SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2013

Posted on November 8, 2013, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 37 Comments.

  1. Cg,

    Saya tak tanya kalau saya jawab soalan 1 dalam booklet dan terus sambung jawab soalan 4, 5 dan baru jawab soalan 2 & 3 boleh tak. Saya faham bahawa dalam soalan SPM BM dan BI baru-baru ni kami diberikan booklet utk jawab soalan.

    Boleh tak saya jawab dgn pencil????

    Terima Kasih Cg

  2. Nabilah,

    Pada pandangan cg,
    Menjawab tidak mengikut urutan nombor tidak menjadi masalah, apa yang PENTING pastikan pada setiap jawapan anda tulis NOMBOR SOALAN (seperti 4(a), 4(b) 4(c)).
    Penggunaan pencil adalah tidak digalakkan, dikuatiri tulisan jawapan anda TIDAK JELAS untuk dibaca.

  3. Cikgu, ok tak kalau SPM, saya tak pakai kertas lejar yg disediakan?

  4. Aizat,

    Pada pandangan Cg, tiada sebarang masalah berhubung perkara tersebut.. apa yang penting ialah JAWAPAN tesebut bukannya KERTAS yang digunakan.

  5. kebetulan saya nk sangat tengok skema jawapan untuk setiap negeri subjek prinsip akaun ..saya tak berapa mahir dalam untuk bezakan hasil dan belanja dalam penyata pendapatan ..mcm mna nk bezakan ye cikgu ??mcm mana pula kalau dalam imbangan duga contohnya ,dia minta diskaun ,mana nk tau diskaun tu dibahagian diterima atau diberi sedangkan dlm imbangan duga tu diskaunnye ada dibahagian debit dan kredit ??

  6. Ain,

    Dalam menentukan ianya item AST, LIABILITI, EKUITI, HASIL atau BELANJA kita rujuk kepada persamaan asas perakaunan.
    Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
    Aset = Liabiliti + Modal + Untung bersih
    Aset = Liabiliti + Modal + Hasil – Belanja

    Aset + Belanja = Libiliti + Modal + Hasil…. maka daripada sini terbitlah singkatan2 seperti BAD LEH….. AB LEH …. ABe LEHa iaitu

    ASET dan BELANJA — berbaki DEBIT
    LIABILITI, EKUITI dan HASIL —-berbaki KREDIT

    Merujuk kepada persoalan diatas… kita boleh tentukan ianya BELANJA / HASIL hanya dengan melihat ianya berbaki DEBIT / KREDIT sahaja.

    Jika berbaki DEBIT (Belanja) — Diskaun diberi…. Komisen dibayar.. Sewa di bayar ….. dll
    Jika berbaki KREDIT (Hasil) — Diskaun diterima… Komisen diterima …. Sewa diterima …. dll

  7. cikgu,
    pinjaman (matang pada 31 oktober 2014)
    sediakan kunci kira-kira pada 31 oktober 2013…
    pinjaman masuk liabiliti semasa atau liabiliti bukan semasa

  8. Chithiran,

    Pada pandangan saya,
    Pada 31 Oktober 2013 (KKK disediakan)… semua item2 tersebut akan jadi baki awal pada 1 Nov 2013….. memandangkan tempoh matangnya GENAP SETAHUN, maka dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA.

  9. Cikgu ,
    Dalam Rekod Tak lengkap – Pengiraan Modal Awal perlukah masuk Susut Nilai Terkumpul yang telah diberi oleh soalan ?
    Thank you =)

  10. Eugene,

    Sekiranya wujud SNT pada baki awal, maka ianya perlulah diambil kira untuk mendapatkan MODAL AWAL.

  11. Thank you very much Teacher ..

  12. cikgu… bolehkah saya tulis jawapan di kertas lejar atau jurnal yg diedahkan semasa menjawab soalan di spm?? krn saya memang tak tahu macam mana buku jawapan itu…

  13. Miko..

    Pada pandangan Cg..
    Tidak menjadi masalah.. apa yang diperiksa adalah JAWAPAN anda mengikut format yang betul tanpa nengira kertas apa yang digunakan sekalipun..

  14. terima kasih cg… =)

  15. salam cikgu narzuki…nak tanya soalan 3 spm2013 bayaran pemiutang dalam penerimaan dan pembayaran xd…adakah bayaran pemiutang pd maklumat tambahan dibawah belanja am ada bayaran minuman….buntu ngan soalan 3…pastu stok akhir alat tulis ada tp belanja alat tulis xd…
    cikgu ada cadagan jawapan..

