PERLAKSANAAN FORMAT PENTAKSIRAN BARU BERMULA SPM 2011

Maklumat yang terbaru diterima daripada pegawai LPM bahawa HSP baru akan dilaksanakan mulai tahun 2010 dan penangguhan perlaksanaan Format Pentaksiran Baru akan bermula bagi calon SPM 2011. Berita tersebut sudah tentu akan mengembirakan para guru dan calon SPM 2009 semua.

Surat rasmi penanguhan perlaksanaan HSP baru dan Format Pentaksiran Baru telah mula diedarkan ke sekolah2.  Harap maklum.

Posted on December 17, 2008, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 70 Comments.

  1. Alhamdulillah… adakah format pentaksiran sahaja ditangguhkan? Sukatan pelajaran yang baru bagaimana?

    Terima kasih cg narzuki atas info yang amat berguna.

  2. Zil,

    Hanya perlaksanaan Format Pentaksiran sahaja yang ditangguhkan ke SPM 2011, manakala HSP baru mula dilaksanakan tahun 2009. Format pentaksiran dan gaya penyoalan bagi SPM 2009 – 2010 menyamai format SPM 2008 yang lalu.

  3. Maksudnya soalan 2 dan 3 spm 2009 adalah soalan anchor?

  4. wow!!! leganya bila baca berita ni… tq cgu…

  5. Eric, Format SPM 2009 sama dengan SPM 2008 yang lalu.

    Cgu Sila, sama-sama kita buat persediaan untuk SPM 2009 pula.

  6. CG…
    jADI
    fOrMAT NeX Yer jUZ 2 KrTAS jEW???
    3 KRtas mLAi 2011???

  7. Ela,

    Begitulah maklumat terbaru yang Cg perolehi.
    Seperti Format SPM 2008, iaitu Kertas 1 dan Kertas 2.

  8. oooooooo…
    Baru sy fhm
    mksdnya nex yer masi lg 2 krtas..
    tp sbnrnya bgs jg ada 3 krtas…skurg2nya dpt mmbntu pljr…trutama yg lmah
    apa pndpt cg??

  9. cg..
    sukatan pelajaran baru akan di mulakan pd 2009???
    tlg bgtaw..coz sy kurg fhm…trma kasih…

  10. Ela,

    HSP telah diedarkan ke semua sekolah untuk dilaksanakan pada tahun ini bagi menggantikan HSP yang lama. Di mana terdapat sedikit perubahan dan penambahan topik baru serta pendedahan penggunaan kemudahan ICT dalam perakaunan.

  11. Syukur….jd ini bermakna soalan 1 masih ada dokumen perniagaanlah? Cuma inginkan kepastian je.

  12. Cg Zie,

    Berdasarkan maklumat yang saya terima Soalan 1 kekal dokumen perniagaan dalam kertas 2 sehingga SPM 2011.

  13. HSP yang bermula pada tahun 2011, setiap pelajar wajib menyediakan satu folio?

  14. Ang,

    HSP bermula 2009. Cuma Format Pentaksiran Baru yang mengandungi Kertas 1, 2 dan 3 saja dilaksanakan pada 2011. Kertas 3 merupakan kerja kursus / folio yang wajib disediakan oleh setiap calon. Di mana ianya menyumbang sebanyak 20% daripada markah keseluruhannya.

    Kertas 1 – 20%
    Kertas 2 – 60%
    Kertas 3 – 20%

  15. Assalamualaikum…..
    setakat ini ada tak hitam putih Format Pentaksiran Baru di tunda ke 2011…. tq.

  16. Dimana saya boleh dapat nota bagi topik2 yang terbaru?sangat pening untuk mengajar pelajar dengan buku teks lama

  17. Cg Awang,

    Perlaksanaan Format Pentaksiran Baru pada 2009 juga tidak ada hitam-putihnya, hanya disampaikan secara lisan oleh pegawai LPM melalui kursus penataran yang diadakan. Begitu juga dengan penanguhan ke tahun 2011 juga disampaikan secara lisan oleh pegawai LPM yang sama kepada guru-guru ketua pasukan pemeriksa pada bulan Disember 2008 yang lepas. Entah ada atau tidak surat hitam putih akan dikeluarkan … itu saya tak pasti bergantung kepada pihak LPM.

