PERMOHONAN SIJIL LCCI – SPM 2010

Bagi mana-mana calon SPM 2010 yang tertera gred LCCI pada slip keputusan SPM 2010, maka anda adalah LAYAK menerima SIJIL LCCI tersebut.  Walau bagaimanapun permohonan untuk mendapatkan sijil tersebut perlulah dilakukan terlebih dahulu.  Tahniah diucapkan kepada pelajar2 yang berjaya.

Sebaik-baiknya guru membantu pelajar dengan mengedarkan borang tersebut dan kumpulkan borang permohonan tersebut untuk dihantar kepada pihak LCCI secara berkelompok.

[dm]71[/dm] [dm]70[/dm]

PROSEDUR PERMOHONAN

Calon boleh memohon sijil LCCI melalui cara-cara berikut :

1 APRIL – 30 APRIL 2011

Calon boleh memohon melalui sekolah masing2 dengan menggunakan Borang Permohonan LCCI.  Pihak sekolah hendaklah menghantar semua borang permohonan kepada LCCI pada atau sebelum 30 APRIL 2011.  Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai SEPTEMBER 2011.

1 MEI – 31 OKTOBER 2011

Calon boleh memohon secara terus atau melalui perkhidmatan pos kepada Pejabat LCCI International Qualifications Malaysia / Pusat Latihan yang dilantik oleh LCCI. Calon boleh mendapatkan sijil LCCI dari sekolah masing2 mulai JANUARI 2012.

Posted on March 23, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 100 Comments.

  1. apa kelebihan lcci ?

  2. Sila rujuk di ATAS tentang Kelebihan Sijil LCCI.

  3. Terima kasih cg,koleksi soalan 2010 banyak membantu pelajar saya dpt 100% dan 22 drp 37 pelajar dapat sijil LCCI. Semoga usaha murni cg ini akan mendapat ganjaran daripada allah …. tahun ni buat lagi ….

  4. Tahniah diucapkan atas pencapaian tersebut. Semoga pencapaian pada tahun ini dapat ditingkatkan lagi, InsyaAllah.

  5. cikgu, macam mana pula utk apply sijil LCCI utk tahun 2010, same ke dgn tahun tahun lepas? saya pun sebenarnye tak berapa faham tentang LCCI ni. saya dapat 1119(GCE-O)-6C dan LCCI-1. pendapat cikgu amat saya hargai.

  6. Najwa,
    Prosedur Permohonan boleh rujuk di ATAS. Tahniah Cg ucapkan kerana berjaya dengan cemerlang, iaitu gred 1 bagi LCCI.

    KELEBIHAN SIJIL LCCI :
    1. PENGIKTIRAFAN – LCCI menyediakan latihan praktikal dan kelayakan yang diperakuan oleh kebanyakan syarikat, Badan Profesional seperti ACCA dan CIMA serta universiti-universiti menerima kelayakan LCCI.
    2. ANTARABANGSA – LCCI menawarkan kelayakan yang berkualiti tinggi, konsisten dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
    3. FLEKSIBEL – LCCI terkenal di kalangan calon sepenuh masa dan orang dewasa yang sibuk bekerja kerana modul jangka pendeknya yang boleh disempurnakan dalam tempoh masa yang tertentu.

    # Dipetik daripada laman LCCI.

  7. Assalamualaikum, terima kasih cg. Alhamdulillah anak-anak didik saya berjaya dan sebahagian besar layak utk mohon LCCI. Bahan cikgu byk manfaat kpd anak-anak didik saya. Smg usaha murni cikgu diberkati dan diredhai allah. AMinn

  8. Waalaikumussalam,
    Tahniah diucapkan, semoga pencapaian tersebut terus ditingkatkan pada tahun ini.

  9. trime kasih ye cikgu 🙂

  10. Alhamdulillah…dgn bantuan nota & koleksi trial yg disediakn oleh cg, seramai 24org drpd 29 org pelajar sek saya b’jaya m’perolehi sjl LCCI. Terima kasih cg & semoga usaha murni ini berterusan….

