MPEI DSKP TINGKATAN 4 TAHUN 2017

Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM

MPEI DSKP TINGKATAN 4 KSSM

DSKP TINGKATAN 1 KSSM

Pekeliling dan Surat Iktisas

Posted on July 21, 2016, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 65 Comments.

  1. apa maksud MPEI DSKP, TQ

  2. Ivyling,

    MPEI = Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas
    DSKP = Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

    Sukatan baru KSSM yang mula digunakan Tingkatan 4 tahun 2017 nanti.

  3. Ini bermaksud sukatan baru akan diumumkan pada tahun ini tapi akan menjejaskan sukatan tingkatan5 bagi pelajar tingkatan 5 nanti.

  4. Adella,

    Sukatan baru dilaksanakan mulai pelajar Tingkatan 4 tahun 2017. Pelajar Tingkatan 5 tahun ini masih ikut sukatan sekarang. Manakala pelaksanaan sukatan baru bagi Tingkatan 5 ialah pada tahun 2018.

  5. Oh, begini.

  6. Saya masih belum berkesempatan utk download cikgu. Keseluruhannya penilaian masih dlm bentuk peperiksaan seperti sekarang atau totally PBS?

  7. Gossed,

    Masih seperti sekarang ada PBS dan exam… mungkin format pentaksiran berubah sedikit.

  8. FADILLAH YASSIN

    Saya nak tanya ada tak pihak yang sediakan DSKP Prinsip Perakaunan dalam bentuk buku dengan kulit yang berwarna.untuk subjek ERT ada disediakan dan dijual dengan harga RM10. jika ada saya berminat nak beli.

  9. Fadilah,

    Rasanya belum ada. apa masalahnya…? DsKP tersebut boleh dimuat turun dan print sendiri..

  10. cikgu narzuki,
    pemarkahan dan pemberatnya masih sama?
    untuk kertas 1,2,3?

  11. Stefen,

    Format pentaksiran baru mungkin akan dimaklumkan dalam kursus/taklimat penataran oleh LPM tahun depan nanti… sama2 kita tunggu.

  12. cg, ada apa perbezaan yang ketara antara tahun 2017 dengan sebelum ini tak?

  13. Hook,

    Dari segi kandungannya tiada perubahan.. cuma distruktur semula. Tetapi perbezaan yang ketara adalah penggunaan istilah baru… ianya diselaraskan dengan istilah2 yang digunakan diperingkat matrikulasi dan U.

  14. Cikgu,
    Boleh jelaskan apakah itu PBS?

    Dengan pentaksiran baru ini, bolehkah pelajar dalam kelas pure science pilih prinsip akaun sebagai extra subject?

    Terima kasih.

  15. Martina,

    Sila rujuk DSKP m/s 15-17.. berkaitan pentaksiran sekolah.
    Sama seperti sebelum ini.. pelajar aliran sains masih boleh ambil prinsip perakaunan.

  16. Cg,

    bolehkah berikan contoh istilah lama dan istilah baru yang digantikan

  17. Hook,

    Kunci kira-kira –> Penyata Kedudukan Kewangan
    Stok –> Inventori
    Penghutang –> ABT
    Pemiutang –> ABB
    Belum Terperoleh
    Belum Terima
    Prabayar
    Belum Bayar

  18. Betul ke ckg format kertas perakaunan spm 2017 berubah ? sebab senior tahun ni yang baru habis peperiksaan pun cakap susah sangat soalan tahun ni.

  19. Nor Syuhada,

    Pelaksanaan KSSM Tingkatan 4 mulai 2017, maka pelaksanaan Format Pentaksiran baru mulai SPM 2018.
    Soalan tahun ini bukan format baru, hanya dimasukkan unsur2 KBAT seperti mana dalam subjek2 lain juga.

  20. cg,
    adakah ini bermaksud perkataan terakru, terdahulu tidak lagi digunakan?

    adakah pihak sekolah akan menggunakan buku teks yang baru?

  21. Hook,

    Ya… istilah terakru dan terdahulu suda tidak digunakan lagi… buku teks baru sudahpun dihantar ke sekolah2.