    Ang,

    Tak payah nak peningkan kepala, ajar saja mengikut buku teks yang sedia ada, nota2 tambahan berkaitan tajuk baru akan disediakan nanti oleh pihak2 tertentu dan dihantarkan ke sekolah2. Apa yang terdapat dalam buku teks lama juga memenuhi HSP baru dari segi isi kandungannya, cuma terdapat sedikit penambahan.

    Perlaksanaan sepenuhnya HSP baru hanya dapat dilaksanakan apabila buku teks baru dikeluarkan nanti. Itulah salah satu sebab kenapa perlaksanaan format pentaksiran baru terpaksa ditangguhkan ke tahun 2011.

  18. Cg Narzuki,
    Peperiksaan SPM tahun 2009 merangkumi tajuk tajuk yang terbaru ini? Bilakah Buku Teks yang baru akan diedarkan. Saya takut akan pelajar SPM tahun ini tidak sempat membuat ulangkaji

  19. Ang,

    Bila buku teks baru akan diedarkan saya tidak pasti, mungkin dalam proses. Daripada apa yang saya faham, selagi tidak ada buku teks / modul berkaitan tajuk2 baru dikeluarkan atau diedarkan kesekolah2 atau dengan kata lain guru2 yang tidak dapat mengajar topik2 tersebut kerana tiada bahan rujukan, maka topik2 tersebut tidak akan dikeluarkan dalam soalan SPM nanti.

  20. Cg Awang dan Ang,

    Maklumat Terkini !!! Saya baru saja mendapat maklumat bahawa SURAT RASMI penanguhan perlaksanaan HSP dan Format Pentaksiran Baru telah mula diedarkan ke semua sekolah2.

    Nampaknya HSP baru juga ditangguhkan kerana penyediaan buku teks / modul seperti yang diperkatakan sebelum ini hanya dapat disiap sehingga akhir tahun 2009. Oleh itu perlaksanaan HSP baru juga ditangguhkan, iaitu bermula pelajar tingkatan 4 pada 2010 dan format pentaksiran baru SPM 2011.

  21. jadinya, format spm 2009 masih yang lama ye?

  22. Lin,

    Sama dengan format SPM 2008 di mana soalan 2 dan 3 merupakan “anchor item” seperti yang telah dibincangkan sebelum ini dalam PERUBAHAN FORMAT PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2008.

  23. Assalamualaikum,

    Jika sesiapa yang dah dapat surat itu, bolehlah kiranya meng’scan’ dan upload serta kongsi salinan dengan kitorang. Mana tau surat lambat sampai, dengan adanya salinan surat itu, bolehlah kita bergegas buat mesyuarat Panitia dan masukkan dalam minit berkaitan perubahan itu.

  24. jadi kami kena guna baliklah HSP lama? bagus juga.

  25. Waalaikumussalam, lama tak dengar berita, diharapkan sihat hendaknya. Surat tersebut telah jelas menerangkan tentang penangguhan perlaksanaan tersebut. . Jadi apa2 tindakan yang dirasakan perlu sudah boleh diambil, surat berkenaan telah/sedang diedarkan ke sekolah2.

    Perkara yang disampaikan melalui surat berkenaan adalah seperti berikut:-

    2. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 2/2008, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 18 November 2008. Sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan digunakan mulai tahun 2010 di Tingkatan Empat.

    3. Sehubungan itu, format baru pentaksiran mata pelajaran Prinsip Perakaunan berdasarkan sukatan pelajaran semak semula mata pelajaran Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah akan mula dilaksanakan mulai Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2011.

  26. salam… saya masih tak dapat lagi surat pasal penangguhan 2 pun…

    saya dah buat pun rancangan tahunan yang baru ikut huraian sukatan yang baru…

    so kena pakai yang lama balik ke?????
    tengah musykil niee….. banyak sgt changes

  27. Surat akan sampai dalam masa terdekat ini. Saya sendiri baru terima hari ini terima surat tersebut.

    Ikut perkembangan semasa, guna HSP lama. Perubahan dibuat selepas mengambilkira masalah2 yang timbul (seperti ketiadaan buku teks dll) dan keputusan penangguhan yang dibuat adalah untuk kebaikan guru dan juga pelajar.

