Kaedah Perbandingan

Membicarakan topik Rekod Tak Lengkap yang melibatkan Kaedah Perbandingan.

PENENTUAN PENDAPATAN KAEDAH PERBANDINGAN

– Pendekatan Kunci Kira-Kira

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

MODAL = ASET – LIABILITI

1. Untung bersih = modal akhir – modal awal

2. Untung bersih = modal akhir + ambilan – modal tambahan – modal awal

3. Menyediakan penyata untung rugi

4. Menyediakan penyata mengira modal (modal awal dan modal akhir)

  1. Cikgu, bolehkah saya tanya 1 soalan berkaitan penyata menghitung modal …

    soalan itu telah diberi aset dan liabiliti….
    selepas itu, maklumat tambahan ialah … sewa dibayar terdahulu RM600

    apabila menghitung modal akhir …perlukah saya melibatkan sewa dibayar terdahulu dalam aset itu….?

  2. Tam,
    ya,perlu dimasukkan sebagai aset dalam menghitung modal akhir.

  3. TQ Cg Eric,

    Sebagai tambahan : Konsepnya mudah saja, untuk menghitung MODAL AKHIR = ASET AKHIR – LIABILITI AKHIR.
    Jadi apa2 maklumat tambahan yang melibatkan/memberikan kesan kepada Aset dan Liabiliti pada AKHIR perlu dimasukkan/diambilkira dalam menghitung MODAL AKHIR.

  4. cikgu,sy adlh graduan lepasan uitm dlm bdg akaun.sy baru mmulakan kerjayya sbg guru tuisyen prnsip akaun.mslh sy adlh sy tdk tahu bgaimana kertas soalan ditanda dan bgaimana pemarkahan diberikan.ini mberi mslh kpd sy utk mnanda kertas student sy.utk pngthuan cikgu,sy xmngambil ape2 krsus perguruan ttp sy ingin mncri pngalaman dgn mnjadi guru tuisyen.can u help me???

  5. Cikgu Cella,

    Saya cadangkan pada peringkat permulaan, pastikan pelajar dapat menjawab dengan menggunakan format yang betul dan jawapan yang tepat. Pemberian markah secara mudahnya setiap item yang ditulis oleh pelajar akan diberikan markah.

  6. jika maklumat tambahan cakap pemilik mengeluarkan wang sebanyak 960 untuk kegunaan sendiri…. saya boleh tolak bank atau tunai atau tidak boleh tolak….

  7. Bagi topik ini, 3 perkara yang TIDAK perlu ditambah atau ditolak iaitu:
    1. TUNAI
    2. BANK
    3. STOK

    Ini kerana ketiga2 item tersebut dikira secara manual pada akhir tempoh perakaunan (bagi kes RTL). Maka segala ambilan, penerimaan atau pembayaran dalam/semasa tempoh perakaunan tersebut TELAHpun diambil kira atau tidak memberikan kesan kepada BAKI AKHIR item2 tersebut.

    Maklumat tersebut hanya diambilkira sebagai AMBILAN, bagi menghitung Untung Bersih.

  8. sifu terima kasih

  9. kalo dberi soklan……lekpn dbeli dgn harga rm 100 u kgnaan pjbt dgn wng pribadi/smpnn,,,adakah lekapapn trsbt prlu d+ dekat lekapan????

  10. ~ Maaf : Tulisan sedemikian tidak akan dilayan, sila guna tulisan lengkap, bagi memudahkan rakan2 pelajar lain yang memahaminya apa yang dibincangkan ~

  11. maaf cikgu,saya tersalah hantar kat cikgu.sebenarnya saya nak hantar dekat kawan saya(facebook).maaf cikgu.kalau maklumat tambahan mengatakan perabot dibeli untuk kegunaan perniagaan dengan harga rm 5000 menggunakan wang simpanan.adakah perabot tersebut perlu ditambah dekat modal akhir bahagian perabot?

  12. Seperti yang telah Cg katakan diatas, kita kena RUJUK SOALAN dan kenalpasti baki akhir perabot tersebut telah mengambil kira perabot yang dibawa masuk ataupun belum.

    Contoh 1: Diberi :
    Baki awal perabot = RM7000
    Baki akhir perabot = RM7000 atau “?” atau TIDAK DINYATAKAN
    Bawa masuk perabot (modal tambahan) = RM5000

    Maka, JELAS menunjukan BAKI AKHIR tersebut BELUM ambilkira modal tambahan, maka kena TAMBAH.

    Contoh 2: Diberi :
    Baki awal perabot = RM7000
    Baki akhir perabot = RM12000
    Bawa masuk perabot (modal tambahan) = RM5000

    Maka, JELAS menunjukan BAKI AKHIR tersebut TELAH ambilkira modal tambahan, maka tidak perlu tambah lagi.