    1 soalan: adakah borang analisis permohonan sjl lcci oleh phk sek perlu dihantar b’sama2 dgn borang p’mohonan pljr? jika ya, adakah borangnya sama dgn borang thn lps?

    terima kasih…

  11. Cg Hasliza,
    Tahniah atas pencapaian tersebut. Permohonan pada tahun ini terus kepada LCCI dan tiada Borang Analisis Permohonan diberikan. Pada pandangan saya, adalah lebih baik kita hantar juga borang tersebut bersama2 borang permohonan pelajar bagi memudahkan pihak kita dan juga LCCI membuat semakan bagi mengelakkan keciciran.

  12. salam cgu narzuki…
    terima kasih di atas sumbangan dari cgu yg banyak membantu pelajar sy mendapat keputusan yg cemerlang..
    Mengenai permohonan sijil LCCI adakah hanya dgn mengisi borang yg cgu sertakan ini atau perlu ikut seperti mana tahun lps yg memerlukan beberapa salinan dan pengesahan pengetua sekolah…
    harap cgu dapat memberi penjelasan…

  13. Tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang pelajar2 Cikgu Sue.

    Tahun ini berbeza berbanding tahun lepas, sila ikut Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI yang dikeluarkan untuk calon SPM 2010. Serta Procedur Permohonan seperti yang telah dinyatakan diatas.

  14. nk tanya skit dri mana kte boleh dpat kn borang pmohonan lcci ni.

  15. Maza,
    Sila muat turun borang tersebut di ATAS.

  16. salam cikgu…terima kasih atas setiap jasa cikgu..boleh cikgu terangkan ape perbezaan dan kelebihan antara sijil lcci kod 1 dan kod 4??

  17. Qifays, bezanya dari segi penguasaan dalam BI 1119C.

    Jika Bahasa Inggeris 1119C mencapai 6C keatas :
    Kod gred LCCI 1 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 2 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 3 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun”

    Jika Bahasa Inggeris 1119C tidak mencapai 6C / kebawah :
    Kod gred LCCI 4 – Lulus dengan Cemerlang
    Kod gred LCCI 5 – Lulus dengan Kepujian
    Kod gred LCCI 6 – Lulus
    # Layak menerima Sijil LCCI “Tahap 2 Simpan kira dan Akaun (Bahasa Melayu)”.

  18. alhamdulilah sy tlh mendapat A dalam sbjk akaun….teme kasih cg kerna byk beri tunjuk ajar…thanks so much….cg sy xambik admath spm tapi boleh xsy mohon diploma akaun di uitm …or u yg menawarkan course akaun?

  19. Tahniah Cg ucapkan. Masih boleh asalkan memenuhi syarat2 kemasukan yang telah ditetapkan oleh IPT berkenaan.

  20. sy nak tanya apa kegunaan borang LCCI?..selain untuk prinsip akaun?…

  21. Mana2 pelajar yang tertera 3756(LCCI)-1/2/3/4/5/6 dibahagian bawah slip keputusan, bermaksud pelajar tersebut sudah LULUS Prinsip Perakaunan mengikut penilaian pihak LCCI dan LAYAK untuk mendapat Sijil Pengiktirafan daripada mereka. Cuma kena memohon terlebih dahulu dengan bayaran sebanyak RM25 untuk mereka keluarkan Sijil tersebut.

  22. cikgu, saya mendapat A dalam account.terimakasih cikgu krn sudi membantu saya.
    cikgu ingin bertanya kawan saya juga mendapat A dalam account tetapi bahasa inggeris dia C. sekarang siji llci dia dalan level 4 iaitu dalam bm.bagaimana cikgu dia sijil llci dlm bm akan bi dia kredit kenapa cikgu?

