PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2011 – SELESAI

Semoga pencapaian mata pelajaran prinsip perakaunan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas. … CEMERLANG dan TERUS CEMERLANG…. sama ada diperingkat Sekolah, PPD, Negeri dan Kebangsaan.

Posted on December 5, 2011, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 39 Comments.

  1. Soalan SPM 2011 K1 No.38 .

    tahun 2009 tahun 2010
    16% 18%

    Faktor yang menyebabkan perubahan dalam Peratus untung bersih atas jualan,
    jawapan pilihan
    I) Harga jualan telah dinaikkan dan
    II) Volum jualan telah bertambah,
    mana yang betul?

  2. Chianghwui,

    Jika dilihat kepada formulanya :
    Peratus Untung Bersih atas Jualan = (UB / Jualan) x 100%

    Jika Harga Jualan NAIK, dan JUALAN juga akan NAIK, maka PERATUSNYA akan TURUN.

    Pada pandangan saya, jika VOLUM jualan BERTAMBAH, maka jumlah UB akan bertambah…. kerana makin banyak yang dijual, maka UNTUNG makin banyak. Maka (ii) lebih tepat.

  3. Cikgu,
    Bukankah jika harga harga jualan naik maka untung bersih akan bertambah jadi peratus akan meningkat. contoh harga jualan RM10 harga kos RM 5 dan untung RM5 maka peratusnya 50%, jika harga naik kepada RM12 maka untung akan jadi RM7, maka peratus akan jadi 58.33%

  4. Ahmad,

    Pada pandangan saya, jika dikaitkan dengan UNTUNG KASAR,.. saya setuju kerana jika JUALAN naik, maka UK juga akan NAIK. Tetapi
    JUALAN tidak boleh dikaitan secara langsung dengan UNTUNG BERSIH, kerana banyak faktor2 lain seperti Hasil dan Belanja….. walaupun ada betulnya tetapi yang mana LEBIH TEPAT antara keduanya.

    Cuba kita lihat kepada Graf Titik Pulang Modal …… jika harga jualan malar…. tetapi VOLUM ditingkatkan, maka KEUNTUNGAN akan meningkat dengan kadar yang LEBIH BESAR (rujuk graf).

  5. Cikgu,
    minta tolong semak jawapan kertas 1 2012.
    1C 2B 3A 4B 5D 6C 7B 8B 9D 10B
    11A 12B 13B 14D 15D 16A 17C 18A 19C 20A
    21B 22A 23A 24D 25A 26B 27B 28A 29B 30A
    31B 32D 33B 34..35C 36A 37C 38A 39B 40C
    soalan 34 tak dapat jawapan sebab jawapan
    saya ialah RM15560 iaitu Belian-ambilan-pulangan jualan.
    terima kasih

  6. Fatimah,

    Cadangan jawapan saya,
    9-A, 11-D, 38-C … yang lain2 sama.
    No 34 – A (B-PB) dengan alasan maklumat tersebut tidak dinyatakan ianya BELUM diambilkira dan perlu diselaraskan. Jika diandaikan belum diambilkira, maka B-Ambilan – PB, maka tiada dalam pilihan jawapan yang diberikan.

  7. Cikgu,
    tolong juga semak bahagian A kertas 2…1(a) pulangan jualan dan PHR (b)Debit ambilan kt Bank (c) rugi atas pelupusan RM 4500 (d)Gaji bersih RM2366 (e) Kos prima dan Kos overhed.
    soalan 2 (a)Untung bersih RM52810 (b) Kongsi untung Amar 18205 Bala 10923 Chan 7282 (c) Akaun Semasa A 22155 B 2973 C 475dt Modal kerja 154750 KKK 234650
    Soalan 3 Baki penghutang 180210 Baki pemiutang 68360..

    terima kasih

  8. cikgu,
    tolong semak juga bahagian B..
    Soalan 4 baki h/b Jan 10616 Feb 15606 Mac 21326..
    soalan 5 (a)Sewa diterima terakru 2000 (b)kadar bayaran tahunan 4600 (c) Insurans tahunan 2250 (d)Pertambahan PHR 900 (e) Susut nilai 8192
    soalan 6 (a) Modal dibenarkan RM1000000 Modal diterbitkan RM700000 (b)2007 Dividen saham Keutaman 64000, dividen saham biasa 19600, tahun 2008, 64000, 27350, tahun 2009, 50900, -, tahun 2010, 77100,17900

  9. Fatimah,

    Cadangan jawapan saya,
    1 (a) – (d) … SAMA
    1 (e) Upah operator pengeluaran = KOS BURUH LANGSUNG, dan Gaji penyelia kilang = KOS OVERHED.

