PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2009

Apakah yang cikgu2 perlu buat sebagai persediaan menghadapi SPM 2009 ?

Kita semua sedia maklum bahawa Format Pentaksiran Prinsip Perakaunan SPM 2009 adalah berbeza sama sekali berbanding tahun2  lepas.  Adakah kita hanya tunggu tahun  hadapan untuk mengambil apa-apa tindakan ?   Atau mengambil langkah awal membuat sedikit persediaan, samada memikirkan apakah perancangan, bahan2 p&p, bahan2 soalan atau apa2 saja  yang boleh dibuat bagi menghadapi SPM 2009.

Disini saya mengajak cikgu2 untuk sama-sama berbincang, memberikan pandangan, idea2, berkongsi bahan2 atau apa-apa saja yang berkaitan dengan proses p&p Prinsip Perakaunan khasnya untuk SPM 2009.

Posted on December 3, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 31 Comments.

  1. Kita semua sedia maklum bahawa contoh2 soalan format SPM 2009 tidak ada dipasaran, kemungkinan besar pada tahun 2010 baru kita semua boleh perolehinya melalui buku2 dipasaran.

    Ekoran daripada itu, berpandukan contoh2 soalan yang diedarkan oleh LPM, saya merancang untuk menyediakan / membina soalan2 bagi setiap topik mengikut / ala-ala format SPM 2009 sebagaimana yang saya fahami melalui kursus penataran yang telah dihadiri. Semoga soalan2 tersebut dapat membantu pelajar2 saya dalam persediaan menghadapi SPM 2009 nanti. InsyaAllah.

  2. Saya berminat juga,sama-sama kita usahakan untuk faedah bersama. Apa kata kita agih-agihkan tajuk supaya lebih berkesan.

  3. Saya perhati soalan No.2 dalam kertas PA yg lepas memang
    dilihat killer paper,menjejaskan mood pljar saya menjawab soalan yg lain. Baru saya sedar ianya berbentuk
    soalan SPDM-Sijil Perdagangan Malaysia yg pernah diuruskan oleh LPM.Last paper yg dikendalikan ialah tahun 1999. Ya, 10 tahun yg lepas, soalan yg agak mencabar bg pljar yg sederhana, didudki oleh pljar sms cuti Ogos . Masa tu, bru masuk tahun ke 8 saya ajar PA di SM Teknik Brash.
    Saya boleh kirimkan pd Cg Narzuki soalannya,kita tak boleh
    ceduk semuanya krna sukatannya berbeza dari sukatan PA 2009. But it’s worth sharing the knowledge….. fr TCS Ipoh

  4. Pn. Nurlaila,

    Boleh dikatakan kebanyakkan pelajar terkejut dengan soalan 2 tidak seperti yang mereka jangkakan, namun begitu diharapkan soalan2 yang lain dapat dijawab dengan baik. Saya sangat2 berbesar hati sekiranya Cg Nurlaila sudi hantarkan soalan2 tersebut untuk dikongsikan bersama. TQ.

    Eric,

    Saya cadangkan masing2 bina soalan2 tersebut untuk kita lebih menghayati dan memahaminya setiap topik, kemudian baru kita bertukar2 soalan. Kita buat ikut urutan topik yang diajar, supaya proses pembinaan tersebut boleh dibuat secara perperingkat-peringkat.

  5. ok,no problem.

  6. salam…
    saya nak tanya pasal buku teks yang baru..
    sampai hari ini saya tidak ada dengar pasal buku teks untuk digunakan untuk tahun 2009.

  7. Aizura,

    Saya pun tak pasti bila akan dikeluarkan buku teks baru, mungkin hujung tahun 2009 atau 2010 baru dapat. Jadi terpaksalah kita guna buku teks yang sedia ada. Bagi topik2 baru, saya dimaklumkan akan disediakan modul dan akan diedarkan ke sekolah2 mungkin awal tahun 2009. Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti.

  8. saya ingin bertanya jika cg dpt keluarkan modul tersebut dlm laman web cg kerana dikhuatiri ada sekolah yg akan lambat dpt atau tk dpt langsung kerana biasanya kita sudah mula mengajar pada hari pertama sekolah. jika diterima pada awal thn yg tidak dipastikan bila, saya cdgkan cg siarkan dulu dlm laman web cg supaya senang guru-guru buat rujukan.