  23. Bukan gred BI mengikut penilaian LPM, tetapi BI 1119(GEO-O) dibahagian bawah slip bersebelahan gred LCCI.

  24. kite blh mhn sndiri x??

  25. Pelajar kena mohon sendiri bukannya pihak sekolah. Bagi tempoh 1 – 30 April 2011 guru hanya membantu mengumpul dan menghantar borang2 permohonan tersebut secara kelompok bagi mengelakkan sebarang keciciran. Manakala bagi tempoh 1 Mei – 30 Oktober 2011 pelajar hendaklah menghantar permohonan terus ke pejabat LCCI.

  26. cikgu, kalau saya dapat lcci 6, adakah ianya memberi harapan kpd saya untuk layak ke kemuncak yang seterusnya dalam bidang perakaunan?????

  27. Rai,
    Peluang anda masih lagi terbuka luas, asalkan anda bersungguh2. Pelajar yang tidak mengambil prinsip perakaunan semasa SPM pun masih lagi berpeluang menceburi bidang perakaunan, inikan pula Rai yang mengambil PA dan LULUS LCCI.

  28. cikgu.. saya x faham la.. dah isi nak anta at ane?? boleh sms at saya x? 0193914761… atau email saya sblum 31hb…

  29. Lyn, sila baca panduan pelaksanaan permohonan sijil LCCI yang telah Cg sediakan di ATAS.

  30. apakah yg dapat lcci4 maknanya perakaunannya kurang baik? dan adakah yg dpt 4 tidak layak untuk pelepasan 2 kertas book keeping lcci?

  31. Saha,

    LCCI Gred 4 bermaksud anda LULUS DENGAN CEMERLANG dalam akaun, cuma BI 1119C anda tidak Kredit. Mana-mana pelajar yang diberikan gred LCCI dalam slip keputusannya adalah LULUS dan layak mendapat pengecualian level 1 dan level 2 LCCI. Pelajar yang tiada gred LCCI dalam slip, bermaksud mereka GAGAL.

  32. salam…sye dpt akaun a tp lcci sye dpt 5…trok sgt ke???n sye nk tau pe prbzaan antre sjil lcci bhse mlayu n sbliknye???sye kurang pham dgn prkare ini…

  33. cikgu,salinan ic dan result tu kena cop daripada penolong kanan atau cikgu yang mengajar PA ko?macam mana nak tau yg borang tu dah sampai ke pejabat atau tak melalui internet?kalu sy x letak sampul surat kosong dlm pos express tu ,secara automatik sy x leh terima sijil lcci ko ?

  34. salam, kalau kita tak ingat, dulu kita tanya soalan dibawah tajuk apa..bgaimana cara nak semak ye? ada sesiapa yg blh tlg bgtau kat sy?

  35. bolehkah lepasan diploma perakaunan politeknik memohon untuk lcci? macam mana cara nya?

  36. Afif,
    Boleh, sila layari laman LCCI atau IPT yang menawarkan program tersebut.

  37. cikgu,tlg bls….(utk mohon sijil lcci)

    cikgu,salinan ic dan result tu kena cop daripada penolong kanan atau cikgu yang mengajar PA ko?macam mana nak tau yg borang tu dah sampai ke pejabat atau tak melalui internet?kalu sy x letak sampul surat kosong dlm pos express tu ,secara automatik sy x leh terima sijil lcci ko ?

  38. salam.. perlu ke salinan ic/slip dengan cop pengesaahan dari skolah?

  39. Aizam,

    Salinan K/p dan Slip keputusan perlu disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

  40. cg…akaun bi 1119 sy dpt 6c…ape maksudnyer tu?
    terok sgt ker bi sy?

  41. SIJIL LCCI 2009
    Salam cikgu Narzuki,
    Masih bolehkah murid yang layak mendapat sijil LCCI 2009 tetapi tidak memohon pada tahun lepas memohon pada tahun ini?kalau boleh bagaimana prosedurnya?

