod tak lengkap

    a) sekiranya dalam maklumat tambahan menyatakan bhw bayaran kepada pembekal rm490 belum direkodkan dalam mana-mana buku, adakah pemiutang perlu ditolak dgn rm490 semasa menghitung modal akhir? terima kasih

  313. Ricky,

    Ya… modal akhir mesti mengambilkira item2 pelarasan…
    1. Pemiutang (-)
    2. Bank/Tunai (-)

  314. terima kasih cikgu tetapi bukankah angka tunai/bank yang diberi dalam soalan adalah final figure? perlukah tunai/bank ditolak dgn rm490 lg?

  315. Ricky,

    1. Jika soalan RTL Kaedah Analisis –> Tunai/Bank terlibat
    2. Jika soalan RTL Kaedah Perbandingan –> Tunai/Bank tidak terlibat.
    # ikut soalan.

  316. salam sejahtera cikgu, maaf ganggu, cuma kurang faham kenapa RTL Kaedah Analisis tunai/bank perlu ditolak tetapi Kaedah Perbandingan tidak perlu tolak tunai/bank? terima kasih…much appreciated

  317. Ricky,

    Kaedah Analisis.. BT diberi, apabila dikatakan belum direkodkan –> jelas tiada rekod dalam BT maka ianya perlu diselaraskan.

    Kaedah Perbandingan.. Tunai, Bank dan Stok Akhir –> tiada rekod, nilainya diperoleh dengan mengira baki Tunai yang ada ditangan, baki dari penyata bank dan kira stok yang ada dalam kedai. Semua nilai tersebut adalah nilai akhir setelah ambilkira semua urusniaga sebelum ini.. maka tidak perlu diselaraskan lagi.

  318. Assalamualaikum cg, saya nak tanya mcm mana nak cari baki bank utk rekod tak lengkap? Soalan buku teks mukasurat 485

  319. Alia,waalaikumussalam.

    Lengkapkan BT yang diberi dengan masukkan Baki Awal, kemudian imbangkan cari Baki akhir.
    Secara matematiknya –> Baki akhir = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran

  320. Cikgu , kalau kita buat akaun debtor , tapi tak da balance c/d macam mana

  321. Aina,

    Jika jumlah debit = kredit –> Maksudnya tiada baki… semua hutangnya telah dijelaskan.

    Walau bagaimanapun kena rujuk kepada soalan juga… tujuannya nak cari baki akhir / jualan kredit.

  322. Cikgu..adaka perlu membuatt pelarasan sekiranya mencari modal akhir,atau hanya membuat pelarasan dekat kunci kira2 ??

  323. Azwan,

    Pelarasan perlu dibuat terhadap baki2 item aset dan libiliti…. kemudian baru kira Modal Akhir.

  324. Terima kasihh cikguu

  325. Cikgu sekiranya, alatan pejabat mempunyai kos. Sprti alatan pejabat(kos) saya nak isi kat mana dlm akaun perdagangan dan untung rugi… Saya daa cuba isi kt belanja tapi x dpt

  326. Ina,

    Alatan pejabat –> ABS –> KKK
    Susut Nilai alatan pejabat –> Belanja –> AUR

  327. cikgu,ade soalan yg sy x reti buat…blh pm tk…soalan dy pnjng sngt nk type.

  328. Irfan,

    Boleh E-mailkan saja kepada Cg..

  329. Cikgu , kalau soalan beri dlm maklumat tambahan
    Pada 1 Mac 20X5 pemilik telah memasukkan tunai 1500 kedalam bank utk menambah modalnya .

    Perlu tak tambah diatas ?

    Soalan dlm buku teks m/s 472

  330. Abc,

    Catat sebagai Modal tambahan 1500… sahaja.
    Bank tidak perlu ditambah kerana baki akhir bank yang diberi adalah baki sebenar yang ada dibank… maksudnya tambahan sebelum ini telahpun diambilkira.

  331. assalammualikum ckgu mcm mna mw cri baki bank akhir? kalau tak d beri?

  332. Arra,

    Baki akhir = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran

  333. Apabila penyata hal ehwal disediakan. apa yg x disediakan? A) Imbangan duga B)Akaun peribadi C)Buku Tunai D)Akaun nominal

  334. Siti,

    Cadangan jawapan saya B.

  335. Cikgu,
    Dalam BAB rekod tidak lengkap, bagaimana saya ingin mendapatkan nilai bank jika soalan tidak memberikan baki

  336. Izz,

    Baki akhir = Baki awal + Penerimaan – Pembayaran

  337. cg boleh saya tanya sesuatu.

    adakah semua akuan modal perlu diimbang
    sebab sistem catatan bergu??

  338. sorry cikgu tapi boleh cikgu hantar sekali lagi

  339. cikgu,

    adakah catatan bergu bagi akaun modal ialah dengan mendebitkan akaun-akaun aset yang diterima oleh perniagaan?

  340. Percy,

    Item2 dalam Ak Modal hanya:
    1. Baki awal
    2. Untung bersih @ Rugi bersih
    3. Ambilan
    4. Bawa masuk aset (modal tambahan)
    5. Baki akhir.