  9. Cg Ciknon,

    InsyaAllah, jika modul tersebut diedarkan dalam bentuk CD. Jika diedarkan dalam bentuk buku, saya syorkan dapatkan salinan daripada sekolah berdekatan ataupun rujuk kepada PPD atau JPN masing2.

  10. saya juga berhrp cg dpt sediakan nota utk tajuk-tajuk baru dlm laman web cg supaya mudah utk kami buat rujukan. tq

  11. Cikmon,

    InsyaAllah, jika ada bahan2 tersebut akan saya kongsikan bersama di Blog ini.

  12. cg,
    saya nak kan kepastian. Jd tahun 2009 ni sudah mula guna HSP baru atau tidak?
    Kalau form 5 akaun kawalan tak ada dlm sukatan baru, thn 2009 ni kena ajar atau tak?

  13. Cg Mar,

    Telah dikeluarkan surat makluman tentang penangguhan perlaksanaannya ke sekolah2.

    Perkara yang disebut dalam surat berkenaan adalah seperti berikut :

    “2. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 2/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 November 2008. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan digunakan mulai tahun 2010 di Tingkatan Empat.

    3. Sehubungan itu, format baru pentaksiran mata pelajaran Prinsip Perakaunan berdasarkan sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan mula dilaksanakan mulai Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011.”

  14. assalamualaikum ckgu…
    sy nk soalan sebenar spm 2008 prinsip akaun…
    n skema jwapan….
    blh x????
    nk wat ulang kaji…

  15. Nina,

    TAHNIAH Cg ucapkan kerana telah membuat persedian awal untuk menghadapi SPM. Tetapi Cg minta maaf kerana tidak dapat berbuat demikian. Cg cadangkan Nina dapatkan Buku Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar yang TERKINI terbitan CERDIK PUBLICATIONS dipasaran. Dalamnya mengandungi soalan SPM tahun2 lepas beserta dengan cadangan jawapan untuk dijadikan rujukan. Ataupun dapatkan salinan soalan tahun lepas daripada guru anda disekolah.

  16. kene lah byak wat latihan…

  17. Ya, Cg setuju dengan Amirah perbanyakkan latihan dan kuasai setiap topik satu per satu.

  18. Salam, cikgu
    Saya agak kebingungan dgn perubahan yg berlaku. SPM thn lps pun, soalannya menyedihkan saya. tp takpelah, benda dah lepas. cuma saya rasa agak terhutang dgn pelajar
    Lg 1, saya pun tak tahulah mcm mana nk komen, negeri johor ni agak LAMBAT dlm memperoleh apatah lg mengedarkan maklumat kd guru mahupn pelajar
    Saya cuma dpt maklumat2 drpd web cikgu ni ataupun panitia daerah, itupun lambat. skolah2 yg ada JU agak beruntung kerana maklumat lebih cepat diperoleh. Tp itu agak kurang adil…..

  19. Salam,

    Soalan 2 & 3 merupakan soalan “Anchor item”, di mana ianya mengunakan gaya penyoalan LCCI. Format SPM 2009 & SPM 2010 kemungkinan besar juga menyamai format tersebut. Sebagai panduan, saya cadangkan dapatkan buku/soalan LCCI level 2 yang terdapat dipasaran.

    Negeri2 lain juga sama, agak lambat mendapat maklumat, entah di mana silapnya ? Salah satu sebab kenapa saya “hidup” Blog ini adalah untuk membantu para guru dan pelajar mendapat maklumat secepat yang mungkin. Samada maklumat yang saya sendiri perolehi ataupun daripada rakan2 guru yang lain untuk dikongsikan.

    Saya juga sangat2 mengalu-alukan guru2 sekalian untuk sama2 menghidupkan Blog ini dengan memberikan pandangan, cadangan, pengalaman, membalas komen pelajar, bahan2 dan sebagainya untuk kebaikan semua.

  20. Tekankan kepada pelajar bahawa tidak semua item yg diberi dalam soalan akan digunakan untuk jawapan. Kiranya item2 tu macam perangkap.

    Bagus juga soalan diolah agak berlainan dari tahun-tahun sebelumnya supaya pelajar bukan menghafal semata-mata.

