Kaedah Analisis

Membicarakan topik Rekod Tak Lengkap yang berkaitan dengan Kaedah Analisis.

PENENTUAN PENDAPATAN KAEDAH ANALISIS

– Penganalisisan semua urus niaga dalam tempoh masa yang berkenaan untuk mendapatkan butir yang tertinggal yang diperlukan dalam penyediaan Akaun Penamat. (Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci kira-kira)

MENGHITUNG JUALAN DAN BELIAN

1 JUALAN

i. Jualan = Jualan tunai + Jualan kredit

ii. Jualan tunai – dt Buku Tunai / penerimaan tunai

iii. Jualan kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Penghutang; atau

2 BELIAN

i. Belian = Belian tunai + Belian kredit

ii. Belian tunai – kt Buku Tunai / pembayaran tunai

iii. Belian kredit – Penyediaan Akaun Kawalan Pemiutang; atau
ANALISIS BELANJA DAN HASIL

1. Untuk mendapatkan maklumat ;

i. Pendapatan hasil

ii. Perbelanjaan hasil

iii. Perbelanjaan terakru dan terdahulu

iv. Perndapatan terakru dan terdahulu

v. Peruntukan susut nilai dan hutang ragu
2. Penyediaan Akaun Perdagangan – untung kasar / rugi kasar

3. Penyediaan Akaun Untung Rugi – untung bersih / rugi bersih

  1. buku teks m/s 185 soalan 14 saya tidak dapat jawapan untung bersih,bolehkah cikgu tunjukkan caranya,tq.

  2. Azmi,

    Minta maaf, mungkin buku teks kita tidak sama, kerana buku teks Cg pada m/s 185 hanya ada no 7 sahaja. Sebenarnya terdapat 2 jenis buku teks yang digunakan bagi setiap Tingkatan 4 dan 5, maklumat lanjut boleh rujuk DISINI.

  3. err..jika pemilik ada buat ambilan barang jualan macam mana catat? kalau ambilan tunai pula camne?

  4. Sedar,

    Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi pemilik, jika belum dicatat dalam mana2 buku. maka AMBILAN bertambah dan BELIAN akan berkurang. Kalau ambilan tunai, maka TUNAI akan berkurang.

    Tetapi kena berhati2 dengan soalan, kenal pasti sama ada urus niaga tersebut telah direkodkan ataupun belum direkodkan lagi, kerana caranya ada sedikit perbezaan.

  5. sya ada sdikit kmuskilan…..kalau ada pul.jualan/pul.belian perlu kah dimasukkan dalam ak kawalan penghutang/pemiutang…..dan apa bezanya kalau ia dicatat atau belum dicatatkan lagi…tq

  6. Kimi,

    Pada asasnya, semua akaun yang terlibat dengan akaun penghutang / pemiutang akan dimasukkan dalam akaun kawalan masing2.

    Maklumat tambahan yang menyatakan bahawa sesuatu urus niaga itu BELUM DICATAT atau SUDAH DICATAT dalam mana2 buku memberikan kesan yang berbeza:

    1. Jika BELUM DICATAT – maka catatan PELARASAN perlu dilakukan bagi mengambilkira urus niaga tersebut.

    2. Jika SUDAH DICATAT – maka TIDAK melibatkan catatan pelarasan terlebih dahulu.

    Komen Cg terhadap soalan 2 Melaka berhubung dengan Pulangan Jualan. Klik DISINI.

  7. cgu,dalam cont0h s0alan anchor item bgi program persijilan berganda s0alan 3(perniagaan rizman)….terdaPAT matlumat tambhan-perkara ini telah direkod dalam buku perniagaan….tp,dalam skema pul.jualan ini dimasuk kan dalam ak kawalan

  8. Kimi,

    Cg dah cakap pada ASASnya kena masukkan dalam Ak Kawalan, cuma :

    1. jika BELUM DI REKOD, kena buat PELARASAN terlebih DAHULU kemudian baru masukkan dalam Ak Kawalan.

    2. jika TELAH DI REKOD, ianya tidak melibatkan PELARASAN, maka dimasukkan TERUS ke dalam Ak Kawalan seperti Soalan 3 – Perniagaan Rizman.