  42. Suzilawati,
    Berdasarkan maklumat ang diterima daripada pegawai LCCI, permohonan sijil hanya untuk tahun semasa sahaja, sekiranya pelajar tidak kemukakan permohonan pada tahun yang sepatutnya, maka sijil TIDAK akan dikeluarkan lagi untuk mereka.

  43. klau salinan tu x dicopkan oleh pengetua skolah ,macam mana ?

  44. Yen,
    Kalau bukan pengetua sekolah, boleh juga disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Sekiranya tiada pengesahan tersebut, ianya dianggap tidak lengkap dan kemungkinan akan diketepikan.

  45. oooo,so kena mintak mula la ..mintak tu kena tggu sebulan lagi la….

  46. cikgu,klau mhon sndiri bleh kn??nak pos nye pd 1/4 – 30/4 ke atau 1/5 – 31/10??lepas tu nanti dia hntr sjil lcci tu at almat umah kita lah ye??

  47. Nabihah,
    Pohon sendiri boleh mulai 1 Mei – 31/10, cuma sijil tersebut akan dapat lewat sikit, iaitu pada bulan JANUARI 2012. Berbanding hantar melalui sekolah akan dapat sijil tersebut pada bulan SEPTEMBER 2010… Sijil tersebut akan dihantar ke SEKOLAH.

  48. sy nk tnye …klu gune borang yg print kt internet leh pkai x tuk dptkn sijil lcci tue??

  49. salam…cg, saya nk ucapkan terima kasih sebab dah banyak tolong saya dalam PA…Alhamdulillah, saya dapat akaun A+ dan lcci-1….terima kasih untuk koleksi soalan PA yang cg share kat sini….semua tu dah banyak membantu saya supaya lebih yakin semasa menjawab soalan akaun dan dapat membiasakan diri saya dengan soalan2 akaun….TERIMA KASIH, CG!!!….

    tapi saya nak tanya…kalau saya nak sambung study nanti…lcci tu lain ye dengan perakaunan yg biasa…tapi bole tak kalau kita nak guna lcci kita tu untuk perakaunan di ipt yang tak menawarkan lcci??…
    bole tak cg terangkan kat saya???….

  50. salam…cg….kalau nak pohon sendiri,1.5 ni dah bleh pohon….so,sy nak tnye cg…..apa yg sepatutnye kita ada untuk memohon sijil lcci ni secara terus tanpa bantuan drp pihak sekolah??????sbb kalau pohon melalui pihak sekolah,kne bayar rm25……..pas2,borang pon dah disediakan oleh cg…..kalau pohon secara terus mcammne plak???????

  51. assalam…ckgu, sy nk tanye berkaitan dengan sijil LCCI yang dipohon oleh pelajar2 SPM 2009…pelajar2 sy masih belum dpt lagi sijil tersebut….

  52. Cuba bertanyakan SU Peperiksaan ataupun di pejabat sekolah, kerana kebanyakan sekolah telah terima. Jika tiada juga, cuba hubungi JPN.

  53. Assalamualaikum,

    Mohon kebenaran Cikgu utk saya bantu sikit jawab mengenai permohonan Sijil LCCI utk lepasan SPM 2010.

    #49 zafirah : borang yg print kat internet boleh dipakai asalkan ianya borang utk tahun 2010.

    #50 ria pai’e : anda boleh gunakan sijil LCCI itu sebagai sokongan utk permohonan anda ke IPT tersebut.

    #51 diba : utk permohonan sendiri pun sama juga. hantarkan borang permohonan, salinan kad pengenalan, salinan slip keputusan SPM dan wang pos RM25. Semua yg diperlukan ada tertulis pada borang permohonan.

    #52 fidzah84 : Anda juga boleh cuba bertanya pada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya permohonan telah dihantar Lembaga akan mempunyai data permohonan tersebut dan mereka boleh meminta pihak LCCI utk mengeluarkan sijil ganti. LCCI hanya boleh mencetak semula sijil2 yg tidak sampai kpd sekolah sekiranya telah disahkan dan diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.