    2 – SAMA

    3- SAMA

  10. Cikgu,
    Terima kasih cikgu, Saya setuju 9A dan 11D…tetapi saya rasa 38 mungkin A…sebab volum meningkat dan untung bersih memang akan meningkat tetapi peratus untung bersih atas jualan tetap sama. Tetapi bila harga jualan meningkat, ini akan meningkat peratus untung bersih atas jualan sebab kalau kita naikkan harga jualan, belanja sykt tidak berubah maka untung bersih meningkat. manakala peningkatan volumn akan meningkatkan kos.

  11. Fatimah,

    Memang soalan tersebut agak mengelirukan.. masing2 ada kemungkinan.
    Jika dilihat dari segi matematiknya.

    Peratus Untung Bersih atas Jualan (PUBAJ)
    UB
    = —— x 100%
    Jualan

    Bagi meningkatkan PUBAJ, ada 2 cara, iaitu:
    1. Tingkatkan UB, Jualan tetap.
    2. UB tetap, Jualan dikurangkan.

    Jika kedua2 meningkat, maka PUBAJ belum tentu lagi akan meningkat. contohnya 10/100 – 20/200 – 30/300, maka PERATUSNYA tetap sama, cuma peningkatan dalam nilainya sahaja.

    Manakala bagi sebuah GEDUNG PERNIAGAAN BESAR yang menjual dalam kuantiti yang BANYAK dapat MENINGKATKAN KEUNTUNGAN walaupun HARGA BARANGAN mereka lebih MURAH daripada pesaing yang lain. Dan jika dilihat dari segi Graf Titik Pulang Modal, kita boleh kaitkan kesan kenaikan VOLUM dapat meningkatkan PERATUS UB atas JUALAN…. di mana semakin meningkat VOLUM, maka Peratus tersebut semakin MENINGKAT.

    TPM

  12. TQ for de jawapan bagi soalan 38. jawapan saya semua sama kecuali no. 34, saya pilih B , dengan andaian belum diambil kira ^^ ( maybe i read too fast din see well) . K2 , bagi saya agak senang , tapi pelajar saya semua mengadu agak susah …. agak bimbang juga dengan result mereka. haizzz…..

  13. Chianghwui,

    Asasnya BELIAN BERSIH = BELIAN – PULANGAN BELIAN, cuma yang menjadi isunya adakah ambilan barang niaga tersebut TELAH DIAMBIL KIRA / TIDAK… di mana pelarasannya BELIAN – AMBILAN.

    Jika BELUM, maka Belian Bersih = Belian – Ambilan – Pulangan Belian …. tetapi TIADA jawapan.
    Jiak SUDAH, maka Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian… jawapannya A= RM15,860.

    Memandangkan maklumat tambahan tersebut TIDAK menyatakan BELUM DIAMBILKIRA / DIREKODKAN DALAM MANA2 BUKU ataupun ianya perlu diselaraskan, maka saya andaikan ianya hanya sekadar makluman sahaja… dan perkara tersebut TELAHPUN diambilkira.

    Kertas 2 , kebanyakkan cikgu2 menyatakan ianya AGAK SENANG berbanding soalan tahun lepas, mungkin disebabkan baru permulaan soalan format pentaksiran baru diperkenalkan. Pada pandangan cikgu, mungkin senang,… pada pandangan pelajar mungkin lain pula ceritanya. Apa-apapun semoga mereka memperolehi keputusan yang cemerlang……. pencapaian sekolah juga meningkat berbanding tahun lepas.

  14. cikgu,
    terima kasih, penerangan yang sangat terperinci, peratus akan meningkat disebabkan kos tetap malar….volumn yang tinggi akan mengurangkan kos seunit..

  15. Cikgu

    Soalan nombor 2 saya langsung tak seimbang…soalan no 3 juga tak betul…saya masih boleh dpat markah???

  16. Cikgu

    Saya tak guna kertas JURNAL dan LEJAR….saya lakar lejar saya sendiri…pemeriksa masih boleh terima tak??

    TERIMA KASIH CIKGU

  17. Robby,

    Pada pandangan Cg,
    Walaupun tidak seimbang peluang untuk dapat markah masih tinggi, mungkin anda silap pada satu tempat sahaja.. di mana markah yang hilang antara 1 atau 2 markah sahaja daripada 25 markah.

