TUGASAN KERJA KURSUS TING 5 TAHUN 2012

 

SOALAN TUGASAN PROJEK TINGKATAN 5 SPM2012
[DM]185[/DM][DM]186[/DM][dm]188[/dm]

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan2 guru, ada sedikit PENAMBAHBAIKAN terhadap arahan tugasan tersebut berbanding tahun lepas. Serta kemungkinan besar ianya juga akan dikeluarkan seminggu lebih awal .. sebagai persediaan untuk guru… iaitu pada 23 26 Mac 2012 manakala tempoh pelaksanaan tetap sama sepertimana dalam Format Pentaksiran iaitu mulai 1 APRIL hingga 31 MEI.

Posted on March 9, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 678 Comments.

  1. CKG adakah cara pelaksanaan k.krsus tahun ne sama cara plaksanaa thn lalu..

  2. Ayue,

    Pada pandangan saya, Cara pelaksanaannya sama sahaja… cuma kemungkinan arahan tugasan soalan ada penambahbaikan sedikit berbanding soalan tahun lepas…. sama2 kita tunggu soalan dikeluarkan tak lama lagi.

  3. Tugasan kerja kursus tg 5 2012 belum keluar ke?kata 23 Mac 2012.

  4. Sysakinah,

    Nampaknya buat masa ini masih belum keluar lagi, berdasarkan surat yang diedarkan ke sekolah katanya hari ini.. sama2lah kita tunggu… kalau malam ni tak keluar lagi, mungkin esok.

  5. harap2 tugasan athun x ssh kan ckg…tempoh 1 bilan jn ckg…

  6. Ayu Balqis,

    Kemungkinan arahan tugasannya hampir sama dengan soalan tahun lepas sahaja.
    Tempohnya : 1 April hingga 31 Mei 2012

  7. Cgu boleh bg cdgn jawapan kertas 3 tak..contoh utk k3 2011..

  8. Cikgu,
    Saya sudah cuba soalan dalam tugasan diatas dan jawapan imbangan duga yang saya dapat ialah RM 387815. Disini ada ada beberapa soalan berkenaan dengan tugasan ini yang harap dapat cikgu bantu. (i) dalam buku tunai Sewa diterima tarikh mungkin tersilap iaitu 31 April seperti dalam soalan (ii) soalan meminta kita sediakan belanjawan tunai tiga bulan tetapi maklumat dalam soalan jualan dijangka meningkat 10% setahun daripada tahun sebelumnya, mungkinkah soalan silap dan sepatutnya bulan sebab jika tahun maka ia tidak akan memberi kesan kepada peningkatan jualan untuk 3 bulan tersebut. (iii) dalam pelarasan susut nilai perlu mengira sebulan atau setahun sebab urusniaga hanya untuk sebulan. jika untuk sebulan maka untung atas pelupusan kenderaan ialah RM9500.

  9. untuk imbangan duga sebelah debit saya mendapat nilai 387815 manakala nilai kredit pula 386515 iaitu beza sebanyak RM 1300. perbezaan ini menunjukkan tentang sewa diterima. Dalam imbangan duga sewa diterima berada di sebelah debit. ini menunjukkan kesilapan. tetapi dalam buku tunai ia menunjukkan sebelah penerimaan. boleh tolong terangkan tentang keadaan ini kerana ia menyebabkan imbangan duga saya tidak seimbang. sekian terima kasih.

  10. Sheela,
    Akaun sewa diterima sepatutnya di sebelah kredit. Baki b/b (debit) pada 1 april merujuk kepada sewa diterima terakru tetapi ia telah diterima pada april 7, manakala sewa yg diterima pada 30 april adalah sewa untuk bulan april, jadi RM1300 pada 30 april itu adalah hasil bulan april jadi ia sepatutnya kredit.

  11. NIZAM2108

    terima kasih…..saya telah dapat detect kecuaian saya……..saya tersalah rekod kedua2 hasil yang diperolehi dalam lejar sebagai satu urusniaga sahaja……terima kasih banyak2………kini imbangan duga saya telah imbang……..


  12. nizam2108:

    Cikgu,
    Saya sudah cuba soalan dalam tugasan diatas dan jawapan imbangan duga yang saya dapat ialah RM 387815. Disini ada ada beberapa soalan berkenaan dengan tugasan ini yang harap dapat cikgu bantu. (i) dalam buku tunai Sewa diterima tarikh mungkin tersilap iaitu 31 April seperti dalam soalan (ii) soalan meminta kita sediakan belanjawan tunai tiga bulan tetapi maklumat dalam soalan jualan dijangka meningkat 10% setahun daripada tahun sebelumnya, mungkinkah soalan silap dan sepatutnya bulan sebab jika tahun maka ia tidak akan memberi kesan kepada peningkatan jualan untuk 3 bulan tersebut. (iii) dalam pelarasan susut nilai perlu mengira sebulan atau setahun sebab urusniaga hanya untuk sebulan. jika untuk sebulan maka untung atas pelupusan kenderaan ialah RM9500.

    Post:

    Parent comment:

    (This is #28410)




    Pada pandangan saya,

    (i) Saya setuju tarikh yang sepatutnya ialah 30 APRIL.

    (ii) Saya juga setuju 10% SETAHUN sepatutnya ditukarkan kepada 10% SEBULAN daripada BULAN sebelumnya.

    (iii) Tempoh Rekod ialah BULAN APRIL, maka Susutnilai perlu diselaraskan untuk SEBULAN, dan saya setuju Untung atas Pelupusan ialah RM9500.

  13. Cikgu,
    (i) jika nak merekod catatan pelarasan dalam lejar, lejar yang kita ambil dari lejar sebelum pelarasan perlu tulis baki b/b atau butir seperti sebelum pelarasan. Contoh akaun gaji baki b/b RM1400 atau akaun gaji butirnya bank RM1400 iaitu sama sebelum pelarasan. (ii) mengapa jurnal am sewa diterima RM1300 tidak ditulis sebagai sewa diterima terakru RM1300?
    terima kasih

  14. Nizam2108,

    Pada pandangan saya,
    (i) Kita guna konsep PPB kemaskini buku tunai…. Lejar Pelarasan, kita hanya ambil BAKI AKHIR daripada Lejar (sebelum pelarasan) kemudian masukkan catatan pelarasan terlibat.. tutup akaun tersebut dan baki akhir pindahkan ke ID Terselaras.
    (ii) Kes tersebut menggunakan KAEDAH LANGSUNG dimana Baki debit pada 1 April tersebut merujuk kepada SEWA DITERIMA TERAKRU… dan ianya telah dibayar pada 7 April.

  15. cikgu,
    belanjawan minta rekod pinjaman bayar balik dengan kadar faedah 6%. tetapi saya tidak tahu kena rekod berapa ringgit dalam kolum penerimaan dan pembayaran. pembayaran itu macam mana kira?

  16. Helenhii,

    Tetapkan dahulu JUMLAH PINJAMAN, katakan RM50,000 (… nilai BEBAS asalkan rasional bagi perniagaan tersebut)
    Kadar faedah telah ditetapkan 6% setahun
    Tetapkan TEMPOH PINJAMAN, katakan 5 tahun (….. BEBAS asalkan rasional)
    Jumlah Pinjaman & Faedah = 50000 + 6%x50000x5 = RM65000
    Maka, ANSURAN BAYARAN BULANAN = 65000 / 60 = RM1083.33 … bundarkan RM1083 …. (60 bulan…. 5 tahun X12)

    Penerimaan : PINJAMAN RM50,000 (Oktober)
    Pembayaran : BAYARAN BALIK PINJAMAN RM1083 (Nov & Dis)

  17. Cikgu,
    perlukah bayaran diasingkan kepada bayaran principle dan bayaran faedah atas pinjaman?

  18. Fatimah,

    Pada pandangan saya, ianya TIDAK perlulah diasingkan dalam penyediaan Belanjawan tunai.

  19. salam, cikgu takde contoh jawapan tahun2011 punya ke?

  20. salam.. saya nak tanya baki b/b okt tuk buat belanjawan boleh bebas atau bagaimana? kenderaan yang baru dibeli juga perlu disusutnilaikan juga kan?

  21. Shafa,
    Maaf.

    Sheila,
    Pada pandangan saya, ianya BEBAS asalkan RASIONAL berdasarkan baki pada bulan APRIL. Kenderaan baru dibeli pada 1 April 2012, jadi ianya telah digunakan selama sebulan, maka pelarasan susut nilai bagi bulan APRIL juga pelu diambilkira.

  22. kalau kenderaan perlu disusutnilaikan betul tak 20% setahun.leh cikgu bagi cadangan bel terakru, terdahulu n hasil terdahulu.

  23. cikgu ,
    soalan meminta kami sediakan belanjawan tunai untuk 3 bulan bermula bulan Oktober ?
    ‘bakinya dijangka berjumlah satu amaun tertentu’ bermaksud kami sendiri menentukan baki awal untuk bulan Oktober ?

  24. salam..untuk pelarasan perabot…sy dapat rm121.50..betul ker de pepuluhan..

  25. Sheila,
    Pada pandangan saya, SN Kenderaan 20% setahun. Salah satunya : Belanja Am terakru, Periklanan Terdahulu, Komisen diterima terdahulu.

    Gary,
    BAKI AWAL 1 Oktober 2012.. agak BEBAS asal rasional berbanding baki akhir / baki awal daripada Bulan April 2012…. jangan terlalu jauh bezanya.

    Ain,
    Saya adangkan kita BUNDARKAN kepada ringgit yang hampir iaitu RM122.

  26. cikgu,untuk pelarasan:
    1) Catatan jurnal untuk pelupusan kenderaan
    DT bank, snt….KT Kndrn, utg pelupusan (betul x)
    2) penghutang yang muflis pilih mana-mana 1 penghutang kan..
    3) PHR dikira selepas tolak penghutang yang telah muflis kan..

  27. Ain,

    Pada pandangan saya,
    1) Boleh rujuk Buku Teks ms252:.. ada 4 catatan jurnal am:
    Dt: Pelupusan kenderaan Kt: Kenderaan
    Dt: SNT Kenderaan Kt: Pelupusan kenderaan
    Dt: Bank/Tunai Kt: Pelupusan kenderaan
    Dt: Pelupusan kenderaan Kt: Untung atas pelupusan

    2) Pilih yang paling rasional …… penghutang yang telah lama tidak berurusniga dengann perniagaan.

    3) YA.

  28. cikgu , saya tak paham yang elemen -sewa diterima,deposit kadar bayaran- yg kat jurnal am nak pindah ke lejer. cam mana tu ?

  29. Saffa,

    Buat ikut urutan dalam Kitaran Perakaunan : …….. BCP ( JA, JJ, JB, JPJ, JPB, BT) poskan ke LEJAR… ID … Pelarasan … IDT … PK.,
    SEMUA catatan yang ada dalam BCP tersebut MESTI diposkan ke LEJAR….. jika ditinggalkan, maka ID akan jadi TIDAK SEIMBANG.

    Cara pemindahan catatan Jurnal ke Lejar boleh rujuk Buku Teks m/s 150-152.

  30. Salam…
    Mungkin 1 lagi kesilapan tarikh selain 31 Apr ialah TAHUN J Am tahun 2012 tetapi Buku Tunai 2011… Mungkin yg betulnya 2012…..
    Tahniah atas perkongsian melalui CNO….TQ.

  31. Cikgu Mohidin,

    Ya, saya setuju TARIKH tersebut sepatutnya 30 April dan TAHUN 2012 dalam Buku Tunai yang diberikan.

  32. putera dhom hafiz

    assalamualaikum cikgu ..
    saya nak tanye , contoh untuk pelaksanaan kerja kursus nie tak ada ke cikgu ? saya tidak begitu mahir untuk melaksanakan kerja kursus ni , tanpa contoh …

  33. Putera Dhom Hafiz, waalaikumussalam.

    Maaf tiada contoh, Cg cadangkan buat peringkat demi peringkat… 1) Poskan semua item dalam BCP ke Lejar, 2) Imbangkan Akaun2 tersebut, 3) Sediakan Imbangan Duga (Jumlahnya 387815)…. patikan ianya SEIMBANG terlebih dahulu. …… dan jangan lupa catatan dalam Lejar mesti ikut URUTAN TARIKH dan ada FOLIO.

  34. salam cg, sy nk tanya mengenai bahagian pelarasan pembetulan kesilapan.cg ada contoh yang sesuai.atau pun kena mereka sahaja kesilapan yang wujud.tq

  35. Arni,

    Pada pandangan saya, sudah ada 2 kesilapan dalam soalan tersebut supaya pelajar cari dan buatkan pelarasannya.

  36. salam..id saya yg asal x imbang…
    nk tanya,,stok kite amik nilai yg awl shj atau yg dlm mklmt tmbhn trus? keliru..susut nilai dh siap kira ke utk id sblm terlaras…bantu sya..

  37. Butiran Debit Kredit
    RM RM
    STOK 48500
    PREMIS 120000
    KENDERAAN 75000
    PERABOT 20000
    SEWA DITERIMA 1300
    DEPOSIT KADAR BAYARAN 500
    PERUNTUKAN HUTANG RAGU 482
    Snt KENDERAAN 24000
    SNT PERABOT 5420
    MODAL 216098
    AUTO MOTORS SDN BHD 34550
    AMBILAN 500
    BELIAn 32970
    JUALAN 54420
    ALAT TULIS 420
    KOMISEN DITERIMA 480
    PENGIKLANAN 500
    BELANJA AM 200
    DERMA 300
    INSURANS 570
    KADAR BAYARAN 380
    ALATAN PEJABAT 2600
    PULANGAN BELIAN 5440
    PULANGAN JUALAN 3980
    UPAH 800
    GAJI 1400
    DISKAUN DIBERI 175
    DISKAUN DITERIMA 428
    AKAUN GOH SDN BHD 6700
    INDAH PERMAI ENTERPRISE 16150
    PERMATA TRADING 20000
    SYARIKAT MAJU 1500
    MEWAH ENTERPRISE 15640
    PERNIAGAAN MUTHUSAMY 17300
    TUNAI 2250
    BANK 42077

    JUMLAH 387562 385468

    knp x imbg ek?

  38. Cikgu Myra,

    Terdapat beberapa kesilapan:
    MODAL = 218698
    DISKAUN DIBERI = 428
    DISKAUN DITERIMA= 175

    Imbangan Duga adalah senarai BAKI-BAKI akaun yang ada dalam Lejar… maklumat pelarasan BELUM diambil kira lagi…. selepas lakukan pelarasan baru sediakan Imbangan Duga Terselaras.

  39. wah..dh membantu pun..imbang la..tq cg narzuki..sgt membantu join sini..maklumla xde rakan guru same subjek nk bnch kt sek saya…maknanya jwpn lejar ak stok asal masih nilai yg dlm j.am la kite imbang 30 apr tu..

  40. Cikgu Myra,

    Ya, ID merujuk kepada BAKI-BAKI Akaun dalam Lejar.

  41. salam… boleh beri contoh maklumat tambahan untuk belanjawan tunai, seperti jualan kredit, belian dan sebagainya

  42. Chigutie,

    Pastikan kelima2 maklumat yang dikemukakan dalam soalan diambilkira dalam penyediaan Belanjawan Tunai… manakala lain2 item penerimaan dan pembayaran.. boleh rujuk kepada Buku Tunai.. seperti jualan, komisen diterima, sewa diterima…… Belian, Insurans, Belanja am, Pengiklanan, Upah, Gaji, Alat tulis, Kadar bayaran,

  43. salam CIkgu Ki. saya ada pertanyaan tentang P.H. Ragu. dalam baki jurnal Am 1 April, PHRagu berbaki RM482. saya andaikan baki tersebut untuk setahun (tempoh akaun yg lalu). Jadi, bila kita nak buat pelarasan PHR, kita hanya akan buat untuk sebulan. pada pendapat cikgu Ki, mcm mana kita nak rekod dalam Jurnal pelarasan (dari segi kita nak tgk peningkatan atau pengurangan PHR, sebab kita nak rekod utk sebulan sahaja, bukan setahun). saya keliru nak letak nilai RM peningkatan atau pengurangan PHR (setahun berbanding sebulan)

  44. Ckg Azlan,

    PHR diselaraskan k% atas baki PENGHUTANG BERSIH pada tarikh tersebut ….. BUKANNYA k% SETAHUN atas baki penghutang bersih.. ……Jadi ianya tidak timbul masalah setahun atau sebulan. ….. buat seperti biasa sahaja.

  45. Cikgu Narzuki, berkenaan dengan pembetulan kesilapan. Bolehkah kita memilih dua jenis kesilapan Tidak Ketara yang berlainan (maksudnya tidak melibatkan kesilapan ketara). Boleh buat andaian untuk kesilapan ini kan?

  46. berkenaan dengan PHR…..saya mendapati sama ada 5% atau 10%….semuanya mengakibatkan peningkatan PHR…..setuju? Kiraan PHR baru sangat tinggi.

  47. Quraisy,

    Pada pandangan saya, HANYA KESILAPAN TIDAK KETARA sesuai digunakan, kerana ianya memerlukan CATATAN PELARASAN dilakukan bagi membetulkan kesilapan tersebut sepertimana kehendak soalan. Sebaik2nya 2 jenis kesilapan tidak ketara yang berlainan digunakan. Sebenarnya daripada soalan tersebut kita boleh kesan 2 kesilapan tersebut…. soalan tugasan ini .. mirik kepada kajian kes, di mana pelajar cuba menganalisa maklumat yang diberikan bagi mengenalpasti item2 yang boleh dijadikan sebagai ITEM PELARASAN.

    Berhubung dengan kadar PHR… 5% atau 10% adalah terlalu BESAR,… sudah pasti akan berlaku PERTAMBAHAN PHR. Sebagai ASAS, kita cuba kenalpasti KADAR PHR yang digunakan pada tahun sebelumnya berdasarkan PHR dan BAKI PENGHUTANG pada 1 April 2012. Maka kita boleh gunakan kadar yang 1% / 2% lebih tinggi / lebih rendah ataupun menggunakan kadar yang SAMA dengan kadar tahun lepas.

  48. Cikgu,
    Apa yang ada dalam


    Cg Narzuki:

    Arni,
    Pada pandangan saya, sudah ada 2 kesilapan dalam soalan tersebut supaya pelajar cari dan buatkan pelarasannya.

    Cikgu,
    Apa 2 kesilapan tersebut? Saya dapati ansuran kereta terlebih bayar RM30 dan ini mungkin disebabkan kesilapan catatan dalam lejar. Mungkin juga syarikat ini sengaja membayar lebih, jika andaikan syarikat ini sengaja membayar lebih, bagaimana pelarasan dibuat?

  49. Nizam,

    Pada pandangan saya, kesilapan 1) : Ketinggalan catatan – pelupusan kenderaan… 2) Kesilapan amaun – bayaran ansuran kenderaan kepada Auto Motor Sdn Bhd sepatutnya RM420 tetapi telah dicatat sebagai RM450. … Sekiranya diandai SENGAJA bayar lebih, maka tidak berlaku sebarang kesilapan disitu…. dan TIADA APA yang hendak diselaraskan. Tetapi jika dikelaskan sebagai Kesilapan Amaun, maka baru catatan pelarasan pembetulan bagi perkara tersebut perlu dilakukan…. Iaitu Dt: Bank RM30 dan Kt: Auto Motors Sdn Bhd RM30.

  50. Cikgu,
    Bolehkah kita anggap pelupusan kenderaan itu adalah maklumat tambahan dalam soalan disamping itu kita kena membuat lagi 2 pembetulan kesilapan yang baru?

  51. Nizam,

    Pada pandangan saya, PELUPUSAN KENDERAAN adalah urusniaga biasa.. tidak boleh dikelaskan sebagai PELARASAN. Tetapi oleh kerana catatan tersebut telah TERTINGGAL, maka ianya dikelaskan KESILAPAN seterusnya catatan pelarasan bagi membetulkan kesilapan tersebut perlu dilakukan.

    Sekiranya pelajar nak buat LEBIH item pelarasan.. tidak menjadi masalah… asalkan JANGAN KURANG kerana akan menjejaskan markah.

  52. salam..
    nak tanyer cam maner dapat ansuran kereta rm 420

    btul ker susut nilai kenderaan bru 750..

    sekiranya nak buat pelarasan bgi insuran terdahulu perlu di bahagi dengn 12 atau 9 buln……….

  53. Aini,

    Berdasarkan maklumat dalam soalan 2 (e) Bayaran ansuran bulanan kenderaan ialah sebanyak RM420.

    Saya setuju SN Kenderaan (Baru) = RM750

    Cadangan saya, permudahkan kepada …. RMXXX daripada Insurans yang telah dibayar adalah terdahulu atau seumpamanya.

  54. Thanks cg Narzuki atas komen2 yang bernas. Namun, berkenaan dgn ketinggalan catatan – pelupusan kenderaan, bagaimana nak buat pelarasan? sedangkan pelarasan telah dilakukan pada bahagian (c). Persoalannya adakah ini dikira sbg ketinggalan catatan ?sebab urusniaga pelupusan berlaku pada hujung bulan 30 April bukan 1 April?

  55. Jika susut nila kenderaan baru dianggap sebagai ketinggalan catatan, adakah ini bermaksud pada pelarasan (b) kita abaikan dulu susut nilai kenderaan baru ini untuk mengelakkan double counting/recording? setuju tak?

  56. Quraisy,

    Pada pandangan saya,
    Oleh ianya berlaku pada 30 April.. maka sepatutnya catatan pelupusan tersebut TELAH direkodkan pada 30 April ,.. tetapi berdasarkan BCP yang diberikan, ternyata perkara tersebut BELUM direkodkan lagi… maka boleh dikelaskan sebagai KESILAPAN KETINGGALAN CATATAN. Apabila ianya tertinggal catatan, maka kita kena rekodkan sepertimana catatan pelupusan biasa… di mana melibatkan AK Kenderaan, Ak SNT Kenderaan, Ak Pelupusan Kenderaan dan Untung/Rugi atas Pelupusan …. (boleh rujuk Buku teks m/s 250).

    Manakala SUSUT NILAI KENDERAAN (sama ada baru atau lama)…. perkara tersebut sememang item PELARASAN yang mesti dilakukan pada akhir setiap tempoh perakaunan / tarikh penyata kewangan hendak disediakan……. perkara tersebut TIDAK SESUAI dianggap sebagai KETINGGALAN CATATAN.

  57. Thanks cg narzuki, tetapi jika saya anggap catatan pelupusan sebagai item PEMBETULAN KESILAPAN….bagaimana pula catatan pelarasan untuk Item (c)?

  58. Quraisy,

    Kira 2 dalam 1… maklumat (c) merupakan MAKLUMAT untuk item pembetulan kesilapan bagi (i)
    – Buat catatan pelupusan kenderaan tersebut seperti biasa di mana melibatkan AK Kenderaan, Ak SNT Kenderaan, Ak Pelupusan Kenderaan dan Untung/Rugi atas Pelupusan …. (boleh rujuk Buku teks m/s 250).

  59. hi cikgu narzuki,
    Bagi menyediakan profil perniagaan
    tempoh perakauan : setahun
    tempoh rekod :1 April 2012-30 April 2012
    adakah ini betul?

    bagi pelarasan
    belanja terdahulu dan belanja terakru adakah ia bebas, kita boleh create sendiri.

    sewa diterima RM1 300 pada akhir bulan adalah hasil terdahulu. betul tak?

  60. Kalai,

    Pada pandangan saya.
    TEMPOH PERAKAUNAN.. kita sepertimana kita ajar kepada pelajar dalam Bab 1…. Tempoh perakaunan : 1 April 2012 – 31 Mac 2013… biar jelas tempohnya,.. sekiranya ditulis sebagai “SETAHUN” ianya tidak mengambarkan apa2 dari segi sistem rekod perakaunannya…… bila ?

    Ianya BEBAS tetapi mesti bersadarkan maklumat yang diberikan dan ianya adalah RASIONAL.
    Pada pandangan saya, sewa diterima RM1300 pada 30 April TIDAK SESUAI dijadikan SEWA DITERIMA TERDAHULU ( cuba rujuk Ak Sewa Diterima)….

    1/4 Baki b/b RM1300 – merupakan Sewa diterima TERAKRU.. iaitu sewa bulan MAC yang masih BELUM BAYAR.
    7/4 Bank RM1300 – merupakan penerimaan sewa bagi bulan MAC.
    30/4 Bank RM1300 – merupakan penerimaan wang sewa untuk bulan APRIL ….. maka TIDAK SESUAI dikatakan sebagai TERDAHULU, kecuali dalam soalan TIADA baki terakru pada 1/4.. baru sesuai dijadikan sebagai sewa diterima terdahulu.

  61. soalan 2 tu kita amik berdasarkan item2 dari mana?tentang penghutang muflis,tu macam mana nak buat ye cikgu?saya tak berapa faham,boleh cikgu terangkan tak.

  62. Raisya Adiya,

    Pada pandangan saya.. soalan tersebut lebih kepada soalan KAJIAN KES, di mana pelajar kena FIKIR dengan RASIONAL dan ANALISA maklumat2 yang diberikan bagi menyelesaikan arahan tugasan yang diberikan. Contohnya maklumat 1(d) Salah seorang penghutang telah diistiharkan muflis.

    Perkara2 yang perlu difikirkan / diterangkan / didedahkan / kepada pelajar :
    1. Apakah yang dimaksudkan MUFLIS….. dan apakah SEBAB2 perkara tersebut boleh berlaku.
    2, SIAPAKAH penghutang yang paling rasional/munasabah diistiharkan muflis…… dengan berpandukan maklumat urusniaga kita dengan beliau.
    3. Apakah PELARASAN yang perlu dilakukan…. AKAUN apa yang terlibat…. seterusnya CARA MEREKOD pelarasan tersebut dalam JA dan Lejar yang terlibat.

    Sebenarnya itulah antara KEMAHIRAN yang perlu pelajar kuasai… yang TERSIRAP dalam soalan tugasan tersebut.

  63. Cikgu,
    Pelupusan kenderaan perlu sediakan 4 jurnal am? adakah status perniagaan dianggap sebagai memulakan perniagaan?

  64. Nizam,

    Cadangan saya, buat 4 catatan jurnal am.
    Perniagaan mula operasi pada 1 APRIL 2008…… apa yang direkodkan adalah APRIL 2012….. Adakah ianya mengambarkan BARU MEMULAKAN PERNIAGAAN atau MENERUSKAN PERNIAGAAN ????

  65. ckgu,usaha jaya trading tak perlu dimasukkan kedlm imbangan duga ker?

  66. Tyka,

    Pelajar seharusnya FAHAMI apa yang dimaksudkan dengan Imbangan Duga, fungsi, tujuan serta kegunaannya…… ID ialah senarai baki akaun2 yang ada…. sekiranya sesuatu akaun TIADA BAKI, maka tidak perlulah dimasukkan lagi akaun tersebut.

  67. Cg Narzuki, berkenaan Akaun Kawalan. Akaun ini dibuat berdasarkan item sebelum pelarasan atau selepas pelarasan?

  68. Quraisy,

    Pandangan saya, SELEPAS PELARASAN..

  69. Cikgu,
    Berkenaan dengan catatan palarasan dalam jurnal dan lejar, lejar yg baru seperti pelupusan kenderaan, insurans terdahulu, untuk folio, adakah sambungan dari LA 29, LA 30…begitu juga akaun kawalan juga sambungan dari LA 29, LA 30….Bolehkah jurnal am dalam catatan pelarasan itu tulis JA 2? terima kasih cikgu yang banyak membantu.

  70. Nizam,

    Konsepnya apa2 akaun dalam LEJAR AM sudah semestinya BERTURUTAN halamannya (FOLIO). Ini kerana lejar pelarasan juga disediakan dalam BUKU LEJAR AM yang sama.

    Manakala JA1 dan JA2 adalah merujuk kepada HALAMAN dalam BUKU JURNAL AM tersebut…. sekiranya catatan tersebut dibuat dalam halaman pertaman… maka JA1… dan katakan pelarasan dilakukan dihalaman kedua .. maka JA2 digunakan.

    Apa yang penting dan perlu difahami oleh pelajar ialah FUNGSI / KEGUNAAN .. Halaman dan FOLIO… serta CARA ianya diaplikasikan dalam sesuatu rekod perakaunan.

  71. Cikgu,
    Dalam lejar pelarasan perlukah disusun mengikut urutan LA1, 2,?…sebab bukan semua lejar am terlibat dalam palarasan dan agar susah untuk susun ikut urutan.

  72. Nizam,

    Cadangan saya.. dalam LEJAR PELARASAN.. kita hanya tunjukkan Akaun2 yang terlibat dengan pelarasan secara berpasangan sahaja… tidak perlu tunjukkan semua… cuma no Halaman (no LA …) bagi akaun baru wujud MESTI berturutan, Apa yang penting pelajar nampak dengan jelas KESAN catatan pelarasan daripada JA diposkan ke Lejar yang terlibat.

  73. Cikgu,
    Jika akaun bank terlibat dalam pelarasan, adakah ia juga sebahagian daripada urutan lejar am atau pun masih BT 1 tetapi masuk dalam lejar am?

  74. Nizam,

    Dalam kes ini semua urusniaga yang melibatkan bank dan tunai dicatat dalam BUKU TUNAI, maka Ak Tunai dan Ak Bank tidak perlu dibuka secara berasingan lagi dalam Lejar.

    Sekiranya ada pelarasan yang melibatkan Tunai / Bank maka pelajar sediakan BUKU TUNAI (baru) … saya cadangkan BT2….. masukkan BAKI AKHIR Tunai dan Bank daripada Buku Tunai asal (soalan) .. kemudian masukkan catatan pelarasan ….. imbangkan Buku Tunai (BT2) tersebut … dan BAKI AKHIRnya pindahkan ke IMBANGAN DUGA TERSELARAS nanti….. Konsepnya sama dengan topik PPB bagi kemaskini Buku Tunai.

  75. Cikgu,
    Jadi semua akaun seperti susut nilai terkumpul, kenderaan, Insurans…..guna konsep PPB bagi kemaskini buku tunai?

  76. Nizam,

    Ya, saya cadangkan pelajar saya buat sedemikian….. contohnya Ak SNT Kenderaan : dalam Lejar Am .. pelajar telah imbangkan akaunnya dan pindahkan baki ke ID. Oleh kerana baki akaun tersebut perlu diselaraskan semula.. maka Ak SNT Kenderaan. (Lejar Pelarasan) saya minta pelajar mulakan dengan BAKI AKHIR dalam Lejar Am sebelumnya….(seolah2 sambung dibawah akaun tersebut) kemudian masukkan catatan pelarasan …. imbangkan semula dan BAKI AKHIRnya dipindahkan ke ID Terselaras….. Bagi saya, cara tersebut LEBIH PRAKTIKAL sekiranya kita ikut langkah2 dalam Kitaran Perakaunan.

  77. cikgu , asal lejer penghutang saya tak dapat ?
    tolong bg tau apa yang tak betul kat akaun mewah enterprise

    __________________akaun mewah_____________________
    april 5 Jualan 10150 / april 4 Bank 7252
    22 Jualan 6620 / diskaun diberi 148
    pulangan jualan 1130

    1)apa yang tak betul kat akaun tu?
    2) adakah semua debit dan kedit akaun penghutang/pemiutang sama ?

  78. Saffa,

    1. Anda terlupa post catatan pembukaan pada iaitu 1 April 2012. BAKI B/B (JA1) RM7,400….. sebelah debit.

    2. Maaf, Cg tidak faham apa yang dimaksudkan baki debit dan kredit SAMA ??? ……. sekiranya dimaksudkan dengan JUMLAH nya SAMA….. Maka, jawapannya YA mesti sama, manakala ANGKA IMBANGANNYA merupakan BAKI H/B.