    Kena ANALISA soalan dengan teliti bagi mengenalpasti perkara2 tersebut.

  13. aset ni tak kira menggunakan wang simpanan atau wang peribadi dengan wang simpanan?semuanya perlu di tambah.macam tu ke?

  14. Oleh kerana menggunakan wang simpanan peribadi, maka ianya dikelaskan sebagai MODAL TAMBAHAN.

    Sekiranya menggunakan wang perniagaan, itu dianggap belian aset bukan semasa. Kesan kepada PERABOT adalah sama diatas, cuma ianya TIDAK boleh dikatakan sebagai MODAL TAMBAHAN bagi mencari UNTUNG BERSIH nanti.

  15. maksud cg,sekiranya menggunakan wang simpanan/peribadi,ia tidak perlu ditambah dekat modal akhir.cuma letak dekat modal tambahan je.btul tak?

  16. Cuma perhatikan format Penyata Untung Rugi bagi kaedah perbandingan :

    Modal Akhir (kena ambilkira pelarasan yang terlibat)
    (+) Ambilan
    (-) Modal Awal
    (-) Modal Tambahan
    Untung/Rugi Bersih.

    Maka, bagi menjawab soalan ini, anda perlu kenalpasti 4 perkara: Modal Akhir, Modal Awal, Modal tambahan dan Ambilan.

    Setiap urus niaga / pelarasan kebiasaanya memberi 2 kesan. Contohnya bawa masuk perabot RM5000 dan ianya belum diambilkira lagi, maka kesannya Baki akhir Perabot akan TAMBAH. Nilai perabot baru akan digunakan dalam mengira MODAL AKHIR (Aset – Liabiliti). Manakala RM5000 juga merupakan MODAL TAMBAHAN dalam Penyata UNTUNG RUGI.

  17. cg,saya masih kurang jelas.adakah sekiranya menggunakan wang simpanan/peribadi tidak perlu ditambah dekat modal akhir?

  18. macam ni ke cg.-sekiranya ia tak menyatakan aset bukan semasa sudah diambil kira,ia perlu ditambah walaupun menggunakan wang simpanan/peribadi.

  19. Secara ringhkasnya, belum ambil kira, maka ke TAMBAH.

  20. baik,cg.terima kasih.

  21. kena tambah walaupun menggunakan wang simpanan.kawan saya masih tak faham.

  22. Persoalan disini ialah PERABOT bertambah atau tidak. Jika ada maklumat kata perabot baru dibawa masuk dan ianya belum diambilkira, maka kena TAMBAH, kerana pelarasan dilakukan terhadap nilai perabot tersebut.

  23. cube cg terangkan dan selesaikan:
    PERABOT RM 5000
    maklumat tambahan:
    1.perabot dibeli untuk kegunaan pejabat dengan harga rm 600 menggunakan ‘wang simpanan’.

  24. 1. Kena kenal pasti perabot RM5000 yang diberi, adakah baki awal atau baki akhir ? .. bagi menentukan perlu ditambah atau tidak.
    2. Membawa MASUK wang/aset peribadi pemilik ke dalam perniagaan merupakan MODAL TAMBAHAN RM600. Dan perlu dimasukkan dalam Penyata mengira Untung Rugi.

  25. perabot baki akhir.perabot tak perlu dimasukkan ke dalam modal akhir ke cg?

  26. Pada pandangan Cg, oleh kerana RM5000 adalah BAKI AKHIR dan TIDAK dinyatakan bahawa perabot RM600 belum direkod dalam mana2 buku. Maka kita boleh andaikan bahawa BAKI AKHIR RM5000 sudahpun termasuk perabot tersebut. Maka nilai perabot TIDAK PERLU ditambah RM600 lagi.

    Kecuali Perabot RM5000 merupakan BAKI AWAL ataupun dinyatakan ianya BELUM diambilkira lagi, baru diTAMBAH bagi mendapat BAKI AKHIR.

    MODAL AKHIR = ASET AKHIR – LIABILITI AKHIR.

  27. tapi kenapa soalan spm 2008 perabot ditambah?bukankah soalannya sama….?

  28. spm 2008 sebab ia memberi baki awal perabot RM8900 dan baki akhir juga RM8900, ini menunjukkan baki akhir belum lagi ditambah dengan perabot yang baru dibeli tahun ini.

  29. Faiz,

    Topik RTL adalah topik yang memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding topik2 lain, kita kena pandai menganalisis maklumat yang diberikan. Kita kena baca soalan KESELURUHAN, kena kenal pasti adalah baki2 yang diberikan perlu dilakukan pelarasan atau tidak.