  22. Salam cg,

    di mana saya nak dapatkan mklumat tentang peruntukan masa mengajar utk prinsip akaun 2017? bukankah utk kssm 2017 , peruntukan masa mengajar adalah 3 jam,

  23. Insan.

    Untuk MPEI (mata pelajaran elektif iktisas) mulai 2017 sudah ikut KSSM.. manakala subjek yang lain mulai KSSM 2020. Pada asalnya ditetapkan 3 jam seminggu (3 jam x 32 minggu = 96 jam) … ikut pekeliling terbaru Prinsip Perakaunan sekurang2nya 96 jam setahun.

    Search saja surat pekeliling iktisas “SPI KPM Bil 9 Tahun 2016 KSSM”

  24. Salam cikgu, mungkin cikgu ada RPT untuk Kssm akaun t.4 ? Kalau ada blh kongsikan?

  25. Azian,

    Muat turun DIATAS.

  26. Cikgu,
    1. Maksud islah prinsip perakaunan akan tukar nama pd thn 2017?
    2.apakah nama baru utk subjek acc ?

    Dari DSK ,semua sukatan nampaknya sama ttp kbat jadi banyak. Maka samam sama kita usaha utk pelajar tahun depan.
    Soaln spm 2016 memang lebih cenderung ke arah kbat dan mungkin tahun ini 2017 kita harus titik berat dlm arah ini.
    Saya kongsi pendapat sahaja,jika salah sila tunjukkan

  27. Wong,

    1. Ya.. banyak istilah baru digunakan selaras dengan istilah2 yang digunapakai peringkat U.

    2. Masih kekal “Prinsip Perakaunan”.

    Sama-sama kita tingkatkan kemahiran diri dalam PdP Abad 21.

  28. Cikgu,
    Buku Teks baru 2017 Tingkatan 4, MODUL 4, tidak menunjukkan “cara merekod urus niaga” dalam Jurnal Penerimaan Tunai (JTT) dan Jurnal Pembayaran Tunai (JBT).
    Adakah ini bermakna kedua-dua JTT dan JBT tidak dipentingkan dari segi perekodan? Dalam pada itu, adakah ini juga bermakna Buku Tunai lebih dipentingkan?

    Apakah pendapat Cikgu?

  29. Martina,

    Rujukan utama kita ialah DSKP, buku teks hanya disediakan oleh penerbit berdasarkan kefahaman penulis sahaja.
    Soalan SPM nanti berdasarkan DSKP.. bukan buku teks semata2.

  30. Cikgu,
    Saya gagal math dan sains..
    Layak x saya masuk kelas prinsip perakaunan

  31. Amir,

    Bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh sekolah masing2..

  32. Selamat Tahun Baru Cikgu.

    Saya nak tanya apakah format penaksiran bagi pelajar Tingkatan 4 2017.

    Terima Kasih Cikgu.

  33. Nadia,

    Selamat Tahun Baru.
    Perkara tersebut akan ditaklimatkan oleh pihak LPM kepada guru2 nanti… sama2 kita tunggu.

  34. Cikgu saya baru masuk form4 untuk tahun 2017. Tapi saya masih ragu2 tentang aliran yang saya dapat. Saya dapat aliran perniagaan tapi yang saya pening apa beza perdagangan dgn perniagaan? Tolong saya cikgu. Huhu.. saya tak tahu nak buat pilihan yang mana…

  35. Aishah,

    Kurikulum sebelum ini dipanggil PERDAGANGAN…manakala kurikulum baru (KSSM) namanya telah ditukarkan kepada PERNIAGAAN.

  36. Ada sebarang perubahan format penyata pendapatan?

  37. Kong Seng Kian,

    Perubahan dalam PP… diskaun dilaporkan sebagai Hasil dan Belanja.. bukan lagi sebagai Kontra kepada Jualan dan Belian.

  38. Assalamu’alaikum cikgu,

    Adakah buku rujukan 2016 masih boleh digunakan since terdapat perubahan terms dan treatments utk spm 2018?

    Thanks

  39. Aisshahumaira, waalaikumussalam.

    Untuk pelajar tingkatan 5 tahun ini… masih menggunakan buku rujukan tersebut. Tetapi bagi pelajar tingkatan 4 mulai tahun ini… adalah lebih baik guna buku terbitan 2017 selaras dengan KSSM.

  40. Nor afizan bt. Badaruddin

    Nak tau cara penulisan rph ekonomi t4 2017

  41. Nor Afizan,

    Tiada ketetapan khas cara penulisannya…. Sila rujuk JUK / JU Ekonomi negeri masing2.