    Harap maklumat2 ini dapat membantu.

    Terima kasih.

  54. En Hisyam, waalaikumussalam.

    Kesudian menjawab soalan2 tersebut, amat dialu-alukan. Terima kasih.

  55. assalamualaikum ckgu..

    walaupun agak trlambt,,
    sy nk ucapkn trima kasih pd ckgu kerana lman web byk membantu sy shingga sy mndapt A+ dlm subjek akaun utk spm 2010 🙂
    smoga ckgu truskn usaha ckgu dlm membantu pelajar2 laen 🙂

    sy nk tnye..
    klau salinan ic dgn slip kputusan tu disahkn oleh penolong kanan sekolah bleh diterima ke ?
    ataupun ttap kne pengesahan dr pengetua ?

  56. Emyra, waalaikumussalam.

    Tahniah diucapkan atas pencapaian cemerlang tersebut.
    Pada Cg, tiada sebarang masalah jika salinan2 itu disahkan oleh PK.

  57. Assalamualaikum…
    Cg, saya nak tanya sikit nie…. Saya ambil kputusan SPM, lewat dri rakan2… sminggu slepas trikh kluar, baru saya ambil, atas sbab2 yg xdpt dielak…. rakan2 ada bg tahu, sewaktu ambil kputusan, ada guru yg beri satu borg yg berkaitn dgn LCCI…. sewaktu saya mnta di pejabat(masa ambil result skali), mereka tanya, saya ambik spm thun bila, saya ckp, thun 2010, n bila saya mntk borg tue, mereka mnta saya dtg thun dpan… but, kwn2 ckp, kna antar…. jd, skrg saya dalam kekeliruan……
    berkaitan dgn tarikh…. 1-30/4 & 1/5-30/10/2011……. apa beza? saya xfhm…. borg tue, saya masih boleh dptkan x? n apa yang perlu saya lakukan?
    Hope sgt2 Cg Narzuki dpt membantu….. TQ

  58. Farah, waalaikumussalam.

    Sila hantar segera borang permohonan sijil LCCI tersebut sebelum tarikh 30/10/2011, sekiranya lewat maka anda akan terlepas peluang untuk mendapatkannya.

    Sila muat turun Borang dan Peraturan yang telah Cg sediakan diATAS…. lengkapkan dan serahkan bersama dokumen berikut :

    Wang Pos RM 25.00 ……. kepada : LCCI lnternational Qualifications (Malaysia) Sdn.Bhd.
    1 Salinan Kad Pengenalan ….. yang disahkan
    1 Salinan Slip Keputusan SPM 2010…… yang disahkan

    Borang dan dokomuen tersebut perlu di hantar terus ke Pejabat LCCI Kuala Lumpur, di alamat berikut :

    LCCI lnternational Qualifications (Malaysia) Sdn.Bhd.
    Suite 11.01, 11 th Floor
    Menara Yayasan Selangor
    18A, Persiaran Barat
    46000 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan

    Perbezaan hantar permohonan pada 1-30/4 atau 1/5 – 30/10/2011 telah Cg nyatakan diATAS.

  59. saya calon spm 2008 ,saya dapat borang untuk apply sijil lcci di sekolah, tapi x dapat pon . macam mana saya nk dapat kn sijil tuh?

  60. cik suhada,

    ada hantar tak application tu? kalau ada hantar, tapi belum dapat sijil, sila hubungi pejabat LCCI di talian 03-7620 6366 dan tanya pada bahagia operasi. mereka akan beritahu bagaimana utk mendapatkan sijil tersebut. Tetapi, hanya jika cik sudah menghantar permohonan pada 2009. Kalau tak hantar, mmg tak dapat nak tolong.