  79. salam cikgu..
    ingin bertanya, untuk pembetulan kesilapan – kesilapan amaun saya create sendiri contohnya kesilapan amaun bagi kemasukan alatan komputer sebagai modal amaun yg sebenarnya RM 6200 tatapi direkod RM2600. adakah boleh dibuat sebegitu?

  80. Cikgu,
    Dalam folio buku tunai (BT 2)terselaras , bahagian folio nak tulis sumber rujukan dari JA 2 atau LA. contoh dalam JA2, debit bank RM15000 dan kredit pelupusan kenderaan (LA30). Jadi wang yang diterima dalam buku tunai folio tuis JA 2 atau pun LA30?

  81. Nizam,

    Pada saya tiada masalah kerana ianya boleh juga dikelaskan sebagai Pembetulan Kesilapan.

    Dalam BT2… folionya merujuk kepada SUMBER catatann pelarasan itu dilakukan iaitu JA2 …… bukannya LA.

  82. hehe tu la maksud saya . thank you cikgu! 😀

  83. Salam. Saya amat memerlukan jawapan tentang penyerahan Sijil LCCI pada pelajar SPM 2010. Sehingga hari ini pelajar saya yang telah menghantar borang melalui sekolah belum mendapat sijil tersebut. Saya pernah menghubungi pihak LCCI dan mereka mengatakan mereka telahpun menghantar Sijil tersebut ke LPM. Tapi malangnya sehingga kini…. pihak sekolah belum mendapat sijil tersebut. Saya menghubungi rakan-rakan yang lain adakah pelajar mereka juga menerima nasib yang sama. Jawapannya adalah sama sahaja. Masih belum mendapat sijil tersebut? Saya buntu…. apa yang sebenarnya berlaku??????

  84. cikgu rozydeen
    untuk makluman cikgu sekolah saya dah terima sijil tersebut pada bulan 12 tahun 2011.sijil tersebut dihantar oleh LPM ke JPN.

  85. Rozydeen,

    Kebanyakkan sekolah telah menerima sijil tersebut pada awal tahun lagi. Saya cadangkan cuba hubungi Unit Peperiksaan & Penilaian di PDD, ataupun terus ke Sektor Peperiksaan & Penilaian JPN bertanyakan sijil LCCI sekolah anda.

  86. cikgu , mintak tolong check saya punya imbangan duga. tak seimbang lahhh…

    Debit : tunai 2250
    bank 42077
    stok 48500
    Premis 120000
    Kenderaan 75000
    Perabot 20000
    Alatan Pejabat 2600
    Gaji 1400
    Upah 800
    Kadar Bayaran 380
    Insurans 570
    Derma 300
    Belanja Am 200
    Pengiklanan 500
    Alat tulis 420
    Ambilan 500
    Belian 32970
    Pulangan Jualan 3980
    Diskaun diterima 175
    Deposit kadar bayaran 500
    Goh sdn bhd 15640
    Indah permai 17300
    permata trading 1500
    = 387562#

    Kredit : Modal 218698
    Auto motors 34550
    sewa diterima 1300
    komisen diterima 480
    jualan 54420
    pulangan belian 5440
    diskaun diberi 428
    peruntukan hutang ragu 482
    SNT kenderaan 24000
    SN perabot 5420
    mewah enterprise 15640
    Muthusami 17300
    S.maju jaya 1500
    =388068#

  87. Saffa,

    Beberapa kesilapan yang dapat Cg kesan :
    1. Diskaun diterima — KREDIT
    2. Diskaun diberi —- DEBIT
    3. Semua PEMIUTANG —- KREDIT
    4. Semua PENGHUTANG —- DEBIT

    # Kemungkinan kesilapan dilakukan semasa poskan JURNAL KHAS ke LEJAR .

  88. Cikgu,
    Tajuk penyatan pendapatan bagi bulan berakhir 30 April 2012? Imbangan duga terselaras pada 30 april 2012 atau imbangan duga pada 30 april 2012? dalam pengiraan tempoh bayar hutang, penghutang yg diambil mesti setelah PHR? tafsiran KPGS ialah kali sebulan?

  89. Nizam,

    Pada pandangan saya.
    Saya setuju dengan penggunaan tajuk2 tersebut… ID Terselaras pada 30 April 2012…… memudahkan pelajar bezakan dengan ID, lagipun dalam Kitaran Perakaunan pelajar telah didedahkan dengan penggunaan IDT.

    Formula bagi analisis nisbah ada pelbagai pendekatan, ada antaranya berbeza sedikit dengan sukatan STPM. Cadangan saya, kita ikut formula dalam Buku Teks..
    PENGHUTANG merujuk kepada nilai PENGHUTANG daripada baki akaun sahaja .. tanpa (-) PHR., kerana itulah nilai peghutang sebenar… PHR hanyalah satu anggaran kemungkinan penghutang tidak dapat dikutip sahaja…

    KPGS kali SEBULAN, kerana tempoh rekod kita adalah SEBULAN sahaja.

  90. dah seimbang 😀 tq cikgu

  91. Cikgu,
    Dalam pelarasan jurnal am, disebab 2 helaian kertas diperlukan untuk jurnal am, perlukah tulis JA2 dan JA3 sebab muka surat berlainan. Dalam elemen 4.0 perlu 2 cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang dan serta membuat rumusan…apakah rumusan yang dimaksudkan?

  92. Nizam,

    Kita ajarkan apa maksud JA1, JA2, JA3 dan ……. ianya merujuk kepada HALAMAN, Jika JA Pelarasan melibatkan 2 helai, maka JA2 dan JA3 perlu digunakan.

    E4.2 (Perancangan Perniagaan) : Belanjawan Tunai, 2 cadangan peningkatan prestasi dan Rumusan

    Pada pandangan saya, RUMUSAN perlu dimasukkan kesimpulan / dapatan pelajar SERTA selikkan juga sedikit Keputusan perniagaan & Perancangan Perniagaan SECARA RINGKAS.

  93. cikgu,
    dalam belanjawan tunai, jualan pada bulan okt bolehkah kita anggarkan saja satu nilai jualan yang rasional kemudian meningkat 10% bulan berikutnya, atau pun kita terpaksa ambil jualan bulan april kemudian meningkatkan 10% setiap bulan sehingga bulan september baru dapat nilai anggaran tersebut….soalan agar umum sebab tidak dinyatakan kenaikan 10% mulai bulan mana? adakah kenaikan itu hanya mulai okt?

  94. Nizam,

    Pada pandangan saya, FOKUS UTAMA soalan : Jualan meningkat 10% sebulan daripada bulan sebelumnya dalam BELANJAWAN TUNAI yang disediakan.

    Maka penentuan nilai JUALAN pada bulan OKTOBER .. agak BEBAS sedikit kerana tiada ditetapkan dengan jelas dalam soalan… tetapi biarkan rasional berbanding nilai jualan pada bulan APRIL. Sama ada (1) buat pengiraan peningkatan 10% bermula bulan MEI hingga OKTOBER…… ataupun (2) terus ANGGARKAN nilai Jualan Bulan Oktober (nilai yang munasabah)…. kedua-duanya BOLEH DITERIMA.

    Pada saya apa yang penting menunjukkan PENINGKATAN daripada bulan Oktober hingga Disember dalam Belanjawan Tunai tersebut…. adalah TEPAT.

  95. cikgu,
    pelupusan kenderaan perlu kira untung atau tidak?saya dapat jawapan untung 9050,minta pandangan cikgu.

  96. Cyd,

    Cadangan saya, sediakan catatan pelupusan kenderaan dengan lengkap hinggalah kepada penyediaan Ak Untung atas Pelupusan… dan nilainya sepatutnya RM9500… kemudian bakinya dipindahkan ke ID Terselaras.

  97. terima kasih.Nanti saya terus call JPN atau PPD

  98. jumlah ID sebelum pelarasan Debit / Kredit = RM 387815 betul ke?
    berapa pula jumlah ID selepas terselaras? Saya dah cuba tapi tak seimbang…… .

  99. Rozydeen,

    Jumalah ID = 387815.
    Jumlah ID Terselaras = ……………………………… bergantung kepada PELARASAN masing2.

  100. cikgu,
    bagi pelarasan:

    1. belanja terakru adakah kita minta pelajar pilih 2 belanja dari buku tunai yang sedia ada or pelajar boleh mereka belanja lain yang akan dianggap sebagai terakru?
    cth:kalau saya nak anggap belanja am sebagai terakru iaitu sebanyak RM100 boleh tak? 1 lagi insurans terakru iaitu RM30. agak2 rasional x?

    2. belanja terdahulu -kalau kita ambil pengiklanan sebulan RM50 dan RM450 adalah terdahulu. boleh tak?

    3.hasil terdahulu – komisen diterima RM40 sebulan RM440 sebagai terdahulu rasional x?

    4. pembetulan kesilapan.
    1. kesilapan ketinggalan catatan-pelupusan kenderaan
    2. kesilapan catatan amaun- auto motor sdn bhd- rm30.
    betul x cikgu

    harap cikgu dapat membantu

  101. Sheila,

    Pada pandangan saya,

    1. BELANJA TERAKRU…. adalah lebih baik pelajar pilih antara belanja2 yang sedia ada untuk dijadikan Belanja Terakru. Kedua2 contoh tersebut boleh diterima, cuma INSURANS pada kebiasaannya diselaraskan sebagai BELANJA TERDAHULU.

    2. & 3. Ya, boleh diterima…… cuma kebiasaanya nilai terdahulu lebih kecil daripada nilai semasa.

    4. Ya boleh diterima

  102. akaun kawalan penghutang dan pemiutang diletakkan bawah lejar am atau khas? nak letak no lejar. perlu ke x?

  103. Cikgu Myra,

    Akaun Kawalan ….. dalam LEJAR AM……. No. Halaman / No Lejar .. MESTI ADA dan ianya berturutan daripada akaun yang sedia ada.

  104. salam cikgu,perlu tak membuka Akaun Kawalan sebelum pelarasan sbb penghutang dan pemiutang dah masuk dlm lejar jualan dan lejar belian.Atau Akaun Kawalan disediakan selepas pelarasan sahaja. Jika Akaun kawalan dibuat selepas pelarasan shj Angka dlm ID sblm pelarasan perlu dimasukkan satu persatu lah nama2 penghutang dan pemiutang.

  105. Yeoh,

    Pada pandangan saya, AK KAWALAN disediakan selepas pelarasan. ID hanya senaraikan SEMUA akaun dalam Lejar Am dan Lejar Khas (akaun penghutang & pemiutang satu persatu)….. bagi menguji ketepatan catatan bergu yang disediakan.

    Kita ikut urutan kehendak soalan ……. selepas pelarasan disediakan Ak Kawalan, kemudian ID Terselaras.

  106. Cg, yg senarai pelarasan pada tarikh imbangan tu nak buat camne?

  107. Saffa,

    Cadangan Cg,
    Senarai pelarasan boleh ditulis sepertimana dalam Maklumat Tambahan bagi soalan Penyata Kewangan (Cth: Buku Teks m/s 278), serta tunjukkan PENGIRAAN yang terlibat bagi setiap satu (jika ada).

  108. apabila kita buat pelarasan ttg pelupusan kenderaan kita kena tunjukkan 4 catatan dlm jurnal am kan. lepas tu bila kita pos ke lejar perlu tak kita tunjukkan untung pelupusan tu dlm akaun untung rugi sbg catatan bergu kpd akaun untung pelupusan atau terus tunjukkan dlm penyata pendapatan shj.

  109. Yeoh,

    Cadangan saya, 4 catatan Jurnal Am… poskan ke Lejar terlibat… kemudian imbangkan Ak Untung atas Pelupusan… dengan BAKI H/B dan BAKI B/B…. ……. pindahkan ke ID Terselaras…… seterusnya masukkan dalam Penyata Pendapatan dalam komponen HASIL.

  110. jadinya akaun2 yg ada baki hasil pelupusan tu yg masuk IDT kan iaitu ak kenderaan 45000, SN terkumpul kenderaan 750, dan untung pelupusan 9500.betul tak cikgu.

  111. Yeoh,

    YA.

  112. cikgu satu lg yg saya keliru iaitu pelarasan PHR.dlm ID PHR 482 kalu sebulan jd RM40.katakan saya bandingkan dgn PHR yg baru RM55 sebulan. jadi pertambahan PHR jadi RM15.Jadi dlm ID terlaras masukkan saja PHR RM15 DT.saya keliru sbb ID asal unt setahun <ID terlaras dah jadi sebulan pula.boleh imbang ke kalau buat mcm ni?

  113. Yeoh,

    PHR diselaraskan atas BAKI PENGHUTANG BERSIH…. …. BUKANNYA diselaraskan k% SETAHUN atas penghutang bersih.,
    ……….TIDAK perlu dibahagikan dengan 12…………………… ianya TIDAK SAMA dengan susutnilai yang diselaraskan 10% SETAHUN…. maka baru kena kira untuk bulan April.

  114. salam cikgu :
    1. bagaimana cikgu boleh dapat % susut nilai kenderaan sbnyak 20%
    2. bagaimana kita nak tahu nilai susut nilai kenderaan yg hendak dilupuskan tu

  115. ok cikgu…saya silap tgk nilai…ingtkan kenderaan 120 000…

  116. salam cikgu… phr yang baru dapat RM 658.80 … ada perpuluhan..saya ambil pada kadar 2%

  117. Niza,

    1/4/2008 – 31/3/2012 = 4 tahun
    Kenderaan = RM30,000
    SNT Kenderaan = RM24000
    SN setahun = 24000 / 4 = RM6000
    Kadar SN setahun = 6000/30000 x 100% = 20%

    Kita rujuk kepada Kenderaan (30000) sahaja yang dilupuskan:
    SNT Kenderaan (lupus) = 24000
    SN Kenderaan (lupus) = 20% x 30000 x 1/12 = RM500
    Maka, SNT Kenderaan (lupus) = 24000 + 500 = RM24500

    Sebarang nilai perpuluhan, saya cadangkan kita bundarkan kepada ringgit yang hampir.

  118. Cikgu,
    Dalam Akaun pelarasan selepas jurnal pelarasan, contoh akaun susut nilai terkumpul kenderaa LA 8 yang dibawa dari sebelum pelarasan adalah masih kekal sebagai LA 8 atau rujukan baru LT1? begitu juga buku tunai BT1 adakah masih nak kekal sebagai BT 1 atau BT2?

  119. Nizam,

    Pada pandangan saya :
    Ya LA8 dikekalkan …… kita terangkan kepada pelajar tentang BUKU LEJAR… dimana AKAUN disediakan 1 HALAMAN bagi 1 AKAUN….. oleh kerana Ak Kenderaan berada di halaman 8, maka rujukannya LA8 …. lejar pelarasan sebenarnya disediakan dihalaman yang sama DIBAWAH Ak Kenderaan tersebut …. (bersambung)… itulah sebab LA8 masih digunakan.

    Manakala Buku Tunai, saya cadangkan guna BT2…. maksudnya Buku Tunai (pelarasan / kemaskini) tersebut disediakan dihalaman ke 2…… kerana halaman 1 telah penuh….. tujuannya supaya pelajar FAHAM apa yang dimaksudkan dengan FOLIO tersebut .. kenapa ada BT1 dan BT2…. LA1, LA2……. LJ1, LJ2 …. LB1, LB2….

  120. cg , masih tak paham mcm mana nak buat senarai pelarsan tu

  121. Saffa,

    Cadangan Cg,
    Senarai pelarasan boleh ditulis sepertimana dalam Maklumat Tambahan bagi soalan Penyata Kewangan (Cth: Buku Teks m/s 278), serta tunjukkan PENGIRAAN yang terlibat bagi setiap satu (jika ada).

    Contohnya:

    1. Kenderaan disusutnilaikan 20% setahun mengikut kaedah ansuran tetap.

    SN kenderaan (lama) = 20% x 30000 x 1/12 = RM500
    SN Kenderaan (baru) = 20% x 45000 x 1/12 = RM750
    Jumlah SN Kenderaan = 500+750 = RM1250

    2. Insurans yang dibayar pada 28 April 2012 adalah termasuk insurans bulan MEI sebanyak RM285.

    Insurans terdahulu = RM285.

  122. Cikgu,
    Susut nilai kenderaan 20% setahun mengikut kaedah ansuran tetap, bolehkah tulis 20% mengikut kaedah garis lurus atau 20% atas kos?

  123. Fatimah,

    Pada pandangan saya,
    Dalam soalan jelas mengatakan “pengiraan susut nilai kenderaan ialah mengikut kaedah ansuran tetap” … kenapa nak ditukarkan kepada “kaedah garis lurus” atau “atas kos” ? ….walaupun pengiraannya sama. ……. seolah2 tidak mematuhi kehendak soalan. Kecualilah soalan tetapkan kadar susutnilai 20% dan keadahnya di tentukan oleh pelajar kaedah mana yang hendak digunakan……..

  124. cg . yg cg bg cnto blanja terakru tu kene reka sendiri ke apa

  125. Saffa,

    Belanja terakru & Terdahulu, Hasil terdahulu … pelajar boleh reka sendiri berdasarkan maklumat2 yang diberikan (akaun2 belanja dan hasil yang ada) serta ianya adalah munasabah.

  126. pastu nilainya mcm mana?

  127. Saffa,

    Nilainya boleh tentukan sendiri asalkan munasabah.

  128. saya nk bertanya pebetulan kesilapan auto motors sdn bhd..
    cth: Bayaran ansuran Auto motors sdn bhd termasuk faedah atas pinjaman sebanyak RM30.
    dt. Faedah atas pinjaman 30
    kt. Auto Motors Sdn Bhd 30
    (tertinggal catatan faedah)
    boleh x jwpn ni?

  129. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya, urusniaga tersebut BUKANNYA … PINJAMAN.. tetapi belian secara kredit dan ianya dibayar secara ANSURAN BULANAN, maka “Faedah atas Pinjaman” .. adalah TIDAK TEPAT..

  130. c) Kenderaan y berkos RM30000 tlh dilupuskn pd harga rm15000 pd 30 Apr 2012.
    dt. Ak Pelupusan kenderaan 30000
    kt. kenderaan 30000

    i) pemb. kesilapan: pelupusan kenderaan belum dicatat.
    dt. SNT kenderaan 24500
    kt. pelusan kenderaan 24500

    dt. pelupusan kenderaan 9500
    kt. untung atas pelupusan kenderaan

    dt. untung atas pelupusan 9500
    kt. ak untung rugi 9500

    betul ke saya bt mcm ni kt jurnal..ikut soalan asing2..

  131. Cikgumyra,

    Cadangan saya:

    dt. Ak Pelupusan kenderaan 30000
    kt. kenderaan 30000

    dt. SNT kenderaan 24500
    kt. pelupusan kenderaan 24500

    dt: Bank/ Tunai 15000
    kt: Pelupusan kenderaan

    dt. pelupusan kenderaan 9500
    kt. untung atas pelupusan kenderaan 9500 ….. imbangkan Baki h/b & Baki b/b .. kemudian pindahkan ke IDT …. dan PP (Hasil)

  132. Cikgu berikut adalah senarai pelarasan yang saya sediakan. adakah senarai pelarasan ini betul?

    a) stok akhir dinilai pada hara kos RM52800 dan harga pasaran RM52680

    b) kenderaan disusutnilaikan mengikut kaedah ansuran tetap pada kadar 20% setahun dan perabot mengikut kaedah baki berkurangan pada kadar 10%.

    c) syarikat Maju telah diisytiharkan sebagai muflis

    d) peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan ke atas baki penghutang bersih mengikut kadar 5%.

    e) belanja-belanja terakru pada 30 April 2012:
    belanja pengiklanan RM280
    kadarbayaran RM150

    f) insurans yang telah dibayar terdahulu sebanyak RM150

    g) komisen diterima terdahulu RM200

    h) pembetulan kesilapan:
    i) bayaran ansurans bulanan kenderaan terlebih catat sebanyak RM30

    ii) kenderaan telah dilupuskan pada harga RM15 000 pada 30 April 2012 terlupa untuk direkodkan dalam mana-mana buku.

  133. Kalai,

    Pada pandangan saya, sudah ok.. cuma perlu dinyatakan dengan lebih jelas.

    a) ….. nyataka nilai stok akhir yang dipilih…. dan mengikut konsep apa ?
    c) … nyatakan nilai yang dihapuskirakan sebagai hutang lapuk.
    i) …. kepada siapa ? ….. kerana catatan bergunya merujuk kepada Auto Motors Sdn Bhd. (dalam BT)

  134. untuk lejar baru bagi pembetulan kesilapan perlu imbangkan ?

  135. Azroqie,

    Semua Lejar yang terlibat dengan pelarasan…… perlulah diimbangkan dan bakinya dipindahkan ke Imbangan Duga Terselaras.

  136. cikgu….untuk kira PHR…kena kira atas baki penghutang bersih….jadi kita kena tolak dulu penghutang Syrkt Maju Jaya yang telah diisytiharkan muflis…lepas baru kira mengikut kadar yang kita pilih..
    betul ker ?

  137. Ain,

    Ya,…. Jumlah Baki Penghutang yang ada ….. setelah tolak baki akaun Syarikat Maju jaya .

  138. salam cgu narzuki..tolong semak pelarasan ni…

    1) susut nilai kenderaan. (yang mn betul???)
    a) RM 45000 x 20% x1/12 = RM750… @
    b) RM 30 000 x 20% x 1/12 = RM250..@
    c) RM750+RM250=RM 1250…

    2) susutnilai perabot
    RM 20 000 – RM5420 x 10% x 1/12 = RM121.50

    3) pelupusan kenderaan….adakah kena tolak rm15 000 di bank???oleh kerana pelupusan???nilai bank selepas pelarasan berapa??? RM27077??

    4) PHR
    nilai bersih penghutang=RM34440-RM1500 =RM32940
    PHR = RM32940 x 5% = RM1647
    Hutang Ragu (Pertambahan) RM 1647-RM482 = RM1165

  139. Ayulin,

    1) Susut nilai kenderaan (lama) = RM30000 x 20% x 1/12 = RM500
    Susut nilai kenderaan (baru) = RM45000 x 20% x 1/12 = RM750
    Jumlah susut nilai = 750 + 500 = RM1250 …. rekodkan sebagai pelaraan.

    2) Ok, bundarkan kepada RM122

    3) Kenderaan dilupuskan / dijual … maka Bank / Tunai BERTAMBAH RM15000. ….. Baki akhir Bank bergantung kepada lain2 pelarasan yang terlibat dengan BANK (jika ada).,

    4) Pertambahan PHR = RM1165….. pada pandangan Cg 5% agak besar, jika dibandingkan dengan Kadar PHR tahun sebelumnya. ( k% = PHR / Penghutang x 100%)

  140. Cikgu , Dlm senarai pelarasan perlu buat pengiraan ???cnth:pengiraan Sn knderaan ???

  141. Kiki,

    Cg cadangkan tunjukkan pengiraan… bagi memudahkan guru menyemak KETEPATAN pengiraan yang dibuat seterusnya catatan pelarasan serta rekodkan ke Lejar….. semasa pemberian skor markah nanti.

  142. Perlukah pengiraan disertakan bersama dan perlu ditaip

  143. Fatimah,

    Pada pandangan saya, perlu ditunjukkan pengiraan sebagai bukti pelajar betul2 faham serta memudahkan guru memberikan SKOR MARKAH Elemen 2.3 : di mana pelajar perlu berkeupayaan menyediakan semua pelarasan dengan TEPAT.

  144. cikgu, btul x pelarasan yg sy buat ni..

    a) Stok akhir dinilaikan mengikut harga pasaran RM52680.
    b) Kenderaan disusutnilaikan pada kadar 20% ke atas kos setahun.
    c) Kenderaan yang dibeli pada 1 April 2008 berkos RM30 000 telah dilupuskan pada harga RM15 000 pada 30 April 2012.
    d) Syarikat Maju Jaya telah diistiharkan muflis.
    e) Peruntukan Hutang Ragu diselaraskan pada kadar 3% ke atas bki penghutang bersih.

    RM34 440-RM1 500= RM32 940
    Phr= RM32940 darab 3%=RM988
    Prtmbhn Phr= RM988-RM428=RM506

    f) Insurans RM40 dan belanja Am RM90 masih belum dibayar.

    g) Kadar bayaran yang telah dibayar terdahulu sebanyak RM112.

    h) Sewa diterima terdahulu RM1300.

    i) 1. Ambilan barang niaga RM80 tidak direkod dlm mana2 buku.
    2. Belian alat tulis sebanyak RM48 tersalah catat dlam akaun Belian.

  145. salam

    cikgu narzuki,
    apa yg saya tahu, tiada ‘akaun stok’ maka tiada akaun stok dalam lajer untuk dibuka.

    bagaimanapun dalam jurnal am (kedudukan aset, liabiliti dan ekuiti pada 1 april) menunjukkan nilai stok RM 48 500 dengan folio LA1, iaitu merujuk akaun di lajer am halaman 1.

    ia kelihatan terdapat akaun stok yang perlu diwujudkan.

    Apa pandangan cikgu dengan kekeliruan saya ini? harap beri tunjuk ajar. ADAKAH SAYA SALAH APABILA FIKIR TIADA AKAUN STOK?

    ADAKAH AKAUN STOK PERLU DIBUKA DI LAJER AM?

  146. Imah,

    Kenapa AKAUN STOK tiada ??? …. ianya memang WUJUD dan perlu ada dalam Lejar….. Jika tidak wujud , macam mana boleh ada dalam ID, Penyata Pendapatan dan juga KKK. Akaun Stok tersebut merujuk kepada Stok Awal bagi tempoh perakaunan tersebut….. pada akhir nanti selepas Penyata Kewangan disediakan .. ianya akan dibuat catatan penutupan dimana Stok Awal akan ditutup, dan Stok Akhir tahun tersebut akan direkodkan sebagai Stok awal baki tempoh perakaunan berikutnya….. Itu yang menyebabkan wujudkan BAKI B/B dalam Ak Stok pada 1 April 2012.

  147. Terima kasih atas penjelasan

    Saya ada persoalan berkaitan,

    Adakah butiran yg perlu ditulis untuk mencatat nilai stok pada 1 April 2012 ialah ‘baki b/b’ ?

    apakah butiran yg perlu ditulis utk menutup akaun stok selepas penyata kewangan dibuat?
    Tentunya catatan penutupan itu di bahagian kredit akaun stok tersebut kan?

    Terima kasih byk2 krn sudi mbantu

  148. Imah,

    Pada 1 April 2012 … butirannya ialah BAKI B/B. …… Sukatan SPM hanya setakat Penyata Kewangan sahaja (dalam Kitaran Perakaunan)… manakala CATATAN PENUTUP selepas Penyata Kewangan tiada dalam sukatan…. antaranya penutupan Ak Stok, Catatan Pembalikan dll..

    Maka cadangan saya pelajar buat sehingga PENYATA KEWANGAN sahaja. Ak Stok imbangkan seperti akaun2 yang lain dan Baki nya dipindahkan ke ID & IDT…… seterusnya sediakan PP dan KKK.

  149. Assalamualaikum cikgu. Untuk melupuskan kenderaan pertama, adakah kita akan pindahkan Susut Nilai Terkumpul Kenderaan 1 sahaja ke Akaun Pelupusan, atau Semua baki SNT Kenderaan yang terdapat dalam Akaun SNT Kenderaan (maksudnya termasuk SNT Kenderaan kedua)? Terima Kasih Cikgu

  150. 1.mna nk buat BT2 untuk penerimaan atas pelupusan..perlu ka kita kemaskini BT1 yang sedia ada..
    2. cikgu boleh tak tunjukkan cara penyediaan BT2..tQ

  151. Cikgu saya nak tanya lagi, sesuai tak kalau ansuran kereta RM450, yang terlebih bayar sebanyak RM30 tu dianggap sebagai belanja terdahulu. Saya tak mau anggap angka itu sebagai kesilapan…? Boleh kah cikgu? Terima kasih cikgu

  152. Ainn,
    Oleh kerana pelulusan terhadap KENDERAAN (lama), maka Kenderaan (lama) dan SNT Kenderaan (lama) sahaja dipindahkan ke Ak Pelupusan Kenderaan. Kenderaan (baru) kekal dalam Akaun berkenaan dan bakinya akan dibawa ke ID…. seterusnya KKK.

    Pada pandangan Cg, RM30 dianggap TERDAHULU adalah TIDAK SESUAI…..ini kerana urusniaga tersebut BUKANNYA BELANJA … tetapi BAYARAN ANSURAN bagi belian kenderaan secara kredit……. seolah2 BAYAR HUTANG.

    Aida,
    1. Cadangan Cg, sediakan Buku Tunai (baru) … BT2… dimana masukkan BAKI AKHIR daripada BT1, kemudian masukkan catatan pelarasan / penerimaan daripada pelupusan seterusnya imbangkan dan baki BT2 dipindahkan ke ID Terselaras.

  153. Salam cikgu. Sya x brp phm lah yang post ke jurnal tu??

  154. Aima,

    Adakah maksud anda…. daripada jurnal poskan ke lejar ??? … cara2 boleh dirujuk dalam Buku Teks m/s 150.

  155. Cikguuu… Boleh tak sediakan satu contoh kerja kursus ni yang tahun lepas punya . Boleh ?

  156. Cikgu,saya x faham kenapa susutnilai ambil nilai sebulan bukan setahun?

  157. Py,

    TEMPOH REKOD = 1 April 2012 – 30 April 2012….. rekod perakaunan yang kita sediakan hanya untuk SEBULAN sahaja iaitu bulan April…. maka susut nilai perlu diselaraskan untuk SEBULAN sahaja.

  158. Cikgu , betul x senarai pelarasan sy ni ????acceptable ???

    a) stok dinilai pada harg pasaran rm52680

    B) 1.susut nilai kenderaan lama =rm30000 x (20 x1/12) %
                                          = rm 500
         Susut nilai kenderaan baru =rm45000 x (20 x1/12) %
                                          = rm 750 
          Jumlah susut nilai Kenderaan=rm500+rm 750
                                            = rm 1250 
    Pelarasan susut nilai kenderaan untuk bulan April adalah rm1250.

        2.Susut nilai perabot tahunan=(rm20000-rm5420)x10%
                                          = rm 1458
            Susut nilai perabot bulanan = rm 1458 bahagi 12
                                          = rm 121.50
    Pelarasan susut nilai perabot untuk bulan April adalah rm 121.50 .

    C) pelupusan kenderaan : 
          Nilai buku kenderaan = rm30000-rm24500=rm5500
             Nilai buku kenderaan= rm5500,nilai jualan=rm15000
                      Nilai buku<nilai jualan 
    Perniagaan memperoleh untung atas pelupusan kenderaan 

    D)syarikat maju jaya diisytiharkan muflis 

    E)Peratus peruntukan hutang Ragu =rm( rm482/rm241000)x100=2%
        peruntukan hutang ragu =2%x(rm17300+rm15640)=rm658.80 
          Rm658.80-rm480=rm176.80
    Peruntukan hutang Ragu diselrskan pda kdar 2% dan berlakunya pertambahan peruntukan hutang Ragu sebanyak rm176.80

    F) perniagaan mmpnyai 2 item blnja trakru , upah trakru rm30  alatan pjbat trakru rm 50 

    G) gaji trdahulu adlah sbanyak rm 600

    H)komisen dtrima adalah sbnyak rm 60

    I) i)ketinggalan cttn urus niaga pemilik mmbwa msuk perabot milik peribadi bernilai rm900.u
     ii) urusniaga pmbyran kpada auto motors rm 430 trslah ctat sbagai rm450 di bku tunai dan ak auto motors sdn bhd

  159. Kiki,

    Sebahagian besarnya saya bersetuju… kecuali :

    F) ALATAN PEJABAT TERAKRU …….. adalah TIDAK WUJUD ….. ini kerana Alatan Pejabat merupakan ASET….. bukannya BELANJA..
    G) GAJI TERDAHULU…… tidak sesuai kerana gaji bulanan telah dinyatakan dalam soalan RM1400, dan pembayarannya juga RM1400 (daripada Buku Tunai)…. maka tidak timbul Gaji TERDAHULU.