    Merujuk kepada soalan SPM2008, kita boleh katakan baki2 akhir yang diberikan masih perlu diselaraskan kerana masih ada MAKLUMAT TAMBAHAN LAIN yang menunjukkan Penghutang masih perlu diselaraskan dengan hutang lapuk, kenderaan perlu disusutnilaikan, pemiutang perlu diselaraskan dengan pulangan belian. Maka, dalam kes tersebut Lengkapan juga perlu diselaraskan dengan TAMBAH kepada baki yang sedia ada. Jika soalan yang ditanya sebelum ini menyamai soalan spm2008, maka PERABOT tersebut juga perlu diselaraskan bakinya dengan TAMBAH RM600.

    Maaf, jika Cg jawapan sebelum ini mengelirukan Faiz, mungkin Cg tidak nampak gambaran keseluruhan soalan tersebut.

  30. baiklah cg…tak kisah…saya pun salah sebab tak kasi soalan penuh.terima kasih

  31. cg,soalan terakhir.ni saya ambil dari ujian sekolah saya.
    30 jun 2010 RM
    kenderaan 36500
    MAKLUMAT TAMBAHAN=
    1)dalam tahun itu,sebuah kenderaan bernilai RM24000 telah dibeli dengan wang simpanannya untuk kegunaan perniagaan.
    soalan saya,adakah kenderaan di maklumat tambahan perlu ditambah dekat penyata modal akhir?

  32. Pada pendapat Cg kes ini mungkin sama dengan kes2 yang ditanya sebelum ini. Di mana baki yang diberikan perlu dilakukan pelarasan terlebih dahulu bagi pengiraan Modal AKhir,

  33. maksud cg perlu ditambah?,soalan ini tiada pelarasan.saya ambil yang penting je.

  34. Cikgu… nak tanya mengenai soalan RTL SPM 2008 (soalan no 5)
    Nak tanya mengenai perkara berikut dalam maklumat tambahan:
    (a)Sepanjang tahun kewangana …. pemilik telah mengambil barang niaga berjumlah RM1000 dan wang tunai RM300…..

    i. Ambilan barang niaga RM1000 tu kena tolak daripada stok akhir ke?(dalam contoh jawapan tak ditolak)
    ii. ambilan tunai RM300 tu kena tolak dari baki tunai ke?(dalam contoh jawapan tak ditolak)

    (b)Pulangan belian RM600 tu kena tolak stok akhir ke?(dalam contoh jawpan tak ditolak)

    Harap cikgu dapat jelaskan… saya kelirulah…
    terima kasih….

  35. Muni,

    (a) (i) TIDAK perlu tolak daripada STOK AKHIR.
    (a) (ii) TIDAK perlu tolak daripada TUNAI.
    (b) TIDAK perlu tolak daripada STOK AKHIR.

    Dalam kes RTL…. Baki akhir TUNAI, BANK dan STOK … dikira secara FIZIKAL, jadi NILAI yang diperolehi tersebut merupakan nilai sebenar yang ada ditangan pada AKHIR tempoh tersebut. Sekiranya dimakluman SEBELUM ini ada AMBILAN, PULANGAN dan sebagainya yang berkaitan dengan Tunai, Bank dan Stok, maka perkara tersebut telahpun diambilkira dalam BAKI AKHIR yang diperolehi. …….. KECUALI dinyatakan dalam soalan bahawa perkara tersebut BELUM DIAMBILKIRA lagi, barulah kita tolak amaun tersebut.

  36. Terima kasih atas jawapan cikgu.

    Kalau maklumat tambahan tersebut ialah untuk penyata kewangan milikan tunggal..sama juga macam penerangan cikgu diatas ke … atau kena buat pelarasan cikgu?.. atau bergantung kepada ayat….”belum diselaraskan/belum diambilkira”

  37. Muni,

    Topik tersebut ada kelainan sedikit , pelarasannya bergantung kepada penyataan ayat.

  38. assalamualaikum cg.

    berkaitan rekod tak lengkap soalan percubaan 2012 terengganu.
    sekiranya ada pulangan belian yang belum direkod dalam mana-mana buku, bagaimana perekodan yang perlu dibuat dalam rekod tak lengkap?
    adakah ia memberi kesan pada stok dan pemiutang?

  39. Cg Amani, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Merujuk kepada soalan tersebut, PB perlu dibuat pelarasan dengan Dt Pemiutang dan Kt Pulangan Belian, dalam kes ini (RTL) tiada PB, maka hanya PEMIUTANG perlu diselaraskan dengan TOLAK nilai tersebut, Ak STOK tidak terlibat.