  9. time kasih,cg bru sye paham….tp untk buat plarasan tu macam mna

  10. Kimi,

    Kalau BELUM REKOD Pulangan Jualan, maka pelarasannya ialah PENGHUTANG (baki akhir) TOLAK dengan dahulu Pulangan Jualan = baki akhir Penghutang baru.
    Kemudian sediakan AK Kawalan Penghutang dengan menggunakan Baki akhir Penghutang yang baru dan masukkan juga Pulangan Jualan.

    Ataupun pendekatan 2 – sebagaimana skema Melaka, Di mana pelarasan terhadap pulangan jualan (yang belum di rekod) dilakukan kemudian. Di mana Ak Kawalan Penghutang disediakan tanpa mengambil kira Pulangan Jualan dan menggunakan baki akhir Penghutang (tanpa pelarasan) – rasionalnya : baki akhir penghutang yang diberikan itu belum mengambilkira pulangan jualan jadi tidak perlu dimasukkan kerana pada masa itu belum lagi wujud PJ. Kemudian baru dilakukan pelarasan terhadap baki akhir Penghutang dan dimasukkan dalam KKK.

  11. baiklah cgu,saye dah paham sekarang…trima kasih cg

  12. cikgu, contohnya jumlah bagi Kadar Bayaran RM 1200.
    lpas tu, bagi Kadar Bayaran terakru Awal RM 150 dan bagi Kadar Bayaran terakru Akhir RM 120…
    sy nak tanya, kalau nak masukkan Kadar Bayaran dalam belanja, nak kira macam mana cikgu..

  13. Amin,

    Kadar Bayaran (catat dalam Penyata Pendapatan : Belanja)
    = Jumlah dibayar (BT) + KB Terakru Akhir – KB Terakru Awal
    = RM1200 + RM120 – RM150
    = ?

  14. cg,dalam rek0d tak lengkap kaedah analisis ada beberapa pelarasan,bole tak cg bgi jenis2 pelarasan dalam rekod tak lengkap…dan cara menjawabnya

  15. Aman,

    Jenis2 pelarasan telah Cg senaraikan dalam post di ATAS. Cara menjawab ada beberapa cara boleh digunakan. Cuma cadangan Cg :
    1. Lakukan PELARASAN terhadap maklumat2 yang diberikan dengan menyediakannya sebagai JALAN KERJA bagi setiap satunya.
    2. Sediakan Penyata Pendapatan dan KKK dengan berpandukan maklumat dalam soalan serta Jalan Kerja pelarasan yang telah disediakan tadi.

  16. cikgu, sy xpaham knp Kadar Bayaran kena tambah Kadar Bayaran terakru Akhir dan tolak Kadar Bayaran terakru Awal.. Dan satu lagi, knp kalau butir sewa, kena tambah dgn sewa terdahulu awal, dan tolak yg akhir..
    cara pengiraan yg berlainan..boleh ckgu terangkan x. sy xpaham

  17. Anim,

    Pelarasan dibuat pada AKHIR tempoh perakaunan.

    1. Jika TERAKRU (Belum bayar / belum terima), maka pelarasannya kena TAMBAH, iaitu tambah BAKI AKHIR, maka BAKI AWAL mesti diTOLAK.

    TERAKRU = BT + BAKI AKHIR – BAKI AWAL

    2. Jika TERDAHULU (Bayar Lebih / Terima Lebih), maka pelarasannya kena TOLAK, iaitu tolak BAKI AKHIR, maka BAKI AWAL mesti TAMBAH.

    TERDAHULU = BT – BAKI AKHIR + BAKI AWAL

    # Satu lagi pendekatan yang boleh digunakan ialah membuka Akaun KADAR BAYARAN dan Akaun SEWA.

  18. cikgu saya tak faham mengapa insuran terdahulu perlu tambah dengan insuran dlm penyata bank,bukan tolak ke?
    soalan trial johor

  19. lol,tak apa cikgu saya sudah faham ,mereka tidak merekodkan insurans terdahulu di aset semasa.