    Cadangan saya BUNDARKAN nilai untuk (B) dan (E) kepada ringgit yang hampir.

  160. cikgu..kalau pelarasan yg berkaitan dengan hutang lapuk..boleh dak kitak buat
    dt.hutang lapuk kt ak kawalan penghutang…Tq. .:-)

  161. Aida,

    Catatan yang sepatutnya ialah Dt: HUTANG LAPUK dan Kt: Nama PENGHUTANG.

  162. cikgu… brtul tak baki ak.kawalan penghutang RM32940 dan baki ak.kawalan pemiutang RM 42850

  163. Aida,

    Ianya bergantung kepada pelarasan yang dilakukan. Sekiranya hanya pelarasan hutang lapuk, di mana Syarikat maju Jaya diistiharkan muflis, maka itulah nilai baki akhirnya.

  164. Oh…..
    Klw mcm tu ckgu …. Drma trdahulu rm50 dan insurans trdahulu rm 100 ??

  165. Eh silap … Insurans trakru rm 100

  166. Kiki,

    Pada kebiasaannya Insurans diselaraskan sebagai TERDAHULU, ini kerana premium insurans di bayar awal …. contohnya Insurans kenderaan, kita bayar untuk tempoh setahun kehadapan.
    Manakala DERMA…. adakah wujud dalam amalan biasa……. pemberiaan derma TERAKRU ataupun TERDAHULU ?

  167. salam cikgu,perlu ke kita buat pelarasan terhadap akaun stok bagi mendapatkan nilai terkini?bagaimana catatannya….

  168. Lela,

    STOK AKHIR tidak dianggap sebagai pelarasan….. ianya dipilih berdasarkan Terendah Antara Kos Atau Pasaran (TAKAP). CatataNnya boleh ditulis nilai stok mana yang dipilih berdasarkan TAKAP, sebagai STOK AKHIR.

  169. Cg Narzuki dan rakan-rakan guru perakaunan,
    Apa pendapat jika penyata kewangan disediakan dalam format lembaran kerja 10 lajur. Adakah menjejaskan markah? Saya dapati agak lebih mudah jika disediakan dalam lembaran kerja tambahan lagi bila guna excel.

  170. Cicizak,

    Pada pandangan saya.
    Ianya akan menjejaskan MARKAH pelajar. Bukan soal memudahkan pelajar… tetapi KEMAHIRAN2 ASAS yang perlu dikuasi oleh pelajar dan yang hendak diuji dalam soalan.

    Antaranya elemen yang akan terjejas ialah :

    Elemen 2.7 : Imbangan Duga Terselaras – Menyediakan IDTerselaras berdasarkan BAKI dari LEJAR dan BUKU TUNAI dengan LENGKAP dan TEPAT. … Jika TIDAK BERDASARKAN BAKI2, maka hanya layak dapat D.

    Elemen 2.8 Penyata Pendapatan – MESTI menyediakan Penyata Pendapatan dengan FORMAT yang BETUL berdasarkan ID Terselaras. Sekiranya TIDAK MENGIKUT FORMAT, maka hanya layak dapat D sahaja.

    Elemen 2.9 : Kunci Kira-kira : menyediakan dalam BENTUK PENYATA dan tunjukkan MODAL KERJA.

    Boleh dirujuk KRITERIA PENILAIAN dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek SPM 2012.

  171. salam cikgu,saya nk mintak tlong….nk wat pelarasan mcm mne…..
    1. kenderaan disusutnilaikan mengikut keadah ansuran tetap mcm mne cikgu??
    2.kalau penghutang muflis…..kte bleh plih mne2 erk penghutang…..???kne bkk akaun hutang lapuk erk?
    3.saya x phm soalan (e) peruntukan hutang ragu hendaklah diselaraskan ke ats baki penghutang bersih mengikut kadar yang sesuai…..
    tolong sya cikgu….thnks….

  172. Hamizah,

    Sila baca komen2 di ATAS. sebagai panduan.

  173. salam cikgu..
    adakah sesuai jika saya mengambil komisen diterima sebgai hasil terdahulu?..

  174. Oh ya …. Klw mcm tu ckgu insurans spptutnya insurans trdahulu ,derma tidak logic sebgai trdahulu &trakru …
    Klw sy gna kdar bayaran trakru rm 50 ,cikgu??

  175. tq very much. cikgu sangat banyak membantu. Semoga cikgu sekeluarga sentiasa dicucuri rahmatNya.

  176. Aima,
    YA sesuai.

    Kiki,
    Ya … saya setuju…. Insurans Terdahulu, Kadar bayaran terakru.

    Rogayah64,
    Amin, semoga kita semua dicucuri rahmat dan dipermudahkan segala kerja buat kita, InsyaAllah.

  177. cikgu, kalau pelarasan untuk pembetulan kesilapan kena rujuk buku tunai ke juga?

  178. Aima,

    Bergantung kepada item apa yang hendak dijadikan item pelarasan., BUKU TUNAI boleh dijadikan panduan untuk mengenalpasti yang mana item BELANJA (iaitu Kt dalam BT), dan yang mana item HASIL. (iaitu Dt dlm BT)

  179. Oh ok cikgu …klw pelarsan stok akhir x prlu msuk Dlm jurnal am la2… Direct p imbngan dga , pnyata pndptan n kunci kirA2 kn ,ckgu ????

  180. Kiki,

    YA, stok akhir hanya tentukan NILAI mana yang hendak digunakan sebagai STOK AKHIR… tiada catatan pelasaran.

  181. Oh ok … Klw psal tu pelupusan knderaan sy Ptut ikut komen ckgu yg ke #131 kan,ckgu ???

  182. Kiki,

    YA…… sila tulis dengan LENGKAP… bagi memudahkan Cg dan pelajar2 lain memahami apa yang sedang dibincangkan…….
    Jika tidak, kemungkinan sistem akan kelaskan sebagai SPAM dan komen tersebut akan disekat dari dipamerkan.

    # Cg terpaksa tingkatkan kawalan, memandangkan sekarang ini terlalu banyak SPAM dan HACKER cuba mencerobohi Blog Cg Narzuki Online.

  183. terima kasih kepada cg narzuki yg byk membantu pelajar dan guru dalam menyelesaikan masalah kertas 3…

  184. Cg,

    Nak tanya pasal baki akhir…kena tulis baki h/b ke ATAU Akaun Perdagangan (untuk item AP), Untung Rugi (untuk item UR) dan baki h/b (untuk item KKK)…

  185. Sevaraman,
    Pada pandangan saya, kita IMBANGKAN AKAUN tersebut dengan BAKI H/B dan BAKI B/B sahaja,, tidak perlu TUTUP AKAUN dengan AP atau AUR ( bagi akaun hasil dan belanja), kemudian pindahkan ke ID. Kita buat ikut Kitaran Perakaunan.

    Cikgu Shahrul,
    Semoga kita dapat sama2 membantu rakan guru serta anak2 pelajar… setakat mana yang termampu. InsyaAllah.

  186. Oh ok cikgu …sorry and thank you very much by the way:)

  187. ermmm…cikgu,
    macam mana buat catatan pelarasan kat jurnal…? saya kurang paham lah cikgu..

  188. Aima,

    Ianya bergantung kepada item pelarasan tersebut…. setiap pelarasan kita kena kenalpasti 2 AKAUN yang terlibat, contohnya:

    1) Susut nilai kenderaan :
    Dt: Susut nilai kenderaan XXX
    Kt: Susut nilai terkumpul kenderaan XXX

    2) Hutang lapuk :
    Dt: Hutang lapuk XXX
    Kt: Nama Penghutang XXX

    3) Belanja Terakru :
    Dt: Belanja terlibat XXX
    Kt: Belanja terlibat terakru XXX

    # Ianya telah dipelajari semasa di TINGKATAN 4 lagi.

  189. Salam..cikgu.saya nak tanya tentang perisian untuk mengisi markah tu..nak kena guna yang cikgu baru upload tu ke untuk markah kerja kursus pelajar Form4 2011 n form 5 2012?

  190. Nur Akmal,

    Itu adalah salah satu PILIHAN perisian yang boleh digunakan….. jadi cikgu cuba “explore” perisian mana yang dapat membantu dan memudahkan kerja kemasukan markah pelajar, kemudian PILIH dan GUNAKANNYA.

  191. cg..dalam tugasan 2012
    adakah phr yang dikira atas penghutang bersih pd bulan perlu dibahagi 12 dan seterusnya mengira pengurangan atau pertambahan phr

  192. Cg Nieda,

    Sebenarnya saya sudah jawab soalan tersebut sebelum ini… tapi takpa,……… PHR diselaraskan k% atas PENGHUTANG BERSIH.. maksudnya DARAB dengan BAKI PENGHUTANG pada tarikh tersebut…. ianya tidak sama dengan pengiraan SUSUT NILAI di mana ianya diselaraskan k% SETAHUN …. itu sebabnya perlu diselaraskan pula mengikut BULAN.

  193. Cikgu untuk pelarasan buku tunai BT2 apa yang perlu ditulis sebelah debit dan kredit??? Perlu tulis semula tu maklumat urusniaga di BT1???

  194. Kiki,

    Tidak perlu…. hanya ambil BAKI AKHIR tunai dan Bank daripada BT1……. kemudian masukan catatan pelarasan dan IMBANGKAN seterusnya baki masukkan dalam IDT…… guna cara Kemaskini Buku Tunai dalam topik Penyata Penyesuaian Bank.

  195. salam ckgu…
    saya nak tnya bagaimana catatan dalam jurnal am dan lejar bagi stok akhir yang dipilih…adalah ia perlu direkod

  196. Iza,

    Stok Akhir hanya nyatakan nilai stok akhir yang dipilih … berdasarkan TAKAP. Tidak perlu sediakan Jurnal Am pelarasan… ianya akan direkodkan dalam Penyata Pendapatan dan KKK nanti.

  197. Salam cikgu. Saya nak tanya lagi… Untuk membuat belanjawan, macam mana nak kira peningkatan jualan 10% setahun untuk dijadikan kepada tempoh sebulan. Adakah 10% bahagi dengan 12 cikgu? Terima kasih cikgu

  198. Cikgu,
    ramai yang kata soalan tidak boleh diubah, jualan tetap meningkat 10%, ada yang berpendapat ambil jualan april kemudian x 12 x 110% kemudian bahagi dengan 12 bulan maka akan dapat jualan setiap bulan, ini bermakna bulan okt, nov dan dis mempunyai jualan yang sama. Apa pendapat cikgu berkenaan dengan pelarasan ini dan cara pengiraannya?

  199. Nizam,

    Sekiranya kita cuba menafikan KESILAPAN pada soalan tersebut, maka BUKU TUNAI tidak perlu diposkan ke LEJAR kerana BT tersebut adalah BT tahun 2011 sedangkan tempoh rekod ialah 1 April 2012 – 30 April 2012. pelajar hanya perlu poskan JA dan Jurnal Khas sahaja.

    Sekiranya jualan ketiga2 bulan tersebut SAMA.. maka apakah KEMAHIRAN yang hendak diuji… bagi item JUALAN tersebut.. ??? Oleh kerana soalan minta sediakan 3 bulan … maka sepatutnya peningkatan 10% tersebut perlu diuji dan ditunjukkan dalam BELANJAWAN tersebut…

    Saya tetap menegaskan peningkatan Jualan 10% SEBULAN daripada BULAN sebelumnya….. sekiranya 10% SETAHUN daripada TAHUN SEBELUMNYA…. mana ada nilai Jualan TAHUN 2011… yang ada JUALAN pada APRIL 2012……. jika Jualan April X 12 … itu ialah JUALAN TAHUN 2012…. bukan JUALAN TAHUN SEBELUMNYA…. dan apabila di X 110%…. itu sudah jadi JUALAN TAHUN 2013… sedangkan soalan nak bulan Okt- Dis 2012.

  200. salam…mcm mana nak tentukan butir untuk belanjawan tunai bagi penerimaan dan pembayaran…selain daripada soalan yang dinyatakan…seperti jualan meningkat 10%

  201. Ain,

    Pada pandangan saya,
    Selain daripada 5 ITEM yang mesti ditunjukkan dalam Belanjawan Tunai mengikut kehendak soalan… lain2 item penerimaan dan item pembayaran boleh diambil daripada item2 HASIL dan BELANJA yang sedia ada dalam rekod perakaunan bulan APRIL… manakala nilai2 tersebut mengalami peningkatan / pengurangan / tetap terserah kepada kreativiti dan kebijaksanaan pelajar..

  202. Cikgu,
    saya ada soalan lagi.Pertambahan PHR perlu masukkan dalam Imbangan Duga Terlaras juga ke?

  203. saya terlupe sket pasal ak kawalan ni…
    dlm butiran bank dan diskaun dr buku tunai kite amik sekali pada tarikh hjg bln terus ke atau asing2 ikut tarikh dr penghutang/pemiutang dlm buku tunai tu?mmg tarikh ak kawalan hjg bln shj ke?

  204. Cikgumyra,

    AKAUN KAWALAN disedian pada 30 APRIL 2012.. maka semuanya merujuk kepada JUMLAH pada 30 April 2012.

  205. cikgu,
    Saya sangat setuju dengan pendapat cikgu tetapi ramai jurulatih negeri keluarkan arahan soalan tak boleh ubah, semua pelajar terpaksa akur dengan keputusan jurulatih negeri dan ini menjadikan jualan ini susah di anggar dan anggaran jadi tidak logik andaikan kita gunakan peningkatan 10% setahun.

  206. Nizam,

    Kalau begitu …. BUKU TUNAI juga jangan UBAH tahunnya…. maka pelajar tak payah poskan ke Lejar.

    Ada juga yang JU negeri2 lain selaraskan perkara tersebut DIUBAH, supaya lebih RASIONAL… dan SELARI dengan apa yang telah pelajar pelajari sebelum ini.

    Walau bagaimanapun… ikutlah penyelarasan yang telah dibuat oleh JU masing2, supaya selaras di peringkat negeri.

  207. cikgu, ada cg lain cakap nilai imbangan duga RM331106 .

  208. James,

    Kemungkinan, BT 2011 tidak diposkan ke Lejar, kerana BT tahun lepas dan soalan TIDAK BOLEH DIUBAH……… itu sebab jumlah IDnya tidak sama.

  209. catatan pelarasan dalam lejar perlu sambung lejar yang lama atau buka lejar yang baru ? ,boleh tak cikgu berikan contoh untuk lejar pelarasan

  210. Syazwin,

    Cadangan saya, kita sediakan ikut URUTAN kehendak soalan.
    1. Pengenalan
    2. Profil perniagaan
    3. Lejar
    4. Imbangan duga
    5. senarai pelarasan
    6. catatan pelarasan:
    – jurnal am pelarasan
    – Lejar pelarasan
    7. Imbangan duga terselaras …… dan seterusnya.

    Maka, LEJAR PELARASAN, kita asingkan daripada LEJAR sebelumnya, ini kerana kita telah imbang lejar tesebut dan piondahkan ke ID…. dan LEJAR tersebut perlu disemak ketepatan pindahakn ke ID nanti.. jadi adalah lebih baik JANGAN dilakukan pelarasan disana.

    Manakala LEJAR PELARASAN, saya cadangkan buat yang baru.. dimana AKAUN yang sedia ada kita AMBIL BAKI AKHIR daripada Lejar sebelumnya (atau rujuk saja pada ID).
    Contohnya : susut nilai kenderaan

    ………………………………Ak SNT Kenderaan ………………………..(LA8)
    ……………………………………….. 30 April BAKI B/B 24000
    …………………………………………30 April Susutnilai kenderaan 1250

    ……………………………..Ak Susut nilai kenderaan…………………(LA29)
    30 April SNT kendeaan 1250

  211. cikgu , macam mana nak letak kat jurnal saya punya pelarasan yang ni
    #pembetulan kesilapan:pelupusan kenderaan belum dicatat

  212. ok…saya cuma nk tau 4 catatan dln jurnal tu kite tulis ayat ape? pmbtln kslpn: pelupusan kenderaan belum dicatat utk semua ke?

  213. Saffa & Cikgunyra,

    Cadangan saya,
    1) Dt: Pelupusan kenderaan Kt: Kenderaan ……. RM30000 …. (merekod pindahan kenderaan ke Ak pelupusan)
    2) Dt: SNT kenderaan Kt Pelupusan kenderaan ……RM24500 .. (merekod pindahan SNT kenderaan ke Ak Pelupusan)
    3) Dt: Tunai / Bank Kt: Pelupusan kenderaan ……..RM15000 … (merekod penerimaan daripada pelupusan kenderaan)
    4) Dt: Pelupusan kenderaan Kt: Untung atas pelupusan ……. RM9500 ….. (merekod untung atas pelupusan kenderaan)

  214. phr pun sya minta pljr mencari nilai pelarasan yg sesuai spt mn dlm soalan dpt nilai 482..
    sya cuba jelaskan pljr dgn cara begini:
    482= x% x penghutang bersih sblm pelarasan
    x= 1.4 %,
    persoalannya sya nk gmbrkn pelajar peratus yg dicari mesti tidak terlalu tinggi atau rendah..betul ke cara sya terangkn ni?jd sya hanya benarkn pljr guna 1% @ 2% shj.
    dan catatan

  215. Cikgumyra,

    Kenapa dapat 1.4% ? …. sepatutnya kadar PHR = 2% telah digunakan pada tempoh perakaunan lepas.
    Baki awal PHR = RM482
    Baki awal PENGHUTANG = RM24100

    Cadangan saya, kita terangkan apakah maksud PHR dan bagaimana kadar tersebut ditentukan.
    Ianya ada 3 pilihan dengan alasan yang tersendiri :
    1. KURANG daripada kadar sebelum – katakan perniagaan telah tingkatkan sistem kawalan kredit LEBIH CEKAP, maka PHR lebih rendah.
    2. TETAP – berdasarkan KONSEP KETEKALAN
    3. LEBIH TINGGI – daripada pemerhatian didapati penghutang2 semasa didapati AGAK LIAT sedikit dalam pembayaran hutang.

  216. Cikgu..
    Pembetulan kesilapan seperti ini perlu catat juga dalam jurnal ke?

    I) Belian alat tulis daripada Goh Sdn.Bhd tidak direkodkan dalam mana-mana buku.

  217. Aina,

    Penyediaan Jurnal Am adalah ASAS kepada mana2 rekod perakaunan, termasuklah pelarasan. sebelum ianya boleh diposkan ke LEJAR.

  218. Cikgu,
    Berdasarkan kehendak soalan negeri-negeri masing-masing, jika diandaikan saya gunakan jualan meningkat 10% ikut tahunan. disebabkan ini adalah compound basic bulanan. andaikan tahunan jualan RM1000 dan tahun depan akan jadi RM1100, maka saya guna formula FV = PVx(1+r)^n, Future value=RM1100, present value= RM1000, n=12 bulan, maka saya akan dapat r=0.8%. Ini bermaksud setiap bulan jualan meningkat dengan 0.8% dan effective rate untuk tahunan ialah 10%. Jadi jualan april saya akan x dengan 0.8% dan dapat bulan mei, bulan mei pula darab dengan 0.8% saya akan dapat bulan Jun dan seterusnya. Ini yand saya dapat fikirkan, tak tahu diterima atau tidak, Cikgu ada cadangan lain jika nak guna peningkatan jualan 10% ikut tahunan.

  219. Cadangan saya,
    1) Dt: Pelupusan kenderaan Kt: Kenderaan ……. RM30000 …. (merekod pindahan kenderaan ke Ak pelupusan)
    2) Dt: SNT kenderaan Kt Pelupusan kenderaan ……RM24500 .. (merekod pindahan SNT kenderaan ke Ak Pelupusan)
    3) Dt: Tunai / Bank Kt: Pelupusan kenderaan ……..RM15000 … (merekod penerimaan daripada pelupusan kenderaan)
    4) Dt: Pelupusan kenderaan Kt: Untung atas pelupusan ……. RM9500 ….. (merekod untung atas pelupusan kenderaan)

    terima kasih jwpn yg diberikan:
    tapi sesuai ke penerangan ni utk pembetulan kesilapan belum dicatat? dikira menjawab tak soalan ikut senarai pelarasan no (i) tu?

  220. ok katakan jawapan rugi atas pelupsn sya 2% mendapat 177.
    dt ak untung rugi
    kt PHR
    (merekod kerugian phr)
    sblm ni saya baca xleh wujudkn ak utg rugi ni dlm jurnal..jd kite gnti mcm ni ke?
    dt . bel.hutang ragu
    kt. PHR
    kemudian masuk lejar.baru imbang id nanti.

  221. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya,
    Sekiranya dirasakan tidak sesuai.. tambahkan saja …….(pembetulan : merekod………….. ).

    Maaf, ada yang TAK BETUL dengan “rugi atas pelupsn sya 2% mendapat 177.”
    Adakah maksud cikgu…. pengurangan PHR RM177 ?? Jika ya, maka

    Catatan yang boleh digunakan :
    Dt: Pertambahan PHR / Hutang Ragu RM177 ……. buka BARU
    Kt: PHR RM177 …………………………………………………. akaun sedia ada.

    Imbangkan lejar2 tersebut……… kemudian BAKI B/B di senaraikan dalam ID Terselaras.


  222. nizam2108:

    Cikgu,
    Berdasarkan kehendak soalan negeri-negeri masing-masing, jika diandaikan saya gunakan jualan meningkat 10% ikut tahunan. disebabkan ini adalah compound basic bulanan. andaikan tahunan jualan RM1000 dan tahun depan akan jadi RM1100, maka saya guna formula FV = PVx(1+r)^n, Future value=RM1100, present value= RM1000, n=12 bulan, maka saya akan dapat r=0.8%. Ini bermaksud setiap bulan jualan meningkat dengan 0.8% dan effective rate untuk tahunan ialah 10%. Jadi jualan april saya akan x dengan 0.8% dan dapat bulan mei, bulan mei pula darab dengan 0.8% saya akan dapat bulan Jun dan seterusnya. Ini yand saya dapat fikirkan, tak tahu diterima atau tidak, Cikgu ada cadangan lain jika nak guna peningkatan jualan 10% ikut tahunan.

    Saya pun dah berkira-kira nak guna kaedah ini… Sesuai ka tak ya?

  223. Nizam,

    Pada pandangan saya
    Sekiranya masih tetap menggunakan 10% setahun… cara pengiraan tersebut boleh digunakan… cuma itu BUKAN kemahiran yang kita ingin pelajar kuasai dalam penyediaan Belanjawan Tunai. Nampaknya ianya menjadi begitu sukar…… apabila nak katakan BETUL kepada sesuatu yang TIDAK BETUL.

  224. cg , akaun sewa diterima macam mana eh? saya dapat baki b/b 1600

  225. Saffa,

    Sekiranya AK SEWA DI TERIMA tidak terlibat dengan sebarang pelarasan, BAKI B/B = RM1300. Tetapi jika melibatkan pelarasan, maka BAKI B/B bergantung kepada AMAUN yang diselaraskan.

  226. Cikgu,
    Pada asalnya saya sudah tukar kepada jualan meningkat mengikut bulan 10% tetapi arahan terbaru mesti mengikut tahun dan arahan mereka agak kabur dalam pengiraan peningkatan. Saya telah guna contoh RM1000 untuk bulan pertama kemudian meningkat 0.8% setiap bulan daripada 1000, 1008, 1016….selama 24 bulan. Jumlah 12 bulan pertama mewakili tahun pertama (RM12542) dan 12 bulan berikutnya mewakili tahun kedua (RM13798), peningkat sebanyak RM1256 adalah 10% berbanding tahun pertama dan tahun kedua, ini bermakna peningkat 0.8% setiap bulan. Jika ini dibenarkan maka, saya rasa agak jelas dalam pengiraan bagi negeri yang memaksa mengikut tahun walaupun saya juga tidak setuju soalan guna tahun berbanding dengan bulan.

  227. Nizam,

    Jika begitulah keadaannya, pada pandangan saya cara saudara adalah lebih baik… kerana ianya SELARI dengan apa yang telah pelajar pelajari dalam penyediaan Belanjawan Tunai sebelum ini, … apa yang penting pelajar tahu mengira peningkatan setiap bulan tersebut (Oktober – Disember) … walau berapapun peratusnya.

  228. Terima kasih cikgu narzuki kerana sentiasa menolong dan memberi pandangan

  229. ye betul saya dpt pertambahan PHR 2% ialah 177 jika dah tolak sykt maju muflis.
    ok dh faham jwpn tu.
    dt Hutang ragu
    kt. PHR
    saya risau salah ajar je..
    betul ke saya jwb kt jurnal yg jwpn senarai pelarasan (c) dan (i) dgn sekali catatan shj.
    c) dan (i) menghasilkan jwpn yg same kan? 4 catatan pelupusan kenderaan. Dikira markah sistematik tak mcm ni?

  230. Cikgumyra,

    Pada pandangan saya,
    Maklumat (c) adalah MAKLUMAT berkaitan dengan pelupusan kenderaan…. dan ianya sepatutnya TELAH direkodkan pada 30 April 2012… tetapi berdasarkan BCP didapati perkara tersebut BELUM direkodkan lagi… maka itu adalah satu kesilapan kerana tertinggal rekod…. oleh itu bolehlah dikelaskan sebagai PEMBETULAN KESILAPAN : KETINGGALAN CATATAN..

    Perkara2 yang dikelaskan sebagai ITEM PELARASAN pada akhir sesuatu tempoh adalah seperti …. SN diselaraskan 20% setahun, PHR diselaraskan 3%., Hasil terdahulu & terakru, Belanja Terdahulu & terakru…. ianya terjadi BUKAN disebabkan berlakunya sesuatu URUSNIAGA…. tetapi ianya perlu diselaraskan. Tidak seperti PELUPUSAN KENDERAAN.. ianya adalah suatu urusniaga yang perlu direkodkan pada tarikh ianya berlaku….. katakan ianya dilupuskan pada 15 April, maka pada TARIKH tersebut perkara tersebut perlu direkodkan…. bukannya kena tunggu akhir tempoh.. baru direkodkan…. itu maksud saya kenapa ianya bukan suatu ITEM PELARASAN…… tetapi apabila berlakunya KESILAPAN (samada ketinggalan catatan, kesilapan amaun, kesilapan prisip dll).. dan perkara tersebut dapat DIKESAN, maka barulah ianya akan dikelaskan PELARASAN bagi MEMBETULKAN KESILAPAN tersebut.

    Bagi merekodkan pelupusan sesuatu aset bukan semasa, sememangnya memerlukan 4 catatan tersebut.. barulah LENGKAP catatannya…. dan urutannya bermula dari Kenderaan –> Pelupusan, SNT –> Pelupusan, Penerimaan dari pelupusan, dan Menentukan Untung / Rugi dari pelupusan …. itulah urutan yang sistematik.

    ELEMEN 6.1 SISTEMATIK : adalah merujuk kepada :
    1) urusniaga dalam lejar disusun ikut URUTAN TARIKH, serta Akaun2 dalam LA ikut urutan menaik .. LA1, LA2, LA3 …….
    2) mematuhi URUTAN dalam KITARAN PERAKAUNAN….. bukannya dari Lejar — Tutup ke Ak P dan AUR — ID — Pelarasan — IDT — PK.
    3) Laporan akhir – isi kandungan disusun kemas, lengkap dan teratur.

  231. Selamat Pagi Cikgu,

    Nak tanya pasal akaun kawalan. Pemiutang Auto Motors Sdn Bhd perlukan kita masukkan ini ke dalam akaun kawalan?

    Jika tidak perlu, bagaimana pemiutang ini dicatat di KKK (di bhg LS). Adakah sbg pemiutang?

    Terima Kasih.

  232. Sevaramann,

    Pada pandangan saya,
    Auto Motos Sdn Bhd… adalah bukan Pemiutang Dagangan….maka tidak boleh dimasukkan dalam Ak Kawalan. Pemiutang yang perlu diambilkira hanyalah merujuk kepada LEJAR BELIAN sahaja.

    Manakala pengkelasan sama ada ianya LS atau LBS, kita boleh kaitkan dengan KONSEP ASAS iaitu melebihi 1 TAHUN atau kurang. Memandangkan baki hutangnya yang BESAR serta bayaran ansuran bulanan RM420… maka sudah pasti hutang tersebut akan memakan masa MELEBIHI 1 TAHUN untuk diselesaikan….. Oleh itu, ianya sesuai dikelaskan sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA….. dan butirannya ialah AUTO MOTORS SDN BHD.

  233. salam… cikgu sya nak tny folio untuk lajer nak tulis ape… yg diambil dripada jurnal boleh tulis no jurnal tersebut… tetapi klu baki h/b n b/b ape folionye? tq… harap dapat mmbantu

  234. Cahaya,

    Dalam LEJAR .. folionya merujuk urusniaga yang telah dicatatakan dalam BCP. Manakala BAKI H/B dan BAKI B/B…. bukannya catatan bagi sesuatu urusniaga, ianya hanya langkah2 PENGIMBANGAN akaun untuk mendapatkan baki akhir….. tanpa merujuk kepada BCP, maka TIADA butir FOLIO bagi item2 tersebut.

  235. Salam Cgu, saya ada soalan..
    1. Bagaimana cara untuk menyediakan catatan lejar selepas pelarasan? Adakah perlu mengambil semua item dlm lejar yg berkaitan ataupun sebadar mengambil b/b sahaja?

  236. Moon sense,

    Cadangan saya, kita ambil BAKI B/B (baki akhir lejar terdahulu)…. kemudian baki tersebut dilakukan pelarasan untuk mendapatkan BAKI BARU.

    Kita gunakan kaedah yang sama dalam menyelaraskan baki BUKU TUNAI dengan menyediakan BUKU TUNAI Kemaskini dalam topik PPB. Di mana BT (kemaskini) diambil BAKI AKHIR kemudian masukkan item2 pelarasan… seterusnya dapatkan BAKI AKHIR (kemaskini).

  237. salam….

    cikgu bagaimana penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira untuk item jualan dan belian…adakah nilainya berkaitan dengan jumlah jualan dan belian dalam akaun kawalan

  238. Iza,

    Penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK adalah merujuk kepada BAKI AKHIR setiap akaun….. maka hanya berpandukan ID TERSELARAS dan Nilai STOK AKHIR… kita sudah boleh sediakan Penyata kewangan tersebut…… tidak perlu lagi merujuk kepada LEJAR…..

    Itulah salah satu FUNGSI penyediaan ID/IDT selain untuk menyemak ketepatan catatan bergu dan mengesan kesilapan, ianya juga berfungsi memudahkan penyediaan Penyata Kewangan.

    Jumlah Jualan dan Belian dalam AK Kawalan hanyalah merujuk kepada jualan dan belian secara KREDIT sahaja, bukannya jumlah / baki JUALAN dan BELIAN keseluruhannya.

  239. ok cikgu tqvm 🙂

  240. Cikgu boleh tak saya rekod macah ini:

    RM420x12=RM5040
    Auto Motor S/B rekod di Liabiliti semasa RM5040
    yang tinggal punya Aoto Motos S/B rekod di liabiliti Bukan Semasa

  241. Chia Hui Ling,

    SALAH!!! ….. dalam penyediaan Penyata Kewangan (PP & KKK) kita rujuk kepada BAKI AKHIR daripada setiap AKAUN, di mana ianya boleh dirujuk daripada ID TERSELARAS.