  42. Cikgu,

    Saya mohon penjelasan daripada cikgu mengenai batasan perakaunan iaitu kos manfaat, apakah terms lama bagi kos manfaat . Thank u

    Shalu

  43. Shalu,

    Sukatan sebelum ini, belum memperkenalkan term tersebut.. sila rujuk DISINI.

  44. hai… saya nak tanya ada jual buku rujukan prinsip perakaunan dan ekonomi 2017 di sabah kah?

  45. Qing,

    Maaf, Cg tak pasti… cuba ke kedai2 buku berdekatan.

  46. C boleh bagi buku jawapan murid x sbb saya x faham la klu x tgk jawapan nya saya selalu tgk cara buat dulu baru dpt buat

  47. Iqbal,

    Tidak disediakan buku jawapan murid.

  48. Muhammad abdul jabbar

    assalamu’alaikum ..
    maaf tuan ..
    boleh tuan bagi tahu saya dimana saya boleh dapatkan/download semua DSKP bagi tingkatan 1 sampai 5..
    terima kasih

  49. Muhammad, waalaikumussalam.

    DSKP .. hanya digunapakai oleh tingkantan 4 (2017) bagi mata pelajaran elektif ikhtisas (MPEI) dan tingkatan 1 sahaja.

    Sila muatturun di laman KPM.

  50. Assalamualaikum. Cikgu. Tahun ni (2017) adik saya ambil subjek perakaunan dan perniagaan. Tetapi puas saya cari, tiada buku rujukan bagi dua subjek ni di kedai buku. Adakah silibus perakaunan sama dengan silibus prinsip perakaunan? Cikgu ada saranan buku rujukan apa yang patut di beli?

  51. Latifah, waalaikumussalam.

    Sukatan SPM dan STPM ada sedikit kelainan… tidak sesuai guna buka SPM… buku2 tersebut saya beli secara online.. Buku Perakaunan Teks STPM : Ace Aheah.. penerbit Oxford Fajar. Search saja di internet toko buku yang jual secara online.

  52. cikgu , what is the double entry for “Diskaun niaga” please.

  53. Cikgu,
    Akaun Belum terperoleh = hasil terdahulu

    betul tak?

  54. Kellytam,

    1. Tidak perlu rekod untuk diskaun niaga.
    2. Ya.. betul.

  55. cg ,nak tnye kalau membayar sewa dgn cek . separuh drpdnya merupakan sewa kediaman (rm2000) kalau dlm buku tunai nak dimasuk mcm mne ye ?

  56. Nana,

    BT:
    Kt Sewa
    Kt Ambilan –> sewa kediaman

  57. cikgu publication mana yang saya bole dapatkn untuk cari buku runjukan perinsip perakaunan yang baru?

  58. Ainulyaqin,

    Maaf, Cg tak pasti.
    Cuba tinjau di kedai buku berdekatan.

  59. Assalamualaikum cikgu, saya akan menduduki SPM tahun hadapan 2018. Dan saya pun dah bertanyakan kpd rakan2 saya tentang format spm berubah bermula tahun 2018. Saya sebenarnya calon persendirian sebab saya dari tahfiz.
    Susah sangat ke format terbaru nanti cikgu? Saya takut sangat saya tak mampu nak jawab spm nanti.
    Semua subjek berubah ke cikgu?

  60. Erin, waalaikumussalam.

    Format pentaksiran SAMA sahaja dengan tahun sebelum ini.. cuma bezanya Tugasan kerja kursus hanya dilakukan masa di Tingkatan 5 sahaja.

    Item2 KBAT.. semua subjekpun ada.

  61. Cikgu tolong ajar saya muka surat 284 f4

  62. sekeping nota kredit yang dikeluarkan kepada pelanggan berjumlah 1800 belum direkodkan dlm mana-mana buku.

    nak tanya apa akaun yang terlibat dlm akaun perdangangan dan ak untung rugi??

  63. Lee,

    Dt Pulangan Jualan —> Ak Perdagangan
    Kt Akaun Belum Terima –> PKK

  64. Kalau untuk tingkatan 4 2018 sukatan peljaran macam mana

  65. Harris,

    DSKP baru digunapakai mulai Tingkatan 4 tahun 2017.
    Maka Tingkatan 4 2018 = 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.