  20. ckgu,cmana nk cri ambilan tunai?
    bolah ckgu terang kan?

  21. erm fara semua ambilan ya terdapat dlm maklumat diberi adalah ambilan tunai/bank(wang)

    kecuali maklumat tambahan menyatakan pemilik mengambil barang niaga bernilai xxx(ini kira sebagai ambilan barang)

    tetapi kalau farah tanya tentang soalan anchor item 2009 dan 2010 no.5 , nak cari ambilan tunai perlu buat pelarasan dahulu.selajutnya cikgu narzuki akan menerangkan lebih jelas.

  22. betulkan saya cikgu kalau ada kesilapan =p

  23. Fara,

    Tidak ada cara khas untuk mencari Ambilan tunai, ianya bergantung kepada maklumat yang diberikan.

    Contohnya soalan no. 5 daripada contoh soalan anchor item 2009 dan 2010. Semua maklumat berkaitan dengan Ak Tunai seperti Baki awal, Baki Akhir, Penerimaan Tunai dan Pembayaran Tunai telah diberikan KECUALI Ambilan Tunai. Jadi daripada maklumat tersebut kita boleh cari nilai bagi Ambilan Tunai tersebut.

    Terdapat 2 cara untuk mencari Ambilan Tunai.
    1. Secara pengiraan :
    Ambilan Tunai = Baki awal tunai + Penerimaan Tunai – Pembayaran Tunai – Baki akhir tunai.

    2. Sediakan Ak Tunai.

  24. lol cikgu tentang soalan trial johor itu saya tidak imbang,saya tolak 200 daripada insuran kerana terdapat insurans terdahulu dan letak insurans terdahulu 200 di aset semasa tak imbang tetapi dalam skema mereka tambah insurans terdahulu dengan insurans sahaja.

    cikgu boleh terang sikit?

  25. Soh,

    Insurans = Insurans yang dibayar (BT) – Insurans Terdahulu Akhir + Insurans Terdahulu Awal.
    Maka, Insurans = 1200 – 0 + 200 = 1400 … dalam PP.

    Manakala dalam KKK hanya mengambilkira baki2 akaun yang terdapat pada AKHIR TAHUN sahaja. Oleh kerana Insurans Terdahulu RM200 tersebut merupakan baki awal tahun maka ianya tidak perlu dimasukkan dalam KKK.

  26. oh rupanya begitu,cikgu saya ada sikit tak faham tentang kenderaan,harga kos 200000 tetapi 11000 itu ialah?kos lepas tolak psn?

  27. Soh,

    Maklumat tersebut adalah ringkasan daripada :

    Kenderaan (kos) ….. RM20,000
    (-) PSN ………………………9,000
    Nilai Buku ……………..RM11,000

    Daripada maklumat tersebut kita dapat kenal pasti baki PSN pada 1 Jan 2008 ialah RM9,000.
    SN = 10% x 20,000 = RM2,000 ….. Belanja dalam PP.
    PSN pada 31 Dis 2008 = 9,000 + 2,000 = RM11,000

    Maka,

    KKK pada 31 Dis 2008
    Kenderaan ….. 20,000
    (-) PSN …………11,000 ….. (drp 9,000+2,000)

  28. Terima kasih cikgu.cikgu saya nak tanya lagi =p, kalau soalan tidak suruh kita kira psn kenderaan,perlukah kita letakkan psn kenderaan 9000 dalam kkk.
    Saya ada sedikit masalah tentang psn dlm kkk sama ada kelab atau rekod tak lengkap.

  29. Soh,

    Sekiranya ada maklumat pelarasan berkaitan SN, maka akan wujud PSN. Dan sekiranya wujudnya PSN, maka dalam KKK perlulah dimasukkan.

    Walaupun tiada pelarasan SN tetapi ada dinyatakan PSN, maka ianya juga mesti ditunjukkan dalam KKK.

  30. terima kasih cikgu.saya cuba buat soalan lain secepat mungkin.

  31. cikgu saya ada masalah lagi dengan psn =.=

    kenapa soalan wilayah persekutuan putrajaya psn kenderaan cuma 1350?
    kita tak perlu kira untuk tahun 2008?