  242. faham^^

    terima kasih ^^

  243. Salam Cg,
    Bagaimana caranya utk kita merekod dlm BCP dan lejar jika urusniaga “menerima nota debit dari Pembekal barangniaga yang mengenakan caj angkutan dan upah atas belian”? Jurnal Belian atau Jurnal Am yg terlibat? Akaun Angkutan Masuk dan Akaun Upah Atas Belian perlu diwujudkan atau tidak? Tq cg.

  244. Subri,

    Pada pandangan saya, JURNAL BELIAN hanya khas untuk BARANG NIAGA sahaja.. seperti belian barang niaga secara kredit (Invois), barang niga terkurang caj (Nota Debit).

    Manakala lain2 caj seperti UPAH ATAS BELIAN, ANGKUTAN MASUK ….. ada akaunnya yang tersendiri, sudah tidak sesuai dicatatkan dalam Jurnal Belian, sebaliknya dicatatkan dalam JURNAL AM sahaja.

    Di mana catatan bergunya dalam JA: Dt: Angkutan Masuk, Dt: Upas atas belian dan Kt: Nama Pemiutang…. dan sudah semestinya akaun2 tersebut perlu diwujudkan.

  245. Assalamualaikum Cikgu Narzuki,

    Pelupusan kenderaan melibatkan dt bank 15 000 kt pelupusan kenderaan 15 000.jadi lejar terlaras perlu buka akaun bank yang baru dgn ambil baki 42 077 dr buku tunai baki ak bank yg baru itu perlu di catat di imbangan duga terselaras.Betul ke cara perekodan saya begitu?

  246. Waalaikumussalam.

    Kenapa buku AK Bank ??? …. apabila perniagaan mengamalkan mencatat semua urusniaga tunai menggunakan BUKU TUNAI, maka AK Tuani dan Ak Bank TIDAK perlu dibuka lagi… Oleh itu untuk membuat lejar pelarasan, saya cadangan buku BUKU TUNAI (BT2)… masukan BAKI AKHIR daripada BT1 sebagai BAKI B/B, kemudian masukkan catatan pelarasan…. IMBANG dan bakinya dipindahkan ke ID TERSELARAS.

  247. Salam cikgu.
    Saya ingin bertanya tentang akaun kawalan.Adakahjumlah item bank dalam akaun kawalan diambil dari buku tunai?

  248. Aima,

    Konsep asasnya penyediaan AK Kawalan berdasarkan maklumat daripada BCP. Item BANK merupakan PENERIMAAN daripada penghutang / PEMBAYARAN kepada pemiutang…. maka merujuk kepada BT semua penerimaan daripada penghutang (lajur Bank) hendaklah DIJUMLAHKAN, dan dimasukkan dalam AK Kawalan Penghutang sebagai item BANK.

  249. salam cikgu..sy buat 2 jnis kslapan..ketara dan tidak ketara..adakah ini akan mnggngu kj khusus ini..

  250. Sara,

    Catatan pelarasan bagi pembetulan kesilapan di sini adalah merujuk kepada KESILAPAN TIDAK KETARA sahaja. Sekiranya anda membuat KESILAPAN KETARA, kemungkinan besar ID TERSELARAS anda TIDAK AKAN SEIMBANG nanti.

  251. Cikgu…Saya tidak berapa faham untuk soalan B & C, adakah akaun susut nilai terkumpul kenderaan dibuka sekali sahaja atau pun di asingkan mengikut soalan..

  252. Ira,

    Hanya buka SEKALI sahaja…… apabila semua catatan pelarasan telah dicatat….. akhir sekali barukan semua akaun2 tersebut diimbangkan… untuk dapatkan Baki h/b dan Baki b/b.

  253. slm cgu, tahun ni xguna motawa dah ke utk key in mrkh?

  254. buku tunai lepas pelarasan cuma pelupusan kenderaan dan auto motor jek ea cikgu?

  255. Emilymessy,
    Terserah… nak gunakan MOTAWA pun boleh ataupun ePBS3756 …. asalkan yang terkini. Cuma saya tidak pasti MPOTAWA ada versi terkini atau tidak.

    Rabun,
    Bergantung kepada pelarasan yang anda sediakan,…. sekiranya melibatkan TUNAI / BANK, maka BT2 perlu diselaraskan juga.

  256. Okay,cikgu.Terima Kasih… 🙂

  257. cikgu, Pengiraan SNT kenderaan tu kena tambah semua kah? RM24 000 + RM1250=RM25 250
    adakah jawapan ini dalam akaun susut nilai terkumpul kenderaan?

  258. Maria,

    Ada 2 pelarasan yang terlibat dengan SNT Kenderaan. (1) Susut nilai kenderaan RM1250 (2) Pelupusan kenderaan RM24500.

    ……………………………………..AK SNT Kenderaan
    Pelupusan kenderaan 24500 …………. Baki b/b …………………… 24000
    Baki h/b ……………………….750…… Susut nilai kenderaan…… 1250
    ………………………………………. Baki b/b ……………………..750

  259. Salam. Cikgu… Auto Motor adalah pemiutang juga kan cikgu? Semua jumlah pemiutang ditambah untuk dimasukkan ke akaun kawalan kah…

  260. Jay,

    Auto Motors Sdn Bhd…. BUKAN pemiutang dagangan (barang niaga), dan ianya telah direkodkan dalam LEJAR AM…. Ak Kawalan Pemiutang hanya merujuk kepada pemiutang dagangan sahaja iaitu akaun2 pemiutang yang terdapat dalam LEJAR PEMIUTANG. Maka Auto Motors Sdn Bhd TIDAK BOLEH dimasukkan dalam Ak Kawalan Pemiutang.

  261. saya nak tanya macam mana cikgu dapat ansuran bulanan kepada Auto Motors Sdn. Bhd. RM420????? Dalam Buku Tunai kita bayar pada Auto Motor Sdn Bhd 2 dicatat sebagai RM450???boleh tolong terangkan.terima kasih cikgu.

  262. Cikgu , Andaikan Kesilapan saya ialah ansuran tetap kenderaan berjumlah RM 420 tersalah catat sebagai RM 450 , apakah butir dalam buku jurnal ? akaun mana yang debit and akaun mana yang kredit ?

  263. thanks.
    cikgu baki b/b buku tunai kita amik dari buku tunai lama ea

  264. Zh123tsk & Jolin,

    Berdasarkan maklumat 2 (e) Bayaran ansuran bulanan kenderaan ialah sebanyak RM420. Manakala dalam BT bayaran kepada Auto Motors Snd Bhd sebanyak RM450. Maka kita boleh andaikan bayaran tersebut sepatutnya RM420, iaitu berlaku kesilapan catatan amaun sebanyak RM30….. jika itu item pebetulan kesilapan yang dijadikan pelarasan.

    Caranya ialah : Kita kena perbetulkan RM450 kepada RM420 dengan mengurangan kedua-dua Ak BANK dan Ak AUTO MOTORS SDN BHD sebanyak RM30, iaitu :
    Dt: BANK RM30 dan Kt: AUTO MOTORS SDN BHD RM30

    Rabun,

    Ambil BAKI B/B .. AKHIR daripada BT1.

  265. bagi kesilapan kedua , iaitu ketinggalan catatan pelupusan kenderaan , perlukah kita tulis sekali lagi dalam catatan jurnal ?

  266. Jolin,

    Setiap pelarasan perlu dimulai dengan catatan dalam JURNAL AM kemudian poskan ke Lejar yang terlibat.

  267. Cikgu,
    bolehkah auto motors sdn bhd (420×12) iaitu RM5040 yang perlu dijelaskan dalam tempoh setahun itu dimasukkan dalam liabitliti semasa dan baki yang matang lepas setahun masuk dalam liabiliti bukan semasa.

  268. Nizam,

    TIDAK BOLEH, Penyata Kewangan disediakan berdasarkan BAKI2 AKHIR setiap akaun dalam Lejar Am, di mana baki2 tersebut telah disenaraikan dalam ID Terselaras.

    Mana boleh satu akaun yang mempunyai satu baki dipecah2kan sedemikian…… kalau begitu semua LIABILITI BUKAN SEMASA perlu dipecah2kan …. misalnya PINJAMAN BANK yang mempunyai tempoh matang 5 tahun.. kita pecahkan kepada Pinjaman Bank – LS dan Pinjaman Bank – LBS begitu sahaja …. sedangakan ianya merujuk kepada akaun yang SAMA……. sudah tentu menyalahi konsep dan prinsip perakaunan yang diterima umum.

  269. cikgu,
    Dalam kebanyakkan annual report syarikat, direkodkan sedemikian iaitu due within 12 months and after 12 months…

  270. Nizam,

    Itu lain kesnya……. pada kebiasaannya syarikat tersebut mempunyai BEBERAPA PINJAMAN BANK, ada diantaranya akan tamat dalam tempoh perakaunan tersebut, manakala sebahagian yang lain akan tamat melebihi tempoh 1 tahun.. maka, Pinjaman2 tersebut sudah semestinya akan dikelaskan mengikut tempoh matang masing2….. satu LS dan sebahagian lagi LBS.

  271. cikgu..
    macam mana nak tahu jawapan akaun kawalan adakah betul atau tidak.

  272. Jay,

    Salah satu fungsi Ak Kawalan disediakan adalah untuk menyemak ketepatan rekod perakaunan berkaitan dengan Penghutang dan Pemiutang…

    maka BAKI AKHIR dalam Ak Kawalan Penghutang = Baki Akhir Penghutang 1 + Baki Akhir Penghutang 2 + …………… (semua penghutang dalam Lejar Jualan)

  273. cikgu ,
    saya kurang faham lah..

  274. cikgu…untung atas pelupusan akan menyebabkan akaun tunai/bank bertambah kan…?

  275. bagi imbangan duga terselaras , terdapat kadar bayaran dan deposit kadar bayaran . adakah kedua-dua akaun ini dianggap sebagai belanja dalam penyata pendapatan ?

  276. Kyun,
    Baki Ak Untung atas pelupusan RM9500 …. pindahkan ke ID Terselaras…. dan dikelaskan sebagai HASIL dalam Penyata Pendapatan nanti.
    Apa yang menyebabkan AK Tunai / Bank BERTAMBAH ialah kenderaan tersebut dilupuskan / dijual dengan hanrga RM15000…. barulah Tunai / Bank diselaraskan sebanyak RM15000.

    Jolin,
    Kadar Bayaran = BELANJA dalam Penyata Pendapatan
    Deposit Kadar Bayaran = ASET SEMASA dalam KKK.

  277. ermm..cikgu..jika SNT kenderaan yang dipindahkan ke ID Terlaras 750..Jadi bagaimana dengan Belanja Susut Nilai Kenderaan? Adakah nilainya RM1250 yang akan dipindahkan ke ID Terlaras ?

  278. Kyun,

    ID Terselaras…. senarai SEMUA baki akaun yang ada termasuk akaun baru yang terlibat dengan pelarasan. Oleh kerana SN Kenderaan berbaki RM1250 …. maka sudah tentu dalam IDT juga RM1250.

  279. Salam…
    Cg. , saya ingin bertanya berkenaan elemen 2, aspek 2.3 iaitu pelarasan. Apakah butir-butir yang diperlukan dalam bahagian ini? Adakah setiap (a), (b), …, (i) dalam maklumat tambahan perlu diterangkan (contohnya dari segi pengiraan dsb) ? Contohnya untuk (c), apakah yang perlu dilakukan? Maksud saya, apakah pengiraan yang dapat ditunjukkan dalam aspek ini? Hal ini kerana hanya catatan ke lejar sahaja yang bermain di fikiran saya dan perkara ini pula merujuk kepada aspek 2.4/2.5 iaitu jurnal dan lejar. Mohon bantuan. Terima kasih!

  280. Abdullah,

    Elemen 2.3 Pelarasan – sediakan Senarai Pelarasan berdasarkan maklumat (1) dan (2) yang diberikan dalam soalan.
    Disamping itu adalah lebih baik ditunjukkan juga pengiraan2 (mana2 yang berkenaan) yang terlibat sebagai BUKTI pelajar faham dan tahu daripada mana nilai tersebut diperolehi.

    Contohnya bagi Pelupusan Kenderaan … pelajar boleh tunjukkan pengiraan Jumlah SNT Kenderaan yang perlu dilupuskan ke Ak Pelupusan Kenderaan….. sebagai bukti pelajar tahu dan faham kenapa RM24500 ? … daripada mana nilai tersebut diperolehi ?

  281. Kalau penghutang muflis, apa yang kita perlu buat? *Minta maaf, soalan yang agak ASAS.

  282. Abdullah,

    Berdasarkan rekod perakaunan….. pelajar kenalpasti siapakah penghutang yang paling munasabah untuk diistiharkan muflis. Maka jumlah BAKI PENGHUTANG tersebut dihapuskira sebagai HUTANG LAPUK. Di mana catatan pelarasannya : Dt: Hutang Lapuk Kt Nama Penghutang

  283. Ok. Terima kasih banyak cikgu. Pelbagai persoalan bakal saya kemukakan. #Sukses selalu! 🙂

  284. Abdullah, sama2…

    Saya cadangkan terlebih dahulu baca komen/perbincangan DIATAS…. kerana telah banyak perkara telah dibincangkan. Terima kasih.

  285. nak buat imbangan duga tu masukkan perkara dari lejar am jugak ke ??? ataupun semua lejar yang dah buat kena masuk dalam imbangan duga ??

    dari jurnal am, contoh sewa diterima jumlah sebelah debit (RM1300) tu nak tulis apa ?? baki b/b ke??

    kerjasama dan perhatian dari cikgu amat saya hargai

  286. Nur Aira,

    ID adalah senarai BAKI AKHIR semua akaun dalam LEJAR.

    Daripada JURNAL AM yang bertarikh 1 April 2012 (catatan permulaan) bila diposkan ke Lejar masing2.. butirannya ialah BAKI B/B.


  287. Cg Narzuki:

    Arni,
    Pada pandangan saya, sudah ada 2 kesilapan dalam soalan tersebut supaya pelajar cari dan buatkan pelarasannya.

    apakah 2 kesilapan yang sudah ada dalam soalan ?
    bukankah pelarasan disediakan berasas dengan andaian sendiri ?

  288. Gary,

    Pada pandangan saya,
    Bukan semuanya guna andaian sendiri… bila dikatakan SOALAN, maka sudah semestinya ada perkara yang menguji KEMAHIRAN BERFIKIR dan pelajar perlu MENGANALISIS MAKLUMAT yang diberikan.

    Contohnya berapakah Kadar SN Kenderaan ? Kadar PHR yang sesuai digunakan ? Siapakah Penghutang yang sesuai diistiharkan muflis ? Apakah kemungkinan kesilapan2 yang telah terjadi daripada rekod perakauna yang ada ? Adakah Alat Tulis, Derma, Gaji, Sewa diterima SESUAI dijadikan item TERAKRU / TERDAHULU ? Apakah konsep2 asas perakaunan yang digunapakai dan sebagainya ….. perkara2 tersebut perlu didedahkan supaya pelajar dapat berfikir dan BIJAK dalam MEMBUAT KEPUTUSAN.

    Tugasan projek ini bukan sekadar untuk siapkan laporan semata2 tetapi boleh digunakan untuk mengasah KEMAHIRAN BERFIKIR pelajar dengan bimbingan guru.

  289. okey..terima kasih cikgu..saya akan cuba buat yang terbaik ^^v

  290. cikgu, deposit kadar bayaran adalah aset atau belanja?

  291. Van

    Deposit Kadar Bayaran dikelaskan sebagai ASET SEMASA.

  292. cikgu..
    Auto Motor Sdn Bhd aset semasa jugake cikgu?

  293. Kyun,

    Cuba fikirkan !!! berapa lamakah jumlah hutang tersebut akan selesai dibayar, sekiranya bayaran ansuran bulanan sebanyak RM420 ?? Adakah dalam tempoh SETAHUN atau LEBIH, kemudian tentukan sama ada ianya perlu dikelaskan sebagai LS ataupun LBS.

    Jika dikelaskan sebagai ASET … maka jawapannya SALAH.

  294. ckgu nak buat pelarasan 2 kena ikut yg kat jurnal n lejar ke??/

  295. Ayue Balqis,

    Ikut maklumat yang diberikan dalam soalan serta merujuk kepada BCP dan Lejar.

  296. cg. psn kenderaan jumlah yg perlu di catat dalam kunci kira-kira 1250 atau 750?

  297. Baizura,

    SNT Kenderaan RM750 ….. KKK
    SN Kenderaan RM1250 ….. Penyata Pendapatan

  298. oh terimah kasih cikgu.

    cikgu, stok yang diselaraskan mesti buka lejar lagi ke? kalau ya, macam mana nak buat kerana kita sudah ada akaun stok.

  299. Van,

    Stok tidak perlu diselaraskan.. hanya tentukan nilai mana yang perlu digunakan sebagai STOK AKHIR dalam penyediaan Penyata Pendapatan dan KKK nanti.

  300. Salam cikgu ,
    untuk bina 2 item belanja terakru ini,
    boleh tak sekiranya ayat belanja terakru:
    1) Belanja am RM400 masih terakru dalam bulan april 2012. (RM400-RM200)
    2) Insurans untuk bulan april RM600 belum dibayar.
    (RM600-RM570).
    soalan seterusnya ,bagaimana saya ingin merekodkan nya dalam catatan jurnal am ?

  301. Liya,

    Ayatnya sudah betul tetapi pengiraan dalam kurungan tidak betul.
    1) seikiranya RM400 masih terakru ….. maka Belanja Am = 200+400
    2) jika RM600 belum bayar … maka Insurans = 570+600

    Catatan pelarasannya :
    1) Dt Belanja am 400 Kt: Belanja am terakru 400
    2) Dt: Insurans 600 Kt: Insurans terakru 600

  302. salam cikgu..saya ada beberapa soalan
    1. selain 5 perkara dalam soalan mengenai belanjwan tunai adakah kita perlu tmbh lagi item lain dan berapa nilai max yg perlu direkod dlm belanjwan tunai?
    2. mengenai rumusan kita nak tulis tentang apa?
    3. betul ke stok akhir xperlu masukkan dlm IDT..just wat nota je di bwh berapa nilai stok akhir yg dipilih

  303. Iza,

    Pada pandangan saya,

    1) 5 perkara tersebut MESTI ada dalam penilaian untuk memberikan SKOR A dalam Elemen 4.2……. manakala item2 penerimaan dan pembayaran yang PERLU juga ada supaya Belanjawan Tunai yang disediakan LEBIH RASIONAL….. misalnya … adakah mungkin tiada item BELIAN ? dan lain2 pembayaran …… cuma terserah kepada pelajar untuk buat pembayaran/penerimaan tersebut MENINGKAT / MENURUN setiap bulan ataupun TETAP.

    2) RUMUSAN… agak BEBAS, pelajar boleh nyatakan kesimpulan / dapatan daripada analisis yang dibuat serta ringkasan kepada perancangan2 peningkatan prestasi perniagaan yang telah dirancang.

    3) IDT adalah senarai BAKI2 AKAUN daripda LEJAR ….. dimana STOK AKHIR adalah penilaian stok barang niaga berdasarkan nilai kos / nilai pasaran pada akhir sesuatu tempoh, maka STOK AKHIR tidak perlu dimasukkan dalam IDT.

  304. cikgu…
    Adakah stok bernilai RM52 680 masukkan ke dalam Imbangan Duga Terlaras? Yang stok RM48 500 tidak perlu..Maaf Cikgu,saya ragu-ragu

  305. Anna,

    Ambil BAKI daripada Ak STOK… masukkan dalam IDT.

  306. Cg,

    Nak tanya ttg nisbah kecekapan. Untuk tempoh kutipan hutang dan pembayaran hutang, bagaimana ia perlu dikira. Adakah ianya perlu dibahagi dgn 30/365 spt berikut:
    Tempoh Kutipan Hutang = (31293/45020) X 30/365
    Tempoh Pembayarab Hutang = (42850/23990) X 30/365

    atah hanya darab dgn 360 hari.

    TQ…

  307. Aina,

    Pada pandangana saya,… kita lakukan tafsiran Penyata Kewangan untuk BULAN APRIL (sebulan) : Maka

    Tempoh Kutipan Hutang = (31293/45020) X 30 = 20 hari …. iaitu peniagaan mengambil masa 20 hari untuk mengutip hutang daripada penghutangnya.

    Tempoh Pembayaran Hutang = (42850/23990) X 30 = 54 hari ….. iaitu perniagaan mengambil masa 54 hari untuk menjelaskan hutang kepada pemiutangnya …….. itu sebabnya BAKI AKHIR PEMIUTANG meningkat berbanding BAKI AWAL PEMIUTANG.. kerana mengambil masa LEBIH dari SEBULAN untuk menjelaskannya.

  308. Cikgu..saya kurang faham dengan pengiraan nisbah kecekapan. Jualan kredit dan belian kredit kita ambil dari mana?

  309. Cikgu,
    Dalam tempoh kutip hutang, Jualan kredit ambil dari Jurnal Jualan tolak Jurnal pulangan jualan? Penghutang ambil dari penghutang sebelum tolak PHR?

  310. Mir,
    JUALAN KREDIT … boleh rujuk Jumlah dalam JURNAL JUALAN, manakala BELIAN KREDIT merujuk kepada Jumlah dalam JURNAL BELIAN.

    Fatimah,
    Pada pandangan saya, kita saja IKUT FORMULA dalam buku teks. Jualan/Belian kredit – rujuk Jurnal Jualan/Belian…. manakala PENGHUTANG ambil nilai Penghutang tanpa perlu tolak PHR.

  311. Cg,

    Baki akhir akaun belanja dan hasil kena tulis sebagai h/b dan b/b ke bulan depan atau tulis sebagai untung rugi (bagi akaun yang dipindah ke penyata pendapatan) dan perdagangan (bagi akaun yang dipindah ke KKK)?

    Terima Kasih

  312. Elaine,

    Cadangan saya, kita IMBANGKAN semua akaun termasuk Hasil dan Belanja dengan BAKI H/B dan BAKI B/B…. buat ikut KITARAN PERAKAUNAN… supaya pelajar faham dengan jelas apakah kegunaan dan fungsi ID / IDT disediakan.

  313. cikgu boleh tolong, IDT

    debit:
    pelupusan-9500
    stok-48500
    premis-120000
    kenderaan-45000
    perabot-20000
    deposit kadar bayaran-500
    ambilan-500
    belian-65330
    alat tulis-360
    pengiklanan-500
    belanja am-336
    derma-300
    insurans-570
    kadar bayaran-560
    alatan pejabat-2600
    pulangan jualan-3980
    upah-800
    gaji-1400
    diskaun diberi-428
    bank-42077
    tunai-19510
    BSN kenderaan-1250
    BSN perabot-122
    penghutang-32940
    alat tulis terdahulu-60
    hutang lapuk-1500
    =310150

    kredit:
    sewa diterima-1300
    PHR-329
    SNT kenderaan-750
    SNT perabot-5542
    modal-218698
    Auto Motor-34550
    jualan-54420
    komisen diterima-480
    alatan pejabat-5440
    diskaun diterima-175
    pemiutang-42850
    belanja am terakru-136
    komisen diterima terdahulu-170
    belanja hutang ragu-153
    kadar bayaran terakru-180
    =365003

    Senarai Pelarasan:-

    E) Peruntukan hutang ragu hendaklah dikirakan sebagai 3% daripada penghutang bersih
    F) Kaday bayaran terakru pada 30 April 2012 berjumlah Rm180 dan belanja am terakru berjumlah Rm136
    G) Stok alat tulis dinilai pada kadar Rm60
    H) Komisen setahun adalah Rm170
    I) Belian Tunai Rm700 tidak direkod dalam mana-mana buku dan belian tunai Rm3650 tersalah catat sebanyak Rm3660

  314. Farah,

    Daripada pemerhatian Cg secara kasar, didapati ada beberapa kesilapan di catatan pelarasan iaitu :

    1) PHR : Nilai di Kt: PHR SALAH dan Kt Belanja Hutang ragu SALAH … sila semak NILAI yang sepatutnya.
    2) Tidak wujud ……………Dt: Alat tulis terdahulu RM60…………… sepatutnya Stok Alat Tulis RM60 …. (tetapi tidak perlu masuk dalam IDT)
    3) Pelarasan terhadap AK BELIAN, kemungkinan besar SILAP.. sila semak.
    4) Untung atas pelupusan RM9500 …SILAP…….. sepatutnya dicatat disebelah KREDIT.
    5) ALATAN PELABAT RM5440 … sebelah Kredit .. juga SILAP ….. sila semak Ak Alatan Pejabat… kenapa ada 2 akaun alatan pejabat.

  315. salam cikgu…
    1)kadar bayaran boleh tak dianggap sebagai salah satu item bagi belanja terakru..Ini kerana dalam imbangan duga sudah ada deposit kadar bayaran bermaksud kadar bayaran terdahulu kan…
    2) Untuk akaun auto motor…dalam imbangan duga terselaras perlu tunjukkan atau dimasukkan dalam akaun kawalan pemiutang…Betul tak auto motor adalah pemiutang sebab beli kenderaan secara kredit…

  316. Cikgu Aein,

    Pada pandangan saya:

    1) Kadar bayaran BOLEH dijadikan salah satu ITEM BELANJA TERAKRU ….. Tetapi DEPOSIT kadar bayaran TIDAK SAMA dengan Kadar bayaran TERDAHULU… ianya adalah sebagai CAGARAN yang dibayar semasa pendaftaran untuk mendapatkan perkhidmatan mereka… Dan kita dapat kembali DEPOSIT tersebut sekiranya kita BERHENTI daripada menggunakan perkhidmatan mereka. Kadar bayaran terdahulu adalah merujuk kepada bayaran caj perkhidmatan bulanan yang dibayar lebih.

    2) Auto Motors Sdn Bhd…. adalah “pemiutang bukan barang niaga”, maka ianya TIDAK BOLEH dimasukkan dalam Ak Kawalan Pemiutang (.. untuk pemiutang barang niaga sahaja : hanya rujuk pada JURNAL BELIAN). … ianya dikelaskan sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA kerana tempoh hutang tersebut akan habis dibayar melebihi 1 tahun.

  317. cikgu..bagaimana nak membuat belanjawan tunai..Adakah nilai-nilainya kita anggarkan sendiri..Saya masih kurang jelas.

  318. Mir,

    Belanjawan Tunai adalah ANGGARAN penerimaan dan pembayaran yang mungkin berlaku dimasa hadapan….. walau bagaimanapun anggaran yang dibuat biarkan berpandukan data / rekod perakaunan pada bulan April… dan pastikan 5 perkara yang dikemukan dalam soalan diambilkira.

  319. cikgu kenapa kunci kira-kira saya tak dapat?

  320. Rabun,

    Sekiranya tidak seimbang…. maka sudah pasti ada kesilapan… sila semak semula Penyata Pendapatan & KKK yang disediakan.

  321. Assalamualaikum Cikgu Narzuki,

    Adakah BUKU TUNAI 2 (BT2) slps ambil kira baki tunai dan bank serta untung pelupusan direkod bawah tajuk catatan pelarasan dalam lejar sama seperti pelarasan2 lain?

    Adakah semua formula bagi setiap nisbah perlu disediakan/dibuat atau hanya buat satu formula bagi setiap nisbah?

  322. Iihamy 12, waalaikumussalam.

    Ya dibawah LEJAR PELARASAN.. cuma kita buat dalam format Buku Tunai.

    Berdasarkan Kriteria Penilaian Elemen 2.10 – pelajar menyediakan SEKURANG2NYA 1 nisbah bagi setiap nisbah keberuntungan, kecairan dan kecekapan,
    Secara ringkasnya …. sekurang2nya 3 nisbah ( 1 nisbah keberuntungan, 1 nisbah kecairan dan 1 nisbah kecekapan)…… sekiranya buat LEBIH, tidak menjadi masalah, malah DIGALAKKAN.

  323. IDT SAYA XIMBG 100…
    STOK 48500
    PREMIS 120000
    KENDERAAN 45000
    PERABOT 20000
    DEPOSIT KADAR BAYARAN 500
    AMBILAN 500
    BELIAN 32970
    ALAT TULIS 420
    BELANJA AM 200
    DERMA 300
    INSURANS 345
    KADAR BAYARAN 480
    ALATAN PEJABAT 2600
    PENGIKLANAN 785
    PULANGAN JUALAN 3980
    UPAH 800
    GAJI 1400
    DISKAUN DIBERI 428
    PENGHUTANG 32940
    SUSUT NILAI KENDERAAN 1250
    SUSUT NILAI PERABOT 122
    HUTANG LAPUK 1500
    HUTANG RAGU 177
    INSURANS TERDAHULU 225
    TUNAI 2250
    BANK 57107
    stok akhir 52680
    jumlah dt =rm373770

    SEWA DITERIMA 1300
    PERUNTUKAN HUTANG RAGU 659
    SUSUT NILAI TERKUMPUL KENDERAAN 750
    SUSUT NILAI TERKUMPUL PERABOT 5542
    MODAL 218698
    AUTO MOTORS SDN BHD 34580
    JUALAN 54420
    KOMISEN DITERIMA 680
    PULANGAN BELIAN 5440
    DISKAUN DITERIMA 175
    PEMIUTANG 42850
    UNTUNG ATAS PELUPUSAN 9500
    PENGIKLANAN TERAKRU 285
    KADAR BAYARAN TERAKRU 100
    KOMISEN DITERIMA TERDAHULU 200
    jumlah kt = rm374879

    KENAPA EK? DH PENING CHEK NI.

  324. Cikgu Myra,

    Semakan secara kasar saya dapati…. :
    1) Stok akhir 52680 …… sepatutnya TIDAK dimasukan dalam IDT.
    2) KOMISEN DITERIMA sepatutnya berbaki RM280 ….. cuba sema lejar pelarasannya.

  325. assalamualaikum cikgu

    perlu k bukak akaun plupsan???

  326. Permata, waalaikumussalam.

    Sudah semestinya DIBUKA Ak PELUPUSAN KENDERAAN.

  327. cikgu….yg rm10 tersalah catat tu kne masuk kn ke IDT x?

  328. Farah,

    IDT senarai SEMUA baki2 akaun …. yang terlibat dengan pelarasan ataupun tidak.
    Maaf, pelarasan apa yang anda buat berkaitan RM10 tersalah catat….. dan apakah catatan pelarasannya ? …. Cg tak jelas apa maksud anda.

  329. CIKGU..
    untuk auto motor adalah liabiliti bukan semasa..jadi dalm kunci kira-kira…butir tulis auto motors sdn bhd ker…

  330. Ain,

    YA… butirannya ikut nama AKAUN.. iaitu AUTO MOTORS SDN BHD.

  331. Minta maaf Cikgu, saya terlupa itu adalah senarai pelarasan tambahan yang diminta oleh cikgu di sekolah saya. IDT sudah imbang. Terima kasih banyak atas bantuan
    Cikgu

  332. Assalamualaikum cikgu,
    Saya ada 2 soalan
    1. Perlukan kita tunjukkan pelarasan hutang lapuk dengan menyediakan lejar @ hanya perlu dibuat pada imbangan duga sahaja kerana hutang lapuk hanya diisytiharkan selepas penyediaan imbangan duga

    2. Untuk belanjawan tunai bahagian [b], jualan tahun sebelumnya merujuk kepada jualan 2011 tetapi tidak dinyatakan jumlahnya.

    harap dibantu.terima kasih

  333. Ila, waalaikumussalam.

    1) Setiap pelarasan mesti ada CATATAN PELARASAN dalam JURNAL AM, seterusnya poskan ke LEJAR…. kemudian BAKI LEJAR berkenaan dipindahkan ke IDT….. semua pelarasan dilakukan selepas ID disediakan. …. rujuk Kitaran Perakaunan : ….. Dokumen – BCP – Lejar – ID – Pelarasan – IDT – PK.

    2) Kebanyakan negeri telah menukarkan 10% SETAHUN kepada 10% SEBULAN … sila rujuk Ketua Pentaksir Kawasan di tempat anda.