  28. semenjak dua menjak MOU ngan LCCI ni format pentaksiran PA semakin kecoh dan membunuh minat pelajar utk belajar PA. Penting sangat ke LCCI tu…x cukup ngan DIA Uitm, Matrikulasi, dan Perakaunan prgkt T6 yang selama ni x penah ada syarat camtu.

  29. Kalau kita pandang dengan sebelah mata, semua perubahan ini hanya menyusahkan guru2 sahaja. Tetapi jika kita TEROPONG TERUS kepada apakah KEBAIKKAN / KELEBIHAN yang akan diperolehi oleh pelajar2 kita nanti, kemudian kita ceritakan KELEBIHAN2 tersebut kepada pelajar sudah pasti akan menarik LEBIH MINAT mereka untuk mempelajari Prinsip Perakaunan.

    Kita juga seharusnya TEROPONG kepada hasrat untuk mengintergrasikan kompetensi dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk RMK-9 dan PIPP KPM serta langkah KPM dalam usaha mengangkat taraf pendidikan Malaysia ke peringkat antarabangsa…. barulah kita nampak dengan jelas apakah sebabnya perubahan tersebut dibuat.

  30. Terima kasih di atas keperihatinan Cg narzuki.

    Sepanjang cuti sekolah tu, tak sihat, mental dan fizikal.

    Mungkin dah hampir burnout kot, motivasi kerja saangat menurun semenjak-dua menjak ni.

  31. Sifu2b,

    Saya doakan semoga saudara cepat sembuh dan kembali sihat seperti sebelumnya. Amin.

    Perbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar, semoga beroleh ketenangan, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi apa jua ujian dan dugaan dari Yang Maha Kuasa.

  32. Cg Narzuki,
    Alhamdulillah kerana punya sahabat seperti saudara. Terima kasih di atas nasihat dan doa saudara. Amin.

  33. bagus juga HSP baru bemula pd tahun depan. thanks atas maklumat yang cikgu berikan. memang rancang minggu ni akan dedahkan HSP baru kepada pelajar. terima kasih atas maklumat terkini.

  34. Assalamualaikum, cikgu… Saya nak tanya sama ada penangguhan HSP baru dan format pentaksiran baru adalah rasmi dan adakah akan berlaku sebarang perubahan lagi??? Adakah HSP baru ini akan tiba-tiba dilaksanakan pada tahun 2009 untuk pelajar tingkatan 4?Saya memerlukan jawapan segera dan tepat daripada cikgu. Minta bantuan cikgu, yah….sebab buat masa ini, kami tidak mendapat sebarang berita daripada pihak sekolah dan rasa-rasanya pihak sekolah sendiri pun belum tahu akan perkara ini…. mungkin kerana surat belum sampai..

  35. Jadi, maksudnya tidak akan berlaku sebarang perubahan untuk subjek inilah?? Masih menggunakan HSP dan format yang sama??

  36. Pelajar,

    Surat rasmi telah dihantar ke sekolah2 berhubung perkara tersebut. Untuk tahun 2009 masih lagi menggunakan HSP lama.

  37. lega, sekiranya HSP baru berkuatkuasa tahun 2010.

    terima kasih cikgu…

  38. salam.
    saya di Dungun, Terengganu, memang tak tahu menahu langsung tentang sebarang perubahan dan tidak menerima sebarang surat mengenainya melainkan tentang MOU dgn LCCI dan perubahan format SPM 2008. saya tak tahu perubahan HSP dan tak tahu ada paper 3. Saya tengok sepintas lalu HSp baru di sini. Cuma yg saya perasan ada penambahan tajuk penggajian.tajuk apa ni? Boleh tak bagitau perubahan/penambahan dalam HSP baru kot2 saya terlepas pandang.
    Terima kasih

  39. Cg Fazri,

    Perlaksanaan HSP baru akan dilaksanakan kepada Tingkatan 4 pada 2010 nanti. Dan Format Pentaksiran Baru (ada kertas 1,2 dan 3) akan dilaksanakan mulai SPM 2011.

  40. boleh tanya tentang soalan mengenai perakaunan berkomputer akan keluar dari spm tahun ini tak? saya amat bimbang kerana tahun 2008 soalan 2, ramai pelajar panik melihat soalan tersebut ialah soalan kelab/persatuan.