  32. Soh,

    Tempoh perakaunannya ialah … 1 Julai 2008 – 30 Jun 2009
    Maka, SN = 10% x 13500 = 1350

  33. tempoh perakaunan soalan kedah juga sama 1 julai 2008 hingga 30 jun 2009,psn dikira dikira kerana maklumat tambahan beritahu tahun kenderaan dibeli pada 1julai 2007?
    kalau maklumat tidak beritahu bermakna kita hanya perlu kira satu tahun?

  34. Ya, jika tidak dimaklumkan tarikh aset tersebut dibeli, kita andaikan ianya genap setahun. Tetapi jika ada tarikh pembelian, kita kena ambilkira bilangan bulan ianya dibeli / digunakan. Ini kerana kadar susut nilai yang diberikan adalah untuk tempoh SETAHUN, jika hanya 6 bulan ianya dibeli/digunakan, maka Susut Nilainya mestilah di X 6/12.

  35. terima kasih cikgu.

  36. syikin razak

    ckgu, apakah beza PULANGAN JUALAN DAN PULANGAN BELIAN? SAYA KELIRU CKGU..
    1) Sivam memulangkan barangan yg rosak sebanyak RM500.
    -PULANGAN JUALAN
    2) Memulangkan barang yg rosak kepada syarikat Fready RM280.
    -PULANGAN BELIAN

    Apakah beza antara kedua-duanya ckgu?

  37. Dalam kes 1:
    Sivam adalah pelanggan, kita jual kepadanya – kita rekod sebagai JUALAN. Tetapi Sivam dapati barangan tersebut rosak, maka dia pulangkan kembali barangan tersebut kepada kita, maka kita rekodkan sebagai PULANGAN JUALAN / PULANGAN MASUK.

    Dalam kes 2:
    Kita beli daripada Syarikat Fready (Pembekal) – kita rekodkan sebagai BELIAN. Kita dapati barangan tersebut rosak, maka kita pulangan kembali kepada pembekal tersebut, maka ianya direkodkan sebagai PULANGAN BELIAN / PULANGAN KELUAR.

  38. untung bersih telah berikan di soalan. tetapi hendah mencari untung bersih diselaras dengan menggunakan maklumat tambahan yang diberi(7 markah). saya tidak tahu hendak menggunakan apa cara untuk menyelesaikan masalah ini.

  39. Tiada cara khas untuk menyelesaikannya, cuma memerlukan kemahiran mengenalpasti item2 yang perlu diselaraskan serta item2 yang memberikan kesan terhadap Untung bersih. Secara amnya :

    Untung bersih (sebelum pelarasan)
    (+) item2 yang memberikan kesan Pertambahan
    (-) item2 yang memberikan kesan Penolakan
    = Untung bersih (terselaras)

  40. cikgu ada latihan ACCI ?

  41. Tiada.

  42. selamat sejahtera, cg.
    bolehkah cg berikan latihan soalan kaedah analisis. sebab dalam buku rujukan jarang ada latihan tentangnya.
    terima kasih banyak banyak

  43. salam..cg cam ne nak skor akaun ek? napa saya susah sangat nak faham soklan 2? terutamanya rekod tak lengkap?

  44. cikgu, saya tak faham soalan ini.

    ===SOALAN===
    buku tunai: tahun berakhir 31 Disember 2003

    belanja runcit RM12,400

    satu invois belanja runcit sebanyak RM80 belum dijejaskan lagi. Tarikh invois ialah 30 November 2003.

    berapa nak letak di akaun untung rugi dan KKK? Dan letak di mana?Aset semasa, aset bukan semasa atau liabiliti?

    terima kasih.

  45. Meng,
    Cadangan Cg,
    dalam AUR, Belanja Runcit = 12400 + 80 = RM12480
    dalam KKK, Liabiliti semasa : Belanjan Runcit Terakru = RM80

  46. salam cg….sy nak tanya sikit …mcm mana nak bezakan soalan rekod x lengkap sama ada kaedah perbandingan atau kaedah analisis…ada tips x..tq

  47. Cg Shah,

    Salah satunya, KAEDAH ANALISIS mengkehendaki pelajar menyediakan Penyata Pendapatan yang lengkap dan KKK. Manakala KAEDAH PERBANDINGAN mengkehendaki pelajar menyediakan Penyata Untung Rugi.