  334. cikgu,
    adakah pusing ganti stok juga kira dalam sebulan ?
    maksud saya ialah,
    stok purata / kos jualan x 30

  335. alhamdulillah dh imbang..tq cikgu narzuki..ooo stok akhir xperlu dlm idt rupenye..terus ke kk n pp je la ye..

  336. alatulis kategori ABS atau AS yer?

  337. Chia Hui Ling,

    Rujuk formula: KPGS = KJ / Stok Putara.
    Stok Purata tersebut sememangnya untuk SEBULAN………. Stok Awal April dan Stok Akhir April.

    Cikgumyra,
    Tahniah !!!… Stok Akhir tidak perlu masuk dalam IDT…. teruS catat di PP dan KKK.
    ALAT TULIS … dikelaskan sebagai BELANJA sahaja …. ikut KONSEP METERIALITI.

  338. Cikgu, yang belanjawan tunai bahagian item pembayaran, kena rujuk buku tunai kan..seperti belian, alat tulis, belanja am… Nilainya kekal atau perlu ubah…

  339. Mir,

    Nilainya … berdasarkan andaian pelajar sendiri sama ada … nak KEKAL, NAIK atau TURUN….. kerana tidak ditetapkan dalam soalan.

  340. cikgu, akaun kawalan tu macam mana? ambil yang selepas pelarasan ke sebelum

  341. Assalamualaikum,

    Lejar selepas pelarasan tidak perlu di catat LA1 LA2 dan lain2 di lajur folio.Betul ke, mengapa?

    Boleh ke di belanjawan tunai baki awal saya RM80 000 selepas saya mengambilkira lebih kurang RM9 000 peningkatan baki bank tunai setiap bulan dari Mei 2012 hingga September 2012?

    Terima kasih Cikgu Narzuki.Wassalam.

  342. Saffa,
    Ak Kawalan disediakan SELEPAS ambilkira semua pelarasan.

    Iihamy12,
    Waalaikumussalam. Semua Lejar baru (pelarasan) MESTI LENGKAP……dengan FOLIO…. no halamannya mesti BERTURUTAN daripada no halaman sedia ada dalam LEJAR (sebelum pelarasan)…

    Contohnya : Ak Diskaun diterima … LA28, maka Ak SUSUT NILAI KENDERAAN ….. LA29, Ak SUSUT NILAI PERABOT …. LA30 dan seterusnya…….

    Baki TUNAI + BANK pada 30 April …… lebih kurang RM59,000.. … kebiasaannya BAKI TUNAI tidak ada peningkatan berkala sedemikian (walau bagaimanpun ianya TIDAK SALAH)…. Cuma sekiranya TUNAI sentiasa MENINGKAT…… kesannya NISBAH KECAIRAN perniagaan akan semakin meningkat……. ini menunjukkan KETIDAKCEKAPAN dalam pengurusan Tunai/Aset perniagaan.

    Walau bagaimanapun daripada keadaan tersebut…. kita boleh kemukakan CADANGAN PERANCANGAN perniagaan bagi mengurangkan Nisbah Kecairan yang tinggi dengan …. membeli / meningkatkan ABS perniagaan .. seperti buka cawangan baru dengan membeli PREMIS di kawasan yang strategik dan sebagainya.

  343. akaun kawalan tu termasuk sekali dalam lejer selepas pelarasan tu ke?

  344. Saffa,

    YA.. selepas Lejar Pelarasan …. sediakan AK Kawalan …..seterusnya ID Terselaras.

  345. tapi dalam lejer selepas pelarasan ada pemiutang dan penghutang ke ?

  346. TERIMA KASIH. Cikgu Narzuki, banyak membantu saya dalam menyempurnakan kerja kursus ini.Wassalam.

  347. Saffa,

    Sebenarnya LEJAR hanya dalam satu buku yang sama…… TIDAK WUJUD Lejar sebelum pelarasan dan Lejar selepas pelarasan. Cuma untuk tujuan Kerja Kursus.. kita asingkan bagi memudahkan guru menyemak Lejar2 yang terlibat dengan pelarasan dicatat dengan betul dan tepat serta memudahkan pemberian SKOR / MARKAH bagi Elemen Pelarasan.

    Manakala penyediaan AK KAWALAN sebenarnya berdasarkan SUMBER MAKLUMAT daripada BCP ….. iaitu Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai serta Jurnal Am (pelarasan)…. BUKANNYA daripada Lejar Penghutang atau Lejar Pemiutang…. sila rujuk Buku Teks m/s 166 – 167.

  348. Assalamualaikum cikgu,

    Jadi sekiranya contoh ak stok slps pelarasan bhg dt di ruang folio asal baki b/b masih JA1 tetapi akaun perdagangan jadi JA2. Halamannya akan jadi LA 29 Betul begitu?

  349. ak. kawalan ada kene mengena ngan imbangan duga terselaras ke?
    maksud saya , imbang duga terselaras saya dah imbang tp saya tak buat ak.kawalan lg

  350. Ilhamy12,
    Waalaikumussalam.
    Kenapa ada “Ak Perdagangan” dalam Ak Stok ? …. Ak Perdagangan …. merupakan AKAUN PENAMAT (jika bentuk “T”) dan dipanggil Penyata Pendapatan (jika bentuk penyata)…. ianya BUKAN akaun dalam LEJAR.

    Saffa,
    Ak Kawalan disediakan dalam Lejar AM sebagai RUMUSAN kepada Ak Penghutang / Pemiutang daripada Lejar Penghutang / Pemiutang. Kemudian BAKI daripada AK Kawalan Penghutang dan AK Kawalan Pemiutang dipindahkan ke ID TErselaras…….. Akaun2 perorangan penghutang / pemiutang TIDAK WUJUD lagi dalam IDT dan juga KKK.

  351. cikgu, sistem excel permarkahan tu mmg kena guna sistem baru ke?

  352. Faizyhah,

    Bebas.. nak guna yang mana satu…… cuma pada saya sistem tersebut LEBIH MUDAH untuk digunakan… dan pastikan guna Versi terbaru.

  353. terima kasih cikgu….

  354. Assalamualikum……

    Cikgu Narzuki,

    a. Bagi pengiraan nisbah Kecekapan iaitu:

    1. Nisbah Kadar pusing ganti stok
    2. Nisbah Collection debtors period
    3. Nisbah pembayaran balik kpd pemiutang

    Figure yang kita dapat tu (hasil darab dan bahagi) perlu didarab/dibahagi lagi dengan 12 ker? sebab figure yang dapat tu macam pelik….

    b. Cikgu ada tips tak untuk menanda kertas 3 form 4 dan form 5 dengan lebih efficient? Saya rasa macam dah tak terkejar dah. Sebab semua subjek yang saya ajar ada projek/folio/PBS. Tambahan kena siapkan akaun koperasi lagi….. BUNTU…TQ.

  355. Cdajoren, waalaikumussalam.

    Kenapa perlu dibahagi dengan 12 ?
    1. KPGS…… sememangnya sudah merujuk STOK PURATA untuk SEBULAN
    ……. kerana [ Stok Awal (1 April) + Stok Akhir (30 April) ] / 2

    2. Tempoh kutipan hutang = Penghutang / Jualan kredit X 30 hari
    ……. kerana Baki Penghutang (bulan April) dan Jualan Kredit (bulan April)

    3. Tempoh pembayaran hutang = Pemiutang / Belian kredit X 30 hari
    ……… bulan April ada 30 hari

    Cara penyemakan : sekiranya bilangan pelajar SEDIKIT, …. rasanya tiada masalah. Tetapi sekiranya bilangan pelajar yang RAMAI.. sehingga 2 / 3 kelas .. maka sudah pasti guru tidak berkesempatan untuk menyemak semua sekali. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah khidmat GURU MUDA… bahagikan pelajar dalam kumpulan kecil…. mana2 pelajar yang telah mendahului pelajar lain, kita semak hasil kerja mereka dan lantik mereka sebagai GURU MUDA… tugas mereka memantau, membantu, membimbing, meyemak hasil kerja rakan pelajar dalam kumpulan… sekiranya ada masalah yang tidak dapat diselesaikan .. baru rujuk kepada guru…. Akhir sekali guru semak untuk pemberian SKOR/MARKAH setiap pelajar.

  356. cikgu maaf saya agak keliru, betulkah jawapan saya ini dalam profile perniagaan

    1. Jenis perniagaan : Syarikat
    2. Tempoh perakaunan : 1 April 2012 hingga 31 Mac 2013
    3. Tempoh rekod : sebulan (1 April hingga 30 April)
    4. Status perniagaan : meneruskan perniagaan

  357. Nizasyarina,

    Pada pandangan saya,
    1. Jenis perniagaan : menjual alat tulis dan buku, menjual perabot , menjual peralatan komputer atau sebagainya.
    2. OK
    3. Tempoh rekod : 1 April 2012 hingga 30 April 2012 …… mesti nyatakan dengan TEPAT
    4. Status perniagaan : Milikan Tunggal

    # Walau bagaimanapun rujuk Pentaksir Kawasan masing2.

  358. salam cikgu…
    1- upah kita anggap sebagai belanja atau kita perlu ambil kira dalam butir perdangangan iaitu upah atas belian.
    2-cikgu selain pembetulan kesilapan untuk pelupusan dan byaran auto motor…pembetulan kesilapan apa yang logik kita buat..
    3. untuk hasil terakru…boleh kita ambil sewa terakru ker…

  359. Ain,

    1. UPAH dan UPAH ATAS BELIAN …. adalah 2 perkara yang berbeza …. tidak boleh main anggap begitu saja, Merujuk kepada Ciri Kualitatif Penyata Kewangan : KEBOLEHPERCAYAAN.. dimana penyata kewangan mestilah disediakan dengan TEPAT supaya pengguna dapat bergantung pada maklumat dalam penyata kewangan untuk membuat keputusan yang paling tepat. Untuk dicatatakan sebagai KOS BELIAN dalan Ak Perdagangan.. ianya perlu dinyatakan dengan JELAS “UPAH ATAS BELIAN” ….. Jika “UPAH” sahaja.. ianya terlalu UMUM……. belum tentu lagi upah tersebut berkaitan dengan kos semasa proses pembelian barang niaga… boleh jadi untuk bayaran upah perkara lain..

    Upah – BELANJA LAIN …………………..(Ak Untung Rugi)
    Upah atas Belian – KOS BELIAN ….(AK Perdagangan)

    Kalau main anggap2 gitu … kenapa INSURANS tidak diandaikan sebagai INSURANS ATAS BELIAN dan masukkan dalam Ak Perdagangan juga ?

    2. Antara Pembetulan Kesilapan yang boleh dilakukan :
    KESILAPAN PRINSIP : seperti – belian ALAT TULIS RM120 tersilap catat dalam AK BELIAN……. Bayaran Bil elektirk rumah pemilik RM100 tersilap catat dalam AK Kadar Bayaran perniagaan….. Ambil BARANG NIAGA untuk tujuan PROMOSI tersilap rekod dalam Ak AMBILAN. …. dan sebagainya.

    3. SEWA TERAKRU …. Jika berdasarkan rekod berkaitan Sewa diterima……1 April Baki b/b RM1300 (… sewa bulan lepas belum diterima/terakru)… 7 April Bank RM1300 (… penerimaan utk bulan lepas)…. 30 April Bank RM1300 .. (penerimaan sewa untuk bulan April) ….. daripada NILAI RM1300 menunjukkan tidak berlaku sebarang sewa di terima TERAKRU / TERDAHULU. Kecuali penerimaan pada 30 April hanya RM1000….. maka baru sesuai dijadikan SEWA DITERIMA TERAKRU sebanyak RM300.

  360. assalamualaikum cikgu.
    dalam pelupusan aset tetap, susut nilai terkumpul aset tetap berkurang. macam mana dengan akaun susut nilai?ade effect tak?

  361. Amir, waalaikumussalam.

    Ak SUSUT NILAI KENDERAAN …. tetap RM1250….. …. sila rujuk kepada Akaun tersebut… ada apa2 catatan yang menyebabkan BAKI RM1250 berkurang ??
    Jumlah tersebut merupakan BELANJA SUSUT NILAI KENDERAAN yang berlaku/diselaraskan pada bulan APRIL.

  362. salam….cikgu
    1-untuk pebetulan kesilapan…kalo byrn ansuran kita tulis rm 410 tetapi salah catat rm450…boleh tak…sy tgk pada soalan untuk belanja tulis rm420..kalo tukar amaun boleh x…confuis lah…

  363. Ain,

    Pada pandangan saya,
    Dalam soalan / maklumat yang diberikan telah JELAS menunjukkan bayaran ansuran bulanan RM420…… apa asasnya kita nak tukarkan maklumat tersebut kepada RM410… sedangkan dalam Belanjawan Tunai yang disediakan akan menggunakan RM420…….. rasanya TIDAK SESUAI.

  364. selamat sejahtera,
    cikgu banyak berpahala kerana banyak membantu cikgu dan pelajar dalam penyediaan projek. di sini ada 3 soalan:
    1. upah tidak sebut upah atas belian, maka kita masuk ke akaun untung rugi kan, unless ia kata upah atas belian baru kita masuk ke ak perdagangan. upah boleh jadi bayaran untuk pekerja part time.
    2. jualan kredit di akaun kawalan penghutang, apakah logiknya tidak tolak pulangan dan diskaun diberi? atau just ambil dari jualan kredit di akaun kawalan sahaja?
    3. di LBS, bolehke tulis Auto Motor Sdn Bhd?

  365. Foong, selamat sejahtera.

    Saya sekadar memberikan pandangan sahaja.
    1. YA … saya setuju.

    2. JUALAN KREDIT ….. merujuk kepada “JUALAN” dalam Ak Kawalan Penghutang ataupun JUMLAH dalam JURNAL JUALAN sahaja…… yang DITOLAK dengan Pulangan Jualan dan Diskaun diberi ialah JUMLAH JUALAN (…… iaitu Jualan Tunai + Jualan Kredit) …. dan hasil tolakan tersebut dipanggil JUALAN BERSIH.

    3. Boleh….. kita rujuk kepada definisi LIABILITI BUKAN SEMASA…. iaitu “hutang perniagaan yang perlu dibayar balik dalam jangka masa panjang iaitu melebihi satu tempoh perakaunan (1 tahun).”… dan pada ASASNYA…. butiran yang kita gunakan dalam penyediaabn Penyata Kewangan adalah merujuk kepada NAMA AKAUN dalam LEJAR… iaitu “Auto Motors Sdn Bhd“…..

  366. nak tanya lagi,
    perlu tak buat pelarasan di jurnal untuk stok akhir?
    sekiranya ya, Dt stok akhir dan Kt Akaun Perdagangan tetapi bagaimana catatan pelarasan di Lejar? TQ

  367. Foong,

    STOK AKHIR .. tidak dikelaskan sebagai Item Pelarasan….. ianya dalah MAKLUMAT yang diperlukan dalam penyediaan Penyata Kewangan…. hanya tentukan Nilai mana yang perlu dipilih antara nilai Kos atau nilai Pasaran.

    Mungkin cikgu terkeliru dengan CATATAN PENUTUPAN yang disediakan selepas Penyata Kewangan disediakan (…rujuk Kitaran Perakaunan, TETAPI tidak termasuk dalam sukatan SPM)… di mana Ak STOK ditutupkan bagi mengantikan nilai STOK AWAL dengan nilai STOK AKHIR untuk dipindahkan ke tempoh perakaunan hadapan … menjadi nilai STOK AWAL tempoh perakaunann baru…. boleh rujuk buku teks m/s 34.

  368. sorry, merujuk kepada soalan 2 saya tadi, saya tidak menanya dengan tepat, apa yang saya cuba tanya ialah berkenaan dengan tempoh kutipan hutang = penghutang/jualan kredit x 30 hari, yang jualan kredit itu bukanke patut tolak pulangan dan diskaun, baru dapat menunjukkan jualan kredit yang sebenar? TQ

  369. Foong,

    Ya, saya setuju dengan pandangan tersebut….. cuma untuk tujuan kerja kursus dan sukatan SPM (Prinsip Perakaunan)…… saya cadangkan JUALAN KREDIT adalah “JUALAN KREDIT”… kerana pelajar tidak didedahkan lagi dengan mencari jualan kredit “sebenar”….. yang ada hanya JUALAN BERSIH. Secara amnya nilai nisbah tersebut masih boleh diterima pakai (TIDAK SALAH)…. cuma boleh diperhalusi sekiranya kita menggunakan “jualan kredit sebenar”…….. mungkin di peringkat STPM (Perakaunan) nanti.

  370. salam cikgu..
    untuk belanjawan tunai…contoh butir apa yang perlu dimasukkan dalam penyata belanjawan tunai..

  371. cikgu…
    jadi byrn ansuran auto motor rm420 terlebih catat rm450…ini adalah kesilapan mengimbangi…betul x..

  372. Ain,

    Belanjawan Tunai …….. item penerimaan …. boleh rujuk DEBIT Buku Tunai……. manakala item2 pembayaran … boleh rujuk KREDIT Buku Tunai…. apa yang penting 5 item yang dikehendaki dalam soalan MESTI ada.

    BUKAN,…. itu dikelaskan sebagai KESILAPAN AMAUN… (Kesilapan Tidak Ketara).. di mana kesilapan AMAUN berlaku dalam kedua-dua Ak BANK dan Ak Auto Motors Sdn Bhd.

    Kesilapan mengimbangi (silap kira)…. adalah Jenis Kesilapan Ketara….. ianya TIDAK SESUAI untuk tujuan pembetulan kesilapan bagi kerja kursus ini.

  373. salam cikgu..
    1-untuk pelupusan kenderaan.mesti ambil kira dalam pembetulan kesilapan ker…

  374. Ain,

    Pada pandangan saya….Maklumat tersebut telah diberikan TETAPI masih belum direkodkan dalam mana-mana buku lagi …. ini bermaksud perkara tersebut TERTINGGAL CATAT, maka bolehlah dijadikan salah satu daripada ITEM PEBETULAN KESILAPAN. Sekiranya pelajar buat LEBIH item pelarasan / pembetulan kesilapan… tidak menjadi masalah asalkan JANGAN KURANG daripada yang dikehendaki oleh soalan.

  375. salam cikgu
    boleh tak bagi saya contoh bagaimana hendak meningkatkan prestasi semasa dan janga panjang perniagaan…saya buntu ni

  376. Niza,

    Banyak yang boleh dicadangkan.. untuk jangka pendek, pelajar perlu rujuk ANALISIS dan TAFSIRAN penyata kewangan… kesan apa masalah / kelemahan kedudukan perniagaan.. contohnya
    jika Peratus UK atas Jualan – rendah … maka apakan yang perlu dilakukan supaya ianya meningkat.
    Jika Nisbah kecairan – tinggi…. apakah yang perlu dilakukan
    Jika tempoh kutipan hutang – tinggi… apakah yang perlu dilakukan……………… dan sebagainya.

    Manakala untuk perancangan jangka panjang.. pelajar boleh kaitkan dengan rancangan untuk memperkembangkan perniagaan … seperti … buka cawangan baru, pelbagaikan produk yang dijual … dan sebagainya.

  377. cikgu narzuki,saya membiarkan saja bayaran ansuran Auto motor rm450 tu begitu tanpa mengandaikan brlaku kesilapan catatan..pembetulan kesilapan saya buat lain daripada tu..boleh kan?

  378. saya telah membaca komen ckgu tntang auto motors adalah LBS,sekiranya diletak dlm LS,adakah ia salah sama skali ?

  379. Hayat,

    Pada pandangan saya,

    Dalam kes Auto Motors Sdn Bhd….. cuba kita sama2 fikirkan …. kenapa agaknya soalan kemukakan bayaran RM450 dan maklumat menyatakan barayan ansuran RM420 sebulan ? … Pada saya, soalan memang mengkehendaki pelajar MENGESAN KESILAPAN tersebut…. kalau tidak apa guna dibuat sedemikian…… kebiasaannya kita KESAN KESILAPAN dahulu, kemudian baru kita lakukan PEMBETULAN KESILAPAN.

    Auto Motors Sdn Bhd …. memang JELAS tempoh bayaran balik SEMUA hutang tersebut akan melebihi satu tempoh perakaunan… maka ianya MESTI dikelaskan sebagai LBS, jika dikelaskan sebagai LS, maka jelas SALAH.

  380. Cikgu,
    Boleh x cikgu tunjukkan step2 nk wat pelarasan bagi imbangan duga..saya betul2 x tau nk wat cam mane

  381. Arif,

    Cg cadangkan jumpa guru anda di sekolah dan dapatkan TUNJUKAJAR dan BIMBINGAN secara bersemuka… ini kerana cara tersebut adalah LEBIH BERKESAN.

  382. Assalamualaikum cikgu Narzuki,

    Sekiranya dalam Belanjawan Tunai saya nk masukkan maklumat PENGHUTANG(Penerimaan), PEMIUTANG (Pembayaran), bayaran balik pinjaman dan faedah atas pinjaman boleh tak cikgu beri kaedah pengiraan dan cara rekod yang betul?Terima kasih.

  383. Ilhamy 12, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    Item penerimaan daripada PENGHUTANG dan pembayaran kepada PEMIUTANG, kebiasaanya kita akan berdasarkan peratusan daripada jumlah JUALAN (…iaitu jualan tunai + jualan kredit) atau BELIAN..
    Contohnya …… 40% daripada jumlah jualan adalah jualan kredit dengan tempoh kredit satu bulan.

    Adalah TIDAK SESUAI, jika diandaikan “kutipan penghutang meningkat 10% daripada bulan sebelumnya”… atau seumpamanya.

  384. satu lagi cikgu..macam mane nk dptkan baki penghutang bersih?

  385. Arif,

    PENGHUTANG BERSIH adalah merujuk kepada BAKI Ak Penghutang / AK KAwalan Penghutang SELEPAS mengambilkira pelarasan…… (contohnya pelarasan hutang lapuk). Untuk kerja kursus ini, nilai Penghutang Bersih tersebut…. kita boleh terus rujuk BAKI AKHIR dalam Ak Kawalan Penghutang.

  386. Cikgu..
    1)Macam mana nk dptkan hutang ragu…
    2)Macam mana nk dptkan susut nilai terkumpul lengkapan..

  387. Arif,

    1) HUTANG RAGU atau Pertambahan/Pengurangan PHR …… cari BEZA antara PHR pada 1 April …. dengan PHR pada 30 April (.. kena kira k% x PENGHUTANG)

    2.) Daripada mana datangnya LENGKAPAN ?

  388. assalamualaikum cikgu,
    IDT saya dah seimbang tapi kkk tak seimbang. kenapa?
    (terima kasih)

  389. Amir, waalaikumussalam.

    Ada banyak kemungkinan….
    1. pastikan SEMUA item dalam IDT dipindahkan ke PP & KKK dengan tepat.
    2. pastikan diletak dalam komponen yang betul.
    3. pastikan OPERASI dilakukan betul

    # Cuba kira berapa BEZA yang tidak seimbang ?

  390. salam cikgu,nk tanya,barapa ye baki imbangan duga terselaras….????saya punya tidak sama la…

  391. Hamizah,

    Jumlah IDT tidak sama antara satu sama lain… ianya bergantung kepada pelarasan masing2…. apa yang penting pastikan JUMLAHNYA SEIMBANG.

    Jika tidak seimbang, sudah pasti ada KESILAPAN yang dilakukan….. cuba lakukan semakan… seperti yang Cg nyatakan diatas.

  392. salam cikgu ,
    saya masih tak tau nak buat akaun kawalan.
    akaun kawalan ni kena buat akaun kawalan penghutang dan pemiutang ke?
    pastu kena buat semua penghutang ngan pemiutang kita ke?

  393. Saffa,

    Cg cadangkan study dahulu …. apa itu Ak Kawalan… tujuan / fungsinya … serta cara menyediakannya ….. sila rujuk Buku Teks m/s 165.

  394. Assalammualaikum Cikgu, berikut adalah nisbah-nisbah yang telah saya kira :-

    1. Nisbah Keberuntungan = 109.56%
    Peratus untung kasar atas jualan = 52.28%
    Peratus untung bersih atas jualan = 59.69%
    Pulangan atas modal = 13.65%

    2. Nisbah kecairan
    Nsbah semasa = 1.87 : 1
    Nisbah Ujian Mampu = 2.14 : 1
    Nisbah ujian asid = 1.18 : 1

    3. Nisbah Kecekapan
    Kadar pusingan ganti stok = 773.74 hari

    4. Tempoh pusingan ganti penghutang = 2.10 kali
    Tempoh kutipan hutang = 173.95 hari

    5. Kadar pusing ganti pemiutang = 1.40 kali
    kadar pusing ganti pemiutang (hari) = 260.28 hari

    soalan saya :-

    1. Adakah kiraan di atas munasabah?
    2. Perlukah saya bundarkan peratus tersebut?
    3 Mengikut analisi saya perniagaan tersebut agak tidak memuaskan kerana dari segi pusingan stok, kutipan penghutang dan kadar pusing ganti pemiutang mengambil masa yang agak lama. Adakah saya salah membuat pengiraan dalam tugasan ini?

  395. Farah, waalaikumussalam.

    1. Cg rasa ada yang tak kena dengan Analisis Kecekapan …no. 3, 4 dan 5….. sila semak kembali FORMULA yang digunakan.
    2. Peratus dalam bahagian ANALISIS … tidak perlu dibundarkan …. jawapan dalam 2 tempat perpuluhan.
    3. ……. daripada mana dapat …..”kadar pusing ganti penghutang & pemiutang” ? ….. sila rujuk Buku Teks m/s 535.

  396. sori cikgu..
    maksud saya susutnilai terkumpul perabot..macam mana nk dptkannya??

  397. satu lagi cikgu..
    1)untung atas pelupusan kalu xde dlm ID sebelum pelarasan xpe kew..?kalu baki dye seimbang 387815

  398. Arif,

    Semua nilai2 tersebut…. rujuk kepada BAKI AKHIR setiap akaun SELEPAS PELARASAN.
    Secara matematiknya : Baki awal SNT Perabot =RM5420, SN perabot = RM122, Maka, Baki akhir SNT Perabot = 5420+122= RM5542

    ID sebelum pelarasan … memang tidak ada item2 tersebut, kerana PELARASAN belum dilakukan. Sila FAHAMI urutan dalam KITARAN PERAKAUNAN… rujuk Buku Teks m/s 33.

  399. SALAM CIKGU
    1- untuk belanjawan tunai jumlah bagi komisen diterima dan sewa diterima boleh reka sendiri ker….
    adakah perlu berdasarkan imbangan duga…

  400. Ain,

    Cuba FIKIRKAN ….. Belanjawan Tunai merupakan ANGGARAN apa yang akan diterima pada masa hadapan … iaitu pada OKTOBER., NOVEMBER & DISEMBER.
    .. Apa akan berlaku dengan Komisen diterima ? ….. apakah kemungkinan akan berlaku dalam tempoh April – Oktober…. adakah akan berlaku KENAIKAN, PENURUNAN atau KEKAL. ?….. terserah kepada andaian anda….. TETAPI perlu nyatakan dengan JELAS (dalam Nota Belanjawan).. misalnya … “Mulai bulan Oktober, Komisen diterima dijangkakan akan meningkat sebanyak RM50 setiap bulan”

  401. Salam Cikgu,

    Adakah folio akaun dimasukkan dalam pengiraan markah SPM? Berapa markah? Atau gred sahaja ditunjukkan dalam sijil SPM?

    Terima kasih

  402. Elaine:

    Format Pentaksiran mulai SPM2011.
    Kertas 1 = 20%
    Kertas 2 = 60%
    Kertas 3 = 20% (Kerja kursus)

  403. cikgu narzuki,
    sekiranya untung atas pelupusan kenderaan adalah RM 9500 dan pelarasan yg lain tidak melibatkan akaun bank. betulkah nilai berikut yang ada di imbangan duga terlaras :
    Akaun bank : RM 51577
    Akaun pelupusan kenderaan : RM 30000
    Akaun susut nilai terkumpul kenderaan : RM 25250
    akaun kenderaan : RM 45000
    Akaun untung atas pelupusan : RM 9500
    thank u.

  404. Steph,

    Sekiranyanya pelarasan lain tidak melibatkan BANK.. maka baki AK Bank sepatutnya = 42077+15000 = RM57077
    Ak Pelupusan kenderaan …… sepatutnya TIADA BAKI.
    Ak Susut Nilai Terkumpul Kenderaan ….. sepatutnya berbaki RM750
    Ak Kenderaan & Ak Untung atas pelupusan …… OK.

  405. cikgu saya apa pun tak tolong…saya tak buat apa lagi kerja kursus ni..tak faham langsung nak buat apa???

  406. Taqhirah,

    Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. Guru perlu membimbing dan memberikan tunjukajar kepada pelajar untuk menyediakan kerja kursus tersebut secara berperingkat-peringkat.
    Apa yang perlu anda buat sekarang… daripada soalan … buku catatan pertama (Jurnal am, Jurnal khas dan Buku Tunai)…. poskan ke lejar. Imbang semua lejar tersebut dan sediakan Imbangan Duga.

    Cg cadang buat setakat itu dahulu. sebagai permulaan….. disamping baca komen2 Cg diatas.

  407. Cikgu,
    Untuk pengiraan tempoh pembayaran hutang … Tu nilai belian kredit tu nilai belian kredit-pulangan belian ????

  408. Kiki,

    Pada pandangan Cg,
    BELIAN KREDIT …. anda boleh rujuk kepada JUMLAH dalam JURNAL BELIAN.. ataupun BELIAN dalam Ak KAWALAN PEMIUTANG….. nilainya SAMA…. itulah konsep asas mencari nilai bagi Belian kredit.

  409. Cikgu,
    Bolehkah saya guna kesilapan “beli aset tetapi salah catat dalam belanja”?

  410. Haiz,

    Sila nyatakan dengan lengkap….. aset apa yang dibeli ? … dan tersilap catat dalam akaun belanja apa ?……. dan apakah jenis kesilapan yang dimaksudkan..?

    Baru mudah untuk ditentukan .. boleh diterima atau tidak…. dan bagaimana catatan pembetulan perlu dilakukan.

  411. Cikgu,
    Kesilapan komisen: “beli alatan pejabat..tersilap catat dalam akaun belanja membaiki alatan pejabat”

  412. Haiz,

    Pertama…. itu adalah KESILAPAN PRINSIP… bukannya Kesilapan Komisen.
    Kedua… TIADA urusniaga Beli Alatan Pelabat …. dan TIADA akaun BELANJA MEMBAIKI ALATAN PEJABAT dalam… rekod perakaunan sedia ada (dalam soalan)…. maka ianya TIDAK SESUAI untuk tujuan kerja kursus ini.

  413. Cikgu,
    kesilapan ketinggalan satu catatan boleh ke tak?

  414. Haiz,

    BOLEH… tapai kena buat penyataan yang lain..
    Penyataan : “beli alatan pejabat..tersilap catat dalam akaun belanja membaiki alatan pejabat”…… TIDAK SESUAI dijadikan Kesilapan : Ketinggalan Catatan.

  415. Assalamualaikum cikgu,,

    Berkaitan dengan nisbah keberuntungan, kecairan dan kecekepan ..

    Adakah saya hny perlu masukkan nilai2 yg sptutnya ke dalam formula yg ada pada buku teks ms 535?? ^^

  416. Hadi, waalaikumussalam.

    Nilai2 adalah merujuk kepada Penyata Pendapatan dan KKK yang telah disediakan. Cuma Tempoh kutipan penghutang dan Tempoh bayaran pemiutang ….. ditukarkan X 365 kepada X 30 hari … ini kerana penyata kewangan yang disediakan adalah untuk bulan APRIL sahaja.