  61. Assalamualaikum…
    owh… thanx a lot yew Cg 4 the information…..
    err, berkaitan salinan2 yg perlu disahkan tue, kalau pegawai A yg sahkan, pun xpe kan??? xsemestinya phak skolah kan??

  62. salam cg Narzuki,
    sy nk tnye ape kepentingan sijil LCCI..??

  63. Dani,

    KELEBIHAN SIJIL LCCI :
    1. PENGIKTIRAFAN – LCCI menyediakan latihan praktikal dan kelayakan yang diperakuan oleh kebanyakan syarikat, Badan Profesional seperti ACCA dan CIMA serta universiti-universiti menerima kelayakan LCCI.
    2. ANTARABANGSA – LCCI menawarkan kelayakan yang berkualiti tinggi, konsisten dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
    3. FLEKSIBEL – LCCI terkenal di kalangan calon sepenuh masa dan orang dewasa yang sibuk bekerja kerana modul jangka pendeknya yang boleh disempurnakan dalam tempoh masa yang tertentu.

    # Dipetik daripada laman LCCI.

  64. salam..
    sya nk tny..
    sya spm 2003..
    dpt a2 dlm accounting..
    blh x sya mohon lcci..
    cmna cra nk memohon??
    klu x keberatan blh emelkn jwpn pd sya..
    terima kasih

  65. As salam Cg Narzuki,
    saya x berapa faham dgn KAD PENGENALAN YANG DISAHKAN .. kiranya kita perlu fotostat IC then dptkan cop dri sekolah ke?klau kita just fotostat IC je x boleh ye?

  66. Faud,

    Semua salinan fotostat perlu DISAHKAN terlebih dahulu dalam apa2 urusan sekalipun, sebagai bukti ianya adalah TULEN. Pengesahan salinan tersebut boleh dibuat sekolah… tanpa pengesahan tersebut, salinan tersebut boleh dianggap tidak tulen.. dan ada kemungkinan permohonan tersebut akan ditolak.

  67. ooo terima kasih cg .. then sya nk tnya btul ke cg acct sya ckp klau kita ada sijil LCCI kita boleh bekerja di bank negara sebagai kerani acct?

  68. Faud, ya boleh memohon jawatan tersebut jika ada kekosongan.

  69. Boleh kew? walaupun kita tiada diploma, hanya setakat SPM sahaja????

  70. Farah,

    Boleh, jika berminat untuk mandapatkan Sijil Profesiaonal LCCI. Sila layari laman sesawang IPT yang menawarkan program tersebut untuk mandapatkan maklumat lanjut….. ataupun laman LCCI (klik).

  71. salam,bleh saya tau kalau saya smasa sk megh dulu xambil akaun bleh ke nak ambil sijil lcci?mcm mana cara n di mana tmpt y tawarkn??saya tggal di kl

  72. Luth,

    Jika berminat nak ambil tiada masalah, kerana ianya terbuka kepada sesiapa sahaja. Boleh hubung pejabat LCCI ataupun layari laman sesawang LCCI (klik).

    Senarai Pusat Latihan yang mendapat pengiktirafan LCCI (klik)

  73. Cikgu saya kurang faham mengenai sijil LCCI itu.Apa kepentingannya kepada pelajar akaun?Boleh cikgu terangkan?

  74. Intansuhana,

    Sila baca Buletin : Lepasan SPM Boleh Terus Ikuti ACCA, LCCI (klik)

  75. salam cikgu,
    saya lepasan spm 1998..saya berminat utk mngambil sijil LCCI dan suda mula belajar utk Level 1.. saya nak tanya jika result spm saya hanya 3 kredit ttp english saya dapat 9, maths 7 n BM 7 adakah saya layak utk mengambil progran LCCI?

  76. Ahmad Zaki,

    Setahu saya, program LCCI ini terbuka kepada sesiapa yang berminat, teruskan pembelajaran anda .. semoga berjaya.