    Keduanya, KAEDAH ANALISIS – soalan akan mengemukakan buku tunai / maklumat penerimaan dan pembayaran. Manakala KAEDAH PERBANDINGAN biasanya hanya menyediakan maklumat BAKI AWAL dan BAKI AKHIR serta MAKLUMAT TAMBAHAN berkaitan dengan AMBILAN dan MAKLUMAT TAMBAHAN serta 1 / 2 pelarasan.

  48. terima kasih cg…

  49. salam, cg.

    merujuk soalan trial pahang ’10- no. 2(b)

    mehitung jualan tunai:
    saya x faham kenapa skema dia:-

    15480+9540+800

    boleh cg tolong terangkan?

  50. Baca dan faham betul2 …. maksudnya :

    Hasil JUALAN TUNAI – Ambilan(9540) – Sewa(800) = Baki Jualan yang di bankkan (15400)
    Maka, Jualan Tunai = 15480 + 9540 + 800 = 25820

  51. kalau soalan mintak cari belian tunai camne plak nak wat ?

  52. Bergantung kepada maklumat yang diberikan dalam soalan. Pada kebiasaannya urus niaga tunai boleh diperolehi dengan melakukan analisis terhadap maklumat dalam Buku Tunai.

  53. diberi belian = 31,580..stelh dilaraskan belian menjadi 30,870…diberi belian kredit 25,080…berapa nilai belian tunai..???(adakah jwpnya 5,790 @ 6,500 ????)

  54. Nursyifa,

    Berdasarkan maklumat yang diberikan, Cadangan Cg :
    JUMLAH BELIAN = Belian kredit + Belian Tunai
    Maka, Belian Tunai = Jumlah belian – Belian kredit = 30870 – 25080 = 5790

  55. Mintak tlg cg narzuki beri jawpan soalan buku teks bab ini yang last skali no. 7. sy tak dapat cari untung bersih dalam PP.

  56. salam ,cg

    ada kemusykilan pada pernyataan ini:

    pulangan jualan berjumlah RM 180 belum direkodkan dalam mana-mana buku.

    Adakah pulangan jualan ni masuk dalam Akaun Kawalan Penghutang?

  57. Suorahimi,

    Pada pandangan saya,
    Jelas dalam penyataan “pulangan jualan berjumlah RM 180 BELUM direkodkan dalam mana-mana buku.” … maksudnya TIDAK DIREKODKAN dalam Ak Penghutang / Kawalan Penghutang. Walau bagaimanapun ianya perlu diselaraskan di Penyata Pendapatan ( + pada PJ) & KKK (- pada Penghutang) nanti.

  58. Adakah ayat “tertinggal/terlupa catat” sama maksud dgn belum rekod dlm mana2 buku?

  59. Suorahimi,

    YA.. sama maksudnya …. bila tertinggal / terlupa, maka sudah tentu ianya belum direkodkan lagi.

  60. assalamualaikum cg ??
    saya tak faham soalan nie ??
    1 April 2012 31 Mac 2013
    Kenderaan RM12000 RM10800
    Maklumat tambahan:
    Sebuah kenderaan lama bernilai RM5890 yang dimiliki oleh Lokman digunakan oleh jurujual syarikat dan perkara ini belum direkodkan .
    Macam mana nak selesaikan soalan ini cikgu ??
    Adakah terdapat susut nilai kenderaan dan berapakah nilainya ??
    Berapakah baki kenderaan yang akan dibawa ke kunci kira-kira ??

  61. Nur fatiha,

    Pada pandangan Cg, daripada maklumat yang ada kita boleh lakukan analisis untuk mendapatkan Susutnilai, iaitu 12000+5890-10800
    Manakala nilai baki akhir kenderaan tetap 10800 —> KKK.