    Cg Narzuki dah ada ke buku LCCI ?

  21. Saya sangat setuju dengan pandangan Cg Mai, jadi semasa mengajar guru perlu kemukakan item2 (perangkap) yang tidak perlu dimasukkan, supaya pelajar lebih berhati2.

    Contohnya dalam topik Akaun Kawalan, terdapat 4 item yang biasanya dijadikan perangkap iaitu :

    1. Jualan secara tunai,
    2. Belian secara tunai.
    3. Peruntukan hutang ragu.
    4. Hutang lapuk terpulih.

    Apa yang perlu diberikan perhatian, pastikan pelajar menguasai kandungan sukatan pelajaran (ikut buku teks/HSP) disamping format soalan tahun2 lepas serta format/gaya penyoalan baru (LCCI).

    Sekarang belum ada lagi buku LCCI, saya tunggu untuk dapatkan buku LCCI (sukatan baru) yang mungkin dikeluarkan awal Mac nanti.

  22. salam…
    cikgu, sy merupakan guru akaun yg baru mula mula mengajar..harap mintak tunjuk ajar drpd cikgu yg byk pngalaman…

  23. Cg Ean,

    Sila kemukakan masalah anda, nanti sama-sama kita selesaikan.

  24. cikgu saya ni guru dari sabah…lagila lambat dpt info..ari 2 da tanya dgn ppd berkaitan dgn sukatan baru ni..kan sukatan dulu ada akaun kawalan.2009 dah xde..n tajuk penggajian 2 buku pun xde..amcm nk ngaja?tp sekarang sy ajar ikut silibus dulu jg.sy pun bingung nk ajar budak..plajar2 sy tanya btk soalan spm tahun ni..apa soalan wajib?dokumen sumber masih ada ke dah dimansuhkan?hrp cgu ble tolong sy.tq

  25. Cikgu Donn,

    HSP tersebut telah ditunda perlaksanaanya kepada pelajar Tingkatan4 tahun 2010 dan format pentaksiran baru bermula SPM 2011. Format SPM 2009 menyamai format SPM 2008.

    Sila rujuk post berikut : Perlaksanaan Format Pentaksiran Baru Bermula SPM 2011.

  26. Hi,
    Im actually teaching in university. Since my sister is sitting for SPM 2008, i have been teaching her and her frens for two years. I notice the question for this SPM is very similar to LCCI level 2. Im planning to use it for my nect batch of students.

  27. Noreen,

    Sememangnya format Prinsip Perakaunan SPM mulai 2008 telah dinaik taraf dan telah diiktirafkan oleh pihak LCCI, di mana pelajar yang cemerlang akaun dalam SPM adalah layak untuk menerima Sijil LCCI yang menyamai level 2. Dengan sijil tersebut melayakkan pelajar menyambung ke level 3 LCCI.

    Soalan 2 dan 3 dalam Kertas 2 Soalan SPM 2008 – 2010 adalah menggunapakai soalan format LCCI dengan sedikit pengubahsuaian. Manakala mulai SPM 2011 (Format Pentaksiran Baru), Soalan 4 dan 5 akan mengunapakai sepenuhnya soalan format LCCI, di mana 25 markah setiap soalan akan diperuntukan.

  28. Cikgu Hashim Jusoh

    Saya cari dah Buku LCCI Level 2 di Kuala Lumpur. Saya beli 2 buah tetapi tak tau la sama penerbit dengan Cikgu Narzuki. Saya dah ambik soalan tu dan dah buat bersama pelajar. Boleh saya tau penerbit buku LCCI Level 2 yang cikgu Narzuki ada

  29. Buku yang saya ada ialah “Passport to Success : Level 2 Book-keeping & Accounts” terbitan EDI.

    lcci

  30. Cikgu, di mana saya boleh dapatkan koleksi soalan prinsip perakaunan spm kertas 2 tahun 1999 dan kertas 1 1998? harap cikgu dapat membantu saya…

  31. Cuba dapatkan Buku Koleksi Soalan Peperiksaan Sebenar terbitan CERDIK diperpustakaan sekolah. Ataupun cuba muat turun bahan yang telah Cg sediakan di bahagian
    C-MUAT TURUN SOALAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.