  417. cikgu narzuki,
    ketinggalan catatan : Saya mengandaikan untung atas pelupusan terlupa dicatatkan di dalam mana2 buku.
    Dt. pelupusan kenderaan
    Kt. Untung atas pelupusan

    Boleh kah ? sebab pelarasan itu telah dibuat semasa mencatatkan pelupusan kenderaan. adakah perlu sediakan lejar pelarasan sekali lagi ?
    thank u

  418. Steph,

    Pada pandangan saya,
    KETINGGALAN CATATAN – “Kenderaan yang berkos RM30000 telah dilupuskan pada harga RM15000 pada 30 April 2012, masih belum dicatat dalam mana-mana buku.” … BUKAN hanya “Untung atas pelupusan terlupa catat. Dalam soalan (c) … itu adalah maklumat berkaitan pelupusan kenderaan, ianya perlu direkkodkan apabila urusniaga tersebut berlaku, itu tidak dipanggil PELARASAN…. TETAPI oleh kerana perkara tersebut BELUM DIREKODKAN lagi ….. maka ianya baru dikelaskan sebagai PELARASAN : PEMBETULAN KESILAPAN.

    Tidak perlu buka 2 KALI…. kita ikut urutan biasa….. poskan SEMUA catatan pelarasan daripada JURNAL AM ke LEJAR yang terlibat……….. barukan semua akaun dalam Lejar (Pelarasan) tersebut kita IMBANGKAN…… jadi tidak timbul buka 2 kali untuk buat 2 pelarasan bagi akaun yang sama.

  419. Cikgu ,
    Yang tu belanjawan tunai reka nilai sendiri ?

  420. Kiki,

    Nilai2 dianggarkan sendiri berdasarkan rekod perakaunan sedia ada dan juga maklumat yang diberikan dalam soalan…. dan nilainya mestilah BERASAS dan MUNASABAH

  421. cg narzuki
    pemiutang Auto motors perlu masuk dalam Akaun kawalan pemiutang jg?
    SN.Terkumpul kenderaan yang dilupuskan d masukkan ke dalam imbangan duga terlaras @ tak perlu masukkan?

  422. Sadir,

    Auto Motors Sdn Bhd… bukan merupakan pemiutang barang niaga (ianya dicatat dalam LEJAR AM)… maka TIDAK BOLEH dimasukkan dalam Ak Kawalan Pemiutang (ianya hanya merujuk pemiutang dalam LEJAR BELIAN sahaja).

    SNT Kenderaan RM24500 yang dilupuskan …. telah dipindahkan ke Ak PELUPUSAN KEDERAAN, manakala ID TERSELARAS hanya merujuk kepada BAKI AKHIR, iaitu RM750..

  423. Selamat sejahtera cikgu.

    ada beberapa soalan nak tanya ciku:
    1.macam mana nak tau nilai jualan di dlm belanjawan tunai itu.
    2.nilai analisis nisbah itu kena x12bulan tak?(cth:nilai untung kasar x 12 bulan)
    3.tempoh penbayaran penghutang & kutipan hutang
    kena x 365 hari atau 30hari?

  424. Py Chai,

    Pada pandangan Cg,
    1. apa yang penting …. peningkatan jualan daripada Oktober ke November dan daripada November ke Disember …. MESTI TEPAT. Manakala nilai JUALAN pada bulan Oktober .. adalah suatu ANGGARAN, samada : (1) anggarkan suatu nilai yang MUNASABAH dengan merujuk kepada JUALAN bulan APRIL, atau (2) andaikan peningkatan bermula daripada bulan APRIL…. kira kenaikan setiap bulan .. sehinggalah Oktober – November – Disember.

    2. TIDAK PERLU x 12 bulan ……………….. ikut sepertimana FORMULA.

    3. Oleh kerana rekod perakaunan hanya untuk SEBULAN (.. iaitu bulan APRIL)… maka analisis dilakukan hanya untuk bulan APRIL…. oleh itu X 30 hari.

  425. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!

    tapi masih ada soalan lagi>.<
    1.auto motors kena catat dlm bahagian kunci kira2 apa cikgu? liabiliti semasa atau bukan semasa?
    2. auto motors juga kena masuk dalam nisbah kecekapan(tempoh pembayaran hutang) tak?

  426. Py Chai,

    1. Liabiliti Bukan Semasa
    2. TIDAK termasuk … ianya bukan pemiutang barang niaga

  427. Cikgu,bagaimana nk catatkan peruntukan hutang ragu keatas baki penghutang bersih dlm jurnal am

  428. IFA,

    Pertama… kena kira berapakah PERTAMBAHAN / PENGURANGAN PHR .. berdasarkan kadar PHR yang diselaraskan. Kemudian baru boleh tentukan catatan pelarasannya.

    Jika Pertambahan: Dt: Pertambahan PHR/ Hutang Ragu xxx Kt: PHR xxx
    Jika Pengurangan: Dt: PHR xxx Kt: Pengurangan PHR xxx

  429. oh…kenapa auto motors dikategori sebagai liabiliti bukan semasa?

  430. Py Chai,

    Baki hutangnya RM34 580…. manakala bayaran bayaran ansuran bulanan adalah RM420… maka sudah pasti memakan masa MELEBIH 1 TAHUN untuk menjelaskan semua hutang tersebut. Oleh itu ianya perlulah dikelaskan sebagai LIABILITI BUKAN SEMASA.

  431. o!!!!terima kasih cikgu!!!!>.<

  432. Cikgu ..
    Item item di imbangan duga terselaras perlu dmasukkan dalam belanjawan tunai ???

  433. Kiki,

    Belanjawan tunai adalah penyata yang merekodkan ANGGARAN PENERIMAAN dan ANGGARAN PEMBAYARAN bagi tempoh tertentu. Hanya item2 yang melibatkan penerimaan dan pembayaran tunai sahaja sesuai dimasukkan. Secara ASASNYA akaun2 HASIL … boleh dijadikan Item Penerimaan dan akaun2 BELANJA… boleh dijadikan Item Pembayaran dalam Belanjawan Tunai.

  434. cikgu bagi pelarasan pelupusan kenderaan dan kesilapan terlebih catat melibatkan ak bank. bagaimana kita sediakan akaun bank? adalah kita perlu sediakan Buku tunai baru dan labelkan sebagai BT2 atau sediakan akaun bank sahaja.

    bagi belanjawan tunai baki awal kita gunakan baki yang mana satu?

  435. Kalai,

    Pada pandangan saya,
    Oleh kerana perniagaan mengamalkan penggunaan BUKU TUNAI, dimana Ak Tunai dan Ak Bank sudah tidak disediakan,…… maka pelarasan yang melibatkan Tunai / Bank perlulah diselaraskan dalam Buku Tunai tersebut dihalaman ke-2 (BT2).

    Baki awal pada Oktober … pelajar anggarkan sendiri .. asalkan MUNASABAH berdasarkan baki Tunai + Bank pada bulan APRIL.

  436. ok saya faham cikgu, jadi bila cuma ambil baki awal kemudian masukkan kedua-dua pelarasan disebelah debit dan cari baki akhir ke? atau salin balik semua butir dalam buku tunai BT1 dan masukkan pelarasan kemudian baru cari baki baru?

  437. Kalai,

    Kita ambil BAKI AKHIR daripada BT1 , kemudian masukan catatan pelarasan sahaja.. imbangkan dan pindahkan ke IDT.

  438. Cikgu …
    1) bank + tunai= rm 59357 ….so, dalam belanjawan tunai saya anggarkan baki awal bulan oktober adalah rm 60000…boleh ??
    2) untuk mengira jualan dalam belanjawan tunai …jualan meningkat sebanyak 10% setahun …klau car a pengiraan peningkatan jualan secara bulanan , adakah pengiraan peningkatan secara bulanan 10% x 1/12 betul ???

  439. Kiki,

    Pada pandangan saya,
    1) OK boleh diterima… nilai adalah MUNASABAH.
    2) Sekiranya masih kekal menggunakan 10% SETAHUN,.. maka pengiraan tersebut BOLEH digunakan.

  440. Salam~

    1) Apakah peratus yang perlu digunakan untuk susut nilai kenderaan?
    2)Adakah pemisahan lejar spt lejar am, lejar belian dan jualan perlu dilakukan?
    3)Adakah folio perlu dinyatakan?

    Terima kasih~

  441. Lala,

    1) SN Kenderaan 20%… berdasarkan rekod perakaunan yang sedia ada kita boleh ketahui kadar susut nilai yang digunakan.
    2) YA…… jika tidak dipisahkan ….. maka markah/ skor untuk LEJAR .. TIDAK LAYAK dalap A.
    3) FOLIO juga mesti ada dalam JURNAL AM (pelarasan), Buku Tunai dan LEJAR,….. jika tiada, maka ianya dianggap TIDAK LENGKAP… dan TIDAK LAYAK dapat A.

  442. Cikgu,
    Modal perlu masuk dlam belanjawan tunai sebagai penerimaan ????

  443. Kiki,

    Adakah MODAL tersebut diterima bulan Oktober ? …. jika bukan, maka TIDAK MASUK.
    Hanya rekod apa2 ANGGARAN yang DITERIMA / DIBAYAR pada bulan Oktober, November dan Disember sahaja.

  444. Cikgu,

    Untuk Belanjawan Tunai, baki untuk Oktober ialah mengikuti baki Tunai + Bank atau Tunai sahaja? Buku teks tulis semua tunai sahaja : Jualan tunai, belian tunai, jualan tunai aset bukan semasa..

  445. LuvDWayUlie,

    TUNAI adalah merujuk kepada TUNAI DITANGAN (… iaitu AK TUNAI) dan TUNAI DI BANK (…iaitu AK BANK).,

    Jualan dibayar dengan CEK…. juga dipanggil JUALAN SECARA TUNAI……… TUNAI disini TIDAK bermaksud WANG TUNAI semata2.

  446. APA YG PERLU DINYATAKAN D BHG RUMUSAN

  447. Ieza,

    Pada pandangan saya,
    RUMUSAN agak bebas sedikit, …. boleh masukkan DAPATAN, KESIMPULAN daripada rekod perakaunan yang disediakan … serta nyatakan secara RINGKAS rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dicadangkan….. dan boleh dijuga dimasukkan HARAPAN terhadap prestasi perniagaan dimasa hadapan.


  448. Cg Narzuki:

    Lala,
    1) SN Kenderaan 20%… berdasarkan rekod perakaunan yang sedia ada kita boleh ketahui kadar susut nilai yang digunakan.
    2) YA…… jika tidak dipisahkan ….. maka markah/ skor untuk LEJAR .. TIDAK LAYAK dalap A.
    3) FOLIO juga mesti ada dalam JURNAL AM (pelarasan), Buku Tunai dan LEJAR,….. jika tiada, maka ianya dianggap TIDAK LENGKAP… dan TIDAK LAYAK dapat A.

    Maaf cikgu Bolehkah ajar bagaimanakah untuk mendapat SN Kenderaan Sebanyak 20% ?
    Bukankah untuk 4 tahun sahaja?
    Tempoh:
    2008-2009
    2009-2010
    2010-2011
    2011-2012

  449. Minta maaf, satu soalan lagi..
    Bolehkah cikgu mengajar cara menulis folio di Lejar dan Imbangan Duga?

  450. Lala,

    Baki-baki pada 1 April 2012 :
    Kenderaan = 30,000
    SNT Kenderaan = 24,000……….. iaitu Jumlah SN untuk 4 tahun
    Tempoh perakauan = 4 tahun

    Maka SN setahun = 24,000 / 4 = RM6000 setahun
    Oleh itu : Kadar SN setahun = 6000/30000 X 100% = 20% setahun.
    Berdasarkan KONSEP KETEKALAN…….. sesuatu kaedah yang sama akan digunakan…. sampai bila2.

    FOLIO hanya digunakan dalam BCP dan LEJAR, dalam ID tidak perlu.
    Dalam BUKU LEJAR, setiap AKAUN yang dibuka dalam Lejar akan diberikan NO RUJUKAN (iaitu FOLIO), di mana nombor tersebut biasanya merujuk kepada HALAMAN dimana AKAUN tersebut disediakan…. dan setiap AKAUN disediakan pada halaman yang berlainan secara BERTURUTAN. Maka berdasarkan BCP yang diberikan dalam soalan telah dinyatakan No FOLIO masing2.

    Antaranya: JURNAL AM ……………… (JA1)
    1 April 2012
    Bank ………….. BT1 ….. perlu diposkan ke Buku Tunai (halaman 1)
    Tunai …………. BT1….. perlu diposkan ke Buku Tunai (halaman 1)
    Stok ……………. LA1 ….. perlu diposkan ke LEJAR AM (halaman 1)
    Premis ……….. LA2 ….. perlu diposkan ke LEJAR AM (halaman 2)
    Kenderaan …. LA3 ….. perlu diposkan ke LEJAR AM (halaman 3)

    Apabila diposkan ke Lejar masing2, maka
    Dalam BT(Lajur Tunai & Bank) : Debit : 1 April BAKI B/B……(Folio: JA1) ….. ini menunjukkan catatan ini merujuk kepada JURNAL AM .. pada halaman 1… (JA1)

    Dalam AK STOK : Debit: 1 April BAKI B/B ….. (Folio: JA1) ….. masih lagi merujuk kepada JURNAL AM .. pada halaman 1… (JA1)

    Secara ringkasnya.. cara penulisan FOLIO, adalah merujuk kepada PERKAITAN antara BCP dan LEJAR, di mana
    Dalam BCP …. FOLIONYA merujuk kepada KEMANA catatan itu akan diposkan LA1, LA2, LA3….. atau LJ1, LJ2…… atau LB1, LB2…….
    Manakala dalam LEJAR ….. FOLIONYA merujuk kepada DARIPADA MANA / SUMBER catatan itu diambil…. sama ada .. JA1, BT1, JJ1, JPJ1, JB1 atau JPB1 (BCP)

  451. Ribuan terima kasih!

  452. Apakan yang dimaksudkan dengan (Halaman 1,2,3)?
    Adakah saya perlu membuka satu lejar di setiap satu muka surat?

  453. Lala,

    Pada pandangan Cg,
    Pada ASASNYA … satu AKAUN … pada satu HALAMAN (.. satu muka surat dalam Buku Lejar) …. TETAPI bagi tujuan Kerja Kursus, memadai pelajar FAHAM keadaan tersebut.. dan labelkan LA1, LA2, LA3 dan seterusnya pada setiap AKAUN… secara bertututan, ……………… mungkin dalam satu muka surat, boleh dimuatkan 4 atau 5 AKAUN.

  454. salam cg…

    nak tanya, untuk pengiraan nisbah semasa, nilai aset semasa ambil nilai selepas tolak PHR atau tidak?

  455. Ckg Hada,

    ASET SEMASA .. rujuk saja JUMLAH ASET SEMASA dalam KKK …… iaitu termasuk (-) PHR sekali.

  456. cikgu, bagi menyediakan buku tunai baru iaitu BT2: adakah ini betul?

    apr 30 baki b/b 42 077
    auto motor 30
    pelupusan 15 000 baki h/b 57 107
    57 107 57 107
    mei 1 baki b/b 57107

    b) bagi syarikat maju jaya adakah kita masih perlu sediakan lejar jualan? manakala penghutang lain pula kita sediakan akaun kawalan.

  457. Kalai,

    Ya saya setuju dengan jawapan tersebut….. (bergantung kepada pelarasan yang dilakukan). Cuma cadangan saya sediakan dengan lengkap BT2…. termasuk baki TUNAI.

    Apabila mencatat pelarasan hutang lapuk… maka Ak Hutang Lapuk dan Ak Syarikat Maju Jaya terlibat dalam Lejar Pelarasan, oleh kerana ianya melibat akaun penghutang, maka kesannya ke atas Ak Kawalan Penghutang perlu juga dicatat pelarasan hutang lapuk tersebut.

  458. cikgu auto motors sdn. bhd. adalah pemiutang kita?

  459. Clover,

    Ya pemiutang BUKAN barang niaga.

  460. ya cikgu, saya sudah sediakan akaun kawalan pada masa yang sama saya meminta pelajar sediakan Akaun untuk Syarikat maju jaya dalam lejar jualan. adakah saya betul?
    buku tunai kita perlu sediakan sebelum kita buat lejar pelarasan.

  461. Kalai,

    Ya, saya setuju. dan Buku Tunai juga merupakan sebahagian daripada LEJAR. Buku Tunai dibuat semasa pelarasan berkaitan dengannya dilakukan. Saya minta pelajar saya sediakan Buku Tunai (BT2) dalam kertas buku tunai secara berasingkan daripada kertas Lejar Am (pelarasan).

  462. 1.boleh saya tahu lejar pelarasan ade brape?
    2.dlm IDT adakah kena masukkan jumlah lejer akaun stok dan akaun perdagangan sekali?

  463. Siti Aisyah,

    1. Bilangan catatan pelarasan bergantung kepada pelajar … Antara pelarasan yang perlu dilakukan:
    – Susut nilai kenderaan
    – Susut nilai perabot
    – Hutang lapuk
    – Peruntukan hutang ragu
    – 2 item belanja terakru
    – 1 item belanja terdahulu
    – 1 item hasil terdahulu
    – 2 item pembetulan kesilapan :
    …….. (i) ketinggalan catatan – pelupusan kenderaan
    …….. (ii) … apa2 kesilapan yang munasabah…. seperti kesilapan prinsip, kesilapan amaun dll.

    # Ada setengah guru minta pelajar sediakan 1 lagi item pembetulan kesilapan….. LEBIH tidak menjadi masalah, asalkan JANGAN KURANG dari sepatutnya.
    # STOK AKHIR tidak dikelaskan sebagai pelarasan… ianya hanya MAKLUMAT TAMBAHAN… diperlukan dalam penyediaan PP dan KKK nanti, cuma pelajar pelu pilih NILAI mana yang perlu digunakan antara Nilai Kos atau Nilai Pasaran.

    Ak Perdagangan… BUKANNYA akaun dalam LEJAR yang perlu dimasukkan dalam IDT…. ianya merupakan Penyata Kewangan…. KEKELIRUAN ini timbul disebabkan anda telah MENUTUP Ak STOK.. dengan memindahkan stok awal ke Ak Perdagangan dan masukkan Stok Akhir ke Ak Stok .. untuk dijadikan NIlai STOK AWAL bagi tempoh perakaunan berikutnya…. perkara tersebut dipanggil CATATAN PENUTUP….. bukannya CATATAN PELARASAN…. Bagi tujuan kerja kursus ini, Ak STOK memadai diimbangkan sahaja dan BAKI B/B dipindahkan ke ID dan juga IDT… manakala Nilai STOK AKHIR dimasukkan dalam PP dan KKK.

  464. cikgu boleh saya tahu pemiutang termasuk auto motors sdn bhd ke tak? untung atas pelupusan kenderaan catat di belah hasil di penyata pendapatan?

  465. Clover,

    PEMIUTANG…. hanya diambilkira daripada LEJAR PEMIUTANG / BELIAN sahaja…. Auto Motors Sdn Bhd…. TIDAK TERMASUK.
    UNTUNG ATA PELUPUSAN ….. HASIL dalam Penyata Pendapatan.

  466. cg PHR 3% x 32940=988.20 – phr lama 482 = 506.20

    betul ke cg pengiraan saya

  467. 506.20 masuk imbangan duga terlaras

    cg perabot disusutnilai 1/12 walaupun ia dibeli 2009,, saya kurang faham kenapa

  468. Kumar,

    Saya cadangkan BUNDARKAN kepada ringgit yang hampir. Kedua2nya masuk IDT:
    1. PHR RM988
    2. Pertambahan PHR RM506

    Rekod Perakaunan yang kita sediakan adalah untuk 1 BULAN …. iaitu 1/14/2012 – 30/4/2013… manakala KADAR SUSUTNIALAI ialah 10% SETAHUN, maka untuk mendapatkan SUSUT NILAI PERABOT untuk 1BULAN …… itu APRIL …. kita perlu X 1/12.

  469. cg upah 800 ditambah dibawah kos jualan bukan ditolak dibawah belanja kan??

  470. cg sorry banyak soalan, untung pelupusan dimasukkan dalam bahagian hasil dalam penyata pendapatan dan semua item terakru tidak perlu dimasukkan cuma dimasukkan dalam kunci kira-kira

  471. Adakah wajib membuat huraian dalam jurnal am?

  472. Cikgu rasional x kalau belanja terakru
    1.pengiklanan-rm250
    2.kadar bayaran-rm190

    ..stok perlu dmasukkan dlm jurnal?memindahkan stok awal dan akhir ke a.prdagangan..

  473. Ryana,

    Untuk mendapat skor/markah A bagi Elemen JURNAL AM …… ianya mesti LENGKAP…. ada Tarikh, Butir, Folio, debit dan kredit serta keterangan. Sekiranya TIDAK LENGKAP… maka skor/markahnya hanya B atau kebawab.

    Ya kedua2nya boleh dijadikan ITEM BELANJA TERAKRU.

    Stok TIDAK PERLU dipindahkan ke Ak Perdagangan… itu dipanggil CATATAN PENUTUP…. bukannya CATATAN PELARASAN.

  474. cg phr 988 atau 506 dimasukkan dalam bahagian belanja penyata pendpatan..sama dengan psn kenderaan perlu masukkan 750 atau 1250 atau tambah kedua dua sekali..

  475. Kumar,

    UPAH .. dikelaskan sebagai BELANJA dalam PP….. kerana itu BUKAN “Upah atas Belian”.

    Untung atas Pelupusan …. HASIL dalam PP
    ITEM2 TERAKRU dan TERDAHULU ….. dikelaskan sebagai AS atau LS dalam KKK.

    Susut nilai kenderaan RM1250…… BELANJA dalam PP
    Susut Nilai Terkumpul kenderaan RM750…… ABS dalam KKK

    Pertambahan PHR RM506….. BELANJA dalam PP

  476. Cg, kesilapan catatan dan kesilapan amaun tu apa? kalau boleh tolong bagi contoh sekali

  477. cikgu, kerja kursus tingkatan 5 paling lewat hantar bila…..

  478. Munir,

    KESILAPAN KETINGGALAN CATATAN – terlupa catat seuatu urusniaga Cth: Ambilan barang niaga terlupa catat dalam mana-mana buku,… Pelupusan Kenderaan terlupa catat dalam mana-mana buku… dan sebagainya.

    KESILAPAN AMAUN – amaun yang direkodkan tersilap… Cth: Bayar Sewa RM550 dengan cek tersilap rekodkan sebagai RM505 dalam kedua2 akaun.

    Cah,

    Tempoh penyediaan Tugasan Projek Tingkatan 5 ialah bermula 1 APRIL 2012 hingga 31 MEI 2012.

  479. 1.cuba ckg periksa idt. saya betul tak?
    debit:
    SN KENDERAAN 1250
    SN PERABOT 122
    KENDERAAN 75000
    BANK 57077
    HUTANG LAPUK 1500
    HUTANG RAGU 177
    KDR BYRAN 520
    PENGIKLANAN 820
    UPAH TERDAHULU 550
    UPAH 820
    FAEDAH DIBAYAR 30
    AKAUN AMBILAN 550
    STOK 48450
    KREDIT:
    SNT KENDERAAN 750
    SNT PERABOT 5542
    UTG ATAS PELUPUSAN 9500
    PHR 659
    KDR BYRAN TERAKRU 140
    PENGIKLANAN TERAKRU 320
    KOMISEN D’TERIMA 80
    KOMISEN D’TERIMA T’DAHULU 400
    AUTO MOTORS 34580

    2.Adakah selepas buat lejar p’larasan kena buat bt 2?

  480. maaf.utk debit kenderaan ialah 45000

  481. Siti Aisyah,

    Sekiranya ada pelarasan berkaitan Tunai atau Bank, mada cadangakan Cg sediakan Buku Tunai (pelarasan- BT2)… dan baki TUNAI dan BANK pindahkan ke IDT.

    Daripada IDT yang diberikan, Cg dapati anda TIDAK memasukkan akaun2 lain yang tidak terlibat dengan pelarasan…… sepatutnya SEMUA AKAUN dalam LEJAR AM (Sebelum & selepas pelarasan) perlu dipindahkan ke IDT……. di mana akaun2 yang terlibat dengan pelarasan… BAKI selepas pelarasan yang dipindahkan ke IDT…… termasuk baki Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.

  482. macam mane nk buat bt 2?adakah dengan mengambil nilai pelarasan atau bagaimana?

  483. Siti Aisyah,

    Sediakan Buku Tunai (BT2)… masukan BAKI AKHIR daripada BT1, kemudian masukan CATATN PELARASAN yang terlibat dengan Tunai / Bank….. seperti pelupusan kenderaan RM15000 dibayar dengan cek, maka dalam lajur BANK sebelah debit masukkan PELUPUSAN KENDERAAN RM15000…… sekiranya masih ada pelarasan berkaitan dengan Tunai atau Bank… masukakan catatan pelarasan tersebut ….. seterusnya IMBANGKAN dan BAKI AKHIR (Baki b/b) Tunai dan Bank…… pindahkan ke IDT.

  484. Assalamualaikum…
    Elemen Perancangan Perniagaan: mesti ada belanjawan tunai, 2 cadangan meningkatkan prestasi jangka panjang perniagaan dan rumusan utk dptkan gred A. saya nak tanya contoh rumusan yang diperlukan macam mana ye? adakah rumusan itu berkaitan dgn konsep/prinsip asas perakaunan yg digunakan dlm perniagaan ATAU rumusan ttg kesimpulan kerja kursus? minta bantuan cg utk bg penjelasan sebab saya keliru ttg hal ini. terima kasih

  485. Cg Wan, waalaikumussalam.

    Pada pandangan saya,
    RUMUSAN agak bebas sedikit, Oleh kerana ianya berkaitan dengan ELEMEN PERANCANGAN PERNIAGAAN… saya mencadangkan dimasukkan DAPATAN / KESIMPULAN daripada ANALISIS penyata kewangan dan rekod perakaunan yang disediakan … serta nyatakan secara RINGKAS rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dicadangkan….. dan boleh dijuga dimasukkan HARAPAN terhadap prestasi perniagaan dimasa hadapan.

    Konsep atau prinsip asas perakaunan sepertimana tugasan tingkatan 4 tahun lepas…… rasanya tidak berapa sesuai.

  486. adakah segala belanja dahulu,belanja akru dan hasil dahulu kene msk dlm bt 2?

  487. Siti Aisyah,

    Perlarasan tersebut TIDAK melibatkan Ak Tunai dan Ak Bank… maka TIDAK perlu dimasukan ke BT2…. HANYA yang melibatkan AKAUN TUNAI dan AKAUN BANK sahaja.

  488. 1.mengapa idt saya x imbang sedangkan semua item dah dimasukkan?
    2.saya tak fahamlagi ttg bt 2?
    berikut adalah senarai pelarasan yg d’mskkan dlm bt 2:
    a)kadar byran rm140
    b)belanja pengiklanan rm 320
    c)upah d’byr dahulu 550
    d)komisen d’terima dhlu 400
    e)pelupusankenderaan 15000
    f)byr auto motors rm 450

  489. ckg maknanya saya kene masukkan pelupusan kenderaan je lah sbb itu saje yg t’libat gn bank. ttp klau byr auto motor rm 450 hrus masukkan x?

  490. Siti Aisyah,

    YA, Oleh kerana perniagaan menggunakan BUKU TUNAI, maka Ak TUNAI dan AK BANK tidak perlu lagi dibuka. Jadi mana2 yang Hanya melibatkan Ak Tunai dan Ak Bank sahaja dicatat dalam BT.
    Contohnya:
    1. Dt: Bank 15000 Kt Pelupusan Kenderaan …….. PERLU dicatat dalam BT, kerana melibatkan BANK.
    2. Dt: Kadar bayaran XXX Kt: Kadar bayaran terakru ….. TIDAK perlu, kerana TIDAK melibat Tunai/Bank

  491. cg psn perabot adalah 5541.50 diletakkan di bahagian belanja penyata pendapatan dan ditolak dengan perabot dlm kunci kira kira, phr pula ditolak dengan penghutang dalam kunci kira kira spt brikut 32940-988, betuk tak cikgu

  492. Gayatiri,

    Cg cadangkan, BUNDARKAN Susut nilai perabot kepada RM122 dan SNT perabot kepada RM5542.

    Susut nilai perabot RM122…………….. BELANJA dalam PP
    Susut nilai terkumpul perabot RM5542……… ABS dalam KKK.

    Dalam KKK:
    Aset Semasa:
    PENGHUTANG
    (-) PERUNTUKAN HUTANG RAGU

  493. cg auto motors 34550 dalam imbangan duga terlaras perlu tak dimasukkan dalam kunci kira kira atau penyata pendapatan

  494. cg imbangan duga terlaras saya imbang tetapi kunci kira kira tak imbang..
    jualan 54420
    -pul jualan 3980
    -diskaun diberi 428
    jualan bersih 50012

    stok awal 48500
    belian 32970
    pul belian 5440
    dis diterima 175
    KBDJ 75855
    -stok akhir 52680
    untung kasar 26387

    hasil
    sewa diterima 1300
    komisen diterima 400
    diskaun diterima 175
    untung pelupusan 9500

    -belanja
    deposit bayaran 500
    SN kenderaan 1250
    SN perabot 121.50
    alat tulis 420
    iklan 600
    belanja am 550
    derma 300
    insurans 470
    kadar bayaran 180
    gaji 1400
    hutang lapuk 1500
    phr 506.20
    upah 800

    untung bersih 8597.70

  495. kunci kira kira
    ABS
    premis 120000
    kenderaan 45000
    -psn 750
    perabot 20000
    psn 5541.5
    alatan pejabat 2600

    AS
    tunai 2250
    bank 57077
    penghutang 32940
    -phr 988.2
    insurans terdahulu 100

    LS
    pemiutang 42850
    auto motors 34550
    komisen terdahulu 80
    pengilanan terkru 100
    belanja am terakru 150

  496. cg saya dah masukkan semua maklumat dalam imbangan duga terlaras saya(imbnag) dalam penyata kewangan teapi tidak imbang cg tolong saya boleh dah 2 hari saya keeliru dengan PK saya

  497. modal 218698
    -ambilan 500
    untung 29614.30

  498. Gayatiri,

    Daripada pemerhatian Cg sepintas lalu, didapati terdapat beberapa kesilapan :
    1. Auto Motors Sdn Bhd ….. dalam LBS di KKK.
    2. Diskaun diterima 175 ….. ada 2 X
    3. Deposit kadar bayaran …….. dikelaskan sebagai AS dalam KKK.
    4. STOK AKHIR …. tertinggal dalam AS.

    Dan sekiranya anda masih menggunakan nilai SEN… maka SEMUA item mesti menggunakan format SEN juga, iaitu RMXXXX.00 … penggunaannya mestilah KONSISTEN.

  499. thank you cg dpt imbang

  500. adakah stok akhir dlm penyata pendapatan RM 52800?

  501. Siti Aisyah,

    STOK AKHIR…. pilih Terendah Antara Kos Atau Pasaran (TAKAP), maka RM52,680 (harga pasaran) yang DIPILIH.

  502. Cikgu,
    i) Akaun Stok memindah ke Akaun Perdagangan perlu dicatat di dalam Jurnal Am tak?

    ii) Kesilapan Amaun DT.BANK , KT AUTO MOTORS SDN BHD..tak perlu mencatat di dalam buku tunai ?

    iii)Akaun Kawalan baki b/b mengambil amaun dari JA1 ?

    iv)Auto Motors SND BHD baki b/b 34520 ?

    v) untuk imbangan duga terselaras , penghutang&pemiutang ambil baki b/b akaun kawalan ?