  77. Assalamualikum cikgu,
    terima kasih saya ucapkan kpd cikgu sebab menyediakan bahan2 untuk membantu cikgu saya mengajar. saya terpandang tulisan “cgnarzukionline” pada setiap kertas bahan yg cikgu saya sediakan. oleh sebab tu saya dapat A dlm PA dan LCCI – 1 walaupun saya hanya sempat belajar PA dalam masa 4 bulan. terima kasih cikgu 🙂

  78. Zulfahmi, waalaikumussalam.

    Tahniah Cg ucapkan atas kejayaan tersebut. Semoga akan terus berjaya dengan cemerlang dimasa-masa hadapan. …Sama2.

  79. salam cikgu,

    saya tengah belajar LCCI-Level 1, ada tak notes mengenai LCCI untuk rujukan dlm bahasa english? saya keliru notes yg dlm bahasa melayu sbb saya ikuti pembelajaran dlm english.. dan boleh tak cikgu terangkan serba sedikit topik2 yg ada dlm LCCI level 1, level 2 n level 3..

  80. salam cikgu,

    lupa nak tanya, ada tak contoh2 soalan exam LCCI-Level1 utk tahun2 yg lepas dan bagaimanakah cara permarkahan utk calon persendirian..tq cikgu..

  81. Jamil,

    Saya cadangkan beli buku rujukan dan set soalan dan jawapan tahun2 lepas yang dikeluarkan dan dijual oleh LCCI sendiri. Sila hubungi terus pihak LCCI (klik) untuk membuat tempahan ataupun pergi sendiri ke pejabatnya.

    LCCI International Qualifications,
    Suite 11.01, 11th Floor,
    Menara Yayasan Selangor,
    18A Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya,
    Selangor, MALAYSIA.

    Tel: + (603) 7620 6366
    Fax: + (603) 7620 6338
    Email: infomy@lcciasia.com

  82. Assalam…
    ckgu,sy masih tak faham lagi tentang LCCI ni…bg pelajar2 yg dh terima sijil tersebut dan telah melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS (kecuali LCCI), apa kegunaan sijil tersebut kepada mereka?

  83. Fidzah84, wa’alaika al-salam.

    Berdasarkan kursus yang saya hadiri, tranformasi pendidikan akan dilaksanakan melalui tranformsi kurikulum dari KBSM kepada KSSM terutamanya bagi Mata Pelajaran Elektif Teknikal (MPET) yang dicadangkan akan dilaksanakan kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 2014 nanti. Di mana semua MPET akan memperolehi 2 Sijil seperti mana Prinsip Perakaunan sekarang. Serta pelaksanaan PBS bagi semua subjek, di mana akan wujud nanti Kertas 3, termasuklah subjek Sejarah.

    Saya juga difahamkan, satu cadangan akan dikemukakan bagi melayakkan pelajar2 yang memiliki Sijil LCCI (semasa SPM) akan mendapat kenaikan 1 tangga gaji apabila bekerja nanti, berbanding pelajar yang tidak layak mendapat sijil tersebut.

  84. salam,cg!

    saya ada memohon sijil LCCI bagi pelajar2 (SPM 2010) yang layak.dijangka bulan sept dapat.ada tak maklumat berkaitan dengan hal ni?…harap cg bagi respon!t.ksh

  85. Cg Shuib,

    Buat masa sekarang, masih belum ada apa2 maklumat …….. nanti saya cuba hubungi pihak LCCI untuk dapatkan maklum balas .. berhubung perkara tersebut.

  86. Cg Shuib,

    MAKLUM BALAS DARIPADA PEGAWAI LCCI.

    Bagi pelajar2 yang memohon melalui sekolah, dan permohonan tersebut telah dihantar ke pejabat LCCI sebelum 30 April 2011, sijil-sijil mereka telah siap dicetak, dan telah pun diserahkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, untuk serahan ke sekolah-sekolah. Jika pihak sekolah masih belum menerima sijil-sijil tersebut, boleh terus hubungi pihak PPD atau JPN atau terus ke Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pihak sekolah juga boleh menghubungi pejabat LCCI untuk keterangan lanjut.