    Tidak menjadi masalah jika tidak menggunakan kertas yang telah disediakan… asalkan jawapan anda disediakan dalam format yang betul.

  18. soalan 38 C kan cikgu?? TQ

  19. Cikgu,
    saya masih keliru dengan soalan 38, mungkinkah jawapan I, II dan III, Jika kita ambil contoh TPM sebagai penerangan, contohnya kita jual burger, harga seunit adalah RM5 seunit dan kos berubah RM3 seunit dan sewa gerai semalam RM100(kos tetap), jika pada malam itu kita jual 60 unit maka untung bersih kita (300-180-100) RM20 maka peratus untung bersih atas jualan ialah 6.67%. Situasi pertama, andaikan volumn meningkat kepada 80 unit malam itu maka untung bersih kita (400-240-100)60,maka peratus untung bersih atas jualan ialah 15%. Situasi kedua, andaikan harga jualan meningkat kepada RM7, yang lain tak berubah maka untung bersih (420-180-100)140 maka peratus untung bersih atas jualan ialah 33.33%..kesimpulan peningkatan volumn dan harga akan meingkatkan peratus untung bersih atas jualan.

  20. Cikgu,
    Bagi seorang penjaja yang menjual burger pada waktu pagi di tepi jalan yang tidak memerlukan sewa tapak iaitu tanpa kos tetap. contoh pada waktu pagi itu harga jualan burger RM5 seunit dan kos berubah burger serunit RM3 seunit, jika penjaja itu jual 60 unit burger pada pagi itu maka untung bersih ialah (300-180) 120, jadi peratus untung bersih atas jualan ialah 40%. Situasi pertama andaikan pada pagi itu penjaja menjual 80 unit maka untung bersih (400-240)160 jadi peratus untung bersih atas jualan tetap 40%. Situasi kedua, andaikan harga naik kepada RM7 sunit dan volumn masih 60 unit, maka untung bersih (420-180)240, jadi peratus untung bersih atas jualan ialah 57.14%. Kesimpulannya bagi seorang penjaja yang menjual burger tanpa melibatkan kos tetap, peningkatan volumn tidak meningkatkan peratus untung bersih atas jualan tetapi peningkatan harga jualan akan meningkatkan peratus untung bersih atas jualan.

  21. Fatimah,

    Ada betulkan penyataan tersebut, tetapi dalam dunia perniagaan jika HARGA JUALAN dinaikkan, kesannya KUANTITI yang dapat dijual akan BERKURANGAN, maka JUMLAH UNTUNG juga akan berkurang… pelanggan akan beli daripada kedai pesaing.

    Dan jika dirujuk kepada formula = UB / J x 100%….. J meningkat, UB berkurang …. maka peratusnya akan menurun.

    Menaikan Harga Jualan, bukan langkah bijak dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan. Semakin tinggi harga, maka semakin kurang barang yang dijual.

  22. Cikgu

    Boleh saya tahu jawapan bahagian B (5)…KESEMUANYA.

    TQ

  23. cikgu,
    Saya setuju dengan pendapat cikgu tapi bagi barangan monopoli, kenaikan harga akan naikkan untung bersih..sebenarnya soalan itu tidak berapa jelas dan agak umum, walau bagaimana pun, terima kasih kepada cikgu narzuki online yang membolehkan kita keluarkan idea masing-masing…website telah memberi manfaat kepada semua golongan termasuk guru dan pelajar..

  24. Fatimah,

    Sama2 dan terima kasih atas perkongsian idea… .. dengan perbincangan begini dapat mencambahkan lagi pemikiran dan kefahaman kita sendiri.

    Cuba kita sama2 fikirkan secara lebih mudah….. andaikan kita mempunyai perniagaan sendiri, apakah yang akan kita lakukan bagi memastikan KEUNTUNGAN perniagaan akan meningkat pada SETIAP TAHUN ?

    Adakah ……
    (a) Kita tingkatkan HARGA JUALAN pada setiap tahun
    (b) Kita tingkatkan KUANTITI jualan barangan kita setiap tahun.

  25. cikgu nak tanya jawapan soalan 4 dan soalan 5…tq….

  26. Lee ai ni,

    Cadangan jawapan daripada Cg Fatimah ada di komen DIATAS.