  503. Crtstalwu,

    Pada pandangan Cg,
    (i) TIDAK PERLU, … itu bukannya CATATN PELARASAN.
    (ii) Apabila melibatkan Ak Bank, maka BUKU TUNAI perlu diselaraskan, iaitu dilajur BANK….. (BT2).
    (iii) YA…. jumlahkan Baki-baki penghutang dan pemiutang.
    (iv) Sepatutnya… RM34580 ……. jika hanya pelarasan pembetulan kesilapan amaun sebanyak RM30 ( 450 – 420).
    (v) YA….. merujuk BAKI AKHIR kedua-dua akaun tersebut.

  504. i) macam mana dapat baki 34580 dalam Akaun Auto Motors Sdn Bhd ?
    Apr 30 Baki b/b 34550 . kt Bank 30
    saya dapat baki h/b ialah 34520

    ii) According the comment teacher replied , Baki bank ialah RM57077 … jika masukkan kesilapan Amaun terjadi baki RM 57107 ..?

  505. Crystalwu:

    i) Ak Auto Motors Sdn Bhd
    Kt: Baki b/b 34550 ………………………. BERBAKI KREDIT
    Kt: Bank 30

    ii) YA.

  506. cg apa formula untuk mengira nisbah kecairan, keberuntungan dan kecekapan….

  507. Gayatiri,

    Sila rujuk formula2 tersebut dalam Buku Teks.

  508. Cikgu,

    Tolong terangkan adakah imbangan akaun berikut adalah betul:
    bagi bahagian (c):
    1. Semua Ak Aset dan Liabiliti yang tidak terlibat dalam pelarasan – baki dibawa ke bawah ke 1 Mei
    2. Akaun lain seperti Ak Belanja dan Hasil – baki dibawa ke bawah ke 30 Apr (sebab akaun ini diperlukan untuk pelarasan atau akan ditutup)

    bagi bahagian (f):
    1. Semua Ak Belanja dan Hasil – menutupkan akaun ke Ak Perdagangan dan Untung Rugi, bermakna tiada baki dibawa ke bawah ke 1 Mei
    2. Ak Modal dikemas kinikan dengan menutup Ak Ambilan, dan rekod untung bersih yang telah dipastikan.
    3. Ak Stok sepatutnya menunjukkan baki akhir sahaja, dan stok awal telah dipindah ke Ak Perdagangan.

    Terima kasih.

  509. Martina,

    Pada pandangan saya, pelajar sediakan secara berperingkat2 mengikut KITARAN PERAKAUAN…. begitu juga dengan pemberian skor/markah mengikut kemahiran setiap peringkat.
    1. Poskan BCP ke Lejar
    2. Imbangkan Lejar (semua Akaun… A,L,E,H,B) dengan 30 April Baki h/b dan 1 Mei Baki b/b ….. pindahkan ke ID.
    3. Pelarasan ….. sediakan CATATAN PELARASAN dalam Jurnal Am… dan poskan ke Lejar yang terlibat.
    4. Imbangkan Lejar2 yang terlibat dengan pelarasan … dengan Baki h/b dan Baki b/b…. pindahkan ke IDT.
    5. Sediakan Penyata Pendapatan dan KKK.

    Apa yang anda nyatakan dibahagian (f) di atas…. itu adalah CATATAN PENUTUP yang disediakan SELEPAS Penyata Kewangan disediakan. Untuk Sukatan SPM pelajar kita hanya didedahkan sehingga PENYATA KEWANGAN sahaja, CATATAN PENUTUP diatas tidak perlu.. kerana ianya akan mengelirukan pelajar dalam memahami konsep asas kitaran perakaunan … yang bermula daripada BCP sehingga kepada penyediaan Penyata Kewangan.

    Kitaran Perakaunan : [ Dokumen – BCP – Lejar – ID – Pelarasan – IDT – PK ] – CATATAN PENUTUP.

  510. Cikgu,
    saya masih tak faham .
    jadikan baki b/b bank ialah 57107 dan baki Auto Motors bhd sdn ialah baki 34520 selepas membetulkan kesilapan amaun ?

  511. Crystalwu.

    Catatan pelarasannya … Dt: BANK 30 dan Kt: Auto Motors Sdn Bhd. 30

    Baki Ak Bank (dalam B T2) sudah betul…. cuma Ak Auto Motors Sdn Bhd… SALAH.
    Kesilapan anda ialah meletakkan BAKI B/B 34550 .. disebelah DEBIT…. sepatutnya ianya dicatat disebelah KREDIT.

  512. Imbangan tak seimbang ..
    KT
    SNT Kenderaan 750
    SNT Perabot 5542
    Peruntukan Hutang Ragu 659
    Pengiklanan Terakru 100
    Derma Terakru 120
    Komisen Diterima Terdahulu 240
    Pemiutang 42850
    Sewa diterima 1300
    Modal 218698
    Jualan 54420
    Pulangan Belian 5440
    Diskaun Diterima 175
    Jumlah : 330294

    DT
    Kenderaan 45000
    Insurans Terdahulu 285
    Auto Motors Sdn Bhd 34520
    Tunai 2250
    Bank 57107
    Penghutang 32940
    Stok 48500
    Premis 120000
    Perabot 20000
    Deposit Kadar Bayaran 500
    Ambilan 500
    Belian 32970
    Alat tulis 420
    Belanja Am 200
    Kadar Bayaran 380
    Alatan Pejabat 2600
    Pulangan Jualan 3980
    upah 800
    Gaji 1400
    Diskaun Diberi 428
    jumlah : 404780

    Belanja SN Kenderaan & Perabot perlu masuk tak ?

  513. Semua akaun yg berbaki perlu dimasukkan dalam IDT. Sila semak Ak Auto Motor Sdn Bhd (pelarasan) .. ianya sepatutnya berbaki KREDIT.

    Untung atas pelupusan 9500 … pengiklanan.. komisen di terima .. dan beberapa akaun lagi … ada yang TERTINGGAL. Perkara ini terjadi adalah disebabkan anda TUTUP akaun ke Ak Perdagangan / Ak UR… maka anda akan dapati akaun2 tersebut TIADA BAKI, maka tidak masukkan dalam IDT.

    Itulah sebabnya Cg sarankan SEMUA AKAUN DIIMBANGKAN dengan BAKI H/B dan BAKI B/B sahaja, seterusnya SEMUA BAKI2 tersebut dipindahkan ke IDT…. saranan Cg itu adalah mematuhi proses dalam KITARAN PERAKAUNAN…. apabila dikehendaki menyediakan ID / IDT, maka semua akaun perlu DIIMBANGKAN.. bukannya DITUTUP.

  514. Assalamualaikum,

    Apakah keterangan yang sesuai untuk catatan jurnal yang saya catat ni.

    Akaun Belanja Am 170
    Akaun Belanja Am terakru 170
    ( )

  515. Ilhami.. Waalaikumussalam.

    Keterangan hendaklah mengambarkan urusniaga / catatan tersebut. Antaranya… Merekod belanja am yang belum dibayar.

  516. Assalamualaikum,

    Kalaun saya catat (Belanja am dimasukkan ke dalam akaun belanja am terakru) atau (belanja am belum bayar dimasukkan ke dalam akaun belanja am terakru) boleh?Terima kasih Cikgu Narzuki.

  517. Ilhamy, waalaikumussalam.

    Maaf, untuk CG katakan . ” …… dimasukkan ke dalam Ak Belanja am terakru” …. adalah TIDAK SESUAI.… bukan itu maksud pelarasan yang dilakukan.

  518. cikgu boleh ajar macam mana buat belanjawan tunai? aku tak berapa faham maklumat yang diberikan.

  519. cikgu stok akhir 52680 masuk imbangan duga ke tak?

  520. Clover,

    STOK AKHIR tidak perlu dimasukkan dalam ID / IDT. Cuba fahami apa yang dimaksudkan dengan ID iaitu senarai SEMUA BAKI AKAUN yang wujud dalam LEJAR AM.

  521. cikgu , perlukah masukkan auto motors sdn.bhd dlm catatan pelarasan ?

  522. assalamualaikum cikgu ~

    i.d Terselaras saya dah imbang 🙂 tapii saya x tahu betul or x jumlah imbang saya tuu . jumlah nya RM375561.50 . Betul ke tu ?

  523. Ekien, waalaikumussalam.

    Jumlah IDT tidak semestinya sama dengan pelajar lain, kerana ianya bergantung kepada pelarasan masing2, tapi apa yang pasti ianya MESTI SEIMBANG.
    Sekiranya Auto Motors Sdn Bhd terlibat dengan pelarasan yang anda buat, maka sudah semestinya ada dalam catatan pelarasan.


  524. Crystalwu:

    Imbangan tak seimbang ..
    KT
    SNT Kenderaan 750
    SNT Perabot 5542
    Peruntukan Hutang Ragu 659
    Pengiklanan Terakru 100
    Derma Terakru 120
    Komisen Diterima Terdahulu 240
    Pemiutang 42850
    Sewa diterima 1300
    Modal 218698
    Jualan 54420
    Pulangan Belian 5440
    Diskaun Diterima 175
    Jumlah : 330294
    DT
    Kenderaan 45000
    Insurans Terdahulu 285
    Auto Motors Sdn Bhd 34520
    Tunai 2250
    Bank 57107
    Penghutang 32940
    Stok 48500
    Premis 120000
    Perabot 20000
    Deposit Kadar Bayaran 500
    Ambilan 500
    Belian 32970
    Alat tulis 420
    Belanja Am 200
    Kadar Bayaran 380
    Alatan Pejabat 2600
    Pulangan Jualan 3980
    upah 800
    Gaji 1400
    Diskaun Diberi 428
    jumlah : 404780
    cikgu kenapa jumlah bank rm57107 ?

  525. Ekien,

    Baki BANK = RM57107, sekiranya dilakukan pelarasan berikut :
    1. Pelupusan kenderaan Rm15000 dilupuskan dan wang tersebut dibankkan / terima cek.
    2. Pembetulan kesilapan : kesilapan amaun – bayaran kepada Auto Motors Sdn Bhd terlebih catat RM30 …… (450 – 420)

  526. okay . tq cikgu !

  527. salam cg .

    perlukah kesilapan ketinggalan catatan di rekodkan kan dalam jurnal am pelarasan ? dan apa contoh nya ?

  528. Pembetulan kesilapan merupakan pelarasan, maka catatan pelarasan dalam jurnal am perlu dilakukan… kemudian Baru boleh poskan ke lejar pelarasan. Antaranya, ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi terlupa rekod, maka Dt Ambilan Kt Belian.

  529. ada kah kesilapan ketinggalan catatan tersbut perlu direkodkan dlm IDT jga ?

  530. Ekien,

    IDT merujuk kepada SENARAI BAKI-BAKI AKAUN …. jika ADA AKAUN dan ADA BAKI… maka perlulah dimasukkan dalam IDT.


  531. Cg Narzuki:

    Semua akaun yg berbaki perlu dimasukkan dalam IDT. Sila semak Ak Auto Motor Sdn Bhd (pelarasan) .. ianya sepatutnya berbaki KREDIT.
    Untung atas pelupusan 9500 … pengiklanan.. komisen di terima .. dan beberapa akaun lagi … ada yang TERTINGGAL. Perkara ini terjadi adalah disebabkan anda TUTUP akaun ke Ak Perdagangan / Ak UR… maka anda akan dapati akaun2 tersebut TIADA BAKI, maka tidak masukkan dalam IDT.
    Itulah sebabnya Cg sarankan SEMUA AKAUN DIIMBANGKAN dengan BAKI H/B dan BAKI B/B sahaja, seterusnya SEMUA BAKI2 tersebut dipindahkan ke IDT…. saranan Cg itu adalah mematuhi proses dalam KITARAN PERAKAUNAN…. apabila dikehendaki menyediakan ID / IDT, maka semua akaun perlu DIIMBANGKAN.. bukannya DITUTUP.

    Terima Kasih , cikgu .
    IDT dah seimbang ..
    tetapi , perlukan saya menukarkan Perkataan Untung rugi kepada Baki h/b dalam lejar?

  532. Crystalwu,

    Tahniah !! Cg ucapkan… sama ada nak tukar atau tidak .. adalah lebih baik RUJUK kepada guru anda disekolah, kerana beliau yang akan menilai tugasan projek anda.

  533. jika pelarasan dibuat untuk alat tulis.terahulu ..catatan
    dt belanja alat tulis terdahulu
    kt stok alat tulis
    baki dalam stok alat tulis perlu dikrekod dalam kunci – kira-kira..betul dak….

  534. Ruhaida,

    “Alat Tulis Terdahulu” …. tidak wujud. Item Alat Tulis tidak sesuai dijadikan belanja TERDAHULU / TERAKRU. Alat Tulis yang TIDAK DIGUNAKAN (Stok Alat Tulis) boleh dijadikan item pelarasan TETAPI tidak boleh dikelaskan sebagai BELANJA TERDAHULU….. Ianya sama dengan konsep Ak Stok (barang niaga)….. Adakah STOK AKHIR… kita anggap sebagai BELANJA / BELIAN TERDAHULU ???

    Stok Alat Tulis…. dikelaskan sebagai Aset Semasa dalam KKK.

  535. cikggu..
    1.bolehkah kita tutup semua lejar sebelum imbangan duga terselaras dengan memindahkan ke akaun untung rugi atau di tutup dengan menulis h/b
    2. adakah salah jika semua lejar samada sebelum imbangan duga sebelum pelarasan dan selepas pelaraan ditutpkan dengan cara mengepos ke akaun untung rugi .
    3. untuk item belanja terdahulu saya menggunnakan item alatulis dt belanja alat tulis terdahulu dan kt alat tulis…

  536. Aida,

    Pada pandangan saya,
    1. Kita IMBANGKAN semua akaun dengan Baki h/b dan Baki b/b…. supaya pelajar FAHAM apakah fungsi ID/IDT disediakan… iaitu senarai baki-baki akaun dan untuk semakan ketepatan cactatan bergu .. (seimbang / tidak seimbang).

    2. Langkah tersebut dipanggil TUTUP AKAUN.. dengan pindahkan ke AP / AUR….. maka akaun2 tersebut TIADA BAKI lagi….. jadi bagaimana dengan ID / IDT ? Cuba rujuk Buku Panduan Pelaksanaan Projek ELEMEN 2.2 : Imbangan Duga …...” Pelajar berkeupayaan menyediakan Imbangan Duga berdasarkan SEMUA BAKI dari Lejar dan Buku Tunai dengan lengkap dan tepat”.

    3. ALAT TULIS TERDAHULU / TERAKRU … tidak wujud sebenarnya…. jadi ianya TIDAK SESUAI dijadikan ITEM BELANJA TERDAHULU / TERAKRU.

    # TERAKRU : Sekiranya kita beli alat tulis tetapi belum bayar …. itu dipanggil beli secara kredit, maka catatan bergunya :
    Dt: ALAT TULIS dan Kt: NAMA KEDAI

    # TERDAHULU : Wujud tak peniaga .. pergi ke Kedai Alat Tulis… BAYAR DAHULU, …. kemudian barang (alat tulis) akan diambil bulan hadapan ?

    # STOK ALAT TULIS : Jika alat tulis yang dibeli .. masih ada yang tidak digunakan, maka ianya dikelaskan sebagai Stok Alat Tulis…. bukannya ALAT TULIS TERDAHULU.

  537. cikgu , nilai stok yg perlu d masukkan dlm pnyata pendapatan ambil dr mana ?

  538. Ekien,

    STOK AWAL ….. merujuk kepada BAKI AKHIR daripada AK STOK
    STOK AKHIR ….. pilih yang TERENDAH antara Kos atau Pasaran…. daripada Maklumat tambahan.

  539. Assalamualaikum,

    Adakah betul sekiranya catatan jurnal am selepas pelarasan di rekodkan sebagai JA2 .Sekiranya sudah penuh dan di sambungke mukasurat lain kita tulis JA3 atau masih lagi ditulis JA2?harap dpt cikgu nyatakan mana satu yang betul.Terima kasih.

  540. Ilhamy, waalaikumussalam.

    JA1, JA2, JA3…………….. adalah merujuk kepada HALAMAN dalam Buku JURNAL AM. Sekiranya catatan dalam JA2 sudah penuh, maka catatan seterusnya akan dicatat dihalaman yang berikutnya… iaitu JA3.

  541. Cikgu,
    Saya ingin pastikan satu perkara lagi tentang imbangan akaun bagi bahagian (f). Jika semua belanja dan hasil akaun tidak perlu ditutup, apakah tarikh yang harus kita catat bagi ‘baki b/b’? 30 April atau 1 Mei?
    Terima kasih.

  542. Martina,

    Pada pandangan saya
    CATATAN PENUTUP dilakukan pada AKHIR TEMPOH PERAKAUNAN… dalam kes ini pada 31 Mac 2013 nanti… manakala rekod perakaunan yang disediakan adalah untuk bulan pertama.. iaitu APRIL 2012.. Maka baki pada bulan April akan dibawa ke bulan Mei dan bulan2 seterusnya…..hingga 31 Mac 2013… barulah Penyata Kewangan sebenar disediakan dan Catatan Penutup dilakukan : antaranya Tutup Ak Stok, Ak Modal, Ak Ambilan, Untung Bersih, … Semua Ak Hasil dan Belanja, Catatan pembalikan dilakukan dll…. untuk dibawa ke Tempoh Perakaunan Baru ( 1 April 2013 – 31 Mac 2014).

    Maka, cadangan saya .. kita rujuk kepada asas penyediaan Lejar, akaun diimbangkan dan Baki Akhir dibawa ke bulan hadapan .. iaitu 1 MEI 2012.

  543. cikgu ~
    belanja terakru dan hasil terdahulu masukkan dalam pnyata pendapatan or kunci kira2?

  544. Ekien,

    BELANJA TERAKRU….. maksudnya perniagaan BELUM BAYAR (TERHUTANG) belanja tersebut.. maka dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA (KKK).

    HASIL TERDAHULU…. maksudnya perniagaan TERIMA BAYARAN DAHULU, iaitu wang tersebut masih bukan hak milik kita lagi, kena bayar balik jika diminta.. maka dikelaskan sebagai LIABILITI SEMASA (KKK)

  545. cikgu, upah terdahulu betul tak? sebab saya tak tau upah ia belanja ke tak.

  546. Clover,

    Pada pandangan Cg,
    UPAH sememangnya BELANJA, maka boleh dijadikan ITEM BELANJA TERAKRU / TERDAHULU.

  547. Assalamualaikum,

    Terima kasih cikgu atas maklumat JA.Satu lagi apakah bahan yg sesuai di masukkan dalam LAMPIRAN selain slip bank dan soalan kertas 3.

  548. Ilhamy, waalaikumussalam,

    Pada pandangan Cg, bahan UTAMA perlu dijadikan sebagai LAMPIRAN ialah SOALAN itu sendiri, Ini kerana ianya merupakan RUJUKAN UTAMA dalam penyediaan tugasan dan rekod perakaunan yang disediakan. Selebihnya apa2 sahaja bahan yang dirasakan berkaitan…. sekiranya ada.

  549. Cikgu,
    Terima kasih atas jawapan cikgu tentang tarikh bagi Baki b/b. Saya masih ingin nak bincang sedikit lagi…
    Pada pendapat saya, tempoh perakaunan adalah untuk 1 bulan (bukannya 1 tahun) yang berakhir 30 April 2012. Ini adalah kerana projek memerlukan pelarasan dibuat pada 30 April. Mengikut teori, pelarasan hanya boleh dilakukan pada hari akhir sesuatu tempoh perakaunan, iaitu 30 April, seperti yang diperlukan dalam projek.
    Jika kita andaikan tempoh perakaunan adalah setahun dan akan berakhir pada 31 Mac 2013, maka saya rasa agak pelik untuk membawa ke bawah semua baki-baki ke 1 Mei 2012 , dan membuat pelarasan pada setiap hujung bulan seperti Mei, Jun…sehingga 31 Mac 2013. Bolehkah kita buat begitu?
    Apakah pendapat cikgu?
    Terima kasih.

  550. Martina,

    Pada pandangan saya, kita ikut amalan perakaunan biasa, iaitu TEMPOH PERAKAUNAN adalah SETAHUN 1/4/2012 – 31/3/2013, manakala TEMPOH REKOD adalah sebulan iaitu 1/4/ 2012 – 30/4/2012. Pada AKHIR tempoh perakaunan, Penyata Kewangan disediakan, kemudian ianya DIAUDIT dan juga untuk tujuan PERCUKAIAN…. SETAHUN sekali.

    Walau bagaimanapun bagi tujuan kawalan dalaman / pemantauan perjalanan perniagaan serta adanya kemudahan sistem perakaunan bekomputer sekarang ini, penyata kewangan boleh disediakan SEBULAN sekali. Penyata Kewangan tersebut TIDAK akan DIAUDIT atau untuk tujuan PERCUKAIAN, ianya disediakan semata-mata untuk KEGUNAAN DALAMAN sahaja.

    PELARASAN tidak semestinya disediakan pada AKHIR TEMPOH PERAKAUNAN sahaja, TEORINYA PELARASAN perlu disediakan SEBELUM sesuatu penyata kewangan disediakan, supaya Penyata Kewangan yang disediakan akan mengambarkan keadaan sebenar pada masa tersebut… iaitu dengan mangambil kira item2 pelarasan seperti terakru dan terdahulu, hutang lapuk dll. Walaupun Penyata Kewangan yang disediakan SEBULAN (iaitu untuk tujuan dalaman).. pelarasan tetap perlu dilakukan…… sepertimana Tugasan Kerja Kursus.

  551. Untung atas pelupusn kenderaan perlu masuk pp(hasil)? Hutang ragu perlu masukk pp juga?

  552. Ryana,

    YA.

  553. salam cikgu ~
    pengiraan nisbah ni mcm mana yer?

  554. Ekien,

    Boleh rujuk Buku Teks m/s 535…. cuma bagi Tempoh kutipan hutang dan Tempoh pembayaran hutang…. X 30 hari.

  555. Assalamualaikum cikgu,
    saya tidak faham berkaitan item (b) dalam penyediaan Belanjawan tunai. peningkatan jualan 10% setahun berdasarkan tahun sebelumnya.Boleh tolong jelaskan.
    terima kasih

  556. Ila, waalaikumussalam.

    Tidak dapat dinafikan dalam Soalan Tugasan tersebut terdapat beberapa RALAT. Beberapa buah negeri telah menyelaraskan di peringkat negeri masing2 supaya ditukarkan 10% SETAHUN kepada 10 SEBULAN berdasarkan BULAN sebelumnya.

    Jika masih mahu kekalkan 10% SETAHUN,.. maka peningkatan BULANAN boleh dianggarkan sebagai 10 % /12 = 0.8 % SEBULAN.

  557. baki b/b sebelum pelarasan .. mei 1? contohnya alatan pejabat mei 1 baki b/b 2600(dt) …h/b pula 30 april kan?

  558. Ryana..

    YA.

  559. KALAU SAYA AMIK KADar bayaran sebagai belanja terakru x apa ke.?sebab kan ada deposit kadar bayaran rm500. .rasional ke saya amik kadar byrn sbagai belanja terakru?

  560. Per.hutang ragu perlu masukk pp?kalau masukkan k3 saya x seimbang

  561. Ryana,

    Deposit Kadar Bayaran dan Kadar Bayaran adalah 2 akaun yang berbeza… tiada kaitan secara sistem catatan bergu.. Deposit tersebut akan KEKAL sehinggalah kita BERHENTI menggunakan perkhidmatan mereka, barulah mereka BAYAR BALIK ataupun akan tolak mana2 bil yang masih belum dijelaskan. Maka KADAR BAYARAN TERAKRU masih boleh dijadikan salah satu daripada ITEM BELANJA TERAKRU.

    PHR ….. masuk dalam KKK ( Penghutang – PHR) , Manakala Pertambahan / Pengurangan PHR … masukkan dalam PP sebagai Belanja / Hasil.

  562. cikgu,,
    1.betul tak butiran yg saya buat dibelanjawan tunai
    Penerimaan
    jualan tunai
    penerimaan daripada penghutang
    sewa diterima
    komisen
    pinjaman
    Pembayaran
    belian tunai
    pemiutang
    insurans
    gaji
    kadar bayaran
    ansuran kereta
    belanja am
    bayaran balik pinjaman
    alat tulis
    derma
    2. baki awal adakah (tunai + bank) dan adakah perlu dibuat peningkatan jumlah berbanding april
    TQ

  563. Aida,

    Pada pandangan Cg,

    1. Butiran yang digunakan boleh diterima.
    2. Baki Awal agak bebas (tiada sebarang ketetapan dalam soalan) ….. cadangan Cg, nilai anggarannya lebih kurang baki pada bulan April.

  564. salam…sifu nak tanya tentang hutang lapuk..
    pelajar saya memilih syarikat maju jaya..dalam jurnal pelarasan boleh x catatanyer
    dt hutang lapuk
    kt penghutang (syarikat maju jaya)

  565. Sheila,

    Catatan bergunya ….
    Dt: Hutang lapuk RM1500
    Kt: Syarikat Maju Jaya RM1500

  566. salam..mcm mne nk bt kunci kira2 biar imbang ye..?

  567. Nurul,

    1. Pastikan IMBANGAN DUGA TERSELARAS … seimbang.
    2. Pastikan SEMUA item2 Hasil dan Belanja dimasukkan dalam PP mengikut komponen yang betul.
    3. Pastikan OPERASI ( + ) ataupun ( – ) adalah betul ……..seterusnya Untung Kasar & Untung Bersih … BETUL.

    4. Pastikan SEMUA item2 Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik dimasukkan dalam KKK mengikut komponen yang betul iaitu ABS, AS, LS, LBS, EP
    5. Pastikan OPERASI ( + ) ataupun ( – ) adalah betul.

    InsyaAllah KKK akan SEIMBANG.

  568. Assalamualaikum,
    ehem… boleh tak cikgu tolong bagi saya contoh andaian kerja kursus form5 2012 untuk buat belanjawan tunai tu.?? 🙂

  569. Sasa, waalaikumussalam.

    Pastikan semua kelima-lima maklumat dalam soalan diambilkira. Manakala lain2 andaian penerimaan / pembayaran yang boleh diambilkira .. seperti angaran BELIAN meningkat k% berdasarkan bulan sebelumnya. Item2 pembayaran seperti … kadar bayaran, Pengiklanan, Upah, Alat tulis .. dll…. meningkat / berkurangan k% setiap bulan …. ataupun … meningkat / berkurang RMxxx setiap bulan. Pelbagai andaiaan boleh dilakukan seperti beli kenderaan baru … beli premis baru dan sebagainya.

  570. Assalamualaikum,
    Cikgu mengapakan SNT kenderaan kurang daripada SN kenderaan ?
    Saya tidak faham…

  571. Lala, waalaikumussalam.

    SN Kenderaan adalah JUMLAH belanja susut nilai bagi kenderaan LAMA dan yang BARU.. Manakala SNT Kenderaan pada akhir april.. adalah merujuk kepada SNT Kenderaan BARU sahaja, kerana Kenderaan LAMA telah dilupuskan / dijual … dimana SNT Kenderaan LAMA telah dipindahkan ke AK PELUPUSAN KENDERAAN.

  572. salam…tq atas jaw sifu tentang hutang lapuk tetapi perlu tak tunjukkan kesan hutang lapuk pada akaun kawalan penghutang…atau terus tolak pada imbangan duga terselaras..

  573. Kenderaan yang berkos RM 30 000 yang dibeli pada 1 April 2008 dilupuskan pada harga RM 15 000 secara cek pada 30 April 2012. Perkara ini belum direkodkan di mana-mana buku
    &
    Bayaran ansuran kenderaan kepada Auto Motors Sdn. Bhd. RM 420 telah dicatatkan dalam Akaun Bank dan Auto Motors Sdn. Bhd. Sebanyak RM 240.

    Pelarasan di atas bolehkah dibuat di dalam Buku Tunai?

  574. Sheila,
    Apa-apa urusniaga yang melibatkan Ak Penghutang…. sudah semestinya dalam Ak Kawalan Penghutang perlu dicatat juga… JANGAN tolak terus pada IDT begitu sahaja.

    Lala,
    Apa-apa pelarasan yang melibatkan TUNAI / BANK… sudah semestinya diselaraskan dalam BUKU TUNAI. Apabila perniagaan mengamalkan penggunaan Buku Tunai, maka Ak Tunai dan Ak Bank TIDAK lagi dibuka.

  575. Cikgu, satu soalan yang berkaitan dengan KK ini lagi.
    1)Apabila kita menghantar Kerja Kursus ini, adakah cikgu perakaunan ini memberi markah ataupun pentaksir yang akan memberi markah?
    2)Apakah peranan pentaksir?

  576. Lala,

    Guru sekolah anda akan berikan markah terhadap hasil kerja pelajar… itu sebab dinamakan PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS). Pentaksir Kawasan hanya pergi MEMANTAU dan MENYEMAK bagi memastikan guru anda memberikan markah bertepatan dengan KRITERIA PENILAIAN yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  577. Untuk mengira tempoh kutipan hutang, penghutang ambil setelah ditolak dgn per.hutang ragu?

    Belian kredit utk tempoh pembayaran hutang diambil setelah tolak disk.diteima and pulanganbelian tmbah upah?

    Belanjawan tunai (penerimaan) perlu ada kutipan dari penghutang?

  578. Ryana,

    Pada pandangan Cg,… untuk sukatan SPM kita hanya guna taksiran yang asas sahaja.

    1. PENGHUTANG… kita rujuk kepada BAKI Ak Penghutang….. iaitu PENGHUTANG dalam KKK tanpa tolak PHR.
    2. BELIAN KREDIT .. kita rujuk kepada Jumlah JURNAL BELIAN, kerana itulah rujukan asas kepada belian kredit.
    3. Sekiranya JUALAN KESELURUHAN telah diasingkan antara Jualan Tunai dan Jualan Kredit… maka JUALAN KREDIT tersebut sudah semestinya akan melibatkan KUTIPAN DARIPADA PENGHUTANG.

  579. Hi Cikgu!
    Apakah butir yang perlu ditulis di dalam Isi kandungan?

  580. Lala,

    Cadangan Cg:

    ISI KANDUNGAN
    1. Perakuan Calon
    2. Penghargaan
    3. Pengenalan Perniagaan
    4. Profil Perniagaan
    5. Lejar
    6. Imbangan Duga
    7. Senarai Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
    8. Catatan Pelarasan Dalam Jurnal Am
    9. Perekodan Pelarasan Dalam Akaun Berkaitan
    10. Akaun Kawalan
    11. Imbangan Duga Terselaras
    12. Penyata Pendapatan
    13. Kunci Kira-Kira
    14. Pengiraan Nisbah Dalam Penyata Kewangan
    15. Analisis Penyata Kewangan Dan Analisis Nisbah
    16. Belanjawan Tunai Untuk Tiga Bulan
    17. Keputusan Perniagaan
    18. Perancangan Perniagaan
    19. Rumusan
    Lampiran :

  581. salam.
    -sy nk tnya apa yg ada pd belanja dlm p.pdptan?htg ragu dan faedah dibayar nk ltk kat mane ?
    -utk kkk btl x saya buat sprt berikut:
    ASET SEMASA
    stok
    tunai
    bank
    penghutang
    (-)phr
    deposit kdr byrn
    upah terdahulu

    L.SEMASA
    pemiutang
    komisen d’terima dahulu
    iklan terakru
    kdr byran terakru

    L.BUKAN SEMASA
    auto motors
    faedah dibayar

  582. Siti Aisyah,

    Hutang Ragu… (jika pertambahan PHR) … dikelaskan sebagai BELANJA dalam PP.
    Faedah dibayar …. dikelaskan sebagai BELANJA dalam PP.

    Item2 dalam Aset Semasa dan Liabiliti Semasa….. Ok
    Faedah dibayar …… X

  583. that’s mean faedah dibyr hny ade dlm pp saje.

  584. Ya,

    Jika Faedah TERAKRU / TERDAHULU …. baru dikelaskan sebagai ASET / LIABILITI SEMASA dalam KKK.