  41. mengapa sekolah saya ( di sarawak ) belum lagi terima surat tentang penangguhan format baru? saya cuba tanya kawan di johor pun, belum terima surat tersebut. saya harap perkara tersebut adalah benar kerana saya ikut sukatan pelajaran lama.

  42. Singkiu,

    Pada pandangan saya topik tersebut hanya disoal dalam Kertas 1, mungkin satu soalan seperti soalan tahun lepas (SPM 2008).

    Soalan SPM 2008 (terutamanya Soalan 2 & 3) memang sudah dijangkakan menggunakan gaya penyoalan LCCI, kerana telah dimaklumkan melalui kursus penataran yang diadakah oleh LPM mengikut zon masing2. Di mana topik2 yang terlibat untuk soalan 2 & 3 (dipanggil “Anchor Item”) ialah :
    1. Akaun Penamat / Penyata Kewangan
    2. Akaun Kelab dan Persatuan
    3. Rekod Tak Lengkap
    4. Perkongsian
    5. Akaun Kawalan

    Pada pandangan saya, SPM 2009 dan 2010 nanti juga akan mengguna pakai format soalan seperti SPM 2008. Sila dapatkan bahan2 kursus Penataran 2008 dibahagian B-MUAT TURUN BAHAN di atas.

  43. Terima kasih dengan maklumat ini. tentang pelaksanaan format baru untuk 2010 yang ditangguhkan.
    Permasalahan saya sekarang tentang pelaksanaan Huraian Sukatan Pelajaran 2009, adakah patut diajar sekarang untuk pelajar tg 5. sedangkan tajuk penggajian adalah tajuk baru. dan tajuk varian. Skop yang hendak diajar setakat mana

  44. Cg Ahkiu,

    Penangguhan tersebut memang benar, kebanyakkan sekolah telah menerima surat pekeliling tersebut. Rasionalnya mudah sahaja bagaimana nak mengajar menggunakan HSP Baru jika tiada bahan rujukan asas iaitu Buku Teks Baru dibekalkan sebagai panduan kepada guru dan juga pelajar. Itulah salah satu sebab kenapa penangguhan tersebut terpaksa dilakukan.

    Cg Zulaili,

    HSP yang dikeluarkan untuk tahun 2009 telah ditangguhkan perlaksanaannya kepada pelajar tingkatan 4 tahun 2010. Dan akan mengikuti Format Pentaksiran Baru iaitu Kertas 1, 2 dan 3 pada SPM 2011 nanti.

    Manakala bagi pelajar SPM 2009 dan SPM 2010 masih lagi mengikuti HSP lama. Dan format pentaksiran juga menyamai format pentaksiran SPM 2008.

  45. cikgu-cikgu sekelian. saya pernah mengajar subjek ini suatu ketika dahulu tetapi oleh kerana prestasi keputusan yang amat memilukan pihak sekolah maka ia telah diberhentikan. waktu itu tak ada seorang pun pihak pentadbir sekolah yang mahu mendengar kata-kata saya iaitu ajar subjek ini kepada pelajar yang mempunyai fikiran yang lojik dan kritis(pelajar sains lah tu) sebaliknya saya terpaksa mengajar kumpulan pelajar sastera yang lemah. mana tak keputusan spm amat buruk. saya pun dipersalahkan. tapi sekarang pentadbir mahu ia diajar semula. saya sekali lagi dipanggil untuk mengetuai subjek ini. masalahnya sekarang ialah saya sudah amat jauh ketinggalan di bahagian pentadbiran seubjek ini. semua sukatan dan huraiana yang pernah saya gunakan sudah dikitar semula. jadi saya mohon jasa guru-guru yang mempunyai sukatan, huraian dan kalau tak keberatan rancangan mengajar tahunan mengeposnya di sini atau hantar ke emel saya peterlasa@yahoo.com. terima kasih cikgu.

  46. Cikgu Peter,

    Saya juga bersetuju subjek ini dijadikan elektif kepada pelajar sains, supaya peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran lebih banyak, secara tidak langsung lebih ramai pelajar2 sains akan dapat ke matrik, diploma dll.

    Huraian Sukatan Pelajaran untuk 2009, dan juga HSP (baru) untuk tingkatan 4 tahun 2010 boleh dimuat turun daripada A-INFO PERAKAUNAN di atas,

  47. Ingin bertanya sama ada pelajar Tingkatan 4 tahun 2009 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2010 akan mempelajari mata pelajaran Perakaunan seperti sukatan yang sebelumnya atau tidak?