  27. ok…terima kasih cikgu…

  28. cikgu, soalan 3 saya agak keliru dengan cek tak laku.
    cek tak laku pelanggan telah diberi diskaun Rm40. apa yang dimaksudkan? adakah kita perlu tolak RM40 daripada cek tak laku dan tambah diskaun diberi RM40.
    tolong jelaskan. terima kasih

  29. Kalai,

    Apa yang saya faham… ada 2 perkara, iaitu CEK TAK LAKU dan DISKAUN DIBERI DIBATALKAN…. kedua2nya dicatat disebelah DEBIT Ak Kawalan Penghutang.

  30. sape ada soalan spm 2011?
    ..upload la.

  31. Norhayati,

    Adalah menjadi kesalahan menyebarkan soalan tersebut dalam apajua bentuk TANPA KEBENARAN daripada pihak LPM.

  32. Salam cg narzuki,

    lega rasa dah selesai untuk tahun 2011… lepas ni bersedia untuk tahun 2012…

    alhamdulillah… komen pelajar2 saya secara purata ok… keluar dewan senyum dan gembira…

    kekeliruan pelajar pada K1 no 34 dan 38… saya bgtau berdoa je la moga LPM akan memberikan jawapan yg terbaik utk mereka… 😉

    K2 … ada juga pelajar yg kata keliru dgn maklumat tambahan yg diberi… apapun yg saya blh simpulkan kalau pelajar buat semua soalan2 trial keseluruhan negeri pasti mereka dapat jawap soalan SPM dengan baik… kl kita tgk soalan…
    No 1 … senang… tak mengelirukan pelajar
    No 2 … perkongsian … blh kata semua negeri keluarkan bab ni..
    No 3 … Akaun Kawalan … pelajar komen… soalan yg paling senang antara semua soalan yg lain…
    No 4 … Belanjawan tunai… rasanya bab ni yg paling pelajar suka… nak kata butiran mengelirukan sangat … tak juga berbanding soalan trial penang dll
    No 5 … pelarasan… rasanya ramai pelajar tak nak jawab… tp kalau pelajar buat semua soalan trial… memang senang … sama macam soalan SBP…
    No 6 … bab yg mmg tak dijangka.. tp bab ni sangat senang… sebijik soalan terengganu trial spm… sapa yg cuba jawab soalan trial terengganu pasti dapat jawab dengan baik soalan ni…

  33. Salam Cg Sila,

    Alhamdulillah, semoga pelajar2 SAS beroleh kejayaan cemerlang.
    Saya setuju dengan komen tersebut. Boleh dikatakan soalan tersebut ARAS SEDERHANA sahaja, tiada soalan / pelarasan yang terlalu sukar bagi pelajar…. berbanding soalan tahun lepas…… mungkin disebabkan soalan pertama kali diperkenalkan format pentaksiran baru, maka disediakan sedemikian rupa…. tahun depan mungkin berbeza sedikit…. jadi sama2 kita bersedia lebih awal.. bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

  34. Pagi Cikgu,

    Saya ne pelajar SPM. Saya tidak tulis Baki b/b pada bulan seterusnya bagi soalan bahagian B( 4 ). Saya juga menggunakan 1 JULAI 2010 sebagai tarikh awal. Saya rasa salah tarikh akan kehilangan bnyak markah. Saya turut menyediakan satu akaun sahaja untuk SETIAP soalan , saya tidak membuka akaun sewa terdahulu atau terakru.
    Tolong terangkan cikgu,

    TQ

  35. Eric,

    Pada pandangan Cg,
    Soalan tersebut hanya perlu buka akaun yang diminta sahaja bagi setiap satunya. Manakala persoalan tentang TARIKH dan BAKI B/B adalah bergantung kepada skema yang dikeluarkan oleh LPM, sama ada tarikhnya mesti tepat atau abaikan tarikh tersebut serta perlu disediakan baki b/b ataupun tidak untuk diberikan markah.

  36. Ok terima kasih cikgu , sebelum spm cikgu saya pernah sebut tentang tarikh., bahwa pemeriksa tak ambil kisah tentang itu. saya harap pemeriksa spm nanti berbelas kasihan.

  37. Pada pendapat saya, soalan 34 kertas 1 adalah tanya tentang JUMLAH BELIAN yang bersih iaitu belian – ambilan sahaja.

  38. Sekarang saya hanya mampu berdoa n berserah kpd Allah .Mudah2an ramai yg berjaya …..AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.