  16. Sheila,

    Pada pandangan saya,
    1. Pemiutang – TIADA dinyatakan bayaran pada tahun tersebut…. tetapi diberikan Baki awal RM125 dan Baki akhir RM182. Persoalannya adakah wujud PEMBAYARAN kepada Pemiutang ? …… untuk menentukan BELIAN KREDIT minuman.

    2. Belanja am RM4200 termasuk bayaran berkaitan minuman RM1350…… Persoalannya APAKAH yang dimaksudkan dengan “bayaran berkaitan minuman RM1350″ ? …. adakah bermaksud BELANJA AM untuk kedai MINUMAN ataupun BAYARAN KEPADA PEMIUTANG ? ….. penyataan tersebut agak KABUR dan MENGELIRUKAN pelajar.

    …. … Nilai RM1350 untuk dikatakan Belanja am minuman nilainya agak besar,, walau bagaimanapun ada kemungkinan itu yang dimaksudkan oleh soalan. Dan kemungkinan kedua soalan tersebut BERMAKSUD itu adalah BAYARAN KEPADA PEMIUTANG sebanyak RM1350.

    3. STOK ALAT TULIS – ianya merupakan Aset Semasa, tetapi TIADA sebarang Belian atau Stok awal pada tahun tersebut (walaupun rasanya tidak logik), maka tidak wujud sebarang perbelanjaan bagi Alat Tulis.

  17. Cikgu klu minta maaf susahkan.. boleh x cikgu bagi angka pengimbang untuk kkk soalan 2 dan 5 rtl kkk… spm terima kasih banyak…. sye risau sye salah

  18. Wdanial,

    Cadangan jawapan Cg: Soalan 2 : KKK=RM78 500 dan Soalan 5 : KKK=RM109 159
    Walaupun jawapannya tidak seimbang atau tidak sama, peluang untuk mendapatkan markah masih banyak… jumlah markah tidak bergantung kepada angka keseimbang tersebut semata2. Jangan risau, tumpukan perhatian kepada subjek2 berikutnya.

  19. Alhamdullilah nasib baik jawapan sye same dgn cikgu… cikgu satu lagi yg kelab 2 brape cikgu dpt aaa untung perniagaan minuman, lebihan dan dana terkumpul akhir 2.. minta maaf ye cikgu susahkan.. sye risau sbb soalan die aras tinggi sgt

  20. Cikgu rase ape jawapab kelab rersebut?

  21. Vvdanial,

    Apa jawapan Danial,, nanti Cg semak,

  22. Terima kasih cikgu..:)… nanto cikgu post ye

  23. Jawapan saye
    Untung perniagaan minuman – RM 6132
    Lebihan PP – 7152
    Akaun Yuran – 24950
    Dana Tekumpul awal – 64415
    Dana terkumpul akhir – 101567

    Saye rase salah lah cikgu yg lebihan, untung, dana akhir sbb sye x ambil kira 1350 tu untuk cari belian kredit.. sye buat belian kredit 57.. sye ingt belanja berkaitan minuman bersama dgn upah dkt belanja..

  24. Vvdanial,

    Saya setuju dengan jawapan tersebut. Untung minuman tetap RM6 132.… sama ada RM1350 dicatat sebagai Belanja am Minuman atau sebagai Bayaran kepada pemiutang (Belian kredit 1350-125+182)…… Pada pandangan saya RM1350 boleh dianggap sebagai Bayaran kepada pemiutang (walaupun penyataannya agak KABUR).

  25. Cikgu yg lebihan n dana terkumpul akhir 2 betul ke

  26. Vvdanial..

    Ya saya setuju dengan semua jawapan tersebut.

  27. Alhamdulillah, terima kasih ye cikgu kerana tolong sye.. terima kasih banyak banyak

  28. cikgu,boleh bagi jawapan utk PA paper 1 kah?

  29. Alvin,

    Cadangan jawapan Cg:
    BDCAD CABBA ABDBA CBAAC DCDAC DBCDD ADABD BADCD

  30. Cikgu sye nk tanye.. macm mane pengiraan marlah ye.. folio masuk ke? Tq

  31. Vvdanial.

    K1 = 20% K2 = 60 % K3 = 20%

  32. cikgu ade x ape-ape berite tentang jawapan akaun kertas 2?

  33. Cikgu ade x jawapan akaun 2? Tq

  34. dah A+ dah tu vvdanial.
    cikgu nak jawapan no 6 semua. trima kasih. :)

  35. macam mana nak kira lebihan dapat 7152? mohon bantu..

  36. Slm cg, ada tak cadangan jawapan K1 SPM 2013 ? TQ

  37. CgKay,

    Cadangan jawapan saya telahpun dikemukakan DIATAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.