  40. 1/1/2013 31/12/2013
    premis 80000 80000
    Insurans terdahulu – 240
    Penghutang 4600 5280
    Bank 630(kt) 4500
    Pemiutang 3200 2700

    Maklumat tambahan:

    1)Peruntukan hutang ragu dianggarkan 4%daripada penghutang bersih

    2)Perniagaan telah menyewa sebuah gerai di pasar bermula 1/7/2013 pada kadar RM150 sebulan.Sehingga akhir tempoh perakauan,perniagaan telah membyar sewa sebanyak RM750

    Cg, perlukah kita memebuat pelarasan?

  41. Cg,
    minta maaf atas typing ….

    1/1/2013
    premis- 80000
    Insurans terdahula 0
    Penghutang 4600
    Bank 630(kt)
    Pemiutang 3200

    31/12/2013
    Premis 80000
    Insurns terdahulu 240
    Penghutang 5280
    Bank 4500
    Pemiutang 2700

  42. Chee,

    YA pelarasan perlu dilakukan keatas baki2 Aset dan Liabiliti pada 31/12/2013. Supaya nilai Modal akhir (A-L) menunjukkan nilai yang sebenar.

  43. cg,
    Merujuk kepada #41

    KKK tidak ada A/k Sewa, jadi kena buka satu A/k baru

    Sewa terakru- RM900-RM750 =RM150
    PHR -RM5280x4%=RM211

  44. Chee,

    Ya, kedua2 akan memberikan kesan ke atas Modal Akhir.

  45. terima kasih ,cg

  46. Cikgu

    Kalau maklumat tambahan tentang ambilan seperti pemilik telah membuat ambilan tunai RM300 dan barang niaga RM200 setiap bulan untuk kegunaan keluarganya

    Macam mana membuat kira dan catatan?

  47. Li,

    Maksud soalan tersebut…. ambilan tunai dan barang niaga adalah untuk sebulan, jika untuk 6 bulan maka pengiraannya:
    Ambilan = (200+300) X 6 = RM3,000

    Dan dicatat dalam Penyata Untung Rugi:
    Modal Akhir
    (+) Ambilan 3,000
    (-) Modal awal
    (-) Modal tambahan
    Untung Bersih

  48. Cikgu

    Akan tetapi sama soalan bagi percubaan and SPM tetapi tidak sama pengiraan

    Soalan percubaan 2014
    Pemilik mengambil barang niaga RM2400 dan wang tunai di bank RM100 setiap bulan untuk keguaan keluarga.

    Kiraan: RM2400 + (RM100x12) =RM14400

    Jadi pengiraan yang manakah adalah betul??

  49. Li,

    Kedua-duanya ayatnya nampak sama tetapi PENEGASAN AYAT sedikit berbeza serta NILAI yang dinyatakan juga menampakkan rasionalnya.

    Pemilik telah membuat ambilan (tunai RM300 dan barang niaga RM200) setiap bulan
    Pemilik mengambil (barang niaga RM2400) dan (wang tunai di bank RM100 setiap bulan)

  50. hi cikgu, saya mendapati jawapan SPM 2014 soalan 4(c) iaitu soalan rekod tak lengkap jawapannya dalam buku berbeza daripada jawapan yang saya dapat.
    modal akhir saya RM98 567
    untung bersih RM2 535
    apakah jawapn sebenar?

  51. Kalai,

    Jawapan yang anda dapat adalah BETUL.

  52. Cikgu
    Soalan percubaan perlis 2016
    Soalan kata Nota kredit drpd pemiutang belum direkod Dalam mana-mana buku
    Jawapan:stok- pemiutang-

    Soalan percubaan mrsm2016
    Soalan kata pulangan belian belum diambil kira
    Jawapan:pemiutang-

    Bagaimana dapat mengetahui stok perlu tolak atau tidak?

    belum diambil Kira sama dengan belum dicatat dalam mana-mana buku?

  53. Yap,

    Stok akhir diperoleh dengan mengira stok yang ada dalam kedai pada masa tersebut.. sebarang urus niaga sebelum itu.. telahpun diambilkira…maka tidak perlu tolak/tambah nilai stok.
    Kecuali dimaklumkan urus niaga tersebut belum diambilkira dalam pengiraan stok sebelum ini… barulah kita tambah/tolak nilai stok yang ada.

  54. Cikgu maknanya sekiranya soalan Ada belum direkod stok perlu tolak?

  55. Yap,

    Jika penyataannya mengambarkan penilaian stok belum mengambilkira urus niaga tersebut… maka nilai stok perlu diselaraskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.