Blog Archives

PERLAKSANAAN FORMAT PENTAKSIRAN BARU BERMULA SPM 2011

Maklumat yang terbaru diterima daripada pegawai LPM bahawa HSP baru akan dilaksanakan mulai tahun 2010 dan penangguhan perlaksanaan Format Pentaksiran Baru akan bermula bagi calon SPM 2011. Berita tersebut sudah tentu akan mengembirakan para guru dan calon SPM 2009 semua.

Surat rasmi penanguhan perlaksanaan HSP baru dan Format Pentaksiran Baru telah mula diedarkan ke sekolah2.  Harap maklum.

FORMAT PENTAKSIRAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009 -> DITANGGUHKAN PADA 2011

Format Pentaksiran Sebenar akan diedarkan selepas mendapat kelulusan pihak2 tertentu terlebih dahulu, Harap maklum.

[01.07.2009]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MUAT TURUN : BAHAN PENATARAN SPM 2009

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PERUBAHAN SOALAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008

Diharapkan pelajar semua lebih bersedia untuk menjawab soalan prinsip perakaunan pada tahun ini. Ini kerana soalan pada tahun ini terdapat sedikit perubahan ekoran daripada Program dua pensijilan yang baru diperkenalkan, iaitu Sijil Kebangsaan dan Sijil Profesional yang telah dibuat MoU dengan ACCA dan LCCI.

Dalam usaha menaiktaraf kelulusan Prinsip Perakaunan SPM ke peringkat lebih profesional, maka beberapa perubahan akan dibuat terhadap soalan pada tahun ini. Di mana GAYA PENYOALAN yang digunakan berlainan sedikit berbanding dengan soalan tahun-tahun lepas. Penilaian dan PEMBERIAN MARKAH juga turut berubah mengikut cara pemarkahan LCCI, di mana penekanan diberikan kepada KEMAHIRAN PERAKAUNAN, seperti kemahiran catatan pelarasan dan pengiraan hendaklah ditunjukkan dalam kertas jawapan.

Semoga usaha menaiktaraf ini, menjadikan Sijil Perakaunan SPM setanding dengan Sijil Profesional Perakaunan lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.