  585. Apakah yang patut kita masukkan di dalam Lampiran??

  586. MCM MANE NK BUAT TAFSIRAN NISBAH?

  587. boleh terangkan bagaimana nk buat belanjawan tunai?

  588. Lala,
    Apa saja yang berkaitan boleh dijadikan LAMPIRAN …. seperti SOALAN TUGASAN.

    Siti Aisyah,
    Boleh disediakan dalam bentuk jadual …. sepertimana dalam buku teks.
    Penyediaan Belanjawan Tunai… boleh rujuk komen2 sebelum ini.

  589. sy nk tny:
    a)macam mane nk tafsir nisbah?
    b)belnjawan tunai b/b nk ambil dari mane/

  590. Siti Aisyah,

    1. Cara penulisan TAFSIRAN boleh rujuk buku teks m/s 535.
    2. Baki awal boleh ANGGARKAN sendiri …… lebih kurang BAKI AKHIR (Tunai + Bank) pada bulan April.

  591. mengemukakan cadangan macammmana nak buat?

    apa yang perlu ada dalam rumusan?

  592. salam.maaf ganggu.sy nk tanya untuk nisbah tempoh pembyran belian kredit nk ambil mane satu?
    lps 2 klau pemiutang lbh dari belian kredit mcm mane nk kira?

  593. Siti Aisyah,

    Guna saja formula dalam buku teks:

    TEMPOH BAYARAN HUTANG = Pemiutang / Belian kredit x 30 hari …….. untuk sebulan.
    Cara nak kira.. gantikan saja nilai untuk PEMIUTANG dan BELIAN KREDIT….. hasil yang diperolehi.. kita TAFSIRKAN apa maksud nilai tersebut.

  594. Cikgu:
    Susut nilai perlu bahagi 12bulan ?

  595. Haiz,

    TEMPOH REKOD adalah untuk SEBULAN, maka SN tersebut perlu diselaraskan untuk SEBULAN… iaitu bahagi dengan 12.

  596. tp klau jumlah pemiutang lbh dari belian kredit mcm mane?

  597. Siti Aisyah,

    Tiada salahnya jika nilai Pemiutang LEBIH dari Belian Kredit.. (kerana itu memang nilainya)….. Tafsirannya “Perniagaan mengambil masa yang LAMA untuk menjelaskan hutangnya kepada pemiutang / pembekal ” … amalan tersebut adalah tidak baik untuk perniagaan demi menjaga hubungan baik dengan pemiutang / pembekal di masa-masa akan datang. Sekirannya perkara tersebut tidak diperbaiki ( …. bayar dalam tempoh yang singkat) … kemungkinan PEMBEKAL tidak berminat untuk meneruskan urusniaga di masa-masa akan datang. Ataupun Pembekala akan mengenakan CAJ / FAEDAH atas kelewatan bayaran tersebut.

    Perkara tersebut boleh juga dijadikan salah satu cadangan peningkatan prestasi perniagaan .. iaitu manjaga hubungan baik dengan pembekal di masa hadapan dengan memendekkan tempoh bayaran kepada pembekal.

  598. cikgu,
    Tajuk penyata pendapatan sepatutnya penyata pendapatan bagi bulan berakhir 30 April 2012 sebab tempoh rekod hanya sebulan?

  599. Nizam,

    Ya… penyata tersebut disediakan untuk SEBULAN sahaja…. maka “….. bagi BULAN berakhir 30 April 2012″ … adalah lebih sesuai.

  600. cikgu,
    stok awal dan stok akhir perlu direkod dalam Jurnal Am ?

  601. Haiz,

    Pada pandangan Cg, tidak perlu, kerana ianya tidak melibatkan pelarasan.

  602. cg, cg tolong bg elemen2 yang ada dalam penerimaan dan pembayaran .

  603. Saffa,

    Boleh rujuk BUKU TUNAI….. sebelah DEBIT – penerimaan, manakala sebelah KREDIT – pembayaran …. pilih mana2 yang sesuai.

  604. jualan
    -pulangan jualan
    diskaun diterima
    jualan bersih

    TOLAK KOS JUALAN
    stok awal
    belian
    -pulangan belian
    diskaun diberi
    -stok akhir
    kos jualan
    untung kasar

    TAMBAH HASIL
    komisen diterima
    sewa diterima
    untung pelupusan kenderaan
    peruntukan hutang ragu
    kadar bayaran terakru
    insurans terdahulu
    gaji terakru
    komisen diterima terdahulu

    TOLAK BELANJA
    deposit kadar bayaran
    alatan pejabat
    ambilan
    alat tulis
    pengiklanan
    belanja am
    derma
    insurans
    kadar bayaran
    upah
    gaji
    susut nilai kenderaan
    susut nilai perabot
    hutang lapok
    belanja hutang ragu

    untung bersih

    cg, betul tak butiran2nya?

    cg, elemen susut nilai t’kumpul kenderaan dan perabot nak letak kat mana eh?

    pastu kat KKK yang ditolak ngan kenderaan kat ABS tu susut nilai terkumpul ke or susut nilai je? sye konfius lahh

  605. Saffa,

    Terdapat beberapa kesilapan, iaitu :
    jualan
    -pulangan jualan
    diskaun diterima (X) ……. Diskaun diberi
    jualan bersih

    TOLAK KOS JUALAN
    stok awal
    belian
    -pulangan belian
    diskaun diberi (X) …. Diskaun diterima
    -stok akhir
    kos jualan
    untung kasar

    TAMBAH HASIL
    komisen diterima
    sewa diterima
    untung pelupusan kenderaan
    peruntukan hutang ragu (X) ….. Aset Semasa
    kadar bayaran terakru .(X) ………… Liabiliti Semasa
    insurans terdahulu (X) …………. Aset Semasa
    gaji terakru (X) ………………Liabiliti Semasa
    komisen diterima terdahulu …(X) ……. Liabiliti Semasa

    TOLAK BELANJA
    deposit kadar bayaran .(X) ……… Aset Semasa
    alatan pejabat (X) …… Aset Bukan Semasa
    ambilan (X) ………. Ekuiti Pemilik

    alat tulis
    pengiklanan
    belanja am
    derma
    insurans
    kadar bayaran
    upah
    gaji
    susut nilai kenderaan
    susut nilai perabot
    hutang lapok
    belanja hutang ragu

    untung bersih

    Susut nilai t’kumpul kenderaan dan SNT perabot …………………. Aset Bukan Semasa:
    Kenderaan
    (-) SNT kenderaan
    Perabot
    (-) SNT Perabot

  606. cg tolong , sye punya tak imbang lah .

    jualan 54420
    -p.jualan (3980)
    diskaun diberi (428)
    JUALAN BERSIH 50012

    TOLAK KOS JUALAN
    stok awal 48500
    Belian 32970
    -P. belian (5440)
    diskaun diterima (175)
    – stok akhir 52680
    Kos Jualan 23175
    UNTUNG KASAR 26837

    TAMBAH HASIL
    komisen diterima 200
    sewa diterima 1400
    U.pelupusan Knderaan 9500

    TOLAK BELANJA
    alat tulis 420
    iklan 500
    belanja am 200
    derma 300
    insurans 855
    kadar bayaran 430
    upah 800
    gaji 2100
    s.nilai kenderaan 1250
    s.nilai perabot 122
    hutang lapok 1500
    belanja hutang ragu 506

    UNTUNG BERSIH 28954

    KKK
    ASET BUKAN SEMASA
    premis 120000
    Alatan pejabat 2600
    Kenderaan 45000
    -s.nilai terkumpul (750)
    Perabot 20000
    -s.nilai terkumpul (5542)
    181308

    ASET SEMASA
    stok akhir 52680
    tunai 2250
    bank 57107
    deposit kadar bayaran 500
    insurans terdahulu 285
    Penghutang 32940
    -peruntukan h.ragu (988)
    144774

    TOLAK LIABITI SEMASA
    pemiutang 42850
    komisen terdahulu 180
    kadar bayaran terakru 50
    gaji terakru 700
    komisen diterima terdahulu 180
    43960
    MODAL KERJA 282122

    EKUITI PEMILIK
    modal awal 218698
    +untung bersih 28954
    -ambilan 500
    modal akhir 247653

    LIABITI BUKAN SEMASA
    auto motors 34580
    282233

  607. Saffa,

    1. Komisen terdahulu RM180…. ada 2 kali dalam Liabiliti Semasa.
    2.Item PENGIKLANAN …. tiada dalam komponen belanja.
    3. Pastikan IDT telah SEIMBANG.
    4. Sila semak semua Item dalam IDT telah dipindahkan dengan betul ke PP dan KKK.

  608. mksod cg komisen terdahulu kne letak kat aset semasa dua kali ke?
    idt sye dah imbang , yg iklan tu sye dah letak gak . pastu, sye dah letak semua betul . knp kkk tak imbang gak?

  609. Saffa,

    Komisen diterima terdahulu …. hanya 1 KALI sahaja…. saffa yang buat 2 kali dalam LS.
    Kalau IDT seimbang…. semak BETUL2 ANGKANYA….. OPERASINYA / pengiraannya pastikan betul… dalam PP dan KKK.

    SEMUA BUTIRAN pastikan guna sepertimana dalam soalan…. PENGIKLANAN.. bukannya IKLAN.

  610. assalamualaikum cikgu.. tumpang tanya: kenapa saya punya kk dengan pp tak imbang ye.? harap cikgu boleh bantu.

    PP:
    Jualan: 54420
    -)Disk. diberi: 428
    -)Plgn. jualan: 3980
    Jualan bersih: 50012

    Stok awal: 48500
    Belian (32970-200): 32770
    -)Plgn. belian: 5440
    -)Disk. diterima: 175
    +) upah: 800
    Belian bersih: 27955
    Kos brg utk dijual: 76455
    -) Stok akhir: 52680
    Kos jualan: 23775
    Untung kasar: 26237

    +)HASIL
    Komisen diterima (480-100): 380
    Sewa diterima: 1300
    Untung atas pelupusan: 9500

    -)BELANJA
    Hutang lapuk: 1500
    Kadar byrn (380+150): 530
    Belanja Hutang Ragu(1647-482): 1165
    SN kenderaan: 1250
    SN perabot: 122
    Pengiklanan: 500
    Belanja am: 200
    Derma: 300
    Insurans (570-100): 470
    Gaji (1400+300): 1700
    Alat tulis (420+200): 620
    Untung bersih: 29060

    KK:
    ABS:
    Premis: 120000
    Altn pejabat: 2600
    Kenderaan: 45000
    -)SNT: 25250
    Perabot: 20000
    -)SNT: 5542
    156808

    AS:
    Stok akhir: 52680
    Penghutang: 32940
    -)PHR: 1647
    Bank: 57077
    Tunai (2250-250): 2000
    Insurans terdahulu: 100
    Deposit kadar byrn: 500
    143560

    -)LS:
    Pemiutang:42850
    Kadar byrn terakru: 150
    Gaji terakru: 300
    Komisen diterima terdahulu: 100
    43130
    MODAL KERJA: 100520
    Imbangan: 257328

    EKUITI PEMILIK:
    Modal: 218698
    +)Untung bersih: 29060
    -)Ambilan: 750
    247008

    LBS:
    Auto Motors: 34550
    Imbangan: 281558

    Harap cikgu boleh membantu saya. Terima kasih.

  611. Zuriah,

    Kesilapan yang Cg dapat kesan ialah SNT Kenderaan = RM750 …. bukannya RM25250.
    Cuba semak SEMUA item dalam IDT telah dipindahkan dengan betul NILAINYA ke PP dan KKK.

  612. baiklah. saya akan membuatnya semula. terima kasih cikgu

  613. tumpang tanye kat kkk zuriah tu kenapa tunai ditolak 250?

  614. Saffa,

    Ianya bergantung kepada pelarasan masing2….. kemungkinan item pembetulan kesilapan yang dilakukan oleh Zuriah : “Ambilan wang tunai RM250 untuk kegunaan peribadi belum direkodkan dalam mana-mana buku”. … di mana pelarasannya TUNAI (-) 250 dan Ambilan (+) 250.

  615. Assalamualaikum. Cikgu, kenapa imbangan duga terlaras saya tak imbang?

    Debit:
    Tunai: 2000
    Bank: 57077
    Stok: 48500
    Premis: 120000
    Kenderaan: 45000
    Perabot: 20000
    Deposit kadar bayarn: 500
    ambilan: 750
    Belian: 32770
    Alat tulis: 620
    Pengiklanan: 500
    Belanja am: 200
    Derma: 300
    Insurans: 470
    Kadar byrn: 530
    Alatan pejabat: 2600
    Plgn jualan: 3980
    Upah: 800
    Gaji: 1700
    Disk. diberi: 428
    Penghutang: 32940
    Jumlah: 371665

    Kredit:
    Sewa diterima: 1300
    PHR: 659
    SNT kenderaan: 750
    SNT perabot: 5542
    Modal: 218698
    Auto motors: 34550
    Jualan: 54420
    Komisen diterima: 480
    Pulangan belian: 5440
    Diskaun diterima: 175
    Pemiutang: 42850
    Jumlah: 364864

    Harap cikgu boleh membantu saya. terima kasih.

  616. Zuriah,

    SEMUA akaun …. yang terlibat dengan pelarasan (dalam lejar pelarasan) …. baki2 juga perlu disenaraikan dalam IDT… seperti:
    Insurans terdahulu, kadar bayar terakru, gaji terakru, komisen diterima terdahulu, untung atas pelupusan …….

    Pastikan IDT seimbang terlebih dahulu….. barulah KKK jadi SEIMBANG.

  617. Baiklah.. Terima kasih cikgu

  618. cikgu IDT saya dengan zuriah sama..saya ingin tanya semua item belanja/hasil terakru dan terdahulu sudah kami + or – dalam item item yang sepatutnya dalam IDT di atas tapi kenapa masih tidak seimbang?

  619. Amy,

    Setiap pelarasan mesti melibatkan 2 AKAUN .….. contohnya :
    Kadar bayaran ………………………….. akaun ini yang di TAMBAH ……………………………….. bakinya masuk IDT.
    Kadar bayaran terakru …………….. perlu wujud AK KADAR BAYARAN TERAKRU …… bakinya masuk IDT

    Begitulah dengan akaun2 lain yang terlibat dengan pelarasan.

    IDT merupakan senarai SEMUA BAKI AKAUN yang ada dalam LEJAR AM ….. termasuk akaun yang terlibat dengan pelarasan dan tidak terlibat dengan pelarasan.

  620. Maksudnya, walaupun akaun yg diselaras sudah ditambah, saya masih lagi perlu membuat satu lagi akaun iaitu terdahulu/terakru.?

  621. Zuriah.

    YA…. setiap catatan bergu melibatkan 2 AKAUN…. dan setaip akaun mesti diimbangkankan dan bakinya … perlulah disenaraikan dalam IDT… baru ianya SEIMBANG.

  622. okey, kami akan mencuba membuatnya semula. terima kasih cikgu

  623. akaun kawalan x de folio ke?

  624. Ain,

    Semua Lejar yang LENGKAP .. mesti mempunyai FOLIO… termasuklah Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang.

  625. salam cikgu..
    dalam kerja kursus tu, saya tak faham mengenai cadangan meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang..
    tolong cikgu terangkan sikit..

  626. Pae,

    Elemen 4.1 : KEPUTUSAN PERNIAGAAN (Perancangan jangka pendek / semasa) – Dengan MERUJUK kepada Penyata Pendapatan, KKK, Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan kemukakan sekurang2nya 3 CADANGAN YANG RELEVAN untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan. Contohnya, jika Nisbah Kecairan terlalu tinggi, maka cadangan apa yang perlu dibuat bagi mengatasi masalah tersebut.

    Elemen 4.2 : PERANCANGAN PERNIAGAAN (Perancangan jangka panjang) – Dengan MERUJUK Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan serta Belanjawan Tunai..kemukakan sekurang2nya 2 CADANGAN YANG RELEVAN untuk meingkatkan prestasi jangka panjang perniagaanserta membuat RUMUSAN. Contohnya, jika baki tunai daripada Belanjawan Tunai yang TINGGI, maka berikan cadangan untuk memanafaatkan wang tersebut untuk meningkatkan prestasi perniagaan seperti membesarkan perniagaan dengan membuka cawangan baru, membeli Premis dan sebagainya.

  627. salam cgu..
    gaji pekerja dlm blnjwan tu kira 2 org kn ?

  628. Hondaaccord,

    BERMULA bulan NOVEMBER … seorang lagi pekerja akan diambil bekerja …….. maka pada bulan Oktober = 1 pekerja, November & Disember = 2 pekerja.

  629. slm….cgu apa senarai pelarasan pada tarih imbangan??tak faham la

  630. Sabaria,

    Sebagai panduan.. boleh rujuk nota Tugasan Kerja Kursus SPM 2011 yang disediakan oleh Cikgu Sila dalam blog beliau. DISINI (klik)

    # Sila ubah suai megikut kehendak soalan Tugasan SPM2012.

  631. cikgu,semua da siap tapi nisbah kecekapan saya macam x rasional la pula…
    1)kadar pusing ganti stok saya dapat 0.5 hari
    2)Tempoh pembayaran hutang 53 hari

    apa yang patut saya buat?

  632. Stok purata tu stok awal dalam pp+ stok akhir dalam kunci kira2 then bahagi 2 kan?

  633. Ryna,

    Tiada apa yang salah atau tidak rasional dengan analisis tersebut… kerana nilai2 diambil daripada Penyata Kewangan…. cuma kita kena TAFSIRKAN dapatan tersebut.. bagi mengambarkan keadaan perjalanan perniagaan.

    1) Kadar pusing ganti adalah 0.46 KALI dalam sebulan (bukannya 0.46 HARI)… Tafsirannya : stok ditukar ganti TIDAK SAMPAI 1 KALI dalam sebulan…. di mana ianya mengambil masa selama 65 hari ( 30 / 0.46) untuk stoknya ditukar ganti.

    2) Tempoh bayaran hutang 53 hari … Tafsirannya : perniagaan mengambil masa 53 hari untuk menjelaskan hutangnya kepada pemiutang …. (Tiada apa yang peliknya) … ini menunjukkan amalan perniagaan agak kurang baik dalam menjaga hubungan baik dengan pembekal / pemiutang …. mungkin lain kali pembekal tidak berminat untuk membekalkan barangan mereka disebabkan perniagaan LEWAT bayar hutang. …. itu saja.

    Maka daripada keadaan tersebut, kita boleh kemukakan CADANGAN untuk meningkatkan prestasi perniagaan dengan memendekkan tempoh bayaran hutang demi menjaga hubungan baik dengan pembekal bagi mendapatkan bekalan yang mencukupi, berkualiti, kos yang lebih rendah.

    3) Ya …. STOK PURATA = (Stok Awal + Stok Akhir)/ 2

  634. akaun kawalan pemiutang dan penghutang perlu sertakan ke?walaupun soalan x suruh buat akaun kawalan

  635. eh minta maaf salah taip … saya nak tanya untuk akaun kawalan dia punya folio kita kena sertakan ke? mean kita kena create dia punya folio ke?

  636. Pelbagai pemiutang LB ke LA?

    Pelbagai penghutang LJ ke LA?

  637. Ryana,

    Sila rujuk Kriteria Penilaian: Elemen 2.6 Akaun Kawalan …dalam Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek.

    Dalam setiap Akaun … mesti LENGKAP dan TEPAT .. untuk melayakkan dapat A bagi elemen tersebut..

    FOLIO (LA xxx) …… hendahklah BERTURUTAN dengan LAxx dalam LEJAR AM yang sedia ada… termasuk Lejar PELARASAN.

    Manakala BUTIRAN dalam LAJUR FOLIO adalah merujuk kepada Buku Catatan Pertama …. sumber catatan tersebut dirujuk ….. seperti BT1, JA1, JA2, JJ1, JPJ1, JB1, JPB1.

    Ak Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang ….. LEJAR AM.

  638. cikgu baki awal dalam belanjawan ambil yang mana? adakah ambil baki dalam buku tunai?

  639. Nizasyarina,

    Baki awal TUNAI ( merujuk kepada baki TUNAI dan BANK dalam BUKU TUNAI) pada 1 Okrober 2012 dijangka berjumlah satu amaun tertentu. Maka SEBARANG nilai boleh digunakan asalkan MUNASABAH… berdasarkan baki tunai (ak Tunai + Bank) pada bulan APRIL.

  640. cikgu belanjawan tunai ni mcam mna ?

  641. Ekien,

    Belanjawan .. sama seperti yang telah dipelajari dalam bab 8.3 (buku teks m/s 294)….. cuma perlu mengambilkira maklumat2 yang dikemukakan dalam soalan tugasan.

  642. ckg ckp deposit k.byran adalah aset semasa.mcm mane kita nk tau adakah deposit tersebut terletak di aset semasa/belanja?

  643. Siti Aisyah,

    DEPOSIT .. tidak boleh dikelaskan sebagai belanja … kerana wang tersebut hanyalah sebagai CAGARAN sahaja (masih lagi hak milik kita) … dan kita akan dapat kembali wang tersebut apabila kita menjelaskan semuanya bil2 yang ada seterusnya berhenti daripada menggunakan perkhidmatan mereka. Manakala KADAR BAYARAN adalah bayaran atas perhidmatan yang telah kita gunakan… maka dikelaskan sebagai BELANJA.

  644. ok..terima kasih cgu..:-)

  645. dlm belanjawan jualan dijangka meningkat 10%.macam mana sy nk kira p’ningkatan tersebut?

  646. Siti Aisyah,

    Salah satu caranya.. bermula dengan Jualan bulan April .. katakan 10,000 (.. contoh saja)… meningkat 10% setiap bulan
    April = 10000
    Mei = 10000 X 110% = 11000
    Jun = 11000 X 110% = 12100
    Jul ….Ogos .. Sept…. Okt .. Nov…. Dis. … Itulah cara pengiraan peningkatannya.

  647. salam cikgu..

    apa maksudnya kenderaan yang berkos RM30000 yang dilupuskan pada harga RM15000 pada 30 APRIL 2012?

    Syarikat memulakan perniagaan pada 1 APRIL 2008.

    Pengiraan susut nilai kenderaan mengikut kaedah ansuran tetap.

    kita nak kira ikut harga pelupusan atau harga asal kenderaan?

    akaun mane patut masukkan cikgu?

  648. cikgu, apa maksud senarai pelarasan pada tarikh imbangan?
    kite kne bt semua kira-kira pada tarikh yang ditetapkan ke cikgu? itu ke maksudnye cikgu?

  649. Salbiah,

    Sebagai panduan, boleh rujuk buku teks m/s 251 berhubung pengiraan dan perekodan pelupusan aset bukan semasa. Manakala senarai pelarasan merupakan senarai pelarasan yang perlu anda sediakan berdasarkan arahan tugasan dalam soalan…. dan tunjukkan sekali dengan pengiraan2 yang terlibat (jika ada).. seterusnya buatkan catatan pelarasan dalam JURNAL AM, poskan ke LEJAR yang terlibat dan sediakan Imbangan Duga Terselaras.

  650. salam cikgu . . .boleh kasi jawapan projek tingkatan 5 yg lengkap x tntang projek ni . . . saya dah pun hantar cuma saya nk buat rujukan dan juga supaya mudah untuk saya memahami dgn lebih lanjut . . . harap nanti cikgu boleh buatkan . ..tq .

  651. Affendi,

    Maaf, tiada jawapan khusus untuk kerja kursus, kerana ianya bergantung pelarasan masing2 .. apa yang penting kita memahami apa yang kita lakukan. Maka cadangan Cg, adalah lebih baik cuba fahami apa yang telah Affendi sediakan.. tanya mana2 bahagian yang tidak faham berdasarkan hasil kerja tersebut … barulah ianya akan membantu anda untuk lebih memahaminya.

  652. akum cikgu, bagaimana kita nak tentukan nilai pinjaman?

  653. Nizasyarina,

    BEBAS.. tentukan sendiri JUMLAH PINJAMAN yang munasabah serta TEMPOH PINJAMAN tersebut …bagi menetukan BAYARAN BALIK PINJAMAN bulan yang perlu dibayar.

  654. cikgu di manakah saya nak cari jumlah jualan dan jumlah belian untuk saya masukkan dalam belanjawan? adakah jumlah jualan dan jumlah belian itu diambil dari semua transaksi jualan dan belian dalam buku tunai?

  655. Nizasyarina,

    Anggaran JUALAN dan BELIAN untuk bulan Oktober …. boleh rujuk kepada Penyata Pendapatan (Jualan dan Belian) bulan April… : Jualan – boleh juga lakukan peningkatan 10% setiap bulan (rujuk soalan), manakala Belian boleh tentukan sendiri % peningkatannya… kerana tidak dinyatakan dalam soalan.

    Kemudian, sekiranya ingin menwujudkan “Kutipan daripada Penghutang” atau “Pembayaran kepada pemiutang” ….maka perlu tetapkan SYARAT Jualan / Belian kredit … contohnya 60% secara tunai dan 40% secara kredit dan TEMPOH KREDIT sebulan.

  656. salam cikgu, saya ingin bertanya apakah beza antara kelengkapan, lekapan dan lengkapan?..

  657. Moon,

    Lengkapan = aset2 seperti Perabot, kabinet….
    Lekapan = aset2 seperti kipas, lampu, penghawa dingin……
    Kadang2 kedua-duanya digabungkan dalam satu akaun sebagai Ak Lekapan dan Lengkapan.

    Kelengkapan” sebenarnya TIDAK diterima pakai dalam ISTILAH PERAKAUNAN tetapi kebanyakan buku2 soalan menggunakannya,

  658. Nk tny,klau % untung kasar atas kos jualan(tokokan) lebih dari 100% boleh x?Cthnya 115.8%

  659. Siti Aisyah,

    Boleh, tidak menjadi kesalahan… cuma ianya mengambarkan, kemungkinan harga jualan yany diletakkan adalah terlalu tinggi…. Maka boleh kemukakan cadangan untuk mengurangkan harga jualan di masa hadapan … bagi mengelakkan pelanggan lari ke kedai pesaing.

  660. ASSALAMUALAIKUM.
    Sy nk tny.utk profil perniagaan:
    A) tmpoh perakaunan bermula dr bila?
    B)Tempoh rekod selama brape bln dan start dari tarikh berapa?
    c)modal perniagaan perlu mskkan kenderaan x sbb kenderaan adalah slh satu mdl p’niagaan?

  661. Siti Aisyah, waalaikumussalam.

    Cadangan Cg,
    A) TEMPOH PERAKAUNAN : 1 April 2012 – 31 Mac 2013
    B) TEMPOH REKOD : 1 April 2012 – 30 April 2012
    C) MODAL PERNIAGAAN …. merujuk kepada MODAL AWAL /PERMULAAN : Tunai RM60,000 dan Kenderaan RM30000

    # Walaubagaimanapun sila rujuk guru sekolah masing2 untuk tujuan penyelarasan peringkat sekolah.

  662. salam..sy nak tanya, bagaimana kita nak dapatkan jumlah jualan kredit dan jumlah belian kredit. ini untuk pengiraan tempoh kutipdan hutang dan juga temppoh pembayaran hutang.

  663. Baizura,

    JUALAN KREDIT dan BELIAN KREDIT boleh dirujuk terus ke Jumlah JURNAL JUALAN dan JURNAL BELIAN… ataupun dalam AK Kawalan Penghutang dan Ak Kawalan Pemiutang… ianya merujuk kepada nilai yang sama.

  664. dlm pgnalan perniagaan kita nk buat yg kita jual ape?

  665. Siti Aisyah,

    Dalam Elemen 1.1 : PENGENALAN, perkara2 berikut perlu dinyatakan :
    1) Menyatakan dengan jelas pengenalan perniagaan : seperti Nama Perniagaan, lokasi, jenis perniagaan, modal permulaan, bilangan pekerja.
    2) Menyatakan SEBAB2 memilih jenis perniagaan tersebut.
    3) Menyatakan KELEBIHAN2 menjalankan perniagaan tersebut,
    4) Menyatakan RISIKO2 yang bakal dihadapi.

  666. tapi,apakah jenis perniagaan yang perlu kita lampirkan?

  667. Siti Aisyah,

    Dalam soalan JELAS menyatakan “Calon dikehendaki menyatakan satu jenis perniagaan“…… maka pelajar perlu tentukan JENIS PERNIAGAN yang dijalankan.. seperti menjual alatan sukan, kedai alat tulis dan sebagainya….terserah kepada pelajar untuk menentukannya.

  668. Salam cikgu narzuki,

    Saya ingin tanya, dalam pengisian markah, pentaksir merujuk kepada guru. Mcmn pula dengan ketua pentaksir sekolah ?

    TQ

  669. Ila,

    Pentaksir Sekolah adalah merujuk kepada GURU MATA PELAJARAN, manakala Ketua Pentaksir Sekolah merujuk kepada PK PENTADBIRAN.

  670. Cg narzuki..

    belanjawan tunai dibuat untuk 3 bulan.oktober, november dan disember..betul ke cikgu…

    perlukah kita masukkan penghutang dalam penerimaan dan pemiutang dalam pembayaran jika hendak sediakan belanjawan tunai.
    TQ

  671. Baizura,

    Ya.. Belanjawan untuk 3 bulan …. Oktober, November dan Disember 2012.
    Sama ada nak sediakan atau tidak item penerimaan daripada penghutang dan pembayaran kepada pemiutang.. bergantung kepada ANDAIAN yang dibuat oleh pelajar.

  672. Salam, Terima kasih atas banyak bahan untuk perkongsian….moga terus mendapat kelapangan dan kesihatan yg baik…
    soalan: Saya tak pasti tentang perisian utk masuk markah k kursus. Betul ke versi 3.0 dah tak leh pakai? tapi tak ada hitam putih dari LPM… ramai guru2 yg masih guna versi lama 3.0 motawa….harap penjelasan. TQ

  673. Cikgu Mohidin,

    Terima kasih, amin.
    Perisian Kemasukan Markah ePBS37563 SPM 2012 versi 3.0 adalah batal dan tidak boleh digunakan adalah merujuk kepada perisian yang disediakan oleh Cikgu Lim Poh Lee sebelum ini. Beberapa perkara telah dikemaskini mengikut kehendak LPM semasa, dan akhirnya dikeluarkan Versi 3.1 untuk kegunaan calon SPM 2012.

    Maklumat tersebut TIDAK berkaitan dengan perisian MOTAWA yang disediakan oleh Cikgu Mohd Talib.

  674. cikgu, utk belanjawan tunai tu, jualan meningkat 10% setahun ke sebulan? sebab saya tgk komen2 kt sini, ckgu kata 10% sebulan tetapi dalam soalan adalah setahun…

  675. Muhammmad,

    Sila rujuk cikgu sekolah anda, ada negeri yang selaraskan kepada 10% SEBULAN .. dan ada negeri kekal menggunakan 10% SETAHUN.

  676. Cikgu,
    Berkenaan dengan Permakahan Projek dalam Borang Pentaksiran Individu, bolehkah terangkan bagaimana mengisi bahagian GRED KESELURUHAN: (1) Purata dan Peratus (2) Gred Keseluruhan?
    Terima kasih.

  677. Martina,

    Panduan pengiraan gred elemen dan gred pencapaian keseluruhan boleh rujuk Buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek Prinsip Perakaunan Kertas 3 (m/s 22) yang dikeluarkan oleh LPM.

    Saya mencadangkan guna saja Perisian Kemasukan Markah yang disertakan diiatas… cikgu hanya perlu isikan GRED bagi setiap ELEMEN sahaja.. kemudian perisian akan jana sendiri .. semua borang2 yang diperlukan, laporan rumusan…. termasuk juga Sijil kepada pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wp-puzzle.com logo

Content Protected Using Blog Protector Plugin By: Make Money.