  62. salam cikgu
    saya x beberapa fham soalan n
    soalan n dibawah tajuk rekod tak lengkap
    maklumat tambahan:
    1)pindahan baki lejar belian ke lejar jualan jualan berjumlah RM420

  63. Arif,

    Maklumat tersebut berkaitan KONTRA dalam Ak Kawalan Penghutang (kredit) dan Ak Kawalan Pemiutang (debit)

  64. Selamat sejahtera Cikgu,
    Saya ingin bertanya…semasa saya buat Akaun Untung Rugi,terdapat SEWA TERDAHULU ,bagamana selesai ini?

  65. Sheery Kim,

    Sewa Terdahulu dikelaskan sebagai Aset semasa / Liabiliti Semasa, maka dimasukkan dalam KKK tidak dalam AUR.

  66. Salam cg
    Nak tanya, macam mana nak cari jualan kredit kalau dekat soalan takde baki penghutang pada tempoh awal perakaunan? #Spm2014 no.2

  67. Anuar,

    Buat seperti biasa.. guna cara pengiraan atau sediakan Ak Kawalan Penghutang (ikut kehendak soalan)…. cuma Baki awal penghutang = 0

  68. Kalau cara pengiraan mcm mana pulak cg? Maksud cg penyata mengira jualan kredit ke?

  69. Anuar,

    Ya.. cara penyata atau pengiraan matematik…. walau bagaimanapun kena rujuk kehendak soalan.

  70. Cikgu, mana nak letak kalau kadar bayaran? Kredit ke debit??

  71. Azmina,

    Aset dan Belanja –> DEBIT
    Liabiliti, Ekuiti dan Hasil –> KREDIT

    Kadar bayaran –> BELANJA –> DEBIT

  72. Hi Cg,
    Dalam soalan SPM2014 (2), perlukah tolak hutang lapuk daripada penghutang?

  73. WSY,

    Ya.. Penghutang perlu ditolak dengan Hutang Lapuk…. sebab baru dikesan.

  74. Cikgu,

    Jika maklumat tambahan ada pulangan belian,ini nak debit dalam akaun kawalan pemiutang dan masuk ke pp,betul?

    tapi jika makulumat tambahan tulis pulangan belian berjumlah RM260 belum direkod dalam “Mana-mana buku perniagaan”..cikgu,bagaimana buat soalan ini..saya debit 260 dalam akaun kawalan pemiutang dan tolak baki akhir pemiutang(juga masuk akaun kawalan),kemudian tambah pulangan belian dalam pp dan masuk pemiutang(angka yang telah tolak 260)ke kkk,betul ke,cikgu??

  75. Rnglihken,

    Jika BELUM REKOD.. maksudnya TIDAK DIREKOD dalam Ak Kawalan, maka ianya jadi item PELARASAN nanti.. iaitu Pulangan belian +260 …. Pemiutang -260

  76. terima kasih,cikgu…

    jika sekeping nota kredit berjumlah RM560 yang dihanyar kepada Kedai Alif belum direkod dalam akaun perorangan.
    bagaimana buat maklumat tambahan ini?
    nak rekod dalam akaun kawalan dan pp?

  77. Englihken,

    …”belum direkod dalam akaun perorangan.”…
    maksudnya TIDAK REKOD dalam Ak Kawalan….. jika kita masukkan dalam AK Kawalan.. itu sudah bertentangan dengan soalan.
    ..sebaliknya ianya merupakan item PELARASAN..

  78. terima kasih,cikgu..
    tapi dalam skema(trial spm 2014 pahang),ia masuk ke akaun kawalan dan baki akhir penghutang tolak juga? betul ke?

  79. Soalan
    Pulangan belian—–RM200
    Jika pulangan belian RM150 tertinggal rekod dalam buku,apakah jawapannya?

  80. Faisal,

    Catatannya..
    Dt Pemiutang 150
    Kt Pulangan beluan 150

    Maka pulangan belian akan bertambah.

  81. cikgu, dekat maklumat tambahan :
    i) invois belian barang bernilai RM 3 500 telah terlupa direkod dalam mana mana buku.
    macam mana nak buat cikgu ?

  82. Fun,

    Belian + 3500
    Pemiutang + 3500

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.