    Bagi pelajar2 yang memohon selepas pada tarikh 30 April 2011, sijil akan diperolehi pada bulan Januari 2012, juga melalui pihak sekolah.

    Terima Kasih.

    Regards,

    Hisyam Md Suhaimi
    Business Development Executive, LCCI.

  87. assalamualaikum cikgu, saya ada pertanyaan sedikit ni. saya pelajar lepasan SPM 2009 dan saya juga layak mendapatkan sijil LCCI. Pada mulanya, kami rakan sekolah sudah membuat permohonan di sekolah tetapi baru-baru ni cikgu sekolah kami menyatakan bahawa dia terlupa akan pengurusan sijil kami. Bolehkah saya dan rakan-rakan mendapatkan sijil tersebut? Dan jika ada caranya tolong beritahu kepada saya. Saya juga ingin tolong rakan sekelas untuk mendapatkannya. Beritahu dimana kami akan dapatkan borang untuk permohonan sijil kami. Harap cikgu dapat membantu. Terima kasih.

  88. Muhd Mahdi, waalaikumussalam.

    Nanti Cg cuba dapatkan maklum balas daripada pegawai LCCI berhubung perkara tersebut.

  89. Muhd Mahdi,

    Berikut adalah maklum balas daripada pegawai LCCI sendiri.

    Utk pelajar SPM 2009 yang permohonan mereka tidak sampai ke pejabat LCCI ataupun Lembaga Peperiksaan Malaysia sebelum atau pada 31 Oktober 2010, memang tidak boleh membuat permohonan baru. Untuk penerangan lanjut, pelajar boleh menghubungi pejabat LCCI melalui nombor seperti yang tertera di bawah.

    Harap Maaf.

    Terima Kasih.

    Regards,

    Hisyam Md Suhaimi
    Business Development Executive
    Excellence. Innovation. Ambition

    Tel: + 603 7620 6366 ext 131
    Fax: + 603 7620 6338
    Web: http://www.lcciasia.com

  90. salam..sye dapat sijil lcci pass merit 2 dlm bahasa melayu..nak tnye ape guna sijil ni?dari segi bekerja dan belajar mcm mne?sye sekarang pelajar medical sns..bleh cikgu terangkan?

  91. Salam..
    Saya ingin bertanya mengenai sijil LCCI …
    Saya mngambil SPM 2010 dan masih belum mngambil sijil LCCI …
    Bagaimana saya ngin mndapatkan sijil LCCI???

  92. Ziana,

    Sila rujuk DISINI (klik)

  93. saya nak tanya kalau lcci dapat 4 mesti belajar guna bahasa melayu ke ?tak boleh belajar guna bahasa inggeris ke?

  94. Irein,

    Semuanya belajar dalam BI, walaupun dapat gred 1,2,3,4,5 @ 6.

  95. Saya lepasan SPM 2014. Macamana saya nak dapatkan sijil LCCI ini. Borang yang cikgu download tu untuk tahun 2012, masih boleh digunakan ke?

  96. Nurin,

    Sila dowmload Borang Permohonan daripada post yang terbaru : Keputusan SPM 2014 (KLIK)

  97. Salam sejahtera cikgu..
    Saya calon SPM 2009 dan layak memohon sijil LCCI..
    Tapi masa sekolah menengah dulu tidak pernah didedahkan dengan Sijil LCCI dan tidak pernah memohon..
    Adakah saya masih boleh memohon Sijil LCCI ini dan bagaimana caranya?
    Terima kasih cikgu.

  98. Keeci,

    Masih boleh jika berminat, sila layari laman LCCI.

  1. Pingback: KEPUTUSAN SPM 2011 – 21 MAC 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.