    Masih menggunakan buku teks yang sama seperti tahun-tahun yang lepas?

    Adakah subjek baru yang perlu dimuatkan?

    Skop peperiksaannya akan sama dengan SPM 2008?

    Jadi, saya hanya perlu mengajar seperti dulu?

  48. terima kasih cikgu. siang-siang dah saya download hsp itu. masalahnya saya masih tercari-cari rancangan mengajar tahunan. nak sediakan sendiri tak mungkin sempat sebab pengetua dah minta buku rekod minggu depan. jadi minta tolonglah dengan mana-mana member yang kesian dengan saya supaya upload rancangan mengajar tahunan di sini suapaya dapat pula saya download serta diubahsuai. terima kasih.

  49. Cg Jun,

    HSP baru dilaksanakan bermula pelajar tingkatan 4 tahun 2010, seterusnya menduduki SPM 2011 menggunakan Format Pentaksiran Baru. (3 Kertas).

    Untuk pelajar SPM 2009 dan 2010, masih lagi menggunakan buku teks yang sedia ada. Format soalan kemungkinan besar menyamai SPM 2008. Cara mengajar saya cadangkan perlu diubah/ ditambahbaikkan bagi membuahkan hasil yang lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya.

  50. ini bererti saya perlu menekankan topik kelab/persatuan, rekod tak lengkap?

  51. Cg Jun,

    SEMUA topik perlu diberikan penekanan. Cuma soalan 2 & 3 akan mengunapakai format soalan LCCI dan topik2 yang ditetapkan (Anchor Item) bagi soalan2 tersebut terdiri daripada :

    1. Akaun Penamat / Penyata Kewangan
    2. Akaun Kelab dan Persatuan
    3. Rekod Tak Lengkap
    4. Perkongsian
    5. Akaun Kawalan

    Manakala topik2 lain kemungkinan akan disoal dalam soalan 4,5 dan 6.

  52. ckgu,ade jwpn spm 2008 x?

  53. Ilyas,

    Maaf, Cuba dapatkan Buku Koleksi Peperiksaan Sebenar terbitan CERDIK keluaran terbaru nanti.

  54. saya baru jer menjenguk blog ni…memang sugguh berinformasi untuk pelajar perakaunan.

  55. Dalam format baharu 2011 nanti, Bahagian A terdapat 3 soalan dan Bahagian B terdapat 2 soalan, serta setiap soalan diperuntukkan 25 markah tidak kira bhg A atau B. Bolehkah Cg dedahkan hal tentang perbezaan antara Bahagian A dengan Bahagian B. Adakah skop/topik yang ditanya ditetapkan mengikut Bahagian?
    [Saya tahu format baharu masih belum tiba masanya untuk dilaksanakan, tapi minta Cg dedahkan perbezaannya]

  56. kepad Patrick TAn,
    bagi Cg biarlah ia muncul pada waktunya..Bukan apa jka beritahu perihal yang masih tidak rasmi , takut2 format atau isinya akan bertukar kemudian.. Lagipun, ianya masih tidak berguna. ada baiknya anda fokus kepada format sekarang yang lebih jitu dan pastinya berguna..

  57. Patrick Tan,

    Memang betul cakap Cg Amri, masih terlalu awal untuk dibicangkan kerana kemungkinan masih ada lagi sedikit perubahan atau penambahbaikan akan dilakukan keatas HSP dan juga Format Pentaksiran. Cuma pada peringkat awal dahulu saya difahamkan bahawa soalan Bahagian B adalah untuk tujuan penilaian LCCI.

  58. di sekolah saya, JPN telah meminta nama KP P. Perakaunan, mungkin utk tujuan dipanggil berkursus format baru?

  59. Baguslah kalau begitu, kalau ada apa-apa maklumat terbaru nanti bolehlah Cg Ciknon kongsikan untuk kita semua disini.

  60. sy baru je jenguk blog ni..& sy nk kepastian
    i)HSP SPM 2009 ni masih gunapakai HSP sebelum ni..
    ii) soalan anchor item bagi soalan 2&3..(antara 5 tajuk tu akan masuk diambil 2 tajuk ja untuk soalan 2&3)yer ke?
    iii)x yah ajar penggajianla tukan?

    surat penangguhan 2 sekolah sy x dpt g la…apasal erk?

