SELAMAT HARI GURU

16mei2015

 

GURU ADALAH LAUTAN MEMUNGGAH MUTIARA

Guru ibarat lilin
sudah tidak releven lagi ….
Sampai bila mahu membakar diri
sudahnya api padam dan buana gelita kembali.
Lilin tidak betah dengan angin
hanya hembusan lembut anak tadika padamlah ia
Apatah lagi dengusan kencang si bapa
nescaya lilin membeku tiada bercahaya.

Yang paling molek
Guru umpama lautan memunggah mutiara
Mengapa…

Kerana
Tiada kehidupan tanpa lautan
bukan sahaja ikan, udang dan kepah memerlukan laut
Manusia, unggas dan ungka siamang juga mahukan laut
Laut penentu iklim dunia
Bayunya lembut memuput bahagia
Geloranya ganas mengubah suasana
Ombaknya indah menjauh gulana
Tsunami kejam mengubah manusia

Bahasa laut sungguh luar biasa
Cara tegurnya tidak sama
Yang durjana dan keras kepala
dihempas umpama karang di kuala,
Yang cendekia didodoi dengan irama
hempasan laut bukan percuma,
Dalamnya mengandung mutiara

Itulah guru yang sebaiknya
Ayuh kawan guru
Ubah petitih baharu
Kita bukan lagi lilin
Kita adalah lautan memunggah mutiara.

Posted on May 16, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Selamat Hari Guru Cikgu Narzuki~~ terima kasih yang tak terhingga atas segala ilmu yang cikgu curahkan… :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.