  341. Cikgu, boleh cikgu tolong terangkan dengan lebih terperinci mengenai susut nilai? Yang saya tahu susut nilai ada tiga jenis tp ada byk nama so kadang2 saya selalu confuse and buat careless mistake, mintak cikgu terangkan cara pengiraan

  342. Asyikin,

    1. Kaedah baki berkurangan / atas nilai buku.
    SN = [% x (Aset – SNT)]

    2. Kaedah garis lurus / ansuran tetap / atas kos
    SN = % x Aset

    3. Kaedah penilaian semula
    SN = Baki awal + Beli Aset – Jual Aset – Baki akhir

  343. nota kredit daripada pembekal berjumlah rm 300 belum dicatat dalam mana-mana buku
    maksudnya apa, cikgu?

  344. El,

    Pulangan belian +300
    Pemiutang -300

  345. Apabila berlaku rekod tak lengkap , apakah maklumat yang dapat diperoleh daripada akaun penghutang ?

  346. Rara,

    Ak Kawalan Penghutang –> Jualan kredit
    Ak Kawalan Pemiutang –> Belian kredit

  347. Cikgu macam mana nak cari jualan dan belian tunai kalau dekat buku tunai dia tak letak butiran belian atau jualan tapi ada butiran penerimaan daripada penghutang dan pembayaran kepada pemiutang. Adakah butiran tu dikira sebagai jualan tunai?

  348. Siti,

    Tidak… penerimaan daripada penghutang –> penghutang bayar hutang –> kredit dalam Ak Kawalan Penghutang : butirnya Bank.

    Jualan = Jualan tunai + jualan kredit..
    Jika tiada jualan tunai –> Jualan = jualan kredit daripada Ak Kawalan Penghutang.

    # kena rujuk maklumat yang diberi dalam soalan.

  349. Baki akhir perabot(31/9/15) -rm3500(dibeli pd 1/10/12,tiada SN dr thn pertama) -rm1800(dibeli pd 31/8/15)
    SN pd kadar 15% utk PERABOT YG WUJUD PD AKHIR TEMPOH ACC SHJ.
    Jadi cikgu,susutnilai perlu dikira bg perabot yg bernilai mnkah ?? Terima kasih

  350. Nuraisyah,

    Kedua2 perabot tersebut perlu diSNkan… cuma perlu kira ikut tempoh masing2..
    3500 x 15% –> cukup setahun
    1800 x 15% x 1/12 –> baru sebulan dibeli.

  351. Cikgu,klu yg dimn tidak dinyatakn stok akhir adakah kita perlu cari stok akhir melalui perkara2 ini,yg dimana dia bg stok awal,jualan(melalui tokokan cari kos brg),belian dan ambilan .. bagaimankah butiran ini digunakn bagi mencari stok akhir ?? Terima kasih

  352. Nuraisyah,

    Bergantung kepada kehendak soalan… jika perlu kira Kadar Pusing Ganti Stok… maka stok akhir perlu dicari untuk dapatkan nilai stok purata.

  353. Cikgu adakah belanja yang belum direkodkan dalam mn2 buku merupakan liabiliti semasa ??

  354. Nuraisyah,

    Belanja belum rekod –> Belanja
    Belanja belum bayar –> liabiliti semasa

  355. Cg, saya Ada satu bab yang sangat confuse, harapkan cg boleh tolong saya.
    Di bab rekod tak lengkap, Jika soalan memberi baki awal dan baki akhir penghutang, contohnya:

    Baki penghutang 1/1/2016 : RM 3000
    Baki penghutang 31/12/2016 : RM 4500
    Maklumat tambahan:
    i) seorang penghutang telah muflis, hutangnya sebanyak RM 500 dihapuskan sebagai lapuk.

    Adakah baki penghutang akhir iaitu RM 4500 perlu ditolak dengan hutang lapuk RM 500

    Bilakah baki akhir perlu tolakkan dengan nilai yang ada pada maklumat tambahan, bilakah tidak perlu tolak?

  356. BL.

    Maklumat tambahan –> item pelarasan –> diselaraskan pada akhir tempoh perakaunan.
    Hutang lapuk –> Penghutang 4500 – 500

    Hanya item TUNAI, BANK & STOK AKHIR sahaja ysng tidak berubah.

  357. cikgu,
    saya nak tanya soalan percubaan spm 2014, kertas 1:

    soalan 14; macam mana dapat jawapan RM28 220 ?
    soalan 6; kenapa hanya diskaun tunai 10% sahaja yang terlibat ? diskaun niaga tidak terlibat. jawapan RM2700

  358. Adawiah,

    Rujuk soalan negeri mana.. ?

  359. cikgu, saya nk tanya soalan teori.

    Nyatakan dua prinsip dan andaian perakaunan yang tidak dipatuhi oleh perniagaan yang mengamalkan rekod tak lengkap dalam penyimpanan rekod mereka?

    saya agak kurang faham dengan soalan ini. tambahan tiada juga dalam nota

  360. Cellesthia,

    Caranya.. senaraikan dahulu prinsip dan andaian yang ada –> fahami setiap satunya –> kemudian baru mudah untuk kita tentukan yang mana tidak dipatuhi.

    Tujuan soalan tersebut dikemukakan adalah untuk kita memahami semua prinsip dan andaian terlebih dahulu kemudian baru buat pilihan.
    Jika Cg terus berikan jawapan, maka tujuan soalan tersebut tidak tercapai.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.