SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017

Posted on November 4, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 35 Comments.

  1. cikgu, memandangkan SPM 2018 adalah format baru. Ada lagi tak kerja tugasan (projek) untuk SPM 2018?

  2. Cikgu,
    kerja tugasan sama tak dengan format tahun yang terdahulu?

  3. Yixan,

    Tugasan kerja kursus (Kertas 3) masih ada.. cuma hanya satu sahaja semasa di Tingkatan 5. Formatnya hampir sama.

  4. Cikgu..kalau jwpn dlm spm x ikut urutan x pe ke?

  5. Ahmad,

    Semasa jawab.. tidak ikut urutan soalan tidak mengapa.. cuma bila semua sudah siap –> baru susun ikut urutan soalan.

    # semasa menjawab pasti tulis nombor soalan bagi setiap jawapan anda –> memudahkan penyusunan nanti.

  6. Cikgu,boleh saya tahu baseline markah tahun lepas untuk prinsip perakaunan?Dan akaun pengeluaran & kelab persatuan ada kemungkinan akan keluar tahun ni ke?Sbb tahun lepas dah keluar..Saya takut keluar tahun ni sebab saya lemah topik tu..

  7. Nur,

    Gred markah… hanya pihak LPM saja yang tahu… dan ianya tidak didedahkan kepada umum.

    Semua topik ada kemungkinan masuk.. walaupun sudah keluar tahun lepas.

  8. Cikgu , saya calon persendirian jadi saya xbuat kertas 3 iaitu kerja kursus. Jadi saya tertanya tanya macam mana pembahagian markah saya?

  9. Melina,

    (Kertas 1 + Kertas 2)/140 x 100%

  10. Cikgu boleh bagi jawapan kertas 1

  11. Kalai,

    Maaf.. tidak sesuai untuk didedahkan disini.. memandangkan pelajar masih belum habis exam.. biar mereka fokus untuk subjek akan datang.

  12. Tqvm cg Narzuki for share notes n info here, tqvm to cikgu-cikgu yg share soalan trial sekolah/negeri masing-masing.

  13. Assalamualaikum cikgu…

    Saya ingin tanya tentang kertas Akaun 2017 yang saya duduki rabu tadi… saya dapati bahagian 2(b) saya hampir hampirnya semua salah cikgu… rasanya saya hanya boleh dapat 81 atau 82.. adakah markah project akan bantu tambah markah? Atau adakah peluang saya untuk dapat A+ dah tipis Sangat?

  14. Becks, waalaikumussalam.

    Jika HANYA bahagian 2(b) sahaja yang bermasalah… insyaAllah masih berpeluang dapat A+.
    Kertas 1 –> 20%
    Kertas 2 –> 60%
    Kertas 3 –> 20%

  15. Cikgu ,bolehkah cikgu post jawapan akaun spm 2017 tadi.Nak relax tension jer dan tenangkan hati.kalau tidak ,sentiasa berasa tekanan ni.

  16. Sam,

    Maaf, jika ditunjukkan jawapan.. kemungkinan besar akan bertambah tertekan dan hati tidak akan tenang sehingga keputusan dikeluarkan bulan Mac tahun hadapan.

    Jadi nasihat Cg lupakan sahaja… anda sudah buat yang terbaik, semoga mencapai keputusan yang cemerlang.

  17. Cikgu ,

    Cuba hendak tanya samada penggajian yang ada dalam syallbus SPM 2017 masih ada dalam new syallbus ?

    Terima Kasih

  18. Glory,

    Sudah dikeluarkan.

  19. Terima Kasih

  20. Cikgu saya nak tanya pemarkahan prinsip akaun setiap tahun berlainan ye mengikut gred purata 1 malaysia?

  21. Alfiani,

    Semuanya bergantungkan kepada ketetapan pihak Lembaga Peperiksaan.

  22. cikgu saya nak nota kssm tingkatn 4. Boleh tak dapat bahan pdpc abad 21 sikit

  23. Valle,

    Nota sebaik2nya rujuk buku teks.
    PA21 boleh guna mana2 bahan.. soalan buku teks, buku soalan dll… yang penting bukan bahan.. tetapi pelaksanaanya berbentuk aktiviti… perbincangan dalam kumpulan… perbentangan dan cikgu hanya merumuskan dapatan murid.

    Contoh : Modul 1.4 Andaian.
    1. Bentukkan 4 kumpulan:
    Kum 1 – Andaian 1
    Kum 2 – Andaian 2
    Kum 3 – Andaian 3
    Kum 4 – Andaian 4
    2. Bentukkan 4 kumpulan baru yang terdiri daripada setiap ahli kumpulan sebelum ini
    # setiap ahli akan bentang dalam kumpulan masing2 ikut andaian masing2.
    3. Guru pilih secara rawak daripada setiap kumpulan untuk bentangkan kepada kelas –> Guru rumuskan & pengukuhan bagi setiap andaian.

  24. Cikgu,maaf ingin bertanya saya adalah calon spm persendirian jadi saya tidak ambil akaun kertas 3 manakala saya ambil kertas 4.jadi saya ingin tau apakah format sebenar kertas 4 dan cara ingin menjawabnya sebab saya langsung tiada pengetahuan mahupun pendedahan tentang kertas 4 takut-takut bila exam nanti tidak tahu apa yang ingin dibuat.Saya tahu yang kertas 4 ini menggunakan komputer dan tidak dibenarnkan untuk merjuk buku seperti kerha kursus kertas 3 bagi saya ini terlalu sukar untuk kami yang akan menduduki kertas 4 ini.

  25. Ckg nk tnya ada link untk soalan p.akaun spm past year 2017?sbb dekat kedai buku tak jual coz silibus baru

  26. Adam,

    Soalan SPM sebenar tidak boleh disebarkan tanpa kelulusan pihak Lembaga Peperiksaan.

  27. Cikgu baseline lulus spm 2018 berapa eh?

  28. Adong,

    Hanya pihak LPM yang tentukan.. cuma kita boleh letakkan target sekurang2nya 35%.

  29. Salam,Cikgu
    Macam mana nak kira markah akaun,Bagaimana pengiraan tersebut dilakukan

    Kertas 1 + Kertas 2/140×100

    Kalau termasuk kertas 3 bagaimana ye?

  30. Daniel,

    K1 20%
    K2 60%
    K3 20%

  31. Tapi macam mana nak kira cikgu,

    Ni waktu trial

    K1 saya dapat 30
    K2 65
    K3 20

    Mcm mana cikgu,saya kurang jelas dgn pengiraan markah

  32. Daniel,

    K1 = 30/40 × 20% = A
    K2 = 65/100 × 60% = B
    K3 = 20 (telahpun ditukarkan kepada 20%)

    Jumlah = A + B + 20

  33. Okeu thank u cgu

  34. cikgu boleh bagi penerangan macam mana nak kira kalau kertas 3 saya 84% , kertas 1 saya 37/40 . berapa yang perlu saya capai dalam kertas 2 untuk dapat sekurang kurangnya A- ???

  35. Nana,

    K1 = 37/40 × 20% = 18.5%
    K2 = 66/100 x 60% = 39.7%
    K3 = 84/100 × 20% = 16.8%
    Jumlah = 75% (A-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.