  61. Cgu Donn,

    i) SPM 2009 masih guna pakai HSP 2004.
    ii) Ya, daripada 5 tajuk akan dimasukkan 2 (soalan 2 & 3) menggunakan format dan skema LCCI. Walau bagaimanapun antara 5 tajuk tersebut boleh juga dimasukan pada soalan lain tetapi mengikut format dan skema biasa seperti soalan SPM 2008.
    iii) HSP baru akan dilaksanakan pada 2010 kepada pelajar tingkatn 4.

    Surat tersebut telah dihantar ke sekolah2 pada Disember 2008 lagi, kalau tak sampai tu .. tak tahulah saya dimana silapnya.

  62. Salam Cgu, Saya dengar khabar dari seorang cikgu lain, yang mengatakan bahawa mulai SPM 2011, soalan dokumen perniagaan (soalan 1) akan ditiadakan dalam kertas 2, tetapi akan diadakan dalam kertas 3 (kerja kursus) sahaja. Harap cikgu dapat bantu saya.

    Terima kasih.

  63. Salam, itu juga maklumat yang saya terima. Walau bagaimanapun kita tunggu Pengumuman Rasmi yang akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan tentang Format Pentaksiran yang akan digunapakai kepada SPM 2011 nanti.

  64. HMMM maknanya disini..pelajar tingkatan 4 (2011) akan buat kerja kursus kan? bukan pelajar tingkatan 4 2010 kan?

  65. Kalau jadi apa seperti mana maklumat yang kita semua sedia maklum sebelum ini. Kerja kursus/Kertas 3 dilaksanakan semasa pelajar di Tingkatan 5 nanti, di mana masa yang diberikan hanya 14 minggu untuk menyiapkan tugasan tersebut.

    Jadi pelajar tingkatan 4 tahun 2010, kita perlulah ajar penggunaan komputer untuk menyediakan dokumen, jurnal, lejar, Id, penyata kewangan dll, sebagaimana yang dinyatakan dalam HSP Baru. Pengetahuan/kemahiran tersebut akan digunakan oleh pelajar dalam membuat kerja kursus di tingkatan 5 nanti.

  66. cg narzuki
    Kalau kerja kursus/kertas 3 dilaksanakan, adakah pelajar yang mengambil subjek perakaunan sebagai subjek tambahan dari tutor luar dan tidak belajar di sekolah tetap boleh teruskan ?

  67. Sekiranya Kertas 3 jadi dilaksanakan seperti yang dimaklumkan sebelum ini, setiap calon SPM wajib menduduki kertas 3 tersebut sebagaimana kertas 1 dan 2. Walaubagaimanapun keputusan dan cara perlaksaannya kita kena tunggu makluman rasmi daripada pihak Lembaga Peperiksaan nanti.

  68. Kenapa asyik tukar HSP? Sekarang Macam Mana?Pelajar Sains yang ingin mengambil akaun tidak boleh mengambil? Saya rasa HSP baru ini mendatangkan masalah. Jika nak tukar HSP, sepatutnya tukar dari version BM ke BI. Ini dalah paling penting dan membantu pelajar dalam masa akan datang.

  69. cg narzuki,
    kalu nak ajar pelajar menggunakan komputer 2 bg saya tiada masalah..cuma komputer d makmal ICT sek saya terpaksa sharing dgn ramai pelajar..maksud saya ada pelajar ICT..terpaksala ajar di luar jadual waktu ni..

    lagi 1 kalu buat kerja kursus, guru2 PAK kena diberikan pendedahan juga terutama nk bg markah 2..

  70. Memang tidak dinafikan banyak sekolah menghadapi masalah penggunaan kemudahan komputer di sekolah masing2. Jadi cikgu2 terpaksa mengambil inisiatif untuk melaksanakannya sebaik mungkin setakat yang termampu, sama ada dijalankan kelas ICT diluar waktu persekolahan, diberikan tugasan dan diminta pelajar siapkan menggunakan komputer sendiri atau di CC ataupun diadakan Kem ICT dan sebagainya.

    Berhubung kerja kursus sudah semestinya guru2 terlebih dahulu akan diberikan pendedahan, panduan dan taklimat berhubung dengan perlaksanaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.